1 00:00:34,834 --> 00:00:38,376 Pasti kamu akan jumpa. Kamu tersalah letak agaknya. 2 00:00:39,126 --> 00:00:40,626 Kamu kena ingat. 3 00:00:40,626 --> 00:00:42,668 Bukan buku itu yang jumpa Avatar, 4 00:00:42,668 --> 00:00:43,793 kamu yang jumpa. 5 00:00:44,626 --> 00:00:47,543 Walaupun buku itu berguna untuk kamu catat ilham, 6 00:00:47,543 --> 00:00:50,418 kamu berjaya jumpa Avatar kerana ketekunan kamu. 7 00:00:50,418 --> 00:00:51,501 Dia lari! 8 00:00:52,709 --> 00:00:54,168 Pahlawan ulung itu! 9 00:00:55,293 --> 00:00:58,001 - Dia pengecut! - Pak cik tak rasa begitu. 10 00:00:58,001 --> 00:00:59,709 Tapi jelas yang Avatar ini 11 00:00:59,709 --> 00:01:03,209 bukan macam yang kamu atau orang lain jangka selama ini. 12 00:01:08,459 --> 00:01:11,376 Dah jumpa baru kita akan tahu. Saya akan cari dia. 13 00:01:12,043 --> 00:01:14,376 Saya pewaris takhta. Pasti ada makna. 14 00:01:14,376 --> 00:01:16,793 - Walaupun di tempat asing ini. - Betul. 15 00:01:17,543 --> 00:01:18,459 Sebenarnya, 16 00:01:18,459 --> 00:01:22,209 disebabkan kita berada di negeri yang terpencil ini, 17 00:01:22,209 --> 00:01:24,043 kita ada kelebihan. 18 00:01:25,334 --> 00:01:28,709 Berapa banyaklah tempat yang ada untuk Avatar bersembunyi? 19 00:01:32,251 --> 00:01:34,668 Pulau Kyoshi beberapa jam saja dari sini. 20 00:01:34,668 --> 00:01:38,376 Menurut buku nota ini, Avatar Kyoshi pahlawan paling garang. 21 00:01:38,376 --> 00:01:40,584 Dia mahir mengawal Paduan Avatar. 22 00:01:40,584 --> 00:01:43,584 Mungkin sesuatu di makamnya boleh bantu saya kawal kuasa sebelum... 23 00:01:43,584 --> 00:01:44,668 Awak bunuh orang? 24 00:01:45,543 --> 00:01:47,334 Sebelum saya alaminya lagi. 25 00:01:52,709 --> 00:01:54,334 - Jom balik. - Apa? 26 00:01:54,334 --> 00:01:56,834 Dia dah selamat daripada pengolah api. 27 00:01:57,418 --> 00:01:58,876 Jom balik. Tugas abang... 28 00:02:00,543 --> 00:02:03,251 Tugas kita melindungi kampung. Itu amanah ayah. 29 00:02:03,251 --> 00:02:04,793 Mereka boleh jaga diri. 30 00:02:04,793 --> 00:02:07,709 Apa gunanya lindungi Wolf Cove jika kita tak selamatkan dunia? 31 00:02:07,709 --> 00:02:10,876 Katara, kamu biar betul? Selamatkan dunia? 32 00:02:10,876 --> 00:02:12,626 - Kita? - Kenapa tidak? 33 00:02:12,626 --> 00:02:15,584 Hanya Aang harapan yang dunia ini ada. 34 00:02:16,251 --> 00:02:17,459 Betul cakap abang. 35 00:02:17,459 --> 00:02:20,043 Kita ada tugas. Tugas melindungi Avatar. 36 00:02:20,043 --> 00:02:22,418 Lindungi dia? Kamu nak melindungi dia? 37 00:02:22,418 --> 00:02:25,001 Budak yang hampir meletupkan kita. 38 00:02:25,001 --> 00:02:26,376 Bukan demi Aang saja. 39 00:02:27,251 --> 00:02:29,876 Sejak kita jumpa dia, kehidupan saya berubah. 40 00:02:30,709 --> 00:02:33,459 Dulu, mengolah sedikit air pun saya tak mampu. 41 00:02:33,459 --> 00:02:37,084 Sekarang, tengoklah kemampuan saya. Baru sehari saya belajar! 42 00:02:40,418 --> 00:02:41,584 Lihat sekeliling. 43 00:02:42,209 --> 00:02:43,584 Lihatlah tempat ini. 44 00:02:44,168 --> 00:02:47,418 Abang mungkin tak setuju, tapi saya tak boleh balik. 45 00:03:06,001 --> 00:03:08,501 Katara, ada yang tak kena dengan beg awak. 46 00:03:21,334 --> 00:03:23,043 Hei! Itu makanan kami. 47 00:03:24,626 --> 00:03:25,543 Haiwan apa itu? 48 00:03:25,543 --> 00:03:26,793 Kandau bersayap! 49 00:03:28,751 --> 00:03:30,584 Dulu, langit penuh dengannya. 50 00:03:34,876 --> 00:03:35,918 Apa ini? 51 00:03:43,376 --> 00:03:45,043 Ke hadapan Katara tersayang. 52 00:03:45,709 --> 00:03:49,251 Skrol ini telah diwarisi oleh para pengolah air puak kita 53 00:03:49,251 --> 00:03:50,834 generasi demi generasi. 54 00:03:50,834 --> 00:03:56,001 Ia mengandungi segala perkara asas untuk kamu mula belajar mengolah. 55 00:03:56,626 --> 00:04:00,168 Alangkah pilu hati nenek kerana merahsiakannya daripada kamu. 56 00:04:00,668 --> 00:04:03,459 Disebabkan Negara Api memburu pengolah, 57 00:04:03,459 --> 00:04:06,376 keadaan terlalu berbahaya untuk kamu memilikinya. 58 00:04:07,501 --> 00:04:10,209 Tapi sekarang, kamu dah mula mengembara dunia, 59 00:04:10,209 --> 00:04:12,293 maka terimalah hak kamu ini. 60 00:04:12,959 --> 00:04:14,834 Kamu seorang pengolah air. 61 00:04:15,376 --> 00:04:19,251 Itulah diri kamu. Dulu, kini dan selamanya. 62 00:04:20,168 --> 00:04:21,793 Jangan sekali-kali lupa. 63 00:04:22,709 --> 00:04:26,251 Nampak? Ini takkan berlaku kalau kita tak tinggalkan kampung. 64 00:04:26,876 --> 00:04:29,126 Yalah. Mari pergi ke Pulau Kyoshi. 65 00:04:31,709 --> 00:04:33,793 Aang, dah sedia untuk berangkat? 66 00:04:37,126 --> 00:04:38,834 Saya perlu buat sesuatu dulu. 67 00:04:53,043 --> 00:04:55,709 Sepanjang hayat saya, tok guru ada untuk saya, 68 00:04:57,376 --> 00:04:58,834 tapi saya hampakan tok guru. 69 00:05:00,709 --> 00:05:02,126 Rehatlah, Tok Guru Gyatso. 70 00:05:03,209 --> 00:05:04,168 Maafkan saya. 71 00:05:33,418 --> 00:05:38,501 PARA PAHLAWAN 72 00:05:57,709 --> 00:05:59,251 Kau nak ikut kami, Momo? 73 00:05:59,251 --> 00:06:00,668 Momo? 74 00:06:01,251 --> 00:06:03,834 Ya. Nama Momo sesuai dengannya, bukan? 75 00:06:04,793 --> 00:06:07,834 - Macam nama Sokka sesuai dengan awak. - Setuju. 76 00:06:10,418 --> 00:06:12,209 Mesti rasa kau macam ayam. 77 00:06:21,251 --> 00:06:23,626 Zuko, kamu mesti cuba rasa. Ada... 78 00:06:24,293 --> 00:06:25,876 - Apa isinya? - Telur puyuh berudu. 79 00:06:26,459 --> 00:06:29,918 Telur puyuh berudu. Khasiatnya sangat bagus untuk... 80 00:06:30,626 --> 00:06:31,834 Membekalkan tenaga? 81 00:06:31,834 --> 00:06:33,043 Membekalkan tenaga! 82 00:06:36,209 --> 00:06:38,334 Apa kita buat di sini, pak cik? 83 00:06:41,209 --> 00:06:45,501 Di pelabuhan inilah terletaknya markas komander wilayah Negara Api. 84 00:06:46,251 --> 00:06:47,876 Ia pusat maklumat tempatan. 85 00:06:48,543 --> 00:06:52,834 Kalau ada perkara aneh berlaku di sekitar, ia akan dilaporkan di sini. 86 00:06:52,834 --> 00:06:54,626 Pak cik dah gila, ya? 87 00:06:55,209 --> 00:06:57,959 Tanya komander Negara Api tentang Avatar? 88 00:06:57,959 --> 00:07:01,126 Kalau hal ini tersebar, semua orang akan buru dia. 89 00:07:01,126 --> 00:07:02,709 Peluang saya akan musnah. 90 00:07:02,709 --> 00:07:04,626 Bertenang, Putera Zuko. 91 00:07:04,626 --> 00:07:07,834 Kamu mesti belajar cara untuk mencapai kemahuan 92 00:07:07,834 --> 00:07:10,501 tanpa mendedahkan niat sebenar. 93 00:07:12,168 --> 00:07:13,918 Bertindak dengan bijaksana 94 00:07:13,918 --> 00:07:15,626 dan tunjukkan sifat empati. 95 00:07:15,626 --> 00:07:19,168 Tapi yang paling penting, kamu mesti ada... 96 00:07:20,001 --> 00:07:21,293 Pulut! 97 00:07:24,751 --> 00:07:26,834 Pak cik, tak ada masa untuk makan. 98 00:07:35,668 --> 00:07:36,668 Itu pun dia. 99 00:07:37,251 --> 00:07:39,084 Wanita gergasi yang menakutkan. 100 00:07:55,418 --> 00:07:56,418 Tengoklah ini. 101 00:07:58,126 --> 00:08:00,918 Abang, bolehkah masuk macam itu saja? 102 00:08:05,626 --> 00:08:06,834 Aang! 103 00:08:10,751 --> 00:08:12,501 - Abang! - Apa yang berlaku? 104 00:08:12,501 --> 00:08:13,959 - Jaga-jaga! - Hei! 105 00:08:15,668 --> 00:08:17,959 Kamu menceroboh tanah suci. 106 00:08:17,959 --> 00:08:21,626 Berhenti! Kamu salah faham. Dia Avatar! 107 00:08:21,626 --> 00:08:24,793 Mengarut. Pasti ada petanda kalau betul dia Avatar. 108 00:08:35,418 --> 00:08:37,418 Saya rasa itu petandanya. 109 00:08:42,751 --> 00:08:45,709 Sudah lama kami tak menerima pelawat. 110 00:08:45,709 --> 00:08:47,293 Ada sebab yang munasabah. 111 00:08:47,876 --> 00:08:49,626 Selama 100 tahun, 112 00:08:49,626 --> 00:08:53,251 Pulau Kyoshi kekal selamat daripada kemusnahan akibat perang 113 00:08:53,251 --> 00:08:55,459 dengan mengasingkan diri. 114 00:08:55,459 --> 00:08:58,876 Orang luar pun tak patut mendatangi kami. 115 00:08:58,876 --> 00:09:01,001 Kami bukan nak timbulkan masalah. 116 00:09:01,001 --> 00:09:04,376 Saya cuma nak belajar tentang Avatar Kyoshi. 117 00:09:04,376 --> 00:09:08,084 Tempat ini sepatutnya memelihara memori kehidupannya, bukan? 118 00:09:08,084 --> 00:09:09,626 - Kami bukan ancaman. - Mungkin. 119 00:09:09,626 --> 00:09:13,876 Tapi ancaman mungkin akan datang. Kami tak boleh buat pengecualian. 120 00:09:13,876 --> 00:09:16,043 Kami bukan orang biasa. Dia Avatar. 121 00:09:16,043 --> 00:09:20,334 Hanya menurut cakap kamu dan pantulan cahaya daripada patung itu. 122 00:09:21,126 --> 00:09:24,751 Saya tahu puan takut. Saya tak tahu tentang keadaan di sini. 123 00:09:25,709 --> 00:09:29,084 Sejujurnya, saya tak tahu tentang keadaan di semua tempat. 124 00:09:30,168 --> 00:09:32,543 Kehidupan saya terhenti agak lama. 125 00:09:33,668 --> 00:09:34,668 Pada zaman saya, 126 00:09:35,418 --> 00:09:37,084 semua orang saling membantu. 127 00:09:42,834 --> 00:09:44,751 Saya tahu ini bukan tempat saya. 128 00:09:45,751 --> 00:09:48,126 Akhir-akhir ini, saya kerap rasa begitu. 129 00:09:48,793 --> 00:09:50,918 Tapi kalau puan boleh tolong saya... 130 00:09:52,584 --> 00:09:54,959 Kalau saya boleh belajar menjadi Avatar, 131 00:09:56,251 --> 00:09:58,584 mungkin saya boleh membuatkan dunia ini 132 00:09:59,459 --> 00:10:01,834 kembali bahagia seperti pada zaman saya. 133 00:10:08,251 --> 00:10:11,501 Apa salahnya kita izinkan dia menelaah beberapa kitab? 134 00:10:11,501 --> 00:10:12,834 Ia bukan soal mereka. 135 00:10:12,834 --> 00:10:14,709 Soal ancaman lain. Saya tahu. 136 00:10:15,293 --> 00:10:18,543 Tapi kalau betul dia Avatar, takkan kita tak nak tolong? 137 00:10:20,918 --> 00:10:22,709 Kamu srikandi yang garang. 138 00:10:24,043 --> 00:10:26,084 - Tapi hati kamu mulia. - Bonda. 139 00:10:26,626 --> 00:10:31,251 Suki, kamu terlalu mentah untuk tahu bahawa ada ramai orang di dunia ini 140 00:10:31,251 --> 00:10:35,043 yang sanggup mengambil kesempatan atas kemuliaan hati kamu. 141 00:10:35,043 --> 00:10:36,334 Saya tak mentah. 142 00:10:36,334 --> 00:10:38,209 Cuma saya belum melihat dunia. 143 00:10:44,668 --> 00:10:47,043 Saya teringat yang Kyoshi sendiri pun 144 00:10:47,043 --> 00:10:50,251 sering dibantu oleh orang baik yang tak dikenali. 145 00:10:51,209 --> 00:10:52,709 Sebagai Avatar, 146 00:10:52,709 --> 00:10:56,418 dia berjuang untuk membantu semua golongan yang memerlukan. 147 00:10:57,001 --> 00:10:59,793 Maka, kampung kami sudi menerima tetamu 148 00:11:00,793 --> 00:11:02,584 selama 48 jam. 149 00:11:03,543 --> 00:11:07,209 Tolong hormat batasan kemurahan hati kami. 150 00:11:09,251 --> 00:11:11,459 Saya faham sebab awak nak kami pergi. 151 00:11:11,459 --> 00:11:13,168 Saya pun akan buat begitu. 152 00:11:13,834 --> 00:11:16,501 Tanggungjawab awak melindungi nyawa mereka. 153 00:11:17,043 --> 00:11:21,876 Saya pun ambil serius tanggungjawab itu. Saya pelindung kampung saya juga. 154 00:11:22,834 --> 00:11:23,751 Awak? 155 00:11:23,751 --> 00:11:25,001 Ya. 156 00:11:25,876 --> 00:11:26,918 Pelindung? 157 00:11:27,584 --> 00:11:31,043 Macam mana awak nak lindungi mereka kalau awak ada di sini? 158 00:11:31,043 --> 00:11:32,501 Apa? Taklah. 159 00:11:33,084 --> 00:11:34,709 Ya, memanglah saya di sini. 160 00:11:34,709 --> 00:11:39,376 Walaupun jasad saya tak ada di sana, saya... 161 00:11:39,959 --> 00:11:41,293 Saya... 162 00:11:42,418 --> 00:11:44,209 Saya perlu selamatkan dunia. 163 00:11:45,918 --> 00:11:47,251 Katara, macam mana? 164 00:11:47,251 --> 00:11:50,293 Abang melindungi Aang, maknanya melindungi kampung... 165 00:11:51,001 --> 00:11:52,251 Hei! 166 00:11:53,126 --> 00:11:57,626 Apa-apa pun, kita ada banyak persamaan. Kita sama-sama pahlawan, bukan? 167 00:11:58,209 --> 00:12:02,168 Avatar Kyoshi latih pasukan elit untuk jadi sepertinya sebelum mati. 168 00:12:02,168 --> 00:12:05,251 Pasukan yang akan melindungi kampung dan adat kami. 169 00:12:05,251 --> 00:12:08,001 Tradisi itu telah diwarisi turun-temurun. 170 00:12:08,001 --> 00:12:10,251 Kini, saya pelindung masyarakat ini 171 00:12:10,251 --> 00:12:12,668 yang harus mendukung nilai Avatar itu. 172 00:12:12,668 --> 00:12:15,209 Saya bukan setakat pahlawan biasa. 173 00:12:15,793 --> 00:12:17,043 Saya Srikandi Kyoshi. 174 00:12:28,751 --> 00:12:29,918 Mana komander kamu? 175 00:12:29,918 --> 00:12:32,793 Beta mahu lihat laporan pengawasan terkini. 176 00:12:32,793 --> 00:12:34,334 - Maaf? - Peta juga. 177 00:12:34,918 --> 00:12:36,668 Peta nautika yang menyeluruh. 178 00:12:38,126 --> 00:12:39,251 Tuan siapa? 179 00:12:40,376 --> 00:12:41,334 Putera Zuko. 180 00:12:41,334 --> 00:12:46,293 Patik berbesar hati menerima kedatangan kerabat diraja ke pangkalan kami. 181 00:12:46,293 --> 00:12:49,293 - Apa patik boleh bantu? - Beta perlukan... 182 00:12:49,293 --> 00:12:51,668 Maafkan anak saudara saya. 183 00:12:52,334 --> 00:12:53,793 Setelah lama di laut, 184 00:12:53,793 --> 00:12:57,043 adab kami pun dah berkarat macam sauh kapal kami. 185 00:12:57,043 --> 00:12:59,209 Panglima Iroh, tak usah minta maaf. 186 00:12:59,209 --> 00:13:02,293 Maafkan kesilapan pihak kami juga. 187 00:13:02,293 --> 00:13:04,959 Kami jarang dilawati tetamu istimewa. 188 00:13:04,959 --> 00:13:09,209 Apatah lagi "Naga Barat" yang terkenal. 189 00:13:10,584 --> 00:13:12,126 Macam Putera Zuko kata, 190 00:13:12,126 --> 00:13:15,501 kami mahu lihat peta dan laporan pengawasan. 191 00:13:15,501 --> 00:13:18,959 Kami berhasrat untuk cari kawanan jerung sotong. 192 00:13:18,959 --> 00:13:21,668 Jerung sotong? 193 00:13:21,668 --> 00:13:23,668 Ini musim kawanannya berhijrah. 194 00:13:23,668 --> 00:13:27,418 Rasanya sangat sedap kalau dipanggang dengan perahan lemon. 195 00:13:29,584 --> 00:13:30,501 Begitu, ya? 196 00:13:31,043 --> 00:13:33,084 Saya akan cuba bantu. 197 00:13:33,084 --> 00:13:36,043 Kalau tuan boleh beri masa sampai pagi, 198 00:13:36,668 --> 00:13:38,001 tentu kami akan jumpa. 199 00:13:38,001 --> 00:13:40,501 Baik betul kamu, Komander... 200 00:13:40,501 --> 00:13:42,959 Zhao. Komander Zhao. 201 00:13:42,959 --> 00:13:44,626 Sedia berkhidmat. 202 00:14:11,459 --> 00:14:12,918 Awak patut pakai loceng. 203 00:14:13,834 --> 00:14:15,376 Ada makanan di balai raya. 204 00:15:05,501 --> 00:15:07,793 Hebatnya! Awak memang berbakat. 205 00:15:08,834 --> 00:15:10,584 Itu cuma olahan mudah. 206 00:15:10,584 --> 00:15:13,626 Tapi ada kemajuan daripada sebelum ini, bukan? 207 00:15:14,209 --> 00:15:17,793 Cepat betul awak belajar. Awak pengolah air sejati, Katara. 208 00:15:17,793 --> 00:15:19,709 Awak pun patut berlatih. 209 00:15:21,168 --> 00:15:23,376 Avatar perlu menguasai semua unsur. 210 00:15:25,459 --> 00:15:26,459 Nanti sajalah. 211 00:15:27,876 --> 00:15:31,543 Pasti awak rasa amat terbeban kerana perlu menyelamatkan dunia, 212 00:15:32,584 --> 00:15:36,584 tapi tanggungjawab tetap harus digalas walaupun awak enggan berlatih. 213 00:15:38,543 --> 00:15:39,376 Saya tahu. 214 00:15:40,584 --> 00:15:43,584 Cuma dulu, Tok Guru Gyatso yang melatih saya. 215 00:15:46,709 --> 00:15:49,209 Saya tak pernah berlatih dengan orang lain. 216 00:15:51,084 --> 00:15:52,043 Tak apa. 217 00:15:52,793 --> 00:15:54,168 Kita akan buat bersama. 218 00:15:55,584 --> 00:15:57,084 Saya takkan ke mana-mana. 219 00:16:03,751 --> 00:16:07,293 Kalau tak pun, awak boleh jadi sasaran untuk saya berlatih. 220 00:16:26,501 --> 00:16:29,209 Tak macam masakan di rumah, tapi boleh tahan. 221 00:16:36,126 --> 00:16:38,126 Curilah lagi kalau nak kena masak. 222 00:16:43,459 --> 00:16:45,001 Betulkah awak pengolah udara? 223 00:17:05,001 --> 00:17:07,709 Kita perlu akui, dia pandai menawan hati orang. 224 00:17:09,126 --> 00:17:10,626 Dia tahu membina hubungan 225 00:17:10,626 --> 00:17:12,959 dan meyakinkan orang macam malam tadi. 226 00:17:13,459 --> 00:17:17,334 Itulah kuasa sebenar dia. Hubungan. Menjalinkan persefahaman. 227 00:17:17,334 --> 00:17:19,251 Begitulah dia akan jadi Avatar. 228 00:17:22,209 --> 00:17:24,418 Betul. Itu dia penyelamat dunia kita. 229 00:17:27,168 --> 00:17:30,334 Macam inikah rasanya apabila ada orang luar di sini? 230 00:17:30,334 --> 00:17:34,168 Kamu tak ingat zaman ketika perang memusnahkan semuanya, 231 00:17:34,168 --> 00:17:37,459 dan kita hidup dalam ketakutan terhadap Negara Api. 232 00:17:37,459 --> 00:17:39,751 Ada sebab kita dapat elak selama ini. 233 00:17:40,918 --> 00:17:42,043 "Elak." 234 00:17:42,043 --> 00:17:46,459 Kita elak banyak perkara dengan cara hidup macam ini. 235 00:17:50,043 --> 00:17:53,251 Walaupun begitu, kita masih selamat sampai sekarang. 236 00:17:54,376 --> 00:17:55,418 Cuma tak bahagia. 237 00:17:58,418 --> 00:17:59,501 Budak itu 238 00:18:00,334 --> 00:18:01,834 mungkin menghiburkan, 239 00:18:01,834 --> 00:18:04,334 tapi tak bermakna dia tak berbahaya. 240 00:18:04,334 --> 00:18:05,459 Dia satu ancaman. 241 00:18:05,459 --> 00:18:08,209 Lebih cepat mereka tinggalkan pulau kita, 242 00:18:09,209 --> 00:18:10,209 lebih bagus. 243 00:18:17,043 --> 00:18:18,334 - Avatar? - Ya, tuan. 244 00:18:18,334 --> 00:18:19,959 Dia rasa dia jumpa Avatar? 245 00:18:19,959 --> 00:18:21,334 Menurut anak buahnya. 246 00:18:21,334 --> 00:18:24,376 Mereka jumpa dia di sebuah kampung Puak Air. 247 00:18:24,376 --> 00:18:26,459 Putera Zuko dah tangkap, tapi dia lari. 248 00:18:26,459 --> 00:18:30,876 Kalau Zuko cari maklumat di sini, maknanya Zuko rasa dia masih berdekatan. 249 00:18:30,876 --> 00:18:36,126 Kumpul laporan selama beberapa hari lepas. Cari sekecil-kecil kejadian aneh pun. 250 00:18:36,126 --> 00:18:37,626 - Cepat. - Baik, tuan. 251 00:18:50,376 --> 00:18:51,209 Saya serius. 252 00:18:51,751 --> 00:18:53,168 Awak patut pakai loceng. 253 00:18:55,918 --> 00:18:56,918 Saya buat sendiri. 254 00:18:58,418 --> 00:19:01,751 Bagus untuk bertempur, memburu dan... 255 00:19:01,751 --> 00:19:02,834 Memburu? 256 00:19:03,626 --> 00:19:05,209 Ya, memburu. 257 00:19:06,251 --> 00:19:07,334 Paus harimau. 258 00:19:07,334 --> 00:19:10,626 Ya, paus harimau memang berbahaya. 259 00:19:10,626 --> 00:19:13,376 Paus harimau ganas dan mampu membunuh. 260 00:19:13,376 --> 00:19:16,043 Saya boleh tunjukkan asasnya kalau awak nak. 261 00:19:29,709 --> 00:19:30,668 Wah. 262 00:19:33,418 --> 00:19:34,793 Hebatnya. 263 00:19:34,793 --> 00:19:35,709 Boleh... 264 00:19:36,501 --> 00:19:37,584 Boleh tahan hebat. 265 00:19:37,584 --> 00:19:41,459 Pahlawan Puak Air Selatan lebih handal berlawan tanpa senjata. 266 00:19:44,043 --> 00:19:45,834 Sekarang? 267 00:19:48,543 --> 00:19:49,501 Okey. 268 00:19:53,668 --> 00:19:54,751 Baiklah. 269 00:20:00,668 --> 00:20:01,918 Cukup! 270 00:20:25,709 --> 00:20:29,251 Tak ada apa-apa maklumat tentang Paduan Avatar atau kuasanya 271 00:20:29,251 --> 00:20:31,168 yang boleh bantu saya berlatih. 272 00:20:32,334 --> 00:20:35,251 Jadi, macam mana saya nak selamatkan dunia? 273 00:20:35,251 --> 00:20:38,251 Macam mana saya nak hentikan kezaliman Negara Api? 274 00:20:42,459 --> 00:20:43,876 Dia anak yatim piatu. 275 00:20:43,876 --> 00:20:47,793 Dia merempat sebelum menjadi pembantu rumah hartawan pulau ini. 276 00:20:48,376 --> 00:20:52,043 Dia pendiam dan baik. Orang tak sangka dia akan jadi Avatar. 277 00:20:52,043 --> 00:20:54,876 Jadi, macam mana dia berubah daripada ini... 278 00:20:57,376 --> 00:20:58,376 kepada itu? 279 00:21:01,876 --> 00:21:04,209 "Hanya keadilan akan membawa keamanan." 280 00:21:06,084 --> 00:21:09,334 Saya tak suka berlawan. Saya takut ada orang cedera. 281 00:21:12,293 --> 00:21:16,459 Dulu, kawan-kawan selalu kata saya bertuah kerana tak perlu berlatih. 282 00:21:17,918 --> 00:21:19,043 Tapi saya berlatih. 283 00:21:21,001 --> 00:21:24,293 Bukan untuk mengembangkan kuasa, tapi untuk mengawalnya. 284 00:21:29,084 --> 00:21:30,293 Maafkan saya! 285 00:21:33,918 --> 00:21:36,459 Tak ada orang cakap, tapi saya tahu. 286 00:21:37,501 --> 00:21:38,668 Mereka takut saya. 287 00:21:40,209 --> 00:21:43,334 Macam awak dan Sokka semasa saya dalam Paduan Avatar. 288 00:21:44,251 --> 00:21:46,626 Macam mana jika tak ada apa-apa di sini? 289 00:21:47,876 --> 00:21:51,251 Jika kuasa saya tak terbendung, berapa ramai akan terluka? 290 00:21:52,001 --> 00:21:54,501 Apa akan jadi kalau awak langsung tak cuba? 291 00:22:03,543 --> 00:22:05,209 Aang, awak tak bersendirian. 292 00:22:05,209 --> 00:22:06,584 Menurut buku ini, 293 00:22:06,584 --> 00:22:10,043 semua Avatar sebelum ini ialah jelmaan hayat lampau awak. 294 00:22:10,626 --> 00:22:13,793 Awak tak sendirian. Avatar lain ada dalam diri awak. 295 00:22:13,793 --> 00:22:18,209 Kalau awak nak berguru, awak cuma kena cari cara untuk berhubung. 296 00:22:18,793 --> 00:22:20,543 Jawapannya bukan di sini, 297 00:22:20,543 --> 00:22:22,126 tapi dalam diri awak. 298 00:22:29,501 --> 00:22:30,543 Kenapa? 299 00:22:32,793 --> 00:22:34,084 Kapal Zhao 300 00:22:35,376 --> 00:22:36,709 dah tak ada. 301 00:22:36,709 --> 00:22:37,751 Zhao? 302 00:22:37,751 --> 00:22:40,459 Dia dengar ada lembu terbang di Pulau Kyoshi. 303 00:22:40,459 --> 00:22:41,626 Dia pergi ke sana. 304 00:22:43,793 --> 00:22:45,334 Lembu terbang? 305 00:22:47,418 --> 00:22:48,251 Dia dah tahu. 306 00:22:48,876 --> 00:22:51,001 Dia dapat tahu tentang Avatar. 307 00:22:52,334 --> 00:22:53,876 Kita kena sampai dulu. 308 00:23:24,751 --> 00:23:25,834 Bersurai. 309 00:24:42,084 --> 00:24:45,709 Dunia perlukan Avatar. Dunia perlukan kamu, Aang. 310 00:24:45,709 --> 00:24:47,376 Apa akan jadi kalau... 311 00:24:47,376 --> 00:24:48,834 Aku takut kuasa aku. 312 00:24:48,834 --> 00:24:50,418 Mereka dah tak ada. 313 00:24:50,418 --> 00:24:53,876 Ketika dunia perlukan Avatar, dia menghilang. Dia lari... 314 00:24:54,376 --> 00:24:55,501 Saya tak nak kuasa ini. 315 00:24:55,501 --> 00:24:59,043 Sebab itulah kamu akan jadi seorang Avatar yang hebat. 316 00:25:01,793 --> 00:25:04,126 Avatar Kyoshi, tolong aku. 317 00:25:08,043 --> 00:25:08,918 Aang? 318 00:25:17,043 --> 00:25:18,084 Aang! 319 00:25:19,293 --> 00:25:20,834 Datang pun kau akhirnya. 320 00:25:23,001 --> 00:25:23,834 Maafkan aku. 321 00:25:24,459 --> 00:25:26,251 Aku tak tahu cara berhubung. 322 00:25:26,834 --> 00:25:29,126 Aku tak tahu aku boleh hubungi kau. 323 00:25:29,126 --> 00:25:30,793 Banyak yang kau tak tahu. 324 00:25:35,876 --> 00:25:37,543 Tak boleh laju lagikah? 325 00:25:37,543 --> 00:25:38,751 Ini kelajuan penuh. 326 00:25:39,376 --> 00:25:41,626 Semua yang boleh dibuat sudah dibuat. 327 00:25:41,626 --> 00:25:43,376 Tiga tahun kamu menunggu. 328 00:25:43,376 --> 00:25:45,418 Tunggulah sedikit saja lagi. 329 00:25:55,543 --> 00:25:56,501 Tiga tahun. 330 00:25:57,793 --> 00:26:00,334 Tiga tahun. 331 00:26:02,459 --> 00:26:05,834 Adakala, saya fikir saya takkan jumpa Avatar. 332 00:26:08,584 --> 00:26:12,209 Tapi saya makin gemuruh kerana saya tahu dia ada berdekatan. 333 00:26:14,543 --> 00:26:16,751 Peluang saya untuk pulang kini nyata. 334 00:26:18,584 --> 00:26:23,376 Kadang-kadang, harapan boleh buat kita terseksa. 335 00:26:24,918 --> 00:26:27,668 Tuanku, kita dah menghampiri Pulau Kyoshi. 336 00:26:38,459 --> 00:26:40,001 Rasanya saya dah tahu... 337 00:26:41,959 --> 00:26:44,918 Jadikan kuasa musuh sebagai kelebihan untuk kita. 338 00:26:45,501 --> 00:26:46,959 Balas kekuatan mereka. 339 00:26:56,668 --> 00:26:59,168 Terima kasih. Awak guru yang hebat. 340 00:26:59,168 --> 00:27:01,084 Awak pula murid yang cemerlang. 341 00:27:01,751 --> 00:27:04,376 Tapi tentu latihan lama banyak membantu awak. 342 00:27:05,209 --> 00:27:07,043 Sebelum jadi pelindung kampung. 343 00:27:08,668 --> 00:27:09,626 Betul. 344 00:27:10,209 --> 00:27:11,376 "Pelindung." 345 00:27:11,376 --> 00:27:15,168 Sejujurnya, di tempat saya, pahlawan sebenar tak diperlukan pun. 346 00:27:21,043 --> 00:27:22,959 Saya rasa awak pahlawan sebenar. 347 00:27:25,793 --> 00:27:27,126 Saya tak sehebat awak. 348 00:27:28,043 --> 00:27:30,543 Awak sangat gagah walaupun bukan pengolah. 349 00:27:31,834 --> 00:27:36,168 Disebabkan kita bukan pengolah, kita kenalah lebih handal daripada mereka. 350 00:27:36,834 --> 00:27:40,126 Kita tak boleh mengubah gunung atau membakar hutan. 351 00:27:40,709 --> 00:27:42,376 Kita lawan dengan kemahiran. 352 00:27:43,501 --> 00:27:47,001 Yang penting bukanlah kuasa dalam diri, 353 00:27:47,626 --> 00:27:49,459 tapi hasrat dan keinginan kita. 354 00:27:50,709 --> 00:27:51,918 Jiwa kita. 355 00:28:00,668 --> 00:28:03,668 Sebenarnya, saya cemburu akan awak. 356 00:28:05,126 --> 00:28:07,751 Saya ingin tahu tentang dunia di luar sana, 357 00:28:08,251 --> 00:28:10,418 tapi saya tak berani keluar. 358 00:28:11,043 --> 00:28:13,543 Saya tertanya-tanya, apa saya akan jumpa? 359 00:28:14,959 --> 00:28:15,876 Kini saya tahu. 360 00:28:25,709 --> 00:28:27,876 - Loceng! - Awak pun dengar? 361 00:28:27,876 --> 00:28:30,001 - Mari pergi. - Apa yang berlaku? 362 00:28:30,001 --> 00:28:32,459 Itu loceng amaran. Ada orang datang. 363 00:28:34,251 --> 00:28:35,251 Aang! 364 00:28:45,793 --> 00:28:47,793 Aang, kembali sekarang. 365 00:28:47,793 --> 00:28:49,126 Awak di mana? 366 00:28:49,126 --> 00:28:52,126 Seorang Avatar ada banyak tanggungjawab. 367 00:28:52,834 --> 00:28:57,459 Kau perlu menjadi pelindung, panglima, pengantara dan pembimbing. 368 00:28:58,126 --> 00:28:59,584 Kau ada beberapa peranan 369 00:28:59,584 --> 00:29:03,293 dan kebanyakannya memerlukan kekuatan yang tak ada tandingan. 370 00:29:03,293 --> 00:29:06,376 Aku perlu menguasai kesemua disiplin olahan 371 00:29:07,001 --> 00:29:08,001 untuk jadi kuat? 372 00:29:09,376 --> 00:29:13,543 Ya. Ia juga akan bantu kau untuk mengawal kuasa terunggul. 373 00:29:14,209 --> 00:29:17,168 Paduan Avatar ialah gabungan semua hayat lampau 374 00:29:17,168 --> 00:29:19,668 yang menumpukan tenaga menerusi diri kau. 375 00:29:20,168 --> 00:29:23,418 Paduan Avatar mampu memberikan kekuatan seribu pengolah. 376 00:29:23,418 --> 00:29:24,876 Aku pernah alaminya. 377 00:29:25,751 --> 00:29:26,751 Ia berbahaya. 378 00:29:26,751 --> 00:29:28,543 Ya, kalau tak dikawal, 379 00:29:28,543 --> 00:29:33,043 tapi ia mampu menjadi senjata terhebat dan menyelamatkan nyawa kau. 380 00:29:35,334 --> 00:29:38,043 Dah lambat. Kita tak boleh lepasi tentera Zhao. 381 00:29:38,043 --> 00:29:39,626 Mesti dia dah sampai. 382 00:29:42,668 --> 00:29:46,001 Dalam Pai Sho, gerakan pertama tak semestinya terbaik. 383 00:29:46,001 --> 00:29:50,918 Mengenali musuh dan meramal pergerakannya lebih penting daripada kelajuan. 384 00:29:51,501 --> 00:29:55,918 Kalau ada Avatar di satu tempat, seorang Avatar lagi mungkin ada di situ. 385 00:30:12,084 --> 00:30:13,751 Cantik betul pulau ini. 386 00:30:13,751 --> 00:30:16,584 Selamat datang ke pulau kami, komander. 387 00:30:16,584 --> 00:30:19,418 Kenapa kau tak maklumkan dulu sebelum datang? 388 00:30:19,418 --> 00:30:22,334 Kami agak tak bersedia untuk menerima tetamu. 389 00:30:23,459 --> 00:30:25,251 Pelik. Lain yang aku dengar. 390 00:30:25,251 --> 00:30:29,376 Aku difahamkan kau terima tetamu yang tak diduga tempoh hari. 391 00:30:29,376 --> 00:30:31,043 Tentu kau tersilap. 392 00:30:31,043 --> 00:30:33,168 Kami suka mengasingkan diri. 393 00:30:33,918 --> 00:30:34,834 Aku tahu. 394 00:30:35,459 --> 00:30:40,376 Ya, aku tahu selama ini, Pulau Kyoshi teguh dengan prinsip untuk... 395 00:30:40,959 --> 00:30:42,418 Apa istilahnya, ya? 396 00:30:42,418 --> 00:30:44,293 Tidak menonjolkan diri. 397 00:30:45,043 --> 00:30:47,793 Sebab itulah tak ada keperluan 398 00:30:47,793 --> 00:30:51,126 untuk Negara Api masuk campur dalam hal ehwal kau. 399 00:30:51,126 --> 00:30:56,959 Sayang sekali kalau semua itu berubah disebabkan seorang pendatang. 400 00:30:56,959 --> 00:30:59,543 Komander, melihatkan keadaan sekarang, 401 00:31:00,209 --> 00:31:04,376 kau dan orang-orang kau saja pendatang yang ada di sini. 402 00:31:05,584 --> 00:31:07,709 Malang betul kalau kau rasa begitu. 403 00:31:08,334 --> 00:31:10,834 Boleh tak kalau kami periksa sendiri? 404 00:31:10,834 --> 00:31:12,668 Aku dah agak kau nak periksa. 405 00:31:29,876 --> 00:31:31,793 Tangkap mereka dan cari Avatar! 406 00:31:51,709 --> 00:31:54,751 Kau nak tahu apa itu Avatar? Aku tak boleh jawab. 407 00:31:54,751 --> 00:31:56,918 Setiap Avatar berbeza. 408 00:31:56,918 --> 00:31:59,668 Kita terbentuk mengikut keperluan zaman. 409 00:32:00,834 --> 00:32:03,251 Jadi, aku kena fahaminya sendiri? 410 00:32:03,959 --> 00:32:05,751 Itu sebahagian daripada perjalanan kau. 411 00:32:06,459 --> 00:32:08,834 Macam mana kalau aku melukai seseorang? 412 00:32:11,376 --> 00:32:15,126 Berapa ramai dah terluka sepanjang ketiadaan kau? 413 00:32:16,459 --> 00:32:20,751 Jika kau lari lagi daripada tanggungjawab, lebih ramai akan terluka! 414 00:32:20,751 --> 00:32:24,043 Tugas Avatar mengatasi segala-galanya. 415 00:32:24,043 --> 00:32:25,751 Termasuk nyawa kau sendiri! 416 00:32:31,084 --> 00:32:32,501 Dulu, aku pun macam kau. 417 00:32:34,709 --> 00:32:37,459 Kemudian, aku sedar akan bahaya yang mengancam. 418 00:32:38,043 --> 00:32:41,126 Aku akan tunjukkan akibatnya sekiranya kau gagal. 419 00:32:41,126 --> 00:32:44,251 Utara akan dilanda tragedi. Jika kau tak bertindak, 420 00:32:44,251 --> 00:32:48,293 satu lagi bangsa pengolah akan dihapuskan macam Pengembara Udara. 421 00:32:48,293 --> 00:32:51,168 Kau tanya aku erti menjadi seorang Avatar. 422 00:32:51,168 --> 00:32:54,251 Ertinya menjadi seorang pahlawan. 423 00:32:54,251 --> 00:32:58,001 Pahlawan yang perkasa dan tak menaruh belas kasihan. 424 00:33:52,918 --> 00:33:54,126 Makin ramai datang. 425 00:33:54,126 --> 00:33:56,793 - Kita tak boleh tahan. - Mana kawan kamu? 426 00:33:56,793 --> 00:33:58,418 Kamu kata dia boleh bantu. 427 00:33:59,043 --> 00:34:00,584 Mana Avatar? 428 00:34:01,376 --> 00:34:03,709 Macam mana kalau keadaan makin teruk? 429 00:34:03,709 --> 00:34:04,751 Pasti makin teruk. 430 00:34:05,251 --> 00:34:08,626 Kewujudan kau di dunia ini akan memburukkan keadaan. 431 00:34:09,209 --> 00:34:10,376 Pada awalnya, 432 00:34:10,376 --> 00:34:13,751 pertarungan akan makin sengit kerana Avatar dah kembali. 433 00:34:14,626 --> 00:34:17,376 Harapan memerlukan pengorbanan. 434 00:34:18,501 --> 00:34:19,626 Kau. 435 00:34:19,626 --> 00:34:21,626 Aku tetap akan lepas. 436 00:34:21,626 --> 00:34:24,001 Pilihlah nasib kau sendiri. 437 00:34:25,501 --> 00:34:28,001 - Apa gunanya? - Kau nak semuanya mudah? 438 00:34:28,001 --> 00:34:29,751 Semuanya takkan mudah. 439 00:34:30,501 --> 00:34:33,793 Kalau kau masih mahu mengelak, usah cakap tentang dunia. 440 00:34:33,793 --> 00:34:36,543 Pulau ini pun kau takkan dapat selamatkan. 441 00:34:36,543 --> 00:34:37,709 Pulau ini? 442 00:34:38,251 --> 00:34:39,209 Daripada apa? 443 00:34:39,209 --> 00:34:42,043 Bahaya yang menimpa mereka kerana kau. 444 00:34:42,043 --> 00:34:43,126 Kawan-kawan aku. 445 00:35:08,376 --> 00:35:09,959 Aku dah beri amaran! 446 00:35:10,834 --> 00:35:16,126 Tak ada sesiapa boleh halang aku! 447 00:35:17,668 --> 00:35:20,251 Kau nak tahu tentang kuasa Avatar, ya? 448 00:35:21,168 --> 00:35:24,376 Mari aku tunjukkan kehebatan kuasa itu. 449 00:35:38,709 --> 00:35:39,918 Tak mungkin. 450 00:36:51,043 --> 00:36:51,959 Berundur. 451 00:36:53,251 --> 00:36:54,293 Balik ke kapal! 452 00:37:17,959 --> 00:37:19,084 Aang! 453 00:37:24,418 --> 00:37:25,459 Saya tak apa-apa. 454 00:37:29,251 --> 00:37:30,668 Ini semua salah saya. 455 00:37:31,918 --> 00:37:34,334 - Saya puncanya. - Jadi, awak perlu pergi. 456 00:37:35,418 --> 00:37:37,751 - Segera. - Kami tak boleh biarkan kamu. 457 00:37:37,751 --> 00:37:39,959 Mereka buru Avatar, bukan kami. 458 00:37:40,543 --> 00:37:42,334 Semua yang kami hilang di sini 459 00:37:43,001 --> 00:37:44,334 boleh digantikan. 460 00:37:45,001 --> 00:37:48,084 Kamu berikan kepada kami sesuatu yang lebih berharga. 461 00:37:48,751 --> 00:37:50,334 Sebab untuk percaya semula 462 00:37:51,334 --> 00:37:52,543 kepada kampung kami, 463 00:37:53,209 --> 00:37:54,293 kepada diri kami... 464 00:37:57,334 --> 00:37:58,501 dan kepada Avatar. 465 00:38:21,293 --> 00:38:22,584 Syabas, Avatar. 466 00:38:31,043 --> 00:38:32,043 Sebenarnya, 467 00:38:32,709 --> 00:38:33,626 saya ingin 468 00:38:35,168 --> 00:38:36,209 lebih lama bersama. 469 00:38:37,168 --> 00:38:38,126 Saya tahu. 470 00:38:38,959 --> 00:38:40,084 Saya pun sama. 471 00:38:43,168 --> 00:38:44,251 Terima kasih. 472 00:38:45,793 --> 00:38:46,876 Untuk apa? 473 00:38:46,876 --> 00:38:48,668 Membawa dunia kepada saya. 474 00:39:09,084 --> 00:39:11,084 - Selamat tinggal! - Selamat jalan! 475 00:39:27,751 --> 00:39:29,293 Abang tak jadi nak balik? 476 00:39:31,459 --> 00:39:32,793 Kamu saja nak seronok? 477 00:39:34,918 --> 00:39:38,084 Lagipun, dia perlu bantuan. Cabarannya mungkin sukar. 478 00:39:38,709 --> 00:39:40,834 Jelas sekali Zuko takkan mengalah. 479 00:39:40,834 --> 00:39:42,251 Dia berbahaya. 480 00:39:43,876 --> 00:39:44,876 Hei! 481 00:39:45,626 --> 00:39:48,293 Bijak helah awak tadi. Suruh wanita itu lawan. 482 00:39:48,876 --> 00:39:50,251 Dia akan selalu muncul? 483 00:39:50,251 --> 00:39:53,418 Kyoshi cakap saya cuma boleh seru Avatar lampau 484 00:39:53,418 --> 00:39:54,709 di makam mereka. 485 00:39:54,709 --> 00:39:58,084 - Apa lagi dia cakap? - Kita kena bantu Puak Air Utara. 486 00:39:58,084 --> 00:40:00,543 Ada perkara buruk akan berlaku di sana. 487 00:40:01,501 --> 00:40:03,334 Hanya saya mampu menghalangnya. 488 00:40:05,918 --> 00:40:07,334 Baiklah, mari ke Utara. 489 00:40:07,334 --> 00:40:10,251 Kita cuma perlu sampai dulu sebelum pengolah api. 490 00:40:10,834 --> 00:40:14,126 Guru olahan air di sana yang terbaik. Mereka boleh latih awak. 491 00:40:14,126 --> 00:40:16,584 Jangan risau. Awak tak bersendirian. 492 00:40:16,584 --> 00:40:20,709 Awak ada saya, Katara dan binatang berbulu yang boleh terbang. 493 00:40:20,709 --> 00:40:21,918 Apa lagi tak cukup? 494 00:40:25,043 --> 00:40:25,876 Seriuslah? 495 00:40:27,668 --> 00:40:29,334 Memang aku yang cari pasal. 496 00:40:33,293 --> 00:40:37,418 Patik cuma mengambil tindakan atas laporan tentang kekacauan di Kyoshi. 497 00:40:37,418 --> 00:40:39,501 Patik tak tahu Avatar ada di sana. 498 00:40:39,501 --> 00:40:42,376 Kalau tuanku berterus terang dari awal, 499 00:40:42,376 --> 00:40:44,834 salah faham ini mungkin dapat dielakkan. 500 00:40:44,834 --> 00:40:47,043 Patik harap kita boleh lupakannya. 501 00:40:47,043 --> 00:40:48,168 Sudah tentu. 502 00:40:51,959 --> 00:40:53,293 Usah beritahu sesiapa... 503 00:40:56,126 --> 00:40:57,251 tentang Avatar. 504 00:40:59,543 --> 00:41:00,918 Orang tak boleh tahu. 505 00:41:02,251 --> 00:41:03,459 Betul. 506 00:41:04,876 --> 00:41:06,209 Patik faham 507 00:41:06,876 --> 00:41:09,209 bahawa maklumat ini sangat sulit. 508 00:41:10,251 --> 00:41:13,626 Kalau tuanku sudi untuk bekerjasama dengan patik, 509 00:41:13,626 --> 00:41:19,043 kita boleh menggandakan sumber bagi melaksanakan pemburuan ini. 510 00:41:19,043 --> 00:41:23,418 Patik tak perlu sebut pun, tuanku yang akan mengetuai semua urusan... 511 00:41:23,418 --> 00:41:26,126 - Kami tak... - Cadangan yang bernas, komander. 512 00:41:26,126 --> 00:41:30,876 Kami berbesar hati untuk bekerjasama dan menerima kesetiaan kamu. 513 00:41:30,876 --> 00:41:33,793 Percayalah, tak ada yang lebih penting 514 00:41:34,501 --> 00:41:37,334 daripada setia kepada pemimpin yang sewajarnya. 515 00:41:42,709 --> 00:41:44,251 Kepada Yang Teramat Mulia, 516 00:41:44,251 --> 00:41:46,418 api agung segenap dunia, 517 00:41:47,084 --> 00:41:50,209 patik hanya seorang tentera yang hina di Laut Selatan. 518 00:41:51,834 --> 00:41:55,376 Namun, patik ada perkara mustahak yang hendak disampaikan. 519 00:41:56,501 --> 00:41:58,876 Mungkin maklumat ini agak memeranjatkan. 520 00:41:58,876 --> 00:42:03,626 Mungkin tuanku cenderung menganggapnya sebagai khabar angin atau pembohongan, 521 00:42:04,168 --> 00:42:05,959 tetapi percayalah, 522 00:42:05,959 --> 00:42:09,459 patik menyaksikan semuanya dengan mata kepala sendiri. 523 00:42:10,543 --> 00:42:13,959 Maka, patik ingin melaporkan satu berita yang mengejutkan. 524 00:42:13,959 --> 00:42:18,334 Berita yang mampu mengubah masa hadapan Negara Api. 525 00:42:26,918 --> 00:42:29,584 Avatar sudah kembali. 526 00:44:25,334 --> 00:44:28,251 Terjemahan sari kata oleh M Arrazi Azmi