1 00:00:13,320 --> 00:00:17,000 SIRI ASLI NETFLIX 2 00:00:18,160 --> 00:00:21,600 PERATURAN SEKOLAH PANTANAWITTAYA 3 00:00:21,680 --> 00:00:26,040 Katanya semua perkara ada peraturan 4 00:00:27,840 --> 00:00:32,000 dan semua peraturan dibuat untuk kebaikan umum. 5 00:00:32,680 --> 00:00:34,360 PENGETUA KETUA KEBAJIKAN PELAJAR 6 00:00:34,440 --> 00:00:36,480 Tapi pembuat peraturan 7 00:00:36,560 --> 00:00:38,880 tak pernah mematuhinya dengan integriti. 8 00:00:42,440 --> 00:00:45,440 Jadi kita selalu dapati peraturan itu 9 00:00:45,960 --> 00:00:47,520 menjadi beban yang menekan orang 10 00:00:47,600 --> 00:00:48,960 dan terus menindas mereka 11 00:00:50,160 --> 00:00:52,000 yang mengikutnya. 12 00:00:55,000 --> 00:00:57,320 PERATURAN SEKOLAH PANTANAWITTAYA 13 00:00:57,880 --> 00:00:59,440 Dah tiba masa itu diubah. 14 00:02:59,160 --> 00:03:04,320 PEMBEBASAN 15 00:03:06,160 --> 00:03:09,040 Helo, saya Nanno. 16 00:03:09,120 --> 00:03:10,560 Selamat berkenalan. 17 00:03:12,560 --> 00:03:13,920 Pergi duduk di sana, Nanno. 18 00:03:25,880 --> 00:03:27,880 Saya Nanno. Siapa nama awak? 19 00:03:30,800 --> 00:03:32,520 Awak datang di pertengahan semester. 20 00:03:32,600 --> 00:03:34,880 Awak perlu berusaha lebih gigih, Nanno. 21 00:03:38,000 --> 00:03:42,160 Baik, semua. Buka buku ke bab empat, muka surat 128. 22 00:03:46,240 --> 00:03:48,360 Hei. Saya Mie. 23 00:03:59,720 --> 00:04:00,920 Apa yang berlaku di sana? 24 00:04:02,840 --> 00:04:04,680 Tiada apa, cikgu. Pen saya terjatuh. 25 00:04:05,240 --> 00:04:09,680 Hati-hati, Mie. Awak akan ganggu rakan sekelas awak. 26 00:04:10,240 --> 00:04:11,880 Ya, cikgu. Maafkan saya. 27 00:04:15,520 --> 00:04:16,520 Nanno. 28 00:04:25,640 --> 00:04:28,760 Hari ini, wakil kebajikan pelajar akan buat pemeriksaan beg rawak. 29 00:04:28,840 --> 00:04:29,760 Ya, cikgu. 30 00:04:38,480 --> 00:04:43,760 Bukankah protokol kuno ini melanggar hak privasi kami? 31 00:04:54,440 --> 00:04:56,080 Lebih kuno, lebih bagus. 32 00:04:57,120 --> 00:04:59,760 Benda lama sudah lama teruji. 33 00:05:01,600 --> 00:05:03,000 Menurut peraturan sekolah, 34 00:05:03,080 --> 00:05:07,080 setiap pelajar mesti ikut cakap guru mereka. 35 00:05:07,160 --> 00:05:10,120 Jadi sama ada peraturan ini melanggar hak awak atau tidak, 36 00:05:10,760 --> 00:05:12,240 saya akan tentukan. 37 00:05:22,080 --> 00:05:24,080 Saya harap awak tak ada masalah. 38 00:05:26,240 --> 00:05:27,280 Tidak. 39 00:05:32,160 --> 00:05:33,480 Terima kasih, Cikgu B. 40 00:05:33,560 --> 00:05:35,160 Sama-sama, Cikgu A. 41 00:05:52,160 --> 00:05:54,240 Mari teruskan kelas kita. 42 00:05:54,320 --> 00:05:57,640 Revolusi Perancis berlaku 43 00:05:57,720 --> 00:06:00,960 - di bawah pemerintahan Raja Louis XVI. - Nanno. 44 00:06:01,040 --> 00:06:03,760 Era itu dianggap sebagai zaman perubahan. 45 00:06:03,840 --> 00:06:05,800 - Nanno! - Krisis kewangan telah… 46 00:06:21,360 --> 00:06:22,920 Pelajar yang dikasihi, 47 00:06:23,720 --> 00:06:26,440 Sekolah Pantanawittaya kini masyhur 48 00:06:26,520 --> 00:06:30,720 dan menjadi tiang masyarakat yang teguh melalui disiplin. 49 00:06:30,800 --> 00:06:32,640 Semua guru di sini mahu anak murid mereka 50 00:06:32,720 --> 00:06:35,640 menjadi rakyat yang baik dengan moral dan etika yang baik. 51 00:06:35,720 --> 00:06:38,120 Kunci untuk mencapai matlamat kamu 52 00:06:38,200 --> 00:06:41,640 menentang semua godaan dunia luar 53 00:06:41,720 --> 00:06:43,560 ialah disiplin. 54 00:06:51,760 --> 00:06:54,080 Guru-guru di sekolah berasrama fikir 55 00:06:54,160 --> 00:06:56,560 mereka boleh buat apa saja peraturan yang mereka mahu? 56 00:06:56,640 --> 00:07:00,680 Aduhai. Guru-guru di sini lebih teruk daripada yang awak sangka, Nanno. 57 00:07:00,760 --> 00:07:04,080 Awak patut berhati-hati. 58 00:07:04,160 --> 00:07:07,760 Guru-guru di sekolah ini benci orang seperti awak. 59 00:07:08,320 --> 00:07:09,240 Orang seperti saya? 60 00:07:09,320 --> 00:07:13,160 Ya. Awak jenis yang banyak tanya. 61 00:07:13,240 --> 00:07:14,520 Mereka memang tak suka. 62 00:07:17,440 --> 00:07:18,880 Ini tak kelakar, Nanno. 63 00:07:21,880 --> 00:07:25,120 Awak nampak dua meja kosong dalam kelas kita? 64 00:07:25,200 --> 00:07:26,720 Awak tahu kenapa ia kosong? 65 00:07:28,080 --> 00:07:29,720 Pelajar-pelajar cuti sakit? 66 00:07:29,800 --> 00:07:32,080 Itu tempat duduk New dan Jelly. 67 00:07:32,160 --> 00:07:36,560 Hari itu, Jelly cabar Cikgu B kerana mengajar maklumat salah. 68 00:07:36,640 --> 00:07:41,000 Cikgu B marah dan baling pemadam papan pada dia. 69 00:07:46,080 --> 00:07:48,120 Maafkan saya. Ia terlepas daripada tangan saya. 70 00:07:50,520 --> 00:07:53,600 Kenapa kamu semua duduk saja? Bawa Jelly ke bilik sakit. 71 00:07:57,240 --> 00:08:01,000 New rakam video untuk dedahkan apa yang Cikgu B buat, 72 00:08:01,640 --> 00:08:03,520 tapi dia ditangkap. 73 00:08:05,360 --> 00:08:07,280 Awak tahu apa yang berlaku kepada mereka? 74 00:08:09,280 --> 00:08:11,760 Pegawai kebajikan pelajar ambil kedua-duanya 75 00:08:11,840 --> 00:08:14,200 dan kurung mereka di Bilik Penyesalan. 76 00:08:14,280 --> 00:08:17,560 Dah dua hari dan mereka masih belum keluar. 77 00:08:17,640 --> 00:08:19,160 Tiada siapa tahu keadaan mereka. 78 00:08:21,280 --> 00:08:22,960 Bilik Penyesalan? 79 00:08:24,520 --> 00:08:28,000 Macam seronok. Awak nak pergi tengok, Mie? 80 00:08:28,640 --> 00:08:32,080 Awak dah gila, Nanno? Bilik itu sangat menakutkan. 81 00:08:32,160 --> 00:08:35,920 Pelajar yang buat perangai masuk ke sana dan jadi jinak seperti kucing masa keluar. 82 00:08:36,000 --> 00:08:38,280 Tiada siapa mahu masuk ke bilik itu. 83 00:08:43,159 --> 00:08:44,600 Cikgu A datang. 84 00:08:55,400 --> 00:08:56,640 Awak Nanno? 85 00:08:56,720 --> 00:08:57,560 Ya, cikgu. 86 00:09:12,200 --> 00:09:13,320 Adakah awak sedar 87 00:09:13,880 --> 00:09:16,880 kita ada peraturan ketat di sekolah ini? 88 00:09:18,320 --> 00:09:19,440 Saya sedar. 89 00:09:19,520 --> 00:09:20,920 Baguslah. 90 00:09:21,400 --> 00:09:24,920 Memandangkan awak baharu di sini, saya akan beri hukuman ringan. 91 00:09:27,000 --> 00:09:31,000 Awak mesti hafal kesemua 427 peraturan sekolah ini. 92 00:09:34,840 --> 00:09:36,040 Terima kasih. 93 00:09:36,600 --> 00:09:37,800 Bukan di sini. 94 00:09:46,200 --> 00:09:48,120 PERATURAN SEKOLAH PANTANAWITTAYA 95 00:10:20,960 --> 00:10:24,080 "Peraturan bagi pelajar Sekolah Pantanawittaya, 96 00:10:24,640 --> 00:10:27,160 diwujudkan pada tahun 1892." 97 00:10:31,640 --> 00:10:34,160 - Dia melanggar peraturan? - Peraturan pertama. Semua pelajar… 98 00:10:34,240 --> 00:10:37,120 Tiada peraturan tentang mencemuh peraturan sekolah. 99 00:10:40,400 --> 00:10:42,200 - Dia dah gilakah? - Mesti dia dah gila. 100 00:10:42,280 --> 00:10:43,480 Peraturan kedua. 101 00:10:49,200 --> 00:10:51,080 - Peraturan ketiga. - Kita patut panggil Cikgu A. 102 00:11:15,800 --> 00:11:16,920 - Sial. - Apa yang dia buat? 103 00:11:30,360 --> 00:11:31,600 - Gilalah. - Tak guna. 104 00:11:31,680 --> 00:11:33,000 Itu peraturan sekolah. 105 00:11:33,080 --> 00:11:34,000 Tak guna. 106 00:11:43,800 --> 00:11:45,640 Saya dah baca semua peraturan. 107 00:11:45,720 --> 00:11:48,320 Antara 427 peraturan, 108 00:11:48,400 --> 00:11:51,960 tak ada peraturan yang melarang saya membakar peraturan sekolah. 109 00:11:54,360 --> 00:11:56,440 Bawa dia ke Bilik Penyesalan. 110 00:11:56,960 --> 00:11:57,800 - Ya, puan. - Ya, puan. 111 00:12:02,040 --> 00:12:03,480 Aduhai. 112 00:12:04,880 --> 00:12:06,640 Ini sangat misteri. 113 00:12:07,200 --> 00:12:09,520 Awak nak bawa saya pergi untuk dibunuh? 114 00:12:29,960 --> 00:12:32,120 Helo, murid-murid sekalian. 115 00:12:32,680 --> 00:12:33,720 Awak dah sedar diri? 116 00:12:35,760 --> 00:12:36,840 Helo? 117 00:12:38,480 --> 00:12:41,280 Cikgu, tolong lepaskan saya. Saya dah serik. 118 00:12:41,360 --> 00:12:43,800 Saya janji saya takkan melawan cakap cikgu lagi. 119 00:12:43,880 --> 00:12:45,840 Tolong lepaskan saya, Cikgu A. 120 00:12:46,560 --> 00:12:49,320 Sekolah ini sentiasa mengalu-alukan sesiapa yang sudah menyesal. 121 00:12:49,800 --> 00:12:51,680 Oleh kerana awak dah sedar kesilapan awak, 122 00:12:51,760 --> 00:12:54,400 kami anggap awak aset berharga kepada sekolah ini. 123 00:12:55,840 --> 00:12:59,920 Jelly, awak boleh sertai masyarakat. 124 00:13:00,480 --> 00:13:01,960 Terima kasih, Cikgu A. 125 00:13:03,080 --> 00:13:04,720 Macam mana dengan awak, New? 126 00:13:04,800 --> 00:13:06,440 Awak ada belajar apa-apa? 127 00:13:08,200 --> 00:13:09,480 Saya tak buat salah. 128 00:13:09,560 --> 00:13:11,680 Saya cuma nak kongsi video apa yang berlaku. 129 00:13:12,640 --> 00:13:15,640 Tapi rakaman itu boleh merosakkan reputasi guru dan sekolah. 130 00:13:16,160 --> 00:13:18,520 Cikgu B yang tak mahu mengaku kesilapannya sendiri. 131 00:13:18,600 --> 00:13:20,160 Dia cederakan Jelly kerana itu. 132 00:13:21,160 --> 00:13:25,160 New, cakap saja apa yang dia nak dengar supaya kita boleh keluar bersama. 133 00:13:25,240 --> 00:13:28,320 Tapi ini tak betul. Saya takkan biarkan mereka buat begini. 134 00:13:29,040 --> 00:13:30,880 Adakah kita akan terus hidup begini? 135 00:13:30,960 --> 00:13:33,920 Kalau awak fikir begitu, saya tak boleh buat apa-apa untuk awak. 136 00:13:35,120 --> 00:13:36,800 Saya akan berhenti belajar di sini. 137 00:13:37,320 --> 00:13:38,160 Berhenti? 138 00:13:38,800 --> 00:13:41,320 Awak fikir berhenti akan selesaikan semuanya? 139 00:13:43,600 --> 00:13:47,600 Awak tahu tak ada cara mudah untuk menangani pemberontak seperti awak? 140 00:13:47,680 --> 00:13:52,040 Kami hanya perlu letak nama awak dalam senarai orang tak diingini 141 00:13:52,120 --> 00:13:53,440 dan sebarkan ia. 142 00:13:55,440 --> 00:14:01,120 Itu akan merosakkan peluang awak memasuki mana-mana sekolah atau universiti 143 00:14:01,200 --> 00:14:03,320 atau diambil bekerja oleh mana-mana syarikat. 144 00:14:04,840 --> 00:14:07,920 Tapi cikgu tak ada hak untuk buat begitu. 145 00:14:08,000 --> 00:14:09,080 Tentulah saya ada hak. 146 00:14:09,680 --> 00:14:11,280 Saya pernah lakukannya. 147 00:14:12,760 --> 00:14:16,000 Dunia luar mengamalkan nepotisme. 148 00:14:16,080 --> 00:14:17,440 Bagaimana dengan awak? 149 00:14:17,920 --> 00:14:20,920 Awak dah bersedia untuk hidup dengan masa depan yang awak pilih? 150 00:14:22,560 --> 00:14:25,320 Minta maaf saja supaya awak boleh keluar dari sini. 151 00:14:26,520 --> 00:14:28,080 Beritahu saya sekali lagi. 152 00:14:28,160 --> 00:14:29,920 Awak masih nak tinggalkan sekolah ini? 153 00:14:34,160 --> 00:14:35,200 Saya minta maaf. 154 00:14:37,520 --> 00:14:38,520 Apa awak cakap? 155 00:14:40,080 --> 00:14:42,480 Maafkan saya. Saya salah. 156 00:14:42,560 --> 00:14:45,360 Saya takkan siarkan apa-apa yang menjejaskan reputasi sekolah. 157 00:15:03,720 --> 00:15:04,600 Terima kasih. 158 00:15:10,040 --> 00:15:13,720 Mula-mula New datang ke sini, dia pun ada rupa yang sama. 159 00:15:15,400 --> 00:15:19,080 Awak boleh guna masa ini untuk menyesali kesilapan kamu. 160 00:15:19,560 --> 00:15:24,880 Saya masih berkeras awak mesti hafal semua peraturan sekolah. 161 00:15:31,560 --> 00:15:36,880 Peraturan bagi pelajar Sekolah Pantanawittaya, 162 00:15:36,960 --> 00:15:41,320 ditubuhkan pada tahun 1892. 163 00:15:42,080 --> 00:15:43,400 Peraturan pertama. 164 00:15:44,200 --> 00:15:51,080 Semua pelajar harus menghormati dan mematuhi peraturan sekolah. 165 00:15:52,000 --> 00:15:53,720 Peraturan kedua, 166 00:15:53,800 --> 00:15:58,240 semua pelajar harus menghormati dan layan guru mereka 167 00:15:58,320 --> 00:16:00,040 seperti ahli keluarga sendiri 168 00:16:00,120 --> 00:16:03,960 dan sentiasa bersyukur atas kebaikan guru-guru mereka. 169 00:16:31,680 --> 00:16:33,640 Cikgu A, kita ada masalah. 170 00:16:35,360 --> 00:16:38,560 Nanno, bukankah awak dihukum atas perbuatan awak semalam? 171 00:16:40,280 --> 00:16:43,360 Mereka cuma paksa saya dengar kesemua 427 peraturan sekolah 172 00:16:43,840 --> 00:16:45,880 berulang kali di dalam bilik yang gelap. 173 00:16:46,680 --> 00:16:47,960 Awak tak takutkah? 174 00:16:48,480 --> 00:16:50,960 Tengok Jelly. Dia dah berubah sekarang. 175 00:16:53,920 --> 00:16:55,000 Tengok. 176 00:16:56,320 --> 00:16:58,160 New terlalu sakit untuk datang ke sekolah. 177 00:16:59,960 --> 00:17:03,880 Saya tak benarkan dia keluar. Macam mana dia boleh keluar? 178 00:17:04,840 --> 00:17:08,800 Secara peribadi, saya rasa semuanya membosankan 179 00:17:09,560 --> 00:17:10,920 dan 180 00:17:11,000 --> 00:17:12,839 basi di telinga saya. 181 00:17:14,680 --> 00:17:16,800 Awak seorang perokok, bukan? 182 00:17:25,599 --> 00:17:27,560 Ia tak begitu menakutkan. 183 00:17:28,079 --> 00:17:29,839 Kalau ramai yang melanggar peraturan, 184 00:17:30,520 --> 00:17:33,160 kita boleh adakan parti di Bilik Penyesalan. 185 00:17:41,080 --> 00:17:42,080 Berdiri. 186 00:17:44,520 --> 00:17:48,240 Nampaknya saya akan berparti sendirian di Bilik Penyesalan. 187 00:18:09,520 --> 00:18:12,800 Saya dah hafal semua 427 peraturan. 188 00:18:12,880 --> 00:18:14,000 "Peraturan pertama, 189 00:18:14,080 --> 00:18:17,360 pelajar harus menghormati dan mematuhi peraturan sekolah." 190 00:18:17,440 --> 00:18:18,440 "Peraturan kedua, 191 00:18:18,520 --> 00:18:21,680 pelajar harus menghormati dan layan guru seperti ahli keluarga." 192 00:18:21,760 --> 00:18:22,680 "Peraturan ketiga…" 193 00:18:22,760 --> 00:18:26,520 Saya tanya sekali lagi. Siapa awak? 194 00:18:27,080 --> 00:18:30,240 Saya Nanno. Saya pelajar baharu. 195 00:18:30,320 --> 00:18:31,680 Cikgu dah lupakan saya? 196 00:18:34,760 --> 00:18:38,600 Saya nak tahu berapa lama awak boleh bertahan. 197 00:18:42,000 --> 00:18:45,200 Selamat datang ke Bilik Penyesalan, Nanno. 198 00:18:59,920 --> 00:19:02,960 Suasana di sini begitu estetik. 199 00:20:12,200 --> 00:20:13,120 Siapa awak? 200 00:20:13,920 --> 00:20:17,000 Saya Nanno. Awak asyik tanya soalan yang sama. 201 00:20:18,920 --> 00:20:20,320 Apa yang awak mahu? 202 00:20:21,920 --> 00:20:23,200 Soalan baharu. 203 00:20:24,360 --> 00:20:26,200 Saya mahu… 204 00:20:27,160 --> 00:20:30,360 Saya mahu awak mengaku awak ajar maklumat yang salah. 205 00:20:30,440 --> 00:20:33,160 Saya nak awak mengaku awak letak rokok dalam poket saya. 206 00:20:33,240 --> 00:20:34,240 Untuk pengetua pula, 207 00:20:34,320 --> 00:20:37,400 saya mahu dia mengaku ini cara kuno untuk menguruskan sekolah. 208 00:20:37,480 --> 00:20:39,600 Kalau kamu semua buat begitu, saya akan gembira. 209 00:20:41,000 --> 00:20:43,040 Lancang betul budak muda ini. 210 00:20:43,600 --> 00:20:44,960 Buka mulutnya. 211 00:20:51,240 --> 00:20:52,600 Awak nak ingkar arahan saya? 212 00:21:00,080 --> 00:21:02,240 Kemarahan adalah salah satu dosa. 213 00:21:02,840 --> 00:21:04,480 Jangan marah, Cikgu A. 214 00:21:05,080 --> 00:21:07,600 Kita perlu sentiasa bersikap mulia. 215 00:21:07,680 --> 00:21:10,320 Oh! Atau ini peraturan untuk pelajar saja? 216 00:22:08,600 --> 00:22:09,680 Maafkan saya, puan. 217 00:22:18,480 --> 00:22:21,960 Saya Yuri. Ini hari pertama saya di sekolah ini. 218 00:22:22,600 --> 00:22:25,240 Saya nak mohon menjadi ketua inspektor pelajar di sini. 219 00:22:30,480 --> 00:22:33,120 Bolehkah gadis seperti awak menjadi ketua inspektor? 220 00:22:35,040 --> 00:22:38,080 Bagi saya, peraturan wujud untuk kepentingan umum. 221 00:22:38,760 --> 00:22:41,360 Menguatkuasa peraturan-peraturan itu adalah khidmat masyarakat. 222 00:22:41,440 --> 00:22:43,640 Saya ingin memberi sokongan. 223 00:22:44,400 --> 00:22:47,920 Lebih penting lagi, saya pernah ke sekolah yang sama dengan Nanno. 224 00:22:48,000 --> 00:22:50,200 Saya tahu macam mana nak uruskan dia. 225 00:23:00,600 --> 00:23:01,680 Apa ini? 226 00:23:02,160 --> 00:23:05,520 Saya dengar tentang kumpulan sembang rahsia untuk pelajar buat rancangan. 227 00:23:06,080 --> 00:23:08,120 Saya sertai kumpulan itu dengan nama palsu. 228 00:23:08,960 --> 00:23:11,240 Mereka boleh ditangkap sebelum melakukan kesalahan. 229 00:23:19,120 --> 00:23:21,120 - Pergi ke depan. - Mari sini. 230 00:23:21,720 --> 00:23:23,560 Duduk, semua. 231 00:23:23,640 --> 00:23:25,440 - Tangan di atas kepala. - Angkat tangan. 232 00:23:25,920 --> 00:23:28,560 Tak guna. Macam mana cikgu boleh tahu? 233 00:23:28,640 --> 00:23:30,400 Tentu ada pembelot. 234 00:23:32,280 --> 00:23:36,040 Saya tahu. Betulkah kita kena duduk di sini sampai esok? 235 00:23:36,120 --> 00:23:37,320 Siapa nama awak? 236 00:23:37,800 --> 00:23:39,040 Sittichai, puan. 237 00:23:39,120 --> 00:23:41,200 - Awak dari kelas mana? - Kelas 6-5, puan. 238 00:23:41,680 --> 00:23:43,440 - Awak pula? - Peerapat, puan. 239 00:23:43,520 --> 00:23:45,520 - Awak dari kelas mana? - Kelas 4-2, puan. 240 00:23:46,360 --> 00:23:47,680 Terima kasih, Yuri. 241 00:23:48,920 --> 00:23:50,880 Awak buat dengan baik hari ini. 242 00:23:52,680 --> 00:23:54,200 Awak boleh berehat. 243 00:23:55,480 --> 00:23:57,760 Biar saya simpan fail itu untuk cikgu. 244 00:24:33,160 --> 00:24:34,720 Mereka dah sedia, tuan pengetua. 245 00:24:39,440 --> 00:24:41,080 Kamu menyesal dengan tindakan kamu? 246 00:24:41,720 --> 00:24:43,520 - Kami menyesal, cikgu. - Kami menyesal, cikgu. 247 00:24:43,600 --> 00:24:46,040 Saya tanya kalau kamu menyesal dengan tindakan kamu. 248 00:24:46,520 --> 00:24:48,560 - Kami menyesal, cikgu. - Kami menyesal, cikgu. 249 00:24:48,640 --> 00:24:49,600 Bagus. 250 00:24:50,520 --> 00:24:53,120 Sentiasa ada tempat untuk orang yang menyesal. 251 00:24:53,200 --> 00:24:56,320 Mulai sekarang, siapa yang melakukan kesalahan 252 00:24:56,400 --> 00:24:58,320 akan menerima hukuman yang berat. 253 00:24:58,960 --> 00:25:02,840 Saya mahu setiap pelajar di sini mengikut peraturan sekolah. 254 00:25:02,920 --> 00:25:06,560 Kuatkan hati dan jangan mengalah dengan godaan. 255 00:25:07,400 --> 00:25:11,200 Baiklah, pelajar. Kamu semua boleh balik ke kelas. 256 00:25:34,880 --> 00:25:37,440 SULIT 257 00:25:53,160 --> 00:25:54,360 Awak sungguh baik hati. 258 00:25:55,440 --> 00:25:58,080 Awak terus mengelak isu seperti biasa. 259 00:25:58,160 --> 00:26:00,640 Awak masih pandai bermuka-muka. 260 00:26:01,120 --> 00:26:03,560 Apa rancangan awak kali ini? 261 00:26:40,440 --> 00:26:41,920 Berhenti, Nanno. 262 00:26:44,600 --> 00:26:46,400 Apa yang awak rancang nak buat? 263 00:26:48,080 --> 00:26:50,040 Saya hanya mahu semua orang lihat 264 00:26:50,760 --> 00:26:55,080 bagaimana orang yang menguatkuasakan peraturan melanggar peraturan juga. 265 00:27:37,280 --> 00:27:39,160 Pandang kamera, Cikgu A. 266 00:27:41,560 --> 00:27:43,320 Yuri, awak buat apa? 267 00:27:44,280 --> 00:27:47,440 Kalau awak datang dekat, saya akan hantar video ini kepada semua. 268 00:27:48,400 --> 00:27:50,040 Awak nak apa sebenarnya? 269 00:27:51,600 --> 00:27:53,480 Boleh saya dapatkan dokumen itu? 270 00:28:05,320 --> 00:28:08,520 Ini menunjukkan jumlah derma dan dana daripada kementerian 271 00:28:08,600 --> 00:28:10,480 sebagai perbelanjaan sekolah kita. 272 00:28:10,960 --> 00:28:12,480 Menariknya. 273 00:28:12,560 --> 00:28:16,320 Sekejap. Kenapa saya tak nampak seorang pun guru asing di sini? 274 00:28:18,560 --> 00:28:21,200 Sekolah ini tak ada komputer 275 00:28:22,000 --> 00:28:24,000 dan makan tengah hari di sini memang teruk. 276 00:28:24,640 --> 00:28:26,800 Jadi mana pergi semua duit itu? 277 00:28:27,280 --> 00:28:29,720 Jangan biar Nanno perdaya awak. 278 00:28:29,800 --> 00:28:32,280 Dokumen-dokumen itu palsu. 279 00:28:34,560 --> 00:28:38,280 Kalau palsu, ia tentu tak bernilai. 280 00:28:38,360 --> 00:28:39,840 Kita patut buang saja. 281 00:29:02,680 --> 00:29:03,840 Aduhai. 282 00:29:10,520 --> 00:29:12,080 Hei, dia di atas. 283 00:29:15,600 --> 00:29:16,920 Awak! 284 00:29:17,000 --> 00:29:18,760 Dia di sana! Tangkap dia. 285 00:29:18,840 --> 00:29:21,560 Bukankah keutamaan awak adalah melarikan diri sekarang? 286 00:29:21,640 --> 00:29:23,160 Dia di sana! Cepat! 287 00:29:24,040 --> 00:29:26,400 - Cepat! Tangkap dia! - Ayuh. 288 00:29:28,960 --> 00:29:30,400 - Cepat! - Mari. 289 00:31:29,760 --> 00:31:31,080 Maafkan saya, Nanno. 290 00:31:31,960 --> 00:31:35,440 Tapi kalau nak menang permainan ini, seseorang perlu berkorban, bukan? 291 00:32:00,080 --> 00:32:02,720 Kepada semua guru yang dikasihi, 292 00:32:02,800 --> 00:32:04,800 dengan ini, kami mengisytiharkan bahawa 293 00:32:04,880 --> 00:32:08,560 kami tak akan tunduk lagi kepada peraturan sekolah ini. 294 00:32:13,680 --> 00:32:15,560 Berani awak? 295 00:32:20,400 --> 00:32:21,800 Nak buat apa lepas ini? 296 00:32:22,960 --> 00:32:26,000 Baik, nak buat apa lepas ini? 297 00:32:27,520 --> 00:32:30,280 Patutkah kita buat mereka tulis pengakuan? 298 00:32:31,520 --> 00:32:34,080 Suruh mereka tulis semua perkara buruk yang mereka buat. 299 00:32:34,800 --> 00:32:37,000 Kita boleh dedahkan kejahatan mereka kepada dunia. 300 00:32:42,600 --> 00:32:43,440 Bagus. 301 00:32:43,520 --> 00:32:44,560 Idea yang bagus. 302 00:32:46,440 --> 00:32:47,880 Kamu dah dengar. 303 00:32:47,960 --> 00:32:50,080 - Tulis pengakuan kamu. - Bawa mereka ke sini. 304 00:32:50,160 --> 00:32:51,960 - Cepat. Mari. - Bawa ke sini. 305 00:32:52,040 --> 00:32:53,720 Bawa mereka ke sini. 306 00:32:53,800 --> 00:32:56,960 - Cepat. - Tulis. 307 00:32:57,040 --> 00:32:58,440 Buat mereka terima balasannya. 308 00:32:58,520 --> 00:33:01,120 Beri mereka rasa sendiri. 309 00:33:03,200 --> 00:33:04,280 Cepat tulis. 310 00:33:05,760 --> 00:33:07,560 - Tulis sekarang. - Tulis semuanya. 311 00:33:13,720 --> 00:33:15,840 Awak dah selesai? Cepat. 312 00:33:20,840 --> 00:33:23,080 Tulis pengakuan awak. 313 00:33:25,560 --> 00:33:28,280 KAMU AKAN MENYESAL DAN DIHUKUM KERANA PERBUATAN KAMU. 314 00:33:44,400 --> 00:33:46,360 Awak tak tahu cara menulis? 315 00:33:47,360 --> 00:33:48,600 Awak tak nak mula menulis? 316 00:33:49,760 --> 00:33:52,160 Tak boleh tulis sendiri? Saya akan tolong awak. 317 00:33:52,720 --> 00:33:54,720 Tulis bagaimana awak ugut saya. 318 00:33:55,440 --> 00:33:57,680 Tak boleh tulis sendiri? 319 00:33:57,760 --> 00:33:59,760 Biar saya tolong awak tuliskan. Tulis! 320 00:34:00,720 --> 00:34:03,040 Awak ingat apa yang awak buat? 321 00:34:03,120 --> 00:34:04,200 Tulis apa awak buat kepada saya. 322 00:34:04,840 --> 00:34:07,480 - Awak tak beri saya makan atau minum. - Tulis. 323 00:34:08,320 --> 00:34:09,960 Awak paksa saya menipu. 324 00:34:10,600 --> 00:34:12,040 Awak tak beri makanan dan air. 325 00:34:12,120 --> 00:34:14,719 Tulis semua yang awak pernah buat kepada saya. 326 00:34:14,800 --> 00:34:17,199 Awak menyesal? Tuliskannya. 327 00:34:17,280 --> 00:34:18,560 Tulis. 328 00:34:30,639 --> 00:34:32,880 Tak guna. Apa patut kita buat sekarang? 329 00:34:41,159 --> 00:34:42,360 Tak guna, New! 330 00:34:42,880 --> 00:34:45,199 Awak cekik dia sampai mati. 331 00:34:47,480 --> 00:34:50,280 Kenapa awak salahkan saya? Kamu semua bertanggungjawab. 332 00:34:50,360 --> 00:34:52,320 Tapi kami pegang dia saja. 333 00:34:52,400 --> 00:34:54,120 Kami tak cekik dia macam awak. 334 00:34:54,199 --> 00:34:55,239 Betul. 335 00:34:55,320 --> 00:34:56,360 Sebenarnya, 336 00:34:56,440 --> 00:34:58,600 saya tak setuju pun dengan semua ini. 337 00:34:59,360 --> 00:35:03,320 Saya takut awak akan kata saya jahil dan serang saya pula. 338 00:35:03,880 --> 00:35:05,160 - Betul cakap dia, New. - Awak buat. 339 00:35:05,240 --> 00:35:06,520 Ini semua salah awak. 340 00:35:06,600 --> 00:35:09,840 - Macam mana awak nak bertanggungjawab? - Salah awak! 341 00:35:09,920 --> 00:35:11,480 Awak bunuh dia! 342 00:35:11,560 --> 00:35:13,240 Ini salah awak, New! 343 00:35:14,680 --> 00:35:16,000 Kamu semua terlibat dalam hal ini. 344 00:35:16,080 --> 00:35:18,200 - Apa kita nak buat sekarang? - Ini salah awak! 345 00:35:39,040 --> 00:35:41,240 Saya beri kamu peluang terakhir. 346 00:35:41,800 --> 00:35:45,000 Kalau kamu setuju untuk berhenti, saya akan ampunkan semua jenayah kamu, 347 00:35:45,080 --> 00:35:47,880 termasuk membunuh Cikgu A. 348 00:36:03,120 --> 00:36:04,760 Kita tak boleh menyerah. 349 00:36:05,280 --> 00:36:07,760 Bukankah ini haluan yang kita dah pilih? 350 00:36:10,560 --> 00:36:14,720 Kalau kita menyerah, kita akan jadi macam cikgu-cikgu ini. 351 00:36:14,800 --> 00:36:15,720 Tengoklah mereka. 352 00:36:30,040 --> 00:36:31,240 Sudahlah, Mie. 353 00:36:35,640 --> 00:36:38,880 Tangkap pelajar yang tak rasa menyesal dengan tindakan mereka. 354 00:36:48,800 --> 00:36:51,320 Semuanya telah kembali seperti biasa. 355 00:36:51,400 --> 00:36:53,240 Baiklah, pelajar yang dikasihi. 356 00:36:54,160 --> 00:36:59,280 Kamu tahu kita sudah lama hidup dengan aman dan harmoni. 357 00:36:59,360 --> 00:37:02,800 Kamu semua mematuhi tatakelakuan sekolah ini. 358 00:37:03,360 --> 00:37:04,600 Kemudian satu hari, 359 00:37:05,400 --> 00:37:09,400 seorang pelajar baharu datang dan menanam idea jahat dalam fikiran kamu. 360 00:37:09,480 --> 00:37:11,920 Dia menyebabkan sekolah jadi huru-hara. 361 00:37:13,200 --> 00:37:14,840 Kita akan biarkan pelajar baharu 362 00:37:14,920 --> 00:37:17,680 memecah-belahkan kita? 363 00:37:22,840 --> 00:37:25,400 Kamu dah terpengaruh dengan pelajar baharu itu? 364 00:37:31,840 --> 00:37:35,280 Angkat tangan kalau kamu fikir Yuri patut bertanggungjawab. 365 00:37:49,960 --> 00:37:52,760 Bagus, pelajar yang dikasihi. 366 00:37:54,040 --> 00:37:56,080 Memandangkan kamu dah sedar kesilapan kamu 367 00:37:56,760 --> 00:38:01,480 saya mahu kamu semua tampil dan buktikan kesetiaan kamu 368 00:38:02,120 --> 00:38:04,720 dengan menyingkirkan pemberontak radikal 369 00:38:05,680 --> 00:38:07,560 dari sekolah kita selama-lamanya. 370 00:38:07,640 --> 00:38:11,920 Pastikan mereka takkan kembali untuk menyusahkan kita lagi. 371 00:38:21,440 --> 00:38:23,800 Gunakan pisau ini untuk membuktikan 372 00:38:23,880 --> 00:38:27,880 awak pelajar yang setia dan layak untuk sekolah ini. 373 00:38:31,200 --> 00:38:35,000 New, saya rasa awak patut jadi orang pertama yang buktikan. 374 00:38:35,600 --> 00:38:36,680 Ambil pisau ini. 375 00:38:37,880 --> 00:38:41,720 Awak tak mahu dipenjarakan kerana membunuh Cikgu A, bukan? 376 00:38:43,280 --> 00:38:44,760 Cikgu dah lupa? 377 00:38:45,600 --> 00:38:47,640 Nanno yang mulakan semua ini. 378 00:38:47,720 --> 00:38:50,480 Awak tipu. Nanno sudah mati. 379 00:38:50,560 --> 00:38:52,280 Kenapa awak salahkan dia? 380 00:39:07,920 --> 00:39:09,400 Masa untuk mula bekerja. 381 00:39:20,880 --> 00:39:22,400 - Alamak! - Apa yang berlaku? 382 00:39:22,480 --> 00:39:25,000 Bertenang, semua! 383 00:39:29,960 --> 00:39:32,280 Itu Nanno. Macam mana dia boleh ada di sini? 384 00:39:34,280 --> 00:39:38,560 Helo, guru-guru dan pelajar yang dikasihi. 385 00:39:39,520 --> 00:39:41,320 Kamu semua rindukan saya? 386 00:39:57,880 --> 00:39:59,400 - Lihat! - Apa semua ini? 387 00:40:01,200 --> 00:40:03,880 Semua orang, diam! 388 00:40:15,080 --> 00:40:19,200 Nampaknya awak tak cukup orang, pengetua. 389 00:40:27,600 --> 00:40:28,560 Nanno. 390 00:40:30,400 --> 00:40:33,680 Awak dah lupa saya masih ada pistol? 391 00:40:35,200 --> 00:40:36,640 Saya betul-betul nak tahu 392 00:40:37,200 --> 00:40:41,600 sama ada pistol awak cukup peluru untuk bunuh saya. 393 00:40:54,400 --> 00:40:56,400 Kami pun ada senjata, pengetua. 394 00:40:58,560 --> 00:41:02,480 Ini siaran langsung tentang apa yang berlaku di Sekolah Pantanawittaya 395 00:41:02,560 --> 00:41:05,240 dan lelaki ini adalah pengetua kami. 396 00:41:23,960 --> 00:41:25,960 Ini saya, pengetua kamu. 397 00:41:26,040 --> 00:41:29,560 Tolong simpan telefon kamu. Simpan telefon. 398 00:41:29,640 --> 00:41:31,560 Saya pengetua kamu. Simpan telefon kamu. 399 00:41:31,640 --> 00:41:33,440 Saya kata simpan telefon! 400 00:41:35,080 --> 00:41:36,960 Simpan telefon kamu! 401 00:41:38,640 --> 00:41:40,040 Berhenti merakam! 402 00:41:50,800 --> 00:41:51,880 Tembaklah. 403 00:42:02,240 --> 00:42:03,200 Tembak saya! 404 00:42:11,800 --> 00:42:12,680 Tak guna! 405 00:42:17,160 --> 00:42:20,320 Cakap sesuatu kepada kamera, pengetua. 406 00:42:20,400 --> 00:42:22,880 Nanno, awak rasa awak dah menang? 407 00:42:23,600 --> 00:42:27,120 Menang? Saya takkan kata ini kemenangan. 408 00:42:27,200 --> 00:42:28,760 Ini hanyalah permulaan. 409 00:42:41,440 --> 00:42:43,800 Sekarang awak sedar cara awak tak berkesan? 410 00:42:45,160 --> 00:42:47,360 Betulkah awak takkan lepaskan saya? 411 00:42:48,000 --> 00:42:50,920 Saya bersusah payah dapatkan bukti itu. 412 00:42:52,440 --> 00:42:54,160 Awak tak sabar, Yuri. 413 00:43:05,760 --> 00:43:09,120 Mungkin sukar nak bernafas di sini. 414 00:43:10,000 --> 00:43:13,080 Betul. Sudah lama saya dikurung di sini. 415 00:43:13,160 --> 00:43:15,280 Tiada isyarat telefon di sini. 416 00:43:16,280 --> 00:43:18,320 Makanan pun tak ada. 417 00:43:19,720 --> 00:43:20,840 Siapa kata? 418 00:43:21,600 --> 00:43:23,240 Ada ramai orang di sini. 419 00:43:23,320 --> 00:43:25,040 Kalau kita makan satu sama lain, 420 00:43:25,560 --> 00:43:27,040 kita boleh tahan bertahun-tahun. 421 00:43:28,160 --> 00:43:31,840 Betul. Siapa patut dimakan dulu? 422 00:43:32,640 --> 00:43:35,320 Apa kata kita makan kambing hitam di sini? 423 00:43:45,360 --> 00:43:47,000 Selamat tinggal, semua. 424 00:43:48,080 --> 00:43:49,560 Jumpa lagi, Yuri. 425 00:43:49,640 --> 00:43:52,320 Saya pasti awak akan jumpa jalan keluar dari sini. 426 00:43:52,400 --> 00:43:53,840 Jangan putus harapan. 427 00:44:17,760 --> 00:44:20,000 Apa kami nak buat selepas ini, Nanno? 428 00:44:23,880 --> 00:44:27,880 Terpulang kepada kamu untuk tentukan tindakan seterusnya. 429 00:44:29,520 --> 00:44:32,840 Awak rasa kita boleh selamat di luar sana? 430 00:45:52,600 --> 00:45:54,920 Siapa tahu bagaimana cerita ini akan berakhir? 431 00:45:55,800 --> 00:45:59,160 Siapa tahu apa yang hitam, putih atau berwarna? 432 00:46:00,040 --> 00:46:04,040 Siapa yang betul dan siapa yang salah? Siapa lebih baik daripada siapa? 433 00:46:05,360 --> 00:46:09,960 Adakah kita yang patut tentukan dalam dunia kelabu ini? 434 00:47:57,000 --> 00:48:02,000 Terjemahan sari kata oleh Zahirah Zainal