1 00:00:35,745 --> 00:00:37,115 SPA TERAPUNG LIQUID BLISS 2 00:01:54,490 --> 00:01:56,830 Sejauh mana kita perlu risau tentang mereka? 3 00:01:58,369 --> 00:02:00,579 Saya nilaikan kerisauan saya tujuh. 4 00:02:03,123 --> 00:02:07,133 Jangan tanya jika saya risaukan Toni atau tak, sebab memang tidak. 5 00:02:07,211 --> 00:02:10,011 Saya tak pedulikan dia lagi. 6 00:02:10,589 --> 00:02:13,549 Okey, tapi Fatin pun hilang juga. 7 00:02:13,634 --> 00:02:15,764 Dia curi dua tin bekalan air kita, 8 00:02:15,845 --> 00:02:20,055 jadi kita tak perlu risau atau mendoakan dia. 9 00:02:20,182 --> 00:02:21,772 Betulkah dia yang curi? 10 00:02:21,851 --> 00:02:23,191 Memang dia yang curi! 11 00:02:23,269 --> 00:02:26,359 -Memang dia. -Tanda yang menyatakan dia memang tinggi. 12 00:02:26,438 --> 00:02:27,568 Memang cara Fatin. 13 00:02:27,648 --> 00:02:31,108 Ini cukup menjelaskan betapa dia peduli akan kebajikan kita. 14 00:02:39,326 --> 00:02:40,826 Saya nak semua orang sedar 15 00:02:40,911 --> 00:02:43,661 yang perbuatan saya ini atas dasar kasih sayang. 16 00:02:45,374 --> 00:02:49,714 "Sejujurnya, saya tak suka digelar biasa sebab takkan betina biasa 17 00:02:49,795 --> 00:02:53,125 "berasmara dengan Elon Musk di parti kapal layar 18 00:02:53,716 --> 00:02:58,256 "dan menjadi inspirasi untuk rekaan Tesla baharu? 19 00:02:58,846 --> 00:02:59,886 "Jangan kecam saya." 20 00:03:04,977 --> 00:03:07,057 "Saya nak berpeluh? 21 00:03:07,146 --> 00:03:09,646 "Dalam busana Gucci? Jangan harap." 22 00:03:10,232 --> 00:03:12,822 Saya rasa bersalah nak ketawa, tapi... 23 00:03:15,070 --> 00:03:16,410 "Saya wanita Virgo 24 00:03:16,488 --> 00:03:19,238 "dengan bulan Pisces, jadi kalian boleh blah." 25 00:03:19,325 --> 00:03:20,365 Saya nak cuba. 26 00:03:25,164 --> 00:03:28,084 "Saya alami HPV yang teruk." 27 00:03:32,463 --> 00:03:33,883 Apa? Teruk sangat? 28 00:03:38,302 --> 00:03:39,642 Semua okey, Dot? 29 00:03:42,306 --> 00:03:43,466 Pemetik api dah hilang. 30 00:03:45,059 --> 00:03:47,059 Awak hilangkan pemetik api? 31 00:03:47,144 --> 00:03:50,654 -Bagaimana kita nak... -Biarkan api isyarat terus menyala. 32 00:03:51,523 --> 00:03:54,283 Jerang air, itu pun kalau jumpa. 33 00:03:54,360 --> 00:03:57,610 Saya tahu saya silap dan maafkan saya. 34 00:03:57,696 --> 00:04:01,486 Tapi jika awak nak buat saya rasa bersalah, jangan buang masa. 35 00:04:01,575 --> 00:04:03,785 Saya dah cukup rasa bersalah. 36 00:04:06,205 --> 00:04:08,995 Kita mesti kawal apinya baik-baik. 37 00:04:09,667 --> 00:04:11,627 Jaga api, kerap tambah kayu. 38 00:04:15,756 --> 00:04:18,676 Buku ini sesuai dibuat bahan bakar untuk... 39 00:04:18,759 --> 00:04:19,639 Bagi balik. 40 00:04:21,011 --> 00:04:22,101 Bagi saya balik. 41 00:04:22,179 --> 00:04:24,809 -Hei! Hentikan! -Lepaskan dia, Leah! 42 00:04:24,890 --> 00:04:27,770 Ada hati nak gelar saya gila. 43 00:04:27,851 --> 00:04:28,981 Bagi balik! 44 00:04:30,437 --> 00:04:31,607 Rachel! 45 00:04:34,483 --> 00:04:36,493 Ini milik Fatin, bukan? 46 00:04:51,291 --> 00:04:52,711 Nah. 47 00:04:52,793 --> 00:04:54,963 Ibuprofen saja, bukan ubat lebih kuat. 48 00:04:55,045 --> 00:04:56,205 Terima kasih. 49 00:04:58,799 --> 00:05:00,839 Masih tak pandai nak menelan pil. 50 00:05:00,926 --> 00:05:01,756 Bosan mencuba. 51 00:05:01,844 --> 00:05:04,604 Dengan berserah, awak akan ada banyak tenaga 52 00:05:04,680 --> 00:05:06,020 untuk yang lain. 53 00:05:06,974 --> 00:05:11,274 Sebenarnya, saya mahu dengar berita yang lebih memberangsangkan. 54 00:05:12,187 --> 00:05:14,057 Kargo tersebut telah diambil. 55 00:05:14,106 --> 00:05:16,396 Tak dikesan dan kos minimum. 56 00:05:18,402 --> 00:05:21,612 -Awak kecewa. -Kalaulah awak boleh berada di sana. 57 00:05:22,740 --> 00:05:25,280 Ya, tapi bukan masa yang sesuai. 58 00:05:26,869 --> 00:05:27,789 Beginilah, 59 00:05:27,870 --> 00:05:30,330 kita letak pasukan yang pakar di lapangan. 60 00:05:30,414 --> 00:05:33,544 Walaupun kita tak mampu mengawasinya, tak bermakna gagal. 61 00:05:33,625 --> 00:05:36,625 Dia mungkin di sebelah barat dan kamera kita rosak. 62 00:05:37,296 --> 00:05:39,166 Salah siapa? 63 00:05:40,674 --> 00:05:42,344 Bukan salah dia semata-mata. 64 00:05:42,426 --> 00:05:44,636 Angin kencang mungkin merosakkannya. 65 00:05:45,220 --> 00:05:47,850 Dia tak patut sikat rambutnya begitu. 66 00:05:47,931 --> 00:05:49,521 Jambulnya tinggi sangat. 67 00:05:50,017 --> 00:05:50,847 Alamak. 68 00:05:52,186 --> 00:05:53,016 Apa? 69 00:05:53,103 --> 00:05:55,443 Awak makin cerewet apabila stres. 70 00:05:55,522 --> 00:05:57,522 Mungkin saya kurang selesa ada orang 71 00:05:57,608 --> 00:05:59,818 yang membenci saya sebagai majikannya. 72 00:06:00,402 --> 00:06:01,952 Dia tak bencikan awak. 73 00:06:02,613 --> 00:06:04,703 Cuma sejak insiden itu, 74 00:06:04,782 --> 00:06:07,912 dia lebih melindungi subjek. 75 00:06:09,036 --> 00:06:09,866 Alex! 76 00:06:11,121 --> 00:06:12,121 Awak okey? 77 00:06:14,249 --> 00:06:15,379 Betul? 78 00:06:15,876 --> 00:06:18,376 Saya rasa sebagai seseorang yang kini 79 00:06:18,462 --> 00:06:22,012 lebih berminat dengan kebajikan peserta kita, 80 00:06:22,091 --> 00:06:24,761 mesti awak lebih khuatir dengan kehilangan Fatin. 81 00:06:26,804 --> 00:06:28,974 Bolehkah saya berterus terang? 82 00:06:29,473 --> 00:06:30,313 Sudah tentu. 83 00:06:30,390 --> 00:06:33,190 Kenapa kita tak hantar orang mencarinya? 84 00:06:34,228 --> 00:06:38,768 Antara sebabnya, ini Fatin. 85 00:06:39,358 --> 00:06:42,948 Dia bukan sejenis manusia lemah. 86 00:06:44,655 --> 00:06:48,365 Dia lebih cekal daripada yang awak sangka. 87 00:06:54,623 --> 00:06:55,623 Saya berhenti! 88 00:06:58,085 --> 00:06:59,165 Dengar tak? 89 00:07:00,295 --> 00:07:03,415 Semua kawan saya siarkan gambar di Minggu Pantai Cabo, 90 00:07:03,507 --> 00:07:06,927 sedangkan saya terperuk di rumah berlatih celo? 91 00:07:08,804 --> 00:07:11,814 Rumah di Pacific Heights dah ada tiga tawaran. 92 00:07:11,890 --> 00:07:16,020 Masa untuk hubungi ejen lain dan beritahu ada perang bida. 93 00:07:16,645 --> 00:07:18,855 Ada orang dah mula memasang strategi. 94 00:07:19,898 --> 00:07:23,278 Nampak dan rasa berkuasa. 95 00:07:23,360 --> 00:07:25,860 Orang boleh kesan meskipun melalui telefon. 96 00:07:25,946 --> 00:07:27,486 Aduhai! Saya ini halimunankah? 97 00:07:27,573 --> 00:07:29,703 Jaga bahasa kamu di depan adik-adik. 98 00:07:29,783 --> 00:07:31,163 Kalau begitu, dengarlah! 99 00:07:31,910 --> 00:07:34,120 Latihan ini membunuh saya. 100 00:07:34,621 --> 00:07:37,121 Saya baru 17 dan dah alami trauma. 101 00:07:37,207 --> 00:07:40,167 Tengoklah postur saya! 102 00:07:41,628 --> 00:07:44,798 Masuk tahun akhir, rupa saya boleh macam Quasimodo, 103 00:07:44,882 --> 00:07:47,132 dan bukannya sebab payudara besar. 104 00:07:47,217 --> 00:07:50,137 Dia akan sebut tentang kukunya dalam tiga, dua... 105 00:07:50,220 --> 00:07:52,430 Tidak, tapi sebab mak dah sebut, 106 00:07:52,514 --> 00:07:54,104 tengoklah kuku saya. 107 00:07:54,183 --> 00:07:58,023 Sayang kamu tak hargai anugerah kamu. Suatu hari kamu akan sedar. 108 00:07:59,771 --> 00:08:03,321 Rana, awak yang nak anak-anak dapat pendidikan yang sempurna. 109 00:08:03,400 --> 00:08:05,440 Kalau terperap saja, tak mungkin. 110 00:08:05,527 --> 00:08:07,487 -Dia bukan terperap. -Sama saja. 111 00:08:07,571 --> 00:08:11,581 Peluangnya ke Juilliard takkan terjejas dengan sedikit kebebasan. 112 00:08:18,040 --> 00:08:19,330 Ayah dengan anak ini... 113 00:08:20,417 --> 00:08:23,667 Baiklah, tapi hanya pada hari Sabtu. 114 00:08:23,754 --> 00:08:25,304 -1.00 pagi? -11.30 malam. 115 00:08:25,380 --> 00:08:27,630 Jangan nak melebih-lebih. 116 00:08:32,471 --> 00:08:35,931 Pelik tak? Kenapa bajunya koyak dan berdarah? 117 00:08:36,767 --> 00:08:39,977 Mungkin disebabkan pergaduhan dia dan Leah semalam. 118 00:08:40,062 --> 00:08:43,022 Tak banyak darahlah. Saya tak koyakkan seluarnya. 119 00:08:43,106 --> 00:08:44,476 Itu yang buat saya risau. 120 00:08:44,566 --> 00:08:46,816 -Ada benda yang serang dia? -Jangan mula. 121 00:08:46,902 --> 00:08:49,282 Jangan biar dia pengaruhi awak. Itu hanya 122 00:08:49,363 --> 00:08:51,493 nak alih perhatian kita tentang semalam. 123 00:08:51,573 --> 00:08:52,623 Ini bukan hal saya. 124 00:08:54,243 --> 00:08:55,493 Saya jumpa di sini. 125 00:08:56,328 --> 00:08:57,198 Di sini. 126 00:08:59,248 --> 00:09:01,538 Jika dia diserang haiwan, 127 00:09:01,625 --> 00:09:03,915 kawasan ini mesti ada kesan lain. 128 00:09:04,002 --> 00:09:06,592 Okey? Mesti ada bukti lain lebih jelas. 129 00:09:06,672 --> 00:09:11,132 Saya tak rasa dia sengaja nak koyakkan baju mahalnya. 130 00:09:13,011 --> 00:09:14,601 Apa kita nak buat sekarang? 131 00:09:19,309 --> 00:09:20,849 Kita mesti cari dia. 132 00:09:20,936 --> 00:09:23,436 Dia mungkin pergi kerana nak mengenakan kita, 133 00:09:23,522 --> 00:09:26,612 atau sedang melancap dengan berus gigi elektriknya, 134 00:09:28,026 --> 00:09:31,816 tapi kita tahu dia takkan bertahan di dalam hutan. 135 00:09:31,905 --> 00:09:34,485 Saya akan balik ke kem. Kawal api. 136 00:09:34,574 --> 00:09:35,584 Tak boleh. 137 00:09:35,659 --> 00:09:36,829 Awak mesti ikut kami. 138 00:09:36,910 --> 00:09:40,290 Awak lebih cekap menjejak berbanding sesiapa dan lagipun 139 00:09:40,372 --> 00:09:42,332 awak tahu cara kendalikan ular. 140 00:09:43,709 --> 00:09:45,419 Saya boleh tengokkan api. 141 00:09:45,502 --> 00:09:47,212 Tak! Ini bukan setakat tengok. 142 00:09:47,296 --> 00:09:49,586 Mesti tahu jenis kayu yang nak digunakan... 143 00:09:49,673 --> 00:09:53,093 Ranting dan kayu kecil paling sesuai. Lebih kurus, lebih baik. 144 00:09:53,176 --> 00:09:56,886 Jangan guna kayu basah, mesti banyak oksigen. 145 00:10:01,852 --> 00:10:04,232 Baiklah, kita mula mencari? 146 00:10:04,813 --> 00:10:07,483 Mungkin dengar Fatin merungut sebelum nampak dia. 147 00:10:07,566 --> 00:10:10,356 Cuba dengar orang mengadu tentang rambutnya. 148 00:10:10,444 --> 00:10:11,654 Entahlah. 149 00:10:11,737 --> 00:10:15,867 Saya rasa keperibadian Fatin bukanlah secetek yang dipamerkannya. 150 00:10:15,949 --> 00:10:19,039 Pernah tengok tangannya? Kasar sungguh! 151 00:10:19,119 --> 00:10:23,869 Apa pun kerjanya sebelum dia ke sini, dia bukan main-main. 152 00:11:34,694 --> 00:11:36,154 Alamak! 153 00:11:48,250 --> 00:11:49,460 Fatin? 154 00:11:51,211 --> 00:11:53,001 Dah pukul 12.47. 155 00:11:54,923 --> 00:11:57,093 Kamu janji dengan mak, pukul 11.30. 156 00:11:57,175 --> 00:11:58,715 Ayah janji dengan mak kamu. 157 00:11:58,802 --> 00:12:00,852 Studio itu macam kubu bawah tanah. 158 00:12:00,929 --> 00:12:02,719 Tak sedar yang dah lewat sangat. 159 00:12:03,306 --> 00:12:05,056 Kamu hadiri latihan... 160 00:12:06,518 --> 00:12:07,438 berpakaian begitu? 161 00:12:09,146 --> 00:12:10,556 Maafkan saya. 162 00:12:11,481 --> 00:12:12,821 Saya takkan buat lagi. 163 00:12:14,359 --> 00:12:19,239 Boleh tak kalau ayah pujuk mak, 164 00:12:19,823 --> 00:12:24,243 dan nanti minta izin untuk lewatkan masa lagi? 165 00:12:26,204 --> 00:12:28,464 -Mak takkan mengalah. -Ya, mustahil. 166 00:12:28,540 --> 00:12:31,420 Ikutkan mak, dia akan gari saya pada celo. 167 00:12:31,501 --> 00:12:33,671 Mak mungkin akan suka begitu. 168 00:12:34,463 --> 00:12:35,423 Maaf. 169 00:12:35,505 --> 00:12:38,755 Mak kamu nampak kehebatan kamu. 170 00:12:38,842 --> 00:12:40,642 Ayah tahu memang memeritkan, 171 00:12:40,719 --> 00:12:45,219 tapi kegigihan mak kamu ada ganjarannya. 172 00:12:45,307 --> 00:12:48,017 Dia nak yang terbaik untuk kamu. 173 00:12:48,101 --> 00:12:50,061 Mak akan mendesak hingga saya rebah. 174 00:12:54,566 --> 00:12:58,646 Ayah tak pernah beritahu kamu, tapi datuk dan nenek kamu, 175 00:12:59,446 --> 00:13:01,106 tak beri muka kepada ayah. 176 00:13:01,198 --> 00:13:06,158 Jika pencapaian ayah bukan A++, mereka ugut nak hantar ayah ke Tirich Mir. 177 00:13:07,370 --> 00:13:09,160 Kem perang di Banjaran Himalaya. 178 00:13:09,247 --> 00:13:10,867 Ya Tuhan. Sampainya hati. 179 00:13:11,708 --> 00:13:14,918 Sebenarnya, ayah rasa mereka reka cerita saja. 180 00:13:15,962 --> 00:13:20,012 Ada orang akan menyerlah apabila didesak. Macam mak kamu. 181 00:13:20,967 --> 00:13:22,337 Kamu macam ayah, nak. 182 00:13:23,136 --> 00:13:24,846 Ayah tak suka nak mengaku. 183 00:13:25,972 --> 00:13:29,732 Kita perlukan kebebasan, sedikit hiburan. 184 00:13:31,061 --> 00:13:33,061 Kita cuma perlu kawal diri. 185 00:13:33,897 --> 00:13:37,647 Sukar nak berunding dengan mak kamu apabila kamu sebegini lewat. 186 00:13:37,734 --> 00:13:40,654 Ayah juga tak mahu berbohong dengan mak kamu, okey? 187 00:13:41,363 --> 00:13:42,573 Okey. 188 00:13:47,118 --> 00:13:50,618 Kamu nak ke mana? Hiburan kegemaran ayah semakin menarik. 189 00:13:50,705 --> 00:13:53,325 Ayah membida tiga lelongan jam. 190 00:13:54,417 --> 00:13:57,207 Jam Rolex yang kamu minat itu baru dilelong. 191 00:13:57,295 --> 00:13:59,335 Ini yang saya tak faham. 192 00:13:59,422 --> 00:14:01,632 Ayah sanggup berbelanja besar, 193 00:14:01,716 --> 00:14:03,836 tapi bagaimana kalau palsu? 194 00:14:03,927 --> 00:14:05,887 Semak sejarahnya. 195 00:14:07,180 --> 00:14:12,350 Ayah percaya generasi kamu menggelarnya resit. 196 00:14:14,563 --> 00:14:16,653 Teruklah ayah ini! 197 00:14:16,731 --> 00:14:21,531 Jangan sebut lagi atau saya boleh mati. 198 00:14:33,373 --> 00:14:34,463 Fatin! 199 00:14:38,920 --> 00:14:40,670 Dia selamat. 200 00:14:40,755 --> 00:14:42,965 Dia mesti selamat. 201 00:14:43,550 --> 00:14:44,760 Dia tak apa-apa, bukan? 202 00:14:44,843 --> 00:14:48,603 Masih besar lagi kawasan nak diteroka. Kita akan jumpa dia. 203 00:14:49,848 --> 00:14:51,598 Kalau awak nak alih perhatian, 204 00:14:51,683 --> 00:14:54,483 kita boleh bermain Sanggupkah Anda... 205 00:14:54,561 --> 00:14:55,601 -Tak. -Tak mahu! 206 00:14:55,687 --> 00:15:00,027 Apa salahnya? Bolehlah kita melupakan kerisauan kita seketika. 207 00:15:01,192 --> 00:15:02,362 Saya boleh mula. 208 00:15:03,069 --> 00:15:05,359 Untuk pengetahuan, ini bukan idea saya. 209 00:15:05,447 --> 00:15:07,737 Saya dengar daripada ahli pasukan saya. 210 00:15:07,824 --> 00:15:12,124 Sanggupkah awak makan dadih asli sahaja sepanjang hayat awak? 211 00:15:12,203 --> 00:15:14,963 Bukan dadih vanila, ini dadih asli. 212 00:15:16,082 --> 00:15:17,462 Atau seks oral dengan ayah? 213 00:15:17,542 --> 00:15:19,042 -Apa? -Apa? 214 00:15:19,127 --> 00:15:21,207 -Saya pilih dadih! -Dadihah! 215 00:15:21,296 --> 00:15:25,586 Tolonglah fokus. Fatin dah lama hilang dan kita masih nak main-main. 216 00:15:25,675 --> 00:15:27,465 -Kami tak mahu stres. -Saya tahu, 217 00:15:27,552 --> 00:15:30,762 tapi kita mesti lebih berjaga-jaga sekarang. 218 00:15:31,598 --> 00:15:34,228 Ini dah macam cerita seram. 219 00:15:34,309 --> 00:15:36,849 Sekumpulan pemudi, berjalan di dalam hutan, 220 00:15:36,936 --> 00:15:39,056 kemudian sebaik saja seorang tergelak, 221 00:15:39,147 --> 00:15:43,107 atau mula lupa diri, ada sesuatu yang mengambil seorang demi seorang. 222 00:15:43,818 --> 00:15:47,198 Mulalah dia buat cerita yang kita tak nak dengar. 223 00:15:47,280 --> 00:15:50,080 Tidak. Kita tak tahu ada apa di dalam hutan ini. 224 00:15:50,158 --> 00:15:52,158 Semalam, semasa saya merayau-rayau, 225 00:15:52,243 --> 00:15:54,753 saya terdengar bunyi haiwan yang menakutkan. 226 00:15:54,829 --> 00:15:57,119 Melolong dan memekik. 227 00:15:57,207 --> 00:16:00,917 Bunyinya ada macam haiwan sebesar ini? 228 00:16:01,002 --> 00:16:02,752 Atau sebesar ini? 229 00:16:02,837 --> 00:16:03,837 Yang itu. 230 00:16:04,714 --> 00:16:05,554 Alamak! 231 00:16:09,511 --> 00:16:10,351 Fatin? 232 00:16:30,156 --> 00:16:33,076 Awak perlu bertenang, dan kalian pun sama. 233 00:16:33,827 --> 00:16:35,037 Kalian semua! 234 00:16:36,162 --> 00:16:37,162 Saya nak pergi! 235 00:16:39,749 --> 00:16:41,749 Sudah tentu awak tak nak. 236 00:16:41,835 --> 00:16:44,495 Awak tak kisah paksa orang buat apa awak nak, 237 00:16:44,587 --> 00:16:47,007 tapi kalau awak tak suka, awak tarik diri. 238 00:16:51,428 --> 00:16:53,298 Saya bukan nak balik. 239 00:16:55,515 --> 00:16:58,015 Saya nak berpecah dan luaskan kawasan carian. 240 00:17:00,937 --> 00:17:02,307 Saya tak tahu. 241 00:17:03,356 --> 00:17:05,606 Saya ikut Rachel. 242 00:17:05,692 --> 00:17:08,032 Jangan berpecah. 243 00:17:12,407 --> 00:17:14,327 Saya tak gila! 244 00:17:22,709 --> 00:17:25,089 Saya tahu menjerit begini takkan membantu. 245 00:17:26,713 --> 00:17:28,803 Tapi sumpah, saya tak gila. 246 00:17:33,261 --> 00:17:34,971 Kita mesti teruskan mencari. 247 00:17:36,806 --> 00:17:38,176 Fatin! 248 00:17:38,266 --> 00:17:41,266 Dia stabil dari segi klinikal. 249 00:17:41,728 --> 00:17:45,768 Keresahan yang dipamerkannya ialah tindak balas stres. 250 00:17:45,857 --> 00:17:48,737 Leah akan keliru sehingga dia tahu sesuatu. 251 00:17:49,444 --> 00:17:54,574 Toni akan baran sehingga dia merosakkan dirinya sendiri. 252 00:17:57,327 --> 00:18:01,617 Fatin pula akan menghilang apabila dia diasak atau terluka. 253 00:18:01,706 --> 00:18:04,786 Itu yang sedang kita saksikan sekarang. 254 00:18:04,876 --> 00:18:09,456 Itu sebab kita belum mahu campur tangan. 255 00:18:12,258 --> 00:18:16,348 Alex, boleh awak naik ke bilik AV dan periksa projektor? 256 00:18:16,429 --> 00:18:19,429 Saya tak faham kenapa ada imej yang berpiksel. 257 00:18:22,352 --> 00:18:23,602 Boleh saja. 258 00:18:35,240 --> 00:18:37,120 Saya dah baca dosirnya. 259 00:18:38,159 --> 00:18:40,619 Itu bukan corak gelagat biasa Fatin. 260 00:18:40,703 --> 00:18:41,703 Tidak. 261 00:18:42,997 --> 00:18:46,537 Fatin tak menghilangkan diri apabila diasak. 262 00:18:50,964 --> 00:18:52,594 Berapa jam berlatih hari ini? 263 00:18:52,674 --> 00:18:55,224 Sejam sendirian, dua jam berkumpulan. 264 00:18:55,301 --> 00:18:56,721 Kamu ada berlatih Brahms? 265 00:18:56,803 --> 00:18:58,813 Beginilah. Saya nak masuk ke dalam. 266 00:18:58,888 --> 00:19:02,018 Sukar nak berehat kalau mak asyik membebel. 267 00:19:02,100 --> 00:19:04,600 Bakar ayam, bukan anak awak! 268 00:19:06,229 --> 00:19:07,059 Dah jam berapa? 269 00:19:07,689 --> 00:19:09,189 Pukul 1.25. 270 00:19:09,274 --> 00:19:12,404 Dah hampir masa untuk bida terakhir lelongan jam itu. 271 00:19:12,485 --> 00:19:14,395 Boleh ambilkan tablet ayah? 272 00:19:14,487 --> 00:19:17,567 Tak mahu ada sesiapa rebut peluang kita. 273 00:19:17,657 --> 00:19:20,197 Ayah ada tiga minit lagi, jadi tak apa. 274 00:19:20,285 --> 00:19:23,155 Okey. Tolong perhatikan. 275 00:19:30,295 --> 00:19:31,375 Bagilah tengok sikit - sesuatu untuk buat awak teringatkan saya 276 00:19:31,462 --> 00:19:32,552 Hantar lagi - Tolong (Saya terangsang sampai lupa diri) 277 00:19:36,175 --> 00:19:38,635 ada orang bertanya saya pakai apa 278 00:19:38,720 --> 00:19:41,180 beritahu bila kita boleh bertemu dan saya akan beritahu pakaian saya 279 00:19:41,764 --> 00:19:42,774 Ada bidaan baharu? 280 00:19:44,601 --> 00:19:46,141 Tak. Tiada yang baharu. 281 00:19:46,227 --> 00:19:49,557 Nampaknya malam ini kita semua pemenang! 282 00:19:51,983 --> 00:19:53,193 Rasa sikit. 283 00:19:56,154 --> 00:19:57,784 Awak memang hebat! 284 00:19:58,740 --> 00:20:00,910 -Sedap bukan? -Enak sekali! 285 00:20:08,416 --> 00:20:09,746 Itu hanya gambar zakar. 286 00:20:09,834 --> 00:20:11,544 Ya, tapi itu ayah awak! 287 00:20:11,628 --> 00:20:12,748 Apa sajalah. 288 00:20:12,837 --> 00:20:16,927 Dia hantar gambar lucah itu kepada berdozen gadis murahan. 289 00:20:17,008 --> 00:20:19,638 Ada yang dia pernah berhubungan seks pun. 290 00:20:22,305 --> 00:20:25,925 Tiada sebab lagi untuk saya menghormati privasinya. 291 00:20:26,017 --> 00:20:27,437 Dia yang tayang dulu. 292 00:20:27,518 --> 00:20:31,398 Awak nak berkongsi foto itu dengan semua kenalan dalam fonnya? 293 00:20:32,440 --> 00:20:34,030 Takkan ada orang tahu. 294 00:20:34,108 --> 00:20:36,988 Saya dah sulitkannya. 295 00:20:37,946 --> 00:20:39,856 Pastikan saya tiada kaitan. 296 00:20:41,950 --> 00:20:44,120 Nak tahu apa saya suka tentang awak? 297 00:20:44,786 --> 00:20:47,536 Awak tak rasa perlu untuk berbual kosong. 298 00:20:51,209 --> 00:20:54,839 Dah kita berdua saja, awak perasan tak betapa gilanya Leah? 299 00:20:54,921 --> 00:20:58,631 Aduhai! Cara dia "menjaga" buku cerita karangan temannya itu. 300 00:20:58,716 --> 00:21:00,676 Tolonglah. Boleh relaks sikit? 301 00:21:02,303 --> 00:21:04,103 Macam sehati sejiwa. 302 00:21:06,099 --> 00:21:09,599 Maksud saya, kalian cuba saling memberikan nasihat yang sama. 303 00:21:10,645 --> 00:21:11,595 Tak. 304 00:21:12,605 --> 00:21:14,185 Dia lebih gila. 305 00:21:16,484 --> 00:21:17,534 Yalah. 306 00:21:20,488 --> 00:21:21,318 -Alamak! -Aduh! 307 00:21:21,406 --> 00:21:22,906 -Apa ini? -Awak okey? 308 00:21:22,991 --> 00:21:25,791 -Kenapa tanah ini menarik saya? -Pegang saya. 309 00:21:26,786 --> 00:21:28,956 -Bertenang! -Tanah ini menarik saya. 310 00:21:29,038 --> 00:21:30,918 -Saya pegang awak. -Kenapa? 311 00:21:30,999 --> 00:21:32,079 Kenapa? 312 00:21:38,297 --> 00:21:43,137 Tidak. 313 00:21:43,219 --> 00:21:45,809 -Jangan! Rachel! -Saya boleh. 314 00:21:45,888 --> 00:21:47,888 Saya boleh keluar! 315 00:21:47,974 --> 00:21:49,934 -Rachel! Berhenti! -Saya boleh. 316 00:21:50,018 --> 00:21:51,978 -Sudah! -Tolong! 317 00:21:52,061 --> 00:21:54,771 -Awak memburukkannya! -Tolong! Tarik dia keluar! 318 00:21:54,856 --> 00:21:55,856 Okey. 319 00:21:57,525 --> 00:21:58,685 Apa saya nak buat? 320 00:22:00,028 --> 00:22:00,858 Fikirlah. 321 00:22:01,320 --> 00:22:03,570 -Jangan melawan saya! -Usah pegang saya! 322 00:22:03,656 --> 00:22:06,406 Shelby! Berhenti! Jangan gerak! 323 00:22:07,326 --> 00:22:08,826 Jalan ikut belakang. 324 00:22:11,289 --> 00:22:13,419 Pegang tangan saya. 325 00:22:13,499 --> 00:22:15,169 Janganlah padam! 326 00:22:16,878 --> 00:22:18,498 Tolong keluarkan saya! 327 00:22:19,839 --> 00:22:21,469 Hulurkan tangan awak. 328 00:22:22,717 --> 00:22:25,677 Jangan melawan. Dengar cakap saya. 329 00:22:25,762 --> 00:22:28,432 Awak mesti berhenti bergerak, okey? 330 00:22:29,932 --> 00:22:31,182 Jangan melawan. 331 00:22:31,642 --> 00:22:34,272 Keadaan akan jadi lebih mudah. 332 00:22:36,397 --> 00:22:38,267 Bertenang. 333 00:22:39,067 --> 00:22:43,147 Biar kami tolong awak. Sekarang, tarik nafas. 334 00:22:45,907 --> 00:22:47,197 Bertenang. 335 00:22:47,283 --> 00:22:48,833 Tarik nafas. 336 00:22:49,619 --> 00:22:50,829 Hembus. 337 00:22:52,413 --> 00:22:53,793 Tarik nafas. 338 00:22:59,837 --> 00:23:01,797 Kami cuma nak bantu awak, okey? 339 00:23:01,881 --> 00:23:05,381 Selepas tiga. Satu, dua, tiga. 340 00:23:34,705 --> 00:23:39,535 Tuhan tahu saya sukar mengalah, tapi ada ketikanya... 341 00:23:40,920 --> 00:23:42,420 kumpulan pencari ini... 342 00:23:42,505 --> 00:23:45,125 Ya, betul cakapnya. 343 00:23:46,467 --> 00:23:49,427 Kita berhenti dulu. Esok kita mula awal pagi. 344 00:23:49,512 --> 00:23:51,142 Kita mesti teruskan mencari. 345 00:23:53,015 --> 00:23:54,725 Kita tak boleh berhenti. 346 00:23:56,144 --> 00:23:58,154 Hari dah nak malam, Leah. 347 00:23:58,229 --> 00:24:01,439 Awak nak kita terkapai-kapai di dalam gelap? 348 00:24:04,652 --> 00:24:06,452 Kita mesti cari dia. 349 00:24:15,413 --> 00:24:18,883 Fatin! 350 00:24:39,145 --> 00:24:40,265 Mak? 351 00:24:40,354 --> 00:24:44,364 Mak tak tahu nak buat apa. 352 00:24:46,235 --> 00:24:49,405 -Mak tak tahu nak buat apa. -Tak apa, saya ada. 353 00:25:06,505 --> 00:25:08,835 Mak selalu cantik pakai gincu warna ini. 354 00:25:29,862 --> 00:25:32,032 Maafkan saya, mak. 355 00:25:32,865 --> 00:25:34,155 Fatin! 356 00:25:39,538 --> 00:25:40,868 Leah! 357 00:25:40,957 --> 00:25:43,537 -Fatin! -Apa khabar? 358 00:25:43,626 --> 00:25:45,206 -Fatin! -Fatin! 359 00:25:45,294 --> 00:25:47,714 Ya Tuhan! Kenapa dengan awak? 360 00:25:47,797 --> 00:25:49,047 Itu pengilap kukukah? 361 00:25:49,131 --> 00:25:52,641 Itu yang awak buat selama ini? Mengecat kuku? 362 00:25:52,718 --> 00:25:54,178 Kami dah puas mencari awak! 363 00:25:54,262 --> 00:25:57,182 Selama ini awak berias kuku? 364 00:25:59,475 --> 00:26:00,425 Dah selesai? 365 00:26:01,602 --> 00:26:03,192 Saya nak tunjukkan sesuatu. 366 00:26:04,355 --> 00:26:05,355 Apa? 367 00:26:36,012 --> 00:26:38,312 Ya, Fatin! 368 00:26:40,141 --> 00:26:41,931 Ayuh kawan-kawan! 369 00:26:42,018 --> 00:26:43,228 Ya! 370 00:26:43,311 --> 00:26:45,351 Itukah yang awak cari? 371 00:26:46,272 --> 00:26:47,402 Maksud saya, air itu. 372 00:26:48,357 --> 00:26:49,607 Entahlah. 373 00:26:50,568 --> 00:26:52,738 Ya. Tak. 374 00:26:53,738 --> 00:26:56,318 Saya cuma mencari sesuatu yang berguna. 375 00:26:57,575 --> 00:27:01,325 Bijak cara awak menanda haluan. 376 00:27:01,412 --> 00:27:06,212 Ya, apa gunanya ada air kalau kita tak dapat jumpa kembali? 377 00:27:06,292 --> 00:27:09,502 Awak pula selalu ingatkan tentang betapa mudahnya sesat. 378 00:27:10,921 --> 00:27:12,091 Ya! 379 00:27:12,173 --> 00:27:15,223 Sebenarnya, saya sangat bangga dengan awak. 380 00:27:25,770 --> 00:27:26,690 Janganlah! 381 00:27:33,527 --> 00:27:35,947 Ya! Fatin! 382 00:27:37,198 --> 00:27:38,198 Ya! 383 00:27:39,909 --> 00:27:40,909 Fatin! 384 00:27:42,036 --> 00:27:43,366 Ya! 385 00:27:43,454 --> 00:27:44,624 Fatin! 386 00:27:45,081 --> 00:27:47,461 Mak awak rugi tiga penyenaraian minggu ini. 387 00:27:48,334 --> 00:27:50,544 Dia dah segan nak tunjuk muka di masjid. 388 00:27:50,628 --> 00:27:53,258 Adik-adik awak dah malu nak ke sekolah. 389 00:27:53,339 --> 00:27:55,049 Bukan salah saya. 390 00:27:57,134 --> 00:27:58,184 Mak. 391 00:27:58,260 --> 00:28:01,310 Mak, pandang saya. 392 00:28:08,187 --> 00:28:13,187 Kenapa saya yang dihukum sedangkan ayah yang buat onar? 393 00:28:14,360 --> 00:28:18,610 Kehidupan peribadi kami bukan masalah kamu! 394 00:28:18,697 --> 00:28:20,067 Jadi, sayalah yang jahat. 395 00:28:20,157 --> 00:28:21,657 Bukan si curang itu. 396 00:28:21,742 --> 00:28:23,582 Kamu terlalu muda untuk faham, 397 00:28:23,661 --> 00:28:26,371 tapi maksud perkahwinan lebih mendalam, 398 00:28:26,455 --> 00:28:27,665 -ia satu... -Satu? 399 00:28:27,748 --> 00:28:29,038 Ayah ada... 400 00:28:29,125 --> 00:28:31,785 Betul cakap mak kamu. Ayah terlalu manjakan kamu. 401 00:28:32,378 --> 00:28:35,458 Kamu tak tahu hormat kami, keluarga atau apa saja. 402 00:28:35,548 --> 00:28:36,548 Boleh jalan! 403 00:28:42,847 --> 00:28:46,427 Kamu hanya menyusahkan diri sendiri, Fatin. 404 00:28:47,435 --> 00:28:51,685 Sikap dan keengganan kamu untuk patuh dah tak terkawal lagi. 405 00:28:52,773 --> 00:28:54,113 Kami telah memutuskan 406 00:28:54,608 --> 00:28:56,608 masa berjauhan boleh membetulkan 407 00:28:56,694 --> 00:28:59,034 dan menyedarkan kamu. 408 00:29:01,198 --> 00:29:02,738 Apa maksud ayah? 409 00:29:04,660 --> 00:29:07,250 Satu wacana harmoni untuk pemudi. 410 00:29:08,664 --> 00:29:12,924 Dengan harapan yang kamu akan belajar menghormati orang lain. 411 00:29:13,002 --> 00:29:15,092 Saya tak berminat. 412 00:29:15,171 --> 00:29:16,631 Maaf, Fatin. 413 00:29:18,257 --> 00:29:19,427 Kamu tiada pilihan. 414 00:29:23,512 --> 00:29:28,102 Ayah ingat wacana sebegitu boleh selesaikan masalah ini? 415 00:29:29,351 --> 00:29:31,061 Bagaimana ayah tahu? 416 00:29:31,145 --> 00:29:34,015 Ayah guna duit mak dan upah penyiasat persendirian? 417 00:29:38,277 --> 00:29:39,607 Jawablah! 418 00:29:40,738 --> 00:29:42,778 Demi Tuhan, 419 00:29:42,865 --> 00:29:45,325 ayah tak faham sebabnya kamu buat begini. 420 00:29:46,494 --> 00:29:48,334 Ayah jadi kawan kamu. 421 00:29:49,205 --> 00:29:52,365 Ayah faham kamu sebab kita banyak persamaan. 422 00:29:52,458 --> 00:29:53,708 Kita tak sama langsung. 423 00:29:53,792 --> 00:29:57,132 Kita ambil apa kita nak, tak suka dikongkong dan berseronok. 424 00:29:57,213 --> 00:29:59,343 Saya tak lukai hati orang tersayang. 425 00:29:59,423 --> 00:30:03,433 Perbuatan kamu ini jauh lebih teruk. Kamu masih tak nampak? 426 00:30:06,889 --> 00:30:10,099 Ayah memang keji. 427 00:30:11,519 --> 00:30:14,649 Mungkin mak belum nampak, tapi dia akan sedar. 428 00:30:15,606 --> 00:30:18,276 Kamu membahayakan keluarga kita. 429 00:30:18,359 --> 00:30:21,359 Dengan adanya kamu, keluarga ini tak selamat lagi. 430 00:30:22,404 --> 00:30:25,914 Selepas wacana harmoni itu, kamu akan ke asrama di Oregon. 431 00:30:25,991 --> 00:30:30,121 Didikan Islam yang ketat untuk membetulkan kamu. 432 00:30:30,204 --> 00:30:32,254 -Biar betul. -Kami tak main-main. 433 00:30:33,874 --> 00:30:35,834 Kamu yang sengaja cari pasal. 434 00:31:09,952 --> 00:31:10,952 Apa? 435 00:31:11,662 --> 00:31:13,582 Awak dah nak tuntut bilik saya? 436 00:31:17,001 --> 00:31:18,001 Mari sini. 437 00:31:22,756 --> 00:31:23,586 Ya. 438 00:31:24,258 --> 00:31:28,348 Awak suka? Baru dirias. Sedap? 439 00:31:34,226 --> 00:31:35,226 Mari sini. 440 00:31:41,108 --> 00:31:43,778 Ya! Mereka berjaya sampai ke air terjun. 441 00:31:44,570 --> 00:31:46,490 Kurang menyusahkan kita. 442 00:31:46,572 --> 00:31:50,582 Air. Semua berpakat dan bersatu. 443 00:31:50,659 --> 00:31:51,739 Nak meraikannya? 444 00:31:52,328 --> 00:31:54,328 Thom, di mana dia simpan arak? 445 00:31:54,413 --> 00:31:55,543 Saya sayang gadis ini! 446 00:31:55,623 --> 00:31:57,293 Saya lebih awal bersedia. 447 00:31:58,626 --> 00:31:59,456 Syabas. 448 00:32:11,388 --> 00:32:12,468 Saya tak nak. 449 00:32:12,556 --> 00:32:14,136 Simbah ke muka saya. 450 00:32:15,601 --> 00:32:16,441 Apa? 451 00:32:16,518 --> 00:32:19,558 Simbah ke muka saya. 452 00:32:21,815 --> 00:32:23,315 Awak perlu buat, Alex. 453 00:32:23,400 --> 00:32:27,570 Tiada hukuman atau balasan. Hanya lepaskan. 454 00:32:43,712 --> 00:32:44,552 Lega? 455 00:32:45,130 --> 00:32:46,170 Boleh tahan. 456 00:32:46,256 --> 00:32:50,046 Bagus. Sudah-sudahlah dengan sikap nak melawan. 457 00:32:50,969 --> 00:32:54,559 Teliti dan buat betul-betul serta jangan kecewakan saya lagi. 458 00:32:54,640 --> 00:32:57,430 Kecuaian telah menyebabkan Jeanette mati 459 00:32:57,518 --> 00:32:59,728 dan itu bukan tanggungjawab saya seorang. 460 00:33:00,354 --> 00:33:02,694 Saya rasa masanya dah tiba. 461 00:33:13,242 --> 00:33:16,912 Hati-hati sebab mungkin masih panas. 462 00:33:16,995 --> 00:33:19,745 Biarlah terbakar, saya dah haus sangat. 463 00:33:19,832 --> 00:33:23,342 Nak tahu apa yang sedap dengan air ini? Makanan. 464 00:33:23,419 --> 00:33:25,339 Serius, memang lapar sungguh. 465 00:33:25,421 --> 00:33:27,211 Selepas cakap-cakap kita tadi, 466 00:33:28,215 --> 00:33:31,795 saya tak risau sangat tentang kelaparan. 467 00:33:33,011 --> 00:33:36,641 Saya lebih risau jika benda lain yang lapar jumpa kita. 468 00:33:37,808 --> 00:33:40,188 Berapa lama sehingga air masak? 469 00:33:40,269 --> 00:33:43,189 Paling cepat seminit untuk bunuh semua kuman. 470 00:33:44,606 --> 00:33:46,436 Bagaimana nak tahu dah seminit? 471 00:33:47,443 --> 00:33:49,363 Saya boleh mengira. 472 00:33:50,070 --> 00:33:53,660 Satu seribu, dua seribu. 473 00:33:53,741 --> 00:33:57,701 Mana satu yang betul? Satu seribu atau satu Mississippi? 474 00:33:57,786 --> 00:34:00,536 Saya tak tahu yang mana lebih tepat, jadi... 475 00:34:01,123 --> 00:34:01,963 Hei, Martha. 476 00:34:04,376 --> 00:34:06,956 Nah. Ini boleh membantu. 477 00:34:09,798 --> 00:34:12,008 Ya Tuhan. Cantiknya. 478 00:34:12,092 --> 00:34:14,012 Mestilah cantik kalau $78,000. 479 00:34:16,972 --> 00:34:19,392 Saya tak berani nak sentuh. 480 00:34:19,475 --> 00:34:21,015 Tak mengapa. 481 00:34:21,101 --> 00:34:22,391 Milik saya, milik kita. 482 00:34:22,978 --> 00:34:25,808 Atau, ia sebahagian inventori Dorothy, bukan? 483 00:34:25,898 --> 00:34:26,978 Ya, betul! 484 00:34:42,623 --> 00:34:47,003 Awak tak perlu serahkan semuanya untuk kumpulan. 485 00:34:47,085 --> 00:34:48,915 Seluar dalam bertuah saya. 486 00:34:50,088 --> 00:34:51,468 Jangan beritahu sesiapa. 487 00:34:54,760 --> 00:34:55,590 -Fatin... -Diam. 488 00:34:55,677 --> 00:34:57,097 Saya nak cakap dulu. 489 00:34:58,639 --> 00:35:01,679 Saya tak patut memalukan awak tentang Jeff. 490 00:35:02,768 --> 00:35:03,848 Saya kurang ajar. 491 00:35:03,936 --> 00:35:07,516 Saya tak berhak menilai hubungan awak berdua. 492 00:35:12,444 --> 00:35:14,994 Entah-entah, mungkin dia cintakan awak. 493 00:35:21,328 --> 00:35:23,458 Sejujurnya juga, 494 00:35:27,501 --> 00:35:30,341 saya tak tahu apa-apa tentang cinta. 495 00:35:31,839 --> 00:35:32,669 Giliran saya? 496 00:35:33,215 --> 00:35:34,215 Silakan. 497 00:35:34,299 --> 00:35:37,679 -Semalam, saya memang lancang. -Betul! 498 00:35:38,512 --> 00:35:42,562 Kalaulah bukan saya yang dihina, mungkin saya akan kagum. 499 00:35:48,897 --> 00:35:51,187 Saya nak cuba sesuatu sekarang. 500 00:35:51,817 --> 00:35:55,357 Saya tak janji ini akan berjalan dengan baik. 501 00:36:10,210 --> 00:36:14,090 Memandangkan kita dah berterus terang, 502 00:36:14,172 --> 00:36:16,342 mari kita minum air. 503 00:36:21,597 --> 00:36:22,597 Terima kasih. 504 00:36:41,366 --> 00:36:42,696 Api dah mula malap. 505 00:36:45,871 --> 00:36:46,711 Awak pasti? 506 00:37:23,951 --> 00:37:25,831 Pemangsa tak main-main. 507 00:37:27,454 --> 00:37:30,174 Macam tahu-tahu saja. 508 00:37:30,248 --> 00:37:33,918 Ya, setiap malam makin dekat. 509 00:37:34,795 --> 00:37:39,585 Habis, kenapa kita berjalan-jalan di dalam gelap, sengaja jadi mangsa? 510 00:37:41,218 --> 00:37:42,218 Ini. 511 00:37:46,473 --> 00:37:47,813 Ini kubur Jeanette. 512 00:37:48,809 --> 00:37:52,649 Atau apa yang tinggal. 513 00:37:54,106 --> 00:37:57,816 Kita fikir tak apa tanam dia di sini kerana penyelamat akan datang... 514 00:37:57,901 --> 00:38:00,701 Tapi sekarang dah seminggu. 515 00:38:01,488 --> 00:38:04,448 Kubur yang dangkal, dekat dengan kem. 516 00:38:04,533 --> 00:38:07,373 Ia jadi tarikan yang tak diingini. 517 00:38:11,039 --> 00:38:13,829 Kita patut tanam dia lebih dalam 518 00:38:13,917 --> 00:38:17,167 atau jauh-jauh dari sini. 519 00:38:18,213 --> 00:38:21,593 Apa, gali dia semula? 520 00:38:22,759 --> 00:38:24,719 Bukankah itu agak... 521 00:38:24,803 --> 00:38:25,723 Satu pencabulan? 522 00:38:25,804 --> 00:38:28,224 Saya rasa kita tiada pilihan. 523 00:38:31,601 --> 00:38:33,521 Lantaklah. Biar saya mulakan. 524 00:39:06,887 --> 00:39:09,137 Ke mana menghilangnya mayat Jeanette? 525 00:39:10,891 --> 00:39:12,811 Mungkin kita tak tanam cukup dalam? 526 00:39:12,893 --> 00:39:15,403 Dia tak ditanam dalam pun. Tak mungkin. 527 00:39:15,479 --> 00:39:17,399 Mungkin ini bukan kuburnya. 528 00:39:17,481 --> 00:39:19,731 Ini memang kuburnya. Saya dah kira. 529 00:39:20,692 --> 00:39:23,072 Tiga puluh lima meter dari kem. 530 00:39:23,153 --> 00:39:26,703 Apa maksudnya? Dia hidup semula dan bangun macam zombie? 531 00:39:26,782 --> 00:39:28,412 Dihidupkan semula? 532 00:39:28,492 --> 00:39:32,582 Pelik betul. Mayatnya takkan hilang begitu saja. 533 00:39:34,915 --> 00:39:37,165 Mungkin dia dihanyutkan ombak. 534 00:39:38,710 --> 00:39:41,050 Penandanya dah hilang. 535 00:39:41,129 --> 00:39:44,379 Tanahnya basah. Pasir juga dah berubah. 536 00:39:44,466 --> 00:39:47,886 -Arus pasang surut boleh alihkan mayat? -Ya, boleh saja. 537 00:39:47,969 --> 00:39:52,019 Malah kereta, rumah. Tenaga lautan amat besar. 538 00:39:59,689 --> 00:40:03,109 Jeanette mungkin sedang hanyut di lautan. 539 00:40:04,277 --> 00:40:06,567 Sebenarnya agak indah juga. 540 00:40:06,655 --> 00:40:10,695 Alam, merangkul tubuh Jeanette 541 00:40:12,119 --> 00:40:13,579 dan membawa dia pergi. 542 00:40:16,248 --> 00:40:17,708 Selamat jalan, J. 543 00:40:40,105 --> 00:40:41,185 Hei, awak okey? 544 00:40:44,401 --> 00:40:46,111 Awak percaya teorinya? 545 00:40:48,530 --> 00:40:49,780 Entahlah. 546 00:40:52,159 --> 00:40:55,659 Leah was-was dengan kejadian itu. 547 00:40:55,745 --> 00:40:57,325 Dia dapat merasainya. 548 00:40:59,082 --> 00:41:01,002 Dia ada beritahu yang lain? 549 00:41:02,294 --> 00:41:03,884 Tak, saya saja. 550 00:41:05,505 --> 00:41:08,175 Yang lain anggap dia dah hilang akal. 551 00:41:09,593 --> 00:41:10,803 Sebenarnya memang gila. 552 00:41:10,886 --> 00:41:12,846 Namun, awak percayakan dia? 553 00:41:13,638 --> 00:41:16,638 Awak tak rasa dia sengaja mengada-adakan cerita? 554 00:41:16,725 --> 00:41:17,845 Entahlah. 555 00:41:19,394 --> 00:41:22,194 Mungkin ia disebabkan saya dah mula menyukainya. 556 00:41:23,190 --> 00:41:25,360 Tapi ya, saya percayakan dia. 557 00:41:37,913 --> 00:41:39,123 Saya nak balik. 558 00:41:40,123 --> 00:41:41,373 Awak pun patut ikut. 559 00:43:40,994 --> 00:43:43,004 Terjemahan sari kata oleh Aniza Borhan 560 00:43:43,079 --> 00:43:45,079 Penyelia Kreatif Vincent Lim