1 00:00:10,760 --> 00:00:12,637 Pada tahun 2021, 2 00:00:12,721 --> 00:00:17,934 seluruh dunia memerhati tatkala sekeluarga gajah China liar beradu 3 00:00:18,018 --> 00:00:22,689 setelah kepenatan mengharungi perjalanan sejauh 400 kilometer yang epik. 4 00:00:32,532 --> 00:00:35,243 Terpaksa meninggalkan hutan turun-temurun 5 00:00:35,326 --> 00:00:37,579 kerana kemarau paling teruk. 6 00:00:38,246 --> 00:00:41,249 Keluarga ini berangkat untuk mencari rumah baharu. 7 00:00:46,546 --> 00:00:49,924 Selepas berjalan merentasi liputan ladang yang luas, 8 00:00:50,008 --> 00:00:52,385 tiada tanda kawanan itu mahu berhenti. 9 00:00:56,056 --> 00:00:59,350 Namun, tindakan seterusnya membuat semua orang tergamam. 10 00:01:04,439 --> 00:01:07,192 Melintas di bawah lebuh raya lima lorong, 11 00:01:07,275 --> 00:01:10,320 keluarga itu menghampiri Kota Kunming. 12 00:01:16,910 --> 00:01:20,580 Dalam masa beberapa hari, kawanan itu tiba di had kawasan kota. 13 00:01:25,293 --> 00:01:29,255 Kawanan itu berada di dunia baharu yang menggerunkan. 14 00:01:42,185 --> 00:01:44,270 Dalam ketakutan dan kekeliruan… 15 00:01:46,689 --> 00:01:48,566 keluarga itu tiada pilihan 16 00:01:49,359 --> 00:01:53,196 selain berpatah balik dan memulakan perjalanan pulang. 17 00:02:00,870 --> 00:02:03,998 Yang hebatnya, walaupun kawanan itu membuat kerosakan, 18 00:02:04,082 --> 00:02:08,837 penduduk tempatan bukan saja tidak kisah, malah mereka turut membantu, 19 00:02:10,088 --> 00:02:14,384 dengan ratusan ribu dolar dihabiskan untuk membantu membawanya pulang. 20 00:02:21,933 --> 00:02:23,643 Selepas hampir dua tahun 21 00:02:23,726 --> 00:02:26,729 dan lebih 1,000 kilometer berjalan, 22 00:02:27,856 --> 00:02:31,776 kawanan yang penat itu tiba semula di kawasan hutan selatan 23 00:02:32,402 --> 00:02:34,571 dan kemarau telah reda. 24 00:02:42,787 --> 00:02:44,414 Walaupun banyak rintangan, 25 00:02:44,497 --> 00:02:48,001 cerita keluarga ini berakhir dengan baik. 26 00:02:49,210 --> 00:02:53,089 Namun, jelas apabila haiwan berdepan dengan perubahan besar, 27 00:02:53,798 --> 00:02:57,760 tekanan untuk berpindah sangat tinggi. 28 00:03:09,856 --> 00:03:13,735 BABAK EMPAT KEBEBASAN BERGERAK 29 00:03:18,448 --> 00:03:21,993 JANUARI 30 00:03:22,076 --> 00:03:26,331 Planet kita mengelilingi matahari dalam keadaan condong. 31 00:03:28,583 --> 00:03:33,922 Maksudnya, bulan Januari merupakan musim panas di kutub selatan. 32 00:03:35,882 --> 00:03:37,926 LAUT WEDDELL 33 00:03:38,009 --> 00:03:42,013 Namun, di bahagian bawah bumi, perkara itu tidak selalunya jelas. 34 00:03:45,850 --> 00:03:47,727 Walaupun kemuncak musim panas, 35 00:03:47,810 --> 00:03:51,439 suhu di Antartika hampir tidak melepasi takat beku. 36 00:03:52,857 --> 00:03:55,318 Namun, oleh sebab siang 24 jam, 37 00:03:55,401 --> 00:04:00,073 cuaca cukup hangat untuk mencairkan ais laut di sekitar benua tersebut. 38 00:04:04,744 --> 00:04:08,122 Itu sangat penting bagi penguin Gentoo, 39 00:04:08,206 --> 00:04:11,042 yang perlu naik ke daratan untuk membiak. 40 00:04:18,591 --> 00:04:21,719 Sejak beberapa minggu lepas, kehidupannya bergantung 41 00:04:21,803 --> 00:04:24,931 pada perjalanan harian sejauh 30 kilometer 42 00:04:25,014 --> 00:04:27,350 ke kawasan makan di laut. 43 00:04:30,561 --> 00:04:34,565 Sekarang, setelah kekenyangan, semua penguin kembali kepada anaknya. 44 00:04:48,162 --> 00:04:50,039 Selepas seharian di dalam air, 45 00:04:50,915 --> 00:04:53,960 penguin itu perlukan masa untuk jalan dengan stabil. 46 00:05:06,639 --> 00:05:09,892 Gentoo perlukan batu yang tiada ais 47 00:05:09,976 --> 00:05:13,021 untuk bertelur dan membesarkan anaknya. 48 00:05:14,689 --> 00:05:18,359 Jadi, perjalanan terakhir biasanya menaiki bukit 49 00:05:18,443 --> 00:05:20,528 ke atas cenuram yang ditiup angin. 50 00:05:25,616 --> 00:05:30,371 Anak-anak yang menetas lapan minggu lepas kini hampir dewasa sepenuhnya. 51 00:05:32,623 --> 00:05:35,084 Walaupun musim panas Antartika singkat, 52 00:05:35,168 --> 00:05:38,880 anak-anak penguin itu boleh mula terbang sebelum musim sejuk. 53 00:05:46,429 --> 00:05:50,099 Semakin besar badan si anak, semakin banyak makanan diperlukan. 54 00:05:54,270 --> 00:05:58,107 Ada induk yang nampak keberatan untuk menuruti kehendak anaknya. 55 00:06:09,994 --> 00:06:12,413 Namun, ada nilai pada kelakuan itu. 56 00:06:18,044 --> 00:06:20,588 Apabila anak-anak berusaha cari makanan, 57 00:06:20,671 --> 00:06:23,341 penguin dewasa boleh menilai kekuatan… 58 00:06:25,885 --> 00:06:26,969 stamina 59 00:06:28,429 --> 00:06:29,722 dan koordinasinya. 60 00:06:43,820 --> 00:06:47,782 Anak-anak penguin itu pergi ke arah air demi mencari makanan. 61 00:06:50,785 --> 00:06:52,954 Namun, tiada yang memasuki air. 62 00:06:56,165 --> 00:06:58,334 Nampaknya, bagi seekor penguin pun, 63 00:06:58,418 --> 00:07:03,297 langkah pertama ke dalam air sejuk memerlukan sedikit keberanian. 64 00:07:10,972 --> 00:07:13,266 Akan tetapi, sekiranya seekor masuk, 65 00:07:13,975 --> 00:07:15,560 yang lain pasti menyusul. 66 00:07:23,568 --> 00:07:28,865 Kolam terlindung yang cetek adalah selamat untuk menguji badannya yang kalis air. 67 00:07:33,619 --> 00:07:35,872 Musim panas terlalu singkat di sini. 68 00:07:36,706 --> 00:07:38,916 Anak penguin itu perlukannya segera. 69 00:07:44,130 --> 00:07:45,339 Tidak lama kemudian, 70 00:07:45,423 --> 00:07:49,594 laut di sekitar Antartika akan dipenuhi ais semula. 71 00:07:51,971 --> 00:07:57,059 Jadi, anak-anak penguin itu perlu pergi ke lautan terbuka kalau mahu makan. 72 00:08:01,981 --> 00:08:03,191 Namun, semua cemas. 73 00:08:06,068 --> 00:08:07,778 Alasannya memang wajar. 74 00:08:11,407 --> 00:08:15,453 Siapa mahu berenang sekali dengan anjing laut macan tutul tiga meter? 75 00:08:19,707 --> 00:08:21,501 Bukan seekor sahaja yang ada… 76 00:08:23,711 --> 00:08:24,712 tetapi tiga ekor. 77 00:08:27,757 --> 00:08:31,844 Seperti macan tutul, anjing laut ini serang hendap mangsanya. 78 00:08:34,096 --> 00:08:37,350 Anak-anak penguin Gentoo pula sasaran yang mudah. 79 00:08:42,480 --> 00:08:45,024 Walaupun adanya ancaman, 80 00:08:45,107 --> 00:08:47,693 keperluannya untuk makan lebih besar. 81 00:08:57,370 --> 00:09:01,040 Gentoo ialah penguin terpantas di dunia. 82 00:09:14,178 --> 00:09:18,266 Kalau dapat elak daripada diserang, penguin-penguin itu boleh selamat. 83 00:09:27,316 --> 00:09:30,570 Penguin-penguin muda itu kekal bersama supaya selamat. 84 00:09:38,452 --> 00:09:41,747 Namun, dalam kekeliruan itu, seekor telah terpisah. 85 00:09:42,582 --> 00:09:44,792 Berhadapan dengan pemangsanya. 86 00:10:08,190 --> 00:10:09,650 Satu-satunya harapan 87 00:10:09,734 --> 00:10:12,737 ialah ketangkasan dan staminanya. 88 00:10:13,237 --> 00:10:17,617 Semakin lama dikejar, semakin cerah peluang untuknya selamat. 89 00:10:34,759 --> 00:10:38,888 Penguin muda yang bertuah ini boleh kembali kepada kawanannya. 90 00:10:45,019 --> 00:10:47,730 Lautan terbuka sedang menanti. 91 00:10:54,654 --> 00:10:59,241 FEBRUARI 92 00:11:00,993 --> 00:11:02,203 Pada bulan Februari, 93 00:11:02,286 --> 00:11:05,831 kutub utara planet ini tidak menghadap matahari. 94 00:11:12,755 --> 00:11:15,091 Jadi, pada tengah musim sejuk di Artik, 95 00:11:15,174 --> 00:11:17,551 kegelapan hampir berterusan. 96 00:11:17,635 --> 00:11:21,055 Hanya ada cahaya aurora. 97 00:11:23,724 --> 00:11:27,019 Pemandangan syurgawi ini terhasil 98 00:11:27,103 --> 00:11:30,898 apabila zarah bercas elektrik dari matahari berlanggar 99 00:11:30,981 --> 00:11:32,942 dengan medan magnet bumi. 100 00:11:38,656 --> 00:11:43,285 Inilah waktunya banyak haiwan memulakan perjalanan dari tempat yang jauh 101 00:11:43,369 --> 00:11:45,496 ke kawasan-kawasan di utara. 102 00:11:50,876 --> 00:11:53,629 Lima ribu kilometer ke selatan, 103 00:11:53,713 --> 00:11:57,508 angsa Artik baru sahaja memulakan penghijrahan tahunannya. 104 00:12:04,306 --> 00:12:07,351 Diketuai oleh angsa dewasa yang berpengalaman, 105 00:12:07,435 --> 00:12:11,021 kawanan itu ke utara mengikuti cuaca yang semakin hangat. 106 00:12:13,899 --> 00:12:16,402 Terbang dari Teluk Mexico 107 00:12:16,485 --> 00:12:19,196 ke kawasan pembiakan di Artik. 108 00:12:30,750 --> 00:12:34,503 Kawanan itu akan tiba di tundra setelah hari panjang musim panas 109 00:12:34,587 --> 00:12:36,338 menjadikan keadaannya sesuai 110 00:12:36,422 --> 00:12:38,549 untuk membesarkan anak-anaknya. 111 00:12:44,597 --> 00:12:47,808 Kawanan itu menggunakan tempat seperti tasik dan sungai 112 00:12:47,892 --> 00:12:50,728 supaya tidak melencong dari haluan. 113 00:12:54,231 --> 00:12:55,441 Namun, hari ini, 114 00:12:55,524 --> 00:12:58,068 dunia di bawah sangat berbeza 115 00:12:58,152 --> 00:13:00,905 daripada yang dilalui oleh nenek moyangnya. 116 00:13:04,450 --> 00:13:06,619 Yang dahulunya savana tidak bertepi 117 00:13:06,702 --> 00:13:09,789 kini menjadi tanah ladang industri. 118 00:13:16,086 --> 00:13:19,799 Namun, ini bukan perkara buruk bagi angsa-angsa itu. 119 00:13:20,925 --> 00:13:22,343 Untuk sampai ke Artik, 120 00:13:22,426 --> 00:13:26,013 kawanan itu perlu kerap makan sepanjang perjalanan, 121 00:13:26,806 --> 00:13:29,683 maka ladang-ladang bijian di kawasan desa Amerika 122 00:13:29,767 --> 00:13:32,019 telah menjadi hentian penting. 123 00:13:36,690 --> 00:13:39,360 Bekalan makanan tanpa had ini 124 00:13:39,443 --> 00:13:41,987 bermaksud bahawa populasi angsa Artik 125 00:13:42,071 --> 00:13:44,657 telah berganda sejak 50 tahun yang lalu. 126 00:13:48,577 --> 00:13:53,374 Namun, ada harga yang perlu dibayar sebagai spesies angsa terbanyak di dunia. 127 00:14:02,091 --> 00:14:06,470 Di dunia moden sekarang, tidak semuanya sama seperti yang dilihat. 128 00:14:34,915 --> 00:14:38,210 Suku juta ekor ditembak setiap tahun. 129 00:14:44,258 --> 00:14:45,926 TELUK MEXICO 130 00:14:46,010 --> 00:14:49,013 Angsa Artik perlu lari daripada ancaman pemburu 131 00:14:49,096 --> 00:14:50,806 di sepanjang jalan. 132 00:14:52,391 --> 00:14:56,854 Namun, di antara dua laluan penghijrahan burung, 133 00:14:56,937 --> 00:14:59,857 terdapat tanah basah, tempat angsa itu dilindungi. 134 00:15:05,779 --> 00:15:07,907 Loess Bluffs di Missouri. 135 00:15:10,117 --> 00:15:12,786 Salah satu titik perhentian terpenting 136 00:15:12,870 --> 00:15:14,622 sewaktu menuju ke utara. 137 00:15:17,166 --> 00:15:20,210 Tempoh kawanan itu di sana bergantung pada cuaca. 138 00:15:25,466 --> 00:15:28,719 Pada bulan Februari, angin sejuk yang bertiup dari Artik 139 00:15:28,802 --> 00:15:31,764 boleh menyebabkan suhu jatuh mendadak. 140 00:15:38,437 --> 00:15:43,442 Kalau air sudah membeku di sini, keadaan di destinasinya pasti lebih teruk. 141 00:15:45,819 --> 00:15:49,740 Jadi, buat masa ini, semua penerbangan ke utara ditangguhkan. 142 00:15:57,998 --> 00:15:59,708 Mungkin namanya angsa Artik, 143 00:16:01,251 --> 00:16:04,046 tetapi haiwan ini tidak selesa di atas ais. 144 00:16:14,181 --> 00:16:16,100 Bahagian tepi tasik sudah beku, 145 00:16:16,183 --> 00:16:19,061 maka semuanya berkumpul di bahagian tengah. 146 00:16:20,562 --> 00:16:24,191 Semakin sesak tempatnya, semakin kurang ruang untuk bergerak. 147 00:16:28,529 --> 00:16:30,864 Itu satu kelebihan bagi pelawat lain. 148 00:16:37,955 --> 00:16:40,040 Helang botak datang ke sini 149 00:16:41,458 --> 00:16:43,460 dari seberang Amerika Utara. 150 00:16:45,629 --> 00:16:50,384 Waktu ketibaannya sama dengan kawanan angsa Artik itu. 151 00:17:06,316 --> 00:17:09,528 Angsa itu terlalu besar untuk ditangkap ketika terbang, 152 00:17:09,611 --> 00:17:12,656 jadi helang ini menggunakan kaedah memburu berbeza. 153 00:17:16,243 --> 00:17:19,955 Apabila helang datang, angsa-angsa itu terus terbang. 154 00:17:26,128 --> 00:17:30,090 Semakin rapat angsa-angsa itu, semakin mudah untuk helang memburu. 155 00:17:44,897 --> 00:17:48,067 Dalam keadaan cemas, angsa-angsa itu berlanggaran 156 00:17:48,776 --> 00:17:50,694 sampai ada yang patah kaki. 157 00:17:52,905 --> 00:17:55,949 Angsa yang tercedera ditinggalkan di atas ais 158 00:17:57,159 --> 00:17:59,745 dan tidak dapat lari ke dalam air. 159 00:18:06,543 --> 00:18:11,757 Semuanya akan kekal terancam kerana selagi cuaca sejuk berpanjangan, 160 00:18:12,633 --> 00:18:16,929 penghijrahan kawanan itu akan terus terhalang oleh ais dan salji. 161 00:18:26,146 --> 00:18:30,317 Kembali di Artik, cahaya matahari semakin kuat sedikit demi sedikit. 162 00:18:32,361 --> 00:18:36,907 Namun, pada penghujung Februari, sinarannya masih belum melepasi ufuk. 163 00:18:39,076 --> 00:18:42,204 Dalam keadaan dingin sebegini, sumber makanan kurang. 164 00:18:42,287 --> 00:18:44,998 Kebanyakan haiwan menuju ke selatan 165 00:18:45,082 --> 00:18:46,959 atau berhibernasi. 166 00:18:54,007 --> 00:18:56,301 Namun, haiwan ini tidak buat begitu. 167 00:18:57,928 --> 00:19:01,932 Lynx, spesies kucing yang menetap di kawasan utara dunia. 168 00:19:08,647 --> 00:19:12,776 Bulunya cukup tebal untuk menahan sejuk, maka kucing ini kekal di sini. 169 00:19:15,737 --> 00:19:19,992 Namun, kucing ini perlu berjalan jauh untuk mencari makanan. 170 00:19:28,125 --> 00:19:30,085 Ada seekor pernah dicatat 171 00:19:30,169 --> 00:19:33,839 berjalan menjangkau 3,000 kilometer dalam tempoh setahun, 172 00:19:35,340 --> 00:19:37,551 lebih jauh daripada yang disangka. 173 00:19:37,634 --> 00:19:40,888 LAUTAN PASIFIK UTARA 174 00:19:47,352 --> 00:19:52,649 Kucing ini sangat bergantung pada satu jenis mangsa. 175 00:19:54,484 --> 00:19:58,113 Pada waktu ini, tidak banyak yang ada. 176 00:20:02,451 --> 00:20:04,161 Arnab kasut salji. 177 00:20:09,666 --> 00:20:12,461 Mencarinya sahaja belum cukup mencabar. 178 00:20:36,610 --> 00:20:42,157 Lynx perlu makan setiap beberapa hari, maka pencariannya tidak pernah berakhir. 179 00:20:56,129 --> 00:20:57,214 Lynx ini bertuah. 180 00:20:58,382 --> 00:21:00,759 Lynx ini terhidu bau haiwan lain. 181 00:21:10,686 --> 00:21:12,646 Arnab itu kekal tenang 182 00:21:14,523 --> 00:21:16,817 dan mempercayai penyamarannya. 183 00:21:20,404 --> 00:21:23,615 Lynx ini tidak akan dapat kejar mangsanya dari jauh, 184 00:21:23,699 --> 00:21:25,784 jadi mangsanya perlu dihampiri. 185 00:21:47,139 --> 00:21:49,141 Dapat juga makanan akhirnya. 186 00:21:54,438 --> 00:21:58,900 MAC 187 00:22:01,028 --> 00:22:05,032 Apabila hemisfera utama bumi menghadap ke arah matahari semula, 188 00:22:05,115 --> 00:22:07,492 siang semakin panjang pada bulan Mac, 189 00:22:07,576 --> 00:22:11,413 antelop pronghorn memulakan penghijrahan tahunan. 190 00:22:16,960 --> 00:22:21,006 Perjalanan dari dataran salji di selatan Wyoming 191 00:22:21,089 --> 00:22:24,468 ke lembah Banjaran Rocky yang subur 192 00:22:24,551 --> 00:22:26,136 untuk melahirkan anak. 193 00:22:34,853 --> 00:22:38,440 Namun, hari ini, laluannya telah berubah sepenuhnya. 194 00:22:40,150 --> 00:22:44,613 Kawanan itu perlu mencari jalan melalui medan minyak dan gas. 195 00:22:47,991 --> 00:22:50,243 Seekor pronghorn jantan mencuba nasib. 196 00:23:06,802 --> 00:23:08,595 Pronghorn sangat berhati-hati, 197 00:23:09,763 --> 00:23:12,474 terutamanya apabila ternampak manusia. 198 00:23:30,700 --> 00:23:32,411 Setakat ini masih selamat. 199 00:23:33,495 --> 00:23:35,747 Giliran rakan kawanannya pula. 200 00:23:39,292 --> 00:23:41,503 Sedia, pergi! 201 00:23:54,391 --> 00:23:55,600 BANJARAN ROCKY 202 00:23:55,684 --> 00:23:59,396 Selama beberapa bulan, kawanan itu akan mengembara 200 kilometer 203 00:23:59,479 --> 00:24:02,190 ke kawasan melahirkan anak di utara. 204 00:24:03,358 --> 00:24:07,028 Perjalanan yang saban tahun akan semakin mencabar. 205 00:24:11,199 --> 00:24:14,119 Pagar yang direka untuk mengurung haiwan ternakan 206 00:24:14,786 --> 00:24:18,206 berkesan juga untuk menghalang pronghorn daripada masuk. 207 00:24:33,555 --> 00:24:36,308 Namun, ini laluan yang diambil oleh leluhurnya, 208 00:24:37,017 --> 00:24:38,935 maka kawanan itu tidak mengalah. 209 00:24:52,782 --> 00:24:58,205 Baru-baru ini, seekor pronghorn melepasi hampir 150 pagar 210 00:24:58,705 --> 00:25:00,373 sewaktu berhijrah ke utara. 211 00:25:09,841 --> 00:25:12,844 Namun, kawat berduri menyukarkan 212 00:25:14,179 --> 00:25:16,723 pronghorn untuk lalu. 213 00:25:22,103 --> 00:25:25,023 Pagar-pagar itu bukan satu-satunya masalah. 214 00:25:30,153 --> 00:25:34,324 Yang lebih berbahaya ialah lebuh raya yang kini di laluan kawanan itu. 215 00:25:51,007 --> 00:25:54,469 Mungkin pronghorn haiwan daratan yang terpantas di Amerika… 216 00:25:58,473 --> 00:26:00,767 tapi tak semestinya boleh elak kereta. 217 00:26:05,855 --> 00:26:08,692 Perubahan sejak 200 tahun yang lepas 218 00:26:09,192 --> 00:26:13,488 telah mengurangkan populasi pronghorn melebihi 90 peratus. 219 00:26:16,283 --> 00:26:18,660 Namun, ada berita baik. 220 00:26:22,539 --> 00:26:25,333 Kesetiaan pronghorn kepada laluan leluhurnya 221 00:26:25,417 --> 00:26:30,088 mendorong ke arah pembinaan laluan atas di beberapa titik lintasan utama 222 00:26:30,797 --> 00:26:34,426 dan menyebabkan hampir tiada lagi kematian akibat nahas jalan. 223 00:26:39,180 --> 00:26:44,102 Semakin ke arah utara, kawanan itu tiba di barat liar sebenar. 224 00:26:46,813 --> 00:26:52,027 Di sini, kawanan itu perlu menempuhi rintangan semula jadi. 225 00:27:04,956 --> 00:27:07,125 Salji sedang mencair, 226 00:27:07,208 --> 00:27:10,629 maknanya kawanan itu akan tiba di kawasan melahirkan anak 227 00:27:10,712 --> 00:27:13,465 tepat pada masanya untuk beranak di sana. 228 00:27:22,140 --> 00:27:25,268 Namun, perubahan musim juga membawa masalah. 229 00:27:25,935 --> 00:27:31,066 Terdapat Sungai Gros Ventre Wyoming yang kini telah dipenuhi air. 230 00:27:33,401 --> 00:27:36,696 Pronghorn itu harus seberang untuk ke kawasan melahirkan, 231 00:27:36,780 --> 00:27:39,032 tetapi semuanya nampak gementar. 232 00:27:40,700 --> 00:27:43,244 Bukan kerana sungai itu, 233 00:27:43,328 --> 00:27:46,581 tetapi pemangsa yang bersembunyi di muara bertentangan. 234 00:28:04,265 --> 00:28:05,308 Di dalam air, 235 00:28:05,892 --> 00:28:09,479 kelajuannya di daratan tidak akan membantu. 236 00:28:14,984 --> 00:28:17,696 Namun, pemangsa seperti serigala atau kugar 237 00:28:17,779 --> 00:28:20,615 telah diburu sehingga hampir pupus, 238 00:28:20,699 --> 00:28:23,410 maka kurang kemungkinan untuk ada serangan. 239 00:28:26,246 --> 00:28:28,915 Namun, kawanan pronghorn itu tidak tahu. 240 00:28:34,003 --> 00:28:36,047 Semuanya masih berhati-hati. 241 00:28:39,259 --> 00:28:40,760 Sebab itu masih bertahan. 242 00:28:51,730 --> 00:28:53,815 Selepas beberapa minggu mengembara, 243 00:28:54,315 --> 00:28:57,527 kawanan itu akhirnya tiba di kawasan melahirkan anak, 244 00:28:58,111 --> 00:29:01,030 lembah Banjaran Rocky yang subur. 245 00:29:04,075 --> 00:29:08,830 LAUTAN PASIFIK UTARA 246 00:29:08,913 --> 00:29:14,419 Semenanjung Baja Mexico tidak dilanda musim sejuk dingin utara. 247 00:29:16,796 --> 00:29:20,425 Oleh sebab itu, suhu laut yang sederhana pada waktu ini 248 00:29:20,967 --> 00:29:23,678 menjadikannya tempat bertandang yang amat baik 249 00:29:23,762 --> 00:29:27,182 untuk salah satu pengembara jarak jauh terunggul di dunia. 250 00:29:32,729 --> 00:29:34,564 Paus kelabu. 251 00:29:40,278 --> 00:29:41,988 Sekarang pertengahan Mac. 252 00:29:42,071 --> 00:29:46,326 Enam minggu lepas, paus betina ini beranak di sini. 253 00:29:50,163 --> 00:29:54,042 Kawasan air terlindung ini hangat dan bebas daripada pemangsa. 254 00:29:54,793 --> 00:29:57,003 Bagus untuk membesarkan anak. 255 00:30:00,465 --> 00:30:03,343 Namun, kesempurnaan begini tidak percuma. 256 00:30:06,429 --> 00:30:11,059 Sejak Disember, ibu paus ini ada di sini, tapi tiada makanan untuknya. 257 00:30:14,312 --> 00:30:16,856 Maka, sebaik sahaja anaknya cukup kuat, 258 00:30:16,940 --> 00:30:19,901 si ibu akan membawanya 8,000 kilometer menuju utara 259 00:30:19,984 --> 00:30:23,571 ke kawasan makan di Laut Bering Alaska, 260 00:30:25,156 --> 00:30:28,243 penghijrahan paling jauh oleh mana-mana mamalia. 261 00:30:35,625 --> 00:30:38,837 Mujurlah anaknya cepat membesar. 262 00:30:44,759 --> 00:30:47,887 Lebih 200 liter susu diminum dalam sehari, 263 00:30:47,971 --> 00:30:51,182 maka anak paus seberat satu tan itu sangat bertenaga. 264 00:30:56,813 --> 00:31:01,526 Si ibu tahu tempat untuk anaknya melegakan diri. 265 00:31:04,362 --> 00:31:05,488 Inilah tempatnya. 266 00:31:14,497 --> 00:31:17,792 Beting pasir yang cetek di tengah-tengah lagun. 267 00:31:19,377 --> 00:31:22,422 Tempat yang bagus untuk dituju. 268 00:31:25,174 --> 00:31:28,177 Apabila air pasang di muara cetek, 269 00:31:28,261 --> 00:31:30,346 ia menghasilkan arus perlahan 270 00:31:30,430 --> 00:31:33,558 dan menarik paus-paus dari seberang lagun. 271 00:31:37,562 --> 00:31:40,982 Inilah kali pertama si anak dikenalkan kepada kawanan paus. 272 00:31:41,983 --> 00:31:43,985 Anak paus itu nampak segan. 273 00:31:46,446 --> 00:31:48,114 Lebih elok jika ikut ibunya. 274 00:31:54,662 --> 00:31:56,164 Beting pasir ini sesuai 275 00:31:56,247 --> 00:32:00,752 untuk berlatih berenang sebelum mengembara jauh ke utara. 276 00:32:02,754 --> 00:32:05,632 Obor-obor dibawa oleh arus, 277 00:32:05,715 --> 00:32:07,884 tetapi anak paus itu melawan arus. 278 00:32:11,262 --> 00:32:15,058 Seolah-olah sawat injak di dalam air untuk membina stamina. 279 00:32:24,233 --> 00:32:29,322 Lebih 1,000 ekor paus kelabu berhijrah ke lagun ini pada setiap tahun. 280 00:32:32,158 --> 00:32:35,078 Namun, bukan semuanya paus betina yang ada anak. 281 00:32:38,331 --> 00:32:41,876 Banyak paus jantan dewasa yang mengembara jauh ke sini 282 00:32:41,960 --> 00:32:44,170 demi mencari pasangan. 283 00:32:48,883 --> 00:32:51,844 Paus betina yang ada anak tidak berminat, 284 00:32:52,512 --> 00:32:55,139 tetapi si jantan yang miang tidak peduli. 285 00:33:01,854 --> 00:33:05,566 Semakin si betina menjauh, semakin si jantan mengejar. 286 00:33:15,493 --> 00:33:17,829 Tentunya sukar jika cinta ditolak 287 00:33:17,912 --> 00:33:21,082 setelah mengembara begitu jauh untuk sampai ke sini. 288 00:33:24,544 --> 00:33:28,506 Kini, paus jantan itu melepaskan marah kepada anak paus betina, 289 00:33:28,589 --> 00:33:31,426 memaksanya memasuki air, jauh dari permukaan. 290 00:33:41,060 --> 00:33:43,771 Akhirnya, si jantan itu mendapat isyarat. 291 00:33:49,152 --> 00:33:51,863 Masa untuk pasangan ini menuju ke utara. 292 00:33:53,281 --> 00:33:55,199 Sejak tiga bulan lepas, 293 00:33:55,283 --> 00:33:58,286 paus betina ini kehilangan sepertiga berat badannya. 294 00:33:59,787 --> 00:34:03,541 Maka, paus ini mesti kembali ke kawasan makannya. 295 00:34:05,710 --> 00:34:09,213 Anaknya memerlukan tuah untuk menempuhi perjalanan tersebut. 296 00:34:11,549 --> 00:34:13,926 Satu pertiga daripada anak paus kelabu 297 00:34:15,011 --> 00:34:16,846 tidak sampai ke destinasinya. 298 00:34:24,062 --> 00:34:27,565 LAUTAN ATLANTIK KHATULISTIWA 299 00:34:27,648 --> 00:34:31,319 Putaran bumi mendorong semua penghijrahan. 300 00:34:31,986 --> 00:34:36,407 Namun, di khatulistiwa yang kurang kesan perubahan musim pun, 301 00:34:36,991 --> 00:34:40,703 ada beberapa haiwan yang sentiasa bergerak. 302 00:34:51,714 --> 00:34:53,132 Semut tentera. 303 00:34:57,929 --> 00:35:01,974 Setiap hari, semut ini berlari sejauh jarak maraton manusia 304 00:35:02,058 --> 00:35:03,768 demi mendapatkan makanan. 305 00:35:13,111 --> 00:35:18,449 Spesies semut ini pakar dalam menangkap larva serangga lain. 306 00:35:27,917 --> 00:35:29,877 Semut pekerja yang membawa mangsa 307 00:35:29,961 --> 00:35:33,005 dibantu melintasi jurang sarap oleh semut-semut lain 308 00:35:33,089 --> 00:35:34,632 dengan membentuk jambatan. 309 00:35:41,389 --> 00:35:46,394 Jejak feromon membawa kawanan itu ke markas sementaranya. 310 00:35:51,858 --> 00:35:52,900 Sarang bermalam. 311 00:35:53,818 --> 00:35:58,489 Sarang yang dibina sepenuhnya dengan badan-badan semut itu sendiri. 312 00:36:01,701 --> 00:36:04,036 Di belakang tembok bernyawa ini, 313 00:36:04,120 --> 00:36:06,914 terdapat pusat kawalan kawanan tersebut, 314 00:36:06,998 --> 00:36:09,667 ratu semut dan anaknya yang baru menetas. 315 00:36:10,877 --> 00:36:14,589 Sarang bermalam ini tergantung di sini sejak dua minggu lepas, 316 00:36:15,214 --> 00:36:17,383 tetapi perkara itu akan berubah. 317 00:36:32,023 --> 00:36:34,358 Siang berganti malam, 318 00:36:34,442 --> 00:36:37,278 lalu isyarat tersebar kepada seluruh kawanan. 319 00:36:40,448 --> 00:36:44,619 Isyarat kimia yang datang dari dalam sarang itu. 320 00:36:47,413 --> 00:36:48,831 Mesejnya jelas. 321 00:36:50,166 --> 00:36:51,876 Tiba masanya untuk bergerak. 322 00:36:59,175 --> 00:37:02,011 Walaupun kecil, selera serangga ini besar. 323 00:37:03,387 --> 00:37:06,265 Disebabkan semua mangsa di sekitar telah dimakan, 324 00:37:07,350 --> 00:37:11,187 kawanan ini perlu bergerak dan mencari kawasan makan baharu. 325 00:37:16,525 --> 00:37:19,654 Dengan menelusuri laluan pencarian makanan utama, 326 00:37:19,737 --> 00:37:22,907 semut pekerja memindahkan larva yang baru menetas… 327 00:37:25,493 --> 00:37:27,703 sementara semut tentera jaga penjuru. 328 00:37:31,457 --> 00:37:35,002 Mungkin ada setengah juta semut dalam kawanan ini, 329 00:37:36,504 --> 00:37:38,881 tetapi tiada seekor pun akan tertinggal. 330 00:37:44,470 --> 00:37:48,474 Sebab kawanan itu bergerak dalam kegelapan kini sudah jelas. 331 00:37:54,021 --> 00:37:56,565 Ratunya pun sedang bergerak. 332 00:37:58,859 --> 00:38:01,696 Saiznya lebih besar daripada semut-semut biasa. 333 00:38:01,779 --> 00:38:03,406 Sejak dua minggu yang lalu, 334 00:38:03,489 --> 00:38:06,075 ratu ini mengeluarkan telur setiap minit, 335 00:38:06,158 --> 00:38:08,369 maka tidak boleh ke mana-mana. 336 00:38:15,293 --> 00:38:18,963 Kini, tugas membiaknya berhenti buat seketika, 337 00:38:19,046 --> 00:38:22,174 maka si ratu boleh mencari kawasan memburu baharu. 338 00:38:24,135 --> 00:38:28,556 Pada waktu ini sahajalah ratu semut akan terdedah di luar. 339 00:38:30,933 --> 00:38:34,603 Bukan si ratu sahaja pengembara paling penting dalam kawanan. 340 00:38:37,064 --> 00:38:40,693 Dalam peristiwa luar biasa yang berlaku setiap beberapa tahun, 341 00:38:41,485 --> 00:38:45,364 larva gergasi muncul dan diangkut oleh semut-semut pekerja. 342 00:38:51,329 --> 00:38:54,915 Inilah semut-semut jantan muda dan bakal-bakal ratu 343 00:38:54,999 --> 00:38:59,170 yang akan meninggalkan kawanan dan membina wangsa sendiri. 344 00:39:10,931 --> 00:39:14,769 Sebelum siang menjelang, kawanan itu akan berkampung. 345 00:39:22,318 --> 00:39:27,156 Ia akan terus mengembara setiap malam sampailah tiba di kawasan memburu baharu. 346 00:39:29,950 --> 00:39:33,621 Ketika itu, ratunya akan bersedia untuk mengeluarkan telur lagi 347 00:39:33,704 --> 00:39:36,499 dan menambahkan pekerja lagi dalam empayarnya. 348 00:39:45,758 --> 00:39:47,134 Kembali di utara, 349 00:39:47,218 --> 00:39:49,428 ibu paus kelabu dan anaknya 350 00:39:49,512 --> 00:39:52,681 sudah empat minggu dalam perjalanan untuk berhijrah. 351 00:39:56,477 --> 00:40:00,523 Sejak berangkat, berat anaknya telah melebihi 1,000 kilogram, 352 00:40:01,440 --> 00:40:04,568 tetapi sudah berbulan-bulan ibunya tidak makan. 353 00:40:07,488 --> 00:40:09,782 Masih jauh lautan harus direnangi 354 00:40:09,865 --> 00:40:13,327 untuk mula menjamu selera di Laut Bering. 355 00:40:20,584 --> 00:40:25,381 Ibu paus dan anaknya merapati pantai dan menjadikan isyarat visual panduan. 356 00:40:28,634 --> 00:40:32,555 Ibu paus ini dah mengembara begini banyak kali sejak 30 tahun lalu. 357 00:40:33,097 --> 00:40:36,142 Banyak perubahan berlaku sejak perjalanan pertama. 358 00:40:40,146 --> 00:40:43,607 Namun, perhatian manusia tidak menyebabkannya menjauh. 359 00:40:49,071 --> 00:40:53,033 Si anak pula nampaknya seronok apabila mendapat perhatian. 360 00:41:00,416 --> 00:41:04,128 Pantai California yang sesak sangat jauh berbeza 361 00:41:04,211 --> 00:41:06,338 daripada teluk terlindung di Mexico. 362 00:41:07,882 --> 00:41:11,051 Keadaan akan semakin sibuk dari sini. 363 00:41:17,349 --> 00:41:21,312 Tidak lama lagi, si ibu dan anak akan tiba di pelabuhan Los Angeles, 364 00:41:21,979 --> 00:41:24,106 pelabuhan terbesar di Amerika Utara. 365 00:41:33,407 --> 00:41:36,577 Hampir 2,000 kapal menggunakannya pada setiap tahun. 366 00:41:39,914 --> 00:41:44,627 Bunyi bising enjin yang berterusan menjejaskan bunyi keliling di dalam air, 367 00:41:44,710 --> 00:41:49,256 memeningkan paus-paus dan meningkatkan risiko perlanggaran. 368 00:41:53,302 --> 00:41:58,265 Puluhan ekor paus mati setiap tahun kerana terlanggar kapal di perairan ini. 369 00:42:02,937 --> 00:42:04,396 Paus kelabu ini 370 00:42:04,480 --> 00:42:07,107 antara yang tidak bernasib baik. 371 00:42:13,197 --> 00:42:17,993 Si ibu dan anak paus itu telah mengelakkan laluan kapal yang paling sibuk. 372 00:42:20,663 --> 00:42:24,458 Namun, bahagian paling berbahaya sedang menanti di hadapan. 373 00:42:26,877 --> 00:42:28,170 Teluk Monterey. 374 00:42:28,754 --> 00:42:31,298 Tiga puluh lima kilometer lautan terbuka. 375 00:42:39,598 --> 00:42:43,435 Merapati pantai di sini akan membazirkan masa yang berharga. 376 00:42:45,896 --> 00:42:49,733 Jadi, si ibu membawa anaknya merentasi air dalam di teluk itu. 377 00:42:51,318 --> 00:42:52,945 Namun, ia satu risiko. 378 00:42:56,657 --> 00:42:58,659 Si ibu tahu keadaan di luar sana… 379 00:43:04,290 --> 00:43:06,750 lalu bergerak perlahan-lahan, 380 00:43:08,127 --> 00:43:10,629 berhenti berkomunikasi dengan kerap 381 00:43:10,713 --> 00:43:13,674 dan tidak timbul ke permukaan dengan begitu kerap. 382 00:43:25,102 --> 00:43:25,936 Orca. 383 00:43:28,606 --> 00:43:30,107 Paus pembunuh. 384 00:43:31,525 --> 00:43:33,235 Pakar perairan ini 385 00:43:34,153 --> 00:43:36,071 yang sedang memburu. 386 00:44:07,436 --> 00:44:10,397 Ibu dan anak paus tadi telah ditemui. 387 00:44:14,068 --> 00:44:17,988 Paus kelabu dewasa sepuluh kali lebih berat daripada orca 388 00:44:18,072 --> 00:44:20,574 dan boleh jadi musuh yang menggerunkan. 389 00:44:22,618 --> 00:44:26,497 Maka, kawanan orca itu berpusing dan mencari peluang. 390 00:44:32,419 --> 00:44:37,132 Orca itu tidak mahu si ibu, tetapi anaknya. 391 00:44:58,654 --> 00:45:02,282 Orca itu meluru ke atas si anak, menolaknya ke dalam air, 392 00:45:02,366 --> 00:45:04,159 lalu cuba melemaskannya. 393 00:45:17,589 --> 00:45:19,007 Dengan bantuan ibunya, 394 00:45:19,091 --> 00:45:21,677 anak paus itu selamat pada serangan pertama. 395 00:45:28,559 --> 00:45:30,394 Namun, badannya terluka. 396 00:45:34,565 --> 00:45:37,860 Kawanan orca tadi memanggil bantuan lagi. 397 00:45:41,447 --> 00:45:44,074 Orca jantan besar seberat lima tan. 398 00:46:00,674 --> 00:46:02,718 Dengan adanya tenaga tambahan, 399 00:46:02,801 --> 00:46:05,471 orca itu menyerang habis-habisan. 400 00:46:16,899 --> 00:46:18,859 Si ibu tidak mampu membantu. 401 00:46:21,528 --> 00:46:23,197 Pada kelajuan penuh, 402 00:46:24,364 --> 00:46:26,366 rasanya seolah-olah dilanggar bas. 403 00:46:37,669 --> 00:46:40,005 Natijahnya tidak dapat dielakkan. 404 00:46:52,810 --> 00:46:57,189 Ibu paus ini terpaksa meneruskan perjalanan sendirian. 405 00:47:08,283 --> 00:47:09,535 Bagi banyak haiwan, 406 00:47:10,410 --> 00:47:13,455 naluri untuk bergerak sangat tinggi 407 00:47:14,665 --> 00:47:16,500 walaupun sangat berbahaya. 408 00:47:18,752 --> 00:47:21,630 Walaupun ada perjalanan berakhir dengan tragedi, 409 00:47:21,713 --> 00:47:24,591 jutaan haiwan lain selamat tiba di destinasinya. 410 00:47:33,475 --> 00:47:36,979 Semua dapat menikmati ganjaran dalam keadaan yang lebih baik 411 00:47:38,230 --> 00:47:39,982 serta peluang baharu. 412 00:47:42,901 --> 00:47:46,405 Penghijrahan ini juga penting bagi haiwan-haiwan lain. 413 00:47:54,329 --> 00:47:57,583 Walau bagaimanapun, kita telah mengubah planet ini. 414 00:48:02,337 --> 00:48:04,464 Menyekat laluan nenek moyang… 415 00:48:07,885 --> 00:48:11,889 dan memberi kesan kepada ceruk-ceruk terpencil di dunia. 416 00:48:16,560 --> 00:48:18,061 Namun, harapan masih ada. 417 00:48:21,565 --> 00:48:24,776 Kita kini lebih tahu tentang perjalanan-perjalanan itu. 418 00:48:30,574 --> 00:48:31,783 Dengan bantuan kita, 419 00:48:31,867 --> 00:48:36,371 banyak haiwan dapat mengatasi cabaran di dunia moden ini. 420 00:48:40,167 --> 00:48:45,672 Demi planet yang sihat dan berhubung, kita mesti memelihara kebebasan bergerak. 421 00:48:50,218 --> 00:48:51,553 Kalau kita lakukannya, 422 00:48:51,637 --> 00:48:54,890 perjalanan penting bagi setiap haiwan 423 00:48:54,973 --> 00:48:57,893 akan berterusan sepanjang tahun-tahun akan datang. 424 00:50:36,491 --> 00:50:41,496 Terjemahan sari kata oleh M Arrazi Azmi