1 00:00:19,668 --> 00:00:20,543 Lari! 2 00:00:21,126 --> 00:00:23,418 - Tangkap mereka! - Ada berapa orang? 3 00:00:23,418 --> 00:00:24,709 Lima? Enam? 4 00:00:25,793 --> 00:00:26,626 Mungkin lebih! 5 00:00:26,626 --> 00:00:28,334 Cepat! Ikut sini! 6 00:00:38,376 --> 00:00:39,418 Kejar mereka! 7 00:00:51,251 --> 00:00:52,418 Jom lari! 8 00:00:52,418 --> 00:00:54,126 Cepat! 9 00:00:54,126 --> 00:00:55,209 Mereka dah lari! 10 00:00:55,209 --> 00:00:56,126 Cepat! 11 00:00:58,584 --> 00:00:59,418 Ayuh! 12 00:00:59,418 --> 00:01:00,626 Tangkap mereka! 13 00:01:00,626 --> 00:01:01,918 Sana! 14 00:01:19,376 --> 00:01:22,626 Jadi, cakera ais, ya? Awak ada olahan baharu! 15 00:01:23,751 --> 00:01:25,668 Saya nampak pengolah tanah buat. 16 00:01:25,668 --> 00:01:27,543 Saya cuba olah air macam itu. 17 00:01:27,543 --> 00:01:29,834 Awak dah jauh lebih mahir sekarang 18 00:01:29,834 --> 00:01:32,251 sampai boleh cipta gerakan baharu. 19 00:01:32,251 --> 00:01:34,043 Itulah tanda pengolah handal. 20 00:01:35,709 --> 00:01:37,793 Saya rasa agak yakin sekarang, 21 00:01:37,793 --> 00:01:40,709 tapi saya dah habis belajar daripada skrol nenek, 22 00:01:40,709 --> 00:01:43,834 jadi saya perlu pergi ke tempat Puak Air Utara. 23 00:01:43,834 --> 00:01:46,501 Guru di sana mampu beri ilmu lebih tinggi. 24 00:01:46,501 --> 00:01:49,334 Kita makin kerap terjumpa pengolah api. 25 00:01:49,334 --> 00:01:52,626 Sempadan Negara Api dah dekat. Ia tak boleh dielak. 26 00:01:53,209 --> 00:01:55,084 Kalaupun Sokka tak menggatal. 27 00:01:55,084 --> 00:01:57,876 Manalah abang tahu dia askar Negara Api? 28 00:01:58,376 --> 00:02:00,001 Kita perlu berjaga-jaga 29 00:02:00,001 --> 00:02:02,168 selagi belum tiba di Kutub Utara... 30 00:02:02,959 --> 00:02:03,834 Aang? 31 00:02:44,584 --> 00:02:49,876 TERPERANGKAP DI ALAM ROH 32 00:03:14,459 --> 00:03:15,834 Negara Api. 33 00:03:16,959 --> 00:03:19,876 - Kenapa mereka buat begini? - Abang tak hairan. 34 00:03:20,584 --> 00:03:21,834 Ini semua salah saya. 35 00:03:22,751 --> 00:03:25,209 Avatar patut melindungi alam semula jadi. 36 00:03:25,209 --> 00:03:29,709 Sama pentingnya macam membantu orang dan melawan pengolah api. 37 00:03:31,001 --> 00:03:33,543 Berapa hutan musnah kerana saya menghilang? 38 00:03:33,543 --> 00:03:35,043 Kerana saya jahil? 39 00:04:11,126 --> 00:04:14,001 Nenek saya kata kehidupan ini satu kitaran. 40 00:04:15,251 --> 00:04:18,543 Selepas kematian, kehidupan baharu akan bermula. 41 00:04:20,084 --> 00:04:21,876 Hutan ini akan tumbuh semula. 42 00:04:22,793 --> 00:04:23,793 Awak patut lihat... 43 00:04:28,376 --> 00:04:30,293 bibit-bibit masa depan. 44 00:04:32,834 --> 00:04:34,126 Bukan kesilapan lalu. 45 00:04:47,709 --> 00:04:48,543 Hei! 46 00:04:49,543 --> 00:04:51,793 Jangan risau. Saya takkan sakiti awak. 47 00:04:53,959 --> 00:04:54,793 Awak sesat? 48 00:05:01,459 --> 00:05:02,626 Nama saya Sokka. 49 00:05:03,418 --> 00:05:04,418 Seirama dengan 50 00:05:05,834 --> 00:05:09,668 "okka" dan "wakka wakka". 51 00:05:13,376 --> 00:05:15,459 Dia nampak berani. Siapa namanya? 52 00:05:17,251 --> 00:05:19,584 Mungkin kita boleh beri nama kepadanya. 53 00:05:20,501 --> 00:05:21,834 Boleh kita panggil dia 54 00:05:23,543 --> 00:05:25,459 Pippinpaddle Oppsokopolis? 55 00:05:26,418 --> 00:05:27,293 Ketiga. 56 00:05:31,709 --> 00:05:33,293 Shi-yong yang buatkan. 57 00:05:34,209 --> 00:05:35,043 Shi-yong? 58 00:05:36,376 --> 00:05:39,501 Shi-yong kawan awak atau dia... 59 00:05:39,501 --> 00:05:40,418 Abang! 60 00:05:42,293 --> 00:05:43,209 Tunggu. 61 00:05:49,626 --> 00:05:50,501 Dia ke sana. 62 00:05:53,126 --> 00:05:53,959 Itu pun kamu. 63 00:05:54,709 --> 00:05:56,834 Kamu tak patut merayau seorang diri. 64 00:05:57,584 --> 00:05:59,084 Anak patung dia tercicir. 65 00:06:02,001 --> 00:06:03,543 Kami bukan nak buat kacau. 66 00:06:04,709 --> 00:06:05,876 Dia cuma takut. 67 00:06:13,543 --> 00:06:16,001 Ada perkara buruk berlaku di sini, bukan? 68 00:06:17,626 --> 00:06:19,251 Maafkan kebiadaban pak cik. 69 00:06:20,251 --> 00:06:22,584 - Terima kasih. - Tak usah minta maaf. 70 00:06:22,584 --> 00:06:25,918 Pak cik patut berjaga-jaga kerana Negara Api amat dekat. 71 00:06:25,918 --> 00:06:28,626 Ya. Kami pun terjebak dalam perang. 72 00:06:30,043 --> 00:06:32,584 Hutan itu musnah kerana pertempuran? 73 00:06:32,584 --> 00:06:33,751 Bukan. 74 00:06:33,751 --> 00:06:37,626 Pengolah api nak kosongkan laluan sewaktu melalui pergunungan. 75 00:06:38,668 --> 00:06:40,626 Itu sebabnya mereka bakar hutan? 76 00:06:41,334 --> 00:06:44,418 Selepas kebakaran itu, perkara pelik mula berlaku. 77 00:06:45,334 --> 00:06:48,043 Tanaman kami mati. Ternakan kami tak makan. 78 00:06:48,043 --> 00:06:51,334 Seolah-olah tanah ini dah jatuh sakit. 79 00:06:52,668 --> 00:06:56,043 Beberapa hari lepas, kami hantar orang untuk cari makanan. 80 00:06:56,543 --> 00:06:57,668 Mereka tak kembali. 81 00:07:01,209 --> 00:07:02,668 Anak pak cik, Shi-yong, 82 00:07:04,418 --> 00:07:05,418 ikut bersama. 83 00:07:07,626 --> 00:07:10,168 Kami faham erti hidup dalam ketakutan, 84 00:07:10,168 --> 00:07:13,209 tapi ini sesuatu yang lebih dahsyat. 85 00:07:14,751 --> 00:07:15,751 Sesuatu 86 00:07:17,126 --> 00:07:18,209 di luar alam ini. 87 00:07:26,834 --> 00:07:30,209 Betul cakap pak cik. Mereka ada di luar alam ini. 88 00:07:31,376 --> 00:07:33,543 Tapi saya boleh bawa mereka pulang. 89 00:07:40,001 --> 00:07:40,834 Ada berita? 90 00:07:41,334 --> 00:07:42,293 Tak ada, tuanku. 91 00:07:42,793 --> 00:07:43,793 Tak ada langsung? 92 00:07:43,793 --> 00:07:47,001 Berapa banyaklah tempat ada untuk bison terbang sorok? 93 00:07:47,584 --> 00:07:49,793 - Tak ada laporan hal aneh? - Tak ada. 94 00:07:51,126 --> 00:07:51,959 Kecuali... 95 00:07:53,168 --> 00:07:54,293 Kecuali apa? 96 00:07:55,209 --> 00:08:00,001 Seorang pedagang kata, di Laluan Senlin, ada budak main bongkah ais, 97 00:08:00,001 --> 00:08:01,793 tapi dia mungkin tersilap. 98 00:08:03,834 --> 00:08:06,084 Jadi, ada orang nampak ais 99 00:08:06,084 --> 00:08:08,834 di tempat yang tak sepatutnya ada ais? 100 00:08:10,459 --> 00:08:14,584 Kebanyakan orang pasti rasa hal itu aneh. Betul tak, Leftenan Jee? 101 00:08:14,584 --> 00:08:16,376 Melainkan mereka bodoh. 102 00:08:22,168 --> 00:08:26,126 - Patik akan hantar penyiasat. - Tak usah. Biar beta siasat sendiri. 103 00:08:26,126 --> 00:08:27,251 Macam biasa. 104 00:08:34,418 --> 00:08:36,418 Komander Zhao sangat hebat. 105 00:08:38,751 --> 00:08:41,959 Dia bekerja tanpa bantuan di wilayah terpencil, 106 00:08:41,959 --> 00:08:44,876 tapi dia berjaya menemukan Avatar. 107 00:08:49,501 --> 00:08:52,501 Anakanda kagum akan cara ayahanda mengurus komander. 108 00:08:53,001 --> 00:08:56,376 Ayahanda tahu memanfaatkan bakat mereka sebaik-baiknya. 109 00:08:59,251 --> 00:09:00,251 Sekarang, 110 00:09:01,668 --> 00:09:02,918 anakanda mahu syorkan 111 00:09:04,126 --> 00:09:06,209 supaya hantar bantuan kepada Zhao. 112 00:09:07,418 --> 00:09:09,626 Lihat kemampuannya jika ada sokongan. 113 00:09:11,751 --> 00:09:13,793 "Sirami benih yang paling baik." 114 00:09:15,043 --> 00:09:16,168 Ayahanda yang ajar. 115 00:09:20,126 --> 00:09:21,418 Mungkin kamu betul. 116 00:09:23,709 --> 00:09:26,334 Minta Kolonel Shinu kerahkan pemanah. 117 00:09:27,334 --> 00:09:30,543 Maklumkan kepada canselor, ayahanda mahu salurkan dana. 118 00:09:33,668 --> 00:09:34,626 Azula... 119 00:09:37,543 --> 00:09:40,043 bukan Zhao yang jumpa Avatar, tapi Zuko. 120 00:09:41,043 --> 00:09:44,918 Zuko yang berusaha dengan tekun dan bersungguh-sungguh. 121 00:09:45,668 --> 00:09:48,209 Itu sikap bakal pewaris yang ayahanda harap. 122 00:09:49,126 --> 00:09:52,251 Bukan memuji demi kepentingan diri dan bercakap manis. 123 00:10:07,418 --> 00:10:10,209 Alam kita ini bukan satu-satunya alam yang ada. 124 00:10:10,209 --> 00:10:12,501 Ada dunia lain di luar dunia kita. 125 00:10:13,251 --> 00:10:14,209 Alam Roh. 126 00:10:15,293 --> 00:10:17,001 Dua alam ini terpisah, 127 00:10:17,001 --> 00:10:19,876 tapi sempadannya nipis di kawasan tertentu. 128 00:10:20,876 --> 00:10:23,668 Jadi, awak fikir sempadannya nipis di hutan ini? 129 00:10:23,668 --> 00:10:24,959 Bukan setakat fikir. 130 00:10:24,959 --> 00:10:26,084 Saya dapat rasa. 131 00:10:26,751 --> 00:10:29,251 Kebakaran itu juga melemahkan sempadannya. 132 00:10:30,001 --> 00:10:33,293 Avatar jambatan antara alam semula jadi dengan Alam Roh. 133 00:10:33,293 --> 00:10:35,626 Jelas terasa kedua-duanya makin rapat. 134 00:10:36,709 --> 00:10:38,918 Macam ais yang mula retak. 135 00:10:39,751 --> 00:10:44,751 Jadi, awak akan masuk ke Alam Roh dan bawa orang-orang sesat itu keluar. 136 00:10:45,793 --> 00:10:47,376 Lebih kuranglah. 137 00:10:49,209 --> 00:10:51,751 Gaya awak macam lebih yakin tadi. 138 00:10:51,751 --> 00:10:55,126 Sebab semua ini tanggungjawab saya. 139 00:10:56,043 --> 00:10:59,209 Ya, saya perlu selamatkan pengolah air di Kutub Utara, 140 00:10:59,834 --> 00:11:02,084 tapi orang-orang ini pun harus dibantu 141 00:11:02,084 --> 00:11:04,793 agar tak kehilangan rumah dan insan tersayang 142 00:11:06,626 --> 00:11:07,834 macam saya. 143 00:11:10,459 --> 00:11:12,876 Mustahil untuk awak buat semuanya. 144 00:11:13,668 --> 00:11:17,501 Bak kata Bumi, "Avatar perlu buat pilihan mustahil." 145 00:11:22,251 --> 00:11:25,626 Saya perlu cari titik tenaga rohani paling kuat. 146 00:11:26,459 --> 00:11:27,501 Di mana? 147 00:11:28,084 --> 00:11:29,584 Dah jumpa baru saya tahu. 148 00:11:30,459 --> 00:11:32,293 Gaya awak macam awak tahu tadi. 149 00:11:39,084 --> 00:11:40,168 Katara? 150 00:11:41,126 --> 00:11:42,043 Aang? 151 00:11:58,834 --> 00:12:02,001 Tempat pemujaan roh hutan. 152 00:12:03,501 --> 00:12:04,584 Inilah tempatnya. 153 00:12:12,501 --> 00:12:14,834 Jadi, apa kita patut buat? 154 00:12:15,959 --> 00:12:16,876 Jaga Aang. 155 00:12:18,043 --> 00:12:20,876 Apabila roh dia menyeberang, jasadnya tak sedar. 156 00:12:20,876 --> 00:12:22,376 Kita perlu lindungi dia. 157 00:12:24,668 --> 00:12:26,209 Macam mana nak tahu ia berhasil? 158 00:12:29,251 --> 00:12:30,084 Entahlah. 159 00:12:32,043 --> 00:12:34,793 - Abang lapar. - Hei, boleh diam tak? 160 00:12:35,376 --> 00:12:37,209 Saya perlu tumpukan perhatian. 161 00:13:19,251 --> 00:13:21,793 Abang, saya rasa ia berhasil. 162 00:13:29,876 --> 00:13:30,751 Katara? 163 00:13:39,251 --> 00:13:41,668 - Apa yang berlaku? - Saya tak tahu! Aang? 164 00:13:41,668 --> 00:13:46,126 Saya pisahkan roh saya daripada badan, tapi saya terbawa kamu berdua. 165 00:13:46,126 --> 00:13:47,168 Mana mungkin? 166 00:13:47,918 --> 00:13:50,001 Mesti kerana tenaga di tempat ini, 167 00:13:50,001 --> 00:13:52,084 kenipisan sempadan dan kuasa saya. 168 00:13:54,876 --> 00:13:55,959 Kembalikan kami! 169 00:13:56,626 --> 00:13:58,168 Kembalikan kami sekarang! 170 00:13:58,168 --> 00:13:59,626 Maaf. 171 00:14:09,293 --> 00:14:10,709 Kita berada di Alam Roh. 172 00:14:15,168 --> 00:14:17,876 Usah sebut tentang Avatar. Kita tak nak berita tersebar. 173 00:14:18,376 --> 00:14:20,834 Betul. Kita juga patut berhati-hati. 174 00:14:21,793 --> 00:14:25,918 Walaupun Negara Api kawal wilayah ini, ia tetap negara pengolah tanah. 175 00:14:25,918 --> 00:14:29,251 - Elak buat masalah. - Pernahkah saya buat masalah? 176 00:14:32,751 --> 00:14:34,084 Tak pernah, ya? 177 00:14:48,834 --> 00:14:50,626 Orang Negara Api. Tengoklah. 178 00:14:50,626 --> 00:14:52,084 Tengok pakaian mereka. 179 00:14:56,793 --> 00:14:59,918 Khabarnya ada pengolah air datang ke kawasan ini. 180 00:14:59,918 --> 00:15:02,584 - Kau nampak mereka? - Tak. 181 00:15:03,251 --> 00:15:06,334 - Tapi kau ingat ada orang bercerita? - Lebih kurang. 182 00:15:14,126 --> 00:15:16,209 Mungkin ini 183 00:15:17,168 --> 00:15:18,209 akan membantu. 184 00:15:19,959 --> 00:15:20,793 Jadi, 185 00:15:22,084 --> 00:15:24,001 kau nampak pengolah air itu? 186 00:15:26,001 --> 00:15:27,168 Tak. 187 00:15:29,918 --> 00:15:33,043 Tapi aku dengar Avatar mengembara dengan pengolah air. 188 00:15:34,418 --> 00:15:35,959 - Apa kau cakap? - Avatar. 189 00:15:35,959 --> 00:15:37,751 Dia bersama pengolah air. 190 00:15:37,751 --> 00:15:39,293 Betul tak, Muki? 191 00:15:40,251 --> 00:15:42,876 Apa? Avatar? Lanun-lanun itu kata begitu. 192 00:15:42,876 --> 00:15:45,793 Bukan lanun, tapi pemandu arah ngarai itu. 193 00:15:45,793 --> 00:15:48,418 Dia kata Avatar tewaskan serangga ngarai 194 00:15:48,418 --> 00:15:50,293 dengan bantuan pengolah air. 195 00:15:50,293 --> 00:15:53,168 Diakah yang kata mereka hentikan gunung berapi... 196 00:15:53,168 --> 00:15:55,084 Mereka dengar tentang Avatar. 197 00:15:55,084 --> 00:15:57,876 Selepas mereka lawan Raja Omashu yang gila. 198 00:16:02,418 --> 00:16:05,668 Saya akan kehilangan dia. Saya akan kehilangan semuanya! 199 00:16:07,334 --> 00:16:10,418 Orang di pedalaman ini tahu. Tentu semua orang tahu. 200 00:16:10,418 --> 00:16:13,293 Semua orang di Kerajaan Tanah dan Negara Api. 201 00:16:13,834 --> 00:16:17,084 Pemburu akan keluar. Pasti sukar untuk kita tangkap dia. 202 00:16:19,376 --> 00:16:21,251 Tolong aku! Dia gila! 203 00:16:43,834 --> 00:16:45,668 Jangan mati, bodoh. 204 00:16:46,418 --> 00:16:48,626 Aku cuma dapat separuh jika kau mati. 205 00:16:51,251 --> 00:16:52,709 Kau pandang apa? 206 00:16:52,709 --> 00:16:54,626 Pemburu upahan yang hina. 207 00:16:55,918 --> 00:16:58,668 Hina? Badan kecil, tapi berlagak hebat. 208 00:17:03,793 --> 00:17:05,543 Aku maafkan. Ayah kau comel. 209 00:17:11,084 --> 00:17:13,918 Saya patut tahu askar upahan berkeliaran di sini. 210 00:17:21,834 --> 00:17:25,834 Tok Guru Gyatso kata Alam Roh dan alam nyata sebenarnya bersambung. 211 00:17:25,834 --> 00:17:30,209 Kedua-duanya saling berkaitan. Macam roh dan jasad kita. 212 00:17:30,876 --> 00:17:32,876 Berasingan, tapi terhubung. 213 00:17:32,876 --> 00:17:34,376 Masuk akal. 214 00:17:34,376 --> 00:17:37,293 Ajaran Tok Guru Gyatso mudah difahami. 215 00:17:38,126 --> 00:17:39,626 Dia memudahkan segalanya. 216 00:17:41,376 --> 00:17:42,418 Tentu dia hebat. 217 00:17:43,126 --> 00:17:44,043 Memang pun. 218 00:17:44,876 --> 00:17:48,376 Saya selalu rasa yang rohani saya kuat. 219 00:17:48,376 --> 00:17:51,668 - Mungkin sebab itu saya terikut awak. - Itu katak, ya? 220 00:17:53,043 --> 00:17:54,959 Entah macam mana dia boleh ikut? 221 00:17:55,584 --> 00:17:58,501 Orang kampung itu mungkin tengah cari cara keluar. 222 00:17:58,501 --> 00:18:01,084 Mereka mungkin cari sesuatu yang dikenali. 223 00:18:01,793 --> 00:18:03,668 Kalaulah mereka tahu ini alam lain. 224 00:18:03,668 --> 00:18:06,251 Alam ini bukan tempat kau semua. 225 00:18:06,876 --> 00:18:08,001 Siapa yang cakap? 226 00:18:08,709 --> 00:18:09,584 Siapa pula? 227 00:18:09,584 --> 00:18:14,001 Kaum manusia tak patut ada di alam ini. 228 00:18:16,751 --> 00:18:18,293 Besarnya burung itu. 229 00:18:18,293 --> 00:18:19,543 Burung? 230 00:18:19,543 --> 00:18:21,418 Aku bukan burung. 231 00:18:21,418 --> 00:18:25,126 Aku roh ilmu pengetahuan. 232 00:18:25,126 --> 00:18:28,251 Maafkan Sokka. Dia bukan nak menghina. 233 00:18:28,251 --> 00:18:31,001 - Awak cakap dengan siapa? - Apa maksud awak? 234 00:18:31,001 --> 00:18:33,543 Mereka tak boleh dengar macam kau. 235 00:18:39,084 --> 00:18:43,376 Minda mereka yang kecil tak mampu faham percakapan aku. 236 00:18:43,376 --> 00:18:44,834 Tapi aku boleh dengar. 237 00:18:44,834 --> 00:18:46,584 Kau Avatar. 238 00:18:46,584 --> 00:18:49,293 Alam ini memang tempat kau juga. 239 00:18:49,293 --> 00:18:52,126 Mereka pula penceroboh. 240 00:18:52,126 --> 00:18:54,626 Makin lama mereka berada di sini, 241 00:18:54,626 --> 00:18:57,876 makin berbahaya keadaan untuk mereka. 242 00:18:57,876 --> 00:18:58,793 Berbahaya? 243 00:18:59,376 --> 00:19:00,334 Berbahaya? 244 00:19:00,334 --> 00:19:02,376 Dia takkan makan kita, bukan? 245 00:19:02,376 --> 00:19:05,043 Bukan itu yang dia patut risau. 246 00:19:05,043 --> 00:19:08,834 Ada makhluk-makhluk di sini yang akan buat perkara lebih dahsyat 247 00:19:08,834 --> 00:19:10,834 daripada membaham badan mereka. 248 00:19:10,834 --> 00:19:13,209 Makhluk itu akan makan roh mereka. 249 00:19:13,209 --> 00:19:14,751 Aang? Apa dia cakap? 250 00:19:14,751 --> 00:19:16,668 Dia takkan sakiti kita. 251 00:19:17,584 --> 00:19:20,584 Kami cuma nak cari kawan, kemudian kami akan keluar. 252 00:19:22,459 --> 00:19:27,168 Ada seseorang tinggal di dalam pondok batu tak jauh dari hutan. 253 00:19:27,168 --> 00:19:30,626 Dia mungkin tahu tentang keadaan kawan-kawan kau. 254 00:19:30,626 --> 00:19:33,001 Ikutlah laluannya. Kau akan jumpa dia. 255 00:19:33,001 --> 00:19:36,543 Tunggu. Apa yang kau kata berbahaya? 256 00:19:36,543 --> 00:19:38,584 Apa boleh berlaku kepada mereka? 257 00:19:39,459 --> 00:19:43,793 Ada sesuatu di sini yang mendedahkan kebenaran kepada manusia. 258 00:19:43,793 --> 00:19:46,959 Kebenaran yang mereka tak sanggup terima. 259 00:19:46,959 --> 00:19:50,959 Ia akan menunjukkan kepada mereka diri mereka yang sebenar 260 00:19:50,959 --> 00:19:54,459 sehingga menyebabkan keperitan jiwa yang amat dahsyat. 261 00:19:55,168 --> 00:19:57,168 Selamat tinggal, Avatar. 262 00:19:57,876 --> 00:20:01,376 Ingat. Jangan melencong dari laluan. 263 00:20:05,293 --> 00:20:06,418 Jumpa lagi, burung. 264 00:20:07,293 --> 00:20:08,168 Cukup! 265 00:20:09,376 --> 00:20:11,168 Latihan dah tamat, tuanku. 266 00:20:12,418 --> 00:20:13,418 Azula! 267 00:20:14,584 --> 00:20:15,709 Azula! 268 00:20:17,959 --> 00:20:18,959 Azula! 269 00:20:25,126 --> 00:20:27,793 Awak okey? Mari saya tolong. 270 00:20:29,543 --> 00:20:30,793 Marah betul kau. 271 00:20:30,793 --> 00:20:31,709 Ya. 272 00:20:34,918 --> 00:20:38,501 - Dia boleh cedera. - Salah dia. Siapa suruh dia jadi lemah? 273 00:20:38,501 --> 00:20:41,459 Ini bukan tentang jurulatih itu, bukan? 274 00:20:47,584 --> 00:20:49,251 Azula, kau yang terbaik. 275 00:20:49,834 --> 00:20:51,334 Semua orang tahu. 276 00:20:52,459 --> 00:20:53,543 Kau sempurna. 277 00:20:54,418 --> 00:20:55,793 Itu belum memadai. 278 00:21:00,834 --> 00:21:02,501 Muncul pun. Pak cik ke mana? 279 00:21:02,501 --> 00:21:03,626 Maaf. 280 00:21:03,626 --> 00:21:06,168 Pak cik leka tengok orang main Pai Sho. 281 00:21:06,168 --> 00:21:09,376 Pemain-pemain jalanan di sini agak handal. 282 00:21:09,376 --> 00:21:10,959 Betul. Dah, jom pergi. 283 00:21:10,959 --> 00:21:15,293 Mereka tak ikut taktik yang dijangka, tapi itulah kelebihan mereka. 284 00:21:15,293 --> 00:21:19,293 Pak cik, boleh sambung cerita di dalam bot nanti? 285 00:21:19,293 --> 00:21:23,126 Putera Zuko, banyak kamu boleh belajar daripada pemain Pai Sho. 286 00:21:23,834 --> 00:21:28,543 Mereka tak dilatih, tapi itu bermakna minda mereka terbuka untuk idea baharu. 287 00:21:29,168 --> 00:21:32,418 Mereka pasti bersedia apabila jalan penyelesaian muncul. 288 00:21:38,459 --> 00:21:39,418 Tidak! 289 00:21:39,418 --> 00:21:43,459 June paling pakar dalam kerja dia iaitu mencari orang. 290 00:21:43,459 --> 00:21:46,376 Dia askar upahan. Kesetiaannya boleh dijual beli. 291 00:21:46,376 --> 00:21:48,043 Takkan nak percaya dia? 292 00:21:48,043 --> 00:21:49,959 June seorang yang profesional. 293 00:21:49,959 --> 00:21:53,959 Jika dia gagal, dia takkan dibayar dan dia takkan makan. 294 00:21:59,418 --> 00:22:02,751 Putera Zuko, pak cik tahu kamu percaya 295 00:22:02,751 --> 00:22:06,001 ada cara yang betul dan salah untuk buat sesuatu. 296 00:22:06,001 --> 00:22:07,959 Itu tanda pemimpin yang hebat, 297 00:22:08,876 --> 00:22:11,376 tapi peraturannya berbeza di luar ini. 298 00:22:12,459 --> 00:22:14,084 Komander Zhao tahu. 299 00:22:14,584 --> 00:22:19,334 Dia dah pun membuat gerakan sementara kita belum susun buah kita pun. 300 00:22:27,626 --> 00:22:30,668 Jadi, ceritalah tentang Avatar. 301 00:22:48,918 --> 00:22:50,334 - Kamu nampak tak? - Apa? 302 00:22:50,334 --> 00:22:51,709 Kamu nampak? 303 00:22:53,168 --> 00:22:54,376 Abang, bertenang. 304 00:22:54,376 --> 00:22:57,293 Burung hantu itu kata pasti selamat jika ikut laluan. 305 00:22:57,293 --> 00:22:58,334 Betul tak, Aang? 306 00:22:59,168 --> 00:23:00,001 Betul. 307 00:23:00,876 --> 00:23:03,793 Aang? Apa yang burung hantu itu cakap? 308 00:23:05,959 --> 00:23:08,043 Dia kata alam ini berbahaya. 309 00:23:09,126 --> 00:23:11,543 Kamu mungkin terpaksa menelan kebenaran. 310 00:23:13,834 --> 00:23:17,251 Tapi takkanlah teruk sangat, betul? 311 00:23:18,501 --> 00:23:19,543 Betul. 312 00:23:20,876 --> 00:23:22,126 Betul tak? 313 00:23:22,126 --> 00:23:23,209 Kebenaran. 314 00:23:24,251 --> 00:23:25,168 Ya. 315 00:23:25,959 --> 00:23:27,584 Saya rela terima kebenaran. 316 00:23:28,126 --> 00:23:31,959 Saya cuma tak rela dimakan oleh raksasa roh gergasi. 317 00:23:34,668 --> 00:23:36,584 Kenapa mulut abang cabul sangat? 318 00:23:45,126 --> 00:23:48,584 Aang, tolonglah cakap itu bahasa roh yang hanya awak faham 319 00:23:48,584 --> 00:23:51,751 dan maksudnya, "Selamat datang. Kamu nak makan kek?" 320 00:23:51,751 --> 00:23:53,459 Bukan itu maksudnya. 321 00:23:56,959 --> 00:23:58,209 Ikut saja laluan. 322 00:23:58,209 --> 00:24:01,459 Burung itu kata pasti selamat jika kita ikut laluan. 323 00:24:01,459 --> 00:24:02,501 Ini laluannya. 324 00:24:04,418 --> 00:24:06,168 Ini laluannya! 325 00:24:06,168 --> 00:24:07,293 Ke tepi! 326 00:24:20,209 --> 00:24:22,001 Itu roh hutan. 327 00:24:22,668 --> 00:24:24,084 Ia cedera. 328 00:24:28,626 --> 00:24:31,418 Saya tak boleh mengolah! 329 00:24:31,418 --> 00:24:32,459 Saya pun sama. 330 00:24:32,459 --> 00:24:33,459 Jaga-jaga! 331 00:24:43,501 --> 00:24:46,293 Hei, si busuk! Lawanlah dengan yang sama besar. 332 00:24:49,959 --> 00:24:51,501 Bukan aku. 333 00:24:54,084 --> 00:24:56,918 - Abang! - Kamu berdua, lari! 334 00:25:17,251 --> 00:25:18,126 Keperitan. 335 00:25:19,418 --> 00:25:20,376 Keperitan. 336 00:25:21,418 --> 00:25:23,043 Penuh dengan keperitan. 337 00:25:24,793 --> 00:25:26,501 Calar sikit saja sebenarnya. 338 00:25:26,501 --> 00:25:28,876 Bukan awak. Hei Bai. 339 00:25:30,334 --> 00:25:31,209 Hei, apa? 340 00:25:31,209 --> 00:25:33,459 Hei Bai. Roh itu. 341 00:25:34,043 --> 00:25:35,376 Ia dalam keperitan. 342 00:25:36,793 --> 00:25:38,501 Mesti saya terhantuk kuat. 343 00:25:39,543 --> 00:25:41,168 Otak saya bingung. 344 00:25:43,043 --> 00:25:44,001 Awak kelakarlah. 345 00:25:44,001 --> 00:25:45,918 Awak pula musang bercakap. 346 00:25:47,209 --> 00:25:49,459 Tapi bukan benda paling gila hari ini. 347 00:25:52,918 --> 00:25:55,668 Saya kena cari mereka sebelum mereka dimakan raksasa. 348 00:25:55,668 --> 00:25:57,751 Ia bukan raksasa. Ia cuma cedera. 349 00:25:58,459 --> 00:26:01,793 Keperitan mampu mengubah kita ke arah kejahatan. 350 00:26:02,543 --> 00:26:04,418 Awak tak faham erti keperitan? 351 00:26:06,751 --> 00:26:09,876 Luka calar ini agak merimaskan, jadi... 352 00:26:09,876 --> 00:26:12,834 Awak suka melawak untuk elak bincangkan sesuatu? 353 00:26:14,043 --> 00:26:15,459 Apa? Bukan begitu. 354 00:26:16,168 --> 00:26:20,376 Awak patut pergi. Saya harap otak awak akan hilang bingung. 355 00:26:26,543 --> 00:26:27,751 Alam Roh. 356 00:26:30,501 --> 00:26:31,376 Hati-hati. 357 00:26:32,334 --> 00:26:35,501 Kabus ini agak berbahaya. 358 00:26:36,876 --> 00:26:37,793 Abang? 359 00:26:39,126 --> 00:26:40,043 Aang? 360 00:26:49,959 --> 00:26:50,834 Aang? 361 00:27:27,334 --> 00:27:28,334 Katara. 362 00:27:35,584 --> 00:27:36,918 - Mak? - Itu pun kamu. 363 00:27:36,918 --> 00:27:39,084 Merata-rata mak cari kamu. 364 00:27:42,793 --> 00:27:43,793 Tak mungkin. 365 00:27:45,251 --> 00:27:47,293 - Betulkah ini mak? - Apa? 366 00:27:52,793 --> 00:27:54,626 Katara, kamu tak apa-apa? 367 00:27:59,459 --> 00:28:00,918 Dah lama kita terpisah. 368 00:28:07,418 --> 00:28:09,168 Marilah. Kita dah lambat. 369 00:28:15,709 --> 00:28:18,751 Percayalah, lebih kukuh kalau guna empat utas. 370 00:28:18,751 --> 00:28:20,959 Saya tak nafikan ia lebih kukuh. 371 00:28:20,959 --> 00:28:22,626 Membazir kalau guna empat. 372 00:28:24,126 --> 00:28:25,793 Katara, kamu tak memintal. 373 00:28:25,793 --> 00:28:28,001 Mak tahu saya tak pandai memintal. 374 00:28:29,376 --> 00:28:31,209 Sokka selalu ejek saya tentang... 375 00:28:33,918 --> 00:28:34,959 Mana Sokka? 376 00:28:34,959 --> 00:28:38,459 Dia dan ayah kamu akan pulang daripada kembara memancing. 377 00:28:46,251 --> 00:28:48,043 Katara... 378 00:28:59,209 --> 00:29:00,626 Saya tak boleh mengolah. 379 00:29:01,126 --> 00:29:02,209 Pasti boleh nanti. 380 00:29:02,209 --> 00:29:03,251 Mak tahu. 381 00:29:04,501 --> 00:29:09,251 Satu hari nanti, kamu akan tunjukkan kepada dunia betapa berkuasanya kamu. 382 00:29:10,876 --> 00:29:12,501 Kamu akan melindungi kami. 383 00:29:20,709 --> 00:29:22,876 Negara Api! Lari! 384 00:29:24,001 --> 00:29:25,334 Sembunyikan dia. 385 00:29:55,334 --> 00:29:57,418 - Cari pengolah air itu! - Cepat! 386 00:30:08,168 --> 00:30:10,334 Katara, kita perlu masuk sekarang! 387 00:30:10,334 --> 00:30:11,709 Saya tak nak masuk! 388 00:30:22,626 --> 00:30:23,626 Sembunyi. 389 00:30:24,251 --> 00:30:26,418 Apa-apa pun terjadi, jangan keluar. 390 00:30:31,543 --> 00:30:35,293 Mana pengolah air itu? Kami tahu ada seorang di kampung ini. 391 00:30:35,293 --> 00:30:39,251 Semua pengolah air dah lenyap atau mati disebabkan bangsa kau. 392 00:30:39,251 --> 00:30:40,209 Kau tipu. 393 00:30:41,584 --> 00:30:43,001 Serahkan pengolah itu... 394 00:30:46,501 --> 00:30:47,876 kalau kau tak nak mati. 395 00:31:30,668 --> 00:31:32,043 Tunggu! 396 00:31:32,918 --> 00:31:33,751 Aku orangnya. 397 00:31:34,584 --> 00:31:36,126 Akulah pengolah air itu. 398 00:32:01,959 --> 00:32:04,459 Penuh dengan ketakutan. 399 00:32:05,459 --> 00:32:08,251 Penuh dengan kesedihan. 400 00:32:22,668 --> 00:32:25,126 Alam Roh konon. Macam alam lumpur saja. 401 00:32:27,418 --> 00:32:29,668 Baunya macam Appa selepas hujan ribut. 402 00:32:39,501 --> 00:32:40,751 Biar betul? 403 00:32:57,293 --> 00:32:58,459 Ayah? 404 00:33:03,668 --> 00:33:06,376 Roh air menjadi saksi tanda ini. 405 00:33:07,084 --> 00:33:11,418 Atas kekuatan dan kepimpinan yang ditunjukkan ketika ujian elak ais, 406 00:33:12,251 --> 00:33:14,084 saya kurniakan Tanda Bijaksana... 407 00:33:16,543 --> 00:33:17,751 kepada Sokka. 408 00:33:17,751 --> 00:33:19,293 Anak saya. 409 00:33:23,043 --> 00:33:25,459 Ini hari saya menjalani ujian elak ais. 410 00:33:25,459 --> 00:33:27,959 Ini hari kamu lulus ujian elak ais. 411 00:33:29,084 --> 00:33:31,834 Macam pahlawan-pahlawan keluarga kita. 412 00:33:32,626 --> 00:33:34,418 Kamu jadikannya menyeronokkan. 413 00:33:36,459 --> 00:33:37,293 Pak Cik Bato! 414 00:33:38,168 --> 00:33:40,543 Kamu nyaris langgar aisberg itu, bukan? 415 00:33:45,001 --> 00:33:46,626 Ya. Saya hilang kawalan. 416 00:33:46,626 --> 00:33:47,834 Saya... 417 00:33:47,834 --> 00:33:49,418 Saya buntu ketika itu. 418 00:33:49,959 --> 00:33:52,918 Kalau pak cik tak ada untuk ambil alih... 419 00:33:53,751 --> 00:33:55,376 Kita semua selamat. 420 00:33:55,376 --> 00:33:57,418 Itu yang penting. Betul, Hakoda? 421 00:33:59,959 --> 00:34:01,459 Ya, betul. 422 00:34:01,459 --> 00:34:05,626 Memilih anak kapal yang betul pun sebahagian tugas pemimpin bijaksana. 423 00:34:05,626 --> 00:34:08,251 Sebab itu kita jalani ujian bersama kawan. 424 00:34:09,543 --> 00:34:10,626 Nampak? 425 00:34:10,626 --> 00:34:13,293 Pergi cari adik kamu. Kita boleh raikannya. 426 00:34:22,501 --> 00:34:23,668 Hei, Sokka. 427 00:34:23,668 --> 00:34:26,876 Kami nampak kapal elak ais awak, tapi sisanya sajalah. 428 00:34:27,543 --> 00:34:31,668 Jika begini awak lulus ujian, apalah nasib bot sebenar jika awak gagal? 429 00:34:33,918 --> 00:34:35,001 Memalukan betul. 430 00:34:35,751 --> 00:34:38,251 Saya tak sangka secepat itu dia buat silap. 431 00:34:38,751 --> 00:34:41,126 Kalau awak tak ada, habislah kita semua. 432 00:34:42,043 --> 00:34:43,168 Mujur kita selamat. 433 00:34:43,168 --> 00:34:46,251 Ia mencabar. Saya pun lambat perasan ombak besar itu. 434 00:34:46,251 --> 00:34:48,793 Tak perlulah beri alasan untuk dia. 435 00:34:50,584 --> 00:34:51,584 Saya harap 436 00:34:52,834 --> 00:34:55,251 apabila saat genting nanti, dia akan buat 437 00:34:57,334 --> 00:34:58,168 lebih baik. 438 00:35:02,334 --> 00:35:07,084 Tak semua orang mampu bertanggungjawab atas keselamatan nyawa orang lain. 439 00:35:34,584 --> 00:35:37,334 Menyerahlah kepada kesedihan kau. 440 00:35:45,168 --> 00:35:48,043 Katara! Sokka! 441 00:36:07,418 --> 00:36:08,334 Kampung aku. 442 00:36:13,751 --> 00:36:16,251 Ia tak nyata. 443 00:36:29,751 --> 00:36:30,918 Siapa ini? 444 00:36:31,418 --> 00:36:33,168 Seseorang yang boleh menepis? 445 00:36:33,793 --> 00:36:35,376 Tak mungkin. 446 00:36:35,918 --> 00:36:36,959 Melainkan... 447 00:36:38,709 --> 00:36:40,043 Sudah tentu. 448 00:36:41,043 --> 00:36:45,126 Kawan lama aku rupanya. Avatar. 449 00:36:45,709 --> 00:36:47,543 Aku kenal kau? 450 00:36:47,543 --> 00:36:49,293 Kau sepatutnya kenal. 451 00:36:49,293 --> 00:36:53,584 Salah seorang jelmaan kau sebelum ini cuba bunuh aku. 452 00:36:53,584 --> 00:36:56,001 Kenapa aku nak cuba bunuh kau? 453 00:36:56,001 --> 00:37:01,584 Sebab aku mencuri wajah seseorang yang kau sayang. 454 00:37:01,584 --> 00:37:04,293 Tapi kau arif tentang mencuri, bukan? 455 00:37:05,001 --> 00:37:09,918 Mungkin kau datang untuk pulangkan benda yang kau dah curi daripada aku. 456 00:37:09,918 --> 00:37:11,668 Aku tak faham maksud kau. 457 00:37:12,293 --> 00:37:14,293 Aku cuma nak cari kawan-kawan aku. 458 00:37:18,793 --> 00:37:20,918 Kawan-kawan kau? 459 00:37:20,918 --> 00:37:26,418 Kenapa aku patut biar kau main dengan makanan aku? 460 00:38:05,168 --> 00:38:06,293 Helo? 461 00:38:08,959 --> 00:38:09,834 Aang? 462 00:38:11,168 --> 00:38:12,584 Tok Guru Gyatso? 463 00:38:12,584 --> 00:38:14,584 Aang! 464 00:38:14,584 --> 00:38:17,293 Akhirnya, datang pun kamu! 465 00:38:21,876 --> 00:38:25,376 Semua ini tak nyata. Tak mungkin. Ini helah lain. 466 00:38:25,376 --> 00:38:27,126 Ini cuma khayalan. 467 00:38:27,126 --> 00:38:31,043 Saya tahu sukar untuk percaya, tapi ini sememangnya saya. 468 00:38:32,084 --> 00:38:36,126 Ada banyak khayalan di sini, tapi kamu dah keluar daripada kabus itu. 469 00:38:36,126 --> 00:38:37,876 Ini memang nyata. 470 00:38:39,209 --> 00:38:40,209 Kamu cam ini? 471 00:38:41,209 --> 00:38:43,043 Antara permainan terakhir kita. 472 00:38:49,251 --> 00:38:50,293 Hei! 473 00:38:55,418 --> 00:38:56,418 Giliran kamu. 474 00:39:00,459 --> 00:39:01,501 Penipu. 475 00:39:17,584 --> 00:39:19,376 Memang betul ini tok guru. 476 00:39:20,793 --> 00:39:22,209 Macam mana mungkin? 477 00:39:22,209 --> 00:39:24,751 Macam mana tok guru boleh ada di sini? 478 00:39:25,876 --> 00:39:26,751 Sebenarnya... 479 00:39:29,543 --> 00:39:33,584 sebaik kamu tinggalkan Kuil Udara Selatan, pengolah api menyerang. 480 00:39:34,209 --> 00:39:36,584 Semuanya mengejut dan begitu pantas. 481 00:39:37,751 --> 00:39:40,668 Ramai yang terkorban telah memasuki Kitaran Agung. 482 00:39:41,293 --> 00:39:44,126 Saya pula memilih haluan berbeza. 483 00:39:45,376 --> 00:39:48,584 Tok guru tak nak pergi ke tahap kesedaran seterusnya? 484 00:39:48,584 --> 00:39:49,876 Kenapa? 485 00:39:49,876 --> 00:39:51,001 Sebab 486 00:39:52,334 --> 00:39:54,293 saya tahu kamu perlukan saya. 487 00:39:54,293 --> 00:39:55,751 Memang pun. 488 00:39:56,709 --> 00:39:59,584 Saya seorang Avatar. Semua berharap kepada saya. 489 00:40:00,626 --> 00:40:03,793 Tapi saya tak tahu perkara yang patut dibuat. 490 00:40:05,376 --> 00:40:06,876 Tapi tok guru dah ada. 491 00:40:06,876 --> 00:40:09,334 Saya tak boleh ajar cara menjadi Avatar. 492 00:40:09,334 --> 00:40:11,043 Mestilah boleh. 493 00:40:12,834 --> 00:40:16,168 Avatar Kyoshi kata saya perlu pergi ke Kutub Utara 494 00:40:16,168 --> 00:40:18,501 untuk mencegah sebuah tragedi dahsyat. 495 00:40:19,084 --> 00:40:19,918 Tapi, 496 00:40:21,084 --> 00:40:22,418 saya tak tahu caranya. 497 00:40:23,168 --> 00:40:24,709 Saya tak tahu apa-apa. 498 00:40:24,709 --> 00:40:27,376 - Kamu tahu banyak perkara. - Tidak. 499 00:40:27,376 --> 00:40:31,584 Macam mana saya nak selamatkan dunia kalau saya tak mampu selamatkan... 500 00:40:34,501 --> 00:40:35,668 kawan-kawan saya? 501 00:40:35,668 --> 00:40:37,293 Mereka di dalam kabus itu. 502 00:40:40,001 --> 00:40:42,793 Itulah Kabus Roh Hilang. 503 00:40:43,376 --> 00:40:47,334 Tempat yang mengurung seseorang dalam memori terburuk mereka, 504 00:40:47,334 --> 00:40:52,543 dan itulah tempat memburu untuk Koh si pencuri wajah. 505 00:40:52,543 --> 00:40:56,459 Dia menyerang orang yang lumpuh kerana kesedihan dan keraguan. 506 00:40:57,418 --> 00:41:01,084 Mesti dia dah tangkap orang kampung yang kami cuba selamatkan. 507 00:41:02,418 --> 00:41:04,918 Tentu Koh bawa mereka ke sarangnya. 508 00:41:06,126 --> 00:41:09,834 Koh akan tahan mereka di sana sementara menunggu untuk makan. 509 00:41:11,209 --> 00:41:12,418 Apabila itu berlaku, 510 00:41:13,251 --> 00:41:15,251 roh mereka akan hilang selamanya. 511 00:41:18,668 --> 00:41:19,793 Saya kena tolong! 512 00:41:19,793 --> 00:41:22,793 Koh ialah roh purba, 513 00:41:22,793 --> 00:41:25,626 pemangsa yang berbahaya dan kejam. 514 00:41:26,376 --> 00:41:28,334 Tak ada cara untuk kalahkan dia. 515 00:41:28,334 --> 00:41:29,584 Saya perlu cuba. 516 00:41:30,293 --> 00:41:31,751 Saya perlu buat sesuatu. 517 00:41:33,543 --> 00:41:34,418 Koh. 518 00:41:36,126 --> 00:41:37,543 Dia kata dia kenal saya, 519 00:41:37,543 --> 00:41:39,793 dan saya rampas sesuatu daripadanya. 520 00:41:39,793 --> 00:41:40,834 Betul. 521 00:41:41,501 --> 00:41:43,793 Avatar lampau pernah gaduh dengan Koh. 522 00:41:44,751 --> 00:41:50,959 Khabarnya Roku pernah menewaskan roh itu, tapi tak ada sesiapa tahu hal sebenar. 523 00:41:50,959 --> 00:41:52,001 Okey. 524 00:41:52,001 --> 00:41:54,293 Jadi, saya perlu tanya Roku. 525 00:41:54,959 --> 00:41:58,918 Saya hubungi Avatar Kyoshi di makamnya. Dengan Roku pun tentu boleh. 526 00:41:58,918 --> 00:42:01,959 Cuma kuil Roku terletak di Negara Api. 527 00:42:01,959 --> 00:42:04,876 - Perjalanannya pasti berbahaya. - Saya terpaksa. 528 00:42:06,168 --> 00:42:07,459 Saya akan kembali. 529 00:42:09,084 --> 00:42:09,918 Aang! 530 00:42:12,334 --> 00:42:14,293 Saya nak kamu tahu sesuatu. 531 00:42:15,668 --> 00:42:21,501 Kamu takkan mampu buat apa-apa kalaupun kamu ada bersama kami ketika itu. 532 00:42:23,251 --> 00:42:25,751 Kamu takkan mampu halang Negara Api. 533 00:42:27,209 --> 00:42:29,459 Kamu takkan mampu mencegah perang itu. 534 00:42:30,709 --> 00:42:33,626 Kamu akan terkorban bersama kami semua. 535 00:42:35,043 --> 00:42:37,376 Bukan kamu yang salah. 536 00:42:39,334 --> 00:42:41,334 Jadi, lepaskanlah bebanan itu. 537 00:42:49,126 --> 00:42:52,001 Boleh kita sambung berbual selepas saya balik? 538 00:42:55,001 --> 00:42:55,918 Tentulah boleh. 539 00:42:57,584 --> 00:43:00,376 Kamu perlu cepat. Waktu makan Koh akan tiba. 540 00:43:00,376 --> 00:43:04,584 Baik. Selepas kawan-kawan saya selamat, kita ada banyak masa. 541 00:43:19,834 --> 00:43:20,709 Masa. 542 00:43:21,751 --> 00:43:23,459 Masa memang aneh. 543 00:43:24,459 --> 00:43:26,251 Masa lalu, masa depan, 544 00:43:27,001 --> 00:43:28,709 semuanya bercampur aduk. 545 00:43:32,418 --> 00:43:35,001 Hanya ada satu cara untuk tidak keliru. 546 00:43:36,293 --> 00:43:39,668 Sentiasa ingat perkara yang benar-benar bermakna. 547 00:43:51,209 --> 00:43:53,334 Aku harap kau boleh bantu, Roku. 548 00:43:59,001 --> 00:44:01,876 Aku tahu kau dalam keperitan. Aku nampak roh kau. 549 00:44:15,376 --> 00:44:18,793 Aku akan betulkan keadaan dan selamatkan kawan-kawan aku. 550 00:44:19,459 --> 00:44:20,376 Aku janji. 551 00:44:25,668 --> 00:44:28,459 Maaf, kawan. Kau tak boleh ikut kali ini. 552 00:44:29,543 --> 00:44:30,501 Kau pun, Momo. 553 00:44:33,168 --> 00:44:34,418 Ia terlalu berbahaya. 554 00:44:38,584 --> 00:44:40,501 Tolong jaga mereka, okey? 555 00:44:45,751 --> 00:44:50,584 Betul, memang sukar untuk melihat perkara yang penting. 556 00:44:52,918 --> 00:44:57,043 Adakala, kita akan rasa seolah-olah kita sentiasa bersendirian... 557 00:45:00,543 --> 00:45:05,251 dan hanya ditemani oleh segala keperitan lama. 558 00:45:16,793 --> 00:45:19,043 Kita cenderung untuk menyalahkan diri. 559 00:45:23,459 --> 00:45:27,668 Terutamanya apabila datang perkara-perkara yang kita tak mampu kawal. 560 00:45:39,918 --> 00:45:43,293 Maka, kita mesti lepaskan segala keperitan dan penyesalan. 561 00:45:45,459 --> 00:45:50,334 Sentiasa ingat. Apa sebenarnya yang kita perjuangkan? 562 00:45:51,668 --> 00:45:54,293 Insan-insan yang kita sayang. 563 00:45:56,459 --> 00:46:01,001 Jadikan cahaya itu sebagai petunjuk untuk menempuhi detik-detik penuh ancaman... 564 00:46:06,293 --> 00:46:08,626 dan malam-malam yang kelam. 565 00:48:05,959 --> 00:48:08,876 Terjemahan sari kata oleh M Arrazi Azmi