1 00:00:13,720 --> 00:00:17,160 SIRI ASLI NETFLIX 2 00:00:21,000 --> 00:00:23,360 Kita tinggal di dunia yang semua orang ingin kesamaan 3 00:00:25,400 --> 00:00:28,680 tapi ramai orang tak pikul tanggungjawab yang sama 4 00:00:29,720 --> 00:00:31,880 untuk kesilapan yang mereka lakukan. 5 00:00:36,680 --> 00:00:39,600 Ada yang memilih untuk menanggung akibat tindakan mereka, 6 00:00:43,800 --> 00:00:47,160 sementara yang lain memilih untuk mengabaikan saja 7 00:00:49,240 --> 00:00:52,560 kerana ia pilihan lebih mudah dan membebaskan mereka. 8 00:01:03,600 --> 00:01:04,960 Mereka lupa tentang 9 00:01:07,360 --> 00:01:09,519 beban ghaib yang dibawa oleh tindakan mereka. 10 00:02:32,800 --> 00:02:37,960 KEHAMILAN 11 00:02:40,800 --> 00:02:41,720 Helo. 12 00:02:41,800 --> 00:02:44,920 Saya Nanno. Gembira bertemu kamu semua. 13 00:02:47,280 --> 00:02:49,160 Awak boleh duduk… 14 00:02:52,000 --> 00:02:53,640 Di sini tak ada orang. 15 00:02:55,480 --> 00:02:56,440 Tengoklah dia. 16 00:02:56,520 --> 00:02:58,920 Rasa macam saya baru dipinggirkan oleh kawan baik. 17 00:03:00,320 --> 00:03:02,160 Awak boleh duduk di meja itu. 18 00:03:02,240 --> 00:03:03,160 Okey. 19 00:03:04,640 --> 00:03:08,840 Nampak? Sia-sia awak tendang saya. 20 00:03:09,800 --> 00:03:11,000 Awak tak faham? 21 00:03:12,120 --> 00:03:13,320 Kalau buat dia ketawa, 22 00:03:14,440 --> 00:03:15,680 kita di jalan yang betul. 23 00:03:17,560 --> 00:03:18,920 Saya buat dia ketawa? 24 00:03:19,520 --> 00:03:20,480 Saya. 25 00:03:21,840 --> 00:03:25,200 - Hari ini, kita akan belajar tentang… - Helo, Nanno. Saya Lookmhee. 26 00:03:29,720 --> 00:03:32,120 - …Eropah. Negara Kesatuan Eropah… - Itu Nanai. 27 00:03:32,200 --> 00:03:34,040 Dia mungkin akan jadi presiden pelajar seterusnya. 28 00:03:34,120 --> 00:03:35,320 Begitu. 29 00:03:35,400 --> 00:03:36,920 Jangan terpikat dengan dia. 30 00:03:37,000 --> 00:03:38,840 - Nanai buat ramai gadis mengandung. - Perancis, Jerman, 31 00:03:38,920 --> 00:03:41,480 Hungary, Republik Czech… 32 00:03:41,560 --> 00:03:44,520 - Sekolah biarkan saja? - Latvia, Slovakia… 33 00:03:44,600 --> 00:03:46,480 Mereka gugurkan kandungan. Masalahnya, 34 00:03:47,080 --> 00:03:49,880 Nanai pelajar terbaik 35 00:03:49,960 --> 00:03:53,200 dan tiada gadis mahu datang ke sekolah dalam keadaan mengandung. 36 00:03:53,280 --> 00:03:54,400 - Ia memalukan. - Sementara itu, Netherlands dan 37 00:03:54,480 --> 00:03:55,640 United Kingdom, tak termasuk Ireland Utara… 38 00:03:55,720 --> 00:03:57,520 - Asalkan saya tak mengandung, - dan Sweden. 39 00:03:57,600 --> 00:04:02,520 - tak apalah. - Mereka ada 24 minggu… 40 00:04:06,400 --> 00:04:08,240 Saya ajak dia makan bersama kita 41 00:04:08,320 --> 00:04:09,840 tapi dia nak makan dengan lelaki. 42 00:04:13,280 --> 00:04:14,200 Hei. 43 00:04:24,040 --> 00:04:26,000 Okey. Baiklah. 44 00:04:27,079 --> 00:04:27,960 Nampak? 45 00:04:28,680 --> 00:04:30,480 Kalau Nanai suapkan saya begitu, 46 00:04:31,080 --> 00:04:33,440 saya pun takkan makan dengan awak. 47 00:04:34,480 --> 00:04:36,720 Betul cakap Pin. 48 00:04:37,280 --> 00:04:40,080 Kalau Nanno suapkan saya begitu, 49 00:04:40,160 --> 00:04:42,800 saya takkan duduk di sini. Tak guna. Cemburunya saya. 50 00:04:42,880 --> 00:04:44,120 Duduklah dengan mereka. 51 00:04:44,200 --> 00:04:46,240 - Ya, pergilah. - Kenapa halau saya? 52 00:04:46,320 --> 00:04:48,600 Mereka berdua dah halau saya. 53 00:04:51,000 --> 00:04:53,560 Tengoklah mereka. Saya tak boleh duduk di situ. 54 00:04:53,640 --> 00:04:57,080 Takkan kekal lama. Nanai akan kebosanan lepas dia dah puaskan nafsu. 55 00:04:57,160 --> 00:04:58,040 Hei. 56 00:04:59,520 --> 00:05:02,280 Awak rasa berapa lama lagi sebelum Nanno benarkan dia? 57 00:05:03,560 --> 00:05:07,120 Jheng, bila awak nak berhenti buat pertaruhan keji seperti itu? 58 00:05:08,160 --> 00:05:09,760 Kita bertaruh 500 baht seorang. 59 00:05:09,840 --> 00:05:12,560 Tekaan yang paling dekat menang semua duit. 60 00:05:13,760 --> 00:05:16,760 - Sekejap. - Nampak tak? Dah dapat taruhan pertama. 61 00:05:17,320 --> 00:05:18,760 Marilah. Untuk seronok-seronok. 62 00:05:18,840 --> 00:05:20,680 Itulah yang saya mahu. 63 00:05:21,280 --> 00:05:23,200 Kamu semua teruk. 64 00:05:23,280 --> 00:05:25,280 Saya tahu saya tak guna. 65 00:05:25,880 --> 00:05:28,000 Macam mana? Awak nak bertaruh? 66 00:05:29,840 --> 00:05:33,280 Saya rasa pasti tak lama. 67 00:05:34,720 --> 00:05:37,760 - Awak nak taruh 500 baht? - Baiklah. 68 00:05:40,320 --> 00:05:44,440 CEPU TARUHAN PEMENANG DAPAT SEMUANYA 69 00:05:50,640 --> 00:05:52,600 Siapa lagi? Cepat. 70 00:05:52,680 --> 00:05:53,640 Ada lagi pertaruhan? 71 00:05:53,720 --> 00:05:54,600 HARI PERTAMA 72 00:06:08,680 --> 00:06:09,520 HARI KEDUA 73 00:06:09,600 --> 00:06:13,200 Awak dah sedia? Satu, dua, tiga. Satu, dua… 74 00:06:19,160 --> 00:06:20,160 Awak dah sedia? 75 00:06:20,240 --> 00:06:21,680 HARI KETIGA 76 00:07:08,440 --> 00:07:09,400 Hei. 77 00:07:16,000 --> 00:07:17,120 Awak tahu 78 00:07:18,960 --> 00:07:24,760 budak sekolah buat pertaruhan tentang awak dan Nanai? 79 00:07:25,320 --> 00:07:28,080 Ya? Apa taruhannya? 80 00:07:29,680 --> 00:07:30,800 Itu… 81 00:07:32,800 --> 00:07:37,400 Mereka bertaruh berapa lama sebelum Nanai meniduri awak. 82 00:07:43,920 --> 00:07:45,040 Bagaimana dengan awak? 83 00:07:45,840 --> 00:07:47,960 Berapa lama sebelum dia meniduri awak? 84 00:07:53,280 --> 00:07:55,440 Maaf sebab menyibuk dalam urusan awak. 85 00:07:57,680 --> 00:07:59,640 Saya cuma tak mahu awak jadi mangsa. 86 00:08:02,680 --> 00:08:06,120 Kalau awak fikir awak mangsa, awak akan jadi mangsa. 87 00:08:26,440 --> 00:08:29,160 Sekejap. Dah berapa lama kita kenal? 88 00:08:29,840 --> 00:08:31,080 Empat hari. 89 00:08:31,160 --> 00:08:32,600 Beritahu masa yang tepat. 90 00:08:36,680 --> 00:08:41,120 Sudah tiga hari, tiga jam dan tiga puluh satu minit. 91 00:08:41,760 --> 00:08:44,280 Jadi kita masih belum cukup mengenali satu sama lain. 92 00:08:46,799 --> 00:08:47,880 Nanno. 93 00:08:48,960 --> 00:08:52,840 Cinta tiada kaitan dengan masa. 94 00:08:54,160 --> 00:08:56,240 Saya rasa begini kali pertama kita bertemu. 95 00:08:59,440 --> 00:09:00,600 Untuk awak, 96 00:09:02,160 --> 00:09:03,800 saya akan buat apa saja. 97 00:09:05,240 --> 00:09:07,640 Betul? Apa saja? 98 00:09:10,720 --> 00:09:11,680 Saya janji. 99 00:09:13,120 --> 00:09:15,120 Saya rasa masih terlalu awal. 100 00:09:16,320 --> 00:09:17,880 Berapa lama lagi awak perlukan? 101 00:09:18,760 --> 00:09:19,880 Saya rasa 102 00:09:21,000 --> 00:09:22,840 satu minit lagi dah cukup. 103 00:09:29,800 --> 00:09:31,920 Sepuluh, sembilan, 104 00:09:32,880 --> 00:09:35,080 lapan, tujuh, 105 00:09:35,760 --> 00:09:37,720 enam, lima, 106 00:09:38,440 --> 00:09:40,360 empat, tiga, 107 00:09:41,080 --> 00:09:41,920 dua, 108 00:09:43,320 --> 00:09:44,400 satu. 109 00:09:46,080 --> 00:09:47,040 Kosong. 110 00:10:01,520 --> 00:10:03,440 Tak guna. 111 00:10:05,720 --> 00:10:08,120 Hei, kamu berdua dah lakukannya? 112 00:10:08,880 --> 00:10:10,720 Dia bukan sekadar buat tanda ini, bukan? 113 00:10:15,600 --> 00:10:19,880 Tiga hari, tiga jam dan tiga puluh tiga minit. 114 00:10:20,440 --> 00:10:21,880 - Gilalah. - Ini rekod baharu. 115 00:10:22,440 --> 00:10:23,600 Nombor yang bagus. 116 00:10:24,520 --> 00:10:27,960 - Ini dia. - Wah! 117 00:10:28,040 --> 00:10:28,920 Aduhai. 118 00:10:29,000 --> 00:10:30,960 - Ini saja? - Banyaknya duit. 119 00:10:31,040 --> 00:10:33,160 Hei, awak patut terima taruhan dalam talian. 120 00:10:33,240 --> 00:10:37,600 Itu tak seronok. Lebih seronok buat depan-depan. 121 00:10:37,680 --> 00:10:38,520 Banyaknya duit. 122 00:10:38,600 --> 00:10:39,960 Mari lihat siapa yang menang. 123 00:10:40,040 --> 00:10:42,840 - Mari kita tengok. - Memandangkan kamu semua tamak duit, 124 00:10:42,920 --> 00:10:44,560 saya akan mula membaca tekaan. 125 00:10:44,640 --> 00:10:46,720 - Mari mula dengan yang ini. - Okey. 126 00:10:46,800 --> 00:10:48,360 Ini tekaan pertama. 127 00:10:49,480 --> 00:10:52,320 Mitzu dari Kelas A. 128 00:10:52,400 --> 00:10:55,040 Awak teka enam hari. 129 00:10:56,560 --> 00:10:58,200 - Mari teruskan. - Jauh betul. 130 00:10:58,280 --> 00:11:00,440 - Saya mungkin ada peluang. - Ini dia. 131 00:11:00,520 --> 00:11:02,080 Tekaan Tak ialah 132 00:11:02,720 --> 00:11:03,720 lapan hari 133 00:11:04,240 --> 00:11:05,280 - dan empat jam. - Tak. 134 00:11:05,360 --> 00:11:06,360 Kamu buat apa? 135 00:11:08,480 --> 00:11:09,400 Hei, Nanno. 136 00:11:14,560 --> 00:11:15,400 Saya… 137 00:11:16,080 --> 00:11:19,960 Semua orang bertaruh, jadi saya pun main sama. Maafkan saya, Nanno. 138 00:11:20,480 --> 00:11:22,080 - Jheng. - Ya? 139 00:11:22,160 --> 00:11:23,160 Apa tekaan awak? 140 00:11:25,480 --> 00:11:27,560 Saya tak… 141 00:11:28,360 --> 00:11:30,120 Tak ada apa yang nak dimalukan. 142 00:11:30,680 --> 00:11:32,960 Ini seronok. Biar saya tolong. 143 00:11:36,280 --> 00:11:37,920 Mari kita lihat. 144 00:11:38,760 --> 00:11:40,240 Lookmhee. 145 00:11:41,120 --> 00:11:43,640 Tekaan awak, tiga hari dan lima jam. 146 00:11:44,480 --> 00:11:46,440 Salah tapi dekat juga. 147 00:11:47,720 --> 00:11:49,600 Ada tekaan yang lebih dekat, Jheng? 148 00:12:01,640 --> 00:12:05,520 Tiga hari, tiga jam dan tiga puluh tiga minit. 149 00:12:07,280 --> 00:12:09,960 Tepat sekali. Tekaan siapa? 150 00:12:12,160 --> 00:12:13,000 Tekaan awak. 151 00:12:14,640 --> 00:12:17,480 3 HARI, 3 JAM, 33 MINIT NANNO 152 00:12:27,000 --> 00:12:28,240 Terima kasih. 153 00:12:28,920 --> 00:12:31,560 Jangan fikir Nanai saja yang pandai main di sini. 154 00:12:32,240 --> 00:12:34,160 Saya pun pandai main. 155 00:12:36,920 --> 00:12:39,080 Awak patut periksa dulu, Jheng. 156 00:12:39,160 --> 00:12:40,640 Jangan salahkan saya. 157 00:12:43,240 --> 00:12:45,760 Tengoklah siapa yang baru dipermainkan. 158 00:13:04,120 --> 00:13:06,160 Suka tak, bodoh? 159 00:13:07,040 --> 00:13:11,120 Sejak awak bersama Nanno, awak kurang hebat, Nai. 160 00:13:11,200 --> 00:13:12,840 Dia sedut semua tenaga awak? 161 00:13:15,040 --> 00:13:16,760 Hei, kenapa ini? 162 00:13:18,200 --> 00:13:19,720 Cukuplah untuk hari ini. 163 00:13:20,200 --> 00:13:21,600 Pergi jumpa doktor. 164 00:13:24,880 --> 00:13:25,720 Mari lawan lagi. 165 00:13:25,800 --> 00:13:26,800 Sekali lagi? 166 00:13:28,320 --> 00:13:30,440 Okey. Ayuhlah, bangsat. 167 00:13:54,120 --> 00:13:57,120 Kenapa? Awak marah saya? 168 00:14:34,120 --> 00:14:35,600 Tak ada nafsu? 169 00:14:45,200 --> 00:14:48,640 Kalau tak ada nafsu, kita boleh buat lain kali. 170 00:14:53,560 --> 00:14:55,240 Jangan rasa malu. 171 00:14:55,960 --> 00:14:57,840 Kita boleh berseronok pada waktu lain. 172 00:15:06,920 --> 00:15:09,360 Nanai, tunggu! 173 00:15:09,440 --> 00:15:10,840 Apa yang berlaku? 174 00:15:16,040 --> 00:15:17,320 Kita patut berpisah, Nanno. 175 00:15:19,240 --> 00:15:21,080 Tak, saya tak nak berpisah dengan awak. 176 00:15:22,200 --> 00:15:25,560 Apa salah saya? Saya boleh berubah, Nanai. 177 00:15:26,680 --> 00:15:27,640 Nanno, 178 00:15:28,320 --> 00:15:29,920 tak ada gunanya. 179 00:15:31,120 --> 00:15:32,680 Ini salah awak. 180 00:15:33,560 --> 00:15:35,320 Apa salah saya? 181 00:15:38,720 --> 00:15:40,240 Awak tak buat apa-apa. 182 00:15:43,560 --> 00:15:45,520 Saya cuma tak suka cara awak pandang saya. 183 00:15:46,960 --> 00:15:48,640 Kenapa 184 00:15:51,160 --> 00:15:52,800 dengan cara saya pandang awak? 185 00:15:54,040 --> 00:15:56,320 Saya rasa awak lihat saya seperti 186 00:15:58,160 --> 00:15:59,000 objek. 187 00:16:02,560 --> 00:16:04,280 Saya tak minta awak memahami saya. 188 00:16:08,120 --> 00:16:09,280 Baik kita berpisah saja. 189 00:16:09,360 --> 00:16:13,880 Tidak! Saya akan mati kalau kita berpisah! Saya akan mati! 190 00:16:15,000 --> 00:16:16,120 Nanno, 191 00:16:17,120 --> 00:16:19,200 kita cuma berseronok. 192 00:16:20,080 --> 00:16:21,560 Kita berdua rasa seronok, bukan? 193 00:16:40,320 --> 00:16:41,680 Kenapa awak nampak terkejut? 194 00:16:42,240 --> 00:16:44,640 Bukankah semua perempuan berkelakuan begini? 195 00:16:46,000 --> 00:16:49,200 Saya ingatkan awak suka, jadi saya lakukannya 196 00:16:50,600 --> 00:16:53,160 supaya awak rasa lebih seperti seorang lelaki. 197 00:16:55,840 --> 00:16:58,240 Awak kata saya pandang awak macam objek. 198 00:16:59,200 --> 00:17:03,160 Bukankah awak pandang saya begitu juga? Tak ada bezanya. 199 00:17:09,440 --> 00:17:10,640 Maafkan saya, 200 00:17:11,920 --> 00:17:14,079 tapi saya tak rasa apa-apa. 201 00:17:16,200 --> 00:17:21,400 Mungkin awak akan mula rasa sesuatu selepas hari ini. 202 00:17:57,280 --> 00:17:59,080 Awak gadis yang aneh, Nanno. 203 00:17:59,160 --> 00:18:02,480 Saya ingatkan awak macam gadis lain yang keluar dengan Nanai. 204 00:18:03,640 --> 00:18:04,840 Awak pun pelik. 205 00:18:11,520 --> 00:18:14,040 Awak pun akan buat begitu kalau awak jadi saya. 206 00:18:16,520 --> 00:18:18,480 Awak tak begitu mengenali saya. 207 00:18:30,000 --> 00:18:31,560 Saya tak boleh buat pada mulanya 208 00:18:33,320 --> 00:18:36,040 tapi saya mula sedar dia takkan bertanggungjawab. 209 00:18:38,160 --> 00:18:41,040 Saya makan pil gugur, tapi tak berhasil. 210 00:18:44,720 --> 00:18:46,320 Awak gembira atau sedih? 211 00:18:49,920 --> 00:18:51,880 Itu mungkin kali pertama dalam hidup saya, 212 00:18:52,440 --> 00:18:54,480 saya gembira saya gagal buat sesuatu. 213 00:18:56,720 --> 00:19:00,680 Awak tak mahu si bapa berkongsi tanggungjawab? 214 00:19:13,480 --> 00:19:15,320 Tak guna! 215 00:19:16,280 --> 00:19:18,400 - Boleh pinjam syampu, Nanai? - Berambus! 216 00:19:18,480 --> 00:19:20,200 Keluar dari sini, tak guna. 217 00:19:21,480 --> 00:19:23,600 Alamak! 218 00:19:24,160 --> 00:19:25,640 Kemaluan awak dah kecut? 219 00:19:25,720 --> 00:19:28,560 Mana ada kecut. Kemaluan saya okey. 220 00:19:59,400 --> 00:20:00,280 Alamak! 221 00:20:21,520 --> 00:20:23,680 Kenapa kamu pakai jaket? Ada masalah? 222 00:20:23,760 --> 00:20:25,000 Kamu sakit? 223 00:20:25,720 --> 00:20:27,080 Saya cuma sejuk, ayah. 224 00:20:27,760 --> 00:20:28,680 Saya tak apa-apa. 225 00:20:28,760 --> 00:20:31,040 Kamu nak jumpa doktor? Mak boleh bawa. 226 00:20:31,760 --> 00:20:33,200 Kawan mak doktor. 227 00:20:35,040 --> 00:20:37,960 Makanlah. Ini kegemaran kamu. 228 00:20:53,680 --> 00:20:54,600 Kenapa, Nai? 229 00:20:55,440 --> 00:20:57,320 Baunya. Ia buat saya loya. 230 00:20:59,880 --> 00:21:01,520 Ini bau biasa. 231 00:21:02,240 --> 00:21:04,760 Kamu sakit? Nak mak bawa kamu jumpa doktor? 232 00:21:04,840 --> 00:21:08,240 Saya kata saya tak apa-apa. Sebab makanan ini. 233 00:21:16,800 --> 00:21:20,840 Tempoh hari, kami baru nak mula. 234 00:21:20,920 --> 00:21:22,880 - Dia buka bajunya… - Nai? 235 00:21:22,960 --> 00:21:24,560 - Perlahankan suara awak. - Kenapa? 236 00:21:24,640 --> 00:21:26,240 Alamak. Itu dia datang. 237 00:21:27,280 --> 00:21:30,760 Nai, awal awak sampai. 238 00:21:31,440 --> 00:21:34,280 Awak nak berlatih hari ini? Percubaan beberapa hari lagi. 239 00:21:35,840 --> 00:21:39,600 Marilah. Biar jurulatih tengok muka awak supaya dia berhenti merungut. 240 00:21:39,680 --> 00:21:40,880 Dia buat saya geram. 241 00:21:43,320 --> 00:21:44,160 Hei. 242 00:21:44,960 --> 00:21:45,800 Tak guna. 243 00:21:46,760 --> 00:21:50,160 Kenapa dengan awak, Nai? 244 00:21:52,680 --> 00:21:53,760 Bertenang. 245 00:21:55,200 --> 00:21:57,040 Nai, perut awak bengkak? 246 00:21:57,120 --> 00:21:59,160 Pergilah. Jangan ganggu saya. 247 00:22:00,920 --> 00:22:04,360 Kenapa dengan budak itu? Dia marah sebab saya kata dia gemuk? 248 00:22:10,240 --> 00:22:11,480 Tak guna. 249 00:22:12,640 --> 00:22:15,520 Awak dah sedia? Satu, dua, tiga. 250 00:22:17,520 --> 00:22:19,080 Toleh kanan sikit. 251 00:22:19,840 --> 00:22:21,480 Satu, dua, tiga. 252 00:22:27,560 --> 00:22:28,880 Minumlah. 253 00:22:28,960 --> 00:22:29,920 Terima kasih. 254 00:23:06,000 --> 00:23:06,920 Tak guna. 255 00:23:09,560 --> 00:23:10,480 Tak guna. 256 00:23:23,920 --> 00:23:25,600 Kenapa dengan saya, doktor? 257 00:23:29,400 --> 00:23:31,440 Awak pernah buat pembedahan pertukaran jantina 258 00:23:31,520 --> 00:23:34,120 atau prosedur transjantina? 259 00:23:38,800 --> 00:23:40,720 Saya nak awak tengok monitor. 260 00:23:45,000 --> 00:23:45,840 Apa itu? 261 00:23:46,440 --> 00:23:50,280 Ini kes yang amat jarang berlaku. 262 00:23:55,000 --> 00:23:56,200 Saya rasa awak mengandung. 263 00:23:57,840 --> 00:23:59,560 Awak dah gila? 264 00:23:59,640 --> 00:24:02,360 Saya lelaki. Macam mana saya boleh mengandung? 265 00:24:03,120 --> 00:24:04,040 Dengar sini. 266 00:24:04,920 --> 00:24:06,360 Kalau awak tak percaya, 267 00:24:07,120 --> 00:24:09,480 buat pemeriksaan di hospital lain. 268 00:24:10,920 --> 00:24:13,640 Awak mungkin ada organ pembiakan yang abnormal. 269 00:24:14,160 --> 00:24:17,080 Awak tahu tentang hermafrodit? 270 00:24:19,160 --> 00:24:20,240 Bayi awak perempuan. 271 00:24:21,400 --> 00:24:26,800 Berdasarkan saiz, kandungan awak kira-kira 15 hingga 16 minggu. 272 00:24:28,560 --> 00:24:32,040 Bayi sihat. Awak boleh lihat jantungnya berdegup. 273 00:24:47,000 --> 00:24:48,040 Tak guna. 274 00:24:50,120 --> 00:24:51,360 Ia bergerak. 275 00:24:55,320 --> 00:24:56,320 Bayi yang bergerak. 276 00:25:05,120 --> 00:25:08,080 Saya tarik Nanai ke dalam bilik gelap. 277 00:25:08,160 --> 00:25:10,800 Bilik itu memang gelap. 278 00:25:10,880 --> 00:25:15,240 Saya nak puaskan dia masa saya nampak perut dia besar. 279 00:25:15,320 --> 00:25:16,280 Tak guna. 280 00:25:17,080 --> 00:25:20,400 Nai, tunggu. 281 00:25:21,560 --> 00:25:24,240 - Nai, tunggu saya. - Tak guna. 282 00:25:24,320 --> 00:25:26,080 Boleh jaga tepi kain sendiri? 283 00:25:28,680 --> 00:25:30,440 Awak bergosip tentang saya? 284 00:25:31,480 --> 00:25:35,160 Mereka bercakap dan saya dengar saja. Apa salah saya? 285 00:25:36,520 --> 00:25:38,080 Cakap saja apa yang tak kena 286 00:25:38,160 --> 00:25:40,160 sebelum saya dengar daripada orang lain. 287 00:25:42,840 --> 00:25:47,160 Banyak penyakit boleh dirawat sekarang. Saya tahu klinik kesihatan seksual. 288 00:25:47,240 --> 00:25:50,280 Pergi matilah. Saya tak ada penyakit. Saya mengandung! 289 00:25:50,360 --> 00:25:52,960 Nanai, senyum. 290 00:25:57,000 --> 00:25:57,840 Hei. 291 00:26:05,240 --> 00:26:07,160 Saya tak ada penyakit. Saya mengandung! 292 00:26:09,240 --> 00:26:11,840 - Saya tak ada penyakit. Saya mengandung! - Tak guna. 293 00:26:11,920 --> 00:26:15,560 Saya tak ada penyakit. Saya cuma tak berguna. 294 00:26:15,640 --> 00:26:17,680 Padan muka dia. Memang patut dia jadi begitu. 295 00:26:19,720 --> 00:26:25,200 Saya tak boleh benarkan awak bertanding untuk jawatan presiden lagi. 296 00:26:54,080 --> 00:26:55,600 Bagaimana keadaan awak, Nanai? 297 00:26:56,160 --> 00:26:57,160 Awak sedih? 298 00:27:05,320 --> 00:27:10,680 Cubalah berfikiran positif macam yang awak suruh. Ia mungkin tumor. 299 00:27:21,880 --> 00:27:23,840 Saya harap awak benar-benar mengandung. 300 00:27:23,920 --> 00:27:26,520 Akhirnya awak akan faham apa yang saya lalui. 301 00:27:29,760 --> 00:27:32,400 Kita bahagia bersama. 302 00:27:33,480 --> 00:27:35,600 Awak tinggalkan saya selepas saya mengandung? 303 00:27:42,240 --> 00:27:45,720 Awak patut makan pil gugur macam yang awak belikan untuk saya. 304 00:27:46,440 --> 00:27:47,680 Tapi ada risiko. 305 00:27:57,400 --> 00:28:00,080 Ingat masa awak bawa saya untuk gugurkan kandungan? 306 00:28:00,160 --> 00:28:03,080 Awak tak nampak risau sangat. 307 00:28:03,160 --> 00:28:06,080 Saya boleh bawa awak jika awak mahu. 308 00:28:19,080 --> 00:28:20,840 Tahniah dapat anak perempuan. 309 00:29:03,360 --> 00:29:04,480 Hei, Nai. 310 00:29:04,560 --> 00:29:06,800 - Nai, awak nak ke mana? - Awak tak endahkan saya? 311 00:29:07,840 --> 00:29:09,840 Awak boleh tegur saya. 312 00:29:10,480 --> 00:29:12,800 Saya tak kisah awak mengandung. 313 00:29:13,600 --> 00:29:16,520 Tapi saya tak tahu tentang orang lain. 314 00:29:21,040 --> 00:29:22,040 Nai. 315 00:29:31,320 --> 00:29:35,400 MAJALAH PENERANGAN PELAJAR 316 00:29:35,480 --> 00:29:38,400 PELAJAR CONTOH, NANAI 317 00:29:38,480 --> 00:29:40,960 DENGAN SEMANGAT DAN JIWA SUPERMAN SEKOLAH INI 318 00:29:44,280 --> 00:29:45,920 SAYA SUKA JUDO. 319 00:29:46,000 --> 00:29:49,800 MEMANG BAGUS KALAU KITA DAPAT MENGATASI SEMUA CABARAN HIDUP. 320 00:30:02,480 --> 00:30:03,360 Nai. 321 00:30:05,120 --> 00:30:07,680 Nai, mari cakap dengan ayah. 322 00:30:08,400 --> 00:30:09,640 Boleh jangan ganggu saya? 323 00:30:10,560 --> 00:30:12,040 Ayah tengok di Internet. 324 00:30:12,120 --> 00:30:13,480 Kamu mengandung? 325 00:30:14,200 --> 00:30:15,320 Apa yang kamu buat? 326 00:30:16,760 --> 00:30:20,760 Lelaki jenis apa yang boleh mengandung? Jawablah. 327 00:30:24,120 --> 00:30:26,080 Boleh diam tak kalau tak nak tolong? 328 00:30:26,160 --> 00:30:30,400 Kamu tahu berapa kali ayah jadi malu dan beri duit untuk bantu kamu? 329 00:30:31,800 --> 00:30:33,040 Kamu hanya menyusahkan. 330 00:30:33,120 --> 00:30:34,360 Cukuplah. 331 00:30:35,880 --> 00:30:37,520 Apa pun masalah kamu, 332 00:30:38,640 --> 00:30:42,160 ambil duit ini dan selesaikannya. 333 00:30:42,240 --> 00:30:45,160 Kalau tak boleh, jangan balik ke sini lagi. 334 00:30:46,880 --> 00:30:48,200 Ayah selalu begini. 335 00:30:49,200 --> 00:30:52,080 - Ayah cuma pentingkan diri sendiri. - Budak ini. 336 00:30:52,160 --> 00:30:55,000 Ayah hamilkan setiausaha ayah dan suruh dia gugurkan kandungan. 337 00:30:55,080 --> 00:30:56,480 Ada saya cakap apa-apa? 338 00:32:01,520 --> 00:32:02,600 Tak guna. 339 00:33:35,440 --> 00:33:37,120 Sakitnya! 340 00:35:25,280 --> 00:35:28,600 AWAK TAHU MACAM MANA AWAK BOLEH MENGANDUNG? 341 00:35:30,280 --> 00:35:34,840 SIAPA GADIS TERAKHIR YANG AWAK TIDURI SEBELUM AWAK MENGANDUNG? 342 00:35:53,680 --> 00:35:54,520 Hei. 343 00:35:55,920 --> 00:35:59,720 Nanai, saya hampir tak kenal dengan penampilan baru awak. 344 00:36:01,240 --> 00:36:02,840 Apa yang awak buat pada saya? 345 00:36:02,920 --> 00:36:04,120 Apa yang saya buat? 346 00:36:04,960 --> 00:36:06,600 Kita cuma berseronok. 347 00:36:07,520 --> 00:36:10,720 Ia hanya hubungan kasual yang kita berdua nikmati. 348 00:36:10,800 --> 00:36:12,320 Kita berdua rasa seronok, bukan? 349 00:36:16,360 --> 00:36:18,120 Nanno. 350 00:36:35,600 --> 00:36:36,680 Petch. 351 00:36:41,280 --> 00:36:42,200 Petch. 352 00:36:46,680 --> 00:36:47,840 Nanai? 353 00:37:00,880 --> 00:37:02,080 Petch. 354 00:37:05,080 --> 00:37:06,640 Maafkan saya. 355 00:37:09,160 --> 00:37:11,520 Saya minta maaf untuk semuanya. 356 00:37:12,920 --> 00:37:15,080 Saya faham perasaan awak sekarang. 357 00:37:17,800 --> 00:37:20,000 Maaf sebab buat awak nampak teruk. 358 00:37:21,480 --> 00:37:24,240 Saya minta maaf sebab biarkan awak melaluinya seorang diri. 359 00:37:27,600 --> 00:37:29,840 Maafkan saya. Kerana saya awak jadi begini. 360 00:37:36,480 --> 00:37:38,440 Ia sudah lama berlalu, Nanai. 361 00:37:43,360 --> 00:37:44,920 Saya tak marah awak lagi. 362 00:37:48,240 --> 00:37:49,640 Awak tak perlu minta maaf. 363 00:37:55,960 --> 00:37:58,880 Kita berdua patut dipersalahkan atas apa yang berlaku. 364 00:38:07,080 --> 00:38:08,000 Lagipun, 365 00:38:10,840 --> 00:38:14,800 saya gembira dengan pilihan yang saya buat. 366 00:38:46,880 --> 00:38:48,560 Semoga berjaya, Nanai. 367 00:39:56,200 --> 00:39:57,360 Sakit sikit. 368 00:39:58,160 --> 00:39:59,120 Jangan bergerak. 369 00:40:02,520 --> 00:40:03,760 Sekejap saja. 370 00:40:05,600 --> 00:40:06,480 Okey. 371 00:40:31,600 --> 00:40:32,680 Jangan risau. 372 00:40:34,400 --> 00:40:36,360 Awak akan sedar tak lama lagi. 373 00:41:04,360 --> 00:41:05,400 Apa itu? 374 00:41:07,280 --> 00:41:08,480 Ini anak awak. 375 00:41:11,080 --> 00:41:11,920 Apa? 376 00:41:12,920 --> 00:41:15,600 Nanti. Saya bayar awak untuk gugurkan kandungan ini. 377 00:41:16,080 --> 00:41:19,200 Saya mengandung beberapa bulan saja. Bagaimana bayi itu masih hidup? 378 00:41:19,800 --> 00:41:22,840 Seperti yang awak lihat, awak lahirkan anak yang sihat. 379 00:41:22,920 --> 00:41:25,840 Maknanya awak mengandung cukup bulan. 380 00:41:25,920 --> 00:41:27,120 Doktor. 381 00:41:29,760 --> 00:41:31,320 Bukankah saya bayar awak 382 00:41:33,840 --> 00:41:35,720 untuk gugurkan kandungan ini? 383 00:41:38,360 --> 00:41:39,800 Kalau awak nak singkirkan dia, 384 00:41:41,920 --> 00:41:43,680 awak perlu buat sendiri. 385 00:44:01,640 --> 00:44:03,200 Maafkan saya. 386 00:44:22,360 --> 00:44:23,360 Nanno. 387 00:44:31,800 --> 00:44:33,600 Comelnya bayi ini. 388 00:44:36,280 --> 00:44:39,480 Nanno, maafkan saya. 389 00:44:41,000 --> 00:44:42,960 Saya akan jadi orang yang lebih baik. 390 00:44:44,320 --> 00:44:45,320 Nanno. 391 00:44:46,640 --> 00:44:47,960 Boleh kita kembali bersama? 392 00:44:53,280 --> 00:44:55,840 Terima kasih sajalah. Saya cuma datang melawat awak. 393 00:44:59,320 --> 00:45:00,600 Saya bawa hadiah untuk awak. 394 00:45:04,400 --> 00:45:05,440 Kenapa? 395 00:45:06,680 --> 00:45:08,080 Ini anak kita. 396 00:45:08,920 --> 00:45:10,840 Melihat awak menjadi ayah yang baik… 397 00:45:11,400 --> 00:45:14,280 Mungkin saya patut kata, ibu yang baik. 398 00:45:14,360 --> 00:45:15,880 Saya rasa lega. 399 00:45:16,920 --> 00:45:20,560 Nanno, jangan pergi. 400 00:45:20,640 --> 00:45:22,760 Nanno, temanlah saya. 401 00:45:43,400 --> 00:45:49,080 HAHA 402 00:46:51,520 --> 00:46:58,520 JUMPA LAGI 403 00:48:15,000 --> 00:48:20,000 Terjemahan sari kata oleh Zahirah Zainal