1 00:00:06,006 --> 00:00:08,925 SEBUAH SIRI NETFLIX 2 00:00:17,392 --> 00:00:18,768 - Emily! - Hai! 3 00:00:18,852 --> 00:00:21,146 Mari, saya nak awak tengok menu pertama saya. 4 00:00:21,229 --> 00:00:24,232 Oh, Tuhan! Seronoknya! Jom ambil gambar. 5 00:00:24,315 --> 00:00:26,317 Baiklah, bergaya di sebelahnya. 6 00:00:27,569 --> 00:00:28,778 Okey… 7 00:00:30,739 --> 00:00:32,949 - Emily, tepat pada masanya. - Helo. 8 00:00:33,033 --> 00:00:35,869 Saya baru cakap dengan Sylvie, untuk Maison Lavaux, 9 00:00:35,952 --> 00:00:38,121 Savoir akan buat wawancara malam pembukaan. 10 00:00:38,204 --> 00:00:39,789 Yakah? Bagus. 11 00:00:39,873 --> 00:00:41,624 Dia juga tugaskan awak. 12 00:00:41,708 --> 00:00:45,253 Jadi, mari bekerja keras agar teman awak dapat banyak liputan. 13 00:00:45,336 --> 00:00:46,171 Bukanlah. 14 00:00:46,254 --> 00:00:48,715 Jumpa di Savoir esok untuk bincang hal pembukaan. 15 00:00:48,798 --> 00:00:49,799 Baik. 16 00:00:50,967 --> 00:00:54,262 Awak dah lihat tempat kerja saya, sekarang giliran saya. 17 00:00:55,430 --> 00:00:56,306 Tak sabarnya. 18 00:00:57,098 --> 00:00:57,932 Selamat tinggal. 19 00:01:13,198 --> 00:01:15,950 Kita akan memasarkan malam pembukaan Chez Lavaux? 20 00:01:16,034 --> 00:01:17,494 Itu soalan atau kenyataan? 21 00:01:17,577 --> 00:01:21,289 Sebagai pengurus akaun Maison Lavaux, saya orang terakhir untuk tahu. 22 00:01:21,915 --> 00:01:23,708 Tapi saya tak sabar nak mula. 23 00:01:23,792 --> 00:01:28,630 Apabila difikir balik, awak tak sesuai untuk tugasan itu. 24 00:01:28,713 --> 00:01:30,548 Sebab sejarah awak dengan cef itu. 25 00:01:30,632 --> 00:01:35,303 Tolonglah, itu cerita lama. Macam merokok di pejabat Perancis. 26 00:01:35,386 --> 00:01:37,972 Sylvie, orang Chopard dah sampai untuk perbincangan. 27 00:01:38,056 --> 00:01:40,100 Ya, koleksi Happy Hearts. 28 00:01:40,183 --> 00:01:41,893 Saya suka rantai tangannya! 29 00:01:42,936 --> 00:01:45,230 Ayuh, Sylvie. Jom bergembira. 30 00:01:48,858 --> 00:01:53,947 Tetamu akan tiba untuk waktu koktel sebelum bot bateau-mouche berlepas 31 00:01:54,030 --> 00:01:57,784 untuk makan malam dan tarian yang indah di Seine. 32 00:01:58,535 --> 00:02:02,539 Memberi kami pelancaran yang sempurna untuk koleksi baharu awak. 33 00:02:02,622 --> 00:02:05,458 Ya. Tetamu akan berpeluang untuk mencuba barang kemas 34 00:02:05,542 --> 00:02:08,419 sambil menikmati suasana romantis bandar. 35 00:02:08,503 --> 00:02:09,671 Saya sukakannya. 36 00:02:09,754 --> 00:02:12,841 Sesuai untuk Hari Valentine di Amerika. 37 00:02:12,924 --> 00:02:15,552 Percintaan amat dikomersialkan di Amerika. 38 00:02:15,635 --> 00:02:16,469 Betul. 39 00:02:16,553 --> 00:02:18,138 Hari Valentine cuti penting, 40 00:02:18,221 --> 00:02:21,683 terima kasih kepada syarikat pemasaran seperti ini. 41 00:02:21,766 --> 00:02:24,602 Betul, orang Amerika pandai kaut untung dengan cinta. 42 00:02:25,186 --> 00:02:26,646 Bagaimana dengan muziknya? 43 00:02:26,729 --> 00:02:27,689 Muzik, ya. 44 00:02:28,731 --> 00:02:31,151 Julien, awak dah hubungi artis? 45 00:02:32,026 --> 00:02:33,069 - Saya? - Ya. 46 00:02:36,614 --> 00:02:37,866 Semuanya terkawal. 47 00:02:40,994 --> 00:02:44,164 Awak patut uruskan muzik! Awak patut tempah DJ, bukan? 48 00:02:44,247 --> 00:02:46,666 Tak, tanggungjawab awak! 49 00:02:46,749 --> 00:02:49,836 Sudahlah. Jangan panik, kita buat senarai audio saja. 50 00:02:50,545 --> 00:02:52,297 "Put a Ring On It." "Diamonds." 51 00:02:52,380 --> 00:02:54,632 "Diamonds and Pearls." "Gold Dust Woman." 52 00:02:55,884 --> 00:02:58,678 Bagus. Sekarang muzik ialah tanggungjawab awak. 53 00:02:59,512 --> 00:03:02,098 Oh, Tuhan. Awak pun fikir lagu sama? 54 00:03:02,182 --> 00:03:06,144 Bagaimana dengan muzik langsung? Boleh jadi lebih romantis. 55 00:03:06,227 --> 00:03:08,771 Sudah tentu hebat, tapi tiada peruntukan. 56 00:03:08,855 --> 00:03:10,648 Peruntukan bukan masalah. 57 00:03:11,191 --> 00:03:12,650 Awak lapang waktu makan? 58 00:03:18,781 --> 00:03:20,116 Satu, dua, tiga, empat… 59 00:04:16,631 --> 00:04:18,132 Dia sangat bagus, bukan? 60 00:04:18,216 --> 00:04:22,053 Maaf. Saya agak terganggu dengan pemain gitar tampan itu. 61 00:04:22,136 --> 00:04:23,263 Apa awak cakap? 62 00:04:23,346 --> 00:04:24,722 Pemain gitar itu. 63 00:04:24,806 --> 00:04:27,642 Saya rasa mereka sesuai untuk parti kita. 64 00:04:27,725 --> 00:04:30,478 Ya, saya dah terangsang sekarang. 65 00:04:30,561 --> 00:04:33,147 - Awak tahu apa awak cakapkan? - Ya. 66 00:04:33,231 --> 00:04:34,816 Hai! 67 00:04:35,817 --> 00:04:38,194 - Bagaimana? - Awak memang hebat. 68 00:04:38,278 --> 00:04:40,154 Awak pun sama! Saya Mindy. 69 00:04:40,238 --> 00:04:41,155 Julien. 70 00:04:41,864 --> 00:04:44,867 Seronok bertemu awak. Emily banyak bercerita tentang awak. 71 00:04:44,951 --> 00:04:47,203 Emily kata awak pondan. 72 00:04:47,787 --> 00:04:49,706 Banyaknya salah faham. 73 00:04:51,082 --> 00:04:53,251 Saya nak kenalkan awak dengan kugiran, 74 00:04:53,334 --> 00:04:57,547 tapi Étienne baru putus cinta, jadi Benoît menenangkannya antara set. 75 00:04:57,630 --> 00:05:00,216 Teman lelaki? Étienne pemain gitar yang tampan itu? 76 00:05:00,300 --> 00:05:01,634 Tak. Itu Benoît. 77 00:05:01,718 --> 00:05:04,887 Tapi saya rasa dia pun tak berpunya. Awak berminat? 78 00:05:04,971 --> 00:05:08,641 - Suka sangat. - Mungkin dia pun sama. 79 00:05:08,725 --> 00:05:13,021 Mungkin boleh kenalkan mereka di bateau-mouche semasa majlis Chopard? 80 00:05:13,104 --> 00:05:15,648 Adakah itu jemputan atau tawaran kerja? 81 00:05:15,732 --> 00:05:18,401 - Ya. - Baiklah! 82 00:05:18,484 --> 00:05:22,113 Mereka tentu suka. Saya teringin nak menyanyi di kapal layar. 83 00:05:22,196 --> 00:05:23,448 Belum dipersetujui. 84 00:05:26,868 --> 00:05:31,372 Kamu akan menulis profil pasangan. 85 00:05:31,456 --> 00:05:34,876 Siapa mereka, pekerjaan mereka dan tujuan mereka berada di Paris. 86 00:05:34,959 --> 00:05:39,088 Ini latihan yang baik agar kamu menguasai kosa kata deskriptif 87 00:05:39,172 --> 00:05:41,007 dan mengenali pasangan masing-masing. 88 00:05:41,090 --> 00:05:43,301 Kita akan bentangkan minggu depan. 89 00:05:43,384 --> 00:05:45,219 Minggu yang baik, dan syabas. 90 00:05:45,928 --> 00:05:48,556 Okey. Nak selesaikannya sekarang? 91 00:05:48,639 --> 00:05:49,599 Maaf? 92 00:05:50,224 --> 00:05:52,310 Tugasan ini. Awak tak beri perhatian? 93 00:05:52,393 --> 00:05:54,395 Kita perlu soal satu sama lain. 94 00:05:55,188 --> 00:05:59,233 Baik. Saya orang Inggeris. Dilahirkan dan dibesarkan di London. 95 00:05:59,776 --> 00:06:04,405 Saya suka bola sepak dan bekerja di bank. Apa lagi awak nak tahu? 96 00:06:04,489 --> 00:06:05,865 Apa pekerjaan awak? 97 00:06:05,948 --> 00:06:09,202 Saya pakar dalam kewangan dalam peralihan pasca-Brexit. 98 00:06:10,703 --> 00:06:13,456 Bertenang, ia hal yang menyeronokkan. 99 00:06:13,998 --> 00:06:16,125 Saya tak pernah faham maksud Brexit. 100 00:06:16,209 --> 00:06:19,879 Gabungan perkataan. "Britain" dan "Keluar." 101 00:06:19,962 --> 00:06:23,383 Yakah? Maksud saya dari segi praktikal. 102 00:06:23,466 --> 00:06:26,010 Secara jujur, saya tak pasti orang faham. 103 00:06:26,094 --> 00:06:27,595 Dari segi praktikal atau tidak. 104 00:06:27,678 --> 00:06:28,971 Megxit, saya faham. 105 00:06:30,848 --> 00:06:33,768 Ya. Semua orang memahaminya. 106 00:06:35,937 --> 00:06:37,271 Dah selesai? 107 00:06:39,440 --> 00:06:43,611 Belum, tak sampai tiga kata kerja dan awak belum soal saya! 108 00:06:46,406 --> 00:06:50,785 Emily Cooper, gadis Amerika, suka latte ais, pantai… 109 00:06:50,868 --> 00:06:52,870 Apa lagi? Membaca buku. 110 00:06:52,954 --> 00:06:54,997 Berbintang Gemini. 111 00:06:55,081 --> 00:06:58,000 - Gemini? Salah. - Yang lain betul, bukan? 112 00:06:58,084 --> 00:07:00,336 Tak. Boleh awak buat tugasan ini dengan serius? 113 00:07:00,420 --> 00:07:03,297 Kenapa awak sertai kelas ini jika awak tak nak cuba? 114 00:07:03,381 --> 00:07:06,092 Malangnya, ia syarat syarikat saya. 115 00:07:06,175 --> 00:07:07,885 Tapi saya tak disyaratkan mencuba. 116 00:07:08,469 --> 00:07:10,680 Secara asasnya kelas bahasa ini 117 00:07:10,763 --> 00:07:12,014 setaraf kelas memandu. 118 00:07:12,098 --> 00:07:14,600 Okey, ia lebih bermakna buat saya. 119 00:07:14,684 --> 00:07:17,019 Memandangkan awak pasangan saya, berusahalah. 120 00:07:17,103 --> 00:07:19,814 - Ada kafe di bawah… - Tak, saya sibuk malam ini. 121 00:07:20,398 --> 00:07:22,859 Sebab saya tak suka pergi ke kafe. 122 00:07:23,359 --> 00:07:24,861 Dah muak dengan Perancis. 123 00:07:24,944 --> 00:07:27,655 Okey. Tapi kita berada di Perancis. 124 00:07:27,738 --> 00:07:29,699 Berbahasa Perancis di semua tempat. 125 00:07:29,782 --> 00:07:32,493 Awak belum tahu. Saya akan mesej apabila lapang. 126 00:07:33,578 --> 00:07:34,704 Jumpa nanti, Cooper. 127 00:07:44,422 --> 00:07:51,387 263 PENGIKUT - @CHEZLAVAUX LIHAT MENU 128 00:07:56,225 --> 00:07:59,562 2.3K PENGIKUT - @LECHEFGABRIEL AWAK PASTI? 129 00:07:59,645 --> 00:08:04,066 SERIUS? SAYA RASA MENYERONOKKAN 130 00:08:04,150 --> 00:08:06,277 AWAK TAK NAMPAK YAKIN MENAIPNYA 131 00:08:08,112 --> 00:08:09,113 Hai. 132 00:08:10,072 --> 00:08:11,699 Jadi, ini tempat kerja awak. 133 00:08:11,782 --> 00:08:12,909 Awalnya sampai. 134 00:08:12,992 --> 00:08:16,162 Saya takut lambat. Ini penting bagi saya. 135 00:08:16,245 --> 00:08:18,831 Firma pemasaran di sebalik pembukaan restoran saya. 136 00:08:18,915 --> 00:08:21,209 Cef Gabriel. Seronok bertemu awak lagi. 137 00:08:21,292 --> 00:08:26,005 Kami semua teruja kendalikan pembukaan awak. 138 00:08:27,590 --> 00:08:29,383 Okey, bunyinya pelik. 139 00:08:32,970 --> 00:08:34,013 RESTORAN CHEZ LAVAUX 140 00:08:34,096 --> 00:08:36,265 Rumusan. Fasa Satu mewujudkan kesedaran. 141 00:08:36,349 --> 00:08:39,644 Saya mahu mengalihkan kandungan sosial Instagram Maison Lavaux 142 00:08:39,727 --> 00:08:44,982 yang telah bertambah 30% sejak saya mula, ke akaun baharu Chez Lavaux. 143 00:08:45,066 --> 00:08:48,319 Itu akan membantu menambah keterujaan bagi pembukaan restoran. 144 00:08:48,903 --> 00:08:49,779 Apa? 145 00:08:51,113 --> 00:08:52,990 Tiada apa-apa. Bagus. 146 00:08:53,574 --> 00:08:54,784 Saya tak… 147 00:08:55,910 --> 00:08:57,203 Sila teruskan. 148 00:08:57,286 --> 00:09:00,081 Ya, tapi jangan lama sangat. 149 00:09:01,165 --> 00:09:05,753 Okey. Secara jujur, ini klien restoran pertama saya, 150 00:09:05,836 --> 00:09:09,966 pada pendapat awak, awak lebih suka pembukaan kecil-kecilan 151 00:09:10,049 --> 00:09:13,261 agar dapur berada pada tahap dikehendaki atau secara besar-besaran? 152 00:09:13,344 --> 00:09:14,262 Besar-besaran! 153 00:09:15,513 --> 00:09:16,556 Pada pendapat saya. 154 00:09:17,098 --> 00:09:20,309 Kita tak nak tetamu datang ke raptai pakaian, bukan? 155 00:09:20,393 --> 00:09:24,355 - Betul juga. - Okey, keputusan dah dibuat. 156 00:09:24,438 --> 00:09:28,442 Kita juga perlu bincang tentang memperbanyakkan kandungan di media sosial. 157 00:09:28,526 --> 00:09:31,153 Gabriel, saya akan pergi ke restoran 158 00:09:31,237 --> 00:09:34,073 untuk mendapatkan rakaman belakang tabir. 159 00:09:34,156 --> 00:09:36,617 Tentu saja. Awak dialu-alukan bila-bila masa. 160 00:09:39,161 --> 00:09:40,496 GALERI PATRICK FOURTIN 161 00:09:40,580 --> 00:09:44,208 Emily. Boleh awak tunjukkan mereka jalan belakang? 162 00:09:44,292 --> 00:09:46,711 - Kenapa nak buat begitu? - Sebab… 163 00:09:47,753 --> 00:09:49,922 Champère, selamat datang! 164 00:09:51,465 --> 00:09:53,050 Gabriel! 165 00:09:55,261 --> 00:09:56,971 Apa awak buat di sini? 166 00:09:59,890 --> 00:10:01,684 Melawat dari Normandy? 167 00:10:03,477 --> 00:10:06,689 Sebenarnya saya tak jadi pergi ke Normandy. 168 00:10:07,273 --> 00:10:09,775 Antoine yang bantu saya buka restoran di Paris. 169 00:10:09,859 --> 00:10:12,862 Hebatnya! Saya bangga dengan awak. 170 00:10:12,945 --> 00:10:16,824 Sebab itulah awak tak mahu duit kami. 171 00:10:17,408 --> 00:10:19,619 - Seronok bertemu awak, Antoine. - Sama. 172 00:10:20,661 --> 00:10:23,414 Kami mewakili firma Antoine, Maison Lavaux, 173 00:10:23,497 --> 00:10:26,375 jadi kami juga bekerja dengan restoran itu. 174 00:10:26,459 --> 00:10:27,543 Yalah. 175 00:10:28,127 --> 00:10:31,297 Seronok bertemu kalian semua. 176 00:10:32,673 --> 00:10:34,717 Antoine, mari? 177 00:10:35,468 --> 00:10:36,427 Saya minta diri. 178 00:10:37,053 --> 00:10:39,764 Seronoknya. Luc akan ambil alih dari sini. 179 00:10:39,847 --> 00:10:41,515 Baik, sila ikut saya. 180 00:10:49,899 --> 00:10:51,025 Ini menyeronokkan! 181 00:10:51,108 --> 00:10:53,736 Camille, kenapa tak beritahu tentang restoran Gabriel? 182 00:10:54,320 --> 00:10:55,905 Sebab kami telah berpisah. 183 00:10:55,988 --> 00:10:59,075 - Apa? Ibu tak tahu. - Mulakan mesyuarat. 184 00:11:00,326 --> 00:11:02,370 Kenapa tak cakap awal-awal? 185 00:11:02,453 --> 00:11:05,206 Sebab saya tak nak dengar, "Ayah dah kata." 186 00:11:05,289 --> 00:11:06,832 Ayah tak pernah suka dia. 187 00:11:06,916 --> 00:11:09,293 Bukanlah. Ibu amat menyukainya. 188 00:11:09,377 --> 00:11:11,754 Cuma ibu rasa dia agak degil. 189 00:11:11,837 --> 00:11:13,172 Memanglah. 190 00:11:13,255 --> 00:11:17,677 Saya cadangkan kita mula dengan Champère sendiri. 191 00:11:20,054 --> 00:11:23,557 - Saya sukakannya. - Kenapa Emily tiada di sini? 192 00:11:23,641 --> 00:11:25,726 Sebab dialah kami berada di sini. 193 00:11:25,810 --> 00:11:30,064 Yakinlah bahawa ini idea dia. 194 00:11:30,147 --> 00:11:32,566 Emily tak jaga akaun ini lagi. 195 00:11:32,650 --> 00:11:33,651 Yakah? 196 00:11:34,777 --> 00:11:36,112 Kenapa tidak? 197 00:11:38,739 --> 00:11:40,658 Ada perkara lain saya tak beritahu. 198 00:11:50,209 --> 00:11:51,460 Ibu dah agak. 199 00:11:51,544 --> 00:11:54,505 Dia datang ke chateau, meniduri adik kamu yang 17 tahun. 200 00:11:54,588 --> 00:11:57,216 Dalam hubungan jangka panjang, masalah akan timbul. 201 00:11:57,299 --> 00:11:58,592 Betul, sayang? 202 00:11:58,676 --> 00:11:59,593 Ini satu ujian, 203 00:11:59,677 --> 00:12:02,054 jika kamu melaluinya, kamu lebih rapat. 204 00:12:02,972 --> 00:12:04,223 Saya tak rasa begitu. 205 00:12:06,100 --> 00:12:09,103 Okey. Kamu masih sayang dia? 206 00:12:14,233 --> 00:12:16,318 Saya tak suka nak mengaku, tapi ya. 207 00:12:18,529 --> 00:12:21,949 Ibu akan bantu kamu, tapi kamu kena dengar cakap ibu. 208 00:12:33,377 --> 00:12:35,671 Alfie, saya kagum. 209 00:12:35,755 --> 00:12:38,090 Awak dapat jumpa tempat yang tak begitu Paris 210 00:12:38,174 --> 00:12:39,884 untuk kita buat tugasan kita. 211 00:12:39,967 --> 00:12:41,343 Apa boleh saya cakap? 212 00:12:41,427 --> 00:12:44,138 Tiada siapa peduli saya pesan kopi dalam bahasa Inggeris. 213 00:12:44,221 --> 00:12:45,514 Boleh saya tanya soalan? 214 00:12:45,598 --> 00:12:46,515 Ya, tanyalah. 215 00:12:46,599 --> 00:12:48,601 Kenapa awak di sini jika awak benci Paris? 216 00:12:48,684 --> 00:12:50,519 Pertama, sebab kerja. 217 00:12:50,603 --> 00:12:54,106 Kedua, saya tak benci. Tapi saya tak tertarik dengannya. 218 00:12:54,190 --> 00:12:55,816 Paris dibina berdasarkan fantasi 219 00:12:55,900 --> 00:12:58,319 dan saya boleh nampak Paris yang sebenar. 220 00:12:58,402 --> 00:12:59,361 Bukan semuanya. 221 00:12:59,445 --> 00:13:01,447 Pasangan datang ke sini untuk bertunang. 222 00:13:01,530 --> 00:13:03,240 Ada sebab namanya "Bandar Cinta." 223 00:13:03,324 --> 00:13:06,202 Ya, sebab ia telah direka. 224 00:13:06,285 --> 00:13:07,953 Tempat ini digambarkan sebagai 225 00:13:08,037 --> 00:13:10,247 tempat romantis dalam buku, 226 00:13:10,331 --> 00:13:11,874 filem dan Instagram, betul? 227 00:13:11,957 --> 00:13:14,168 Tapi realitinya dipenuhi asap rokok, 228 00:13:14,251 --> 00:13:16,921 jalan dipenuhi tahi anjing dan perangkap pelancong. 229 00:13:17,838 --> 00:13:20,174 Okey, ia juga sebuah bandar besar. 230 00:13:20,257 --> 00:13:25,179 Tepat sekali. Jalan raya Paris sesak, restoran cekik darah 231 00:13:25,262 --> 00:13:27,389 dan penipuan, seperti bandar besar lain. 232 00:13:27,473 --> 00:13:29,892 Saya pasti London pun sama. 233 00:13:30,601 --> 00:13:32,478 London lebih jujur. 234 00:13:32,561 --> 00:13:35,356 London tak berpura-pura menjadi sesuatu yang lain. 235 00:13:35,439 --> 00:13:38,442 Paris berpura-pura. Indah khabar daripada rupa. 236 00:13:38,943 --> 00:13:40,820 Bandar ini mempamerkan kepalsuan. 237 00:13:40,903 --> 00:13:43,364 Saya rasa ikut cara kita melihatnya. 238 00:13:43,864 --> 00:13:44,698 Yalah. 239 00:13:44,782 --> 00:13:46,659 Ayuh, mari bungkus kopi ini. 240 00:13:49,328 --> 00:13:51,831 Konsep "Kota Cinta" ini mungkin dicipta 241 00:13:51,914 --> 00:13:54,625 oleh eksekutif pemasaran Amerika untuk meraih keuntungan. 242 00:13:54,708 --> 00:13:57,378 Alfie, saya seorang eksekutif pemasaran Amerika. 243 00:13:58,087 --> 00:13:59,046 Biar betul. 244 00:14:00,047 --> 00:14:03,968 Saya sangka awak datang sebagai ekspatriat Amerika yang bercuti. 245 00:14:04,051 --> 00:14:07,263 Saya bekerja di firma pemasaran barangan mewah. 246 00:14:07,346 --> 00:14:10,015 Malam ini, saya kendalikan majlis untuk Chopard 247 00:14:10,099 --> 00:14:12,810 yang bersandarkan percintaan Paris. 248 00:14:12,893 --> 00:14:15,479 Betul kata-kata saya tadi, bukan? 249 00:14:15,563 --> 00:14:18,691 Apa salahnya jika pemasaran mengambil untung daripada cinta? 250 00:14:18,774 --> 00:14:22,403 Menjadi romantik dan realistik tak saling menyisihkan. 251 00:14:22,486 --> 00:14:25,489 Seluruh kerja saya tertumpu dalam mencari keseimbangan. 252 00:14:25,573 --> 00:14:27,783 Parti bateau-mouche kami untuk Chopard… 253 00:14:27,867 --> 00:14:30,703 "Bateau-mouche"? Itu maksud romantis pada zaman kini? 254 00:14:31,537 --> 00:14:32,413 Tak apalah. 255 00:14:33,163 --> 00:14:33,998 Pegang sekejap. 256 00:14:37,126 --> 00:14:39,169 Maaf, saya perlu ke pejabat. 257 00:14:39,837 --> 00:14:41,755 Saya pun ada kerja sebenar. 258 00:14:41,839 --> 00:14:44,675 Ya, awak kendalikan bot cinta. Saya dengar tadi. 259 00:14:45,968 --> 00:14:47,636 Saya lapang esok. 260 00:14:47,720 --> 00:14:50,890 Saya tak lapang! Awak perlu datang ke bateau-mouche! 261 00:14:50,973 --> 00:14:52,683 Bagus. Hantar butirannya. 262 00:14:53,267 --> 00:14:54,226 Bar terbuka, ya? 263 00:14:54,310 --> 00:14:56,687 Kita takkan berada di sana sepanjang parti! 264 00:14:57,271 --> 00:14:59,273 Datang 20 minit lebih awal! 265 00:15:14,413 --> 00:15:15,539 Bagaimana? 266 00:15:15,623 --> 00:15:18,083 - Awak perlu relaks dan senyum. - Okey. 267 00:15:19,335 --> 00:15:21,754 Saya sedang memotong labu. Rasanya pelik. 268 00:15:21,837 --> 00:15:23,631 Jadi, minumlah lagi. 269 00:15:24,298 --> 00:15:25,132 Okey. 270 00:15:28,010 --> 00:15:29,386 - Okey, sedia? - Ya. 271 00:15:29,887 --> 00:15:32,514 - Sedia. - Okey. Mula! 272 00:15:48,364 --> 00:15:50,449 Tidak. Awak perlu potong. 273 00:15:50,532 --> 00:15:52,284 - Saya nampak teruk. - Tidak! 274 00:15:52,368 --> 00:15:55,037 - Saya rasa nampak bagus dan bersahaja. - Tidak. 275 00:15:55,120 --> 00:15:56,622 - Tolong padam. - Tidak! 276 00:15:56,705 --> 00:15:59,083 - Padam. - Ini akaun saya! Percaya pada saya. 277 00:15:59,166 --> 00:16:01,085 - Ia wajah saya. - Percaya pada saya. 278 00:16:06,590 --> 00:16:10,469 Awak dah dapat apa yang awak nak? 279 00:16:29,780 --> 00:16:31,281 Maaf, ada sesiapa di sini? 280 00:16:32,157 --> 00:16:34,702 Hai, maaf. Saya datang untuk temu duga. 281 00:16:35,452 --> 00:16:38,038 Ya. Pelayan bar. 282 00:16:38,706 --> 00:16:41,250 - Jawatan itu dah diisi? - Tak, saya… 283 00:16:42,668 --> 00:16:44,795 ke sini untuk kandungan media sosial. 284 00:16:44,878 --> 00:16:47,006 Rasanya kita dah dapat apa kita nak. 285 00:16:47,715 --> 00:16:49,591 - Hampir. - Ya. Selamat… 286 00:16:50,384 --> 00:16:51,927 Semoga berjaya. 287 00:17:14,324 --> 00:17:17,494 Saya nampak keterlibatan akaun Chex Lavaux tinggi. 288 00:17:17,578 --> 00:17:18,829 Syabas, Emily. 289 00:17:18,912 --> 00:17:21,582 Awak dapat kandungan bagus bersama cef awak. 290 00:17:22,666 --> 00:17:25,335 Dia bukan cef saya. Dia hanya seorang kawan. 291 00:17:25,419 --> 00:17:27,212 Tolonglah, saya pernah jadi jurufoto 292 00:17:27,296 --> 00:17:30,507 dan saya boleh nampak apabila awak mencintai subjek. 293 00:17:30,591 --> 00:17:31,633 Hal ini rumit. 294 00:17:32,968 --> 00:17:34,887 Saya berada di Paris hanya setahun. 295 00:17:35,554 --> 00:17:36,513 Emily. 296 00:17:38,515 --> 00:17:41,643 Awak ada sepanjang hidup untuk jadi membosankan, 297 00:17:41,727 --> 00:17:44,271 tapi sementara awak di sini, jatuh cinta, 298 00:17:44,354 --> 00:17:48,567 buat kesilapan, tinggalkan masalah di belakang. 299 00:17:49,318 --> 00:17:54,281 Jika nak duduk di Paris selama setahun, lakukannya dengan betul! 300 00:17:54,865 --> 00:17:57,242 Saya tak pasti Camille akan setuju. 301 00:17:57,326 --> 00:17:59,369 Bukan itu masalahnya. 302 00:17:59,953 --> 00:18:01,789 Apa maksud awak? 303 00:18:01,872 --> 00:18:05,167 Ibunya baru telefon, mereka nak awak di akaun Champère semula. 304 00:18:12,174 --> 00:18:17,596 GABRIEL SAYA TAK DAPAT LUPAKAN TENTANG SEMALAM… 305 00:18:17,679 --> 00:18:21,433 CAMILLE - BOLEH KITA JUMPA? SAYA RASA KITA PATUT BINCANG. 306 00:18:36,365 --> 00:18:38,158 Emily! Maaf saya terlambat. 307 00:18:38,242 --> 00:18:39,159 Tak apa. 308 00:18:40,202 --> 00:18:42,329 Maafkan saya. 309 00:18:42,955 --> 00:18:44,081 Bertenang, tak apa. 310 00:18:45,958 --> 00:18:46,875 Maaf. 311 00:18:48,210 --> 00:18:49,128 Terima kasih. 312 00:18:51,004 --> 00:18:52,631 Terima kasih hubungi saya. 313 00:18:53,298 --> 00:18:56,218 - Gembira jumpa awak. - Saya pun sama. 314 00:18:56,301 --> 00:18:59,221 Saya ada banyak masa untuk fikir tentang semuanya. 315 00:18:59,304 --> 00:19:01,306 Saya rasa saya tahu apa yang berlaku. 316 00:19:02,057 --> 00:19:04,309 Awak sangka saya dan Gabriel berpisah, 317 00:19:04,393 --> 00:19:07,479 dia akan tinggalkan Paris dan awak rasa tergoda. 318 00:19:07,563 --> 00:19:09,606 Banyak perkara ganjil berlaku di Paris. 319 00:19:09,690 --> 00:19:12,109 Ya, tepat sekali. Saya takkan… 320 00:19:12,693 --> 00:19:14,778 Jika saya fikir kalian masih bersama. 321 00:19:14,862 --> 00:19:17,865 Awak patut beritahu saya dari awal. Sebagai kawan saya. 322 00:19:18,448 --> 00:19:20,826 Saya menyesal saya tak beritahu. 323 00:19:21,869 --> 00:19:25,664 Keluarga saya sangat gembira kerana awak urus akaun kami semula. 324 00:19:25,747 --> 00:19:30,377 Awak beri idea yang bernas dan kami tak nak teruskannya tanpa awak. 325 00:19:30,961 --> 00:19:33,046 Terima kasih. Leganya saya. 326 00:19:33,130 --> 00:19:36,884 Percayalah, saya akan berusaha untuk menjayakannya. 327 00:19:36,967 --> 00:19:37,926 Saya tahu. 328 00:19:38,510 --> 00:19:40,470 Jadi, untuk permulaan baharu? 329 00:19:40,554 --> 00:19:42,014 Mari minum untuk itu. 330 00:19:42,097 --> 00:19:44,725 Jangan sesekali biarkan lelaki menjadi penghalang kita. 331 00:19:46,185 --> 00:19:48,312 Tidak lagi. 332 00:19:48,395 --> 00:19:52,149 Mari kita berpakat. Kita berdua takkan bersama Gabriel. 333 00:19:52,232 --> 00:19:54,943 Berpakat? Awak tak perlu risau tentang saya dan dia. 334 00:19:55,027 --> 00:19:56,278 Awak setuju? 335 00:19:57,154 --> 00:19:59,698 - Ya. Sudah tentu. - Mari kita minum untuk itu. 336 00:20:00,741 --> 00:20:02,242 Untuk tak bersama Gabriel. 337 00:20:03,076 --> 00:20:04,786 Untuk tak bersama Gabriel. 338 00:20:12,961 --> 00:20:14,338 Kalian berpakat? 339 00:20:14,421 --> 00:20:15,422 Pakatan sebenar? 340 00:20:15,505 --> 00:20:19,384 Ingatkan negara berperang dan budak sekolah saja buat pakatan. 341 00:20:20,510 --> 00:20:22,888 Wanita dewasa yang mahu terus berkawan juga. 342 00:20:22,971 --> 00:20:26,099 Tak salah, keadaan akan menjadi teruk tanpanya. 343 00:20:26,183 --> 00:20:28,310 Gabriel akan jadi mangsa. 344 00:20:28,936 --> 00:20:30,646 Awak akan beritahu dia? 345 00:20:30,729 --> 00:20:32,147 Saya takkan beritahu. 346 00:20:33,565 --> 00:20:34,566 Baik. 347 00:20:35,317 --> 00:20:38,070 Apa kata awak jadi tukang cari jodoh macam saya? 348 00:20:38,153 --> 00:20:41,448 Kita patut kenalkan Benoît dan Julien sebelum atau selepas set? 349 00:20:41,531 --> 00:20:42,616 Mestilah selepas. 350 00:20:42,699 --> 00:20:44,743 Saya nak mereka saksikan awak dulu. 351 00:20:46,286 --> 00:20:49,414 Oh ya, kita belum bincang tentang bayarannya. 352 00:20:49,498 --> 00:20:51,959 Kita belum bincang tentang sewa awak di sini. 353 00:20:52,584 --> 00:20:55,754 Okey, kita seri. 354 00:20:55,837 --> 00:20:56,672 Setuju. 355 00:22:21,006 --> 00:22:22,382 Terima kasih, semua. 356 00:22:22,466 --> 00:22:26,428 Kami akan kembali dengan lagu lain. 357 00:22:27,012 --> 00:22:28,221 Terima kasih. 358 00:22:29,348 --> 00:22:30,849 Merdunya suara awak malam ini. 359 00:22:30,932 --> 00:22:33,018 Malam ini lebih merdu daripada hari lain. 360 00:22:33,101 --> 00:22:36,480 Terima kasih. Sebenarnya saya nak kenalkan awak dengan seseorang. 361 00:22:36,563 --> 00:22:39,608 - Dengan saya? - Ya. Saya rasa awak akan suka dia. 362 00:22:41,276 --> 00:22:42,194 Selamat malam. 363 00:22:42,277 --> 00:22:45,822 Julien, ini Benoît, gitaris kami. Benoît, Julien. 364 00:22:46,406 --> 00:22:47,324 Hei. 365 00:22:48,450 --> 00:22:50,202 Dia fikir awak sangat seksi. 366 00:22:50,285 --> 00:22:51,745 - Mindy! - Apa? 367 00:22:51,828 --> 00:22:54,706 Lebih baik jika saya berterus-terang. 368 00:22:54,790 --> 00:22:57,459 - Okey, awak pun sangat seksi. - Apa? 369 00:22:58,293 --> 00:23:00,587 Saya pun nak berterus-terang. 370 00:23:01,546 --> 00:23:02,756 Apa? Awak bukan gay? 371 00:23:04,091 --> 00:23:05,050 Tak guna. 372 00:23:17,104 --> 00:23:18,105 Emily Cooper. 373 00:23:20,273 --> 00:23:22,484 Saya suruh awak minum awal. 374 00:23:22,567 --> 00:23:25,487 Sekarang awak dah terperangkap di atas bot cinta ini. 375 00:23:25,570 --> 00:23:26,446 Baik. 376 00:23:26,530 --> 00:23:29,449 Saya boleh duduk lagi dua jam untuk bercerita tentang saya. 377 00:23:29,533 --> 00:23:31,034 Tapi dalam bahasa Inggeris. 378 00:23:31,118 --> 00:23:34,246 Sikap anti-Perancis awak ini membosankan. 379 00:23:34,996 --> 00:23:37,416 Saya hanya bekerja sementara di sini. 380 00:23:37,499 --> 00:23:39,751 Kenapa perlu komited dengan hal sementara? 381 00:23:40,627 --> 00:23:42,379 Betul juga. 382 00:23:49,302 --> 00:23:51,304 Saya terpukau setiap kali melihatnya. 383 00:23:53,014 --> 00:23:54,266 Baiklah. 384 00:23:54,349 --> 00:23:56,143 Paris dari sudut ini, waktu malam, 385 00:23:57,102 --> 00:23:58,728 saya faham, Cooper. 386 00:24:00,564 --> 00:24:02,649 Tapi saya masih tak nak belajar. 387 00:24:13,827 --> 00:24:14,828 Kenapa? 388 00:24:18,748 --> 00:24:19,958 Awak tak apa-apa? 389 00:24:22,544 --> 00:24:24,504 Hei. Awak buat apa? 390 00:24:25,297 --> 00:24:26,548 Berterus-terang. 391 00:24:33,638 --> 00:24:34,556 Em. 392 00:24:35,140 --> 00:24:36,808 Nak sambung apa yang kita mulakan? 393 00:24:36,892 --> 00:24:37,767 Ya. 394 00:24:39,019 --> 00:24:40,061 Apa masalahnya? 395 00:24:43,899 --> 00:24:45,400 Masalahnya… 396 00:24:46,443 --> 00:24:48,361 Saya hanya setahun di Paris. 397 00:24:48,445 --> 00:24:52,574 Itu perjanjiannya dan saya tak mahu mulakan sesuatu 398 00:24:53,200 --> 00:24:54,367 yang sementara. 399 00:24:54,451 --> 00:24:57,787 Awak dan saya hanyalah sebuah fantasi. 400 00:24:58,788 --> 00:25:00,749 - Fantasi Paris. - Hei. 401 00:25:01,875 --> 00:25:03,668 Bukan fantasi bagi saya. 402 00:25:03,752 --> 00:25:06,671 Cuba fikir tentang realiti kita. 403 00:25:07,255 --> 00:25:09,466 Tak. Fikirlah. Okey? 404 00:25:10,675 --> 00:25:12,260 Kita bersama, kemudian? 405 00:25:12,344 --> 00:25:14,221 Apa akan berlaku selepas setahun? 406 00:25:14,304 --> 00:25:16,681 Awak takkan berpindah ke Chicago 407 00:25:16,765 --> 00:25:18,725 dan saya takkan tinggal di Paris. 408 00:25:19,434 --> 00:25:20,393 Kemudian apa? 409 00:25:21,102 --> 00:25:25,690 Saya tak nak jatuh cinta dengan awak sekiranya ada tarikh luput. 410 00:25:27,400 --> 00:25:29,319 Kita berdua akan terluka. 411 00:25:36,660 --> 00:25:37,786 Ikut awaklah. 412 00:25:42,499 --> 00:25:45,126 Maaf, saya perlu buka restoran saya. 413 00:26:43,184 --> 00:26:48,189 Terjemahan sari kata oleh Shazreena