1 00:00:17,959 --> 00:00:20,709 Kita terlalu sibuk menyembunyikan diri sebenar 2 00:00:21,209 --> 00:00:24,418 supaya tiada sesiapa nampak insan yang kita mahu jadi. 3 00:00:25,043 --> 00:00:27,626 Maka, sukar untuk ingat yang dahulu, 4 00:00:27,626 --> 00:00:32,751 kita rasa gembira untuk menyerlahkan wajah sebenar kita kepada dunia. 5 00:00:33,584 --> 00:00:34,584 Bergaya sungguh. 6 00:00:36,334 --> 00:00:38,168 Uniform itu cocok dengan kamu. 7 00:00:38,793 --> 00:00:41,668 Betulkah? Saya tak pandai pasang pelindung bahu. 8 00:00:44,418 --> 00:00:45,876 Dah. Cantik. 9 00:00:48,251 --> 00:00:49,751 - Kenapa? - Tak ada apa-apa. 10 00:00:49,751 --> 00:00:50,876 Beritahulah. 11 00:00:52,209 --> 00:00:54,751 Ikatan sarung tangan kamu salah. Orang takkan perasan. 12 00:00:54,751 --> 00:00:55,959 Apa? Betulkanlah! 13 00:00:58,376 --> 00:01:02,418 Majlis mesyuarat perang pertama pak cik tak begitu ramai orang. 14 00:01:02,418 --> 00:01:03,584 Ia lebih sulit. 15 00:01:04,251 --> 00:01:07,293 Ozai pula lebih suka kalau ada ramai orang. 16 00:01:07,293 --> 00:01:09,459 Ayahanda mengalu-alukan pendapat. 17 00:01:09,459 --> 00:01:14,126 Lebih elok kamu tak beri pendapat. Perhatikan dan belajar saja dulu. 18 00:01:16,793 --> 00:01:17,793 Siap. 19 00:01:21,584 --> 00:01:22,584 Macam mana rupa saya? 20 00:01:23,793 --> 00:01:25,251 Macam seorang putera. 21 00:01:36,918 --> 00:01:39,084 Kenapa ke arah lain? Siapa ubah? 22 00:01:41,959 --> 00:01:45,209 - Leftenan Jee, beta tanya. - Kami terima arahan baharu. 23 00:01:45,209 --> 00:01:47,626 - Arahan baharu daripada siapa? - Patik. 24 00:01:49,584 --> 00:01:55,001 Dah terlalu lama kita kejar-mengejar. Patik rasa kita perlu ubah strategi. 25 00:01:55,001 --> 00:01:56,334 Kamu rasa? 26 00:01:57,751 --> 00:01:59,709 Beta yang memburu Avatar. 27 00:02:00,418 --> 00:02:02,334 Beta yang mengetuai misi ini. 28 00:02:02,334 --> 00:02:05,001 Beta nakhoda kapal ini. 29 00:02:06,168 --> 00:02:07,251 Patik pula 30 00:02:08,584 --> 00:02:09,918 seorang laksamana. 31 00:02:11,626 --> 00:02:13,876 Raja Api Ozai rasa patik layak 32 00:02:14,459 --> 00:02:18,126 mengetuai semua operasi berkaitan penangkapan Avatar. 33 00:02:18,126 --> 00:02:20,751 Tuanku dipersilakan untuk membantu. 34 00:02:20,751 --> 00:02:22,668 Patik mengharapkannya. 35 00:02:22,668 --> 00:02:25,459 Patik perlukan semua sumber yang ada 36 00:02:26,501 --> 00:02:27,918 walau sekecil mana pun. 37 00:02:29,293 --> 00:02:30,376 Patik akan datang 38 00:02:31,501 --> 00:02:34,918 untuk membincangkan beberapa perubahan kakitangan 39 00:02:34,918 --> 00:02:36,793 yang patik mahu buat. 40 00:02:37,668 --> 00:02:39,209 Sementara itu, teruskan. 41 00:02:45,376 --> 00:02:46,584 Apa yang berlaku? 42 00:02:49,209 --> 00:02:51,209 Leftenan Jee, sambung haluan asal. 43 00:02:54,293 --> 00:02:55,584 Kamu dengar tak? 44 00:02:55,584 --> 00:02:57,876 Sambung haluan asal! 45 00:02:59,376 --> 00:03:01,459 Kamu tahu hukuman memberontak? 46 00:03:01,459 --> 00:03:04,126 Patik tahu, sebab itu patik tak boleh akur. 47 00:03:04,876 --> 00:03:07,209 Laksamana Zhao beri arahan dengan jelas 48 00:03:07,209 --> 00:03:09,334 berserta akibat jika kami ingkar. 49 00:03:15,043 --> 00:03:18,793 Kamu nak biarkan saja si bebal lemah itu mengarah kita? 50 00:03:19,293 --> 00:03:21,251 Dia tak tahu pentingnya misi ini! 51 00:03:22,876 --> 00:03:26,709 Kita tak boleh biar dia rampas segalanya selepas semua usaha kita. 52 00:03:39,834 --> 00:03:42,876 Sejak tiga tahun lalu, kita saling bergantung harap. 53 00:03:42,876 --> 00:03:44,668 Itu masih benar. 54 00:03:45,251 --> 00:03:48,418 Hanya anggota kapal ini tahu keadaan sebenar. 55 00:03:49,209 --> 00:03:51,876 Bukan Zhao yang layak mendapat kesetiaan kamu. 56 00:03:53,168 --> 00:03:54,751 - Tapi Zuko. - Kesetiaan? 57 00:03:54,751 --> 00:03:59,001 Panglima, maaflah, anak saudara tuan tak tahu erti kesetiaan. 58 00:03:59,001 --> 00:04:01,834 Kalau baginda tahu, pasti kami yang bersamanya 59 00:04:01,834 --> 00:04:04,918 siang malam selama tiga tahun, akan lebih dihormati. 60 00:04:04,918 --> 00:04:09,418 Sebaliknya, kami terpaksa bersabar dicaci, didera dan dimarahi oleh baginda. 61 00:04:09,918 --> 00:04:14,168 Baginda tak peduli akan pengorbanan kami kerana baginda tak pernah berkorban. 62 00:04:14,168 --> 00:04:15,334 Tanyalah sesiapa. 63 00:04:15,334 --> 00:04:19,084 Mereka akan kata, "Baginda putera, tapi bukan putera kami." 64 00:04:21,543 --> 00:04:22,459 Tuan. 65 00:04:31,001 --> 00:04:33,043 Saya tahu Zuko ada kekurangan. 66 00:04:34,084 --> 00:04:37,459 Tapi kamu mesti faham, dia telah melalui banyak kesusahan. 67 00:04:38,293 --> 00:04:41,084 Dia faham erti pengorbanan 68 00:04:41,876 --> 00:04:44,293 lebih daripada yang kamu mampu bayangkan. 69 00:05:06,751 --> 00:05:10,418 TOPENG 70 00:06:05,084 --> 00:06:07,418 Selamat sejahtera, pendeta bijaksana. 71 00:06:08,918 --> 00:06:12,126 Nama saya Aang. Saya mahu menziarahi makam Avatar Roku. 72 00:06:12,918 --> 00:06:13,834 Sebenarnya, 73 00:06:14,626 --> 00:06:15,709 saya Avatar. 74 00:06:15,709 --> 00:06:16,793 Kami tahu. 75 00:06:18,543 --> 00:06:19,376 Tunggu! 76 00:06:20,876 --> 00:06:22,459 Kamu golongan yang aman! 77 00:06:26,168 --> 00:06:27,584 Kejar dia! 78 00:06:31,793 --> 00:06:33,376 Saya berniat baik. 79 00:06:38,709 --> 00:06:41,043 Ini laluan ke makam Avatar Roku. Cepat. 80 00:06:41,834 --> 00:06:43,126 Mesti dia dekat! 81 00:06:43,626 --> 00:06:44,834 Cari di semua ruang. 82 00:06:56,293 --> 00:06:57,293 Bertenang. 83 00:06:57,959 --> 00:06:59,168 Ada kesan bau, ya? 84 00:07:03,501 --> 00:07:05,543 Okey, Nyla. Jom gerak. 85 00:07:08,501 --> 00:07:09,709 Nama saya Shyu. 86 00:07:10,209 --> 00:07:13,543 Saya percaya Avatar tak mewakili satu kerajaan, 87 00:07:14,626 --> 00:07:17,001 tapi pejuang ke arah dunia yang bersatu. 88 00:07:18,001 --> 00:07:21,043 Malangnya, Pendeta Agung dan pendeta lain percaya 89 00:07:21,043 --> 00:07:24,168 bahawa Raja Apilah pemimpin rohani sebenar mereka. 90 00:07:24,793 --> 00:07:26,459 Mereka dah hilang pedoman. 91 00:07:26,459 --> 00:07:30,043 Jadi, ini semua kepunyaan Roku? 92 00:07:30,043 --> 00:07:32,543 Ini peninggalan semua Avatar sebelum ini 93 00:07:32,543 --> 00:07:35,293 yang datuk saya kumpulkan untuk dipelihara. 94 00:07:39,209 --> 00:07:41,043 Saya perlu hubungi Avatar Roku. 95 00:07:41,043 --> 00:07:43,709 Hanya dia tahu cara selamatkan kawan saya. 96 00:07:45,959 --> 00:07:48,209 Saya akan tahan mereka selama mungkin. 97 00:07:53,501 --> 00:07:54,626 Ke tepi. 98 00:07:54,626 --> 00:07:59,126 Pendeta Agung, budak ini Avatar. Dialah harapan dunia. 99 00:07:59,793 --> 00:08:01,959 Ingatlah segala ajaran Avatar Roku. 100 00:08:01,959 --> 00:08:07,626 Api tak seharusnya menguasai, tapi wujud seimbang dengan unsur lain. 101 00:08:07,626 --> 00:08:11,709 Hanya Raja Api Ozai yang mampu membawa keseimbangan. 102 00:08:11,709 --> 00:08:14,293 Dia yang akan satukan dunia, bukan Avatar. 103 00:08:14,293 --> 00:08:17,876 Kamu tak tahu yang tak lama lagi, dia akan semakin berkuasa. 104 00:08:19,959 --> 00:08:20,793 Baiklah. 105 00:08:21,834 --> 00:08:23,168 Ini amaran terakhir, 106 00:08:23,168 --> 00:08:24,543 ke tepi. 107 00:08:26,043 --> 00:08:27,668 Saya tak boleh buat begitu. 108 00:08:28,251 --> 00:08:32,418 Kalau begitu, hanguslah kamu bersama golongan yang ingkar. 109 00:08:42,751 --> 00:08:46,876 Siapa yang berani mengganggu ketenangan Avatar? 110 00:08:49,126 --> 00:08:50,501 Ini aku, Aang. 111 00:08:50,501 --> 00:08:54,251 Bukankah mengikut adat, kau sepatutnya tunduk kepada orang tua? 112 00:08:56,876 --> 00:08:59,418 Mengalihkan pandangan? 113 00:09:01,793 --> 00:09:03,584 Serta lompat sebelah kaki? 114 00:09:09,376 --> 00:09:10,751 Maafkan aku! 115 00:09:10,751 --> 00:09:12,251 Aku tak boleh tahan. 116 00:09:12,251 --> 00:09:13,959 Selamat bertemu, Aang. 117 00:09:13,959 --> 00:09:16,418 Kenapa baru sekarang kau datang? 118 00:09:16,418 --> 00:09:19,001 Aku ingat kau akan minta nasihat aku lebih awal. 119 00:09:19,584 --> 00:09:20,918 Avatar Kyoshi kata 120 00:09:20,918 --> 00:09:24,668 aku perlu fahaminya sendiri kerana ia sebahagian perjalanan. 121 00:09:24,668 --> 00:09:26,543 Dia memang begitu. 122 00:09:26,543 --> 00:09:28,584 Kyoshi seorang yang... 123 00:09:32,876 --> 00:09:36,751 Aku ingat semua begitu. Bukankah Avatar jelmaan masing-masing? 124 00:09:36,751 --> 00:09:40,418 Percikan jiwa kita sama, tapi kita insan yang berbeza. 125 00:09:40,418 --> 00:09:41,959 Aku dan Kyoshi berbeza. 126 00:09:41,959 --> 00:09:44,584 Kau pun berbeza daripada kami berdua. 127 00:09:45,084 --> 00:09:49,209 Contohnya, menurut Kyoshi, apa tugas seorang Avatar? 128 00:09:49,209 --> 00:09:52,543 Menjadi pahlawan perkasa yang tak menaruh belas kasihan. 129 00:09:52,543 --> 00:09:57,209 Ya, adakala Avatar perlu menggunakan kekerasan dan ugutan, 130 00:09:57,209 --> 00:09:59,418 tapi selain menjadi pahlawan, 131 00:09:59,418 --> 00:10:02,001 Avatar juga perlu menjadi seorang diplomat. 132 00:10:02,001 --> 00:10:06,293 Jadi, kita boleh selesaikan masalah dunia tanpa perlu menyakiti sesiapa? 133 00:10:06,293 --> 00:10:11,209 Kita boleh cuba, tapi ada akibat kalau kita gagal. 134 00:10:11,876 --> 00:10:12,876 Akibat 135 00:10:14,084 --> 00:10:15,501 yang menyakitkan. 136 00:10:18,501 --> 00:10:22,459 Tapi macam Kyoshi juga, aku ada untuk membantu perjuangan kau. 137 00:10:22,459 --> 00:10:23,793 Mintalah apa-apa. 138 00:10:23,793 --> 00:10:25,209 Ia melibatkan Koh. 139 00:10:26,209 --> 00:10:27,584 Apa-apa kecuali itu. 140 00:10:27,584 --> 00:10:29,959 - Kau tak faham. - Kau yang tak faham. 141 00:10:30,584 --> 00:10:32,334 Koh ialah roh pemangsa 142 00:10:32,334 --> 00:10:35,001 yang boleh menyakiti kau dengan dahsyat. 143 00:10:35,001 --> 00:10:36,626 Tanyalah Avatar Kuruk. 144 00:10:36,626 --> 00:10:39,501 Aku tak ada pilihan, dan aku kesuntukan masa. 145 00:10:39,501 --> 00:10:42,501 Dia tangkap kawan aku, dan jika aku tak bertindak, 146 00:10:42,501 --> 00:10:43,668 habislah mereka. 147 00:10:44,584 --> 00:10:45,459 Tolonglah. 148 00:10:45,459 --> 00:10:47,376 Kau pernah kalahkan dia. 149 00:10:47,376 --> 00:10:52,043 Tak, aku tak pernah kalahkan dia. Aku cuma dapat ambil sesuatu daripada dia. 150 00:10:52,043 --> 00:10:56,418 Mungkin kau datang untuk pulangkan benda yang kau dah curi daripada aku. 151 00:10:56,418 --> 00:10:57,959 Apa yang kau ambil? 152 00:11:02,043 --> 00:11:06,626 Sebuah totem, lambang sesuatu yang Koh perlukan dan tak boleh lupakan. 153 00:11:07,126 --> 00:11:09,418 Loket ini milik Ibu Segala Wajah, 154 00:11:09,418 --> 00:11:13,876 roh purba yang mencipta wajah setiap makhluk hidup. 155 00:11:15,668 --> 00:11:20,293 Disebabkan dialah, wujudnya identiti di dunia ini. 156 00:11:20,293 --> 00:11:23,209 Dia merupakan mak kepada Koh. 157 00:11:24,251 --> 00:11:26,459 Perdambaan Koh sama macam kita semua. 158 00:11:27,543 --> 00:11:28,668 Keluarga. 159 00:11:28,668 --> 00:11:29,668 Totem? 160 00:11:31,751 --> 00:11:34,084 Tentu dia terima sebagai pertukaran. 161 00:11:35,168 --> 00:11:36,459 Terima kasih, Roku. 162 00:11:37,418 --> 00:11:38,626 Aang! 163 00:11:39,168 --> 00:11:41,168 Aku harap kawan-kawan kau selamat. 164 00:11:41,168 --> 00:11:44,293 Tapi sebenarnya, bagi Avatar, kawan boleh jadi... 165 00:11:46,501 --> 00:11:47,626 satu kelemahan. 166 00:11:48,209 --> 00:11:52,084 Avatar perlu buat pilihan yang mustahil, 167 00:11:52,084 --> 00:11:55,251 mengutamakan keperluan dunia berbanding diri sendiri. 168 00:11:55,251 --> 00:11:57,709 Aku dan Kyoshi sependapat dalam hal itu. 169 00:11:58,209 --> 00:11:59,418 Percayalah. 170 00:12:00,293 --> 00:12:02,876 Ia akan selamatkan kau dan insan tersayang 171 00:12:03,626 --> 00:12:05,918 daripada keperitan. 172 00:12:42,918 --> 00:12:44,501 Apa berlaku kepada mereka? 173 00:12:57,459 --> 00:12:58,751 Lumpuh. 174 00:13:12,043 --> 00:13:15,084 Semuanya akan baik-baik saja. 175 00:13:30,334 --> 00:13:34,168 Jadi, kau rupanya Avatar. Kenapalah semua orang kecoh sangat? 176 00:13:34,918 --> 00:13:36,168 Lepaskan aku. 177 00:13:36,168 --> 00:13:38,876 Tak, aku serius. Kau kena lepaskan aku. 178 00:13:38,876 --> 00:13:41,918 Orang bergantung pada aku. Dunia dalam ancaman. 179 00:13:41,918 --> 00:13:45,751 Aku ada dengar cerita yang kau nak selamatkan dunia. 180 00:13:49,834 --> 00:13:50,834 Beginilah. 181 00:13:51,793 --> 00:13:56,001 Ada orang tak perlu diselamatkan dan tahu cara menempuhi dunia ini. 182 00:13:57,001 --> 00:13:59,043 Ada pengolah api, pengolah tanah... 183 00:13:59,043 --> 00:14:00,793 Pengolah apa-apa sajalah. 184 00:14:01,543 --> 00:14:03,251 Mereka semua mahukan sesuatu 185 00:14:04,001 --> 00:14:05,793 dan sanggup berjuang untuknya. 186 00:14:06,293 --> 00:14:10,501 Kalau kau bijak, duduk saja, tunggu sehingga segala kemelut selesai 187 00:14:10,501 --> 00:14:13,209 dan teruskan hidup dengan semua yang selamat. 188 00:14:17,876 --> 00:14:21,043 Bagi aku, dunia ini elok saja begini. 189 00:14:25,418 --> 00:14:27,251 Masa dah tamat, Avatar. 190 00:14:34,168 --> 00:14:35,126 Kau berjaya. 191 00:14:35,668 --> 00:14:37,168 Kau berjaya tangkap dia. 192 00:14:39,251 --> 00:14:40,876 Kiralah dulu kalau nak. 193 00:14:44,126 --> 00:14:46,251 Aku percaya kau. Kau tahu sebabnya? 194 00:14:46,251 --> 00:14:49,001 Sebab kalau tak cukup, kau akan buru kami? 195 00:14:49,918 --> 00:14:52,084 Sebab kau sangat comel. 196 00:14:55,709 --> 00:14:57,001 Hati-hati. 197 00:14:57,001 --> 00:14:58,709 Dia sasaran yang hangat. 198 00:14:58,709 --> 00:15:00,793 Ramai pemburu tengah cari dia. 199 00:15:00,793 --> 00:15:02,418 Mereka berbahaya. 200 00:15:03,293 --> 00:15:04,668 Jumpa lagi, Avatar. 201 00:15:10,668 --> 00:15:14,751 Tolonglah, aku perlu buat sesuatu dulu. Aku akan datang balik. Sumpah. 202 00:15:15,334 --> 00:15:18,876 Kawan aku dalam bahaya. Aku saja boleh selamatkan mereka. 203 00:15:20,251 --> 00:15:23,543 Kalau aku tak pergi segera, aku akan kehilangan mereka. 204 00:15:25,626 --> 00:15:28,084 Kenapa? Kenapa kau tak dengar cakap aku? 205 00:15:29,084 --> 00:15:31,459 Kau tahu rasanya apabila orang bergantung pada kau? 206 00:15:31,459 --> 00:15:33,918 Nyawa seseorang dalam tangan kau? 207 00:15:33,918 --> 00:15:34,876 Aku tahu. 208 00:15:34,876 --> 00:15:37,501 Jadi, biarlah aku selamatkan mereka! 209 00:15:39,168 --> 00:15:40,043 Tak boleh. 210 00:15:43,668 --> 00:15:45,668 Mustahil kau begini dari dulu. 211 00:15:46,168 --> 00:15:48,084 Apa yang berlaku kepada kau? 212 00:15:50,543 --> 00:15:53,668 Tentera Kerajaan Tanah tertumpu di pantai selatan. 213 00:15:53,668 --> 00:15:56,543 Kita cuba apit, tapi mereka panjangkan barisan. 214 00:15:57,043 --> 00:15:58,709 Apa kata buat gerakan kacip? 215 00:15:59,209 --> 00:16:02,584 Itu kawasan cenuram. Mereka boleh atasi sebarang serangan. 216 00:16:02,584 --> 00:16:03,501 Ada pendapat? 217 00:16:03,501 --> 00:16:05,501 - Patik cadangkan... - Bukan kamu. 218 00:16:06,459 --> 00:16:07,293 Zuko. 219 00:16:08,668 --> 00:16:09,584 Ada pendapat? 220 00:16:16,668 --> 00:16:21,043 Taktik tanduk. Kepung mereka, buka satu laluan dan desak mereka keluar. 221 00:16:21,043 --> 00:16:24,834 Kamu tak dengar panglima cakap? Ada cenuram di satu sisi mereka. 222 00:16:27,543 --> 00:16:29,959 Kereta kebal tundra untuk pintas ke atas. 223 00:16:29,959 --> 00:16:32,043 Mereka pengolah tanah. 224 00:16:32,043 --> 00:16:35,251 Kereta kebal akan dihempap batu dalam beberapa saat. 225 00:16:36,584 --> 00:16:37,418 Anakanda... 226 00:16:39,793 --> 00:16:40,834 Anakanda... 227 00:16:41,584 --> 00:16:42,501 Panglima. 228 00:16:43,793 --> 00:16:45,959 Kita boleh arah satu divisyen mara 229 00:16:46,876 --> 00:16:47,918 ke sini. 230 00:16:47,918 --> 00:16:52,501 Apabila musuh sibuk menyerang mereka, kita boleh lancarkan serangan di sini 231 00:16:53,584 --> 00:16:54,418 dan sini. 232 00:16:55,793 --> 00:16:58,501 Kalau mereka di tengah, bagaimana nak berundur? 233 00:16:59,626 --> 00:17:02,293 - Mereka takkan berundur. - Mereka akan kalah. 234 00:17:05,584 --> 00:17:07,334 Kamu nak korbankan mereka. 235 00:17:08,209 --> 00:17:10,543 Pengorbanan ialah lumrah peperangan. 236 00:17:13,418 --> 00:17:15,501 Kamu cadangkan divisyen berapa? 237 00:17:15,501 --> 00:17:18,043 Divisyen 41. Kebanyakannya askar baharu. 238 00:17:18,043 --> 00:17:19,293 Mereka tak penting. 239 00:17:21,459 --> 00:17:22,376 Bagus. 240 00:17:34,418 --> 00:17:37,834 Kita tak belajar perkara begini daripada buku teks. 241 00:17:38,959 --> 00:17:42,251 Budak mentah tak patut campur dalam hal perang. 242 00:17:46,459 --> 00:17:47,918 Ia rancangan yang teruk. 243 00:17:49,959 --> 00:17:51,001 Apa tuanku cakap? 244 00:17:55,043 --> 00:17:58,751 Beta kata ia rancangan yang teruk! 245 00:17:59,668 --> 00:18:02,126 Askar akan terkorban. Untuk apa? 246 00:18:02,918 --> 00:18:04,959 Pegawai Negara Api tak patut mati begitu. 247 00:18:04,959 --> 00:18:06,418 Berani tuanku persoal... 248 00:18:06,418 --> 00:18:07,751 Cukup! 249 00:18:08,543 --> 00:18:10,918 Hanya ada satu cara untuk selesaikannya. 250 00:18:12,834 --> 00:18:13,876 Agni Kai. 251 00:18:30,751 --> 00:18:31,959 Ada orang di sana. 252 00:18:43,126 --> 00:18:45,376 Biar kami lalu! Kamu tahu beta siapa? 253 00:18:45,376 --> 00:18:46,668 Tentulah kami tahu. 254 00:18:48,709 --> 00:18:52,209 Kami juga tahu yang tuanku ingkar arahan patik. 255 00:18:52,876 --> 00:18:57,959 Memandangkan tuanku tak hormat patik, maknanya tuanku menghina ayahanda tuanku. 256 00:18:57,959 --> 00:19:02,543 Tapi tak mengejutkan pun jika diingat semula kisah yang tersebar. 257 00:19:04,584 --> 00:19:05,793 Kami akan ambil Avatar. 258 00:19:05,793 --> 00:19:07,459 Langkah mayat beta dulu. 259 00:19:10,293 --> 00:19:11,126 Menarik. 260 00:19:12,626 --> 00:19:13,543 Bagaimanapun... 261 00:19:18,501 --> 00:19:19,626 Pemanah Yuyan. 262 00:19:20,251 --> 00:19:23,043 Ozai cukup baik untuk pinjamkan mereka. 263 00:19:23,043 --> 00:19:28,168 Khabarnya mereka boleh memanah tepat sayap seekor kunang-kunang 264 00:19:28,168 --> 00:19:30,126 dari jarak seribu langkah. 265 00:19:31,418 --> 00:19:32,251 Patik rasa... 266 00:19:35,251 --> 00:19:37,543 ini langsung tak mencabar bagi mereka. 267 00:19:54,793 --> 00:19:56,668 Kamu nak bawa dia ke mana? 268 00:19:57,584 --> 00:19:59,668 Kami akan ke Kubu Pohuai malam ini. 269 00:19:59,668 --> 00:20:01,543 Kemudian, terus ke Ibu Kota. 270 00:20:01,543 --> 00:20:05,418 Pasti Raja Api tak sabar untuk mendapatkan tawanannya. 271 00:20:05,418 --> 00:20:09,626 Baginda dah tunggu lama, jadi patik tak nak buat baginda kecewa. 272 00:20:10,459 --> 00:20:13,751 Cukuplah baginda dah kecewa selama ini. 273 00:20:22,584 --> 00:20:25,001 Ikut Laluan Timur ke Pohuai. Boleh tiba sebelum senja. 274 00:20:25,001 --> 00:20:26,876 - Putera Zuko. - Awasi pemanah. 275 00:20:26,876 --> 00:20:29,168 Zhao mungkin arah mereka jaga Avatar... 276 00:20:29,168 --> 00:20:30,376 Zuko! 277 00:20:30,376 --> 00:20:33,084 Kubu Pohuai mustahil untuk dimasuki. 278 00:20:33,626 --> 00:20:36,001 Kamu rasa kenapa Zhao berterus terang? 279 00:20:36,584 --> 00:20:39,001 Orang yang nak mati saja berani serang. 280 00:20:39,001 --> 00:20:41,626 Banyak tentera dah cuba, tapi semua gagal. 281 00:20:41,626 --> 00:20:45,709 Bukan itu saja. Pohuai terletak di dalam sempadan Negara Api. 282 00:20:45,709 --> 00:20:48,001 Takkan nak langgar syarat pengusiran? 283 00:20:49,168 --> 00:20:52,376 - Saya tak peduli! - Ozai peduli. Kalau dia tahu... 284 00:20:52,376 --> 00:20:54,459 - Tapi Avatar... - Tawanan mereka! 285 00:20:55,501 --> 00:20:56,876 Buat masa sekarang. 286 00:20:57,751 --> 00:20:59,834 Sekarang, Zhao ada kelebihan. 287 00:20:59,834 --> 00:21:04,418 Lambat-laun, dia akan buat silap. Ketika itu, barulah kita boleh bertindak. 288 00:21:04,418 --> 00:21:05,709 Sementara itu, 289 00:21:06,709 --> 00:21:07,876 bersabarlah. 290 00:21:29,043 --> 00:21:30,126 Pastikan tulis. 291 00:21:30,126 --> 00:21:33,334 Raja Api mahu tahu semua butiran penangkapan Avatar. 292 00:21:33,334 --> 00:21:37,459 Pastikan jelas yang saya bertungkus lumus untuk menangkapnya. 293 00:21:38,043 --> 00:21:41,126 Kita patut tambah pendapat daripada Avatar sendiri. 294 00:21:41,626 --> 00:21:45,126 Kalau bukan untuk Raja Api pun, untuk generasi akan datang. 295 00:21:45,126 --> 00:21:46,209 Baiklah. 296 00:21:47,709 --> 00:21:48,959 Avatar, 297 00:21:48,959 --> 00:21:52,168 kau pernah dengar nama aku sebelum kau ditangkap 298 00:21:52,168 --> 00:21:53,668 atau ini kali pertama? 299 00:21:53,668 --> 00:21:55,834 Tolonglah. Kau kena lepaskan aku. 300 00:21:55,834 --> 00:21:58,793 Salah. Ada empat pengawal, bukan tiga. 301 00:21:58,793 --> 00:22:03,418 Satu lagi, kedua-dua tangan dan kakinya dirantai. 302 00:22:03,418 --> 00:22:07,001 - Pastikan betul. - Ada nyawa orang baik dalam ancaman. 303 00:22:07,001 --> 00:22:09,459 Aku tak boleh hampakan semua orang lagi. 304 00:22:11,834 --> 00:22:12,834 Cukup-cukuplah. 305 00:22:17,168 --> 00:22:18,293 Kalau aku jadi kau, 306 00:22:19,584 --> 00:22:21,918 aku akan kurang risau tentang masa lalu 307 00:22:22,459 --> 00:22:24,459 dan lebih risau tentang nasib aku. 308 00:22:25,126 --> 00:22:27,084 Aku tak risau tentang nasib aku. 309 00:22:28,126 --> 00:22:28,959 Betulkah? 310 00:22:30,376 --> 00:22:32,626 Sebenarnya, kau patut risau. 311 00:22:33,626 --> 00:22:35,459 Tak, kau takkan dibunuh. 312 00:22:35,459 --> 00:22:39,876 Kau cuma akan menjelma semula, dan kami terpaksa mula buru Avatar semula. 313 00:22:39,876 --> 00:22:42,209 Jadi, kau akan terus hidup. 314 00:22:44,001 --> 00:22:45,209 Tapi terseksa. 315 00:23:05,084 --> 00:23:09,168 Tiuplah udara panas banyak-banyak. Takdir kau tetap takkan berubah. 316 00:23:11,543 --> 00:23:13,751 Apa kamu buat? Janganlah tulis. 317 00:23:19,709 --> 00:23:24,251 Kita merupakan anak-anak api yang patuh, 318 00:23:25,084 --> 00:23:28,043 unsur yang paling unggul. 319 00:23:28,043 --> 00:23:32,918 Sebelum ini, hanya ada satu halangan yang menyekat kejayaan kita. 320 00:23:34,168 --> 00:23:35,626 Avatar. 321 00:23:35,626 --> 00:23:41,501 Hari ini, kita berjaya melakukan sesuatu yang tak ada sesiapa mampu lakukan. 322 00:23:42,084 --> 00:23:46,376 Kita dah berjaya menangkap Avatar! 323 00:23:48,501 --> 00:23:50,959 Ini baru langkah pertama. 324 00:23:50,959 --> 00:23:54,626 Ada banyak lagi pertempuran hebat yang kita perlu hadapi. 325 00:23:55,334 --> 00:23:56,418 Bukan malam ini. 326 00:23:56,418 --> 00:23:57,668 Malam ini, 327 00:23:58,834 --> 00:24:02,709 kita akan meraikan kejayaan! 328 00:24:03,376 --> 00:24:08,376 Kita akan menjulang kegemilangan Negara Api! 329 00:24:50,334 --> 00:24:51,959 Semuanya cukup? 330 00:24:51,959 --> 00:24:54,918 Macam biasalah. Pedati ini padat dengan wain. 331 00:24:58,251 --> 00:25:00,251 Malam ini pasti rancak. 332 00:25:02,293 --> 00:25:05,418 Aku harap tak banyak hembusan api macam hari jadi Ahn. 333 00:25:06,084 --> 00:25:07,793 Kening aku baru tumbuh balik. 334 00:25:22,209 --> 00:25:24,043 - Selamat. - Buka pintu gerbang! 335 00:25:51,126 --> 00:25:52,918 Dia bawa barang. 336 00:25:52,918 --> 00:25:55,459 Gembira betul aku nampak kau sampai. 337 00:26:34,251 --> 00:26:35,126 Siapa itu? 338 00:26:54,543 --> 00:26:55,834 Bunyikan isyarat amaran. 339 00:27:27,209 --> 00:27:28,293 Siapa kau? 340 00:27:30,918 --> 00:27:33,543 Betul juga. Lari dulu, tanya nanti. 341 00:27:59,168 --> 00:28:01,668 Masukkan transkrip penuh ucapan saya, 342 00:28:01,668 --> 00:28:04,668 tapi tukar "patuh" kepada "setia". 343 00:28:04,668 --> 00:28:06,334 Lebih bersifat peribadi. 344 00:28:06,334 --> 00:28:11,126 Pastikan Pendeta Agung dapat semua yang dia perlukan untuk penyelidikannya. 345 00:28:25,084 --> 00:28:27,126 "Patuh" atau "setia", tuan? 346 00:28:34,959 --> 00:28:38,876 Avatar dah terlepas! 347 00:28:38,876 --> 00:28:41,418 - Dia di tembok! - Jangan biar dia lepas! 348 00:28:42,334 --> 00:28:44,459 Halang Avatar! 349 00:29:41,709 --> 00:29:42,626 Ambil ini. 350 00:29:47,834 --> 00:29:48,751 Naiklah! 351 00:30:11,334 --> 00:30:13,668 Jangan serang! 352 00:30:17,501 --> 00:30:18,876 Saya perlukan Avatar 353 00:30:19,543 --> 00:30:20,626 hidup-hidup. 354 00:30:25,626 --> 00:30:27,501 Apa kau buat? 355 00:30:42,293 --> 00:30:43,959 Buka pintu gerbang! 356 00:30:43,959 --> 00:30:45,751 - Tuan? - Buka! 357 00:30:46,376 --> 00:30:47,376 Sekarang! 358 00:30:48,084 --> 00:30:49,293 Buka pintu gerbang! 359 00:31:21,376 --> 00:31:22,376 Sasaran jelas? 360 00:31:24,751 --> 00:31:25,668 Tumbangkan dia. 361 00:31:45,293 --> 00:31:46,751 Bunuh askar upahan itu 362 00:31:46,751 --> 00:31:48,834 dan dapatkan Avatar! 363 00:31:49,834 --> 00:31:50,668 Sekarang! 364 00:32:24,876 --> 00:32:26,251 Ke mana mereka pergi? 365 00:32:30,293 --> 00:32:31,293 Cari di sana! 366 00:32:32,084 --> 00:32:33,334 Nampak apa-apa? 367 00:32:34,876 --> 00:32:35,793 Di sini! 368 00:32:41,501 --> 00:32:42,751 Bot aku berdekatan. 369 00:32:45,376 --> 00:32:48,501 Kita tak boleh ke mana-mana. Askar masih ada di luar. 370 00:32:49,751 --> 00:32:50,793 Ikut sini! 371 00:32:51,501 --> 00:32:52,918 Jangan bergerak. 372 00:32:54,709 --> 00:32:55,668 Kau cedera. 373 00:33:00,043 --> 00:33:02,084 - Aku cuma nak tolong. - Tak payah. 374 00:33:03,876 --> 00:33:04,751 Baik. 375 00:33:05,501 --> 00:33:06,543 Suka hati kaulah. 376 00:33:24,293 --> 00:33:25,418 Apa? 377 00:33:25,418 --> 00:33:26,459 Tak ada apa-apa. 378 00:33:33,251 --> 00:33:34,709 Boleh aku tanya sesuatu? 379 00:33:36,126 --> 00:33:37,834 Ia berkaitan hal peribadi. 380 00:33:41,918 --> 00:33:43,834 Bulu kambing atau arnab? 381 00:33:46,584 --> 00:33:48,209 Berus kaligrafi kau. 382 00:33:48,209 --> 00:33:49,709 Bulu kambing atau arnab? 383 00:33:50,709 --> 00:33:52,459 Tulisan kau sangat kemas. 384 00:33:52,459 --> 00:33:54,959 Jauh berbeza daripada tulisan aku. 385 00:33:54,959 --> 00:33:58,584 Sami kata tahi kandau lagi elok rupanya daripada coretan aku. 386 00:34:06,918 --> 00:34:07,793 Beginilah. 387 00:34:08,876 --> 00:34:10,876 Aku tak patut ambil buku nota kau. 388 00:34:11,709 --> 00:34:12,959 Aku minta maaf. 389 00:34:14,584 --> 00:34:17,001 Ia banyak membantu. Sungguh. 390 00:34:17,543 --> 00:34:21,501 Kau ada maklumat tentang Avatar lampau yang orang lain tak ada. 391 00:34:23,334 --> 00:34:26,626 Semua sami Pengembara Udara dah tak ada. 392 00:34:27,751 --> 00:34:29,584 Aku hanya ada buku nota kau. 393 00:34:31,084 --> 00:34:33,626 Aku selalu berjaga malam untuk membacanya. 394 00:34:34,959 --> 00:34:35,876 Kau bantu aku. 395 00:34:37,043 --> 00:34:39,709 Maksud aku, buku itu banyak bantu aku. 396 00:34:52,418 --> 00:34:53,376 Bulu kambing. 397 00:34:54,126 --> 00:34:55,918 Ia lebih keras, mudah dikawal. 398 00:34:57,376 --> 00:34:59,876 Guru aku paksa aku berlatih setiap pagi. 399 00:35:00,959 --> 00:35:02,459 Tak boleh berlatih tempur 400 00:35:02,459 --> 00:35:05,793 selagi tak siap 100 garisan menegak dan 100 melintang. 401 00:35:05,793 --> 00:35:06,918 Samalah! 402 00:35:07,626 --> 00:35:10,584 Cuma aku perlu buat untuk mulakan pengajian rohani. 403 00:35:10,584 --> 00:35:14,126 Aku selalu terlelap sewaktu aku sepatutnya bertafakur. 404 00:35:14,126 --> 00:35:17,668 Aku sentiasa tertangkap. Mungkin kerana aku berdengkur. 405 00:35:25,918 --> 00:35:27,043 Orang di luar sana 406 00:35:27,876 --> 00:35:29,001 tentera Negara Api. 407 00:35:29,501 --> 00:35:30,501 Ya. 408 00:35:31,084 --> 00:35:33,959 Mereka orang kau. Kenapa kau lawan mereka? 409 00:35:33,959 --> 00:35:35,126 Bukan orang aku. 410 00:35:36,501 --> 00:35:39,709 Mungkin tak lama lagi. Apabila aku bawa kau balik, aku... 411 00:35:48,459 --> 00:35:50,543 Kalau tangkap kau, aku boleh balik. 412 00:35:51,418 --> 00:35:54,251 Aku boleh ambil tempat sebagai pewaris Raja Api. 413 00:35:54,251 --> 00:35:57,168 Itu yang kau nak? Jadi Raja Api seterusnya? 414 00:35:57,168 --> 00:36:00,543 Ya. Mestilah. Itu harapan semua orang terhadap aku. 415 00:36:04,834 --> 00:36:05,793 Tok Guru Gyatso. 416 00:36:06,709 --> 00:36:07,793 Dia guru aku. 417 00:36:08,876 --> 00:36:12,334 Dia kata kita tak patut risau tentang harapan orang lain. 418 00:36:13,459 --> 00:36:15,584 Aku tahu. Cakap senanglah. 419 00:36:16,459 --> 00:36:18,001 Aku Avatar dan... 420 00:36:19,043 --> 00:36:21,084 Orang harap aku menjalankan tugas. 421 00:36:22,251 --> 00:36:24,168 Aku pula asyik risau tentangnya. 422 00:36:29,418 --> 00:36:32,043 Kau tak perlu jadi macam pengolah api lain. 423 00:36:33,751 --> 00:36:35,459 Kau boleh jadi lebih baik. 424 00:36:36,751 --> 00:36:38,751 Kau tahu cara Raja Api salah, 425 00:36:39,584 --> 00:36:41,376 jadi janganlah ikut jejak dia. 426 00:36:42,376 --> 00:36:44,543 Kau boleh tunjukkan belas kasihan. 427 00:36:49,918 --> 00:36:50,751 Berani kau? 428 00:36:51,543 --> 00:36:56,084 Aku Putera Mahkota Negara Api. Aku akan jadi ikutan semua pengolah api. 429 00:36:56,668 --> 00:36:59,418 Ayahanda aku seorang lelaki yang hebat. 430 00:37:02,918 --> 00:37:04,334 Belas kasihan? 431 00:37:04,334 --> 00:37:08,293 Belas kasihan ialah sifat manusia lemah. 432 00:37:17,543 --> 00:37:19,751 Maaf. Aku tak berniat nak sakiti kau. 433 00:37:21,668 --> 00:37:24,959 Aku dapat rasa yang kau pun dah cukup sakit. 434 00:37:33,084 --> 00:37:34,418 Bersedialah. 435 00:37:36,834 --> 00:37:37,876 Ayahanda? 436 00:37:38,834 --> 00:37:42,543 Anakanda sepatutnya bertarung dengan Panglima Li. 437 00:37:42,543 --> 00:37:45,834 Kamu ada di sini kerana kamu tak hormat tentera kita. 438 00:37:45,834 --> 00:37:47,876 - Itu tak benar. - Betulkah? 439 00:37:47,876 --> 00:37:51,626 Walaupun rancangan mereka teruk? 440 00:37:52,376 --> 00:37:53,626 Rancangan ayahanda! 441 00:37:54,418 --> 00:37:58,084 Strategi ayahanda. Tentera ayahanda. Itulah yang kamu dah hina. 442 00:37:59,084 --> 00:38:01,168 Ampun. Anakanda bukan nak menghina. 443 00:38:01,168 --> 00:38:03,084 - Bangun! - Tidak! Tolonglah. 444 00:38:03,084 --> 00:38:04,209 Bangun! 445 00:38:04,209 --> 00:38:05,209 Adinda! 446 00:38:06,376 --> 00:38:07,418 Usah buat begini. 447 00:38:07,418 --> 00:38:08,543 Dia anak kamu. 448 00:38:09,501 --> 00:38:10,584 Kita tengok nanti. 449 00:38:19,459 --> 00:38:21,626 Bangunlah dan lawan, Putera Zuko, 450 00:38:22,334 --> 00:38:24,584 supaya kamu boleh belajar rasa hormat. 451 00:39:05,418 --> 00:39:08,459 Ini saja kamu mampu? Tunjukkan kemampuan kamu. 452 00:39:51,793 --> 00:39:54,501 Belas kasihan ialah sifat manusia lemah. 453 00:40:23,293 --> 00:40:24,376 Askar dah tak ada. 454 00:40:24,376 --> 00:40:27,959 Jadi, kau dah boleh balik ke kapal kau tanpa dikesan. 455 00:40:30,709 --> 00:40:33,668 Tahu apa paling teruk tentang lahir 100 tahun lalu? 456 00:40:36,584 --> 00:40:37,918 Aku rindu kawan-kawan. 457 00:40:39,293 --> 00:40:40,251 Macam Kuzon. 458 00:40:41,668 --> 00:40:42,918 Dia kawan yang hebat. 459 00:40:43,918 --> 00:40:45,876 Dia dari Negara Api. 460 00:40:50,459 --> 00:40:52,668 Kalau kita kenal pada waktu itu... 461 00:40:55,084 --> 00:40:56,793 mungkinkah kita berkawan? 462 00:41:22,001 --> 00:41:26,751 Tuan berehatlah. Biar kami berkawal. Kalau nampak putera, kami akan beritahu. 463 00:41:26,751 --> 00:41:29,834 Terima kasih, leftenan. Saya nak terus tunggu. 464 00:41:33,668 --> 00:41:35,001 Kamu silap sebenarnya. 465 00:41:35,751 --> 00:41:37,293 Kamu kata dia tak peduli. 466 00:41:38,668 --> 00:41:40,876 Zuko sebenarnya sangat ambil peduli, 467 00:41:40,876 --> 00:41:43,626 terutamanya tentang orang di dalam kapal ini. 468 00:41:44,876 --> 00:41:45,793 Betul, tuan. 469 00:41:46,501 --> 00:41:49,293 Leftenan, pernahkah kamu terfikir 470 00:41:49,293 --> 00:41:52,459 punca kamu semua ditugaskan untuk mengikuti misi ini? 471 00:41:53,084 --> 00:41:56,751 Tabib tengah siapkan salap herba khas untuk kamu. 472 00:41:57,876 --> 00:42:00,918 Berita baiknya, penglihatan kamu tak terjejas. 473 00:42:00,918 --> 00:42:05,543 Maknanya, kamu masih beruntung kerana dapat menikmati ketampanan pak cik. 474 00:42:15,251 --> 00:42:17,168 Sekarang bukan masa yang sesuai. 475 00:42:17,168 --> 00:42:19,501 - Adinda nak jumpa anak adinda. - Dia sakit. 476 00:42:19,501 --> 00:42:21,876 - Dia akan sihat. - Tapi takkan pulih. 477 00:42:26,293 --> 00:42:28,709 Tabib kata kamu akan sembuh segera. 478 00:42:28,709 --> 00:42:31,001 Itu tanda badan kamu kuat. Baguslah. 479 00:42:32,001 --> 00:42:33,834 Tapi rohani kamu 480 00:42:33,834 --> 00:42:36,501 masih perlu dikuatkan. 481 00:42:46,751 --> 00:42:48,126 Kamu menahan diri tadi. 482 00:42:49,709 --> 00:42:54,084 Mungkin kamu anggap itu tanda hormat, tapi bukan. Ia tanda kelemahan. 483 00:42:55,376 --> 00:42:58,084 Kamu mesti buang kelemahan itu. 484 00:43:02,751 --> 00:43:05,959 Kita perlu korbankan yang lemah agar kita kekal kuat. 485 00:43:05,959 --> 00:43:07,918 Itulah sifat warga Negara Api. 486 00:43:07,918 --> 00:43:10,501 Sebab itu kita rela korbankan Divisyen 41. 487 00:43:10,501 --> 00:43:13,376 Itulah yang kamu mesti buat. 488 00:43:20,251 --> 00:43:23,084 Kadang-kadang, golongan lemah boleh jadi kuat. 489 00:43:26,543 --> 00:43:29,793 Kadang-kadang, kita perlu beri peluang kepada mereka. 490 00:43:33,668 --> 00:43:36,126 Ayahanda dah tersilap. 491 00:43:37,043 --> 00:43:40,876 Ayahanda melindungi kamu sampai kamu jadi lembut macam bonda kamu. 492 00:43:42,751 --> 00:43:46,501 Memandangkan kamu tak boleh faham di sebalik tembok istana ini, 493 00:43:46,501 --> 00:43:50,501 mungkin cabaran dunia luar lebih baik untuk mengajar kamu. 494 00:43:52,668 --> 00:43:57,668 Kamu akan berangkat serta-merta, dan jangan sekali-kali pulang 495 00:43:59,459 --> 00:44:00,293 selagi... 496 00:44:02,584 --> 00:44:07,001 Selagi kamu belum berjaya menghapuskan ancaman terbesar takdir negara kita. 497 00:44:08,293 --> 00:44:13,418 Kamu akan cari, tangkap dan bawa Avatar kepada ayahanda. 498 00:44:13,418 --> 00:44:15,918 Jangan melangkah masuk ke sempadan negara 499 00:44:15,918 --> 00:44:17,626 sehingga tugas ini selesai. 500 00:44:17,626 --> 00:44:20,001 Jika ingkar, hukuman terberat menanti! 501 00:44:20,001 --> 00:44:21,543 Ozai! Tak boleh begitu! 502 00:44:21,543 --> 00:44:22,876 Kanda, ini muktamad. 503 00:44:27,418 --> 00:44:30,251 Memandangkan kamu amat risau tentang Divisyen 41, 504 00:44:30,751 --> 00:44:31,959 bawa mereka bersama 505 00:44:32,876 --> 00:44:34,293 sebagai anak kapal kamu. 506 00:44:50,293 --> 00:44:51,376 Divisyen 41? 507 00:44:52,459 --> 00:44:53,876 Kamilah Divisyen 41. 508 00:44:55,043 --> 00:44:58,168 Kamu masih hidup kerana pengorbanan anak saudara saya. 509 00:45:02,001 --> 00:45:03,209 Ada sesuatu di sana. 510 00:45:13,126 --> 00:45:15,209 Itu dia. Turunkan tali! 511 00:45:23,501 --> 00:45:25,168 - Kamu cedera. - Saya okey. 512 00:45:25,168 --> 00:45:26,709 Seseorang patut periksa. 513 00:45:27,501 --> 00:45:29,418 Saya pernah kena lagi teruk. 514 00:45:30,418 --> 00:45:34,043 Pak cik takkan tanya ke mana kamu pergi, tapi lain kali, 515 00:45:34,043 --> 00:45:38,251 tolonglah khabarkan kepada pak cik sama ada kamu masih hidup atau tak. 516 00:45:39,168 --> 00:45:41,834 Masih ada antara kita yang peduli tentang... 517 00:45:43,959 --> 00:45:45,084 perkara begitu. 518 00:45:51,084 --> 00:45:52,001 Baris, sedia! 519 00:45:54,834 --> 00:45:57,709 Putera kita sudah kembali. 520 00:46:06,543 --> 00:46:07,543 Apa yang berlaku? 521 00:46:09,376 --> 00:46:11,501 Mereka rindu. Kamu terlepas malam muzik. 522 00:46:58,376 --> 00:47:02,376 Alangkah hebat usaha kita untuk menyembunyikan diri daripada dunia. 523 00:47:06,126 --> 00:47:08,626 Mungkin kerana kita tidak mahu orang tahu 524 00:47:08,626 --> 00:47:10,918 betapa pentingnya mereka kepada kita. 525 00:47:13,668 --> 00:47:18,251 Aneh juga kerana hakikatnya, kita rela buat apa-apa saja demi mereka. 526 00:47:28,543 --> 00:47:30,668 Kita rela mengembara sejauh-jauhnya. 527 00:47:32,459 --> 00:47:34,001 Mempertaruhkan nyawa. 528 00:47:36,668 --> 00:47:38,209 Malah melawan raksasa. 529 00:48:32,001 --> 00:48:35,251 Namun, mungkin kita gentar untuk mengaku kita memerlukan orang lain. 530 00:48:36,293 --> 00:48:39,668 Ada yang menganggapnya sebagai kelemahan atau kekurangan. 531 00:48:45,834 --> 00:48:48,209 - Lamanya awak pergi. - Apa khabar? 532 00:48:48,209 --> 00:48:53,251 Akan tetapi, apa yang lebih memilukan daripada kehilangan insan tersayang? 533 00:48:56,293 --> 00:48:57,293 Atau lebih teruk... 534 00:48:58,418 --> 00:48:59,376 Tok Guru Gyatso? 535 00:49:00,168 --> 00:49:03,959 ...mengetahui bahawa insan tersayang telah pergi meninggalkan kita. 536 00:49:07,418 --> 00:49:10,251 Boleh kita sambung berbual selepas saya balik? 537 00:49:11,834 --> 00:49:12,959 Tentulah boleh. 538 00:49:12,959 --> 00:49:16,334 Selepas kawan-kawan saya selamat, kita ada banyak masa. 539 00:49:30,959 --> 00:49:35,376 Mungkin itu sebabnya kita mahu bersembunyi dan melindungi diri kita. 540 00:50:09,334 --> 00:50:10,959 Maka, kita memakai topeng. 541 00:50:13,543 --> 00:50:15,668 Tidak sukar untuk memahami sebabnya. 542 00:50:17,001 --> 00:50:19,959 Yang sukar adalah untuk menerima bahawa kadangkala... 543 00:50:21,959 --> 00:50:24,584 topeng itulah diri kita yang sebenar. 544 00:52:20,834 --> 00:52:23,751 Terjemahan sari kata oleh M Arrazi Azmi