1 00:00:21,146 --> 00:00:22,272 Hai. 2 00:00:24,066 --> 00:00:25,067 Apa yang awak mahu? 3 00:00:25,984 --> 00:00:28,028 Saya tahu kita sedang bertengkar, 4 00:00:28,111 --> 00:00:31,782 tapi saya harap kita boleh tangguhkannya hari ini 5 00:00:31,865 --> 00:00:35,661 dan pergi ke pengebumian bersama-sama, untuk menghormati Frazar. 6 00:00:36,703 --> 00:00:37,704 Saya tak pergi. 7 00:00:38,330 --> 00:00:40,624 Apa maksud awak? Awak perlu pergi. 8 00:00:40,707 --> 00:00:42,292 Frazar rakan sekelas awak dulu. 9 00:00:42,376 --> 00:00:45,629 - Dia salah seorang kawan baik awak. - Awak tak perlu beritahu saya. 10 00:00:45,712 --> 00:00:49,007 Saya juga tak perlu tengok ayah berpura-pura kenal Frazar 11 00:00:49,091 --> 00:00:52,010 dan gunakan kematiannya untuk menarik perhatian semua. 12 00:00:52,970 --> 00:00:54,221 Saya boleh meratap bersendirian. 13 00:00:54,304 --> 00:00:57,391 Kalau awak tak pergi, seluruh bandar akan bercakap tentang ayah. 14 00:00:57,474 --> 00:01:01,770 Awak buat ini tentang awak. Tak boleh awak berfikir tentang keluarga sekali? 15 00:01:04,022 --> 00:01:06,483 Saya sudah ada keluarga sendiri dan perlu kembali kepada mereka. 16 00:01:06,567 --> 00:01:08,569 Mana Sue? Dia pasti setuju dengan saya. Saya pasti. 17 00:01:08,652 --> 00:01:12,114 Sekarang saya dan Sue pentingkan anak kami. 18 00:01:12,739 --> 00:01:15,075 Awak mungkin faham kalau ada anak sendiri. 19 00:01:15,158 --> 00:01:16,451 Kalau saya ada anak sendiri, 20 00:01:16,535 --> 00:01:18,996 saya akan ajar mereka untuk lindungi reputasi keluarga 21 00:01:19,079 --> 00:01:20,706 dan hadir pada waktu penting. 22 00:01:20,789 --> 00:01:23,458 Aduhai, Emily! Kenapa dengan awak? 23 00:01:23,542 --> 00:01:25,544 Dulu awak sangat… 24 00:01:26,837 --> 00:01:28,338 tak mengikut kebiasaan, 25 00:01:28,422 --> 00:01:31,049 sekarang awak sama seperti ayah. 26 00:01:32,593 --> 00:01:33,677 Pergilah. 27 00:01:34,803 --> 00:01:39,558 Pergi dan pegang tangan ayah. Ingat, awak dah pun pilih dia. 28 00:01:47,858 --> 00:01:49,776 Kehidupanku seperti - Senjata Api Berisi - 29 00:01:56,617 --> 00:02:01,205 Frazar Augustus Stearns lelaki Amherst sejati. 30 00:02:02,956 --> 00:02:07,377 Frazar mempunyai semangat bandar ini. Dia diselubungi bandar ini. 31 00:02:08,127 --> 00:02:11,006 Walaupun sukar untuk saya ucap selamat tinggal… 32 00:02:11,089 --> 00:02:12,090 Mana Austin? 33 00:02:13,342 --> 00:02:14,426 Saya tak tahu. 34 00:02:15,511 --> 00:02:16,845 Pelik dia tiada di sini. 35 00:02:16,929 --> 00:02:19,056 Pelik mereka semua tiada. 36 00:02:19,139 --> 00:02:22,142 Boleh berhenti cakap semuanya pelik? Ia menyakitkan hati. 37 00:02:22,226 --> 00:02:24,269 Lagipun, Emily ada di sini. 38 00:02:24,853 --> 00:02:29,107 Seorang wira yang membawa kemegahan kepada bandar ini. 39 00:02:29,191 --> 00:02:35,906 Hari ini, kita dedikasikan meriam ini untuknya sebagai peringatan kemegahan itu. 40 00:02:35,989 --> 00:02:37,157 Meriam? 41 00:02:37,991 --> 00:02:39,117 Untuk saya? 42 00:02:40,244 --> 00:02:41,453 Frazar! 43 00:02:43,121 --> 00:02:45,040 - Saya Bukan Sesiapa. - Awak di sini. 44 00:02:46,083 --> 00:02:48,418 Saya tak boleh terlepas pengebumian sendiri. 45 00:02:52,422 --> 00:02:57,094 Meriam ini ada di New Bern, tempat Frazar berkorban… 46 00:02:57,177 --> 00:02:58,804 Biar betul dia. 47 00:02:58,887 --> 00:03:00,180 …demi jiwa negara ini. 48 00:03:00,264 --> 00:03:04,601 Maaf. Saya tahu dia ayah awak, tapi itu sangat tak ikhlas. 49 00:03:04,685 --> 00:03:06,520 Dia cuba menghormati awak. 50 00:03:07,229 --> 00:03:09,606 Itu sebab awak pergi berperang, bukan? 51 00:03:10,482 --> 00:03:12,442 Awak sudah jadi agak terkenal, Frazar Stearns. 52 00:03:12,526 --> 00:03:14,987 Apabila perang ini berakhir, 53 00:03:15,487 --> 00:03:18,615 dan negara kita sembuh daripada kelukaan besar ini, 54 00:03:19,283 --> 00:03:23,620 mengingati orang seperti Frazar Stearns 55 00:03:23,704 --> 00:03:27,332 akan menjadi penawar kita. 56 00:03:27,416 --> 00:03:30,627 Bagaimana keadaannya? 57 00:03:31,295 --> 00:03:34,006 - Apa? - Perang. 58 00:03:35,340 --> 00:03:37,009 Ia lebih teruk daripada saya bayangkan. 59 00:03:38,177 --> 00:03:39,928 Seperti saya masuk terus ke dalam neraka, 60 00:03:40,012 --> 00:03:42,514 neraka yang paling gelap. 61 00:03:42,598 --> 00:03:43,557 Seperti Dante. 62 00:03:44,474 --> 00:03:46,894 Ya, seperti Dante. 63 00:03:46,977 --> 00:03:49,229 - Apa awak jumpa di sana? - Kebenaran. 64 00:03:50,731 --> 00:03:53,233 Kebenaran paling benar dan hodoh. 65 00:03:53,734 --> 00:03:54,943 Tak boleh menyorok dalam perang. 66 00:03:55,027 --> 00:03:58,071 Kita fikir kita hadapi musuh, tapi sebenarnya kita hadapi diri sendiri. 67 00:03:59,448 --> 00:04:01,575 Bukan awak saja yang berperang. 68 00:04:01,658 --> 00:04:04,620 Saya tahu. Saya bersimpati tentang awak dan Austin. 69 00:04:04,703 --> 00:04:08,457 Tak mengapa. 70 00:04:09,625 --> 00:04:11,627 Semuanya ada kelebihan. 71 00:04:12,794 --> 00:04:14,213 Saya sudah banyak belajar. 72 00:04:14,296 --> 00:04:15,756 Benarkah? Contohnya? 73 00:04:16,548 --> 00:04:20,511 Saya dapat tahu abang saya tak boleh diharap, 74 00:04:20,594 --> 00:04:22,346 dan kehidupan kami semua lebih baik tanpanya. 75 00:04:23,430 --> 00:04:26,058 Mak dan Vinnie masih cuba menerima, 76 00:04:26,141 --> 00:04:28,519 tapi saya dan ayah semakin kuat. 77 00:04:28,602 --> 00:04:33,106 Tolong berikan penghargaan ikhlas kami kepada rakan tentera kamu… 78 00:04:33,190 --> 00:04:35,567 Saya tak pernah rasa harapan begini bagi keluarga kami. 79 00:04:36,985 --> 00:04:37,986 Apa? 80 00:04:38,070 --> 00:04:41,490 - Maaf. Saya tak percayakan awak. - Apa maksud awak? 81 00:04:42,533 --> 00:04:44,993 Harapan awak kedengaran tak berapa benar. 82 00:04:45,077 --> 00:04:48,872 "…mati semasa dia bersorak untuk rakan 83 00:04:48,956 --> 00:04:53,335 supaya menyerang musuh di seberang landasan kereta api." 84 00:05:08,559 --> 00:05:11,812 Ya. Terima kasih sebab datang. Saya hargainya. 85 00:05:11,895 --> 00:05:13,897 Edward, ini pun awak. 86 00:05:13,981 --> 00:05:16,567 Itu ucapan yang hebat. Menakjubkan. 87 00:05:16,650 --> 00:05:18,569 Sangat bagus. 88 00:05:18,652 --> 00:05:20,404 Terima kasih, Ithamar. Saya gembira awak fikir begitu. 89 00:05:20,487 --> 00:05:24,992 Betul. Maaf sebab curigai awak dulu. 90 00:05:25,075 --> 00:05:27,494 Awak penyokong Kesatuan sejati. 91 00:05:27,578 --> 00:05:31,373 Ya. Saya sedih apabila fikir ada orang fikir sebaliknya. 92 00:05:32,291 --> 00:05:35,961 Bandar ini suka kisah kemunculan semula yang bagus. 93 00:05:36,044 --> 00:05:38,297 Saya bersimpati sebab keluarga awak tiada untuk melihatnya. 94 00:05:38,380 --> 00:05:41,383 - Tapi kami ada. - Evelina! 95 00:05:41,466 --> 00:05:44,636 Saya ucap tahniah kepada ayah awak bagi euloginya yang hebat. 96 00:05:44,720 --> 00:05:46,305 Ya, ia hebat, bukan? 97 00:05:46,388 --> 00:05:48,557 Lincoln sendiri tak boleh beri eulogi sehebat itu. 98 00:05:48,640 --> 00:05:50,017 Betul, tak boleh. 99 00:05:50,100 --> 00:05:52,227 Awak memang pandai membuat ucapan, Edward. 100 00:05:52,311 --> 00:05:54,271 Saya terfikir sebab awak tinggalkan politik. 101 00:05:54,354 --> 00:05:55,564 Saya tak tahu tentang itu. 102 00:05:56,148 --> 00:05:58,358 Sesuatu untuk difikirkan? 103 00:05:59,026 --> 00:06:01,653 Selamat siang untuk kamu berdua. 104 00:06:02,154 --> 00:06:03,363 Selamat siang, Conkey. 105 00:06:05,407 --> 00:06:08,911 - Tahniah, ayah. Ayah berjaya. - Awak fikir begitu? 106 00:06:08,994 --> 00:06:09,995 Sudah tentu. 107 00:06:10,662 --> 00:06:12,664 Saya sangat bangga jadi anak ayah. 108 00:06:14,249 --> 00:06:17,503 Ayuh. Mari ambil jalan jauh untuk balik. Bunga musim bunga dah berkembang. 109 00:06:17,586 --> 00:06:18,587 Okey. 110 00:06:21,173 --> 00:06:22,549 En. Dickinson. 111 00:06:36,271 --> 00:06:38,232 Sue, awak datang. 112 00:06:38,315 --> 00:06:40,442 - Ya, sudah tentu. - Tanpa suami awak. 113 00:06:40,526 --> 00:06:42,986 Dia menjaga anak kami. Kami sudah hapuskan 114 00:06:43,070 --> 00:06:44,988 tugas jantina yang telah ditetapkan dalam keluarga kami. 115 00:06:46,949 --> 00:06:50,077 Kamu berdua masih lagi mengedit Drum Beat, bukan? 116 00:06:50,160 --> 00:06:52,996 Maksud awak akhbar kegemaran Presiden Lincoln? 117 00:06:53,080 --> 00:06:55,624 Sudah tentu. Kenapa? 118 00:06:56,208 --> 00:06:59,586 Saya mahu hantar sesuatu, tanpa nama. 119 00:07:08,178 --> 00:07:10,347 - Itu menyeronokkan. - Ya. 120 00:07:12,516 --> 00:07:14,768 Ayah tak pernah berbual dengan dafodil sebelum ini. 121 00:07:14,852 --> 00:07:18,230 Ayah patut cuba selalu. Saya dapati ia pendengar yang bagus. 122 00:07:18,313 --> 00:07:21,984 Ya. Ia asyik mengangguk bagi semua kata-kata ayah. 123 00:07:22,860 --> 00:07:24,319 Ia paling bersetuju. 124 00:07:27,322 --> 00:07:30,117 Em, ada perkara ayah mahu beritahu awak. 125 00:07:30,200 --> 00:07:31,118 Apa? 126 00:07:31,201 --> 00:07:34,079 Ia perkara yang agak penting ayah mahu minta tolong awak. 127 00:07:35,455 --> 00:07:39,334 Apa saja Aku boleh buat - Aku akan buat - Walaupun ia sekecil Dafodil - 128 00:07:39,418 --> 00:07:41,545 Dafodil, sangat bijak. 129 00:07:41,628 --> 00:07:45,507 Ya… Boleh masuk pejabat ayah? Ayuh. 130 00:07:48,135 --> 00:07:49,720 Maaf sebab ia berselerak. 131 00:07:49,803 --> 00:07:51,555 Pejabat ini seperti diselongkar. 132 00:07:51,638 --> 00:07:54,766 Ya. Susah untuk buat legasi. 133 00:07:54,850 --> 00:07:59,354 Tapi akhirnya ayah dah tahu apa ayah mahu tinggalkan dan untuk siapa, 134 00:07:59,438 --> 00:08:01,398 sebab itu ayah perlukan awak. 135 00:08:02,524 --> 00:08:03,525 Okey. 136 00:08:03,609 --> 00:08:06,153 Ayah mahu awak jadi wasi wasiat ayah. 137 00:08:06,820 --> 00:08:08,822 - Saya? - Ya, saya. 138 00:08:08,906 --> 00:08:11,700 Ayah tahu ini permintaan aneh. 139 00:08:12,451 --> 00:08:16,455 Tapi wasi mesti seseorang yang waras dan sihat, 140 00:08:17,039 --> 00:08:21,001 seseorang yang boleh tunaikan permintaan kita seperti yang diberitahu, 141 00:08:21,084 --> 00:08:23,670 seseorang yang boleh bercakap untuk kita apabila kita sudah tak boleh bercakap, 142 00:08:23,754 --> 00:08:26,632 seseorang yang kita percaya sepenuh hati. 143 00:08:29,510 --> 00:08:32,179 Ayah. Saya tak tahu ayah anggap saya begitu. 144 00:08:32,260 --> 00:08:35,807 Ya. Selalunya, ia tugas anak lelaki sulung, 145 00:08:35,890 --> 00:08:39,436 tapi keadaan berbeza dalam keluarga kita. 146 00:08:40,229 --> 00:08:42,731 Jangan risau, ayah. 147 00:08:44,107 --> 00:08:48,862 Seorang anak lelaki sedia berkhidmat. Mungkin ayah tak perasan dia sebelum ini. 148 00:08:49,363 --> 00:08:51,740 Betul, ayah tak perasan. 149 00:08:51,823 --> 00:08:53,075 Tapi belum terlambat. 150 00:08:53,158 --> 00:08:55,202 - Silakan duduk. - Ya, terima kasih. 151 00:08:55,285 --> 00:08:56,912 Silakan. 152 00:08:57,663 --> 00:09:00,499 - Tuan. - Ya. Lelaki yang baik. 153 00:09:00,582 --> 00:09:01,834 Cepat sikit. 154 00:09:03,585 --> 00:09:04,711 Okey? 155 00:09:05,295 --> 00:09:07,422 - Saya sudah sedia, ayah. - Bagus. 156 00:09:08,090 --> 00:09:12,177 Saya, Edward Dickinson, dengan fikiran yang waras… 157 00:09:14,513 --> 00:09:19,977 akan mengumumkan yang ini wasiat saya yang terakhir. 158 00:09:20,060 --> 00:09:21,645 DENGAN FIKIRAN WARAS 159 00:09:21,728 --> 00:09:23,021 WASIAT SAYA YANG TERAKHIR 160 00:09:23,105 --> 00:09:24,106 DI CAMBRIDGE, MASSACHUSETTS 161 00:09:24,189 --> 00:09:25,732 NAMA SAYA PADA WASIAT TERAKHIR INI 162 00:09:33,740 --> 00:09:35,576 WASIAT TERAKHIR 163 00:10:05,230 --> 00:10:07,357 Perhatian! 164 00:10:26,251 --> 00:10:27,336 Aduhai! 165 00:10:42,976 --> 00:10:44,394 KOL. T W HIGGINSON BEAUFORT, SOUTH CAROLINA 166 00:10:54,905 --> 00:10:56,406 Emily. 167 00:10:56,490 --> 00:10:58,575 Awak tulis wasiat terakhir itu? 168 00:10:58,659 --> 00:11:01,203 Ya, sudah tentu. Maaf… Ya. 169 00:11:01,286 --> 00:11:04,665 "Sejumlah 1,000 dolar akan diwasiatkan kepada Dana Kolej Amherst." 170 00:11:04,748 --> 00:11:05,874 - Bagus. - Ya. 171 00:11:05,958 --> 00:11:09,086 - Ayah sangka awak tak fokus tadi. - Saya ada berfikir, ayah. 172 00:11:10,003 --> 00:11:12,047 Ayah patut adakan biasiswa. 173 00:11:12,130 --> 00:11:13,215 Biasiswa? 174 00:11:13,715 --> 00:11:18,762 Ya. Apa lagi cara terbaik untuk portfolio legasi berbanding melabur kepada orang? 175 00:11:18,846 --> 00:11:20,931 Bukan semuanya perlu jadi nama di bangunan. 176 00:11:22,558 --> 00:11:25,435 Itu sangat bijak. 177 00:11:27,396 --> 00:11:29,982 Aduhai! Austin takkan terfikir perkara begitu. 178 00:11:32,568 --> 00:11:34,236 Em… 179 00:11:36,321 --> 00:11:39,199 ayah sudah sedar ayah lelaki yang bertuah. 180 00:11:40,242 --> 00:11:43,078 Ayah akui, kebelakangan ini ayah rasa diabaikan oleh keluarga ini, 181 00:11:43,161 --> 00:11:44,663 tapi bukan dengan awak. 182 00:11:44,746 --> 00:11:46,665 Awak sentiasa setia dengan ayah, 183 00:11:47,541 --> 00:11:50,127 walaupun kadangkala ayah tak layak terima kesetiaan. 184 00:11:51,461 --> 00:11:54,756 Awak perlu maafkan ayah untuk banyak hal. 185 00:11:56,633 --> 00:12:00,304 Ayah mahu awak tahu ayah akan mati dengan rasa berterima kasih sebab itu. 186 00:12:00,387 --> 00:12:05,350 Ayah hanya mahu buat awak gembira. 187 00:12:05,976 --> 00:12:08,812 Saya tahu, ayah. Terima kasih. 188 00:12:09,479 --> 00:12:12,649 Kita berdua sangat sayangkan keluarga kita. 189 00:12:12,733 --> 00:12:13,734 Betul. 190 00:12:14,818 --> 00:12:18,488 Ayah tahu sukar bagi awak apabila abang awak menentang kita. 191 00:12:19,865 --> 00:12:22,701 Kita perlu pastikan perkara begitu tak berlaku pada kita. 192 00:12:23,660 --> 00:12:27,122 Tidak. Tiada apa akan pisahkan kita. 193 00:12:28,040 --> 00:12:29,166 Takkan ada. 194 00:12:46,850 --> 00:12:48,185 Kita sudah hampir siap. 195 00:12:48,769 --> 00:12:52,689 - Ya. Hanya perlukan klausa terakhir. - Betul. 196 00:12:54,107 --> 00:12:55,359 - Beritahu saya. - Okey. 197 00:12:56,860 --> 00:12:58,445 Rumah keluarga. 198 00:12:58,529 --> 00:13:00,280 280 Jalan Utama, Amherst… 199 00:13:01,907 --> 00:13:06,787 bersama-sama semua harta saya yang masih ada, 200 00:13:08,539 --> 00:13:11,208 akan diwasiatkan kepada… 201 00:13:13,877 --> 00:13:17,381 anak lelaki saya, William Austin Dickinson, Esq. 202 00:13:28,433 --> 00:13:31,478 Kehidupanku seperti - Senjata Api Berisi - 203 00:13:32,062 --> 00:13:37,442 Dengan kematiannya, ia akan diwasiatkan kepada anak lelakinya… 204 00:13:37,526 --> 00:13:38,569 Aduhai! 205 00:13:41,530 --> 00:13:43,949 Budak itu masih belum ada nama, bukan? 206 00:13:44,658 --> 00:13:46,952 Tulis saja "anak lelaki sulungnya." 207 00:13:48,829 --> 00:13:50,914 Di Sudut - sehingga pada satu Hari 208 00:13:52,457 --> 00:13:53,542 Cuba bayangkan. 209 00:13:54,418 --> 00:13:56,420 Anak saudara awak yang belum bernama 210 00:13:56,503 --> 00:13:59,006 mungkin jadi penjaga awak satu hari nanti. 211 00:14:00,674 --> 00:14:02,301 Kehidupan ini kelakar. 212 00:14:02,885 --> 00:14:05,804 Pemilik datang - mengenal pasti - 213 00:14:07,848 --> 00:14:09,850 Dan bawa Aku pergi. 214 00:14:11,435 --> 00:14:13,437 Kenapa, sayang? 215 00:14:14,354 --> 00:14:15,939 Ayah beritahu saya… 216 00:14:17,774 --> 00:14:19,902 ayah beri semuanya kepada Austin? 217 00:14:22,613 --> 00:14:23,822 Begitu saja? 218 00:14:25,157 --> 00:14:28,035 Selepas semua yang berlaku? Semua sekali? 219 00:14:28,952 --> 00:14:29,995 Sudah tentu. 220 00:14:32,539 --> 00:14:33,916 Siapa lagi selain dia? 221 00:14:36,502 --> 00:14:37,503 Anak-anak perempuan? 222 00:14:38,086 --> 00:14:41,006 Sekarang Kami mengelilingi Hutan Berdaulat 223 00:14:42,132 --> 00:14:43,509 Sekarang Kami memburu Rusa Betina - 224 00:14:45,219 --> 00:14:47,387 Dan setiap kali Aku bercakap untuk Dia 225 00:14:48,847 --> 00:14:50,516 Bayangkan apa akan berlaku 226 00:14:51,475 --> 00:14:53,143 jika ayah tinggalkan semuanya kepada anak perempuan. 227 00:14:53,227 --> 00:14:55,479 Bank mungkin akan koyakkan wasiat itu. 228 00:14:55,562 --> 00:14:59,066 Mereka akan fikir ayah tak waras. Wanita tak boleh ada harta. 229 00:14:59,149 --> 00:15:01,568 Tak, Em, ia berkaitan dengan emosi mereka. 230 00:15:01,652 --> 00:15:04,112 Mereka tak boleh dipercayai untuk buat keputusan sendiri. 231 00:15:04,196 --> 00:15:06,240 Sebab itu mereka perlu dijaga oleh lelaki, 232 00:15:06,323 --> 00:15:09,910 jika bukan ayah, jadi Austin. Jika bukan Austin, jadi anak lelakinya. 233 00:15:09,993 --> 00:15:12,204 Lelaki keluarga ini akan terus menjadi ketua, 234 00:15:12,287 --> 00:15:15,249 ayah harap, selama bergenerasi akan datang. 235 00:15:15,332 --> 00:15:17,876 Wanita dikurniakan kelebihan 236 00:15:17,960 --> 00:15:21,088 tidak perlu memikul kebebasan. 237 00:15:24,508 --> 00:15:26,051 Jangan risau, sayang. 238 00:15:26,718 --> 00:15:28,720 Awak akan dijaga dengan baik. 239 00:15:30,347 --> 00:15:33,058 Percaya cakap ayah, 240 00:15:33,141 --> 00:15:36,144 ini mengikut undang-undang Massachusetts. 241 00:15:40,148 --> 00:15:42,609 Gunung terus menjawab - 242 00:15:45,028 --> 00:15:48,740 Semasa membesar saya berfikir… 243 00:15:50,784 --> 00:15:54,872 saya sangat bertuah sebab ayah saya lelaki hebat. 244 00:15:56,790 --> 00:16:00,627 Lelaki bercita-cita, berkuasa, 245 00:16:01,170 --> 00:16:02,713 yang boleh buat perkara hebat, 246 00:16:02,796 --> 00:16:04,882 yang boleh mengubah dunia. 247 00:16:10,637 --> 00:16:11,972 Tapi sebenarnya… 248 00:16:16,643 --> 00:16:17,978 ayah bukan begitu. 249 00:16:18,729 --> 00:16:19,938 Apa? 250 00:16:21,231 --> 00:16:24,610 Ayah hanya kambing biri-biri yang penakut. 251 00:16:26,278 --> 00:16:31,700 Ayah tak ada kuasa untuk ubah apa-apa sebab ayah… 252 00:16:33,869 --> 00:16:35,704 ayah tak ada imaginasi. 253 00:16:37,247 --> 00:16:42,503 Sebab itu, tiada sesiapa akan tahu atau peduli siapa ayah. 254 00:16:47,674 --> 00:16:49,176 Saya buat kesilapan. 255 00:16:54,640 --> 00:16:56,892 Austin betul tentang ayah. 256 00:17:00,687 --> 00:17:01,897 Saya yang salah. 257 00:17:06,608 --> 00:17:07,611 Em. 258 00:17:08,278 --> 00:17:11,281 Aku tersenyum mesra 259 00:17:13,951 --> 00:17:15,577 Dilimpahi cahaya Lembah - 260 00:17:18,872 --> 00:17:20,832 Ia seperti letusan Vesuvius 261 00:17:22,791 --> 00:17:25,045 Melepaskan kegembiraannya - 262 00:17:25,127 --> 00:17:26,380 - Hati-hati! - Ya Tuhan! 263 00:17:26,463 --> 00:17:29,049 - Betty, maaf. Saya tak perasan. - Awak perlu beri perhatian. 264 00:17:29,132 --> 00:17:30,843 Keadaan jadi semakin teruk. 265 00:17:30,926 --> 00:17:33,345 - Saya pergi dulu. - Betty, beritahu saya cara hadapinya. 266 00:17:33,428 --> 00:17:34,513 Tolonglah. 267 00:17:34,596 --> 00:17:37,099 Bagaimana awak bertahan? 268 00:17:38,141 --> 00:17:40,602 Sebab dunia ini sangat teruk dan sejujurnya, 269 00:17:41,478 --> 00:17:42,896 saya tak rasa saya boleh teruskan. 270 00:17:42,980 --> 00:17:48,151 Maaf. Saya tak boleh berbual. Kenapa awak fikir saya ada masa untuk ini? 271 00:17:48,861 --> 00:17:51,446 - Betty, kenapa? - Saya baru tahu 272 00:17:51,530 --> 00:17:53,574 Henry sertai rejimen di selatan. 273 00:17:53,657 --> 00:17:57,119 - Dia hantar awak surat. - Tak! Saya dengarnya dari posmen. 274 00:17:57,202 --> 00:18:00,539 Nampaknya, Henry boleh menulis surat, 275 00:18:00,622 --> 00:18:01,748 tapi bukan kepada keluarganya. 276 00:18:01,832 --> 00:18:04,418 Helen bukan saja akan kehilangan ayahnya, 277 00:18:04,501 --> 00:18:07,087 tapi dia langsung tak peduli untuk beritahu kami. 278 00:18:07,171 --> 00:18:09,298 Tidak. Saya pasti dia peduli. 279 00:18:10,048 --> 00:18:12,676 Dia sayangkan awak dan Helen. 280 00:18:12,759 --> 00:18:14,678 Sekurang-kurangnya awak tahu lokasi dia sekarang. 281 00:18:14,761 --> 00:18:18,390 Ada tentera Gabungan mendekati mereka, tapi mereka tak ada senjata api. 282 00:18:18,932 --> 00:18:21,101 - Betty, saya bersimpati. - Saya tak perlu simpati awak! 283 00:18:21,685 --> 00:18:25,522 Tak, saya tak maksudkan begitu. Fikiran saya bercelaru sekarang. 284 00:18:25,606 --> 00:18:27,316 Saya baru bergaduh dengan ayah. 285 00:18:27,399 --> 00:18:28,400 - Kemudian… - Ya! 286 00:18:28,483 --> 00:18:33,238 Saya bersimpati keluarga awak sibuk memusnahkan diri sendiri. 287 00:18:33,322 --> 00:18:36,366 Tapi sementara itu, dunia dah pun musnahkan keluarga saya. 288 00:18:36,450 --> 00:18:37,868 Betty, awak kena terus berharap. 289 00:18:37,951 --> 00:18:40,579 Berharap? Harapan itu satu penipuan. 290 00:18:40,662 --> 00:18:44,374 Emily, awak akan faham kalau awak cuba berada di kedudukan saya sehari. 291 00:18:44,458 --> 00:18:47,878 Teruskan. Tulis semua puisi awak mahu. 292 00:18:47,961 --> 00:18:49,838 Ia tak mengubah apa-apa. 293 00:18:50,714 --> 00:18:52,549 Saya tak mahu ada kaitan dengan harapan. 294 00:18:53,217 --> 00:18:54,218 Tak mahu langsung. 295 00:18:54,801 --> 00:18:56,929 Harapan hanya buat saya menangis. 296 00:18:59,306 --> 00:19:00,641 Betty. 297 00:19:05,145 --> 00:19:07,856 Apabila Malam tiba - Hari kami Berakhir - 298 00:19:08,398 --> 00:19:10,317 Aku mengawal Kepala Tuanku - 299 00:19:10,943 --> 00:19:12,861 Ini lebih baik berbanding Bantal Tebal 300 00:19:12,945 --> 00:19:15,697 Itik Eider - perlu dikongsi - 301 00:19:15,781 --> 00:19:18,450 Bagi musuh Dia - Aku musuh berbahaya - 302 00:19:18,534 --> 00:19:20,202 Aku menembak pada kali pertama - 303 00:19:24,748 --> 00:19:27,000 Pada sesiapa yang Aku Sasarkan - 304 00:19:27,084 --> 00:19:28,627 Atau pada Ibu Jari yang tegas - 305 00:19:29,920 --> 00:19:32,673 Walaupun Aku berbanding Dia - mungkin hidup lebih lama 306 00:19:32,756 --> 00:19:35,217 Dia mesti lebih lama - berbanding Aku - 307 00:19:55,320 --> 00:19:58,574 Sebab Aku ada kuasa membunuh 308 00:20:01,034 --> 00:20:04,454 Tanpa - kuasa membunuh - 309 00:20:29,688 --> 00:20:30,689 Awak datang. 310 00:20:35,986 --> 00:20:36,987 Lubang? 311 00:20:39,323 --> 00:20:40,324 Neraka. 312 00:20:43,869 --> 00:20:45,412 "Tinggalkan semua harapan." 313 00:20:46,914 --> 00:20:49,875 Tinggalkan semua harapan, dan awak akan jumpa harapan sebenar, 314 00:20:49,958 --> 00:20:51,460 di satu tempat yang awak tak cari, 315 00:20:52,794 --> 00:20:54,296 dalam tempat paling gelap. 316 00:20:56,215 --> 00:20:57,216 Awak sudah sedia? 317 00:20:57,799 --> 00:20:58,967 Saya harap begitu. 318 00:21:00,093 --> 00:21:01,136 Awak dulu. 319 00:21:13,190 --> 00:21:14,316 Tunggu! 320 00:21:15,359 --> 00:21:16,360 Frazar? 321 00:21:18,028 --> 00:21:19,029 Bukan Sesiapa? 322 00:22:20,132 --> 00:22:21,633 Vinnie! 323 00:22:22,134 --> 00:22:23,135 Awak. 324 00:22:24,469 --> 00:22:25,679 Apa awak buat di sini? 325 00:22:25,762 --> 00:22:27,139 Apa yang awak nampak? 326 00:22:27,222 --> 00:22:29,224 Saya cuba bantu semua suami saya hidup. 327 00:22:30,309 --> 00:22:31,602 Mereka semua suami awak? 328 00:22:31,685 --> 00:22:34,479 Ya dan bukan, sebab awak. 329 00:22:34,563 --> 00:22:35,647 Sebab saya? 330 00:22:36,231 --> 00:22:38,358 Ya, awak. 331 00:22:38,442 --> 00:22:41,528 Kalau saya tak luangkan seluruh hidup saya mendengar awak berucap 332 00:22:41,612 --> 00:22:45,324 tentang kebebasan, semangat kreatif, saya pasti sudah temui cinta sejati. 333 00:22:45,407 --> 00:22:50,037 Tapi tidak, awak buat saya fikir tentang seni, puisi dan semua benda mengarut itu 334 00:22:50,120 --> 00:22:52,247 sedangkan saya patut fokus untuk berkahwin. 335 00:22:54,625 --> 00:22:56,251 - Sebentar, itu… - Puisi awak? 336 00:22:56,335 --> 00:22:59,087 Ya. Saya rasa saya akan bakarnya. 337 00:22:59,171 --> 00:23:01,840 - Itu saja kelebihannya. - Tidak! 338 00:23:01,924 --> 00:23:03,217 Tak, Vinnie, berhenti! 339 00:23:03,300 --> 00:23:07,554 Tak, awak berhenti. Berhenti alih perhatian saya daripada perkara penting. 340 00:23:08,138 --> 00:23:11,016 Berhenti rosakkan peluang kebahagiaan saya. 341 00:23:13,810 --> 00:23:15,062 Kasihannya. 342 00:23:22,444 --> 00:23:24,112 Emily. 343 00:23:52,891 --> 00:23:55,102 Austin? Austin, tunggu. Awak mahu bawa saya ke mana? 344 00:23:55,185 --> 00:23:58,188 Maaf, Emily, awak gila. Sudah sampai masa awak dikurung. 345 00:23:58,272 --> 00:23:59,565 Apa? Kenapa? 346 00:23:59,648 --> 00:24:01,900 Supaya awak tak boleh buat kepada sesiapa apa awak buat kepada saya. 347 00:24:01,984 --> 00:24:03,944 Apa saya buat? 348 00:24:04,027 --> 00:24:07,239 Awak tahu awak penyebab perkahwinan saya jadi teruk. 349 00:24:07,322 --> 00:24:09,825 Austin, itu tak adil. Awak tahu saya cintakan Sue. 350 00:24:09,908 --> 00:24:13,328 Saya tak tahu sehingga tahap itu. Lagipun, awak tak cintakan Sue. 351 00:24:13,412 --> 00:24:17,291 Awak suka tulis puisi tentang cintakan Sue. Awak hanya pedulikan puisi awak. 352 00:24:17,374 --> 00:24:18,500 Itu tak benar. 353 00:24:18,584 --> 00:24:20,252 Ya, ia benar. Awak juga tahu. 354 00:24:20,335 --> 00:24:22,713 Austin, saya cintakan Sue. Saya sayang awak. 355 00:24:22,796 --> 00:24:25,340 Kalau ia benar, awak akan beri kami peluang. 356 00:24:25,424 --> 00:24:29,094 Tapi awak terus tuliskan dia puisi. Awak tak boleh berhenti, bukan? 357 00:24:29,178 --> 00:24:31,847 Setiap satunya, setitis racun. 358 00:24:31,930 --> 00:24:35,392 Setiap satu membunuh semua harapan kami untuk hidup bahagia. 359 00:24:36,560 --> 00:24:37,603 Austin. 360 00:24:39,396 --> 00:24:41,190 Saya sumpah saya tak mahu buat awak sedih. 361 00:24:42,482 --> 00:24:44,067 Awak tak buat saya sedih, Emily. 362 00:24:45,402 --> 00:24:46,820 Awak musnahkan saya. 363 00:24:55,787 --> 00:24:59,374 Mak bersendirian dan takut, Emily. Mak kehilangan ibu mak. 364 00:24:59,458 --> 00:25:01,919 - Mak? - Boleh suapkan mak, Emily? 365 00:25:04,046 --> 00:25:05,297 Ya Tuhan. 366 00:25:44,419 --> 00:25:45,420 Ayah. 367 00:25:47,381 --> 00:25:48,382 Ayah? 368 00:25:51,343 --> 00:25:52,386 Ayah. 369 00:25:53,971 --> 00:25:55,347 Ya Tuhan. 370 00:25:56,306 --> 00:25:57,933 Tidak. 371 00:25:58,016 --> 00:26:00,394 Tidak! Ayah! 372 00:26:00,477 --> 00:26:02,813 Ayah, tidak. 373 00:26:02,896 --> 00:26:04,314 Emily. 374 00:26:05,983 --> 00:26:11,864 Dia sudah mati. 375 00:26:11,947 --> 00:26:14,700 Ya. Sekarang kita boleh bersama. 376 00:26:14,783 --> 00:26:17,411 Tidak. Ini salah saya. Saya bunuh dia. 377 00:26:18,036 --> 00:26:20,122 Ucap selamat tinggal dan mari ikut saya. 378 00:26:28,964 --> 00:26:29,965 Saya minta maaf. 379 00:26:31,341 --> 00:26:32,342 Betul. 380 00:27:07,044 --> 00:27:10,005 Lihatlah. Sekarang hanya kita berdua. 381 00:27:14,259 --> 00:27:15,469 Ia sempurna. 382 00:28:56,570 --> 00:28:58,280 Mungkin kita tak patut… 383 00:28:58,363 --> 00:29:02,659 Jangan risau, Emily. Tiada sesiapa nampak kita di sini. Kita selamat. 384 00:29:02,743 --> 00:29:05,120 Bukan itu maksud saya. Cuma… 385 00:29:05,204 --> 00:29:07,915 Apa? Awak tak mahu cium saya? 386 00:29:07,998 --> 00:29:10,375 Sudah tentu saya mahu. Cuma… 387 00:29:11,043 --> 00:29:12,377 Awak nampak agak… 388 00:29:12,461 --> 00:29:14,713 Saya sudah agak. Awak dah tak tertarik dengan saya. 389 00:29:14,796 --> 00:29:16,423 Saya tak cakap begitu. 390 00:29:16,507 --> 00:29:19,259 Jadi mari kita bercium. 391 00:29:19,927 --> 00:29:21,720 Sebentar. Ya Tuhan. 392 00:29:21,803 --> 00:29:23,472 - Ya Tuhan, Sue! - Lepaskan saya, Emily! 393 00:29:28,101 --> 00:29:30,020 Kita memang tiada harapan, bukan? 394 00:29:30,103 --> 00:29:32,856 - Apa maksud awak? - Jangan sentuh saya lagi. 395 00:29:35,484 --> 00:29:36,527 Sue, tunggu. 396 00:31:01,612 --> 00:31:02,654 Tembak! 397 00:31:10,746 --> 00:31:11,788 Henry! 398 00:31:25,010 --> 00:31:27,137 Serang! 399 00:31:43,362 --> 00:31:45,239 Tidak. Henry! 400 00:31:59,586 --> 00:32:01,171 Berusaha, Henry! 401 00:32:01,255 --> 00:32:03,340 Jangan berputus asa! Terus berlawan! 402 00:32:06,301 --> 00:32:08,053 Keluarga awak perlukan awak. 403 00:32:24,278 --> 00:32:27,906 Kita menang! 404 00:32:42,838 --> 00:32:44,339 Ya Tuhan. 405 00:34:18,891 --> 00:34:20,893 Terjemahan sari kata oleh Nur Diyana Osman