1 00:00:01,583 --> 00:00:05,167 Bila kali terakhir awak bercakap dengan Cassian Andor? 2 00:00:06,667 --> 00:00:08,542 SEBELUM INI DALAM ANDOR 3 00:00:08,625 --> 00:00:11,500 Sudah cukup lama Ferrix bersembunyi. 4 00:00:11,583 --> 00:00:13,458 Mak nak lawan dengan Empayar? 5 00:00:13,542 --> 00:00:15,292 Kenapa mak nak tinggal di sini? 6 00:00:15,375 --> 00:00:16,375 Pemberontakan itu. 7 00:00:16,458 --> 00:00:17,417 Dia ada beritahu? 8 00:00:17,500 --> 00:00:19,167 Dia sedang menulis manifesto. 9 00:00:19,250 --> 00:00:20,875 Awak watak ideal saya. 10 00:00:26,167 --> 00:00:27,875 Dia suruh berikannya kepada awak. 11 00:00:27,958 --> 00:00:32,375 Jadi, awak mencari pengurusan perbankan yang lebih fleksibel bukan? 12 00:00:32,458 --> 00:00:33,708 Berapa harga awak? 13 00:00:33,792 --> 00:00:36,375 Saya ada anak lelaki 14 tahun. Saya nak bawa dia ke sini. 14 00:00:36,458 --> 00:00:39,542 -Saya bukan minta mereka dikahwinkan. -Habis apa maksud awak? 15 00:00:39,625 --> 00:00:40,458 Sesi berkenalan. 16 00:00:40,542 --> 00:00:43,000 Anak awak 13 tahun. Dah nak cukup umur. 17 00:00:43,083 --> 00:00:44,833 Jangan kata awak dah terima lamaran. 18 00:00:44,917 --> 00:00:47,000 Saya dalam masalah besar, Vel. 19 00:00:47,083 --> 00:00:49,875 ISB tahu rancangan Kreegyr. Mereka akan menunggu dia. 20 00:00:49,958 --> 00:00:53,125 Berbaloikah mengorbankan Kreegryr? 21 00:00:53,208 --> 00:00:54,125 Dulu. 22 00:00:54,208 --> 00:00:56,708 Ada cerita tentang Andor. Tuan mahu berita tentangnya. 23 00:00:56,792 --> 00:00:58,042 Ya, teruskan. 24 00:00:58,125 --> 00:00:59,042 Mak dia. 25 00:00:59,125 --> 00:01:00,583 Dia dah meninggal dunia. 26 00:01:00,667 --> 00:01:02,458 Dia mungkin datang ke pengebumian mak dia. 27 00:01:02,542 --> 00:01:04,500 -Mereka baru alih mayatnya. -Apa sekarang? 28 00:01:04,583 --> 00:01:08,000 Sebagai warga Ferrix yang disegani, dia layak mendapat penghormatan. 29 00:01:08,083 --> 00:01:09,667 Mereka pasti nak tutup Jalan Rix. 30 00:01:09,750 --> 00:01:11,375 Berikan permit kepada mereka. 31 00:01:11,458 --> 00:01:12,458 Cass, maafkan saya. 32 00:01:13,667 --> 00:01:14,708 Mak awak dah mati. 33 00:03:32,000 --> 00:03:32,875 Awak dah sampai. 34 00:03:33,500 --> 00:03:35,333 Selamat datang. Tepat sebelum makan malam. 35 00:03:35,417 --> 00:03:36,667 Saya makan kemudian. 36 00:03:36,750 --> 00:03:39,375 Saya nak salin baju dan jalan-jalan di bandar. 37 00:03:39,458 --> 00:03:40,500 Saya panggil pengiring. 38 00:03:41,375 --> 00:03:42,583 Tak perlu. 39 00:03:42,667 --> 00:03:44,125 Corv akan menemani saya. 40 00:03:44,208 --> 00:03:45,542 Tak mahu nampak ketara. 41 00:03:45,625 --> 00:03:46,750 Baiklah. 42 00:04:16,625 --> 00:04:17,625 -Xan. -Hei. 43 00:04:17,708 --> 00:04:20,042 Awak sedang berkemas, sebab itu saya tunggu. 44 00:04:20,125 --> 00:04:22,167 -Lama tunggu? -Saya cakap dengan Cassian. 45 00:04:22,250 --> 00:04:24,333 -Apa? -Dia menghubungi bengkel tadi. 46 00:04:24,417 --> 00:04:25,375 Bagaimana? 47 00:04:25,458 --> 00:04:27,833 Saya angkat telefon dan dengar suara dia. 48 00:04:27,917 --> 00:04:29,167 -Di mana? -Saya tak tahu... 49 00:04:29,250 --> 00:04:30,625 -Dia ada di mana? -Dia tak cakap. 50 00:04:32,292 --> 00:04:33,417 Dia tahu tentang Maarva? 51 00:04:33,500 --> 00:04:34,542 Dia dah tahu. 52 00:04:35,500 --> 00:04:37,167 Tak lama pun kami berbual. 53 00:04:37,750 --> 00:04:40,458 -Dia tanya tentang pengebumian Maarva. -Mari berjalan. 54 00:04:44,000 --> 00:04:45,958 -Siapa lagi dah tahu? -Tiada sesiapa. 55 00:04:46,042 --> 00:04:47,250 Jangan beritahu sesiapa. 56 00:04:47,333 --> 00:04:48,583 Jangan leka. 57 00:04:48,667 --> 00:04:50,875 Mereka perhatikan rumah Maarva dari semua tempat. 58 00:04:50,958 --> 00:04:52,833 Bahaya kalau dia balik sekarang. 59 00:04:52,917 --> 00:04:54,417 Harap awak beritahu dia. 60 00:04:54,500 --> 00:04:56,583 Saya dah kata ia panggilan yang singkat. 61 00:05:46,667 --> 00:05:50,000 Saya asyik memikirkan situasi Maarva ini. 62 00:05:51,167 --> 00:05:53,292 Bayangkan kehilangan mak kita seperti itu. 63 00:05:55,333 --> 00:05:56,708 Saya takkan boleh terima. 64 00:05:57,625 --> 00:05:59,250 Tak berada di sisi mak kita. 65 00:05:59,917 --> 00:06:03,917 Untuk Brasso mengebumikan dia memang sangat menyedihkan, bukan? 66 00:06:04,958 --> 00:06:06,292 Kasihan Cassian. 67 00:06:06,375 --> 00:06:07,583 Mesti sedih kalau jadi dia. 68 00:06:10,417 --> 00:06:11,292 Nak lagi? 69 00:06:13,250 --> 00:06:14,333 Mungkin secawan lagi. 70 00:06:19,708 --> 00:06:20,958 Buat apa risau? 71 00:06:21,042 --> 00:06:22,667 Bukannya dia tahu pun. 72 00:06:22,750 --> 00:06:25,333 Saya jamin dia langsung tak tahu keadaan sebenar. 73 00:06:25,417 --> 00:06:26,583 Percayalah. 74 00:06:26,667 --> 00:06:28,417 Jangan yakin sangat. 75 00:06:29,875 --> 00:06:30,875 Hei. 76 00:06:31,625 --> 00:06:33,083 Awak tahu sesuatu? 77 00:06:33,167 --> 00:06:35,708 Kalau boleh, jangan beritahu. 78 00:06:43,708 --> 00:06:44,708 Hei. 79 00:06:44,792 --> 00:06:46,208 Kami nak minum lagi. 80 00:08:02,667 --> 00:08:04,042 Ingatkan awak dah pergi. 81 00:08:04,958 --> 00:08:05,958 Saya terfikir juga. 82 00:08:06,708 --> 00:08:08,125 Saya cari awak tapi... 83 00:08:08,208 --> 00:08:09,083 Sudah tentu. 84 00:08:09,167 --> 00:08:11,250 Kloris, tolong bagi kami privasi. 85 00:08:11,333 --> 00:08:12,375 Baik, puan. 86 00:08:13,958 --> 00:08:15,208 Apa pula sekarang? 87 00:08:19,333 --> 00:08:20,667 Awak berjudi lagi. 88 00:08:22,542 --> 00:08:23,417 Jangan mengarut. 89 00:08:23,500 --> 00:08:25,417 Berjudi di sini, di Coruscant. 90 00:08:25,500 --> 00:08:26,792 Mengarut. 91 00:08:26,875 --> 00:08:29,208 Saya dah bosan dengan semua ini. 92 00:08:31,042 --> 00:08:33,625 Ini satu penipuan. Merepek saja. Siapa yang beritahu? 93 00:08:33,708 --> 00:08:35,417 -Tolonglah. -Tak, saya serius. 94 00:08:35,500 --> 00:08:36,417 Perrin, tolonglah. 95 00:08:36,500 --> 00:08:38,250 -Siapa yang cakap? -Sudahlah. 96 00:08:38,875 --> 00:08:41,250 Kita boleh patah balik sekarang dan akhirinya. 97 00:08:41,333 --> 00:08:42,208 Tak, tak perlu. 98 00:08:42,292 --> 00:08:44,375 Cukuplah saya malu malam ini. 99 00:08:45,833 --> 00:08:48,375 Awak tak boleh hidup tanpa kasino? Baiklah. 100 00:08:48,458 --> 00:08:53,958 Pergi ke Canto Bight dan buatlah sesuka hati di sana. 101 00:08:54,583 --> 00:08:55,458 Bukan di sini. 102 00:08:56,833 --> 00:08:57,708 Awak dah janji. 103 00:08:57,792 --> 00:09:00,250 -Saya tepati janji saya! -Perlahankan suara. 104 00:09:00,333 --> 00:09:01,458 Dia tak boleh dengar. 105 00:09:03,542 --> 00:09:04,542 Ini salah, Mon. 106 00:09:04,625 --> 00:09:07,583 Ada orang cuba menjatuhkan awak dengan mensasarkan saya. 107 00:09:10,542 --> 00:09:12,542 Beritahu siapa cakap dan saya beritahu kenapa. 108 00:09:13,208 --> 00:09:14,083 Tolonglah. 109 00:09:14,958 --> 00:09:16,333 Mana saya nak cari duit? 110 00:09:17,000 --> 00:09:19,083 Soalan itu yang paling menakutkan saya. 111 00:09:21,875 --> 00:09:23,542 Ada orang menipu awak. 112 00:09:24,667 --> 00:09:26,167 Yang itu, saya setuju. 113 00:09:46,000 --> 00:09:46,958 Awak di sini. 114 00:09:48,875 --> 00:09:50,708 Saya tak ingat sama ada pintu dah dikunci 115 00:09:50,792 --> 00:09:52,500 dan sama ada awak ingat jalan ke sini. 116 00:09:52,583 --> 00:09:54,750 -Saya di sini. -Saya baru nak jemput awak. 117 00:09:54,833 --> 00:09:56,792 Saya sedang memerhati orang ISB. 118 00:09:59,000 --> 00:10:00,458 {\an8}Dia pegawai di sini. 119 00:10:00,542 --> 00:10:02,125 {\an8}Bos dia muncul malam tadi. 120 00:10:03,000 --> 00:10:04,333 Gembira jumpa awak juga. 121 00:10:08,625 --> 00:10:12,000 Ada penyelia ISB datang malam ini. 122 00:10:12,083 --> 00:10:12,917 Seorang wanita. 123 00:10:13,750 --> 00:10:15,125 Di sini. Sekarang. 124 00:10:15,208 --> 00:10:16,500 Saya baru nak jemput awak 125 00:10:16,583 --> 00:10:18,583 waktu mereka keluar jadi orang tempatan. 126 00:10:20,250 --> 00:10:21,250 Saya terpaksa ikut. 127 00:10:22,417 --> 00:10:23,833 Mereka sedang bersedia, Vel. 128 00:10:24,583 --> 00:10:26,333 Mereka tahu Andor akan datang. 129 00:10:27,417 --> 00:10:28,917 Awak buat perkara yang betul. 130 00:10:29,000 --> 00:10:30,375 Kita perlu sampai ke sana dulu. 131 00:10:31,417 --> 00:10:32,958 -Saya tahu. -Semuanya bergantung... 132 00:10:33,042 --> 00:10:34,250 Saya cakap saya tahu. 133 00:10:41,750 --> 00:10:43,208 Datang sini sebentar. 134 00:11:30,917 --> 00:11:32,333 Dengar sini, Cassian. 135 00:11:32,417 --> 00:11:35,458 Orang yang nampak segalanya lebih bertuah, bukan malang. 136 00:11:37,292 --> 00:11:38,583 Tengok, ini dia. 137 00:11:38,667 --> 00:11:40,125 Jauh sikit, biar ia menitik. 138 00:11:42,667 --> 00:11:44,500 Lihat betapa cepat ia dibersihkan. 139 00:11:44,583 --> 00:11:45,583 Sukar untuk percaya. 140 00:11:46,250 --> 00:11:47,333 Dua minit. 141 00:11:47,417 --> 00:11:48,625 Tak lebih, tak kurang. 142 00:11:50,750 --> 00:11:52,583 Tahukah kenapa ia tak dibuat lagi? 143 00:11:53,083 --> 00:11:55,583 Lebih baik menjual yang baru pada harga lebih mahal. 144 00:11:55,667 --> 00:11:57,125 Kita ada berapa di sini? 145 00:11:57,208 --> 00:11:58,667 Enam puluh? Tujuh puluh? 146 00:12:00,333 --> 00:12:01,333 Terbiar saja. 147 00:12:02,042 --> 00:12:04,375 Lima ratus kredit setiap satu. 148 00:12:04,958 --> 00:12:07,958 Orang tak pandang tempat sepatutnya. 149 00:12:09,208 --> 00:12:11,542 Yang mereka nampak cuma karat. 150 00:12:11,625 --> 00:12:12,792 Tapi bukan kita, bukan? 151 00:12:13,750 --> 00:12:16,167 Buka mata. Ia mungkin ada di mana-mana. 152 00:12:17,208 --> 00:12:18,625 Ayah perlu bersihkan 153 00:12:18,708 --> 00:12:20,958 sebelum mak kamu nampak kita buat kerja ini. 154 00:12:47,167 --> 00:12:48,208 Siapa di sana? 155 00:12:51,500 --> 00:12:52,333 Cass? 156 00:12:52,417 --> 00:12:53,333 Pegla? 157 00:12:53,417 --> 00:12:54,583 Duduk, sekarang! 158 00:13:00,583 --> 00:13:01,750 Tak sangka betul. 159 00:13:07,500 --> 00:13:08,375 Hei. 160 00:13:09,625 --> 00:13:10,458 Saya hanya... 161 00:13:11,208 --> 00:13:12,458 Saya bersimpati. 162 00:13:12,542 --> 00:13:14,208 Saya sayang mak awak. 163 00:13:14,292 --> 00:13:15,542 Saya tahu. 164 00:13:16,208 --> 00:13:17,625 Bagus dapat jumpa awak. 165 00:13:18,292 --> 00:13:19,417 Awak buat apa di sini? 166 00:13:19,500 --> 00:13:21,750 Menjaga tempat ini sebelum kami menjualnya. 167 00:13:21,833 --> 00:13:22,750 Jual? 168 00:13:24,083 --> 00:13:25,167 Mana Bix? 169 00:13:27,333 --> 00:13:28,500 Di mana dia? 170 00:13:28,583 --> 00:13:29,583 Cass... 171 00:13:32,458 --> 00:13:33,458 Di mana dia? 172 00:13:37,542 --> 00:13:40,375 "Akan tiba waktunya perjuangan itu nampak mustahil. 173 00:13:40,458 --> 00:13:41,542 "Itu saya tahu. 174 00:13:42,292 --> 00:13:45,625 "Rasa sunyi, tak pasti, jadi kerdil bila fikirkan bilangan musuh. 175 00:13:47,250 --> 00:13:51,000 "Ingatlah, kebebasan adalah satu idea asas. 176 00:13:52,292 --> 00:13:55,125 "Ia berlaku secara spontan dan tanpa arahan. 177 00:13:55,917 --> 00:13:59,417 "Banyak pemberontakan berlaku secara rawak di seluruh galaksi. 178 00:13:59,500 --> 00:14:02,500 "Ada bala tentera, batalion yang tak tahu 179 00:14:02,583 --> 00:14:04,750 "mereka telah menyertai perjuangan ini. 180 00:14:05,708 --> 00:14:09,333 "Ingatlah bahawa Pemberontakan boleh ada di mana-mana. 181 00:14:09,417 --> 00:14:13,083 "Malah pemberontakan yang begitu kecil pun menggerakkan kita. 182 00:14:14,875 --> 00:14:16,042 "Dan ingatlah. 183 00:14:16,833 --> 00:14:18,750 "Imperial terdesak untuk memiliki kuasa 184 00:14:18,833 --> 00:14:20,250 "kerana ia dipaksa-paksa. 185 00:14:21,417 --> 00:14:24,042 "Pemerintahan kuku besi memerlukan usaha berterusan. 186 00:14:24,125 --> 00:14:26,542 "Ia boleh hancur dan dipatahkan. 187 00:14:27,458 --> 00:14:29,000 "Kekuasaan itu sangat rapuh. 188 00:14:29,083 --> 00:14:30,833 "Penindasan ialah topeng ketakutan. 189 00:14:32,458 --> 00:14:33,292 "Ingatlah. 190 00:14:34,292 --> 00:14:35,625 "Dan ketahuilah, 191 00:14:35,708 --> 00:14:39,083 "harinya pasti akan tiba apabila kesemua pertempuran ini, 192 00:14:39,750 --> 00:14:42,875 "penentang-penentang ini akan menumpaskan kekuasaan Empayar 193 00:14:42,958 --> 00:14:45,458 "dan mereka akan menjadi semakin lemah. 194 00:14:45,542 --> 00:14:48,667 "Setiap tindakan kita boleh mematahkan serangan mereka. 195 00:14:50,708 --> 00:14:51,792 "Ingat baik-baik. 196 00:14:53,167 --> 00:14:54,000 "Cuba." 197 00:15:02,458 --> 00:15:04,958 Trafik udara dilonggarkan atas permintaan. 198 00:15:05,042 --> 00:15:08,125 Tarik peronda beruniform, longgarkan perintah berkurung. 199 00:15:08,208 --> 00:15:10,667 Kami dah letak umpan dan perangkap. 200 00:15:10,750 --> 00:15:12,708 Unit peninjau dah bersedia di luar sana. 201 00:15:12,792 --> 00:15:14,833 Saya tahu awak ada sumber awak sendiri. 202 00:15:14,917 --> 00:15:16,042 Pengebumian pukul berapa? 203 00:15:16,125 --> 00:15:17,250 Mereka minta tengah hari. 204 00:15:17,333 --> 00:15:18,708 Kami lewatkan dua jam. 205 00:15:18,792 --> 00:15:20,792 Mereka akan lambat sikit selepas makan. 206 00:15:22,083 --> 00:15:23,250 Kawasan pengebumian? 207 00:15:23,333 --> 00:15:25,167 Di sana. Itu kotak dia. 208 00:15:25,250 --> 00:15:27,792 Kami beri separuh Jalan Rix seluas satu blok. 209 00:15:27,875 --> 00:15:29,875 Kami benarkan maksimum 30 orang. 210 00:15:29,958 --> 00:15:32,667 Srikandi mendesak, jadi kita naikkan ke 40. 211 00:15:32,750 --> 00:15:34,000 "Srikandi?" 212 00:15:34,083 --> 00:15:35,417 Srikandi Ferrix. 213 00:15:35,500 --> 00:15:36,625 Ia sebuah kelab sosial. 214 00:15:36,708 --> 00:15:38,375 Mak Andor mantan presidennya. 215 00:15:38,458 --> 00:15:40,125 Dia menjengkelkan. 216 00:15:40,208 --> 00:15:42,667 Kedudukan kawalan di sini, sini dan sini. 217 00:15:42,750 --> 00:15:45,208 Penembak dan unit pembendungan di sana. 218 00:15:45,292 --> 00:15:46,750 Pembendungan, ya. Penembak, tak. 219 00:15:46,833 --> 00:15:48,375 Saya nak dia hidup-hidup. 220 00:15:49,292 --> 00:15:51,583 Sebarkan arahan saya. 221 00:15:51,667 --> 00:15:52,958 Dengan jelas. 222 00:16:22,583 --> 00:16:24,083 "Mana saya nak cari duit?" 223 00:16:24,667 --> 00:16:26,375 "Itu yang paling menakutkan saya." 224 00:16:26,458 --> 00:16:27,417 Betul. 225 00:16:27,500 --> 00:16:28,583 Itu yang dia cakap. 226 00:16:29,208 --> 00:16:32,750 Dia marah kerana Perrin menipu atau mungkin ada banyak hutang judi? 227 00:16:32,833 --> 00:16:34,208 Sukar untuk dikatakan. 228 00:16:34,292 --> 00:16:37,083 Mon Mothma sasaran yang penting. 229 00:16:37,167 --> 00:16:41,667 Dengan suaminya mencari masalah begini, itu banyak membantu kita. 230 00:16:41,750 --> 00:16:44,208 Nampak macam Perrin pernah buat begini. 231 00:16:45,000 --> 00:16:47,125 Urusan perbankan mereka memang pelik. 232 00:16:47,208 --> 00:16:48,833 Ini mungkin penjelasannya. 233 00:16:49,458 --> 00:16:51,167 Kreegyr. Awak akan terlepas. 234 00:16:56,167 --> 00:16:57,333 Teruskan mendengar. 235 00:17:05,292 --> 00:17:07,333 Awak dah boleh tutup fail Anto Kreegyr. 236 00:17:08,208 --> 00:17:09,542 Berapa ramai diserang? 237 00:17:09,625 --> 00:17:11,125 Bilangan mayat masih dikira. 238 00:17:12,167 --> 00:17:13,000 Dah berakhir? 239 00:17:13,083 --> 00:17:14,208 Mereka masuk perangkap. 240 00:17:14,292 --> 00:17:15,750 Ia berakhir sebelum mereka mula. 241 00:17:16,833 --> 00:17:17,667 Tahanan? 242 00:17:18,208 --> 00:17:19,333 Tak ada. 243 00:17:19,417 --> 00:17:22,042 Cuba teka siapa yang tak puas hati. 244 00:17:23,792 --> 00:17:24,833 Dia hubungi ketua. 245 00:17:25,917 --> 00:17:27,125 Ketua sedang menegur dia. 246 00:17:27,208 --> 00:17:30,125 Saya cuma berharap saya dimaklumkan sekali, tuan. 247 00:17:30,208 --> 00:17:32,292 Tiada apa-apa nak dibincangkan, Dedra. 248 00:17:32,375 --> 00:17:34,542 Kita tak dapat apa-apa daripada mayat. 249 00:17:34,625 --> 00:17:37,042 Seseorang perlu cakap begitu di situ. 250 00:17:37,125 --> 00:17:38,792 Awak tak faham. 251 00:17:39,458 --> 00:17:43,667 Hari ini kita sudah menebus kesilapan Aldhani untuk Maharaja. 252 00:17:43,750 --> 00:17:45,458 Awak nak mulakan perbincangan? 253 00:17:46,458 --> 00:17:47,625 Cari Axis. 254 00:18:47,250 --> 00:18:48,250 Itu bukan dia. 255 00:18:48,333 --> 00:18:50,167 -Tuan? -Lelaki besar. 256 00:18:50,250 --> 00:18:51,292 Kita ditipu. 257 00:18:51,875 --> 00:18:52,917 Di mana dia? 258 00:19:08,292 --> 00:19:09,167 Okey. 259 00:19:10,083 --> 00:19:11,333 Cepat sikit. 260 00:19:26,750 --> 00:19:28,250 Saya nak dia ikut saya. 261 00:19:28,333 --> 00:19:30,042 -Saya tahu. -Saya nak jemput dia. 262 00:19:30,125 --> 00:19:31,083 Dia beritahu saya. 263 00:19:33,333 --> 00:19:34,500 Saya tak dapat balik. 264 00:19:34,583 --> 00:19:36,500 Awak tak patut berada di sini. 265 00:19:38,250 --> 00:19:40,708 -Kali terakhir itu, kami bertengkar. -Jangan. 266 00:19:40,792 --> 00:19:42,750 -Saya cakap saya akan pulang. -Berhenti. 267 00:19:42,833 --> 00:19:45,208 -Saya tak patut pergi pagi itu. -Cukup. 268 00:19:46,792 --> 00:19:48,500 Dia suruh saya beritahu awak ini. 269 00:19:53,708 --> 00:19:55,958 "Beritahu dia, ini bukan salah dia. 270 00:19:56,792 --> 00:20:00,125 "Ia memang sudah wujud. Dia yang mula mencetuskan semangat itu. 271 00:20:01,125 --> 00:20:04,167 "Beritahu dia, dia dah tahu semua yang dia perlu tahu 272 00:20:04,250 --> 00:20:06,208 "dan merasai semua yang dia patut rasa. 273 00:20:07,708 --> 00:20:10,125 "Apabila tiba harinya, apabila kedua-dua itu bersatu, 274 00:20:10,208 --> 00:20:12,875 "dia akan menjadi pejuang kebaikan yang kuat. 275 00:20:15,708 --> 00:20:16,917 "Beritahu dia... 276 00:20:22,208 --> 00:20:25,042 "Saya sayang dia lebih daripada kesalahan yang dia lakukan." 277 00:20:33,875 --> 00:20:35,750 -Hei. -Siapa itu? 278 00:20:40,750 --> 00:20:42,625 Mereka ambil syif berbeza. 279 00:20:45,792 --> 00:20:47,958 Jalan dah selamat. Cepat. 280 00:20:49,875 --> 00:20:52,250 -Bix? -Masih ada kawan di hotel. 281 00:20:52,333 --> 00:20:54,958 -Dia masih hidup tiga hari lepas. -Kenapa dia dikurung? 282 00:20:55,042 --> 00:20:56,833 Pasti dia tahu sesuatu. 283 00:20:58,958 --> 00:21:01,000 Kita tak boleh tinggalkan dia di sana. 284 00:21:01,667 --> 00:21:03,292 Awak nak melawan satu garison? 285 00:21:04,792 --> 00:21:06,208 Biar saya uruskan Maarva. 286 00:21:07,125 --> 00:21:08,792 Awak jaga diri. 287 00:21:08,875 --> 00:21:10,375 Sudah terlambat untuk itu. 288 00:22:27,042 --> 00:22:28,000 Jumpa apa-apa? 289 00:22:29,417 --> 00:22:30,458 Saya dah risau tadi. 290 00:22:32,000 --> 00:22:34,125 Macam mana? Dia dah balik atau belum? 291 00:22:34,208 --> 00:22:36,250 Mereka rasa begitu. Mereka di mana-mana. 292 00:22:37,292 --> 00:22:39,333 Ada penyelia ISB datang. 293 00:22:39,417 --> 00:22:40,292 Perempuan? 294 00:22:41,542 --> 00:22:42,417 Awak kenal dia? 295 00:22:43,167 --> 00:22:44,000 Belum lagi. 296 00:22:44,750 --> 00:22:45,625 Ini bagus. 297 00:22:46,333 --> 00:22:47,917 Bagaimana ia bagus? 298 00:22:48,000 --> 00:22:49,542 Mereka akan memburu untuk kita. 299 00:22:50,208 --> 00:22:51,250 Mereka mahu menangkapnya. 300 00:22:51,333 --> 00:22:52,958 Mereka jumpa dia, kita bunuh dia. 301 00:22:53,917 --> 00:22:55,375 Mereka akan bawa dia ke mana? 302 00:22:55,458 --> 00:22:56,583 Ke hotel. 303 00:22:56,667 --> 00:22:57,792 Jadi itulah sasaran kita. 304 00:22:58,917 --> 00:23:01,750 Dia perlu mati sebelum mereka menyoalnya. 305 00:23:03,667 --> 00:23:05,833 Berapa masa kita ada sebelum upacara? 306 00:23:05,917 --> 00:23:07,792 Beberapa jam. Nanti dengar bunyi andas. 307 00:23:08,458 --> 00:23:10,375 -Mana Cinta? -Memerhatikan rumah mak dia. 308 00:23:10,458 --> 00:23:12,375 Lupakan itu. Suruh dia ke hotel. 309 00:23:12,458 --> 00:23:13,708 Saya nak buat pengawasan. 310 00:23:19,042 --> 00:23:20,333 Apa yang berlaku? 311 00:23:44,792 --> 00:23:46,667 Panggil Cinta. Saya akan pergi hotel. 312 00:24:13,917 --> 00:24:14,875 Apa yang berlaku? 313 00:24:15,833 --> 00:24:16,833 Saya tak pasti. 314 00:24:45,583 --> 00:24:46,833 Saya dengar muzik, tuan. 315 00:24:46,917 --> 00:24:48,792 Ia datang dari menara loceng itu. 316 00:26:07,542 --> 00:26:08,833 Saya juga mendengarnya. 317 00:26:10,583 --> 00:26:11,625 Saya cuma tak nampak. 318 00:26:12,708 --> 00:26:14,958 Mereka dah mula. Mereka datang dari seluruh bandar. 319 00:26:15,042 --> 00:26:16,708 Saya nak semua ada di sini. 320 00:26:16,792 --> 00:26:18,333 Bersedia untuk guna kekerasan. 321 00:26:22,833 --> 00:26:24,292 Perhatian! 322 00:26:24,375 --> 00:26:26,833 Cepat berkumpul. 323 00:26:26,917 --> 00:26:28,042 Mari bergerak! 324 00:26:50,208 --> 00:26:52,208 Ini awak panggil perimeter? 325 00:26:53,583 --> 00:26:55,542 Semua bersedia sekarang. 326 00:26:55,625 --> 00:26:58,750 Halau semua orang dari jalanan. 327 00:26:58,833 --> 00:27:00,125 Pasukan satu di sini. 328 00:27:00,208 --> 00:27:02,000 -Pasukan dua di sini. -Pergi! 329 00:27:02,083 --> 00:27:03,292 Pasukan tiga... 330 00:27:04,542 --> 00:27:05,583 Hadkan mereka! 331 00:27:07,292 --> 00:27:09,042 Bergerak! 332 00:27:11,167 --> 00:27:12,250 Pergi! 333 00:27:13,375 --> 00:27:15,292 Bergerak! 334 00:27:18,542 --> 00:27:20,000 Bawa unit ke bawah sana. 335 00:27:21,708 --> 00:27:23,542 Kapten, bawa mereka ke sana. 336 00:27:42,417 --> 00:27:44,375 -Gandakan ganjaran. -Dah jumpa dia? 337 00:27:44,458 --> 00:27:47,042 Saya nak dua kali ganda dan kenderaan lepas semua tamat. 338 00:27:47,125 --> 00:27:49,000 -Di mana dia? -Pura-pura tangkap saya. 339 00:27:49,083 --> 00:27:50,625 -Hei! -Awak nak buat apa? 340 00:27:50,708 --> 00:27:52,208 Hei. Gerak, cepat! 341 00:28:04,458 --> 00:28:06,292 Baik, kita perlu ambil posisi. 342 00:28:06,375 --> 00:28:07,583 Tutup perimeter cepat. 343 00:28:16,750 --> 00:28:17,708 Ke belakang! 344 00:28:39,750 --> 00:28:41,625 -Bangunan mana? -Seberang jalan. 345 00:28:41,708 --> 00:28:43,042 -Letak dua orang. -Dia nampak? 346 00:28:43,125 --> 00:28:45,125 -Tak, tapi dia tahu... -Kita dah buang masa. 347 00:28:45,208 --> 00:28:47,125 -Saya ada peninjau di teres... -Tidak. 348 00:28:47,208 --> 00:28:48,583 Saya nak dia hidup-hidup. 349 00:28:48,667 --> 00:28:50,667 Jangan buat saya cakap lagi. 350 00:29:49,958 --> 00:29:51,125 Tuan. 351 00:29:51,208 --> 00:29:52,208 Dia ada di sini. 352 00:29:53,167 --> 00:29:54,542 Itu dia. 353 00:30:58,208 --> 00:31:01,167 -Apa kita sedang buat? -Kita sedang membuang masa. 354 00:31:40,625 --> 00:31:46,292 Batu dan langit, Batu dan langit... 355 00:31:58,708 --> 00:32:00,833 Batu dan langit. 356 00:32:02,042 --> 00:32:04,958 Batu dan langit, Batu dan langit... 357 00:32:15,000 --> 00:32:16,250 Tenek? 358 00:32:16,333 --> 00:32:17,208 Cassian. 359 00:32:18,333 --> 00:32:19,333 Mana Bix? 360 00:32:22,000 --> 00:32:23,417 Takziah untuk mak awak. 361 00:32:40,958 --> 00:32:43,292 Nama saya Maarva Carassi Andor. 362 00:32:46,333 --> 00:32:48,792 Saya berbesar hati berdiri di hadapan anda semua. 363 00:32:50,875 --> 00:32:53,125 Saya berbesar hati menjadi Srikandi Ferrix, 364 00:32:54,250 --> 00:32:56,292 dan juga untuk dikebumikan jadi batu. 365 00:32:59,083 --> 00:33:00,125 Aneh. Saya... 366 00:33:03,542 --> 00:33:05,000 rasa macam boleh nampak. 367 00:33:09,042 --> 00:33:13,583 Saya berumur enam tahun ketika kali pertama saya sentuh batu pengebumian. 368 00:33:15,917 --> 00:33:19,208 Dengar muzik kita, rasai sejarah kita. 369 00:33:20,958 --> 00:33:24,667 Pegang tangan adik saya sambil berjalan dari Fountain Square. 370 00:33:26,458 --> 00:33:30,500 Tempat yang anda berdiri sekarang ini rasanya dah banyak kali saya kunjungi. 371 00:33:32,542 --> 00:33:34,417 Saya sentiasa mahu mendapat dorongan. 372 00:33:36,750 --> 00:33:40,208 Saya sentiasa rasa teruja, sentiasa tunggu untuk dapat inspirasi. 373 00:33:41,750 --> 00:33:46,375 Saya ingat apabila ia terjadi, setiap kali si mati beri saya semangat... 374 00:33:51,292 --> 00:33:52,500 Dengan kebenaran. 375 00:33:59,375 --> 00:34:00,667 Dan sekarang saya dah mati. 376 00:34:03,417 --> 00:34:04,958 Saya nak buat anda bersemangat. 377 00:34:06,250 --> 00:34:09,542 Bukan kerana saya nak menyinar atau diingati semua. 378 00:34:10,500 --> 00:34:13,625 Tapi kerana saya nak anda semua meneruskan hidup. 379 00:34:14,417 --> 00:34:17,000 Saya nak Ferrix diteruskan. 380 00:34:17,875 --> 00:34:21,750 Dalam saat-saat terakhir, itulah yang buat saya tenang. 381 00:34:23,042 --> 00:34:24,083 Tapi saya risaukan anda. 382 00:34:26,458 --> 00:34:27,500 Kita sudah lena. 383 00:34:30,000 --> 00:34:34,167 Kita ada satu sama lain, Ferrix, kerja kita, hari kita. 384 00:34:34,250 --> 00:34:36,375 Kita jaga kita, mereka tak ganggu kita. 385 00:34:36,458 --> 00:34:40,208 Kita biarkan laluan perdagangan terbuka. Mereka tak ganggu kita. 386 00:34:41,667 --> 00:34:43,833 Kita ambil duit dan tak hiraukan mereka, 387 00:34:43,917 --> 00:34:45,250 biar mereka berkuasa, 388 00:34:45,333 --> 00:34:47,958 dan apabila mereka berundur, kita lupakan mereka. 389 00:34:50,667 --> 00:34:52,625 Kerana kita jaga satu sama lain. 390 00:34:55,625 --> 00:34:56,625 Kita ada Ferrix. 391 00:35:00,750 --> 00:35:01,875 Tapi kita lena. 392 00:35:03,375 --> 00:35:04,417 Termasuk saya. 393 00:35:06,458 --> 00:35:09,583 Saya berpaling daripada kebenaran yang saya tak nak hadapi. 394 00:35:11,708 --> 00:35:15,542 Ada luka yang takkan sembuh di pusat galaksi kita. 395 00:35:16,583 --> 00:35:22,750 Ada kegelapan yang menyelubungi kita semua di sini. 396 00:35:22,833 --> 00:35:24,625 Kita biar ia merebak sehingga ke sini. 397 00:35:26,708 --> 00:35:30,667 Ia ada di sini dan bukannya sekadar melawat. 398 00:35:32,875 --> 00:35:34,250 Ia nak menakluk. 399 00:35:37,583 --> 00:35:42,333 Empayar ialah barah yang tumbuh dalam kegelapan, 400 00:35:42,417 --> 00:35:45,667 ia menular dan jadi semakin kuat apabila kita leka. 401 00:35:50,167 --> 00:35:53,083 Lebih mudah untuk si mati meminta anda berjuang, 402 00:35:53,167 --> 00:35:56,125 dan mungkin betul melawan itu sia-sia. 403 00:36:00,208 --> 00:36:01,625 Mungkin sudah terlambat. 404 00:36:05,583 --> 00:36:06,917 Tapi dengar sini... 405 00:36:09,708 --> 00:36:11,333 Kalau saya boleh buat lagi, 406 00:36:12,208 --> 00:36:18,292 saya akan bangkit semula dan melawan mereka... 407 00:36:18,375 --> 00:36:19,250 Tepi! 408 00:36:20,708 --> 00:36:22,500 ...dari awal. 409 00:36:23,833 --> 00:36:25,167 Lawan Empayar! 410 00:36:25,250 --> 00:36:26,625 Cukup! 411 00:36:32,750 --> 00:36:34,333 Tidak! 412 00:36:38,250 --> 00:36:39,208 Siap sedia! 413 00:36:56,208 --> 00:36:57,833 Bagi dia lalu! 414 00:36:57,917 --> 00:36:58,792 Bertahan! 415 00:36:59,625 --> 00:37:00,833 Bagi dia lalu! 416 00:37:00,917 --> 00:37:02,458 Bagi dia lalu! 417 00:37:02,542 --> 00:37:03,417 Bagi ruang. 418 00:37:03,500 --> 00:37:04,458 Buka ruang sikit! 419 00:37:04,542 --> 00:37:05,833 Bertahan! 420 00:37:07,083 --> 00:37:08,458 Bertahan! 421 00:37:13,667 --> 00:37:16,833 Awak! Menara loceng, hentikannya sekarang! 422 00:37:16,917 --> 00:37:17,750 Pergi! 423 00:37:18,500 --> 00:37:19,833 Bertahan! 424 00:37:29,917 --> 00:37:31,292 Saya bermimpi awak kembali. 425 00:37:33,042 --> 00:37:34,042 Bix? 426 00:37:35,542 --> 00:37:36,917 Awak memanjat dinding. 427 00:37:39,458 --> 00:37:43,458 Hei, dengar, kita perlu pergi dari sini. 428 00:37:43,542 --> 00:37:45,042 Maarva ada di sini tadi. 429 00:37:49,583 --> 00:37:50,667 Dia hebat, bukan? 430 00:38:00,750 --> 00:38:02,750 Dapatkan dia! 431 00:38:07,333 --> 00:38:08,250 Bergerak! 432 00:38:15,042 --> 00:38:16,625 Tiada sesiapa di luar. Mari. 433 00:38:18,292 --> 00:38:19,375 Mereka akan marah. 434 00:38:21,792 --> 00:38:22,625 Tidak. 435 00:39:17,208 --> 00:39:18,125 Oh, Tuhan... 436 00:39:25,750 --> 00:39:27,500 Mari. 437 00:39:27,583 --> 00:39:28,750 Itu dia. 438 00:39:34,000 --> 00:39:35,500 Cepat, gerak terus. Cepat. 439 00:39:37,500 --> 00:39:38,417 Terus bergerak! 440 00:39:39,958 --> 00:39:41,500 Di sana! Itu dia! 441 00:39:41,583 --> 00:39:42,708 Tangkap dia! 442 00:39:47,958 --> 00:39:48,875 Bertahan! 443 00:39:48,958 --> 00:39:50,250 Tembak! 444 00:39:51,667 --> 00:39:53,750 Tembak selagi boleh! 445 00:40:09,583 --> 00:40:10,958 Ayuh! 446 00:40:12,792 --> 00:40:14,042 -Gerak! -Tangkap dia! 447 00:40:53,208 --> 00:40:54,167 Awak. 448 00:40:54,958 --> 00:40:57,542 Apa awak buat di sini? 449 00:41:26,583 --> 00:41:27,708 Bertahan. 450 00:42:38,625 --> 00:42:40,417 Ikut cakap saya. Gerak! 451 00:42:41,500 --> 00:42:43,125 Jalan terus. Masuk ke sini. 452 00:42:44,000 --> 00:42:44,917 Cepat! 453 00:42:49,708 --> 00:42:50,625 Awak? 454 00:42:51,917 --> 00:42:53,250 Bagaimana? 455 00:42:54,833 --> 00:42:56,250 Puan dalam bahaya tadi. 456 00:43:03,792 --> 00:43:04,792 Syril. 457 00:43:04,875 --> 00:43:05,917 Saya tahu itu. 458 00:43:14,167 --> 00:43:15,583 Saya patut... 459 00:43:15,667 --> 00:43:17,167 Saya patut ucap terima kasih. 460 00:43:19,292 --> 00:43:20,458 Tak perlu. 461 00:43:45,917 --> 00:43:47,208 Bagaimana dengan ini? 462 00:43:47,292 --> 00:43:48,583 Ambil apa-apa sahaja. 463 00:43:48,667 --> 00:43:50,542 -Almari? -Kosong. 464 00:43:55,917 --> 00:43:57,625 -Awak berdarah. -Tak mengapa. 465 00:43:57,708 --> 00:43:58,708 Itu darah. 466 00:43:58,792 --> 00:43:59,792 Ia bukan apa-apa. 467 00:44:02,333 --> 00:44:03,625 Bukan darah saya. 468 00:44:09,833 --> 00:44:11,125 Cepat semua. 469 00:44:11,208 --> 00:44:12,667 Tolok bahan api kosong. 470 00:44:12,750 --> 00:44:14,208 Saya tak boleh hidupkan. 471 00:44:15,125 --> 00:44:17,542 Tengok betul-betul. Bacaan penuh. 472 00:44:18,125 --> 00:44:19,708 Nak naik tengok sendiri? 473 00:44:19,792 --> 00:44:22,750 Ketuk tolok itu, Jezz. Pukul sikit. 474 00:44:26,000 --> 00:44:28,583 Ia ada masalah sikit, tapi kapal ini bagus. 475 00:44:28,667 --> 00:44:30,500 Saya lebih yakin kalau awak ikut. 476 00:44:32,542 --> 00:44:33,792 Ia boleh terbang. 477 00:44:35,667 --> 00:44:37,625 Tarik! 478 00:44:39,583 --> 00:44:40,958 Dah penuh! 479 00:44:44,708 --> 00:44:45,958 Bagi sini. 480 00:44:46,750 --> 00:44:49,000 Pergi. Pergi sekarang atau lupakan saja. 481 00:44:49,625 --> 00:44:50,792 Tidak. 482 00:44:59,958 --> 00:45:01,417 Cassian. 483 00:45:02,708 --> 00:45:04,208 -Cepat! -Hampir sampai. 484 00:45:06,458 --> 00:45:07,458 Hei. 485 00:45:08,208 --> 00:45:09,167 Tolong dia. 486 00:45:09,250 --> 00:45:10,375 Brasso. 487 00:45:11,042 --> 00:45:12,542 Dia sudah sedar. Tolong dia. 488 00:45:13,750 --> 00:45:15,042 Kena pergi cepat. 489 00:45:15,125 --> 00:45:17,292 Mari. Ikut saya. 490 00:45:23,000 --> 00:45:24,583 -Hei, Jezz. -Hei, Cass. 491 00:45:24,667 --> 00:45:26,250 Boleh sampai Gangi Moon? 492 00:45:26,333 --> 00:45:27,833 Kalau mereka sempat keluar. 493 00:45:28,958 --> 00:45:29,958 Awak tak ikut? 494 00:45:30,792 --> 00:45:32,875 Terbang rendah sehingga Laut Far Side. 495 00:45:32,958 --> 00:45:35,292 Sebaik saja awak nampak pinggiran, terus naik. 496 00:45:36,042 --> 00:45:38,500 Naik, tekan minyak, pendikit dan padam komunikasi. 497 00:45:39,500 --> 00:45:41,833 Tekan semua. Awak faham? 498 00:45:41,917 --> 00:45:43,167 Ya. 499 00:45:43,250 --> 00:45:44,792 Awak tak ikut? 500 00:45:45,375 --> 00:45:46,500 Bukan hari ini, Bee. 501 00:45:46,583 --> 00:45:48,875 Saya tak jumpa awak lagi. 502 00:45:49,750 --> 00:45:52,125 Jaga Bix sampai saya ke sana. 503 00:45:52,208 --> 00:45:53,250 Saya harapkan awak. 504 00:45:54,250 --> 00:45:55,667 Awak selalu cakap begitu. 505 00:45:56,958 --> 00:45:58,500 Dan awak sentiasa berjaya. 506 00:45:59,875 --> 00:46:01,375 Bawa mereka pergi! 507 00:46:02,042 --> 00:46:03,167 Dia akan cari kita. 508 00:46:07,042 --> 00:46:08,417 Cassian akan cari kita. 509 00:46:10,542 --> 00:46:11,625 Sudah tentu. 510 00:46:20,417 --> 00:46:21,250 Saya akan cari kamu. 511 00:46:23,333 --> 00:46:24,958 Okey, pergi sekarang! 512 00:47:59,542 --> 00:48:00,625 Sedia untuk berlepas. 513 00:48:00,708 --> 00:48:01,625 Secara senyap. 514 00:48:25,958 --> 00:48:28,083 Awak ke sini untuk membunuh saya, bukan? 515 00:48:30,167 --> 00:48:31,375 Awak merumitkan keadaan. 516 00:48:35,292 --> 00:48:36,375 Biar saya mudahkan. 517 00:48:53,958 --> 00:48:55,333 Ini permainan apa? 518 00:48:57,625 --> 00:48:58,625 Bukan permainan. 519 00:49:03,583 --> 00:49:04,583 Bunuh saya. 520 00:49:08,208 --> 00:49:09,458 Atau rekrut saya. 521 00:54:00,667 --> 00:54:02,667 Terjemahan sari kata oleh Anis Tarmidi