1 00:00:21,604 --> 00:00:23,857 Awak Lady Whistledown. 2 00:00:23,857 --> 00:00:25,608 - Colin... - Jangan nafikannya. 3 00:00:25,608 --> 00:00:27,694 Saya dengar awak cakap dengan tukang cetak. 4 00:00:28,278 --> 00:00:32,866 Saya bersungguh-sungguh kejar awak kerana takut awak diculik 5 00:00:32,866 --> 00:00:35,243 oleh pemandu awak dan dibawa ke sini. 6 00:00:35,243 --> 00:00:36,244 Padahal, 7 00:00:36,828 --> 00:00:40,540 ini memang rancangan awak kerana awak yang terbitkan warta tadi. 8 00:00:40,540 --> 00:00:42,876 - Bukan saya penerbitnya. - Yang lain pun bukan? 9 00:00:44,210 --> 00:00:48,381 Bukan awakkah Lady Whistledown selama ini? 10 00:00:53,720 --> 00:00:56,723 Semua penipuan awak terhadap saya. 11 00:00:57,307 --> 00:01:00,727 Semua yang awak tulis tentang saya dan keluarga saya. 12 00:01:00,727 --> 00:01:02,854 - Tolonglah. - Saya dah rasa tak sedap hati. 13 00:01:03,688 --> 00:01:06,149 Tapi saya menyalahkan diri sendiri, 14 00:01:06,649 --> 00:01:09,277 memikirkan yang saya tak layak dicintai awak. 15 00:01:09,277 --> 00:01:11,571 Tapi rupa-rupanya awak yang bersalah. 16 00:01:13,239 --> 00:01:14,741 Saya takkan maafkan awak. 17 00:01:32,050 --> 00:01:35,136 Mari beli Whistledown! 18 00:01:40,350 --> 00:01:41,518 {\an8}Whistledown! 19 00:01:47,482 --> 00:01:50,026 {\an8}Wahai pembaca yang dikasihi, 20 00:01:50,026 --> 00:01:54,197 {\an8}jika anda fikir pendedahan identiti saya akan menyekat suara saya, 21 00:01:54,197 --> 00:01:55,698 anda ternyata silap. 22 00:01:56,199 --> 00:01:57,534 Biar benar! 23 00:02:00,203 --> 00:02:03,164 Saya tak takut dicela kerana kini anda tahu saya menulis 24 00:02:03,164 --> 00:02:06,584 dari salah sebuah rumah paling mulia di Mayfair. 25 00:02:08,628 --> 00:02:10,964 Sesungguhnya tiada rumah yang sempurna. 26 00:02:11,589 --> 00:02:14,175 Namun, ada yang berpura-pura sempurna. 27 00:02:16,886 --> 00:02:21,349 Contohnya, Rumah Bridgerton, dengan reputasinya yang terpuji. 28 00:02:21,349 --> 00:02:24,394 Penulis ini tertanya-tanya akan segala yang berlaku 29 00:02:24,394 --> 00:02:26,396 di dalam rumah mereka. 30 00:02:26,396 --> 00:02:27,939 Boleh kami baca? 31 00:02:28,523 --> 00:02:29,357 Tak boleh. 32 00:02:29,983 --> 00:02:33,069 Semua orang tahu Lady Violet Bridgerton 33 00:02:33,069 --> 00:02:35,822 mementingkan hubungan yang berlandaskan cinta. 34 00:02:35,822 --> 00:02:37,824 Namun, layakkah cinta mewajarkan 35 00:02:37,824 --> 00:02:41,828 pertunangan beberapa orang anaknya yang dibuat secara terburu-buru? 36 00:02:42,328 --> 00:02:46,082 Mungkin mereka keliru antara cinta dan nafsu. 37 00:02:47,292 --> 00:02:51,379 Selain itu, kita juga rasa hairan kerana anak Bridgerton sangat ramai. 38 00:02:51,379 --> 00:02:54,090 Pernahkah kita terfikir kenapa ia begitu? 39 00:02:54,090 --> 00:02:56,634 Penulis ini ada terfikir tentangnya. 40 00:02:56,634 --> 00:03:00,680 Mungkin ada antara mereka berasal daripada benih yang tak diketahui. 41 00:03:00,680 --> 00:03:02,307 Perempuan lidah bercabang! 42 00:03:03,433 --> 00:03:04,893 Whistledown dah sampai. 43 00:03:04,893 --> 00:03:06,853 Kami dah dapat, Pn. Wilson. 44 00:03:06,853 --> 00:03:08,646 Whistledown lain. 45 00:03:09,522 --> 00:03:10,899 Gregory, biar ibu baca! 46 00:03:11,733 --> 00:03:12,650 Baiklah. 47 00:03:14,569 --> 00:03:16,738 WARTA MASYARAKAT 48 00:03:16,738 --> 00:03:18,031 Syukurlah. 49 00:03:18,740 --> 00:03:21,284 Wahai pembaca yang dikasihi... 50 00:03:23,411 --> 00:03:27,624 nampaknya ada orang menyamar sebagai saya. 51 00:03:28,708 --> 00:03:31,711 Oleh sebab itu, saya terpaksa bersuara. 52 00:03:34,589 --> 00:03:39,844 Penulis ini tidak mahu mengecam tindakan yang dibuat akibat perasaan terdesak. 53 00:03:40,887 --> 00:03:45,725 Namun, walaupun ini laporan gosip, saya sentiasa bercakap benar 54 00:03:45,725 --> 00:03:48,519 dan enggan membiarkan penipuan berterusan. 55 00:03:52,273 --> 00:03:55,777 Saya bukan Cressida Cowper. 56 00:03:56,694 --> 00:03:59,989 Jika dia saya, pasti dia akan melaporkan 57 00:03:59,989 --> 00:04:03,159 hutang besar yang Lord Blackburn enggan bayar 58 00:04:03,159 --> 00:04:05,036 kepada Lord Samson minggu ini. 59 00:04:06,454 --> 00:04:12,168 Atau kisah tentang Pn. Newham yang tiba-tiba memecat pembantunya semalam 60 00:04:12,168 --> 00:04:15,171 hanya kerana pembantunya mahu bercuti. 61 00:04:16,965 --> 00:04:18,883 Namun, saya takkan mendedahkan 62 00:04:18,883 --> 00:04:23,304 penderitaan yang isteri En. Davidson terpaksa harungi setiap hari. 63 00:04:23,846 --> 00:04:26,891 Alamak, saya dah terlepas cakap. 64 00:04:27,475 --> 00:04:30,645 Saya dedahkan semua ini supaya anda sedar bahawa saya, 65 00:04:30,645 --> 00:04:32,814 Lady Whistledown sebenar, 66 00:04:32,814 --> 00:04:35,191 sentiasa memerhati. 67 00:04:36,609 --> 00:04:40,863 Bukan seperti Cik Cowper yang kepekaannya setumpul mata hati. 68 00:04:42,782 --> 00:04:46,703 Duduk di bilik ini sehingga Mak Cik Joanna jemput kamu. 69 00:04:46,703 --> 00:04:50,498 Sementara itu, kamu tak dibenarkan keluar dari bilik ini. 70 00:05:04,429 --> 00:05:08,641 Yang benar, Lady Whistledown. 71 00:05:48,598 --> 00:05:52,268 Memandangkan kekecohan melibatkan Cik Cowper itu dah berakhir, 72 00:05:52,268 --> 00:05:56,314 sekarang bolehlah semua orang tumpukan pada majlis perkahwinan kamu. 73 00:05:56,314 --> 00:05:59,359 Ibu mahu semua mata di kota ini tertumpu pada kamu. 74 00:06:02,111 --> 00:06:05,531 Rasanya ada berapa biji mata dalam masyarakat kita? 75 00:06:06,366 --> 00:06:08,868 Mungkin dua kali ganda jumlah penduduknya. 76 00:06:11,746 --> 00:06:13,373 Sejak Penelope bertunang, 77 00:06:13,373 --> 00:06:19,045 Kak Prudence dah tak panggil saya bodoh, bebal atau bengap lagi. 78 00:06:19,045 --> 00:06:21,214 Agaknya mungkin kerana saya pandai. 79 00:06:21,214 --> 00:06:22,423 Awak memang pandai. 80 00:06:23,257 --> 00:06:26,010 Maksud saya, ada sesuatu yang tak kena. 81 00:06:26,511 --> 00:06:27,512 Itu memang benar. 82 00:06:28,221 --> 00:06:30,306 Kalau saya cuba pegang tangannya, 83 00:06:30,306 --> 00:06:33,059 dia dah tak tepis sepantas dulu. 84 00:06:33,059 --> 00:06:36,813 Ia akan jadi sarapan perkahwinan paling gah di seluruh Mayfair. 85 00:06:36,813 --> 00:06:38,940 Ia kejayaan kita, Penelope. 86 00:06:40,274 --> 00:06:42,819 - Kamu tak terujakah? - Sebentar, ya, ibu. 87 00:06:47,573 --> 00:06:49,992 Kamu dah baca Whistledown semula? 88 00:06:50,827 --> 00:06:52,412 Keluaran kali ini bagus. 89 00:06:52,412 --> 00:06:54,956 Mungkin abang patut baca, untuk tenangkan fikiran. 90 00:06:54,956 --> 00:06:57,041 - Selamat siang. - Selamat siang, Penelope. 91 00:06:59,293 --> 00:07:03,756 Saya akan baca warta ini di sana. 92 00:07:05,925 --> 00:07:09,220 Pen, syabas. Tiada sesiapa percayakan Cressida lagi. 93 00:07:09,220 --> 00:07:12,265 Saya bukan nak kata, tapi syukurlah awak menulis semula. 94 00:07:12,265 --> 00:07:13,266 Dia dah tahu. 95 00:07:14,976 --> 00:07:16,686 Colin ekori saya malam tadi. 96 00:07:17,728 --> 00:07:19,063 Bagaimana keadaannya? 97 00:07:19,063 --> 00:07:20,440 Dia berang. 98 00:07:21,899 --> 00:07:24,026 Kami bakal berkahwin, kalau dia masih sanggup, 99 00:07:24,026 --> 00:07:25,987 tapi tegur saya pun dia mungkin tak mahu. 100 00:07:28,114 --> 00:07:29,615 Eloise, saya dah buntu. 101 00:07:31,701 --> 00:07:33,453 Saya tak dapat tolong, Pen. 102 00:07:33,453 --> 00:07:35,955 Saya terharu atas semua bantuan awak, 103 00:07:35,955 --> 00:07:38,833 tapi saya tersepit dalam hubungan kalian. 104 00:07:38,833 --> 00:07:41,002 - Mungkin sejak dulu lagi. - Itu tak benar. 105 00:07:41,919 --> 00:07:44,839 - Awak kenal dia dulu. - Dulu saya cuma minat dia. 106 00:07:44,839 --> 00:07:47,925 Selepas itu, baru kami berkawan, tapi, 107 00:07:50,261 --> 00:07:52,680 awak kawan saya yang paling sejati, El. 108 00:07:53,681 --> 00:07:55,975 Saya sengsara tanpa awak di sisi. 109 00:07:58,060 --> 00:08:00,188 Saya tak sanggup kehilangan awak. 110 00:08:01,147 --> 00:08:02,064 Awak dan Colin. 111 00:08:08,779 --> 00:08:09,697 Saya faham. 112 00:08:10,865 --> 00:08:12,992 Ini masalah kami. Maafkan saya. 113 00:08:15,077 --> 00:08:16,370 Semoga ia selesai. 114 00:08:28,591 --> 00:08:32,803 Awak bertuah kerana Lady Whistledown terbitkan warta tepat pada masanya. 115 00:08:32,803 --> 00:08:33,804 Terima kasih. 116 00:08:33,804 --> 00:08:36,557 Budak Cowper itu melampau betul. 117 00:08:36,557 --> 00:08:38,893 Mujurlah kami terselamat. 118 00:08:38,893 --> 00:08:41,562 Tapi sekarang, ada masalah lain pula. 119 00:08:42,063 --> 00:08:45,691 Rasa-rasanya boleh tak saya menghadap ratu minggu ini? 120 00:08:47,693 --> 00:08:50,071 Anginnya kurang baik. 121 00:08:50,738 --> 00:08:52,990 Saya tak syorkan awak menghadapnya 122 00:08:52,990 --> 00:08:56,035 untuk urusan Francesca dan Lord Kilmartin sekarang. 123 00:08:56,536 --> 00:09:00,373 Baginda kesal kerana sekali lagi, Whistledown berjaya mengelaknya. 124 00:09:00,373 --> 00:09:04,252 Betul cakap Francesca. Saya sepatutnya tanya di majlis malam itu. 125 00:09:06,546 --> 00:09:08,881 Awak tak buat salah. 126 00:09:10,508 --> 00:09:13,469 Kita selalu berusaha sedaya upaya, 127 00:09:13,469 --> 00:09:17,765 tapi takkanlah kita saja yang harus pikul beban dunia. 128 00:09:17,765 --> 00:09:20,518 Awak lain macam hari ini. 129 00:09:25,439 --> 00:09:26,399 Maafkan saya. 130 00:09:27,316 --> 00:09:29,944 Mungkin saya boleh yakinkan tuanku... 131 00:09:29,944 --> 00:09:31,612 Tak payah susah-susah. 132 00:09:33,281 --> 00:09:36,534 Awak dan adik awak sama saja. 133 00:09:36,534 --> 00:09:40,454 Kalian selalu bersungguh-sungguh mahu cuba membantu. 134 00:09:42,790 --> 00:09:46,419 Tapi jangan fikir saya ambil berat tentang awak kerana mengharapkan balasan. 135 00:09:47,795 --> 00:09:51,757 Saya sentiasa sedia membantu awak, Agatha. 136 00:09:52,633 --> 00:09:55,469 Walaupun selepas semua anak saya dah berkahwin. 137 00:09:57,555 --> 00:09:58,806 Terima kasih, Violet. 138 00:09:59,724 --> 00:10:01,350 Saya amat terharu. 139 00:10:14,905 --> 00:10:16,157 Sejak bila kamu tahu? 140 00:10:19,160 --> 00:10:22,997 Abang nampak kamu keluar dari bilik bersama Penelope malam tadi 141 00:10:22,997 --> 00:10:24,915 sebelum abang menemuinya. 142 00:10:25,458 --> 00:10:28,377 - Saya dah suruh dia beritahu abang. - Kamu patut beritahu abang. 143 00:10:28,377 --> 00:10:30,796 Abang pun patut cakap yang abang cintakan kawan saya 144 00:10:30,796 --> 00:10:33,257 sebelum abang umumkan pertunangan abang! 145 00:10:34,675 --> 00:10:37,720 Saya baru tahu tahun lepas. 146 00:10:39,013 --> 00:10:41,932 Tapi amat kecewa hingga tak mampu menceritakannya. 147 00:10:42,975 --> 00:10:46,020 Saya dah pujuk dia supaya beritahu abang. 148 00:10:46,562 --> 00:10:48,105 Tapi kemudian, saya fikir... 149 00:10:50,274 --> 00:10:51,984 apa gunanya kami kecewakan abang? 150 00:10:54,278 --> 00:10:56,155 Beritanya agak baik tahun ini. 151 00:10:56,781 --> 00:10:58,741 Tajam dan pedas seperti biasa, 152 00:10:58,741 --> 00:11:01,661 tapi dia tak tulis apa-apa yang memalukan orang. 153 00:11:01,661 --> 00:11:03,329 Kalau ada pun, padan muka mereka. 154 00:11:03,329 --> 00:11:06,040 Kamu dah lupakah ulasannya tentang abang awal musim ini? 155 00:11:08,000 --> 00:11:09,627 Ya, berita itu kurang baik. 156 00:11:11,754 --> 00:11:13,547 Kamu dah maafkan dia? 157 00:11:13,547 --> 00:11:14,632 Saya memang mahu. 158 00:11:17,259 --> 00:11:18,427 Abang mampukah? 159 00:11:22,640 --> 00:11:24,558 Abang rasa kamu patut anggap 160 00:11:25,059 --> 00:11:28,604 diri kamu bertuah kerana tak pernah dilamun cinta. 161 00:11:47,832 --> 00:11:48,833 Ini biliknya. 162 00:11:51,460 --> 00:11:54,505 Ini tempat untuk sarapan perkahwinan? 163 00:11:55,881 --> 00:11:57,299 Ia terlalu kecilkah? 164 00:11:57,299 --> 00:11:59,218 Berapa undangan kita? 165 00:11:59,218 --> 00:12:01,929 Biar saya tunjukkan susun aturnya. 166 00:12:03,931 --> 00:12:07,435 Ini bahagian yang saya paling... 167 00:12:07,435 --> 00:12:08,352 Colin, 168 00:12:09,979 --> 00:12:11,397 tak bolehkah awak pandang saya? 169 00:12:11,897 --> 00:12:15,568 Ibu saya hairan kerana kita tak berjumpa baru-baru ini 170 00:12:15,568 --> 00:12:18,195 dan saya tak mahu dia rasa curiga. 171 00:12:18,195 --> 00:12:20,156 Awak nak batalkan perkahwinan? 172 00:12:21,407 --> 00:12:22,783 Saya berpegang pada janji. 173 00:12:24,535 --> 00:12:25,369 Lagipun, kita... 174 00:12:27,371 --> 00:12:28,497 dah bersama. 175 00:12:29,457 --> 00:12:32,042 Mungkin itu cara awak menjerat saya. 176 00:12:32,710 --> 00:12:35,254 Itu bukan niat saya. Saya cintakan awak. 177 00:12:38,007 --> 00:12:40,885 - Apa akan jadi kepada perkahwinan kita? - Bergantung. 178 00:12:41,469 --> 00:12:43,512 Whistledown tak keluar pagi ini. 179 00:12:45,765 --> 00:12:47,516 Adakah awak akan berhenti menulis? 180 00:12:48,726 --> 00:12:49,560 Saya... 181 00:12:51,228 --> 00:12:52,354 Saya tak tahu. 182 00:12:59,487 --> 00:13:00,946 Kita akan berkahwin dulu 183 00:13:00,946 --> 00:13:03,282 dan tentukan masa depan kita kemudian. 184 00:13:06,702 --> 00:13:10,539 Kita akan ada empat atau lima pemain muzik di sini. 185 00:13:16,420 --> 00:13:18,839 Saya akan hidangkan kudapan kepada mereka 186 00:13:18,839 --> 00:13:21,550 memandangkan tinjauan ini agak lama. 187 00:13:29,475 --> 00:13:32,394 Syukurlah En. Bridgerton datang hari ini. 188 00:13:32,394 --> 00:13:33,354 Ya. 189 00:13:35,731 --> 00:13:39,568 Pasangan tunang selalunya asyik berkepit sebelum berkahwin, bukan? 190 00:13:39,568 --> 00:13:42,321 Lady Bridgerton, saya hairan betul. 191 00:13:42,321 --> 00:13:43,489 Saya pun sama. 192 00:13:52,331 --> 00:13:53,165 Tuan. 193 00:13:53,749 --> 00:13:57,169 Ada tetamu semasa tuan keluar. Dia tinggalkan nota. 194 00:13:57,169 --> 00:13:58,087 Terima kasih. 195 00:14:01,173 --> 00:14:04,176 "Tolong biar saya jelaskan. Tilley." 196 00:14:12,810 --> 00:14:14,311 Saya sebenarnya 197 00:14:15,354 --> 00:14:18,858 mahu menceritakan hubungan saya dengan Paul kepada awak. 198 00:14:19,525 --> 00:14:22,236 Tapi malangnya kami tertangkap, oleh awak. 199 00:14:23,779 --> 00:14:25,948 Hubungan apa sebenarnya? 200 00:14:27,908 --> 00:14:32,454 Hubungan saya dengan En. Suarez hampir menyamai hubungan kita. 201 00:14:33,163 --> 00:14:34,790 Hubungan kami mesra, santai 202 00:14:35,583 --> 00:14:36,917 dan kadangkala intim. 203 00:14:39,378 --> 00:14:42,590 Dia juga suka bercumbu dengan lelaki. 204 00:14:46,677 --> 00:14:49,638 Dia fikir mungkin kamu berdua... 205 00:14:51,140 --> 00:14:52,099 serasi. 206 00:14:54,351 --> 00:14:56,562 Saya kenal lelaki seperti En. Suarez, 207 00:14:56,562 --> 00:15:01,901 tapi saya tak pernah terdorong oleh perasaan itu sebelum ini. 208 00:15:02,735 --> 00:15:04,904 Awak mudah terpikat kepada wanita? 209 00:15:04,904 --> 00:15:05,905 Tidak. 210 00:15:08,324 --> 00:15:10,200 Setahu kita, dunia ini 211 00:15:10,200 --> 00:15:14,580 luas beribu-ribu batu dan dihuni berjuta-juta manusia, 212 00:15:14,580 --> 00:15:18,792 tapi kita diajar bahawa mereka yang layak berinteraksi dengan kita 213 00:15:18,792 --> 00:15:22,588 hanyalah penghuni Medan Grosvenor yang tak seramai mana. 214 00:15:24,673 --> 00:15:27,092 Kita berhias, bersiar-siar, 215 00:15:27,885 --> 00:15:30,095 tinggalkan kad nama dan berkahwin. 216 00:15:31,805 --> 00:15:33,182 Kita ikut adat, 217 00:15:34,350 --> 00:15:37,436 dan jarang mempersoalkan tujuan semua itu. 218 00:15:41,649 --> 00:15:44,735 Banyak adat masyarakat yang tak bersifat semula jadi. 219 00:15:46,028 --> 00:15:47,863 Tapi perasaan antara dua insan, 220 00:15:48,989 --> 00:15:53,410 tanpa mengira jantina, ialah perasaan yang paling semula jadi di dunia. 221 00:15:56,372 --> 00:15:58,791 Jika awak tak tertarik kepada En. Suarez, 222 00:15:59,291 --> 00:16:02,628 kita berdua boleh teruskan hubungan macam biasa. 223 00:16:07,758 --> 00:16:09,051 Tapi awak perlu tahu, 224 00:16:10,928 --> 00:16:13,263 pekerja saya pandai simpan rahsia. 225 00:16:25,401 --> 00:16:26,235 Ya. 226 00:16:32,074 --> 00:16:32,908 Puan. 227 00:16:34,118 --> 00:16:36,286 Lord Anderson datang melawat. 228 00:16:50,175 --> 00:16:51,093 Saya dah sedia. 229 00:17:00,644 --> 00:17:03,397 Lady Bridgerton, gembiranya saya berjumpa awak. 230 00:17:03,397 --> 00:17:05,190 Saya pun sama, Lord Anderson. 231 00:17:07,317 --> 00:17:08,819 Dah lama kita tak jumpa. 232 00:17:08,819 --> 00:17:10,112 Memang terlalu lama. 233 00:17:11,864 --> 00:17:13,991 Awak nak kek? Atau teh? 234 00:17:14,616 --> 00:17:16,285 Boleh juga. 235 00:17:35,179 --> 00:17:37,181 - Apa khabar? - Saya... 236 00:17:37,890 --> 00:17:41,268 Francesca menjauhkan diri daripada saya 237 00:17:41,268 --> 00:17:42,352 buat masa ini. 238 00:17:42,352 --> 00:17:45,689 Dia dan Lord Kilmartin bertunang secara senyap-senyap. 239 00:17:45,689 --> 00:17:47,107 Saya tak tahu pula. 240 00:17:47,107 --> 00:17:48,901 - Tahniah. - Terima kasih. 241 00:17:48,901 --> 00:17:52,071 Kami mahu dapatkan restu ratu sebelum mengumumkannya. 242 00:17:52,071 --> 00:17:55,866 Malangnya, penantian itu mungkin mengambil masa yang lama. 243 00:17:56,533 --> 00:18:01,497 Ya, tapi Aristotle pernah berkata, "Kesabaran pahit, tapi hasilnya manis." 244 00:18:09,922 --> 00:18:11,048 Lady Bridgerton, 245 00:18:12,216 --> 00:18:15,844 selepas urusan Francesca dengan Lord Kilmartin selesai, 246 00:18:16,678 --> 00:18:18,597 mungkinkah kita berdua 247 00:18:18,597 --> 00:18:21,975 boleh cuba mengenali hati budi masing-masing? 248 00:18:28,148 --> 00:18:30,526 Saya bukannya tak berminat langsung. 249 00:18:32,444 --> 00:18:34,446 Tapi saya tak pasti saya bersedia 250 00:18:34,446 --> 00:18:37,950 selagi semua urusan belum selesai. 251 00:18:40,119 --> 00:18:43,664 Apatah lagi kerana bukan urusan saya saja yang belum selesai. 252 00:18:58,470 --> 00:19:00,848 Mak Cik Joanna dah balas surat kita. 253 00:19:00,848 --> 00:19:03,267 Dia dalam perjalanan untuk bawa kamu ke rumahnya. 254 00:19:03,267 --> 00:19:05,561 Dia akan tiba dalam seminggu dua. 255 00:19:05,561 --> 00:19:06,854 Ibu, tolonglah. 256 00:19:07,896 --> 00:19:09,565 Tolonglah halang ayah. 257 00:19:10,649 --> 00:19:12,192 Ibu tak dapat bantu. 258 00:19:13,193 --> 00:19:17,781 Ayah pun akan hantar ibu ke desa kalau ibu masuk campur. 259 00:19:17,781 --> 00:19:22,119 Jika begitulah jadinya, tak dapatlah ibu bawa kamu pulang semula ke kota. 260 00:19:22,119 --> 00:19:24,079 Tapi kita sama-sama terlibat. 261 00:19:24,079 --> 00:19:28,041 Ibu dah larang kamu daripada berkawan dengan budak Bridgerton itu. 262 00:19:28,041 --> 00:19:31,336 Kalau kamu akur, semua ini tentu takkan berlaku. 263 00:19:31,336 --> 00:19:34,756 Tapi kenapa ibu fitnah keluarga Bridgerton sekejam itu? 264 00:19:35,632 --> 00:19:37,509 Kenapa bukan keluarga lain? 265 00:19:38,343 --> 00:19:41,054 Keluarga mereka kerap muncul dalam Whistledown. 266 00:19:41,054 --> 00:19:44,057 Tentu pelik kalau kita tak sebut tentang mereka. 267 00:19:45,392 --> 00:19:49,188 Lagipun, mereka takkan terkesan pun jika difitnah sekali-sekala. 268 00:19:50,981 --> 00:19:52,900 Kenapa kamu risaukan mereka? 269 00:19:53,734 --> 00:19:56,069 Mungkin saya tak patut khianati Eloise. 270 00:20:02,326 --> 00:20:05,454 Dia sajalah orang yang ikhlas berkawan dengan saya. 271 00:20:06,163 --> 00:20:09,666 Tapi dia tak datang pun untuk merawat hati kamu. 272 00:20:11,293 --> 00:20:14,087 Bukankah ibu dah didik kamu 273 00:20:14,087 --> 00:20:18,217 supaya sentiasa mendahulukan diri sendiri? 274 00:20:18,967 --> 00:20:21,470 Terutamanya dalam kalangan perempuan. 275 00:20:23,055 --> 00:20:25,140 Ya, ibu ada didik. 276 00:20:27,100 --> 00:20:29,561 Jangan sesekali lupa nasihat itu. 277 00:20:43,617 --> 00:20:45,327 Minum arak memanglah tradisi, 278 00:20:45,327 --> 00:20:50,165 tapi kalau pengantin mabuk teruk sebelum majlisnya, habislah dia esok. 279 00:20:50,165 --> 00:20:53,210 Kalau begitu, minumlah lagi supaya tak ketinggalan. 280 00:20:53,210 --> 00:20:56,129 Kami semua tak mampu minum macam awak malam ini. 281 00:20:59,675 --> 00:21:02,803 - Saya ingat awak tak kuat minum. - Betul tekaan awak. 282 00:21:03,637 --> 00:21:06,139 Tapi saya minum kerana ibu awak tak suka saya. 283 00:21:06,139 --> 00:21:08,892 - Dia bukan tak suka. - Biar abang jawab. 284 00:21:08,892 --> 00:21:12,854 Lord Kilmartin, ibu kami amat menyukai awak. 285 00:21:14,439 --> 00:21:18,568 Tapi dia juga taasub dengan kisah cinta agung. 286 00:21:18,568 --> 00:21:21,780 Apa dia patut buat? Bagilah dia nasihat yang berguna. 287 00:21:21,780 --> 00:21:24,491 Awak boleh cuba buat aksi-aksi mengarut. 288 00:21:24,491 --> 00:21:27,661 Aksi berani. Luahkan perasaan. 289 00:21:27,661 --> 00:21:31,081 Baling batu ke tingkap Francesca malam ini. 290 00:21:31,081 --> 00:21:32,040 Jangan buat. 291 00:21:32,040 --> 00:21:35,002 Masalahnya awak beria-ia cuba menjaga air muka. 292 00:21:36,003 --> 00:21:36,837 Berani? 293 00:21:38,505 --> 00:21:39,381 Baiklah. 294 00:21:41,883 --> 00:21:43,427 Saya boleh beranikan diri, 295 00:21:44,011 --> 00:21:45,637 tapi saya perlu fikir dulu. 296 00:21:49,599 --> 00:21:53,812 Saya patut pulang juga. Saya tak selesa minum di kelab orang lain. 297 00:21:53,812 --> 00:21:54,896 Tunggulah dulu. 298 00:21:54,896 --> 00:21:59,318 Kami suami isteri sibuk sangat minggu ini. Saya dah terlampau letih. 299 00:21:59,318 --> 00:22:01,320 Kita jumpa lagi awal pagi esok. 300 00:22:02,612 --> 00:22:03,447 Jom. 301 00:22:04,781 --> 00:22:06,575 Kita pun patut balik sekarang. 302 00:22:07,659 --> 00:22:10,037 Abang baliklah dulu. Saya mahu bersendirian. 303 00:22:12,622 --> 00:22:14,041 Kamu tak apa-apa? 304 00:22:14,791 --> 00:22:16,209 Abang pula tak apa-apa? 305 00:22:39,316 --> 00:22:43,153 Saya memang berharap awak datang pada malam sebelum majlis awak. 306 00:22:44,696 --> 00:22:46,239 Genevieve, Colin dah tahu. 307 00:22:47,115 --> 00:22:47,949 Aduhai. 308 00:22:53,705 --> 00:22:55,665 Tapi dia tak tahu awak terlibat. 309 00:22:57,417 --> 00:22:58,752 Baguslah kalau begitu. 310 00:23:00,087 --> 00:23:01,296 Tapi awak bagaimana? 311 00:23:02,589 --> 00:23:03,465 Lega. 312 00:23:04,341 --> 00:23:05,300 Lebih kuranglah. 313 00:23:06,093 --> 00:23:08,845 Bukannya mudah untuk saya simpan rahsia ini. 314 00:23:09,429 --> 00:23:10,806 Tapi dia benci saya kerananya. 315 00:23:11,890 --> 00:23:13,183 Tapi dia tak salah. 316 00:23:15,602 --> 00:23:18,563 Saya akan mengahwini lelaki kesayangan saya yang... 317 00:23:19,940 --> 00:23:21,650 saya tak layak kahwini. 318 00:23:23,735 --> 00:23:27,030 Awak memang dah buat beberapa kesilapan. 319 00:23:28,240 --> 00:23:32,327 Awak anak gadis yang tak sedar akan kebesaran kuasanya. 320 00:23:33,703 --> 00:23:35,789 - Tapi wajarkah alasan itu? - Tidak. 321 00:23:37,040 --> 00:23:39,000 Jangan kenang masa lalu. 322 00:23:40,502 --> 00:23:44,005 Kita cuma perlu jujur dengan keputusan kita 323 00:23:44,506 --> 00:23:45,882 dan cuba baiki diri. 324 00:23:51,138 --> 00:23:52,514 Awak akan menulis lagi? 325 00:23:54,891 --> 00:23:57,811 Saya tak buat minggu ini kerana Colin. 326 00:23:58,895 --> 00:24:00,730 Tapi saya pernah cuba berhenti 327 00:24:00,730 --> 00:24:05,527 sebelum dia tahu dan... saya rasa seolah-olah separuh diri saya dipangkas. 328 00:24:06,653 --> 00:24:08,989 Cinta sejati takkan wujud 329 00:24:10,240 --> 00:24:13,743 jika kita tak reda dengan diri kita yang sebenar. 330 00:24:16,621 --> 00:24:18,415 Selamat berkahwin esok pagi. 331 00:25:10,217 --> 00:25:11,510 Kenapa awak di sini? 332 00:25:11,510 --> 00:25:13,762 - Saya... - Tidak, jangan jawab. 333 00:25:13,762 --> 00:25:17,933 Jelas sekali awak baru menyelesaikan urusan rahsia awak. 334 00:25:18,517 --> 00:25:19,851 Saya tak ingin tahu. 335 00:25:19,851 --> 00:25:22,687 Apa pula "urusan rahsia" yang awak buat 336 00:25:22,687 --> 00:25:24,773 pada malam sebelum kita berkahwin? 337 00:25:26,024 --> 00:25:28,068 Awak tak berhak tanya soalan itu. 338 00:25:28,068 --> 00:25:32,489 Setelah menyimpan berkoyan-koyan rahsia, menulis dalam diam 339 00:25:32,489 --> 00:25:34,366 dan membuat ratusan kerosakan. 340 00:25:35,825 --> 00:25:36,826 Betul cakap awak. 341 00:25:38,119 --> 00:25:41,998 Saya dah buat banyak kerosakan dan saya rasa amat bersalah. 342 00:25:41,998 --> 00:25:45,669 Awak gilakah semasa awak tulis tentang Eloise? 343 00:25:45,669 --> 00:25:49,089 Saya cuba melindunginya, tapi kini saya sedar yang cara saya salah. 344 00:25:49,089 --> 00:25:50,966 Bagaimana pula dengan Cik Thompson? 345 00:25:50,966 --> 00:25:53,426 Hancur hidupnya selepas awak dedahkan dia. 346 00:25:53,426 --> 00:25:54,678 Saya nak melindungi awak. 347 00:25:54,678 --> 00:25:57,514 - Awak sepatutnya beritahu saya terus. - Betul. 348 00:25:57,514 --> 00:25:59,558 Tapi mungkin awak tak hormat saya 349 00:26:00,141 --> 00:26:03,144 kerana awal tahun ini, awak tuduh saya 350 00:26:03,812 --> 00:26:05,814 kononnya saya tak kenal diri sendiri. 351 00:26:05,814 --> 00:26:07,190 Awak tak fikirkah? 352 00:26:07,190 --> 00:26:08,108 Saya fikir 353 00:26:09,234 --> 00:26:11,653 saya rindukan Colin yang saya kenal dulu. 354 00:26:12,320 --> 00:26:14,489 Bukan persona dingin yang awak bawa pulang, 355 00:26:14,489 --> 00:26:16,908 seolah-olah awak tak perlukan sesiapa atau apa-apa. 356 00:26:19,160 --> 00:26:20,287 Saya rindukan awak. 357 00:26:21,162 --> 00:26:25,625 Lelaki baik, sensitif, kadangkala teruja dan mulia yang saya cintai itu. 358 00:26:26,126 --> 00:26:29,838 Saya menyesal tak beritahu awak dan ada banyak benda yang saya patut buat. 359 00:26:29,838 --> 00:26:34,134 Tapi kini saya mampu dengan keyakinan yang awak tanam dalam diri saya. 360 00:26:35,885 --> 00:26:38,054 Kalau begitu, awak perlukan Whistledown lagi. 361 00:26:39,973 --> 00:26:42,142 Saya tak perlu lagi bersembunyi di sebaliknya, 362 00:26:42,142 --> 00:26:44,728 tapi itu tak bermakna identiti itu sia-sia. 363 00:26:47,022 --> 00:26:48,857 Awak tahu apa yang paling memalukan? 364 00:26:49,733 --> 00:26:54,779 Saya biar awak puji diari saya macamlah saya bakal menjadi penulis hebat. 365 00:26:55,363 --> 00:26:56,656 Sedangkan selama ini, 366 00:26:56,656 --> 00:27:00,619 awak penulis yang terkenal di seluruh Mayfair. 367 00:27:00,619 --> 00:27:03,079 Colin, pujian saya ikhlas dari hati. 368 00:27:03,079 --> 00:27:05,582 Awak membahayakan diri awak dengan berada di sini 369 00:27:05,582 --> 00:27:08,460 dan dengan menjalani dua kehidupan selama ini. 370 00:27:08,460 --> 00:27:10,629 - Saya berhati-hati. - Awak bodoh. 371 00:27:10,629 --> 00:27:13,590 - Saya pandai jaga diri. - Jadi, apa gunanya saya sebagai suami? 372 00:27:13,590 --> 00:27:14,799 Saya cintakan awak! 373 00:27:18,386 --> 00:27:19,512 Saya cintakan awak. 374 00:27:43,995 --> 00:27:44,829 Jangan bergerak. 375 00:28:06,142 --> 00:28:07,394 Kita jumpa esok. 376 00:28:37,507 --> 00:28:39,050 - Ya, saya dah kata. - Ya. 377 00:28:40,218 --> 00:28:43,596 Saya takkan lupa. Atau permainan yang bagus. Awak rasa? 378 00:28:43,596 --> 00:28:46,224 Kamu dah balik. Kami dah nak tidur. 379 00:28:46,224 --> 00:28:47,726 Malam dah lewat, Colin. 380 00:28:47,726 --> 00:28:48,643 Kak Kate! 381 00:28:49,894 --> 00:28:50,854 Kamu ke mana? 382 00:28:53,440 --> 00:28:54,607 Eh, abang halimunankah? 383 00:28:57,444 --> 00:29:00,613 Kenapa kalian datang? Saya ingat kita akan jumpa esok. 384 00:29:00,613 --> 00:29:04,868 Ibu suruh kami datang awal untuk beri nasihat tentang perkahwinan. 385 00:29:05,952 --> 00:29:07,454 Ibu memang peka. 386 00:29:18,882 --> 00:29:20,759 Apa masalah kamu dan Penelope? 387 00:29:21,342 --> 00:29:22,469 Hubungan kami baik. 388 00:29:22,469 --> 00:29:26,431 Bau nafas kamu itu membayangkan situasi yang berbeza. 389 00:29:26,931 --> 00:29:27,807 Mereka raikan saya. 390 00:29:27,807 --> 00:29:31,269 Jika dua gelas, mungkinlah. Jika sebotol, awak bermasalah. 391 00:29:32,061 --> 00:29:36,065 Saya tak mahu menyusahkan kalian dengan hubungan kalian yang sempurna ini. 392 00:29:36,065 --> 00:29:37,776 Kamu rasa ia sempurna? 393 00:29:37,776 --> 00:29:39,027 Tak sempurnakah? 394 00:29:40,195 --> 00:29:44,032 Kita bahagia sekarang, tapi tak mudah untuk kita bahagia begini. 395 00:29:44,032 --> 00:29:46,117 Nak kahwin saja pun dah susah. 396 00:29:47,035 --> 00:29:49,579 Kamu dah lama rapat dengan Penelope. 397 00:29:50,079 --> 00:29:54,501 Ya, tapi saya dah tak pasti sama ada saya benar-benar mengenalinya. 398 00:29:57,504 --> 00:29:58,922 Apa yang berlaku? 399 00:30:01,966 --> 00:30:03,802 Masalah kamu bukan urusan kami. 400 00:30:04,427 --> 00:30:08,264 Kita semua ada rahsia atau buat silap sekali dua dalam hidup kita. 401 00:30:08,848 --> 00:30:12,393 Tentu ada sebab yang menyebabkan kamu ambil berat terhadapnya 402 00:30:12,393 --> 00:30:13,686 setelah sekian lama. 403 00:30:15,188 --> 00:30:19,025 Takkanlah maklumat baru ini telah memadamkan semua perasaan itu? 404 00:30:21,653 --> 00:30:25,198 Jangan biar satu kesilapan menentukan hubungan kamu. 405 00:30:26,115 --> 00:30:27,909 Perkahwinan bukan kerja mudah. 406 00:30:28,868 --> 00:30:30,328 Tapi ia berbaloi. 407 00:30:30,328 --> 00:30:31,955 Perkahwinan kita mudah. 408 00:30:31,955 --> 00:30:33,456 Banyaknya awak menyampuk. 409 00:30:36,793 --> 00:30:38,628 Tapi mungkin kerana malam dah lewat. 410 00:30:42,298 --> 00:30:44,425 Kita jumpa di gereja esok. 411 00:30:46,928 --> 00:30:47,762 Selamat malam. 412 00:30:57,021 --> 00:30:59,983 Abang minum sebotol arak sebelum perkahwinan kedua abang 413 00:31:01,317 --> 00:31:02,694 dan abang rasa puas. 414 00:31:08,533 --> 00:31:10,076 Makan tiga telur mentah pagi esok. 415 00:31:34,517 --> 00:31:36,644 Kundang kakak tak buat silap. 416 00:31:37,687 --> 00:31:38,938 Saya curi-curi masuk. 417 00:31:40,773 --> 00:31:42,108 Pada malam kakak lari, 418 00:31:43,318 --> 00:31:45,069 hampir berjaya lari, 419 00:31:45,862 --> 00:31:48,156 saya tak faham matlamat kakak. 420 00:31:48,740 --> 00:31:50,158 Saya cuma sepuluh tahun. 421 00:31:50,825 --> 00:31:53,202 Setahu saya, dunia di luar kediaman kita 422 00:31:53,202 --> 00:31:55,330 berbahaya bagi seorang anak gadis. 423 00:31:55,997 --> 00:31:59,208 Saya fikir, jika kakak tinggal di rumah lebih lama, 424 00:31:59,709 --> 00:32:02,629 bolehlah saya tunjuk keupayaan sebenar saya. 425 00:32:02,629 --> 00:32:04,547 Maksud kamu, kepada ayah kita. 426 00:32:04,547 --> 00:32:05,882 Kepada kakak. 427 00:32:07,216 --> 00:32:10,511 Kakak memperlekeh diri kakak waktu muda dulu. 428 00:32:11,054 --> 00:32:13,264 Padahal pendirian kakak dah teguh ketika itu. 429 00:32:13,264 --> 00:32:18,227 Bayangkanlah, impian untuk melarikan diri? Kakak memang istimewa. 430 00:32:18,227 --> 00:32:21,105 Kakak ada keberanian yang saya takkan ada. 431 00:32:22,148 --> 00:32:25,735 Berkali-kali saya cuba menentang ayah. 432 00:32:26,903 --> 00:32:29,364 Bagi pihak kakak, dan untuk diri sendiri. 433 00:32:30,698 --> 00:32:32,408 Bukan kakak seorang saja 434 00:32:33,117 --> 00:32:36,371 yang rasa seolah-olah gagal memenuhi harapannya. 435 00:32:41,584 --> 00:32:46,255 Kenapa kamu tak beritahu kakak semua ini dulu? 436 00:32:48,800 --> 00:32:51,427 Kerana kakak bukan saja mengagumkan saya, 437 00:32:52,512 --> 00:32:53,763 kakak juga menggerunkan. 438 00:32:54,389 --> 00:32:56,808 Kakak menggerunkan rupanya. 439 00:32:58,851 --> 00:33:01,938 Mungkin kakak dah terikut-ikut cara ayah kita. 440 00:33:01,938 --> 00:33:03,815 Kakak bukan macam dia. 441 00:33:05,817 --> 00:33:07,026 Kecuali tongkat itu. 442 00:33:07,694 --> 00:33:11,614 - Cuma tongkat kakak lebih lawa. - Jangan kritik tongkat kakak. 443 00:33:12,824 --> 00:33:15,368 Mungkin kamu warisi baka sendi yang sihat. 444 00:33:19,539 --> 00:33:22,542 Kakak memang tak berlaku adil terhadap kamu. 445 00:33:24,419 --> 00:33:26,421 Akhirnya, hidup kakak bahagia. 446 00:33:28,673 --> 00:33:31,259 Kakak takut kalau kamu merampasnya. 447 00:33:32,802 --> 00:33:34,595 Jika saya mahu bahagia, 448 00:33:35,805 --> 00:33:38,516 saya mahu kita kongsi kebahagiaan itu bersama. 449 00:33:43,646 --> 00:33:47,275 Kakak perlu tegur kundang. Mereka perlu tapis tetamu dulu. 450 00:33:52,280 --> 00:33:55,408 Mari. Kita perlu hadiri undangan perkahwinan. 451 00:34:10,256 --> 00:34:11,966 Cik dah sedia pakai gaun? 452 00:34:13,134 --> 00:34:13,968 Ya, Varley. 453 00:34:15,094 --> 00:34:17,638 Kamu akan jadi pengantin yang sangat cantik. 454 00:34:35,198 --> 00:34:36,657 Apa dah jadi? 455 00:34:36,657 --> 00:34:40,578 Tuanku, buku lali patik terkehel semasa mengejar penghantar warta. 456 00:34:40,578 --> 00:34:43,623 Yakah? Apa yang kamu dapat tahu? 457 00:34:43,623 --> 00:34:44,791 Dia kata... 458 00:34:45,541 --> 00:34:47,460 Dia tak kenal Whistledown, 459 00:34:47,460 --> 00:34:50,838 tapi kebanyakan pembelinya tinggal di Mayfair. 460 00:34:50,838 --> 00:34:55,676 Jadi, dia rasa Lady Whistledown tentu penduduk Mayfair juga. 461 00:34:58,221 --> 00:34:59,180 Terima kasih. 462 00:34:59,180 --> 00:35:00,515 Kami akan siasat. 463 00:35:04,268 --> 00:35:05,520 Tuanku. 464 00:35:06,479 --> 00:35:09,065 Patik dah lama memikirkan 465 00:35:09,565 --> 00:35:12,235 misteri penulis gosip ini 466 00:35:12,235 --> 00:35:15,196 dan kesimpulannya, 467 00:35:15,738 --> 00:35:19,325 patik rasa Lady Whistledown 468 00:35:19,325 --> 00:35:21,536 bukan wanita. 469 00:35:22,286 --> 00:35:24,163 Tuanku, 470 00:35:24,163 --> 00:35:27,166 Lady Whistledown ialah nama penanya. 471 00:35:28,376 --> 00:35:32,672 Oleh sebab itu, patik percaya dia mungkin lelaki. 472 00:35:57,155 --> 00:35:57,989 Terima kasih. 473 00:36:01,450 --> 00:36:03,161 Itu Lady Barragan, 474 00:36:03,161 --> 00:36:06,414 acara makan tengah hari dialah yang kita gagal hadiri. 475 00:36:06,414 --> 00:36:10,042 Sekarang, lagilah dia mahu kita hadiri acara yang seterusnya. 476 00:36:34,233 --> 00:36:35,359 Saya suka majlis kahwin. 477 00:36:36,777 --> 00:36:38,070 Majlis kita sempurna. 478 00:36:52,084 --> 00:36:53,252 Inilah saatnya. 479 00:37:02,094 --> 00:37:03,304 Kamu dah sedia? 480 00:38:25,761 --> 00:38:27,555 Tetamu yang dikasihi sekalian, 481 00:38:28,264 --> 00:38:31,559 berhimpunnya kita di sisi Tuhan dan jemaah di gereja ini 482 00:38:32,268 --> 00:38:34,395 adalah untuk menyatukan lelaki ini 483 00:38:34,395 --> 00:38:37,606 dan wanita ini dalam ikatan perkahwinan. 484 00:38:39,066 --> 00:38:42,945 Mahukah kamu mengahwini wanita ini, 485 00:38:43,529 --> 00:38:47,158 sebagai teman hidup dalam ikatan perkahwinan? 486 00:38:47,908 --> 00:38:52,079 Meninggalkan yang lain dan setia kepadanya sepenuh hati 487 00:38:52,747 --> 00:38:54,707 sepanjang hayat kalian? 488 00:38:56,000 --> 00:38:57,752 Saya, Colin Bridgerton, 489 00:38:58,711 --> 00:39:01,964 mahu memperisteri, Penelope Featherington, 490 00:39:03,466 --> 00:39:04,717 secara sah 491 00:39:05,301 --> 00:39:07,636 selamanya dan seadanya. 492 00:39:08,262 --> 00:39:10,806 Saya, Penelope Featherington, 493 00:39:11,849 --> 00:39:14,602 mahu mempersuami, Colin Bridgerton, 494 00:39:15,603 --> 00:39:17,021 secara sah 495 00:39:17,813 --> 00:39:20,566 selamanya dan seadanya. 496 00:39:20,566 --> 00:39:22,902 Dengan cincin ini, saya mengahwinimu. 497 00:39:23,861 --> 00:39:26,655 Dengan tubuhku, saya mencintaimu. 498 00:39:26,655 --> 00:39:32,078 Maka, dengan penyatuan ini, saya isytiharkan kalian suami dan isteri 499 00:39:32,078 --> 00:39:36,499 atas nama Bapa, Anak dan Roh Kudus. 500 00:39:36,499 --> 00:39:37,458 Amen. 501 00:40:06,904 --> 00:40:08,531 Ibu sangat hebat. 502 00:40:09,198 --> 00:40:10,491 Kamu suka tak? 503 00:40:10,491 --> 00:40:13,953 Majlis ini amat mengagumkan. 504 00:40:14,870 --> 00:40:17,164 Tahniah, Penelope. 505 00:40:18,040 --> 00:40:22,336 Kamu pengantin yang cantik rupawan. 506 00:40:29,176 --> 00:40:31,470 Kakak mahu berterus terang sekarang? 507 00:40:32,304 --> 00:40:33,973 Kakak tak tipu. 508 00:40:37,560 --> 00:40:38,477 Terima kasih. 509 00:40:52,199 --> 00:40:55,411 - Indahnya perkahwinan abang. - Terima kasih, Hyacinth. 510 00:40:55,411 --> 00:40:58,747 Penelope cantik sekali. Kenapa abang hilang tumpuan? 511 00:40:58,747 --> 00:41:01,041 - Majlis ini... - Agak mengagumkan. 512 00:41:01,041 --> 00:41:03,669 Saya dan Marcus masuk bersama, tapi terpisah 513 00:41:03,669 --> 00:41:06,213 dek undangan yang masuk berduyun-duyun. 514 00:41:09,216 --> 00:41:10,843 Awak lebih ceria sekarang? 515 00:41:11,844 --> 00:41:12,678 Ya. 516 00:41:13,679 --> 00:41:15,431 Perdamaian amat melegakan. 517 00:41:19,643 --> 00:41:21,437 Awak juga patut cuba. 518 00:41:22,021 --> 00:41:23,355 Saya memang akan buat. 519 00:41:31,780 --> 00:41:33,115 Kamu tak apa-apa? 520 00:41:35,409 --> 00:41:37,369 Abang nampak kamu menangis tadi. 521 00:41:38,871 --> 00:41:41,248 Saya sedih kerana seorang lagi kawan saya dah kahwin. 522 00:41:42,249 --> 00:41:43,459 Mungkin juga kerana habuk. 523 00:41:47,004 --> 00:41:49,507 Adik-beradik mana yang paling kamu sayang? 524 00:41:49,507 --> 00:41:50,758 Mestilah Gregory. 525 00:41:51,342 --> 00:41:52,885 Ya, dia memang baik. 526 00:41:54,220 --> 00:41:57,515 Tapi pasti ada ruang yang mencukupi dalam hati kamu 527 00:41:57,515 --> 00:41:58,891 untuk kami semua. 528 00:41:59,934 --> 00:42:03,103 Cinta tak terbatas, Eloise. 529 00:42:05,481 --> 00:42:08,734 Persahabatan kamu dengan Penelope ialah satu anugerah. 530 00:42:09,443 --> 00:42:11,362 Sepertimana hubungan kamu dengan Colin. 531 00:42:15,366 --> 00:42:16,784 Berhabuknya tempat ini. 532 00:42:23,332 --> 00:42:25,751 Sebentar, ya. Saya nak tambah champagne. 533 00:43:00,536 --> 00:43:03,247 - Ini teh cik. - Saya perlukan bantuan awak. 534 00:43:13,424 --> 00:43:15,509 Kami mengalu-alukan kalian. 535 00:43:15,509 --> 00:43:17,678 Kami akan cuba datang. 536 00:43:17,678 --> 00:43:20,264 - Sudah tentu. Selamat bergembira. - Bagus. 537 00:43:20,264 --> 00:43:21,682 - Terima kasih. - Baik. 538 00:43:24,268 --> 00:43:25,894 Encik dan Pn. Mondrich? 539 00:43:26,562 --> 00:43:27,396 Ya. 540 00:43:33,319 --> 00:43:36,530 - Bila surat terakhir Edwina sampai? - Ia tiba sebelum kita pulang. 541 00:43:36,530 --> 00:43:40,075 Dia kata suami barunya 542 00:43:40,075 --> 00:43:41,577 bukan saja suka membaca, 543 00:43:41,577 --> 00:43:45,331 tadi dia mempengaruhi Edwina agar menyukai kegiatan luar rumah. 544 00:43:45,331 --> 00:43:47,207 - Adik awak? - Ya, mengejutkan. 545 00:43:47,207 --> 00:43:49,001 Mereka juga menunggang kuda bersama. 546 00:43:50,127 --> 00:43:51,587 Cemburunya saya. 547 00:43:52,254 --> 00:43:55,382 Pekan kami di India sangat indah sekali. 548 00:43:56,342 --> 00:43:58,844 Dah lama saya tak menunggang kuda di sana. 549 00:43:58,844 --> 00:44:00,429 Saya teringin melihatnya. 550 00:44:05,601 --> 00:44:07,353 Kalau boleh, secepat mungkin. 551 00:44:08,020 --> 00:44:09,855 - Sebelum anak kita lahir. - Sekarang? 552 00:44:11,106 --> 00:44:13,942 Saya memang nak ke sana dengan awak kelak, 553 00:44:14,777 --> 00:44:15,944 tapi ia jauh. 554 00:44:15,944 --> 00:44:20,032 Jika kita pergi sekarang, sempatlah kita menyambutnya di sana. 555 00:44:21,742 --> 00:44:24,745 Sayang, saya tahu awak suka kehidupan kita di sini. 556 00:44:24,745 --> 00:44:28,415 Awak dah jadi sebahagian daripada keluarga kami. 557 00:44:28,916 --> 00:44:31,293 Tapi saya rasa ada sesuatu yang kurang. 558 00:44:32,294 --> 00:44:33,796 Bagaimana ibu awak nanti? 559 00:44:34,588 --> 00:44:36,965 Dia akan terlepas kelahiran cucunya. 560 00:44:36,965 --> 00:44:42,137 Anak kita berketurunan Bridgerton, 561 00:44:43,514 --> 00:44:44,723 tapi saya mahu mereka tahu 562 00:44:44,723 --> 00:44:48,060 mereka juga berketurunan Sharma dan tahu sejarah mereka. 563 00:44:49,311 --> 00:44:50,521 Saya juga perlu tahu 564 00:44:50,521 --> 00:44:54,108 agar boleh berkongsi sejarah itu dengan anak kita. 565 00:44:55,109 --> 00:44:56,902 Ibu tentu akan faham. 566 00:44:57,486 --> 00:44:58,862 Kita tetap akan pulang. 567 00:45:01,990 --> 00:45:05,369 Nampaknya makin bertambahlah rasa sayang saya kepada awak. 568 00:45:06,578 --> 00:45:08,956 - Cantiknya. Semoga berbahagia. - Terima kasih. 569 00:45:19,174 --> 00:45:21,885 Penelope, kamu seronok tak? 570 00:45:22,428 --> 00:45:25,597 Seronok, tapi ia agak memenatkan. 571 00:45:26,306 --> 00:45:29,184 Majlis perkahwinan tak seronok bagi pengantin, 572 00:45:29,810 --> 00:45:32,771 walaupun ketika hubungan mereka baik. 573 00:45:34,273 --> 00:45:35,149 Terima kasih... 574 00:45:36,900 --> 00:45:39,069 kerana tak masuk campur. 575 00:45:39,653 --> 00:45:43,240 Ibu perlu rancang majlis. Nak masuk campur pun tak sempat. 576 00:45:47,161 --> 00:45:48,203 Tapi ibu pasti, 577 00:45:49,663 --> 00:45:51,331 kamu boleh menyelesaikannya. 578 00:45:52,207 --> 00:45:54,918 Yang penting, kamu dah berkahwin. 579 00:46:10,142 --> 00:46:11,268 - Boleh tak... - Saya... 580 00:46:15,606 --> 00:46:17,065 Boleh kita beralih? 581 00:46:17,649 --> 00:46:20,152 Saya dah terlalu lama terpinggir di majlis. 582 00:46:22,279 --> 00:46:25,407 - Saya tak mahu terpinggir lagi. - Awak nak ke mana? 583 00:46:26,116 --> 00:46:27,034 Mungkin... 584 00:46:28,952 --> 00:46:30,204 ke tengah bilik. 585 00:46:32,956 --> 00:46:35,626 Saya dah tak larat melayan tetamu. 586 00:46:36,627 --> 00:46:38,253 Mungkin kita boleh menari. 587 00:46:39,046 --> 00:46:40,672 Ini sarapan perkahwinan. 588 00:46:40,672 --> 00:46:43,008 - Hari masih siang. - Saya tahu. 589 00:46:43,509 --> 00:46:47,262 Tapi saya mahu menari dengan suami saya pada waktu siang. 590 00:46:48,347 --> 00:46:50,682 Kita dah menari di gereja, apalah sangat tempat ini. 591 00:46:54,019 --> 00:46:54,978 Baiklah. 592 00:47:57,291 --> 00:47:58,834 Awak mahu menari? 593 00:47:59,501 --> 00:48:02,671 Lord Kilmartin, awak tentu bergurau. 594 00:48:03,755 --> 00:48:04,756 Apa salahnya? 595 00:48:05,465 --> 00:48:07,384 Saya ingat awak tak tahu menari. 596 00:48:08,135 --> 00:48:09,344 Itu mungkin benar. 597 00:48:09,928 --> 00:48:14,182 Tapi kita patut lebih berani untuk luahkan perasaan. 598 00:48:38,123 --> 00:48:39,124 Lady Bridgerton. 599 00:48:41,168 --> 00:48:46,173 - Terima kasih atas undangan awak. - Saya cuma gembira awak dapat datang. 600 00:48:47,758 --> 00:48:49,384 Bersama kakak awak. 601 00:48:49,968 --> 00:48:52,512 Ya, semua urusan kami dah selesai. 602 00:48:53,639 --> 00:48:54,556 Awak bagaimana? 603 00:48:57,309 --> 00:49:00,812 Saya percaya urusan saya juga hampir selesai. 604 00:49:07,819 --> 00:49:10,197 - Dia dah tersilap langkah. - Tarian mereka lancar. 605 00:49:10,197 --> 00:49:11,323 Bukan itu, tapi mereka. 606 00:49:13,575 --> 00:49:17,412 Keluarga kita bahagia bersama. 607 00:49:18,121 --> 00:49:20,123 Bersyukurlah atas anugerah itu. 608 00:49:49,736 --> 00:49:50,779 Yang Mulia Ratu. 609 00:49:54,199 --> 00:49:56,410 - Ratu mencemar duli. - Ratu datang? 610 00:50:04,251 --> 00:50:05,585 Lady Featherington. 611 00:50:06,795 --> 00:50:07,713 Tuanku. 612 00:50:10,632 --> 00:50:13,885 Mereka yang bukan ahli keluarga Bridgerton boleh keluar. 613 00:50:19,349 --> 00:50:20,183 Sekarang. 614 00:50:32,029 --> 00:50:33,113 Penelope. 615 00:50:34,281 --> 00:50:35,615 Kita dah sekeluarga. 616 00:50:43,665 --> 00:50:46,334 Seseorang di bilik ini merahsiakan sesuatu. 617 00:50:48,086 --> 00:50:53,050 Beta enggan berangkat pulang selagi mereka enggan mengakuinya. 618 00:50:59,347 --> 00:51:03,268 Makin lama kamu tunggu, makin tipis kesabaran beta. 619 00:51:04,728 --> 00:51:05,937 Ayuh. 620 00:51:07,064 --> 00:51:08,315 Mengakulah. 621 00:51:16,198 --> 00:51:17,157 Patik bersalah. 622 00:51:18,158 --> 00:51:19,576 Patik menyimpan rahsia. 623 00:51:21,536 --> 00:51:22,370 Kamu? 624 00:51:22,370 --> 00:51:23,288 Ya. 625 00:51:24,122 --> 00:51:26,541 Patik dan Lord Kilmartin dah bertunang. 626 00:51:27,375 --> 00:51:30,504 Patik terharu atas keprihatinan tuanku terhadap jodoh patik 627 00:51:30,504 --> 00:51:33,340 hingga takut untuk berkongsi niat patik. 628 00:51:33,340 --> 00:51:35,592 Tapi patik cintakan Lord Kilmartin... 629 00:51:37,803 --> 00:51:39,429 dan mahu mengahwininya. 630 00:51:41,473 --> 00:51:45,227 Tapi yalah, dengan perkenan ratu. 631 00:51:47,938 --> 00:51:50,482 Semua orang pun dah tahu, Cik Francesca. 632 00:51:50,482 --> 00:51:54,653 Kami nampak jenis cinta yang kamu idamkan. 633 00:51:55,862 --> 00:51:57,697 Kahwinlah, kamu tak perlu perkenan beta. 634 00:51:59,574 --> 00:52:03,120 Tapi bukan sebab itu beta datang. 635 00:52:04,246 --> 00:52:06,623 Beta maksudkan Whistledown. 636 00:52:07,207 --> 00:52:09,709 Beta tahu dia di dalam bilik ini. 637 00:52:11,378 --> 00:52:12,879 Beta hampir berjaya tahun lepas. 638 00:52:13,505 --> 00:52:14,923 Sikit saja lagi. 639 00:52:15,674 --> 00:52:16,758 Tapi kini, 640 00:52:16,758 --> 00:52:21,513 apabila budak Cowper itu sebarkan fitnah tentang keluarga ini, 641 00:52:22,139 --> 00:52:24,391 Whistledown teruskan keluarkan warta. 642 00:52:24,975 --> 00:52:28,687 Dia tentu dah syak modal gosip Cik Cowper yang seterusnya. 643 00:52:28,687 --> 00:52:31,398 Lalu dia keluar dari tempat persembunyiannya, 644 00:52:31,398 --> 00:52:32,315 tapi kenapa? 645 00:52:33,400 --> 00:52:35,777 Mestilah kerana dia dalam kalangan kamu. 646 00:52:36,444 --> 00:52:37,320 Tuanku. 647 00:52:41,533 --> 00:52:44,119 Kalau benda sebegitu berlaku dalam rumah ini 648 00:52:44,119 --> 00:52:47,706 patik pasti tahu dan dah lama menamatkannya. 649 00:52:58,800 --> 00:52:59,676 Baiklah. 650 00:53:01,887 --> 00:53:04,139 Cubalah berahsia lagi. 651 00:53:06,099 --> 00:53:08,560 Kelak, kamu akan mengaku juga akhirnya. 652 00:53:28,413 --> 00:53:30,832 Saya tak pasti jika saya patut mengaku. 653 00:53:30,832 --> 00:53:32,250 Mujurlah awak tak mengaku. 654 00:53:32,250 --> 00:53:35,337 Tapi kejadian tadi petunjuk langkah yang sepatutnya. 655 00:53:36,379 --> 00:53:38,089 Yakni, berhenti menulis. 656 00:53:39,007 --> 00:53:39,841 Tak begitu? 657 00:53:39,841 --> 00:53:42,552 - Colin, saya... - Tuanku akan tahu juga nanti. 658 00:53:43,053 --> 00:53:47,098 Selagi awak isteri saya, penipuan ini akan menghantui kita semua. 659 00:53:49,267 --> 00:53:51,061 Awak tahukah apa rasanya 660 00:53:51,061 --> 00:53:53,730 apabila kita perlu sentiasa berpura-pura? 661 00:53:54,731 --> 00:53:57,359 Awak takkan faham kerana awak bukan wanita. 662 00:53:58,526 --> 00:54:01,029 Awak boleh pilih untuk jadi sesiapa saja, 663 00:54:01,029 --> 00:54:05,492 sementara wanita terpaksa sorok sisi diri kami yang dunia enggan terima. 664 00:54:07,244 --> 00:54:08,662 Saya Whistledown. 665 00:54:10,121 --> 00:54:11,539 Saya enggan mengubahnya. 666 00:54:13,792 --> 00:54:15,752 Saya tak dapat menerimanya. 667 00:54:17,295 --> 00:54:19,130 Colin, ini malam pertama kita. 668 00:54:23,551 --> 00:54:25,136 Saya akan tidur di sofa. 669 00:54:28,056 --> 00:54:29,641 Saya akan panggil kereta kuda. 670 00:54:43,154 --> 00:54:44,406 Semuanya pasti tak apa-apa. 671 00:54:45,448 --> 00:54:46,283 Percayalah. 672 00:55:06,720 --> 00:55:07,762 En. Bridgerton. 673 00:55:09,639 --> 00:55:10,557 Benedict. 674 00:55:15,395 --> 00:55:18,440 - Saya gembira kita berjumpa lagi. - Saya pun sama. 675 00:55:20,525 --> 00:55:22,444 Saya dah fikirkan tawaran awak. 676 00:55:23,153 --> 00:55:24,029 Jadi? 677 00:55:25,113 --> 00:55:26,031 Rasanya... 678 00:56:29,052 --> 00:56:35,892 W. SMITH & ANAK TUKANG CETAK 679 00:56:40,688 --> 00:56:41,606 Selamat malam. 680 00:56:43,525 --> 00:56:45,235 Puan sesatkah? 681 00:56:45,235 --> 00:56:47,153 Tidak. Saya nak tuntut bayaran. 682 00:56:47,654 --> 00:56:49,989 Untuk Whistledown yang dicetak minggu lepas? 683 00:56:49,989 --> 00:56:52,367 Yang dihantar dari Rumah Cowper itu? 684 00:56:52,367 --> 00:56:55,662 Kami tak cetak pun minggu lepas atau minggu sebelumnya. 685 00:56:55,662 --> 00:56:56,579 Baiklah. 686 00:56:57,288 --> 00:57:00,708 Saya dah tanya tiga tukang cetak. Takkanlah ada ramai lagi. 687 00:57:02,293 --> 00:57:04,671 Puan Whistledownkah? 688 00:57:05,338 --> 00:57:07,173 Saya memang teringin jumpa dia. 689 00:57:07,173 --> 00:57:09,926 Bos di tempat kerja saya dulu pernah cetak untuknya. 690 00:57:10,844 --> 00:57:12,971 Katanya, Whistledown berambut merah. 691 00:57:15,640 --> 00:57:17,016 Apa lagi yang dia kata? 692 00:58:57,075 --> 00:58:59,577 Terjemahan sari kata oleh Noorsalwati