1 00:00:06,125 --> 00:00:08,000 SIRI INI DIILHAMKAN DARIPADA KISAH BENAR. 2 00:00:08,083 --> 00:00:11,041 NAMUN, SESETENGAH WATAK, NAMA, KEJADIAN, LOKASI DAN DIALOG 3 00:00:11,125 --> 00:00:13,208 TELAH DIREKA UNTUK TUJUAN DRAMATIK. 4 00:00:15,000 --> 00:00:17,958 SEBUAH SIRI NETFLIX 5 00:00:19,000 --> 00:00:23,500 5 JULAI 2018 6 00:00:24,958 --> 00:00:28,416 11 HARI, 18 JAM SELEPAS MEREKA MEMASUKI GUA 7 00:00:28,500 --> 00:00:30,208 Awak sakitkah, Biw? 8 00:00:30,291 --> 00:00:31,833 Diam. Saya hampir selesai. 9 00:00:43,875 --> 00:00:45,083 Apa kamu buat? 10 00:00:46,333 --> 00:00:49,791 Saya tunggu Biw. Dia kencing lama sangat. 11 00:00:50,375 --> 00:00:51,208 Hei. 12 00:00:52,416 --> 00:00:54,458 Saya perlu minta izin puteri dulu. 13 00:00:54,541 --> 00:00:56,416 Saya tak naklah dia marah kita. 14 00:00:57,000 --> 00:00:58,583 Baitoey hidang sarapan. 15 00:00:58,666 --> 00:00:59,583 Ayuh, Tee. 16 00:01:00,375 --> 00:01:01,500 Hei, tunggu. 17 00:01:08,583 --> 00:01:09,875 Abang tak laparkah? 18 00:01:10,916 --> 00:01:13,583 Suasana sunyi di sini. Saya nak bertafakur. 19 00:01:15,291 --> 00:01:18,750 Pergilah cepat sebelum Titan makan semuanya. 20 00:01:30,708 --> 00:01:31,666 Kawan-kawan. 21 00:01:31,750 --> 00:01:33,208 - Hei. - Apa? 22 00:01:33,291 --> 00:01:34,541 Tentera dah kembali. 23 00:01:34,625 --> 00:01:36,375 - Yakah? - Ya. 24 00:01:37,375 --> 00:01:39,333 Saya tak sangka. Ayuh. 25 00:01:40,666 --> 00:01:43,083 Mereka jumpa cara untuk keluarkan air dari gua. 26 00:01:43,166 --> 00:01:45,125 Jadi, dapatlah kami datang setiap hari. 27 00:01:45,916 --> 00:01:47,125 Baguslah. 28 00:01:48,166 --> 00:01:50,916 Dah hampir sehari jurulatih tak makan. 29 00:01:51,416 --> 00:01:53,083 Saya pun gagal pujuk dia. 30 00:01:53,833 --> 00:01:55,750 Jika makanan tinggal sikit, 31 00:01:55,833 --> 00:01:58,375 dia suruh kami beri kepada budak-budak itu. 32 00:02:00,583 --> 00:02:03,000 Ini surat budak-budak itu kepada keluarga mereka 33 00:02:03,083 --> 00:02:06,375 dan pesanan penting kepada gabenor. 34 00:02:06,458 --> 00:02:07,291 Baik. 35 00:02:12,208 --> 00:02:13,041 Hei. 36 00:02:14,625 --> 00:02:17,833 Apa strategi mereka untuk bawa budak-budak ini keluar? 37 00:02:27,750 --> 00:02:32,458 Malangnya, senario terburuk kita ialah pilihan terbaik kita. 38 00:02:32,541 --> 00:02:36,458 Kami dah kaji semua cara, termasuklah terowong mudah alih 39 00:02:36,541 --> 00:02:41,333 dan kami rasa pilihan terbaik adalah dengan mengajar mereka menyelam. 40 00:02:41,416 --> 00:02:45,916 Saya dah minta Mejar Hensen dan pasukannya untuk buat pelan tindakan. 41 00:02:46,000 --> 00:02:48,041 - Mejar. - Terima kasih, laksamana. 42 00:02:49,458 --> 00:02:53,125 Kami dah bahagikan operasi ini kepada beberapa bahagian kecil 43 00:02:53,208 --> 00:02:55,750 supaya kami boleh selesaikan satu demi satu. 44 00:02:55,833 --> 00:02:57,041 Berapa lama masanya? 45 00:02:57,625 --> 00:03:00,958 Kami belum tahu. Tapi kami sedang kumpulkan peralatan. 46 00:03:01,041 --> 00:03:03,041 Kami dah minta tangki tambahan. 47 00:03:03,125 --> 00:03:05,250 Misi ini perlukan 600 tangki. 48 00:03:05,333 --> 00:03:08,416 Ada 200 di lokasi dan 200 lagi akan diterima. 49 00:03:08,500 --> 00:03:12,166 Jadi, kita tak cukup lagi 200 tangki dan gua masih belum sedia. 50 00:03:12,250 --> 00:03:15,500 Untuk memastikan oksigen cukup bagi mangsa dan penyelam, 51 00:03:15,583 --> 00:03:18,833 kita perlu ada tangki di ruangan antara setiap takungan. 52 00:03:18,916 --> 00:03:20,708 Mereka akan tukar tangki semasa keluar. 53 00:03:20,791 --> 00:03:24,625 Di samping mengajar 13 budak-budak kelaparan 54 00:03:24,708 --> 00:03:28,416 cara menyelam dalam keadaan yang amat menggerunkan. 55 00:03:29,333 --> 00:03:31,708 Semua itu tak boleh dibuat semalaman. 56 00:03:33,458 --> 00:03:36,208 Awak tentu boleh anggarkan tempohnya. 57 00:03:37,250 --> 00:03:38,083 Tiga minggu. 58 00:03:38,166 --> 00:03:39,083 Paling minimum. 59 00:03:39,166 --> 00:03:40,125 Atau empat. 60 00:03:41,541 --> 00:03:42,458 Gabenor. 61 00:03:46,416 --> 00:03:47,666 Ini daripada Dr. Bhak. 62 00:03:49,250 --> 00:03:51,458 Katanya, oksigen hampir habis. 63 00:03:51,541 --> 00:03:53,291 Dia bimbang ini akan berlaku. 64 00:03:54,291 --> 00:03:58,208 Biasanya, 21 peratus daripada udara terdiri daripada oksigen. 65 00:03:59,000 --> 00:04:02,583 Jika kurang 19.5 peratus, ia dianggap kekurangan oksigen. 66 00:04:03,208 --> 00:04:07,250 Jika ia kurang daripada 15 peratus, kita mungkin mengalami hipoksia. 67 00:04:08,458 --> 00:04:10,875 Kesannya, minda semakin kurang cekap, 68 00:04:10,958 --> 00:04:13,541 degupan jantung makin perlahan, koordinasi terjejas 69 00:04:14,750 --> 00:04:16,708 dan akhirnya kita akan mati. 70 00:04:21,333 --> 00:04:24,625 Doktor itu kata oksigen di ruangan itu cuma 16 peratus. 71 00:04:25,208 --> 00:04:27,041 Chet, apa ertinya bagi kita? 72 00:04:30,416 --> 00:04:34,083 Berdasarkan kadar oksigen pada kali pertama kami hantar barang, 73 00:04:34,666 --> 00:04:37,208 kami menganggarkan jumlahnya akan kurang 15 peratus 74 00:04:37,291 --> 00:04:38,666 dalam kurang seminggu. 75 00:04:40,583 --> 00:04:43,458 Sekarang, kita dah berjaya kurangkan air. 76 00:04:44,041 --> 00:04:45,875 Pastikan mereka dapat makanan. 77 00:04:46,833 --> 00:04:49,291 Sekarang, mereka mungkin sesak nafas. 78 00:04:57,166 --> 00:04:58,291 Keputusan muktamad. 79 00:04:59,583 --> 00:05:01,833 Kita perlu mencepatkan jadual kita. 80 00:05:02,375 --> 00:05:04,000 Ia bukan lagi empat minggu. 81 00:05:04,083 --> 00:05:05,250 Atau tiga minggu. 82 00:05:05,333 --> 00:05:06,416 Kamu ada seminggu. 83 00:05:07,000 --> 00:05:07,833 Seminggu saja. 84 00:05:33,250 --> 00:05:39,208 TAMAN RAJA RAMA IX BANGKOK 85 00:05:44,375 --> 00:05:45,958 Laju lagi. 86 00:05:48,958 --> 00:05:50,000 Kenapa berhenti? 87 00:05:52,250 --> 00:05:54,458 Boleh awak kata ini seronok? 88 00:05:55,125 --> 00:05:57,041 Tunggulah hari perlumbaan nanti. 89 00:05:57,125 --> 00:06:00,333 Kalau bertuah, semua usaha kita akan berhasil. 90 00:06:02,750 --> 00:06:04,208 Ya. Tak sabarnya saya. 91 00:06:05,333 --> 00:06:06,375 Hei. 92 00:06:11,125 --> 00:06:11,958 Tengoklah. 93 00:06:13,250 --> 00:06:14,625 Duit syiling bertuah. 94 00:06:19,000 --> 00:06:21,041 Tunggu! Apa awak buat? 95 00:06:21,583 --> 00:06:23,083 Saya nak buat hajat. 96 00:06:25,791 --> 00:06:27,583 Awak tahu kisah Omsin? 97 00:06:28,750 --> 00:06:29,750 Siapa? 98 00:06:29,833 --> 00:06:32,750 Penyu yang mati kerana menelan 915 duit syiling 99 00:06:32,833 --> 00:06:34,333 yang dilontar ke dalam tasik. 100 00:06:34,416 --> 00:06:39,500 Sedihnya apabila memikirkan bahawa ada orang menderita demi tuah orang lain. 101 00:06:41,416 --> 00:06:42,250 Sebenarnya, 102 00:06:43,000 --> 00:06:44,333 sebab itulah saya suka awak. 103 00:06:47,125 --> 00:06:52,291 Kalau kita kuat berlatih untuk menang, mungkin kita akan menang. 104 00:06:52,375 --> 00:06:53,791 Semuanya bukan kerana nasib. 105 00:06:55,000 --> 00:06:58,000 Dulu awak kata saya bernasib baik macam awak. 106 00:06:59,416 --> 00:07:00,250 Apa? 107 00:07:02,000 --> 00:07:04,583 Seorang tentera laut mungkin bersara, 108 00:07:05,166 --> 00:07:07,083 tapi tak pernah berhenti kerja. 109 00:07:12,541 --> 00:07:13,708 Hei, Chet. 110 00:07:13,791 --> 00:07:15,375 Sam, boleh kita bincang? 111 00:07:15,458 --> 00:07:17,791 Boleh. Ada apa? 112 00:07:17,875 --> 00:07:21,041 Tangki oksigen di Gua Luang tak cukup. 113 00:07:21,125 --> 00:07:23,958 Boleh awak carikan dan bawa kepada kami? 114 00:07:24,041 --> 00:07:26,166 Boleh. Mestilah saya akan tolong. 115 00:07:26,250 --> 00:07:29,000 Awak memang hebat! Nanti saya hantar maklumat. 116 00:07:37,708 --> 00:07:39,416 Dia nak awak pergi juga? 117 00:07:40,791 --> 00:07:44,250 Saya takkan pergi. Kita ada perlumbaan Ahad ini. 118 00:07:47,625 --> 00:07:48,458 Okey. 119 00:07:49,291 --> 00:07:52,250 Chet kata yang mereka perlu beberapa tangki skuba. 120 00:07:52,333 --> 00:07:56,125 Tentera mahu kami cari sebanyak mungkin dan hantar ke sana. 121 00:07:58,625 --> 00:08:00,916 Saya tak kisahlah. 122 00:08:06,416 --> 00:08:08,416 Pam ini berfungsi dengan baik. 123 00:08:09,291 --> 00:08:10,500 Malah, terlalu baik. 124 00:08:11,000 --> 00:08:13,833 Kita buang 1.6 juta liter air sejam. 125 00:08:22,958 --> 00:08:26,083 Pada kadar ini, bolehkah kita buang air sepenuhnya? 126 00:08:26,666 --> 00:08:29,791 Supaya paras air turun dan udara boleh masuk? 127 00:08:30,541 --> 00:08:31,375 Tidak. 128 00:08:32,291 --> 00:08:34,500 Terutamanya kerana hujan masih turun. 129 00:08:35,207 --> 00:08:38,625 Tapi kita boleh pastikan paras air selamat untuk penyelam 130 00:08:38,707 --> 00:08:40,082 selama mana yang perlu. 131 00:08:41,457 --> 00:08:42,375 Masalahnya… 132 00:08:46,750 --> 00:08:47,875 Masalahnya… 133 00:08:49,208 --> 00:08:52,083 kita hampir kehabisan tempat untuk buang air. 134 00:08:53,791 --> 00:08:55,833 Tak ada banyak pilihan di sini. 135 00:08:56,458 --> 00:09:00,791 Terutamanya kerana tanahnya tepu dengan air hujan. 136 00:09:01,916 --> 00:09:03,583 Jadi, apa kita boleh buat? 137 00:09:12,625 --> 00:09:14,375 Kita boleh banjiri bendang. 138 00:09:14,458 --> 00:09:15,875 Ia di Mae Sai. 139 00:09:15,958 --> 00:09:17,375 Ruang di sana cukup 140 00:09:17,458 --> 00:09:20,166 untuk menampung air yang akan dipam keluar. 141 00:09:20,250 --> 00:09:21,083 Tapi… 142 00:09:21,708 --> 00:09:23,500 semua tanaman akan musnah. 143 00:09:23,583 --> 00:09:25,708 Ia pengorbanan besar bagi mereka. 144 00:09:26,250 --> 00:09:28,041 Sekarang, kita ada dua musuh. 145 00:09:28,541 --> 00:09:30,125 Cuaca dan air. 146 00:09:33,875 --> 00:09:35,958 Salah satunya kita tak boleh kawal. 147 00:09:38,750 --> 00:09:40,875 Pergilah cakap dengan petani. 148 00:09:52,250 --> 00:09:54,333 Dia tak mati kerana awak buat CPR. 149 00:09:54,416 --> 00:09:56,166 Mulutnya hijau semasa dia naik. 150 00:09:56,250 --> 00:09:57,541 Saya ingat dia mati. 151 00:09:57,625 --> 00:09:59,208 - Hei. - Tapi saya kagum. 152 00:09:59,291 --> 00:10:01,375 - Kita dah tiba. - Dia sangat hebat. 153 00:10:01,458 --> 00:10:02,708 Itu pun dia! 154 00:10:02,791 --> 00:10:04,541 Dia sampai juga akhirnya! 155 00:10:05,041 --> 00:10:06,166 Selamat sejahtera. 156 00:10:06,250 --> 00:10:08,666 Hei, awak biar Buddy ikut sekali? 157 00:10:08,750 --> 00:10:10,250 Dia yang nak ikut. 158 00:10:10,333 --> 00:10:11,416 Apa khabar? 159 00:10:11,500 --> 00:10:12,833 Mari ambil tangki ini. 160 00:10:12,916 --> 00:10:16,458 Kawan-kawan, ini Sam, bekas mentor saya. Dia terkenal dulu. 161 00:10:16,541 --> 00:10:18,875 Dia lebih cergas daripada kamu walaupun dah bersara. 162 00:10:19,541 --> 00:10:20,916 Pergilah, Chet. 163 00:10:21,416 --> 00:10:23,541 - Jangan ganggu mereka. - Sudahlah. 164 00:10:23,625 --> 00:10:26,000 Apa kata kita letak mereka dalam kolam berisi ais? 165 00:10:26,583 --> 00:10:27,875 Macam awak buat kepada saya! 166 00:10:27,958 --> 00:10:30,083 - Kejam betul. - Cepat sikit! 167 00:10:34,625 --> 00:10:36,708 Bagaimana rupa Tee? 168 00:10:36,791 --> 00:10:37,791 Dia tinggi. 169 00:10:37,875 --> 00:10:39,208 - Okey. Tinggi. - Pink. 170 00:10:39,791 --> 00:10:42,458 Pink. Janganlah terus lari begini. 171 00:10:42,541 --> 00:10:44,416 Ayah perlu tahu kedudukan kamu. 172 00:10:44,500 --> 00:10:48,291 Lelaki ini akan jumpa Abang Tee dan hantar mesej kepadanya. 173 00:10:48,375 --> 00:10:52,333 Beritahu dia, jika dia terperangkap lagi di dalam gua, siaplah dia. 174 00:10:53,166 --> 00:10:56,583 Okey, saya akan beritahu dia. 175 00:10:56,666 --> 00:10:57,500 Terima kasih. 176 00:10:58,333 --> 00:11:00,000 Adakah Tee anak awak? 177 00:11:00,083 --> 00:11:02,833 Ya. Awak nak jumpa dia sekarang? 178 00:11:02,916 --> 00:11:03,750 Ya. 179 00:11:05,833 --> 00:11:09,416 Beritahu dia yang kami amat menyayanginya. 180 00:11:09,500 --> 00:11:13,083 Beritahu dia jangan risau dan jaga diri baik-baik. 181 00:11:13,666 --> 00:11:14,500 Baiklah. 182 00:11:15,708 --> 00:11:16,541 Jumpa lagi. 183 00:11:26,250 --> 00:11:29,375 Ada benda bergerak dalam air. 184 00:11:32,666 --> 00:11:34,000 Saya serius. 185 00:11:34,666 --> 00:11:36,166 Awak nampak tak? 186 00:11:37,166 --> 00:11:40,750 Ia sangat besar. 187 00:11:41,541 --> 00:11:45,083 Bagaimana jika ia Naga Air? 188 00:11:48,958 --> 00:11:50,208 Awak menakutkan saya. 189 00:11:53,625 --> 00:11:54,791 Selamat pagi, Wild Boars. 190 00:11:57,583 --> 00:12:00,208 Berapa ramai yang boleh berenang? 191 00:12:00,291 --> 00:12:01,916 Adul, terjemahkan kepada mereka. 192 00:12:02,000 --> 00:12:04,000 Dia nak tahu siapa boleh berenang. 193 00:12:04,083 --> 00:12:06,541 - Saya boleh! - Saya! 194 00:12:07,541 --> 00:12:11,208 Ada tak yang pernah menyelam skuba? 195 00:12:11,708 --> 00:12:14,416 Dia nak tahu jika kita pernah menyelam skuba. 196 00:12:15,125 --> 00:12:15,958 Tak pernah. 197 00:12:19,208 --> 00:12:22,500 Kalau begitu, kamu sangat bertuah 198 00:12:22,583 --> 00:12:25,458 kerana kamu akan menjalani Latihan Menyelam SEAL. 199 00:12:26,875 --> 00:12:28,833 Bagus! 200 00:12:28,916 --> 00:12:30,958 Jadi, kami akan menyelam keluar? 201 00:12:32,833 --> 00:12:33,666 Ya. 202 00:12:38,125 --> 00:12:39,583 - Saya tak reti. - Tolonglah. 203 00:12:40,291 --> 00:12:44,583 Mereka takkan suruh kita buat kalau mereka fikir kita tak mampu. 204 00:12:45,166 --> 00:12:47,041 Saya setuju dengan Tee. 205 00:12:47,541 --> 00:12:48,500 Betul. 206 00:12:48,583 --> 00:12:50,666 Jadi, boleh kita mulakan? 207 00:12:50,750 --> 00:12:55,250 Kawan saya, Rick dan John akan tolong kamu pasang peralatannya. 208 00:12:55,333 --> 00:12:57,375 Kemudian, kita akan terjun ke dalam air, okey? 209 00:12:57,458 --> 00:12:58,583 - Baiklah. - Okey. 210 00:12:58,666 --> 00:12:59,625 - Baik. - Okey. 211 00:12:59,708 --> 00:13:00,791 Ayuh. 212 00:13:00,875 --> 00:13:02,000 - Ayuh. - Jom. 213 00:13:02,583 --> 00:13:05,541 Terima kasih, cikgu. 214 00:13:05,625 --> 00:13:08,833 Okey, ini topeng. 215 00:13:08,916 --> 00:13:11,500 Kamu pakai begini. 216 00:13:11,583 --> 00:13:12,416 Awak cubalah. 217 00:13:12,916 --> 00:13:13,958 Apa dia kata? 218 00:13:14,041 --> 00:13:16,583 Ia pengatur. Masukkannya ke dalam mulut. 219 00:13:16,666 --> 00:13:17,916 Jangan gigit. 220 00:13:19,916 --> 00:13:24,041 Tangki udara disambung kepada beg galas. Mula-mula, pasang begini. 221 00:13:24,125 --> 00:13:28,458 Kemudian, tarik tali sampai ada bunyi ia dikunci. 222 00:13:28,541 --> 00:13:30,125 Okey, cubalah. 223 00:13:30,208 --> 00:13:32,458 Ingat. Jangan gigit. 224 00:13:33,000 --> 00:13:34,625 - Okey. - Letak dalam mulut. 225 00:13:34,708 --> 00:13:35,541 Buatlah. 226 00:13:36,125 --> 00:13:37,208 Berhenti, Titan! 227 00:13:38,250 --> 00:13:39,125 Sudahlah. 228 00:13:44,375 --> 00:13:45,500 Macam ini okey? 229 00:13:45,583 --> 00:13:47,041 Bagus. 230 00:13:51,458 --> 00:13:52,583 Perlukah ia diketatkan? 231 00:13:54,875 --> 00:13:55,791 Bagus. 232 00:13:58,291 --> 00:13:59,208 Awak okey? 233 00:13:59,916 --> 00:14:01,541 Bagus. 234 00:14:06,625 --> 00:14:07,916 Tengoklah dia. 235 00:14:09,291 --> 00:14:12,708 SELEPAS 12 HARI, 20 JAM 236 00:14:12,791 --> 00:14:13,958 Ia hebat, Meow. 237 00:14:14,041 --> 00:14:17,000 Orang dari seluruh dunia datang untuk bantu mereka. 238 00:14:17,750 --> 00:14:19,750 Bukan saja ada pekerja penyelamat. 239 00:14:20,333 --> 00:14:21,875 Mari, saya tunjukkan. 240 00:14:22,375 --> 00:14:24,166 Ada orang potong rambut secara percuma. 241 00:14:24,708 --> 00:14:27,708 Ada juga tukang urut yang mengurut secara percuma. 242 00:14:28,333 --> 00:14:30,541 Kami boleh cuci baju di sini. 243 00:14:31,166 --> 00:14:32,000 Tengoklah. 244 00:14:32,500 --> 00:14:33,958 Ada barang sumbangan. 245 00:14:34,458 --> 00:14:38,000 Kasut but hujan, jaket, ubat gigi, berus gigi. 246 00:14:38,083 --> 00:14:39,083 Semuanya percuma. 247 00:14:40,041 --> 00:14:41,041 Hebat, bukan? 248 00:14:43,000 --> 00:14:45,916 Ramai orang sanggup tinggalkan segalanya 249 00:14:46,000 --> 00:14:47,333 untuk bantu mangsa. 250 00:14:47,833 --> 00:14:52,625 Mereka semua hebat. 251 00:14:52,708 --> 00:14:54,541 Stesen berikutnya, Asoke… 252 00:14:54,625 --> 00:14:56,708 Sayang, saya dah nak sampai. 253 00:14:56,791 --> 00:15:00,625 - Baiklah. - Jangan biar Chet dera awak. 254 00:15:01,166 --> 00:15:02,250 Taklah. 255 00:15:02,333 --> 00:15:06,541 Kami cuma perlu isi tangki oksigen dan bawa ke dalam gua. 256 00:15:06,625 --> 00:15:09,166 Kemudian, saya akan pulang. 257 00:15:09,250 --> 00:15:10,375 Mudah saja. 258 00:15:11,541 --> 00:15:14,625 Awak saja yang kata ia mudah. 259 00:15:17,416 --> 00:15:20,708 Hati-hati, okey? 260 00:15:20,791 --> 00:15:21,625 Baiklah. 261 00:15:21,708 --> 00:15:22,666 Selamat tinggal. 262 00:15:37,916 --> 00:15:42,875 MAE SAI WILAYAH CHIANG RAI 263 00:15:45,375 --> 00:15:48,125 Tanaman saya baru berusia lima minggu. 264 00:15:48,208 --> 00:15:50,791 Kalau awak membanjirinya, habiskan sawah padi saya. 265 00:15:50,875 --> 00:15:52,916 Saya faham kamu semua bimbang. 266 00:15:53,583 --> 00:15:56,083 Kalau ada cari lain untuk salurkan air ini, 267 00:15:56,166 --> 00:15:58,833 kami tentu akan buat. 268 00:15:59,333 --> 00:16:02,291 Saya tonton berita. 269 00:16:02,916 --> 00:16:05,250 Saya kasihankan budak-budak itu dan keluarga mereka. 270 00:16:05,333 --> 00:16:10,041 Tapi saya kena jaga keluarga saya. 271 00:16:12,333 --> 00:16:13,541 Saya faham. 272 00:16:14,208 --> 00:16:16,750 Saya tahu permintaan ini terlalu besar, 273 00:16:18,500 --> 00:16:22,708 tapi kalau kami tak buat, gua itu akan dipenuhi air. 274 00:16:23,875 --> 00:16:25,958 Penyelam tak boleh masuk 275 00:16:26,625 --> 00:16:27,750 dan budak-budak itu 276 00:16:29,333 --> 00:16:31,250 takkan ada peluang untuk hidup. 277 00:16:34,208 --> 00:16:36,625 Bagaimana dengan bendang dan hidup kami? 278 00:16:36,708 --> 00:16:39,750 Bagaimana kami nak hidup kalau tanaman kami mati? 279 00:16:45,708 --> 00:16:47,708 Awak boleh banjiri bendang saya. 280 00:16:53,500 --> 00:16:56,541 Negara ini boleh tanam lagi padi, 281 00:17:01,875 --> 00:17:05,250 tapi budak-budak itu tiada peluang kedua. 282 00:17:08,208 --> 00:17:10,208 Baiklah. Mari kita bantu mereka. 283 00:17:10,290 --> 00:17:12,083 Baiklah. 284 00:17:12,165 --> 00:17:14,540 Mari kita bantu budak-budak itu. 285 00:17:14,625 --> 00:17:17,165 Kita perlu saling membantu. 286 00:17:17,750 --> 00:17:19,750 Mari kita mendaftar. 287 00:17:26,708 --> 00:17:29,750 Kita bantulah setakat mana yang mampu. 288 00:17:29,833 --> 00:17:32,375 Awak boleh guna bendang saya. 289 00:17:33,916 --> 00:17:35,916 Mari kita mendaftar. 290 00:17:36,000 --> 00:17:38,333 Ayuh. Jom kita buat. 291 00:17:38,416 --> 00:17:40,958 Kita perlu bantu satu sama lain. 292 00:17:41,041 --> 00:17:43,208 Ayuh, kawan-kawan. 293 00:17:43,291 --> 00:17:44,166 Jom kita buat. 294 00:17:44,250 --> 00:17:46,833 Ayuh, mari kita mendaftar. 295 00:17:46,916 --> 00:17:47,916 Jom bantu mereka. 296 00:17:48,000 --> 00:17:49,791 Kami perlukan dua sukarelawan. 297 00:17:52,166 --> 00:17:54,791 Baiklah. Awak mulakannya. 298 00:17:55,791 --> 00:17:57,000 Siapa lagi? 299 00:17:57,791 --> 00:17:59,958 - Saya. - Bangun. 300 00:18:00,625 --> 00:18:02,375 - Siapa nama awak? - Tee. 301 00:18:02,458 --> 00:18:04,583 Kalau Tee nak buat, saya nak juga. 302 00:18:04,666 --> 00:18:06,958 Awak rupanya kapten pasukan yang terkenal itu! 303 00:18:07,041 --> 00:18:08,875 Saya jumpa adik awak pagi tadi. 304 00:18:08,958 --> 00:18:11,166 Dia kata dia amat merindui awak. 305 00:18:12,333 --> 00:18:14,000 Biasanya dia tak macam itu. 306 00:18:14,666 --> 00:18:16,833 Dia memang kata begitu. Satu lagi. 307 00:18:16,916 --> 00:18:20,291 Ayah awak suruh awak jangan risau tentang keluarga awak. 308 00:18:20,958 --> 00:18:23,375 Jaga saja diri awak baik-baik. 309 00:18:26,958 --> 00:18:28,708 Ayah saya pun datang? 310 00:18:29,333 --> 00:18:30,166 Ya. 311 00:18:31,416 --> 00:18:34,375 Baiklah, perkara paling penting, 312 00:18:34,458 --> 00:18:36,541 jangan tahan nafas di dalam air. 313 00:18:37,041 --> 00:18:42,083 Peparu kamu boleh meletup kalau kamu buat begitu. 314 00:18:42,166 --> 00:18:45,916 Jadi, kamu perlu bernafas macam biasa. 315 00:18:50,458 --> 00:18:51,291 Nah. 316 00:18:52,375 --> 00:18:53,416 Sedia? 317 00:18:53,500 --> 00:18:55,500 - Siapa lagi selepas ini? - Jom. 318 00:18:55,583 --> 00:18:57,916 Saya pergi dulu. 319 00:19:08,583 --> 00:19:09,708 Awak okey? 320 00:19:13,916 --> 00:19:15,125 Sekarang, bernafas. 321 00:19:41,416 --> 00:19:42,541 Saya tak tahan. 322 00:19:42,625 --> 00:19:44,666 - Tee. - Tolong dia. 323 00:19:46,000 --> 00:19:47,500 Okey. Kita berhenti dulu. 324 00:19:47,583 --> 00:19:50,416 Ada banyak peralatan yang awak baru kenal. 325 00:19:51,000 --> 00:19:53,541 Kami akan bantu sampai awak boleh buat sendiri. 326 00:19:53,625 --> 00:19:54,541 Tak apa. 327 00:19:54,625 --> 00:19:56,916 Baiklah. Siapa pula seterusnya? 328 00:20:01,458 --> 00:20:02,708 Mereka semua setuju. 329 00:20:13,083 --> 00:20:13,958 Kelly. 330 00:20:16,750 --> 00:20:18,125 Ia perlu dilakukan. 331 00:20:28,875 --> 00:20:31,291 Bagaimana jika semua petani ini korbankan segalanya… 332 00:20:34,416 --> 00:20:36,125 dan ia masih tak mencukupi? 333 00:20:44,541 --> 00:20:46,833 Mereka akan latih budak-budak itu menyelam. 334 00:20:46,916 --> 00:20:48,333 Kita akan cari jalannya. 335 00:20:54,791 --> 00:20:56,208 Saya nak pulang ke kem. 336 00:20:56,833 --> 00:20:57,833 Awak nak tumpang? 337 00:21:01,166 --> 00:21:03,083 Saya perlu mulakan pengepaman. 338 00:21:04,125 --> 00:21:06,750 Mereka boleh kerja pada waktu malam untuk ubah haluan paip. 339 00:21:07,666 --> 00:21:09,083 Kita jumpa lagi esok. 340 00:21:10,708 --> 00:21:11,791 Jumpa lagi esok. 341 00:21:27,000 --> 00:21:29,083 RUANGAN 3 342 00:21:29,916 --> 00:21:32,333 Bagaimana dengan dua orang tua itu? 343 00:21:32,416 --> 00:21:33,250 Mereka okey? 344 00:21:33,333 --> 00:21:35,083 Awak tak boleh patahkan semangat kami. 345 00:21:36,291 --> 00:21:39,958 Kalau awak sanggup menyelam, saya nak biar kru berehat. 346 00:21:40,041 --> 00:21:41,541 Mereka dah kerja tanpa henti. 347 00:21:41,625 --> 00:21:43,125 Jangan berhenti. 348 00:21:43,875 --> 00:21:44,958 Jadi, bagaimana? 349 00:21:46,166 --> 00:21:47,000 Hore! 350 00:21:48,625 --> 00:21:49,916 Baiklah. Kami akan pergi. 351 00:21:50,458 --> 00:21:51,291 Baiklah. 352 00:21:51,375 --> 00:21:54,625 Kamu perlu hantar tangki ke Ruangan Enam. 353 00:21:57,041 --> 00:21:58,375 Ikut saya. 354 00:21:59,291 --> 00:22:01,416 Tali akan jadi panduan untuk kamu ke sana. 355 00:22:02,458 --> 00:22:05,708 Walau apa yang berlaku, jangan lepaskan tali itu. 356 00:22:05,791 --> 00:22:08,000 Kamu takkan nampak apa-apa dalam air. 357 00:22:08,083 --> 00:22:10,250 Bertenang. Jangan terburu-buru. 358 00:22:10,333 --> 00:22:13,625 Kamu akan nampak tali hijau semasa keluar nanti. Cari tali itu. 359 00:22:13,708 --> 00:22:14,875 Kenapa warna hijau? 360 00:22:15,875 --> 00:22:18,458 Kalau kamu nampak tali hijau, kamu baru sampai 20 meter. 361 00:22:18,958 --> 00:22:20,333 Tapi ingat. 362 00:22:20,416 --> 00:22:22,583 Ini bukan Phuket. 363 00:22:22,666 --> 00:22:24,625 - Okey. - Kamu pasti akan lebam. 364 00:22:24,708 --> 00:22:25,666 - Hei. - Hei. 365 00:22:28,125 --> 00:22:29,708 Tak apa. Awak selamat. 366 00:22:31,625 --> 00:22:32,625 Aduhai. 367 00:22:36,416 --> 00:22:38,208 Sabar. Awak boleh duduk? 368 00:22:38,291 --> 00:22:40,125 Satu, dua, tiga. 369 00:22:41,000 --> 00:22:43,208 Hati-hati dengan kepala awak. 370 00:22:44,208 --> 00:22:46,500 Pegawai perubatan! Ada tentera cedera. 371 00:23:16,041 --> 00:23:18,166 Selamat tengah hari. Saya dari Phetchabun. 372 00:23:18,250 --> 00:23:24,083 Saya dapat pesanan yang awak perlukan paip 50 cm. 373 00:23:27,375 --> 00:23:28,250 Phetchabun? 374 00:23:28,333 --> 00:23:29,541 Ya, Phetchabun. 375 00:23:29,625 --> 00:23:31,541 Tentu jauh perjalanan awak. 376 00:23:31,625 --> 00:23:33,041 Cuma lapan jam saja. 377 00:24:55,500 --> 00:24:57,833 Apa syarat untuk jadi ahli SEAL? 378 00:24:58,375 --> 00:25:00,541 Untuk awak? Tambah ketinggian 30 cm. 379 00:25:00,625 --> 00:25:03,833 Juga tambah berat 40 kg. 380 00:25:04,666 --> 00:25:06,000 Itu saja? 381 00:25:06,083 --> 00:25:07,375 Lebih kurang. 382 00:25:09,500 --> 00:25:11,208 Baiklah, anak-anak. 383 00:25:12,416 --> 00:25:15,375 Siapa dah sedia untuk pusingan kedua? 384 00:25:15,458 --> 00:25:17,416 Tee, awak nak menyelam lagi? 385 00:25:19,708 --> 00:25:20,583 Boleh juga. 386 00:25:20,666 --> 00:25:23,625 Apa saja asalkan tak perlu dengar Titan membebel. 387 00:25:24,125 --> 00:25:26,750 Dom, giliran awak pula. Biw, awak pun. 388 00:25:26,833 --> 00:25:27,750 Apa hal? 389 00:25:28,541 --> 00:25:29,500 Baiklah. 390 00:25:30,000 --> 00:25:33,416 Kita akan ulang tiga peraturan penting ketika menyelam. 391 00:25:33,500 --> 00:25:35,500 Pertama sekali… 392 00:25:35,583 --> 00:25:37,125 Jangan tahan nafas, bukan? 393 00:25:37,208 --> 00:25:38,708 Ya, betul. 394 00:25:38,791 --> 00:25:41,666 Kedua, cara untuk kosongkan pengatur. 395 00:25:41,750 --> 00:25:44,041 - Apa peraturan ketiga? - Sabar. 396 00:25:44,125 --> 00:25:46,083 Fokus pada peraturan pertama dan kedua dulu. 397 00:25:46,166 --> 00:25:47,166 Baiklah. 398 00:25:48,250 --> 00:25:50,291 Siapa nak cuba? 399 00:25:51,541 --> 00:25:53,291 Siapa nak menyelam dulu? 400 00:25:53,791 --> 00:25:55,958 Jadi, bagaimana? Siapa nak cuba? 401 00:25:56,041 --> 00:25:57,458 Awak bagaimana, Tee? 402 00:25:59,833 --> 00:26:00,791 Saya akan buat. 403 00:26:01,958 --> 00:26:03,291 Ayuh, Tee. 404 00:26:24,791 --> 00:26:26,000 Perlahan-lahan, Tee. 405 00:26:33,666 --> 00:26:34,875 Ini jalan keluar. 406 00:26:37,583 --> 00:26:39,458 Ini jalan untuk pulang. 407 00:26:45,916 --> 00:26:47,125 Tee, perlahan-lahan. 408 00:26:53,125 --> 00:26:57,041 128 petani benarkan kita salirkan air ke bendang mereka 409 00:26:57,125 --> 00:26:59,500 yang seluas 1,600 meter persegi. 410 00:26:59,583 --> 00:27:02,666 Paras air di dalam gua stabil sepanjang 32 jam lepas. 411 00:27:03,291 --> 00:27:04,208 Apa lagi? 412 00:27:04,291 --> 00:27:06,041 Ada berita baik dari Ruangan Sembilan. 413 00:27:06,125 --> 00:27:09,333 Kami periksa monitor atmosfera. Tahap oksigen seperti yang dijangka. 414 00:27:09,416 --> 00:27:11,541 Jadi, kita boleh ikut jadual baru. 415 00:27:11,625 --> 00:27:14,208 Tapi Rick dan John akan beritahu berita buruknya. 416 00:27:15,000 --> 00:27:17,208 Dia kata kamu ada berita buruk. 417 00:27:17,791 --> 00:27:21,375 Saya dah tak yakin budak-budak itu boleh menyelam keluar. 418 00:27:21,458 --> 00:27:23,500 Banyak maklumat, masa singkat. 419 00:27:23,583 --> 00:27:25,833 Kapten pasukan pun gementar. 420 00:27:28,333 --> 00:27:32,333 Saya baru habis kira barang yang tiada di dalam gua. 421 00:27:32,416 --> 00:27:34,041 Kita tak cukup tangki. 422 00:27:36,291 --> 00:27:37,208 Berapa banyak? 423 00:27:37,708 --> 00:27:39,375 Kita perlukan 600. 424 00:27:40,166 --> 00:27:42,000 Pada pagi tadi, 425 00:27:42,083 --> 00:27:45,083 kita ada 387 tangki oksigen 426 00:27:45,166 --> 00:27:48,375 dan 200 lagi akan dibekalkan oleh pengedar wilayah. 427 00:27:48,458 --> 00:27:50,958 Tapi pengedar itu tersilap. 428 00:27:51,041 --> 00:27:52,833 Mereka cuma ada 20 tangki. 429 00:27:52,916 --> 00:27:54,291 Bukan 220. 430 00:27:58,291 --> 00:27:59,916 Kita tak cukup 200 tangki. 431 00:28:01,416 --> 00:28:03,458 Tiada cara lainkah untuk cari lagi 200 tangki? 432 00:28:04,208 --> 00:28:07,416 Setakat ini, kami dah cari di seluruh wilayah ini. 433 00:28:07,500 --> 00:28:10,958 Saya dah minta ketua Indo-Pasifik cari sampai 434 00:28:11,041 --> 00:28:12,833 ke Pantai Barat Amerika, tapi… 435 00:28:12,916 --> 00:28:15,833 Tiada jaminan yang kita sempat dapat tangki itu. 436 00:28:15,916 --> 00:28:17,958 Semua orang berjimat sebanyak mungkin, 437 00:28:18,041 --> 00:28:22,166 dan simpan setakat yang perlu untuk bisnes dan keperluan tentera. 438 00:28:22,250 --> 00:28:25,958 Tapi bekalan memang tak cukup dan keperluan kita tinggi. 439 00:28:37,125 --> 00:28:38,541 Kita akan teruskan juga. 440 00:28:39,583 --> 00:28:42,083 Keutamaan sekarang ialah tangki oksigen. 441 00:28:56,166 --> 00:29:00,625 SELEPAS 13 HARI, 7 JAM 442 00:29:01,916 --> 00:29:03,583 Bagaimana keadaan dalam gua? 443 00:29:03,666 --> 00:29:05,375 Lagi teruk daripada yang saya sangka. 444 00:29:05,875 --> 00:29:06,875 Ia sangat sempit. 445 00:29:07,416 --> 00:29:10,166 Saya muat-muat saja di sesetengah selekohnya. 446 00:29:10,666 --> 00:29:12,208 Bila awak akan menyelam semula? 447 00:29:13,333 --> 00:29:16,166 Kerja saya dah habis. Saya akan pulang ke Bangkok esok. 448 00:29:16,750 --> 00:29:20,125 Apabila saya dah pulang, apa kata kita tambah latihan? 449 00:29:20,708 --> 00:29:23,458 Kenapa? Chet dah halau awak? 450 00:29:24,041 --> 00:29:26,416 Atau Buddy buat hal? 451 00:29:26,500 --> 00:29:27,708 Bukan begitu. 452 00:29:27,791 --> 00:29:29,416 Ia belum keluar berita. 453 00:29:30,083 --> 00:29:31,625 Tangki oksigen tak cukup 454 00:29:31,708 --> 00:29:34,291 untuk misi menyelamat ini. 455 00:29:39,208 --> 00:29:40,208 Biar betul. 456 00:29:43,291 --> 00:29:44,791 Kasihan budak-budak itu. 457 00:29:46,083 --> 00:29:47,416 Mungkin awak betul. 458 00:29:47,916 --> 00:29:48,750 Tentang apa? 459 00:29:49,333 --> 00:29:50,250 Nasib. 460 00:29:51,875 --> 00:29:53,708 Semuanya bergantung pada nasib. 461 00:29:54,291 --> 00:29:56,291 Mungkin budak-budak itu tak bernasib baik. 462 00:29:56,791 --> 00:29:58,916 Ramai orang dah berkumpul di sini, 463 00:29:59,583 --> 00:30:01,208 saya tak naklah ia berakhir begini. 464 00:30:02,625 --> 00:30:05,125 Saya juga nak mereka selamat, 465 00:30:05,625 --> 00:30:06,625 tapi… 466 00:30:06,708 --> 00:30:10,000 Saya gembira awak akan pulang. 467 00:30:10,708 --> 00:30:16,291 Saya dah lupa betapa tertekannya hidup sebagai isteri tentera. 468 00:30:17,833 --> 00:30:20,375 Saya nak pulang ke pangkuan awak. 469 00:30:23,625 --> 00:30:26,000 Tapi awak juga nak terus berada di sana. 470 00:30:46,541 --> 00:30:49,083 JALAN KELUAR 471 00:30:52,291 --> 00:30:54,666 JALAN KELUAR 472 00:31:32,333 --> 00:31:34,458 Hei! Kelly! 473 00:31:35,250 --> 00:31:37,750 Gembiranya saya jumpa awak di sini. 474 00:31:37,833 --> 00:31:40,291 Mari rasa Khao Soi saya. 475 00:31:43,250 --> 00:31:46,333 Duduklah. Saya ambilkan pinggan besar. 476 00:31:48,500 --> 00:31:51,666 Saya tak lapar. 477 00:31:52,375 --> 00:31:55,666 Cubalah dulu. Ia sangat sedap. 478 00:31:57,000 --> 00:31:57,958 Mari. 479 00:31:58,041 --> 00:31:59,833 Nid, boleh jaga gerai saya? 480 00:31:59,916 --> 00:32:01,875 - Saya nak borak dengan kawan. - Baik, Bua. 481 00:32:01,958 --> 00:32:03,583 Duduklah. 482 00:32:03,666 --> 00:32:05,083 Mari, nak. 483 00:32:05,166 --> 00:32:07,000 Silakan duduk. 484 00:32:07,791 --> 00:32:09,541 Duduklah. 485 00:32:10,250 --> 00:32:11,666 Ini dia. 486 00:32:13,458 --> 00:32:15,750 Khao Soi sangat sedap. 487 00:32:17,666 --> 00:32:18,708 Makanlah, nak. 488 00:32:22,333 --> 00:32:25,041 Saya tak sangka 489 00:32:26,166 --> 00:32:28,541 akan jumpa awak di sini. 490 00:32:30,250 --> 00:32:31,916 Ke mana lagi saya nak pergi? 491 00:32:35,208 --> 00:32:36,166 Saya cuma rasa… 492 00:32:37,083 --> 00:32:38,833 ia tindakan yang tepat. 493 00:32:40,583 --> 00:32:42,500 Suami saya meninggal beberapa tahun lepas. 494 00:32:42,583 --> 00:32:44,083 Anak-anak dah besar. 495 00:32:45,416 --> 00:32:46,750 Saya suka bagi orang makan. 496 00:32:47,541 --> 00:32:49,750 Kalau bukan dengan tanaman padi saya, 497 00:32:50,333 --> 00:32:53,000 saya akan beri mereka Khao Soi. 498 00:32:53,625 --> 00:32:56,083 Cubalah, nak. Makan. 499 00:33:12,708 --> 00:33:13,833 Ia sedap. 500 00:33:16,000 --> 00:33:17,333 Terima kasih. 501 00:33:18,041 --> 00:33:18,875 Sama-sama. 502 00:33:20,916 --> 00:33:22,208 Saya ingat… 503 00:33:23,500 --> 00:33:27,500 awak akan marah saya. 504 00:33:30,208 --> 00:33:35,625 Saya tak rugi apa-apa kerana berada di sini. 505 00:33:37,333 --> 00:33:38,166 Tapi… 506 00:33:39,458 --> 00:33:42,166 awak korbankan bendang awak. 507 00:33:43,958 --> 00:33:49,875 Sekarang, awak sumbangkan masa dan makanan. 508 00:33:56,833 --> 00:33:59,375 Kami beri setakat yang kami mampu. 509 00:34:03,541 --> 00:34:05,375 Awak mampu cari bendang saya 510 00:34:06,208 --> 00:34:08,291 dan tahu ia berguna. 511 00:34:09,750 --> 00:34:13,666 Kemudian, awak berani minta wanita tua ini untuk mengorbankannya. 512 00:34:15,041 --> 00:34:19,458 Walaupun awak suruh rakan renjer awak tanyakan untuk awak. 513 00:34:19,541 --> 00:34:20,708 Bukan begitu? 514 00:34:24,041 --> 00:34:24,875 Saya… 515 00:34:25,708 --> 00:34:27,625 Saya tak sanggup tanya. 516 00:34:29,500 --> 00:34:31,208 Jangan hukum diri sendiri. 517 00:34:32,666 --> 00:34:33,916 Ia dah ditakdirkan. 518 00:34:34,875 --> 00:34:36,250 Saya ada sawah padi. 519 00:34:36,333 --> 00:34:38,250 Itu saja yang saya mampu beri. 520 00:34:39,458 --> 00:34:40,291 Tapi ini… 521 00:34:41,041 --> 00:34:42,083 habiskannya. 522 00:34:43,041 --> 00:34:44,166 Ayuh. 523 00:34:46,375 --> 00:34:47,375 Makanlah. 524 00:34:59,125 --> 00:35:02,750 Budak yang berenang perlukan tangki. 525 00:35:03,416 --> 00:35:04,541 Tapi jika begitu, 526 00:35:04,625 --> 00:35:07,916 seorang di Ruangan Sembilan tak cukup dua tangki. 527 00:35:09,291 --> 00:35:12,958 Bagaimana jika kita tukar yang ini dengan yang ini? 528 00:35:14,125 --> 00:35:16,375 Tidak. Cara itu pun tak berkesan. 529 00:35:20,625 --> 00:35:22,458 Sarjan Master James Nichols? 530 00:35:23,833 --> 00:35:24,833 Dia Nichols. 531 00:35:25,833 --> 00:35:27,125 Ada penghantaran. 532 00:35:29,541 --> 00:35:30,791 Ada penghantaran. 533 00:35:51,333 --> 00:35:53,666 Tanya pemandu siapa penghantarnya. 534 00:35:53,750 --> 00:35:55,958 - Ia dari mana? - Saya tak tahu, tuan. 535 00:35:56,458 --> 00:35:57,500 Dia tak tahu. 536 00:35:59,000 --> 00:35:59,958 Apa awak dah buat? 537 00:36:00,041 --> 00:36:00,875 Tak ada apa-apa. 538 00:36:00,958 --> 00:36:02,958 Nampaknya doa kita dimakbulkan. 539 00:36:09,166 --> 00:36:11,291 Bolehlah kita teruskan misi kita. 540 00:36:12,125 --> 00:36:14,125 - Turunkan semua tangki. - Ayuh! 541 00:36:24,833 --> 00:36:26,375 Hei, Tee. 542 00:36:41,125 --> 00:36:42,375 Apa masalahnya? 543 00:36:46,791 --> 00:36:48,375 Kawan awak, Aran. 544 00:36:49,291 --> 00:36:51,708 Dia kata dia jumpa ayah saya di luar gua 545 00:36:52,375 --> 00:36:53,750 dan saya terkejut. 546 00:36:54,833 --> 00:36:56,791 Semasa mak saya hantar nota, 547 00:36:57,458 --> 00:36:59,500 saya ingat ayah saya di Myanmar. 548 00:37:00,208 --> 00:37:02,250 Di buruh binaan di sana. 549 00:37:03,083 --> 00:37:05,541 Dia tak dapat kerja di sini. 550 00:37:07,125 --> 00:37:11,541 Saya dapat tahu dia di sini selama ini kerana saya. 551 00:37:13,291 --> 00:37:17,000 Bayar sewa pun kami tak mampu. 552 00:37:21,791 --> 00:37:24,291 Kami mungkin perlu pindah 553 00:37:24,375 --> 00:37:26,708 disebabkan saya. 554 00:37:26,791 --> 00:37:30,000 Nanti saya dan adik saya perlu tukar sekolah. 555 00:37:32,458 --> 00:37:36,250 Saya nak jadi berani agar tak mensia-siakan pengorbanan keluarga. 556 00:37:36,916 --> 00:37:38,791 Tapi saya tak mampu. 557 00:37:41,083 --> 00:37:42,500 Saya juga risaukan Mali. 558 00:37:43,375 --> 00:37:44,208 Apa? 559 00:37:44,708 --> 00:37:45,750 Siapa Mali? 560 00:37:46,333 --> 00:37:47,541 Awek saya. 561 00:37:50,083 --> 00:37:52,458 Semua ahli pasukan mengharapkan saya. 562 00:37:53,166 --> 00:37:54,791 Tapi saya kecewakan mereka. 563 00:37:54,875 --> 00:37:56,791 Saya kecewakan semua orang. 564 00:37:58,291 --> 00:37:59,166 Saya faham. 565 00:37:59,250 --> 00:38:01,125 Saya geram dengan diri sendiri. 566 00:38:03,500 --> 00:38:06,291 Saya geram sampai saya susah nak bernafas. 567 00:38:09,083 --> 00:38:10,000 Hei. 568 00:38:11,333 --> 00:38:13,833 Awak tak perlu pikul beban ini seorang. 569 00:38:24,041 --> 00:38:25,250 Semua orang di luar sana 570 00:38:26,166 --> 00:38:31,208 sanggup berkorban segalanya untuk bawa awak keluar. 571 00:38:32,250 --> 00:38:35,708 Termasuklah ayah dan adik awak. 572 00:38:43,041 --> 00:38:45,291 Awak cuma perlu buat satu perkara. 573 00:38:47,333 --> 00:38:48,625 Apa? 574 00:38:57,000 --> 00:38:58,166 Bernafas. 575 00:39:00,416 --> 00:39:03,333 Tiada sesiapa mahu dedahkan penyumbang tangki ini. 576 00:39:04,416 --> 00:39:06,541 Tapi saya rasa ia sumbangan istana. 577 00:39:09,875 --> 00:39:11,708 Saya dah suruh kamu berkemas. 578 00:39:12,291 --> 00:39:13,750 Penerbangan kami pagi esok. 579 00:39:14,250 --> 00:39:17,750 Jadi, lebih baik kami membantu selagi boleh. 580 00:39:19,166 --> 00:39:20,208 Baguslah. 581 00:39:20,291 --> 00:39:22,958 Oksigen makin kurang dan masa makin singkat. 582 00:39:24,625 --> 00:39:26,083 Kamu nak menyelam lagi? 583 00:40:53,500 --> 00:40:55,958 Arus makin deras. Jom kita balik. 584 00:40:56,458 --> 00:40:58,375 Kita jumpa di sebelah sana, Sam. 585 00:42:03,208 --> 00:42:04,500 Hei, Meow. Ada berita baik. 586 00:42:05,958 --> 00:42:07,750 Ada tangki tambahan. 587 00:42:09,166 --> 00:42:11,083 Kami boleh sempurnakan misi. 588 00:42:12,708 --> 00:42:16,791 Maaf kerana saya hilang sabar tadi. 589 00:42:17,833 --> 00:42:21,958 Saya faham pengorbanan yang awak buat. 590 00:42:23,041 --> 00:42:24,791 Sejak kita berkahwin, 591 00:42:26,291 --> 00:42:28,083 sebagai isteri tentera laut 592 00:42:28,708 --> 00:42:32,750 awak perlu korbankan perasaan awak. 593 00:42:45,125 --> 00:42:46,375 Betul cakap awak. 594 00:42:48,958 --> 00:42:50,375 Saya… 595 00:42:50,458 --> 00:42:53,666 bertuah kerana beristerikan awak. 596 00:42:54,583 --> 00:42:58,583 Awak kenal saya lebih daripada saya kenal diri sendiri. 597 00:43:00,833 --> 00:43:01,916 Jadi, ya. 598 00:43:03,625 --> 00:43:05,250 Saya belum mahu pulang. 599 00:43:12,958 --> 00:43:14,541 Saya nak membantu di sini. 600 00:43:15,791 --> 00:43:19,416 Sebab itu saya jawab panggilan Chet dan datang sampai ke sini. 601 00:43:23,208 --> 00:43:25,125 Sebab itu saya tak boleh pulang. 602 00:43:25,708 --> 00:43:27,625 Saya perlu cuba sekali lagi. 603 00:43:28,458 --> 00:43:30,541 Ramai orang di sini yang masih mencuba. 604 00:43:30,625 --> 00:43:31,958 Ia sangat menakjubkan. 605 00:43:32,625 --> 00:43:37,666 Budak-budak itu pun masih mencuba. 606 00:43:46,583 --> 00:43:47,875 Saya sayang awak. 607 00:44:48,000 --> 00:44:49,583 Saya takkan pulang. 608 00:44:50,500 --> 00:44:51,875 Maafkan saya. 609 00:44:52,833 --> 00:44:53,958 Masalahnya… 610 00:44:55,958 --> 00:45:02,333 saya tak boleh tinggalkan mereka selagi saya belum korbankan segalanya. 611 00:45:24,833 --> 00:45:30,208 PUNCA KEMATIAN TENTERA LAUT JA SAM TIDAK DIKETAHUI, 612 00:45:30,291 --> 00:45:35,291 NAMUN PENGORBANANNYA MENGUBAH RANCANGAN MISI PENYELAMATAN INI. 613 00:45:35,375 --> 00:45:41,041 DIA DIKENANG SEBAGAI WIRA NEGARA. 614 00:45:41,125 --> 00:45:46,500 EPISOD INI DIDEDIKASIKAN KEPADA DIA DAN ISTERI KESAYANGANNYA, MEOW. 615 00:50:19,875 --> 00:50:23,791 Terjemahan sari kata oleh Noorsalwati Nordin