1 00:00:01,668 --> 00:00:04,421 Okey, saya mengalami epifani. 2 00:00:05,005 --> 00:00:07,466 Apabila saya sedar salah satu masalah saya 3 00:00:07,549 --> 00:00:09,551 ialah saya terlalu menentang perkara baru. 4 00:00:09,635 --> 00:00:12,554 Saya selalu menolak, ia kerana perasaan takut. 5 00:00:13,597 --> 00:00:17,392 Jadi saya buat keputusan untuk mula bersetuju. 6 00:00:17,476 --> 00:00:19,937 Jadi apabila awak perlukan orang untuk hantar awak, 7 00:00:20,020 --> 00:00:23,148 saya setuju sebab mungkin saya boleh pelajari sesuatu. 8 00:00:23,232 --> 00:00:25,984 Apa-apa pun. Rasanya maksud saya, 9 00:00:26,485 --> 00:00:29,154 awak boleh bantu saya dengan perkara penting kehidupan 10 00:00:29,238 --> 00:00:31,281 dan saya sangat hargai peluang itu. 11 00:00:33,992 --> 00:00:35,536 Awak bercakap dengan saya? 12 00:00:37,663 --> 00:00:38,872 Ya. 13 00:00:38,956 --> 00:00:40,123 Maafkan saya. 14 00:00:40,207 --> 00:00:44,211 Ada beberapa oktaf suara wanita yang saya dah tak boleh dengar. 15 00:00:44,294 --> 00:00:46,505 Saya anggap itu sebagai satu pujian. 16 00:00:46,588 --> 00:00:49,049 Sebenarnya, saya hargai sokongan awak. 17 00:00:49,132 --> 00:00:52,511 Seperti yang awak tahu, saya akan terus memencilkan diri 18 00:00:52,594 --> 00:00:54,596 jika bukan sebab kecemasan. 19 00:00:54,680 --> 00:00:57,516 Ya, bunyinya sangat serius. Kita mahu ke mana? 20 00:00:57,599 --> 00:01:00,811 Ke rumah kawan lama saya, seorang penulis. Dia seorang musuh. 21 00:01:01,645 --> 00:01:05,022 Dia penulis tak berbakat yang mencuri kekasih saya. 22 00:01:05,107 --> 00:01:07,150 Kami tak bercakap selama 40 tahun, 23 00:01:07,234 --> 00:01:11,363 tapi baru-baru ini dia hubungi dan merayu saya untuk jumpa dia. 24 00:01:12,281 --> 00:01:14,575 Katanya dia mahu minta maaf. 25 00:01:16,243 --> 00:01:17,327 Baguslah. 26 00:01:17,411 --> 00:01:19,413 - Jadi kamu akan berbaik? - Tidak. 27 00:01:21,623 --> 00:01:23,917 Saya akan berasmara dengan isterinya. 28 00:01:51,778 --> 00:01:54,031 Dengar, saya tak selesa dengan hal ini. 29 00:01:54,114 --> 00:01:56,783 Jangan risau. Saya akan kembali dalam 15 minit. 30 00:01:56,867 --> 00:01:58,702 Ya, masa bukan masalahnya. 31 00:01:58,785 --> 00:02:01,288 Tapi awak yang mahu berasmara dengan isteri seseorang. 32 00:02:01,371 --> 00:02:04,458 Saya bukan betul-betul mahu berasmara dengan isterinya. 33 00:02:04,541 --> 00:02:07,628 Anne sudah lama meninggal dunia. Itu cuma kiasan. 34 00:02:07,711 --> 00:02:10,172 Saya datang untuk malukan Peter. 35 00:02:10,255 --> 00:02:14,343 Menjadikan dia sangat lemah dengan menunjuk banyak kejayaan saya. 36 00:02:15,886 --> 00:02:18,096 Itu sangat menjengkelkan dan terlalu berbelit. 37 00:02:19,014 --> 00:02:20,724 Itu yang orang kata tentang buku saya. 38 00:02:21,391 --> 00:02:25,229 Saya tetap kalahkan Peter dari segi itu. 39 00:02:25,312 --> 00:02:29,107 Saya akan hancurkan dia dengan semua pencapaian sastera saya. 40 00:02:29,191 --> 00:02:33,111 Kemudian, apabila tiba masanya, saya akan keluarkannya. 41 00:02:33,195 --> 00:02:34,321 Jangan keluarkannya. 42 00:02:34,404 --> 00:02:38,283 Ya. Saya akan keluarkannya dan tunjuk di depan mukanya. 43 00:02:41,119 --> 00:02:43,247 - Nebula saya. - Mujurlah. 44 00:02:43,330 --> 00:02:45,707 Awak boleh tolong. Puji kejayaan saya. 45 00:02:45,791 --> 00:02:47,918 Jangan cakap tentang permainan video. 46 00:02:48,001 --> 00:02:50,003 Ia dipandang rendah dalam dunia sastera. 47 00:02:50,087 --> 00:02:51,088 Fokus kepada buku saya. 48 00:02:52,464 --> 00:02:53,841 Tak sangka jadi begini. 49 00:02:53,924 --> 00:02:57,636 Mencari jawapan tak semestinya mengikut sangkaan awak. 50 00:02:57,719 --> 00:02:59,763 Masuk saja. Jadi pelik. 51 00:02:59,847 --> 00:03:01,640 Awak mungkin belajar sesuatu. 52 00:03:02,766 --> 00:03:04,768 Helo. Awak mesti En. Longbottom. 53 00:03:05,269 --> 00:03:07,229 Ya, betul. 54 00:03:07,312 --> 00:03:09,106 Awak pula? 55 00:03:09,189 --> 00:03:12,442 Magda. Gembira dapat bertemu. Peter sedang menunggu awak. 56 00:03:23,161 --> 00:03:26,290 - Rumah yang cantik. - Terima kasih, pemuda. 57 00:03:26,790 --> 00:03:27,791 Saya perempuan. 58 00:03:28,876 --> 00:03:32,087 Maaf. Ia sebab rambut awak. 59 00:03:32,671 --> 00:03:34,256 - Peter. - Carl. 60 00:03:37,134 --> 00:03:39,595 Helo, kawan lama. 61 00:03:40,762 --> 00:03:43,432 Sudah lama tak jumpa. 62 00:03:43,515 --> 00:03:45,058 Ya, sangat lama. 63 00:03:46,476 --> 00:03:50,314 - Awak nampak sihat. - Saya nampak teruk, tapi saya rasa hebat. 64 00:03:50,397 --> 00:03:52,107 Sangat gembira berjumpa awak. 65 00:03:54,693 --> 00:03:57,154 - Maaf. Hai, ya. Saya… - Ini pemandu saya. 66 00:03:59,448 --> 00:04:01,450 Ya. Saya pemandunya. 67 00:04:02,659 --> 00:04:04,036 Tapi awak masuk sekali. 68 00:04:05,579 --> 00:04:06,580 Ya. 69 00:04:07,414 --> 00:04:08,999 Itu pilihan yang menarik. 70 00:04:09,708 --> 00:04:11,752 - Gembira bertemu awak. - Gembira bertemu awak. 71 00:04:11,835 --> 00:04:13,712 Kamu semua okey di sini? 72 00:04:14,588 --> 00:04:16,839 Boleh saya buatkan kamu minuman? Teh, lemonad? 73 00:04:16,923 --> 00:04:19,134 Wiski tanpa ais. Pemandu saya juga sama. 74 00:04:20,761 --> 00:04:23,472 - Masih agak awal. - Betul. 75 00:04:24,056 --> 00:04:25,057 Saya memandu. 76 00:04:25,974 --> 00:04:27,100 Sangat profesional. 77 00:04:27,184 --> 00:04:29,853 Saya hanya ambil yang terbaik. Saya akan minum wiskinya. 78 00:04:31,980 --> 00:04:33,148 Sudah tentu. 79 00:04:34,441 --> 00:04:36,235 Dia cantik. 80 00:04:36,318 --> 00:04:37,903 Itu Magda. 81 00:04:38,487 --> 00:04:42,658 Dia dah beberapa tahun bersama saya. Entah apa saya akan buat tanpanya. 82 00:04:42,741 --> 00:04:43,742 Menarik. 83 00:04:45,077 --> 00:04:46,411 Sangat menarik. 84 00:04:46,495 --> 00:04:49,373 Hei. Ini awak, C.W.? 85 00:04:50,582 --> 00:04:51,583 Ya. 86 00:04:52,668 --> 00:04:54,795 Saya terkejut awak simpannya di sini. 87 00:04:54,878 --> 00:04:58,173 Kenapa tidak? Ini antara masa terbaik dalam kehidupan saya. 88 00:04:59,216 --> 00:05:00,592 Ya. 89 00:05:01,718 --> 00:05:03,595 Ini waktu saya bertemu Anne. 90 00:05:06,181 --> 00:05:07,182 Ya. 91 00:05:08,475 --> 00:05:12,187 Kami ada keluarga yang menakjubkan. 92 00:05:13,605 --> 00:05:15,732 Kami ada sepuluh orang cucu. 93 00:05:15,816 --> 00:05:18,026 Ramai cucu awak. Saya ada 12 cucu. 94 00:05:19,403 --> 00:05:21,196 - Dia salah seorang daripadanya. - Apa? 95 00:05:21,280 --> 00:05:23,282 Pemandu awak ialah cucu awak? 96 00:05:24,199 --> 00:05:26,952 Calpurnia. Peminat utama saya. 97 00:05:29,121 --> 00:05:31,540 - Ya, saya. - Dia juga homoseksual. 98 00:05:34,293 --> 00:05:35,294 Ya. 99 00:05:36,587 --> 00:05:37,713 Ya. 100 00:05:38,964 --> 00:05:42,134 Trofi Nebula. Ini biasa dilihat. 101 00:05:42,759 --> 00:05:45,888 Sudah tentu semua ini milik Anne. 102 00:05:46,763 --> 00:05:48,724 Dia agak terkenal. 103 00:05:49,433 --> 00:05:52,436 Peter, sebaliknya, dia… 104 00:05:52,519 --> 00:05:55,606 "Prolifik" perkataannya? 105 00:05:55,689 --> 00:05:57,482 Awak boleh kata begitu. 106 00:05:57,566 --> 00:06:01,153 Apa lagi awak boleh panggil seseorang yang menulis 19 novela? 107 00:06:01,236 --> 00:06:05,282 Sembilan belas! Semuanya tentang watak yang sama. 108 00:06:05,824 --> 00:06:07,743 Tajuknya Kitaran Hammerfall. 109 00:06:08,994 --> 00:06:10,454 Awak tak pernah dengarnya. 110 00:06:11,371 --> 00:06:13,081 Mungkin awak mahu baca satu? 111 00:06:13,916 --> 00:06:15,542 Ya, terima kasih. Bagusnya. 112 00:06:16,084 --> 00:06:19,630 - Mulakan dengan buku ini. Ini karya Anne. - Okey. 113 00:06:19,713 --> 00:06:21,215 Dia genius sebenar. 114 00:06:21,298 --> 00:06:23,592 Betul. Lain daripada yang lain. 115 00:06:24,676 --> 00:06:25,969 Ini dia. 116 00:06:27,054 --> 00:06:28,472 Terima kasih. 117 00:06:34,895 --> 00:06:39,816 Mari teruskan sebab perjumpaan ini. 118 00:06:40,859 --> 00:06:42,778 Boleh kamu tinggalkan kami? 119 00:06:45,697 --> 00:06:47,908 Saya tak mahu membuang masa awak. 120 00:06:47,991 --> 00:06:53,580 Tak, rasanya 40 tahun cukup lama untuk tunggu permohonan maaf. 121 00:06:54,498 --> 00:06:56,959 Rasanya begitu. 122 00:07:02,506 --> 00:07:04,424 Susah untuk mulakannya. 123 00:07:09,179 --> 00:07:10,848 Bila-bila awak sudah sedia. 124 00:07:11,598 --> 00:07:13,267 Saya sudah sedia. 125 00:07:14,017 --> 00:07:15,060 Ya, saya juga. 126 00:07:20,649 --> 00:07:21,650 Silakan. 127 00:07:21,733 --> 00:07:22,734 Saya? 128 00:07:23,944 --> 00:07:25,571 Awak patut minta maaf, bukan saya. 129 00:07:26,280 --> 00:07:27,573 Bukan saya. 130 00:07:29,950 --> 00:07:32,369 Jadi kenapa saya naik kereta untuk datang ke sini? 131 00:07:35,998 --> 00:07:38,375 Awak akan minta maaf pada saya. 132 00:07:38,458 --> 00:07:42,671 Sudah tentu tidak. Awak yang hubungi saya. 133 00:07:42,754 --> 00:07:44,673 Awak cakap mahu baiki keadaan. 134 00:07:45,299 --> 00:07:47,050 - Mahu baiki keadaan? - Ya. 135 00:07:48,468 --> 00:07:50,262 Tak guna. 136 00:07:51,722 --> 00:07:56,727 Ginny. Anak saya. Keras kepala seperti ibunya. 137 00:07:57,895 --> 00:07:59,271 Mesti dia yang rancangnya. 138 00:08:01,565 --> 00:08:03,400 Awak fikir saya… 139 00:08:03,483 --> 00:08:06,361 Kenapa saya perlu minta maaf? 140 00:08:08,155 --> 00:08:09,990 Kerana memecahkan tripod. 141 00:08:10,073 --> 00:08:13,493 Awak hilangkan diri, Carl. 142 00:08:14,786 --> 00:08:18,498 Awak tak datang pengebumian Anne. 143 00:08:20,209 --> 00:08:21,793 Dia sudah buat pilihannya. 144 00:08:21,877 --> 00:08:23,170 Saya faham. 145 00:08:25,255 --> 00:08:27,257 Saya sudah syak yang awak cemburu. 146 00:08:27,341 --> 00:08:29,468 Cemburu? Sebab perempuan? 147 00:08:29,551 --> 00:08:34,264 Dengan lelaki sangat dungu sehingga ditipu anaknya sendiri? Tidak! 148 00:08:34,347 --> 00:08:35,807 Sudahlah. 149 00:08:36,767 --> 00:08:38,143 Awak boleh pergi. 150 00:08:41,145 --> 00:08:42,606 Tidak selagi awak tak minta maaf. 151 00:08:42,688 --> 00:08:46,109 Jangan mengarut. Kenapa saya perlu minta maaf? 152 00:08:46,193 --> 00:08:47,194 Entahlah. 153 00:08:47,277 --> 00:08:50,989 Mungkin sebab bergantung kepada Anne untuk berjaya. 154 00:08:51,073 --> 00:08:52,407 Membuat dia membelakangkan saya. 155 00:08:52,491 --> 00:08:55,577 Awak jadi menjengkelkan dan suka bercakap besar selepas menang Nebula. 156 00:08:56,161 --> 00:08:58,247 Sentiasa memperkecilkan saya. 157 00:08:58,330 --> 00:08:59,331 Saya tak… 158 00:08:59,414 --> 00:09:02,251 Awak beritahu Anne yang saya hanya pentingkan duit. 159 00:09:02,334 --> 00:09:05,003 Saya tak kata begitu. Tapi saya pertahankannya. 160 00:09:05,087 --> 00:09:07,506 Awak buat apa saja supaya dia membelakangkan saya! 161 00:09:07,589 --> 00:09:10,884 Saya yang beri awak rupa yang buruk? 162 00:09:10,968 --> 00:09:13,095 Rasanya ibu awak yang beri! 163 00:09:13,178 --> 00:09:15,430 Awak tak guna! 164 00:09:15,514 --> 00:09:16,932 Hei! 165 00:09:17,683 --> 00:09:19,351 Berani awak datang ke sini. 166 00:09:19,434 --> 00:09:26,108 Awak pun sama kerana menerbitkan 19 siri Hammerfall yang tak bermutu itu 167 00:09:26,191 --> 00:09:29,945 semasa berkahwin dengan salah seorang penulis hebat zaman kita. 168 00:09:30,028 --> 00:09:32,990 Anne sukakan Kitaran Hammerfall. 169 00:09:33,073 --> 00:09:35,868 - Dia kata ia bertenaga dan mengejutkan. - "Mengejutkan." 170 00:09:35,951 --> 00:09:38,328 Ya, saya nampak nota di jaket buku itu. 171 00:09:38,412 --> 00:09:40,747 Ia sama di setiap buku. 172 00:09:40,831 --> 00:09:42,583 Saya kekalkan standard itu. 173 00:09:42,666 --> 00:09:44,626 Sebab itu buku ke-20 tak siap? 174 00:09:44,710 --> 00:09:47,254 Tak jumpa sesiapa yang mahu bacanya? 175 00:09:47,337 --> 00:09:49,464 Saya tak menulis apa-apa pun. 176 00:09:50,340 --> 00:09:52,217 Ilham saya hilang bersama Anne. 177 00:09:52,301 --> 00:09:56,805 Tolonglah. Jangan salahkan dia untuk karya awak yang gagal. 178 00:09:56,889 --> 00:10:00,309 Apa petikan positif di muka depan buku awak sekarang? 179 00:10:00,392 --> 00:10:03,604 Harper's kata buku terakhir saya, 180 00:10:03,687 --> 00:10:06,565 "kotoran angkasa tak terkawal." 181 00:10:07,482 --> 00:10:09,276 Apa berlaku kepada awak? 182 00:10:10,110 --> 00:10:11,820 Awak bermula dengan sangat bagus. 183 00:10:11,904 --> 00:10:13,113 Tangisan… 184 00:10:14,489 --> 00:10:15,991 adalah satu kejayaan. 185 00:10:16,074 --> 00:10:18,994 Awak tak boleh siapkan trilogi itu. Kenapa? 186 00:10:19,077 --> 00:10:20,871 Saya sedang menulisnya. 187 00:10:20,954 --> 00:10:25,209 Awak takkan faham, tapi penulisan yang bagus mengambil masa. 188 00:10:25,292 --> 00:10:28,587 Apa hasilnya selepas minum arak dan melanggan pelacur selama 42 tahun? 189 00:10:35,511 --> 00:10:37,763 Saya menang Anugerah Nebula. 190 00:10:39,097 --> 00:10:42,184 Awak boleh tulis 10,000 buku, tapi takkan dapat mencapainya. 191 00:10:42,267 --> 00:10:46,772 Sedangkan saya tak perlu menulis satu perkataan lagi seumur hidup saya, 192 00:10:47,564 --> 00:10:50,901 tapi saya masih ada bukti kukuh 193 00:10:50,984 --> 00:10:54,905 yang buku pertama saya adalah satu idea yang luar biasa. 194 00:10:54,988 --> 00:10:56,782 Tapi susulannya… 195 00:10:58,742 --> 00:11:00,869 tak setanding buku pertama, bukan? 196 00:11:00,953 --> 00:11:02,579 Ia agak lemah. 197 00:11:09,336 --> 00:11:13,465 Dia fikir dia siapa? Saya? Jangan harap. 198 00:11:13,549 --> 00:11:16,260 Itu penuh perasaan. Datuk sudah sedia untuk keluar dari sini? 199 00:11:16,343 --> 00:11:19,847 Tidak, saya takkan balik dulu. Saya akan berasmara dengan isterinya. 200 00:11:19,930 --> 00:11:21,139 Saya tahu. Ia kiasan. 201 00:11:21,223 --> 00:11:25,561 Tidak. Saya akan berasmara dengan isteri barunya. 202 00:11:25,644 --> 00:11:28,522 - Awak cakap tentang siapa? - Pelacur Eropah Timur itu. 203 00:11:28,605 --> 00:11:30,482 Saya akan jadikan dia milik saya. 204 00:11:30,566 --> 00:11:32,359 Magda ialah jururawat dia. 205 00:11:34,319 --> 00:11:35,988 Itu mengubah segalanya. 206 00:11:36,780 --> 00:11:38,532 Saya akan berasmara dengan jururawatnya. 207 00:11:38,615 --> 00:11:39,950 Aduhai! 208 00:11:40,617 --> 00:11:42,035 Semuanya okey? 209 00:11:42,119 --> 00:11:43,412 - Ya. - Tidak. 210 00:11:43,912 --> 00:11:45,497 - Kamu akan makan malam di sini? - Tidak. 211 00:11:45,581 --> 00:11:46,790 Ya. 212 00:11:48,917 --> 00:11:50,210 Ya. 213 00:11:56,884 --> 00:12:01,263 Ayam ini sangat sedap, Magda. Awak tukang masak yang hebat. 214 00:12:01,889 --> 00:12:04,141 - Bukan. Saya bukan… - Tidak. Jangan merendah diri. 215 00:12:04,224 --> 00:12:06,810 Ia sangat empuk. 216 00:12:06,894 --> 00:12:09,146 Carl, dia tak masak makanan ini. 217 00:12:09,229 --> 00:12:10,606 Dia jururawat. 218 00:12:10,689 --> 00:12:14,359 - Jangan lawan cakap saya, Cassandra. - Calpurnia. 219 00:12:14,443 --> 00:12:16,445 Ya. 220 00:12:16,528 --> 00:12:19,239 Saya keliru dia dengan cucu saya yang lain. 221 00:12:20,949 --> 00:12:24,661 Keluarga Longbottom terkenal dengan kesuburan kami. 222 00:12:27,915 --> 00:12:29,750 Saya gembira awak suka makanan ini, Carl. 223 00:12:30,375 --> 00:12:35,005 Sangat bermakna apabila pakar ayam golek sukakannya. 224 00:12:35,881 --> 00:12:40,260 Awak tahu datuk awak jual ayam di pesta ria? 225 00:12:40,802 --> 00:12:43,013 Ia pesta Renaissance. 226 00:12:43,639 --> 00:12:46,350 Saya ialah Ketua Pemanggang 227 00:12:46,433 --> 00:12:49,311 untuk pembekal ayam golek yang menang anugerah. 228 00:12:49,895 --> 00:12:52,898 Patutlah awak tak menulis buku yang bagus selama 40 tahun. 229 00:12:53,941 --> 00:12:55,526 Awak sibuk melumur lemak. 230 00:12:55,609 --> 00:12:57,694 Saya sibuk menyiapkan trilogi. 231 00:12:58,195 --> 00:12:59,196 Ia juga menang anugerah. 232 00:12:59,279 --> 00:13:03,534 - Salah satu daripadanya. - Ya. Buku itu berubah-ubah. 233 00:13:03,617 --> 00:13:08,539 Ada orang tak suka menulis buku yang sama sebanyak 19 kali. 234 00:13:08,622 --> 00:13:10,415 Ia dipanggil nonodekologi. 235 00:13:11,375 --> 00:13:13,460 Sudah pasti. 236 00:13:14,044 --> 00:13:18,131 Bercakap tentang perulangan tanpa henti, saya mahu tambah. 237 00:13:19,174 --> 00:13:20,676 Jururawat. 238 00:13:20,759 --> 00:13:23,804 Saya akan minum secepat mungkin, California. 239 00:13:26,056 --> 00:13:27,474 Awak dah minum banyak. 240 00:13:27,558 --> 00:13:29,601 Saya baru saja bermula. 241 00:13:29,685 --> 00:13:30,936 Betulkah? 242 00:13:31,645 --> 00:13:33,814 Sebab saya nampak seorang lelaki yang sudah selesai. 243 00:13:35,107 --> 00:13:38,277 Sudahlah! Saya akan pergi. 244 00:13:38,360 --> 00:13:40,487 - Pertemuan yang menyeronokkan. - Ke bilik air. 245 00:14:15,981 --> 00:14:17,024 Cepumas. 246 00:14:21,653 --> 00:14:23,780 Panggil saya lelaki ayam. 247 00:14:41,006 --> 00:14:43,550 Lelaki ayam ini… 248 00:14:45,260 --> 00:14:48,347 akan buang air besar dalam meja awak. 249 00:15:02,444 --> 00:15:06,990 Jadi, Calpurnia, sudah berapa lama awak jadi homoseksual? 250 00:15:07,074 --> 00:15:11,328 - Saya patut periksa dia. - Tak perlu. Saya dah datang. 251 00:15:11,411 --> 00:15:12,538 Apa yang berlaku? 252 00:15:12,621 --> 00:15:15,415 Saya mahu minta maaf atas kesilapan saya sebelum ini. 253 00:15:16,291 --> 00:15:18,836 Saya rasa lebih sedar sekarang. 254 00:15:18,919 --> 00:15:20,420 Saya tak rasa itu bagus. 255 00:15:25,050 --> 00:15:26,760 Saya takkan ganggu awak lagi. 256 00:15:26,844 --> 00:15:28,470 Calamari, mari balik. 257 00:15:28,554 --> 00:15:30,681 Pergi hidupkan enjin. Saya akan datang sekejap lagi. 258 00:15:30,764 --> 00:15:31,807 Hebat! 259 00:15:32,933 --> 00:15:36,228 Ya, terima kasih sebab melayan kami 260 00:15:36,311 --> 00:15:37,354 dan buku itu. 261 00:15:37,437 --> 00:15:38,981 Saya akan baca kedua-duanya. 262 00:15:39,064 --> 00:15:42,776 Maaf, dan ya. 263 00:15:42,860 --> 00:15:45,070 - Saya akan hantar awak keluar. - Tak perlu. Tak mengapa. 264 00:15:45,153 --> 00:15:47,823 - Tidak, tolonglah. - Okey. 265 00:15:52,995 --> 00:15:54,955 Jangan berpisah dengan bermasam muka. 266 00:15:55,998 --> 00:15:58,000 Sebenarnya saya hormati awak. 267 00:15:58,709 --> 00:16:01,420 Sudah tentu. Awak tulis 19 buku. 268 00:16:01,503 --> 00:16:02,880 Itu patut dipuji. 269 00:16:04,047 --> 00:16:07,759 Tapi 19 nombor yang ganjil. Kenapa tak cukupkan 20? 270 00:16:09,761 --> 00:16:12,389 Ya, awak berhenti menulis selepas Anne meninggal dunia. 271 00:16:13,098 --> 00:16:18,854 Awak kehilangan ilham atau kerjaya awak? 272 00:16:20,272 --> 00:16:25,569 Penghapusan Sepenuhnya. Buku ke-20 siri Hammerfall. 273 00:16:25,652 --> 00:16:27,029 Apa awak buat dengannya? 274 00:16:27,112 --> 00:16:29,907 Apa awak buat dengannya? Awak cakap tak pernah menulisnya. 275 00:16:29,990 --> 00:16:34,411 Tapi ia mudah dijumpai dalam laci meja awak. 276 00:16:34,494 --> 00:16:36,079 Kenapa tidak terbitkannya? 277 00:16:36,914 --> 00:16:38,916 - Saya masih memperbaikinya. - Penipu! 278 00:16:39,583 --> 00:16:41,418 Ia sudah siap. Awak sudah daftar hak cipta. 279 00:16:42,336 --> 00:16:43,545 Beri kepada saya! 280 00:16:44,379 --> 00:16:45,756 Beri kepada saya! 281 00:16:52,763 --> 00:16:54,431 Berhati-hati, si tua. 282 00:16:54,515 --> 00:16:57,017 Awak dah tak seaktif 283 00:16:57,100 --> 00:17:01,396 penulis Hammerfall 1: Masa Kegelapan. 284 00:17:01,480 --> 00:17:04,398 Peter, tolong beritahu, siapa terbitkan karya berharga ini? 285 00:17:04,983 --> 00:17:07,361 Ini dia. Random House. 286 00:17:08,028 --> 00:17:10,821 Siapa penerbit Anne pada waktu itu? 287 00:17:11,990 --> 00:17:14,785 Ya, Random House. Satu kebetulan. 288 00:17:14,867 --> 00:17:19,748 Tapi kemudian dia tukar penerbit, bukan? 289 00:17:19,830 --> 00:17:22,459 Siapa penerbit terbaru? 290 00:17:22,542 --> 00:17:23,794 Adakah… 291 00:17:24,670 --> 00:17:26,003 Sudah tentulah, Tor. 292 00:17:26,088 --> 00:17:28,006 Ini menarik, bukan? 293 00:17:29,299 --> 00:17:33,011 Awak bertukar penerbit pada tahun itu. 294 00:17:33,095 --> 00:17:37,850 Siapa yang bertuah dapat terbitkan jilid terbaru awak? 295 00:17:39,518 --> 00:17:40,519 Tor. Aduhai! 296 00:17:41,311 --> 00:17:45,148 Tor terus terbitkan karya awak dan Anne. 297 00:17:45,732 --> 00:17:49,945 Semua buku, sehingga kematiannya. 298 00:17:50,028 --> 00:17:54,199 Sudah tentulah, mereka tak boleh terus terbitkan Anne pada waktu itu. 299 00:17:54,283 --> 00:17:57,119 Dia sudah tiada. Tapi kenapa mereka berhenti terbitkan buku awak? 300 00:17:57,202 --> 00:17:59,371 Saya akan beritahu awak sebabnya. 301 00:18:00,122 --> 00:18:03,542 Mereka hanya terbitkan buku awak sebab dia. 302 00:18:05,169 --> 00:18:06,211 Bintang sebenar! 303 00:18:06,295 --> 00:18:09,882 Selepas dia meninggal dunia, mereka ketepikan awak. 304 00:18:13,135 --> 00:18:16,263 Awak takkan dapat tamatkan saga ini 305 00:18:16,346 --> 00:18:19,725 sebab tiada sesiapa yang peduli untuk bacanya. 306 00:18:22,144 --> 00:18:24,605 Mereka menolak buku terakhir saya. 307 00:18:24,688 --> 00:18:26,732 Akhirnya kita tahu kebenarannya! 308 00:18:27,691 --> 00:18:30,485 Memalukan betul, awak gunakan anak sendiri 309 00:18:30,569 --> 00:18:35,115 untuk mengumpan saya ke sini supaya saya mabuk dan memalukan diri sendiri. 310 00:18:35,199 --> 00:18:37,451 Saya tak buat begitu. 311 00:18:37,534 --> 00:18:39,536 Benarkah? Jadi kenapa dia buat begitu? 312 00:18:40,120 --> 00:18:42,247 Sebab saya hampir mati, si dungu. 313 00:18:46,752 --> 00:18:48,212 Apa? 314 00:18:48,295 --> 00:18:49,922 Saya hampir mati. 315 00:18:52,299 --> 00:18:55,385 Anak saya masih mentah untuk percaya… 316 00:18:58,305 --> 00:19:00,432 yang penamatan itu wujud. 317 00:19:06,188 --> 00:19:08,649 Ia memang wujud. 318 00:19:11,860 --> 00:19:13,695 Tapi bukan untuk awak. 319 00:19:17,574 --> 00:19:20,494 Selain itu, ayam itu kering. 320 00:19:21,662 --> 00:19:22,704 Carl. 321 00:19:25,165 --> 00:19:27,292 "Jaga-jaga dengan Stobor." 322 00:19:47,396 --> 00:19:48,564 Pergi! 323 00:19:49,648 --> 00:19:52,067 - Pergi! - Saya sedang memandu. 324 00:19:52,150 --> 00:19:54,027 Aduhai! 325 00:19:58,657 --> 00:20:00,742 Awak dapat apa yang awak mahu? 326 00:20:02,953 --> 00:20:04,705 Awak dapat malukan dia? 327 00:20:04,788 --> 00:20:05,914 Ya. 328 00:20:06,832 --> 00:20:08,834 Saya berjaya. 329 00:20:10,210 --> 00:20:12,462 Okey. Baguslah. 330 00:20:13,630 --> 00:20:16,216 Entahlah. Saya jadi lebih keliru berbanding tadi. 331 00:20:16,300 --> 00:20:18,844 Saya sertai awak dan keadaan jadi aneh. 332 00:20:18,927 --> 00:20:20,596 Tapi saya tak belajar apa-apa. 333 00:20:20,679 --> 00:20:22,181 Jaga-jaga. 334 00:20:23,140 --> 00:20:26,685 - Apa-apa? - Jaga-jaga… dengan… Stobor… 335 00:20:28,187 --> 00:20:29,229 Stobor… 336 00:20:29,813 --> 00:20:33,108 Tidak, C.W.! 337 00:20:33,192 --> 00:20:35,194 Saya sudah bersetuju sepanjang hari. 338 00:20:35,277 --> 00:20:37,654 Saya takkan bersetuju awak muntah dalam kereta saya! 339 00:20:37,738 --> 00:20:40,782 Ya Tuhan! Saya bersetuju untuk hantar awak 340 00:20:40,866 --> 00:20:43,368 dan agenda memalukan yang pelik itu. 341 00:20:43,452 --> 00:20:46,788 Serta tengok awak mabuk teruk. Saya sudah tak tahan. 342 00:20:49,291 --> 00:20:50,459 Stobor. 343 00:20:52,044 --> 00:20:53,045 Stobor… 344 00:20:55,631 --> 00:20:56,632 C.W.? 345 00:20:59,092 --> 00:21:00,177 C.W.? 346 00:21:01,553 --> 00:21:03,055 - C.W. - Carl. 347 00:21:05,265 --> 00:21:06,558 Carl. 348 00:21:09,061 --> 00:21:10,354 Carl. 349 00:21:13,398 --> 00:21:15,108 Carl. 350 00:21:21,907 --> 00:21:22,991 Awak tak apa-apa? 351 00:21:23,784 --> 00:21:24,868 Anne? 352 00:21:24,952 --> 00:21:27,996 Tidak. Saya Ginny, anak Anne. 353 00:21:29,456 --> 00:21:32,084 Aduhai, rupa awak sama seperti dia. 354 00:21:32,835 --> 00:21:34,127 Terima kasih, ya. 355 00:21:34,211 --> 00:21:37,506 Saya warisi rupa ibu dan refluks asid ayah. 356 00:21:38,006 --> 00:21:40,217 Ambil. Minum ini. 357 00:21:41,176 --> 00:21:42,636 Bagaimana saya kembali ke sini? 358 00:21:42,719 --> 00:21:45,097 Cucu awak bawa awak ke sini. 359 00:21:45,180 --> 00:21:48,183 Awak pengsan dalam kereta dia dan dia fikir awak hampir mati. 360 00:21:49,017 --> 00:21:50,102 Saya faham. 361 00:21:56,108 --> 00:21:57,526 Mungkin dia betul. 362 00:21:59,111 --> 00:22:02,072 Jadi awaklah C.W. Longbottom. 363 00:22:03,365 --> 00:22:05,492 Awak tak seperti yang saya jangkakan. 364 00:22:06,076 --> 00:22:08,996 Saya juga rasa begitu. 365 00:22:09,079 --> 00:22:11,164 Pasti ibu awak memburukkan saya. 366 00:22:11,248 --> 00:22:13,584 Sebenarnya, dia tak pernah cakap tentang awak. 367 00:22:15,544 --> 00:22:19,423 Sehingga, satu hari, dia balik ke rumah dengan CD ini. 368 00:22:21,758 --> 00:22:23,552 Dia suruh saya masukkan dalam VCR. 369 00:22:24,303 --> 00:22:27,598 Jarang ibu berusia 70 tahun balik dengan permainan video. 370 00:22:27,681 --> 00:22:30,601 Tapi dia beritahu saya, kawan lamanya tulis permainan ini. 371 00:22:32,603 --> 00:22:36,356 Dia simpan simbol kegagalan saya untuk malukan saya. 372 00:22:36,440 --> 00:22:38,734 Apa? Tidak. 373 00:22:38,817 --> 00:22:41,028 Dia bangga awak temui kelebihan awak. 374 00:22:41,695 --> 00:22:43,822 Dia cakap awak sudah ramal tentang permainan video 375 00:22:43,906 --> 00:22:45,908 semasa di zaman 70-an. 376 00:22:47,743 --> 00:22:50,287 Betul. Ya. 377 00:22:50,370 --> 00:22:51,455 Dia ingat. 378 00:22:51,538 --> 00:22:54,791 Ya. Dia juga cakap awak menghisap dadah selama 30 tahun seterusnya. 379 00:22:56,043 --> 00:22:57,377 Itu juga betul. 380 00:22:59,129 --> 00:23:03,300 Saya minta maaf sebab tipu awak supaya datang ke sini. 381 00:23:06,303 --> 00:23:09,473 Saya salah sebab fikir dua lelaki tua dengan kerjaya sama 382 00:23:09,556 --> 00:23:11,683 dan minat yang sangat khusus 383 00:23:11,767 --> 00:23:14,561 mungkin berbaik semula sebelum salah seorang meninggal dunia. 384 00:23:16,188 --> 00:23:17,981 Rasanya susah untuk meminta maaf 385 00:23:18,065 --> 00:23:20,859 jika awak degil dan tak boleh mengaku salah. 386 00:23:23,362 --> 00:23:25,113 Saya cakap tentang awak. 387 00:23:25,822 --> 00:23:27,407 Ya, saya tahu. 388 00:23:29,409 --> 00:23:30,410 Baguslah. 389 00:23:35,040 --> 00:23:36,708 Jangan lupa trofi ini. 390 00:23:37,584 --> 00:23:39,711 Mereka berikan kepada sesiapa saja? 391 00:23:42,005 --> 00:23:43,549 Ya, betul. 392 00:23:46,093 --> 00:23:47,803 Saya akan ambil satu. 393 00:23:52,724 --> 00:23:54,017 Hei. 394 00:23:55,143 --> 00:23:57,229 "Jaga-jaga dengan Stobor." 395 00:24:01,400 --> 00:24:02,568 Tiada apa-apa. 396 00:24:15,247 --> 00:24:16,623 Selamat tinggal, Anne. 397 00:24:42,983 --> 00:24:47,154 Peter, sikap saya semalam sangat teruk. 398 00:24:48,071 --> 00:24:51,825 Saya cakap perkara yang tidak dapat dimaafkan. 399 00:24:56,079 --> 00:24:58,457 Awak juga buang air besar dalam meja saya. 400 00:24:59,333 --> 00:25:02,169 Ya. Itu juga. 401 00:25:04,379 --> 00:25:06,840 Awak cakap perkara yang betul. 402 00:25:10,761 --> 00:25:12,012 Saya cuma harap… 403 00:25:14,389 --> 00:25:16,099 Dia perlukan udara segar. 404 00:25:16,183 --> 00:25:17,184 Saya… 405 00:25:19,102 --> 00:25:20,354 Boleh saya tolak? 406 00:25:48,507 --> 00:25:49,716 Aduhai! 407 00:25:52,761 --> 00:25:55,222 Dia mulakannya pada hari kami berpindah. 408 00:25:59,601 --> 00:26:01,353 "Untuk benih yang boleh berbunga." 409 00:26:03,146 --> 00:26:04,231 Betul. 410 00:26:05,315 --> 00:26:07,818 Saya mahu tinggal di bandar, tapi… 411 00:26:08,735 --> 00:26:10,320 Awak buat demi dia. 412 00:26:11,238 --> 00:26:12,823 Awak lebih bagus berbanding saya, Peter. 413 00:26:14,241 --> 00:26:15,325 Ya, lelaki yang baik… 414 00:26:17,160 --> 00:26:19,121 dan penulis yang tidak berapa baik. 415 00:26:20,747 --> 00:26:22,249 Saya tak rasa begitu. 416 00:26:23,542 --> 00:26:27,963 Berapa ramai penulis boleh kata mereka dah menulis ikosologi? 417 00:26:29,756 --> 00:26:30,757 Bagaimana awak… 418 00:26:31,425 --> 00:26:32,634 Itu tak penting. 419 00:26:33,552 --> 00:26:37,014 Menyedihkan sebab dunia takkan tahu penamatnya. 420 00:26:37,097 --> 00:26:40,559 Ia berakhir dengan kematian saya. 421 00:26:40,642 --> 00:26:46,023 Tak, maksud saya Bjorn Hammerfall dan anak kapal Bellerophon. 422 00:26:46,106 --> 00:26:48,275 Kali terakhir kita bacanya, 423 00:26:48,942 --> 00:26:53,447 mereka termasuk ke dalam hiperruang dari sektor Andromeda. 424 00:26:53,530 --> 00:26:57,201 Awak baca jilid 19? 425 00:27:00,287 --> 00:27:02,206 Saya baca semuanya. 426 00:27:03,248 --> 00:27:05,250 Ada yang lebih daripada sekali. 427 00:27:05,834 --> 00:27:07,669 Saya peminat sejak dulu. 428 00:27:09,838 --> 00:27:11,757 Ya, saya cemburu. 429 00:27:11,840 --> 00:27:13,509 Sudah tentu saya marah. 430 00:27:13,592 --> 00:27:15,219 Kebanyakan masa saya mabuk. 431 00:27:17,804 --> 00:27:19,264 Tapi peminat sejak dulu. 432 00:27:26,522 --> 00:27:27,523 Ambillah. 433 00:27:29,858 --> 00:27:31,777 Ada seorang yang akan bacanya. 434 00:27:34,571 --> 00:27:37,366 Saya lebih suka mendengar ia dibaca oleh penulisnya sendiri. 435 00:27:39,326 --> 00:27:42,913 Ia agak panjang. Berapa lama masa yang awak ada? 436 00:27:55,926 --> 00:27:57,135 Sehingga ia berakhir. 437 00:28:13,360 --> 00:28:15,571 "Satu-satunya bunyi 438 00:28:16,697 --> 00:28:22,286 dalam pusat arahan Kruiser-Perang USPC, Bellerophon 439 00:28:23,745 --> 00:28:27,207 adalah denyutan perlahan pemacu subcahaya. 440 00:28:28,041 --> 00:28:34,715 Anak kapal berdiri sambil berdiam diri melihat sisa Antigone V yang hancur." 441 00:28:34,798 --> 00:28:36,592 "Sisa yang hancur"? 442 00:28:36,675 --> 00:28:37,718 Apa berlaku kepada Antigone? 443 00:28:37,801 --> 00:28:41,680 "Hammerfall tersedar dari tidur. Dia bermimpi. 444 00:28:44,600 --> 00:28:46,351 Atau mungkin mimpi ngeri. 445 00:28:51,231 --> 00:28:53,317 Mungkin visi masa depan. 446 00:28:53,400 --> 00:28:56,570 Dia turun dari buaian kanvas tanpa graviti, 447 00:28:56,653 --> 00:29:00,866 berjalan ke panel komunikasi dan memasuki anjungan kapal." 448 00:30:04,680 --> 00:30:06,682 Terjemahan sari kata oleh Nur Diyana Osman