1 00:00:13,821 --> 00:00:16,901 SIRI ASLI NETFLIX 2 00:00:25,621 --> 00:00:28,301 Di negara golongan miskinnya tidak dipedulikan… 3 00:00:33,501 --> 00:00:35,901 dan golongan kaya tidak menanggung akibat, 4 00:00:40,141 --> 00:00:45,741 keputusan tidak ditentukan oleh mahkamah 5 00:00:50,021 --> 00:00:52,821 tapi berdasarkan jumlah duit yang mereka miliki. 6 00:02:17,861 --> 00:02:22,981 MINNIE DAN EMPAT MAYAT 7 00:02:27,341 --> 00:02:30,301 Saya fikir kita takkan ke mana-mana 8 00:02:31,141 --> 00:02:32,581 kalau awak tak berterus terang. 9 00:02:32,661 --> 00:02:35,141 Puan boleh terus tanya saya, tapi saya tetap akan cakap 10 00:02:35,221 --> 00:02:38,541 saya tak tipu dalam peperiksaan. Puan cuma nak cari salah saya. 11 00:02:38,621 --> 00:02:42,181 Sebab itulah saya nak jumpa awak, En. Songkiat. 12 00:02:42,261 --> 00:02:44,061 Awak tak ada bukti, pengetua. 13 00:02:44,141 --> 00:02:46,701 Kenapa tak cekik saya sampai saya mengaku? 14 00:02:47,541 --> 00:02:49,261 Tak perlu panggil ayah saya ke sini. 15 00:02:54,661 --> 00:02:56,501 Minta maaf kepada pengetua sekarang. 16 00:02:57,101 --> 00:02:57,981 Ayah. 17 00:02:58,061 --> 00:02:58,901 Minnie. 18 00:03:02,261 --> 00:03:03,141 Saya minta maaf. 19 00:03:06,461 --> 00:03:09,741 Pandang dia dan cakap elok-elok. 20 00:03:15,461 --> 00:03:17,861 Maafkan saya, pengetua. 21 00:03:25,261 --> 00:03:29,261 - Penipuan tidak diterima di sekolah ini. - Saya tahu. 22 00:03:29,341 --> 00:03:31,941 Sebab itulah saya akan derma satu juta baht 23 00:03:32,021 --> 00:03:34,581 untuk menebus kelakuan buruk anak saya. 24 00:03:38,221 --> 00:03:41,141 Tapi Minnie tetap perlu dihukum. 25 00:03:43,221 --> 00:03:44,261 Saya faham. 26 00:03:46,021 --> 00:03:50,301 Saya tulis cek atas nama awak? 27 00:03:56,861 --> 00:04:01,941 Awak perlu cuci tandas bangunan empat sepanjang semester ini. 28 00:04:02,021 --> 00:04:03,221 Awak faham tak, Minnie? 29 00:04:08,621 --> 00:04:09,621 Saya faham. 30 00:04:11,541 --> 00:04:12,661 Kenapa ayah pukul saya? 31 00:04:12,741 --> 00:04:14,861 Kalau tidak, kamu akan dibuang sekolah. 32 00:04:14,941 --> 00:04:16,181 Biarlah. Saya tak peduli. 33 00:04:16,261 --> 00:04:18,781 Ayah peduli. Ayah tak mahu cari sekolah lain untuk kamu. 34 00:04:18,861 --> 00:04:20,861 - Mesti ada orang beritahu dia. - Dengar. 35 00:04:20,941 --> 00:04:22,621 Boleh tak kamu berhenti merungut? 36 00:04:22,701 --> 00:04:24,621 Tak cukupkah kamu malukan ayah? 37 00:04:25,741 --> 00:04:30,181 Tapi pengetua tak ada bukti. Berani dia hukum saya? 38 00:04:30,261 --> 00:04:33,821 Kamu bodoh. Kamu berikan jawapan yang sama. 39 00:04:34,421 --> 00:04:35,781 Patutlah kamu ditangkap. 40 00:04:35,861 --> 00:04:38,421 Ayah tak fikir kemungkinan kawan saya yang tiru saya? 41 00:04:41,141 --> 00:04:45,541 Ayah bukan pengetua. Kamu tak perlu tipu ayah. 42 00:04:47,061 --> 00:04:51,301 Ayah tahu perangai kamu yang tak pernah mengaku salah 43 00:04:51,381 --> 00:04:53,461 atau apa saja perbuatan kamu. 44 00:04:57,581 --> 00:04:58,901 Cubalah jadi bijak. 45 00:05:03,781 --> 00:05:07,741 Ayah akan ambil kereta kamu dan kamu dihukum selama sebulan. 46 00:05:07,821 --> 00:05:10,581 Kamu tak boleh keluar rumah selepas pukul 6:00 petang. 47 00:05:10,661 --> 00:05:13,101 Ayah dah gila? Ayah tak boleh buat begitu. 48 00:05:13,181 --> 00:05:17,581 Ayah baru bayar sejuta baht untuk pastikan kamu tak dibuang sekolah. 49 00:05:17,661 --> 00:05:19,181 - Tapi… - Tapi apa? 50 00:05:24,381 --> 00:05:30,541 MEMANGGIL 51 00:05:31,421 --> 00:05:34,021 Apa khabar, Cik Minnie? 52 00:05:34,101 --> 00:05:36,461 Je, saya dalam perjalanan untuk jemput awak. 53 00:05:36,541 --> 00:05:39,021 Kita nak ke mana? Awak sedang memandu? 54 00:05:40,101 --> 00:05:41,181 Ya. 55 00:05:41,261 --> 00:05:44,221 Bukankah awak dilarang keluar selepas 6:00 petang? 56 00:05:44,301 --> 00:05:45,501 Lantaklah. 57 00:05:45,581 --> 00:05:48,421 Macam mana dia hukum saya tanpa bukti? 58 00:05:50,461 --> 00:05:51,541 Sekejap. 59 00:05:52,501 --> 00:05:57,741 Awak fikir Ploen benarkan saya tiru dia kemudian laporkan saya? 60 00:05:57,821 --> 00:05:59,221 Kenapa dia nak buat begitu? 61 00:05:59,301 --> 00:06:01,981 Dia cemburu awak lebih kaya daripada dia? 62 00:06:03,701 --> 00:06:06,381 Awak dah masukkan duit itu dalam talian? 63 00:06:06,461 --> 00:06:08,381 Dia boleh guna itu sebagai bukti. 64 00:06:10,101 --> 00:06:12,461 Tak. Saya bayar dia secara tunai. 65 00:06:14,661 --> 00:06:18,101 Tapi macam mana pengetua boleh hukum awak tanpa sebarang bukti? 66 00:06:18,181 --> 00:06:19,501 Saya rasa itu salah. 67 00:06:24,381 --> 00:06:25,221 Betul. 68 00:06:25,821 --> 00:06:31,981 Sebab itulah kita akan lupakan perintah berkurung dan parti sampai pagi. 69 00:06:32,701 --> 00:06:34,621 Baiklah. Saya setuju. 70 00:06:34,701 --> 00:06:35,781 Macam itulah. 71 00:06:35,861 --> 00:06:39,541 Saya baru nak lalu sekolah. Kejap lagi saya sampai. Jumpa lagi. 72 00:06:39,621 --> 00:06:41,061 Okey. Jumpa lagi. 73 00:06:41,141 --> 00:06:42,101 Selamat tinggal. 74 00:06:42,181 --> 00:06:43,941 Selamat tinggal, Cik Minnie. 75 00:07:44,941 --> 00:07:45,901 Nanno. 76 00:08:04,661 --> 00:08:05,621 Ploen. 77 00:08:10,821 --> 00:08:13,781 Minnie, tolong saya. 78 00:08:28,061 --> 00:08:32,261 Awak fikir Ploen benarkan saya tiru dia kemudian laporkan saya? 79 00:08:45,101 --> 00:08:47,141 Kenapa awak tak nak tolong kawan awak, Minnie? 80 00:08:57,901 --> 00:08:58,741 Ploen. 81 00:09:38,061 --> 00:09:39,861 Ayah, tolong saya. 82 00:09:40,541 --> 00:09:45,421 Berita terkini. Kami terima laporan kemalangan. 83 00:09:45,501 --> 00:09:49,141 Sebuah kereta merempuh bas mini sekolah. 84 00:09:49,221 --> 00:09:50,181 Ada pelajar… 85 00:09:50,261 --> 00:09:55,901 Ini nama empat mangsa yang berusia 17 hingga 18 tahun. 86 00:09:55,981 --> 00:09:59,741 Pemandu dan keempat-empat mangsa dijangka rakan sekolah. 87 00:09:59,821 --> 00:10:01,781 Mari cakap dengan ayah dia. 88 00:10:01,861 --> 00:10:04,901 Maaf, awak ayah Minnie? 89 00:10:04,981 --> 00:10:07,901 Boleh awak beritahu bagaimana kemalangan berlaku? 90 00:10:08,821 --> 00:10:12,661 Maafkan saya. Anak saya masih terkejut. 91 00:10:13,421 --> 00:10:16,381 Dia belum bersedia untuk ditemu bual. 92 00:10:16,461 --> 00:10:19,221 Sebab dia minum? 93 00:10:20,021 --> 00:10:21,821 Tiada alkohol terlibat. 94 00:10:23,101 --> 00:10:26,061 - Tak ada langsung. - Polis dah buat ujian alkohol? 95 00:10:26,821 --> 00:10:29,901 Saya kata tak ada alkohol. Dia belum bersedia untuk ditemu bual. 96 00:10:29,981 --> 00:10:32,781 Kami akan maklumkan sebarang perkembangan terkini. 97 00:10:32,861 --> 00:10:36,981 Saya pasti kes ini akan menarik perhatian orang ramai. Kita perlu lihat… 98 00:10:43,021 --> 00:10:45,941 Kamu nampak apa kamu dah buat? 99 00:10:48,541 --> 00:10:52,141 Ayah larang kamu keluar rumah. Jadi, kenapa kamu keluar? 100 00:10:55,181 --> 00:10:57,981 Saya tak sangka keadaan jadi begini. 101 00:10:58,661 --> 00:10:59,501 Brek kereta 102 00:11:00,701 --> 00:11:02,701 tiba-tiba tak berfungsi. 103 00:11:02,781 --> 00:11:05,701 Kamu menipu lagi? Kamu enggan bertanggungjawab? 104 00:11:08,941 --> 00:11:12,301 Saya tak tipu. Brek rosak. 105 00:11:15,021 --> 00:11:18,021 Dia kata brek rosak. Kenapa awak tak percayakan dia? 106 00:11:20,421 --> 00:11:21,421 Brek rosak? 107 00:11:22,821 --> 00:11:27,621 Dengar sini. Kalau saya tak keluarkan botol wain dari kereta, 108 00:11:29,581 --> 00:11:31,061 dia akan dipenjarakan sekarang. 109 00:11:32,221 --> 00:11:33,301 Benarkah? 110 00:11:33,941 --> 00:11:36,941 Tapi memang betul brek rosak. 111 00:11:39,021 --> 00:11:41,301 Ayah fikir saya nak langgar orang dengan kereta? 112 00:11:41,861 --> 00:11:45,061 Betul cakap dia. Kita patut tolong dia. 113 00:11:46,381 --> 00:11:50,101 Anak tak guna. Berapa lama lagi ayah perlu selesaikan masalah kamu? 114 00:11:53,381 --> 00:11:54,981 Ayah mesti tolong saya. 115 00:11:58,621 --> 00:12:02,581 Saham syarikat ayah akan jatuh menjunam kalau kamu didakwa. 116 00:12:03,621 --> 00:12:06,701 Jadi tutup mulut kamu. 117 00:12:09,101 --> 00:12:11,381 Ikut saja cakap ayah. 118 00:12:15,781 --> 00:12:16,981 Faham? 119 00:12:24,541 --> 00:12:25,901 Itu dia datang. 120 00:12:26,461 --> 00:12:28,221 Berani dia datang ke sekolah? 121 00:12:28,301 --> 00:12:30,021 Saya pasti dia mabuk semalam. 122 00:12:30,581 --> 00:12:32,341 Dia boleh buat-buat tak tahu? 123 00:13:15,141 --> 00:13:16,101 Je. 124 00:13:20,821 --> 00:13:21,901 Minnie. 125 00:13:32,981 --> 00:13:37,341 Kemalangan itu berlaku kerana brek rosak. 126 00:13:37,421 --> 00:13:40,861 Minnie tak mabuk semasa memandu. 127 00:13:41,541 --> 00:13:45,781 Saya boleh kata begitu dengan yakin kerana 128 00:13:47,101 --> 00:13:49,901 dia tak pernah minum alkohol walau setitik dalam hidupnya. 129 00:13:50,781 --> 00:13:52,661 Mengarut. 130 00:13:52,741 --> 00:13:55,301 Biar betul? Senang saja dia menipu. Dia tak pernah minum? 131 00:13:55,381 --> 00:13:56,781 Saya pernah nampak dia minum. 132 00:13:57,261 --> 00:14:00,621 Satu sekolah nampak dia mabuk dan muntah masa Tahun Baharu. 133 00:14:00,701 --> 00:14:03,061 Dia tentu akan terlepas. 134 00:14:03,141 --> 00:14:05,741 Tentulah. Ayah dia kaya. 135 00:14:05,821 --> 00:14:09,301 Tolong beri peluang kepada Minnie untuk buktikan dia tak bersalah. 136 00:14:11,021 --> 00:14:13,381 MINNIE BETINA HARAM. 137 00:14:13,461 --> 00:14:16,101 AWAK BUNUH EMPAT ORANG TANPA DIHUKUM. 138 00:14:20,541 --> 00:14:24,421 TIKAM DIA SAMPAI MATI DENGAN GARPU. DIA PATUT MATI EMPAT KALI. 139 00:14:31,181 --> 00:14:32,421 Ploen anak yang baik. 140 00:14:32,501 --> 00:14:33,701 IBU BAPA PLOEN 141 00:14:33,781 --> 00:14:36,061 Dia selalu tolong saya di rumah apabila dia balik. 142 00:14:36,781 --> 00:14:41,461 Dia tolong kami di kedai. Kami berharap dia akan menyara kami suatu hari nanti. 143 00:14:41,541 --> 00:14:43,861 Saya mahu mahkamah membuat pertimbangan yang adil 144 00:14:44,701 --> 00:14:46,301 dan tak menyebelahi penjenayah. 145 00:14:47,421 --> 00:14:50,901 Minnie ada datang untuk minta maaf pada awak? 146 00:14:51,501 --> 00:14:52,901 Dia tak datang jumpa kami. 147 00:14:54,181 --> 00:14:57,861 Itulah reaksi ahli keluarga salah seorang mangsa. 148 00:14:57,941 --> 00:15:00,941 Kita perlu lihat perkembangan kes ini. 149 00:15:01,021 --> 00:15:04,381 Masih tidak dapat dijangka jika kes ini adalah 150 00:15:04,461 --> 00:15:08,461 satu lagi contoh seorang pewaris kaya didapati tidak bersalah. 151 00:15:13,341 --> 00:15:17,181 Ayah suruh peguam buat kenyataan. Kamu mesti hafal. 152 00:15:26,901 --> 00:15:30,101 Ayah nak saya salahkan pemandu bas sebab letak bas secara melulu? 153 00:15:30,181 --> 00:15:32,541 Ikut saja cakap ayah. Jangan tanya. 154 00:15:37,501 --> 00:15:39,061 Ayah tahu saya tak pandai menipu. 155 00:15:43,061 --> 00:15:44,301 Tak pandai menipu? 156 00:15:45,621 --> 00:15:48,661 Kamu tak ada masalah berbohong tentang menipu semasa peperiksaan. 157 00:15:51,221 --> 00:15:54,621 Itu tak sama. Saya tak boleh buat semua ini. 158 00:15:56,661 --> 00:15:57,941 Selepas apa yang berlaku, 159 00:15:58,981 --> 00:16:03,141 ayah rasa cukup malu dengan semua orang mengutuk ayah. 160 00:16:05,261 --> 00:16:07,341 Kamu nak malukan ayah lagi? 161 00:16:09,621 --> 00:16:10,541 Itu yang kamu mahu? 162 00:16:16,701 --> 00:16:21,141 DEFENDAN MENDAKWA DIA SEDANG MEMANDU 163 00:16:21,221 --> 00:16:23,941 SECARA BERTIMBANG RASA DAN BERHATI-HATI. 164 00:16:27,421 --> 00:16:29,501 KAWASAN ITU TERBIAR. 165 00:16:32,501 --> 00:16:34,741 KEMALANGAN ITU DISEBABKAN KECUAIAN. 166 00:16:57,341 --> 00:17:00,341 Apa perasaan awak tentang testimoni pertama awak? 167 00:17:00,941 --> 00:17:04,381 Maaf, dia tak boleh cakap apa-apa sebab ia mungkin menjejaskan kes ini. 168 00:17:14,701 --> 00:17:18,100 Ini wain yang awak minum malam itu? 169 00:17:23,941 --> 00:17:27,581 Awak ada minum alkohol pada malam itu? 170 00:17:29,901 --> 00:17:31,340 - Ada tak? - Betulkah? 171 00:17:31,421 --> 00:17:33,901 Tolong jawab soalan itu. 172 00:17:33,981 --> 00:17:37,821 Awak ada minum alkohol? Tolong jawab soalan saya, Minnie. 173 00:17:37,901 --> 00:17:41,861 Awak minum alkohol? Tolong jawab soalan itu. 174 00:18:19,421 --> 00:18:23,621 ANGKAT TANGAN KALAU MAHU LIHAT #MINNIE4JASAD DIHUKUM 175 00:18:26,501 --> 00:18:31,941 MARI UNDI BAGAIMANA #MINNIE4JASAD PATUT DIHUKUM 176 00:18:35,061 --> 00:18:36,621 KELAR MUKA DIA #MINNIE4JASAD 177 00:18:36,701 --> 00:18:38,621 BELASAH SAMPAI GIGI TERCABUT #MINNIE4JASAD 178 00:18:38,701 --> 00:18:41,821 SAYA AKAN BUNUH ANAK SAYA JIKA DIA BODOH SEPERTI #MINNIE4JASAD 179 00:18:45,621 --> 00:18:48,661 BUNUH DAN KERAT JASAD DIA #MINNIE4JASAD 180 00:19:49,261 --> 00:19:52,341 Je, kenapa awak mengelak daripada saya? 181 00:19:53,181 --> 00:19:54,781 Taklah. 182 00:19:54,861 --> 00:19:56,101 Jangan menafikannya. 183 00:19:56,181 --> 00:19:57,821 Lupakan mereka yang benci saya. 184 00:19:58,501 --> 00:20:00,581 Kita cakap melalui telefon malam itu. 185 00:20:01,181 --> 00:20:02,221 Tapi… 186 00:20:02,861 --> 00:20:04,461 Tapi apa? Cakaplah. 187 00:20:05,021 --> 00:20:07,901 Saya dah kata brek saya rosak. 188 00:20:08,901 --> 00:20:10,781 Awak tak percayakan saya? 189 00:20:12,701 --> 00:20:15,221 Je, awak mesti percayakan saya. 190 00:20:17,301 --> 00:20:21,341 Baiklah. Saya percayakan awak, tapi… 191 00:20:22,421 --> 00:20:24,341 - Tapi saya… - Tapi awak apa? 192 00:20:27,941 --> 00:20:29,621 Cakap sajalah. 193 00:20:30,581 --> 00:20:32,301 - Saya nampak… - Apa? 194 00:20:33,661 --> 00:20:38,581 Saya nampak mereka berempat selalu mengekori awak. 195 00:22:34,421 --> 00:22:35,421 Nanno. 196 00:22:59,861 --> 00:23:00,861 Mana? 197 00:23:02,701 --> 00:23:04,661 Awak tak sabar seperti anak awak. 198 00:23:25,501 --> 00:23:28,461 Awak pasti ini saja salinannya? 199 00:23:33,381 --> 00:23:36,741 Saya tak tahu macam mana awak boleh dapat gambar-gambar ini. 200 00:23:38,181 --> 00:23:40,101 Saya dah suruh polis padamkan. 201 00:23:45,701 --> 00:23:47,981 Saya akan bayar sekali saja. 202 00:23:50,461 --> 00:23:52,541 Kalau gambar ini muncul lagi, 203 00:23:54,541 --> 00:23:56,781 saya tak boleh jamin keselamatan awak. 204 00:24:12,301 --> 00:24:15,061 Dalam overtur opera Marriage of Figaro, 205 00:24:15,141 --> 00:24:17,621 komposer Austria terkenal, Mozart 206 00:24:17,701 --> 00:24:21,501 melagakan bunyi biola dan alat tiup kayu. 207 00:24:34,581 --> 00:24:39,581 Kita kembali kepada kes Minnie yang mendapat perhatian orang ramai. 208 00:24:39,661 --> 00:24:42,581 Kes itu mendapat kritikan dan orang ramai meluahkan kebimbangan 209 00:24:42,661 --> 00:24:43,901 tentang isu ketelusan. 210 00:24:45,781 --> 00:24:50,301 Kalau awak terlepas, saya sendiri akan bunuh awak. 211 00:24:58,461 --> 00:25:01,101 Kenapa awak tak nak tolong kawan awak, Minnie? 212 00:25:37,421 --> 00:25:39,061 Saya nampak keempat-empat mangsa 213 00:25:40,741 --> 00:25:42,781 selalu ikut saya. 214 00:25:46,221 --> 00:25:47,821 Saya dah tak tahan, mak. 215 00:25:51,021 --> 00:25:52,501 Bertenang, sayang. 216 00:25:54,461 --> 00:25:56,261 Kamu hanya membayangkannya. 217 00:25:58,221 --> 00:26:01,661 Kamu kata brek rosak. Brek tak berfungsi. 218 00:26:06,741 --> 00:26:08,141 Bukan salah kamu. 219 00:26:08,901 --> 00:26:11,701 Orang asyik salahkan kamu sampai kamu fikir kamu bersalah. 220 00:26:13,021 --> 00:26:17,221 Kita patut fokus pada kes mahkamah. 221 00:26:17,821 --> 00:26:21,061 Ikut cakap ayah kamu, okey? 222 00:26:57,981 --> 00:27:01,581 Maklumat terkini tentang kes yang menarik perhatian orang ramai. 223 00:27:01,661 --> 00:27:02,941 Hari ini, Mahkamah Juvenil 224 00:27:03,021 --> 00:27:06,181 memberi keputusan untuk kes Minnie 4 Jasad. 225 00:27:06,781 --> 00:27:11,421 Kedua-dua pihak didapati menyebabkan kemalangan akibat kecuaian. 226 00:27:11,501 --> 00:27:15,941 Bas mini itu diletakkan di tempat yang boleh menyebabkan kemalangan. 227 00:27:16,021 --> 00:27:21,301 Minnie diarahkan membayar 300,000 baht sebagai pampasan 228 00:27:21,381 --> 00:27:23,701 kepada setiap keluarga mangsa 229 00:27:23,781 --> 00:27:28,141 dan dia perlu melengkapkan 300 jam khidmat masyarakat. 230 00:28:00,501 --> 00:28:03,501 Jangan risau, sayang. Semua okey. 231 00:28:14,261 --> 00:28:16,221 Awak bersalah. 232 00:28:17,261 --> 00:28:18,981 Awak seorang pembunuh. 233 00:28:19,061 --> 00:28:20,381 Awak rasa awak boleh lari? 234 00:28:20,461 --> 00:28:22,141 - Awak bunuh mereka. - Bukan salah saya. 235 00:28:22,221 --> 00:28:23,901 - Awak tahu. - Bukan salah saya. 236 00:28:23,981 --> 00:28:27,221 - Bukan salah saya. - Kenapa, Minnie? 237 00:28:30,221 --> 00:28:31,501 Kenapa? 238 00:28:33,661 --> 00:28:37,781 Puan, brek tak berfungsi. 239 00:29:31,661 --> 00:29:37,581 Selamat datang ke Angkat Tangan Jika Mahu Lihat Minnie Dihukum. 240 00:29:40,141 --> 00:29:43,341 Tahu tak ramai orang nak jumpa awak? 241 00:29:43,421 --> 00:29:45,421 Awak lebih terkenal daripada selebriti. 242 00:29:47,461 --> 00:29:49,501 Mari keluar! 243 00:29:56,781 --> 00:29:57,981 Kamu siapa? 244 00:30:00,221 --> 00:30:03,341 Mereka cuma orang yang nak tengok awak dihukum. 245 00:30:04,141 --> 00:30:07,461 Awak tahu berapa ramai? 246 00:30:08,861 --> 00:30:12,301 Baiklah. Awak dah bersedia untuk dengar keputusan penonton di rumah? 247 00:30:13,941 --> 00:30:15,581 Tempat keempat. 248 00:30:15,661 --> 00:30:21,021 "Patahkan kaki Minnie sebab tak tekan brek dan menyebabkan tragedi ini." 249 00:30:23,221 --> 00:30:24,861 Lakukannya! 250 00:30:55,101 --> 00:30:57,581 Mari kita teruskan. Tempat ketiga. 251 00:30:58,661 --> 00:31:02,261 "Pukul sampai gigi dia tercabut sebab dia selalu menipu." Betul. 252 00:31:02,341 --> 00:31:04,861 Tak malu. Memang betul. 253 00:31:14,341 --> 00:31:17,181 Giginya masih ada selepas banyak kali ditampar. 254 00:31:17,981 --> 00:31:19,661 Nak cuba cara lain? 255 00:31:48,141 --> 00:31:49,981 Semua gigi awak sudah tercabut 256 00:31:51,901 --> 00:31:53,421 tapi awak masih hidup. 257 00:31:54,021 --> 00:31:56,981 Kita tak boleh teruskan kalau awak tak mati. 258 00:32:11,461 --> 00:32:12,901 Ayuh! 259 00:32:32,501 --> 00:32:33,941 Kejutan! 260 00:32:35,101 --> 00:32:36,661 Jangan terkejut. 261 00:32:37,181 --> 00:32:41,901 Ini hanya tempat kedua. Ia cadangan ibu bapa Ploen. 262 00:32:43,621 --> 00:32:45,341 Sila keluar! 263 00:32:55,421 --> 00:32:59,341 Awak buat salah, tapi awak takkan mengaku, bukan? 264 00:33:01,221 --> 00:33:03,381 Bukan salah saya. Brek kereta rosak. 265 00:33:07,141 --> 00:33:09,181 Bukan salah saya. 266 00:33:12,221 --> 00:33:14,421 Bukan salah saya! 267 00:33:18,461 --> 00:33:20,861 Bukan salah saya! 268 00:33:25,021 --> 00:33:27,261 Bukan salah saya! 269 00:34:16,821 --> 00:34:20,541 Ayah, ada orang nak bunuh kita. Kita mesti lari. 270 00:34:21,101 --> 00:34:22,781 Kamu tak perlu takut, Minnie. 271 00:34:23,260 --> 00:34:24,260 Semua dah berakhir. 272 00:34:25,061 --> 00:34:26,341 Tiada siapa akan bunuh kita. 273 00:34:32,180 --> 00:34:33,260 Ayah pasti? 274 00:34:34,621 --> 00:34:38,381 Sudah tentu. Mari sini. Jangan takut. 275 00:34:39,941 --> 00:34:41,861 Okey? Jangan takut. 276 00:34:44,901 --> 00:34:46,740 Tiada siapa akan menyakiti kamu. 277 00:34:57,141 --> 00:34:58,981 Ayah. 278 00:35:00,101 --> 00:35:02,701 Ayah, saya tak boleh bernafas. Ayah. 279 00:35:02,781 --> 00:35:05,381 Ayah, lepaskan saya. Ayah. 280 00:35:15,621 --> 00:35:17,301 Awak masih tak sedar, Minnie? 281 00:35:17,861 --> 00:35:21,181 Satu-satunya orang yang menyakiti awak ialah ayah awak. 282 00:35:22,341 --> 00:35:25,461 Baiklah. Jawapan paling tinggi adalah, 283 00:35:25,541 --> 00:35:29,661 "Cekik anak saya sampai mati kerana setiap hari menyusahkan saya." 284 00:35:30,461 --> 00:35:34,661 Ini daripada En. Songkiat, ayah Minnie. 285 00:35:35,541 --> 00:35:38,341 Ayah, lepaskan saya! 286 00:35:43,661 --> 00:35:45,461 Ayah! 287 00:36:05,221 --> 00:36:08,901 Jangan takut, Minnie. Sakit sikit saja. 288 00:36:13,381 --> 00:36:15,821 Ayah. 289 00:37:22,901 --> 00:37:24,581 Apa khabar, Minnie? 290 00:37:30,021 --> 00:37:32,301 Kalau dari awal lagi awak mengaku, 291 00:37:33,381 --> 00:37:35,141 semua ini takkan berlaku. 292 00:37:39,981 --> 00:37:42,421 Tapi awak baru mati tiga kali. 293 00:37:48,781 --> 00:37:50,341 Awak dah penat? 294 00:37:57,381 --> 00:37:58,941 Berehatlah. 295 00:38:37,701 --> 00:38:40,341 Wah! Ada TV di sini. 296 00:38:42,061 --> 00:38:42,941 Bagusnya. 297 00:38:51,341 --> 00:38:55,621 Dalam berita hari ini, bukti penting telah ditemui 298 00:38:55,701 --> 00:38:58,861 yang mungkin menyebabkan polis membuka semula 299 00:38:58,941 --> 00:39:01,981 penyiasatan kes Minnie 4 Jasad. 300 00:39:02,061 --> 00:39:05,461 Seseorang menghantar gambar ini kepada wartawan kami. 301 00:39:05,541 --> 00:39:07,181 Mari kita lihat sama-sama. 302 00:39:13,821 --> 00:39:15,981 KES MINNIE 4 JASAD DIBUKA SEMULA SELEPAS BUKTI DITEMUI 303 00:39:16,061 --> 00:39:19,141 Selain gambar ini, ada juga rakaman suara. 304 00:39:19,221 --> 00:39:23,141 Suara dalam klip itu kononnya milik En. Songkiat, 305 00:39:23,221 --> 00:39:24,501 bapa Minnie. 306 00:39:24,581 --> 00:39:27,141 Bunyinya seperti dia mengugut seseorang yang tak dikenali 307 00:39:27,221 --> 00:39:30,141 supaya tidak membocorkan gambar-gambar ini. 308 00:39:31,221 --> 00:39:33,781 Saya akan bayar sekali saja. 309 00:39:33,861 --> 00:39:36,061 Kalau gambar ini muncul lagi, 310 00:39:36,781 --> 00:39:38,701 saya tak boleh jamin keselamatan awak. 311 00:39:41,101 --> 00:39:44,821 Mulai sekarang, En. Songkiat 312 00:39:46,181 --> 00:39:48,661 takkan dapat bantu awak lagi. 313 00:39:52,541 --> 00:39:54,741 Hanya ada satu cara saja untuk mengakhirinya. 314 00:39:57,341 --> 00:39:58,301 Ini caranya. 315 00:40:44,461 --> 00:40:45,901 Cuaca sangat baik malam ini. 316 00:41:38,541 --> 00:41:40,781 Kita bertemu lagi, Nanno. 317 00:41:44,821 --> 00:41:45,981 Helo, Yuri. 318 00:41:53,981 --> 00:41:55,141 Kejutan. 319 00:43:43,701 --> 00:43:48,701 Terjemahan sari kata oleh Zahirah Zainal