1 00:00:08,258 --> 00:00:11,428 Hei, Preach, saya ada hal mahu uruskan. 2 00:00:11,511 --> 00:00:13,101 Tolong hubungi pekerja. 3 00:00:13,179 --> 00:00:16,059 Beritahu yang dapur dibuka hari ini. Okey? 4 00:00:16,516 --> 00:00:20,146 Saya mungkin masuk tengah hari. Terima kasih. Selamat tinggal. 5 00:00:32,991 --> 00:00:33,951 Hei. 6 00:00:35,994 --> 00:00:37,004 Tolong. 7 00:00:47,213 --> 00:00:48,093 Jack? 8 00:00:48,381 --> 00:00:50,471 Sepantas mana awak boleh ke klinik? 9 00:00:56,973 --> 00:00:57,933 Mel? 10 00:01:01,186 --> 00:01:02,186 Jack? 11 00:01:03,396 --> 00:01:04,806 - Hei. - Hei, ini Adrian. 12 00:01:04,898 --> 00:01:06,518 Lengan kanannya patah. 13 00:01:06,941 --> 00:01:09,861 Hei, Adrian. Saya Mel. Saya akan rawat awak. Okey? 14 00:01:10,737 --> 00:01:12,157 Berapa lama dia di sana? 15 00:01:12,238 --> 00:01:13,568 Katanya beberapa hari. 16 00:01:13,656 --> 00:01:15,736 Dia tidur dalam perjalanan ke sini. 17 00:01:16,117 --> 00:01:17,407 Dia di mana? 18 00:01:17,494 --> 00:01:20,164 Dia kata dia sesat dekat Pine Ridge. 19 00:01:20,455 --> 00:01:23,285 Dah telefon keluarganya. Mereka dalam perjalanan. 20 00:01:23,458 --> 00:01:25,128 Okey. Baiklah. 21 00:01:26,377 --> 00:01:27,457 Tak apa. 22 00:01:32,008 --> 00:01:36,388 Saya tak pasti tanpa X-ray, tapi saya rasa tangan kanan dia patah. 23 00:01:36,471 --> 00:01:38,391 Dia dehidrat teruk. Adrian. 24 00:01:38,890 --> 00:01:41,600 Saya akan ambil bekalan untuk mulakan IV. Okey? 25 00:01:49,567 --> 00:01:52,777 Apa awak buat di Pine Ridge awal pagi? 26 00:01:54,823 --> 00:01:55,953 Meronda-ronda. 27 00:01:56,491 --> 00:01:59,951 Awak meronda-ronda jam empat pagi dalam gelap? 28 00:02:00,370 --> 00:02:01,290 Ya. 29 00:02:02,080 --> 00:02:03,000 Benarkah, Jack? 30 00:02:04,916 --> 00:02:07,166 Saya dalam perjalanan bertemu Spencer. 31 00:02:08,086 --> 00:02:08,956 Apa? 32 00:02:09,045 --> 00:02:12,005 Semalam dia mahu beri keterangan menentang Calvin. 33 00:02:12,090 --> 00:02:13,930 Sekarang tak dapat hubungi dia. 34 00:02:14,259 --> 00:02:15,799 Awak perlu hubungi syerif. 35 00:02:15,885 --> 00:02:17,635 Calvin racun pelanggan saya. 36 00:02:17,720 --> 00:02:19,680 Sebab itu perlu hubungi syerif. 37 00:02:21,015 --> 00:02:22,805 Bila awak mahu berhenti, Jack? 38 00:02:23,309 --> 00:02:25,269 - Berhenti apa? - Pergi berperang. 39 00:02:26,020 --> 00:02:27,860 Saya berhenti bila ia berakhir. 40 00:02:29,107 --> 00:02:30,357 Saya pedulikan awak 41 00:02:31,693 --> 00:02:34,453 dan saya risau awak membahayakan diri. 42 00:02:37,282 --> 00:02:41,202 Boleh kita cakap waktu tengah hari nanti? 43 00:02:41,286 --> 00:02:42,196 Okey. 44 00:02:42,495 --> 00:02:44,325 Jumpa di bar tengah hari nanti. 45 00:02:44,414 --> 00:02:45,334 Okey. 46 00:02:51,462 --> 00:02:54,422 SIRI ASLI NETFLIX 47 00:03:01,764 --> 00:03:03,474 Nampaknya awak dah uruskan. 48 00:03:05,351 --> 00:03:08,231 Mel, saya… Saya akan telefon dari kereta. Okey. 49 00:03:08,605 --> 00:03:10,765 Saya sangka kita sarapan bersama. 50 00:03:10,857 --> 00:03:13,607 Maaf. Saya kesuntukan masa pagi ini. 51 00:03:13,985 --> 00:03:15,025 Vernon. 52 00:03:16,070 --> 00:03:18,360 Charmaine mahu pindah ke Oregon 53 00:03:18,740 --> 00:03:23,290 dan Jack mahu beli rumah untuk kembar itu sebab dia tak tahu. 54 00:03:23,369 --> 00:03:25,499 Kita dah bincang, Jack dah jelaskan. 55 00:03:25,580 --> 00:03:27,580 Awak tak boleh masuk campur. 56 00:03:27,665 --> 00:03:30,955 Macam mana saya mahu lihat Charmaine hancurkan hidup Jack 57 00:03:31,044 --> 00:03:33,214 sedangkan saya boleh buat sesuatu? 58 00:03:33,296 --> 00:03:37,796 Jack sedang atur semula segalanya supaya boleh jadi bapa aktif. 59 00:03:38,301 --> 00:03:39,641 Bayangkan perasaan dia 60 00:03:39,719 --> 00:03:42,219 apabila Charmaine rampas semuanya dari dia. 61 00:03:42,639 --> 00:03:44,809 Ya, itu agak sukar, bukan? 62 00:03:47,018 --> 00:03:50,268 Yang paling teruk ialah semua ini bukan salah saya. 63 00:03:50,355 --> 00:03:53,145 Saya penyaksi tak bersalah yang tak masuk campur 64 00:03:53,233 --> 00:03:55,243 dan Charmine beritahu kepada saya. 65 00:03:55,318 --> 00:03:57,898 - Tak penting salah siapa. - Salah dia. 66 00:03:57,987 --> 00:04:02,447 Isunya ialah ini maklumat yang Jack perlu tahu, 67 00:04:02,533 --> 00:04:04,953 tapi jika awak sampaikan, awak disalahkan. 68 00:04:05,036 --> 00:04:05,866 Tepat sekali. 69 00:04:05,954 --> 00:04:09,124 Apa awak perlu buat ialah cari penyampai lain. 70 00:04:09,207 --> 00:04:10,247 Itu membantu? 71 00:04:10,333 --> 00:04:14,173 Awak akan fikirkannya. Saya perlu kejar pesawat saya. 72 00:04:15,213 --> 00:04:16,303 Awak mahu ke mana? 73 00:04:16,381 --> 00:04:19,971 Saya ada persidangan perubatan di Seattle. 74 00:04:20,760 --> 00:04:23,550 - Awak tak suka perkara begitu. - Saya tak kata. 75 00:04:23,638 --> 00:04:26,518 Awak selalu kata. Kenapa saya baru tahu sekarang? 76 00:04:26,599 --> 00:04:29,229 Tak tahu perlu beritahu awak jadual saya. 77 00:04:29,310 --> 00:04:30,850 Persidangan tentang apa? 78 00:04:30,937 --> 00:04:32,057 Saya pulang esok. 79 00:04:32,146 --> 00:04:33,396 Awak tinggal di mana? 80 00:04:33,481 --> 00:04:35,481 Macam saya cakap, Seattle! 81 00:04:44,993 --> 00:04:48,373 Hei, saya kekurangan pai. Jadi, awak perlu terima. 82 00:04:48,454 --> 00:04:49,624 Ya, jangan risau. 83 00:04:49,706 --> 00:04:52,126 Oh, saya akan risau. 84 00:04:52,667 --> 00:04:54,667 Lizzie sepatutnya siapkan pesanan. 85 00:04:55,586 --> 00:04:58,086 Saya tahu kita tak patut mengata saudara, 86 00:04:58,172 --> 00:05:01,882 tapi budak ini sangat malas. 87 00:05:02,302 --> 00:05:04,102 Itu seperti remaja biasa. 88 00:05:04,178 --> 00:05:07,558 Dia dah dewasa, tapi awak memang baik. 89 00:05:07,640 --> 00:05:09,180 Baiklah. Terima kasih. 90 00:05:11,811 --> 00:05:14,731 Jangan lupa singgah rumah selepas kerja, 91 00:05:14,814 --> 00:05:16,904 kita boleh fikirkan alibi awak. 92 00:05:17,775 --> 00:05:18,895 Ia dah terlambat. 93 00:05:18,985 --> 00:05:20,895 - Belum. - Ya, sudah. 94 00:05:20,987 --> 00:05:22,197 Syerif hubungi saya. 95 00:05:22,613 --> 00:05:23,743 Apa dia kata? 96 00:05:24,157 --> 00:05:26,277 Saya belum tahu lagi. 97 00:05:26,701 --> 00:05:29,541 - Saya pergi jumpa dia, tapi dia keluar. - Bagus. 98 00:05:29,912 --> 00:05:32,672 Dia keluar sebab orang temui kereta Wes. 99 00:05:36,753 --> 00:05:39,303 Jika belum cakap dengan dia, masih ada masa. 100 00:05:40,089 --> 00:05:41,169 Lihat, Connie, 101 00:05:42,508 --> 00:05:44,298 saya hargai keprihatinan awak, 102 00:05:46,179 --> 00:05:50,139 tapi mulai sekarang, saya akan hadapinya sendiri. 103 00:05:50,224 --> 00:05:51,314 Tidak sama sekali. 104 00:05:51,517 --> 00:05:54,057 Saya takkan biar awak lalui ini sendirian. 105 00:05:54,145 --> 00:05:55,265 Awak perlukan saya. 106 00:05:55,355 --> 00:05:57,855 Tak, Lizzie perlukan awak 107 00:05:58,316 --> 00:06:01,526 dan saya tak mahu sesiapa terkesan dengan pilihan saya. 108 00:06:01,611 --> 00:06:02,781 Awak berdegil. 109 00:06:02,862 --> 00:06:06,072 Tak, saya buat keputusan yang dipertimbang. 110 00:06:06,157 --> 00:06:07,077 Mana awak tahu? 111 00:06:09,035 --> 00:06:12,245 Apa berlaku pada Lizzie jika sesuatu berlaku pada awak? 112 00:06:13,164 --> 00:06:15,424 Dia kembali pada ibu bapanya. 113 00:06:15,500 --> 00:06:17,670 Awak rasa itu terbaik untuk dia? 114 00:06:18,461 --> 00:06:20,051 Rasanya tidak. 115 00:06:21,672 --> 00:06:25,842 Semasa saya membesar, ibu saya, dia selalu tiada. 116 00:06:25,927 --> 00:06:27,967 Jadi ayah saya sentiasa pastikan 117 00:06:28,054 --> 00:06:30,394 dia ada di setiap makan malam keluarga, 118 00:06:30,681 --> 00:06:33,351 permainan bola, semua yang bermakna bagi saya. 119 00:06:33,518 --> 00:06:34,638 Itu mengajar saya 120 00:06:34,727 --> 00:06:36,647 bahawa mempunyai seseorang 121 00:06:37,313 --> 00:06:39,863 yang menghabiskan masa dan usaha pada kita, 122 00:06:40,900 --> 00:06:43,610 itulah yang diperlukan untuk percaya pada diri. 123 00:06:44,779 --> 00:06:45,819 Bagi Lizzie, 124 00:06:48,449 --> 00:06:49,739 orang itu ialah awak. 125 00:06:53,413 --> 00:06:54,793 Terima kasih untuk pai. 126 00:07:03,423 --> 00:07:06,223 Carlos, bateri saya hampir habis. Ada apa? 127 00:07:06,300 --> 00:07:10,300 Baiklah, saya ada berita kurang baik tentang rumah itu. 128 00:07:10,388 --> 00:07:11,348 Apa dia? 129 00:07:11,848 --> 00:07:13,848 Penjual mahukan eskrow 15 hari. 130 00:07:14,350 --> 00:07:17,020 Bagaimana saya mahu tunaikan? 131 00:07:17,103 --> 00:07:21,233 Jika kita percepatkan pemeriksaan awak dan cepatkan dokumen pinjaman, 132 00:07:21,315 --> 00:07:22,685 kita boleh tunaikan. 133 00:07:23,651 --> 00:07:25,071 Awak mahu saya buat apa? 134 00:07:25,695 --> 00:07:27,405 Rasanya saya akan beli rumah. 135 00:07:28,573 --> 00:07:30,953 Oh, boleh awak e-melkan kertas kerja itu? 136 00:07:31,033 --> 00:07:33,793 Saya tiada di bar, jadi saya hantar malam ini. 137 00:07:33,870 --> 00:07:36,790 Saya akan hantar. Awak buat keputusan tepat, Jack. 138 00:07:36,873 --> 00:07:38,173 Oh, jangan lupa 139 00:07:38,416 --> 00:07:40,786 hantar maklumat penyewa yang awak sebut. 140 00:07:40,877 --> 00:07:42,547 Saya perlukan untuk gadaian. 141 00:07:43,004 --> 00:07:46,264 Ya. Maaf. Saya buat susulan dan orang itu dah ada rumah. 142 00:07:47,425 --> 00:07:48,505 Baik. 143 00:07:48,593 --> 00:07:51,223 Baiklah. Boleh kita… Carlos? 144 00:08:11,741 --> 00:08:15,701 Ricky! Tahu bila burger saya siap? Ada orang perlu tarik keretanya. 145 00:08:15,786 --> 00:08:16,946 Biar saya periksa. 146 00:08:20,333 --> 00:08:21,753 SAYA SERONOK MALAM INI : ) SAYA JUGA 147 00:08:21,834 --> 00:08:23,294 BOLEH AWAK DATANG KERJA… 148 00:08:26,839 --> 00:08:28,379 TOLONGLAH. 149 00:08:28,466 --> 00:08:30,836 NANTI????? 150 00:08:35,890 --> 00:08:38,730 SAYA TAKUT - SAYA DENGAR SESUATU 151 00:08:38,809 --> 00:08:44,359 BAIK. SAYA DATANG 152 00:08:46,025 --> 00:08:48,435 Ricky, tolong keluarkan barang dari trak. 153 00:08:48,528 --> 00:08:51,318 Preach. Saya perlu pulang dalam sejam. 154 00:08:51,572 --> 00:08:54,202 - Kenapa? - Ada beruang langgar tong sampah. 155 00:08:54,283 --> 00:08:57,753 Nenek mahu saya bantu kutip sebelum rakun masuk… 156 00:08:57,828 --> 00:08:59,288 - Beruang, ya? - Ya. 157 00:08:59,372 --> 00:09:01,172 Bagaimana dia tahu ia beruang? 158 00:09:01,249 --> 00:09:03,629 Saya rasa dia nampak. 159 00:09:03,709 --> 00:09:06,499 Ya, sukar untuk tahu beruang jantan atau betina, 160 00:09:06,587 --> 00:09:07,707 dengan penuh bulu. 161 00:09:07,797 --> 00:09:11,507 Apapun, saya pasti dia nampak beruang, jadi… 162 00:09:12,718 --> 00:09:14,138 Awak tak pandai bohong. 163 00:09:16,222 --> 00:09:19,522 Lizzie, okey? Dia takut tentang sesuatu. 164 00:09:19,976 --> 00:09:22,056 Saya pergi cepat, okey? Saya janji. 165 00:09:22,853 --> 00:09:23,693 Pergi. 166 00:09:24,355 --> 00:09:25,605 Terima kasih. 167 00:09:27,942 --> 00:09:29,442 Ricky baru pergi? 168 00:09:29,902 --> 00:09:31,742 - Ya. - Bersama burger saya? 169 00:09:31,821 --> 00:09:34,201 Pesan setengah jam lalu, masih tak dapat. 170 00:09:34,991 --> 00:09:37,451 Maaf, Bert dan saya akan uruskan. 171 00:09:37,535 --> 00:09:39,365 Belanja awak pencuci mulut. 172 00:09:39,453 --> 00:09:41,003 Terima kasih. 173 00:09:41,539 --> 00:09:43,829 Hei, Mel, ikan keli ada dalam menu. 174 00:09:44,417 --> 00:09:47,337 Kedengaran sedap. Boleh beritahu Jack saya datang? 175 00:09:47,420 --> 00:09:49,010 Saya agak lambat. 176 00:09:49,088 --> 00:09:51,378 Dia tiada. Dia mahu uruskan sesuatu. 177 00:09:51,924 --> 00:09:54,144 Oh, untuk bar? 178 00:09:54,218 --> 00:09:55,798 Entah. Kenapa, apa jadi? 179 00:09:55,886 --> 00:09:58,556 Kami sepatutnya jumpa untuk makan tengah hari. 180 00:09:58,639 --> 00:10:00,519 Awak cuba telefon dia? 181 00:10:00,600 --> 00:10:02,140 Tak, saya akan buat. 182 00:10:02,226 --> 00:10:03,686 Apabila dia datang? 183 00:10:03,769 --> 00:10:05,439 Suruh dia telefon saya. 184 00:10:05,521 --> 00:10:07,021 - Baiklah. - Terima kasih. 185 00:10:08,274 --> 00:10:09,444 Burger! 186 00:10:09,525 --> 00:10:10,895 Datang, Bert! 187 00:10:16,365 --> 00:10:21,655 Jack, ini saya. Saya di bar untuk makan tengah hari seperti dirancang. 188 00:10:21,746 --> 00:10:23,206 Telefon saya semula. 189 00:10:23,914 --> 00:10:26,634 Jika awak cuba hubungi Doc, dia sedang transit. 190 00:10:27,251 --> 00:10:29,381 Tak, sebenarnya Jack. 191 00:10:29,462 --> 00:10:32,722 Dia tak jawab telefon dan Preacher tak tahu dia ke mana. 192 00:10:32,882 --> 00:10:35,182 Kedengaran seperti isu Charmaine. 193 00:10:35,593 --> 00:10:37,553 - Saya tak rasa begitu. - Kenapa? 194 00:10:37,637 --> 00:10:40,847 Ada banyak perkara untuk fikir sebelum kembar lahir. 195 00:10:40,931 --> 00:10:41,931 Ya, itu benar. 196 00:10:42,016 --> 00:10:44,266 Seperti di mana mereka akan tinggal. 197 00:10:44,685 --> 00:10:47,185 Ya, saya tak rasa itu urusan saya. 198 00:10:47,271 --> 00:10:50,941 Situasi mereka seperti ranjau letupan menanti untuk meletup. 199 00:10:51,025 --> 00:10:52,605 Itu agak dramatik. 200 00:10:52,693 --> 00:10:53,743 Ya Tuhan. 201 00:10:53,819 --> 00:10:56,029 Awak tak faham bahasa tersirat. 202 00:10:56,739 --> 00:10:57,739 Jadi beginilah. 203 00:10:57,823 --> 00:11:00,083 Charmaine mahu pindah ke Oregon, 204 00:11:00,159 --> 00:11:03,079 tapi tak mahu beritahu Jack sehingga dia putuskan. 205 00:11:03,162 --> 00:11:06,082 Jack perlu tahu segera, tapi saya takkan beritahu. 206 00:11:06,207 --> 00:11:07,537 Awak perlu lakukannya. 207 00:11:08,000 --> 00:11:09,210 Awak perlu berundur. 208 00:11:09,293 --> 00:11:12,463 Tak, saya tak patut masuk campur urusan peribadi Jack, 209 00:11:12,546 --> 00:11:14,836 jadi saya serahkan kepada awak. 210 00:11:14,924 --> 00:11:17,094 Awak beritahu, jadi awak terlibat. 211 00:11:17,218 --> 00:11:18,388 Tidak bagi saya. 212 00:11:22,640 --> 00:11:23,930 Selamat pagi, semua. 213 00:11:24,016 --> 00:11:25,346 - Selamat pagi! - Pagi. 214 00:11:25,976 --> 00:11:27,186 Nah. 215 00:11:27,269 --> 00:11:30,189 Muriel kata dia siapkan ini sebelum perjalanannya, 216 00:11:30,272 --> 00:11:31,982 tapi jelas, ia tak berlaku. 217 00:11:32,066 --> 00:11:33,146 Di mana dia? 218 00:11:33,234 --> 00:11:34,074 Seattle. 219 00:11:34,151 --> 00:11:35,491 Untuk pelayaran wain. 220 00:11:35,569 --> 00:11:38,319 Dia sangat teruja. Dia beli banyak baju baru. 221 00:11:38,406 --> 00:11:41,276 Berapa banyak baju ketat yang diperlukan? 222 00:11:41,367 --> 00:11:45,037 Salah satu daripadanya terdedah belakang. Boleh awak bayangkan? 223 00:11:45,121 --> 00:11:46,331 Syukurlah tidak. 224 00:11:46,831 --> 00:11:48,081 Doc pergi ke mana? 225 00:11:48,582 --> 00:11:49,582 Maaf? 226 00:11:49,667 --> 00:11:52,547 Di trak bakeri tadi, katanya perlu kejar pesawat. 227 00:11:52,628 --> 00:11:54,548 - Persidangan perubatan. - Oh ya? 228 00:11:54,630 --> 00:11:56,050 Di mana? 229 00:11:57,925 --> 00:11:58,965 Dia di Seattle. 230 00:12:02,555 --> 00:12:06,225 Oh, kebetulan pula, Doc dan Muriel melawat bandar yang sama. 231 00:12:06,308 --> 00:12:08,098 Bukankah dia naik kapal? 232 00:12:08,185 --> 00:12:10,015 Sebenarnya dia akan habiskan 233 00:12:10,104 --> 00:12:11,814 dua hari di bandar sebelum… 234 00:12:16,152 --> 00:12:17,152 Ia kebenarannya. 235 00:12:17,236 --> 00:12:19,446 Tak bermakna kami perlu butirannya. 236 00:12:24,034 --> 00:12:25,954 Ini cantik, bukan? 237 00:12:36,714 --> 00:12:37,554 Hai. 238 00:12:37,923 --> 00:12:39,633 Saya tak minta lawatan rumah. 239 00:12:39,717 --> 00:12:41,087 Tak, saya tahu. 240 00:12:41,177 --> 00:12:44,597 Saya cuma terfikir… jika Jack di sini. 241 00:12:45,306 --> 00:12:48,476 Lucunya. Saya fikir saya saja yang mengejar dia. 242 00:12:50,394 --> 00:12:52,614 - Bukan begitu. - Okey. 243 00:12:52,688 --> 00:12:55,318 Awak asyik cakap begitu. Tak, dia tiada. 244 00:12:55,399 --> 00:12:57,529 Tunggu, saya rasa ada yang tak kena. 245 00:13:01,113 --> 00:13:02,033 Terima kasih. 246 00:13:06,535 --> 00:13:08,785 Jadi, apa dia? 247 00:13:08,871 --> 00:13:12,251 Tak dapat hubungi dia dan tiada siapa tahu dia di mana. 248 00:13:12,333 --> 00:13:14,843 Jack hilang dari radar, bukan perkara baru. 249 00:13:14,919 --> 00:13:16,499 Sebahagian daripada pakej. 250 00:13:16,587 --> 00:13:18,547 Saya rasa ini sesuatu yang lain. 251 00:13:19,673 --> 00:13:22,183 Dia cakap tentang keracunan makanan di bar? 252 00:13:22,259 --> 00:13:23,719 Tak. Apa berlaku? 253 00:13:23,803 --> 00:13:26,223 Calvin suruh orang dia usik salad 254 00:13:26,305 --> 00:13:29,385 dan berberapa orang sakit. Jack kata mahu cari dia. 255 00:13:30,351 --> 00:13:31,691 Saya takut dia cedera. 256 00:13:31,769 --> 00:13:34,189 Awak dah telefon Preacher atau syerif? 257 00:13:34,271 --> 00:13:36,611 Tak mahu libatkan sesiapa andai silap. 258 00:13:36,690 --> 00:13:38,480 Apa awak akan buat? 259 00:13:38,567 --> 00:13:41,947 Saya mahu pandu ke ladang ganja itu, tapi tak ingat jalan. 260 00:13:43,280 --> 00:13:48,120 Okey, ia tak begitu selamat di sana, terutamanya orang macam awak. 261 00:13:48,828 --> 00:13:51,748 - Maaf. Apa maksudnya? - Awak sentiasa dilindungi. 262 00:13:51,831 --> 00:13:54,671 Awak tak biasa dengan orang berkedudukan tinggi. 263 00:13:55,209 --> 00:13:59,419 Saya habiskan tiga tahun bekerja di Bilik Kecemasan di Los Angeles. 264 00:13:59,505 --> 00:14:00,415 Apa-apalah. 265 00:14:00,506 --> 00:14:02,676 Okey, ada sebuah bar di Garberville. 266 00:14:02,758 --> 00:14:05,588 Saya kenal orang yang mungkin boleh tunjuk jalan. 267 00:14:05,678 --> 00:14:09,308 Okey, bagus. Boleh beri saya nombor telefon bar? 268 00:14:09,390 --> 00:14:13,730 Awak tak boleh telefon saja orang dan minta alamat ladang ganja. 269 00:14:13,811 --> 00:14:14,771 Saya minta maaf. 270 00:14:14,854 --> 00:14:18,154 Minta arah ke ladang ganja agak baru bagi saya. 271 00:14:18,232 --> 00:14:19,232 Ya, sebab itulah 272 00:14:19,316 --> 00:14:21,396 awak tak patut ke sana pun. 273 00:14:22,862 --> 00:14:25,662 Okey. Boleh saya minta alamat bar itu? 274 00:14:27,491 --> 00:14:28,871 Saya akan ikut awak. 275 00:14:29,660 --> 00:14:31,200 Tidak. Awak hamil. 276 00:14:31,287 --> 00:14:33,247 Tepat sekalil. Anak-anak Jack. 277 00:14:33,706 --> 00:14:34,826 Okey? 278 00:14:34,915 --> 00:14:38,035 Jika dia dalam bahaya, ini urusan saya juga. 279 00:14:38,127 --> 00:14:40,297 Takkan bawa awak ke tempat Calvin. 280 00:14:40,379 --> 00:14:41,799 Bawa saja ke bar itu. 281 00:14:41,881 --> 00:14:44,971 Awak takkan ke mana sendirian dengan Bea. 282 00:14:45,384 --> 00:14:47,094 - Siapa Bea? - Dia pemiliknya. 283 00:14:47,177 --> 00:14:49,597 Saya pernah kerja di sana semasa sekolah. 284 00:14:49,680 --> 00:14:51,810 Awak kerja di bar semasa sekolah? 285 00:14:51,891 --> 00:14:53,601 Ya. Betul. 286 00:14:53,684 --> 00:14:55,524 Faham maksud saya, dilindungi? 287 00:14:56,186 --> 00:14:57,686 Mari kita cari Jack. 288 00:15:13,621 --> 00:15:17,121 - Patut bawa trak awak. - Tak, saya dah kata. Sean dah bawa. 289 00:15:17,207 --> 00:15:19,247 Barang Spencer takkan muat. 290 00:15:19,335 --> 00:15:21,745 Kita ambil apa yang muat dan bakar. 291 00:15:21,837 --> 00:15:23,417 Itu idea yang bagus… 292 00:15:23,505 --> 00:15:26,125 nyalakan unggun api sebatu dari ladang ganja. 293 00:15:26,717 --> 00:15:27,797 Ya Tuhan. 294 00:16:19,979 --> 00:16:21,059 Spencer. 295 00:16:59,601 --> 00:17:03,361 C TAHU. KELUAR 296 00:17:14,450 --> 00:17:16,370 Oh, kawan. Saya perlu buang air. 297 00:17:17,036 --> 00:17:18,156 Ya. 298 00:17:41,685 --> 00:17:43,185 Di mana Spencer? 299 00:17:46,940 --> 00:17:47,860 Jack… 300 00:17:50,360 --> 00:17:51,610 Kenapa buat begitu? 301 00:17:51,695 --> 00:17:54,485 - Cara mudah bawa dia dalam trak. - Boleh halau. 302 00:17:54,656 --> 00:17:56,906 Tak rasa Calvin mahu cakap dengan dia? 303 00:17:57,785 --> 00:17:58,615 Ya Tuhan! 304 00:17:59,244 --> 00:18:01,504 Ayuh. Bantu saya bawa dia ke trak. 305 00:18:03,540 --> 00:18:07,000 Mahu beritahu awak, Chloe tak datang. 306 00:18:07,544 --> 00:18:08,384 UNTUK BANTUAN HUBUNGI 707-555-0118 307 00:18:08,462 --> 00:18:09,552 Dia berpegang pada… 308 00:18:09,713 --> 00:18:11,223 Mel keluar? Ya. 309 00:18:11,298 --> 00:18:12,838 - Apapun, dia… - Ayuh. 310 00:18:13,258 --> 00:18:14,178 Okey. 311 00:18:16,136 --> 00:18:16,966 Tunggu. 312 00:18:18,680 --> 00:18:20,180 Hope! 313 00:18:20,265 --> 00:18:21,265 Apa? 314 00:18:22,976 --> 00:18:26,226 Saya tak selesa ada di sini. Awak mengintip. 315 00:18:26,313 --> 00:18:28,483 Matlamat membenarkan kaedah. 316 00:18:29,399 --> 00:18:33,029 Awak tak rasa Doc dan Muriel mempunyai hubungan, bukan? 317 00:18:33,112 --> 00:18:36,452 - Tentulah. Vernon bukan begitu. - Apa kita buat di sini? 318 00:18:36,698 --> 00:18:39,198 Saya tak boleh bersama orang yang berahsia. 319 00:18:39,284 --> 00:18:40,544 Ia buat saya gila 320 00:18:40,619 --> 00:18:43,749 dan Vernon memang merahsiakan sesuatu. 321 00:18:43,831 --> 00:18:46,541 - Sebab itu awak jadi gila. - Awak kenal saya. 322 00:18:46,625 --> 00:18:49,125 - Apa saya buat di sini? - Awak saksi saya. 323 00:18:50,629 --> 00:18:51,959 Peti suara dia. 324 00:18:53,507 --> 00:18:56,337 Okey. Apa awak akan buat? Apa awak… 325 00:18:56,426 --> 00:18:58,346 Telefon peti suara dia. 326 00:18:58,762 --> 00:19:02,392 Itu pencerobohan privasi dan menyalahi undang-undang. 327 00:19:02,474 --> 00:19:05,444 Awak bergurau? Wanita menelefon peti suara suaminya 328 00:19:05,519 --> 00:19:07,269 sejak peti suara dicipta. 329 00:19:07,354 --> 00:19:09,484 Saya tak dengar mesej peribadi Buck. 330 00:19:09,606 --> 00:19:12,146 Maaf, tak semua orang boleh jadi malaikat. 331 00:19:19,283 --> 00:19:21,293 Betul. Tiada apa untuk dilaporkan. 332 00:19:21,368 --> 00:19:23,368 Lihat? Tiada apa untuk dirisaukan. 333 00:19:23,453 --> 00:19:25,413 Mari kita keluar dari sini, okey? 334 00:19:25,497 --> 00:19:26,827 Ini salah. 335 00:19:38,218 --> 00:19:40,928 Pelayan wain kami boleh bantu tuan pilih. 336 00:19:41,013 --> 00:19:44,353 Saya cuma melihat. Janji temu saya akan bawa sebotol. 337 00:19:44,725 --> 00:19:45,635 Baiklah, tuan. 338 00:19:45,726 --> 00:19:47,846 Saya minta maaf saya lewat. 339 00:19:49,271 --> 00:19:52,361 Jangan tertipu dengan penutup botol. Ia sangat mahal. 340 00:19:53,233 --> 00:19:54,483 Terima kasih. 341 00:19:56,028 --> 00:19:58,358 Saya fikir awak takkan datang. 342 00:19:58,447 --> 00:19:59,947 Oh, tidak sama sekali. 343 00:20:00,032 --> 00:20:01,832 Tak tahu mahu pakai apa. 344 00:20:02,534 --> 00:20:05,084 Saya tak pernah buat begini, awak tahu. 345 00:20:05,162 --> 00:20:07,082 Cuma gembira ia berhasil. 346 00:20:07,164 --> 00:20:08,124 Saya juga. 347 00:20:09,833 --> 00:20:11,133 Kita minum selamat? 348 00:20:11,210 --> 00:20:12,380 Untuk apa? 349 00:20:14,296 --> 00:20:19,336 Bagaimana dengan permulaan baru dan masa depan yang cerah dan bahagia? 350 00:20:20,427 --> 00:20:21,847 Saya suka bunyinya. 351 00:20:28,852 --> 00:20:30,152 - Hei. - Hai. 352 00:20:30,771 --> 00:20:32,611 Maaf paksa awak ke sini. 353 00:20:32,689 --> 00:20:33,859 Tak apa. 354 00:20:34,858 --> 00:20:36,688 Lebih baik di sini dari kerja. 355 00:20:37,736 --> 00:20:38,856 Jadi, bunyi itu? 356 00:20:40,989 --> 00:20:42,069 Okey. 357 00:20:46,119 --> 00:20:48,459 Saya dengar orang di luar tingkap saya. 358 00:20:48,872 --> 00:20:51,122 Mungkin cuma tupai. 359 00:20:55,379 --> 00:20:56,299 Atau angin. 360 00:20:58,632 --> 00:21:01,342 Jika awak tunggu, saya buatkan keju panggang. 361 00:21:01,426 --> 00:21:04,136 Tak, saya perlu balik ke bar dalam masa sejam. 362 00:21:04,221 --> 00:21:06,311 Jadi? Dia akan bertahan tanpa awak. 363 00:21:06,473 --> 00:21:10,143 Tak, Preacher baik izinkan saya pergi. Saya takkan biarkan dia. 364 00:21:10,227 --> 00:21:11,307 Ayuh. 365 00:21:11,395 --> 00:21:13,975 Tunggu… sekejap saja lagi. 366 00:21:14,231 --> 00:21:16,021 Kenapa nak sangat saya tunggu? 367 00:21:16,483 --> 00:21:18,153 Cuma fikir kita boleh lepak. 368 00:21:19,653 --> 00:21:20,993 Beritahu sebab sebenar, 369 00:21:21,071 --> 00:21:23,121 saya telefon Preacher, tak kerja. 370 00:21:23,782 --> 00:21:24,702 Baiklah. 371 00:21:26,243 --> 00:21:28,203 Saya tak suka sendirian di rumah. 372 00:21:28,370 --> 00:21:30,620 Ibu bapa asyik melancong kerana kerja. 373 00:21:30,706 --> 00:21:32,246 Jadi ada pengasuh bersama. 374 00:21:32,624 --> 00:21:34,584 Saya tak biasa sendirian. 375 00:21:35,752 --> 00:21:37,672 Sayangnya mereka tak pernah ada. 376 00:21:37,754 --> 00:21:39,724 Jika ada pun, dalam dunia mereka. 377 00:21:39,798 --> 00:21:41,048 Jadi, tak penting. 378 00:21:41,758 --> 00:21:44,258 Apapun, awak akan tunggu? 379 00:21:44,845 --> 00:21:47,465 Ya, selama yang awak mahu. 380 00:21:50,350 --> 00:21:52,520 Tiada yang mengejutkan saya. 381 00:21:53,103 --> 00:21:56,523 Jack pergi kerana dendam pada Calvin, 382 00:21:56,940 --> 00:21:59,820 tak fikir pun jika apa-apa berlaku kepada dia, 383 00:21:59,901 --> 00:22:01,901 apa kesannya kepada saya dan anak. 384 00:22:01,987 --> 00:22:05,527 Saya rasa Jack fikir menghentikan Calvin 385 00:22:05,615 --> 00:22:07,575 ialah cara melindungi awak semua. 386 00:22:07,743 --> 00:22:10,123 Tak, awak terluka dan Jack mahu bergaduh. 387 00:22:10,203 --> 00:22:12,003 - Bukan soal saya. - Tak benar. 388 00:22:12,080 --> 00:22:14,290 Ini soal Calvin meracun pelanggannya. 389 00:22:14,374 --> 00:22:16,634 Saya rasa lebih peribadi daripada itu. 390 00:22:17,294 --> 00:22:20,924 Lagipun, sebab itu saya pertimbangkan pilihan saya. 391 00:22:23,300 --> 00:22:24,590 Pilihan awak? 392 00:22:24,968 --> 00:22:26,718 Saya mahu ada dalam situasi 393 00:22:26,803 --> 00:22:29,313 yang paling selamat untuk keluarga saya. 394 00:22:29,848 --> 00:22:31,518 Itulah yang Jack mahu juga. 395 00:22:36,063 --> 00:22:41,073 Mak cik dan pak cik ajak saya dan kembar tinggal di Portland bersama mereka. 396 00:22:43,987 --> 00:22:45,487 Apa pendapat Jack? 397 00:22:46,198 --> 00:22:47,238 Dia tak tahu. 398 00:22:49,534 --> 00:22:54,084 Charmaine, jika awak bawa bayi itu pergi, ia akan lukakan hati Jack. 399 00:22:54,164 --> 00:22:56,584 Dia lukakan hati saya setiap hari. 400 00:22:56,666 --> 00:22:58,336 Itu bukan perkara yang sama. 401 00:22:58,418 --> 00:23:02,548 Tak beri dia hak tentukan di mana anak dia tinggal, itu kejam. 402 00:23:02,631 --> 00:23:05,881 Hei. Saya yang lemah di sini, bukan Jack. 403 00:23:06,468 --> 00:23:10,638 Jika saya tinggal di Clear River dan dia mahu pergi, 404 00:23:10,722 --> 00:23:14,982 atau mahu berhenti menyara saya, saya yang musnah. 405 00:23:15,060 --> 00:23:17,900 Jack takkan buat begitu pada awak atau anaknya. 406 00:23:17,979 --> 00:23:19,609 Saya tak kaya macam awak, 407 00:23:19,689 --> 00:23:21,689 jadi tak mampu percaya begitu. 408 00:23:22,609 --> 00:23:23,739 Saya tak kaya. 409 00:23:24,194 --> 00:23:25,204 Sudahlah. 410 00:23:25,278 --> 00:23:29,658 Awak pandu BMW dan kahwini seorang doktor. 411 00:23:41,461 --> 00:23:43,131 - Hei, Syerif. - Hei, Preach. 412 00:23:43,213 --> 00:23:44,633 Ada pai epal segar. 413 00:23:45,507 --> 00:23:46,797 Kelemahan saya. 414 00:23:47,884 --> 00:23:51,014 Howard beritahu yang saya singgah? 415 00:23:51,096 --> 00:23:53,216 Ya. Maaf saya tak hubungi awak tadi. 416 00:23:53,306 --> 00:23:57,136 Ada soalan tentang plat pendaftaran yang awak minta bulan lalu. 417 00:23:57,269 --> 00:23:58,559 Ya, kenapa dengannya? 418 00:23:58,645 --> 00:24:01,645 Ia terlibat dengan langgar lari di Shelter Cove. 419 00:24:02,190 --> 00:24:05,070 Boleh awak datang, beri keterangan pemandu? 420 00:24:05,152 --> 00:24:06,862 Ya, tiada masalah. 421 00:24:06,945 --> 00:24:07,895 Baiklah. 422 00:24:08,697 --> 00:24:12,907 Jadi, Howard kata kalian temui kenderaan terbiar? 423 00:24:12,993 --> 00:24:16,043 Ya, didaftarkan bawah nama Wes Logan, 424 00:24:16,121 --> 00:24:19,081 seorang detektif hebat Florida. 425 00:24:19,166 --> 00:24:21,376 Asalnya dilapor sebagai orang hilang, 426 00:24:21,460 --> 00:24:23,840 tapi sekarang ada waran tangkap untuknya. 427 00:24:23,920 --> 00:24:25,420 - Wah! - Ya. 428 00:24:25,505 --> 00:24:27,715 Rasuah, pemerasan, serangan. 429 00:24:27,799 --> 00:24:29,469 Pasangan dia tinggalkannya. 430 00:24:31,136 --> 00:24:32,426 Macam mana sekarang? 431 00:24:32,512 --> 00:24:35,642 Kami tiada sumber untuk adakan usaha memburu, 432 00:24:35,724 --> 00:24:39,984 kecuali dia tonjolkan dirinya, tak banyak yang kami boleh buat. 433 00:24:43,148 --> 00:24:45,438 Yang ini percuma. 434 00:24:45,525 --> 00:24:46,485 Terima kasih. 435 00:24:48,028 --> 00:24:51,698 - Gembira lihat awak berniaga kembali. - Gembira untuk kembali. 436 00:24:51,990 --> 00:24:54,490 Apa kisah di sebalik keracunan makanan itu? 437 00:24:54,618 --> 00:24:55,868 Nampaknya awak betul. 438 00:24:55,952 --> 00:24:58,372 Disengajakan. Seorang pelayan terlibat. 439 00:24:58,455 --> 00:25:01,705 Apapun, saya tiada butirannya. Jack kata dia uruskan. 440 00:25:01,791 --> 00:25:02,631 Oh, wah. 441 00:25:02,709 --> 00:25:05,629 Jika saya, jadi gila jika tak dapat kawal dapur. 442 00:25:05,712 --> 00:25:09,172 - Ya, bar Jack. - Dalam dunia saya, chef yang berkuasa. 443 00:25:09,257 --> 00:25:13,427 - Kami macam rakan niaga. - Macam dan jadi, dua perkara berbeza. 444 00:25:15,055 --> 00:25:17,265 Apapun, bekas mentor saya 445 00:25:17,349 --> 00:25:19,729 akan buka restoran baru di San Francisco, 446 00:25:19,809 --> 00:25:22,439 kerana cadangan saya, dia mahu lantik awak. 447 00:25:24,356 --> 00:25:25,516 Awak serius? 448 00:25:26,441 --> 00:25:27,781 Siapa chefnya? 449 00:25:28,318 --> 00:25:30,028 - Paul Papile. - Papile? 450 00:25:30,111 --> 00:25:31,861 Oh wah! 451 00:25:33,448 --> 00:25:36,578 Perlu mula dari bawah, tapi saya tahu awak cepat naik. 452 00:25:36,660 --> 00:25:39,330 Percayalah. Ini peluang seumur hidup. 453 00:25:40,163 --> 00:25:41,963 Okey, jadi apa syaratnya? 454 00:25:42,415 --> 00:25:45,785 Jika awak mahu, awak perlu lakukan dalam masa 24 jam. 455 00:25:54,344 --> 00:25:55,514 Inilah dia. 456 00:26:25,041 --> 00:26:27,671 Mengekori suami awak dalam apa saja masalah 457 00:26:27,752 --> 00:26:31,722 yang dia terlibat dengan Calvin ialah idea yang bururk. 458 00:26:31,798 --> 00:26:32,838 Bukan suami saya. 459 00:26:33,592 --> 00:26:35,682 Kami sangat risau tentang dia. 460 00:26:36,344 --> 00:26:39,014 Orang Calvin bersenjata dan berbahaya. 461 00:26:39,097 --> 00:26:40,347 Awak tahu, bukan? 462 00:26:40,849 --> 00:26:43,099 Saya dengar adik awak kerja untuk dia. 463 00:26:45,312 --> 00:26:50,112 Ya, Davy budak yang baik sehingga dia terlibat dengan binatang itu. 464 00:26:50,191 --> 00:26:51,191 Bantu kami. 465 00:26:51,651 --> 00:26:53,451 Mungkin ia membantu adik awak. 466 00:26:53,987 --> 00:26:55,947 Mungkin adik orang lain juga. 467 00:26:56,448 --> 00:26:58,988 Kami cuma perlu arah ke khemah itu. 468 00:27:06,416 --> 00:27:10,916 Jika Calvin tahu, awak dapat dari saya, 469 00:27:11,004 --> 00:27:13,384 mereka akan bunuh adik saya. 470 00:27:13,715 --> 00:27:16,125 Kami takkan beritahu sesiapa. Betul, Mel? 471 00:27:16,343 --> 00:27:17,343 Tentu sekali. 472 00:27:27,646 --> 00:27:29,476 - Nah. - Terima kasih. 473 00:27:30,982 --> 00:27:32,032 Terima kasih. 474 00:27:53,630 --> 00:27:54,840 Baiklah. Ayuh. 475 00:28:13,692 --> 00:28:16,862 Lihat siapa kami jumpa di treler Spencer. 476 00:28:20,949 --> 00:28:21,949 Di mana dia? 477 00:28:23,702 --> 00:28:24,622 Dia dah mati? 478 00:28:32,335 --> 00:28:34,415 Saya takkan buat begitu. 479 00:28:35,505 --> 00:28:37,255 Bukankah begitu, Brady? 480 00:28:43,555 --> 00:28:44,885 Apa awak buat? 481 00:28:46,349 --> 00:28:47,559 Apa yang saya perlu. 482 00:28:49,018 --> 00:28:51,518 Saya rasa patut ucap takziah. 483 00:28:53,106 --> 00:28:55,316 Awak tak tahu apa awak mulakan. 484 00:29:01,573 --> 00:29:03,413 Sekarang dengar, Jack. 485 00:29:05,994 --> 00:29:07,414 Hari ini awak berjalan. 486 00:29:08,955 --> 00:29:12,415 Lain kali awak menyibuk urusan saya, muncul di tanah saya, 487 00:29:12,500 --> 00:29:17,050 cakap dengan kru saya, itu hari terakhir awak. 488 00:29:19,591 --> 00:29:20,801 Ini belum berakhir. 489 00:29:25,847 --> 00:29:27,347 Kenapa awak lepaskan dia? 490 00:29:28,099 --> 00:29:30,349 Masalahnya awak tak fikir dulu, Jimmy. 491 00:29:30,435 --> 00:29:34,055 Saya? Jika ikutkan saya, saya akan tembak dia. 492 00:29:34,147 --> 00:29:37,727 Jack tiada apa-apa, okey? Termasuk saksi. 493 00:29:37,817 --> 00:29:39,777 Membunuh dia menimbulkan masalah. 494 00:29:39,861 --> 00:29:41,781 Saya tak risaukan Jack Sheridan, 495 00:29:43,573 --> 00:29:45,583 tapi kita perlu berbincang… 496 00:29:46,618 --> 00:29:47,658 secara peribadi. 497 00:29:56,127 --> 00:29:57,497 Saya ada di luar, Bos. 498 00:30:04,219 --> 00:30:06,429 - Saya benar-benar perlu jawab? - Ya. 499 00:30:07,096 --> 00:30:09,216 Okey, saya rasa sengkuang. 500 00:30:09,307 --> 00:30:11,887 Biar betul? Sengkuang sayur kegemaran awak? 501 00:30:11,976 --> 00:30:14,396 Ya, ia rangup dan rasanya unik. 502 00:30:14,479 --> 00:30:15,899 Tak suka makanan lembut. 503 00:30:15,980 --> 00:30:18,190 Jijiknya. Okey, soalan seterusnya. 504 00:30:18,274 --> 00:30:21,364 Jika anda cuma boleh makan satu makanan seumur hidup, 505 00:30:21,444 --> 00:30:22,614 apakah ia? 506 00:30:22,695 --> 00:30:24,985 Bagaimana saya mahu pilih satu? 507 00:30:25,073 --> 00:30:28,203 Ini termasuk minuman dan snek macam… 508 00:30:28,284 --> 00:30:31,664 Ya Tuhan, awak bukan jawab SAT, pilih saja satu makanan. 509 00:30:31,746 --> 00:30:33,826 Okey, saya rasa hamburger. 510 00:30:33,915 --> 00:30:34,785 Pilihan bijak. 511 00:30:34,874 --> 00:30:37,254 Dapat protein, karbohidrat dan sayur. 512 00:30:37,335 --> 00:30:38,165 Terima kasih. 513 00:30:38,545 --> 00:30:41,505 Saya masih tak pasti, bagaimana menjawab soalan ini 514 00:30:41,589 --> 00:30:43,929 akan meramalkan bilangan anak saya. 515 00:30:44,008 --> 00:30:46,588 Entah, tapi benda ini mengikut gerak hati. 516 00:30:46,678 --> 00:30:49,888 Tak kira kuiz apa, saya tetap dapat puteri Disney sama. 517 00:30:49,973 --> 00:30:51,563 - Oh ya. Siapa? - Mulan. 518 00:30:51,933 --> 00:30:53,893 Oh, saya boleh nampak. 519 00:30:55,979 --> 00:30:59,229 Ia kata awak akan dapat empat anak. 520 00:30:59,315 --> 00:31:00,565 Tak, benda ini rosak. 521 00:31:00,650 --> 00:31:02,690 Saya akan ada tiga, jadi tujuh. 522 00:31:02,777 --> 00:31:06,447 - Okey, awak buat saya tertekan. - Saya tahu. Ia sangat comel. 523 00:31:06,531 --> 00:31:08,491 Sekarang masa untuk balas semula. 524 00:31:14,122 --> 00:31:15,712 Ada kondom dalam laci. 525 00:31:16,291 --> 00:31:18,211 - Betul? - Ya dan saya makan pil. 526 00:31:40,815 --> 00:31:44,895 Terima kasih kerana bantu saya dapatkan arah. 527 00:31:45,403 --> 00:31:47,493 Ya, beritahu jika awak jumpa dia. 528 00:31:47,572 --> 00:31:48,742 Charmaine. 529 00:31:50,825 --> 00:31:52,075 Awak okey? 530 00:31:55,705 --> 00:31:56,615 Ya. 531 00:31:57,373 --> 00:31:58,213 Saya… 532 00:31:59,500 --> 00:32:02,460 Saya cuma mula terfikir mungkin lebih baik 533 00:32:02,545 --> 00:32:04,375 jika saya dan Jack tak bersama. 534 00:32:05,465 --> 00:32:06,375 Benarkah? 535 00:32:07,842 --> 00:32:11,682 Dulu saya fikir jika kami berjanji temu cukup lama 536 00:32:11,763 --> 00:32:14,643 mungkin akhirnya dia akan cintakan saya dan… 537 00:32:15,308 --> 00:32:16,728 Tapi mungkin dia takkan 538 00:32:18,686 --> 00:32:22,146 dan saya akan kahwini lelaki yang tak mahukan saya. Jadi… 539 00:32:26,069 --> 00:32:27,699 Awak layak untuk bahagia. 540 00:32:28,780 --> 00:32:29,740 Saya tahu. 541 00:32:31,240 --> 00:32:32,910 Satu lagi perkara. Cuma… 542 00:32:34,118 --> 00:32:37,958 Boleh awak janji untuk beritahu Jack tentang Oregon? 543 00:32:38,998 --> 00:32:42,708 Jika situasinya terbalik, awak mahu tahu. 544 00:32:43,670 --> 00:32:44,670 Ya. 545 00:32:46,381 --> 00:32:49,631 Saya akan beritahu dia. Jangan cakap apa-apa dulu, okey? 546 00:32:49,717 --> 00:32:51,137 - Ya, saya janji. - Okey. 547 00:32:54,973 --> 00:32:56,103 Selamat tinggal. 548 00:32:56,182 --> 00:32:57,142 Selamat tinggal. 549 00:33:04,023 --> 00:33:05,153 Preach, hei. 550 00:33:19,163 --> 00:33:20,423 Itu hebat. 551 00:33:24,252 --> 00:33:26,252 Awak… suka, bukan? 552 00:33:26,963 --> 00:33:28,093 Ya. 553 00:33:28,172 --> 00:33:32,142 Saya sangka akan rasa berbeza dan saya rasa yang sama, 554 00:33:33,177 --> 00:33:34,297 tapi saya haus. 555 00:33:35,054 --> 00:33:36,264 Saya ambilkan air? 556 00:33:36,347 --> 00:33:39,057 Juga ambil Cheetos sementara awak di bawah. 557 00:33:39,475 --> 00:33:42,975 Okey. Baiklah. Saya akan kembali. 558 00:33:43,604 --> 00:33:45,024 Mak cik awak macam mana? 559 00:33:45,106 --> 00:33:48,316 Dia takkan pulang lama. Ada masalah dengan trak bakeri. 560 00:33:48,401 --> 00:33:49,361 Okey. 561 00:34:00,872 --> 00:34:03,922 Awak mahu jus oren atau susu? 562 00:34:04,000 --> 00:34:06,710 - Jus. - Ada lemonad. 563 00:34:07,170 --> 00:34:08,130 Lemonad. 564 00:34:09,797 --> 00:34:10,797 Dah dapat. 565 00:34:13,676 --> 00:34:17,636 Apa awak fikir awak buat, Encik? 566 00:34:21,142 --> 00:34:24,602 BAR JACK DIBUKA 567 00:34:32,278 --> 00:34:34,408 JAMIE AWAK MASIH BERFIKIR? 568 00:34:37,909 --> 00:34:38,989 Saya hargainya. 569 00:35:13,820 --> 00:35:15,200 Apa yang berlaku? 570 00:35:15,279 --> 00:35:17,069 Helo, sayang. 571 00:35:17,490 --> 00:35:19,450 Awak tidur nyenyak? 572 00:35:19,534 --> 00:35:20,374 Sayang? 573 00:35:20,451 --> 00:35:22,201 Berapa banyak awak minum? 574 00:35:22,286 --> 00:35:24,866 Tak, tapi sebentar lagi, 575 00:35:24,956 --> 00:35:27,706 kita akan minum wain berbuih terbaik 576 00:35:27,792 --> 00:35:30,132 yang ada di Washington. 577 00:35:30,211 --> 00:35:32,211 Saya tak puas hati dengan awak. 578 00:35:32,296 --> 00:35:35,006 Tak, pertama sekali, ada sesuatu… 579 00:35:35,716 --> 00:35:37,716 yang saya perlu katakan pada awak. 580 00:35:44,851 --> 00:35:47,691 Saya dengar yang orang 581 00:35:48,479 --> 00:35:50,939 tak benar-benar proses sesuatu 582 00:35:51,023 --> 00:35:54,363 sehingga mereka dengar buat kali ke enam atau tujuh. 583 00:35:54,443 --> 00:35:55,993 Jadi dengan itu, 584 00:35:56,904 --> 00:35:59,744 saya bersedia untuk beritahu awak 585 00:36:00,491 --> 00:36:03,291 berulang-ulang kali 586 00:36:03,661 --> 00:36:05,041 yang saya cintakan awak 587 00:36:05,788 --> 00:36:07,918 sejak hari pertama saya bertemu awak 588 00:36:09,834 --> 00:36:13,504 dan saya akan jadi milik awak sehingga saya mati. 589 00:36:14,922 --> 00:36:16,512 Hope McRae. 590 00:36:19,802 --> 00:36:22,512 Sudikah awak jadi isteri saya… 591 00:36:24,891 --> 00:36:25,851 sekali lagi? 592 00:36:36,527 --> 00:36:37,897 Awak perlu dengar ini. 593 00:36:43,201 --> 00:36:45,951 Hai, ini Muriel. Dengar. 594 00:36:46,037 --> 00:36:50,997 Jumpa di Hotel Tidewater, 2:00 petang. Saya akan bawa wain. 595 00:36:51,375 --> 00:36:52,335 Selamat tinggal. 596 00:36:52,418 --> 00:36:54,548 Awak dengar peti suara saya? 597 00:36:59,550 --> 00:37:00,470 Hope. 598 00:37:02,386 --> 00:37:03,596 Hope, tunggu. 599 00:37:20,821 --> 00:37:22,161 Apa hal, Jack! 600 00:37:23,491 --> 00:37:24,531 Ya Tuhan! 601 00:37:26,369 --> 00:37:28,699 - Berilah amaran. - Awak bergurau? 602 00:37:29,664 --> 00:37:34,884 Sejak awak lupakan makan tengah hari dan tak jawab telefon, 603 00:37:34,961 --> 00:37:37,381 saya memandu ke sana-sini mencari awak. 604 00:37:37,463 --> 00:37:40,223 Saya jumpa awak sebab Preacher hubungi saya. 605 00:37:40,299 --> 00:37:41,679 Maaf. Saya… 606 00:37:44,136 --> 00:37:47,216 Saya sibuk dan lupa kita patut jumpa. 607 00:37:47,682 --> 00:37:48,932 Awak lupa? 608 00:37:51,852 --> 00:37:53,022 Spencer dah mati. 609 00:37:55,106 --> 00:37:56,316 Mana awak tahu? 610 00:37:59,318 --> 00:38:00,738 Saya pergi ke kem ganja. 611 00:38:02,238 --> 00:38:03,608 Calvin suruh Brady… 612 00:38:06,534 --> 00:38:07,624 hapuskan dia. 613 00:38:11,038 --> 00:38:12,078 Jack… 614 00:38:14,208 --> 00:38:15,748 ini bukan salah awak. 615 00:38:16,502 --> 00:38:19,172 Spencer setuju beri keterangan ke atas Calvin. 616 00:38:19,255 --> 00:38:22,925 - Awak tak paksa dia. - Dia takut dan saya desak dia. 617 00:38:24,051 --> 00:38:28,391 Saya tak tahu jika awak boleh suruh orang buat yang mereka tak mahu, 618 00:38:30,808 --> 00:38:34,978 tapi saya tahu perasaan merasa bertanggungjawab atas kematian orang. 619 00:38:36,897 --> 00:38:39,527 Ini tak sama dengan kehilangan pesakit. 620 00:38:44,405 --> 00:38:47,025 Malam kemalangan itu, saya dan Mark bergaduh. 621 00:38:49,493 --> 00:38:53,503 Dia mahu hentikan rawatan kesuburan yang kami buat dan saya tak mahu. 622 00:38:54,248 --> 00:38:57,208 Saya sangat marah, saya tak mengalah. Awak tahu? 623 00:38:57,293 --> 00:39:01,633 Saya fikir jika saya terus desak, dia akan ubah fikiran. 624 00:39:08,596 --> 00:39:11,516 Tapi mungkin jika saya berhenti bercakap… 625 00:39:12,767 --> 00:39:15,187 dia takkan alih pandangannya dari jalan. 626 00:39:17,063 --> 00:39:18,313 Rasa bersalah itu, 627 00:39:19,273 --> 00:39:20,863 ia merangkumi semua. 628 00:39:21,525 --> 00:39:22,735 Jack, saya faham. 629 00:39:27,656 --> 00:39:29,026 Tapi, macam awak cakap, 630 00:39:29,116 --> 00:39:31,696 ia bukan alasan untuk asingkan orang lain. 631 00:39:31,786 --> 00:39:33,326 Saya belum asingkan awak. 632 00:39:35,373 --> 00:39:38,543 Saya yang terbuka sepenuhnya tentang perasaan saya. 633 00:39:38,626 --> 00:39:41,836 Tak, saya tak cakap soal itu. Saya cakap soal hari ini. 634 00:39:44,173 --> 00:39:48,143 Apabila tak dapat cari awak, saya fikir sesuatu berlaku kepada awak. 635 00:39:48,302 --> 00:39:49,932 Rasa tak boleh bernafas. 636 00:39:51,889 --> 00:39:54,429 Itu yang saya rasa apabila awak pergi ke LA. 637 00:39:57,770 --> 00:40:00,860 Yang paling teruk apabila awak pergi, 638 00:40:00,940 --> 00:40:03,650 saya sedar yang saya tak mahu hidup tanpa awak. 639 00:40:07,696 --> 00:40:08,906 Jack. 640 00:40:08,989 --> 00:40:10,319 Mel, tak apa. 641 00:40:10,408 --> 00:40:12,118 Awak tak hutang saya apa-apa. 642 00:40:20,376 --> 00:40:21,336 Tunggu. 643 00:40:21,794 --> 00:40:23,714 Mel, awak tak perlu buat begini. 644 00:40:23,796 --> 00:40:24,796 Ya, saya perlu. 645 00:40:31,262 --> 00:40:33,972 Jack, saya mahu awak tahu bagaimana… 646 00:40:42,523 --> 00:40:43,653 Saya cintakan awak. 647 00:40:46,110 --> 00:40:47,240 Saya cintakan awak. 648 00:40:50,948 --> 00:40:53,408 Saya suka awak boleh buat saya ketawa 649 00:40:54,410 --> 00:40:56,160 walaupun bila saya tak mahu. 650 00:40:57,621 --> 00:41:01,041 Saya suka awak lebih mendengar daripada bercakap. 651 00:41:03,252 --> 00:41:05,712 Saya suka awak rela menjadi kawan saya. 652 00:41:08,090 --> 00:41:10,300 Saya suka awak bina rumah untuk saya. 653 00:41:12,386 --> 00:41:14,216 Saya suka bangun di sisi awak. 654 00:41:16,932 --> 00:41:18,432 Saya rasa selamat… 655 00:41:19,977 --> 00:41:21,477 walaupun bila awak tiada. 656 00:41:24,148 --> 00:41:26,778 Maaf saya tolak awak ke tepi. Saya cuma… 657 00:41:26,859 --> 00:41:30,359 Saya fikir dengan melindungi hati saya, saya takkan terluka, 658 00:41:32,406 --> 00:41:34,906 tapi memikirkan tiada awak dalam hidup saya 659 00:41:35,576 --> 00:41:36,986 sangat menyakitkan, 660 00:41:38,829 --> 00:41:39,829 Saya boleh… 661 00:42:59,159 --> 00:43:01,159 Terjemahan sari kata oleh JuLeeDya