1 00:00:25,668 --> 00:00:29,751 {\an8}IBU KOTA 2 00:00:36,543 --> 00:00:37,751 Kejar dia! 3 00:00:38,334 --> 00:00:39,251 Kepung dia! 4 00:00:39,251 --> 00:00:41,168 Berhenti sekarang! 5 00:00:41,168 --> 00:00:42,293 Sana! 6 00:00:47,876 --> 00:00:49,209 - Cepat! - Cepat! 7 00:00:53,001 --> 00:00:54,334 Sana! Tangkap dia! 8 00:00:58,834 --> 00:01:01,209 - Itu dia! - Jangan biar dia terlepas! 9 00:01:01,709 --> 00:01:02,834 Cepat! 10 00:01:07,418 --> 00:01:08,334 Kejar dia! 11 00:01:13,084 --> 00:01:14,793 Berhenti! 12 00:01:33,209 --> 00:01:34,709 Pengolah tanah. 13 00:01:37,501 --> 00:01:38,501 Cepat! 14 00:02:03,001 --> 00:02:03,959 Ayuh! 15 00:02:04,709 --> 00:02:05,626 Sekarang! 16 00:02:07,543 --> 00:02:08,668 Dia lari ke sana! 17 00:02:13,251 --> 00:02:16,251 Hantar kepada Raja Tanah. Mereka nak berperang! 18 00:02:16,751 --> 00:02:18,501 - Sana! - Pergi sekarang! 19 00:02:59,584 --> 00:03:01,126 Kau dah terlambat. 20 00:03:01,126 --> 00:03:04,459 Pelan perang kau sedang dibawa kepada Kerajaan Tanah. 21 00:03:04,459 --> 00:03:05,376 Baguslah. 22 00:03:06,793 --> 00:03:09,626 Semua mata akan tertumpu kepada Kerajaan Tanah. 23 00:03:11,459 --> 00:03:12,876 Kecuali kami. 24 00:03:16,293 --> 00:03:18,543 Kami akan bersedia untuk serangan kau. 25 00:03:19,084 --> 00:03:21,751 Selepas raja kamu terima pelan itu, 26 00:03:22,418 --> 00:03:25,376 dia akan kerah tenteranya ke sempadan kerajaan kamu 27 00:03:26,376 --> 00:03:29,293 dan dapatkan bantuan daripada bangsa-bangsa lain. 28 00:03:29,293 --> 00:03:33,876 Puak Air, Pengembara Udara dan seluruh dunia 29 00:03:33,876 --> 00:03:37,376 akan menumpukan perhatian untuk membantu pengolah tanah. 30 00:03:43,626 --> 00:03:45,293 Kau memang nak kami tahu? 31 00:03:49,168 --> 00:03:50,793 Bukan kami sasaran sebenar. 32 00:03:54,501 --> 00:03:56,709 Sasaran beta lebih tinggi. 33 00:03:57,959 --> 00:03:59,376 Jauh lebih tinggi. 34 00:04:00,043 --> 00:04:00,876 Kenapa? 35 00:04:02,918 --> 00:04:04,584 Kenapa kau buat begini? 36 00:04:11,376 --> 00:04:13,793 Kerana masa kami dah tiba. 37 00:04:25,959 --> 00:04:27,876 Itu helah yang bijak, tuanku. 38 00:04:28,459 --> 00:04:31,918 Cuma dari segi taktik, pengolah udara bukan ancaman. 39 00:04:33,126 --> 00:04:35,168 Ini bukan soal pengolah udara. 40 00:04:35,751 --> 00:04:41,001 Tapi soal seseorang dalam kalangan mereka yang mungkin mampu menghalang kita. 41 00:04:41,001 --> 00:04:43,168 Tapi Avatar masih belum didedahkan. 42 00:04:45,376 --> 00:04:48,334 Sebab itu kita perlu bunuh semua sekali. 43 00:04:56,709 --> 00:04:57,543 Air. 44 00:05:00,334 --> 00:05:01,293 Tanah. 45 00:05:03,959 --> 00:05:04,834 Api. 46 00:05:07,668 --> 00:05:08,668 Udara. 47 00:05:12,334 --> 00:05:15,959 Selama ribuan tahun, empat bangsa ini hidup dalam keharmonian. 48 00:05:17,251 --> 00:05:19,834 Keamanan dunia dijaga oleh Avatar... 49 00:05:23,626 --> 00:05:27,793 seorang insan yang mampu menguasai keempat-empat unsur 50 00:05:27,793 --> 00:05:30,876 dan melindungi keseimbangan antarabangsa. 51 00:05:35,168 --> 00:05:37,293 Jika seorang Avatar berkalang tanah, 52 00:05:37,293 --> 00:05:41,543 rohnya akan menjelma dalam jasad baharu tanpa henti selama-lamanya. 53 00:05:43,001 --> 00:05:45,293 Sejak kematian Avatar sebelum ini, 54 00:05:45,293 --> 00:05:48,709 jelmaan baharunya masih belum muncul. 55 00:05:48,709 --> 00:05:53,084 Maka, Raja Api Sozin, pemerintah Negara Api yang kejam, 56 00:05:53,084 --> 00:05:57,126 percaya bahawa inilah saatnya bagi memulakan usaha 57 00:05:57,126 --> 00:05:59,084 untuk menakluki dunia. 58 00:05:59,084 --> 00:06:02,251 Langkah pertamanya menghapuskan satu-satunya insan 59 00:06:02,251 --> 00:06:04,459 yang mampu menghalangnya. 60 00:06:04,459 --> 00:06:07,043 Penguasa keempat-empat unsur seterusnya 61 00:06:07,043 --> 00:06:12,334 ialah pengolah udara yang belum bersedia untuk menggalas tanggungjawab 62 00:06:12,334 --> 00:06:13,668 sebagai Avatar. 63 00:06:40,543 --> 00:06:46,293 {\an8}KUIL UDARA SELATAN 64 00:06:58,209 --> 00:06:59,251 Aang! 65 00:07:02,334 --> 00:07:03,209 Aang! 66 00:07:10,418 --> 00:07:11,709 - Tengok! - Ya! 67 00:07:21,584 --> 00:07:22,709 Siapa lagi? 68 00:07:37,543 --> 00:07:39,126 Berlagak betul. 69 00:07:39,709 --> 00:07:41,918 Apa? Saya cuma menikmati pemandangan. 70 00:07:43,543 --> 00:07:45,459 Sami Tsutop cari kamu. 71 00:07:45,459 --> 00:07:47,543 Kamu ponteng latihan lagi! 72 00:07:47,543 --> 00:07:51,418 Setiap kali belajar perkara sama saja. Saya dah tahu semuanya. 73 00:07:51,418 --> 00:07:52,418 Aang. 74 00:07:53,876 --> 00:07:56,209 Ya, kamu lagi mahir daripada yang lain, 75 00:07:56,209 --> 00:07:58,459 tapi banyak lagi kamu perlu belajar. 76 00:07:59,126 --> 00:08:00,209 Percaya atau tak, 77 00:08:01,543 --> 00:08:06,293 satu hari nanti, kamu akan menyesal jika tak manfaatkan masa dengan guru kamu. 78 00:08:11,751 --> 00:08:15,043 Sudah, pergi bantu kawan-kawan kamu buat persiapan 79 00:08:15,043 --> 00:08:16,793 untuk Pesta Komet Agung. 80 00:08:17,793 --> 00:08:19,043 Ada banyak kerja lagi 81 00:08:19,043 --> 00:08:22,293 sebelum Pengembara Udara dari kuil-kuil lain sampai. 82 00:08:22,293 --> 00:08:23,626 Berapa ramai datang? 83 00:08:27,043 --> 00:08:28,209 Tengok! Atas sana! 84 00:08:30,418 --> 00:08:31,709 Tengoklah mereka. 85 00:08:34,126 --> 00:08:35,668 Wah! Ramainya datang! 86 00:08:38,043 --> 00:08:39,001 Semua sekali. 87 00:08:41,584 --> 00:08:43,793 Jom, Aang! Mereka ada di atas sana! 88 00:08:45,251 --> 00:08:46,168 Tunggulah. 89 00:08:49,043 --> 00:08:50,126 Awak dah beritahu? 90 00:08:53,001 --> 00:08:55,209 - Masanya tak sesuai. - Tak sesuai? 91 00:08:55,793 --> 00:08:58,543 Kita tak boleh tunggu masa yang sesuai. 92 00:08:58,543 --> 00:09:01,126 Kita perlu bincang dengan majlis sekarang. 93 00:09:08,418 --> 00:09:10,584 Bakat Aang memang luar biasa. 94 00:09:10,584 --> 00:09:13,168 Dia pengolah udara termuda dalam sejarah 95 00:09:13,168 --> 00:09:15,626 yang dikurniakan tanda penguasa unsur. 96 00:09:16,209 --> 00:09:18,918 Tapi umurnya baru 12 tahun. 97 00:09:18,918 --> 00:09:21,084 Dia tak mampu pikul bebanan ini. 98 00:09:21,084 --> 00:09:23,584 Raja Api Sozin nak serang Kerajaan Tanah. 99 00:09:23,584 --> 00:09:26,709 Puak Air hantar pahlawan untuk bantu pengolah tanah. 100 00:09:26,709 --> 00:09:28,543 Kita pun perlu bantu. 101 00:09:28,543 --> 00:09:30,168 Kita perlukan Avatar. 102 00:09:30,168 --> 00:09:32,459 Ya, Aang sangat kuat, 103 00:09:33,251 --> 00:09:35,251 tapi banyak lagi dia harus belajar 104 00:09:35,918 --> 00:09:37,543 tentang tanggungjawab, 105 00:09:37,543 --> 00:09:38,918 jangkaan 106 00:09:39,501 --> 00:09:40,834 dan pengorbanan. 107 00:09:41,918 --> 00:09:45,918 Paling penting, dia perlu mengenali dirinya yang sebenar. 108 00:09:47,043 --> 00:09:50,043 Kalau kita hantar dia pergi sebelum tahu semua itu, 109 00:09:50,043 --> 00:09:53,459 dia mungkin akan gagal menjadi insan yang kita perlukan. 110 00:09:55,043 --> 00:09:57,334 Jika itu terjadi, dia dan dunia 111 00:09:58,209 --> 00:10:00,334 takkan pulih daripada akibatnya. 112 00:10:00,834 --> 00:10:04,251 Peranan seorang Avatar ialah tanggungjawab yang berat. 113 00:10:04,834 --> 00:10:06,501 Bukan untuk kanak-kanak. 114 00:10:06,501 --> 00:10:10,043 Tapi kita tak ada hak untuk menentukan pemikul bebanan itu. 115 00:10:10,043 --> 00:10:14,209 Awak dah terlalu akrab dengan Aang untuk sedar, Saudara Gyatso. 116 00:10:14,709 --> 00:10:18,376 Aang mesti pergi segera untuk belajar disiplin olahan lain. 117 00:10:18,959 --> 00:10:22,626 Harap-harap masih belum terlambat untuk dia selamatkan keadaan. 118 00:10:31,126 --> 00:10:33,459 Persiapan pesta komet memang leceh, ya? 119 00:10:33,459 --> 00:10:35,293 Kali terakhir 100 tahun lalu. 120 00:10:35,293 --> 00:10:38,876 Saya tak setua itu, jadi saya tak dapat lihat keadaannya. 121 00:10:39,709 --> 00:10:40,709 Jangan temberang. 122 00:10:46,251 --> 00:10:48,209 Ingat kali terakhir kita ke sini? 123 00:10:48,709 --> 00:10:50,501 Ingat. Ketika saya dapat tatu. 124 00:10:50,501 --> 00:10:52,584 Pengurniaan tanda biasanya di balai utama, 125 00:10:52,584 --> 00:10:57,001 tapi saya nak kamu dikurniakan tanda dengan disaksikan oleh Yangchen, 126 00:10:57,001 --> 00:10:59,834 Pengembara Udara terakhir yang menjadi Avatar. 127 00:10:59,834 --> 00:11:02,543 Apabila dia mati, Avatar seterusnya lahir 128 00:11:02,543 --> 00:11:05,126 dalam kalangan bangsa lain tanpa henti. 129 00:11:05,126 --> 00:11:07,793 Jadi, selepas kematian Yangchen, 130 00:11:08,459 --> 00:11:13,168 lahir pula Kuruk daripada Puak Air, kemudian Kyoshi daripada Kerajaan Tanah... 131 00:11:13,168 --> 00:11:14,876 Roku daripada Negara Api. 132 00:11:14,876 --> 00:11:17,876 Maknanya, Avatar seterusnya 133 00:11:18,501 --> 00:11:20,293 dalam kalangan pengolah udara. 134 00:11:20,959 --> 00:11:25,626 Rohnya bergema dalam diri salah seorang daripada kita. 135 00:11:27,209 --> 00:11:30,293 Aang, kamu seorang yang istimewa. 136 00:11:30,959 --> 00:11:33,626 Kamu pengolah udara terhandal yang saya kenal. 137 00:11:34,126 --> 00:11:36,001 Saya tak minta jadi istimewa. 138 00:11:36,001 --> 00:11:37,209 Tapi kamu istimewa. 139 00:11:38,543 --> 00:11:39,459 Aang, 140 00:11:40,459 --> 00:11:43,501 kamulah Avatar. 141 00:11:47,001 --> 00:11:50,209 Negara Api telah memilih jalan gelap. 142 00:11:50,209 --> 00:11:53,251 Tindakan mereka akan mengancam keseimbangan dunia. 143 00:11:53,251 --> 00:11:58,293 Hanya Avatar, satu-satunya penguasa keempat-empat unsur, 144 00:11:58,293 --> 00:11:59,751 boleh selamatkan dunia. 145 00:12:00,751 --> 00:12:02,376 Dunia perlukan Avatar. 146 00:12:03,501 --> 00:12:05,584 Dunia perlukan kamu, Aang. 147 00:12:06,418 --> 00:12:09,918 Kamu perlu pergi sekarang untuk mula belajar disiplin lain. 148 00:12:10,876 --> 00:12:12,209 Sekarang? 149 00:12:12,209 --> 00:12:15,459 Tinggalkan kawan-kawan saya, kuil ini dan tok guru? 150 00:12:15,459 --> 00:12:16,584 Ini sememangnya 151 00:12:17,584 --> 00:12:19,584 bebanan yang besar bagi seseorang, 152 00:12:21,209 --> 00:12:23,168 tapi kamu berbeza, Aang. 153 00:12:23,668 --> 00:12:25,084 Kamu kuat, 154 00:12:26,001 --> 00:12:27,126 baik 155 00:12:27,876 --> 00:12:29,126 dan murah hati. 156 00:12:30,168 --> 00:12:31,584 Ingat itu. 157 00:12:31,584 --> 00:12:33,918 Sentiasa ingat diri kamu. 158 00:12:34,709 --> 00:12:38,084 Tak ada orang yang lebih baik untuk diberikan kuasa ini. 159 00:12:39,459 --> 00:12:42,584 Tapi saya tak nak kuasa ini. 160 00:12:43,293 --> 00:12:47,918 Sebab itulah kamu akan jadi seorang Avatar yang hebat. 161 00:12:50,001 --> 00:12:51,834 Kenapa saya perlu jadi berbeza? 162 00:12:53,168 --> 00:12:54,293 Tak bolehkah saya 163 00:12:55,376 --> 00:12:57,293 terus jadi kawan tok guru? 164 00:13:00,376 --> 00:13:01,751 Kamu memang kawan saya. 165 00:13:03,251 --> 00:13:07,001 Kamu kawan saya sampai bila-bila. 166 00:13:45,334 --> 00:13:46,251 Hei, Appa. 167 00:13:48,459 --> 00:13:50,168 Kau pun tak boleh tidur, ya? 168 00:13:54,876 --> 00:13:57,668 Tok Guru Gyatso kata aku Avatar. 169 00:13:58,709 --> 00:13:59,626 Aku. 170 00:14:01,043 --> 00:14:03,084 Sami tak percaya aku beri anak bison makan. 171 00:14:03,084 --> 00:14:05,293 Sekarang, aku kena selamatkan dunia? 172 00:14:07,959 --> 00:14:11,126 Dia kata aku perlu ingat diri aku. 173 00:14:12,084 --> 00:14:13,959 Tapi aku kenal diri aku. 174 00:14:14,543 --> 00:14:19,043 Aku suka main bola udara, makan kek pisang dan melepak dengan kawan-kawan. 175 00:14:19,043 --> 00:14:20,334 Itulah diri aku. 176 00:14:21,126 --> 00:14:23,793 Aku bukan orang yang mampu halang Negara Api. 177 00:14:23,793 --> 00:14:25,709 Aku tak mampu cegah peperangan. 178 00:14:30,834 --> 00:14:34,168 Budak-budak lain kata aku bertuah kerana aku serba boleh, 179 00:14:34,168 --> 00:14:36,668 tapi aku rela tukar tempat dengan mereka. 180 00:14:38,168 --> 00:14:39,793 Aku tak nak pergi. 181 00:14:39,793 --> 00:14:41,959 Aku tak nak ada tanggungjawab. 182 00:14:41,959 --> 00:14:44,959 Aku takut kuasa aku. Aku takut bersendirian! 183 00:14:55,293 --> 00:14:56,334 Aku takut. 184 00:15:06,126 --> 00:15:07,084 Betul juga. 185 00:15:07,668 --> 00:15:10,584 Aku cuma perlu terbang. Lebih tenang di atas sana. 186 00:15:12,251 --> 00:15:13,376 Buat masa sekarang. 187 00:15:14,209 --> 00:15:15,126 Yip yip! 188 00:15:38,709 --> 00:15:39,751 Ingat. 189 00:15:40,626 --> 00:15:42,209 Jangan ada yang selamat. 190 00:16:05,751 --> 00:16:07,709 Saudara semua, kita diserang! 191 00:16:48,793 --> 00:16:51,084 - Apa yang berlaku? - Ikut saya. Cepat! 192 00:16:52,584 --> 00:16:53,584 Mana Aang? 193 00:16:54,834 --> 00:16:57,584 Aang! 194 00:17:48,918 --> 00:17:50,293 Lekas. Lari. 195 00:17:58,168 --> 00:18:01,084 Ribut makin teruk, Appa. Mungkin kita patut balik. 196 00:18:12,001 --> 00:18:12,876 Masuk. 197 00:18:12,876 --> 00:18:16,251 Tolong senyap. Kamu selamat di dalam. Pergi ke penjuru. 198 00:18:17,793 --> 00:18:19,084 Duduk. 199 00:18:56,501 --> 00:18:58,834 Tak apa, Appa! Bertahan! 200 00:20:43,043 --> 00:20:45,376 Malam lain mungkin kamu boleh menang. 201 00:20:49,834 --> 00:20:53,168 Tapi bukan malam ini kerana kami ada kuasa komet! 202 00:22:14,584 --> 00:22:15,584 Cepat! 203 00:22:19,251 --> 00:22:20,209 Terima kasih. 204 00:22:23,876 --> 00:22:25,126 Baiklah, dengar sini. 205 00:22:25,709 --> 00:22:28,043 Kita bergilir-gilir berkawal di tembok, 206 00:22:28,043 --> 00:22:32,126 tapi ada antara kamu yang mengelat dan pergi ke tempat lain. 207 00:22:32,626 --> 00:22:33,834 Mulai sekarang, 208 00:22:34,584 --> 00:22:36,501 dua orang akan berkawal bersama. 209 00:22:36,501 --> 00:22:38,293 Maknanya, syif akan berganda. 210 00:22:39,293 --> 00:22:42,959 Ada masalah? Mestilah tak ada. Okey, pergi sambung bertugas. 211 00:22:44,376 --> 00:22:45,668 Jom pergi. 212 00:22:46,209 --> 00:22:47,334 Kita nak ke mana? 213 00:22:48,376 --> 00:22:50,168 Bot nelayan balik tanpa hasil. 214 00:22:50,168 --> 00:22:52,626 Kalau nak hasil, kita kena buat sendiri. 215 00:22:53,251 --> 00:22:55,543 Mereka tak hargai kehebatan abang memimpin. 216 00:22:55,543 --> 00:22:57,293 Betul. Mereka tak sedar. 217 00:22:58,334 --> 00:22:59,543 Kelakar sangat. 218 00:23:02,793 --> 00:23:03,834 Katara! 219 00:23:11,168 --> 00:23:12,418 Kamu ke mana tadi? 220 00:23:15,168 --> 00:23:16,959 Kamu mengolah air lagi, bukan? 221 00:23:18,418 --> 00:23:20,334 Jangan risau. Orang tak nampak. 222 00:23:21,418 --> 00:23:22,376 Tak penting pun. 223 00:23:23,251 --> 00:23:26,251 Pentinglah. Kalau Negara Api tahu kamu pengolah air... 224 00:23:26,251 --> 00:23:29,334 Dah bertahun-tahun orang dari Negara Api tak datang. 225 00:23:30,043 --> 00:23:32,584 Lagipun, tak ada apa-apa pun untuk dilihat. 226 00:23:33,334 --> 00:23:35,584 Penguin memerang lagi handal mengolah. 227 00:23:37,376 --> 00:23:38,709 Mungkin ada hikmahnya. 228 00:23:38,709 --> 00:23:41,043 Kamu patut lebih membantu di kampung. 229 00:23:42,501 --> 00:23:45,293 Bukan semuanya soal persiapan perang. 230 00:23:45,293 --> 00:23:48,043 - Ini waktu perang. - Olahan air asas budaya kita. 231 00:23:48,543 --> 00:23:50,751 Cara hidup kita. Ia perlu dipelihara. 232 00:23:50,751 --> 00:23:53,251 - Nyawa kita yang perlu dipelihara. - Ya. 233 00:23:54,293 --> 00:23:57,209 - Kalau ayah ada... - Ayah tak ada! Abang yang ada! 234 00:24:05,793 --> 00:24:06,793 Katara. 235 00:24:09,626 --> 00:24:12,334 Katara, jangan merajuk dulu. Dayung cepat. 236 00:24:21,751 --> 00:24:22,668 Bagus. 237 00:24:22,668 --> 00:24:24,209 Bukan saya yang buat. 238 00:24:42,793 --> 00:24:44,168 Abang! 239 00:24:51,959 --> 00:24:53,001 Kamu tak apa-apa? 240 00:24:55,209 --> 00:24:56,626 Alamak. 241 00:24:56,626 --> 00:24:57,876 Habislah. 242 00:25:03,209 --> 00:25:04,334 Apa itu? 243 00:25:09,168 --> 00:25:10,459 Peliknya. 244 00:25:18,668 --> 00:25:21,168 Kalau tak dapatkan kanu itu, kita akan dimakan ikan. 245 00:25:22,418 --> 00:25:23,751 Terbalik pula jadinya. 246 00:25:52,834 --> 00:25:54,751 Boleh cuba terapung di atas ais. 247 00:26:13,168 --> 00:26:14,043 Katara? 248 00:26:51,001 --> 00:26:51,959 Akhirnya. 249 00:27:24,501 --> 00:27:25,751 Dari mana dia datang? 250 00:27:26,543 --> 00:27:27,501 Entahlah. 251 00:27:30,209 --> 00:27:32,126 Cantik. Kita takkan mati. 252 00:27:33,709 --> 00:27:34,709 Sudah. Jom balik. 253 00:27:35,918 --> 00:27:37,084 Hei! 254 00:27:37,959 --> 00:27:38,793 Apa kamu buat? 255 00:27:39,376 --> 00:27:41,043 Takkan nak tinggalkan dia? 256 00:27:41,043 --> 00:27:44,834 Aisberg pelik yang bercahaya baru meletup dan meninggalkan 257 00:27:44,834 --> 00:27:46,584 budak botak yang bermisteri. 258 00:27:46,584 --> 00:27:50,126 Apa yang buat kamu fikir, "Bagus, jom bawa dia balik"? 259 00:27:50,126 --> 00:27:52,584 Abang, dia cuma seorang budak kecil. 260 00:27:53,418 --> 00:27:55,209 Kita tak boleh tinggalkan dia. 261 00:27:55,793 --> 00:27:57,918 Abang tak sedap hati, tapi tak apa. 262 00:27:57,918 --> 00:28:01,126 Keselamatan kampung tak penting pun. 263 00:28:18,959 --> 00:28:21,918 - Dia macam dah mati. - Tanda apa itu di kepalanya? 264 00:28:23,209 --> 00:28:24,418 Biar saya tengok. 265 00:28:30,626 --> 00:28:32,043 Tak mungkin. 266 00:28:32,043 --> 00:28:33,334 Kenapa, nenek? 267 00:28:33,959 --> 00:28:36,543 Dia seorang pengolah udara. 268 00:28:36,543 --> 00:28:39,626 Mustahil. Pengolah udara dah tak wujud. 269 00:28:40,709 --> 00:28:43,084 Kita takkan tahu selagi dia belum sedar. 270 00:28:43,834 --> 00:28:44,876 Biar dia berehat. 271 00:28:46,501 --> 00:28:47,418 Mari keluar. 272 00:28:58,626 --> 00:29:01,626 Hanya ada Kampung Puak Air di wilayah Kutub Selatan. 273 00:29:01,626 --> 00:29:03,001 Kita perlu ke sana. 274 00:29:03,001 --> 00:29:05,626 - Kamu rasa Avatar ada di sana? - Ya. 275 00:29:05,626 --> 00:29:06,834 Kerana cahaya itu? 276 00:29:07,668 --> 00:29:09,168 Pak cik rasa saya khayal? 277 00:29:10,959 --> 00:29:15,626 Kadangkala, pancaran cahaya hanyalah kilauan cakerawala di langit musim sejuk. 278 00:29:15,626 --> 00:29:19,626 Sejak tiga tahun lepas, saya siasat setiap petunjuk, khabar angin 279 00:29:19,626 --> 00:29:22,043 dan desas-desus tentang Avatar. 280 00:29:22,668 --> 00:29:26,168 Saya akan teruskan selama tiga tahun lagi kalau perlu. 281 00:29:26,168 --> 00:29:29,043 Putera Zuko, ayahanda kamu tentu tak mahu... 282 00:29:29,043 --> 00:29:33,001 Ayahanda tak izinkan saya balik selagi saya tak jumpa Avatar. 283 00:29:33,001 --> 00:29:35,168 Jadi, saya akan cari sampai dapat. 284 00:29:36,168 --> 00:29:39,709 Pak cik cuma tak sampai hati melihat kamu menaruh harapan 285 00:29:39,709 --> 00:29:43,168 setiap kali kamu nampak satu petanda. 286 00:29:48,709 --> 00:29:53,584 Jika berjaya, usaha saya akan terbalas, dan saya akan menjadi pewaris Raja Api. 287 00:29:56,751 --> 00:30:00,418 Kamu patut pertimbangkan yang takhta itu bukan segala-galanya. 288 00:30:04,168 --> 00:30:05,543 Mungkin bukan bagi pak cik. 289 00:30:10,126 --> 00:30:11,209 Bagi saya pula... 290 00:30:14,501 --> 00:30:15,876 takhta itu takdir saya. 291 00:30:41,001 --> 00:30:42,209 Marilah! 292 00:30:53,543 --> 00:30:54,584 Cepat! 293 00:31:07,709 --> 00:31:08,709 Kena! 294 00:31:14,043 --> 00:31:14,959 Kena! 295 00:31:15,543 --> 00:31:16,501 Kena! 296 00:31:18,293 --> 00:31:20,918 Jangan dekat dengan dia! Apa yang kamu fikir? 297 00:31:20,918 --> 00:31:24,543 Tak ingat latihankah? Saya kata kita perlu berwaspada, bukan? 298 00:31:24,543 --> 00:31:26,626 - Mungkin dia musuh kita. - Musuh? 299 00:31:27,251 --> 00:31:28,334 Saya bukan musuh. 300 00:31:28,918 --> 00:31:30,001 Jadi, awak siapa? 301 00:31:30,959 --> 00:31:31,959 Saya Aang. 302 00:31:34,376 --> 00:31:35,376 Saya di mana? 303 00:31:35,959 --> 00:31:37,834 - Kenapa saya di sini? - Awak patut tahu. 304 00:31:37,834 --> 00:31:38,793 Sekejap. 305 00:31:39,668 --> 00:31:40,501 Appa? 306 00:31:41,543 --> 00:31:42,543 Appa! 307 00:31:43,251 --> 00:31:44,084 Mana Appa? 308 00:31:45,793 --> 00:31:46,834 Abang! 309 00:31:47,626 --> 00:31:48,709 Abang nampak dia? 310 00:31:49,251 --> 00:31:50,168 Nampak. 311 00:31:51,001 --> 00:31:52,793 Itu langsung tak pelik. 312 00:31:54,584 --> 00:31:56,043 Appa! 313 00:31:56,043 --> 00:31:57,918 Betullah, dia pengolah udara. 314 00:32:08,834 --> 00:32:09,959 Kamu nampak Appa? 315 00:32:10,501 --> 00:32:12,043 Bison terbang saya. 316 00:32:13,001 --> 00:32:16,918 Enam kaki, bertanduk, ada anak panah perang? 317 00:32:17,459 --> 00:32:18,626 Bison terbang. 318 00:32:19,251 --> 00:32:22,084 - Bison terbang! - Tak membantu pun kalau ulang. 319 00:32:25,751 --> 00:32:27,084 Wah! 320 00:32:27,084 --> 00:32:28,251 Binatang apa itu? 321 00:32:30,084 --> 00:32:31,376 Appa! 322 00:32:41,501 --> 00:32:42,501 Bison terbang. 323 00:32:46,293 --> 00:32:47,959 Awak terhempas dalam ribut? 324 00:32:47,959 --> 00:32:49,209 Tiba-tiba saja. 325 00:32:49,793 --> 00:32:52,584 Cuaca mula teruk selepas saya tinggalkan kuil. 326 00:32:52,584 --> 00:32:54,084 Kuil Udara Selatan. 327 00:32:55,668 --> 00:32:57,584 Tempat tinggal Pengembara Udara. 328 00:32:58,084 --> 00:33:00,126 Bukan semua Pengembara Udara, 329 00:33:00,126 --> 00:33:02,584 tapi ramai baru tiba untuk Pesta Komet Agung. 330 00:33:02,584 --> 00:33:04,793 Pesta Komet Agung. 331 00:33:07,751 --> 00:33:08,918 Nenek? 332 00:33:11,209 --> 00:33:15,334 Air, tanah, api, udara. 333 00:33:15,334 --> 00:33:19,376 Suatu masa dulu, empat bangsa ini hidup dalam keharmonian. 334 00:33:19,376 --> 00:33:23,543 Kemudian, segalanya berubah apabila Negara Api menyerang. 335 00:33:24,209 --> 00:33:27,959 Hanya Avatar, penguasa keempat-empat unsur, 336 00:33:27,959 --> 00:33:29,251 boleh halang mereka. 337 00:33:30,084 --> 00:33:33,001 Tapi apabila dunia terdesak memerlukannya, 338 00:33:33,709 --> 00:33:34,709 dia menghilang. 339 00:33:36,126 --> 00:33:39,043 Maka, Negara Api pun mara dan meranapkan semuanya, 340 00:33:39,043 --> 00:33:42,168 lalu seluruh dunia terjerumus ke zaman kegelapan. 341 00:33:43,376 --> 00:33:45,918 Semua penduduk kampung tahu kisah ini, 342 00:33:46,793 --> 00:33:47,918 tapi kamu tak tahu. 343 00:33:48,501 --> 00:33:49,751 Betul tak, anak muda? 344 00:33:50,334 --> 00:33:52,293 Kamu juga tak tahu 345 00:33:52,293 --> 00:33:56,168 yang pengolah udara tak lagi dilihat sejak beberapa generasi lalu 346 00:33:56,168 --> 00:33:59,751 dan Kuil Udara Selatanlah yang pertama tumbang 347 00:34:00,334 --> 00:34:03,918 kerana kamu terperangkap di dalam ais itu selama ini. 348 00:34:03,918 --> 00:34:07,751 Komet Agung terakhir dilihat di langit 349 00:34:07,751 --> 00:34:11,043 pada 100 tahun yang lalu. 350 00:34:17,709 --> 00:34:21,668 Mungkin dia nampak macam budak biasa, tapi dia lebih daripada itu. 351 00:34:23,001 --> 00:34:26,126 Dialah pengolah udara terakhir. 352 00:34:34,668 --> 00:34:38,293 Banyak-banyak tempat, dia pilih tempat paling sejuk di dunia. 353 00:34:38,293 --> 00:34:41,501 Kenapa dia tak dapat petanda di tempat yang ada mata air panas? 354 00:34:46,459 --> 00:34:48,959 - Nak cakap sesuatu, Leftenan Jee? - Tak, tuanku. 355 00:34:51,001 --> 00:34:52,834 Beta nak kamu semua faham. 356 00:34:52,834 --> 00:34:56,793 Misi kita penting untuk masa depan Negara Api, 357 00:34:56,793 --> 00:34:59,084 jadi kita akan cari Avatar. 358 00:34:59,709 --> 00:35:02,084 Mari buktikan yang kita layak disanjung. 359 00:35:02,084 --> 00:35:04,959 Kita akan pulang dan jumpa keluarga kita semula... 360 00:35:08,084 --> 00:35:09,751 atau kita akan mati mencuba. 361 00:35:23,543 --> 00:35:24,543 Awak tak apa-apa? 362 00:35:27,084 --> 00:35:28,626 Seratus tahun. 363 00:35:29,293 --> 00:35:30,418 Semua kawan saya. 364 00:35:31,043 --> 00:35:32,376 Semua yang saya kenal. 365 00:35:34,876 --> 00:35:36,126 Mereka dah tak ada. 366 00:35:37,293 --> 00:35:38,668 Saya tumpang simpati. 367 00:35:40,626 --> 00:35:43,501 Saya tahu peritnya kehilangan orang tersayang. 368 00:35:52,709 --> 00:35:55,876 Semasa saya kecil, saya tak faham erti perang 369 00:35:56,584 --> 00:35:58,793 sampailah malam pengolah api datang. 370 00:36:00,918 --> 00:36:02,584 Mereka musnahkan segalanya. 371 00:36:03,834 --> 00:36:04,793 Segala-galanya. 372 00:36:06,209 --> 00:36:07,126 Semua orang. 373 00:36:10,418 --> 00:36:13,959 Kemudian, ayah kami dan pahlawan lain buru pengolah api itu. 374 00:36:14,834 --> 00:36:18,043 Itu cerita tiga tahun lepas. Kami tak jumpa dia lagi. 375 00:36:19,584 --> 00:36:22,793 Ayah minta Sokka jaga kampung ketika dia baru 13 tahun. 376 00:36:23,584 --> 00:36:25,043 Dia perlu matang cepat. 377 00:36:26,876 --> 00:36:27,834 Yang lain pun. 378 00:36:30,668 --> 00:36:33,043 Kita takkan betul-betul bersedia 379 00:36:34,376 --> 00:36:35,584 sehingga terdesak. 380 00:36:45,209 --> 00:36:48,584 Itu bangkai kapal Negara Api ketika menyerang Puak Air. 381 00:36:49,418 --> 00:36:50,834 Pengolah api amat kejam. 382 00:36:51,668 --> 00:36:55,209 Sejak itu, Negara Api telah menakluki sebahagian besar dunia. 383 00:36:56,543 --> 00:36:58,626 Tapi pengolah air tetap menentang, 384 00:36:59,293 --> 00:37:00,459 lagi-lagi di Utara. 385 00:37:00,459 --> 00:37:02,876 Kerajaan Tanah masih berdiri teguh. 386 00:37:04,251 --> 00:37:05,209 Harap begitulah. 387 00:37:08,543 --> 00:37:10,501 Saya ada kawan di Negara Api. 388 00:37:11,668 --> 00:37:13,168 Saya selalu lawat mereka. 389 00:37:14,293 --> 00:37:16,293 Orang dah tak melawat bangsa lain. 390 00:37:17,168 --> 00:37:18,876 Kawan sesama ahli puak saja. 391 00:37:31,668 --> 00:37:34,376 Bagus. Kemahiran kamu dah makin padu. 392 00:37:34,376 --> 00:37:37,543 Saya perlu jadi sekuat mungkin untuk lawan pahlawan terulung dunia. 393 00:37:37,543 --> 00:37:41,959 Khabarnya Avatar Kyoshi tewaskan sepasukan askar Kerajaan Tanah sendirian. 394 00:37:41,959 --> 00:37:44,209 Kamu dah cukup bersedia. 395 00:37:44,209 --> 00:37:47,418 Marilah minum secawan teh bunga melur. 396 00:37:51,168 --> 00:37:54,709 Katakanlah kita jumpa Avatar, dan kamu berjaya tewaskan dia. 397 00:37:54,709 --> 00:37:58,459 Misi yang ayahanda kamu rasa mustahil. 398 00:37:58,459 --> 00:38:01,001 Jadi, kepulangan kamu mungkin... 399 00:38:02,918 --> 00:38:03,959 tak dijangka. 400 00:38:06,876 --> 00:38:07,834 Pak cik silap. 401 00:38:18,668 --> 00:38:20,168 Orang tak datang ke sini. 402 00:38:21,543 --> 00:38:24,001 Tempat ini senyap dan tersembunyi. 403 00:38:32,834 --> 00:38:34,334 Awak pengolah air! 404 00:38:35,459 --> 00:38:36,459 Saya tak mahir. 405 00:38:37,043 --> 00:38:40,751 Saya cuba berlatih, tapi saya saja pengolah air Puak Selatan. 406 00:38:41,334 --> 00:38:43,334 Sokka tak suka saya berlatih 407 00:38:43,334 --> 00:38:46,168 kerana dia risau Negara Api akan tahu dan... 408 00:38:47,168 --> 00:38:48,209 Apa? 409 00:38:49,668 --> 00:38:53,376 Ada sebab tinggal saya seorang saja pengolah air di kampung ini. 410 00:38:54,293 --> 00:38:56,043 Mereka dah bunuh yang lain. 411 00:38:56,043 --> 00:38:58,084 Sokka tak faham. 412 00:38:59,418 --> 00:39:02,334 Saya pahlawan. Saya patut berbakti kepada puak. 413 00:39:04,584 --> 00:39:08,334 Sami kata seni mengolah memerlukan tenaga dan keseimbangan. 414 00:39:09,168 --> 00:39:13,293 Dengan merasai tenaga di sekeliling, kita akan menemukan keseimbangan. 415 00:39:13,293 --> 00:39:16,543 Dengan mencari keseimbangan, kita akan merasai tenaga. 416 00:39:46,251 --> 00:39:47,168 Hebatlah! 417 00:39:47,793 --> 00:39:49,543 Saya tak bersungguh pun. 418 00:39:49,543 --> 00:39:52,543 Baguslah. Awak cuma perlu lepaskan. 419 00:39:58,459 --> 00:39:59,459 Katara? 420 00:40:09,001 --> 00:40:11,334 Abang! Abang, Negara Api. Mereka... 421 00:40:11,334 --> 00:40:13,668 Ya. Kami nampak. Pergi ke tempat kamu! 422 00:40:15,668 --> 00:40:18,043 - Sokka, para... - Masukkan lembing. 423 00:40:23,751 --> 00:40:26,126 Saya tak faham. Kenapa mereka datang? 424 00:40:26,668 --> 00:40:29,293 Setelah sekian lama, apa yang mereka mahu? 425 00:40:29,959 --> 00:40:31,126 Dia. 426 00:40:32,001 --> 00:40:34,501 Dia bukan setakat pengolah udara terakhir. 427 00:40:34,501 --> 00:40:35,459 Betul tak? 428 00:40:36,876 --> 00:40:39,001 Kamu Avatar. 429 00:40:43,584 --> 00:40:44,418 Aang? 430 00:40:48,043 --> 00:40:50,126 Abang dah agak dia sorok sesuatu. 431 00:40:50,126 --> 00:40:54,001 Ketika dunia perlukan Avatar, dia menghilang kerana dia pengecut. 432 00:40:54,001 --> 00:40:56,209 Dia lari dan ramai orang terkorban. 433 00:40:56,209 --> 00:40:58,376 Sokka, mereka dah mendarat. 434 00:41:00,168 --> 00:41:01,126 Menyorok cepat. 435 00:41:01,126 --> 00:41:03,751 - Abang, saya nak... - Katara, sekarang. 436 00:41:07,001 --> 00:41:08,959 Jom. Kita kena ke tempat selamat. 437 00:41:26,501 --> 00:41:27,793 Aku Putera Zuko. 438 00:41:29,001 --> 00:41:31,043 Anakanda sulung Raja Api Ozai. 439 00:41:31,876 --> 00:41:34,043 Kami bukan nak musnahkan rumah kamu. 440 00:41:34,543 --> 00:41:37,709 Kami cuma cari seseorang yang tak patut ada di sini. 441 00:41:38,418 --> 00:41:41,084 Seseorang yang bukan daripada kalangan kamu. 442 00:41:42,293 --> 00:41:43,751 Serahkan dia sekarang, 443 00:41:44,751 --> 00:41:46,668 atau aku akan bakar tempat ini. 444 00:41:50,543 --> 00:41:53,043 - Mana dia? - Abang tak boleh serahkan dia. 445 00:41:53,043 --> 00:41:55,459 - Ini bukan tempat dia. - Ia salah. 446 00:41:55,459 --> 00:41:57,418 Ayah minta abang jaga kampung. 447 00:41:57,418 --> 00:41:59,834 Ya, tapi ingat balik kata-kata mak. 448 00:42:00,459 --> 00:42:03,668 Kita perlu lindungi orang yang tak mampu lindungi diri. 449 00:42:03,668 --> 00:42:07,293 Dia kehilangan segalanya. Abang tak nampak? Dia Avatar! 450 00:42:07,293 --> 00:42:08,668 Dia menipu kita! 451 00:42:09,751 --> 00:42:12,084 Saya tahu tugas ini sukar bagi abang, 452 00:42:13,043 --> 00:42:15,834 tapi menjadi ketua bukan soal tangkap ikan saja. 453 00:42:15,834 --> 00:42:18,043 Abang perlu beri kami tujuan hidup. 454 00:42:18,793 --> 00:42:21,001 Itu peranan Avatar. Dia harapan kita. 455 00:42:21,959 --> 00:42:24,959 Kita perlukan harapan, bukan makanan dan rumah saja. 456 00:42:25,918 --> 00:42:27,168 Saya perlukannya. 457 00:42:57,709 --> 00:42:58,876 Aku Sokka. 458 00:42:59,834 --> 00:43:00,959 Anak kepada Hakoda. 459 00:43:00,959 --> 00:43:04,376 Pemerintah Salji dan Ais. 460 00:43:04,959 --> 00:43:10,168 Bagi pihak Kampung Puak Air Wolf Cove, aku minta kau pergi sekarang juga! 461 00:43:10,876 --> 00:43:12,834 Kalau ini jalan yang kau pilih, 462 00:43:13,584 --> 00:43:14,626 baiklah. 463 00:43:15,501 --> 00:43:19,376 Mari selesaikannya sesama pemimpin! Takkan kau perlukan tentera? 464 00:43:20,001 --> 00:43:22,376 Aku ingat pengolah api berani belaka. 465 00:43:22,376 --> 00:43:25,751 Jangan terpedaya. Kita lebih kuat. Mereka bukan saingan. 466 00:43:25,751 --> 00:43:27,084 Di mana kemegahannya? 467 00:43:30,418 --> 00:43:31,459 Aku terima. 468 00:43:55,043 --> 00:43:56,626 Siapa perlukan tentera? 469 00:44:09,001 --> 00:44:10,084 Jangan sakiti dia! 470 00:44:22,876 --> 00:44:23,751 Tak mungkin. 471 00:44:50,918 --> 00:44:51,793 Cukuplah. 472 00:44:51,793 --> 00:44:53,584 Bakar kampung ini. 473 00:44:54,834 --> 00:44:56,126 Jangan! 474 00:44:56,668 --> 00:44:59,043 Aku akan ikut. Jangan apa-apakan mereka. 475 00:45:00,959 --> 00:45:02,584 Aku yang kau cari. 476 00:45:05,834 --> 00:45:07,501 - Tangkap dia. - Tunggu! 477 00:45:09,959 --> 00:45:11,126 Tak apa, Katara. 478 00:45:12,793 --> 00:45:14,668 Tak ada orang pernah pertahankan saya. 479 00:45:17,418 --> 00:45:20,001 Awak orang paling berani yang saya kenal. 480 00:45:53,043 --> 00:45:56,459 Kita kena buat sesuatu. Abang, kita kena tolong dia. Abang! 481 00:45:56,459 --> 00:45:57,709 Dengar sini. 482 00:45:57,709 --> 00:46:00,668 Kuatkan palang pintu pagar. Teruskan latihan. 483 00:46:00,668 --> 00:46:03,293 - Saya nampak awak cuai tadi. - Latihan? 484 00:46:03,293 --> 00:46:05,418 Jangan biar budak-budak buli awak. 485 00:46:05,418 --> 00:46:07,501 Mereka patut tahu awak ketua. 486 00:46:07,501 --> 00:46:08,418 Ya, betul. 487 00:46:09,876 --> 00:46:10,876 Awak ketua. 488 00:46:12,084 --> 00:46:14,959 Baiklah, jom selamatkan budak pelik itu. 489 00:46:27,251 --> 00:46:32,001 Ramai yang menyangka hari ini takkan tiba, termasuklah aku sendiri. 490 00:46:33,626 --> 00:46:35,168 Boleh aku tanya sesuatu? 491 00:46:36,459 --> 00:46:37,459 Maafkan aku. 492 00:46:38,001 --> 00:46:41,001 Aku Iroh, anak kepada Raja Api Azulon. 493 00:46:42,209 --> 00:46:43,168 Tanyalah. 494 00:46:44,918 --> 00:46:47,251 Kenapa Negara Api mulakan perang ini? 495 00:46:49,334 --> 00:46:51,793 Ada orang kata memang lumrah kami 496 00:46:51,793 --> 00:46:55,209 untuk merebak dan memusnahkan macam api. 497 00:46:56,251 --> 00:47:01,293 Ada yang percaya bahawa kestabilan dunia akan datang bawah pemerintahan kami, 498 00:47:01,876 --> 00:47:05,918 maka dorongan menakluk ialah dorongan ke arah keamanan dan perpaduan. 499 00:47:05,918 --> 00:47:10,334 Dunia aman jika hormat kehidupan, bukan dengan kematian dan kemusnahan. 500 00:47:10,334 --> 00:47:12,126 Pandangan itu mulia, Avatar, 501 00:47:12,126 --> 00:47:14,876 tapi bagi kebanyakan daripada kita, 502 00:47:14,876 --> 00:47:17,543 permulaan perang ini tak penting. 503 00:47:17,543 --> 00:47:19,626 Pengakhirannya saja yang penting. 504 00:47:20,418 --> 00:47:22,834 Ramai percaya jika kau ditangkap, 505 00:47:23,418 --> 00:47:26,418 Negara Api akan mengakhiri perang ini. 506 00:47:27,584 --> 00:47:29,084 Kau pun percaya begitu? 507 00:47:32,168 --> 00:47:33,126 Aku perlu pergi, 508 00:47:33,126 --> 00:47:37,334 tapi aku tak sabar nak berbual lagi dengan kau, Avatar. 509 00:47:38,168 --> 00:47:42,001 Sementara itu, aku akan hantar teh bunga melur untuk kau. 510 00:47:42,001 --> 00:47:43,459 Ia agak menenangkan. 511 00:48:15,084 --> 00:48:16,876 - Susah nak kejar mereka. - Ya. 512 00:48:16,876 --> 00:48:20,334 Harap-harap ada arus deras. Kita boleh ikut dari belakang. 513 00:48:20,834 --> 00:48:22,001 Kalau tak pun, 514 00:48:23,168 --> 00:48:24,709 ada lagi satu cara. 515 00:48:26,376 --> 00:48:27,334 Biar betul? 516 00:48:28,293 --> 00:48:29,543 Katara, tak nak! 517 00:48:30,418 --> 00:48:32,126 Jangan harap abang akan naik... 518 00:49:03,251 --> 00:49:04,709 Avatar sebelum ini. 519 00:49:25,418 --> 00:49:26,834 Baik, tuan! 520 00:49:45,168 --> 00:49:46,501 Berhenti! 521 00:49:47,709 --> 00:49:48,668 Halang dia! 522 00:49:55,293 --> 00:49:57,001 Serang. Sekarang! 523 00:50:36,251 --> 00:50:37,084 Hei, budak! 524 00:50:37,918 --> 00:50:39,043 Sokka! 525 00:51:36,668 --> 00:51:39,668 Tak sangka kamu datang. Terima kasih. 526 00:51:39,668 --> 00:51:42,709 Mereka kena sedar yang mereka tak boleh pijak kita. 527 00:51:44,334 --> 00:51:48,418 Pengolah api itu takkan mengalah. Mereka akan terus buru awak. 528 00:51:48,418 --> 00:51:50,126 Jadi, kita tak boleh balik. 529 00:51:51,209 --> 00:51:52,751 Bahaya untuk semua orang. 530 00:51:56,793 --> 00:51:58,168 Jadi, kita nak ke mana? 531 00:53:23,459 --> 00:53:24,459 Tok Guru Gyatso. 532 00:53:33,668 --> 00:53:37,001 Ini sememangnya bebanan yang besar bagi seseorang, 533 00:53:37,584 --> 00:53:39,668 tapi kamu berbeza, Aang. 534 00:53:40,876 --> 00:53:42,126 Kamu kuat, 535 00:53:42,959 --> 00:53:43,959 baik 536 00:53:44,918 --> 00:53:46,126 dan murah hati. 537 00:53:47,126 --> 00:53:48,251 Ingat itu. 538 00:53:50,543 --> 00:53:52,876 Sentiasa ingat diri kamu. 539 00:54:05,626 --> 00:54:06,751 Aang? 540 00:54:11,959 --> 00:54:14,418 Apa yang berlaku? Apa dia buat? 541 00:54:19,543 --> 00:54:20,376 Aang! 542 00:54:20,376 --> 00:54:21,376 Mari! 543 00:54:30,501 --> 00:54:31,334 Aang! 544 00:54:38,251 --> 00:54:39,209 Aang! 545 00:54:39,209 --> 00:54:40,543 Hentikannya! 546 00:54:44,418 --> 00:54:45,334 Tolonglah! 547 00:54:50,876 --> 00:54:51,918 Aang! 548 00:54:54,668 --> 00:54:55,584 Aang... 549 00:54:57,584 --> 00:55:00,084 tak ada orang yang lebih baik 550 00:55:00,084 --> 00:55:03,543 untuk diberikan kuasa ini. 551 00:55:07,709 --> 00:55:09,209 Kamu memang kawan saya. 552 00:55:11,084 --> 00:55:13,668 Kamu kawan saya sampai bila-bila. 553 00:56:16,876 --> 00:56:19,418 Saya bukan nak biadab, tapi apa itu tadi? 554 00:56:20,168 --> 00:56:21,293 Saya tak tahu. 555 00:56:22,626 --> 00:56:24,334 Banyak yang saya tak tahu. 556 00:56:25,209 --> 00:56:28,001 Semua sami dah tak ada. Saya keseorangan. 557 00:56:29,376 --> 00:56:30,251 Sebenarnya, 558 00:56:31,459 --> 00:56:33,084 apabila hilang segalanya, 559 00:56:33,084 --> 00:56:35,584 kita akan sedar betapa kuatnya kita. 560 00:56:36,751 --> 00:56:38,084 Kita akan belajar berjuang. 561 00:56:41,168 --> 00:56:44,043 Mereka buat pengorbanan besar untuk saya. 562 00:56:45,043 --> 00:56:47,251 Saya tak nak kematian mereka sia-sia. 563 00:56:47,251 --> 00:56:49,459 Saya perlu penuhi hasrat mereka. 564 00:56:49,459 --> 00:56:52,376 Selesaikan latihan dan kuasai semua olahan lain 565 00:56:52,376 --> 00:56:54,793 untuk kembalikan keseimbangan dunia. 566 00:56:54,793 --> 00:56:55,876 Itu saja? 567 00:56:56,876 --> 00:57:00,084 Dulu, ini kampung halaman saya. Kini, ia dah tak ada. 568 00:57:03,251 --> 00:57:07,668 Setelah kita kehilangan sesuatu, baru kita sedar akan maknanya kepada kita. 569 00:57:12,584 --> 00:57:15,418 Kita rela buat apa-apa untuk dapatkannya semula. 570 00:57:18,418 --> 00:57:19,376 Apa-apa saja. 571 00:57:21,751 --> 00:57:25,751 Saya tak tahu arah tuju semua ini, dan saya tak tahu jika saya mampu, 572 00:57:26,751 --> 00:57:28,501 tapi yang saya tahu, 573 00:57:30,334 --> 00:57:31,459 saya Avatar, 574 00:57:32,126 --> 00:57:34,376 dan perjalanan saya baru saja bermula. 575 00:59:32,126 --> 00:59:35,043 Terjemahan sari kata oleh M Arrazi Azmi