1 00:00:06,090 --> 00:00:08,384 SEBUAH SIRI NETFLIX 2 00:00:59,852 --> 00:01:01,229 KASEROL DAN KEHILANGAN 3 00:01:11,739 --> 00:01:14,617 Rahmat Tuhan sentiasa mengiringi kita. 4 00:01:16,244 --> 00:01:18,746 - Sama ada hidup atau mati… - Kyle. 5 00:01:19,705 --> 00:01:21,457 Jangan putus harapan, Maddie. 6 00:01:21,541 --> 00:01:24,168 Saya kenal awak. Awak tak dibenarkan masuk. 7 00:01:24,252 --> 00:01:27,630 - Saya nak jumpa Howie… - Dr. Townsend, saya faham. 8 00:01:27,713 --> 00:01:30,633 Kalau ada maklumat, saya tentu dah kongsikannya. 9 00:01:33,427 --> 00:01:34,929 Ada berita tentang Kyle? 10 00:01:35,721 --> 00:01:36,848 Bagaimana awak tahu? 11 00:01:37,473 --> 00:01:39,142 Howie di dalam bilik rawatan 12 00:01:39,225 --> 00:01:42,645 dan tiada doktor lain yang lebih bagus di daerah ini, jadi… 13 00:01:42,728 --> 00:01:43,771 Oh, Tuhan. 14 00:01:43,855 --> 00:01:47,441 Annie, telefon ibu! Tolonglah. 15 00:01:47,525 --> 00:01:48,818 - Ibu? - Annie. 16 00:01:50,319 --> 00:01:51,404 - Annie! - Tyler! 17 00:01:51,487 --> 00:01:54,615 Saya minta maaf! Saya betul-betul minta maaf! 18 00:01:54,699 --> 00:01:56,075 Syukurlah kamu okey. 19 00:01:56,159 --> 00:01:58,494 Kami cari dia dan ternampak kereta itu. 20 00:01:58,578 --> 00:01:59,912 Kyle tak apa-apa? 21 00:01:59,996 --> 00:02:01,455 Kami sedang menunggu. 22 00:02:02,665 --> 00:02:04,458 - Saya okey! - Oh, Tuhanku! 23 00:02:04,542 --> 00:02:06,127 Kami telefon berkali-kali! 24 00:02:06,210 --> 00:02:08,963 - Telefon saya di rumah Jackson. - Kenapa? 25 00:02:11,465 --> 00:02:14,427 Kami menunggu berita tentang Kyle dan adik kamu. 26 00:02:17,138 --> 00:02:19,265 - Saya nak hubungi ibu bapa saya. - Mereka dah tahu. 27 00:02:20,141 --> 00:02:21,184 Kamu… 28 00:02:22,310 --> 00:02:23,853 Kamu tahu di mana CeCe? 29 00:02:24,687 --> 00:02:26,647 Saya rasa Simon hantar dia balik. 30 00:02:26,731 --> 00:02:30,026 - Kami nak cari Kyle dan Nellie… - Apa dah jadi, Jackson? 31 00:02:30,902 --> 00:02:33,112 Tyler, apa yang berlaku? 32 00:02:33,196 --> 00:02:37,408 Kenapa Kyle yang memandu dan Nellie turut ada di dalam kereta kamu? 33 00:02:39,035 --> 00:02:41,120 Saya tak tahu nak jelaskan. 34 00:02:41,204 --> 00:02:43,831 Keadaan jadi kelam-kabut tadi. 35 00:02:45,499 --> 00:02:48,085 Helen! Awak okey? 36 00:02:48,753 --> 00:02:52,340 Saya tak tahu perkembangan mereka. Doktor belum keluar. 37 00:02:52,423 --> 00:02:55,051 - Hei, kamu okey? - Saya okey. 38 00:02:59,013 --> 00:03:00,181 Kamu? 39 00:03:00,806 --> 00:03:03,434 - Apa masalah anak awak? - Diam, Lewis. 40 00:03:03,517 --> 00:03:05,061 - Jangan… - Bill, cukuplah. 41 00:03:05,144 --> 00:03:07,480 Saya dah beritahu Ketua Bolden, seterusnya peguam saya. 42 00:03:07,563 --> 00:03:09,148 Sebelum tahu hal sebenar? 43 00:03:09,232 --> 00:03:14,028 Okey, Bill dan Trent. Ini bukan masa atau tempat yang sesuai. 44 00:03:14,111 --> 00:03:16,072 Ronnie, apa awak buat di sini? 45 00:03:16,864 --> 00:03:18,366 Jaga keluarga saya. 46 00:03:19,659 --> 00:03:20,785 Macam orang lain. 47 00:03:22,411 --> 00:03:24,914 - Ibu. - Apa kamu buat kepada adik kamu? 48 00:03:24,997 --> 00:03:28,251 Dia dah cuba halang, tapi Nellie terus meluru keluar. 49 00:03:28,334 --> 00:03:31,170 Ada saya tanya kamu? 50 00:03:31,254 --> 00:03:33,589 - Hei! - Ibu, jangan cakap begitu. 51 00:03:34,257 --> 00:03:35,883 Cakap. 52 00:03:36,842 --> 00:03:38,135 Apa kamu dah buat? 53 00:03:38,219 --> 00:03:41,472 Beritahu jururawat yang awak dan Trent dah sampai. 54 00:03:42,181 --> 00:03:45,309 Jadi, saya patut tunggu? Seseorang patut buka mulut! 55 00:03:45,393 --> 00:03:50,189 Doktor sedang rawat Nellie dan Kyle. Mereka akan maklumkan perkembangannya. 56 00:03:51,190 --> 00:03:52,525 Apa kamu nak cakap? 57 00:03:52,608 --> 00:03:54,902 Ayah kata saya boleh berparti selepas majlis tari-menari. 58 00:03:54,986 --> 00:03:55,820 Itu jawapan kamu? 59 00:03:55,903 --> 00:03:58,614 Kami bergaduh dan sesetengah orang nak balik. 60 00:03:58,698 --> 00:03:59,615 Tentang apa? 61 00:03:59,699 --> 00:04:00,741 - Banyak. - Tiada apa-apa. 62 00:04:00,825 --> 00:04:02,326 Okey, di mana orang lain? 63 00:04:02,410 --> 00:04:04,829 Selamat. Kyle dan Nellie saja yang balik. 64 00:04:04,912 --> 00:04:06,163 Bagaimana Kyle boleh pandu kereta kamu? 65 00:04:06,247 --> 00:04:08,624 Tiada tempat letak kereta, jadi saya tinggalkan kunci di visor. 66 00:04:08,708 --> 00:04:10,126 Nellie terus naik, ayah. 67 00:04:10,209 --> 00:04:12,628 Kenapa Kyle terbabas? Dia mabukkah? 68 00:04:12,712 --> 00:04:14,839 Tak, Jackson saja yang minum arak. 69 00:04:16,507 --> 00:04:19,051 - Nak beritahu Ketua Bolden? - Jackson? 70 00:04:20,261 --> 00:04:23,222 - Maaf. - Jangan minta maaf! Dia yang mulakannya. 71 00:04:23,306 --> 00:04:24,432 - Minum? - Pergaduhan itu. 72 00:04:24,515 --> 00:04:27,268 Tak, awak dan adik awak yang bergaduh. 73 00:04:27,351 --> 00:04:28,185 - Hei. - Apa? 74 00:04:28,686 --> 00:04:29,520 Howie? 75 00:04:31,856 --> 00:04:34,066 - Bagaimana anak saya? - Nellie selamat. 76 00:04:34,150 --> 00:04:37,445 Dia cuma alami luka melecet dan lebam akibat tali pinggang keledar. 77 00:04:37,528 --> 00:04:39,280 Mujurlah dia pakai. 78 00:04:39,363 --> 00:04:40,239 Kyle pula? 79 00:04:40,948 --> 00:04:44,869 Kecederaan Kyle lebih teruk, tapi ia tak mengancam nyawa. 80 00:04:44,952 --> 00:04:47,621 - Syukurlah. - Dia bersama pakar ortopedik. 81 00:04:47,705 --> 00:04:49,123 - Ortopedik? - Dr. Manal Ahmed. 82 00:04:49,206 --> 00:04:52,418 Dia akan keluar nanti. Mereka sangat bertuah malam ini. 83 00:04:52,501 --> 00:04:55,421 - Bila kami boleh jumpa Nellie? - Luka dia sedang dirawat. 84 00:04:56,213 --> 00:04:59,008 Claudia, bawa Datuk Bandar dan Puan Lewis jumpa anak mereka. 85 00:04:59,091 --> 00:05:00,343 Sila ikut saya. 86 00:05:00,426 --> 00:05:01,635 - Terima kasih. - Ya. 87 00:05:03,304 --> 00:05:04,722 Tunggu Dr. Ahmed. 88 00:05:04,805 --> 00:05:07,475 Saya tahu ia sukar, tapi awak harus bersabar. 89 00:05:07,558 --> 00:05:10,353 Dr. Manal ialah pakar dan Kyle pasti selamat. 90 00:05:10,436 --> 00:05:13,356 Dia akan keluar dan beritahu situasinya nanti. 91 00:05:13,439 --> 00:05:15,107 - Situasi? - Tolonglah, Bill. 92 00:05:16,567 --> 00:05:18,694 Semua ini salah awak. Dasar budak… 93 00:05:18,778 --> 00:05:20,696 Awak nak salahkan saya pula? 94 00:05:20,780 --> 00:05:22,573 Awak pun bersalah. 95 00:05:22,656 --> 00:05:25,659 - Jangan pura-pura. - CeCe patut tumbuk awak lagi! 96 00:05:26,410 --> 00:05:27,536 - Cukup! - Jangan! 97 00:05:28,079 --> 00:05:29,205 - Tyler. - Ty! 98 00:05:29,288 --> 00:05:30,122 Howie? 99 00:05:30,664 --> 00:05:31,707 Perlahan-lahan. 100 00:05:31,791 --> 00:05:33,250 Bangun, Ty! Dia okey. 101 00:05:33,334 --> 00:05:35,669 - Diam, Jackson! - Saya tak sengaja. 102 00:05:35,753 --> 00:05:36,962 Bill, ke tepi! 103 00:05:38,130 --> 00:05:41,217 Tak cukup lagikah? Awak lebih pentingkan kereta itu? 104 00:05:41,300 --> 00:05:43,219 Pergi saja dari sini! 105 00:05:43,302 --> 00:05:45,930 - Saya ambil kerusi roda. - Tak perlu. Dalam kiraan tiga. 106 00:05:46,013 --> 00:05:47,890 Tiga, dua, satu. 107 00:05:50,768 --> 00:05:52,853 Ayuh, cikgu papah kamu. 108 00:05:55,231 --> 00:05:56,065 Kyle… 109 00:05:56,148 --> 00:05:58,859 Saya tunggu di sini dan cari kamu berdua nanti. 110 00:06:02,446 --> 00:06:04,323 Kita perlu bercakap segera. 111 00:06:06,450 --> 00:06:10,371 Nampaknya, kamulah punca semua yang berlaku pada malam ini. 112 00:06:10,454 --> 00:06:13,207 Tolonglah, Bill! Bawa bertenang. 113 00:06:13,290 --> 00:06:16,210 Ronnie, saya tak nak cakap dengan awak sekarang… 114 00:06:16,293 --> 00:06:19,505 Dia cuba halang awak daripada mengeruhkan lagi keadaan! 115 00:06:19,588 --> 00:06:22,216 Boleh kita semua bertenang? Tarik nafas. 116 00:06:23,884 --> 00:06:25,010 Dr. Townsend? 117 00:06:26,137 --> 00:06:27,096 Dr. Ahmed. 118 00:06:29,348 --> 00:06:30,224 Kyle okey? 119 00:06:30,307 --> 00:06:31,809 Dia nak jumpa ibunya. 120 00:06:31,892 --> 00:06:33,144 Ya, dia ada bersama… 121 00:06:34,019 --> 00:06:35,271 Dia akan kembali. 122 00:06:35,354 --> 00:06:37,189 Sementara itu, Kyle okey? 123 00:06:37,273 --> 00:06:41,360 Kecederaan utama Kyle ialah kehelan patela kanan. 124 00:06:41,444 --> 00:06:45,406 Ligamen krusiat anteriornya longgar, tapi ia tak koyak sepenuhnya. 125 00:06:45,489 --> 00:06:46,407 Syukurlah. 126 00:06:46,490 --> 00:06:48,742 - Saya nak buat MRI. - Perlukah? 127 00:06:48,826 --> 00:06:52,913 Untuk kepastian. Tiada tanda lumpuh atau kelemahan akibat trauma, 128 00:06:52,997 --> 00:06:56,125 tapi bahagian lumbarnya sakit apabila ditekan. 129 00:06:56,208 --> 00:06:59,920 Dia perlu bermalam di sini kerana turut mengalami konkusi. 130 00:07:00,004 --> 00:07:01,881 Baiklah. 131 00:07:04,091 --> 00:07:07,011 - Boleh saya jumpa dia dulu? - Ya, ikut saya. 132 00:07:07,094 --> 00:07:07,928 Okey. 133 00:07:09,472 --> 00:07:11,724 Oh, tiba-tiba saya rasa nak muntah. 134 00:07:11,807 --> 00:07:12,975 Awak terlalu risau. 135 00:07:14,185 --> 00:07:17,646 Saya boleh pegang rambut awak macam dulu! 136 00:07:17,730 --> 00:07:19,565 Ini bukan masa untuk bergurau. 137 00:07:19,648 --> 00:07:24,487 Kita mesti ketawa, menjerit, menangis atau kita akan tertekan. 138 00:07:27,323 --> 00:07:28,824 Annie. Mari sini, sayang. 139 00:07:29,992 --> 00:07:30,868 Mari sini. 140 00:07:32,077 --> 00:07:36,248 Ibu tahu kita perlu bercakap tentang banyak perkara, 141 00:07:36,332 --> 00:07:40,252 tapi ibu nak kamu tahu yang ibu sayang kamu. 142 00:07:41,253 --> 00:07:43,506 Ibu bersyukur kamu selamat. 143 00:07:44,924 --> 00:07:46,967 - Saya dah cuba, ibu. - Apa? 144 00:07:47,635 --> 00:07:51,138 Saya dah cuba untuk buat dan cakap perkara yang betul, 145 00:07:52,723 --> 00:07:54,808 tapi semuanya sia-sia. 146 00:07:55,601 --> 00:07:56,602 Ya. 147 00:07:56,685 --> 00:07:58,646 Itulah lumrah hidup, sayang. 148 00:08:01,732 --> 00:08:05,528 Ayah bangga dengan kamu. Kamu dah buat yang terbaik, okey? 149 00:08:08,614 --> 00:08:12,952 Ia patah yang "bagus" dan akan sembuh dalam empat hingga enam minggu. 150 00:08:13,536 --> 00:08:16,830 Apa? 151 00:08:16,914 --> 00:08:18,582 Saya faham perasaan awak, 152 00:08:18,666 --> 00:08:21,919 tapi awak perlu beri ia masa untuk sembuh sepenuhnya. 153 00:08:22,795 --> 00:08:25,464 Cikgu, apa kita nak buat? 154 00:08:26,131 --> 00:08:27,675 Ikut nasihat doktor. 155 00:08:29,218 --> 00:08:33,138 Saya tak nak dengar cakap dia atau sesiapa pun! 156 00:08:33,222 --> 00:08:35,057 - Keluar, semua! - Tyler. 157 00:08:35,140 --> 00:08:38,185 Boleh tinggalkan saya dengan Ty sekejap? 158 00:08:38,686 --> 00:08:42,314 Silakan, tunggu di situ. Terima kasih. 159 00:08:52,157 --> 00:08:55,828 Maddie, beritahu saya kalau awak perlukan apa-apa. 160 00:08:56,412 --> 00:08:57,913 Terima kasih, Erik. 161 00:08:59,456 --> 00:09:02,960 Saya patut balik dan mendoakan kamu sekeluarga dari jauh. 162 00:09:03,043 --> 00:09:03,877 Terima kasih. 163 00:09:50,049 --> 00:09:51,717 Terima kasih beritahu. 164 00:09:53,844 --> 00:09:56,680 Awak tak perlu datang. Saya boleh tutup restoran. 165 00:09:56,764 --> 00:09:58,891 Ia tak nampak macam itu. 166 00:09:58,974 --> 00:10:03,437 Ya, saya tunggu tart kacang pekan siap dibakar. 167 00:10:05,981 --> 00:10:07,483 Awak buat tart sekarang? 168 00:10:07,566 --> 00:10:10,361 Awak kata membakar boleh menenangkan kita. 169 00:10:10,444 --> 00:10:11,737 Mereka selamat. 170 00:10:11,820 --> 00:10:14,323 Saya tahu, tapi bukan sebab itu. 171 00:10:15,908 --> 00:10:18,327 Dana Sue bukan ibu saya. 172 00:10:18,410 --> 00:10:19,244 Apa? 173 00:10:20,454 --> 00:10:22,081 - Awak tanya dia? - Ya. 174 00:10:22,164 --> 00:10:24,208 Bekas teman lelaki dia datang, 175 00:10:24,958 --> 00:10:27,461 jadi saya teruja dan sangka ini jawapannya 176 00:10:27,544 --> 00:10:31,674 kerana dia seorang yang hebat dan saya nak dia jadi ibu saya. 177 00:10:31,757 --> 00:10:32,800 Saya faham. 178 00:10:33,842 --> 00:10:35,260 Dia istimewa. 179 00:10:35,344 --> 00:10:38,806 Saya suka bekerja di sini, tapi keadaan dah jadi kekok… 180 00:10:38,889 --> 00:10:40,307 Tart kacang pekan? 181 00:10:40,391 --> 00:10:43,060 Ya, ia kegemaran nenek saya. 182 00:10:44,436 --> 00:10:46,313 Apa Dana Sue jawab? 183 00:10:46,397 --> 00:10:47,606 Dia berbesar hati. 184 00:10:48,691 --> 00:10:52,903 Dia dan kawan-kawannya akan bantu saya cari ibu kandung saya. 185 00:10:54,238 --> 00:10:57,574 Awak nampak? Semuanya okey, macam biasa. 186 00:10:58,450 --> 00:11:02,037 Mereka bertiga akan bantu awak cari ibu kandung awak. 187 00:11:02,871 --> 00:11:06,709 Mereka pasti boleh korek rahsia itu kalau bersungguh-sungguh. 188 00:11:06,792 --> 00:11:08,627 Mereka wanita istimewa. 189 00:11:08,711 --> 00:11:10,295 Ya, betul. 190 00:11:13,424 --> 00:11:14,925 Saya rasa ia dah masak. 191 00:11:15,551 --> 00:11:16,385 Ya. 192 00:11:30,149 --> 00:11:30,983 Ibu. 193 00:11:32,317 --> 00:11:33,277 Hei, sayang. 194 00:11:35,946 --> 00:11:38,449 - Maafkan saya. - Kita boleh cakap nanti. 195 00:11:41,535 --> 00:11:43,036 Maaf tentang kereta awak. 196 00:11:43,120 --> 00:11:45,247 Lupakannya. Syukurlah awak selamat. 197 00:11:45,956 --> 00:11:48,709 Saya dah rosakkan segala-galanya. 198 00:11:52,087 --> 00:11:53,213 Dia mamai, Ty. 199 00:11:54,381 --> 00:11:57,676 - Kyle, kamu boleh cakap nanti. - Ty, beritahu saya. 200 00:11:57,760 --> 00:11:59,720 Saya yang cederakan tangan awak? 201 00:11:59,803 --> 00:12:02,723 - Saya tak sengaja. - Awak patut baring saja. 202 00:12:02,806 --> 00:12:04,975 Bukan salah awak, jadi jangan risau. 203 00:12:05,058 --> 00:12:07,686 Macam mana nak main kalau tangan awak patah? 204 00:12:09,146 --> 00:12:10,773 Teruknya. 205 00:12:16,153 --> 00:12:18,155 Awak patut bawa Tyler balik. 206 00:12:18,238 --> 00:12:20,741 Apa? Tak! Saya nak teman Kyle di sini. 207 00:12:21,492 --> 00:12:22,367 Awak boleh… 208 00:12:24,369 --> 00:12:27,539 Kyle perlukan rehat malam ini supaya cepat sembuh. 209 00:12:28,040 --> 00:12:31,835 Bawa Tyler balik, okey? Jenguk Katie dan ibu awak. Saya tunggu. 210 00:12:31,919 --> 00:12:34,546 Ini saja yang saya boleh bantu. 211 00:12:37,090 --> 00:12:40,344 Hubungi saya segera kalau ada apa-apa perubahan. 212 00:12:40,427 --> 00:12:42,554 Saya akan datang awal pagi esok. 213 00:12:44,765 --> 00:12:47,351 Ayah harap kamu boleh tidur malam ini. 214 00:13:00,697 --> 00:13:02,616 SIMON AWAK OKEY? SEMUA OKEY? 215 00:13:02,699 --> 00:13:05,619 GILA, TAPI SAYA OKEY DAN MENGANTUK. SAMBUNG NANTI? 216 00:13:12,292 --> 00:13:13,293 Coklat panas? 217 00:13:13,377 --> 00:13:14,253 Oh, ya! 218 00:13:15,045 --> 00:13:19,508 Ayah letak pepermin. Ayah harap kamu masih suka akannya. 219 00:13:44,032 --> 00:13:45,158 Terima kasih, ayah. 220 00:13:46,869 --> 00:13:50,706 Untuk coklat panas ini, bawa saya balik dan tak marah saya. 221 00:13:52,583 --> 00:13:54,751 Kamu tak buat apa-apa salah pun. 222 00:13:54,835 --> 00:13:58,005 Saya asyik rasa yang saya patut halang mereka, 223 00:13:58,547 --> 00:14:02,801 pujuk mereka atau buat sesuatu sebelum ia berlaku. 224 00:14:04,219 --> 00:14:05,053 Entahlah. 225 00:14:07,347 --> 00:14:11,435 Kita tak nak lihat orang yang kita sayang dalam kesakitan, bukan? 226 00:14:11,518 --> 00:14:15,063 Kita boleh cuba sedaya upaya untuk selamatkan mereka, 227 00:14:16,607 --> 00:14:21,194 tapi ia bukan salah kamu kalau sesuatu tetap menimpa mereka. 228 00:14:22,946 --> 00:14:23,780 Okey? 229 00:14:24,948 --> 00:14:26,116 Ayah sayang kamu. 230 00:14:26,199 --> 00:14:28,994 Pergilah tidur. Ayah nak tunggu ibu kamu balik. 231 00:14:29,077 --> 00:14:31,830 Saya tak boleh tidur kerana terlalu risau. 232 00:14:31,914 --> 00:14:33,749 - Okey, baiklah. - Apa? 233 00:14:33,832 --> 00:14:37,336 Ayah cuma teringat akan anak ayah yang selalu cakap, 234 00:14:37,920 --> 00:14:40,213 "Ayah, saya tak nak tidur." 235 00:14:40,297 --> 00:14:44,343 Masalahnya, apabila ayah ambil buku dan baca, 236 00:14:44,426 --> 00:14:45,802 dia terus lena. 237 00:14:45,886 --> 00:14:49,014 Ya, suara ayah menenangkan atau membosankan. 238 00:14:49,097 --> 00:14:50,933 Taklah, saya suka suara ayah. 239 00:14:51,475 --> 00:14:55,270 Saya rasa selamat duduk di sofa dan dengar ayah bercerita. 240 00:14:55,854 --> 00:14:56,813 Baguslah. 241 00:15:17,709 --> 00:15:23,006 Baiklah, apa tajuknya? Okey… 242 00:15:30,681 --> 00:15:35,560 "Seluruh dunia memperakui hakikat bahawa lelaki bujang yang berkemampuan 243 00:15:35,644 --> 00:15:38,188 semestinya menginginkan seorang isteri." 244 00:15:38,271 --> 00:15:39,147 Apa? 245 00:15:39,815 --> 00:15:41,650 Jangan banyak soal, baca saja. 246 00:15:42,234 --> 00:15:47,072 Ayah cuma terfikir yang kamulah harta ayah. 247 00:15:51,702 --> 00:15:54,788 "Namun, segelintir saja yang tahu pandangan si teruna 248 00:15:54,871 --> 00:15:57,582 ketika melangkah ke alam rumah tangga, 249 00:15:57,666 --> 00:16:01,378 kebenaran ini tertanam dalam minda ahli keluarga terdekat 250 00:16:01,461 --> 00:16:04,006 bahawa dia dianggap sebagai harta yang sah…" 251 00:16:12,681 --> 00:16:15,892 Pada masa-masa begini, saya harap ibu saya masih hidup. 252 00:16:17,811 --> 00:16:19,354 Saya nak tenung mata dia 253 00:16:19,438 --> 00:16:23,900 dan minta maaf berkali-kali kerana saya asyik buat dia susah hati. 254 00:16:27,404 --> 00:16:28,989 Awak anak yang baik 255 00:16:30,782 --> 00:16:34,870 dan awak ada anak yang baik. 256 00:16:36,663 --> 00:16:37,497 Ya. 257 00:16:40,375 --> 00:16:42,294 - Malam ini sangat panjang! - Ya. 258 00:16:43,670 --> 00:16:49,468 Esok pasti akan tiba dan semuanya akan pulih seperti sedia kala. 259 00:16:49,968 --> 00:16:51,428 Ya, saya tahu. Ia… 260 00:16:53,138 --> 00:16:54,556 Tapi saya asyik… 261 00:16:55,307 --> 00:16:58,185 Saya asyik fikir tentang Annie dan saya tak… 262 00:16:58,935 --> 00:17:02,981 - Saya tak boleh bayang… - Dana Sue, jangan fikir bukan-bukan. 263 00:17:04,691 --> 00:17:07,486 Kalaulah anak saya yang… 264 00:17:08,153 --> 00:17:09,321 Oh, Tuhan. 265 00:17:11,490 --> 00:17:15,535 Saya nak tanya, tapi fikiran saya sendiri berserabut. 266 00:17:15,619 --> 00:17:19,414 Awak hadapinya dengan baik, sayang. 267 00:17:20,415 --> 00:17:24,503 Rumah ini terasa sangat kosong dan sepi. Ia cuma… 268 00:17:26,588 --> 00:17:30,258 Walaupun ketika mereka tidur, ia tak pernah sesepi ini. 269 00:17:32,677 --> 00:17:36,848 Ia terasa kosong kerana Tyler saja yang ada di rumah. 270 00:17:36,932 --> 00:17:38,683 Patutkah kita pasang muzik? 271 00:17:38,767 --> 00:17:42,354 Kita boleh menyanyi dan baca puisi. 272 00:17:42,437 --> 00:17:44,773 Kita boleh main charade atau poker. 273 00:17:44,856 --> 00:17:47,901 Saya tiada hati untuk buat semua itu sekarang. 274 00:17:47,984 --> 00:17:49,027 Tidurlah. 275 00:17:50,070 --> 00:17:52,989 Fikiran kita lebih jelas sepanjang tengah malam hingga subuh. 276 00:17:53,073 --> 00:17:56,118 Kami sentiasa ada di sini untuk sokong awak. 277 00:17:57,369 --> 00:17:58,453 Selama-lamanya? 278 00:17:59,204 --> 00:18:00,831 Kami boleh aturkannya. 279 00:19:48,355 --> 00:19:49,189 Ya. 280 00:19:51,191 --> 00:19:53,443 Apa khabar Maddie dan budak-budak itu? 281 00:19:54,277 --> 00:19:56,071 Mereka perlukan sedikit masa. 282 00:19:56,154 --> 00:19:57,447 Ya, Annie pun. 283 00:19:58,573 --> 00:19:59,491 Ayuh. 284 00:20:04,579 --> 00:20:06,289 Annie ada cakap apa-apa? 285 00:20:08,208 --> 00:20:12,003 Ya, dia rasa bersalah. 286 00:20:12,087 --> 00:20:13,672 Semua ini salah mereka. 287 00:20:13,755 --> 00:20:19,302 Saya rasa dia cuma kecewa kerana gagal bantu budak-budak itu. 288 00:20:20,053 --> 00:20:22,722 Saya tak berniat nak buat awak marah. 289 00:20:22,806 --> 00:20:24,891 Saya cuma fikir awak patut tahu. 290 00:20:24,975 --> 00:20:28,687 Tak, saya okey. Terima kasih kerana beritahu saya. 291 00:20:28,770 --> 00:20:33,066 Kita sama-sama akan jaga Annie, okey? Walau apa pun status kita. 292 00:20:34,609 --> 00:20:38,738 Jadi, apa status kita sebenarnya? 293 00:20:38,822 --> 00:20:41,658 Oh, Tuhan. Ronnie Sullivan. 294 00:20:41,741 --> 00:20:44,411 Saya tak nak cakap tentang itu malam ini, 295 00:20:44,494 --> 00:20:47,706 pagi ini atau bila-bila masa sajalah. 296 00:20:48,623 --> 00:20:53,086 Awak takut akan bayang-bayang sendiri dan bayang-bayang tak sepanjang badan. 297 00:20:53,169 --> 00:20:56,256 Apa kata saya tinggal di sini untuk bantu awak 298 00:20:56,339 --> 00:20:59,509 tanpa langgar apa-apa peraturan awak? 299 00:21:02,012 --> 00:21:06,391 Lagipun, saya dan Annie belum habis baca buku itu 300 00:21:06,474 --> 00:21:10,145 dan saya nak pastikan yang Lizzie Bennet buat pilihan tepat. 301 00:21:17,027 --> 00:21:20,530 Nana pinjamkan pen seni khasnya dan periksa ejaan saya. 302 00:21:21,656 --> 00:21:25,827 Dia faham selepas kami ubah perkataan "pulih" untuk "sembuh". 303 00:21:25,910 --> 00:21:27,871 Wah, cantiknya kad-kad ini. 304 00:21:27,954 --> 00:21:30,749 Terima kasih. Abang-abang kamu pasti suka. 305 00:21:31,291 --> 00:21:32,584 Ini pula untuk ibu. 306 00:21:33,376 --> 00:21:36,254 Terima kasih, tapi ibu baik-baik saja, sayang. 307 00:21:36,796 --> 00:21:39,966 Tak, ibu sedih dan saya tak nak ibu bersedih. 308 00:21:42,594 --> 00:21:45,305 Walaupun sekali-sekala, kita boleh bersedih. 309 00:21:47,349 --> 00:21:48,224 Sayang. 310 00:21:48,850 --> 00:21:50,060 Boleh saya jumpa Ty? 311 00:21:51,227 --> 00:21:56,107 Ya, tapi jangan buat bising. Kalau dia tidur, jangan kejutkan dia. 312 00:21:56,191 --> 00:21:57,067 - Okey. - Okey. 313 00:22:01,279 --> 00:22:04,282 Apa istimewanya saya dikurniakan anak sebaik dia? 314 00:22:06,368 --> 00:22:08,995 Itulah soalan yang ibu tanya setiap hari. 315 00:22:12,415 --> 00:22:14,751 Saya patut tahu semua ini akan berlaku. 316 00:22:15,585 --> 00:22:18,463 Ibu tak nak dengar kamu cakap begitu lagi. 317 00:22:19,172 --> 00:22:20,924 Apatah lagi pada hari Ahad? 318 00:22:21,758 --> 00:22:27,347 Ibu misali pun tak mampu lindungi anaknya daripada semua kecelakaan. 319 00:22:28,390 --> 00:22:32,394 Dia cuma boleh teman dan bantu anaknya lawan kesakitan itu. 320 00:22:34,020 --> 00:22:34,979 Ibu sentiasa ada 321 00:22:35,897 --> 00:22:37,941 di sisi saya. 322 00:23:16,396 --> 00:23:19,607 Nampaknya, ramai yang melawat Kyle pagi ini. 323 00:23:19,691 --> 00:23:22,902 Ya, saya cuma singgah sebelum pergi ke gereja. 324 00:23:23,695 --> 00:23:25,947 Saya belum bersedia untuk ke gereja. 325 00:23:26,030 --> 00:23:29,576 Untuk layan hujan pertanyaan dan perangai orang di gereja? 326 00:23:29,659 --> 00:23:30,493 Jangan risau. 327 00:23:30,577 --> 00:23:33,288 Saya akan pergi, sebar berita baik 328 00:23:33,371 --> 00:23:36,749 dan kawal jumlah kaserol yang bakal membanjiri rumah awak. 329 00:23:36,833 --> 00:23:37,709 Terima kasih. 330 00:23:38,209 --> 00:23:39,919 - Saya masuk dulu. - Okey. 331 00:23:44,716 --> 00:23:45,550 Awak okey? 332 00:23:45,633 --> 00:23:47,969 Maaf, saya yang patut tanya soalan itu. 333 00:23:48,052 --> 00:23:51,681 Perbualan awak dan Howie nampak serius. 334 00:23:51,764 --> 00:23:56,728 Saya cuma beritahu dia kita bertuah kerana ada dia sebagai doktor dan kawan. 335 00:23:59,606 --> 00:24:01,733 Apa kata awak masuk dan jumpa Kyle? 336 00:24:02,233 --> 00:24:03,943 Saya akan berdoa sepenuh hati 337 00:24:04,652 --> 00:24:07,280 dan singgah lagi untuk lawat dia, 338 00:24:08,781 --> 00:24:11,534 awak dan juga Ty. 339 00:24:13,036 --> 00:24:15,997 - Terima kasih untuk segala-galanya. - Sama-sama. 340 00:25:09,968 --> 00:25:10,885 Selamat pagi! 341 00:25:11,678 --> 00:25:16,182 Awak tak perlu malu untuk ulang-alik atau beritahu saya awak dah sampai. 342 00:25:16,266 --> 00:25:17,308 Biar saya tolong. 343 00:25:17,392 --> 00:25:20,770 Saya patut telefon dan minta bantuan daripada staf awak. 344 00:25:20,853 --> 00:25:23,731 Mereka tidur lewat malam atau awal pagi tadi, 345 00:25:23,815 --> 00:25:25,817 jadi saya benarkan mereka lewat. 346 00:25:25,900 --> 00:25:27,026 Semua orang okey? 347 00:25:27,777 --> 00:25:31,114 Tak, tapi dengan rahmat Tuhan, mereka akan okey. 348 00:25:31,197 --> 00:25:35,868 Saya tak nak fikir tentang itu sekarang dan fikir tentang perkara lain. 349 00:25:35,952 --> 00:25:39,247 Jadi, apa kata awak tunjuk apa yang awak bawa? 350 00:25:39,330 --> 00:25:40,665 Semua yang awak minta. 351 00:25:44,919 --> 00:25:46,254 Saya suka yang rangup. 352 00:25:46,879 --> 00:25:49,757 Paling penting, rasanya manis. 353 00:25:58,016 --> 00:25:59,058 Selamat pagi! 354 00:25:59,142 --> 00:26:01,728 - Selamat pagi! - Kami tak nak mengganggu. 355 00:26:01,811 --> 00:26:04,230 - Kamu boleh kembali ke dapur. - Yakah? 356 00:26:04,314 --> 00:26:06,482 Selamat pagi, cef. Maaf, Jeremy. 357 00:26:06,566 --> 00:26:10,695 Mereka boleh masuk dan awak terpaksa pergi atau kerja saya takkan siap. 358 00:26:10,778 --> 00:26:12,780 Saya ingat kita sedang bekerja, 359 00:26:13,990 --> 00:26:16,659 tapi ini dapur awak, peraturan awak. 360 00:26:17,535 --> 00:26:19,370 - Tuan-tuan. - Jeremy. 361 00:26:21,039 --> 00:26:23,416 Kami tak sangka akan jumpa awak di sini. 362 00:26:23,499 --> 00:26:24,876 Ronnie teman Annie. 363 00:26:24,959 --> 00:26:29,213 Dia bangun lambat dan adakalanya tidur ialah ubat paling mujarab, jadi… 364 00:26:31,341 --> 00:26:33,217 Kamu nak sengih sehari suntuk? 365 00:26:33,843 --> 00:26:35,470 Mungkin hingga tengah hari. 366 00:26:35,970 --> 00:26:38,306 Biar betul? Hingga makan malam. 367 00:26:39,766 --> 00:26:43,311 Baiklah, kamu boleh sengih puas-puasnya. 368 00:26:43,394 --> 00:26:45,313 Sebab ia berbaloi. 369 00:26:45,897 --> 00:26:49,067 Orang yang pertama ejek saya akan sental pemanggang guna berus gigi. 370 00:26:50,068 --> 00:26:51,611 Mungkin ia berbaloi. 371 00:26:54,155 --> 00:26:55,281 Terima kasih untuk kad ini. 372 00:26:55,365 --> 00:26:58,076 Saya akan buat setiap hari sehingga awak balik. 373 00:26:58,910 --> 00:27:01,871 - Bila dia akan dibenarkan balik? - Entahlah. 374 00:27:02,997 --> 00:27:06,793 Kyle, ayah boleh faham kejadian yang berlaku malam tadi, 375 00:27:06,876 --> 00:27:09,379 tapi sejujurnya ayah tak faham puncanya. 376 00:27:09,462 --> 00:27:11,172 Ibu kata kita boleh cakap nanti. 377 00:27:11,798 --> 00:27:13,591 Kaki saya sakit. Bila waktu makan ubat? 378 00:27:15,009 --> 00:27:16,969 Selamat pagi. Boleh saya masuk? 379 00:27:17,053 --> 00:27:19,097 Pastor June, gembira jumpa awak! 380 00:27:19,180 --> 00:27:20,390 Terima kasih datang. 381 00:27:20,473 --> 00:27:22,850 Biar saya ambil bunga ini. Terima kasih! 382 00:27:23,434 --> 00:27:26,062 Maaf, kami tak datang ke gereja pagi ini. 383 00:27:26,145 --> 00:27:28,648 Awak terpaksa jenguk dia di hospital. 384 00:27:28,731 --> 00:27:33,403 Apabila orang tak dapat berdoa di gereja, saya akan datang mendoakan mereka. 385 00:27:33,486 --> 00:27:34,862 Selamat pagi, Kyle. 386 00:27:34,946 --> 00:27:37,740 Helen cerita hal yang menimpa kamu adik-beradik. 387 00:27:37,824 --> 00:27:41,202 Sebab itu saya datang. Seisi keluarga kamu ada di sini. 388 00:27:41,285 --> 00:27:43,830 Kami nak mereka sembuh sepenuhnya. 389 00:27:44,580 --> 00:27:46,708 Awak tak perlu datang jumpa saya. 390 00:27:46,791 --> 00:27:52,046 Kyle, saya datang hospital setiap Ahad untuk ziarah ahli kariah Prince of Peace. 391 00:27:52,130 --> 00:27:56,008 Gladys McLean dibedah Jumaat lalu, jadi saya nak ziarah dia. 392 00:27:56,092 --> 00:27:59,220 Saya fikir awak datang untuk berceramah kepada saya. 393 00:27:59,303 --> 00:28:00,596 Kyle. 394 00:28:00,680 --> 00:28:03,683 Saya harap kamu dah tahu tentang "ceramah" itu. 395 00:28:03,766 --> 00:28:04,892 Saya tahu! 396 00:28:05,727 --> 00:28:07,937 Mungkin ujian yang lebih besar 397 00:28:08,020 --> 00:28:11,899 ialah memaafkan diri sendiri atau orang lain. 398 00:28:13,401 --> 00:28:16,237 - Kita patut saling bermaafan. - Tak semudah itu. 399 00:28:16,904 --> 00:28:17,989 Ia mudah, bukan? 400 00:28:18,072 --> 00:28:21,993 Apa kata kita berfikir sejenak sebagai sebuah keluarga, 401 00:28:22,493 --> 00:28:27,832 lupakan semua persengketaan, dendam dan amarah kita 402 00:28:28,416 --> 00:28:32,670 dan buka pintu hati kita untuk memaafkan satu sama lain? 403 00:28:48,728 --> 00:28:50,229 Maddie, apa halnya? 404 00:28:51,939 --> 00:28:53,441 Jangan ganggu saya, Bill. 405 00:28:54,650 --> 00:28:56,235 Itu bukan jawapannya. 406 00:28:56,319 --> 00:28:57,862 Sebab saya tiada jawapan. 407 00:28:59,030 --> 00:29:01,491 Bagaimana kalau saya enggan maafkan awak? 408 00:29:02,450 --> 00:29:04,660 Kita patut fokus kepada mereka. 409 00:29:04,744 --> 00:29:07,205 Saya memang fokus kepada mereka 410 00:29:07,288 --> 00:29:12,502 dan setiap kali saya cuba bertahan apabila keadaan mula goyah… 411 00:29:14,337 --> 00:29:17,256 Mungkin Tuhan boleh maafkan awak, tapi bukan saya. 412 00:29:17,340 --> 00:29:20,760 Mungkin saya terpaksa maafkan awak satu hari nanti, 413 00:29:20,843 --> 00:29:25,848 tapi buat masa sekarang, saya nak awak faham 414 00:29:26,808 --> 00:29:29,811 yang saya takkan terima awak semula. 415 00:29:30,603 --> 00:29:31,521 Kita dah putus. 416 00:29:32,980 --> 00:29:33,815 Habis. 417 00:29:34,315 --> 00:29:35,274 Tamat. 418 00:30:04,136 --> 00:30:05,555 Saya patut teman awak. 419 00:30:05,638 --> 00:30:06,514 Tak mengapa. 420 00:30:07,390 --> 00:30:09,559 Saya kesal ia berakhir begitu. 421 00:30:11,185 --> 00:30:13,521 - Saya seronok sebelum itu. - Saya pun. 422 00:30:15,398 --> 00:30:18,025 Saya tak nak pergi ke Washington secepat ini, 423 00:30:18,109 --> 00:30:20,945 tapi latihan amali sepupu saya mula dulu dan… 424 00:30:21,028 --> 00:30:23,406 Jangan minta maaf. Saya tumpang gembira! 425 00:30:23,906 --> 00:30:28,911 Latihan amali di Capitol Hill mengujakan! Awak akan belajar dan berseronok. 426 00:30:29,495 --> 00:30:31,497 - Saya akan rindu awak. - Taklah. 427 00:30:32,206 --> 00:30:35,626 Mesej saya bila-bila masa saja sesuatu yang hebat berlaku. 428 00:30:35,710 --> 00:30:36,544 Janji? 429 00:30:38,796 --> 00:30:39,839 Saya janji. 430 00:30:51,183 --> 00:30:53,686 Baguslah awak datang! 431 00:30:55,229 --> 00:30:57,982 Saya gembira awak datang, Cal. 432 00:30:59,233 --> 00:31:03,029 Oh, saya yakin ada orang lain yang turut gembira jumpa awak. 433 00:31:12,079 --> 00:31:15,833 Saya tak sangka pula yang awak pun pandai masak kaserol. 434 00:31:15,917 --> 00:31:16,834 Sebenarnya… 435 00:31:18,961 --> 00:31:20,671 Adakah saya tersilap pandang 436 00:31:21,339 --> 00:31:24,175 atau itu piza Wharton yang dipotong empat segi? 437 00:31:24,842 --> 00:31:26,510 Kalau tidak, ia tak muat. 438 00:31:26,594 --> 00:31:28,346 Peperoni lebih? 439 00:31:28,429 --> 00:31:31,682 Saya yakin jalan ke syurga diturap dengan peperoni. 440 00:31:32,266 --> 00:31:36,938 Trotter dan Harlan beritahu budaya di Selatan ialah bawa kaserol, 441 00:31:37,021 --> 00:31:41,734 tapi saya fikir mungkin Katie nak sesuatu selain lof daging dan ayam divan. 442 00:31:42,318 --> 00:31:43,527 Mata tambahan. 443 00:31:43,611 --> 00:31:48,824 Biar saya panggil Katie sementara kamu berdua berbual. 444 00:31:54,205 --> 00:31:55,247 Ty ada di atas. 445 00:31:57,124 --> 00:31:58,167 Dia okey? 446 00:31:59,293 --> 00:32:02,630 Dia cuba terima hakikat yang dia tak boleh bertanding. 447 00:32:03,881 --> 00:32:05,216 Ya, dia tentu kecewa. 448 00:32:08,511 --> 00:32:11,263 Awak boleh naik jumpa dia. 449 00:32:11,347 --> 00:32:15,977 Dia asyik terperuk di bilik sekarang, tapi mungkin piza boleh pujuk dia. 450 00:32:18,145 --> 00:32:19,897 Saya nak cakap dengan dia, 451 00:32:21,148 --> 00:32:23,776 tapi saya nak tanya khabar awak dulu. 452 00:32:23,859 --> 00:32:27,989 Maksud saya sebagai kawan, kalau itu status kita sekarang. 453 00:32:30,366 --> 00:32:31,200 Okey. 454 00:32:34,286 --> 00:32:37,873 Saya tak patut mengamuk tentang pencari bakat itu. 455 00:32:38,541 --> 00:32:40,793 Tolonglah, bukan itu maksud saya. 456 00:32:40,876 --> 00:32:46,924 Ya, saya tahu awak tak nak saya minta maaf, 457 00:32:47,008 --> 00:32:48,843 walaupun saya patut minta maaf. 458 00:32:49,677 --> 00:32:52,722 - Saya patut lebih tenang. - Tak, saya faham. 459 00:32:55,433 --> 00:32:56,600 Macam inilah. 460 00:32:58,185 --> 00:33:03,566 Awak banyak mengingatkan saya tentang kesilapan Bill tanpa awak sedar 461 00:33:03,649 --> 00:33:07,153 dan saya patut lebih faham atau sabar. 462 00:33:08,320 --> 00:33:11,282 Saya patut lebih memahami. 463 00:33:15,703 --> 00:33:17,413 Awak risau akan anak awak. 464 00:33:18,414 --> 00:33:19,415 Saya hormatinya. 465 00:33:21,709 --> 00:33:24,837 Perjalanan kami sekeluarga masih panjang. 466 00:33:26,505 --> 00:33:31,260 Saya pasti senang dengan kehadiran awak di sisi kami, 467 00:33:32,261 --> 00:33:33,804 kalau awak masih berminat. 468 00:33:35,514 --> 00:33:38,142 Saya dah pun bayangkan keseronokannya. 469 00:33:54,533 --> 00:33:58,079 Awak tahu apa kelebihan saya sebagai seorang guru? 470 00:33:59,163 --> 00:34:00,998 Awak boleh ajar saya sesuatu? 471 00:34:01,499 --> 00:34:02,833 Semestinya. 472 00:34:02,917 --> 00:34:07,671 Saya ada buat senarai dan teruja kerana dapat luang musim panas kali ini 473 00:34:07,755 --> 00:34:11,717 untuk fokus kepada minat saya, termasuklah awak. 474 00:34:12,676 --> 00:34:13,511 Terima kasih. 475 00:34:15,930 --> 00:34:17,431 Selain daripada itu? 476 00:34:17,515 --> 00:34:20,434 Saya boleh bantu awak di spa dan jaga anak-anak. 477 00:34:20,518 --> 00:34:24,772 Ibu awak sangat berdikari, jadi dia tiada dalam senarai itu. 478 00:34:24,855 --> 00:34:26,982 Terima kasih banyak. Saya hargainya. 479 00:34:28,067 --> 00:34:32,071 Saya gembira kita dapat luang lebih banyak masa bersama, 480 00:34:32,738 --> 00:34:34,865 tapi saya tiada cuti musim panas. 481 00:34:34,949 --> 00:34:36,408 Betul cakap awak. 482 00:34:37,535 --> 00:34:42,748 Maafkan saya. Sebenarnya, saya tak pernah cuti pada musim panas. 483 00:34:42,832 --> 00:34:45,417 Saya akan cuba buat sesuatu yang bermanfaat. 484 00:34:45,501 --> 00:34:47,962 Tak, bukan itu maksud saya. 485 00:34:49,421 --> 00:34:52,258 Jangan buat demi saya, tapi diri awak sendiri. 486 00:34:52,341 --> 00:34:54,135 Saya buat demi kita berdua. 487 00:35:00,766 --> 00:35:02,351 Kemaskan diri kamu. 488 00:35:02,434 --> 00:35:06,647 Ibu nak buka pintu. Entah siapa agaknya yang datang. 489 00:35:15,239 --> 00:35:18,951 Syukurlah ada orang yang tak sakit di rumah ini. 490 00:35:22,872 --> 00:35:26,250 Baguslah kamu berdua dah berbaik. 491 00:35:26,333 --> 00:35:28,294 Helen, apa di dalam kaserol awak? 492 00:35:29,545 --> 00:35:31,505 - Bar lemon Mama Decatur. - Kegemaran saya! 493 00:35:31,589 --> 00:35:33,841 Ini kaserol saya untuk situasi begini. 494 00:35:33,924 --> 00:35:36,093 Ibu saya pesan supaya bawa desert 495 00:35:36,177 --> 00:35:39,555 kerana semua orang bawa makanan kenyang dan sayur-sayuran. 496 00:35:39,638 --> 00:35:40,931 Atau piza! 497 00:35:41,015 --> 00:35:42,224 Siapa bawa… 498 00:35:45,603 --> 00:35:50,733 Dia juga percaya desert ialah pengubat jiwa paling mustajab. 499 00:35:50,816 --> 00:35:53,402 Ibu-ibu tahu semuanya. 500 00:35:59,909 --> 00:36:01,827 SPA CORNER 501 00:36:02,703 --> 00:36:05,372 Saya dengar Kyle mungkin lumpuh. Betulkah? 502 00:36:05,456 --> 00:36:09,168 Saya yakin kamu tanya atas dasar prihatin dan ambil berat. 503 00:36:09,251 --> 00:36:12,379 Saya akan sampaikan salam kamu kepada Maddie sekeluarga. 504 00:36:12,463 --> 00:36:13,881 Selamat bersenam! 505 00:36:15,466 --> 00:36:16,342 Terima kasih! 506 00:36:21,096 --> 00:36:24,850 Helen, tolong selamatkan saya daripada kaki-kaki gosip ini! 507 00:36:24,934 --> 00:36:28,687 Awak dikerumuni oleh kaki gosip dan desas-desus orang? 508 00:36:28,771 --> 00:36:29,730 Ya. 509 00:36:30,397 --> 00:36:35,736 Saya terfikir nak letak tanda di sini, "Maddie perlukan doa, bukan umpatan anda." 510 00:36:35,819 --> 00:36:39,865 Saya tak mampu bayangkan betapa pantasnya gosip ini tersebar. 511 00:36:39,949 --> 00:36:41,867 Kalau saya tak peduli tentang Maddie dan anak-anak dia, 512 00:36:41,951 --> 00:36:46,747 saya pasti kagum dengan kepantasan mereka dalam menyebarkan berita malam tadi. 513 00:36:46,830 --> 00:36:51,794 Mereka patut sedar yang lembu dogol jangan dibalun. 514 00:36:51,877 --> 00:36:55,923 Awas! Ada sekawan lembu sedang berjalan ke studio yoga. 515 00:36:56,006 --> 00:36:58,550 Terima kasih beritahu, tapi saya nak keluar. 516 00:37:00,552 --> 00:37:03,472 Betulkah awak larat buat dua syif sekali lagi? 517 00:37:05,599 --> 00:37:08,018 Ia mula terasa macam syif biasa 518 00:37:08,102 --> 00:37:11,188 dan saya berbesar hati atas kepercayaan kamu bertiga. 519 00:37:11,272 --> 00:37:15,442 Saya akan buat apa-apa saja. Kamu cuma perlu cakap. 520 00:37:21,156 --> 00:37:22,616 Terima kasih, Trotter. 521 00:37:27,162 --> 00:37:30,291 Awak ada apa-apa soalan yang berkaitan dengan spa? 522 00:37:30,833 --> 00:37:32,835 - Hai, Helen! - Hei. 523 00:37:52,688 --> 00:37:53,897 Selamat tengah hari. 524 00:37:56,483 --> 00:37:58,902 Ibu ada masa untuk berbual sekarang? 525 00:38:00,404 --> 00:38:02,823 Taklah, saya okey. 526 00:38:04,867 --> 00:38:06,785 Suara saya sama macam biasa. 527 00:38:07,619 --> 00:38:11,248 Mungkin saya cuma terlalu rindu 528 00:38:12,541 --> 00:38:13,417 akan ibu. 529 00:38:17,755 --> 00:38:21,008 Kalau ibu begitu yakin yang suara saya berbeza, 530 00:38:21,091 --> 00:38:26,013 mungkin saya patut berhenti bercakap dan ibu boleh cerita tentang minggu ibu. 531 00:38:34,480 --> 00:38:35,314 Ya. 532 00:38:35,814 --> 00:38:40,611 Saya pun tak percaya akan orang yang bubuh kismis dalam salad kentang. 533 00:38:40,694 --> 00:38:42,905 BULLDOGS MARA KE PERINGKAT NEGERI 534 00:38:47,618 --> 00:38:49,244 Saya dah bangun, Dr. Ahmed. 535 00:38:54,708 --> 00:38:56,919 Nellie! Hei. 536 00:38:57,002 --> 00:39:00,172 Saya cuma nak pastikan awak bersendirian. 537 00:39:00,255 --> 00:39:01,507 Bolehkah saya datang? 538 00:39:02,299 --> 00:39:03,592 Entahlah. Bolehkah? 539 00:39:04,802 --> 00:39:05,803 Awak okey? 540 00:39:07,888 --> 00:39:11,266 - Okey berbanding awak. - Ya, bagus. 541 00:39:12,226 --> 00:39:15,062 Syukurlah kecederaan awak tak seteruk saya. 542 00:39:16,897 --> 00:39:18,982 Ibu bapa saya tak nak cakap apa-apa 543 00:39:19,066 --> 00:39:22,152 dan orang di gereja cakap bukan-bukan, 544 00:39:22,653 --> 00:39:25,364 jadi saya nak tengok sendiri keadaan awak. 545 00:39:25,447 --> 00:39:29,743 Saya mesti balik sebelum ibu bapa saya selesai makan dengan Cleggs, 546 00:39:29,827 --> 00:39:32,413 jadi saya tak boleh lama. 547 00:39:34,081 --> 00:39:35,916 Ini buah tangan untuk awak. 548 00:39:37,835 --> 00:39:39,795 Nah, bukalah. 549 00:39:45,509 --> 00:39:47,928 Itu buku Ghost: In the Smoke and Din. 550 00:39:48,011 --> 00:39:50,514 Ia tentang pembunuh yang lupa identitinya, 551 00:39:50,597 --> 00:39:55,144 tapi sangat handal jadi halimunan sehingga dia mula percaya dirinya hantu 552 00:39:55,227 --> 00:39:58,313 dan sesetengah orang saja yang boleh nampak dia. 553 00:39:58,397 --> 00:40:01,400 Saya harap awak suka. 554 00:40:01,483 --> 00:40:04,278 Menarik bunyinya. Terima kasih. 555 00:40:04,862 --> 00:40:05,988 Tak mengapa, Kyle. 556 00:40:06,071 --> 00:40:09,199 Tak, Nellie. Sayalah punca semua ini berlaku. 557 00:40:09,283 --> 00:40:11,994 - Saya cuma nak tolong awak. - Saya hargainya. 558 00:40:12,077 --> 00:40:13,871 Apabila difikirkan semula, saya boleh… 559 00:40:16,832 --> 00:40:18,041 membahayakan awak. 560 00:40:18,625 --> 00:40:19,793 Tapi saya selamat 561 00:40:20,711 --> 00:40:24,923 dan saya cuma nak awak tahu yang saya tak marah. 562 00:40:26,633 --> 00:40:27,926 Ibu bapa saya marah, 563 00:40:29,511 --> 00:40:32,222 tapi saya okey. 564 00:40:33,765 --> 00:40:34,975 Saya maafkan awak. 565 00:40:43,775 --> 00:40:44,985 Semoga cepat sembuh. 566 00:40:57,331 --> 00:41:01,084 Isaac, boleh perap paha kambing itu sementara saya siang ikan? 567 00:41:01,168 --> 00:41:02,920 - Baiklah. - Helo. 568 00:41:03,003 --> 00:41:04,963 - Selamat siang. - Selamat siang. 569 00:41:05,047 --> 00:41:07,466 Cef balik jenguk Annie. Dia akan sampai sekejap lagi. 570 00:41:07,549 --> 00:41:08,675 Okey, terima kasih. 571 00:41:10,552 --> 00:41:11,637 Terima kasih datang. 572 00:41:13,222 --> 00:41:16,600 - Awak tak perlu bantu kami. - Saya baru hubungi ibu saya. 573 00:41:16,683 --> 00:41:20,103 Sekarang, saya rasa nak masak sesuatu yang enak, 574 00:41:20,187 --> 00:41:22,898 jadi beri saya tugas, cef! 575 00:41:22,981 --> 00:41:25,859 Saya buat tart kacang pekan semalam kerana rindu nenek saya. 576 00:41:26,610 --> 00:41:28,570 Apabila masak resipi nenek saya, 577 00:41:28,654 --> 00:41:31,740 dia seolah-olah menjelma di sebelah saya 578 00:41:31,823 --> 00:41:34,201 dan berleter yang rempah saya tak cukup. 579 00:41:34,993 --> 00:41:37,371 Saya rasa awak tiada isu itu. 580 00:41:41,041 --> 00:41:44,920 Ada apa-apa saya boleh bantu? Atau ibu awak dah selesaikannya? 581 00:41:48,799 --> 00:41:50,801 Saya okey, buat masa ini, 582 00:41:51,468 --> 00:41:55,556 tapi saya gembira kerana tahu saya boleh harapkan awak 583 00:41:55,639 --> 00:41:58,976 kalau saya ada apa-apa masalah. 584 00:42:01,019 --> 00:42:02,271 Jangan malu-malu. 585 00:42:06,650 --> 00:42:08,360 Okey, apa kita nak masak? 586 00:42:23,917 --> 00:42:29,548 CECE SAYA HARAP SEMUA OKEY. BOLEH KITA JUMPA? 587 00:42:29,631 --> 00:42:32,843 APA KATA ESOK SAJA? 588 00:43:12,549 --> 00:43:15,969 - Minum! - Semoga Tuhan merahmati kita semua. 589 00:43:16,053 --> 00:43:18,555 Bagaimana keadaan Ty? 590 00:43:18,639 --> 00:43:22,643 Dia masih cuba terima hakikat yang dia tak boleh ke Peringkat Negeri. 591 00:43:23,143 --> 00:43:24,019 Kyle pula? 592 00:43:25,312 --> 00:43:29,149 Dia masih cuba terima hakikat yang keadaan boleh jadi lebih teruk. 593 00:43:29,775 --> 00:43:31,693 - Amin. - Saya masih cuba hadam semuanya. 594 00:43:31,777 --> 00:43:33,195 Saya bingung! 595 00:43:33,278 --> 00:43:36,531 Tambahan pula, kalau Trent dan Mary Vaughn saman kami… 596 00:43:36,615 --> 00:43:40,494 Awak tak perlu risau tentang itu. Saya akan uruskan Trent. 597 00:43:40,577 --> 00:43:43,705 Itu pun kalau dia boleh buktikan semua dakwaan dia. 598 00:43:43,789 --> 00:43:46,083 Terima kasih. Lega saya mendengarnya. 599 00:43:46,625 --> 00:43:50,921 Kemudian, Dr. Ahmed hubungi saya dan kata Kyle akan pulang berkerusi roda. 600 00:43:51,797 --> 00:43:54,383 Sebab belakang dan lututnya cedera. 601 00:43:54,466 --> 00:43:58,345 Awak perlukan tanjakan? Skeeter boleh hantar sekarang juga. 602 00:43:58,428 --> 00:43:59,805 Saya akan jumpa dia 603 00:43:59,888 --> 00:44:03,725 selepas bincang dengan Pengetua Puckett tentang tindakan saya dan Ty… 604 00:44:03,809 --> 00:44:06,895 Oh, cukuplah. Tolong tutup mulut saya! 605 00:44:06,978 --> 00:44:10,065 Apa khabar kamu? Saya nak dengar khabar kamu pula. 606 00:44:10,148 --> 00:44:15,654 Baiklah, Isaac Downey nak saya jadi ibu dia. 607 00:44:15,737 --> 00:44:16,571 - Apa? - Apa? 608 00:44:16,655 --> 00:44:20,909 Semalam, sebelum kemalangan itu, dia beritahu saya yang dia anak angkat, 609 00:44:20,992 --> 00:44:24,204 dia sedang jejak ibu kandungnya dan syak saya ibu dia! 610 00:44:24,287 --> 00:44:27,332 - Kenapa? Jangan tersinggung. - Dia ada cita rasa. 611 00:44:27,416 --> 00:44:30,877 Dia cuma tahu yang ibu kandungnya berasal dari Serenity, 612 00:44:30,961 --> 00:44:34,548 jadi saya dah janji kita akan bantu dia cari ibu kandungnya. 613 00:44:34,631 --> 00:44:36,800 Boleh saja. Berapa umur dia? 614 00:44:36,883 --> 00:44:38,218 Dua puluh dua tahun. 615 00:44:38,301 --> 00:44:41,138 Saya cuba ingat pasangan yang bercerai waktu itu. 616 00:44:41,638 --> 00:44:44,850 Mungkin ia bukan hubungan sulit dan dia ibu tunggal. 617 00:44:44,933 --> 00:44:48,395 Puas saya fikir, tapi seorang pun tak terlintas di fikiran. 618 00:44:48,478 --> 00:44:51,273 Orang Serenity pun pandai makan, pandai simpan. 619 00:44:51,356 --> 00:44:52,858 Kita boleh koreknya. 620 00:44:53,817 --> 00:44:55,902 Saya nak sangat tolong dia. 621 00:44:55,986 --> 00:44:59,656 Dia seorang anak muda yang baik. 622 00:44:59,740 --> 00:45:02,200 Saya pasti bergelut tanpa dia dan Erik. 623 00:45:02,284 --> 00:45:04,202 Bagaimana Erik tahu dan datang ke hospital? 624 00:45:04,286 --> 00:45:06,329 - Kami bersama semasa awak telefon. - Oh! 625 00:45:06,413 --> 00:45:08,081 Oh, tolonglah! 626 00:45:08,165 --> 00:45:10,917 Dia datang bawa brownie kerana seseorang 627 00:45:12,753 --> 00:45:14,713 beritahu dia yang Ryan dah pergi. 628 00:45:14,796 --> 00:45:20,677 Saya pernah dengar orang beri coklat, tapi brownie jauh lebih memikat. 629 00:45:20,761 --> 00:45:23,555 Niat dia baik! Dia cuba jadi kawan yang baik. 630 00:45:23,638 --> 00:45:27,684 Jangan jadi telangkai saya hanya kerana kamu berdua ada teman lelaki. 631 00:45:27,768 --> 00:45:29,436 Apa maksud awak sebenarnya? 632 00:45:29,519 --> 00:45:31,521 Saya maksudkan awak dan Cal. 633 00:45:31,605 --> 00:45:34,357 Saya maksudkan dia dan teman-teman istimewanya. 634 00:45:34,441 --> 00:45:40,655 Okey. Jadi, pasangan dua sejoli Serenity dah berbaik? 635 00:45:40,739 --> 00:45:43,784 Saya ingat gelaran itu untuk awak dan Jeremy? 636 00:45:43,867 --> 00:45:45,619 Atau mungkin awak dan Ronnie? 637 00:45:45,702 --> 00:45:51,124 Tak, hubungan saya dan Ronnie praktikal, 638 00:45:51,208 --> 00:45:56,171 hubungan saya dan Jeremy mungkin kurang praktikal. 639 00:45:56,963 --> 00:46:01,635 Saya tak tahu. Saya mesti buat pilihan, tapi entahlah. 640 00:46:01,718 --> 00:46:06,139 Saya senang dengan kehadiran Ronnie 641 00:46:07,516 --> 00:46:09,267 untuk bantu Annie… 642 00:46:09,351 --> 00:46:12,813 Apa khabar Annie? Dia pasti terkesan dengan semua ini. 643 00:46:12,896 --> 00:46:14,815 Ya. 644 00:46:16,525 --> 00:46:17,776 Dana Sue? 645 00:46:17,859 --> 00:46:20,403 Boleh kita cakap tentang hal lain malam ini? 646 00:46:21,112 --> 00:46:24,491 Nampaknya, kita terpaksa cakap. 647 00:46:24,991 --> 00:46:28,870 Tak, sebab itu saja yang bermain di fikiran saya. 648 00:46:30,288 --> 00:46:34,334 Setiap kali pejam mata atau berkedip, saya asyik terbayangkan, 649 00:46:35,043 --> 00:46:38,046 boleh jadi anak saya yang naik kereta itu. 650 00:46:38,129 --> 00:46:40,966 - Saya tak tergamak nak cakap… - Awak baru cakap. 651 00:46:42,050 --> 00:46:45,762 Sejujurnya, saya tak nak mengeruhkan lagi keadaan, 652 00:46:45,846 --> 00:46:49,266 tapi dia satu-satunya anak saya. 653 00:46:49,349 --> 00:46:50,934 Dia seorang saja. 654 00:46:51,017 --> 00:46:55,730 Dia dah lalui banyak perkara dan sentiasa ada untuk anak-anak awak. 655 00:46:55,814 --> 00:46:59,192 Jadi kenapa mesti orang yang setia, kawan yang setia, 656 00:46:59,276 --> 00:47:03,363 yang sepatutnya terima dan hadap semua musibat 657 00:47:03,446 --> 00:47:06,658 dan masih tersenyum sedangkan dia patut dihargai? 658 00:47:06,741 --> 00:47:10,120 Dia juga berhak disayangi 659 00:47:10,203 --> 00:47:13,373 kerana semua itu menjerihkan! 660 00:47:13,456 --> 00:47:15,709 - Dana Sue… - Tiada sesiapa pun faham! 661 00:47:15,792 --> 00:47:19,379 Dana Sue, kita perlu bincang. Kita tertekan kebelakangan ini… 662 00:47:19,462 --> 00:47:22,924 Saya nak balik dan luang masa bersama anak saya. 663 00:47:23,008 --> 00:47:24,926 Dana Sue, ia… 664 00:47:31,141 --> 00:47:32,601 Terkejut saya dibuatnya. 665 00:47:32,684 --> 00:47:35,353 Bila kali terakhir seseorang tinggalkan Malam Margarita? 666 00:47:35,437 --> 00:47:37,939 - Dah lama. - Patutkah saya kejar dia? 667 00:47:38,023 --> 00:47:39,107 Tak usahlah. 668 00:47:41,651 --> 00:47:42,652 Maksud saya, 669 00:47:43,778 --> 00:47:47,157 Kyle takkan menyakiti sesiapa. 670 00:47:47,240 --> 00:47:49,910 Kami anak-beranak takkan menyakiti sesiapa. 671 00:47:49,993 --> 00:47:53,079 - Saya cuba bertahan… - Tarik nafas dan minum dulu. 672 00:47:54,122 --> 00:47:55,749 - Minum dengan saya. - Tak… 673 00:47:55,832 --> 00:47:57,584 Saya okey. 674 00:47:58,793 --> 00:48:01,963 - Maksud awak, saya salah? - Bukan… 675 00:48:08,178 --> 00:48:10,013 Maksud saya, saya hamil. 676 00:49:08,238 --> 00:49:12,158 Terjemahan sari kata oleh Saffura