1 00:00:07,133 --> 00:00:09,886 SEBUAH SIRI ASLI NETFLIX 2 00:00:12,805 --> 00:00:16,184 DAWN DAN KAKAK TIRI JAHAT 3 00:00:16,768 --> 00:00:18,436 Sejak pindah ke Stoneybrook, 4 00:00:18,519 --> 00:00:21,731 hanya saya dan mak saya tinggal di rumah ladang ini. 5 00:00:21,814 --> 00:00:24,817 Tapi hari ini lain sebab keluarga Spier akan masuk! 6 00:00:24,901 --> 00:00:26,694 Memanglah cuma seminggu tapi 7 00:00:26,778 --> 00:00:28,780 ini sesi percubaan untuk masa depan. 8 00:00:28,863 --> 00:00:30,990 Jika mak dan Richard berkahwin, 9 00:00:31,074 --> 00:00:34,494 saya dan Mary Anne akan jadi adik-beradik tiri. 10 00:00:34,577 --> 00:00:37,371 Jadi bilik saya mesti sempurna. 11 00:00:42,376 --> 00:00:45,797 Selepas itu baru kemaskan rumah pula. 12 00:01:06,442 --> 00:01:07,693 Situ rupanya karpet itu. 13 00:01:07,777 --> 00:01:10,321 Sayang, hebatnya. Siapa ajar kamu mengemas? 14 00:01:10,404 --> 00:01:12,156 - Apa ini? - Itu tinktur. 15 00:01:12,240 --> 00:01:16,160 Letak setitis atas lidah setiap hari untuk halau roh jahat 16 00:01:16,244 --> 00:01:18,329 dan tingkatkan kemahiran mengatur. 17 00:01:18,412 --> 00:01:21,457 Kemahiran mengatur? Mak patut ambil lebih banyak. 18 00:01:21,541 --> 00:01:24,043 Kamu memang ikut ayah kamu. 19 00:01:24,710 --> 00:01:26,629 Mereka dah sampai! Okey. 20 00:01:29,549 --> 00:01:30,967 Selamat datang. 21 00:01:31,592 --> 00:01:33,219 Ada kosong di Chez Schafer? 22 00:01:33,302 --> 00:01:35,012 Silakan masuk sini. 23 00:01:36,848 --> 00:01:39,142 Saya tahu saya macam bawa banyak barang 24 00:01:39,225 --> 00:01:41,644 tapi saya bawa cadar hipoalergenik saya. 25 00:01:41,727 --> 00:01:43,312 Serta sebuah kipas kecil 26 00:01:43,396 --> 00:01:46,107 sebab saya tak boleh tidur kalau senyap sunyi. 27 00:01:46,190 --> 00:01:48,734 - Saya ada bawa… - Richie. Tak tegur saya? 28 00:01:49,485 --> 00:01:51,195 - Maaf. Hai. - Hai. 29 00:01:52,488 --> 00:01:55,158 Relaks, sayang. Minggu ini mesti seronok! 30 00:01:55,241 --> 00:01:56,075 Biar saya bantu. 31 00:01:56,159 --> 00:01:58,035 - Ya. Ini beg terkecil. - Okey. 32 00:01:58,119 --> 00:02:00,830 Alamak! Sayang, apa ada dalam sini? 33 00:02:00,913 --> 00:02:02,874 Beberapa set catur piuter… 34 00:02:02,957 --> 00:02:03,833 Saya boleh. 35 00:02:03,916 --> 00:02:07,587 Bagus, kami sudah macam keluarga yang bahagia. 36 00:02:07,670 --> 00:02:12,300 Tapi keadaan di rumah Pike tidak selancar seperti di sini. 37 00:02:12,383 --> 00:02:14,468 Kakak kata berhenti lari! 38 00:02:14,552 --> 00:02:15,887 Diamlah, kakak! 39 00:02:15,970 --> 00:02:19,473 Kakak tak boleh kawal kekecohan. Kekecohan akan kawal kakak. 40 00:02:20,141 --> 00:02:23,811 Dulu dia cakap berima saja. Ini sudah kira bagus. 41 00:02:24,854 --> 00:02:25,688 Okey. 42 00:02:25,771 --> 00:02:27,857 Semua orang buatlah apa saja! 43 00:02:28,608 --> 00:02:29,609 Jessi! 44 00:02:29,692 --> 00:02:32,111 Kita sepatutnya bersatu! 45 00:02:32,195 --> 00:02:35,198 Jika tiada peraturan, tak perlu melawan. Percayalah. 46 00:02:36,908 --> 00:02:37,909 Mak! 47 00:02:39,035 --> 00:02:40,369 Byron tersadung. 48 00:02:40,453 --> 00:02:41,704 Ada darah. 49 00:02:47,084 --> 00:02:49,420 Kit aktiviti bermesra adik-beradik. 50 00:02:49,503 --> 00:02:51,839 Ada topeng muka, kad tarot, permainan papan. 51 00:02:51,923 --> 00:02:53,216 Nak buat apa dulu? 52 00:02:53,299 --> 00:02:56,427 Ikut awaklah. Boleh saya gantungkan baju-baju saya? 53 00:02:56,510 --> 00:03:00,097 Mestilah boleh. Buat bilik saya macam bilik awak. 54 00:03:00,681 --> 00:03:01,515 Betul? 55 00:03:01,599 --> 00:03:03,559 Barang saya, barang awak juga. 56 00:03:03,643 --> 00:03:05,228 Okey. Hebat. 57 00:03:11,692 --> 00:03:12,735 Awak buat apa? 58 00:03:12,818 --> 00:03:15,196 Buat ruang untuk gantungkan baju saya. 59 00:03:20,243 --> 00:03:23,704 Dawn. Awak ada bilik tersembunyi? 60 00:03:23,788 --> 00:03:26,249 Panel dinding itu? Ia terlekat, bukan? 61 00:03:28,000 --> 00:03:29,543 Itu laluan rahsia. 62 00:03:29,627 --> 00:03:31,837 - Mak tak beritahu kamu? - Apa? 63 00:03:31,921 --> 00:03:33,839 Okey. Ada terowong bawah tanah 64 00:03:33,923 --> 00:03:37,218 dari bilik kamu sampai ke ruang bawah rumah ini. 65 00:03:37,301 --> 00:03:39,929 Pemilik sebelum ini membinanya semasa Zaman Pelarangan 66 00:03:40,012 --> 00:03:43,349 agar mereka boleh buat gin atau apa-apa secara rahsia. 67 00:03:44,016 --> 00:03:46,060 Sejarah terlarang dan keji. 68 00:03:46,143 --> 00:03:48,020 - Saya suka. - Mak pun sama. 69 00:03:48,104 --> 00:03:50,481 Macam mana kalau ada haiwan? Atau orang? 70 00:03:50,564 --> 00:03:53,734 Orang yang tak pernah kena matahari sebab masih duduk dalam sana. 71 00:03:53,818 --> 00:03:55,486 Itu tak mungkin, sayang. 72 00:03:55,569 --> 00:03:58,948 Tapi mungkin penceroboh boleh masuk ikut lorong… 73 00:03:59,031 --> 00:04:00,908 Richard, itu tak membantu. 74 00:04:00,992 --> 00:04:02,243 Makan saja taco kamu. 75 00:04:02,827 --> 00:04:06,163 Mak, maaf saya cakap. Seitan ini tak pedas langsung. 76 00:04:06,247 --> 00:04:08,791 Salah saya. Perut saya tak tahan pedas. 77 00:04:08,874 --> 00:04:11,002 Kamu pergi ambil sos habanero. 78 00:04:11,085 --> 00:04:13,754 Baiklah. Tapi, Richard, 79 00:04:13,838 --> 00:04:17,049 awak patut cuba belajar makan pedas perlahan-lahan. 80 00:04:17,133 --> 00:04:18,384 Mungkin sebab perut 81 00:04:18,467 --> 00:04:23,306 atau mungkin sebab awak tak didedahkan kepada budaya lain. 82 00:04:23,389 --> 00:04:25,891 Tapi kami tetap sayang dan terima awak. 83 00:04:26,600 --> 00:04:29,020 Sebab itu kita bersama, bukan? 84 00:04:29,103 --> 00:04:32,148 - Saling belajar benda baru. - Saya nak sos pedas. 85 00:04:32,231 --> 00:04:33,816 Macam itulah. 86 00:04:36,027 --> 00:04:40,031 Awal-awal sudah berani, ya? Banyak betul kamu nak cuba. 87 00:04:41,324 --> 00:04:42,450 Bagus. Byron okey. 88 00:04:43,951 --> 00:04:46,912 Byron salah seorang anak keluarga Pike, bukan? 89 00:04:47,580 --> 00:04:51,083 Dia tersadung dan terhantuk kepala semasa Jessi dan Mallory jaga mereka. 90 00:04:51,167 --> 00:04:53,294 Kepala cedera. Boleh jadi serius. 91 00:04:53,377 --> 00:04:56,797 Luka saja. Cuma perlu dijahit dan dia sudah okey. 92 00:04:56,881 --> 00:05:00,551 Buat masa ini. Tapi nanti mungkin ada pendarahan, hematoma… 93 00:05:00,634 --> 00:05:02,219 Sekarang dia okey, tapi… 94 00:05:02,303 --> 00:05:05,056 Dia dah pergi hospital. Dia dah dirawat. 95 00:05:05,139 --> 00:05:06,182 Positif saja. 96 00:05:06,265 --> 00:05:09,185 Saya bukan negatif, cuma realistik. Mary Anne? 97 00:05:09,268 --> 00:05:12,188 - Kenapa dengan kamu? - Mary Anne, awak okey? 98 00:05:13,314 --> 00:05:17,151 Saya okey. Cuma sos tadi terlalu pedas untuk saya. 99 00:05:17,234 --> 00:05:18,903 - Nak susu? - Badam atau oat? 100 00:05:18,986 --> 00:05:20,446 Biasa saja! 101 00:05:29,246 --> 00:05:30,456 Awak okey? 102 00:05:31,624 --> 00:05:32,833 Saya okey. 103 00:05:33,793 --> 00:05:36,295 Terkejut dengan anak patung ini. 104 00:05:36,379 --> 00:05:38,381 Logan, saya kena letak. 105 00:05:38,464 --> 00:05:41,175 Tak, saya serius. Awak letak dulu. 106 00:05:41,258 --> 00:05:42,093 Tak, awaklah. 107 00:05:43,511 --> 00:05:45,429 Dia betul-betul letak. 108 00:05:45,513 --> 00:05:48,808 Awak dan Logan masih tak nak guna label? 109 00:05:48,891 --> 00:05:50,976 Saya dengar dah macam kekasih. 110 00:05:51,769 --> 00:05:54,814 Dawn, mari saya kenalkan. Ini Mr. Clowny. 111 00:05:54,897 --> 00:05:57,400 Anak patung saya sejak kecil. Comel, bukan? 112 00:05:57,942 --> 00:06:01,612 Memang comel. Mana pemegang colok saya? 113 00:06:01,695 --> 00:06:03,322 Saya letak ke tepi tadi. 114 00:06:03,406 --> 00:06:04,740 Tak apa. Saya cari. 115 00:06:06,409 --> 00:06:09,078 Dalam cawan. Awak mesti suka. 116 00:06:09,161 --> 00:06:12,706 Adunan istimewa yang menggalakkan ketenangan dan tidur lena. 117 00:06:12,790 --> 00:06:14,625 Sesuai semasa mahu lelapkan mata. 118 00:06:22,216 --> 00:06:24,802 Maaf. Paru-paru sensitif. 119 00:06:25,511 --> 00:06:26,846 Tak apa. 120 00:06:26,929 --> 00:06:29,265 Saya nak awak selesa. 121 00:06:29,974 --> 00:06:33,018 Terima kasih. Okey, selamat malam. 122 00:06:33,519 --> 00:06:34,353 Tidur lena. 123 00:06:50,411 --> 00:06:54,790 Takutnya. Byron kata dia terbayang seluruh hidupnya. 124 00:06:54,874 --> 00:06:57,918 Tapi dia baru 10 tahun jadi bukannya dah hidup lama. 125 00:06:58,002 --> 00:06:59,044 Mallory! 126 00:06:59,545 --> 00:07:01,881 - Saya lega dia okey. - Saya juga. 127 00:07:01,964 --> 00:07:05,968 Dia kena enam jahitan tapi satu jahitan dalam seribu dolar. 128 00:07:06,051 --> 00:07:08,429 Bahana sistem rawatan kesihatan Amerika. 129 00:07:08,512 --> 00:07:09,889 Hari jadi Claire tak lama lagi 130 00:07:09,972 --> 00:07:11,891 dan dia nak parti tema karnival 131 00:07:11,974 --> 00:07:13,976 tapi mak ayah saya dah lari bajet. 132 00:07:14,059 --> 00:07:17,146 - Dia sedih. Saya rasa teruk. - Tunggu. 133 00:07:17,229 --> 00:07:21,901 Apa kata kelab kita buat parti? Kita boleh buat tema karnival. 134 00:07:21,984 --> 00:07:24,403 Tak payahlah. Buat susah-susah saja. 135 00:07:24,487 --> 00:07:26,322 Ada budak cedera dalam jagaan kita. 136 00:07:26,405 --> 00:07:29,325 Imej korporat kita dah terjejas. 137 00:07:29,408 --> 00:07:30,951 Kita patut baiki imej itu. 138 00:07:31,035 --> 00:07:33,954 Maksud dia, ini saja kami mampu buat. 139 00:07:34,038 --> 00:07:35,414 Kami tak kisah pun. 140 00:07:35,498 --> 00:07:39,793 Duit bendahari kita cukup. Tak perlu menderma kepada amal bulan ini 141 00:07:39,877 --> 00:07:41,587 dan guna duit itu buat parti. 142 00:07:43,714 --> 00:07:44,548 Okey. 143 00:07:44,632 --> 00:07:45,966 Terima kasih. 144 00:07:46,050 --> 00:07:47,718 Bagus. Siapa sokong? 145 00:07:47,801 --> 00:07:49,261 - Saya! - Saya! 146 00:07:51,764 --> 00:07:52,848 Maaf. Saya. 147 00:07:53,891 --> 00:07:56,477 Awak okey? Awak tak cakap sepatah pun. 148 00:07:57,061 --> 00:07:58,479 Saya tak tidur semalam. 149 00:07:58,562 --> 00:08:00,272 Dawn berdengkur kuat sangat? 150 00:08:00,356 --> 00:08:01,732 Apa? 151 00:08:01,815 --> 00:08:04,735 Bukanlah. Bilik dia ada laluan rahsia. 152 00:08:04,818 --> 00:08:08,197 Apa? Ada laluan rahsia dalam bilik awak? Berhantu tak? 153 00:08:10,366 --> 00:08:14,328 Kalau ada kelawar? Awak pun tahu kelawar bawa virus. 154 00:08:14,411 --> 00:08:16,163 - Ayah saya kata… - Mary Anne. 155 00:08:16,872 --> 00:08:18,040 Dengar sini. 156 00:08:18,123 --> 00:08:22,253 Laluan rahsia itu tak menakutkan langsung. 157 00:08:23,254 --> 00:08:25,923 Betul kata awak. Maaflah saya penakut. 158 00:08:26,006 --> 00:08:29,760 Tak apa. Awak dialu-alukan meluahkan perasaan di sini. 159 00:08:30,553 --> 00:08:32,012 - Selamat malam. - Selamat malam. 160 00:08:32,096 --> 00:08:34,056 - Tidurlah. - Okey. 161 00:08:37,351 --> 00:08:39,311 Tapi mesti ada tikus. 162 00:08:39,395 --> 00:08:40,813 Atau mungkin possum! 163 00:08:41,438 --> 00:08:45,359 - Haiwan itu ada penyakit anjing gila. - Mana ada anjing gila. 164 00:08:45,442 --> 00:08:47,945 Kalau saya jadi tikus, saya mesti marah. 165 00:08:48,028 --> 00:08:49,780 Apalah dosa saya? 166 00:08:49,863 --> 00:08:52,616 Kenapa bukan haiwan comel macam hamster? 167 00:08:52,700 --> 00:08:54,577 Itu lagi comel. 168 00:08:54,660 --> 00:08:58,497 Ditambah lagi kalau pakai payung atau baju kecil. 169 00:08:58,581 --> 00:09:00,666 Saya boleh jahitkan! 170 00:09:00,749 --> 00:09:02,459 Mana saya nak cari tikus? 171 00:09:04,503 --> 00:09:08,007 Untuk jayakan parti Claire, kita mesti agihkan tugas. 172 00:09:08,090 --> 00:09:09,383 Semua ada kerja. 173 00:09:09,466 --> 00:09:10,634 Saya pari-pari. 174 00:09:10,718 --> 00:09:13,929 Pakai kasut balet. Budak-budak suka kilau-kilau juga. 175 00:09:14,013 --> 00:09:15,723 Saya buat beg hadiah 176 00:09:15,806 --> 00:09:18,767 dan guna beg belang merah putih untuk ikut tema. 177 00:09:18,851 --> 00:09:21,562 Saya akan cat muka. Saya masukkan benda 178 00:09:21,645 --> 00:09:23,731 macam bulu mata pelepah dan kilau-kilau. 179 00:09:23,814 --> 00:09:26,859 Awak semua memang sangat baik. 180 00:09:26,942 --> 00:09:28,777 Betul. Saya amat terharu. 181 00:09:28,861 --> 00:09:31,405 Tapi awak tak rasa ini semua mahal? 182 00:09:31,488 --> 00:09:36,327 - Nanti duit bendahari habis. -Saya pakai baju balet lama saya. 183 00:09:36,410 --> 00:09:37,953 Nanti saya akan cari. 184 00:09:38,037 --> 00:09:40,247 Saya pula dah ada semua cat muka. 185 00:09:40,331 --> 00:09:41,874 Mallory, saya bendahari. 186 00:09:41,957 --> 00:09:44,877 Saya sendiri tak kisah kalau kita guna duit kelab. 187 00:09:44,960 --> 00:09:46,462 Itulah tujuannya. 188 00:09:47,212 --> 00:09:49,632 Baiklah, kalau awak dah kata begitu. 189 00:09:49,715 --> 00:09:51,800 Bagus! Selesai. Saya pengurus projek. 190 00:09:51,884 --> 00:09:53,886 Kek hari jadi pula? 191 00:09:53,969 --> 00:09:56,847 Saya boleh buat. Saya akan hiaskannya juga. 192 00:09:56,930 --> 00:09:58,641 Ya, bagus. Dawn? 193 00:09:59,683 --> 00:10:00,601 Ada pendapat? 194 00:10:02,186 --> 00:10:05,272 Maaf, nampaknya hari ini saya pula mengantuk. 195 00:10:05,356 --> 00:10:08,233 Awak tak lena semalam? Saya lena. 196 00:10:08,317 --> 00:10:09,693 Mestilah dia lena 197 00:10:09,777 --> 00:10:14,448 selepas penat cakap tentang tikus dan penyakit berjangkit sepanjang malam, 198 00:10:14,531 --> 00:10:16,867 saya tak dapat bakar colok tidur saya 199 00:10:16,950 --> 00:10:18,994 dan dia pula peluk kuat-kuat si… 200 00:10:19,078 --> 00:10:19,912 Badut. 201 00:10:24,750 --> 00:10:27,127 Saya boleh berpakaian seperti badut? 202 00:10:27,211 --> 00:10:31,256 Ya, memang saya rasa badut pelik dan agak menakutkan juga 203 00:10:31,340 --> 00:10:33,258 tapi ada orang suka badut. 204 00:10:33,342 --> 00:10:35,135 Awak tak suka Mr. Clowny? 205 00:10:35,219 --> 00:10:36,512 Bukanlah. 206 00:10:36,595 --> 00:10:37,763 Betul. 207 00:10:37,846 --> 00:10:39,598 Dia anak patung awak. 208 00:10:39,682 --> 00:10:44,311 Suka hati awaklah. Awak pun tahu saya tak kisah. 209 00:10:47,231 --> 00:10:48,565 Okey, cukup. 210 00:10:48,649 --> 00:10:51,568 Alamak! Tak apa. Tadi pun banyak sangat. 211 00:10:51,652 --> 00:10:54,571 - Seleraknya dapur ini. - Maaf, sayang. 212 00:10:54,655 --> 00:10:57,658 Mak dan Mary Anne sedang cuba-cuba bakar kek. 213 00:10:57,741 --> 00:11:00,786 Tadi kami lupa tepung jadi kami kena mula semula. 214 00:11:00,869 --> 00:11:03,872 Tapi saya baru bersihkan satu rumah termasuk dapur. 215 00:11:03,956 --> 00:11:05,124 Sayang, mak minta maaf. 216 00:11:05,207 --> 00:11:06,667 - Kami akan bersihkan. - Ya. 217 00:11:06,750 --> 00:11:08,293 Sekarang bolehlah cakap. 218 00:11:08,377 --> 00:11:11,630 Awak tahu tak? Dawn diam-diam gila mengemas. 219 00:11:11,714 --> 00:11:13,590 Diam-diam? Tak, dia terang-terangan. 220 00:11:13,674 --> 00:11:15,008 Dia seksa awak, ya? 221 00:11:15,092 --> 00:11:18,053 Tidaklah, Dawn selalu tak kisah apa-apa pun. 222 00:11:18,137 --> 00:11:19,179 Kasihannya awak. 223 00:11:19,263 --> 00:11:23,809 Kalau Dawn kata "tak kisah" sebenarnya dia suruh awak terjun gaung. 224 00:11:23,892 --> 00:11:28,397 Nampaknya Mary Anne dan mak saya dah jadi kawan baik sekarang. 225 00:11:28,480 --> 00:11:29,481 Eloklah. 226 00:11:29,565 --> 00:11:35,863 Dawn. Saya baru dapat bungkusan dengan buku mewarna untuk orang dewasa. 227 00:11:35,946 --> 00:11:36,989 Nak tengok? 228 00:11:37,072 --> 00:11:39,032 Tak macam saya dan Richard. 229 00:11:39,116 --> 00:11:40,117 Nanti sajalah. 230 00:11:41,243 --> 00:11:42,327 Semuanya okey? 231 00:11:43,328 --> 00:11:44,246 Semua okey! 232 00:11:45,122 --> 00:11:46,206 Tengok ini. 233 00:11:47,708 --> 00:11:50,252 Dapur macam tongkang pecah. Nak saya bantu? 234 00:11:50,335 --> 00:11:51,795 - Ya! - Tolonglah. 235 00:11:51,879 --> 00:11:53,547 Saya bawa apron sendiri. 236 00:11:54,840 --> 00:11:56,508 Selamat malam. Tidur lena. 237 00:11:56,592 --> 00:11:59,553 Gaduh elok-elok. Maksud saya, tidur elok-elok. 238 00:12:09,646 --> 00:12:10,481 Ya? 239 00:12:12,191 --> 00:12:15,819 Awak dengar tak? Dari laluan rahsia itu? 240 00:12:15,903 --> 00:12:19,198 Sebenarnya, saya ada dengar sesuatu. 241 00:12:19,281 --> 00:12:23,577 Tapi saya takkan mengaku itu dan buat kami berdua gila sepanjang malam. 242 00:12:23,660 --> 00:12:26,663 Saya tak dengar apa-apa, Mary Anne. 243 00:12:26,747 --> 00:12:28,540 Tidurlah. 244 00:12:29,249 --> 00:12:32,169 Boleh biarkan lampu? Hanya untuk malam ini? 245 00:12:33,003 --> 00:12:34,546 Buatlah macam rumah sendiri. 246 00:12:35,714 --> 00:12:36,799 Saya nak air. 247 00:12:43,263 --> 00:12:45,182 Maaf! Awak okey? 248 00:12:45,265 --> 00:12:47,851 Saya pasang perangkap kalau-kalau ada penceroboh. 249 00:12:50,187 --> 00:12:51,647 Awak boleh uruskan. 250 00:12:52,523 --> 00:12:53,398 Serius? 251 00:12:53,482 --> 00:12:54,399 Okey. 252 00:12:57,110 --> 00:12:59,446 Saya nak masuk bilik tetamu 253 00:12:59,530 --> 00:13:04,368 tapi Richard pula tidur di sana sebab mahu jaga adab. 254 00:13:04,451 --> 00:13:09,456 Akhirnya, boleh tidur lena sepanjang malam dalam gelap macam orang normal. 255 00:13:11,083 --> 00:13:13,168 Maaf. Awak keluar lama sangat. 256 00:13:13,252 --> 00:13:15,546 Saya ingat ada apa-apa jadi. 257 00:13:16,046 --> 00:13:17,714 Memang ada sesuatu terjadi. 258 00:13:17,798 --> 00:13:21,468 Saya baru sedar sebenarnya seksa kalau duduk dengan Mary Anne. 259 00:13:23,929 --> 00:13:26,265 Selamat malam! Peluk sikit! Tak boleh? 260 00:13:28,934 --> 00:13:31,562 Perisa gula-gula kapas. Nampak cantik, bukan? 261 00:13:31,645 --> 00:13:34,857 Tengok gambar pun paras gula saya dah naik, tapi sedap. 262 00:13:34,940 --> 00:13:37,234 Dengan adunan kek kering di dapur. 263 00:13:37,317 --> 00:13:38,318 Yakah? 264 00:13:38,402 --> 00:13:40,904 Saya dan Sharon penat-penat bersihkannya. 265 00:13:40,988 --> 00:13:42,698 Tapi tak bersih pun. 266 00:13:45,367 --> 00:13:49,162 Dawn. Parti itu esok. Bila awak dapat kostum badut awak? 267 00:13:49,246 --> 00:13:51,790 Alamak. Badut itu. 268 00:13:51,874 --> 00:13:55,460 Saya sudah terlupa sebab ada begitu banyak beban emosi 269 00:13:55,544 --> 00:13:57,671 serta fizikal yang saya tanggung. 270 00:13:57,754 --> 00:14:01,049 Mungkin saya terpaksa jadi badut sedih dengan baju lama 271 00:14:01,133 --> 00:14:03,510 dan bukan badut warna-warni ceria. 272 00:14:03,594 --> 00:14:05,888 Saya cuba pergi kedai tempatan 273 00:14:05,971 --> 00:14:09,474 tapi tak banyak kedai badut kecil-kecilan di Stoneybrook. 274 00:14:09,558 --> 00:14:10,851 Saya baru teringat. 275 00:14:10,934 --> 00:14:13,687 Adik saya jadi badut untuk Halloween lepas 276 00:14:13,770 --> 00:14:16,398 dan kostum itu agak besar dan kami masih menyimpannya. 277 00:14:16,481 --> 00:14:18,984 Bagus! Saya boleh guna semula. 278 00:14:21,028 --> 00:14:22,112 Kelab Baby Sitter. 279 00:14:22,195 --> 00:14:24,948 Nanti saya bersihkan lagi bila kita balik. 280 00:14:25,032 --> 00:14:27,910 Biar saya sajalah. Awak pengotor macam mak saya. 281 00:14:27,993 --> 00:14:31,330 Sebab itu awak pasif-agresif macam ini? 282 00:14:31,413 --> 00:14:34,917 Saya bukannya pasif-agresif, 283 00:14:35,000 --> 00:14:37,336 tapi awak yang sensitif dan paranoid. 284 00:14:37,419 --> 00:14:40,464 Sebab itu awak takut dengan banyak benda. 285 00:14:40,547 --> 00:14:43,467 Merepek! Saya bukan takut banyak benda. 286 00:14:43,550 --> 00:14:45,510 Memang pun. 287 00:14:48,013 --> 00:14:49,139 Awak fikir begitu? 288 00:14:49,222 --> 00:14:50,307 Tidak. 289 00:14:50,849 --> 00:14:52,434 Mungkin awak berhati-hati. 290 00:14:52,517 --> 00:14:55,687 Awak selalu terlebih berfikir dan terus jadi cemas. 291 00:14:56,855 --> 00:14:59,942 Tapi dalam cara yang menyeronokkan. 292 00:15:00,025 --> 00:15:02,819 Kami pun dah tak sabar. Jumpa esok. Okey. 293 00:15:02,903 --> 00:15:04,780 Tadi mak ayah Mallory telefon. 294 00:15:04,863 --> 00:15:07,282 Mereka nak bincang tentang esok 295 00:15:07,366 --> 00:15:10,786 dan saya janji parti esok mesti meriah. 296 00:15:11,411 --> 00:15:13,038 Ia dijamin meriah. 297 00:15:13,664 --> 00:15:15,415 Kita wajib berseronok. 298 00:15:16,667 --> 00:15:17,584 Mesti seronok! 299 00:15:21,505 --> 00:15:22,381 Seronoknya. 300 00:15:25,717 --> 00:15:28,053 Kerusi selesai. Apa lagi kita perlu? 301 00:15:28,136 --> 00:15:31,598 Awak duduk dulu. Awak dah bekerja dari pagi. 302 00:15:31,682 --> 00:15:35,018 Tak, ini parti adik saya. Saya patut kerja paling keras. 303 00:15:35,102 --> 00:15:36,144 Kami boleh buat. 304 00:15:36,812 --> 00:15:38,313 - Jessi! - Saya suka baju awak! 305 00:15:38,397 --> 00:15:40,816 Jessi, awak nampak sangat comel! 306 00:15:41,400 --> 00:15:44,987 Terima kasih! Saya beli semalam dengan mak saya di Capezio di Stamford. 307 00:15:45,070 --> 00:15:47,864 Awak kata awak guna kostum balet lama awak. 308 00:15:48,657 --> 00:15:50,993 Saya nak buat istimewa untuk Claire. 309 00:15:51,076 --> 00:15:53,453 Berapa harganya? Saya boleh guna Venmo… 310 00:15:53,537 --> 00:15:56,164 Saya boleh pakai balik. Tak apa, Mallory. 311 00:15:56,248 --> 00:15:57,624 Mana boleh begitu? 312 00:15:58,166 --> 00:16:00,460 Awak semua dah buat terlalu banyak. 313 00:16:00,544 --> 00:16:03,338 Saya tak nak Kelab Baby Sitter kasihankan saya! 314 00:16:03,422 --> 00:16:05,257 Apa? Kenapa awak fikir begitu? 315 00:16:05,340 --> 00:16:07,926 Sebab saya kata kita guna duit derma amal? 316 00:16:08,010 --> 00:16:11,513 Mallory, minta maaf. Saya tak patut kata begitu. 317 00:16:11,596 --> 00:16:13,432 Saya tak maksudkan derma kepada awak. 318 00:16:14,016 --> 00:16:16,435 - Saya tak nak menyusahkan. - Tidak. 319 00:16:16,518 --> 00:16:20,355 Awak rasa saya menyusahkan semasa saya minta tolong dengan majlis JDRF? 320 00:16:20,439 --> 00:16:22,733 Tapi itu memang badan amal pun. 321 00:16:22,816 --> 00:16:27,404 Mallory, dalam Kelab Baby Sitter, kita mesti saling membantu. 322 00:16:27,487 --> 00:16:28,780 Bukan sebab kasihan. 323 00:16:28,864 --> 00:16:31,116 Tapi sebab kita bersahabat. 324 00:16:34,453 --> 00:16:35,370 Wah. 325 00:16:36,079 --> 00:16:37,205 Awak semua… 326 00:16:37,706 --> 00:16:39,708 Saya bertuah dapat bersama awak semua. 327 00:16:39,791 --> 00:16:42,085 Awak sangat baik, suka membantu dan… 328 00:16:43,003 --> 00:16:44,546 Mana Mary Anne dan Dawn? 329 00:16:53,513 --> 00:16:54,890 Apa awak buat? 330 00:16:55,682 --> 00:16:57,434 Saya nak masuk laluan rahsia awak. 331 00:16:57,517 --> 00:16:58,935 Betul cakap awak, Dawn. 332 00:16:59,019 --> 00:17:01,646 Saya takutkan almari awak, saya takut gelap 333 00:17:01,730 --> 00:17:03,899 takut dikritik dan konflik sihat! 334 00:17:03,982 --> 00:17:04,941 Tapi hari ini, 335 00:17:06,151 --> 00:17:07,527 saya hadapi ketakutan saya. 336 00:17:08,695 --> 00:17:10,530 Mary Anne! Saya tak maksudkan… 337 00:17:11,448 --> 00:17:15,118 Alamak, dia masuk juga. Macam mana kalau betul ada kelawar? 338 00:17:15,202 --> 00:17:17,829 Atau orang terowong yang tak pernah kena matahari? 339 00:17:33,929 --> 00:17:35,222 Mary Anne? 340 00:17:39,101 --> 00:17:40,894 Mary Anne! Mana awak? 341 00:17:41,728 --> 00:17:42,896 Aduh. 342 00:17:45,065 --> 00:17:48,276 Dawn! Saya baru lari sepanjang terowong! 343 00:17:48,360 --> 00:17:49,945 Entah kenapa saya takut! 344 00:17:50,028 --> 00:17:52,030 Tak ada apa-apa pun! Kita selamat saja! 345 00:17:52,114 --> 00:17:53,156 Bagus! Ayuh! 346 00:17:53,240 --> 00:17:57,035 Entah kenapa saya takut sangat. Sekarang saya rasa berani. 347 00:18:05,085 --> 00:18:06,002 Terkunci. 348 00:18:07,003 --> 00:18:08,755 - Mari tolong saya. - Okey. 349 00:18:16,471 --> 00:18:17,597 Menarik. 350 00:18:19,266 --> 00:18:21,560 Nampaknya kita terkurung sini bersama. 351 00:18:22,644 --> 00:18:25,438 - Awak bawa telefon? - Tak, saya tak bawa! 352 00:18:25,522 --> 00:18:28,358 Saya biar dalam bilik. Awak mesti bawa, bukan? 353 00:18:29,234 --> 00:18:31,528 Yang mana satu lebih menakutkan? 354 00:18:31,611 --> 00:18:33,363 Terperangkap dalam terowong 355 00:18:33,446 --> 00:18:35,866 atau terperangkap dengan Mary Anne? 356 00:18:44,833 --> 00:18:46,710 Claire, keluar pun. 357 00:18:46,793 --> 00:18:49,296 Kakak kata ada badut. Saya nak badut! 358 00:19:01,892 --> 00:19:03,977 - Wah, tengok topinya! - Hebat! 359 00:19:05,729 --> 00:19:07,647 Selamat hari jadi! 360 00:19:16,656 --> 00:19:18,617 Saya rasa dia suka. 361 00:19:19,409 --> 00:19:20,827 Dawn ada telefon? 362 00:19:21,995 --> 00:19:25,665 Elok sangatlah. Pintu di bilik dan pintu dari luar terkunci 363 00:19:25,749 --> 00:19:27,709 jadi kita terperangkap. 364 00:19:27,792 --> 00:19:30,378 Nak main apa-apa? Main Pernah Tak? 365 00:19:30,462 --> 00:19:33,506 Saya tak pernah terperangkap dalam terowong bawah 366 00:19:33,590 --> 00:19:35,842 tanpa telefon dan tanpa jalan keluar. 367 00:19:35,926 --> 00:19:39,012 Tapi awak patut cakap sesuatu yang awak tak pernah buat. 368 00:19:39,512 --> 00:19:41,264 Tak apa, jangan risau. 369 00:19:42,807 --> 00:19:45,143 Kita masih ada banyak oksigen. 370 00:19:45,227 --> 00:19:46,937 - Oh, Tuhan. - Dan… 371 00:19:47,020 --> 00:19:49,522 Sharon dan ayah saya akan balik sekejap lagi. 372 00:19:49,606 --> 00:19:52,817 Ayah saya tak boleh keluar lama sebab dia alah debunga. 373 00:19:52,901 --> 00:19:54,319 Saya tak boleh percaya. 374 00:19:54,402 --> 00:19:59,616 Awak orang paling pengecut di dunia tapi awak masuk sini tak bawa telefon. 375 00:19:59,699 --> 00:20:03,787 Mana saya tahu awak nak kejar saya? Awak patut tunggu di bilik. 376 00:20:03,870 --> 00:20:04,704 Bilik saya. 377 00:20:04,788 --> 00:20:07,791 Saya tak tahu pun terowong ini wujud sampai awak datang 378 00:20:07,874 --> 00:20:10,168 dan alih-alihkan almari saya! 379 00:20:10,252 --> 00:20:11,795 Saya perlu gantung baju! 380 00:20:11,878 --> 00:20:14,839 Lagipun awak yang tak kisah berkongsi. Sosialisme sangat. 381 00:20:14,923 --> 00:20:16,341 - Tak habis-habis! - Betul. 382 00:20:16,424 --> 00:20:19,386 Bilik saya, rumah saya, mak saya! 383 00:20:19,469 --> 00:20:20,720 Semuanya milik awak! 384 00:20:27,310 --> 00:20:28,311 Oh, Tuhan. 385 00:20:29,479 --> 00:20:30,522 Saya rasa bodoh. 386 00:20:32,649 --> 00:20:34,818 Saya tahu keadaan agak tegang, tapi 387 00:20:34,901 --> 00:20:37,028 biasalah adik-beradik, bukan? 388 00:20:40,824 --> 00:20:43,076 Kalau kita jadi adik-beradik 389 00:20:43,910 --> 00:20:45,161 dan Sharon jadi… 390 00:20:47,706 --> 00:20:49,958 Maaf, saya tak sengaja… 391 00:20:50,041 --> 00:20:52,002 Dawn, awak memang sengaja. 392 00:20:52,502 --> 00:20:55,547 Saya tahu saya melampau tapi awak buat macam tak kisah 393 00:20:55,630 --> 00:20:56,798 tapi sebenarnya ya! 394 00:20:57,382 --> 00:20:58,300 Awak betul. 395 00:20:59,301 --> 00:21:03,930 Saya memang tak kisah tapi ini sudah melebih-lebih. 396 00:21:04,014 --> 00:21:07,142 Okey? Saya dah biasa ada tempat sendiri 397 00:21:07,225 --> 00:21:11,104 dan bila awak pula mesra dengan mak saya, 398 00:21:11,187 --> 00:21:13,565 saya rasa terancam. 399 00:21:13,648 --> 00:21:16,568 Ayah saya baik tapi dia di California 400 00:21:16,651 --> 00:21:19,571 jadi hanya saya dan mak saya saja. 401 00:21:19,654 --> 00:21:20,822 Saya faham. 402 00:21:20,905 --> 00:21:23,158 Saya dan ayah saya pun begitu. 403 00:21:25,410 --> 00:21:28,079 Sebab itu saya rasa seronok dengan Sharon. 404 00:21:29,164 --> 00:21:31,791 Saya tahu dia mak awak, bukan mak saya, tapi… 405 00:21:31,875 --> 00:21:33,418 Awak tak perlu jelaskan. 406 00:21:34,627 --> 00:21:36,880 Pinjamlah dia bila-bila masa saja. 407 00:21:37,422 --> 00:21:39,090 Barang saya, barang awak juga. 408 00:21:40,383 --> 00:21:42,344 Kali ini saya ikhlas. 409 00:21:42,427 --> 00:21:45,513 Kalau kita betul-betul jadi adik-beradik, 410 00:21:45,597 --> 00:21:48,058 ayah saya tak perlu tidur di bilik tetamu 411 00:21:48,141 --> 00:21:50,310 dan kita boleh ada bilik asing. 412 00:21:50,393 --> 00:21:51,227 Setuju. 413 00:21:54,564 --> 00:21:55,982 Iktibar hari ini. 414 00:21:56,066 --> 00:21:59,194 Kalau terperangkap bawah tanah dalam laluan rahsia 415 00:21:59,277 --> 00:22:02,489 dan tiada harapan dapat selamatkan diri, 416 00:22:02,572 --> 00:22:06,076 lebih baik jika terperangkap dengan kawan baik kita. 417 00:22:07,160 --> 00:22:08,995 Sementara itu, di luar sana, 418 00:22:09,704 --> 00:22:11,748 keadaan sudah semakin hambar. 419 00:22:11,831 --> 00:22:13,124 Hei, awak seronok? 420 00:22:15,627 --> 00:22:16,461 Okey. 421 00:22:18,296 --> 00:22:20,465 Hei, Claud. Macam mana? 422 00:22:20,548 --> 00:22:23,009 Kami lebih kepada gaya goth. 423 00:22:23,093 --> 00:22:25,470 Awak nampak macam filem seram. Hebat. 424 00:22:25,553 --> 00:22:29,391 Dawn dan Mary Anne tak jawab SMS. Saya nak pastikan mereka hidup. 425 00:22:29,474 --> 00:22:31,768 - Awak jaga di sini. - Baik. 426 00:22:35,146 --> 00:22:38,483 Tolong lukis air mata? Ia lambang hati saya yang hitam. 427 00:22:38,566 --> 00:22:39,984 Okey. 428 00:22:40,068 --> 00:22:42,570 Saya tak pernah 429 00:22:42,654 --> 00:22:46,324 beritahu Logan nafasnya busuk sekali sekala. 430 00:22:47,075 --> 00:22:49,327 Ego lelaki memang rapuh. 431 00:22:58,586 --> 00:22:59,796 Oh Tuhan! 432 00:22:59,879 --> 00:23:01,923 Oh Tuhan, makhluk terowong! 433 00:23:02,006 --> 00:23:03,383 Kita terbalik pula, ya? 434 00:23:03,466 --> 00:23:06,094 Awak si penakut dan saya jadi yang tenang. 435 00:23:06,177 --> 00:23:07,720 Oh Tuhan, ia nak makan kita! 436 00:23:10,098 --> 00:23:12,600 Tengok kakinya! Itu bukan manusia! 437 00:23:16,896 --> 00:23:18,314 Apa awak buat di sini? 438 00:23:19,607 --> 00:23:22,360 Dah sejam kami tunggu awak di rumah Pike. 439 00:23:23,653 --> 00:23:24,612 Ya. 440 00:23:24,696 --> 00:23:27,490 Saya faham sekarang. Badut memang menyeramkan. 441 00:23:27,574 --> 00:23:29,367 Mari! Cepat sikit! 442 00:23:41,713 --> 00:23:43,214 Hei, Dawn. 443 00:23:44,048 --> 00:23:45,633 Macam-macam jadi tadi. 444 00:23:45,717 --> 00:23:47,343 - Awak okey? - Okey saja. 445 00:23:50,680 --> 00:23:51,514 Hei. 446 00:23:52,640 --> 00:23:54,851 Saya tahu awak tak berminat 447 00:23:54,934 --> 00:23:57,353 tapi boleh saya tunjuk buku mewarna dewasa ini? 448 00:23:58,480 --> 00:24:00,815 Apabila saya resah atau ketakutan 449 00:24:00,899 --> 00:24:03,985 atau sukar meluahkan emosi saya, 450 00:24:04,068 --> 00:24:06,446 selalunya ketiga-tiganya, 451 00:24:06,529 --> 00:24:08,907 saya akan mewarna untuk tenangkan diri. 452 00:24:10,325 --> 00:24:11,159 Terima kasih 453 00:24:11,242 --> 00:24:13,578 tapi saya tak resah, 454 00:24:13,661 --> 00:24:15,997 ketakutan atau memendam emosi. 455 00:24:16,080 --> 00:24:18,208 Dawn, saya cakap sajalah. 456 00:24:18,291 --> 00:24:20,376 Awak hadang pintu pada malam Sabtu 457 00:24:20,460 --> 00:24:24,297 sebab awak takut makhluk terowong yang tak wujud 458 00:24:24,380 --> 00:24:27,175 tapi awak kata awak tak apa-apa? 459 00:24:30,053 --> 00:24:35,725 Apabila saya rasa cemas, saya selalu menyuarakan ketakutan saya. 460 00:24:35,808 --> 00:24:37,769 Seperti apabila anak Pike itu jatuh. 461 00:24:37,852 --> 00:24:40,313 Saya tahu agak dramatik dan menjengkelkan 462 00:24:40,396 --> 00:24:45,485 tapi apabila saya sebut kemungkinan yang paling dahsyat, itu boleh membantu. 463 00:24:45,568 --> 00:24:47,904 Buat saya rasa tak takut lagi. 464 00:24:48,613 --> 00:24:49,948 Masuk akal juga. 465 00:24:50,031 --> 00:24:51,282 Saya tahu awak kuat. 466 00:24:51,366 --> 00:24:53,701 Awak mahu bantu orang lain. 467 00:24:53,785 --> 00:24:56,996 Tapi kadang-kadang awak lebih kuat apabila mengakui 468 00:24:57,622 --> 00:24:59,832 awak perlu orang bantu awak juga. 469 00:25:05,755 --> 00:25:06,965 Hei, Richard. 470 00:25:07,590 --> 00:25:09,217 Ada pensel warna? 471 00:25:10,802 --> 00:25:11,970 Banyak. 472 00:25:14,013 --> 00:25:19,602 Saya mengaku, pada awalnya saya sangsi Spier dan Schafer boleh duduk sebumbung. 473 00:25:19,686 --> 00:25:21,271 Tapi sebenarnya, 474 00:25:21,354 --> 00:25:23,439 kami ada banyak persamaan juga. 475 00:25:24,023 --> 00:25:26,526 Maaf, boleh beri saya sos pedas juga? 476 00:25:30,947 --> 00:25:32,198 Sudah tentu! 477 00:25:32,282 --> 00:25:33,324 Terima kasih. 478 00:25:48,423 --> 00:25:49,757 Saya suka. Semua okey. 479 00:25:50,383 --> 00:25:51,968 Lebih daripada yang disangka. 480 00:25:52,552 --> 00:25:53,970 - Rasanya kuat. - Aduhai. 481 00:25:55,888 --> 00:25:59,183 Saya dan Mary Anne akan sentiasa rasa macam adik-beradik 482 00:25:59,267 --> 00:26:01,978 walau apa pun keputusan mak ayah kami. 483 00:26:02,770 --> 00:26:05,148 - Selamat malam. - Selamat malam. 484 00:26:09,902 --> 00:26:11,821 Boleh? Hanya untuk malam ini? 485 00:26:13,781 --> 00:26:14,949 Sudah tentu. 486 00:26:40,350 --> 00:26:42,435 BERDASARKAN SIRI NOVEL ANN M. MARTIN 487 00:27:41,953 --> 00:27:44,372 Terjemahan sari kata oleh Nursyazela