1 00:00:29,821 --> 00:00:33,199 Perlahanlah sikit! Saya tak boleh lari. Saya berbadan dua. 2 00:00:33,199 --> 00:00:36,369 - Kamu agak saja. - Saya muntah sepanjang malam. 3 00:00:36,369 --> 00:00:39,122 Bukankah wanita hamil muntah pada waktu pagi? 4 00:00:39,122 --> 00:00:43,334 Ada apa? Varley kata ada hal penting. Dia ganggu saya tidur. 5 00:00:43,334 --> 00:00:45,795 Tengoklah. Adik kamu ada tetamu. 6 00:00:48,131 --> 00:00:49,716 Saya bawa tumbuhan 7 00:00:50,341 --> 00:00:53,511 supaya cik boleh menikmati anugerah alam dari jendela. 8 00:00:54,596 --> 00:00:55,430 Terima kasih. 9 00:00:56,765 --> 00:00:57,766 Ini pokok apa? 10 00:00:59,684 --> 00:01:00,935 Kenapa dia? 11 00:01:00,935 --> 00:01:02,687 Tentu Penelope ugut dia. 12 00:01:02,687 --> 00:01:04,814 Atau kurung dia dalam almari. 13 00:01:04,814 --> 00:01:07,192 Atau guna ubat pengasih. 14 00:01:07,192 --> 00:01:09,861 Dia berjaya kerana bantuan Colin Bridgerton. 15 00:01:09,861 --> 00:01:12,655 Siapalah yang tak nak dikaitkan dengan keluarga Bridgerton. 16 00:01:13,615 --> 00:01:17,994 Nampaknya terpaksalah ibu sambung bantuan En. Bridgerton. 17 00:01:20,830 --> 00:01:21,873 Lord Debling. 18 00:01:22,749 --> 00:01:25,293 Anak-anak saya ini kebetulan datang 19 00:01:25,293 --> 00:01:27,212 dan mereka mahu ucap selamat. 20 00:01:27,921 --> 00:01:28,755 Selamat sejahtera. 21 00:01:30,882 --> 00:01:31,966 Selamat sejahtera. 22 00:01:33,134 --> 00:01:34,427 Baguslah tuan datang. 23 00:01:34,427 --> 00:01:38,973 Selalunya, Penelope akan membaca di tepi jendela itu. 24 00:01:38,973 --> 00:01:42,769 Sekarang, dia berada di tengah bilik, semuanya kerana tuan. 25 00:01:43,353 --> 00:01:46,773 Betulkah? Kenapa cik suka sangat jendela itu? 26 00:01:47,273 --> 00:01:49,818 Sofa itu selesa, ya? 27 00:01:49,818 --> 00:01:53,321 Tak juga. Sebenarnya, saya cuma suka pemandangan di luar. 28 00:01:55,073 --> 00:01:57,367 Tapi saya dah bosan dengannya 29 00:01:58,284 --> 00:02:00,286 dan lebih suka berada dengan tuan. 30 00:02:17,971 --> 00:02:19,806 Ibu dah agak kamu ada di sini. 31 00:02:19,806 --> 00:02:21,182 Ya, saya di sini. 32 00:02:22,183 --> 00:02:26,521 Marquis Samadani akan datang melawat Francesca pagi ini. 33 00:02:26,521 --> 00:02:28,231 Boleh kamu sertai kami? 34 00:02:28,231 --> 00:02:31,067 Lebih baik kalau saya tak turun kali ini. 35 00:02:32,443 --> 00:02:36,781 Jika saya pergi, saya akan habiskan biskut sampai kempunan marquis nanti. 36 00:02:39,075 --> 00:02:42,162 Sayang, di majlis malam tadi, 37 00:02:42,704 --> 00:02:47,125 semasa kamu tanya sama ada persahabatan boleh bertukar kepada percintaan, 38 00:02:47,125 --> 00:02:50,211 adakah kamu tanya kerana mahu membincangkan sesuatu? 39 00:02:52,213 --> 00:02:57,635 Ibu, terima kasih kerana ambil berat, tapi saya cuma tanya, 40 00:02:58,219 --> 00:03:00,513 kerana bimbangkan kebajikan Francesca. 41 00:03:02,807 --> 00:03:04,225 Saya akan turun nanti. 42 00:03:07,145 --> 00:03:07,979 Baiklah. 43 00:03:22,744 --> 00:03:25,455 {\an8}Wahai pembaca yang dikasihi. 44 00:03:25,455 --> 00:03:26,915 {\an8}Ada satu soalan. 45 00:03:26,915 --> 00:03:29,375 {\an8}Apakah yang mendorong kita 46 00:03:29,375 --> 00:03:31,377 {\an8}untuk memilih haluan tertentu? 47 00:03:32,128 --> 00:03:33,296 {\an8}Awak peguam saya, 48 00:03:33,296 --> 00:03:36,257 {\an8}tapi jawatan itu bergantung pada kata-kata awak yang seterusnya. 49 00:03:36,257 --> 00:03:38,301 {\an8}Saya akan uruskan semuanya. 50 00:03:44,807 --> 00:03:48,061 {\an8}- Awak pun nak kenakan caj melampau? - Tidak. 51 00:03:48,061 --> 00:03:50,480 {\an8}Saya cuma mahu melawat awak. 52 00:03:50,480 --> 00:03:52,023 {\an8}En. Bridgerton. 53 00:03:53,233 --> 00:03:54,901 {\an8}Saya tak mahu dilawat. 54 00:03:56,444 --> 00:03:58,112 Adakah pendorongnya akal... 55 00:04:00,406 --> 00:04:01,950 atau perasaan? 56 00:04:03,201 --> 00:04:04,953 Sepupu yang miskin kata, 57 00:04:04,953 --> 00:04:06,371 "Saya malas nak lawan 58 00:04:06,371 --> 00:04:09,165 kerana dah sepuluh tahun awak kata begitu." 59 00:04:15,797 --> 00:04:16,631 Bagus. 60 00:04:17,257 --> 00:04:20,093 Tapi sebelum kamu teruskan jenaka kamu, 61 00:04:20,093 --> 00:04:21,511 kami mahu tahu, 62 00:04:21,511 --> 00:04:25,181 kenapa kamu pulang ke London? 63 00:04:25,181 --> 00:04:28,226 Maafkan saya kerana menghiburkan kalian di sini. 64 00:04:29,352 --> 00:04:33,398 Saya dah biasa tinggal di luar bandar dengan hanya ditemani pekerja. 65 00:04:33,398 --> 00:04:36,901 Kehidupan terasing itulah yang membawa saya pulang ke sini. 66 00:04:36,901 --> 00:04:38,820 Selain kekurangan wanita. 67 00:04:38,820 --> 00:04:41,739 Kalau begitu, masalah kamu pasti akan selesai. 68 00:04:41,739 --> 00:04:43,574 Kakak sibuk. 69 00:04:43,574 --> 00:04:46,953 Jadi, pergilah jumpa 70 00:04:46,953 --> 00:04:50,790 seramai mana wanita yang kamu suka. 71 00:04:51,541 --> 00:04:54,877 Apabila hati dan akal bercanggah, 72 00:04:54,877 --> 00:04:58,506 setiap pilihan terasa seperti azab yang perit. 73 00:04:59,173 --> 00:05:02,844 Namun, ada seseorang yang hati dan akalnya seiringan, 74 00:05:02,844 --> 00:05:05,471 iaitu Yang Maha Mulia Ratu Charlotte. 75 00:05:05,471 --> 00:05:10,476 Selepas pertemuan mereka di majlis Hawkins, ratna permata ratu, 76 00:05:10,476 --> 00:05:12,395 Cik Francesca Bridgerton 77 00:05:12,395 --> 00:05:17,108 mungkin benar-benar akan menjadi isteri Marquis Samadani. 78 00:05:17,108 --> 00:05:19,736 Menggunung tinggi pujiannya terhadap tuanku. 79 00:05:20,570 --> 00:05:22,447 Kamu boleh baca dari situ? 80 00:05:22,447 --> 00:05:25,283 Alah bisa tegal biasa. 81 00:05:25,283 --> 00:05:27,910 Kalau begitu, mujurlah kita biasa mengadakan 82 00:05:27,910 --> 00:05:30,163 majlis mewah yang gilang-gemilang. 83 00:05:30,163 --> 00:05:32,123 Aturkan majlis secepat mungkin. 84 00:05:33,374 --> 00:05:35,501 Untuk meraikan kehebatan kita. 85 00:05:35,501 --> 00:05:39,547 Mungkin juga untuk mendapatkan calon suami untuk Cik Francesca? 86 00:05:44,093 --> 00:05:45,928 Berundur selangkah ke belakang. 87 00:05:46,429 --> 00:05:48,097 Kamu dah baca fikiran beta. 88 00:05:50,600 --> 00:05:54,395 Meskipun begitu, sesuatu yang buat hati kita berbunga 89 00:05:54,395 --> 00:05:56,689 mungkin menjadi punca kita kecewa. 90 00:05:57,398 --> 00:06:01,944 Musim ini masih terlalu awal dan perjalanannya sukar diterka. 91 00:06:01,944 --> 00:06:03,071 Itu keknya? 92 00:06:03,071 --> 00:06:05,365 Saya rasa namanya mille-feuille. 93 00:06:05,865 --> 00:06:08,368 Tukang masak kita dah tanya orang dapur Lord Samadani. 94 00:06:08,368 --> 00:06:10,495 Ini pasti memenuhi cita rasanya. 95 00:06:11,245 --> 00:06:14,374 Saya harap sangat usaha tukang masak kita tak sia-sia. 96 00:06:14,374 --> 00:06:16,959 Lord Samadani mungkin tak datang hari ini. 97 00:06:18,836 --> 00:06:21,381 - Tetamu dah sampai. - Ya! Bawa dia masuk. 98 00:06:35,770 --> 00:06:37,688 Lord Samadani, selamat datang. 99 00:06:37,688 --> 00:06:40,650 Tukang masak kami dah sediakan mille-feuille untuk tuan. 100 00:06:40,650 --> 00:06:42,735 Hyacinth, dia bukan Lord Samadani. 101 00:06:43,694 --> 00:06:45,238 Maafkan kesilapan kami. 102 00:06:45,238 --> 00:06:47,407 Tidak, ini salah saya. 103 00:06:48,032 --> 00:06:51,077 Saya datang untuk melawat salah seorang anak puan. 104 00:06:55,790 --> 00:06:57,458 Anak saya, Francesca? 105 00:06:58,334 --> 00:06:59,585 Cik Francesca. 106 00:07:00,378 --> 00:07:03,256 Saya John Stirling, Earl Kilmartin. 107 00:07:03,798 --> 00:07:06,300 - Selamat berkenalan. - Selamat berkenalan. 108 00:07:08,761 --> 00:07:11,806 Saya dan Lord Kilmartin berjumpa di majlis Hawkins, 109 00:07:11,806 --> 00:07:15,435 tapi kami belum sempat berkenalan. 110 00:07:16,310 --> 00:07:17,353 Begitu rupanya. 111 00:07:17,353 --> 00:07:20,857 - Boleh saya sertai cik buat seketika? - Boleh juga. 112 00:07:52,221 --> 00:07:53,764 Mereka tak berbual pun. 113 00:07:54,640 --> 00:07:55,600 Menakjubkan. 114 00:07:56,184 --> 00:07:58,978 Kakak ingat cuma kata-kata boleh buat pelamar menyampah kita. 115 00:07:58,978 --> 00:08:01,772 Tapi suasana sunyi sepi mungkin lebih berkesan. 116 00:08:01,772 --> 00:08:03,441 Mungkin mereka rasa gembira. 117 00:08:03,441 --> 00:08:06,194 Tapi bagaimana nak kenal kalau tak berbual? 118 00:08:06,194 --> 00:08:10,239 Malah, dia datang tanpa diperkenalkan secara rasmi terlebih dulu. 119 00:08:11,908 --> 00:08:13,826 Puan, ada seorang lagi tetamu. 120 00:08:14,952 --> 00:08:17,455 Tetamu Cik Francesca, Lord Samadani sudah tiba. 121 00:08:17,455 --> 00:08:19,415 Lady Bridgerton, selamat sejahtera. 122 00:08:19,415 --> 00:08:22,210 Selamat sejahtera. Saya akan ambilkan pastri. 123 00:08:23,586 --> 00:08:25,505 En. Bridgerton. Cik Bridgerton. 124 00:08:25,505 --> 00:08:28,674 Kamu tentu Cik Hyacinth, bukan? 125 00:08:28,674 --> 00:08:29,675 Segaknya dia! 126 00:08:30,510 --> 00:08:33,971 Cik Francesca. Saya gembira dapat berjumpa cik. 127 00:08:35,306 --> 00:08:37,141 Selamat sejahtera, tuan. 128 00:08:39,101 --> 00:08:41,395 Rasanya kita belum berkenalan, Lord... 129 00:08:41,395 --> 00:08:42,605 Kilmartin. 130 00:08:42,605 --> 00:08:45,650 Tapi saya dah nak balik dan tak mahu mengganggu. 131 00:08:46,734 --> 00:08:47,693 Selamat sejahtera. 132 00:09:03,626 --> 00:09:06,546 Dia lord ketiga yang suruh abang jual kelab? 133 00:09:06,546 --> 00:09:10,383 Semua orang sibuk nak beri pandangan masing-masing 134 00:09:10,383 --> 00:09:13,135 kerana kononnya mereka ambil berat. 135 00:09:13,135 --> 00:09:15,179 Macamlah mereka ikhlas pun. 136 00:09:15,179 --> 00:09:19,517 Tapi kalau abang jual, selepas ini mereka ganggu orang lain pula. 137 00:09:21,477 --> 00:09:24,146 Jadi, awak rasa abang patut ikut cakap mereka, 138 00:09:24,981 --> 00:09:26,899 dan tinggalkan hasil usaha kita? 139 00:09:26,899 --> 00:09:30,444 Bukankah abang yang mahu kita nikmati kehidupan baru kita? 140 00:09:30,444 --> 00:09:34,699 Kenapa abang nak teruskan perniagaan yang hanya memeningkan kepala? 141 00:09:35,199 --> 00:09:37,201 Abang tak pening kepala pun. 142 00:09:39,453 --> 00:09:40,871 Abang takkan jual kelab. 143 00:09:56,387 --> 00:10:00,016 Saya mula mengumpulnya sejak 1790 144 00:10:00,016 --> 00:10:04,562 dan saya rasa ia patut dikongsi setelah lama berada dalam simpanan saya. 145 00:10:35,760 --> 00:10:39,263 Ibu, ini perpustakaan. Tolonglah benarkan saya baca buku. 146 00:10:39,263 --> 00:10:41,390 Ibu tak mahu kamu hilang tumpuan. 147 00:10:41,932 --> 00:10:44,727 Tumpukan pada Lord Debling saja hari ini. 148 00:10:45,436 --> 00:10:49,065 Buku ini mengisahkan perjalanan ke Utara seperti yang Lord Debling akan buat. 149 00:10:49,065 --> 00:10:52,860 Biar dia saja yang ceritakan. Lelaki suka tunjuk pandai. 150 00:10:52,860 --> 00:10:55,696 Kalau kita dah tahu tentangnya, 151 00:10:55,696 --> 00:10:58,908 mereka akan rasa tak penting dan tercabar. 152 00:11:00,618 --> 00:11:01,911 Selamat tengah hari. 153 00:11:05,539 --> 00:11:08,834 Cik Featherington, cik baca tentang Laluan Barat Laut? 154 00:11:08,834 --> 00:11:11,420 - Ya, ia sangat... - Membingungkan. 155 00:11:12,046 --> 00:11:14,799 Hujung pangkalnya pun kami tak faham. 156 00:11:14,799 --> 00:11:17,051 Boleh tuan terangkan kepada kami? 157 00:11:28,187 --> 00:11:29,939 Saya rasa buku amat menarik. 158 00:11:30,439 --> 00:11:32,775 Saya dah kumpul lebih seribu buah buku. 159 00:11:33,317 --> 00:11:35,528 Buku memang suka dikumpul. 160 00:11:36,278 --> 00:11:37,154 Memang betul. 161 00:11:45,246 --> 00:11:47,415 Saya yakin tiada seorang pun di sini 162 00:11:47,415 --> 00:11:49,375 pernah baca buku sampai habis. 163 00:11:49,959 --> 00:11:52,336 Mungkin buku saya akan berada di sini. 164 00:11:52,336 --> 00:11:55,715 Kisah tragedi andartu yang akan dijodohkan oleh ayahnya 165 00:11:55,715 --> 00:11:58,008 dengan kawannya yang dah tua bangka. 166 00:11:58,008 --> 00:11:59,677 Bunyinya macam novel Jerman. 167 00:12:03,889 --> 00:12:05,683 Kami bantu awak tarik belon, 168 00:12:05,683 --> 00:12:09,270 tapi semua gadis hanya tergila-gilakan awak. 169 00:12:09,979 --> 00:12:12,690 Mungkin awak boleh sertai kami malam esok 170 00:12:12,690 --> 00:12:15,025 kalau awak tak sibuk. 171 00:12:15,651 --> 00:12:17,987 Kami akan berseronok. 172 00:12:22,324 --> 00:12:24,034 Mungkin boleh juga. 173 00:12:24,034 --> 00:12:26,287 Saya pun nak berseronok. 174 00:12:32,710 --> 00:12:34,962 Cik mencari seseorang? 175 00:12:34,962 --> 00:12:36,589 Tidak. Saya cuma... 176 00:12:38,007 --> 00:12:39,467 tengok-tengok buku. 177 00:12:40,176 --> 00:12:41,677 Cik suka buku apa? 178 00:12:42,511 --> 00:12:45,097 Saya baca semua jenis buku, 179 00:12:45,097 --> 00:12:48,851 tapi akhirnya, saya selalu tertarik 180 00:12:48,851 --> 00:12:52,354 kepada kisah cinta. 181 00:12:53,063 --> 00:12:56,192 Kenapa cik suka kisah yang sebegitu? 182 00:12:57,568 --> 00:13:01,989 Ia menceritakan sejarah hubungan dan harapan untuk hidup yang lebih baik. 183 00:13:03,616 --> 00:13:05,409 Bunyinya membosankan, bukan? 184 00:13:05,409 --> 00:13:08,162 Saya gembira kerana cik ada minat tersendiri. 185 00:13:08,871 --> 00:13:11,624 Seperti yang saya rasa terhadap kajian saya. 186 00:13:11,624 --> 00:13:13,250 Itulah persamaan kita. 187 00:13:16,128 --> 00:13:17,463 Ada tak novel 188 00:13:17,463 --> 00:13:20,299 tentang lelaki yang lama mengembara 189 00:13:20,299 --> 00:13:23,385 dan isterinya yang suka menguruskan hartanya di tanah air? 190 00:13:24,553 --> 00:13:27,389 Tapi buku begitu tak menyentuh perasaan, bukan? 191 00:13:28,808 --> 00:13:29,850 Tak semestinya. 192 00:13:31,811 --> 00:13:35,731 Jika isterinya ada minat tersendiri, 193 00:13:36,982 --> 00:13:38,609 mereka berdua akan bahagia. 194 00:13:38,609 --> 00:13:41,570 Hubungan berlandaskan akal yang bahagia? 195 00:13:42,071 --> 00:13:43,572 Menarik bunyinya. 196 00:13:45,699 --> 00:13:50,037 Tapi boleh saya tahu, bagaimana lelaki dalam kisah rekaan itu 197 00:13:50,830 --> 00:13:52,456 melamar calon isterinya? 198 00:13:53,541 --> 00:13:55,334 Memandangkan dia tiada saudara lelaki. 199 00:13:56,418 --> 00:13:58,671 Itu pun kalau cik penulis novel itu. 200 00:13:59,171 --> 00:14:01,882 Jika begitu, dia perlu tanya ibu si gadis. 201 00:14:01,882 --> 00:14:02,842 Begitu, ya? 202 00:14:03,509 --> 00:14:05,427 Jika ibunya merestui lamaran itu, 203 00:14:06,345 --> 00:14:07,888 adakah dia akan setuju? 204 00:14:14,687 --> 00:14:16,522 Mungkin tuan perlu baca dulu novel itu. 205 00:14:54,560 --> 00:14:56,312 Encik sihat? Encik nampak... 206 00:14:56,312 --> 00:15:00,024 Fikiran saya terganggu malam ini. 207 00:15:00,024 --> 00:15:02,109 Encik nak lihat saja aksi kami? 208 00:15:02,818 --> 00:15:04,320 Lagipun, encik dah bayar. 209 00:15:07,239 --> 00:15:08,157 Baiklah. 210 00:15:38,854 --> 00:15:40,064 Selamat sejahtera. 211 00:15:41,315 --> 00:15:44,693 Jika marquis ajak kamu menari dua kali di majlis tuanku, 212 00:15:44,693 --> 00:15:46,779 itu tandanya dia sukakan kamu. 213 00:15:46,779 --> 00:15:50,032 Entah-entah dia langsung tak ajak saya menari. 214 00:15:50,032 --> 00:15:51,825 Ibu yakin dia akan ajak. 215 00:15:52,826 --> 00:15:55,162 Tapi kalau kamu tak berminat dengannya... 216 00:15:57,081 --> 00:15:58,499 Itu Lord Kilmartin. 217 00:15:59,166 --> 00:16:01,085 - Ibu kenal keluarganya? - Tidak. 218 00:16:01,085 --> 00:16:04,004 Mereka agak pendiam dan kurang bergaul. 219 00:16:04,546 --> 00:16:05,965 Kamu menyukainya? 220 00:16:07,257 --> 00:16:10,010 - Selamat sejahtera, tuan. - Cik Francesca. 221 00:16:10,761 --> 00:16:11,720 Lady Bridgerton. 222 00:16:12,262 --> 00:16:14,890 Tuan pulang secara mengejut tempoh hari. 223 00:16:15,975 --> 00:16:17,643 Ada tetamu lain datang. 224 00:16:20,354 --> 00:16:23,732 Saya ingat tuan akan menghadiri acara Lord Fuller semalam. 225 00:16:23,732 --> 00:16:26,485 Tidak. Saya jarang sertai acara sosial 226 00:16:26,485 --> 00:16:29,321 melainkan saya akan dianggap biadab jika tak menghadirinya. 227 00:16:29,989 --> 00:16:30,906 Begitu rupanya. 228 00:16:32,533 --> 00:16:35,285 Jadi, tuan tegur kami 229 00:16:35,285 --> 00:16:37,579 juga kerana tak mahu dianggap biadab? 230 00:16:38,414 --> 00:16:42,042 Rasanya cik yang tegur saya dulu. 231 00:16:51,427 --> 00:16:53,637 Indah muziknya, bukan? 232 00:16:54,388 --> 00:16:56,306 Terus terang, saya tak setuju. 233 00:16:58,058 --> 00:16:59,560 Kelajuannya tak sekata. 234 00:17:00,144 --> 00:17:03,230 Ketika kita mula faham iramanya, lagu ini dah tamat. 235 00:17:03,230 --> 00:17:05,899 Lagu begini lebih indah dimainkan pada tiga rentak per bar 236 00:17:05,899 --> 00:17:08,152 agar kita dapat menghayati 237 00:17:08,694 --> 00:17:09,611 muziknya. 238 00:17:12,656 --> 00:17:13,907 Itu sangat berguna. 239 00:17:16,201 --> 00:17:17,411 Saya minta diri. 240 00:17:25,919 --> 00:17:28,922 Untuk menjawab soalan ibu, tidak, saya tak suka dia. 241 00:17:48,484 --> 00:17:50,486 Ada tetamu untuk Cik Cowper, puan. 242 00:17:56,033 --> 00:17:56,909 Eloise. 243 00:17:56,909 --> 00:17:59,244 Cressida. Lady Cowper. 244 00:18:00,245 --> 00:18:01,872 Selesanya rumah puan. 245 00:18:02,372 --> 00:18:06,335 Rupanya seperti di muzium. 246 00:18:06,335 --> 00:18:08,253 Sekarang waktu untuk tetamu. 247 00:18:08,253 --> 00:18:12,049 Kalau begitu, boleh saya jadi tetamu Cik Cowper? 248 00:18:22,017 --> 00:18:23,393 Awak tak apa-apa? 249 00:18:23,977 --> 00:18:27,106 Saya nak pastikan awak sihat. Awak muram semalam. 250 00:18:29,483 --> 00:18:32,820 Saya tak pernah ada kawan yang datang ke rumah saya. 251 00:18:32,820 --> 00:18:33,987 Biar betul? 252 00:18:33,987 --> 00:18:35,280 Tapi saya faham. 253 00:18:36,240 --> 00:18:40,702 Bilik ini terasa seperti makam, bukan? 254 00:18:44,998 --> 00:18:45,833 Awak tak apa-apa? 255 00:18:45,833 --> 00:18:48,252 Saya dah kata ini waktu untuk tetamu. 256 00:18:48,252 --> 00:18:50,754 Tapi awak masih tak faham-faham. 257 00:18:51,630 --> 00:18:55,008 Cik Bridgerton, saya mahu bercakap dengan anak saya. 258 00:18:56,218 --> 00:18:58,011 - Tanpa gangguan. - Baiklah. 259 00:19:03,934 --> 00:19:08,939 Kamu tak dibenarkan lagi berkawan dengan budak Bridgerton itu. 260 00:19:08,939 --> 00:19:10,691 Kamu faham tak? 261 00:19:22,202 --> 00:19:25,038 Betulkah abang tak dapat makan malam dengan kami? 262 00:19:25,747 --> 00:19:28,417 Lebih separuh lord dah tutup akaun mereka. 263 00:19:28,417 --> 00:19:30,627 Abang tak mampu upah pelayan bar 264 00:19:30,627 --> 00:19:32,713 selagi masalah ini belum selesai. 265 00:19:33,255 --> 00:19:37,259 Mungkin boleh tukar juruhias atau tukang masak. 266 00:19:40,053 --> 00:19:41,930 Abang pasti boleh selesaikan masalah ini. 267 00:19:52,107 --> 00:19:55,861 Semasa saya di Eropah, saya jumpa seorang gadis Greek di Balkan. 268 00:19:56,445 --> 00:20:00,824 Pengiring kami buat-buat tak nampak hubungan rapat kami 269 00:20:00,824 --> 00:20:04,369 sepanjang enam bulan kami di semenanjung Balkan itu. 270 00:20:04,995 --> 00:20:06,455 Dia samalah macam gadis 271 00:20:06,455 --> 00:20:09,958 di French Quarter yang buat saya rasa tak rugi belayar lama ke sana. 272 00:20:09,958 --> 00:20:14,504 Kopeknya mantap, tapi saya tak maksudkan buah fikiran. 273 00:20:18,091 --> 00:20:19,760 Awak bagaimana, Bridgerton? 274 00:20:19,760 --> 00:20:21,386 Lama juga awak mengembara. 275 00:20:21,386 --> 00:20:25,140 Gadis-gadis yang awak jumpa semasa musim panas tentu lawa-lawa. 276 00:20:26,391 --> 00:20:29,228 Saya dah cerita tentang contessa itu, bukan? 277 00:20:29,228 --> 00:20:31,521 Ya, tapi bukan secara terperinci. 278 00:20:31,521 --> 00:20:34,358 Lelaki budiman tak boleh dedahkan semuanya. 279 00:20:34,358 --> 00:20:37,611 Janganlah begitu. Kita bukannya budiman pun. 280 00:20:37,611 --> 00:20:39,279 Saya setuju. 281 00:20:43,742 --> 00:20:44,743 Maafkan saya. 282 00:20:45,744 --> 00:20:48,580 Tapi kamu takkah rasa terbeban? 283 00:20:49,665 --> 00:20:52,834 Kita seolah-olah dituntut untuk mengambil ringan 284 00:20:52,834 --> 00:20:55,754 satu-satunya anugerah hidup yang paling bermakna. 285 00:20:55,754 --> 00:20:56,964 Kamu tak rasa sunyi? 286 00:21:40,465 --> 00:21:41,633 Cik Featherington. 287 00:21:53,729 --> 00:21:54,563 Ibu? 288 00:21:58,150 --> 00:22:02,612 Lord Debling minta izin ibu untuk melamar kamu. 289 00:22:03,196 --> 00:22:04,323 Apa kata ibu? 290 00:22:04,323 --> 00:22:05,741 Mestilah ibu izinkan. 291 00:22:07,701 --> 00:22:10,078 Pandainya kamu cari suami. 292 00:22:10,704 --> 00:22:14,374 Dengar kata rumah Lord Debling antara yang terbesar di Mayfair 293 00:22:14,374 --> 00:22:16,877 dengan 24 pekerja dan banyak kereta kuda. 294 00:22:16,877 --> 00:22:18,712 Dia juga kerap mengembara, 295 00:22:18,712 --> 00:22:22,382 bermakna kamulah yang perlu menguruskan hartanya kelak. 296 00:22:23,175 --> 00:22:25,719 Bayangkanlah pengaruh yang kamu ada nanti. 297 00:22:25,719 --> 00:22:29,222 Pengaruh yang kita semua akan ada. 298 00:22:32,351 --> 00:22:34,061 Ibu, saya belum beri jawapan. 299 00:22:34,061 --> 00:22:35,312 Tapi kamu tentu setuju. 300 00:22:37,272 --> 00:22:39,149 Ketiadaannya eloklah untuk saya 301 00:22:39,149 --> 00:22:41,360 kerana saya boleh menyendiri, tapi... 302 00:22:42,903 --> 00:22:43,737 Tapi apa? 303 00:22:45,739 --> 00:22:48,617 Penelope, kamu dah habiskan duit kamu 304 00:22:48,617 --> 00:22:52,662 untuk tukar gaun, rambut dan usaha itu telah membuahkan hasil. 305 00:22:53,288 --> 00:22:57,209 Lord Debling dah dalam tangan kamu dan dia bukan orang sembarangan. 306 00:22:57,709 --> 00:23:00,587 Takkan itu pun tak cukup lagi? 307 00:23:00,587 --> 00:23:02,547 Apa lagi yang kamu mahukan? 308 00:23:09,429 --> 00:23:11,431 Takkanlah kamu mengharapkan cinta. 309 00:23:14,851 --> 00:23:17,729 Sebab inilah ibu larang kamu membaca. 310 00:23:17,729 --> 00:23:21,149 Cinta cuma kisah dongeng yang hanya wujud dalam novel. 311 00:23:21,149 --> 00:23:23,610 Kamu tahu apa yang romantik? 312 00:23:24,194 --> 00:23:25,278 Jaminan hidup. 313 00:23:26,279 --> 00:23:27,781 Bijaklah sikit, Penelope. 314 00:23:28,281 --> 00:23:30,992 Kalau tidak, ibu yang tentukan hidup kamu. 315 00:23:59,187 --> 00:24:00,939 - Cik dah sedia? - Ya. 316 00:24:13,160 --> 00:24:15,162 - Sarung tangan, puan. - Terima kasih. 317 00:24:15,162 --> 00:24:17,873 Colin, semua orang dah tunggu. Kamu belum bersiap? 318 00:24:17,873 --> 00:24:20,876 Ibu, saya mahu duduk di rumah saja malam ini. 319 00:24:27,966 --> 00:24:29,968 Kamu nampak kurang sihat. 320 00:24:29,968 --> 00:24:33,346 Kamukah yang seret kaki di koridor lewat malam tadi? 321 00:24:33,346 --> 00:24:35,098 Saya sihat. 322 00:24:39,519 --> 00:24:40,395 Sayang... 323 00:24:42,439 --> 00:24:45,650 kamu antara anak ibu yang paling peka. 324 00:24:45,650 --> 00:24:49,905 Peka akan keperluan orang lain, sentiasa mahu membantu, 325 00:24:49,905 --> 00:24:52,699 malah sedia bergurau untuk menceriakan suasana. 326 00:24:52,699 --> 00:24:55,368 Kamu jarang mendahulukan diri sendiri. 327 00:24:55,368 --> 00:24:57,537 Ibu bangga dengan sifat kamu itu. 328 00:25:00,040 --> 00:25:01,708 Tapi hidup demi orang lain? 329 00:25:04,211 --> 00:25:06,087 Ia tentu kadangkala meletihkan. 330 00:25:06,755 --> 00:25:08,423 Mungkin juga menyeksakan. 331 00:25:08,423 --> 00:25:11,885 Jadi, ibu faham apabila kamu cuba keraskan hati kebelakangan ini. 332 00:25:12,802 --> 00:25:14,221 Tapi hati-hati, 333 00:25:15,388 --> 00:25:18,058 jangan biar ia keras terlalu lama 334 00:25:18,058 --> 00:25:20,560 hingga tak dapat dilembutkan semula. 335 00:25:23,688 --> 00:25:26,525 Saya rasa pengar sangat. 336 00:25:27,609 --> 00:25:29,736 Maafkan saya kerana biadab tadi. 337 00:25:31,196 --> 00:25:33,406 Saya cuma mahu berehat malam ini. 338 00:25:41,456 --> 00:25:42,874 Tapi rugi pula rasanya... 339 00:25:44,251 --> 00:25:46,503 kerana kamu takkan dapat lihat hasil didikan kamu. 340 00:25:46,503 --> 00:25:49,881 Dengar kata Penelope mungkin dilamar malam ini. 341 00:25:49,881 --> 00:25:53,260 Lady Featherington kecoh beritahu semua orang tentangnya. 342 00:25:53,802 --> 00:25:54,636 Malam ini? 343 00:25:57,138 --> 00:25:58,098 Cepatnya. 344 00:25:58,098 --> 00:25:59,849 Mungkin berkat bantuan kamu. 345 00:26:03,186 --> 00:26:05,105 Ibu harap kamu rasa lebih lega. 346 00:27:12,088 --> 00:27:14,716 Mungkin pementasan tarian cinta ini 347 00:27:14,716 --> 00:27:17,636 akan membangkitkan asmara dalam hati rakyat beta. 348 00:28:29,624 --> 00:28:31,960 Cik Featherington. Lady Featherington. 349 00:28:32,711 --> 00:28:33,586 Selamat malam. 350 00:28:34,295 --> 00:28:37,257 Tuan mahu mengajak anak saya menari, Lord Debling? 351 00:28:37,257 --> 00:28:40,468 Tinggal satu saja ruang dalam senarai teman menarinya. 352 00:28:40,468 --> 00:28:41,553 Ada banyak lagi. 353 00:28:41,553 --> 00:28:44,764 Jika begitu, boleh saya mohon agar turut disenaraikan? 354 00:29:07,537 --> 00:29:08,496 Lady Bridgerton. 355 00:29:08,496 --> 00:29:09,581 Lord Anderson. 356 00:29:10,206 --> 00:29:12,792 Terima kasih, tapi saya tak ada selera. 357 00:29:13,668 --> 00:29:15,086 Awak seronok malam ini? 358 00:29:15,086 --> 00:29:16,796 Ya, seronok sangat. 359 00:29:16,796 --> 00:29:20,967 Saya jarang berada di Mayfair pada awal perkahwinan saya. 360 00:29:21,676 --> 00:29:24,763 Di desa, kita boleh bersiar-siar, tengok pokok 361 00:29:24,763 --> 00:29:26,639 dan bermalas-malasan di rumah. 362 00:29:27,348 --> 00:29:30,143 Tapi bagaimanakah orang isi masa lapang di kota? 363 00:29:30,143 --> 00:29:33,688 Biasanya kami menyibuk dalam urusan hidup anak-anak. 364 00:29:33,688 --> 00:29:36,149 Setidak-tidaknya itulah hobi kakak awak. 365 00:29:36,649 --> 00:29:40,487 - Itu hobi kakak saya? - Hobi bukan perkataan yang sesuai. 366 00:29:40,487 --> 00:29:44,157 Dia pandai membentuk masyarakat menurut kehendaknya. 367 00:29:45,074 --> 00:29:47,243 Awak tak tahukah? 368 00:29:47,243 --> 00:29:48,703 Kami... 369 00:29:50,246 --> 00:29:51,623 baru mula rapat semula. 370 00:29:52,373 --> 00:29:55,627 Jadi, siapakah orang yang dia cuba bentuk sekarang? 371 00:29:56,211 --> 00:29:58,254 Anak saya, Francesca. 372 00:30:00,215 --> 00:30:03,384 Tapi rasanya Francesca belum rasa panahan cinta. 373 00:30:06,095 --> 00:30:08,223 Jangan risau, 374 00:30:08,807 --> 00:30:11,476 kadangkala kayu membara lama sebelum terbakar. 375 00:30:12,060 --> 00:30:16,189 Perkahwinan saya bukan atas dasar cinta dan pada mulanya agak dingin. 376 00:30:17,774 --> 00:30:19,609 Tapi cinta terbit akhirnya. 377 00:30:20,610 --> 00:30:22,695 Kami bahagia hingga ke akhir hayatnya. 378 00:30:24,322 --> 00:30:26,449 Takziah atas pemergiannya. 379 00:30:29,327 --> 00:30:30,870 Mungkin harapan masih ada. 380 00:30:32,330 --> 00:30:34,707 Saya hanya pernah bercinta, 381 00:30:34,707 --> 00:30:36,960 jadi apalah yang saya tahu. 382 00:30:41,881 --> 00:30:43,216 Takziah juga kepada awak. 383 00:30:48,012 --> 00:30:49,430 Tapi saya cemburu. 384 00:30:49,973 --> 00:30:52,308 Awak pernah merasakan cinta. 385 00:30:52,976 --> 00:30:57,438 Itulah yang saya akan cuba cari dalam peluang kedua ini. 386 00:31:03,945 --> 00:31:07,740 Cahaya ratna tuanku berkilau-kilauan. 387 00:31:08,491 --> 00:31:09,742 Ya, memang benar. 388 00:31:10,326 --> 00:31:14,622 Lady Whistledown pun setuju dengan keserasian padanan yang beta buat. 389 00:31:15,707 --> 00:31:17,750 Mungkin ini telah membuka ruang 390 00:31:17,750 --> 00:31:21,337 untuk kerjasama antara tukang gosip dan pihak raja. 391 00:31:22,839 --> 00:31:24,674 Begitulah nampaknya. 392 00:31:27,844 --> 00:31:30,680 Terima kasih kerana menemani saya. 393 00:31:31,598 --> 00:31:33,266 Saya mahu datang ke sini 394 00:31:33,266 --> 00:31:36,185 tapi saya tak mahulah datang seorang. 395 00:31:36,185 --> 00:31:39,397 Suami awak sepatutnya datang sekali. 396 00:31:41,274 --> 00:31:44,235 Dia sedang menghadapi masalah 397 00:31:44,235 --> 00:31:47,739 meninggalkan kehidupan lama kami, walaupun sesudah dipujuk. 398 00:31:48,239 --> 00:31:50,074 Dia sayang kelabnya. 399 00:31:51,284 --> 00:31:56,706 Ratu takkan suka lelaki bangsawan yang bekerja di kelab. 400 00:31:57,373 --> 00:32:00,877 Awak mesti tunjuk kepada En. Mondrich 401 00:32:00,877 --> 00:32:04,380 yang dia takkan rugi berkorban demi kehidupan barunya. 402 00:32:04,964 --> 00:32:06,215 Kehidupan lalu 403 00:32:07,342 --> 00:32:09,969 amat berbahaya untuk kita ingati semula. 404 00:32:15,099 --> 00:32:17,226 Encik suka balet tadi? 405 00:32:17,226 --> 00:32:20,605 Ya, sampai saya rasa yang saya mungkin dah terlepas seru. 406 00:32:21,105 --> 00:32:22,106 Untuk jadi penari. 407 00:32:28,404 --> 00:32:30,615 Lady Arnold. Mari sertai kami. 408 00:32:32,533 --> 00:32:35,536 Lord Fuller. Lady Fuller. Saya gembira kita dapat bertemu. 409 00:32:35,536 --> 00:32:37,747 - Puan dah jumpa En. Bridgerton? - Sudah. 410 00:32:37,747 --> 00:32:38,748 Tapi tak lama. 411 00:32:39,248 --> 00:32:42,085 Betul. Tapi saya gembira mengenali puan. 412 00:32:42,669 --> 00:32:44,837 Kami berbual tentang balet tadi. 413 00:32:44,837 --> 00:32:45,964 Saya tak faham 414 00:32:45,964 --> 00:32:50,343 kenapalah penari lelaki itu perlu menari dalam keadaan separuh bogel. 415 00:32:50,343 --> 00:32:52,845 Tak bolehkah dia pakai baju? 416 00:32:52,845 --> 00:32:54,055 Saya setuju. 417 00:32:54,055 --> 00:32:56,432 Berbogel memang tak sopan. 418 00:33:03,648 --> 00:33:07,193 Eloise, awak di sini rupanya. Saya cari awak sepanjang malam. 419 00:33:07,735 --> 00:33:09,570 Awak tak sepatutnya jumpa saya. 420 00:33:10,279 --> 00:33:12,281 Saya "budak Bridgerton" itu. 421 00:33:12,281 --> 00:33:13,616 Awak terdengar, ya? 422 00:33:15,618 --> 00:33:17,161 Maafkan ayah saya. 423 00:33:18,121 --> 00:33:20,164 Malangnya dia orang tua bodoh. 424 00:33:20,790 --> 00:33:21,666 Eloise! 425 00:33:26,379 --> 00:33:28,631 Jika awak tak mahu jumpa saya... 426 00:33:30,008 --> 00:33:31,009 saya akan faham. 427 00:33:33,136 --> 00:33:35,430 Tidak. Ayah saya kenalah terima kawan anaknya. 428 00:33:35,430 --> 00:33:36,681 Lagipun, 429 00:33:37,849 --> 00:33:39,058 dia orang tua bodoh. 430 00:33:41,477 --> 00:33:43,563 Awak luar biasa, Eloise. 431 00:33:44,147 --> 00:33:46,607 Bagaimana awak boleh berani melawan arus? 432 00:33:46,607 --> 00:33:47,900 Saya tak berani. 433 00:33:47,900 --> 00:33:51,112 Saya cuma tak faham cara pandangan orang lain. 434 00:33:51,112 --> 00:33:52,697 Bagaimana pandangan awak? 435 00:33:53,281 --> 00:33:54,157 Agaknya... 436 00:33:56,617 --> 00:33:58,161 dah awak tanya... 437 00:34:15,136 --> 00:34:16,679 - Aduh! - Izinkan saya. 438 00:34:34,405 --> 00:34:36,616 Kakak nak ke mana? 439 00:34:38,284 --> 00:34:40,078 Kakak nak tidur awal. 440 00:34:40,078 --> 00:34:43,706 Tarian dah selesai, ratu dah puas hati dengan ratnanya 441 00:34:43,706 --> 00:34:46,834 dan kakak pun nak pergi berehat. 442 00:34:46,834 --> 00:34:49,003 Kalau kakak dah selesai jaga tepi kain orang, 443 00:34:49,003 --> 00:34:52,131 mungkin kakak boleh jaga tepi kain saya pula. 444 00:34:52,840 --> 00:34:55,426 Dengar kata kakak boleh bentuk masyarakat. 445 00:34:55,426 --> 00:34:57,720 Saya kerap jumpa wanita menarik. 446 00:34:57,720 --> 00:34:59,680 Entah apa yang kamu dah dengar, 447 00:34:59,680 --> 00:35:02,725 tapi jangan libatkan kakak dalam kegiatan maksiat kamu. 448 00:35:02,725 --> 00:35:05,019 Kakak tak mahu ambil tahu. 449 00:35:06,270 --> 00:35:09,899 Saya tahu perbuatan saya mungkin nampak tak senonoh, 450 00:35:09,899 --> 00:35:12,693 tapi percayalah, niat saya ikhlas. 451 00:35:12,693 --> 00:35:15,446 Apa? Niat yang dalam seluar kamu itu? 452 00:35:30,586 --> 00:35:31,504 Cik Francesca. 453 00:35:34,549 --> 00:35:35,591 Lord Kilmartin. 454 00:35:36,968 --> 00:35:39,929 Saya rasa haus selepas menari dengan Lord Samadani, 455 00:35:39,929 --> 00:35:42,181 sampai saya tak rasa nak berbual. 456 00:35:42,181 --> 00:35:45,601 Tapi bukankah itu cara kita berkomunikasi? 457 00:35:50,815 --> 00:35:53,609 Maaf kerana meninggalkan cik tempoh hari. 458 00:35:53,609 --> 00:35:55,903 Saya cuma mahu mendapatkan benda ini. 459 00:36:00,700 --> 00:36:03,828 Saya agak pendiam dan kata-kata yang saya lafazkan 460 00:36:03,828 --> 00:36:05,538 bukan halwa telinga. 461 00:36:06,038 --> 00:36:08,749 Tapi saya yakin perbuatan lebih berkesan. 462 00:36:11,460 --> 00:36:13,713 Cik Francesca, saya bawakan lemoned. 463 00:36:15,131 --> 00:36:16,799 Maafkan saya, Lord Samadani. 464 00:36:17,466 --> 00:36:19,427 Ibu, saya mohon balik awal. 465 00:36:19,427 --> 00:36:20,928 Kalau ibu izinkan. 466 00:36:20,928 --> 00:36:22,054 Ibu... 467 00:36:24,724 --> 00:36:26,976 Mari kita cari adik-beradik kamu dulu. 468 00:36:27,518 --> 00:36:28,352 Sudah tentu. 469 00:36:29,729 --> 00:36:30,730 Lord Samadani. 470 00:36:32,481 --> 00:36:33,608 Lord Kilmartin. 471 00:36:38,404 --> 00:36:39,488 Apa yang berlaku? 472 00:36:40,031 --> 00:36:43,075 Lord Samadani dah ambil lemoned untuk Cik Francesca. 473 00:36:43,993 --> 00:36:47,121 - Tapi Cik Francesca... - Tak minum pun lemoned itu. 474 00:36:47,622 --> 00:36:49,248 Betul, tuanku. 475 00:36:49,248 --> 00:36:51,500 Dia tak minum lemoned itu. 476 00:36:57,715 --> 00:36:59,675 Mungkin lebih baik begini. 477 00:37:00,218 --> 00:37:02,345 Kerja jaga anak memakan masa 478 00:37:02,345 --> 00:37:04,847 sampai dah tak segak lagi kita dibuatnya. 479 00:37:05,806 --> 00:37:07,934 Tapi mujur kita ada banyak masa dan masih segak. 480 00:37:07,934 --> 00:37:09,352 Jadi, kita patut mengalah? 481 00:37:10,353 --> 00:37:13,231 - Sebab awaklah payudara saya sakit. - Alamak. 482 00:37:14,065 --> 00:37:17,360 - Maaflah. - Malah, ia sakit sepanjang minggu ini. 483 00:37:18,945 --> 00:37:20,154 Kakak ajuk saya, ya? 484 00:37:20,780 --> 00:37:25,117 Payudara saya asyik sakit dan ia bukan disebabkan pankreas bengkak. 485 00:37:25,117 --> 00:37:27,411 Ibu kata itu memang tanda kehamilan. 486 00:37:29,580 --> 00:37:30,623 Yakah? 487 00:37:43,636 --> 00:37:44,845 Selamat malam. 488 00:37:45,388 --> 00:37:46,305 Betul. 489 00:37:47,473 --> 00:37:49,433 Bridgerton. Sengaja datang lambat, ya? 490 00:37:49,934 --> 00:37:52,937 Awak tak rugi pun kalau tak pergi. Jom ikut kami. 491 00:37:52,937 --> 00:37:55,022 Kami akan minum di Kelab White's, 492 00:37:55,022 --> 00:37:57,400 bukan di bar Mondrich yang lekeh itu. 493 00:37:57,942 --> 00:37:58,818 Tumpang lalu. 494 00:38:06,075 --> 00:38:07,535 Semuanya baik? 495 00:38:08,452 --> 00:38:09,578 Semuanya baik. 496 00:38:09,578 --> 00:38:10,913 Baguslah jika begitu. 497 00:38:12,707 --> 00:38:15,293 - Boleh saya tanya satu soalan? - Silakan. 498 00:38:16,419 --> 00:38:17,837 Tuan kerap mengembara, 499 00:38:17,837 --> 00:38:20,631 jadi wajarlah tuan cari isteri yang berdikari, tapi... 500 00:38:22,550 --> 00:38:25,136 Adakah tuan rasa lambat-laun... 501 00:38:27,096 --> 00:38:28,889 cinta boleh mula berputih? 502 00:38:30,975 --> 00:38:31,892 Saya tak tahu. 503 00:38:32,601 --> 00:38:34,562 Kerja saya menguasai hati saya, 504 00:38:34,562 --> 00:38:37,481 jadi ruang untuk cinta mungkin sukar dicari. 505 00:38:38,107 --> 00:38:40,776 Tapi saya amat gembira 506 00:38:41,277 --> 00:38:43,863 kerana keperluan cik sudah dipenuhi. 507 00:38:48,784 --> 00:38:51,454 Cik nampak sangat menawan malam ini. 508 00:38:53,664 --> 00:38:58,002 Bayangkan masa yang terluang jika kita tak perlu fikir tentang kahwin? 509 00:38:58,002 --> 00:39:00,546 Masa untuk membaca, tukar buah fikiran 510 00:39:00,546 --> 00:39:03,841 atau apa-apa saja tak melibatkan cubaan mencari jodoh. 511 00:39:03,841 --> 00:39:04,884 Menariknya. 512 00:39:04,884 --> 00:39:05,885 Menarik, bukan? 513 00:39:05,885 --> 00:39:06,844 Tidak, tengok itu. 514 00:39:06,844 --> 00:39:09,472 Abang awak mendekati Penelope dan Lord Debling. 515 00:39:09,472 --> 00:39:11,057 Maaf kerana mengganggu. 516 00:39:11,057 --> 00:39:13,142 - Colin. - Ia sekejap saja. 517 00:39:16,562 --> 00:39:18,689 Ada masalah antara kalian. 518 00:39:19,523 --> 00:39:20,775 Kalian selesaikanlah dulu. 519 00:39:24,695 --> 00:39:27,323 Kita sambung kemudian, ya? 520 00:39:32,161 --> 00:39:33,162 Lord Debling. 521 00:39:34,121 --> 00:39:36,290 Orang sekacak tuan tak patut dimalukan. 522 00:39:36,832 --> 00:39:40,211 Saya sedia menari bersama tuan, kalau tuan mahu. 523 00:39:47,760 --> 00:39:49,970 Awak akan musnahkan peluang saya dengan Debling. 524 00:39:49,970 --> 00:39:52,014 - Mungkin ada hikmahnya. - Apa maksud awak? 525 00:39:52,807 --> 00:39:55,935 Pen, awak tak boleh kahwini dia. Awak tak kenal dia. 526 00:39:55,935 --> 00:39:57,186 Kami dah kenal. 527 00:39:57,186 --> 00:39:59,980 Tapi dia akan mengembara selama tiga tahun. 528 00:39:59,980 --> 00:40:03,317 Saya tahu. Perjalanan sehala pun dah ambil masa setahun. 529 00:40:08,364 --> 00:40:10,533 Mereka nampak marah, bukan? 530 00:40:10,533 --> 00:40:12,827 Eros dan Psyche bertikam lidah. 531 00:40:13,661 --> 00:40:15,371 Apa maksud Cik Cowper? 532 00:40:15,871 --> 00:40:17,540 Bukankah mereka kawan lama? 533 00:40:18,582 --> 00:40:20,126 Terlalu lama, sebenarnya. 534 00:40:20,876 --> 00:40:23,504 Sejak keluarga Featherington berpindah ke rumah seberang. 535 00:40:25,965 --> 00:40:27,925 Bertentangan rumah Bridgerton? 536 00:40:27,925 --> 00:40:28,843 Depan-depan. 537 00:40:29,969 --> 00:40:30,970 Begitu rupanya. 538 00:40:30,970 --> 00:40:34,181 Saya reda dengan kehidupan yang Lord Debling tawarkan. 539 00:40:34,890 --> 00:40:36,809 Saya akan terima lamarannya. 540 00:40:42,314 --> 00:40:44,108 Terima kasih untuk tarian ini. 541 00:40:48,946 --> 00:40:52,450 Saya nak bantu awak cari suami, bukan lihat awak buat silap. 542 00:40:53,784 --> 00:40:57,204 Sebenarnya, saya hanya silap kerana minta bantuan awak. 543 00:41:00,499 --> 00:41:01,459 Lord Debling! 544 00:41:02,543 --> 00:41:03,669 Maaf atas gangguan tadi. 545 00:41:03,669 --> 00:41:07,256 Majlis hampir tamat, tapi boleh kita sambung perbualan tadi? 546 00:41:07,256 --> 00:41:09,884 Kenapa cik suka duduk di jendela bilik tamu? 547 00:41:10,468 --> 00:41:13,012 - Saya... - Cik selalu tercari-cari seseorang. 548 00:41:13,846 --> 00:41:16,807 Saya fikir cik dah bergaduh dengan En. Bridgerton. 549 00:41:17,766 --> 00:41:20,936 Tapi kini saya rasa cik mencarinya atas sebab berbeza. 550 00:41:20,936 --> 00:41:23,981 Sebab yang menyebabkan cik suka duduk di jendela 551 00:41:23,981 --> 00:41:26,484 dan pemandangan rumah di seberang jalan. 552 00:41:26,484 --> 00:41:28,027 Apa maksud tuan? 553 00:41:28,027 --> 00:41:30,196 Saya maksudkan En. Bridgerton... 554 00:41:31,780 --> 00:41:33,491 dan perasaan antara kalian. 555 00:41:35,910 --> 00:41:36,952 Tuan, percayalah, 556 00:41:37,620 --> 00:41:41,332 Colin Bridgerton takkan sesekali menaruh perasaan terhadap saya. 557 00:41:41,332 --> 00:41:44,418 Fikir saja pun dah rasa lucu. Kami cuma kawan. 558 00:41:44,418 --> 00:41:45,920 Cik mahukah lebih daripada itu? 559 00:41:47,004 --> 00:41:47,880 Saya tak... 560 00:41:49,340 --> 00:41:50,382 Itu langsung tak... 561 00:41:51,884 --> 00:41:53,093 Itu tak mungkin. 562 00:41:53,093 --> 00:41:56,096 Bukan itu soalan saya. Saya mahu tahu sama ada itu harapan cik. 563 00:42:02,770 --> 00:42:05,481 Cik Featherington, saya akan pergi lama, 564 00:42:06,106 --> 00:42:07,483 jadi saya mencari jodoh 565 00:42:07,483 --> 00:42:10,611 yang tak menaruh perasaan terhadap orang lain. 566 00:42:12,321 --> 00:42:14,156 Tak kira siapa yang cik cari, 567 00:42:15,199 --> 00:42:16,534 semoga cik menemuinya. 568 00:42:17,326 --> 00:42:18,244 Selamat malam. 569 00:42:23,541 --> 00:42:25,000 Dia nak ke mana? 570 00:42:25,000 --> 00:42:26,544 Apa kamu dah buat? 571 00:42:26,544 --> 00:42:27,962 Itu soalan ibu? 572 00:42:29,088 --> 00:42:30,422 Bukan tentang keadaan saya? 573 00:42:32,091 --> 00:42:35,469 Ibu tak sayangkah saya kalau saya tak jadi tunangan orang? 574 00:42:37,555 --> 00:42:39,014 Ibu, saya dah hamil. 575 00:42:39,765 --> 00:42:40,849 Saya rasalah. 576 00:42:44,144 --> 00:42:46,063 Ibu? Ibu tak terujakah? 577 00:42:56,198 --> 00:43:01,245 Orang kata, ikut hati mati, ikut rasa binasa. 578 00:43:34,528 --> 00:43:35,738 Francesca. 579 00:43:37,031 --> 00:43:38,407 Lord Kilmartin, 580 00:43:38,907 --> 00:43:43,621 dia minta orang gubah muzik tempoh hari seperti yang saya bayangkan. 581 00:43:51,920 --> 00:43:55,049 Maka apabila hati dituruti dan akal diketepi, 582 00:43:56,175 --> 00:43:59,678 hilanglah semua pertimbangan dan akal budi. 583 00:44:01,305 --> 00:44:03,766 Namun, itulah sifat manusia 584 00:44:03,766 --> 00:44:06,769 yang beraja di mata, bersultan di hati, 585 00:44:07,728 --> 00:44:10,230 dan siapalah penulis ini untuk menafikan 586 00:44:10,230 --> 00:44:13,942 keputusan hati yang arif lagi bestari. 587 00:44:19,198 --> 00:44:20,032 Tunggu! 588 00:44:21,909 --> 00:44:22,910 Penelope. 589 00:44:25,663 --> 00:44:27,998 - Saya tak mahu jumpa awak. - Tolonglah! 590 00:44:31,460 --> 00:44:32,419 Benarkan saya masuk. 591 00:44:44,890 --> 00:44:46,975 Berhenti di Rumah Bridgerton dulu. 592 00:44:46,975 --> 00:44:47,935 Baik, cik. 593 00:44:50,813 --> 00:44:51,814 Apa awak nak? 594 00:44:52,606 --> 00:44:54,108 Lord Debling dah melamar? 595 00:44:55,234 --> 00:44:58,821 - Kenapa awak tanya? - Saya perlu tahu. Dia melamar tak? 596 00:44:59,905 --> 00:45:00,739 Pelik betul. 597 00:45:02,241 --> 00:45:04,410 Semasa saya minta awak bantu saya cari suami, 598 00:45:04,410 --> 00:45:07,413 saya tak sangka awak akan pastikan saya gagal. 599 00:45:07,413 --> 00:45:10,040 Saya masuk campur kerana saya prihatin. 600 00:45:10,666 --> 00:45:12,292 Awak tak boleh kahwini dia. 601 00:45:12,292 --> 00:45:16,255 Dia akan tinggalkan awak, dan dia terlalu cerewet. 602 00:45:16,255 --> 00:45:19,883 Dia tak sesuai untuk awak, Pen. 603 00:45:19,883 --> 00:45:21,385 Dia tak melamar pun. 604 00:45:23,262 --> 00:45:25,264 Malah, dia tak mahukan saya kerana awak. 605 00:45:26,390 --> 00:45:29,393 Perbuatan awak buat dia fikir yang awak suka saya. 606 00:45:29,393 --> 00:45:32,855 Tak masuk akal sampai saya rasa nak ketawa. 607 00:45:33,647 --> 00:45:36,775 Sekarang, tolong diam dan jangan ganggu saya lagi. 608 00:45:36,775 --> 00:45:38,485 - Tak boleh. - Tolonglah! 609 00:45:38,485 --> 00:45:39,611 Saya tak mampu. 610 00:45:40,946 --> 00:45:41,905 Kerana... 611 00:45:47,536 --> 00:45:49,204 Bagaimana kalau saya menyukai awak? 612 00:45:50,539 --> 00:45:51,373 Apa? 613 00:45:55,753 --> 00:46:00,090 Dah lama saya cuba menahan perasaan ini, 614 00:46:00,090 --> 00:46:03,761 dan cuba memenuhi tuntutan dan jangkaan masyarakat. 615 00:46:03,761 --> 00:46:06,430 Selama ini, saya sangka saya dah berjaya. 616 00:46:06,930 --> 00:46:11,268 Tapi beberapa minggu ini, hati dan fikiran saya gundah gulana. 617 00:46:12,144 --> 00:46:15,564 Sepanjang masa, saya hanya teringatkan awak, 618 00:46:16,648 --> 00:46:17,608 dan ciuman kita. 619 00:46:19,067 --> 00:46:21,361 Saya termimpikan awak apabila terlena. 620 00:46:21,361 --> 00:46:24,573 Bahkan, saya lebih rela bermimpi kerana di sana, kita akan berjumpa. 621 00:46:24,573 --> 00:46:27,326 Perasaan itu buat saya terseksa. 622 00:46:28,744 --> 00:46:30,412 Perasaan yang saya tak mahu, 623 00:46:31,246 --> 00:46:35,000 tak mampu dan enggan lepaskan. 624 00:46:36,126 --> 00:46:36,960 Tolonglah. 625 00:46:38,420 --> 00:46:41,131 - Jangan hanya berkata-kata. - Belahlah dada, lihatlah hati. 626 00:46:43,550 --> 00:46:47,930 Inilah yang saya mahu katakan kepada awak sejak berminggu-minggu yang lalu. 627 00:46:47,930 --> 00:46:48,931 Tapi, 628 00:46:49,932 --> 00:46:51,266 Colin, kita kawan. 629 00:46:53,268 --> 00:46:54,102 Ya, tapi kita... 630 00:46:58,690 --> 00:46:59,608 Maafkan saya. 631 00:47:00,776 --> 00:47:02,611 Saya dah hilang akal agaknya. 632 00:47:05,072 --> 00:47:07,574 Tapi saya tak mahu kita sekadar berkawan. 633 00:47:10,744 --> 00:47:12,287 Saya mahu lebih daripada itu. 634 00:49:38,725 --> 00:49:40,560 - Colin! Kita dah sampai. - Apa? 635 00:49:42,688 --> 00:49:43,522 Aduhai. 636 00:49:44,982 --> 00:49:46,483 Kenapalah kita berhenti. 637 00:49:54,616 --> 00:49:56,201 Rasanya orang nampak tak kita tadi? 638 00:49:57,035 --> 00:49:59,121 Saya tak perasan langsung. 639 00:50:23,020 --> 00:50:24,146 Apa awak buat? 640 00:50:36,742 --> 00:50:37,576 Colin? 641 00:50:44,458 --> 00:50:45,542 Turunlah. 642 00:50:46,418 --> 00:50:47,252 Apa? 643 00:50:47,961 --> 00:50:49,546 Keluarga awak akan nampak saya. 644 00:50:49,546 --> 00:50:53,383 Sudahlah, Penelope Featherington. Awak tak mahukah kahwini saya? 645 00:52:32,190 --> 00:52:34,693 Terjemahan sari kata oleh Noorsalwati