1 00:00:13,471 --> 00:00:15,265 Sejuta ekor gnu, 2 00:00:16,141 --> 00:00:18,893 selepas 1,000 kilometer berjalan, 3 00:00:18,977 --> 00:00:22,772 akan menghadapi halangan terbesar dalam penghijrahan tahunan itu. 4 00:00:25,525 --> 00:00:27,610 Sungai Mara di Tanzania. 5 00:00:34,743 --> 00:00:39,456 Kuda belang menyelit dalam kawanan itu. Yang betina membawa anaknya bersama. 6 00:00:47,088 --> 00:00:48,506 Ada pemangsa menanti. 7 00:00:51,676 --> 00:00:52,677 Buaya. 8 00:01:03,354 --> 00:01:07,067 Semakin kecil saiz si anak, semakin tipis peluangnya. 9 00:01:11,488 --> 00:01:13,740 Inilah antara yang paling kecil. 10 00:01:21,164 --> 00:01:24,167 Si anak cuba mengikuti ibunya sedekat yang mungkin. 11 00:01:24,834 --> 00:01:28,755 Jika ada yang terpisah, pasti tidak akan selamat. 12 00:01:34,219 --> 00:01:35,970 Sukar baginya untuk bertahan. 13 00:01:45,105 --> 00:01:46,856 Hanya mampu mengayuh 14 00:01:48,483 --> 00:01:50,985 sementara yang lain terkorban. 15 00:02:08,545 --> 00:02:11,923 Kesibukan itu cukup lama 16 00:02:12,507 --> 00:02:14,968 untuk si anak sampai kepada ibunya… 17 00:02:17,262 --> 00:02:21,224 dan meneruskan perjalanan dengan kawanan terbesar di planet ini. 18 00:02:43,204 --> 00:02:46,749 BABAK TIGA GENERASI SETERUSNYA 19 00:02:53,506 --> 00:02:59,053 OKTOBER 20 00:02:59,137 --> 00:03:02,807 Sesetengah haiwan memberi anaknya permulaan kehidupan yang baik 21 00:03:03,558 --> 00:03:06,519 dengan melakukan perjalanan yang menakjubkan. 22 00:03:08,146 --> 00:03:12,192 Bukan setakat hala tujunya, malah waktunya juga penting. 23 00:03:15,945 --> 00:03:18,406 Pantai Pasifik Mexico. 24 00:03:28,499 --> 00:03:30,710 Pantai ini nampak lengang. 25 00:03:35,423 --> 00:03:37,300 Namun, di bawah pasirnya, 26 00:03:37,884 --> 00:03:40,845 ribuan ekor haiwan sedang bergerak. 27 00:03:52,315 --> 00:03:54,609 Anak-anak tetasan penyu lipas. 28 00:03:59,113 --> 00:04:04,118 Pada bulan Oktober, suhu pasir paling sesuai untuknya keluar. 29 00:04:07,372 --> 00:04:09,207 Yang pertama timbul 30 00:04:10,541 --> 00:04:11,834 tidak akan bergerak. 31 00:04:16,798 --> 00:04:19,384 Sebarang pergerakan akan menarik perhatian. 32 00:04:22,220 --> 00:04:23,763 Sambil menunggu yang lain. 33 00:04:28,059 --> 00:04:29,477 Anak penyu ini bersedia 34 00:04:29,560 --> 00:04:32,981 untuk perjalanan paling berbahaya sepanjang hayatnya. 35 00:04:35,733 --> 00:04:38,569 Semestinya lebih baik untuk menempuhinya bersama. 36 00:04:59,841 --> 00:05:01,175 Bagi para pemburu… 37 00:05:04,012 --> 00:05:06,389 ini waktu makan terbesar setiap tahun. 38 00:05:17,650 --> 00:05:21,362 Pemburu itu makan separuh daripada semua anak penyu yang timbul. 39 00:05:22,739 --> 00:05:26,868 Namun, semakin banyak anak penyu datang 40 00:05:26,951 --> 00:05:29,412 sehingga pemangsa itu tidak mampu kawal. 41 00:05:30,538 --> 00:05:34,292 Itulah satu-satunya peluang untuk memasuki air. 42 00:06:21,506 --> 00:06:23,341 Air sedang surut. 43 00:06:28,971 --> 00:06:33,059 Keadaan semakin berbahaya bagi anak-anak penyu itu. 44 00:06:36,020 --> 00:06:38,815 Harapannya hanya dengan mengikuti yang lain. 45 00:06:55,206 --> 00:06:57,166 Ada yang sampai ke kawasan cetek. 46 00:07:00,586 --> 00:07:03,047 Namun, tidak bermakna sudah selamat. 47 00:07:16,394 --> 00:07:17,770 Anak penyu yang selamat 48 00:07:18,521 --> 00:07:21,357 akan berenang selama 24 jam 49 00:07:21,441 --> 00:07:23,276 dengan segigih-gigihnya. 50 00:07:25,403 --> 00:07:26,654 Sepanjang perjalanan, 51 00:07:26,737 --> 00:07:30,199 anak-anak penyu itu terkesan oleh medan magnet bumi. 52 00:07:31,868 --> 00:07:36,581 Tanda minda yang akan memandunya kembali apabila tiba musim membiak. 53 00:07:42,462 --> 00:07:44,338 Setiap penyu lipas 54 00:07:44,422 --> 00:07:47,925 akan menghabiskan 15 tahun pertama hidup di Lautan Pasifik, 55 00:07:48,759 --> 00:07:51,053 makan dan membesar sendirian. 56 00:07:51,137 --> 00:07:52,180 LAUTAN PASIFIK 57 00:07:52,263 --> 00:07:55,349 Setiap ekor akan mengembara ratusan ribu kilometer. 58 00:07:55,433 --> 00:07:56,350 AMERIKA SELATAN 59 00:07:56,434 --> 00:07:59,145 Pada suatu hari, haluannya berubah… 60 00:08:01,731 --> 00:08:05,860 bagi memulakan perjalanan pulang yang jauh ke pantai tempatnya menetas. 61 00:08:10,615 --> 00:08:12,992 Buat kali pertama setelah lebih sedekad, 62 00:08:13,576 --> 00:08:15,453 penyu muda ini 63 00:08:16,162 --> 00:08:18,581 bertemu dengan rakan sespesiesnya. 64 00:08:26,506 --> 00:08:28,716 Terdapat suku juta ekor penyu. 65 00:08:31,511 --> 00:08:34,472 Perkumpulan penyu terbesar di atas muka bumi. 66 00:08:53,824 --> 00:08:57,912 Penyu betina ini akan mengawan di sini dan ke pantai untuk bertelur. 67 00:09:08,047 --> 00:09:10,466 Walaupun penyu ini sudah besar, 68 00:09:11,551 --> 00:09:14,387 kawasan cetek masih menggentarkan. 69 00:09:51,424 --> 00:09:52,383 Daratan. 70 00:09:54,051 --> 00:09:57,263 Daratan pertama yang dijejaki setelah 15 tahun berlalu. 71 00:09:59,515 --> 00:10:02,977 Sekarang, penyu ini ada urusan mustahak. 72 00:10:08,316 --> 00:10:10,818 Telur-telur akan dikeluarkan 73 00:10:11,652 --> 00:10:13,863 dan lubang harus dibuat untuknya. 74 00:10:18,284 --> 00:10:20,995 Jika telur itu diletak dekat dengan air, 75 00:10:21,078 --> 00:10:22,288 mungkin akan lemas. 76 00:10:23,372 --> 00:10:25,249 Jika terlalu jauh di pantai, 77 00:10:25,333 --> 00:10:26,834 mungkin akan kering. 78 00:10:28,878 --> 00:10:31,881 Maka, kawasan tengah menjadi tumpuan. 79 00:10:38,888 --> 00:10:41,223 Apabila ribuan penyu dewasa tiba lagi, 80 00:10:41,974 --> 00:10:44,727 hampir 80 peratus telur yang dikeluarkan 81 00:10:44,810 --> 00:10:49,315 tidak sengaja dipecahkan oleh penyu betina lain yang buat sarang. 82 00:10:57,948 --> 00:10:59,950 Namun, ada terlalu banyak telur 83 00:11:00,951 --> 00:11:05,122 dan jutaan biji tidak terjejas, jauh di dalam pasir. 84 00:11:11,045 --> 00:11:13,422 Penyu ini mengeluarkan sekitar 100 biji. 85 00:11:14,298 --> 00:11:17,259 Oleh itu, tugasnya sudah selesai. 86 00:11:20,137 --> 00:11:23,099 Namun, setahun dari sekarang, 87 00:11:23,182 --> 00:11:27,103 penyu ini akan kembali ke pantai ini untuk bertelur lagi 88 00:11:28,771 --> 00:11:32,316 dan terus melakukannya sepanjang hayatnya. 89 00:11:37,697 --> 00:11:42,785 LAUTAN ATLANTIK SELATAN 90 00:11:42,868 --> 00:11:45,705 Kebanyakan perjalanan yang dibuat untuk membiak 91 00:11:45,788 --> 00:11:48,165 tidak berubah sejak ribuan tahun dahulu. 92 00:11:54,380 --> 00:11:58,342 Di satu kawasan terpencil di Atlantik, timur Amerika Selatan, 93 00:11:58,426 --> 00:12:00,469 terletaknya Kepulauan Falkland. 94 00:12:10,855 --> 00:12:14,066 Gajah laut telah datang untuk membiak di sini 95 00:12:14,150 --> 00:12:15,526 selama ribuan tahun. 96 00:12:18,863 --> 00:12:21,490 Di pantai ini pada hujung Oktober, 97 00:12:21,574 --> 00:12:23,117 hanya ada anak-anaknya. 98 00:12:25,161 --> 00:12:29,498 Para ibu pergi beberapa minggu lepas dan si anak perlu jaga diri sendiri. 99 00:12:34,795 --> 00:12:37,131 Beberapa hari lagi, si anak akan pergi 100 00:12:37,214 --> 00:12:41,093 dan memulakan kehidupan sebagai peneroka lautan di laut dalam. 101 00:12:46,682 --> 00:12:49,560 Namun, semuanya belum pandai berenang. 102 00:12:54,982 --> 00:12:57,485 Kolam tepi pantai terlindung ini 103 00:12:58,068 --> 00:13:00,446 nampak sesuai untuk mempelajarinya. 104 00:13:12,583 --> 00:13:14,919 Anak gajah laut itu cuba memahami laut. 105 00:13:19,131 --> 00:13:22,468 Berdasarkan naluri, pergerakan renang yang betul dibuat, 106 00:13:23,260 --> 00:13:27,223 tetapi anak-anak gajah laut itu masih belum memahami bahayanya. 107 00:13:33,229 --> 00:13:34,104 Orca. 108 00:13:35,064 --> 00:13:36,232 Paus pembunuh. 109 00:13:43,823 --> 00:13:46,492 Kawanan ini tidak lalu secara kebetulan, 110 00:13:47,535 --> 00:13:52,581 tetapi telah mengembara ratusan kilometer untuk sampai tepat pada waktu ini. 111 00:13:56,544 --> 00:13:57,670 Dua puluh tahun lalu, 112 00:13:57,753 --> 00:14:01,966 ketua kawanan itu mendapat tahu waktu anak-anak gajah laut itu ke kolam. 113 00:14:03,092 --> 00:14:07,346 Apabila air pasang, paus itu juga boleh pergi ke sana. 114 00:14:13,936 --> 00:14:16,146 Sementara itu, paus itu mesti tunggu. 115 00:14:19,024 --> 00:14:20,860 Jika tersilap masa menyerang, 116 00:14:20,943 --> 00:14:23,445 paus itu akan terdampar di atas batu. 117 00:14:32,329 --> 00:14:33,998 Ketika air pasang setengah, 118 00:14:34,081 --> 00:14:37,751 ia cukup dalam bagi paus pembunuh. 119 00:14:53,893 --> 00:14:56,687 Anak-anak gajah laut itu tidak menyedari ancaman 120 00:14:58,230 --> 00:15:00,733 walaupun jelas di hadapan mata. 121 00:15:16,165 --> 00:15:18,876 Paus itu menanti anak gajah laut memasuki air, 122 00:15:18,959 --> 00:15:21,921 tetapi air masih terlalu cetek untuknya. 123 00:15:25,424 --> 00:15:26,467 Jika tersilap, 124 00:15:27,760 --> 00:15:29,178 paus itu akan terdampar. 125 00:15:35,809 --> 00:15:38,187 Anak-anak gajah laut itu semakin dekat. 126 00:15:42,316 --> 00:15:44,902 Paus itu memerhati dan menunggu 127 00:15:46,278 --> 00:15:49,031 anak gajah laut datang dekat untuk disambar. 128 00:16:14,515 --> 00:16:18,352 Paus itu membawanya ke laut hidup-hidup. 129 00:16:24,900 --> 00:16:28,862 Orca betina ini sahaja yang memburu dengan cara ini… 130 00:16:31,240 --> 00:16:34,410 dan melakukannya untuk seluruh keluarganya. 131 00:16:39,164 --> 00:16:42,584 Anak gajah laut itu kekal hidup selama berjam-jam. 132 00:16:49,216 --> 00:16:52,219 Orca ini telah belajar untuk memanfaatkan 133 00:16:52,302 --> 00:16:55,055 pengembaraan tahunan gajah laut untuk membiak. 134 00:16:57,016 --> 00:16:59,643 Selain itu, sungguh luar biasa juga 135 00:17:00,352 --> 00:17:03,981 kerana orca-orca itu tahu waktu untuk kembali setiap tahun. 136 00:17:20,205 --> 00:17:22,875 Bagi sesetengah haiwan, membiak dengan selamat 137 00:17:23,542 --> 00:17:25,878 bermaksud mengelakkan tempat sesak. 138 00:17:33,135 --> 00:17:34,595 New Zealand. 139 00:17:34,678 --> 00:17:38,724 Daratan terakhir yang boleh didiami untuk diterokai oleh manusia. 140 00:17:46,190 --> 00:17:47,024 Untuk ke sini, 141 00:17:47,107 --> 00:17:51,820 orang-orang Polinesia perlu merentas ribuan kilometer lautan terbuka. 142 00:17:53,030 --> 00:17:55,949 Begitu juga mana-mana haiwan. 143 00:18:01,205 --> 00:18:05,751 Walau bagaimanapun, satu spesies mengembara 6,000 kilometer 144 00:18:05,834 --> 00:18:08,629 merentasi Lautan Selatan setiap tahun 145 00:18:09,713 --> 00:18:12,508 ke kawasan paling terpencil di pulau ini. 146 00:18:26,063 --> 00:18:29,191 Spesies ini pemalu dan bermisteri. 147 00:18:40,494 --> 00:18:43,372 Penguin tawaki Fiordland. 148 00:18:44,456 --> 00:18:46,333 Penguin hutan. 149 00:18:47,793 --> 00:18:50,504 Penguin ini menjaga anak berusia lapan minggu 150 00:18:51,630 --> 00:18:55,217 sementara pasangannya mencari makanan di laut. 151 00:18:56,593 --> 00:19:00,389 Jika tidak jaga anak dengan baik, pasangannya mungkin akan pergi. 152 00:19:07,855 --> 00:19:10,691 Kadar perceraian penguin sangat tinggi. 153 00:19:14,194 --> 00:19:16,655 Jadi, penguin itu perlu halau pengacau. 154 00:19:22,619 --> 00:19:27,249 Pasangannya telah kembali ke pantai selepas seharian mengumpul makanan. 155 00:19:30,419 --> 00:19:32,754 Namun, itu bukan perkara mudah. 156 00:19:41,889 --> 00:19:43,891 Ini soal memilih masa yang tepat. 157 00:19:51,481 --> 00:19:52,649 Sedikit lagi! 158 00:20:10,626 --> 00:20:11,710 Bagus sekali. 159 00:20:14,671 --> 00:20:16,215 Untuk kembali kepada anak, 160 00:20:17,299 --> 00:20:19,551 penguin ini perlu menempuhi batu-batu, 161 00:20:20,677 --> 00:20:21,595 akar-akar 162 00:20:22,846 --> 00:20:24,014 dan gaung-gaung. 163 00:20:39,029 --> 00:20:42,699 Ibarat khidmat penghantaran makanan, tetapi gaya penguin. 164 00:20:46,995 --> 00:20:49,623 Si ayah hanya melihat dengan rasa iri hati. 165 00:20:53,877 --> 00:20:57,506 Semakin besar, semakin berselera anak penguin itu. 166 00:20:59,591 --> 00:21:01,468 Bagi memenuhi keperluan, 167 00:21:01,551 --> 00:21:05,347 si ibu mesti menempuhi halangan sepanjang hutan 168 00:21:06,515 --> 00:21:07,766 lagi 169 00:21:09,434 --> 00:21:10,727 dan lagi. 170 00:21:22,364 --> 00:21:25,951 Demi membesarkan anaknya, si ibu akan berjalan jauh 171 00:21:26,034 --> 00:21:28,870 dan berenang melebihi 1,000 kilometer. 172 00:21:30,163 --> 00:21:33,834 Berat badannya akan turun separuh. 173 00:21:38,380 --> 00:21:40,716 Namun, itu tidak menghalangnya. 174 00:22:00,694 --> 00:22:03,739 Selepas sepuluh minggu yang panjang, 175 00:22:04,906 --> 00:22:06,658 si ibu sudah tidak larat. 176 00:22:09,619 --> 00:22:12,205 Tanpa adanya lagi khidmat penghantaran, 177 00:22:12,289 --> 00:22:15,292 anak penguin itu pergi ke laut akibat kebuluran. 178 00:22:20,088 --> 00:22:22,674 Terdapat banyak makanan di tengah laut, 179 00:22:23,759 --> 00:22:26,887 tetapi anak penguin itu berenang dengan penguin lain 180 00:22:26,970 --> 00:22:29,639 dan terus berenang ribuan kilometer 181 00:22:29,723 --> 00:22:31,933 separuh jalan ke Antartika. 182 00:22:33,685 --> 00:22:37,481 Inilah perjalanan tunggal paling lama oleh mana-mana penguin 183 00:22:38,106 --> 00:22:40,776 dan barangkali sia-sia sahaja. 184 00:22:40,859 --> 00:22:45,280 LAUTAN SELATAN ANTARTIKA 185 00:22:45,364 --> 00:22:49,242 Generasi penguin terdahulu buat begini dua juta tahun yang lepas 186 00:22:49,326 --> 00:22:52,120 ketika makanan hanya ada di sini. 187 00:22:52,996 --> 00:22:55,791 Jelas sekali rutin itu sukar ditinggalkan. 188 00:23:05,467 --> 00:23:06,468 Pada November, 189 00:23:06,551 --> 00:23:10,722 peningkatan cahaya matahari harian memanaskan Lautan Hindi 190 00:23:11,348 --> 00:23:13,558 dan mencetuskan monsun. 191 00:23:13,642 --> 00:23:15,268 LAUTAN HINDI PULAU CHRISTMAS 192 00:23:15,352 --> 00:23:18,146 Di sana terletaknya Pulau Christmas. 193 00:23:21,233 --> 00:23:25,946 Peningkatan kelembapan membangkitkan seangkatan tentera yang sedang tidur. 194 00:23:37,833 --> 00:23:39,709 Ketam merah Pulau Christmas 195 00:23:39,793 --> 00:23:42,587 kini hidup di daratan hampir sepenuhnya. 196 00:23:44,423 --> 00:23:45,632 Untuk bernafas, 197 00:23:45,715 --> 00:23:48,093 ketam-ketam ini perlu insang yang lembap 198 00:23:49,094 --> 00:23:51,805 dan laut untuk bertelur. 199 00:23:53,932 --> 00:23:59,563 Jadi, spesies ketam ini pergi ke pantai setiap tahun sejak 200,000 tahun lepas. 200 00:24:01,940 --> 00:24:05,026 Walau bagaimanapun, kini keadaan banyak berubah. 201 00:24:12,367 --> 00:24:14,578 Namun, bantuan sudah tiba. 202 00:24:29,176 --> 00:24:32,637 Penduduk tempatan juga membina jambatan-jambatan khas 203 00:24:32,721 --> 00:24:36,725 supaya ketam-ketam dapat melintas jalan yang sibuk dengan aman, 204 00:24:38,018 --> 00:24:40,979 dan laluan bawah tanah memudahkan arah kawanan itu. 205 00:24:46,776 --> 00:24:48,403 Kawanan itu semakin laju 206 00:24:48,904 --> 00:24:51,114 kerana mahu mengejar air pasang. 207 00:24:55,827 --> 00:24:59,915 Dalam satu malam, empat juta ekor ketam tiba di pantai. 208 00:25:08,381 --> 00:25:12,802 Setiap ketam betina mengeluarkan 100,000 biji telur ke dalam ombak. 209 00:25:25,982 --> 00:25:30,111 Telur-telur itu terus menetas dan menjadi larva yang bebas berenang. 210 00:25:34,032 --> 00:25:39,120 Selalunya, kebanyakan larva dimakan atau dihanyutkan ke air dalam, 211 00:25:39,788 --> 00:25:41,540 lalu tiada satu pun kembali. 212 00:25:44,417 --> 00:25:47,754 Jika bernasib baik, sewaktu air pasang bulan hadapan, 213 00:25:47,837 --> 00:25:50,924 larva-larva itu akan hanyut semula ke pantai pulau. 214 00:25:53,635 --> 00:25:57,722 LAUTAN ATLANTIK SELATAN 215 00:25:57,806 --> 00:26:00,308 Ribuan kilometer ke selatan, 216 00:26:00,392 --> 00:26:02,978 satu lagi perjalanan sulung akan bermula. 217 00:26:08,483 --> 00:26:09,609 Akhir November, 218 00:26:10,151 --> 00:26:12,988 tengah musim panas, di hujung dunia. 219 00:26:15,532 --> 00:26:20,120 Patagonia, penghujung selatan Amerika. 220 00:26:26,543 --> 00:26:30,922 Hanya ada satu pemangsa daratan besar yang tinggal sejauh ini di selatan. 221 00:26:33,717 --> 00:26:34,551 Puma. 222 00:26:41,224 --> 00:26:42,642 Ini Machito. 223 00:26:43,476 --> 00:26:44,728 Puma kelabu. 224 00:26:46,146 --> 00:26:50,609 Baru setahun, tetapi akan menghadapi cabaran terbesar dalam hidupnya. 225 00:26:52,068 --> 00:26:53,612 Namun, Machito tidak tahu. 226 00:27:02,370 --> 00:27:04,623 Machito dan adiknya, Niña, 227 00:27:05,373 --> 00:27:10,795 harus berpisah pada usia sekarang dan mencari kawasan sendiri. 228 00:27:21,431 --> 00:27:23,391 Persaingan antara puma jantan 229 00:27:23,475 --> 00:27:27,646 menyebabkan Machito terpaksa mengembara lebih jauh daripada adiknya. 230 00:27:31,524 --> 00:27:34,986 Namun sekarang, kedua-duanya perlu belajar memburu. 231 00:27:44,913 --> 00:27:46,331 Bagi ibu puma sekalipun, 232 00:27:47,666 --> 00:27:49,542 tiada cabaran lebih besar… 233 00:27:52,671 --> 00:27:55,548 daripada menangkap guanako jantan dewasa 234 00:27:56,257 --> 00:27:58,343 tiga kali ganda saiznya. 235 00:28:00,720 --> 00:28:02,138 Namun, si ibu ini pakar. 236 00:28:05,058 --> 00:28:06,935 Anak-anaknya fokus memerhati. 237 00:28:15,443 --> 00:28:19,072 Untuk berjaya, ibu puma itu perlu hampir beberapa meter. 238 00:28:46,391 --> 00:28:49,894 Kemudian berpaut walau selincah mana pun mangsanya berlari. 239 00:29:19,674 --> 00:29:23,052 Anak-anak puma itu harus memanfaatkan makanan percuma ini. 240 00:29:24,179 --> 00:29:27,766 Kehidupannya yang mudah akan berakhir. 241 00:29:34,022 --> 00:29:36,983 Si ibu telah buat semua yang termampu demi anaknya. 242 00:29:40,820 --> 00:29:42,447 Selepas setahun bersama, 243 00:29:42,530 --> 00:29:45,492 kawasannya bukan lagi untuk anak-anaknya. 244 00:29:54,793 --> 00:29:57,045 Tiba masa untuk anak-anaknya pergi. 245 00:30:07,180 --> 00:30:10,850 Selama beberapa minggu, adik-beradik itu kekal bersama. 246 00:30:11,726 --> 00:30:14,854 Namun, tidak lama lagi, kedua-duanya perlu berpisah. 247 00:30:16,689 --> 00:30:18,399 Niña, yang betina, 248 00:30:18,483 --> 00:30:21,653 boleh tinggal berdekatan dengan kawasan ibunya. 249 00:30:23,363 --> 00:30:25,824 Machito pula tidak boleh. 250 00:30:30,954 --> 00:30:33,373 Kawasan jantan jauh lebih besar. 251 00:30:33,957 --> 00:30:38,253 Machito perlu jelajah ratusan kilometer bagi mencari ruang yang cukup. 252 00:30:49,681 --> 00:30:51,724 Buat kali pertama dalam hidupnya, 253 00:30:52,725 --> 00:30:54,227 Machito bersendirian. 254 00:31:01,568 --> 00:31:05,154 Selepas beberapa minggu bergerak, Machito kebuluran. 255 00:31:15,915 --> 00:31:17,333 Cara buru sudah dilihat, 256 00:31:18,418 --> 00:31:20,545 tetapi sudahkah Machito cukup mahir? 257 00:31:31,931 --> 00:31:32,891 Belum lagi. 258 00:31:37,228 --> 00:31:39,856 Bagi mencari makanan, Machito perlu bergerak, 259 00:31:40,815 --> 00:31:44,652 meneroka kawasan yang tidak dikenali. 260 00:31:52,368 --> 00:31:54,996 Machito tidak berhenti sampailah… 261 00:31:57,498 --> 00:32:01,753 terhidu bau mangsa baru dibunuh yang sungguh jelas. 262 00:32:10,553 --> 00:32:11,846 Namun, pemangsanya… 263 00:32:14,557 --> 00:32:16,100 puma jantan yang besar. 264 00:32:46,756 --> 00:32:48,967 Dua kali ganda saiz Machito… 265 00:32:52,887 --> 00:32:55,056 dan mampu membunuhnya sekelip mata. 266 00:33:05,566 --> 00:33:08,361 Namun, Machito terlalu lapar untuk berputus asa. 267 00:33:26,963 --> 00:33:29,424 Sungguh luar biasa, puma tua itu berundur 268 00:33:30,758 --> 00:33:32,844 dan membiarkan puma muda itu makan. 269 00:33:33,428 --> 00:33:36,514 Kelakuan yang jarang dilihat dalam kalangan jantan. 270 00:33:38,850 --> 00:33:42,145 Keberanian Machito mungkin memberi sedikit masa untuknya, 271 00:33:43,771 --> 00:33:46,774 tetapi perjalanannya baru bermula. 272 00:33:52,697 --> 00:33:55,658 Puma jantan mengembara ke tempat jauh dengan cepat. 273 00:33:56,617 --> 00:34:00,830 Maka, tidak banyak diketahui tentang kehidupannya yang mandiri. 274 00:34:06,127 --> 00:34:10,006 Ada beberapa puma berjaya menempuhi tahun pertama bersendirian. 275 00:34:12,800 --> 00:34:15,428 Jika bernasib baik, Machito pun akan berjaya. 276 00:34:23,436 --> 00:34:26,898 DISEMBER 277 00:34:33,988 --> 00:34:35,823 Ini hari sebelum Krismas, 278 00:34:35,907 --> 00:34:39,494 dan kawasan pantai di Pulau Christmas merah menyala. 279 00:34:42,955 --> 00:34:44,248 Sekali dalam sedekad, 280 00:34:44,791 --> 00:34:48,544 arus lautan sesuai untuk anak-anak ketam kembali. 281 00:34:50,922 --> 00:34:53,633 Ini antara yang terbesar pernah dilihat. 282 00:34:55,468 --> 00:34:57,470 Berbilion-bilion kerumuni terumbu… 283 00:35:04,393 --> 00:35:06,229 membingungkan hidupan tempatan. 284 00:35:08,022 --> 00:35:10,525 Anak-anak ketam itu cuba menuju ke daratan 285 00:35:11,651 --> 00:35:13,319 dengan segala cara yang ada. 286 00:35:17,865 --> 00:35:21,119 Anak-anak ketam itu perlu ke hutan tempat asal induknya 287 00:35:21,202 --> 00:35:25,581 dan tempat selamat untuknya, sejauh hanya dua kilometer. 288 00:35:27,083 --> 00:35:30,378 Namun, induknya bukan sekecil kepala pin. 289 00:35:33,548 --> 00:35:37,135 Anak-anak ketam itu tanggalkan cangkerang, menukar sut basah 290 00:35:37,218 --> 00:35:40,012 dengan sesuatu yang lebih memudahkan pernafasan. 291 00:35:43,891 --> 00:35:44,725 Sedia. 292 00:35:45,643 --> 00:35:47,770 Sebelum sempat meninggalkan pantai… 293 00:35:50,398 --> 00:35:53,317 anak-anak ketam itu diserang oleh sesuatu. 294 00:35:58,990 --> 00:35:59,824 Ibu? 295 00:36:04,912 --> 00:36:10,084 Jelas sekali, ketam merah dewasa tidak suka ketam-ketam kecil. 296 00:36:12,837 --> 00:36:15,840 Masa untuk meninggalkan pantai, dengan kadar segera. 297 00:36:20,052 --> 00:36:23,598 Anak-anak ketam itu perlu memanjat tembok laut. 298 00:36:25,641 --> 00:36:29,103 Ini sangat sukar, ibarat kita mahu panjat pencakar langit. 299 00:36:35,610 --> 00:36:39,030 Setelah berjaya naik, anak ketam itu perlu melalui pekan. 300 00:36:46,078 --> 00:36:48,497 Namun, sukar untuk bergerak dalam diam 301 00:36:48,581 --> 00:36:52,001 jika bergerak bersama beberapa bilion ketam lain. 302 00:37:09,852 --> 00:37:12,647 Dunia ini sangat berbahaya 303 00:37:12,730 --> 00:37:14,649 jika saiz kita sangat kecil. 304 00:37:16,108 --> 00:37:18,444 Anak-anak ketam itu perlu berhati-hati. 305 00:37:25,993 --> 00:37:27,411 Pinggir hutan. 306 00:37:27,495 --> 00:37:29,455 Tempat selamat di hadapan mata. 307 00:37:30,581 --> 00:37:32,416 Namun, masih awal untuk santai. 308 00:37:36,462 --> 00:37:38,297 Semut gila kuning, 309 00:37:39,590 --> 00:37:41,509 yang makan anak ketam. 310 00:37:45,012 --> 00:37:46,639 Anak-anak ketam yang lepas 311 00:37:47,390 --> 00:37:49,892 akan menyambut Krismas. 312 00:37:53,771 --> 00:37:57,733 Lima tahun seterusnya akan dihabiskan dengan makan dan membesar 313 00:37:58,484 --> 00:38:01,612 sebelum kembali ke laut 314 00:38:02,280 --> 00:38:05,032 dan mengeluarkan telur. 315 00:38:12,290 --> 00:38:14,125 Perjalanan pertama semua haiwan 316 00:38:14,208 --> 00:38:17,253 selalunya merupakan yang paling mencabar. 317 00:38:18,838 --> 00:38:21,382 Namun, ada juga yang menggentarkan. 318 00:38:26,971 --> 00:38:29,015 Burung jenjang demoisel muda 319 00:38:29,098 --> 00:38:32,893 menempuhi salah satu penghijrahan tersukar oleh mana-mana burung. 320 00:38:37,565 --> 00:38:39,608 Meninggalkan Mongolia yang beku, 321 00:38:39,692 --> 00:38:43,404 burung ini ke selatan untuk meluangkan musim sejuk di India. 322 00:38:45,865 --> 00:38:49,076 Namun, perjalanan di sana tidak sentiasa sesukar ini. 323 00:38:56,125 --> 00:39:01,297 Empat puluh lima juta tahun lalu, seluruh tanah di bawahnya rata. 324 00:39:02,590 --> 00:39:06,510 Kemudian, tanahnya berubah dan meninggi menjadi lipatan besar, 325 00:39:06,594 --> 00:39:10,348 lalu membentuk banjaran gunung tertinggi di dunia. 326 00:39:11,849 --> 00:39:12,933 Banjaran Himalaya. 327 00:39:19,690 --> 00:39:22,401 Untuk melaluinya, burung jenjang perlu terbang 328 00:39:22,485 --> 00:39:24,862 setinggi 8,000 meter dari paras laut. 329 00:39:27,823 --> 00:39:31,660 Semakin tinggi terbang, semakin rendah oksigen. 330 00:39:40,461 --> 00:39:43,464 Disebabkan penat, burung jenjang itu mudah diserang. 331 00:39:50,805 --> 00:39:55,351 Helang emas yang terbang dengan udara hangat dari cerun yang curam, 332 00:39:56,060 --> 00:39:58,354 melayang di atas burung jenjang itu. 333 00:40:12,326 --> 00:40:14,995 Kemudian, helang emas menjunam ke arahnya. 334 00:40:32,012 --> 00:40:36,100 Untuk menumbangkan mangsa besar, helang itu serang secara berpasangan. 335 00:40:49,321 --> 00:40:51,157 Perjalanan pertama si kecil ini 336 00:40:52,450 --> 00:40:54,118 telah menjadi yang terakhir. 337 00:41:10,968 --> 00:41:13,804 Ada laluan yang lebih rendah dan selamat. 338 00:41:14,972 --> 00:41:16,974 Namun, naluri burung jenjang itu 339 00:41:17,057 --> 00:41:20,019 mahu terbang mengikut arah yang biasa dilaluinya. 340 00:41:32,114 --> 00:41:34,992 Sehingga baru-baru ini, burung-burung itu diburu 341 00:41:35,826 --> 00:41:38,996 dan kehilangan banyak kawasan makan tradisionalnya. 342 00:41:46,879 --> 00:41:50,633 Kemudian, sebuah desa kecil di India Utara 343 00:41:51,300 --> 00:41:53,260 mengubah nasib burung-burung itu. 344 00:42:12,696 --> 00:42:17,785 Para penduduk Khichan memberi makan dan melindungi burung-burung jenjang itu. 345 00:42:35,010 --> 00:42:38,180 Semakin banyak jenjang tiba pada setiap musim sejuk. 346 00:42:46,981 --> 00:42:50,734 Lima belas ribu ekor datang ke Khichan pada setiap tahun. 347 00:42:54,113 --> 00:42:58,075 Inilah perkumpulan terbesar spesies ini yang pernah disaksikan. 348 00:43:01,370 --> 00:43:06,083 Perjalanan anak-anak burung ke selatan merentas banjaran gunung tertinggi di bumi 349 00:43:06,166 --> 00:43:07,585 akhirnya selesai. 350 00:43:08,586 --> 00:43:10,296 Sehingga tahun hadapan. 351 00:43:20,139 --> 00:43:22,224 Di dunia yang sentiasa berubah ini, 352 00:43:22,308 --> 00:43:25,978 haiwan-haiwan yang bergerak semakin memerlukan bantuan kita. 353 00:43:29,356 --> 00:43:31,400 Hutan tropika Yunnan 354 00:43:31,483 --> 00:43:35,988 ialah tempat tinggal terakhir bagi gajah liar terancam di China. 355 00:43:53,422 --> 00:43:55,132 Pada bulan Mac 2020, 356 00:43:56,091 --> 00:44:00,888 hutan ini dilanda kemarau yang terbesar dan terpanjang dalam sejarah. 357 00:44:03,349 --> 00:44:04,725 Pokok-pokok mati, 358 00:44:06,143 --> 00:44:07,978 dan gajah-gajah kebuluran. 359 00:44:15,569 --> 00:44:18,322 Ahli baharu keluarganya akan lahir… 360 00:44:21,909 --> 00:44:24,745 maka kawanan ini memutuskan untuk berpindah. 361 00:44:27,831 --> 00:44:31,001 Namun, ini bukan satu perjalanan biasa. 362 00:44:33,337 --> 00:44:36,715 Kisahnya menggambarkan imaginasi dunia. 363 00:44:39,635 --> 00:44:42,596 Haiwan paling besar di daratan 364 00:44:43,889 --> 00:44:45,849 cuba mencari tempat tinggal 365 00:44:47,601 --> 00:44:50,688 di negara paling ramai penduduk di atas muka bumi. 366 00:44:57,486 --> 00:44:59,071 Keluarga itu menuju utara 367 00:44:59,154 --> 00:45:03,492 ke kawasan China yang berbeza daripada yang ditinggalkan. 368 00:45:05,119 --> 00:45:06,787 HUTAN SELATAN 369 00:45:06,870 --> 00:45:10,582 Selama lapan bulan, banyak kawasan baharu yang aneh dilalui, 370 00:45:11,291 --> 00:45:13,419 tetapi tiada tempat untuk menetap. 371 00:45:15,254 --> 00:45:19,007 Oleh itu, anak-anaknya lahir sewaktu sedang bergerak. 372 00:45:22,219 --> 00:45:25,013 Itu sangat jarang berlaku dalam kawanan gajah. 373 00:45:27,808 --> 00:45:31,019 Permulaan hidupnya tentu amat meletihkan. 374 00:45:34,940 --> 00:45:39,486 Namun, kawanan 17 ekor gajah ini terpaksa meneruskan perjalanan. 375 00:45:51,749 --> 00:45:54,918 Bagi yang baru mula belajar berjalan, 376 00:45:55,002 --> 00:45:57,129 setiap rintangan menjadi masalah. 377 00:46:00,424 --> 00:46:01,717 Serta setiap cerun 378 00:46:02,760 --> 00:46:03,719 yang curam. 379 00:46:11,518 --> 00:46:15,147 Perjalanan diteruskan 400 kilometer lagi. 380 00:46:18,233 --> 00:46:20,360 Semakin jauh menapak ke utara, 381 00:46:21,195 --> 00:46:23,113 semakin tidak sesuai kawasannya. 382 00:46:28,452 --> 00:46:29,828 Untuk makan atau minum, 383 00:46:31,580 --> 00:46:33,540 gajah-gajah itu terpaksa mencuri. 384 00:46:38,629 --> 00:46:40,172 Namun, sungguh luar biasa, 385 00:46:41,340 --> 00:46:43,467 para penduduk tidak menghalaunya, 386 00:46:44,676 --> 00:46:46,887 tetapi memberinya laluan selamat… 387 00:46:49,056 --> 00:46:51,308 dan membiarkannya merampas makanan. 388 00:47:01,401 --> 00:47:03,237 Selepas setahun bergerak, 389 00:47:03,946 --> 00:47:05,489 kawanan itu kepenatan. 390 00:47:14,039 --> 00:47:16,458 Gajah biasanya tidur sambil berdiri 391 00:47:17,042 --> 00:47:21,171 dan hanya berbaring sekiranya betul-betul penat. 392 00:47:26,969 --> 00:47:29,638 Jika kita terus mengubah planet ini, 393 00:47:30,389 --> 00:47:31,890 semakin banyak haiwan 394 00:47:31,974 --> 00:47:35,727 akan terpaksa menempuhi perjalanan baharu seperti ini. 395 00:47:46,405 --> 00:47:51,702 Namun, pergerakan seterusnya merupakan yang paling luar biasa antara semua. 396 00:49:21,249 --> 00:49:26,254 Terjemahan sari kata oleh M Arrazi Azmi