1 00:00:16,225 --> 00:00:20,020 Kadangkala saya baca surat dan puisi awak, kawan, 2 00:00:20,771 --> 00:00:23,732 dan apabila saya rasa keajaibannya, 3 00:00:24,816 --> 00:00:26,276 sukar untuk saya menulis. 4 00:00:27,694 --> 00:00:31,782 Mungkin jika saya jumpa awak sekali dan tahu awak wujud, 5 00:00:33,116 --> 00:00:34,451 saya mungkin rasa lebih baik. 6 00:00:35,619 --> 00:00:39,957 Sukar untuk saya fahami kenapa awak boleh hidup bersendirian 7 00:00:40,040 --> 00:00:43,168 dengan pemikiran awak yang sangat bernas. 8 00:00:43,252 --> 00:00:46,672 Namun, ia mengasingkan orang untuk berfikir pada satu tahap 9 00:00:46,755 --> 00:00:50,801 atau mempunyai kilauan seperti awak. 10 00:00:51,468 --> 00:00:54,096 Jadi mungkin tempat tak beri banyak perbezaan. 11 00:00:55,013 --> 00:00:57,099 Awak harus ke Boston nanti. 12 00:00:58,100 --> 00:00:59,309 Semua wanita ke sini. 13 00:01:00,602 --> 00:01:04,022 Kawan awak selamanya, Higginson. 14 00:01:06,900 --> 00:01:08,068 Emily. 15 00:01:08,944 --> 00:01:09,945 Emily. 16 00:01:10,529 --> 00:01:12,197 Mak masih di katil, minggu ini Maggie cuti 17 00:01:12,281 --> 00:01:14,449 dan kita tiada sistem paip dalam rumah. Jadi… 18 00:01:16,118 --> 00:01:17,536 awak perlu pergi ambil air. 19 00:01:17,619 --> 00:01:18,620 Sebenarnya… 20 00:01:20,539 --> 00:01:22,916 Kadangkala saya rasa seperti lahir dalam abad yang salah. 21 00:01:29,006 --> 00:01:30,924 Masa Depan tak pernah bersuara 22 00:01:41,018 --> 00:01:42,477 Hari musim bunga yang indah! 23 00:01:43,061 --> 00:01:44,605 Selamat pagi, sayang. 24 00:01:46,732 --> 00:01:48,108 Awak tahu saya boleh cakap bahasa Belanda? 25 00:01:48,984 --> 00:01:51,486 Ini hari yang indah. Kalaulah ada surat. 26 00:01:51,570 --> 00:01:53,405 Kenapa? Awak berminat dengan posmen? 27 00:01:53,488 --> 00:01:56,491 Apa? Tidak. Saya tunggu surat Henry. 28 00:01:57,409 --> 00:01:59,745 - Bukan hal ini lagi. - Saya mula fikir perkara buruk. 29 00:02:00,746 --> 00:02:02,080 Kalau masih tiada khabar beritanya, 30 00:02:02,164 --> 00:02:06,376 apa lagi sebabnya selain dia sudah mati? 31 00:02:06,460 --> 00:02:08,753 - Saya boleh fikir sebab lain. - Boleh? 32 00:02:08,836 --> 00:02:11,465 Saya tak tahu Henry pergi mana, 33 00:02:11,548 --> 00:02:14,176 tapi seorang lelaki tertarik dengan satu perkara saja, dan bukan kompasnya. 34 00:02:14,259 --> 00:02:17,012 Dia mungkin bersama wanita lain, walau di mana dia berada. 35 00:02:17,095 --> 00:02:19,932 Jika begitu pun, dia tetap akan menulis kepada Helen. 36 00:02:20,015 --> 00:02:22,142 Awak sedang membela siapa? 37 00:02:22,226 --> 00:02:24,478 Dia tinggalkan awak dan Helen. 38 00:02:24,561 --> 00:02:26,605 Awak patut mula keluar semula. 39 00:02:27,189 --> 00:02:30,359 - Apa? - Awak perlu berjanji temu semula. 40 00:02:30,442 --> 00:02:32,819 Awak suruh saya berjanji temu semasa Perang Saudara? 41 00:02:32,903 --> 00:02:37,282 Dengar, takkan ada masa yang sesuai, tapi musim bunga tetap hadir walaupun perang. 42 00:02:37,366 --> 00:02:39,952 Burung berkicau. Bunga berkembang. 43 00:02:40,035 --> 00:02:42,162 Musim bunga ialah musim cinta baru, 44 00:02:42,246 --> 00:02:45,165 bukan bersedih sebab rindukan bekas suami 45 00:02:45,249 --> 00:02:48,377 yang sentiasa anggap awak kedua selepas jurnal sastera penghapusnya. 46 00:02:48,460 --> 00:02:49,670 Awak perlu lupakan masa lalu 47 00:02:49,753 --> 00:02:51,797 dan mula bina masa depan baharu. Ayuh! 48 00:02:51,880 --> 00:02:53,757 Awak buat ia kedengaran mudah. 49 00:02:54,633 --> 00:02:57,177 Bagaimana awak begitu optimistik? 50 00:02:57,261 --> 00:02:59,972 Sebab Tuhan suruh saya bersuara tentang harapan dalam diri saya. 51 00:03:00,055 --> 00:03:05,769 Sekarang, saya harap kawan saya, Betty, kembali ceria. 52 00:03:06,353 --> 00:03:09,189 Siapa saya akan jumpa pada masa begini? 53 00:03:09,273 --> 00:03:10,816 Selamat pagi, semua! 54 00:03:21,618 --> 00:03:22,870 - Dia? - Apa salahnya? 55 00:03:23,453 --> 00:03:26,164 - Tak boleh. Saya tak bersedia. - Sekarang masa terbaik. 56 00:03:26,248 --> 00:03:27,875 Ada surat untuk kami, Freddie? 57 00:03:27,958 --> 00:03:29,251 Malangnya, tak ada. 58 00:03:29,877 --> 00:03:32,379 Saya selalu harap saya boleh bawa sesuatu untuk awak, Betty. 59 00:03:32,462 --> 00:03:34,590 Saya suka tengok senyuman manis awak. 60 00:03:34,673 --> 00:03:36,258 Hari yang bagus untuk bersiar-siar, bukan? 61 00:03:36,341 --> 00:03:37,885 Saya tahu siapa perlu bersiar-siar. 62 00:03:37,968 --> 00:03:40,345 Tukang jahit paling rajin di Amherst. 63 00:03:41,388 --> 00:03:43,390 Awak boleh ikut saya menghantar surat. 64 00:03:43,473 --> 00:03:46,310 Itu bukan janji temu, itu kerja. Bawa dia pergi berkelah. 65 00:03:46,393 --> 00:03:50,439 Kita boleh lakukannya kalau awak setuju dengan cadangan itu. 66 00:03:51,315 --> 00:03:52,357 Saya… 67 00:03:54,151 --> 00:03:55,527 Saya setuju. 68 00:03:56,737 --> 00:03:58,238 Saya perlukan udara segar. 69 00:03:59,448 --> 00:04:03,952 Ingat, keadaan paling kelam sebelum cerah. 70 00:04:06,496 --> 00:04:09,708 Saya perlu bersuara tentang harapan yang ada dalam diri saya! 71 00:04:09,791 --> 00:04:11,877 Saya 60 tahun! 72 00:04:15,464 --> 00:04:16,673 Emily. 73 00:04:22,763 --> 00:04:23,931 Di sini. 74 00:04:25,974 --> 00:04:26,975 Sue. 75 00:04:28,393 --> 00:04:29,686 Apa awak buat di atas sana? 76 00:04:29,770 --> 00:04:31,355 Saya menunggu awak. 77 00:04:32,105 --> 00:04:33,106 Kita perlu berbual. 78 00:04:33,899 --> 00:04:34,942 Ya, betul. 79 00:04:41,365 --> 00:04:42,991 Kenapa awak tak datang jumpa saya? 80 00:04:44,826 --> 00:04:46,620 Saya sangka awak marahkan saya. 81 00:04:46,703 --> 00:04:49,164 Betul, sebab itu awak perlu datang jumpa saya. 82 00:04:49,248 --> 00:04:50,374 Sue, dengar. 83 00:04:52,000 --> 00:04:54,169 Tak adil untuk awak marah saya 84 00:04:54,253 --> 00:04:57,589 hanya sebab saya hubungi orang lain tentang karya saya. 85 00:04:58,131 --> 00:04:59,508 Ia tiada kaitan dengan awak. 86 00:04:59,591 --> 00:05:01,426 Semuanya ada kaitan dengan saya. 87 00:05:01,510 --> 00:05:04,137 Awak pernah beritahu saya yang awak hanya tulis untuk saya. 88 00:05:04,221 --> 00:05:06,974 Tapi rasanya pendapat saya dah tak cukup untuk awak lagi. 89 00:05:07,057 --> 00:05:09,768 Rasanya lepas saya melahirkan, pendapat saya dah tak bernilai. 90 00:05:09,852 --> 00:05:12,479 Tak, awak jarang ada masa untuk puisi saya sejak awak melahirkan. 91 00:05:12,563 --> 00:05:14,147 Awak pula jarang ada masa untuk bayi saya 92 00:05:14,231 --> 00:05:16,692 sebab awak tak berhenti menulis puisi awak! 93 00:05:19,319 --> 00:05:20,529 Jadi begitulah. 94 00:05:21,488 --> 00:05:23,240 Awak dah tak pedulikan puisi saya. 95 00:05:23,323 --> 00:05:24,575 Tentulah saya peduli. Cuma… 96 00:05:24,658 --> 00:05:27,369 Jadi kenapa awak terasa hati apabila saya hubungi orang lain 97 00:05:27,452 --> 00:05:28,704 - untuk dapatkan pendapatnya? - Seorang lelaki? 98 00:05:28,787 --> 00:05:31,748 Orang asing? Seseorang yang tak kenal awak? 99 00:05:31,832 --> 00:05:32,916 Tepat sekali! 100 00:05:33,917 --> 00:05:35,669 Dia langsung tak kenal saya. 101 00:05:35,752 --> 00:05:37,462 Dia hanya tahu kata-kata saya. 102 00:05:37,546 --> 00:05:40,883 Saya tak perlu risau tentang perasaannya. 103 00:05:42,092 --> 00:05:44,386 Seperti apabila awak beritahu saya awak benci rangkap saya. 104 00:05:46,388 --> 00:05:49,308 Mungkin awak marah sebab saya tak tolong tukar lampin. 105 00:05:49,391 --> 00:05:51,643 Atau lebih teruk, apabila awak cakap awak sukakan bait, 106 00:05:51,727 --> 00:05:53,937 mungkin awak cakap begitu hanya sebab awak cintakan saya. 107 00:05:54,021 --> 00:05:56,565 Saya memang cintakan awak, Emily. Apa salahnya begitu? 108 00:05:58,692 --> 00:06:02,070 Tak adil betul hidup begini. Saya sengsara. 109 00:06:02,821 --> 00:06:06,325 Saya hanya mahu bersama awak, 110 00:06:06,408 --> 00:06:08,619 berbaring atas katil dengan awak pada waktu malam. 111 00:06:08,702 --> 00:06:12,247 Tapi saya perlu tunggu berminggu-minggu tanpa apa-apa. 112 00:06:13,040 --> 00:06:14,124 Ia tak begitu. 113 00:06:15,209 --> 00:06:17,044 Saya menulis kepada awak. Ia bermakna sesuatu, bukan? 114 00:06:17,127 --> 00:06:19,755 Emily, awak penyajak. 115 00:06:19,838 --> 00:06:21,715 Awak gigih berusaha untuk puisi awak. 116 00:06:21,798 --> 00:06:23,717 Awak mahu setiap baris sempurna. 117 00:06:23,800 --> 00:06:25,010 Tapi saya mahu ketidaksempurnaannya. 118 00:06:25,802 --> 00:06:28,096 Saya mahu sesuatu awak tak boleh ungkapkan. 119 00:06:29,765 --> 00:06:31,058 Saya mahu awak. 120 00:06:32,184 --> 00:06:33,810 Saya mahu awak mahukan saya. 121 00:06:34,520 --> 00:06:35,979 Sudah tentu saya mahukan awak. 122 00:06:37,064 --> 00:06:39,316 Tapi saya tak boleh tinggal di rumah awak. 123 00:06:39,399 --> 00:06:41,735 Austin langsung tak bercakap dengan saya. 124 00:06:41,818 --> 00:06:42,819 Okey. 125 00:06:43,487 --> 00:06:45,948 Bagaimana jika Austin pergi berperang? Bagaimana? 126 00:06:47,241 --> 00:06:50,702 - Apa maksud awak? - Mereka memanggil semua lelaki sihat. 127 00:06:50,786 --> 00:06:51,995 Masanya akan tiba. 128 00:06:52,913 --> 00:06:56,041 Awak akan datang jumpa saya selepas Austin dikerah? 129 00:06:56,124 --> 00:06:58,168 Atau awak akan cari alasan lain? 130 00:07:01,505 --> 00:07:02,840 Saya perlu bawa balik air ini. 131 00:07:02,923 --> 00:07:04,216 Hari akan hujan. 132 00:07:04,842 --> 00:07:05,843 Cium saya. 133 00:07:10,806 --> 00:07:11,807 Tak boleh. 134 00:07:13,559 --> 00:07:14,852 Hari ini tak sesuai. 135 00:07:14,935 --> 00:07:18,355 Ya Tuhan, Emily. Awak tak sedar yang kita cuma ada hari ini? 136 00:07:22,442 --> 00:07:23,861 Terseksanya! 137 00:07:26,029 --> 00:07:27,239 Sengsaranya. 138 00:07:33,120 --> 00:07:34,121 Vinnie? 139 00:07:35,038 --> 00:07:37,207 Vinnie? Kenapa? 140 00:07:39,084 --> 00:07:40,085 Tengoklah saya, 141 00:07:40,169 --> 00:07:44,173 membuat kerja rumah kasar setiap hari untuk ibu saya, 142 00:07:44,256 --> 00:07:47,009 sedangkan saya mahu 143 00:07:47,092 --> 00:07:49,887 buat kerja rumah kasar setiap hari 144 00:07:49,970 --> 00:07:52,848 untuk suami saya yang kacak, tapi tidak berperasaan. 145 00:07:53,682 --> 00:07:56,143 Saya dah tak tahan lagi. 146 00:07:56,226 --> 00:07:59,313 Saya pun sama. Kehidupan teruk. 147 00:07:59,396 --> 00:08:02,065 Saya tetap bujang, Amerika dalam Perang Saudara, 148 00:08:02,149 --> 00:08:03,775 dan sekarang hujan. 149 00:08:03,859 --> 00:08:05,944 Ya, ini hari paling teruk. 150 00:08:06,028 --> 00:08:07,070 Ya. 151 00:08:07,654 --> 00:08:08,822 Setiap hari semasa perang ini, 152 00:08:08,906 --> 00:08:11,700 saya harap keadaan akan jadi lebih baik, 153 00:08:12,284 --> 00:08:13,785 masalah akan berlalu, 154 00:08:13,869 --> 00:08:16,330 dan kita boleh dapat masa depan yang cerah. 155 00:08:16,413 --> 00:08:18,040 Tapi semua itu tak berlaku. 156 00:08:19,082 --> 00:08:20,751 Keluarga kita berpecah. 157 00:08:20,834 --> 00:08:22,836 Saya mahu kembali ke masa dulu. 158 00:08:22,920 --> 00:08:26,715 Sebelum perang bermula dan semua teman lelaki saya mati. 159 00:08:26,798 --> 00:08:28,926 Tak, saya mahu ke masa depan. 160 00:08:29,009 --> 00:08:33,388 Langkau semua ini dan pergi ke waktu perang sudah tamat dan keadaan berbeza. 161 00:08:33,972 --> 00:08:36,390 Bayangkan kalau kita boleh kelipkan mata… 162 00:08:38,184 --> 00:08:40,102 dan berada di masa depan. Begitu saja. 163 00:08:43,732 --> 00:08:45,734 - Awak nampak tadi? - Apa itu? 164 00:08:45,817 --> 00:08:47,069 Apa berlaku? 165 00:08:49,905 --> 00:08:51,073 Emily. 166 00:08:52,324 --> 00:08:53,575 - Vinnie? - Ya? 167 00:08:53,659 --> 00:08:55,702 - Kita bergerak? - Rasanya. 168 00:08:56,286 --> 00:08:57,287 Emily? 169 00:08:58,038 --> 00:08:59,665 - Apa berlaku? - Saya tak tahu. 170 00:09:00,999 --> 00:09:02,793 - Vinnie! - Emily! 171 00:09:02,876 --> 00:09:03,877 Ya Tuhan! 172 00:09:11,385 --> 00:09:12,886 Apa berlaku tadi? 173 00:09:12,970 --> 00:09:14,054 Apa yang berlaku? 174 00:09:15,514 --> 00:09:17,641 Gazebo ini berpusing. 175 00:09:18,475 --> 00:09:19,560 Ya, kemudian ia berhenti. 176 00:09:19,643 --> 00:09:20,894 Hujan juga berhenti. 177 00:09:22,020 --> 00:09:23,772 - Vinnie? - Ya? 178 00:09:23,856 --> 00:09:25,941 Awak rasa rumah itu nampak berbeza? 179 00:09:27,276 --> 00:09:29,403 - Tunggu… Saya takut. - Apa… 180 00:09:32,072 --> 00:09:35,784 - Pedati itu tiada kuda! - Belakangnya keluar asap! 181 00:09:35,868 --> 00:09:36,869 Apa? 182 00:09:38,537 --> 00:09:40,539 - Aduhai… - Apa? 183 00:09:49,298 --> 00:09:50,340 Apa? 184 00:09:53,385 --> 00:09:55,804 THE AMHERST STUDENT KELAS 1955 MENCIPTA REKOD BAHARU 185 00:09:55,888 --> 00:09:57,306 1955? 186 00:09:59,141 --> 00:10:00,767 Kita di masa depan! 187 00:10:08,609 --> 00:10:09,610 APRON GAYA BAHARU 188 00:10:09,693 --> 00:10:10,694 Pn. Dickinson? 189 00:10:12,112 --> 00:10:15,240 Berani awak ganggu saya, Edward? Saya dalam tempat perlindungan saya. 190 00:10:17,868 --> 00:10:19,578 Saya jumpa sesuatu yang merisaukan. 191 00:10:21,246 --> 00:10:22,539 Dalam rumah hijau Emily. 192 00:10:23,457 --> 00:10:24,625 Awak mungkin mahu tahu. 193 00:10:24,708 --> 00:10:27,711 Apa? Rumah hijau? Apa maksud awak? 194 00:10:31,089 --> 00:10:33,717 Dia tanam pokok ini bersama-sama pokok lain. 195 00:10:35,677 --> 00:10:37,262 Okey. Pokok apa? 196 00:10:38,680 --> 00:10:42,684 Ini pokok kanabis, Pn. Dickinson. 197 00:10:43,769 --> 00:10:44,895 Apa? 198 00:10:44,978 --> 00:10:46,396 Cannabis sativa. 199 00:10:46,480 --> 00:10:49,358 Juga dikenali sebagai ganja, hasyis dan rumpai syaitan. 200 00:10:50,400 --> 00:10:51,527 Ini dadah narkotik terbaharu. 201 00:10:51,610 --> 00:10:53,487 Orang Timur gulung dan hisapnya. 202 00:10:53,570 --> 00:10:54,988 Ia buat kita khayal, Pn. Dickinson. 203 00:10:55,072 --> 00:10:57,824 Sudah tentu Emily tak tahu apa-apa tentangnya. 204 00:10:57,908 --> 00:11:00,827 Dia mungkin tanam sebab ia cantik. 205 00:11:00,911 --> 00:11:03,455 Mungkin awak betul. Mungkin dia tak tahu. 206 00:11:03,539 --> 00:11:04,957 Tapi pokok ini berbahaya. 207 00:11:05,040 --> 00:11:10,128 Ia boleh sebabkan ekstasi, mimpi, delusi. 208 00:11:10,963 --> 00:11:11,964 Jadi… 209 00:11:13,090 --> 00:11:14,091 Mahu cuba? 210 00:11:16,593 --> 00:11:18,512 Apa? Kita patut cuba? 211 00:11:19,638 --> 00:11:21,139 Kita hanya hidup sekali. 212 00:11:23,183 --> 00:11:24,434 - Helo? - Ia berkunci. 213 00:11:24,518 --> 00:11:26,228 - Helo? - Ia berkunci dan kita di masa depan. 214 00:11:26,311 --> 00:11:28,397 Baguslah. Ini hebat. 215 00:11:28,480 --> 00:11:30,899 Ini rumah kita. Mereka patut bagi kita masuk. 216 00:11:30,983 --> 00:11:33,235 Siapa "mereka"? Awak rasa siapa tinggal di sana? 217 00:11:33,318 --> 00:11:36,488 Emily, kita baru mengembara seratus tahun ke masa depan. 218 00:11:37,489 --> 00:11:39,157 Seluruh keluarga kita dah mati. 219 00:11:39,241 --> 00:11:42,411 Okey, saya perlukan jawapan dan saya perlukannya cepat. 220 00:11:45,706 --> 00:11:48,166 BASIKAL TIDAK DIBENARKAN 221 00:11:48,250 --> 00:11:49,251 Awak tak boleh masuk. 222 00:11:49,334 --> 00:11:51,211 Mereka kuncinya setiap hari kecuali Selasa. 223 00:11:51,795 --> 00:11:53,881 Kenapa awak berpakaian seperti nenek tua? 224 00:11:55,215 --> 00:11:56,884 Ini mesti pakaian Hari Gunung awak. 225 00:11:56,967 --> 00:11:58,427 Saya faham. Menarik. 226 00:11:58,510 --> 00:12:00,012 - Hari Gunung? - Ya. 227 00:12:00,095 --> 00:12:02,681 Hari Gunung Kolej Smith. Berlaku sekali setiap semester. 228 00:12:02,764 --> 00:12:04,016 Semua kelas dibatalkan 229 00:12:04,099 --> 00:12:06,101 dan semua orang boleh bersiar-siar, 230 00:12:06,185 --> 00:12:07,686 bergurau atau apa-apa saja. 231 00:12:08,395 --> 00:12:11,356 Tradisi aneh kolej wanita memang menarik, bukan? 232 00:12:11,440 --> 00:12:15,194 Kolej wanita? Sekarang wanita boleh pergi kolej? 233 00:12:15,277 --> 00:12:17,362 Sudah tentu. Kita berada di kampus. 234 00:12:17,446 --> 00:12:20,657 Wanita tinggal pada zaman ini nampak sangat hebat. 235 00:12:21,450 --> 00:12:22,701 Tidak. Mereka tertekan. 236 00:12:23,202 --> 00:12:25,996 Saya pernah alami tekanan beberapa kali dan cuba bunuh diri. 237 00:12:27,206 --> 00:12:28,665 Saya pelajar senior. Awak tahun berapa? 238 00:12:28,749 --> 00:12:32,252 Kami dari 1862. 239 00:12:32,336 --> 00:12:34,546 Okey, terlalu komited. 240 00:12:34,630 --> 00:12:36,507 Awak juga pakai korset dan semuanya. 241 00:12:36,590 --> 00:12:38,842 Entah bagaimana awak bernafas sambil pakainya. 242 00:12:38,926 --> 00:12:41,011 Sila ke tepi, saya nak masuk. 243 00:12:41,929 --> 00:12:43,305 Awak ada kunci? 244 00:12:43,931 --> 00:12:46,350 Saya tahu mereka sorok di mana. Saya selalu ke sini. 245 00:12:46,934 --> 00:12:48,268 Yakah? Kenapa? 246 00:12:48,352 --> 00:12:49,728 Sebab saya penyajak. 247 00:12:49,811 --> 00:12:52,940 Ini rumah penyajak terhebat Amerika, Emily Dickinson. 248 00:12:55,609 --> 00:12:56,610 Jadi… 249 00:12:58,070 --> 00:13:00,697 Emily Dickinson tinggal di sini? 250 00:13:00,781 --> 00:13:02,282 Ya, lama dulu. 251 00:13:02,366 --> 00:13:03,742 Sekarang ia dah tak didiami, 252 00:13:03,825 --> 00:13:06,912 tapi kadangkala pemegang amanah kolej adakan lawatan. 253 00:13:06,995 --> 00:13:10,165 - Saya pernah sertai beberapa kali. - Awak cakap awak penyajak? 254 00:13:10,249 --> 00:13:12,334 Ya. Saya cuba. 255 00:13:12,918 --> 00:13:15,963 Walaupun kadangkala fikiran saya buntu 256 00:13:16,046 --> 00:13:18,298 dan tak dapat fikirkan kata-kata indah atau kebenaran. 257 00:13:18,882 --> 00:13:21,885 Mungkin sebab kejutan elektrik mereka beri kepada saya di wad psikiatri. 258 00:13:21,969 --> 00:13:24,096 Atau mungkin sebab personaliti menarik saya. 259 00:13:24,179 --> 00:13:26,765 Siapa nama awak? 260 00:13:28,100 --> 00:13:29,434 Saya Sylvia. 261 00:13:29,518 --> 00:13:30,769 Sylvia Plath. 262 00:13:31,687 --> 00:13:33,730 Penyajak hebat Amerika. 263 00:13:39,069 --> 00:13:40,487 Masa Depan tak pernah bersuara - 264 00:13:41,864 --> 00:13:43,949 Ia juga bukan seperti Si Dungu 265 00:13:45,158 --> 00:13:47,286 Terdedah sebab suku kata 266 00:13:48,579 --> 00:13:50,706 Kehadirannya yang mendalam - 267 00:14:02,509 --> 00:14:03,510 Kolonel Higginson? 268 00:14:04,928 --> 00:14:07,055 Boleh saya bercakap dengan tuan? 269 00:14:07,139 --> 00:14:08,849 Henry. Laga buku lima. 270 00:14:12,311 --> 00:14:13,562 Saya tak sangka awak datang. Masuklah. 271 00:14:16,356 --> 00:14:18,984 Saya sedang fahami peta ini. 272 00:14:19,067 --> 00:14:20,569 Saya tak pandai membaca peta. 273 00:14:21,904 --> 00:14:24,198 Tapi beritahulah, apa masalahnya? 274 00:14:30,162 --> 00:14:32,456 Awak tahu yang askar Gabungan sedang berarak 275 00:14:32,539 --> 00:14:34,374 dan tak lama lagi 276 00:14:34,458 --> 00:14:38,045 perang itu akan tiba di Beaufort. 277 00:14:38,128 --> 00:14:39,213 Ya. 278 00:14:39,296 --> 00:14:41,757 Sebenarnya, kalau betul yang saya faham tentang peta ini, 279 00:14:41,840 --> 00:14:43,675 musuh kita datang dari sini… 280 00:14:43,759 --> 00:14:44,760 SUNGAI BROAD 281 00:14:44,843 --> 00:14:46,386 …dan akan menyerang kita… 282 00:14:46,470 --> 00:14:48,639 PULAU PORT ROYAL 283 00:14:48,722 --> 00:14:49,723 …di sekitar sini. 284 00:14:53,268 --> 00:14:54,436 Keadaan akan jadi teruk. 285 00:14:57,272 --> 00:14:58,273 Begini, Henry… 286 00:15:00,859 --> 00:15:02,319 Kadangkala saya harap saya boleh balik 287 00:15:02,402 --> 00:15:04,404 ke pejabat majalah Atlantic yang selesa, 288 00:15:04,988 --> 00:15:06,198 beri nasihat kepada penyajak muda. 289 00:15:06,949 --> 00:15:10,911 Menulis esei tentang kehidupan burung terasa amat menyenangkan sekarang ini. 290 00:15:11,662 --> 00:15:12,663 Perang teruk. 291 00:15:12,746 --> 00:15:14,665 Saya setuju, Kolonel. 292 00:15:15,707 --> 00:15:17,251 Tapi saya mahu tanya, 293 00:15:17,334 --> 00:15:20,295 apabila peperangan itu tiba, awak mahu askar kita buat apa? 294 00:15:20,879 --> 00:15:23,215 Awak latih dan uji mereka, 295 00:15:23,298 --> 00:15:27,803 awak beri mereka uniform askar, tapi tak beri mereka senjata. 296 00:15:27,886 --> 00:15:32,808 Mereka perlu berbaris dan mati ditembak meriam? 297 00:15:32,891 --> 00:15:34,852 Mereka diarahkan oleh Jeneral Saxton 298 00:15:34,935 --> 00:15:36,562 untuk menguatkan sekatan. 299 00:15:37,688 --> 00:15:39,022 Maaf, Kolonel, 300 00:15:39,106 --> 00:15:42,359 saya mula rasa seperti sekatan sebenar ada dalam bilik ini. 301 00:15:46,363 --> 00:15:49,157 Sebaik saja Lincoln beri kebenaran, askar saya akan dapat senjata api. 302 00:15:49,241 --> 00:15:50,868 Tapi bagaimana jika ia tak berlaku? 303 00:15:50,951 --> 00:15:53,495 Ia akan berlaku! 304 00:15:54,079 --> 00:15:56,498 Tapi kalau kita tergesa-gesa, 305 00:15:56,582 --> 00:15:58,959 kita akan kehilangan semua kelebihan yang kita dah dapat. 306 00:15:59,042 --> 00:16:01,461 Awak tak faham betapa saya diperhatikan di sini, 307 00:16:01,545 --> 00:16:03,255 cuba menyediakan rejimen ini. 308 00:16:03,338 --> 00:16:05,591 Ia seperti cuba tanam pokok yang mahu bercambah, 309 00:16:05,674 --> 00:16:08,468 tapi asyik dicabut untuk lihat perkembangannya. 310 00:16:08,552 --> 00:16:11,638 Kesilapan kecil boleh bantutkan perkembangan seratus tahun kita. 311 00:16:12,347 --> 00:16:15,058 - Awak tak boleh bayangkan… - Boleh, tuan. 312 00:16:15,142 --> 00:16:18,520 Saya jalani kehidupan itu setiap hari. 313 00:16:18,604 --> 00:16:20,189 Awak mahu saya buat apa? 314 00:16:22,399 --> 00:16:25,068 Melanggar arahan presiden dan beri senjata api? 315 00:16:26,236 --> 00:16:30,282 Itu seperti sesuatu seorang aktivis radikal akan buat. 316 00:16:30,908 --> 00:16:31,909 Tapi… 317 00:16:33,285 --> 00:16:34,453 Saya tak boleh buat begitu. 318 00:16:35,954 --> 00:16:36,955 Baiklah. 319 00:16:41,960 --> 00:16:42,961 Tapi… 320 00:16:45,839 --> 00:16:46,840 Tapi… 321 00:16:50,093 --> 00:16:54,264 Kalau seseorang mahu beri mereka senjata, saya boleh beritahu apa boleh dilakukan. 322 00:16:56,308 --> 00:16:57,559 Mereka boleh… 323 00:16:58,560 --> 00:17:01,188 memintas penghantaran senapang baru yang patut tiba hari ini 324 00:17:01,271 --> 00:17:02,564 di sepanjang Jalan Shell. 325 00:17:06,026 --> 00:17:09,445 Mereka boleh beritahu pemandu dari kilang Charleston 326 00:17:09,530 --> 00:17:11,865 yang mereka diarahkan oleh saya sebagai orang tengah. 327 00:17:12,699 --> 00:17:15,786 Pekerja kilang tak tahu apa-apa tentang peraturan tentera, 328 00:17:15,868 --> 00:17:17,371 jadi mereka akan percaya. 329 00:17:19,122 --> 00:17:20,915 Satu gerabak penuh senjata api 330 00:17:22,125 --> 00:17:25,420 akan diberi begitu saja. 331 00:17:38,767 --> 00:17:40,102 Kolonel Higginson? 332 00:17:40,686 --> 00:17:41,770 Ya. 333 00:17:50,821 --> 00:17:52,322 Apa mereka buat pada bilik tidur saya? 334 00:17:53,365 --> 00:17:55,117 Itu bukan cadar saya. 335 00:17:55,200 --> 00:17:56,869 Lakonan metod awak sangat mendalam. 336 00:17:57,369 --> 00:17:59,413 Awak berlatih dengan Strasberg di New York? 337 00:17:59,496 --> 00:18:01,039 Saya dengar dia benci wanita. 338 00:18:08,839 --> 00:18:10,632 Kertas dinding dah pudar, 339 00:18:11,675 --> 00:18:13,093 lukisan itu sepatutnya bukan di sini. 340 00:18:13,177 --> 00:18:14,636 Tapi kedudukan meja betul. 341 00:18:14,720 --> 00:18:17,681 Ya, di depan tingkap memandang ke barat daya. 342 00:18:19,349 --> 00:18:20,893 Okey. 343 00:18:20,976 --> 00:18:23,103 Duduk saja seperti ini meja awak. 344 00:18:23,187 --> 00:18:25,981 Ini cara saya berkomunikasi dengan roh Emily. 345 00:18:30,736 --> 00:18:33,572 Pelik. Susah mahu hubungi dia hari ini. 346 00:18:33,655 --> 00:18:34,865 Saya ada di sini, jadi… 347 00:18:38,577 --> 00:18:39,828 Ini patut membantu. 348 00:18:40,746 --> 00:18:43,123 - Apa itu? - Puisi Emily Dickinson. 349 00:18:43,707 --> 00:18:46,126 Koleksi lengkap yang diterbitkan tahun ini. 350 00:18:47,878 --> 00:18:49,505 PUISI EMILY DICKINSON JOHNSON 351 00:18:51,048 --> 00:18:53,967 Saya sangka saya suruh awak bakar semua puisi saya apabila saya mati. 352 00:18:54,468 --> 00:18:56,136 Saya tahu awak tak maksudkannya. 353 00:18:56,220 --> 00:18:58,347 Saya takkan biarkan semua orang lupa kakak saya. 354 00:18:58,430 --> 00:19:01,683 Lihatlah, di masa depan, awak terkenal. 355 00:19:01,767 --> 00:19:02,893 Tak begitu terkenal. 356 00:19:04,436 --> 00:19:06,980 Lebih kepada legenda tempatan. 357 00:19:07,064 --> 00:19:10,984 Penyajak wanita yang tersorok dan aneh yang ada kehidupan menyedihkan. 358 00:19:11,068 --> 00:19:12,069 Itu tak betul. 359 00:19:12,152 --> 00:19:15,864 Kebanyakan orang pada abad ke-20 tak peduli tentang Emily Dickinson. 360 00:19:16,573 --> 00:19:20,244 Mereka biarkan puisinya dipenuhi habuk di loteng. 361 00:19:20,953 --> 00:19:23,288 Tapi saya peduli. Saya rasa hubungan dengannya. 362 00:19:24,248 --> 00:19:27,209 Dia sangat tertekan. Saya pun sama. 363 00:19:27,292 --> 00:19:28,585 Dia tak tertekan. Saya tidak… 364 00:19:28,669 --> 00:19:31,004 Awak tahu dia luangkan seluruh kehidupannya bersendirian? 365 00:19:31,088 --> 00:19:32,297 Apa maksud awak "bersendirian"? 366 00:19:32,381 --> 00:19:35,968 Dia anak dara. Anak dara tua yang menyedihkan. 367 00:19:36,051 --> 00:19:40,097 Tak pernah berkahwin atau bercinta. Dia jarang keluar bilik. 368 00:19:40,180 --> 00:19:44,101 Emily Dickinson hanya pakai pakaian putih dan menangis. 369 00:19:45,018 --> 00:19:47,688 Itu tak tepat. Dia tak pernah pakai pakaian putih. 370 00:19:47,771 --> 00:19:50,983 Emily Dickinson tak tertekan. Dia tak mahu mati. 371 00:19:51,066 --> 00:19:53,902 Dia mahu hidup dan berhubung dengan dunia melalui kata-katanya. 372 00:19:54,611 --> 00:19:57,072 Dia meninggal di bilik tidurnya sendirian. 373 00:19:57,739 --> 00:20:02,411 Okey. Saya Emily Dickinson, jadi saya tahu perasaan dia. 374 00:20:02,494 --> 00:20:06,498 Komitmen awak untuk Hari Gunung agak merisaukan. 375 00:20:08,292 --> 00:20:09,793 Mana awak dapat maklumat itu? 376 00:20:09,877 --> 00:20:11,295 Semua orang tahu. 377 00:20:12,421 --> 00:20:15,340 Emily Dickinson perintis gadis sedih. 378 00:20:15,924 --> 00:20:18,010 Kehidupannya sangat dahsyat. 379 00:20:18,093 --> 00:20:20,387 Dengarnya dia ada hubungan sulit dengan seorang lelaki, 380 00:20:20,470 --> 00:20:22,890 yang dia sangat suka, tapi tak membalas cintanya. 381 00:20:22,973 --> 00:20:24,558 Ya Tuhan. 382 00:20:24,641 --> 00:20:26,143 - Lelaki. Betulkah? - Tidak. 383 00:20:26,226 --> 00:20:27,686 - Tak, ia… - Ya, ada lelaki, 384 00:20:27,769 --> 00:20:30,314 tapi dia tak dikenali dan cintanya bertepuk sebelah tangan. 385 00:20:30,397 --> 00:20:33,358 Jadi saya pasti dia mahu bunuh diri. 386 00:20:33,442 --> 00:20:34,860 Pasti dia pernah cuba. 387 00:20:34,943 --> 00:20:39,323 Seperti saya semasa mengelar kaki saya dan ambil pil tidur ibu saya. 388 00:20:39,406 --> 00:20:40,449 - Aduh. - Okey. 389 00:20:40,532 --> 00:20:43,911 Saya tak pernah cuba bunuh diri. Saya takkan cuba bunuh diri. 390 00:20:43,994 --> 00:20:45,537 Saya tak cintai seorang lelaki. 391 00:20:45,621 --> 00:20:47,915 - Emily. Dia George? - Bukan. 392 00:20:47,998 --> 00:20:49,166 - Frazar? - Bukan! 393 00:20:49,249 --> 00:20:51,668 Tak mungkin dia… Toshiaki? 394 00:20:52,252 --> 00:20:55,506 Okey. Lavinia, saya tak pernah cintai seorang lelaki. 395 00:20:55,589 --> 00:20:57,257 Awak mungkin betul. 396 00:20:57,841 --> 00:21:01,386 Ada sebuah buku diterbitkan beberapa tahun lalu yang sebabkan skandal besar, 397 00:21:01,470 --> 00:21:03,013 ia hampir tak diterbitkan. 398 00:21:03,805 --> 00:21:09,728 Sebab penulis dalam buku itu kata, Emily Dickinson seorang lesbian. 399 00:21:11,772 --> 00:21:13,607 - Apa? - Lesbian. 400 00:21:14,191 --> 00:21:16,193 Tak, dia orang Amerika. 401 00:21:17,069 --> 00:21:18,111 Apa? 402 00:21:18,195 --> 00:21:20,405 Saya cakap tentang seksualiti. 403 00:21:20,489 --> 00:21:25,536 Dia seorang homoseksual, seorang wanita mencintai wanita lain. 404 00:21:26,119 --> 00:21:30,123 Sudah tentu awak biasa dengannya. Awak belajar di Kolej Smith. 405 00:21:30,207 --> 00:21:33,085 Emily, betulkah? 406 00:21:33,168 --> 00:21:34,461 Saya… 407 00:21:34,545 --> 00:21:36,588 Ya Tuhan. Siapa? 408 00:21:36,672 --> 00:21:38,090 Maaf, boleh kita tukar topik? 409 00:21:38,173 --> 00:21:40,843 Kenapa kita berbual tentang kehidupan peribadinya? 410 00:21:40,926 --> 00:21:42,427 Kita patut fokus pada puisinya, bukan? 411 00:21:42,511 --> 00:21:44,471 Awak boleh asingkan kedua-duanya? 412 00:21:45,597 --> 00:21:47,683 Awak fikir puisi terhasil dari mana, 413 00:21:47,766 --> 00:21:52,145 kalau bukan sebab nafsu, keinginan, perasaan paling dalam? 414 00:21:52,646 --> 00:21:55,065 Sebenarnya, saya rasa Dante betul. 415 00:21:56,108 --> 00:22:02,573 Kita perlu sanggup masuk ke neraka untuk menulis puisi. 416 00:22:03,907 --> 00:22:07,703 Okey, Emily Dickinson sendiri cakap tenaga awak sangat kuat. 417 00:22:11,582 --> 00:22:14,918 "Aku bermimpi kau goda aku ke katil"… 418 00:22:15,002 --> 00:22:16,003 Okey. 419 00:22:16,086 --> 00:22:19,631 …"Membuat aku agak gila dengan nyanyianmu, mencium aku dengan kuat. 420 00:22:20,591 --> 00:22:23,302 (Aku rasa aku reka kau dalam fikiranku.) 421 00:22:24,261 --> 00:22:27,806 Tuhan turun dari langit, api neraka padam: 422 00:22:28,307 --> 00:22:30,976 Seraph keluar dan pesuruh Syaitan: 423 00:22:31,476 --> 00:22:37,191 Aku tutup mataku dan seluruh dunia mati." 424 00:22:39,026 --> 00:22:41,737 Hebat. Kami mahu pergi. Harap-harap kembali ke 1862. 425 00:22:41,820 --> 00:22:43,697 Ya, masa depan tak seperti kami jangka. 426 00:22:43,780 --> 00:22:45,157 Masa depan? 427 00:22:45,657 --> 00:22:46,783 Awak tak tahu? 428 00:22:47,784 --> 00:22:49,995 Wanita tak ada masa depan. 429 00:22:52,581 --> 00:22:53,749 - Vinnie? - Ya? 430 00:22:53,832 --> 00:22:55,083 Bagaimana nak balik ke rumah? 431 00:23:25,072 --> 00:23:27,282 Saya rasa sangat aneh. 432 00:23:27,366 --> 00:23:28,700 Tandanya ia berjaya. 433 00:23:29,493 --> 00:23:31,870 Kebarangkalian saya turun dari katil ini 434 00:23:31,954 --> 00:23:35,457 berubah daripada kosong kepada apa saja sebelum kosong. 435 00:23:35,541 --> 00:23:37,876 Mereka perlu tolak saya dari sini ke keranda saya. 436 00:23:43,257 --> 00:23:45,676 - Dalam keranda. - Biar saya hisapnya lagi. 437 00:23:45,759 --> 00:23:47,803 - Tak. Dah habis. Kita dah hisap semuanya. - Tidak. 438 00:23:47,886 --> 00:23:49,721 - Saya perlukannya. - Kita dah hisap semua. 439 00:23:49,805 --> 00:23:50,806 Saya sangat lapar. 440 00:23:50,889 --> 00:23:53,183 - Pergi siapkan makanan. - Tak, awak pergi siapkan makanan. 441 00:23:53,767 --> 00:23:55,978 - Tak mahu. - Saya kelaparan. 442 00:23:56,687 --> 00:23:57,771 Saya lelaki. 443 00:23:58,438 --> 00:24:01,608 Saya tak tahu memasak. 444 00:24:02,192 --> 00:24:03,569 Rasanya saya tak suka ia. 445 00:24:03,652 --> 00:24:05,028 Kanabis? Kenapa? 446 00:24:05,112 --> 00:24:07,197 Sebab sebelum ini saya hanya sedih. 447 00:24:07,281 --> 00:24:11,743 Tapi sekarang saya rasa sedih, lapar, pening 448 00:24:12,995 --> 00:24:14,997 dan agak paranoid. 449 00:24:15,080 --> 00:24:18,125 Awak kelihatan sangat muram. 450 00:24:18,208 --> 00:24:20,252 Tolong tinggalkan saya bersendirian. 451 00:24:20,335 --> 00:24:23,172 Apabila awak ke dapur, kira sudu. 452 00:24:23,255 --> 00:24:25,048 Maggie tak boleh dipercayai. 453 00:24:27,801 --> 00:24:30,137 Saya akan tidur sebentar. 454 00:24:31,805 --> 00:24:32,806 Mari minum. 455 00:24:37,352 --> 00:24:39,229 Ia sangat teruk. 456 00:24:39,730 --> 00:24:44,067 Saya sayang anak saya. 457 00:24:44,151 --> 00:24:46,361 Saya mahu dukung dia. 458 00:24:47,154 --> 00:24:49,156 Saya mahu besarkan dia. 459 00:24:49,865 --> 00:24:51,074 Saya mahu hidu baunya. 460 00:24:51,158 --> 00:24:52,826 Saya belum sempat kenal dia, 461 00:24:52,910 --> 00:24:55,871 sekarang perkara mengarut ini berlaku. 462 00:24:56,914 --> 00:24:59,291 Jadi apa akan berlaku? 463 00:25:00,584 --> 00:25:02,836 Saya perlu pergi dan mati? 464 00:25:03,420 --> 00:25:04,963 Awak tak perlu buat jika tak mahu. 465 00:25:06,256 --> 00:25:08,258 Ya, saya perlu buat. 466 00:25:08,967 --> 00:25:10,093 Sebab itu ia dipanggil kerahan. 467 00:25:10,177 --> 00:25:12,095 Ia satu proses sah. 468 00:25:12,179 --> 00:25:15,474 Saya peguam jadi saya tahu semua ini. 469 00:25:15,557 --> 00:25:18,894 Betul. Awak peguam dan anak peguam. 470 00:25:19,394 --> 00:25:22,231 Helo. Awak kaya. 471 00:25:22,314 --> 00:25:24,316 Orang kaya boleh buat apa-apa saja. 472 00:25:24,399 --> 00:25:26,777 Itu undang-undang pertama Amerika Syarikat. 473 00:25:26,860 --> 00:25:29,488 Entahlah. Nama saya dalam senarai. 474 00:25:30,072 --> 00:25:34,451 Okey. Jadi upah seseorang supaya guna nama awak. 475 00:25:36,828 --> 00:25:37,829 Boleh buat begitu? 476 00:25:38,455 --> 00:25:41,834 Semua perkara ada caranya, jika awak mampu. 477 00:25:41,917 --> 00:25:43,919 Ya, tapi siapa saya mahu upah? 478 00:25:44,628 --> 00:25:45,629 Sesiapa saja. 479 00:25:45,712 --> 00:25:46,922 Lelaki itu. 480 00:25:47,798 --> 00:25:49,299 Lelaki itu. 481 00:25:49,383 --> 00:25:51,134 Atau dia. 482 00:25:51,677 --> 00:25:53,387 Awak mahu minum lagi? 483 00:25:53,470 --> 00:25:54,596 Beri dua minuman. 484 00:25:55,722 --> 00:25:57,474 Dia terdesak mahukan tip. 485 00:25:57,558 --> 00:26:00,394 Kadar untuk mengelak kerahan 500 dolar. Ia seperti sejuta baginya. 486 00:26:00,978 --> 00:26:02,604 Saya pasti dia akan ambil peluang itu. 487 00:26:06,692 --> 00:26:07,901 Saya takkan buat begitu. 488 00:26:08,569 --> 00:26:09,570 Ya. 489 00:26:12,865 --> 00:26:15,325 Mari minum sekali lagi dan cuba fikirnya lagi. 490 00:26:17,286 --> 00:26:18,704 Sekurang-kurangnya hujan dah berhenti. 491 00:26:19,454 --> 00:26:20,956 Saya tak perasan cuaca. 492 00:26:22,958 --> 00:26:26,879 Cerah, hujan, salji. Sama saja bagi saya. 493 00:26:26,962 --> 00:26:30,883 Posmen tak boleh terkesan sebab cuaca. 494 00:26:30,966 --> 00:26:32,801 Itu sebahagian daripada tugas saya. 495 00:26:32,885 --> 00:26:35,429 Kilat, gelombang haba, hujan batu. 496 00:26:35,512 --> 00:26:36,805 Ia takkan halang saya. 497 00:26:36,889 --> 00:26:38,640 Saya sentiasa tetap hantar. 498 00:26:39,725 --> 00:26:40,726 Saya kagum. 499 00:26:40,809 --> 00:26:42,352 Maaf. Saya tak berniat buat awak bosan. 500 00:26:42,936 --> 00:26:45,480 - Apa? Tidak. - Saya tahu tak semua orang berminat 501 00:26:45,564 --> 00:26:47,733 seperti saya dalam proses sistem persuratan. 502 00:26:47,816 --> 00:26:51,069 Tidak. Saya suka Perkhidmatan Pos AS. 503 00:26:51,153 --> 00:26:53,155 Cuma… 504 00:26:53,238 --> 00:26:55,115 Saya agak penat. 505 00:26:55,199 --> 00:26:56,533 Saya faham. 506 00:26:58,118 --> 00:27:00,078 Awak buat semuanya sendirian. 507 00:27:00,162 --> 00:27:01,622 Ia tak begitu teruk. 508 00:27:01,705 --> 00:27:03,081 Membesarkan anak. 509 00:27:03,165 --> 00:27:05,125 Meneruskan perniagaan. 510 00:27:05,209 --> 00:27:06,668 Awak wanita yang kuat, Betty. 511 00:27:07,878 --> 00:27:09,505 Tapi pada masa yang bahaya ini. 512 00:27:11,048 --> 00:27:13,634 Wanita yang kuat juga perlukan lelaki untuk lindungi dirinya. 513 00:27:14,343 --> 00:27:16,178 Saya boleh lindungi diri saya. 514 00:27:17,095 --> 00:27:19,264 Helen pula, 515 00:27:20,265 --> 00:27:23,685 saya masih berharap ayahnya akan pulang. 516 00:27:24,811 --> 00:27:26,021 Pulang dari Beaufort? 517 00:27:26,980 --> 00:27:29,024 - Tak mungkin. - Dari mana? 518 00:27:29,775 --> 00:27:32,194 Henry di Beaufort, South Carolina. 519 00:27:33,862 --> 00:27:35,697 - Saya sangka awak tahu. - Tidak. 520 00:27:36,490 --> 00:27:39,701 Tak, seperti yang awak tahu, dah berbulan saya tak terima suratnya. 521 00:27:40,702 --> 00:27:44,164 - Dia hantar awak surat? - Tidak. Saya dengar khabar angin. 522 00:27:44,248 --> 00:27:47,835 Sudah lama dia di sana bersama Sukarelawan South Carolina. 523 00:27:48,335 --> 00:27:50,629 Sebahagian daripada Eksperimen Port Royal. 524 00:27:51,129 --> 00:27:52,130 Bayangkan. 525 00:27:52,631 --> 00:27:56,844 Lelaki kulit Hitam sertai askar Kesatuan, berlatih untuk berperang. 526 00:27:56,927 --> 00:28:00,180 Henry dah jadi askar? 527 00:28:00,264 --> 00:28:01,473 Itu yang saya dengar. 528 00:28:02,516 --> 00:28:04,226 Maaf saya kata begini, 529 00:28:05,352 --> 00:28:08,647 tapi peluang dia kembali hidup-hidup… 530 00:28:09,815 --> 00:28:10,816 sama seperti… 531 00:28:11,900 --> 00:28:14,444 bungkusan sekilogram yang dihantar 532 00:28:14,528 --> 00:28:16,238 dengan setem lima sen. 533 00:29:14,963 --> 00:29:16,006 Baguslah. 534 00:29:16,089 --> 00:29:19,468 Pagi tadi kita di masa sekarang dan sekarang terperangkap di masa depan. 535 00:29:19,551 --> 00:29:21,011 Okey, tapi sementara kita di sini… 536 00:29:22,346 --> 00:29:24,389 - saya perlu tanya. - Apa? 537 00:29:24,473 --> 00:29:26,141 Betul 538 00:29:26,767 --> 00:29:30,354 yang dia cakap awak cinta wanita lain? 539 00:29:34,775 --> 00:29:35,984 Sue. 540 00:29:36,860 --> 00:29:39,363 Sue sejak dulu. Saya cintakan Sue. 541 00:29:41,615 --> 00:29:43,033 Rasanya saya sudah agak. 542 00:29:45,285 --> 00:29:47,579 Ia dah tak penting sebab saya rosakkannya. 543 00:29:48,163 --> 00:29:49,706 Apa maksud awak? 544 00:29:50,415 --> 00:29:51,416 Entahlah. 545 00:29:51,917 --> 00:29:56,880 Kadangkala rasanya lebih mudah untuk bercinta 546 00:29:56,964 --> 00:30:03,554 hanya semasa saya menulis puisi. 547 00:30:04,471 --> 00:30:06,181 Dengar pendapat saya. 548 00:30:08,225 --> 00:30:11,270 Saya rasa awak sangat bertuah 549 00:30:11,353 --> 00:30:13,897 sebab ada seseorang awak cintai untuk hidup bersama. 550 00:30:14,815 --> 00:30:17,943 Kalau saya di tempat awak, saya akan jadi sangat gembira. 551 00:30:18,652 --> 00:30:21,113 Kalau orang itu masih hidup sekarang, 552 00:30:21,196 --> 00:30:22,865 berada dengan saya sekarang… 553 00:30:24,366 --> 00:30:27,995 saya akan berlari kepadanya dan takkan lepaskan dia. 554 00:30:31,582 --> 00:30:33,417 Tak guna, Vinnie, awak betul. 555 00:30:35,335 --> 00:30:37,337 Kenapa saya mahu pergi ke masa depan? 556 00:30:37,421 --> 00:30:39,339 Saya ada segala-galanya pada masa sekarang. 557 00:30:39,923 --> 00:30:41,216 Saya ada Sue. 558 00:30:55,647 --> 00:30:57,608 Ya Tuhan. Kita berjaya! 559 00:30:58,692 --> 00:31:02,112 - Kita bukan lagi di masa depan. - Apa yang awak cakap? 560 00:31:02,196 --> 00:31:03,864 Tadi kita di masa depan. 561 00:31:05,824 --> 00:31:08,493 Saya baru pergi ke tandas luar untuk kosongkan penampung najis mak 562 00:31:08,577 --> 00:31:10,162 sebab kehidupan saya seperti mimpi ngeri, 563 00:31:10,245 --> 00:31:12,623 kemudian saya datang ke gazebo ini dan mula menangis. 564 00:31:12,706 --> 00:31:15,417 Kemudian awak ke sini dan mula bercakap tentang Sue. 565 00:31:16,001 --> 00:31:18,086 Kita ada perbualan yang sangat bagus. 566 00:31:20,255 --> 00:31:22,758 Saya tak dapat kawal imaginasi saya. 567 00:31:22,841 --> 00:31:25,135 Itulah maksud saya, Emily. 568 00:31:25,844 --> 00:31:29,139 Cinta sebenar tak wujud dalam imaginasi. 569 00:31:29,223 --> 00:31:30,807 Ia wujud di sini, 570 00:31:31,475 --> 00:31:35,187 di tempat hina dan dahsyat kita panggil realiti. 571 00:31:37,356 --> 00:31:38,357 Itu George. 572 00:31:40,692 --> 00:31:41,693 Kenapa, George? 573 00:31:43,820 --> 00:31:45,697 George, awak tak apa-apa? Apa berlaku? 574 00:31:45,781 --> 00:31:46,782 Frazar. 575 00:31:47,282 --> 00:31:49,409 - Frazar Stearns? - Ya. Frazar. Dia… 576 00:31:50,452 --> 00:31:52,579 - Dia ditembak. - Ditembak? 577 00:31:52,663 --> 00:31:54,665 Di Pertempuran New Bern, North Carolina. 578 00:31:55,666 --> 00:31:58,418 Frazar terbunuh. 579 00:32:03,465 --> 00:32:07,678 Saya memang nampak masa depan. 580 00:32:59,646 --> 00:33:01,565 Terjemahan sari kata oleh Nur Diyana Osman