1 00:01:37,541 --> 00:01:39,131 {\an8}SEBUAH SIRI ASLI NETFLIX 2 00:03:26,250 --> 00:03:27,170 Camila! 3 00:03:34,916 --> 00:03:37,126 - Saya perlu bercakap dengan Camila. - Dia tiada di sini. 4 00:03:37,208 --> 00:03:39,828 - Saya tahu dia ada di dalam. - Camila tiada di sini. 5 00:03:39,916 --> 00:03:42,376 - Dan bar dah tutup. - Maaf, saya perlu... 6 00:03:44,333 --> 00:03:45,293 Kawan. 7 00:03:45,791 --> 00:03:49,291 Awak hanya perlu pergi dari sini. 8 00:04:09,916 --> 00:04:11,166 Camila hilang. 9 00:04:15,083 --> 00:04:16,633 Dan pegawai polis itu masih hidup. 10 00:04:34,750 --> 00:04:36,130 Apa yang berlaku? 11 00:04:36,208 --> 00:04:38,208 Tiada apa-apa, nenek. Saya cuma perlu mandi. 12 00:04:38,291 --> 00:04:41,921 Apa maksud awak? Awak hilang sepanjang malam. 13 00:04:42,000 --> 00:04:43,670 Saya sangat risau sehingga tak boleh tidur! 14 00:04:43,750 --> 00:04:46,130 Saya leka buat kerja. Maaf, saya sepatutnya telefon dahulu. 15 00:04:47,000 --> 00:04:50,630 Ya, betul. Saya perlu tahu apa yang berlaku. 16 00:04:50,708 --> 00:04:52,998 Nenek, tolonglah. Saya kata semuanya okey. 17 00:04:53,083 --> 00:04:54,583 Saya pindah ke sini untuk membantu. 18 00:04:54,666 --> 00:04:57,576 Kalau tak, beritahu saya dan saya akan balik ke rumah saya. 19 00:04:57,666 --> 00:04:59,576 Bukan begitu. Nenek! 20 00:05:18,083 --> 00:05:20,963 Awak ada nombornya? Mari telefon Ines untuk beri keterangan. 21 00:05:21,541 --> 00:05:23,791 - Ivo takkan... - Lantaklah dengan Ivo. 22 00:05:32,625 --> 00:05:34,705 Ada sesuatu berlaku? Awak okey? 23 00:05:45,583 --> 00:05:46,963 Terima kasih kerana datang. 24 00:05:47,041 --> 00:05:49,131 Saya tahu lawatan ini bukan perkara biasa. 25 00:05:49,208 --> 00:05:51,538 Sama seperti awak, saya juga nak siasat ia 26 00:05:51,625 --> 00:05:52,875 secepat mungkin. 27 00:05:52,958 --> 00:05:54,038 Bagus. 28 00:05:54,125 --> 00:05:56,915 Saya diberitahu awak sedang siasat kes baru ini 29 00:05:57,000 --> 00:05:59,630 yang melibatkan mayat yang ditemui di dalam hutan. 30 00:05:59,708 --> 00:06:01,578 Saya tak faham apa yang berlaku. 31 00:06:02,208 --> 00:06:05,288 En. Afonso, ia tugas Jabatan Alam Sekitar untuk menyiasat sebarang insiden 32 00:06:05,375 --> 00:06:08,035 yang mungkin berkaitan pertikaian undang-undang Hutan Cedar. 33 00:06:08,125 --> 00:06:09,205 Pertikaian apa? 34 00:06:09,958 --> 00:06:13,328 Itu tanah saya, mereka tak ada hak untuk berada di sana. 35 00:06:13,416 --> 00:06:18,786 Kemajuan saya akan memberi keajaiban bagi melindungi dan memulihara kawasan itu. 36 00:06:20,250 --> 00:06:21,750 Jika semuanya benar, 37 00:06:21,833 --> 00:06:23,713 awak tak perlu risau, bukan? 38 00:06:23,791 --> 00:06:24,831 Lihatlah. 39 00:06:25,875 --> 00:06:27,575 Ini laporan tentang ikan itu. 40 00:06:28,208 --> 00:06:29,458 Mereka tak jumpa apa-apa. 41 00:06:30,250 --> 00:06:33,040 Saya takkan buat hal yang merosakkan harta saya sendiri. 42 00:06:34,750 --> 00:06:36,580 Bagaimana awak dapat laporan ini? 43 00:06:37,166 --> 00:06:40,416 Ivo, kami perlukan orang seperti awak, 44 00:06:40,500 --> 00:06:43,210 dan tak terperangkap di balai. 45 00:06:43,291 --> 00:06:47,421 Fikirkan apa yang awak boleh capai di tempat yang awak dihargai. 46 00:06:48,166 --> 00:06:51,666 Cuba bayangkan? Sesuaikah awak di Jabatan Alam Sekitar? 47 00:06:52,166 --> 00:06:53,036 Huh? 48 00:07:05,083 --> 00:07:07,543 Saya ketuk pintu, tapi tiada jawapan. 49 00:07:08,041 --> 00:07:09,751 Pergi balik. Cuba lagi. 50 00:07:09,833 --> 00:07:13,003 Dengar sini. Macam yang saya cakap, Camila tak balik sejak semalam. 51 00:08:33,833 --> 00:08:36,423 Camila! 52 00:08:40,208 --> 00:08:41,748 Bangun! 53 00:08:42,500 --> 00:08:43,460 Bangun, Camila! 54 00:08:44,375 --> 00:08:45,205 Camila. 55 00:08:47,500 --> 00:08:48,330 Camila! 56 00:08:52,166 --> 00:08:54,746 - Saya akan ambil penyodok! - Saya nak dinosaur! 57 00:08:54,833 --> 00:08:57,383 - Apa patut kita main? - Di dalam pasir? 58 00:08:57,458 --> 00:08:59,418 Okey. Saya akan buat istana besar! 59 00:08:59,500 --> 00:09:01,210 Terima kasih kerana bawa Melissa ke sini. 60 00:09:01,291 --> 00:09:03,211 Tak perlu berterima kasih. 61 00:09:03,291 --> 00:09:08,211 Sukar untuk bawa Luna kembali ke kehidupan normalnya. 62 00:09:08,291 --> 00:09:11,921 Sudah dijangka. Dia alami situasi yang dahsyat. 63 00:09:12,000 --> 00:09:13,960 Ia ambil masa lama untuk pulih. 64 00:09:38,500 --> 00:09:40,170 Saya tak tahu apa yang berlaku. 65 00:09:40,666 --> 00:09:44,126 Saya tarik dia ke dalam air dan saya cuba tangkap dia, tapi... 66 00:09:44,208 --> 00:09:45,628 Tapi dia tak mati. 67 00:09:51,541 --> 00:09:53,711 Saya tak rasa dia ada kaitan dengan kematian Manaus. 68 00:09:55,333 --> 00:09:58,583 Awak tak boleh bunuh dia, atau awak tak mahu, Camila? 69 00:09:59,083 --> 00:10:00,923 Ines, saya dah beritahu awak. 70 00:10:01,666 --> 00:10:02,956 Dia terselamat! 71 00:10:06,750 --> 00:10:07,920 Jika lelaki itu terselamat, 72 00:10:08,000 --> 00:10:10,580 ada sesuatu yang berbeza tentang dia. 73 00:10:11,958 --> 00:10:13,788 Saya akan siasatnya. 74 00:10:15,583 --> 00:10:16,543 Tunggu. 75 00:10:17,458 --> 00:10:18,958 Biar saya bawa dia ke sini. 76 00:10:20,583 --> 00:10:21,543 Malam ini. 77 00:10:23,458 --> 00:10:24,328 Ines. 78 00:10:28,208 --> 00:10:30,128 Polis itu nak bercakap dengan awak. 79 00:10:36,375 --> 00:10:37,455 Ikut mereka. 80 00:10:40,291 --> 00:10:41,381 Ikut sini. 81 00:10:43,958 --> 00:10:45,078 Eric. 82 00:10:49,500 --> 00:10:51,420 Terima kasih kerana datang, Cik Ines. 83 00:10:51,916 --> 00:10:53,956 Gembira bertemu awak. Saya Marcia dan ini Eric. 84 00:10:54,041 --> 00:10:57,001 Saya berbesar hati. Awak boleh panggil saya Ines. 85 00:10:57,916 --> 00:10:59,246 Saya dah jumpa dia. 86 00:10:59,333 --> 00:11:00,963 Sila ikut sini. 87 00:11:12,583 --> 00:11:14,213 Ines da Luz… 88 00:11:14,291 --> 00:11:15,421 Boleh kita mulakan? 89 00:11:15,916 --> 00:11:17,326 Bagaimana awak ambil mayat itu? 90 00:11:18,000 --> 00:11:21,040 Mari mulakan dari awal? Satu persatu? 91 00:11:21,791 --> 00:11:23,501 Bagaimana awak kenal Manaus? 92 00:11:23,583 --> 00:11:25,253 Dia macam anak saya. 93 00:11:26,041 --> 00:11:29,291 Dan tidak, saya tak ambil mayatnya dari pejabat koroner. 94 00:11:29,791 --> 00:11:32,001 Tapi saya mahu mayatnya dipulihkan, 95 00:11:32,083 --> 00:11:35,673 supaya saya boleh kebumikan dia selayaknya. 96 00:11:36,208 --> 00:11:38,248 Jadi mayat itu masih ada semasa awak pergi? 97 00:11:38,333 --> 00:11:40,923 Ada nampak benda pelik? Seseorang yang mencurigakan? 98 00:11:41,416 --> 00:11:42,246 Tidak. 99 00:11:42,333 --> 00:11:45,423 Awak kenal sesiapa yang berniat membunuh Manaus? 100 00:11:45,916 --> 00:11:47,326 Kenalan atau jiran? 101 00:11:48,458 --> 00:11:49,418 Tidak. 102 00:11:49,500 --> 00:11:52,500 Bila kali terakhir awak berhubung dengan dia? 103 00:11:52,583 --> 00:11:54,543 Lebih kurang tiga bulan lalu. 104 00:11:55,250 --> 00:11:58,330 Jika dia seperti anak bagi awak, itu masa yang agak lama, bukan? 105 00:12:00,416 --> 00:12:04,206 Macamlah awak bercakap dengan mak awak setiap hari, bukan? 106 00:12:06,041 --> 00:12:08,171 Di mana awak hari Isnin lepas? 107 00:12:09,000 --> 00:12:12,170 Saya sedang bekerja. Staf saya boleh sahkannya. 108 00:12:14,333 --> 00:12:16,173 Camila boleh sahkannya. 109 00:12:16,250 --> 00:12:18,040 - Apa yang awak nak daripada saya? - Hei! 110 00:12:18,125 --> 00:12:19,495 Apa yang awak rancangkan? 111 00:12:19,583 --> 00:12:20,923 Eric, keluar. 112 00:12:29,666 --> 00:12:32,376 - Apa ini? - Dia sedang sembunyikan sesuatu. 113 00:12:32,458 --> 00:12:35,128 Siapa Camila? Dari mana awak kenal Ines? 114 00:12:36,750 --> 00:12:39,920 - Saya ke bar dia malam tadi. - Saya tak percaya. Untuk apa? 115 00:12:40,000 --> 00:12:42,040 - Saya mahukan jawapan. - Yakah? 116 00:12:42,125 --> 00:12:45,745 Kenapa tak bawa saya sekali? Apa yang awak sembunyikan? 117 00:12:45,833 --> 00:12:48,043 Tiada apa-apa. Saya tak boleh duduk saja. 118 00:12:48,125 --> 00:12:51,205 Awak tahu apa yang Ivo buat untuk berikan kes ini. 119 00:12:51,291 --> 00:12:52,831 Awak nak rosakkan semuanya? 120 00:12:53,333 --> 00:12:57,253 Jadi, biar saya yang soal siasat. 121 00:12:59,333 --> 00:13:01,003 Awal soal siapa? 122 00:13:04,458 --> 00:13:07,538 Saya nak ucapkan terima kasih sekali lagi kerana luangkan masa. 123 00:13:07,625 --> 00:13:09,325 Tiada masalah. 124 00:13:10,083 --> 00:13:11,673 Takziah atas kehilangan awak. 125 00:13:13,333 --> 00:13:15,793 - Kami cuma menjalankan tugas. - Tugas apa? 126 00:13:15,875 --> 00:13:16,915 Tugas apa? 127 00:13:17,000 --> 00:13:19,500 Siasat ibu mangsa tanpa beritahu saya? 128 00:13:19,583 --> 00:13:22,003 Dan lihat ini, ia bukan kes lagi. 129 00:13:22,875 --> 00:13:23,825 Apa ini? 130 00:13:24,583 --> 00:13:25,833 Laporan makmal. 131 00:13:27,500 --> 00:13:30,170 Syarikat itu bukan punca ikan mati. 132 00:13:33,041 --> 00:13:36,461 Ivo, ada mayat hilang dari pejabat koroner. 133 00:13:36,541 --> 00:13:39,171 - Bukankah itu alasan untuk menyiasat? - Bukan masalah kita. 134 00:13:39,250 --> 00:13:41,670 Biar koroner atau Jabatan Siasatan Jenayah yang siasat! 135 00:13:43,000 --> 00:13:45,080 Tiada bukti terarah pada kontraktor itu, 136 00:13:45,166 --> 00:13:46,916 mahupun bekas tunang wanita itu. 137 00:13:47,541 --> 00:13:49,171 Kes ini dah berakhir. 138 00:13:53,083 --> 00:13:53,963 Eric! 139 00:13:55,458 --> 00:13:58,288 - Tunggu! - Saya tahu dia tak nak siasat lagi. 140 00:13:58,375 --> 00:14:01,245 - Adakah dengan marah akan membantu? - Jadi, saya patut lupakannya? 141 00:14:03,458 --> 00:14:06,328 Ia bukan saja untuk Gabriela. Hutan itu tak boleh diserahkan. 142 00:14:06,416 --> 00:14:08,076 Eric, saya juga marah. 143 00:14:08,166 --> 00:14:10,876 Tapi tanpa mayat atau bukti baharu, tangan kita terikat. 144 00:14:11,500 --> 00:14:14,710 Kenapa Ivo muncul semasa kita soal siasat Ines? 145 00:14:16,166 --> 00:14:18,036 Ines itu kenapa? 146 00:14:18,125 --> 00:14:19,125 Kenapa dengan dia? 147 00:14:19,208 --> 00:14:21,418 Bagaimana dia tahu saya tak bercakap dengan ibu saya? 148 00:14:22,291 --> 00:14:23,791 Tidak. Dia cuma teka. 149 00:14:24,291 --> 00:14:26,171 Tapi dia cakap dengan yakin. 150 00:14:26,833 --> 00:14:28,083 Entahlah, Marcia. 151 00:14:46,041 --> 00:14:48,041 KAMPUNG TORE 152 00:14:55,083 --> 00:14:57,293 Sekarang kita semua dah ada di sini, dengar sini. 153 00:14:57,375 --> 00:15:02,285 Syarikat tawarkan 30 peratus lagi untuk rumah anda. 154 00:15:02,375 --> 00:15:05,785 - Kita tak boleh tolak lagi. - Terutamanya dengan ketiadaan ikan. 155 00:15:05,875 --> 00:15:10,915 Sudah tentu! Kita tak boleh uruskan tempat yang besar ini! 156 00:15:11,000 --> 00:15:14,250 Kita akhirnya akan kehilangan tempat yang kita paling sayang 157 00:15:14,333 --> 00:15:18,463 kerana sikap remeh dan amarah! 158 00:15:18,541 --> 00:15:21,041 - Betul! - Tiada lagi ikan di tempat ini! 159 00:15:22,041 --> 00:15:24,881 - Bagaimana kita nak hidup? - Kita perlu terima. 160 00:15:24,958 --> 00:15:27,418 Melainkan jika ada yang tak terima, 161 00:15:28,041 --> 00:15:29,461 perjanjian itu terbatal. 162 00:15:29,958 --> 00:15:31,288 Saya takkan jual rumah saya. 163 00:15:32,208 --> 00:15:36,538 Tapi Cico, kalau awak tak jual ia, awak akan rosakkan perjanjian kita. 164 00:15:36,625 --> 00:15:39,705 Saya sokong Encik Cico. Saya takkan pergi dari sini. 165 00:15:39,791 --> 00:15:44,041 Fabiana, kenapa nak buat kecoh? Kebanyakan daripada kita bersetuju. 166 00:15:44,125 --> 00:15:46,285 Itu tak bermakna ia adil. 167 00:15:46,375 --> 00:15:50,325 Ikan itu tak pernah mati begini. Bagaimana awak tahu mereka tak buat? 168 00:15:50,416 --> 00:15:54,956 Ini laporannya. Negatif untuk pencemaran air. 169 00:15:55,041 --> 00:15:56,211 Dan awak percaya? 170 00:15:56,291 --> 00:15:58,041 Ia ditulis di sini. Baca! 171 00:15:59,208 --> 00:16:02,628 Orang yang berjuang untuk melindungi hutan kita… 172 00:16:03,958 --> 00:16:05,128 telah mati. 173 00:16:05,208 --> 00:16:10,128 Saya nak tahu jika ada yang masih peduli tentang tempat ini. 174 00:16:10,208 --> 00:16:12,748 Sudah tentu kami peduli. 175 00:16:13,250 --> 00:16:18,130 Tempat ini adalah segalanya bagi kami. Tapi itu sebelum hal ini berlaku. 176 00:16:18,208 --> 00:16:19,458 Sudahlah, ayah! 177 00:16:19,541 --> 00:16:23,921 Eko resort ini satu-satunya cara untuk pastikan tempat ini hidup! 178 00:16:24,000 --> 00:16:25,460 Terpelihara! 179 00:16:25,958 --> 00:16:27,458 Ayah! Ayah! 180 00:16:27,541 --> 00:16:29,751 - Cico, ayuhlah. - Dia sangat degil. 181 00:16:29,833 --> 00:16:33,423 - Awak perlu percaya. - Dia seorang yang kolot. 182 00:16:33,500 --> 00:16:37,630 Sudah tentu! Ini satu-satunya cara untuk pastikan tempat ini hidup! 183 00:16:37,708 --> 00:16:39,208 Saya dah cakap, kita... 184 00:17:34,833 --> 00:17:36,333 Apa awak buat di sini? 185 00:17:38,791 --> 00:17:41,211 Saya cuma nak bercakap sedikit. 186 00:17:41,291 --> 00:17:43,211 Saya tak ada apa nak cakap pada awak. 187 00:17:43,791 --> 00:17:47,171 Ini semua berkaitan dengan apa yang awak beritahu saya tempoh hari, bukan? 188 00:17:47,250 --> 00:17:49,380 Saya tak tahu apa yang awak cakapkan. 189 00:17:49,458 --> 00:17:51,038 Saya nampak dolfin bertukar menjadi manusia, 190 00:17:51,125 --> 00:17:53,205 dan ada duyung cuba lemaskan saya. 191 00:17:54,291 --> 00:17:57,631 Saya tahu ia berkaitan dengan kematian Gabriela. Saya perlukan bantuan awak. 192 00:18:05,083 --> 00:18:07,253 Mereka ada bersama kita, Eric. 193 00:18:07,875 --> 00:18:09,825 Selagi manusia wujud. 194 00:18:15,000 --> 00:18:16,210 Awak salah seorang daripada mereka? 195 00:18:16,708 --> 00:18:19,078 Saya cuma percayakannya. 196 00:18:20,833 --> 00:18:24,173 Pada malam Parti Jun, ada sesuatu yang berlaku. 197 00:18:24,875 --> 00:18:27,075 Saya tahu yang membunuh Gabriela bukannya kebakaran, 198 00:18:27,166 --> 00:18:28,786 tapi ia juga bukan manusia. 199 00:18:29,750 --> 00:18:31,040 Mereka makhluk apa? 200 00:18:31,708 --> 00:18:33,878 Mereka ialah bayangan kita. 201 00:18:37,208 --> 00:18:38,208 Cico… 202 00:18:38,958 --> 00:18:40,828 Awak tahu jalan balik. 203 00:19:43,541 --> 00:19:45,331 Mereka ada bersama kita, Eric. 204 00:19:48,583 --> 00:19:50,713 Selagi manusia wujud. 205 00:19:56,833 --> 00:19:57,833 Eric! 206 00:19:58,375 --> 00:20:01,075 Bertenang. Saya perlu bercakap dengan awak. 207 00:20:02,333 --> 00:20:03,753 Tapi jauh dari sini. 208 00:20:09,291 --> 00:20:10,211 Masuk dalam kereta. 209 00:20:31,416 --> 00:20:32,996 Awak tak rindu rumah awak? 210 00:20:33,083 --> 00:20:36,333 - Nenek, saya nak balik! - Kenapa, sayang? 211 00:20:36,416 --> 00:20:38,916 - Saya tak nak berada di sini lagi! - Ada sesuatu berlaku? 212 00:20:39,000 --> 00:20:42,210 Baiklah. Mari kita pergi. 213 00:20:42,291 --> 00:20:46,751 Maaf, Januari. Nanti saya telefon, okey? Selamat tinggal. 214 00:20:46,833 --> 00:20:47,793 Bertenang. 215 00:21:01,583 --> 00:21:02,503 Luna? 216 00:21:04,333 --> 00:21:05,253 Luna! 217 00:21:08,750 --> 00:21:09,580 Luna? 218 00:21:12,916 --> 00:21:13,826 Ia dah mati. 219 00:21:14,625 --> 00:21:15,745 Siapa yang mati, sayang? 220 00:21:21,666 --> 00:21:23,416 Jangan takut, sayang. 221 00:21:23,500 --> 00:21:25,170 Kematian adalah sebahagian daripada kehidupan. 222 00:21:26,000 --> 00:21:29,000 Burung itu pergi ke syurga dengan ibu awak. 223 00:21:33,208 --> 00:21:36,628 Duyung, Iara, Siren… Setiap orang berikan nama berbeza. 224 00:21:39,166 --> 00:21:40,576 Kenapa awak cuba bunuh saya? 225 00:21:49,166 --> 00:21:50,746 Orang yang saya cinta bunuh saya. 226 00:21:57,500 --> 00:21:59,670 Tapi apabila air laut hidupkan saya semula, 227 00:22:00,625 --> 00:22:02,495 saya mula pikat lelaki untuk bunuh mereka. 228 00:22:04,541 --> 00:22:05,961 Itu sumpahan saya. 229 00:22:07,666 --> 00:22:09,206 Tapi awak terlepas. 230 00:22:09,791 --> 00:22:11,131 Hanya awak yang terlepas. 231 00:22:14,500 --> 00:22:15,960 Adakah orang awak yang bunuh Gabriela? 232 00:22:18,041 --> 00:22:18,961 Saya tak tahu apa-apa. 233 00:22:20,333 --> 00:22:22,043 Tapi percayalah, 234 00:22:22,125 --> 00:22:23,705 jauhi Ines. 235 00:22:24,458 --> 00:22:25,878 Saya tak boleh percayakan awak semua. 236 00:22:25,958 --> 00:22:27,458 Saya cuma nak tolong. 237 00:22:33,000 --> 00:22:34,000 Hai, nenek. 238 00:22:36,500 --> 00:22:38,500 Baiklah, saya dalam perjalanan. Saya perlu pergi. 239 00:22:38,583 --> 00:22:40,043 Biar saya cuba bantu awak. 240 00:22:40,541 --> 00:22:42,541 Jangan pergi ke Cafofo, okey? 241 00:22:43,541 --> 00:22:44,381 Sekejap. 242 00:22:45,916 --> 00:22:47,126 Ini alamat saya. 243 00:22:47,958 --> 00:22:49,878 Jumpa di rumah saya, okey? 244 00:23:05,333 --> 00:23:07,583 Dia tak ikut persetujuan. 245 00:23:13,500 --> 00:23:14,830 Jangan terlalu lama. 246 00:23:48,250 --> 00:23:49,330 Hei. 247 00:24:03,250 --> 00:24:04,380 Selamat petang. 248 00:24:13,791 --> 00:24:15,131 Apa yang terjadi, nenek? 249 00:24:15,208 --> 00:24:17,418 Dia jumpa bangkai burung di laman. 250 00:24:17,500 --> 00:24:19,380 Apa maksud nenek dia jumpa bangkai burung? 251 00:24:19,458 --> 00:24:20,458 Saya tak tahu. 252 00:24:20,541 --> 00:24:23,881 Dia gali lubang untuk tanam ia 253 00:24:23,958 --> 00:24:26,578 dan tangannya calar-balar. 254 00:24:26,666 --> 00:24:28,036 Saya cuba bercakap dengan dia. 255 00:24:28,708 --> 00:24:30,168 Eric, dia tak okey. 256 00:24:30,791 --> 00:24:33,211 Dia mengingatkan saya kepada awak semasa awak kecil. 257 00:24:33,291 --> 00:24:36,671 - Kenapa dengan saya? - Susah nak cakap. 258 00:24:36,750 --> 00:24:38,880 Awak juga sama seperti dia. 259 00:24:38,958 --> 00:24:42,828 Awak sukar tidur dan nampak tak tenteram. 260 00:24:43,333 --> 00:24:47,633 - Saya dah okey, bukan? - Selepas awak berubat secara tradisi. 261 00:24:47,708 --> 00:24:50,998 - Sudahlah, nenek. - Tunggu sekejap. 262 00:24:51,083 --> 00:24:54,043 Dia sembuhkan awak dan mimpi ngeri awak berhenti. 263 00:24:54,125 --> 00:24:56,875 - Saya rasa kita patut bawa Luna juga... - Tidak. 264 00:24:56,958 --> 00:24:58,628 Kita dah bincang tentang ini. 265 00:24:58,708 --> 00:25:01,078 - Dia cuma perlukan masa... - Tidak. 266 00:25:01,166 --> 00:25:02,706 Dia perlukan awak. 267 00:25:02,791 --> 00:25:05,381 - Tapi saya ada di sini! - Tidak! 268 00:25:06,666 --> 00:25:09,126 Awak tak pernah ada di rumah! Awak langsung tak jenguk dia! 269 00:25:09,208 --> 00:25:11,748 Saya tak tahu apa yang awak fikirkan, Eric! 270 00:25:12,375 --> 00:25:15,705 - Saya perlu tahu apa yang berlaku... - Ia tak penting lagi! 271 00:25:15,791 --> 00:25:19,251 Luna ada di sini sekarang dan dia perlukan awak. 272 00:25:27,041 --> 00:25:29,381 Luna kata kita perlu buat keputusan? 273 00:25:29,458 --> 00:25:32,708 Tidak, pengetua sekolah yang kata. Awak dengar atau tak? 274 00:25:33,208 --> 00:25:35,208 Sudah tentu, sayang. Maaf, saya terganggu. 275 00:25:36,166 --> 00:25:39,326 Awak tak pernah dengar apabila saya cakap tentang hal sekolah Luna. 276 00:25:39,416 --> 00:25:42,376 Sudah tentu saya dengar, Gabi. Tapi saya tahu awak boleh uruskannya. 277 00:25:42,458 --> 00:25:46,578 Ya. Tepat sekali. Awak selalu serahkan semuanya kepada saya. 278 00:25:48,666 --> 00:25:51,916 Awak perlu belajar uruskannya seolah-olah saya sudah tiada. 279 00:25:52,416 --> 00:25:54,876 Sayang, jangan begitu. Saya akan tolong bila boleh. 280 00:25:54,958 --> 00:25:57,078 Saya tak perlukan bantuan sebagai ibu dia. 281 00:25:57,625 --> 00:25:59,785 Saya nak awak jadi ayah dia. 282 00:26:48,375 --> 00:26:50,575 Hai, saya nak jumpa Camila. 283 00:26:51,125 --> 00:26:52,375 Camila tiada di sini. 284 00:26:53,041 --> 00:26:55,751 Dia tiada? Awak ada nampak dia balik hari ini? 285 00:26:58,458 --> 00:27:00,288 Jangan risau. Kami saling mengenali. 286 00:27:01,666 --> 00:27:02,956 Sebenarnya… 287 00:27:03,791 --> 00:27:06,711 Dia ada balik tadi tapi tak masuk. 288 00:27:06,791 --> 00:27:09,001 Saya nampak dia pergi dengan kawannya. 289 00:27:09,083 --> 00:27:10,543 - Kawan? - Ya. 290 00:27:10,625 --> 00:27:11,995 Lelaki bertubuh besar. 291 00:27:12,875 --> 00:27:14,035 Berjanggut lebat. 292 00:27:15,500 --> 00:27:16,580 Baiklah, terima kasih. 293 00:27:21,000 --> 00:27:22,250 Aduh, Tutu! 294 00:28:21,875 --> 00:28:23,125 Tumpang tanya. 295 00:28:23,791 --> 00:28:26,461 Hai. 296 00:28:26,541 --> 00:28:28,751 - Awak ada nampak Camila? - Camila? 297 00:28:28,833 --> 00:28:30,753 - Penyanyi itu. - Tidak. 298 00:28:33,708 --> 00:28:36,878 Hei. Saya cuma nak hantar pesanan. 299 00:28:37,375 --> 00:28:39,705 Camila menunggu awak di bilik persalinannya. 300 00:30:51,125 --> 00:30:53,035 Lama awak mencari di sini. 301 00:30:58,291 --> 00:31:03,041 Tapi ada benda di dunia ini yang tak ditakdirkan ditemui. 302 00:31:06,541 --> 00:31:07,671 Di mana Camila? 303 00:31:09,791 --> 00:31:11,711 Camila boleh jaga diri sendiri. 304 00:31:12,666 --> 00:31:15,286 Dia belajar dengan cara paling sukar. 305 00:31:16,166 --> 00:31:17,456 Apa maksud awak? 306 00:31:21,541 --> 00:31:22,711 Saya tak nak buang masa dengan awak. 307 00:31:22,791 --> 00:31:26,131 Semuanya bermula dengan bayang-bayang di bilik tidur awak. 308 00:31:27,291 --> 00:31:29,541 Awak fikir ia seperti raksasa. 309 00:31:30,291 --> 00:31:32,381 Awak ada masalah untuk tidur. 310 00:31:33,125 --> 00:31:36,035 Awak akan panggil mak awak dan dia akan datang pada awak. 311 00:31:37,208 --> 00:31:38,788 Ia dalam diri awak, Eric. 312 00:31:39,750 --> 00:31:44,580 Awak mungkin akan pergi dari sini, tapi ia sentiasa ada dalam kepala awak. 313 00:31:47,291 --> 00:31:48,671 Mari dekat saya, okey? 314 00:31:49,166 --> 00:31:51,206 Mari duduk di sini, sayang. 315 00:31:51,791 --> 00:31:52,671 Mari. 316 00:31:53,625 --> 00:31:54,575 Duduk. 317 00:31:55,083 --> 00:31:58,173 Cuba untuk lupakan adalah sia-sia, sama seperti cuba untuk tidur. 318 00:31:59,000 --> 00:32:01,500 Seolah-olah ada orang menekan dada awak. 319 00:32:01,583 --> 00:32:02,753 ...di dada awak. 320 00:32:03,791 --> 00:32:06,331 Awak cuba bangun, tapi tak boleh. 321 00:32:07,333 --> 00:32:10,003 Awak nak jerit, tapi tak ada suara. 322 00:32:10,708 --> 00:32:14,288 Tidurlah, sayang 323 00:32:14,833 --> 00:32:19,293 Cuca akan datang menangkap awak 324 00:32:20,166 --> 00:32:25,076 Ayah keluar di lapangan 325 00:32:25,583 --> 00:32:30,333 Ibu pergi bekerja 326 00:33:49,750 --> 00:33:52,830 ...ku seru dikau, sahut seruanku, Tuhan Oxala… 327 00:36:59,833 --> 00:37:02,673 Terjemahan sari kata oleh Nuraliya Mazlan