1 00:00:07,133 --> 00:00:09,886 SEBUAH SIRI ASLI NETFLIX 2 00:00:12,847 --> 00:00:16,267 CLAUDIA DAN PERPISAHAN MENDUKAKAN 3 00:00:19,437 --> 00:00:21,814 Ada orang obses dengan kopi. 4 00:00:22,648 --> 00:00:25,276 Mereka perlu AeroPress, tepat-tepat setengah inci buih, 5 00:00:25,359 --> 00:00:28,279 atau wajib ada biji kopi yang sudah dihadam 6 00:00:28,362 --> 00:00:30,406 oleh seekor luwak atau apa. 7 00:00:30,490 --> 00:00:33,659 Tapi kalau di rumah saya, nenek saya lebih suka teh. 8 00:00:33,743 --> 00:00:35,286 Antara amalan kesukaannya. 9 00:00:35,369 --> 00:00:38,539 Dia pula orang kesukaan saya di seluruh dunia 10 00:00:38,623 --> 00:00:43,461 jadi saya sedang belajar untuk buat teh dengan kaedah tradisional Jepun. 11 00:00:44,253 --> 00:00:46,714 Seperti mana-mana kaedah tradisional, 12 00:00:46,798 --> 00:00:50,009 ia nampak mudah tapi sebenarnya ia agak rumit, 13 00:00:50,635 --> 00:00:53,012 sama macam nenek juga. 14 00:00:57,016 --> 00:00:57,892 Buat balik. 15 00:00:58,476 --> 00:00:59,936 Apa? Tapi dah betul. 16 00:01:00,728 --> 00:01:02,855 Kamu tak panaskan cawan dulu. 17 00:01:04,398 --> 00:01:05,608 Rasa sejuk tak? 18 00:01:05,691 --> 00:01:09,362 Rasa tak penting. Buat yang penting. 19 00:01:09,445 --> 00:01:12,907 Penting sebab kamu mesti tunjuk kamu hormati tetamu. 20 00:01:12,990 --> 00:01:14,617 Panas, segar. 21 00:01:14,700 --> 00:01:16,410 Rasanya sama saja. 22 00:01:17,829 --> 00:01:18,955 Sedap. Bagus. 23 00:01:19,038 --> 00:01:22,458 Bukan rasa sedap yang penting, Claudia sayang. 24 00:01:22,542 --> 00:01:24,669 Tapi mesti buat dengan betul. 25 00:01:24,752 --> 00:01:26,671 Nenek diserang angin ahmar tahun lepas. 26 00:01:26,754 --> 00:01:30,508 Ayatnya tersekat-sekat dan kadang-kadang dia kebingungan 27 00:01:30,591 --> 00:01:32,802 tapi dia takkan lupa panaskan cawan. 28 00:01:32,885 --> 00:01:36,472 Dia juga ahli keluarga saya yang paling tak suka mengecam. 29 00:01:36,556 --> 00:01:37,640 …tapi seminar itu… 30 00:01:37,723 --> 00:01:39,642 Ini yang paling suka mengecam. 31 00:01:39,725 --> 00:01:42,520 …sebagai bengkel untuk belajar IDE bagi AR. 32 00:01:42,603 --> 00:01:44,313 Hai, nenek. Hei, Claudia. 33 00:01:44,397 --> 00:01:47,400 Kakak saya biasa kacau saya lepak dengan nenek. 34 00:01:47,483 --> 00:01:48,317 Yang tak biasanya, 35 00:01:48,401 --> 00:01:52,738 Ashley Wyeth, gadis paling bergaya, masih berkawan dengan dia. 36 00:01:52,822 --> 00:01:55,658 Kami nak naik atas untuk buat Python. 37 00:01:55,741 --> 00:01:58,035 Kod Python. Bukan ular sawa. 38 00:01:58,119 --> 00:01:59,579 Okey. Naik. 39 00:02:00,079 --> 00:02:03,082 Sekejap lagi, Claudia akan bawakan teh istimewa. 40 00:02:03,166 --> 00:02:05,835 Baguslah. Terima kasih. 41 00:02:05,918 --> 00:02:07,170 Ya, sudah tentu. 42 00:02:08,963 --> 00:02:10,381 Saya kena bawa kepada kakak? 43 00:02:10,882 --> 00:02:12,133 Saya bukan orang gaji. 44 00:02:12,216 --> 00:02:14,343 Kenapa dia tak belajar buat sendiri? 45 00:02:14,427 --> 00:02:17,722 Sebab kamu belajar buat untuk seluruh keluarga. 46 00:02:21,017 --> 00:02:23,311 Jangan lupa panaskan cawan dulu. 47 00:02:47,084 --> 00:02:48,836 Nenek! Semua okey? 48 00:02:48,920 --> 00:02:50,379 Ya. Okey. 49 00:02:51,631 --> 00:02:53,466 Teruskan. Teruskan melukis. 50 00:02:54,217 --> 00:02:55,551 Nenek pergi sekarang. 51 00:02:55,635 --> 00:02:57,595 Nanti kacau ilham kamu. 52 00:02:58,304 --> 00:03:00,014 Okey. Selamat malam, nenek. 53 00:03:07,063 --> 00:03:08,981 Selamat tinggal, Claudia sayang. 54 00:03:12,818 --> 00:03:17,114 Saya melukis, kakak kacau saya, nenek datang ucap selamat malam. 55 00:03:17,698 --> 00:03:19,825 Malam itu macam malam-malam lain. 56 00:03:20,368 --> 00:03:21,535 Rupanya tidak. 57 00:03:22,245 --> 00:03:23,913 Itulah resam kehidupan. 58 00:03:24,455 --> 00:03:26,624 Kita tak tahu bila ia akan berubah. 59 00:03:33,464 --> 00:03:34,340 Mak? 60 00:03:36,175 --> 00:03:38,177 Claudia. Kamu dah bangun. 61 00:03:38,803 --> 00:03:39,720 Bagus. 62 00:03:40,221 --> 00:03:41,847 Kami tak nak kejutkan kamu. 63 00:03:43,724 --> 00:03:44,976 Kenapa ini? 64 00:03:47,478 --> 00:03:50,231 Nak panggil Janine? Beritahu mereka sekali? 65 00:03:51,899 --> 00:03:52,900 Beritahu apa? 66 00:03:54,360 --> 00:03:55,403 Sayang. 67 00:03:56,988 --> 00:03:59,490 Nenek meninggal dalam tidur semalam. 68 00:04:02,660 --> 00:04:06,330 Tapi… saya baru buat teh dengan dia semalam. 69 00:04:06,414 --> 00:04:07,248 Dia okey saja. 70 00:04:07,331 --> 00:04:09,417 - Dia dah 85 tahun. - Habis? 71 00:04:09,500 --> 00:04:11,419 - Banyak kena angin ahmar. - Baru satu. 72 00:04:11,502 --> 00:04:13,421 - Itu kesan sampingan. - Diam. 73 00:04:13,921 --> 00:04:14,755 Tolonglah. 74 00:04:15,423 --> 00:04:16,966 Dia ada masalah kesihatan. 75 00:04:17,049 --> 00:04:19,510 Tapi dia meninggal dengan tenang atas katil sendiri. 76 00:04:20,886 --> 00:04:22,054 Sudah tiba ajalnya. 77 00:04:22,972 --> 00:04:25,433 Kita tak mampu minta apa-apa lagi. 78 00:04:26,726 --> 00:04:29,520 Dia dapat hidup selama ini pun sudah cukup baik. 79 00:04:29,603 --> 00:04:33,107 Mak ayah saya cakap benda-benda biasa bila ada kematian. 80 00:04:33,190 --> 00:04:34,233 Hidupnya lama… 81 00:04:34,317 --> 00:04:37,111 Hanya penyejuk hati tapi tak berkesan pun. 82 00:04:37,194 --> 00:04:38,112 …dan memuaskan. 83 00:04:38,195 --> 00:04:42,033 Sekadar bunyi yang mengisi udara sedangkan kita rasa mahu meraung. 84 00:04:42,116 --> 00:04:44,118 Tapi satu ayat menarik perhatian saya. 85 00:04:44,201 --> 00:04:46,454 Nampaknya dia dah merancang awal. 86 00:04:46,537 --> 00:04:49,498 Mereka kata dia pesan balang abu dari Jepun berbulan lalu. 87 00:04:50,791 --> 00:04:53,627 Dia mahu semuanya dibuat dengan cara lama. 88 00:04:54,128 --> 00:04:56,797 Pengebumian dia beberapa hari lagi. 89 00:04:57,423 --> 00:05:01,218 Sehingga itu, tiada pelawat dibenarkan ke rumah 90 00:05:01,802 --> 00:05:04,096 bagi menghormati tradisi Buddha. 91 00:05:04,805 --> 00:05:05,973 Okey, sayang? 92 00:05:08,059 --> 00:05:12,480 Kemudian mak mula cakap dengan ayah tentang sijil kematian dan pengumuman. 93 00:05:12,980 --> 00:05:17,360 Tapi saya pula hanya dapat fikir seumur hidup saya di sini, 94 00:05:18,069 --> 00:05:19,236 seorang diri, 95 00:05:19,320 --> 00:05:21,405 dalam rumah tanpa nenek saya. 96 00:05:23,240 --> 00:05:25,409 Saya tak mampu buat itu. Belum lagi. 97 00:05:27,787 --> 00:05:30,164 Mak saya kata awak boleh duduk selama mana awak suka. 98 00:05:30,247 --> 00:05:31,624 Awak bertenang saja di sini. 99 00:05:31,707 --> 00:05:34,377 Rehat, tengok TV, buatlah apa saja. 100 00:05:34,460 --> 00:05:37,129 Terima kasih. Saya gembira dapat keluar rumah. 101 00:05:37,213 --> 00:05:40,049 Saya pun takkan kacau mak ayah saya. 102 00:05:40,132 --> 00:05:42,134 Banyak benda perlu dibuat. Jadi… 103 00:05:42,218 --> 00:05:43,469 Macam tak percaya. 104 00:05:43,552 --> 00:05:45,429 Bila moyang saya meninggal, saya sedih 105 00:05:45,513 --> 00:05:47,807 tapi dia tinggal di rumah warga emas, 106 00:05:47,890 --> 00:05:50,559 tenung dinding dan minum Sprite Zero saja. 107 00:05:51,185 --> 00:05:52,770 Nenek awak masih kuat. 108 00:05:52,853 --> 00:05:54,814 Tiada apa yang kekal. 109 00:05:56,315 --> 00:05:58,692 Claudia. Bagaimana keadaan awak? 110 00:05:59,318 --> 00:06:00,236 Saya okey. 111 00:06:02,279 --> 00:06:04,198 Takziah. 112 00:06:05,324 --> 00:06:07,451 Duduk sini selama mana awak mahu. 113 00:06:07,535 --> 00:06:09,203 - Saya dah kata. - Bagus. 114 00:06:10,246 --> 00:06:12,957 Nak kami buat apa? Boleh saya hantar makanan? 115 00:06:13,040 --> 00:06:16,585 Saya boleh pesan makanan sedap dari Zabar's. 116 00:06:16,669 --> 00:06:19,880 Semua itu tak boleh dibuat sebelum pengebumian. 117 00:06:19,964 --> 00:06:22,675 Mak, dia dah kata. Mesti tunggu upacara dulu. 118 00:06:22,758 --> 00:06:24,593 Sekarang waktu berkabung. 119 00:06:24,677 --> 00:06:26,637 - Nak pergi gedung? - Gedung? 120 00:06:26,720 --> 00:06:28,389 Maksud awak, di Stamford? 121 00:06:28,472 --> 00:06:31,892 Saya tahu macam pelik tapi saya nak cuba alihkan perhatian. 122 00:06:31,976 --> 00:06:33,394 Saya pun sama. 123 00:06:33,477 --> 00:06:36,313 Ada kiosk Glossier baru di Nordstrom 124 00:06:36,397 --> 00:06:39,692 dan selepas itu kita makan ais krim yogurt Forty Carrots. 125 00:06:39,775 --> 00:06:42,820 Saya boleh tindik telinga sekali di Piercing Pagoda 126 00:06:42,903 --> 00:06:44,905 sementara semua orang tak perasan? 127 00:06:44,989 --> 00:06:46,073 Tak boleh. 128 00:06:46,574 --> 00:06:47,533 Sempat lagi, ya? 129 00:06:49,118 --> 00:06:52,621 Saya cuba hilangkan kesedihan dengan produk kecantikan 130 00:06:52,705 --> 00:06:54,874 dan ais krim mahal. Apa masalahnya? 131 00:06:54,957 --> 00:06:57,877 Saya ada 80 tahun lagi untuk menangisi nenek. 132 00:06:57,960 --> 00:07:02,173 Sementara itu, saya cuma mahu semuanya rasa macam biasa saja. 133 00:07:05,176 --> 00:07:07,219 Awak buat kumpulan sokongan? 134 00:07:07,303 --> 00:07:09,555 Rumah Claudia tak boleh terima tetamu 135 00:07:09,638 --> 00:07:11,265 jadi perjumpaan dibuat di sini. 136 00:07:11,348 --> 00:07:13,601 Saya nak cuba buat macam bilik dia. 137 00:07:14,185 --> 00:07:16,812 Dia selalu sembunyikan makanan ringan. 138 00:07:16,896 --> 00:07:17,813 Biar saya buat. 139 00:07:23,861 --> 00:07:27,948 Sorok betul-betul depan mata. Tiada siapa akan sedar. 140 00:07:28,032 --> 00:07:30,784 Kelab Baby Sitter, ini Dawn Schafer. Pegawai Ganti. 141 00:07:30,868 --> 00:07:32,203 Hei! Masuklah. 142 00:07:32,286 --> 00:07:33,412 Sila duduk. 143 00:07:34,121 --> 00:07:35,164 Gula-gula gumi. 144 00:07:35,748 --> 00:07:36,916 Tiada siapa sedar, ya? 145 00:07:36,999 --> 00:07:39,919 Kadang-kadang awak lupa saya baru lapan tahun. 146 00:07:40,002 --> 00:07:40,878 Yalah. 147 00:07:43,047 --> 00:07:46,467 - Ada orang akan telefon tak? - Klien ada nombor saya. 148 00:07:46,550 --> 00:07:48,928 Lagipun Claud yang mahukan ini. 149 00:07:49,011 --> 00:07:52,306 Dia suruh teruskan perjumpaan. Dia nak semuanya normal. 150 00:07:52,389 --> 00:07:54,808 Tak sangka nenek dia dah tak ada. 151 00:07:54,892 --> 00:07:56,852 Tak sempat ucap selamat tinggal. 152 00:07:57,394 --> 00:07:59,230 Tak apa, menangis puas-puas. 153 00:07:59,313 --> 00:08:02,650 Lebih menyihatkan. Toksin keluar. Endorfin meningkat. 154 00:08:02,733 --> 00:08:05,027 Kenapa ini? Ada orang meninggal? 155 00:08:05,528 --> 00:08:07,821 Saya tahu. Saya patut pujuk awak. 156 00:08:08,697 --> 00:08:12,535 Tak apa. Awak boleh pujuk saya dengan buat biasa saja. 157 00:08:15,120 --> 00:08:16,455 Tapi nenek awak… 158 00:08:16,539 --> 00:08:18,791 Anggap ini perjumpaan biasa. 159 00:08:18,874 --> 00:08:21,794 Kristy, tolong mulakan perjumpaan. Boleh? 160 00:08:22,711 --> 00:08:23,546 Okey. 161 00:08:26,382 --> 00:08:29,176 Perjumpaan kini bersidang. 162 00:08:36,600 --> 00:08:37,810 Baik. 163 00:08:38,686 --> 00:08:41,647 Stacey. Apa status duit bendahari? 164 00:08:43,190 --> 00:08:44,400 Okey saja. 165 00:08:45,568 --> 00:08:46,402 Bagus. 166 00:08:47,820 --> 00:08:49,989 Kita ada klien baru? 167 00:08:50,072 --> 00:08:52,491 Tak ada sejak perjumpaan terakhir. 168 00:08:53,826 --> 00:08:56,328 Ada sesiapa mahu kata apa-apa? 169 00:08:59,623 --> 00:09:03,377 Saya nak cukur kaki. Tapi mak saya kata kalau mula cukur awal, 170 00:09:03,460 --> 00:09:05,421 bulunya akan tumbuh lebih tebal. 171 00:09:05,504 --> 00:09:06,755 Jadi saya tak jadi cukur. 172 00:09:08,674 --> 00:09:10,634 Sangat membantu. Terima kasih. 173 00:09:11,135 --> 00:09:13,095 Saya mimpi nenek Claudia semalam. 174 00:09:13,178 --> 00:09:14,388 Karen, diamlah. 175 00:09:14,471 --> 00:09:16,599 Dia pakai gaun putih. 176 00:09:16,682 --> 00:09:19,435 Bukan macam hantu. Macam pengantin. 177 00:09:20,769 --> 00:09:24,398 Dia kata dia jumpa roh moyang saya, Ben Brewer 178 00:09:24,481 --> 00:09:27,651 dan sekarang mereka bercinta dan akan berkahwin. 179 00:09:28,527 --> 00:09:31,030 Mungkin mereka akan menghantui loteng kami 180 00:09:31,655 --> 00:09:32,823 dan awak boleh lawat dia. 181 00:09:33,407 --> 00:09:35,492 - Saya dan Stacey nak balik. - Ya? 182 00:09:36,327 --> 00:09:38,662 Tak ada orang telefon pun. Saya pun… 183 00:09:38,746 --> 00:09:40,664 Saya tak nak cakap tentang ini. 184 00:09:40,748 --> 00:09:43,500 Saya tak nak orang tengok saya dengan kasihan. 185 00:09:43,584 --> 00:09:46,629 Saya ada banyak kerja sekolah yang ketinggalan. 186 00:09:46,712 --> 00:09:47,713 Claud, tunggu. 187 00:09:48,672 --> 00:09:49,590 Biar dia pergi. 188 00:09:50,841 --> 00:09:54,136 Dia belum bersedia untuk menerima hakikat dunia roh. 189 00:10:01,602 --> 00:10:03,145 Nak main permainan papan? 190 00:10:03,228 --> 00:10:06,190 Nak bawa naik majalah Vogue tahun 90-an mak awak? 191 00:10:06,273 --> 00:10:07,608 Bolehlah. 192 00:10:07,691 --> 00:10:10,152 Atau kita lekat kertas dinding vintaj 193 00:10:10,235 --> 00:10:11,528 di almari baju awak. 194 00:10:11,612 --> 00:10:13,364 Mak awak beri potong tak? 195 00:10:13,447 --> 00:10:16,492 Rasanya tak. Mak saya simpan semua itu sejak kolej. 196 00:10:16,575 --> 00:10:19,370 Atau kita bakar sesuatu? Biskut? 197 00:10:19,453 --> 00:10:20,871 Paras gula saya tak tentu arah. 198 00:10:20,954 --> 00:10:23,916 Mesti ada sesuatu kita boleh buat. 199 00:10:24,583 --> 00:10:25,793 Kita boleh bercakap. 200 00:10:25,876 --> 00:10:27,836 Saya dah agak dia akan kata itu. 201 00:10:27,920 --> 00:10:30,047 Tapi nak cakap apa lagi? 202 00:10:30,130 --> 00:10:33,967 Nenek dah tak ada. Saya takkan balik selagi dia tak balik. 203 00:10:34,051 --> 00:10:35,886 Tapi dia takkan balik lagi 204 00:10:35,969 --> 00:10:38,681 jadi saya tak nak masuk rumah saya lagi. 205 00:10:40,557 --> 00:10:42,768 Claudia, sayang, ayah awak telefon. 206 00:10:43,769 --> 00:10:45,270 Upacara pengebumian esok. 207 00:10:45,979 --> 00:10:46,855 Saya tahu. 208 00:10:47,523 --> 00:10:49,191 Mak awak ada belikan baju. 209 00:10:49,775 --> 00:10:54,196 Saya rasa dia nak awak balik untuk cuba jika muat atau tak. 210 00:10:54,279 --> 00:10:55,406 Mesti muat. 211 00:10:56,532 --> 00:10:57,366 Awak pasti? 212 00:10:58,075 --> 00:11:01,662 Tak apalah, kalau tak muat pun, bukannya ada masa nak tukar. 213 00:11:01,745 --> 00:11:05,874 Saya cuma nak satu malam lagi. Satu malam sebelum semuanya jadi nyata. 214 00:11:14,550 --> 00:11:15,676 Indah betul tadi. 215 00:11:16,385 --> 00:11:18,971 Betul. Saya rasa macam dia dekat lagi. 216 00:11:19,054 --> 00:11:22,808 Tapi bukan saya. Saya tak ada perasaan. 217 00:11:23,434 --> 00:11:27,980 Itu koden, kiriman wang perkabungan yang dihantar keluarga dan kawan-kawan. 218 00:11:28,063 --> 00:11:29,815 Sekarang mak saya perlu balas 219 00:11:29,898 --> 00:11:33,569 dan pulangkan setiap kiriman. Dengan setiap pemulangan, 220 00:11:33,652 --> 00:11:36,655 secebis diri nenek akan kekal sebagai memori mereka. 221 00:11:36,739 --> 00:11:38,365 Saya nak balik ke rumah Stacey. 222 00:11:38,449 --> 00:11:40,617 Stacey sudah boleh datang sini. 223 00:11:41,744 --> 00:11:42,870 Kalau kamu mahu. 224 00:11:44,788 --> 00:11:46,039 Kawan kamu juga. 225 00:11:46,123 --> 00:11:47,458 Ya, tapi saya rasa 226 00:11:48,208 --> 00:11:50,753 saya alah dengan bunga-bunga ini. 227 00:11:50,836 --> 00:11:53,756 Kamu tak pernah bersin sebab bunga sebelum ini. 228 00:11:54,256 --> 00:11:55,632 - Kakak ada ubat… - Tak apa. 229 00:11:55,716 --> 00:11:58,552 Saya tak nak ada di sini sekarang saja. 230 00:11:59,136 --> 00:12:00,596 Sebab bunga-bunga itu? 231 00:12:00,679 --> 00:12:01,930 Saya cuma tak nak. 232 00:12:04,850 --> 00:12:05,934 Boleh saya pergi? 233 00:12:06,852 --> 00:12:07,811 Tolonglah. 234 00:12:08,520 --> 00:12:10,355 Kalau kamu mahu. 235 00:12:10,439 --> 00:12:13,275 Kadang-kadang kita tahu kita buat benda salah 236 00:12:13,358 --> 00:12:16,111 tapi kita buat juga untuk puaskan hati kita. 237 00:12:16,195 --> 00:12:18,280 Macam mengopek kulit kering. 238 00:12:23,076 --> 00:12:27,664 Jadi malam itu, saya pergi balik ke rumah Stacey dan makan snek manis. 239 00:12:28,832 --> 00:12:31,835 Saya dah mula guna cip coklat gelap 240 00:12:31,919 --> 00:12:33,462 sebab rasanya lebih sedap, 241 00:12:33,545 --> 00:12:36,507 tapi rupanya kandungan gulanya lebih rendah daripada kismis. 242 00:12:37,132 --> 00:12:40,177 Terapi coklat sama bagus dengan terapi beli-belah. 243 00:12:40,260 --> 00:12:41,720 Atau terapi sebenar. 244 00:12:41,804 --> 00:12:44,723 - Awak patut dah lama balik. - Saya ada mesyuarat. 245 00:12:44,807 --> 00:12:45,974 Ini bukan masa sesuai. 246 00:12:46,058 --> 00:12:47,851 - Habis bila, Edward? - Entah. 247 00:12:49,102 --> 00:12:50,437 Sudah lama macam ini. 248 00:12:51,563 --> 00:12:53,398 Pejabat ayah dapat klien baru. 249 00:12:53,899 --> 00:12:58,612 Ini berlaku setiap kali dia balik, itu pun dah jarang-jarang. 250 00:12:59,780 --> 00:13:02,407 Awak tentu tak selesa bermalam di sini. 251 00:13:02,908 --> 00:13:04,993 Awak nak cakap dengan saya? 252 00:13:05,077 --> 00:13:06,787 Nak cakap apa lagi? 253 00:13:06,870 --> 00:13:07,830 Saya faham itu. 254 00:13:08,413 --> 00:13:12,209 Saya juga sedar saya patut balik dan bersemuka keluarga saya. 255 00:13:12,292 --> 00:13:13,252 Mungkin. 256 00:13:13,752 --> 00:13:17,881 Tapi semakin saya mendekati rumah, saya bayangkan saya berjalan masuk. 257 00:13:17,965 --> 00:13:19,883 Sunyi. Sepi. 258 00:13:20,384 --> 00:13:24,263 Nenek tak ada untuk tanya khabar saya, puji lukisan saya 259 00:13:24,346 --> 00:13:27,850 atau betulkan saya semasa saya salah buat teh istimewa itu. 260 00:13:28,350 --> 00:13:32,855 "Selamat tinggal, Claudia sayang" adalah kata-kata terakhir dia kepada saya. 261 00:13:32,938 --> 00:13:34,398 Janine, mari makan. 262 00:13:34,481 --> 00:13:35,440 Selamat tinggal. 263 00:13:36,149 --> 00:13:37,401 Dia sudah bersedia. 264 00:13:38,360 --> 00:13:39,903 Tapi saya masih belum. 265 00:13:44,575 --> 00:13:46,827 Ayah awak kata mak awak kedengaran sedih. 266 00:13:47,327 --> 00:13:50,289 Kita semua sedih. Awak pun sama, bukan? 267 00:13:52,249 --> 00:13:53,333 Ya. 268 00:13:54,126 --> 00:13:56,795 Mujur saya datang. Kita boleh saling memujuk. 269 00:13:56,879 --> 00:14:00,424 Saya akan duduk beberapa hari dan rombak balik bilik awak. 270 00:14:00,507 --> 00:14:03,552 Mungkin kita boleh tampal kertas dinding baru. 271 00:14:03,635 --> 00:14:06,889 Atau saya lukis dengan stensil. Buat gaya art nouveau. 272 00:14:06,972 --> 00:14:08,724 Saya suka bilik sekarang. 273 00:14:09,558 --> 00:14:12,185 Okey. Jadi kita lepak sajalah. 274 00:14:12,269 --> 00:14:14,479 Tapi susunan warna kusyen itu salah. 275 00:14:14,563 --> 00:14:17,316 - Claudia… - Kita letak warna primer dulu. 276 00:14:17,399 --> 00:14:19,359 Bukan, letak warna sejuk dulu… 277 00:14:19,860 --> 00:14:22,195 Warna kontras! Itu lebih cantik. 278 00:14:22,946 --> 00:14:23,780 Hei. 279 00:14:23,864 --> 00:14:26,825 Maaf. Saya nak cuba panggil awak. 280 00:14:26,909 --> 00:14:30,495 Tolonglah dengar, jangan halang diri awak daripada bersedih. 281 00:14:30,579 --> 00:14:33,832 Saya tak nak rasa sedih. Kesedihan saya menyakitkan. 282 00:14:33,916 --> 00:14:35,626 - Rasa macam… - Macam apa? 283 00:14:35,709 --> 00:14:38,086 Rasa macam dada saya nak pecah! 284 00:14:39,087 --> 00:14:40,881 Rasa macam tak boleh bernafas. 285 00:14:41,548 --> 00:14:44,259 Macam semuanya dah berakhir dan tiada siapa… 286 00:14:46,261 --> 00:14:47,763 Tiada siapa faham. 287 00:14:52,267 --> 00:14:53,101 Saya faham. 288 00:14:58,565 --> 00:15:00,776 Mak awak meninggal semasa awak bayi lagi. 289 00:15:00,859 --> 00:15:03,278 Ya, tapi ayah saya bukan bayi. 290 00:15:04,571 --> 00:15:06,907 Bertahun-tahun dia memendam sedih. 291 00:15:07,407 --> 00:15:10,744 Jiwa dia jadi lumpuh, dia hampir buat saya lumpuh juga. 292 00:15:11,328 --> 00:15:13,747 - Ingat kes tocang itu? - Mestilah. 293 00:15:14,581 --> 00:15:17,876 Tahu tak apa. Tapi akhirnya dia luahkannya. 294 00:15:18,877 --> 00:15:21,046 Mula bercerita tentang mak saya. 295 00:15:22,214 --> 00:15:23,298 Meneruskan hidup. 296 00:15:24,007 --> 00:15:28,095 Sekarang saya berani cakap akhirnya dia sudah okey. 297 00:15:30,681 --> 00:15:31,640 Sakit. 298 00:15:33,433 --> 00:15:34,434 Saya tahu. 299 00:15:35,894 --> 00:15:38,647 Tapi itu perlu. 300 00:15:40,774 --> 00:15:44,403 Awak ingat jatuh palang semasa Gred 3 dan pergelangan tangan awak patah? 301 00:15:45,028 --> 00:15:47,197 Rasanya saya pengsan semasa itu. 302 00:15:47,280 --> 00:15:48,240 Saya nampak. 303 00:15:48,323 --> 00:15:52,077 Saya ingat awak menangis dan meraung sakit 304 00:15:52,160 --> 00:15:54,579 dan awak asyik jerit awak takkan dapat melukis lagi. 305 00:15:55,580 --> 00:15:57,916 Kalau awak biarkannya saja, mungkin itu akan jadi. 306 00:15:58,000 --> 00:16:01,336 Tapi mak awak datang dan bawa awak ke hospital. 307 00:16:01,420 --> 00:16:04,214 Mereka betulkan tulang awak dan simenkannya. 308 00:16:04,798 --> 00:16:06,299 Sebab itu ia sembuh elok. 309 00:16:07,092 --> 00:16:07,968 Lebih kuat. 310 00:16:09,177 --> 00:16:11,304 Sekarang kita boleh mengenangnya. 311 00:16:11,388 --> 00:16:12,848 Siap boleh senyum lagi. 312 00:16:14,099 --> 00:16:15,434 Sama dengan kesedihan. 313 00:16:16,309 --> 00:16:18,812 Awak mesti hadapinya agar ia boleh berlalu. 314 00:16:19,730 --> 00:16:21,273 Baru awak jadi lebih kuat. 315 00:16:22,107 --> 00:16:26,486 Sebahagian diri saya hanya mahu mengangguk dan lari ke rumah kawan lain. 316 00:16:26,570 --> 00:16:29,448 Tapi dah terlalu lewat untuk ke rumah Kristy. 317 00:16:29,948 --> 00:16:33,243 Lagipun jauh dalam hati, saya tahu cakap Mary Anne betul. 318 00:16:34,161 --> 00:16:35,495 Saya perlu balik. 319 00:16:36,163 --> 00:16:39,541 Saya mesti masuk rumah itu dan hadapi kesedihan saya. 320 00:16:42,252 --> 00:16:43,420 Hai, Claud. 321 00:16:48,717 --> 00:16:49,926 Kakak buat apa? 322 00:16:50,677 --> 00:16:52,095 Tengok barang kemas nenek. 323 00:16:52,846 --> 00:16:53,847 Jangan terkejut. 324 00:16:53,930 --> 00:16:55,265 Mak kata boleh. 325 00:16:56,266 --> 00:16:58,810 Nenek ada hadiahkan barang untuk kita. 326 00:17:00,062 --> 00:17:01,897 Ini untuk kamu, Claudia. 327 00:17:02,689 --> 00:17:05,150 Saya balik sebab nak berhadapan kesedihan saya 328 00:17:05,233 --> 00:17:07,235 tapi kakak pula curi barang dia? 329 00:17:07,319 --> 00:17:08,779 Kami bukan curi pun. 330 00:17:08,862 --> 00:17:11,406 - Dia nenek kakak juga. - Habis kenapa dia ada? 331 00:17:12,657 --> 00:17:15,452 Saya naik atas dulu, ya? 332 00:17:20,207 --> 00:17:22,334 Kamu tak boleh cakap dengan dia begitu. 333 00:17:22,417 --> 00:17:25,712 Dia pun tak boleh geledah barang nenek macam di pasar karat! 334 00:17:25,796 --> 00:17:29,007 Kamu dah gila apa? Kamu tak tahu apa jadi di sini. 335 00:17:29,091 --> 00:17:31,635 Kamu tak hadap mak dan ayah. Kamu lari saja! 336 00:17:31,718 --> 00:17:33,720 Kakak yang kena hadap mereka. 337 00:17:33,804 --> 00:17:37,265 Cuba bantu mereka. Tapi ia amat sukar. 338 00:17:37,349 --> 00:17:41,853 Mak sampai kaku. Ayah habiskan masa untuk memujuk dia. 339 00:17:42,562 --> 00:17:44,898 Ashley saja yang ada untuk pujuk kakak. 340 00:17:44,981 --> 00:17:47,776 Habis kakak serah barang kemas nenek untuk balas budi? 341 00:17:47,859 --> 00:17:50,403 Bukan sebab balas budi! Kakak sayang dia! 342 00:17:53,615 --> 00:17:55,367 Dia teman wanita kakak, Claudia. 343 00:17:59,371 --> 00:18:00,288 Saya… 344 00:18:01,456 --> 00:18:02,833 Saya tak tahu pun. 345 00:18:15,387 --> 00:18:16,596 Masih baru lagi. 346 00:18:17,514 --> 00:18:21,184 Nenek dah tahu beberapa minggu lalu sebab dia ambil perhatian. 347 00:18:24,688 --> 00:18:27,566 Dia tanya kakak, kakak beri jawapan jujur. 348 00:18:29,359 --> 00:18:30,735 Itu buat nenek gembira. 349 00:18:33,155 --> 00:18:35,657 Dia terus nak beri hadiah. 350 00:18:36,616 --> 00:18:38,118 Nenek memang… 351 00:18:39,411 --> 00:18:40,996 romantik orangnya. 352 00:18:41,621 --> 00:18:43,582 Ya. Memang pun. 353 00:18:45,458 --> 00:18:47,878 Kakak dah lama mahu beritahu mak dan ayah 354 00:18:49,421 --> 00:18:52,591 tapi kakak masih tak jumpa masa yang sesuai. 355 00:18:54,968 --> 00:18:57,095 Kemudian, nenek pula… 356 00:18:57,971 --> 00:18:58,972 Meninggal. 357 00:19:02,267 --> 00:19:03,351 Nenek meninggal. 358 00:19:12,652 --> 00:19:15,488 Atuk beri ini kepada nenek semasa mereka mula bersama. 359 00:19:16,198 --> 00:19:18,700 Kalau tak silap, dia menang ini di pesta. 360 00:19:19,868 --> 00:19:21,953 Nenek nak beri ini kepada Ashley? 361 00:19:25,123 --> 00:19:28,418 Tapi kakak takkan beri kepada dia kalau kamu tak bagi. 362 00:19:30,587 --> 00:19:32,297 Beri sajalah. 363 00:19:33,798 --> 00:19:37,510 Atuk sayangkan nenek dan kakak pun sayangkan Ashley. 364 00:19:38,720 --> 00:19:40,138 Macam turunkan hadiah. 365 00:19:40,931 --> 00:19:44,517 Macam koden, tapi dengan cinta. 366 00:19:51,233 --> 00:19:52,901 Kakak sangat rindukan dia. 367 00:19:54,986 --> 00:19:56,279 Saya pun sama, kakak. 368 00:19:57,656 --> 00:19:58,573 Saya pun. 369 00:19:59,115 --> 00:20:02,244 Nenek saja yang selalu menyatukan kami. 370 00:20:02,827 --> 00:20:05,956 Kami kepunyaan nenek dan nenek kepunyaan kami. 371 00:20:06,915 --> 00:20:09,668 Tapi sekarang kami hanya ada sesama sendiri. 372 00:20:14,005 --> 00:20:16,633 Tugas saya kini adalah menyatukan kami semula 373 00:20:17,300 --> 00:20:18,468 dengan tali, 374 00:20:19,219 --> 00:20:20,303 dan tradisi, 375 00:20:21,096 --> 00:20:22,013 dan rasa kasih. 376 00:20:56,673 --> 00:20:57,799 Dah terbiasa. Maaf. 377 00:20:58,633 --> 00:21:00,260 Ini bukan perjumpaan kelab. 378 00:21:00,343 --> 00:21:02,387 Ya, sampai pukul lima saja. 379 00:21:02,470 --> 00:21:03,430 Kristy, duduk. 380 00:21:07,726 --> 00:21:08,601 Maaf. 381 00:21:09,644 --> 00:21:12,897 Maaf mengganggu, tapi kami dapat jemputan. 382 00:21:12,981 --> 00:21:14,232 Ya. Silakan masuk. 383 00:21:15,525 --> 00:21:17,485 Kami pun. 384 00:21:17,569 --> 00:21:18,945 Selamat datang ke bilik saya. 385 00:21:19,904 --> 00:21:22,657 Kami tak pernah masuk sini semasa kawan-kawan kamu ada. 386 00:21:22,741 --> 00:21:25,618 Mak ayah boleh saja masuk. Asalkan ketuk dulu. 387 00:21:25,702 --> 00:21:27,412 Awak semua dah dapat sampul. 388 00:21:27,495 --> 00:21:30,540 Jadi awak tahu saya jemput untuk bercakap tentang nenek. 389 00:21:31,082 --> 00:21:34,794 Untuk mengenang dia. Tapi sebelum itu, saya jamukan sesuatu. 390 00:21:34,878 --> 00:21:35,795 Ho Hos? 391 00:21:36,296 --> 00:21:37,255 Teh. 392 00:22:17,504 --> 00:22:18,797 Sempurna sekali. 393 00:22:21,299 --> 00:22:23,843 Ingat tak semasa nenek pergi bar motosikal? 394 00:22:25,553 --> 00:22:27,138 Macam bar Hell's Angels? 395 00:22:27,222 --> 00:22:29,682 Hari itu hari jadi dia dan dia nak pergi 396 00:22:29,766 --> 00:22:32,394 sebuah restoran Jepun sejam perjalanan dari sini. 397 00:22:32,477 --> 00:22:35,271 Tapi kami bertolak lambat dan ayah sesat… 398 00:22:35,355 --> 00:22:37,357 GPS yang sesat. 399 00:22:38,858 --> 00:22:40,568 Akhirnya kami sampai. 400 00:22:40,652 --> 00:22:42,695 Tapi ia dah tutup. 401 00:22:42,779 --> 00:22:43,780 Kami kelaparan. 402 00:22:43,863 --> 00:22:48,743 Jadi ayah masuk bar terpencil mana entah di tengah lebuh raya yang kata ada piza. 403 00:22:48,827 --> 00:22:50,078 Bukan restoran keluarga, 404 00:22:50,161 --> 00:22:51,746 apatah lagi keluarga Asia. 405 00:22:51,830 --> 00:22:56,042 Semua orang tenung kami. Kami duduk tengah pandangan tajam mereka. 406 00:22:56,126 --> 00:22:57,335 Piza sampai. 407 00:22:57,419 --> 00:22:58,628 Nenek gigit semulut, 408 00:22:58,711 --> 00:22:59,921 dia berdiri 409 00:23:00,004 --> 00:23:02,924 dan terus laung sampai satu bar dengar, 410 00:23:04,592 --> 00:23:06,928 "Makanan Jepun paling sedap di dunia!" 411 00:23:09,764 --> 00:23:12,183 Dulu saya pernah naik kereta dengan nenek 412 00:23:12,267 --> 00:23:14,561 dan kami tersangkut belakang ambulans 413 00:23:14,644 --> 00:23:16,688 dan dia pergi kejar ambulans itu. 414 00:23:16,771 --> 00:23:21,526 Ia memecut. Kami pun memecut. Kami ikut sampai ia berhenti depan rumah. 415 00:23:21,609 --> 00:23:24,988 Itu akibatnya bila kita nak cuba baiki bumbung sendiri. 416 00:23:27,031 --> 00:23:30,952 Saya suka sebab dia selalu luangkan masa bercakap tentang mak saya. 417 00:23:31,453 --> 00:23:33,079 Perbualan mereka dulu. 418 00:23:33,830 --> 00:23:35,915 Malah dia tolong pilih nama saya. 419 00:23:35,999 --> 00:23:38,042 Awak dinamakan sempena nenek saudara awak. 420 00:23:38,126 --> 00:23:41,546 Ya, tapi dia yang tolong pilih. Sama ada ini atau Linda. 421 00:23:41,629 --> 00:23:43,756 - Linda? - Dia tak ada rupa Linda. 422 00:23:43,840 --> 00:23:44,674 Betul. 423 00:23:44,757 --> 00:23:47,302 Dia selalu alu-alukan saya. 424 00:23:48,595 --> 00:23:49,762 Awak memang dialu-alukan. 425 00:23:56,019 --> 00:23:56,978 Adik tiri saya, Karen 426 00:23:57,061 --> 00:23:59,898 rasa nenek Claudia bercinta dengan moyang dia, 427 00:23:59,981 --> 00:24:01,524 Ben Brewer, dalam syurga. 428 00:24:01,608 --> 00:24:02,442 Baguslah. 429 00:24:03,234 --> 00:24:06,613 Ayah saya pun dah lama meninggal. Biar dia seronok sikit. 430 00:24:07,322 --> 00:24:08,823 Tapi atuk pun ada di syurga. 431 00:24:08,907 --> 00:24:11,367 Alamak, cinta tiga segi! 432 00:24:17,332 --> 00:24:20,793 Kalaulah saya boleh kata hari itu mengubati rindu saya. 433 00:24:21,377 --> 00:24:24,506 Sejujurnya, saya akan rindukan dia sampai bila-bila. 434 00:24:25,048 --> 00:24:28,468 Tapi ia buat saya sedar rasa rindu itu sendiri adalah ubat. 435 00:24:29,093 --> 00:24:33,014 Sebab selagi saya rindukan dia, dia akan tetap bersama saya. 436 00:25:24,732 --> 00:25:26,818 BERDASARKAN SIRI NOVEL ANN M. MARTIN 437 00:26:26,669 --> 00:26:28,796 Terjemahan sari kata oleh Nursyazela