1 00:00:01,000 --> 00:00:02,875 SEBELUM INI DALAM ANDOR 2 00:00:02,958 --> 00:00:05,083 Semalam Penguat Kuasa Pre-Mor mengedarkan buletin 3 00:00:05,167 --> 00:00:06,917 tentang seseorang yang macam Cassian. 4 00:00:07,000 --> 00:00:08,583 Buletin itu tak sebut nama dia. 5 00:00:08,667 --> 00:00:10,667 Katanya mereka mencari seseorang dari Kenari. 6 00:00:10,750 --> 00:00:13,333 Anggap Andor itu seseorang yang bersenjata dan berbahaya. 7 00:00:13,417 --> 00:00:15,875 Rupa dia mungkin tak nampak menakutkan, 8 00:00:15,958 --> 00:00:18,500 tapi dua orang kita mati kerana memandang rendah padanya. 9 00:00:18,583 --> 00:00:20,958 -Siapa awak? -Saya tahu semua tentang awak. 10 00:00:21,042 --> 00:00:21,917 Saya mahu kotak itu. 11 00:00:22,000 --> 00:00:24,125 Saya akan pergi dengannya jika itu saja saya dapat. 12 00:00:24,208 --> 00:00:26,167 Awak bunuh dua askar Korporat di Morlana-Satu. 13 00:00:26,250 --> 00:00:27,542 Saya tahu mereka buru awak. 14 00:00:27,625 --> 00:00:29,458 Sayang sekali kalau mereka tangkap awak. 15 00:00:29,542 --> 00:00:30,958 Awak berbakat. 16 00:00:32,625 --> 00:00:34,333 Kami ada waran untuk Cassian Andor. 17 00:00:36,250 --> 00:00:37,250 Jaga-jaga. 18 00:00:38,750 --> 00:00:39,750 -Mari pergi! -Itu dia! 19 00:00:44,458 --> 00:00:45,417 Ada berapa ramai? 20 00:00:45,500 --> 00:00:48,292 Dua belas. Empat belas. Sumpah. 21 00:00:48,375 --> 00:00:49,583 Saya nak awak ikut saya. 22 00:00:49,667 --> 00:00:51,542 Kenapa saya perlu ikut awak? 23 00:00:51,625 --> 00:00:54,208 Awak tak nak lawan mereka betul-betul? 24 00:02:08,875 --> 00:02:10,208 Ada kit kecemasan. 25 00:02:10,292 --> 00:02:11,500 Biru. Biru terang. 26 00:02:12,125 --> 00:02:13,208 Rak belakang awak. 27 00:02:14,750 --> 00:02:16,292 Pegang sesuatu. 28 00:02:16,375 --> 00:02:18,417 -Ada yang kejar kita? -Pergi ke Aldhani. 29 00:02:18,500 --> 00:02:19,708 Menghitung ke Aldhani. 30 00:02:19,792 --> 00:02:21,833 -Mereka kejar kita? -Ikut cakap saya. 31 00:02:22,417 --> 00:02:24,042 Selesai menghitung. 32 00:02:32,417 --> 00:02:33,667 Apa sumber kuasa kapal ini? 33 00:02:35,417 --> 00:02:37,167 Saya pernah naik Kapal Angkasa Fondor. 34 00:02:37,250 --> 00:02:38,583 Saya menerbangkannya. 35 00:02:38,667 --> 00:02:40,000 Saya tak pernah lihat itu. 36 00:02:40,083 --> 00:02:42,500 Hari ini memang penuh dengan kejutan. 37 00:02:44,417 --> 00:02:45,833 Darah awak menitik ke lantai. 38 00:02:46,250 --> 00:02:47,125 Rawat tangan itu. 39 00:02:49,833 --> 00:02:50,833 Apa itu Aldhani? 40 00:02:53,458 --> 00:02:54,542 Terpulang. 41 00:02:55,083 --> 00:02:57,875 Saya tak setuju apa pun, saya cuma nak selamatkan diri. 42 00:02:58,750 --> 00:03:02,125 Ya, dan nampaknya awak dah selamat. 43 00:03:03,333 --> 00:03:05,333 -Apa itu? -Med Nog. 44 00:03:05,917 --> 00:03:06,875 Ambil seteguk. 45 00:03:15,042 --> 00:03:17,667 Mungkin awak ada rancangan lain yang saya tak tahu. 46 00:03:17,750 --> 00:03:19,833 Awak sekarang cuma ada dua pilihan. 47 00:03:19,917 --> 00:03:22,417 Sama ada saya turunkan awak dan awak kena lari, 48 00:03:23,500 --> 00:03:26,333 atau awak ikut saya dan tolong saya buat benda penting. 49 00:03:27,292 --> 00:03:31,292 Awak juga boleh cuba bunuh saya dan rampas kapal ini. 50 00:03:35,583 --> 00:03:36,875 Terangkan maksud penting. 51 00:03:38,500 --> 00:03:41,417 Mengambil sesuatu yang sangat bernilai daripada Empayar. 52 00:03:42,708 --> 00:03:44,542 Saya tak perlu awak untuk mencuri. 53 00:03:44,625 --> 00:03:47,042 Melihatkan keadaan awak sekarang. 54 00:03:47,125 --> 00:03:48,583 Saya pilih untuk di lepaskan. 55 00:03:48,667 --> 00:03:50,833 Selepas itu? Teruskan seperti biasa? 56 00:03:50,917 --> 00:03:52,500 Mereka akan tetap gantung awak 57 00:03:52,583 --> 00:03:54,917 untuk gegelung plasma atau 20 juta kredit. 58 00:03:55,000 --> 00:03:57,250 Saya akan berikan semua yang awak nak. 59 00:03:57,333 --> 00:03:58,875 Apa "semua yang saya nak" tu? 60 00:03:59,542 --> 00:04:01,208 Sebab awak kenal sangat saya kan. 61 00:04:01,792 --> 00:04:04,250 Untuk kacau-bilaukan Empayar, 62 00:04:05,000 --> 00:04:06,333 sambil dapat ganjaran. 63 00:04:08,042 --> 00:04:09,375 Saya tertanya awak siapa. 64 00:04:10,250 --> 00:04:11,167 Siapa saya? 65 00:04:12,375 --> 00:04:15,833 Perikatan, Sep, Gerila, Barisan Partisan. 66 00:04:15,917 --> 00:04:18,208 -Salah satu. -Bukankah semua itu sama? 67 00:04:18,292 --> 00:04:19,458 Bagi saya begitu. 68 00:04:19,542 --> 00:04:20,750 Jadi kita setuju. 69 00:04:21,417 --> 00:04:22,375 Tidak. 70 00:04:23,083 --> 00:04:25,042 Saya rasa semuanya tak berguna. 71 00:04:25,125 --> 00:04:27,833 Jadi lebih baik ludah makanan dan curi barang mereka. 72 00:04:27,917 --> 00:04:29,208 Lebih baik hidup. 73 00:04:30,958 --> 00:04:33,375 Lebih baik makan, tidur dan buat apa saya suka. 74 00:04:33,458 --> 00:04:34,375 Awak tak kenal saya. 75 00:04:36,083 --> 00:04:39,083 Saya berjuang di Mimban ketika berumur 16 tahun. 76 00:04:39,167 --> 00:04:40,208 Selama dua tahun. 77 00:04:40,292 --> 00:04:42,333 Keluar saja penjara, saya ke sana. 78 00:04:42,417 --> 00:04:44,125 Saya antara 50 orang yang selamat. 79 00:04:46,208 --> 00:04:48,292 Awak rasa kami berlawan dengan siapa? 80 00:04:50,125 --> 00:04:51,125 Sesama sendiri. 81 00:04:52,250 --> 00:04:53,458 Jadi tolonglah... 82 00:04:56,167 --> 00:04:59,375 Awak berada di Mimban selama enam bulan. 83 00:05:00,333 --> 00:05:01,750 Awak jadi tukang masak. 84 00:05:03,792 --> 00:05:05,500 Awak hidup sebab awak lari. 85 00:05:07,750 --> 00:05:09,208 Satu perkara saja yang betul. 86 00:05:09,292 --> 00:05:11,375 Empayar melagakan awak semua, 87 00:05:12,042 --> 00:05:13,958 yang sepatutnya buat awak benci mereka, 88 00:05:14,042 --> 00:05:14,917 dan memang pun. 89 00:05:15,792 --> 00:05:16,875 Saya memang kenal awak. 90 00:05:18,625 --> 00:05:21,833 Saya tahu luarannya. Saya tahu apa orang cakap apabila ditanya. 91 00:05:22,750 --> 00:05:24,042 Selebihnya, saya bayangkan. 92 00:05:24,708 --> 00:05:26,125 Saya bayang kebencian awak. 93 00:05:26,708 --> 00:05:29,833 Saya bayangkan apa pun awak beritahu saya atau diri sendiri, 94 00:05:29,917 --> 00:05:32,625 awak tetap akan mati melawan mereka. 95 00:05:34,292 --> 00:05:35,917 Jadi ini soalan saya. 96 00:05:36,792 --> 00:05:40,542 Bukankah lebih baik menggadai nyawa demi kebaikan semua 97 00:05:40,625 --> 00:05:43,917 berbanding buat kerja remeh tanpa dapat apa-apa? 98 00:05:46,583 --> 00:05:48,917 Saya tak ambil risiko untuk unit Starpath itu. 99 00:05:49,875 --> 00:05:51,042 Saya datang untuk awak. 100 00:05:57,458 --> 00:05:58,708 Apa tawarannya? 101 00:05:58,792 --> 00:05:59,958 Lima hari. 102 00:06:00,042 --> 00:06:01,625 Taruhan besar, dan bahaya. 103 00:06:02,417 --> 00:06:03,917 Ada pasukan, rancangan bagus. 104 00:06:04,833 --> 00:06:07,583 Jika awak berjaya dan hidup, saya bagi dua ratus ribu. 105 00:06:13,125 --> 00:06:14,750 Kita akan curi apa? 106 00:06:15,667 --> 00:06:19,042 Kita akan curi gaji pekerja suku tahunan seluruh sektor Imperial. 107 00:06:28,375 --> 00:06:34,083 CORUSCANT IBU NEGARA GALAKSI 108 00:06:47,417 --> 00:06:51,333 BIRO SEKURITI IMPERIAL 109 00:06:55,417 --> 00:06:57,708 Memandangkan anggaran penahanan suku depan 110 00:06:57,792 --> 00:07:00,917 dijangka akan meningkat di seluruh sektor Ryloth, 111 00:07:01,000 --> 00:07:03,833 sebarang masalah dengan pihak berkuasa tempatan 112 00:07:03,917 --> 00:07:06,292 akan tingkatkan lagi bajet operasi rahsia kita. 113 00:07:06,375 --> 00:07:09,667 Bagaimana awak nak dapat peruntukan baru, Penyelia Grandi? 114 00:07:10,750 --> 00:07:12,250 Tingkatkan pengawasan, tuan. 115 00:07:12,333 --> 00:07:13,375 Untuk cari apa? 116 00:07:14,583 --> 00:07:17,333 Aktiviti anti-Imperial macam selalu. 117 00:07:18,625 --> 00:07:21,250 Adakah awak sengaja tak nak jelaskan? 118 00:07:21,958 --> 00:07:22,792 Tidak, tuan. 119 00:07:22,875 --> 00:07:25,042 Saya mahu awak jelaskan semuanya hari ini. 120 00:07:25,125 --> 00:07:28,208 Lagret, apakah item yang dijumpai dari Arvala-Enam? 121 00:07:28,292 --> 00:07:29,833 Perkembangan positif, tuan. 122 00:07:29,917 --> 00:07:32,542 Dimensi konflik sudah berkurang dengan banyak, 123 00:07:32,625 --> 00:07:34,875 membolehkan kerja perlombongan disambung. 124 00:07:34,958 --> 00:07:37,208 -Isu penempatan pelarian? -Masih berjalan. 125 00:07:37,292 --> 00:07:40,833 Seperti laporan cadangan awak yang tak lengkap berkenaan masalah itu. 126 00:07:40,917 --> 00:07:44,833 Kakitangan saya sedang tunggu penilaian pengarah kementerian Arvala-Enam. 127 00:07:44,917 --> 00:07:47,958 Sebab mereka jalankan tugas mereka dengan baik setakat ini? 128 00:07:50,458 --> 00:07:52,708 -Apa kerja kita di sini? -Tuan? 129 00:07:52,792 --> 00:07:54,542 Apa tujuan kita, Lagret? 130 00:07:54,625 --> 00:07:55,708 Tentang Arvala-Enam? 131 00:07:55,792 --> 00:07:57,417 Saya tanya kamu semua. 132 00:07:57,500 --> 00:08:00,750 Apa kita buat di bangunan ini? Kenapa kita di sini? Cuba jawab. 133 00:08:00,833 --> 00:08:04,000 Kita tingkatkan keselamatan dengan mengumpul maklumat, 134 00:08:04,083 --> 00:08:08,292 bekalkan analisis berguna dan bertindak ketika perlu, tuan. 135 00:08:08,375 --> 00:08:09,625 Sangat bagus, Dedra. 136 00:08:09,708 --> 00:08:13,708 Awak ambil bulat-bulat penyataan misi BSI, dan salah. 137 00:08:16,000 --> 00:08:17,625 Keselamatan itu satu ilusi. 138 00:08:17,708 --> 00:08:19,250 Nak selamat? Panggil Tentera Laut. 139 00:08:19,333 --> 00:08:20,917 Lancarkan rejimen askar. 140 00:08:21,000 --> 00:08:22,750 Kita menjaga kesihatan rakyat. 141 00:08:22,833 --> 00:08:23,917 Kita merawat penyakit. 142 00:08:24,000 --> 00:08:25,583 Kita mengenal pasti gejala. 143 00:08:25,667 --> 00:08:30,542 Kita cari kuman, sama ada ia muncul dari dalam atau ia datang dari luar. 144 00:08:30,625 --> 00:08:34,958 Semakin lama kita ambil masa, semakin susah kita nak rawat penyakit. 145 00:08:35,042 --> 00:08:36,917 -Awak faham maksud saya? -Ya, tuan. 146 00:08:37,000 --> 00:08:38,958 Awak tak perlu siapkan laporan itu. 147 00:08:39,042 --> 00:08:40,125 Ia bukan tugas awak lagi. 148 00:08:40,208 --> 00:08:43,458 Blevin, Sektor Morlana. Jelaskan kejadian di Ferrix ini. 149 00:08:43,542 --> 00:08:46,333 Sekuriti Korporat, tuan. Mereka masih berkuasa di sana. 150 00:08:46,417 --> 00:08:49,333 Mereka cuba tangkap suspek dan berdepan dengan masalah. 151 00:08:49,417 --> 00:08:50,500 Masalah macam mana? 152 00:08:50,583 --> 00:08:52,292 Ramai mati. Kerosakan harta benda. 153 00:08:52,375 --> 00:08:53,792 Gangguan perkhidmatan. 154 00:08:53,875 --> 00:08:57,125 Unit Starpath Imperial yang dicuri dijumpai di tempat kejadian. 155 00:08:57,208 --> 00:08:59,083 -Atas nama siapa? -Belum tahu, tuan. 156 00:08:59,167 --> 00:09:02,917 -Saya akan ke sana selepas ini. -Jumpa saya sebelum awak pergi. 157 00:09:03,000 --> 00:09:04,458 -Jung. -Tuan? 158 00:09:04,542 --> 00:09:09,167 Jelaskan tentang permintaan perlindungan tambahan untuk laluan ke Sektor Abrion. 159 00:09:09,250 --> 00:09:10,875 Ia langkah yang proaktif, tuan. 160 00:09:10,958 --> 00:09:14,292 Ada peningkatan dalam penghantaran bahan pembinaan ke Scarif, tuan. 161 00:09:29,917 --> 00:09:31,000 Fikirkan satu nama. 162 00:09:32,500 --> 00:09:34,083 Nama samaran awak. 163 00:09:37,750 --> 00:09:38,792 Clem. 164 00:09:38,875 --> 00:09:40,833 Untuk lima hari ini, nama awak Clem. 165 00:10:02,458 --> 00:10:03,542 Itu siapa? 166 00:10:03,625 --> 00:10:05,333 Awak akan bekerja untuk dia. 167 00:10:06,000 --> 00:10:07,625 Saya ingatkan awak ketua. 168 00:10:07,708 --> 00:10:08,792 Saya tak cakap begitu. 169 00:10:10,250 --> 00:10:12,500 Dia pasti akan bencikan idea saya. 170 00:10:12,583 --> 00:10:13,917 Dia akan bantah cakap saya. 171 00:10:16,167 --> 00:10:20,208 Awak patut duduk di dalam sehingga saya selesaikan masalah ini. 172 00:10:28,167 --> 00:10:29,167 Ambil ini. 173 00:10:32,250 --> 00:10:33,250 Apa ini? 174 00:10:33,333 --> 00:10:34,542 Ini bayaran pendahuluan. 175 00:10:35,750 --> 00:10:36,875 Ini Mohor Kuati. 176 00:10:36,958 --> 00:10:38,667 Kristal kyber Biru. Batu langit. 177 00:10:38,750 --> 00:10:40,042 Dunia purba. 178 00:10:40,125 --> 00:10:43,542 Ia meraikan pemberontakan terhadap penceroboh Rakata. 179 00:10:45,375 --> 00:10:47,375 Jangan terima kurang dari 50 ribu untuk ini. 180 00:10:48,042 --> 00:10:50,542 Bagi saya, ini sangat bernilai. 181 00:10:51,333 --> 00:10:53,333 Pulangkannya apabila semua ini dah selesai. 182 00:10:55,333 --> 00:10:56,500 Jika saya hidup. 183 00:10:56,583 --> 00:10:57,958 Pulangkannya. 184 00:11:02,375 --> 00:11:04,917 -Untuk 200 ribu kredit. -Itu perjanjian kita. 185 00:11:29,375 --> 00:11:30,250 Helo, Vel. 186 00:11:30,333 --> 00:11:31,792 Hampir tak dapat mesej awak. 187 00:11:31,875 --> 00:11:32,917 Awak sempat sampai juga. 188 00:11:33,000 --> 00:11:35,042 Mereka dah mula meronda Lembah Batu. 189 00:11:35,125 --> 00:11:36,750 Ambil masa sehari untuk keluar. 190 00:11:36,833 --> 00:11:39,000 Baguslah begitu. Berjaga-jaga. 191 00:11:39,083 --> 00:11:40,500 Saya suka disiplin awak. 192 00:11:41,292 --> 00:11:42,917 Nampaknya ada yang tak kena. 193 00:11:43,000 --> 00:11:46,375 Tak. Sebenarnya, semua semakin membuahkan hasil. 194 00:12:05,583 --> 00:12:07,333 Ada sesuatu yang boleh saya bantu? 195 00:12:10,667 --> 00:12:14,875 Dia boleh mengemudi, menembak dan menipu. Boleh cakap bahasa Alarin, Myo dan Nari. 196 00:12:14,958 --> 00:12:17,000 Dia berani dan tak takut untuk membunuh. 197 00:12:17,083 --> 00:12:19,625 -Saya tak sangka awak buat begini. -Dia boleh mengemudi. 198 00:12:19,708 --> 00:12:21,167 Kita akan pergi dalam tiga hari! 199 00:12:21,250 --> 00:12:23,833 Dia akan tingkatkan peluang kejayaan awak. 200 00:12:23,917 --> 00:12:25,458 Sekarang? Seperti ini? 201 00:12:25,542 --> 00:12:26,625 Setelah lima bulan, 202 00:12:26,708 --> 00:12:29,083 tiba-tiba ada orang baru? 203 00:12:29,167 --> 00:12:30,417 Rosaklah pasukan kita. 204 00:12:30,500 --> 00:12:32,667 Kalau macam itu, ini bukan sebuah pasukan. 205 00:12:34,708 --> 00:12:38,167 Awak tahu awak dalam bahaya. Saya beli pekerja lebih untuk awak. 206 00:12:38,833 --> 00:12:40,708 Apa maksud awak "beli?" 207 00:12:40,792 --> 00:12:42,125 Saya mengupah dia. 208 00:12:42,208 --> 00:12:43,417 Tidak. 209 00:12:43,500 --> 00:12:44,833 Dua ratus ribu. 210 00:12:46,042 --> 00:12:49,083 Kami makan akar dan hidup merempat demi pemberontakan ini 211 00:12:49,167 --> 00:12:51,458 dan awak nak kami terima askar upahan? 212 00:12:54,250 --> 00:12:56,375 Tak perlu marah. Awak tahu saya betul. 213 00:12:57,292 --> 00:12:58,625 Kita nak rancangan ini berjaya. 214 00:12:59,333 --> 00:13:01,042 Habislah kalau kita gagal. 215 00:13:01,125 --> 00:13:02,458 Apa saya nak beritahu mereka? 216 00:13:02,542 --> 00:13:05,000 Beritahu saja ini memang rancangan kita. 217 00:13:06,083 --> 00:13:07,792 Saya ada pilihan lain? 218 00:13:07,875 --> 00:13:09,167 Ya. 219 00:13:09,250 --> 00:13:10,875 Terima dia atau batalkan rancangan. 220 00:13:11,833 --> 00:13:13,458 Saya dah rancang nak batalkannya. 221 00:13:14,583 --> 00:13:17,417 Rancangan ini diteruskan kerana perjumpaan ini. 222 00:13:17,500 --> 00:13:20,500 Awak bawa dia masuk dan tipu tentang bagaimana ia berlaku. 223 00:13:20,583 --> 00:13:23,958 Awak jadikan dia pengganti bagi sesiapa yang terbunuh. 224 00:13:24,042 --> 00:13:26,875 Dalam tiga hari ini, kalau tiba-tiba... Pandang saya! 225 00:13:26,958 --> 00:13:28,083 Awak nak jadi ketua? 226 00:13:28,583 --> 00:13:30,125 Ini yang mesti dibuat. 227 00:13:30,708 --> 00:13:31,708 Awak ada tiga hari. 228 00:13:31,792 --> 00:13:34,792 Kalau ada yang tak kena, ada masalah, ada yang rasa takut, 229 00:13:34,875 --> 00:13:37,833 awak ambil tindakan, jadi ketua dan batalkan misi. 230 00:13:37,917 --> 00:13:39,500 Saya nak awak faham itu. 231 00:13:40,333 --> 00:13:41,833 Bagaimana jika dia masalahnya? 232 00:13:41,917 --> 00:13:44,042 Itulah kelebihan mengupah dia. 233 00:13:44,708 --> 00:13:46,000 Dia boleh dibunuh. 234 00:13:50,375 --> 00:13:51,917 Misi ini perlu berjaya, Vel. 235 00:13:57,500 --> 00:13:58,500 Ya. 236 00:14:01,667 --> 00:14:02,667 Ya. 237 00:14:06,375 --> 00:14:07,375 Clem! 238 00:14:23,958 --> 00:14:28,958 Tinggalkan sebarang alat komunikasi, senjata, pengenalan diri. 239 00:14:29,042 --> 00:14:31,333 Kamu takkan kembali ke kuarters kamu. 240 00:14:31,417 --> 00:14:35,167 Kamu akan pergi dan akan diiringi terus ke pusat pemindahan, 241 00:14:35,250 --> 00:14:37,750 di mana barang peribadi kamu akan diserahkan 242 00:14:37,833 --> 00:14:40,958 setelah Inspektor Imperial selesai membuat inventori. 243 00:14:41,042 --> 00:14:43,667 Kamu akan holo-perakui resit barang itu. 244 00:14:43,750 --> 00:14:48,875 Kamu juga akan holo-perakui pengesahan Laporan Pasca Tindakan BSI 245 00:14:48,958 --> 00:14:52,417 tentang penglibatan dan kesalahan kamu dalam kejadian di Ferrix itu. 246 00:14:52,500 --> 00:14:53,500 -Soalan, tuan. -Tidak. 247 00:14:55,042 --> 00:14:59,417 Dan jangan bazirkan masa Imperial lagi dengan membaca laporan itu. 248 00:14:59,500 --> 00:15:01,458 Saya tiada kaitan dengan semua ini. 249 00:15:01,542 --> 00:15:02,708 Tepat sekali. 250 00:15:06,958 --> 00:15:09,167 Semua ini memerlukan gabungan 251 00:15:09,250 --> 00:15:13,083 kedunguan, kecuaian dan sikap tak peduli 252 00:15:13,167 --> 00:15:17,083 sehingga insiden ini menjadi satu bencana. 253 00:15:18,750 --> 00:15:19,750 Seriuskah? 254 00:15:21,000 --> 00:15:24,833 Fail saya penuh dengan kegagalan Sekuriti Korporat, 255 00:15:24,917 --> 00:15:26,625 tapi ini yang paling teruk. 256 00:15:27,417 --> 00:15:30,625 Dan awak, Timbalan Inspektor Karn. 257 00:15:31,292 --> 00:15:32,542 Awak rasa bangga, ya? 258 00:15:35,833 --> 00:15:36,917 Jangan risau. 259 00:15:37,000 --> 00:15:39,125 Awak takkan diganti. 260 00:15:39,208 --> 00:15:41,875 Bahagian Korporat tidak lagi beroperasi sendiri. 261 00:15:41,958 --> 00:15:47,708 Mulai dari pagi ini, Sistem Morlana akan berada di bawah kuasa Imperial. 262 00:15:49,500 --> 00:15:51,083 Syabas. 263 00:16:07,250 --> 00:16:09,417 Perlukah saya risau tentang tangan awak? 264 00:16:09,500 --> 00:16:10,375 Tak. 265 00:16:10,458 --> 00:16:13,292 Kita akan berjalan jauh, sepanjang malam. 266 00:16:15,625 --> 00:16:16,625 Siapa dia? 267 00:16:17,375 --> 00:16:19,750 Awak patut tanya dia soalan itu. 268 00:16:20,625 --> 00:16:24,333 Dia kata awak ketua, dan awak tak suka kehadiran saya di sini. 269 00:16:25,625 --> 00:16:26,875 Itu saja yang saya tahu. 270 00:16:27,333 --> 00:16:29,417 Kita tak boleh bercakap tentang dia. 271 00:16:29,500 --> 00:16:31,458 Setelah tiba di kem, kita akan beritahu 272 00:16:31,542 --> 00:16:34,125 bahawa ini idea saya, dan kita dah lama merancangnya. 273 00:16:34,208 --> 00:16:35,708 Jangan sebut apa-apa tentang dia. 274 00:16:37,208 --> 00:16:41,125 Kalau awak tak ikut cakap saya, kita akan ada masalah besar. 275 00:16:46,958 --> 00:16:48,333 Kenapa jauh sangat? 276 00:16:48,875 --> 00:16:51,708 Kita akan merompak gedung senjata di Garison Aldhani. 277 00:16:51,792 --> 00:16:53,500 Ada lapangan terbang Imperial di sini, 278 00:16:53,583 --> 00:16:55,542 dan mereka tiada kerja lain selain meronda. 279 00:16:55,625 --> 00:16:57,375 Jadi, ini jalan yang selamat. 280 00:16:57,458 --> 00:16:59,875 Dia sebut tentang gaji pekerja, bukan garison! 281 00:16:59,958 --> 00:17:01,875 Awak cakap tentang siapa? 282 00:17:02,458 --> 00:17:04,167 Kamu nak rompak gedung senjata Imperial? 283 00:17:04,250 --> 00:17:05,458 Awak takkan sertai kami? 284 00:17:05,542 --> 00:17:07,375 "Kami"? Ada berapa orang sebenarnya? 285 00:17:07,458 --> 00:17:08,958 Sekarang dah ada tujuh. 286 00:17:09,042 --> 00:17:11,375 Tujuh? Nak lawan garison dengan tujuh orang? 287 00:17:11,458 --> 00:17:14,167 Berhenti bercakap. Kita nak berjalan jauh. 288 00:17:14,250 --> 00:17:15,625 Tunggu sebentar. 289 00:17:17,750 --> 00:17:19,083 Tunduk! Sembunyi cepat! 290 00:17:30,583 --> 00:17:31,958 Mereka takkan kembali hari ini. 291 00:17:33,708 --> 00:17:34,708 Mari. 292 00:17:41,542 --> 00:17:43,167 Menurut ini ada lima orang mati. 293 00:17:43,250 --> 00:17:46,000 Satu orang tempatan dan empat pekerja sekuriti Pre-Mor. 294 00:17:46,708 --> 00:17:48,125 Mereka salah eja Ferrix. 295 00:17:48,208 --> 00:17:49,833 Di mana unit Starpath itu? 296 00:17:50,792 --> 00:17:52,042 Di mana dia? 297 00:17:53,042 --> 00:17:55,375 Dia sebut dalam mesyuarat. Patut ada di sini. 298 00:17:56,167 --> 00:17:58,750 Mesti ada transmisi asal di sini. 299 00:17:59,708 --> 00:18:00,708 Tunggu. 300 00:18:00,792 --> 00:18:05,375 "Varnisi. Kelengkapan Imperial tidak sah. Ferrix, 0430. 301 00:18:06,042 --> 00:18:11,167 Ensain menjumpai unit NS-9 Starpath di tempat kejadian." 302 00:18:12,000 --> 00:18:14,208 Itu kotak kita dari Steergard. 303 00:18:14,292 --> 00:18:15,417 Saya pasti. 304 00:18:15,500 --> 00:18:17,042 Kita ada kuasa untuk siasat. 305 00:18:17,125 --> 00:18:20,500 Pergi ke pejabat Blevin dan minta semua maklumat tentang Ferrix. 306 00:18:20,583 --> 00:18:22,167 Lebih baik awak yang pergi. 307 00:18:22,250 --> 00:18:24,083 Saya tak nak tarik perhatian dia. 308 00:18:37,042 --> 00:18:38,917 Mengorbit Coruscant. 309 00:18:39,000 --> 00:18:40,208 Kawalan awak. 310 00:18:40,292 --> 00:18:42,500 Protokol pendaratan 037. 311 00:18:42,583 --> 00:18:44,333 Protokol 037. 312 00:19:41,625 --> 00:19:42,917 Ini tempat apa? 313 00:19:43,792 --> 00:19:45,000 Tempat biasa. 314 00:19:45,667 --> 00:19:48,208 Dulu ada beratus rumah di sini. 315 00:19:48,292 --> 00:19:51,333 40 ribu warga Aldhani di seluruh tanah tinggi ini. 316 00:19:52,500 --> 00:19:54,000 Beratus tahun mereka di sini, 317 00:19:54,875 --> 00:19:58,208 tapi Empayar ambil masa sedekad sahaja untuk usir mereka dari sini. 318 00:19:58,292 --> 00:20:00,333 -Mereka dibunuh? -Tak. 319 00:20:01,083 --> 00:20:02,208 Diusir ke selatan. 320 00:20:02,958 --> 00:20:05,375 Ada Zon Perusahaan di Tanah Rendah. 321 00:20:06,958 --> 00:20:09,667 Kilang, pekan baru, perumahan Imperial. 322 00:20:10,583 --> 00:20:13,583 Nasib Aldhani malang sebab tiada apa-apa di sekeliling mereka 323 00:20:13,667 --> 00:20:15,625 tapi tak jauh dari semua benda. 324 00:20:16,708 --> 00:20:18,792 Ia hab terbaik untuk pengedaran. 325 00:20:19,750 --> 00:20:22,042 Bagi mereka yang cuba nak menakluk galaksi. 326 00:20:23,292 --> 00:20:24,958 Kita sepatutnya jadi apa? 327 00:20:26,125 --> 00:20:28,083 Ada lagi penggembala di bukit ini. 328 00:20:28,708 --> 00:20:32,417 Pencinta alam, orang mistik, orang yang gagal. 329 00:20:33,125 --> 00:20:35,167 Minumlah. Jauh lagi perjalanan kita. 330 00:20:50,875 --> 00:20:52,042 Pembantu saya beritahu 331 00:20:52,125 --> 00:20:55,292 bahawa awak enggan menyerahkan fail kejadian di Ferrix. 332 00:20:55,375 --> 00:20:56,792 Saya ada kerja perlu dibuat. 333 00:20:56,875 --> 00:20:59,958 Itu adalah permintaan rasmi oleh pegawai kakitangan saya. 334 00:21:00,042 --> 00:21:02,875 Awak patut buat janji temu. 335 00:21:02,958 --> 00:21:04,833 Saya mahukan laporan penuh Ferrix. 336 00:21:04,917 --> 00:21:06,125 Ini sektor saya. 337 00:21:06,208 --> 00:21:09,125 Unit Starpath Imperial telah dicuri dari Steergard 338 00:21:09,208 --> 00:21:12,167 dan dijumpai di Ferrix. Saya ada kuasa untuk akses. 339 00:21:13,167 --> 00:21:15,125 Awak baru kerja setahun, bukan? 340 00:21:15,667 --> 00:21:18,750 Awak tak perlu terburu-buru untuk naik pangkat. 341 00:21:18,833 --> 00:21:20,833 Saya bukan nak dengar nasihat kerjaya. 342 00:21:21,417 --> 00:21:23,833 Kalau kecundang, tiada orang akan bantu awak. 343 00:21:23,917 --> 00:21:25,458 Awak menolak permintaan saya? 344 00:21:26,042 --> 00:21:27,375 Untuk kali kedua hari ini. 345 00:21:27,458 --> 00:21:29,333 Saya akan jumpa Mejar Partagaz. 346 00:21:30,250 --> 00:21:31,375 Hati-hati. 347 00:22:00,708 --> 00:22:01,875 Semua orang dah mati. 348 00:22:03,458 --> 00:22:06,708 Waktu awak tidur, mereka datang mengelar leher semua orang. 349 00:22:06,792 --> 00:22:08,417 Awak ikut Mossy, Garvish? 350 00:22:09,083 --> 00:22:10,583 Saw Garrera? 351 00:22:10,667 --> 00:22:14,125 Tidur sewaktu bertugas, mereka akan gembiranya pamerkan kepala awak. 352 00:22:14,208 --> 00:22:15,500 Maaf. 353 00:22:15,583 --> 00:22:16,667 Jangan beritahu Vel. 354 00:22:16,750 --> 00:22:17,792 Saya takkan beritahu. 355 00:22:17,875 --> 00:22:19,083 Awak akan beritahu. 356 00:22:19,667 --> 00:22:22,750 Baik fikir nak cakap apa sebab dia sudah nak sampai. 357 00:22:27,417 --> 00:22:28,500 Sebenarnya... 358 00:22:32,542 --> 00:22:33,542 {\an8}ada dua orang. 359 00:22:35,250 --> 00:22:36,625 {\an8}Apa pendapat awak? 360 00:22:46,000 --> 00:22:47,958 Kita perlu beritahu mereka tentang ini. 361 00:22:55,375 --> 00:22:56,708 Itu siapa? 362 00:22:56,792 --> 00:22:58,500 Saya baru nak tanya awak. 363 00:23:07,792 --> 00:23:08,958 Apa dia sedang buat? 364 00:23:34,917 --> 00:23:35,917 Berkumpul. 365 00:23:37,667 --> 00:23:38,667 Ini Clem. 366 00:23:39,917 --> 00:23:41,333 Saya tak pernah sebut tentang dia 367 00:23:41,417 --> 00:23:43,875 kerana saya tak pasti bila dia akan sampai. 368 00:23:43,958 --> 00:23:45,167 Tapi kita bertuah. 369 00:23:45,250 --> 00:23:47,667 Dia berjaya meloloskan dirinya. 370 00:23:47,750 --> 00:23:50,333 Dia akan jadi pekerja tambahan kita. 371 00:23:50,417 --> 00:23:52,375 Agak terlambat untuk kejutan. 372 00:23:54,333 --> 00:23:55,375 Itu Skeen. 373 00:23:56,083 --> 00:23:57,333 Ini Taramyn. 374 00:23:59,375 --> 00:24:00,250 Nemik. 375 00:24:03,750 --> 00:24:04,792 Dan Cinta. 376 00:24:06,292 --> 00:24:08,250 Kita tahu kita tak cukup orang. 377 00:24:08,333 --> 00:24:09,583 Boleh kita bercakap? 378 00:24:09,667 --> 00:24:11,250 Mari kita sambut Clem. 379 00:24:12,125 --> 00:24:13,583 Selamat berkenalan, Clem. 380 00:24:13,667 --> 00:24:15,500 Kami memang perlukan bantuan. 381 00:24:16,875 --> 00:24:19,708 Cinta, beri dia makan, dan periksa tangan dia. 382 00:24:19,792 --> 00:24:22,375 -Vel. -Kubu di kandang rosak lagi. 383 00:24:22,458 --> 00:24:24,958 Melainkan awak mahu kejar haiwan sepanjang hari, 384 00:24:25,042 --> 00:24:27,167 lebih baik pergi ke sana sekarang. Okey? 385 00:24:27,250 --> 00:24:28,250 Cepat sikit. 386 00:24:28,917 --> 00:24:31,208 Kita perlu beritahu semuanya pada Clem. 387 00:24:42,083 --> 00:24:45,458 Perkhidmatan Telgordo Travel ke Hosnian Prime, 388 00:24:45,542 --> 00:24:48,292 Plexis, dan Eufornis Major 389 00:24:48,375 --> 00:24:53,875 akan bertolak dari platform 7-12 dan 7-13. 390 00:24:56,708 --> 00:24:59,792 Jangan beratur tanpa pas masuk anda. 391 00:26:16,458 --> 00:26:17,375 Mak. 392 00:26:30,500 --> 00:26:32,292 Awak tengok apa? 393 00:26:44,833 --> 00:26:46,083 Luka terbakar blaster. 394 00:26:46,167 --> 00:26:47,542 Ia perlu dibersihkan. 395 00:26:56,000 --> 00:26:57,333 Saya minta maaf. 396 00:26:58,250 --> 00:27:00,167 Kami berjimat dengan ubat tahan sakit. 397 00:27:06,917 --> 00:27:09,458 -Bagaimana awak kenal dia? -Ramai yang syorkan dia. 398 00:27:09,542 --> 00:27:11,583 -Jadi awak tak kenal dia. -Kita perlukan dia. 399 00:27:11,667 --> 00:27:14,333 Itu saja. Selebihnya akan jejaskan keselamatan. 400 00:27:14,417 --> 00:27:16,750 Dia seorang yang berani. Boleh nampak itu. 401 00:27:16,833 --> 00:27:19,542 Kita memang perlu bantuan, tapi bukankah sudah terlambat? 402 00:27:19,625 --> 00:27:21,875 -Habis itu, bila? -Awak percayakan dia? 403 00:27:21,958 --> 00:27:23,125 Saya akan buat keputusan. 404 00:27:24,417 --> 00:27:25,833 Dia komited. 405 00:27:25,917 --> 00:27:27,042 Saya boleh rasakannya. 406 00:27:27,875 --> 00:27:28,917 Saya mahu percaya. 407 00:27:29,000 --> 00:27:30,125 Rasa apa? 408 00:27:30,208 --> 00:27:31,542 Dia yakin dengan kita. 409 00:27:32,667 --> 00:27:35,042 Apa-apa pun, itu yang penting bagi saya. 410 00:27:37,583 --> 00:27:38,500 Vel. 411 00:27:39,708 --> 00:27:41,208 -Vel! -Saya percayakan dia. 412 00:27:43,167 --> 00:27:44,375 Okey? 413 00:27:44,958 --> 00:27:46,208 Faham? 414 00:28:02,542 --> 00:28:04,167 Senator Mon Mothma dah sampai. 415 00:28:06,667 --> 00:28:07,667 Pemandu baru. 416 00:28:08,875 --> 00:28:10,000 Seseorang yang kita kenal? 417 00:28:10,625 --> 00:28:11,750 Tak pernah nampak dia. 418 00:28:13,125 --> 00:28:14,042 Orang Chandrila? 419 00:28:15,792 --> 00:28:16,958 Mungkin juga. 420 00:28:20,625 --> 00:28:21,625 Senator. 421 00:28:22,208 --> 00:28:24,500 -Senang bertemu dengan puan. -Samalah, Luthen. 422 00:28:24,583 --> 00:28:27,125 Maaf, saya lambat. Setiap kali awak nak keluar, 423 00:28:27,208 --> 00:28:30,125 semua orang teringat mereka perlukan perkhidmatan awak. 424 00:28:30,208 --> 00:28:33,500 Tak perlu risau, Senator. Di tempat ini, masa tak berganjak. 425 00:28:33,583 --> 00:28:35,750 Di tempat yang penuh dengan barang sejarah ini, 426 00:28:35,833 --> 00:28:39,083 masalah yang kita hadapi setiap hari terasa kecil. 427 00:28:39,167 --> 00:28:40,083 Sangat benar. 428 00:28:40,167 --> 00:28:41,667 Itulah yang saya nak dengar. 429 00:28:41,750 --> 00:28:43,417 -Puan kenal Kleya. -Sudah tentu. 430 00:28:43,500 --> 00:28:44,958 Kami selalu anggap galeri ini 431 00:28:45,042 --> 00:28:47,250 tempat paling tenang di Coruscant. 432 00:28:47,333 --> 00:28:49,542 Nampaknya saya perlu selalu berkunjung ke sini. 433 00:28:49,625 --> 00:28:50,958 Pandai puan bergurau. 434 00:28:51,708 --> 00:28:53,333 Puan cari hadiah untuk suami puan? 435 00:28:53,417 --> 00:28:56,583 Ya. Untuk Hari Segala Hari dia. Ia adat Chandrila. 436 00:28:56,667 --> 00:28:57,667 Salah satu daripadanya. 437 00:28:57,750 --> 00:28:58,958 Adat kaya dengan sejarah. 438 00:28:59,042 --> 00:29:01,000 Manis betul mulut awak. 439 00:29:01,083 --> 00:29:02,708 Saya ada simpan beberapa benda. 440 00:29:02,792 --> 00:29:06,542 Seingat saya, dia sukakan artifak tentera. 441 00:29:06,625 --> 00:29:07,458 Ya. 442 00:29:07,542 --> 00:29:09,000 Kita mulakan dengan yang tertua. 443 00:29:09,083 --> 00:29:11,542 Ini ialah cokmar rahib dari Utapau. 444 00:29:11,625 --> 00:29:14,042 Kita biasa nampak cokmar tiruan di majlis rasmi, 445 00:29:14,125 --> 00:29:15,375 tapi ini cokmar yang asli. 446 00:29:15,458 --> 00:29:17,250 Bagi orang biasa, ia cuma unik, 447 00:29:18,625 --> 00:29:20,958 tapi bagi penggemar sejati, ia sejenis harta. 448 00:29:21,750 --> 00:29:23,375 Dari penempatan purba kelapan... 449 00:29:23,458 --> 00:29:24,708 Boleh saya tunjukkan sesuatu? 450 00:29:25,667 --> 00:29:28,333 Tak apa. Saya tak mampu beli apa-apa. 451 00:29:28,417 --> 00:29:30,750 Tolonglah. Tak salah untuk melihat. 452 00:29:30,833 --> 00:29:33,167 Kami baru dapat syiling yang sangat menarik. 453 00:29:34,583 --> 00:29:35,500 Baiklah. 454 00:29:37,292 --> 00:29:41,333 Saya nak cuba buat Perrin suka sesuatu yang bukan artifak perang. 455 00:29:41,417 --> 00:29:43,375 Ada apa-apa yang mungkin menarik minatnya? 456 00:29:43,458 --> 00:29:44,625 Puan datang tepat pada masa. 457 00:29:44,708 --> 00:29:47,250 Ada barang istimewa yang baru sampai. 458 00:29:47,333 --> 00:29:48,333 Mari ikut saya. 459 00:29:52,000 --> 00:29:53,458 Teologi bermuka dua. 460 00:29:53,542 --> 00:29:55,458 Ini berumur empat belas ribu tahun. 461 00:29:55,542 --> 00:29:58,583 Dewi matahari dan ular dari dunia luar 462 00:29:58,667 --> 00:30:00,375 berkongsi mulut yang sama. 463 00:30:01,750 --> 00:30:03,417 Kalau tak boleh buat, beritahu. 464 00:30:03,500 --> 00:30:05,833 -Ingat saya tak cuba? -Saya tahu awak cuba. 465 00:30:05,917 --> 00:30:08,417 Saya perlu mula merancang jika awak tak boleh bantu. 466 00:30:08,500 --> 00:30:09,542 Duit dah ada. 467 00:30:09,625 --> 00:30:11,917 Cuma risikonya tinggi untuk memindahkannya. 468 00:30:12,000 --> 00:30:14,625 Saya tak boleh menyalur dana macam dulu. 469 00:30:14,708 --> 00:30:16,958 -Mereka perhatikan saya. -Semua orang diperhatikan. 470 00:30:17,042 --> 00:30:18,958 Ini berbeza. Mereka ada di mana-mana. 471 00:30:19,042 --> 00:30:21,500 Setiap hari ada pengintip baru di Senat. 472 00:30:21,583 --> 00:30:24,792 Apabila saya pergi ke bank, semuanya pekerja baru. 473 00:30:24,875 --> 00:30:26,167 Awak ada pemandu baru. 474 00:30:27,750 --> 00:30:29,125 Saya rasa dikepung. 475 00:30:31,833 --> 00:30:33,292 Saya ada banyak tanggungan. 476 00:30:33,375 --> 00:30:35,042 Tak pasti berapa lama boleh tahan. 477 00:30:37,083 --> 00:30:39,625 Saya jumpa seseorang yang boleh tolong saya. 478 00:30:40,417 --> 00:30:41,708 Siapa? 479 00:30:41,792 --> 00:30:43,917 Untuk menyertai kita? Tak boleh. 480 00:30:44,000 --> 00:30:45,625 -Saya tahu ia berisiko. -Tak boleh. 481 00:30:45,708 --> 00:30:46,792 Kita sudah cukup terdedah. 482 00:30:46,875 --> 00:30:48,625 Kita perlukan dana, bukannya orang. 483 00:30:48,708 --> 00:30:50,875 Jangan cakap dengan saya tentang bahaya. 484 00:30:50,958 --> 00:30:52,500 Kedudukan saya paling berisiko. 485 00:30:52,583 --> 00:30:54,708 Awak ingat saya tak fikir masak-masak? 486 00:30:54,792 --> 00:30:56,708 Saya yang akan tumbang dulu. 487 00:31:05,667 --> 00:31:07,417 Puan boleh pinjam ini dulu. 488 00:31:08,167 --> 00:31:09,125 Boleh? 489 00:31:09,208 --> 00:31:12,292 Kalau suami puan tak suka, saya boleh ambil balik. 490 00:31:13,792 --> 00:31:15,250 Satu pilihan yang berani, 491 00:31:16,292 --> 00:31:18,667 tapi saya yakin puan berani buat keputusan tepat 492 00:31:18,750 --> 00:31:20,333 jika puan rasa ia keterlaluan. 493 00:31:21,250 --> 00:31:22,417 Saya menghargainya. 494 00:31:23,250 --> 00:31:24,333 Awak akan berada di sini? 495 00:31:24,417 --> 00:31:26,667 Kalau tak ada, Kleya boleh hubungi saya. 496 00:31:26,750 --> 00:31:29,125 Kleya, bungkuskan ini untuk Senator. 497 00:32:28,375 --> 00:32:29,750 Dia orang kita. 498 00:32:29,833 --> 00:32:30,750 Jangan keluar. 499 00:32:31,583 --> 00:32:32,625 Saya tak tahu. 500 00:32:32,708 --> 00:32:34,083 Apa semua ini? 501 00:32:34,958 --> 00:32:36,292 Bilakah ini berlaku? 502 00:32:37,083 --> 00:32:39,042 Dia di sini sekarang? Di mana? 503 00:32:39,125 --> 00:32:40,083 Dia sedang dirawat. 504 00:32:40,167 --> 00:32:41,458 Awak tak kira pendapat kami? 505 00:32:41,542 --> 00:32:43,208 -Ia bukan undian. -Begitu saja? 506 00:32:43,292 --> 00:32:44,542 Ia sudah lama dirancang. 507 00:32:44,625 --> 00:32:46,583 -Apa lagi yang saya tak tahu? -Ini membantu. 508 00:32:46,667 --> 00:32:48,750 Kita semakin hampir. Awak yang cakap. 509 00:32:48,833 --> 00:32:49,875 Dalam tiga hari. 510 00:32:49,958 --> 00:32:52,167 Bagaimana kalau saya tak datang hari ini? 511 00:32:52,250 --> 00:32:53,875 Datang dengan orang baru begitu saja? 512 00:32:53,958 --> 00:32:55,292 Saya tahu awak pasti datang. 513 00:32:55,792 --> 00:32:57,208 Kita masih belum bersedia. 514 00:32:57,292 --> 00:32:59,208 Alat komunikasi kita pun masih tak cukup. 515 00:32:59,292 --> 00:33:01,250 -Kita ada dua lebih. -Itu untuk kecemasan. 516 00:33:01,333 --> 00:33:02,917 Clem bantuan kecemasan kita. 517 00:33:03,833 --> 00:33:05,208 Kita ada pakaian seragam lebih. 518 00:33:05,292 --> 00:33:07,125 Perlu tali pinggang dan sarung tangan. 519 00:33:07,958 --> 00:33:09,208 Clem. 520 00:33:11,167 --> 00:33:13,667 Awak pun tahu kita perlu bantuan. 521 00:33:13,750 --> 00:33:15,583 Awak patut maklumkan saya dulu. 522 00:33:16,500 --> 00:33:17,583 Itu saya setuju. 523 00:33:18,625 --> 00:33:21,292 Clem, ini Leftenan Gorn. 524 00:33:22,208 --> 00:33:25,583 -Dia orang dalam kami di garison. -Dan cedera lagi. 525 00:33:25,667 --> 00:33:26,792 Ada masalah? 526 00:33:26,875 --> 00:33:30,167 Sukar untuk meletakkan nyawa di tangan seseorang yang saya tak kenal. 527 00:33:30,250 --> 00:33:31,292 Saya tahu perasaan itu. 528 00:33:31,375 --> 00:33:32,625 -Dah habis? -Siapa dia? 529 00:33:32,708 --> 00:33:34,667 Dia Clem. Dia di sini. Itu yang penting. 530 00:33:34,750 --> 00:33:37,167 Kita dah banyak buang masa. Mari kita buat kerja. 531 00:33:37,250 --> 00:33:38,542 Pergi tolong Nemik. 532 00:33:44,042 --> 00:33:46,208 Kenapa ada peronda di Lembah Batu? 533 00:33:46,792 --> 00:33:49,458 Ada jurutera Imperial datang dari Coruscant. 534 00:33:49,542 --> 00:33:52,292 Kami buat peta laluan untuk dia. Itu akan berhenti esok. 535 00:33:52,375 --> 00:33:54,500 Kita kena fokus pada Tanah Rendah. 536 00:33:54,583 --> 00:33:56,208 Berapa lama awak boleh ada di sini? 537 00:33:56,292 --> 00:33:57,833 Sebelum tengah malam. 538 00:33:57,917 --> 00:33:58,917 Cepat sambung kerja. 539 00:34:31,708 --> 00:34:32,750 Apa semua ini? 540 00:34:34,125 --> 00:34:36,292 -Makan malam bersama gabenor. -Gabenor apa? 541 00:34:36,375 --> 00:34:37,583 Gabenor dari Hanna. 542 00:34:38,417 --> 00:34:39,917 Rakan rejimen saya. 543 00:34:40,000 --> 00:34:41,333 Itu malam ini? 544 00:34:42,250 --> 00:34:43,708 Ia ada dalam kalendar awak. 545 00:34:43,792 --> 00:34:46,125 Saya masukkannya bulan lepas selepas berbincang. 546 00:34:47,083 --> 00:34:48,333 Awak tak ingat? 547 00:34:48,417 --> 00:34:50,125 Cuma ingat awak perkecilkan saya. 548 00:34:51,458 --> 00:34:53,125 Tak ada siapa boleh buat begitu. 549 00:34:53,708 --> 00:34:54,833 Awak suka situasi ini? 550 00:34:54,917 --> 00:34:57,167 Tak. Saya cuma teruja untuk jumpa kawan lama saya. 551 00:34:57,250 --> 00:34:58,500 Siapa lagi akan datang? 552 00:34:58,583 --> 00:35:00,000 Carta tempat duduk ada di sana. 553 00:35:03,458 --> 00:35:07,167 Ars Dangor? Sly Moor? Dari kamar peribadi Wazir? 554 00:35:07,250 --> 00:35:09,792 -Ada masalah? -Jangan bergurau. Mereka benci saya. 555 00:35:09,875 --> 00:35:12,375 Setiap hari mereka cuba rosakkan usaha saya. 556 00:35:12,458 --> 00:35:14,625 Mungkin esok mereka akan fikir dua kali. 557 00:35:15,458 --> 00:35:16,708 Bukan sekarang. 558 00:35:16,792 --> 00:35:17,625 Pergi! 559 00:35:21,125 --> 00:35:24,208 Awak tak patut jemput mereka tanpa memberitahu saya. 560 00:35:24,292 --> 00:35:26,125 Sudah terlambat untuk batalkannya, 561 00:35:27,292 --> 00:35:29,625 tapi terpulang pada awak. 562 00:35:32,500 --> 00:35:33,667 Pandai awak, Perrin. 563 00:35:34,458 --> 00:35:36,458 Awak tak perlu buat begitu. 564 00:35:36,917 --> 00:35:38,292 Letakkan mereka jauh dari saya. 565 00:35:38,375 --> 00:35:39,417 Saya dah uruskan. 566 00:35:39,500 --> 00:35:42,000 Awak duduk di hujung sana. Mereka ni menyeronokkan. 567 00:35:42,083 --> 00:35:43,667 Yakah? Mereka menyeronokkan? 568 00:35:43,750 --> 00:35:45,792 Kita patut jemput tetamu dari Ghorman 569 00:35:45,875 --> 00:35:47,333 dan lihat mereka suka atau tak. 570 00:35:47,417 --> 00:35:50,500 Kawan-kawan awak baru tutup laluan penghantaran mereka semalam. 571 00:35:50,583 --> 00:35:52,333 Tahu berapa ramai akan kebuluran? 572 00:35:53,083 --> 00:35:55,708 Mungkin kita boleh ketawa tentangnya ketika makan. 573 00:35:55,792 --> 00:35:57,208 Awak patut pergi berehat. 574 00:35:57,292 --> 00:35:59,042 Jika awak mahu, saya akan layan mereka. 575 00:35:59,125 --> 00:36:00,292 Awak takkan sukakannya. 576 00:36:01,542 --> 00:36:03,083 Jangan buat begini lagi. 577 00:36:05,542 --> 00:36:07,458 Saya dengar awak belikan saya hadiah. 578 00:36:07,542 --> 00:36:08,875 Ia akan dipulangkan semula. 579 00:36:09,417 --> 00:36:12,125 Kenapa awak membosankan dan menyedihkan? 580 00:36:15,917 --> 00:36:17,750 Akti Amaugh, Lembah Gua. 581 00:36:17,833 --> 00:36:18,917 Lembah yang keramat. 582 00:36:19,000 --> 00:36:20,833 Empayar datang sini 13 tahun lepas 583 00:36:20,917 --> 00:36:24,583 dan membebaskan pangkalan udara Alkenzi, 50 klick barat dari sini. 584 00:36:24,667 --> 00:36:28,375 Mereka dapati gua-gua ini boleh menjadi tempat simpanan. 585 00:36:28,458 --> 00:36:30,208 Mereka tawan tanah ini untuk Maharaja, 586 00:36:30,292 --> 00:36:33,458 dan tambak Nasma Klain, sungai keramat. 587 00:36:34,125 --> 00:36:38,167 Sekarang Garison Aldhani sebuah depoh untuk bekalan, senjata, 588 00:36:38,250 --> 00:36:40,917 dan juga gaji pekerja seluruh sektor Imperial. 589 00:36:41,792 --> 00:36:44,917 Garison, menara pengawasan, pertahanan sentri, 590 00:36:45,000 --> 00:36:47,042 untuk melindungi bukaan landasan ini. 591 00:36:47,125 --> 00:36:49,792 Biar saya buat. Ia rapuh. Air hujan masuk ke dalam gam. 592 00:36:49,875 --> 00:36:52,083 Landasan itu menurun ke bawah tanah ke dek 593 00:36:52,167 --> 00:36:54,583 untuk Kapal Pengangkut Rono Max-7. 594 00:36:54,667 --> 00:36:56,167 Vel cakap awak boleh kemudi. 595 00:36:56,250 --> 00:36:57,292 Kemudi Rono? 596 00:36:57,833 --> 00:36:59,000 Kapal pengangkut kontena? 597 00:36:59,917 --> 00:37:01,583 Ia tak terbang, tapi boleh saja. 598 00:37:01,667 --> 00:37:04,458 Bilik di belakang dek penerbangan, itu bilik kebal. 599 00:37:05,292 --> 00:37:07,417 Kita ambil kotak gaji pekerja dari situ, 600 00:37:07,500 --> 00:37:10,417 muatkan kapal pengangkut dan keluar ikut terowong landasan. 601 00:37:10,500 --> 00:37:12,792 -Ini bukan skala sebenar. -Keluar? 602 00:37:12,875 --> 00:37:14,292 -Dengan Rono? -Ya. 603 00:37:15,000 --> 00:37:17,000 Kita nampak pejuang TIE masa ke sini. 604 00:37:17,667 --> 00:37:19,667 -Jauh mana pangkalan itu? -Dari garison... 605 00:37:19,750 --> 00:37:21,542 -Awak kata 50 klick. -Lima puluh dua. 606 00:37:21,625 --> 00:37:22,708 Baiklah, 52. 607 00:37:23,333 --> 00:37:26,917 -Sekejap saja mereka boleh kejar. -Sembilan minit. Kami dah kira. 608 00:37:27,000 --> 00:37:27,917 Okey. 609 00:37:28,583 --> 00:37:30,625 Kalau dapat keluar pun dah nasib baik. 610 00:37:31,125 --> 00:37:32,167 Ini misi bunuh diri. 611 00:37:33,458 --> 00:37:34,375 Tepat sekali. 612 00:37:34,458 --> 00:37:37,333 Sebab itu cuma ada 40 orang rejimen di garison. 613 00:37:37,417 --> 00:37:39,750 Mereka tahu tiada sesiapa berani buat begitu. 614 00:37:39,833 --> 00:37:41,000 Kecuali kita. 615 00:37:44,417 --> 00:37:46,875 Batu-batu lama ini, Nasma Brani, 616 00:37:46,958 --> 00:37:51,042 sebuah kuil, atau tinggalannya. Ia pernah ada atas sungai itu. 617 00:37:52,458 --> 00:37:53,917 Leftenan Gorn, jelaskannya. 618 00:37:54,917 --> 00:37:56,417 Setiap tiga tahun sekali, 619 00:37:56,500 --> 00:37:58,375 selagi sesiapa boleh ingat, 620 00:37:59,250 --> 00:38:01,917 warga Aldhani berkumpul sebab ada fenomena astronomi 621 00:38:02,000 --> 00:38:04,125 yang digelar Mak-ani bray Dhani. 622 00:38:04,875 --> 00:38:07,250 Mata Aldhani. Beribu-ribu akan berkumpul. 623 00:38:08,208 --> 00:38:11,375 Berminggu mereka mengembara untuk saksikan fenomena ini. 624 00:38:11,458 --> 00:38:12,333 Untuk saksikan apa? 625 00:38:12,417 --> 00:38:15,125 Bayangkan 50 hujan meteor serentak. 626 00:38:15,208 --> 00:38:18,167 Ia seperti ada langsir yang ditarik melintas langit, 627 00:38:18,250 --> 00:38:22,833 sehingga satu Mata, iaitu jendela ke galaksi, akan terbentuk di ufuk. 628 00:38:22,917 --> 00:38:24,167 Awak pernah saksikannya? 629 00:38:24,250 --> 00:38:27,208 Hampir tujuh tahun saya di sini. Saya dah saksikan dua kali. 630 00:38:28,292 --> 00:38:30,500 Tapi peristiwa ini berbeza daripada dulu. 631 00:38:30,583 --> 00:38:33,500 Selepas semua orang dipindahkan, ia agak menyedihkan, 632 00:38:34,292 --> 00:38:35,542 tapi Mata itu, 633 00:38:36,667 --> 00:38:38,583 ia peristiwa yang sukar dilupakan. 634 00:38:38,667 --> 00:38:40,125 Setiap tiga tahun sekali. 635 00:38:40,208 --> 00:38:43,375 Masanya singkat sangat. Dan ia sebenarnya bukan hujan meteor. 636 00:38:43,458 --> 00:38:46,667 Itu proses mikro-ketumpatan yang terhablur dan noktilusen. 637 00:38:46,750 --> 00:38:49,750 Berbilion kristal yang berat, tetapi kecil dan tak stabil. 638 00:38:49,833 --> 00:38:51,458 Ketika planet melepasi lingkaran, 639 00:38:51,542 --> 00:38:53,833 mereka memasuki atmosfera, jadi panas, dan meletup. 640 00:38:54,792 --> 00:38:57,292 Dari bawah, ia pemandangan yang indah. 641 00:38:57,375 --> 00:38:58,542 Di langit, ia kacau-bilau. 642 00:38:59,542 --> 00:39:01,292 Kami dah kira trajektori 643 00:39:01,375 --> 00:39:03,667 untuk keluar dari situ sebelum Mata itu tutup. 644 00:39:05,083 --> 00:39:06,917 Ia akan berlaku tiga hari lagi. 645 00:39:12,000 --> 00:39:13,250 Itu perlindungan kamu. 646 00:39:13,958 --> 00:39:14,875 Ya. 647 00:39:14,958 --> 00:39:16,542 Kita boleh masuk dan keluar. 648 00:39:16,625 --> 00:39:19,333 Mereka takkan perasan kedatangan kita. Kalau kita cepat, 649 00:39:19,417 --> 00:39:21,708 kita sudah pergi sebelum mereka sedar apa-apa. 650 00:39:21,792 --> 00:39:24,458 Awak perlu belajar semua ini dalam masa yang singkat. 651 00:39:24,542 --> 00:39:28,625 Persoalannya sekarang ialah awak akan sertai kami atau tak? 652 00:39:33,125 --> 00:39:34,208 Mari lakukannya. 653 00:39:38,083 --> 00:39:39,083 Cakap. 654 00:39:39,167 --> 00:39:41,833 Dia mahukan semua data dari kejadian di Ferrix. 655 00:39:41,917 --> 00:39:43,833 Unit Starpath yang dijumpai di kawasan itu 656 00:39:43,917 --> 00:39:46,792 ada kaitan dengan rompakan di pangkalan udara bawah kuasa saya. 657 00:39:46,875 --> 00:39:50,042 Dia buat begini untuk meluaskan pengaruhnya. 658 00:39:50,125 --> 00:39:52,583 Dia patut tumpukan masa pada keselamatan di markasnya, 659 00:39:52,667 --> 00:39:54,375 bukan pada kenaikan pangkat. 660 00:39:54,458 --> 00:39:55,417 Leftenan Meero. 661 00:39:55,500 --> 00:39:58,542 Barang yang dicuri itu bernilai, terutamanya bagi pemberontak. 662 00:39:58,625 --> 00:40:01,167 Mungkin dapat jumpa sesuatu dengan menjejaki kes ini. 663 00:40:01,250 --> 00:40:03,250 Ada orang mencuri untuk duit, bukan? 664 00:40:03,333 --> 00:40:05,875 Perlukah kamu buat kecoh di pejabat 665 00:40:05,958 --> 00:40:09,125 untuk kejar kes yang sebenarnya cuma rompakan kecil? 666 00:40:09,208 --> 00:40:12,292 Tuan, saya rasa ini ialah usaha berterusan mereka 667 00:40:12,375 --> 00:40:16,042 untuk curi kelengkapan Imperial dalam usaha untuk memberontak. 668 00:40:16,125 --> 00:40:18,292 Ada tiga fail kes sebelum ini di atas meja saya 669 00:40:18,375 --> 00:40:19,792 menunjukkan kemungkinan ini. 670 00:40:19,875 --> 00:40:21,125 Itu cuma perasaan awak. 671 00:40:21,208 --> 00:40:25,125 Ada tanda-tanda aktiviti terancang di beberapa sektor. 672 00:40:25,208 --> 00:40:26,500 Aktiviti apa? 673 00:40:26,583 --> 00:40:28,750 Barang yang sama dicuri, kaedah berulang. 674 00:40:29,542 --> 00:40:31,750 -Saya yakin. -Awak dari agensi penguatkuasaan. 675 00:40:31,833 --> 00:40:32,667 Ya, tuan. 676 00:40:32,750 --> 00:40:36,542 Di sini, kita hanya akan bertindak di atas maklumat yang sah. 677 00:40:37,667 --> 00:40:41,083 Maklumkan saya jika kes ini ada bukti yang kukuh. 678 00:40:41,167 --> 00:40:43,875 Sehingga itu, tumpukan pada aktiviti sektor kamu sahaja. 679 00:40:43,958 --> 00:40:45,125 Terima kasih, Leftenan. 680 00:40:50,292 --> 00:40:55,083 Awak ada dua sektor untuk diselia. Blevin uruskan enam sektor. 681 00:40:55,792 --> 00:40:56,958 Saya tak nafikan yang dia 682 00:40:57,042 --> 00:41:00,333 terlalu ikut pandangan tradisional bagi jabatan dan kakitangan dia. 683 00:41:00,417 --> 00:41:03,167 Dia memang susah untuk bekerja bersama. 684 00:41:03,250 --> 00:41:06,417 Tapi dia hantar laporan suku tahunannya, dan awak tak hantar. 685 00:41:06,500 --> 00:41:09,458 Sekarang, kita membazirkan masa dengan isu awak. 686 00:41:11,083 --> 00:41:13,708 Prestasi yang diharapkan daripada awak agak tinggi, 687 00:41:14,667 --> 00:41:16,083 Ia mungkin tak adil, 688 00:41:16,792 --> 00:41:18,250 tapi saya tak boleh abaikan 689 00:41:18,333 --> 00:41:21,542 potensi kerjaya awak yang memang jauh lebih hebat. 690 00:41:23,250 --> 00:41:25,583 Awak patutnya lebih cekap dan tak menarik perhatian. 691 00:41:25,667 --> 00:41:26,833 Sebab itu awak ada di sini. 692 00:41:28,250 --> 00:41:31,292 Sebab itu kami pilih orang macam awak. 693 00:41:32,958 --> 00:41:35,625 Buktikan pada semua yang awak tak boleh dipandang rendah. 694 00:41:35,708 --> 00:41:37,000 Baik, tuan. 695 00:41:37,083 --> 00:41:40,833 Untuk pengetahuan awak, saya kagum dengan jumlah penahanan awak di Sev Tok. 696 00:41:40,917 --> 00:41:42,208 Jauh melebihi kuota. 697 00:41:43,292 --> 00:41:45,250 Saya mungkin akan hantar tugas begitu lagi. 698 00:41:45,333 --> 00:41:46,792 -Terima kasih. -Bersurai. 699 00:42:15,208 --> 00:42:16,417 Tahu cara gunakan ini? 700 00:42:19,208 --> 00:42:20,208 Ya. 701 00:42:20,292 --> 00:42:22,958 Ini spesifikasi kapal Rono dan susun atur konsol. 702 00:42:23,750 --> 00:42:25,042 Ingat semua itu. 703 00:42:25,125 --> 00:42:27,083 Ini adalah peta terperinci garison. 704 00:42:29,458 --> 00:42:31,000 Ini pula buku frasa Aldhani. 705 00:42:42,375 --> 00:42:43,458 Boleh saya makan? 706 00:42:45,292 --> 00:42:48,375 Awak akan makan, biar Cinta periksa balutan awak, 707 00:42:48,875 --> 00:42:51,125 dan pastikan awak hafal semuanya esok pagi. 708 00:42:52,083 --> 00:42:53,417 Saya berjaga dulu. 709 00:43:22,708 --> 00:43:25,625 Berdasarkan STAR WARS oleh GEORGE LUCAS 710 00:46:46,292 --> 00:46:48,292 Terjemahan sari kata oleh Anis Tarmidi