1 00:00:19,626 --> 00:00:20,501 Putera Zuko. 2 00:00:20,501 --> 00:00:22,876 Pengawal Diraja mahu tahan baginda. 3 00:00:22,876 --> 00:00:24,376 - Apa? - Pengawal Diraja? 4 00:00:24,376 --> 00:00:27,751 - Mereka dalam perjalanan. - Leftenan Jee, bertenang. 5 00:00:30,001 --> 00:00:33,584 Patik pergi ke kapal Laksamana Zhao untuk periksa kadar 6 00:00:34,709 --> 00:00:36,084 penggunaan bahan api. 7 00:00:36,959 --> 00:00:39,918 Patik dan Leftenan Dang bekerja hingga lewat malam. 8 00:00:40,418 --> 00:00:42,293 Kelakar betul muka kau. 9 00:00:43,001 --> 00:00:44,626 Dang keluar untuk terima pesanan. 10 00:00:46,793 --> 00:00:47,709 Minumlah dulu. 11 00:00:49,793 --> 00:00:53,459 Patik terdengar ada perintah baharu daripada Raja Api sendiri. 12 00:00:53,459 --> 00:00:56,918 Baginda hantar pengawal untuk bawa Putera Zuko ke Ibu Kota 13 00:00:56,918 --> 00:00:58,793 untuk diadili kerana membelot. 14 00:00:58,793 --> 00:00:59,793 Membelot. 15 00:01:00,376 --> 00:01:01,876 - Membelot? - Kamu pasti? 16 00:01:01,876 --> 00:01:04,876 Ya, orang Dang ke pantai untuk jumpa pengawal itu. 17 00:01:04,876 --> 00:01:07,209 Malam ini? Maknanya, dia hampir tiba. 18 00:01:10,168 --> 00:01:11,543 Ini angkara Zhao. 19 00:01:11,543 --> 00:01:14,459 Dia meyakinkan Ozai yang kamu berpaling tadah. 20 00:01:18,376 --> 00:01:21,918 Pohuai. Zhao dapat tahu bahawa kamu yang membebaskan Avatar. 21 00:01:22,709 --> 00:01:25,334 Putera Zuko, kamu perlu lari sekarang. 22 00:01:26,501 --> 00:01:29,001 Jangan hidupkan enjin selagi belum selamat. 23 00:01:29,001 --> 00:01:31,126 Elak jalan utama. Bergerak pada waktu malam. 24 00:01:31,126 --> 00:01:33,668 Kita tak boleh biar ayahanda salah faham. 25 00:01:33,668 --> 00:01:38,126 Ya, tapi kamu kena selamatkan diri. Biar pak cik selesaikan dengan Ozai. 26 00:01:47,334 --> 00:01:49,584 Terima kasih, Leftenan Jee. 27 00:01:50,084 --> 00:01:51,918 Jaga diri, tuanku. 28 00:02:01,918 --> 00:02:03,459 Jee tak syak langsung. 29 00:02:05,668 --> 00:02:07,959 Mudah betul dia termakan umpan. 30 00:02:30,251 --> 00:02:32,959 Apa tuan nak beritahu Raja Api tentang anaknya? 31 00:02:34,168 --> 00:02:35,918 Saya akan berterus terang. 32 00:02:37,918 --> 00:02:43,001 Putera itu mengutamakan kepentingan diri berbanding kepentingan rakyatnya. 33 00:02:48,501 --> 00:02:50,834 Anaknya seorang pengkhianat. 34 00:02:53,543 --> 00:02:54,709 Bom jeli. 35 00:03:00,709 --> 00:03:01,543 Putera! 36 00:03:09,168 --> 00:03:10,126 Zuko. 37 00:03:14,168 --> 00:03:18,709 Sekarang, saya perlu ucapkan takziah kepada Panglima Iroh. 38 00:03:18,709 --> 00:03:21,459 Saya pasti dia sangat terkejut. 39 00:03:43,168 --> 00:03:48,043 UTARA 40 00:03:49,501 --> 00:03:53,543 Zuko bersendirian. Dia tak macam yang saya sangka. 41 00:03:53,543 --> 00:03:56,001 Dia nampak sangat kesunyian. 42 00:03:56,584 --> 00:03:57,501 Tak sangka. 43 00:03:57,501 --> 00:04:00,501 Abang, Aang bina hubungan dengan dia. 44 00:04:00,501 --> 00:04:01,418 Betul tak? 45 00:04:01,418 --> 00:04:05,334 Saya baru sedar, Zuko pun ada tanggungjawab besar macam saya. 46 00:04:07,209 --> 00:04:11,168 Selama ini, saya risau saya jahil tentang perkara yang saya buat. 47 00:04:11,709 --> 00:04:13,043 Memang saya jahil pun. 48 00:04:13,043 --> 00:04:15,543 Saya belum belajar mengolah unsur lain. 49 00:04:15,543 --> 00:04:17,709 Mungkin saya akan terus buat silap, 50 00:04:18,293 --> 00:04:21,084 tapi saya dapat harunginya bersama kawan-kawan. 51 00:04:21,668 --> 00:04:23,626 Betul. Kita Pasukan Avatar. 52 00:04:27,709 --> 00:04:29,043 Kenapa, Appa? 53 00:04:29,043 --> 00:04:30,126 Tengok! 54 00:04:32,584 --> 00:04:34,376 Puak Air Utara! 55 00:04:35,834 --> 00:04:38,084 Kita berjaya. Sampai pun akhirnya. 56 00:04:50,959 --> 00:04:52,043 Mereka dah sampai! 57 00:04:56,959 --> 00:05:00,418 Avatar, selamat datang ke Agna Qel'a. 58 00:05:02,501 --> 00:05:03,584 Tengok! 59 00:05:04,293 --> 00:05:05,293 Hai! 60 00:05:06,043 --> 00:05:07,001 Tempat ini... 61 00:05:07,001 --> 00:05:08,043 Cantik. 62 00:05:08,626 --> 00:05:09,626 Sempurna. 63 00:05:23,876 --> 00:05:25,584 Kami menanti kedatangan kamu. 64 00:05:28,168 --> 00:05:29,584 Haiwan kamu akan dijaga. 65 00:05:29,584 --> 00:05:31,834 Orang saya akan bawanya ke kandang kerbau yak 66 00:05:31,834 --> 00:05:34,501 di dalam groto panas yang cerah dan luas. 67 00:05:34,501 --> 00:05:37,251 Beri makan rumpai laut. Sebanyak mungkin. 68 00:05:37,251 --> 00:05:38,626 Baiklah. 69 00:05:42,709 --> 00:05:43,834 Selamat datang. 70 00:05:43,834 --> 00:05:46,668 Saya Arnook, penghulu Puak Air Utara. 71 00:05:46,668 --> 00:05:50,084 Kami berbesar hati untuk melayani dan melindungi kamu 72 00:05:50,084 --> 00:05:52,709 demi nama roh lautan dan bulan. 73 00:05:52,709 --> 00:05:53,626 Terima kasih. 74 00:05:53,626 --> 00:05:56,251 Kami tak sabar-sabar untuk sampai ke sini. 75 00:05:56,251 --> 00:05:58,668 Kami sangat gembira menerima kedatangan 76 00:05:58,668 --> 00:06:01,251 dua orang saudara kami dari Kutub Selatan. 77 00:06:01,918 --> 00:06:05,334 Ini Tuan Guru Pakku. Dia guru olahan air utama kami. 78 00:06:06,168 --> 00:06:10,126 Ini anak saya, Puteri Yue. Dia pemimpin rohani puak kami. 79 00:06:10,126 --> 00:06:13,834 Saya perlu beritahu sesuatu. Puak tuan dalam ancaman. 80 00:06:13,834 --> 00:06:16,459 - Avatar Aang... - Saya tahu tak masuk akal. 81 00:06:16,459 --> 00:06:19,793 Tapi saya dapat bayangan yang Kutub Utara diserang. 82 00:06:19,793 --> 00:06:20,876 Kami tahu. 83 00:06:21,709 --> 00:06:26,001 Beberapa hari lalu, peninjau kami nampak armada Negara Api ke arah sini. 84 00:06:26,001 --> 00:06:28,376 Maka, kami memantau pergerakan mereka. 85 00:06:28,376 --> 00:06:30,668 Syukurlah kamu ada bersama kami. 86 00:06:30,668 --> 00:06:33,001 Dengan bantuan kuasa Avatar, 87 00:06:33,001 --> 00:06:35,584 kita akan ajar mereka cukup-cukup. 88 00:06:37,209 --> 00:06:41,876 Penduduk sekalian, ini hari yang besar kerana sekutu perkasa kini bersama kita. 89 00:06:41,876 --> 00:06:45,334 Kita akan mengadakan jamuan bagi meraikan ketibaan mereka. 90 00:06:45,334 --> 00:06:46,626 Jamuan. 91 00:06:46,626 --> 00:06:48,084 Roh-roh menjaga kita... 92 00:06:48,084 --> 00:06:49,501 - Jangan tenung. - Apa? 93 00:06:50,168 --> 00:06:52,168 Entahlah. Dia ada suatu aura. 94 00:06:52,168 --> 00:06:54,959 - Kita pernah jumpa dia? - Tak pernah. 95 00:06:54,959 --> 00:06:57,584 Sudahlah. Orang akan fikir abang pelik. 96 00:06:57,584 --> 00:06:59,293 Lebih daripada biasa. 97 00:07:06,209 --> 00:07:10,584 Sumpah, saya takkan berehat selagi penyangak itu belum ditangkap. 98 00:07:10,584 --> 00:07:15,501 Musuh kita tak boleh terlepas selepas melakukan jenayah hina sebegini. 99 00:07:15,501 --> 00:07:17,293 Saya tahu tempat untuk cari. 100 00:07:18,168 --> 00:07:19,668 Saya tahu dalangnya. 101 00:07:23,209 --> 00:07:24,334 Ozai. 102 00:07:25,584 --> 00:07:28,584 Semua sifat kemanusiaan Ozai dah lenyap. 103 00:07:28,584 --> 00:07:31,626 Dia terlalu taasub untuk menguasai dunia, 104 00:07:31,626 --> 00:07:35,126 maka dia rela menghapuskan sesiapa yang cuba menghalangnya 105 00:07:35,126 --> 00:07:37,209 walaupun darah dagingnya sendiri. 106 00:07:37,209 --> 00:07:38,334 Begitu, ya? 107 00:07:46,293 --> 00:07:47,626 Saya bersimpati. 108 00:07:49,876 --> 00:07:53,251 Kalau betul begitu, berita saya ini mungkin 109 00:07:54,501 --> 00:07:55,626 agak janggal. 110 00:07:58,834 --> 00:07:59,959 Raja Api 111 00:08:01,418 --> 00:08:04,418 telah memberikan penghormatan kepada saya 112 00:08:04,959 --> 00:08:07,209 untuk mengetuai satu armada besar 113 00:08:08,084 --> 00:08:10,626 bagi menawan Kutub Utara. 114 00:08:11,376 --> 00:08:13,293 Kita tahu Avatar menuju ke sana, 115 00:08:13,293 --> 00:08:17,501 kubu terakhir pengolah air yang gah, 116 00:08:17,501 --> 00:08:21,168 jadi saya akan belayar ke sana untuk menaklukinya. 117 00:08:23,793 --> 00:08:25,084 Maaf, laksamana. 118 00:08:26,043 --> 00:08:28,876 Saya cuma tak sangka kamu yang dipilih 119 00:08:30,376 --> 00:08:32,543 untuk mengetuai misi penting ini. 120 00:08:32,543 --> 00:08:35,959 Saya mengaku yang saya kurang berpengalaman 121 00:08:35,959 --> 00:08:37,126 dalam pertempuran. 122 00:08:37,709 --> 00:08:42,126 Tapi dalam erti kata lain, saya tak ada rekod kegagalan. 123 00:08:44,459 --> 00:08:45,418 Tak macam tuan. 124 00:09:02,584 --> 00:09:03,501 Cukuplah itu. 125 00:09:03,501 --> 00:09:04,459 Berhenti! 126 00:09:10,418 --> 00:09:12,584 Raja Api rasa prestasi tuanku 127 00:09:13,793 --> 00:09:15,209 kurang memuaskan. 128 00:09:15,209 --> 00:09:16,376 Beta tewaskan dia! 129 00:09:16,376 --> 00:09:18,709 Tuanku patut tumbangkan dia lagi awal. 130 00:09:18,709 --> 00:09:21,459 Esok, tuanku akan jalani satu lagi ujian. 131 00:09:33,168 --> 00:09:35,584 Kau tahu dia main-main dengan kau, bukan? 132 00:09:35,584 --> 00:09:37,834 Aku hampir dihentam batu besar. 133 00:09:37,834 --> 00:09:41,418 Aku cuma nak cakap, ayahanda kau dah tahu kau yang terbaik. 134 00:09:41,418 --> 00:09:43,376 Tapi dia tak nak kau tahu. 135 00:09:43,959 --> 00:09:46,084 Ayahanda boleh kosongkan penjaranya. 136 00:09:46,584 --> 00:09:48,376 Biar aku lawan semua pengolah. 137 00:09:48,376 --> 00:09:51,459 Aku akan bakar seramai mungkin sampai dia mengakui hakikatnya. 138 00:09:51,459 --> 00:09:52,709 Hakikat apa? 139 00:09:54,334 --> 00:09:56,626 Bahawa aku satu-satunya yang layak. 140 00:10:11,459 --> 00:10:12,959 Pergilah sapa dia. 141 00:10:14,001 --> 00:10:17,501 Apa abang nak cakap? "Hai. Saya Sokka. Puak Air Selatan." 142 00:10:21,376 --> 00:10:22,793 Dia hanya seorang gadis. 143 00:10:23,626 --> 00:10:26,293 Dia seorang puteri dan pemimpin rohani. 144 00:10:26,293 --> 00:10:30,084 Mungkin dia beradu di atas takhta, hanya makan embun dan sinaran mentari. 145 00:10:32,918 --> 00:10:33,918 Biar betul? 146 00:10:34,418 --> 00:10:37,043 Stu prun laut. Kegemaran saya. 147 00:10:37,793 --> 00:10:40,084 Sedapkah? Macam mana rasanya? 148 00:10:41,376 --> 00:10:42,293 Macam... 149 00:10:44,418 --> 00:10:45,543 di kampung halaman. 150 00:10:52,793 --> 00:10:53,626 Katara? 151 00:10:56,043 --> 00:10:59,084 Terima kasih kerana bantu saya datang ke sini. 152 00:11:00,293 --> 00:11:02,293 Saya gembira dapat meneroka dunia. 153 00:11:03,126 --> 00:11:05,543 Saya takkan dapat peluang ini tanpa awak. 154 00:11:07,959 --> 00:11:11,209 Jadi, kamu suka hidangan yang ada? 155 00:11:11,209 --> 00:11:12,793 Semuanya sedap. 156 00:11:12,793 --> 00:11:15,126 Kamu kata kamu belajar sendiri, ya? 157 00:11:15,126 --> 00:11:19,334 Ya, saya rasa saya dah agak mahir, tapi banyak lagi saya harus belajar. 158 00:11:19,334 --> 00:11:22,001 Saya teruja untuk jumpa pengolah air lain, 159 00:11:22,001 --> 00:11:24,959 lagi-lagi guru yang dihormati macam tuan guru. 160 00:11:28,001 --> 00:11:31,626 Tentu sukar membesar tanpa rakan-rakan pengolah. 161 00:11:31,626 --> 00:11:34,876 Dek serangan Negara Api, banyak yang kamu hilang, 162 00:11:34,876 --> 00:11:36,168 kita semua hilang. 163 00:11:40,626 --> 00:11:44,334 Paling menyedihkan, saya tak mampu buat apa-apa. 164 00:11:44,334 --> 00:11:46,459 Yang penting, kamu masih bertahan. 165 00:11:46,459 --> 00:11:48,751 Itulah lumrah hidup kita. 166 00:11:48,751 --> 00:11:50,668 Air merupakan unsur perubahan. 167 00:11:51,584 --> 00:11:55,501 Pengolah air sentiasa menyesuaikan diri dengan arus kehidupan. 168 00:11:57,459 --> 00:12:00,168 Pagi esok, pergilah cari Yagoda. 169 00:12:00,918 --> 00:12:04,334 Dia antara pengajar terbaik. Dia akan bantu kamu bermula. 170 00:12:06,043 --> 00:12:07,626 Terima kasih, Tuan Guru Pakku. 171 00:12:20,709 --> 00:12:25,668 Kamu nak kakak masukkan cloudberry? 172 00:12:43,251 --> 00:12:44,418 Nah. 173 00:12:48,834 --> 00:12:49,751 Terima kasih. 174 00:12:50,959 --> 00:12:52,168 Jom tolong habiskan. 175 00:12:55,001 --> 00:12:56,876 Marilah. Rasanya enak. 176 00:13:11,834 --> 00:13:13,209 Macam mana? 177 00:13:13,209 --> 00:13:14,418 Sedap. 178 00:13:17,084 --> 00:13:21,709 Semasa kecil, saya suka menyorok di sini ketika ayah bertemu dengan pembesar. 179 00:13:21,709 --> 00:13:24,084 Ayah nak saya tahu hal ehwal puak 180 00:13:24,084 --> 00:13:26,793 kerana satu hari nanti, saya akan ambil alih. 181 00:13:26,793 --> 00:13:28,793 Membosankan betul. 182 00:13:29,793 --> 00:13:34,168 Jadi, saya menyorok di sini dengan nenek-nenek dan buat manisan. 183 00:13:36,376 --> 00:13:38,501 Betullah, awak hanya seorang gadis. 184 00:13:39,626 --> 00:13:40,959 Awak ingat saya bukan gadis? 185 00:13:40,959 --> 00:13:44,876 Bukan begitu, saya sangka memandangkan awak seorang puteri... 186 00:13:44,876 --> 00:13:47,709 - Saya sombong? - Ya. Tak, bukan begitu. 187 00:13:49,293 --> 00:13:52,126 Ya, saya sangka begitu, tapi awak gadis biasa. 188 00:13:52,126 --> 00:13:54,834 Bukan gadis biasa. Itu bukan perkara baik. 189 00:13:54,834 --> 00:13:57,584 Rasanya saya patut berhenti cakap. 190 00:13:58,834 --> 00:14:02,293 Saya faham. Di luar, gaya saya macam... 191 00:14:03,959 --> 00:14:06,584 Tapi semua orang mahu saya begitu. 192 00:14:07,334 --> 00:14:10,543 Usah salah faham. Saya suka berbakti kepada masyarakat. 193 00:14:10,543 --> 00:14:13,959 Tapi sekali-sekala, saya perlu pergi ke satu tempat dan... 194 00:14:13,959 --> 00:14:14,918 Buat manisan? 195 00:14:17,126 --> 00:14:18,001 Saya faham. 196 00:14:18,751 --> 00:14:22,293 Di kampung saya, saya yang melindungi puak kami. 197 00:14:22,918 --> 00:14:24,668 Saya ambil serius tugas itu. 198 00:14:24,668 --> 00:14:27,959 Katara mungkin kata terlebih serius, tapi semua itu... 199 00:14:27,959 --> 00:14:29,543 Tanggungjawab awak. 200 00:14:31,168 --> 00:14:32,084 Ya. 201 00:14:32,876 --> 00:14:35,626 Ya, kalau saya tak menjalankan tugas, 202 00:14:36,709 --> 00:14:38,209 entah apa akan berlaku? 203 00:14:39,418 --> 00:14:43,584 Saya berjanji kepada ayah saya, dan saya akan berusaha menepatinya. 204 00:14:44,168 --> 00:14:46,668 Adakala, seronok juga jika tak perlu risau. 205 00:14:47,501 --> 00:14:49,251 Saya cuma nak jadi macam... 206 00:14:49,834 --> 00:14:50,959 Budak lelaki biasa? 207 00:14:52,584 --> 00:14:53,459 Ya. 208 00:14:58,418 --> 00:14:59,626 Di mana kita jumpa? 209 00:15:01,793 --> 00:15:02,751 Puteri Yue. 210 00:15:04,709 --> 00:15:06,418 Mereka sedia untuk doa malam. 211 00:15:09,251 --> 00:15:10,376 Terima kasih, Hahn. 212 00:15:10,959 --> 00:15:13,793 Awak tak patut tinggalkan jamuan. Pendeta ada. 213 00:15:14,876 --> 00:15:16,126 Tak menyusahkan pun. 214 00:15:16,876 --> 00:15:17,709 Sungguh. 215 00:15:52,001 --> 00:15:53,418 Ini tembok ais kami. 216 00:15:53,418 --> 00:15:56,043 Dah lebih seabad ia menahan serangan. 217 00:15:56,543 --> 00:15:58,126 Maaf, Penghulu Arnook. 218 00:15:58,126 --> 00:16:01,209 Saya nak minta nasihat tempur daripada saudara kita. 219 00:16:01,751 --> 00:16:04,251 Awak nak tanya saya tentang pertempuran? 220 00:16:04,251 --> 00:16:06,126 Awak ada sesuatu yang kami tak ada. 221 00:16:06,668 --> 00:16:07,543 Pengalaman. 222 00:16:07,543 --> 00:16:08,834 Saya nak tanya. 223 00:16:08,834 --> 00:16:11,459 Adakah tentera Negara Api pakai baju besi? 224 00:16:12,418 --> 00:16:14,251 Ada pancang pada bahu mereka? 225 00:16:14,834 --> 00:16:18,793 Bukan besi, tapi kulit. Mereka dah tak ada pancang bahu. 226 00:16:18,793 --> 00:16:22,751 Anggota platun lain patut dengar. Boleh awak cakap dengan mereka? 227 00:16:23,418 --> 00:16:24,501 Boleh. 228 00:16:25,501 --> 00:16:26,501 Bagus. 229 00:16:27,876 --> 00:16:29,543 Saya nak tanya, Avatar Aang. 230 00:16:30,043 --> 00:16:33,001 Apa strategi terbaik untuk pertempuran ini? 231 00:16:33,001 --> 00:16:36,209 Boleh kamu ketuai pasukan serangan depan? 232 00:16:36,209 --> 00:16:38,293 Kamu boleh menggempur dan serang... 233 00:16:38,293 --> 00:16:42,834 Sebenarnya, olahan udara merupakan disiplin pertahanan. 234 00:16:43,459 --> 00:16:46,251 Kami biasanya lari dan cuba elak pertempuran. 235 00:16:46,251 --> 00:16:48,334 Kamu bukan setakat pengolah udara. 236 00:16:48,959 --> 00:16:50,084 Kamu Avatar. 237 00:16:52,168 --> 00:16:54,834 Saya belum menguasai olahan unsur lain. 238 00:16:55,751 --> 00:16:59,626 Saya datang ke sini supaya seseorang boleh ajar saya. 239 00:16:59,626 --> 00:17:03,168 Kami dengar cerita tentang kamu menyelamatkan masyarakat. 240 00:17:03,168 --> 00:17:05,626 Kamu tewaskan platun Negara Api 241 00:17:05,626 --> 00:17:07,501 dan melawan raksasa. 242 00:17:07,501 --> 00:17:09,418 Macam mana kamu buat semua itu? 243 00:17:10,543 --> 00:17:11,918 Kawan-kawan saya bantu. 244 00:17:12,418 --> 00:17:13,709 Kami bekerjasama. 245 00:17:15,293 --> 00:17:19,584 Kamu sepatutnya fokus kepada latihan semasa dalam perjalanan. 246 00:17:26,668 --> 00:17:29,209 Kita tak boleh berharap kepada Avatar. 247 00:17:36,709 --> 00:17:38,459 Air ialah kehidupan. 248 00:17:39,043 --> 00:17:42,126 Air membolehkan hidupan bertumbuh... 249 00:17:46,626 --> 00:17:48,751 dan beransur sembuh. 250 00:17:56,793 --> 00:18:01,001 Tuan Guru Pakku dah pesan, ada tetamu istimewa akan datang hari ini. 251 00:18:01,001 --> 00:18:02,376 Terima kasih. 252 00:18:03,043 --> 00:18:06,834 Saya tahu tentang penyembuhan air. Tak sangka ia masih diamalkan. 253 00:18:06,834 --> 00:18:09,751 Ya, ia sangat penting dalam budaya kami. 254 00:18:10,334 --> 00:18:11,501 Kamu nak cuba? 255 00:18:18,418 --> 00:18:21,709 Rasai aliran tenaga yang bergerak ke seluruh badan. 256 00:18:21,709 --> 00:18:27,209 Sambungkan aliran itu kepada tenaga dalam diri kita. 257 00:18:27,793 --> 00:18:29,043 Penyembuhan... 258 00:18:31,126 --> 00:18:33,251 bukan sekadar proses fizikal. 259 00:18:34,501 --> 00:18:36,126 Ia memerlukan empati. 260 00:18:36,126 --> 00:18:40,459 Kita mesti faham makna merasai kesakitan. 261 00:18:41,251 --> 00:18:43,251 Kemudian, lenyapkan kesakitan itu. 262 00:18:49,001 --> 00:18:50,334 Kamu sangat berbakat. 263 00:18:50,834 --> 00:18:51,959 Terima kasih. 264 00:18:51,959 --> 00:18:54,334 Makin lama, makin cepat saya belajar. 265 00:18:54,834 --> 00:18:56,751 Kami perlu pantas berfikir. 266 00:18:56,751 --> 00:18:59,793 Minda pasti fokus kalau diserang dengan bebola api. 267 00:19:01,334 --> 00:19:04,084 Oh, ya. Bila kita nak berlatih bertempur? 268 00:19:04,084 --> 00:19:05,001 Apa? 269 00:19:05,001 --> 00:19:09,126 Olahan asas saya agak bagus, tapi saya perlu tingkatkan ketepatan 270 00:19:09,126 --> 00:19:10,168 dan kuasa. 271 00:19:10,751 --> 00:19:12,418 Maaf. Wanita tak bertempur. 272 00:19:13,084 --> 00:19:17,626 - Wanita menyembuhkan, bukan mencederakan. - Saya tak nak menyembuhkan saja. 273 00:19:17,626 --> 00:19:20,251 Penyembuhan tradisi yang mulia dan suci. 274 00:19:20,251 --> 00:19:22,001 Tugas paling penting. 275 00:19:22,001 --> 00:19:24,043 Maaf, bukan itu maksud saya. 276 00:19:24,043 --> 00:19:25,126 Saya cuma rasa 277 00:19:26,168 --> 00:19:28,209 saya lebih mahir bertempur. 278 00:19:28,209 --> 00:19:31,668 Jadi, kalau boleh, saya nak belajar teknik berlawan. 279 00:19:31,668 --> 00:19:35,209 Dalam Puak Air Utara, wanita dilarang berlawan. 280 00:19:35,793 --> 00:19:36,834 "Dilarang"? 281 00:19:37,709 --> 00:19:38,751 Itu tak patut. 282 00:19:38,751 --> 00:19:40,168 Tapi itulah adat kami. 283 00:19:51,668 --> 00:19:52,709 Saya faham. 284 00:19:55,293 --> 00:19:56,501 Mereka nampak bagus. 285 00:19:57,918 --> 00:20:02,376 Kami latih mereka sebaik mungkin. Mereka tak tahu bahaya yang mendatang. 286 00:20:02,376 --> 00:20:04,293 Mereka tak pernah berperang. 287 00:20:04,293 --> 00:20:08,126 Mereka akan bertarung dengan baik bawah pimpinan awak. 288 00:20:10,418 --> 00:20:11,334 Jadi... 289 00:20:13,418 --> 00:20:14,334 Puteri Yue. 290 00:20:15,959 --> 00:20:16,959 Dia nampak hebat. 291 00:20:17,584 --> 00:20:21,418 Yue seorang yang berdedikasi, baik hati dan pemurah. 292 00:20:22,084 --> 00:20:25,668 Dia melambangkan keunggulan puak kami. Dialah yang terbaik. 293 00:20:28,043 --> 00:20:29,043 Awak suka dia. 294 00:20:31,584 --> 00:20:32,751 Saya dan puteri itu 295 00:20:34,001 --> 00:20:35,168 pernah ditunangkan. 296 00:20:35,751 --> 00:20:39,418 Ia diaturkan ketika kami kecil, tapi apabila usianya 16 tahun, 297 00:20:39,418 --> 00:20:41,293 dia memutuskannya. 298 00:20:42,293 --> 00:20:44,334 Dia memang ada hak. 299 00:20:46,293 --> 00:20:47,126 Aduhai. 300 00:20:47,668 --> 00:20:49,334 Dia tak pernah beri sebab. 301 00:20:50,543 --> 00:20:51,501 Jadi, 302 00:20:53,251 --> 00:20:54,584 awak rela hati 303 00:20:56,001 --> 00:20:57,209 untuk mengahwininya? 304 00:21:06,084 --> 00:21:08,834 Terima kasih kerana ziarah makam Avatar Kuruk. 305 00:21:09,626 --> 00:21:11,709 Saya bukan sekadar nak ziarah. 306 00:21:12,959 --> 00:21:15,918 Saya nak minta bantuan Kuruk dalam pertempuran ini. 307 00:21:20,668 --> 00:21:22,459 Tak bolehkah? 308 00:21:23,126 --> 00:21:26,043 Dah lama orang tak datang untuk minta bantuannya. 309 00:21:26,709 --> 00:21:29,084 Ingatannya dah banyak yang hilang. 310 00:21:29,668 --> 00:21:33,293 Sewaktu jadi Avatar, Kuruk kurang libatkan diri dengan dunia. 311 00:21:33,293 --> 00:21:35,876 Ada orang kata dia tertawan kepada Alam Roh 312 00:21:35,876 --> 00:21:38,334 dan banyak meluangkan masa di sana. 313 00:21:38,334 --> 00:21:41,084 Malang sekali, itu bermakna dia jarang ada 314 00:21:41,084 --> 00:21:43,626 untuk bantu selesaikan masalah kami. 315 00:21:43,626 --> 00:21:48,251 Dia tak menjalankan tugas sebagai Avatar dan menghampakan semua orang. 316 00:21:49,209 --> 00:21:51,459 Saya percaya dia ada sebab tersendiri. 317 00:21:52,126 --> 00:21:55,168 Saya harap begitulah kerana saya perlukan bantuan. 318 00:21:55,168 --> 00:21:59,084 Dia seorang saja yang mungkin faham keadaan saya. 319 00:22:33,834 --> 00:22:34,834 Helo, Aang. 320 00:22:36,293 --> 00:22:37,959 Kau dah tiba di Kutub Utara. 321 00:22:37,959 --> 00:22:40,834 Ya. Puak Air Utara dalam bahaya. 322 00:22:40,834 --> 00:22:45,209 Avatar Kyoshi tunjuk bayangan Agna Qel'a dimusnahkan oleh Negara Api. 323 00:22:45,209 --> 00:22:47,209 Aku perlu mencegahnya. 324 00:22:47,209 --> 00:22:48,501 Kau tak boleh cegah. 325 00:22:49,751 --> 00:22:52,209 Kalau dia tunjuk Kutub Utara dimusnahkan, 326 00:22:52,834 --> 00:22:54,043 ia pasti berlaku. 327 00:22:54,626 --> 00:22:57,001 Tapi natijah perang masih belum tentu. 328 00:22:57,584 --> 00:22:59,876 Sama ada Negara Api akan menang 329 00:22:59,876 --> 00:23:02,084 atau pengolah air dapat bertahan, 330 00:23:03,126 --> 00:23:05,001 semuanya bergantung pada kau. 331 00:23:05,751 --> 00:23:09,251 - Aku cuma seorang budak. - Tak, kau Avatar. 332 00:23:09,251 --> 00:23:10,876 Sewaktu di Pulau Kyoshi, 333 00:23:10,876 --> 00:23:14,376 Avatar Kyoshi bantu aku menyerlahkan tenaga luar biasa. 334 00:23:14,376 --> 00:23:15,626 Paduan Avatar. 335 00:23:15,626 --> 00:23:18,668 Ya! Ia memberikan kekuatan seribu pengolah. 336 00:23:19,251 --> 00:23:21,501 Aku boleh guna untuk selamatkan Utara. 337 00:23:21,501 --> 00:23:23,543 Tapi untuk mengawalnya, 338 00:23:23,543 --> 00:23:26,043 kau perlu menguasai unsur-unsur lain. 339 00:23:26,043 --> 00:23:28,709 Ketika itu, Kyoshi boleh mengawalnya. 340 00:23:28,709 --> 00:23:31,459 Dia menyalurkan kuasa itu melalui badan aku. 341 00:23:31,459 --> 00:23:34,084 Dia yang kawal. Kau boleh buat begitu. 342 00:23:34,084 --> 00:23:35,334 Tak boleh. 343 00:23:35,334 --> 00:23:38,043 - Boleh. Kyoshi dah buat. - Aku bukan Kyoshi. 344 00:23:38,043 --> 00:23:40,293 - Tapi kau boleh buat! - Tak boleh! 345 00:23:46,126 --> 00:23:48,501 Selepas aku menjadi Avatar, 346 00:23:49,584 --> 00:23:53,209 aku dapat tahu yang roh-roh jahat hampir menyeberang 347 00:23:53,209 --> 00:23:55,543 dari Alam Roh ke alam kita. 348 00:23:56,251 --> 00:23:57,751 Aku perlu halang mereka, 349 00:23:58,584 --> 00:24:01,376 jadi aku lawan mereka sepanjang hayat aku. 350 00:24:01,959 --> 00:24:04,293 Perang antara aku dengan roh-roh itu 351 00:24:05,501 --> 00:24:09,001 telah melukakan jasad aku dan merosakkan jiwa aku. 352 00:24:09,001 --> 00:24:10,459 Dalam keadaan ini, 353 00:24:11,543 --> 00:24:14,126 aku tak mampu mengawal Paduan Avatar 354 00:24:14,126 --> 00:24:15,876 lebih daripada kau. 355 00:24:17,876 --> 00:24:20,293 Walaupun aku mengorbankan segala-galanya, 356 00:24:21,543 --> 00:24:24,918 aku gagal menyelamatkan insan yang paling bermakna. 357 00:24:25,501 --> 00:24:28,959 Satu roh pemangsa datang untuk balas dendam terhadap aku. 358 00:24:30,376 --> 00:24:32,543 Ummi, cinta hati aku, 359 00:24:33,918 --> 00:24:35,376 menanggung akibatnya. 360 00:24:37,334 --> 00:24:39,376 Roh itu mencuri wajahnya. 361 00:24:41,418 --> 00:24:43,334 - Koh. - Dengar sini, Aang. 362 00:24:44,126 --> 00:24:47,543 Avatar mesti bergerak seorang diri. 363 00:24:48,209 --> 00:24:50,834 Kalau tak, orang yang kau sayang akan merana. 364 00:24:56,543 --> 00:24:58,668 Maaf. Saya cari Katara. 365 00:25:02,918 --> 00:25:04,043 Saya pergi dulu. 366 00:25:04,834 --> 00:25:06,084 Ada yang tak kena? 367 00:25:07,626 --> 00:25:09,251 Tak, saya cuma 368 00:25:10,668 --> 00:25:11,626 agak penat. 369 00:25:12,918 --> 00:25:16,751 Mungkin awak perlu pergi supaya otak awak akan hilang bingung. 370 00:25:23,376 --> 00:25:24,876 Betullah! Memang awak! 371 00:25:24,876 --> 00:25:26,626 - Ya. - Awak musang itu! 372 00:25:26,626 --> 00:25:27,709 Ya. 373 00:25:27,709 --> 00:25:28,959 Macam mana? 374 00:25:33,959 --> 00:25:37,376 Tak lama selepas saya lahir, saya sakit teruk, 375 00:25:37,959 --> 00:25:41,334 jadi ayah merayu kepada roh agar selamatkan nyawa saya. 376 00:25:41,334 --> 00:25:44,751 Kemudian, satu keajaiban berlaku. 377 00:25:45,459 --> 00:25:47,834 Roh bulan mengabulkan doanya. 378 00:25:48,334 --> 00:25:51,584 Roh itu kurniakan sedikit kuasa dan saya kembali sihat. 379 00:25:53,543 --> 00:25:55,501 Pada malam itulah rambut saya berubah warna. 380 00:25:55,501 --> 00:25:58,959 Jadi, awak sebenarnya roh? 381 00:26:00,251 --> 00:26:01,918 Suku roh, tiga suku manusia. 382 00:26:01,918 --> 00:26:05,376 Maka, saya boleh jadi jambatan antara kedua-dua alam. 383 00:26:05,376 --> 00:26:07,334 Saya menjadi pendeta 384 00:26:07,334 --> 00:26:10,251 untuk bantu orang berhubung dengan rohani mereka. 385 00:26:10,834 --> 00:26:13,626 Saya juga boleh pergi ke Alam Roh 386 00:26:14,209 --> 00:26:15,293 dalam mimpi. 387 00:26:15,293 --> 00:26:17,418 Jadi, awak ke sana suka-suka? 388 00:26:17,418 --> 00:26:18,584 Mestilah. 389 00:26:19,209 --> 00:26:20,834 Alam itu ajaib. 390 00:26:20,834 --> 00:26:22,626 Saya tak rasa begitu. 391 00:26:22,626 --> 00:26:23,834 Awak tak suka? 392 00:26:24,334 --> 00:26:25,709 Kenapa tak suka pula? 393 00:26:25,709 --> 00:26:28,168 Badan hampir dibaham roh raksasa, 394 00:26:28,168 --> 00:26:32,251 wajah hampir dimakan pemangsa, diingatkan tentang memori menyakitkan... 395 00:26:32,251 --> 00:26:33,376 Menyakitkan? 396 00:26:36,543 --> 00:26:37,751 Tak ada apa-apa pun. 397 00:26:38,584 --> 00:26:39,418 Abaikan saja. 398 00:26:40,001 --> 00:26:41,126 Jangan buat begitu. 399 00:26:42,751 --> 00:26:44,793 Jangan remehkan hal yang besar. 400 00:26:47,709 --> 00:26:49,626 Ia berlaku semasa saya kecil. 401 00:26:51,626 --> 00:26:54,543 Saya terdengar ayah saya kata dia kecewa akan saya 402 00:26:56,084 --> 00:26:58,043 dan saya tak layak jadi pahlawan. 403 00:27:01,084 --> 00:27:02,334 Dia tak percaya saya. 404 00:27:04,834 --> 00:27:07,959 Awak tahu apa saya ingat tentang awak di Alam Roh? 405 00:27:10,334 --> 00:27:12,251 Awak risau tentang kawan-kawan. 406 00:27:12,251 --> 00:27:15,126 Mereka dalam masalah, dan awak nak bantu mereka. 407 00:27:16,459 --> 00:27:17,918 Hati nurani awak. 408 00:27:19,626 --> 00:27:21,418 Itu yang membezakan diri awak. 409 00:27:22,793 --> 00:27:24,876 Itu yang menjadikan awak pahlawan. 410 00:27:27,876 --> 00:27:31,001 Jika ayah awak nampak awak sekarang, pasti dia setuju. 411 00:27:37,084 --> 00:27:38,626 Saya nak tanya. 412 00:27:41,084 --> 00:27:42,876 Kenapa tak nak bersama Hahn? 413 00:27:43,543 --> 00:27:46,001 Hahn seorang yang hebat. 414 00:27:46,918 --> 00:27:49,418 Dia lelaki idaman para gadis. 415 00:27:51,459 --> 00:27:54,209 Tapi dia bukan jejaka impian saya. 416 00:28:04,293 --> 00:28:06,084 Kawan-kawan penting bagi aku. 417 00:28:06,084 --> 00:28:09,418 Aku perlukan mereka. Aku masih bertahan kerana mereka. 418 00:28:09,418 --> 00:28:12,043 Aku akan berjaya dengan bantuan mereka. 419 00:28:13,126 --> 00:28:14,793 Kami Pasukan Avatar. 420 00:28:14,793 --> 00:28:17,376 Tak ada Pasukan Avatar. 421 00:28:17,959 --> 00:28:20,334 Avatar hanya berseorangan. 422 00:28:20,334 --> 00:28:23,376 Jangan fikir tentang perkara yang kau perlukan. 423 00:28:23,376 --> 00:28:26,251 Fikirlah tentang yang terbaik untuk mereka. 424 00:28:26,251 --> 00:28:31,168 Sebagai seorang Avatar, kau yang harus memikul bebanan. 425 00:28:31,918 --> 00:28:33,668 Seorang diri. 426 00:28:34,168 --> 00:28:37,043 Saya yang ukir sendiri. 427 00:28:38,876 --> 00:28:40,043 Beruang! 428 00:28:40,043 --> 00:28:42,126 Sebenarnya, itu ikan. 429 00:28:42,126 --> 00:28:43,501 Nampak? Ada sirip. 430 00:28:48,501 --> 00:28:50,584 Hei. Awak dah jumpa Kuruk? 431 00:28:50,584 --> 00:28:51,876 Dia boleh tolong? 432 00:28:53,293 --> 00:28:54,751 Dia tak boleh tolong. 433 00:28:58,084 --> 00:28:59,168 Saya bersendirian. 434 00:29:01,584 --> 00:29:04,626 Katara, macam mana latihan kamu dengan Yagoda? 435 00:29:04,626 --> 00:29:06,418 Baik, tapi saya nak tanya. 436 00:29:07,084 --> 00:29:08,834 Saya bertugas di mana ketika perang? 437 00:29:10,043 --> 00:29:13,459 Wanita tak dibenarkan bertempur. Saya ingat kamu tahu. 438 00:29:13,459 --> 00:29:17,459 Tak, saya tak tahu. Kalau saya tahu pun, saya takkan terima. 439 00:29:17,459 --> 00:29:20,876 Bukan soal kamu terima atau tak, tapi ini soal adat kami. 440 00:29:20,876 --> 00:29:22,668 Adat ini bodoh dan tak patut. 441 00:29:22,668 --> 00:29:24,334 Tak usah persoalkan. 442 00:29:24,334 --> 00:29:27,251 Saya lawan pengolah api sejak tinggalkan kampung. 443 00:29:27,251 --> 00:29:28,584 Orang tuan pula? 444 00:29:28,584 --> 00:29:29,709 - Tak penting. - Kenapa? 445 00:29:29,709 --> 00:29:31,626 Ini tentang kamu, bukan mereka. 446 00:29:31,626 --> 00:29:35,251 Kamu tak cukup kuat. Wanita tak cukup kuat. 447 00:29:36,043 --> 00:29:40,334 Kamu tak berlatih dan bersedia untuk berkorban nyawa demi puak kami. 448 00:29:42,001 --> 00:29:46,251 Saya takkan biar tempat ini ditimpa nasib yang sama macam Puak Selatan. 449 00:29:59,751 --> 00:30:01,126 Saya dilarang berlawan. 450 00:30:01,626 --> 00:30:03,709 Mereka dah lama terperuk di sini, 451 00:30:03,709 --> 00:30:06,168 jadi pemikiran mereka ketinggalan zaman. 452 00:30:07,876 --> 00:30:09,668 Kita patut bincang dengan Yue. 453 00:30:10,751 --> 00:30:13,293 - Mungkin... - Kita patut dengar cakap mereka. 454 00:30:16,793 --> 00:30:18,459 Lebih baik awak tak lawan. 455 00:30:20,293 --> 00:30:23,834 Perang ini tak sama macam pertempuran kita sebelum ini. 456 00:30:23,834 --> 00:30:25,959 Ramai akan cedera dan terkorban. 457 00:30:28,168 --> 00:30:29,918 Saya tak nak hilang awak dan Sokka. 458 00:30:31,084 --> 00:30:33,168 Aang, awak takkan kehilangan kami. 459 00:30:33,168 --> 00:30:35,543 Risiko itu pun buat saya terganggu. 460 00:30:36,126 --> 00:30:37,709 Mereka perlukan Avatar. 461 00:30:39,543 --> 00:30:41,793 Saya tak boleh jadi Avatar jika awak ada. 462 00:31:07,918 --> 00:31:11,543 Apa orang akan gelar saya apabila berita tersebar di Ibu Kota? 463 00:31:12,834 --> 00:31:16,876 Saya suka "Zhao Si Penakluk". Bunyinya agak bergaya. 464 00:31:16,876 --> 00:31:19,876 Laksamana, menurut pelan pertempuran ini, 465 00:31:19,876 --> 00:31:22,459 kamu mahu menyerang Agna Qel'a dari depan. 466 00:31:22,459 --> 00:31:26,459 Tiga sisi kota itu dikelilingi oleh sekatan yang tak boleh dilalui. 467 00:31:26,459 --> 00:31:28,876 Tembok ais mengadang bahagian depan. 468 00:31:28,876 --> 00:31:32,918 Kenapa kamu rasa kamu boleh berjaya padahal ramai yang dah gagal? 469 00:31:33,668 --> 00:31:37,459 Sebab saya ada sesuatu yang mereka semua tak ada. 470 00:31:38,709 --> 00:31:41,084 Takdir menyebelahi saya. 471 00:31:42,168 --> 00:31:44,793 Tak seperti yang digembar-gemburkan, 472 00:31:44,793 --> 00:31:48,084 pengolah air tak lemah, dan mereka bukan pengecut. 473 00:31:48,084 --> 00:31:52,293 Jika kita pandang rendah kepada mereka, pasti dahsyat akibatnya nanti. 474 00:31:52,293 --> 00:31:53,293 Mustahil. 475 00:31:53,293 --> 00:31:57,834 Armada kita telah dilengkapi dengan senjata baharu yang lebih hebat, 476 00:31:57,834 --> 00:32:00,834 tapi yang lebih penting... 477 00:32:05,251 --> 00:32:07,668 saya sendiri dah mengaturkan sesuatu 478 00:32:09,126 --> 00:32:11,209 untuk memastikan kemenangan kita. 479 00:32:11,209 --> 00:32:12,501 Apa itu? 480 00:32:13,418 --> 00:32:14,376 Ini... 481 00:32:15,918 --> 00:32:17,668 Inilah takdir. 482 00:32:20,126 --> 00:32:23,334 Dia nak terus serang kubu itu macam lembu ghairah. 483 00:32:23,334 --> 00:32:25,793 Mungkin ada rancangan lain dirahsiakan. 484 00:32:28,834 --> 00:32:31,584 Pak cik silap. Zhao nampaknya lebih berbahaya. 485 00:32:31,584 --> 00:32:32,543 Saya pun sedar 486 00:32:32,543 --> 00:32:35,293 sewaktu berenang dari bot saya yang terbakar. 487 00:32:35,293 --> 00:32:38,251 Kita hampir tiba ke Utara. Kamu ada rancangan? 488 00:32:38,251 --> 00:32:39,543 Rancangan? 489 00:32:40,626 --> 00:32:44,293 Saya nak buktikan ayahanda tak silap kerana amanahkan misi ini. 490 00:32:44,834 --> 00:32:47,543 Saya nak pergi ke sana dan tangkap Avatar. 491 00:32:48,418 --> 00:32:51,293 Saya nak tuntut semula hak saya! 492 00:32:53,251 --> 00:32:54,543 Tak ada rancangan? 493 00:32:56,001 --> 00:32:57,334 Saya masih cari ilham. 494 00:32:59,126 --> 00:33:01,418 Tak sangka Zhao berani begini sekali. 495 00:33:01,418 --> 00:33:03,334 Pak cik tak rasa dia mampu. 496 00:33:03,334 --> 00:33:06,501 Pak cik rasa ada orang lain tolong dia. 497 00:33:07,376 --> 00:33:09,168 Seseorang yang lebih bijak. 498 00:33:11,668 --> 00:33:12,918 Pilih lawan tuanku. 499 00:33:18,334 --> 00:33:19,168 Tak nak. 500 00:33:19,876 --> 00:33:22,668 - Tuanku mesti pilih... - Tak nak. Cukuplah. 501 00:33:22,668 --> 00:33:26,168 - Azula, jangan main-main. - Bukan anakanda yang main-main. 502 00:33:26,168 --> 00:33:29,418 Ini peluang terakhir kamu. Sama ada lawan atau gagal. 503 00:33:35,168 --> 00:33:36,126 Tak nak. 504 00:33:39,793 --> 00:33:40,751 Berani kamu, ya? 505 00:34:30,001 --> 00:34:31,251 Nak uji anakanda? 506 00:34:32,584 --> 00:34:33,709 Lepaskan anakanda. 507 00:34:34,668 --> 00:34:37,918 Biar anakanda keluar dan buktikan kemampuan sebenar. 508 00:34:38,626 --> 00:34:40,959 Anakanda dah jemu bermain-main di sini. 509 00:34:50,376 --> 00:34:51,543 Pakku bebal. 510 00:34:53,959 --> 00:34:55,709 Pandangan orang tak penting. 511 00:34:55,709 --> 00:34:58,668 Ayah rasa abang tak mampu menjadi pahlawan hebat, 512 00:34:58,668 --> 00:35:00,793 tapi abang boleh menyerlah dalam hal lain. 513 00:35:01,376 --> 00:35:03,876 Yang penting, abang sendiri yang tentukan. 514 00:35:04,751 --> 00:35:08,793 Kamu pun boleh tentukan kehidupan kamu. Bukan Pakku atau sesiapa pun. 515 00:35:10,876 --> 00:35:12,834 Saya akan cabar Pakku bertarung. 516 00:35:13,668 --> 00:35:15,626 Saya tahu. Dia seorang guru. 517 00:35:15,626 --> 00:35:19,001 Mungkin saya akan teruk dibelasah, tapi saya tak peduli. 518 00:35:19,543 --> 00:35:21,543 Sejak dulu saya pendam kebolehan. 519 00:35:21,543 --> 00:35:24,001 Saya takkan biar orang lain halang saya. 520 00:35:28,168 --> 00:35:29,001 Katara. 521 00:35:31,459 --> 00:35:34,709 Di Kuil Udara Selatan, kamu kata kita perlu ikut Aang 522 00:35:36,209 --> 00:35:38,293 dan bantu dia selamatkan dunia. 523 00:35:40,168 --> 00:35:41,001 Kamu betul. 524 00:35:41,751 --> 00:35:42,959 Kalau kita tak ikut, 525 00:35:42,959 --> 00:35:46,084 mustahil abang akan lihat dua budak Puak Air Selatan 526 00:35:46,084 --> 00:35:47,668 mampu menandingi sesiapa. 527 00:35:48,709 --> 00:35:51,876 Pengolah api, pengolah tanah dan makhluk Alam Roh. 528 00:35:51,876 --> 00:35:54,334 Pahlawan Puak Air Utara yang perkasa... 529 00:35:54,334 --> 00:35:57,834 Kalau abang cuba ubah fikiran saya, langsung tak berkesan. 530 00:35:57,834 --> 00:36:00,418 Apa? Siapa pula nak ubah fikiran kamu? 531 00:36:01,959 --> 00:36:03,751 Tak, maksud abang... 532 00:36:06,543 --> 00:36:07,668 pergi kerjakan dia. 533 00:36:15,918 --> 00:36:16,751 Apa halnya? 534 00:36:17,751 --> 00:36:19,126 Saya takkan lawan kamu. 535 00:36:19,126 --> 00:36:21,668 Tuan takut tuan akan terbukti salah. 536 00:36:21,668 --> 00:36:22,584 Tolonglah. 537 00:36:22,584 --> 00:36:25,751 Kembalilah ke pondok penyembuhan bersama wanita lain. 538 00:36:35,334 --> 00:36:37,418 Baiklah. Kamu nak belajar berlawan? 539 00:36:38,043 --> 00:36:39,501 Lihat betul-betul. 540 00:37:20,918 --> 00:37:22,043 Dah puas? 541 00:37:33,626 --> 00:37:35,126 Itu saja yang tuan mampu? 542 00:38:47,043 --> 00:38:48,501 Saya mengaku. 543 00:38:49,084 --> 00:38:52,918 - Kamu pengolah air yang hebat. - Tapi tuan tak izinkan berlawan. 544 00:38:54,251 --> 00:38:55,084 Tak. 545 00:39:04,751 --> 00:39:06,709 Tak ada orang pernah cabar Tuan Guru Pakku. 546 00:39:06,709 --> 00:39:08,168 Hebatnya. 547 00:39:08,168 --> 00:39:10,501 Macam mana awak buat cakera ais itu? 548 00:39:10,501 --> 00:39:11,709 Boleh ajar saya? 549 00:39:14,918 --> 00:39:17,959 Tak ada sesiapa akan kata kamu tak cukup kuat lagi. 550 00:39:19,334 --> 00:39:21,293 Tak, mereka akan kata saya kalah. 551 00:39:22,418 --> 00:39:23,293 Yakah? 552 00:39:31,668 --> 00:39:35,334 Awak tak nak kami bersama awak kerana takut kehilangan kami, 553 00:39:35,334 --> 00:39:37,251 tapi saya nak berlawan. 554 00:39:37,251 --> 00:39:39,168 Bukan awak atau Pakku tentukan. 555 00:39:39,168 --> 00:39:42,709 Ya. Awak ingat kami ikut ke sini untuk biar awak sendirian? 556 00:39:43,209 --> 00:39:44,334 Bebal punya Avatar. 557 00:39:45,709 --> 00:39:47,668 Saya tak yakin boleh jaga kamu. 558 00:39:47,668 --> 00:39:48,918 Memang tak boleh. 559 00:39:48,918 --> 00:39:54,084 Ya, bukan Avatar saja yang risau tentang orang yang mungkin terluka. 560 00:39:54,084 --> 00:39:56,084 Itulah maknanya sebuah keluarga. 561 00:39:58,501 --> 00:40:00,334 Kuruk, Roku, Kyoshi. 562 00:40:00,334 --> 00:40:03,501 Mereka semua kata saya perlu hadapinya seorang diri. 563 00:40:04,293 --> 00:40:06,543 Avatar perlu tanggung beban sendirian. 564 00:40:07,876 --> 00:40:08,793 Ini masa lalu. 565 00:40:08,793 --> 00:40:11,251 Hanya seorang boleh tentukan masa depan. 566 00:40:11,251 --> 00:40:13,793 Insan yang akan menulis Legenda Aang. 567 00:40:17,584 --> 00:40:19,834 Dia maksudkan awak. Awak faham, bukan? 568 00:40:33,584 --> 00:40:34,543 Jelaga. 569 00:40:35,501 --> 00:40:36,876 Negara Api hampir tiba. 570 00:40:38,168 --> 00:40:39,084 Okey. 571 00:40:41,793 --> 00:40:42,793 Masa untuk lawan. 572 00:42:36,376 --> 00:42:39,293 Terjemahan sari kata oleh M Arrazi Azmi