1 00:00:11,220 --> 00:00:14,723 Dahulu ada sebuah negara yang indah. 2 00:00:15,807 --> 00:00:17,601 Bukan semuanya sempurna. 3 00:00:17,684 --> 00:00:19,895 Lagipun, mereka hanya manusia. 4 00:00:19,978 --> 00:00:24,525 Tapi raja mereka baik dan adil. Tanaman mereka melimpah-limpah. 5 00:00:24,608 --> 00:00:27,861 Burung berkicau, kanak-kanak ketawa 6 00:00:27,945 --> 00:00:30,239 dan rakyat sangat gembira. 7 00:00:31,073 --> 00:00:32,866 Sehingga pada satu hari, 8 00:00:32,950 --> 00:00:36,870 kejahatan yang aneh mula menguasai. 9 00:00:37,454 --> 00:00:41,166 Kejahatan yang menusuk hati rakyat 10 00:00:41,250 --> 00:00:43,669 dan menghilangkan kegembiraan mereka 11 00:00:44,253 --> 00:00:48,841 yang menyebabkan mereka berputus asa. 12 00:00:51,718 --> 00:00:55,138 Raja berjanji untuk melawan kejahatan itu dan menyelamatkan rakyatnya. 13 00:00:55,222 --> 00:00:57,641 Dia dapat tahu tentang senjata yang sangat kuat, 14 00:00:57,724 --> 00:01:00,018 Pedang Cahaya. 15 00:01:00,102 --> 00:01:05,858 Legenda meramalkan hanya pedang itu boleh tamatkan sumpahan dan membawa hari baru. 16 00:01:06,567 --> 00:01:08,360 Tapi walaupun dia cuba sedaya upaya, 17 00:01:08,443 --> 00:01:11,488 raja dan tenteranya tidak berjaya mendapatkan senjata itu, 18 00:01:11,572 --> 00:01:15,617 kerana sinar harapan sudah tiada dalam diri mereka. 19 00:01:17,452 --> 00:01:19,913 Dalam keadaan terdesak, sebuah pertandingan diadakan 20 00:01:19,997 --> 00:01:23,292 untuk mencari kesateria yang boleh mendapatkan pedang itu. 21 00:01:23,375 --> 00:01:26,003 Kesateria paling besar, kuat dan berani datang 22 00:01:26,086 --> 00:01:27,963 dari seluruh pelosok negara itu, 23 00:01:28,547 --> 00:01:33,927 tapi kesateria paling kecil yang ditakdirkan untuk berjaya. 24 00:01:35,179 --> 00:01:38,640 Walaupun dia dikalahkan, dia tidak berputus asa. 25 00:01:39,141 --> 00:01:42,769 Dia terus bangkit berulang kali tanpa mengaku kalah, 26 00:01:42,853 --> 00:01:46,982 dibakar oleh kepercayaan yang tidak dapat dipadam. 27 00:01:48,275 --> 00:01:52,362 Rakyat juga mula percaya dengan setiap tindakannya yang berani. 28 00:01:52,863 --> 00:01:54,781 Akhirnya, mereka bersorak atas kejayaannya. 29 00:01:56,158 --> 00:02:00,537 Juara itu telah menamatkan sumpahan dan membebaskan pedang itu. 30 00:02:00,621 --> 00:02:04,541 Semua rakyat negara itu, muda dan tua, menyedarinya pada hari itu, 31 00:02:04,625 --> 00:02:08,836 untuk menumpaskan kejahatan, kita hanya perlu percayakan 32 00:02:09,922 --> 00:02:11,423 cahaya. 33 00:02:30,275 --> 00:02:33,028 Hebat betul. Saya suka parti kostum. 34 00:02:33,111 --> 00:02:36,073 Everlight bukan sekadar parti, Jo. 35 00:02:36,156 --> 00:02:39,451 Ia satu perayaan dalam permainan kita yang juga disambut di pejabat kita. 36 00:02:39,535 --> 00:02:42,371 Ia seperti Tahun Baru, tapi ia lebih bagus. 37 00:02:42,454 --> 00:02:44,831 Ada makanan sedap, pertandingan pertarungan LARP. 38 00:02:44,915 --> 00:02:45,958 Apa itu "LARP"? 39 00:02:46,041 --> 00:02:48,252 Permainan berperanan aksi langsung. Ia simulasi pertarungan. 40 00:02:48,335 --> 00:02:50,295 Menggunakan pedang getah berbusa dan sebagainya. 41 00:02:50,379 --> 00:02:52,506 Cuba teka siapa menang pertandingan itu tahun lepas. 42 00:02:52,589 --> 00:02:54,299 - Ian. - Dia berharap begitu. 43 00:02:54,967 --> 00:02:56,260 - Lou? - Teka lagi. 44 00:02:56,802 --> 00:02:58,762 - Poppy. - Saya, Jo. Saya yang menang. 45 00:03:00,138 --> 00:03:01,682 Saya menang semuanya. 46 00:03:01,765 --> 00:03:05,477 Hebat. Boleh pukul kepala dan groin, atau kita mengikut peraturan tadika? 47 00:03:05,561 --> 00:03:06,937 Bukan, Jo. Dengar. 48 00:03:07,020 --> 00:03:10,357 Ian mahu hari rasmi pertama kembali ke pejabat jadi sesuatu yang istimewa, 49 00:03:10,440 --> 00:03:12,025 bukan tentang cederakan orang. 50 00:03:12,109 --> 00:03:14,736 Hari ini tentang keajaiban. 51 00:03:29,585 --> 00:03:31,378 Ya. 52 00:03:31,461 --> 00:03:33,630 Dengar sini! 53 00:03:33,714 --> 00:03:37,259 Sila diam untuk raja dan permaisuri. 54 00:03:38,302 --> 00:03:40,262 - Rakyat beta yang setia… - Kami. 55 00:03:40,345 --> 00:03:45,517 Rakyat kami yang setia, sudah lama kita menderita dalam kejahatan. 56 00:03:46,143 --> 00:03:48,478 Betul, tahun ini sangat teruk. 57 00:03:49,938 --> 00:03:53,483 - Tapi hari ini, beta akan cari… - Kami. 58 00:03:53,567 --> 00:03:56,570 Hari ini, kami akan cari seorang juara 59 00:03:57,446 --> 00:03:59,198 yang akan mendapatkan Pedang Cahaya. 60 00:04:00,073 --> 00:04:01,241 Serta membawa hari baru! 61 00:04:01,325 --> 00:04:04,036 Hari ini hari Everlight. 62 00:04:04,119 --> 00:04:05,829 Huzzah! 63 00:04:05,913 --> 00:04:07,956 Akhirnya, malam sudah berakhir. 64 00:04:08,040 --> 00:04:11,126 Jadi hari baru bermula! 65 00:04:11,210 --> 00:04:13,337 Mana juruacara kita? 66 00:04:14,213 --> 00:04:17,007 Ia sudah dipasang? Mana suaranya? 67 00:04:18,509 --> 00:04:22,346 C.W. Ya, suara awak boleh didengari dengan jelas. 68 00:04:23,931 --> 00:04:26,016 Ya! 69 00:04:26,099 --> 00:04:30,395 Wazir besar sudah tiba, menjalankan tugas dari rumahnya 70 00:04:30,479 --> 00:04:33,232 atas permintaan Tuanku Permaisuri yang Terlalu Berhati-hati. 71 00:04:33,315 --> 00:04:37,110 Kita tidak boleh risikokan nyawa khazanah negara, bukan? 72 00:04:37,194 --> 00:04:41,114 Permaisuri kita bijak dan adil. 73 00:04:41,198 --> 00:04:43,992 Egonya jauh lebih kuat berbanding sistem imunnya. 74 00:04:44,076 --> 00:04:46,161 Huzzah! 75 00:04:46,245 --> 00:04:50,040 Sambutan mesra kepada semua yang mahu menguji keberanian mereka. 76 00:04:50,123 --> 00:04:53,836 Jika tangan kamu kuat dan semangat kamu benar, 77 00:04:53,919 --> 00:04:58,715 jadi ukir nama kamu pada batu keberanian. 78 00:04:59,550 --> 00:05:01,593 Serta sila tandatangan penepian. 79 00:05:01,677 --> 00:05:04,596 Huzzah! Ya, tapi yang pastinya, sila tandatangan penepian itu. 80 00:05:04,680 --> 00:05:07,683 Ya, kami tak bertanggungjawab untuk sebarang kecederaan. 81 00:05:07,766 --> 00:05:11,687 Mari dapatkan penepian kamu, si nerda. 82 00:05:13,397 --> 00:05:14,481 Carol mabuk? 83 00:05:14,982 --> 00:05:18,443 Itu bukan Carol. Dia ialah Cik Puan Paya. 84 00:05:18,986 --> 00:05:20,612 Semua orang mempunyai watak. 85 00:05:20,696 --> 00:05:25,075 Tapi ya, dia dah minum terlalu banyak sangria. 86 00:05:25,868 --> 00:05:27,119 Tapi tak mengapa. 87 00:05:27,202 --> 00:05:30,122 Ini sebahagian daripada keseronokan, sebab tiada siapa menjadi diri sendiri hari ini. 88 00:05:30,205 --> 00:05:32,082 Brad. Kenapa awak tak pakai kostum? 89 00:05:32,165 --> 00:05:34,168 Saya berpakaian untuk kerja. 90 00:05:34,835 --> 00:05:37,254 - Awak berpakaian sebagai apa? - Saya Albrecht yang Suci. 91 00:05:37,337 --> 00:05:39,506 - Jadi, awak teruna? - Bukan, saya bukan… 92 00:05:39,590 --> 00:05:41,383 Saya sangka ini sebuah fantasi. 93 00:05:42,176 --> 00:05:44,094 Maafkan saya, tuan. 94 00:05:44,178 --> 00:05:45,721 Ya Tuhan. 95 00:05:46,388 --> 00:05:47,806 Pengkritik takkan berubah. 96 00:05:56,481 --> 00:05:58,567 Hei, Pop, apa yang awak buat? Kita akan bermula. 97 00:05:58,650 --> 00:06:00,652 Ya, saya tahu. Saya sedang bersiap sedia. 98 00:06:00,736 --> 00:06:03,280 Apa? Tidak. Awak tak boleh berlawan. Sekarang awak bos. 99 00:06:03,363 --> 00:06:04,781 Bos tak berlawan. 100 00:06:04,865 --> 00:06:07,409 Awak tak perasan saya tak pernah sertai pertandingan itu? 101 00:06:07,492 --> 00:06:09,870 Sebab awak takut awak akan kalah dan nampak dungu. 102 00:06:10,621 --> 00:06:13,582 Saya boleh kalahkan semua orang 103 00:06:13,665 --> 00:06:16,335 yang bekerja di pejabat ini dalam pertarungan jarak dekat! 104 00:06:16,418 --> 00:06:20,088 Tapi saya tidak lakukannya sebab Everlight bukan tentang saya. 105 00:06:20,172 --> 00:06:23,050 Ya, tapi awak ciptanya dan jadikan diri awak raja. 106 00:06:23,133 --> 00:06:25,135 - Ya. Cerita itu perlu munasabah. - Ya Tuhan. 107 00:06:25,219 --> 00:06:26,678 Saya hampir menjadi tuhan, 108 00:06:26,762 --> 00:06:29,473 tapi saya fikir raja lebih sesuai dengan tema fantasi. 109 00:06:29,556 --> 00:06:32,267 - Tapi awak fikir tuhan lebih bagus? - Apa-apalah. Saya mahu berlawan. 110 00:06:32,351 --> 00:06:36,230 Dengar, awak tak boleh berlawan. Ini perayaan untuk mereka. 111 00:06:36,313 --> 00:06:41,068 Ini peluang untuk semua pekerja melupakan tahun lalu dan bermula sekali lagi. 112 00:06:41,902 --> 00:06:45,822 "Akhirnya, malam sudah berakhir, jadi hari baru bermula." 113 00:06:46,406 --> 00:06:48,951 Sudah tentu. Awak tak berlawan dalam pertandingan itu 114 00:06:49,034 --> 00:06:51,161 sebab awak pedulikan semangat pekerja 115 00:06:51,245 --> 00:06:54,206 dan bukan sebab awak risau awak diserang oleh bola api saya. 116 00:06:57,793 --> 00:06:58,794 Menyerah kalah. 117 00:06:59,378 --> 00:07:02,172 Okey, awak bernasib baik. Saya belum bersedia. 118 00:07:05,926 --> 00:07:09,137 Raja tak boleh menang. Tiada siapa akan bersorak untuk raja. 119 00:07:09,221 --> 00:07:11,765 Mereka mahukan orang yang tertindas. Mereka mahukan Rudy. 120 00:07:11,849 --> 00:07:15,519 Rudy? Dia dalam jabatan mana? 121 00:07:16,728 --> 00:07:19,940 Rudy tak bekerja di sini. Saya bercakap tentang filem itu. 122 00:07:22,150 --> 00:07:26,321 Matlamatnya supaya juara ialah seseorang yang kita tidak sangka. Lihat. 123 00:07:27,948 --> 00:07:30,242 Meg Pelik menang beberapa tahun lepas. 124 00:07:30,325 --> 00:07:32,578 Kita ada Paul Kecil, 2018. 125 00:07:32,661 --> 00:07:35,914 Tidak sangka betul, David menjadi juara tahun lepas. 126 00:07:35,998 --> 00:07:38,834 - Tak sangka semua orang percaya itu. - Ya. 127 00:07:38,917 --> 00:07:40,169 Tunggu sebentar. Apa maksud awak? 128 00:07:40,252 --> 00:07:45,048 Saya memanipulasinya. Setiap tahun, saya pilih juara yang paling tak disangka. 129 00:07:45,132 --> 00:07:46,967 Kemudian saya reka kemenangan mereka, 130 00:07:47,050 --> 00:07:50,888 dengan itu memberikan orang lain harapan yang mereka juga boleh jadi juara. 131 00:07:52,055 --> 00:07:54,516 Tapi sebenarnya tak boleh? 132 00:07:54,600 --> 00:07:58,478 Sudah tentulah tidak, tapi mereka percaya yang mereka boleh, 133 00:07:58,562 --> 00:08:00,397 itulah keajaiban Everlight. 134 00:08:00,480 --> 00:08:02,649 Okey, saya faham. 135 00:08:02,733 --> 00:08:04,943 Saya tak pernah jadi juara 136 00:08:05,027 --> 00:08:07,404 bukanlah sebab saya seorang yang sangat gagal. 137 00:08:08,363 --> 00:08:09,406 - Ya. - Ya. 138 00:08:09,948 --> 00:08:12,576 - Suka hati awak. Ya. - Awak betul. Saya tak patut berlawan. 139 00:08:12,659 --> 00:08:15,204 Saya mungkin menang secara tak sengaja sebab fizikal saya sangat dominan. 140 00:08:15,287 --> 00:08:17,873 Ia sedang berlaku. Inilah keajaiban yang saya katakan. 141 00:08:17,956 --> 00:08:20,792 Awak percaya yang awak boleh menang perlawanan fizikal 142 00:08:20,876 --> 00:08:23,629 sedangkan awak tak boleh, tapi awak percaya yang awak boleh. 143 00:08:23,712 --> 00:08:26,048 - Ya, sekarang saya seperti awak. - Awak tak sama seperti saya. 144 00:08:26,131 --> 00:08:28,383 Ya, saya seperti raja wanita. 145 00:08:29,092 --> 00:08:30,886 Itu permaisuri. 146 00:08:30,969 --> 00:08:32,638 Saya baling kuat sangat tadi? 147 00:08:34,932 --> 00:08:40,102 Tuan-tuan dan puan-puan, berkumpul dan tingkatkan keberanian anda, 148 00:08:40,187 --> 00:08:44,191 sebab Pertarungan Hari Baru bermula. 149 00:08:44,274 --> 00:08:47,569 Pertama, Paulious Aurelious Tinggi 150 00:08:48,320 --> 00:08:50,489 melawan Evi yang Terbuang. 151 00:08:52,074 --> 00:08:54,451 - Mengagumkan. - Saya sudah lama berlatih untuk ini. 152 00:08:54,535 --> 00:08:56,370 Saya hanya mahu menghormati hari paling suci ini. 153 00:08:56,453 --> 00:08:59,414 Pelawan bersedia? Mula! 154 00:09:02,042 --> 00:09:04,670 - Tak guna! - Tak guna! 155 00:09:07,548 --> 00:09:08,632 Saya mati. 156 00:09:08,715 --> 00:09:11,635 Saya belanjakan 40 dolar untuk kostum ini. 157 00:09:11,718 --> 00:09:15,347 Dia juara pilihan awak? Penguji boleh jadi orang tertindas yang bagus. 158 00:09:15,430 --> 00:09:18,642 Ya, betul, tapi bukan dia. Dia sangat menjengkelkan. 159 00:09:18,725 --> 00:09:20,185 Kamu semua dah beri perhatian, 160 00:09:20,269 --> 00:09:23,605 jadi saya mahu guna peluang ini untuk beritahu sesuatu yang penting. 161 00:09:23,689 --> 00:09:26,316 Saya tahu ini hari fantasi yang menyeronokkan. 162 00:09:26,400 --> 00:09:28,527 Saya perasan ada banyak makanan tidak habis dimakan dalam tong sampah. 163 00:09:28,610 --> 00:09:31,280 - Itu seperti tidak menghiraukan realiti… - Ya, dia menjengkelkan. 164 00:09:31,363 --> 00:09:33,699 Ya. Tapi awak hampir betul. 165 00:09:33,782 --> 00:09:36,910 Juaranya seorang penguji, bukan dia. Tapi di sana. 166 00:09:38,954 --> 00:09:40,455 Dia lebih disenangi, bukan? 167 00:09:40,539 --> 00:09:44,418 Ya, tapi dia takkan menang. Dia bukan pejuang. Dia paderi. 168 00:09:44,501 --> 00:09:46,044 - Alamak, betulkah? - Ya. 169 00:09:46,128 --> 00:09:48,463 Siapa datang ke pertandingan berlawan sebagai penyembuh? 170 00:09:48,547 --> 00:09:49,548 Entahlah. 171 00:09:49,631 --> 00:09:51,967 Sebentar. Saya ada satu idea. 172 00:09:52,676 --> 00:09:54,803 Awak tahu apa lebih bagus daripada seorang juara? 173 00:09:55,470 --> 00:09:56,763 Dua. 174 00:09:59,474 --> 00:10:04,396 Perhatian, tuan-tuan dan puan-puan. Permaisuri mempunyai pengumuman. 175 00:10:04,479 --> 00:10:07,482 Selepas mempertimbangkannya, beta sudah putuskan… 176 00:10:07,566 --> 00:10:10,027 - Kami. - Kami sudah putuskan 177 00:10:10,110 --> 00:10:12,779 untuk mengubah format acara ini. 178 00:10:12,863 --> 00:10:14,740 - Jadi, beta mendekri… - Kami mendekri. 179 00:10:14,823 --> 00:10:18,660 Kami. Memang mudah untuk tersalah! Lebih mudah untuk kata "beta." 180 00:10:18,744 --> 00:10:20,954 - Sifat manusia. - Maaf, apa yang berlaku? 181 00:10:21,038 --> 00:10:22,414 Diamlah! 182 00:10:22,497 --> 00:10:24,166 - Apa… Saya tidak… - Mulai sekarang, 183 00:10:24,249 --> 00:10:29,796 kami mendekri yang perlawanan ini akan menjadi pertarungan pasukan dua lawan dua. 184 00:10:29,880 --> 00:10:31,215 Sebentar. Awak ubah peraturan? 185 00:10:31,298 --> 00:10:33,634 Ya. Percayalah kami. Ini akan jadi lebih menyeronokkan. 186 00:10:33,717 --> 00:10:36,845 Jadi sila periksa pendakap untuk pasangan anda. 187 00:10:36,929 --> 00:10:39,890 Awak tak boleh ubah format semasa pertandingan. Itu tak adil. 188 00:10:39,973 --> 00:10:41,934 - Awak berpasangan dengan penguji lain. - Berpasangan, semua. 189 00:10:42,017 --> 00:10:44,770 - Kita akan berpasangan. - Sebentar. Tidak. Apa? 190 00:10:44,853 --> 00:10:46,813 Awak akan berlawan dalam pertarungan. Ayuh. 191 00:10:46,897 --> 00:10:49,358 Bagaimana, Liliana Si Merah? Sudah bersedia untuk berlawan? 192 00:10:49,441 --> 00:10:52,945 Saya tak boleh berlawan. Saya paderi. Paderi tak berlawan. 193 00:10:53,028 --> 00:10:56,657 Mereka sembuhkan seseorang. Itu mungkin berguna dalam perlawanan. 194 00:10:56,740 --> 00:10:59,076 - Penyembuh? - Proktologis mitos. 195 00:11:01,495 --> 00:11:03,789 - Mari sembuhkan seseorang. - Ya! 196 00:11:07,000 --> 00:11:08,126 Tidak! 197 00:11:08,794 --> 00:11:11,338 Tolong jangan lakukan begini. Tolong jangan bebankan saya. 198 00:11:11,421 --> 00:11:13,382 Saya ada peluang untuk menang, awak pun tahu. 199 00:11:13,465 --> 00:11:17,219 Jo, dia pernah menang, okey? 200 00:11:17,302 --> 00:11:18,762 Berikan dia satu peluang. 201 00:11:18,846 --> 00:11:22,057 - Jangan risau, awak boleh membunuh. - Saya boleh membunuh? 202 00:11:22,140 --> 00:11:24,852 Jo sayang, awak dapat bunuh ramai orang 203 00:11:24,935 --> 00:11:27,563 sehingga tak terkira pada hujung perlawanan ini, okey? Jangan risau. 204 00:11:28,188 --> 00:11:29,648 Saya boleh mandi darah musuh saya? 205 00:11:29,731 --> 00:11:31,692 Sayang, awak boleh minumnya kalau awak mahu. 206 00:11:31,775 --> 00:11:34,528 Ada banyak sebab saya takkan minum, 207 00:11:34,611 --> 00:11:36,780 tapi pakailah seperti losen. 208 00:11:36,864 --> 00:11:38,574 - Awak percayakan saya? - Saya percayakan awak. 209 00:11:38,657 --> 00:11:40,826 - Serta huzzah. - Huzzah. 210 00:11:45,163 --> 00:11:46,415 Apa yang berlaku? 211 00:11:46,498 --> 00:11:49,626 Kita tak boleh biarkan si gila itu menang, 212 00:11:49,710 --> 00:11:51,587 jadi saya beri dia handikap. 213 00:11:52,421 --> 00:11:54,631 Aku betina, aku pencinta 214 00:11:54,715 --> 00:11:56,884 Aku kanak-kanak, aku seorang ibu 215 00:11:56,967 --> 00:11:58,760 Aku pendosa 216 00:11:58,844 --> 00:12:01,471 Aku alim, aku tidak… 217 00:12:02,264 --> 00:12:07,186 Tak guna. Duduk diam untukku semasa aku kencing 218 00:12:07,269 --> 00:12:10,439 Jadi di sinilah tempat fantasi menyedihkan bertemu realiti yang layu. 219 00:12:11,857 --> 00:12:13,442 Awak tahu, Brad? 220 00:12:13,525 --> 00:12:17,696 Memang mudah untuk tidak menyertai dan mengejek, 221 00:12:17,779 --> 00:12:20,490 - tapi awak tahu apa yang sukar? - Menghormati awak selepas ini? 222 00:12:20,574 --> 00:12:22,242 Mendedahkan diri awak. 223 00:12:22,326 --> 00:12:26,163 Berbanding hidup dalam kehidupan awak yang Brené Brown panggil "kerusi murah." 224 00:12:26,246 --> 00:12:27,497 Saya tak kenal siapa dia. 225 00:12:28,123 --> 00:12:31,210 Yakah? Awak tak kenal Brené Brown? 226 00:12:32,169 --> 00:12:34,046 Patutlah. 227 00:12:34,129 --> 00:12:37,466 Saya akan hantar beberapa pautan. Dia akan ubah hidup awak. 228 00:12:39,343 --> 00:12:41,094 Walau bagaimanapun… 229 00:12:41,178 --> 00:12:43,222 Everlight bukan hanya sebuah perayaan. 230 00:12:45,307 --> 00:12:49,019 Ia satu harapan yang tidak kira betapa gelapnya keadaan, 231 00:12:49,102 --> 00:12:53,357 kita semua ada harapan dalam diri kita untuk melangkah ke dalam cahaya. 232 00:12:54,775 --> 00:12:56,610 Melangkahlah ke dalam cahaya. 233 00:12:57,319 --> 00:12:58,320 Awak kencing atas gaun awak. 234 00:12:58,403 --> 00:12:59,947 Ini bukan gaun, Brad. Ini tunik… 235 00:13:00,030 --> 00:13:01,281 Saya terkencing atas gaun saya. 236 00:13:01,365 --> 00:13:04,159 Hei, teruna! Ayuh. Kita perlu tumpahkan darah. 237 00:13:06,328 --> 00:13:07,329 Okey. Saya sedang… 238 00:13:07,412 --> 00:13:09,164 - Sekarang! - Baiklah. 239 00:13:09,248 --> 00:13:15,796 Pertarungan diteruskan dengan Executioner yang ditakuti dan Albrecht yang Suci. 240 00:13:15,879 --> 00:13:18,465 Okey, Executioner. Saya menang perlawanan ini tahun lepas, 241 00:13:18,549 --> 00:13:20,759 - jadi dengar baik-baik dan… - Mula! 242 00:13:21,718 --> 00:13:22,761 Tak guna! 243 00:13:39,778 --> 00:13:41,822 Hei. 244 00:13:41,905 --> 00:13:44,116 Hei, sudahlah. Kita menang. 245 00:13:44,199 --> 00:13:45,534 - Ya Tuhan… - Aduhai. 246 00:13:46,827 --> 00:13:49,788 Executioner dan Albrecht yang Suci menang. 247 00:13:50,664 --> 00:13:53,667 Ini apa yang kamu mahukan, bukan? 248 00:13:53,750 --> 00:13:56,670 Kamu tak gembira? 249 00:13:56,753 --> 00:14:01,049 Kita sudah dapat watak jahat. Itu yang pasti. 250 00:14:01,133 --> 00:14:04,803 Sekarang kita hanya tunggu wira kita muncul, bukan? 251 00:14:04,887 --> 00:14:06,763 Ya, betul. 252 00:15:10,577 --> 00:15:12,079 Bola api! 253 00:15:15,082 --> 00:15:19,378 Saya okey! 254 00:15:41,817 --> 00:15:43,527 Huzzah! 255 00:15:43,610 --> 00:15:45,654 Pasangan yang berani, 256 00:15:45,737 --> 00:15:48,073 Evi yang Terbuang dan Liliana Si Merah… 257 00:15:49,783 --> 00:15:53,954 berdepan Albrecht yang Suci 258 00:15:54,037 --> 00:15:56,623 dan Executioner yang suka menumpahkan darah. 259 00:16:00,294 --> 00:16:01,712 - Awak sudah sedia, Albrecht? - Awak bergurau? 260 00:16:01,795 --> 00:16:04,423 Awak bercakap dengan juara semasa… Saya tahu awak akan… 261 00:16:06,133 --> 00:16:08,010 Berhenti. 262 00:16:08,510 --> 00:16:10,304 Apa yang berlaku? Kita ada pertarungan untuk diselesaikan. 263 00:16:10,387 --> 00:16:12,556 Saya diserang. Itu tidak elok. 264 00:16:12,639 --> 00:16:15,058 Awak perlu lawan, David. Mereka lawan awak. 265 00:16:15,142 --> 00:16:19,229 Saya cakap tentang Jo. Dia bermain dengan sangat kasar. 266 00:16:19,313 --> 00:16:20,314 Beginilah. 267 00:16:20,397 --> 00:16:21,440 Sudahlah. 268 00:16:22,524 --> 00:16:24,318 Saya tak mahu bermain dengan dia lagi. Saya tarik diri. 269 00:16:24,818 --> 00:16:26,987 Awak tak boleh tarik diri! Everlight tak boleh berakhir dengan menarik diri. 270 00:16:27,070 --> 00:16:29,323 Tak, Brené Brown berkata apabila diri kita yang terdedah 271 00:16:29,406 --> 00:16:32,826 menjadi penghalang kegembiraan kita, tak mengapa kalau berkata "tidak." 272 00:16:32,910 --> 00:16:34,244 Siapa? 273 00:16:34,328 --> 00:16:36,538 Awak serius? Awak pun tak kenal Brené Brown? 274 00:16:36,622 --> 00:16:37,915 - Awak kenal Brené Brown? - Tidak. 275 00:16:37,998 --> 00:16:40,083 Saya tak boleh percaya… Beginilah. 276 00:16:40,167 --> 00:16:41,835 Patutlah begitu. Saya akan kata itu saja. 277 00:16:41,919 --> 00:16:46,465 Patutlah begitu. Saya akan hantar pautan kepada semua orang di sini. 278 00:16:46,548 --> 00:16:48,133 Itu saja. 279 00:16:48,217 --> 00:16:51,303 Juara semasa menarik diri. Dulu lebih menyeronokkan. 280 00:16:51,386 --> 00:16:53,680 - Ini teruk, Pop. - Berikan dia masa untuk berehat. 281 00:16:53,764 --> 00:16:54,932 Kita boleh pujuk dia supaya tamatkannya. 282 00:16:55,015 --> 00:16:58,143 Tidak, dia akan jadi orang tertindas yang berlawan walaupun cedera. 283 00:16:58,227 --> 00:17:01,271 Orang akan menyokong dia seolah-olah dia Kerri Strug. 284 00:17:04,023 --> 00:17:05,817 Awak tak kenal siapa Kerri Strug. 285 00:17:05,901 --> 00:17:08,904 Saya tak mahu katanya. Awak jadi sangat marah. Ia sebuah filem? 286 00:17:08,987 --> 00:17:12,782 Juara pingat emas Olimpik Kerri Strug ialah… Beginilah. Itu tak penting. 287 00:17:12,866 --> 00:17:14,284 Itu tak penting. Kita… 288 00:17:14,367 --> 00:17:15,743 Kita perlu cari watak jahat yang baru. 289 00:17:17,954 --> 00:17:18,955 Saya ada satu idea. 290 00:17:19,455 --> 00:17:21,333 Brad, kami mahu awak berlawan. 291 00:17:21,415 --> 00:17:22,459 Bagaimana awak tahu? 292 00:17:22,542 --> 00:17:24,044 Kamu semua mudah diramal. 293 00:17:24,127 --> 00:17:26,255 Kami mahu awak sertainya dan tamatkan perlawanan ini. 294 00:17:26,338 --> 00:17:27,756 Tak mahu, ia dungu dan saya bencinya. 295 00:17:27,839 --> 00:17:30,509 Kami tahu awak anggap hari ini cuma fantasi yang mengarut, 296 00:17:30,592 --> 00:17:31,927 tapi ia bermakna kepada mereka. 297 00:17:32,010 --> 00:17:34,054 Tahun lepas sangat sukar, 298 00:17:34,137 --> 00:17:37,057 dan kami hanya mahu pekerja seronok pada hari pertama bekerja. 299 00:17:37,140 --> 00:17:40,936 Mereka sudah banyak bergelut, tapi mereka tak berputus asa. 300 00:17:41,019 --> 00:17:44,189 Mereka cuba kembali ke gelanggang dan berusaha dengan kuat. 301 00:17:44,273 --> 00:17:47,234 Sekarang mereka hanya perlu berjaya, sama seperti… 302 00:17:47,317 --> 00:17:49,069 - Rudy. - Tak guna! 303 00:17:49,152 --> 00:17:51,780 - Bukan? - Dia tak kenal siapa Kerri Strug. 304 00:17:51,864 --> 00:17:53,824 - Okey, saya akan lakukannya. - Ya! 305 00:17:53,907 --> 00:17:55,158 - Ya! Terima kasih. - Terima kasih. 306 00:17:55,242 --> 00:17:57,244 Dengan satu syarat. 307 00:17:57,327 --> 00:18:02,499 Kalau saya menang, awak akan batalkan Everlight selamanya. 308 00:18:03,876 --> 00:18:05,085 Apa pendapat awak? 309 00:18:05,169 --> 00:18:07,004 - Kenapa awak begini? - Kenapa? 310 00:18:07,087 --> 00:18:08,505 - Awak tak dipeluk semasa kecil? - Apa… 311 00:18:08,589 --> 00:18:12,259 Ia mengarut, saya bencinya dan mahu ia berakhir. Itu syarat saya. Awak terima? 312 00:18:14,219 --> 00:18:15,637 - Huzzah. - Huzzah. 313 00:18:19,099 --> 00:18:22,811 Seorang pencabar baru memasuki gelanggang, 314 00:18:22,895 --> 00:18:27,399 penyangak yang jahat sepadan dengan gabungan jahatnya. 315 00:18:27,482 --> 00:18:28,483 Namanya… 316 00:18:29,568 --> 00:18:30,569 Brad. 317 00:18:30,652 --> 00:18:32,070 Brad apa? 318 00:18:32,154 --> 00:18:33,697 Brad dari pengewangan. 319 00:18:34,364 --> 00:18:36,825 Tolonglah. Jangan jadi begitu teruk. 320 00:18:37,826 --> 00:18:39,119 Anggapnya serius. 321 00:18:39,870 --> 00:18:41,747 Saya anggapnya serius. 322 00:18:41,830 --> 00:18:44,249 Saya belajar di kolej dengan biasiswa main pedang. 323 00:18:48,879 --> 00:18:49,880 Baiklah. 324 00:18:49,963 --> 00:18:51,590 Mari mulakan pertarungan. 325 00:19:01,517 --> 00:19:03,894 - Matilah, lesbian! - Aduhai, Jo! 326 00:19:03,977 --> 00:19:06,688 Ya, itu dikira sebagai jenayah kebencian. 327 00:19:08,023 --> 00:19:09,983 - "Matilah, betina"? - Itu misogini. 328 00:19:10,067 --> 00:19:10,901 "Matilah" saja? 329 00:19:10,984 --> 00:19:12,361 - Saya tak kisah. - Itu boleh. 330 00:19:12,444 --> 00:19:14,696 Bagus. Matilah! 331 00:19:14,780 --> 00:19:15,906 Liliana! 332 00:19:20,494 --> 00:19:21,495 Biadab! 333 00:19:23,747 --> 00:19:24,915 Executioner? 334 00:19:25,582 --> 00:19:26,917 Awak perlu mati, Jo. 335 00:19:29,044 --> 00:19:30,045 Perlukah saya mati? 336 00:19:30,128 --> 00:19:31,839 - Ya, perlu. - Awak perlu mati, Jo. 337 00:19:32,923 --> 00:19:33,924 Baiklah. 338 00:19:38,303 --> 00:19:42,599 Saya sumpah awak! Semoga nasib malang menimpa rumah awak 339 00:19:42,683 --> 00:19:46,812 sehingga awak mati terseksa, 340 00:19:46,895 --> 00:19:51,191 tersedak abu anak-anak awak! 341 00:19:52,651 --> 00:19:54,528 - Itu memang bagus. - Kematian yang hebat. 342 00:19:54,611 --> 00:19:55,737 Dia baru merekanya? 343 00:19:56,822 --> 00:19:58,615 Terima kasih, semua. 344 00:19:59,324 --> 00:20:01,201 Ini sangat menyeronokkan. 345 00:20:03,370 --> 00:20:04,997 - Itu mengagumkan. - Betul! 346 00:20:05,080 --> 00:20:07,875 Saya rasa kita akan menang. Kita akan... 347 00:20:07,958 --> 00:20:08,959 Tidak! 348 00:20:13,881 --> 00:20:17,050 Brad. Awak bunuh saya? 349 00:20:17,134 --> 00:20:20,137 Saya sudah rampas kuasa awak. Saya rasa hebat. 350 00:20:20,220 --> 00:20:22,264 Awak memang teruk. 351 00:20:24,725 --> 00:20:26,894 Ini okey. Ini bagus. 352 00:20:26,977 --> 00:20:28,687 Awak perlu membela kematian saya, Liliana. 353 00:20:28,770 --> 00:20:30,314 Saya tak boleh lakukannya tanpa awak. 354 00:20:30,397 --> 00:20:31,648 Awak boleh. 355 00:20:36,111 --> 00:20:37,112 Awak boleh lakukannya. 356 00:20:46,997 --> 00:20:49,708 Inilah masa wira kita akan bangkit. 357 00:20:52,878 --> 00:20:53,879 Okey, Brad. 358 00:20:57,049 --> 00:20:58,300 Ayuh. 359 00:20:58,800 --> 00:21:00,427 - Lawanlah! - Ya! 360 00:21:11,146 --> 00:21:14,900 Tidak. Ayuh. 361 00:21:17,778 --> 00:21:19,488 - Ayuh, Dana. - Awak sudah kalah. 362 00:21:19,571 --> 00:21:21,406 - Ayuh, Dana. - Selamat malam. 363 00:21:24,284 --> 00:21:25,702 Ya! 364 00:21:27,746 --> 00:21:28,956 Awak berjaya! 365 00:21:29,039 --> 00:21:31,500 - Ya. Pergi ke pedang itu. - Ya, ambilnya! 366 00:21:38,590 --> 00:21:39,883 Memanah adalah minor saya. 367 00:21:42,344 --> 00:21:45,472 Liliana Si Merah sudah mati. 368 00:21:47,266 --> 00:21:48,475 Pemenangnya ialah... 369 00:21:49,726 --> 00:21:51,728 Brad dari pengewangan. 370 00:21:51,812 --> 00:21:53,397 Brad menang? 371 00:21:55,858 --> 00:21:57,276 Kadangkala kejahatan menang. 372 00:21:57,359 --> 00:22:00,404 Okey, jadi, Everlight sudah berakhir. 373 00:22:00,487 --> 00:22:03,407 - Raja dan permaisuri sudah bersetuju. - Sebentar. Apa? 374 00:22:03,490 --> 00:22:05,784 Kejahatan akan menguasai dunia ini selamanya 375 00:22:05,868 --> 00:22:07,870 atau apa saja perkara mengarut kamu semua mahu kata. 376 00:22:07,953 --> 00:22:09,246 Itulah yang berlaku! 377 00:22:11,540 --> 00:22:13,083 Dia menipu, bukan? 378 00:22:15,794 --> 00:22:16,962 Tidak. 379 00:22:25,804 --> 00:22:28,307 - Tak guna. - Saya tak percaya Brad menang. 380 00:22:28,390 --> 00:22:30,893 Saya percaya sebab seluruh tahun ini satu malapetaka yang besar. 381 00:22:30,976 --> 00:22:32,477 Tahun yang paling teruk! 382 00:22:32,561 --> 00:22:34,771 Kita tiada satu pun benda baik. 383 00:22:34,855 --> 00:22:36,106 Satu benda baik! 384 00:22:36,190 --> 00:22:38,650 Ia bukan satu kebetulan tahun yang gagal ini 385 00:22:38,734 --> 00:22:41,445 - adalah tahun pertama awak terbabit. - Sekarang ia salah saya? 386 00:22:41,528 --> 00:22:43,864 Entahlah. Mungkin negara ini tak perlukan raja perempuan. 387 00:22:43,947 --> 00:22:46,200 - Awak selalu begini. - Entahlah. 388 00:22:46,283 --> 00:22:49,786 Mungkin kerajaan permaisuri patut ada… 389 00:22:49,870 --> 00:22:51,622 Sebentar. 390 00:22:52,247 --> 00:22:56,710 Brad masih belum kalahkan semua orang. Kita berdua masih boleh berlawan. 391 00:22:56,793 --> 00:22:58,337 Tidak, Pop, saya sudah kata… 392 00:22:58,420 --> 00:23:01,173 Ya, saya tahu. Tiada siapa mahu lihat bos menang. 393 00:23:01,256 --> 00:23:04,510 Itu bukan kisah yang bagus, tapi itu saja kisah yang kita ada. 394 00:23:04,593 --> 00:23:05,594 Ini tidak munasabah. 395 00:23:05,677 --> 00:23:08,013 Dalam kisah itu, raja tak boleh tarik pedang itu dari pokok. 396 00:23:08,096 --> 00:23:09,848 Apa? Pedang itu tidak penting. 397 00:23:11,850 --> 00:23:15,103 Sebentar. Awak tak faham kisah itu? 398 00:23:15,187 --> 00:23:17,481 Sudah tentu saya faham kisah itu. Saya yang tulisnya. 399 00:23:17,564 --> 00:23:20,734 Lelaki kecil kalahkan semua orang sebab dia sangat kuat. 400 00:23:20,817 --> 00:23:23,612 Kemudian dia keluarkan pedang dari pokok dan tikam kejahatan 401 00:23:23,695 --> 00:23:26,198 yang kemudian musnah menjadi berbilion kepingan atau apa saja. 402 00:23:26,281 --> 00:23:30,244 Tidak. Kisah ini ialah metafora untuk harapan. 403 00:23:31,703 --> 00:23:35,332 Kejahatan adalah putus asa dan satu-satunya cara melawan putus asa 404 00:23:35,415 --> 00:23:37,584 adalah dengan membawa cahaya. 405 00:23:40,003 --> 00:23:42,381 Cahaya itu adalah harapan. 406 00:23:42,923 --> 00:23:45,801 Okey, baiklah. Jadi pedang itu sepatutnya jadi apa? 407 00:23:45,884 --> 00:23:47,344 Pedang itu tak berkaitan. 408 00:23:47,427 --> 00:23:49,096 Tapi bagi awak, ia mungkin kemaluan. 409 00:23:49,179 --> 00:23:50,472 Ya. 410 00:23:50,556 --> 00:23:53,517 Tapi kita tak boleh kalahkan kejahatan dengan kemaluan. 411 00:23:53,600 --> 00:23:54,810 - Saya boleh. - Diamlah! 412 00:23:54,893 --> 00:23:56,645 Awak tak boleh kalahkan kejahatan dengan kemaluan, 413 00:23:56,728 --> 00:23:59,731 mengadakan parti atau memanipulasi satu pertandingan. 414 00:24:00,315 --> 00:24:04,319 Satu-satunya cara untuk membawa cahaya adalah dengan percaya yang awak boleh. 415 00:24:05,404 --> 00:24:06,405 Ini belum berakhir. 416 00:24:07,239 --> 00:24:09,575 Everlight masih boleh berlangsung. 417 00:24:09,658 --> 00:24:12,995 Awak hanya perlu percaya. 418 00:24:25,215 --> 00:24:28,010 Baiklah. Mari lakukannya. 419 00:26:12,489 --> 00:26:15,367 Menyerah kalah, Brad. Saya tak mahu bunuh awak. 420 00:26:18,203 --> 00:26:20,539 Tidak. 421 00:26:48,108 --> 00:26:49,902 Saya bukan lagi Brad. 422 00:26:52,154 --> 00:26:54,907 Awak tak boleh bunuh saya. 423 00:26:55,365 --> 00:26:56,366 Tak guna. 424 00:26:57,826 --> 00:27:00,162 Sebab saya bukan kesateria. 425 00:27:02,331 --> 00:27:04,041 Saya bukan manusia. 426 00:27:07,419 --> 00:27:08,420 Tak guna! 427 00:27:10,047 --> 00:27:12,090 Tiada tempat untuk lari. 428 00:27:13,300 --> 00:27:15,469 Tiada tempat untuk menyorok. 429 00:27:15,552 --> 00:27:16,929 Sebab sayalah… 430 00:27:18,263 --> 00:27:22,976 kejahatan itu. 431 00:27:57,928 --> 00:27:59,638 Jangan melawan. 432 00:28:01,557 --> 00:28:03,016 Menyerahlah. 433 00:28:04,685 --> 00:28:06,311 Menyerahlah. 434 00:28:08,021 --> 00:28:09,356 Menyerahlah. 435 00:28:10,858 --> 00:28:13,819 Menyerahlah kepada kejahatan! 436 00:28:23,871 --> 00:28:25,372 Bola api! 437 00:28:27,833 --> 00:28:28,959 Cepat! 438 00:28:31,420 --> 00:28:32,629 Tidak! 439 00:29:17,674 --> 00:29:18,675 Awak berjaya. 440 00:29:26,308 --> 00:29:27,434 Kita berjaya. 441 00:29:58,549 --> 00:29:59,758 Apa sajalah, nerda. 442 00:29:59,842 --> 00:30:02,177 Akhirnya, malam sudah berakhir! 443 00:30:02,261 --> 00:30:04,972 Jadi hari baru bermula! 444 00:30:05,055 --> 00:30:06,181 Huzzah! 445 00:30:06,265 --> 00:30:08,934 Huzzah! 446 00:30:09,768 --> 00:30:12,771 Jadi kejahatan dihapuskan. 447 00:30:13,522 --> 00:30:16,191 Raja dan permaisuri berasa girang dan bersuka ria. 448 00:30:18,026 --> 00:30:22,447 Walaupun mereka tahu yang kejahatan akan sentiasa kembali, 449 00:30:22,531 --> 00:30:25,784 pada hari ini, hari yang sangat istimewa ini… 450 00:30:27,494 --> 00:30:29,413 terdapatnya cahaya. 451 00:31:39,525 --> 00:31:41,527 Terjemahan sari kata oleh Nur Diyana Osman