1 00:00:12,400 --> 00:00:15,120 SIRI ASLI NETFLIX 2 00:00:37,920 --> 00:00:39,960 "Tak lama lagi, kita akan jadi rakan sekelas." 3 00:00:41,280 --> 00:00:42,360 Saya akan tunggu. 4 00:00:59,800 --> 00:01:04,800 Cinta remaja sesuatu yang sentiasa tidak disenangi. 5 00:01:08,520 --> 00:01:11,400 Orang dewasa menghalangnya kerana niat mereka baik 6 00:01:14,440 --> 00:01:16,560 atau mereka tak boleh menerima kenyataan? 7 00:02:48,960 --> 00:02:54,000 CINTA SEJATI 8 00:02:56,560 --> 00:03:01,120 KOD PAKAIAN PELAJAR PEREMPUAN SEKOLAH THIPNAREEWITTAYA 9 00:03:01,200 --> 00:03:04,560 POSTUR TUNDUK HORMAT YANG BETUL SEKOLAH THIPNAREEWITTAYA 10 00:03:10,600 --> 00:03:14,080 WANITA BERAKHLAK DAN TRADISIONAL ADALAH KHAZANAH NEGARA 11 00:03:14,160 --> 00:03:17,760 SEKOLAH THIPNAREEWITTAYA 12 00:03:17,840 --> 00:03:21,120 Kita tak boleh bergabung dengan sekolah lelaki. 13 00:03:26,360 --> 00:03:31,400 Kita tak ada pilihan, Naruemol. Sekolah kita mengalami kerugian. 14 00:03:32,640 --> 00:03:36,800 Sekolah kita terkenal kerana menghasilkan wanita yang berakhlak dan sopan. 15 00:03:36,880 --> 00:03:40,560 Kalau awak biarkan pelajar lelaki datang berkerumun macam lalat, 16 00:03:40,640 --> 00:03:43,200 mereka akan mencemarkan reputasi sekolah ini. 17 00:03:44,440 --> 00:03:49,280 Kita boleh kekalkan reputasi kita, tapi saya tak ada duit nak bayar gaji awak. 18 00:03:50,160 --> 00:03:51,280 Awak boleh terima? 19 00:03:52,840 --> 00:03:55,120 Pelajar lelaki macam anai-anai. 20 00:03:55,760 --> 00:03:57,600 Kalau dah mula makan rumah kita 21 00:03:58,120 --> 00:03:59,400 mereka takkan berhenti. 22 00:04:00,880 --> 00:04:03,600 Bagaimana dengan reputasi baik yang kita telah wujudkan? 23 00:04:03,680 --> 00:04:06,000 Ia akan hancur berderai. 24 00:04:07,720 --> 00:04:09,080 Hancur berderai? 25 00:04:11,360 --> 00:04:14,400 Awak nak kata pelajar lelaki anai-anai atau lalat? 26 00:04:19,200 --> 00:04:20,560 Tengok. 27 00:04:20,640 --> 00:04:24,079 Pelajar lelaki dah mula hantar surat kepada pelajar kita setiap hari. 28 00:04:24,839 --> 00:04:26,160 Saya tak boleh tahan lagi. 29 00:04:31,560 --> 00:04:34,400 Pelajar-pelajar lelaki itu lebih naif daripada sangkaan saya. 30 00:04:35,040 --> 00:04:37,000 Awak tahu masa zaman saya 31 00:04:37,560 --> 00:04:39,160 budak-budak lelaki lebih teruk? 32 00:04:41,640 --> 00:04:43,560 Tidak, saya takkan biarkan. 33 00:04:46,840 --> 00:04:49,200 Saya tahu awak sayang sekolah ini, 34 00:04:50,440 --> 00:04:55,160 tapi awak mungkin lupa saya tak perlukan kebenaran awak untuk buat apa-apa. 35 00:04:56,600 --> 00:04:57,800 Saya panggil awak ke sini 36 00:04:58,480 --> 00:05:02,120 sebab saya mahu awak, sebagai ketua pegawai tadbir 37 00:05:02,200 --> 00:05:04,160 menggariskan dasar 38 00:05:04,680 --> 00:05:07,080 untuk menyediakan pelajar kita 39 00:05:07,160 --> 00:05:10,280 menghadapi perubahan yang bakal berlaku. 40 00:05:15,000 --> 00:05:16,760 Reputasi kita akan terjejas, 41 00:05:16,840 --> 00:05:19,960 tapi kita akan dapat dana yang diperlukan untuk teruskan sekolah ini. 42 00:05:20,960 --> 00:05:22,040 Faham? 43 00:05:24,440 --> 00:05:29,600 Saya harus katakan saya sangat kecewa dengan keputusan ini. 44 00:05:30,720 --> 00:05:36,080 Pengarah seperti membuka pintu supaya musuh masuk menakluk kota kita. 45 00:05:37,120 --> 00:05:39,800 Tapi saya rasa ini tak salah. 46 00:05:39,880 --> 00:05:44,160 Pelajar kita akan jumpa lelaki juga nanti. 47 00:05:44,240 --> 00:05:46,280 Tapi bukan hari ini. 48 00:05:48,640 --> 00:05:52,040 Gadis-gadis ini pada usia sedang berkembang. 49 00:05:52,960 --> 00:05:56,600 Mereka seperti bunga yang mekar untuk pertama kali. 50 00:05:58,880 --> 00:06:03,040 Kita mesti jaga dan bimbing mereka. 51 00:06:04,160 --> 00:06:06,040 Mereka pada usia yang mudah terpengaruh. 52 00:06:07,280 --> 00:06:09,160 Mereka mudah hilang tumpuan. 53 00:06:09,960 --> 00:06:12,840 Budak-budak lelaki juga dalam usia yang berbahaya. 54 00:06:12,920 --> 00:06:16,600 Mereka kurang matang dan kurang tanggungjawab. 55 00:06:17,640 --> 00:06:19,200 Ini berisiko. 56 00:06:19,280 --> 00:06:22,440 Ada risiko pelajar kita akan rosak akhlaknya. 57 00:06:22,960 --> 00:06:25,280 Saya setuju dengan awak, Cik Naruemol. 58 00:06:25,360 --> 00:06:27,680 Kita mesti memelihara akhlak pelajar kita. 59 00:06:28,280 --> 00:06:30,560 Kalau kita tak boleh setuju ini satu masalah, 60 00:06:30,640 --> 00:06:32,480 kita takkan dapat mengharunginya. 61 00:06:35,040 --> 00:06:36,560 Betul, Cik Linda. 62 00:06:37,960 --> 00:06:39,960 Saya dah lama berada di sini. 63 00:06:40,040 --> 00:06:44,120 Saya tahu standard tinggi sekolah ini. 64 00:06:46,600 --> 00:06:51,880 Saya ingin jadi ketua dalam usaha menghadapi krisis ini. 65 00:06:52,720 --> 00:06:54,440 Kita mesti menang pertarungan ini. 66 00:06:55,840 --> 00:06:58,720 Saya akan laksanakan dasar dan buat apa saja yang termampu 67 00:06:59,960 --> 00:07:03,120 supaya sekolah kita berjaya mengharungi krisis ini. 68 00:07:05,000 --> 00:07:09,720 Cik Linda, saya perlukan bantuan awak. 69 00:07:09,800 --> 00:07:11,320 Saya rasa berbesar hati. 70 00:07:12,560 --> 00:07:14,320 Tapi kita mesti mula serta-merta. 71 00:07:14,400 --> 00:07:17,520 Para pelajar dah mula bercakap tentang penggabungan. 72 00:07:18,600 --> 00:07:19,840 Teruknya. 73 00:07:20,560 --> 00:07:22,680 Pengumuman rasmi belum dibuat. 74 00:07:23,480 --> 00:07:24,840 Keadaan sudah tidak terkawal. 75 00:07:25,560 --> 00:07:27,440 Siapa yang bocorkan berita ini? 76 00:07:29,200 --> 00:07:30,880 Saya dengar sekolah ini akan bergabung 77 00:07:30,960 --> 00:07:34,080 dengan sekolah lelaki di sebelah. Betulkah, Nanno? 78 00:07:34,160 --> 00:07:35,080 Betul. 79 00:07:35,160 --> 00:07:36,880 Ada lelaki dalam kelas kita nanti? 80 00:07:36,960 --> 00:07:39,920 Macam mana? Saya tak tahu macam mana nak bawa diri. 81 00:07:40,480 --> 00:07:44,200 Apa nak buat dalam kelas jasmani? Macam mana nak hadapinya? 82 00:07:44,280 --> 00:07:46,680 Macam mana kalau kita kena siapkan laporan bersama di rumah? 83 00:07:46,760 --> 00:07:48,520 Fikir saja dah buat saya tertekan. 84 00:07:48,600 --> 00:07:52,040 Tak perlu rasa tertekan. Lelaki tak berbahaya. 85 00:07:52,600 --> 00:07:53,480 Ya? 86 00:07:54,360 --> 00:07:56,960 Ya. Saya pernah menghadiri sekolah campuran sebelum ini. 87 00:07:57,480 --> 00:07:59,080 Lelaki bukannya menakutkan. 88 00:07:59,800 --> 00:08:01,120 Bagaimana? 89 00:08:01,200 --> 00:08:03,360 Pernah sekali, 90 00:08:03,440 --> 00:08:06,920 budak lelaki berpakat nak menggelongsor susur tangga 91 00:08:07,000 --> 00:08:09,040 sambil saya mengawasi keadaan. 92 00:08:09,120 --> 00:08:12,560 Apabila seorang guru muncul, mereka bertempiaran lari. 93 00:08:12,640 --> 00:08:13,640 Sangat lucu. 94 00:08:14,240 --> 00:08:15,240 Kelakar. 95 00:08:18,160 --> 00:08:20,240 PERATURAN THIPNAREEWITTAYA NOMBOR 012 96 00:08:20,320 --> 00:08:23,480 PEREMPUAN DILARANG KETAWA MENDENGAR LAWAK LELAKI 97 00:08:23,560 --> 00:08:25,040 UNTUK NAMPAK KEWANITAAN 98 00:08:25,120 --> 00:08:29,160 Perempuan di sini pakai baju putih dengan kolar penjara? 99 00:08:29,240 --> 00:08:31,120 Itu kolar kelasi. 100 00:08:32,080 --> 00:08:33,240 Mereka datang. 101 00:08:34,080 --> 00:08:35,000 Alamak. 102 00:08:39,919 --> 00:08:43,840 Helo. Saya Nanno. Gembira bertemu awak. 103 00:08:44,320 --> 00:08:49,000 Saya Punjan. Ini Pob, Man dan Yong. 104 00:08:49,600 --> 00:08:52,520 Ini Mind, Ploy dan Kao. 105 00:08:53,920 --> 00:08:55,200 Selamat berkenalan. 106 00:08:58,280 --> 00:09:00,560 Macam mana mereka nak dengar kalau cakap perlahan? 107 00:09:00,640 --> 00:09:02,240 Mari dekat. 108 00:09:04,000 --> 00:09:05,200 Budak lelaki tak menggigit. 109 00:09:11,240 --> 00:09:13,720 Saya nak tunjukkan kamu kawasan sekolah ini, 110 00:09:13,800 --> 00:09:16,080 tapi saya juga budak baharu di sini. 111 00:09:16,160 --> 00:09:17,960 Lebih baik pelajar lama bawa kamu. 112 00:09:18,560 --> 00:09:20,280 Saya rasa ini tak patut, Nanno. 113 00:09:20,360 --> 00:09:23,000 Tapi saya ingat wanita yang berakhlak dan sopan 114 00:09:23,080 --> 00:09:25,000 patut layan orang dengan baik. 115 00:09:27,120 --> 00:09:28,400 Betul tak, Namnueng? 116 00:09:34,720 --> 00:09:36,320 Betul cakap dia. 117 00:09:43,000 --> 00:09:45,320 Marilah. Saya akan tunjukkan kawasan. 118 00:09:52,000 --> 00:09:53,680 Ini bilik muzik. 119 00:09:54,560 --> 00:09:57,080 Kalau ada bilik muzik, bilik lirik ada? 120 00:09:57,880 --> 00:10:01,760 Sebab muzik dan lirik sentiasa bersama. 121 00:10:05,040 --> 00:10:07,520 Saya dah kata budak lelaki memang kelakar. 122 00:10:12,120 --> 00:10:13,280 Nanno. 123 00:10:14,760 --> 00:10:16,520 Mari tengok bilik seterusnya. 124 00:10:21,240 --> 00:10:23,160 Ini bilik seni. 125 00:10:23,240 --> 00:10:24,680 - Bilik seni? - Ya. 126 00:10:24,760 --> 00:10:26,920 Di sini kamu menyulam dan sebagainya? 127 00:10:27,000 --> 00:10:29,800 Tidak. Itu kelas ekonomi rumah tangga. 128 00:10:29,880 --> 00:10:31,640 Ini bilik apa? 129 00:10:31,720 --> 00:10:34,840 Bilik ini? Ini untuk perempuan saja. 130 00:10:34,920 --> 00:10:36,760 Lelaki dilarang masuk. 131 00:10:37,600 --> 00:10:39,080 Mereka berdiri rapat-rapat. 132 00:10:39,600 --> 00:10:41,960 Apa kita patut buat tentang hal ini? 133 00:10:52,000 --> 00:10:53,640 Saya ada cara. 134 00:11:02,200 --> 00:11:06,520 Hari ini hari pertama pelajar lelaki sertai kelas kamu. 135 00:11:07,760 --> 00:11:10,840 Untuk memastikan semua kelas berjalan lancar, 136 00:11:11,840 --> 00:11:14,720 saya ingin maklumkan satu peraturan kecil. 137 00:11:15,800 --> 00:11:19,240 Ia dipanggil peraturan penjarakan sosial. 138 00:11:20,000 --> 00:11:23,160 Lelaki dan perempuan perlu menjauhkan diri daripada satu sama lain. 139 00:11:23,240 --> 00:11:25,000 Bermula dengan perhimpunan pagi, 140 00:11:25,080 --> 00:11:29,200 pelajar lelaki dan perempuan akan berbaris secara berasingan. 141 00:11:29,840 --> 00:11:32,680 Pelajar perempuan berbaris di sebelah kanan. 142 00:11:33,200 --> 00:11:35,840 Pelajar lelaki berbaris di sebelah kiri. 143 00:11:36,480 --> 00:11:37,720 Kamu boleh teruskan. 144 00:11:48,120 --> 00:11:51,240 Mulai sekarang, kamu duduk dalam kelas berasingan. 145 00:11:54,720 --> 00:11:58,000 Ini bukan saja untuk mempertahankan maruah perempuan. 146 00:11:58,960 --> 00:12:02,480 Kita juga akan mendidik lelaki menjadi lelaki budiman. 147 00:12:07,920 --> 00:12:11,160 Lari laju lagi. Laju lagi. 148 00:12:12,520 --> 00:12:13,840 Cepat. 149 00:12:21,440 --> 00:12:24,600 Ini bagus. Senaman bagus untuk kesihatan. Ia akan buat kamu berpeluh. 150 00:12:24,680 --> 00:12:27,320 Jadi kamu takkan fikirkan benda tak senonoh. 151 00:12:27,880 --> 00:12:29,040 Terima kasih. 152 00:12:32,320 --> 00:12:35,640 Jangan jual minuman coklat kepada mereka. 153 00:12:35,720 --> 00:12:37,800 Ia boleh merangsang keinginan seksual. 154 00:12:40,480 --> 00:12:43,080 PERATURAN THIPNAREEWITTAYA NOMBOR 034 155 00:12:43,160 --> 00:12:47,360 PELAJAR LELAKI PERLU SEBUT "MINUMAN PASTEUR" DAN BUKAN "SUSU". 156 00:12:48,720 --> 00:12:50,640 - Saya tahu. - Letih betul. 157 00:12:53,040 --> 00:12:54,800 Awak tak fikir ini keterlaluan? 158 00:12:55,760 --> 00:12:57,680 Agaklah. 159 00:12:58,280 --> 00:13:00,000 Kasihan pelajar lelaki. Tengoklah. 160 00:13:00,080 --> 00:13:02,200 Tangan mereka menggigil sampai tak boleh makan. 161 00:13:02,280 --> 00:13:03,680 Saya tahu. 162 00:13:11,960 --> 00:13:14,480 Saya penat sangat. 163 00:13:15,680 --> 00:13:16,800 Apa dia cakap? 164 00:13:27,520 --> 00:13:29,280 Pob kata dia sangat penat. 165 00:13:30,960 --> 00:13:33,120 Sekejap. Awak tahu identiti LINE dia? 166 00:13:33,840 --> 00:13:35,920 Biasalah kalau kawan bertukar identiti LINE. 167 00:13:37,920 --> 00:13:40,000 Nak saya masukkan kamu dalam sembang kumpulan? 168 00:13:40,520 --> 00:13:42,280 Bolehlah kamu berbual dengan mereka. 169 00:13:42,800 --> 00:13:44,720 - Mahu. - Boleh juga. 170 00:13:49,880 --> 00:13:51,880 Saya dah masukkan kamu. Terima jemputan. 171 00:13:51,960 --> 00:13:52,800 Okey. 172 00:13:52,880 --> 00:13:54,240 MIND DAN PLOY DALAM KUMPULAN 173 00:13:54,320 --> 00:13:56,440 MIND: AWAK MAKAN SAYUR SAJA? KASIHAN. 174 00:13:56,520 --> 00:13:58,040 YONG: IA BERKHASIAT. 175 00:13:58,120 --> 00:13:59,840 NANNO: AWAK PERLU KHASIAT TAMBAHAN? 176 00:13:59,920 --> 00:14:01,480 POB: BOLEH BERI SUSU AWAK? 177 00:14:01,560 --> 00:14:02,840 NANNO: OKEY. 178 00:14:13,280 --> 00:14:15,600 POB: TERIMA KASIH. 179 00:14:16,360 --> 00:14:18,080 Dilarang guna telefon waktu makan. 180 00:14:18,160 --> 00:14:19,760 Perlukah bercakap dengan kawan sekarang? 181 00:14:32,480 --> 00:14:33,640 Apa ini? 182 00:14:34,200 --> 00:14:36,400 "Ambil awak"? 183 00:14:36,480 --> 00:14:37,360 AMBIL AWAK 184 00:14:37,440 --> 00:14:38,680 "Ambil awak"? 185 00:14:39,160 --> 00:14:42,280 Cikgu patut tengok betul-betul. 186 00:14:42,360 --> 00:14:43,880 AMBIL AWAK 187 00:14:43,960 --> 00:14:50,960 TERIMA KASIH. 188 00:14:54,320 --> 00:14:55,400 Aduhai. 189 00:14:55,480 --> 00:14:56,800 BOLEH BERI SUSU AWAK? 190 00:14:56,880 --> 00:14:58,240 Dia minta susu awak. 191 00:14:58,760 --> 00:15:00,400 Awak nak menafikannya? 192 00:15:01,480 --> 00:15:03,200 Dia minta susu kotak saya. 193 00:15:03,760 --> 00:15:05,520 Cikgu fikir apa dia maksudkan? 194 00:15:10,960 --> 00:15:12,280 Boleh beri susu awak? 195 00:15:12,360 --> 00:15:13,200 Boleh. 196 00:15:17,640 --> 00:15:19,120 Saya ambil awak. 197 00:15:23,960 --> 00:15:24,960 Saya mesti uruskannya. 198 00:15:25,040 --> 00:15:26,560 PERATURAN THIPNAREEWITTAYA NOMBOR 041 199 00:15:26,640 --> 00:15:28,440 MESEJ ANTARA PEREMPUAN DAN LELAKI ADALAH DILARANG. 200 00:15:28,520 --> 00:15:30,360 AKAUN ANDA AKAN DIGANTUNG JIKA LANGGAR PERATURAN 201 00:15:37,000 --> 00:15:38,840 Kenapa dengan Internet? 202 00:16:29,520 --> 00:16:31,920 - Boleh saya dapatkan gambar itu? - Saya juga. 203 00:16:36,120 --> 00:16:36,960 Aduhai. 204 00:16:37,840 --> 00:16:38,840 Sejuknya. 205 00:16:39,480 --> 00:16:41,080 - Apa? - Awak sudah fikir 206 00:16:41,160 --> 00:16:43,080 fakulti mana awak nak mohon? 207 00:16:46,440 --> 00:16:48,440 Saya nak ambil pendidikan. 208 00:16:48,920 --> 00:16:52,240 Selepas dapat ijazah saya akan kembali mengajar di sini. 209 00:16:53,280 --> 00:16:54,120 Di sini? 210 00:16:54,200 --> 00:16:55,240 Ya. 211 00:16:55,320 --> 00:16:56,320 Aduhai. 212 00:16:57,600 --> 00:17:02,720 Jadi patutkah Sekolah Thipnareewittaya mahkotakan awak sebagai 213 00:17:02,800 --> 00:17:05,480 alumni yang paling banyak menyumbang? 214 00:17:05,560 --> 00:17:07,600 Terima kasih. 215 00:17:09,560 --> 00:17:12,119 - Saya akan menangis. - Awak terharu? 216 00:17:14,160 --> 00:17:17,079 - Saya baik, bukan? - Awak akan jadi guru yang hebat. 217 00:17:17,160 --> 00:17:20,319 ANUGERAH GURU CEMERLANG CIK NARUEMOL TRISIRIWIMOL 218 00:17:38,080 --> 00:17:42,120 TERIMA KASIH, CIK LINDA. KERJA INI PASTI SUKAR UNTUK AWAK. 219 00:17:42,200 --> 00:17:44,920 APA SAJA UNTUK AWAK, CIK NARUEMOL. 220 00:17:45,000 --> 00:17:48,640 SAYA AMBIL AWAK DI TEMPAT BIASA 221 00:17:53,120 --> 00:17:54,520 PERATURAN THIPNAREEWITTAYA NOMBOR 076 222 00:17:54,600 --> 00:17:56,880 DILARANG MELUAHKAN PERASAAN TERHADAP BERLAINAN JANTINA 223 00:17:56,960 --> 00:17:58,600 SECARA BERDEPAN, DALAM TALIAN ATAU FIKIRAN 224 00:18:04,720 --> 00:18:06,920 Awak masih boleh mesej dengan lelaki, Nanno? 225 00:18:07,000 --> 00:18:08,000 Ya. 226 00:18:09,320 --> 00:18:12,280 Tapi saya nampak akaun awak juga telah digantung. 227 00:18:13,080 --> 00:18:14,480 Saya ada aplikasi baharu. 228 00:18:15,240 --> 00:18:16,480 Aplikasi baharu? 229 00:18:16,560 --> 00:18:18,560 Ya. Namanya True Love. 230 00:18:18,640 --> 00:18:22,520 Kita boleh berbual dengan budak sekolah tanpa memberi nama, 231 00:18:22,600 --> 00:18:25,160 jadi guru-guru tak tahu kita bercakap dengan siapa. 232 00:18:25,240 --> 00:18:29,760 Siapa tahu? Mungkin boleh jumpa kawan sejati atau teman lelaki di sini. 233 00:18:30,960 --> 00:18:31,960 Aduhai. 234 00:18:32,040 --> 00:18:35,720 Jadi saya boleh muat turun dan terus guna? 235 00:18:35,800 --> 00:18:39,200 Betul. Awak boleh muat turun dan guna serta-merta. 236 00:18:40,240 --> 00:18:42,960 Menarik. Mari muat turun. 237 00:18:46,160 --> 00:18:47,240 FUDGE COKLAT: AWAK MEMANG SECOMEL INI? 238 00:18:47,320 --> 00:18:48,760 MAKHLUK ASING LEMON: SIAPA AWAK? BERI SAYA PETUNJUK. 239 00:18:48,840 --> 00:18:50,760 Ini agak mengujakan. 240 00:18:50,840 --> 00:18:53,400 Ya. Saya nak tahu saya bercakap dengan siapa. 241 00:18:54,040 --> 00:18:54,880 Ya. 242 00:18:54,960 --> 00:18:57,080 EPAL MANIS: AWAKKAH YANG TENGOK SAYA TADI? 243 00:18:57,160 --> 00:18:58,720 Ini dah melampau. 244 00:18:59,840 --> 00:19:03,520 Awak beritahu kawan-kawan awak aplikasi janji temu tak senonoh ini? 245 00:19:03,600 --> 00:19:05,160 Tak senonoh? 246 00:19:05,920 --> 00:19:07,480 Apa maksudnya? 247 00:19:07,560 --> 00:19:10,200 Ini aplikasi janji temu tanpa nama. 248 00:19:10,280 --> 00:19:12,000 Ia platform mencurigakan 249 00:19:12,080 --> 00:19:14,800 di mana orang berkongsi maklumat dengan orang tak dikenali. 250 00:19:14,880 --> 00:19:17,960 Platform mencurigakan? Ia cuma bilik sembang. 251 00:19:18,440 --> 00:19:22,640 Saya fikir aplikasi ini menunjukkan sifat sebenar seseorang 252 00:19:22,720 --> 00:19:26,520 dan ia mungkin menemukan kita dengan kawan sejati. 253 00:19:26,600 --> 00:19:27,800 Siapa tahu? 254 00:19:28,880 --> 00:19:31,040 Kita mungkin akan jumpa cinta sejati dalam aplikasi ini. 255 00:19:32,880 --> 00:19:34,520 Bagaimana dengan cikgu? 256 00:19:34,600 --> 00:19:37,240 Cikgu pernah merasai cinta pertama semasa remaja? 257 00:19:37,320 --> 00:19:40,040 Jaga-jaga. Jangan menyibuk tentang hidup saya. 258 00:19:41,360 --> 00:19:44,600 Budak-budak sebaya kamu patut fokus kepada pelajaran. 259 00:19:45,160 --> 00:19:47,040 Awak tak patut fokus untuk mencari cinta. 260 00:19:48,440 --> 00:19:52,680 Cinta akan mendatangkan masalah besar. 261 00:19:54,280 --> 00:19:56,960 Sesetengah pelajar mungkin kehilangan dara. 262 00:19:57,760 --> 00:19:58,960 Ada di antara kamu… 263 00:20:00,200 --> 00:20:02,080 mungkin mengandung di sekolah. 264 00:20:05,640 --> 00:20:06,880 Saya tahu. 265 00:20:07,520 --> 00:20:12,640 Jika keadaan jadi tak terkawal, pelajar mungkin buat benda tak senonoh. 266 00:20:13,960 --> 00:20:18,360 Kalau awak faham, awak mesti padam aplikasi ini. 267 00:20:19,280 --> 00:20:20,520 Padam? 268 00:20:21,400 --> 00:20:25,840 Tapi saya rasa aplikasi ini mungkin berguna untuk guru-guru. 269 00:20:26,360 --> 00:20:29,920 Cikgu boleh guna untuk memantau pelajar kalau mereka tak senonoh. 270 00:20:36,920 --> 00:20:38,240 Apa maksud awak? 271 00:20:39,520 --> 00:20:42,440 Kita takkan kalah dalam peperangan 272 00:20:43,200 --> 00:20:44,760 kalau kenal musuh dengan baik. 273 00:20:46,280 --> 00:20:51,200 Saya rasa cikgu patut mahu ramai pelajar guna aplikasi ini. 274 00:20:52,240 --> 00:20:54,800 Aplikasi ini sembunyikan identiti pengguna. 275 00:20:55,360 --> 00:20:57,000 Mungkin cikgu berdua lupa 276 00:20:57,080 --> 00:21:01,120 kamu ada akaun dan kata laluan setiap pelajar di sini. 277 00:21:01,200 --> 00:21:04,600 Cikgu boleh guna aplikasi ini untuk memantau perbualan pelajar 278 00:21:05,200 --> 00:21:08,680 dan halang mereka sebelum mereka bertindak melampau 279 00:21:09,240 --> 00:21:11,000 tanpa dibenci oleh mereka. 280 00:21:13,240 --> 00:21:14,800 Tapi terpulang kepada cikgu. 281 00:21:15,360 --> 00:21:17,160 Mungkin cikgu tak rasa nak guna. 282 00:21:18,360 --> 00:21:21,840 Mungkin cikgu takut cikgu akan terbawa-bawa. 283 00:21:25,040 --> 00:21:28,320 Tapi cikgu cuma bersembang melalui mesej. 284 00:21:28,400 --> 00:21:30,000 Tak boleh mengandung. 285 00:21:33,280 --> 00:21:34,240 Betul. 286 00:21:36,320 --> 00:21:38,760 Boleh awak tolong buka akaun untuk saya? 287 00:21:41,920 --> 00:21:47,400 MUAT TURUN SEKARANG 288 00:21:47,480 --> 00:21:50,160 NAMA ANDA 289 00:21:52,200 --> 00:21:55,400 PASU KOSONG 290 00:22:03,880 --> 00:22:07,120 ANDA TELAH DIPADANKAN! 291 00:22:12,360 --> 00:22:15,840 PASU KOSONG: ADA MASANYA SAYA JADI TAWAR HATI 292 00:22:15,920 --> 00:22:19,280 SEBAB TIADA SIAPA HARGAI USAHA SAYA. 293 00:22:19,360 --> 00:22:26,360 DAFODIL: SAYA FAHAM. AWAK HANYA MAHU DIHARGAI. 294 00:22:33,440 --> 00:22:37,400 PASU KOSONG: SEPERTI SAYA BERJUANG SENDIRIAN TANPA SESIAPA DI SISI. 295 00:22:37,480 --> 00:22:43,000 DAFODIL: AWAK PATUT TAHU AWAK ADA SAYA. 296 00:22:55,280 --> 00:22:56,200 Ruethai. 297 00:22:59,080 --> 00:23:00,800 Puas saya cari awak. 298 00:23:02,440 --> 00:23:03,720 Kenapa, Ruethai? 299 00:23:10,240 --> 00:23:11,960 Awak boleh beritahu saya apa saja. 300 00:23:13,480 --> 00:23:15,120 Awak kawan baik saya. 301 00:23:16,120 --> 00:23:18,040 Saya boleh buat apa saja untuk awak, Ruethai. 302 00:23:26,480 --> 00:23:28,760 Saya harap awak boleh jadi Suer untuk saya. 303 00:23:30,560 --> 00:23:31,560 Sudah tentu, Ruethai. 304 00:23:31,640 --> 00:23:33,120 - Saya boleh jadi… - Ruethai. 305 00:23:38,440 --> 00:23:39,520 Maafkan saya. 306 00:23:42,040 --> 00:23:43,040 Saya salah. 307 00:23:45,360 --> 00:23:46,880 Beri saya satu lagi peluang. 308 00:24:18,920 --> 00:24:20,160 PERATURAN THIPNAREEWITTAYA NOMBOR 094 309 00:24:20,240 --> 00:24:22,200 LELAKI DAN PEREMPUAN BERSAMA DI TEMPAT SUNYI 310 00:24:22,280 --> 00:24:24,280 ADALAH KESALAHAN PALING BERAT. 311 00:24:24,360 --> 00:24:27,520 Ini nama pelajar yang terlibat dalam perbualan lucah. 312 00:24:30,560 --> 00:24:34,040 Pelajar sekalian, kami dapati 313 00:24:34,120 --> 00:24:39,640 ada yang tak puas hati dengan peraturan sekolah. 314 00:24:40,560 --> 00:24:45,000 Saya tiada pilihan dan terpaksa mengenakan peraturan lebih ketat. 315 00:24:46,160 --> 00:24:49,160 Saya buat begini demi kebaikan kamu. 316 00:24:49,240 --> 00:24:50,800 Mulai sekarang, 317 00:24:50,880 --> 00:24:54,320 hanya pelajar perempuan yang akan menghadiri kelas di bangunan ini. 318 00:24:54,960 --> 00:24:58,960 Pelajar lelaki akan guna bilik di bangunan sebelah. 319 00:25:01,600 --> 00:25:03,400 Kami cuma nak belajarlah. 320 00:25:07,000 --> 00:25:13,640 Bagi sesetengah pelajar, telefon bimbit kamu akan dirampas. 321 00:25:13,720 --> 00:25:16,800 Guru-guru, sila teruskan. 322 00:25:33,440 --> 00:25:36,600 Hei, kamu berdua. Boleh jauhkan diri? 323 00:25:38,440 --> 00:25:41,520 Kalau tidak, pelajar lelaki dan perempuan perlu guna laluan berbeza. 324 00:25:55,560 --> 00:25:56,880 Helo, cik. 325 00:25:56,960 --> 00:25:58,000 Helo. 326 00:26:05,920 --> 00:26:07,000 Cikgu. 327 00:26:07,600 --> 00:26:11,120 Saya risau cikgu mungkin penat. Jadi saya belikan minuman. 328 00:26:20,440 --> 00:26:21,720 Kenapa awak mengekori saya? 329 00:26:23,320 --> 00:26:26,280 Macam mana semua? Pengintipan cikgu berjalan lancar? 330 00:26:32,400 --> 00:26:37,520 Masa saya baca mesej pelajar, saya jadi gelabah kadang-kadang. 331 00:26:37,600 --> 00:26:39,600 Saya tak tahu kalau cikgu pun rasa begitu. 332 00:26:41,040 --> 00:26:43,880 Tiada apa yang menarik. Semuanya mengarut. 333 00:26:45,320 --> 00:26:46,400 Saya tahu. 334 00:26:47,440 --> 00:26:48,960 Tapi sayang. 335 00:26:49,040 --> 00:26:52,880 Semua orang mula perasan cikgu guna aplikasi itu juga. 336 00:26:54,040 --> 00:26:56,400 Saya tak peduli tentang aplikasi itu. 337 00:26:57,040 --> 00:26:59,280 Saya mesti cari jalan 338 00:26:59,360 --> 00:27:02,000 untuk memisahkan pelajar lelaki dan perempuan. 339 00:27:03,080 --> 00:27:04,680 Saya yakin terhadap cikgu. 340 00:27:15,640 --> 00:27:16,720 Cikgu. 341 00:27:16,800 --> 00:27:20,800 Rasanya saya dengar bunyi aneh dari bilik ini. 342 00:27:33,760 --> 00:27:34,760 Hei! 343 00:27:34,840 --> 00:27:37,440 Kamu berdua buat apa? Apa yang awak buat? 344 00:27:37,520 --> 00:27:40,320 - Ini bukan apa cikgu fikirkan. - Kamu buat apa? Cakap! 345 00:27:40,400 --> 00:27:42,520 Bukankah saya kata kamu mesti jauhkan diri? 346 00:27:42,600 --> 00:27:43,680 Apa yang awak buat? 347 00:27:55,520 --> 00:27:56,560 Mari, Punjan. 348 00:28:19,440 --> 00:28:21,840 Saya ada berita buruk. 349 00:28:22,560 --> 00:28:24,360 Ruethai tidak bersama kita lagi. 350 00:28:24,920 --> 00:28:27,640 Dia gugurkan kandungan dan kehilangan terlalu banyak darah. 351 00:28:29,240 --> 00:28:31,800 Doktor tak dapat selamatkan dia. 352 00:28:32,760 --> 00:28:34,840 Saya simpati, Naruemol. 353 00:29:06,240 --> 00:29:08,760 Apa penjelasan awak, Cik Naruemol? 354 00:29:08,840 --> 00:29:12,720 Saya cuba elakkan perkara buruk berlaku kepada pelajar saya. 355 00:29:13,320 --> 00:29:16,120 Mereka tak tahu apa yang boleh berlaku kepada mereka. 356 00:29:16,720 --> 00:29:17,880 Ini yang berlaku. 357 00:29:22,040 --> 00:29:25,360 Punjan dan Namnueng sedang belajar bersama-sama. 358 00:29:25,440 --> 00:29:27,800 Pemadam ini terjatuh di atas lantai, 359 00:29:27,880 --> 00:29:30,080 jadi Namnueng membongkok untuk mengambilnya. 360 00:29:31,760 --> 00:29:33,120 Awak percayakan mereka? 361 00:29:34,280 --> 00:29:35,960 Saya tak nampak, jadi saya tak tahu. 362 00:29:37,320 --> 00:29:39,480 Apa yang saya tahu 363 00:29:39,560 --> 00:29:42,440 Punjan perlukan sepuluh jahitan untuk luka di kepalanya 364 00:29:42,520 --> 00:29:44,840 dan ibu bapanya mungkin akan saman kita. 365 00:29:48,840 --> 00:29:50,320 Cik Naruemol, 366 00:29:50,960 --> 00:29:54,840 demi sekolah kita, saya terpaksa pecat awak. 367 00:29:55,560 --> 00:29:56,480 Apa awak cakap? 368 00:29:58,040 --> 00:30:00,800 Saya akan tolong selesaikan masalah yang awak mulakan, 369 00:30:01,480 --> 00:30:04,400 tapi awak mesti tinggalkan sekolah ini serta-merta. 370 00:30:05,880 --> 00:30:08,200 Kalau saya pergi, apa akan jadi kepada sekolah ini? 371 00:30:08,680 --> 00:30:11,680 Sekolah ini akan kembali menjadi sekolah campuran 372 00:30:11,760 --> 00:30:13,360 seperti yang sepatutnya. 373 00:31:10,560 --> 00:31:12,400 DAFODIL: PASU MENYERIKAN BUNGA. 374 00:31:12,480 --> 00:31:14,280 PASU KOSONG: AWAK SUKA SESEORANG? 375 00:31:15,640 --> 00:31:18,920 PASU KOSONG: SEPERTI SAYA BERJUANG SENDIRIAN TANPA SESIAPA DI SISI. 376 00:31:19,000 --> 00:31:23,280 DAFODIL: AWAK PATUT TAHU AWAK ADA SAYA. 377 00:31:29,960 --> 00:31:32,160 Selamat pagi, pelajar. 378 00:31:32,720 --> 00:31:39,640 Hari ini, saya minta Cik Naruemol beri ucapan sebelum dia pergi. 379 00:31:41,480 --> 00:31:44,160 Oleh itu, saya mahu kamu beri perhatian. 380 00:31:45,720 --> 00:31:49,880 Cik Naruemol sudah lama mengajar di sini. 381 00:31:51,840 --> 00:31:56,000 Saya pasti dia ada kata-kata hikmah untuk dikongsi dengan kamu. 382 00:31:58,120 --> 00:31:59,400 Silakan, Cik Naruemol. 383 00:32:00,280 --> 00:32:01,520 Terima kasih. 384 00:32:04,920 --> 00:32:06,040 Pelajar sekalian, 385 00:32:07,880 --> 00:32:11,800 sekolah kita sedang melalui banyak perubahan. 386 00:32:13,200 --> 00:32:19,200 Saya mahu setiap pelajar perempuan menjaga akhlak dan kesucian kamu. 387 00:32:20,200 --> 00:32:23,480 Untuk pelajar lelaki, tolong jauhkan diri daripada perempuan. 388 00:32:24,600 --> 00:32:30,520 Apabila kamu berada di luar sana, kamu akan gembira dan selamat. 389 00:32:34,600 --> 00:32:39,640 ANDA TELAH DIPADANKAN 390 00:32:44,960 --> 00:32:46,040 Pelajar sekalian, 391 00:32:48,240 --> 00:32:50,280 apabila tiba masanya, 392 00:32:50,360 --> 00:32:54,920 kamu semua akan temui kebahagiaan dengan keluarga kamu sendiri. 393 00:32:55,720 --> 00:33:01,520 Saya mahu kamu semua kekalkan sifat murni kamu. 394 00:33:05,360 --> 00:33:10,800 ANDA TELAH DIPADANKAN 395 00:33:11,720 --> 00:33:12,720 Pasu Kosong. 396 00:33:13,320 --> 00:33:14,480 Dafodil. 397 00:33:18,040 --> 00:33:19,920 Saya faham semuanya sekarang. 398 00:33:21,440 --> 00:33:22,640 Apa yang awak faham? 399 00:33:23,600 --> 00:33:25,600 Saya bukan sekadar menghormati awak. 400 00:33:26,920 --> 00:33:29,080 Saya mungkin sudah jatuh cinta dengan awak. 401 00:33:29,800 --> 00:33:30,760 Cinta? 402 00:33:33,440 --> 00:33:34,880 Saya serius. 403 00:33:37,840 --> 00:33:38,960 Ini tak senonoh. 404 00:33:40,000 --> 00:33:41,440 Kita berdua perempuan. 405 00:33:42,160 --> 00:33:44,520 Cinta ialah perasaan gembira yang mengisi hati kita. 406 00:33:45,120 --> 00:33:48,480 Kita rasa gembira berada dekat dengan orang yang kita sayang. 407 00:33:49,040 --> 00:33:52,960 Awak tahu tak hati saya rasa gembira ketika bersama awak? 408 00:33:53,440 --> 00:33:56,760 Bagaimana dengan awak? Awak pun rasa begitu? 409 00:33:57,840 --> 00:33:59,840 Awak kawan baik saya. 410 00:34:01,080 --> 00:34:03,080 Saya boleh buat apa saja untuk awak. 411 00:34:06,760 --> 00:34:10,400 Naruemol, tolong buka hati awak untuk bercinta. 412 00:34:10,480 --> 00:34:13,880 Cinta tak pernah salah. Manusia yang buat ia salah. 413 00:34:27,520 --> 00:34:31,760 Tak kira apa pun bentuknya, ia tetap cinta, bukan? 414 00:34:32,480 --> 00:34:38,280 Saya tahu awak rasa tawar hati sebab tiada siapa lihat usaha awak, 415 00:34:39,639 --> 00:34:41,120 tapi saya nampak. 416 00:34:42,920 --> 00:34:47,320 Seperti saya berjuang sendirian tanpa sesiapa di sisi saya. 417 00:34:48,159 --> 00:34:53,000 Awak patut tahu awak ada saya. 418 00:35:53,440 --> 00:36:00,440 ANDA TELAH DIPADANKAN 419 00:37:49,760 --> 00:37:54,760 Terjemahan sari kata oleh Zahirah Zainal