1 00:00:11,845 --> 00:00:12,846 Vinnie. 2 00:00:13,722 --> 00:00:15,015 Ya? 3 00:00:15,933 --> 00:00:17,267 Ayah sudah mati? 4 00:00:17,893 --> 00:00:18,894 Tidak. 5 00:00:19,645 --> 00:00:20,646 Mujurlah. 6 00:00:20,729 --> 00:00:23,649 Ia cuma serangan jantung yang kecil. Dia tak apa-apa. 7 00:00:24,608 --> 00:00:26,068 Cakap lagi. 8 00:00:26,818 --> 00:00:27,945 Cakap apa? 9 00:00:28,028 --> 00:00:30,280 Cakap yang ayah tak mati. 10 00:00:30,364 --> 00:00:32,573 Ayah tidak mati. 11 00:00:32,658 --> 00:00:36,370 Dia pengsan. Kepalanya terhantuk dan dia tak sedarkan diri. 12 00:00:36,453 --> 00:00:39,081 Tapi dia sedar selepas kita beri dia hidu sedikit garam hidu 13 00:00:39,164 --> 00:00:42,042 dan tuangkan sedikit wiski ke dalam mulutnya. 14 00:00:42,125 --> 00:00:46,755 Dia mungkin perlu berbaring beberapa hari, tapi dia tak apa-apa. 15 00:00:46,839 --> 00:00:49,424 Dia bernafas dan tahu nama sendiri. 16 00:00:50,259 --> 00:00:52,427 Tiada sesiapa perlu panggil doktor pun. 17 00:00:54,096 --> 00:00:57,015 Ya Tuhan, itu makan malam yang teruk. Aduhai! 18 00:00:57,099 --> 00:00:58,684 Awak tak suka puding Hasty saya? 19 00:00:58,767 --> 00:01:01,478 Saya tak bercakap tentang makanan, Vinnie. 20 00:01:02,145 --> 00:01:05,691 Saya bercakap tentang perkara teruk yang Austin katakan semalam. 21 00:01:07,109 --> 00:01:09,319 Tentang keluarga kita dan ayah. 22 00:01:10,153 --> 00:01:12,573 - Bagaimana jika ia benar? - Apa? 23 00:01:12,656 --> 00:01:14,700 Entahlah. Okey? 24 00:01:15,450 --> 00:01:19,371 Saya tak tahu masalah kehidupan saya, tapi ada sesuatu tak kena. 25 00:01:19,454 --> 00:01:21,582 Saya bukan di tempat yang saya mahu. 26 00:01:22,165 --> 00:01:23,709 Saya di takuk lama. 27 00:01:23,792 --> 00:01:26,920 Semua pilihan saya salah. Kesemuanya. 28 00:01:27,004 --> 00:01:31,008 Saya tiada kegembiraan, Emily. Saya cuma ada penyesalan. 29 00:01:32,259 --> 00:01:35,721 Saya sangat sunyi dan malang. 30 00:01:35,804 --> 00:01:37,181 Rasanya saya cuma tertanya 31 00:01:37,264 --> 00:01:42,394 jika sesetengahnya sebab salah ayah. 32 00:01:45,480 --> 00:01:47,274 Adakah ini tentang Joseph Lyman? 33 00:01:48,025 --> 00:01:49,985 Ini tentang semua bekas kekasih saya yang sudah mati… 34 00:01:52,154 --> 00:01:56,241 yang saya patut kahwini semasa berpeluang. 35 00:01:57,159 --> 00:02:02,289 Sebaliknya, saya seolah-olah menunggu masa depan yang hebat. 36 00:02:02,372 --> 00:02:05,209 Kita sudah berada dalam masa depan dan ia teruk. 37 00:02:05,792 --> 00:02:07,628 Semua orang saya pernah cintai sudah tiada. 38 00:02:07,711 --> 00:02:09,003 Itu tak benar. 39 00:02:11,256 --> 00:02:12,299 Saya masih ada. 40 00:02:13,842 --> 00:02:16,053 Begitu juga seluruh keluarga kita. 41 00:02:16,136 --> 00:02:18,430 - Serta ayah, mujurlah. - Ya. 42 00:02:18,514 --> 00:02:20,849 Dia boleh mati malam semalam, tapi tidak. 43 00:02:22,351 --> 00:02:24,436 Kami semua masih di sini, Vin. 44 00:02:25,229 --> 00:02:26,855 Kita masih ada sesama-sendiri. 45 00:02:28,273 --> 00:02:30,359 Saya takkan biarkan keluarga ini berpecah. 46 00:02:30,442 --> 00:02:35,447 Sudah ada terlalu banyak kesedihan di dunia ini. 47 00:02:37,241 --> 00:02:38,367 Betul. 48 00:02:39,034 --> 00:02:41,161 Ada banyak perkara menyedihkan saya. 49 00:02:41,245 --> 00:02:43,330 Saya tak boleh hadapi perang saudara dalam rumah kita sendiri. 50 00:02:43,413 --> 00:02:46,291 Kita perlu lupakan kejadian malam semalam. Okey? 51 00:02:47,292 --> 00:02:50,712 Austin perlu minta maaf pada ayah dan satukan keluarga ini. 52 00:02:51,755 --> 00:02:52,965 Saya takkan berputus asa. 53 00:02:53,549 --> 00:02:54,925 Awak rasa dia akan buat begitu? 54 00:02:55,843 --> 00:02:57,344 Dia cakap dia "keluar." 55 00:02:57,427 --> 00:03:01,014 Ya. Saya persoalkan hak persekutuan dia untuk buat begitu. 56 00:03:02,766 --> 00:03:04,893 Terima kasih sebab benarkan saya tidur di sini semalam. 57 00:03:06,478 --> 00:03:08,438 Awak mahu tahu kelebihan terbaik tidak berkahwin? 58 00:03:09,147 --> 00:03:13,360 - Apa? - Awak dapat luangkan banyak masa… 59 00:03:14,570 --> 00:03:15,779 dengan saya! 60 00:03:23,495 --> 00:03:25,497 Berasa malu untuk Hidup - 61 00:03:46,518 --> 00:03:47,603 Austin? 62 00:04:00,199 --> 00:04:01,200 Selamat pagi, Sue. 63 00:04:02,159 --> 00:04:03,160 Hei. 64 00:04:04,328 --> 00:04:05,662 Banyaknya makanan awak. 65 00:04:06,997 --> 00:04:08,081 Mana Austin? 66 00:04:08,165 --> 00:04:09,374 Saya tak nampak dia. 67 00:04:09,458 --> 00:04:11,251 Semua makanan ini untuk awak? 68 00:04:11,960 --> 00:04:14,671 Saya akan rindu makan untuk dua orang selepas bersalin. 69 00:04:14,755 --> 00:04:16,839 Awak mungkin hamil kembar tiga. 70 00:04:16,923 --> 00:04:20,177 Saya rasa tendangan yang agak kuat malam semalam. 71 00:04:20,260 --> 00:04:22,554 Masuk akal jika ada beberapa pasang kaki. 72 00:04:22,638 --> 00:04:24,431 Saya fikir awak sedang alami kontraksi. 73 00:04:24,515 --> 00:04:26,183 Saya juga. 74 00:04:26,266 --> 00:04:27,935 Rupa-rupanya perut saya berangin. 75 00:04:28,018 --> 00:04:29,269 - Menjijikkan. - Emily. 76 00:04:29,353 --> 00:04:32,064 Itu lumrah. Awak sukakan alam semula jadi. 77 00:04:32,147 --> 00:04:34,691 - Saya tak mahu cakap tentang buang angin. - Awak mahu mufin? 78 00:04:34,775 --> 00:04:37,110 Tidak. 79 00:04:37,903 --> 00:04:39,613 Saya tiada selera sebab masih terkejut. 80 00:04:41,573 --> 00:04:43,825 Malam semalam sangat menakutkan, Sue. 81 00:04:44,535 --> 00:04:46,662 Saya sangka ayah saya akan mati. 82 00:04:46,745 --> 00:04:48,330 Saya fikir Austin sudah bunuh dia. 83 00:04:48,914 --> 00:04:49,957 Ya… 84 00:04:51,166 --> 00:04:54,711 mujurlah kata-kata tak membunuh. 85 00:04:55,879 --> 00:04:57,631 Walaupun kata-kata awak. 86 00:04:57,714 --> 00:05:00,008 Awak juga penyajak lebih baik daripada Austin. 87 00:05:01,093 --> 00:05:02,970 Ya, tapi Austin perlu minta maaf. 88 00:05:03,053 --> 00:05:05,931 Saya ke sini sebab itu. Saya perlu satukan semua orang kembali. 89 00:05:06,890 --> 00:05:08,559 Saya sangka awak ke sini untuk jumpa saya. 90 00:05:10,102 --> 00:05:11,103 Sue. 91 00:05:12,312 --> 00:05:13,730 Sue, awak tak faham? 92 00:05:14,857 --> 00:05:18,318 Keadaan keluarga saya kacau-bilau sekarang. 93 00:05:19,486 --> 00:05:22,906 Awak boleh percaya apa yang Austin cakap semalam? Aduhai! 94 00:05:24,324 --> 00:05:25,158 Ya. 95 00:05:26,869 --> 00:05:29,705 Sebenarnya, saya setuju dengan dia. 96 00:05:32,332 --> 00:05:33,333 Apa? 97 00:05:33,417 --> 00:05:36,253 Keluarga awak ada masalah serius. 98 00:05:36,336 --> 00:05:38,463 Masalah yang malangnya, tak boleh diselesaikan. 99 00:05:38,547 --> 00:05:40,132 Apa maksud awak? 100 00:05:41,842 --> 00:05:45,095 Tengoklah cara mereka melayan awak. 101 00:05:45,179 --> 00:05:47,848 Mak dan ayah awak melayan awak dengan teruk. 102 00:05:49,975 --> 00:05:52,186 Mereka tak tahu betapa istimewanya awak. 103 00:05:52,269 --> 00:05:55,564 Sebaliknya, mereka layan awak seperti awak yang gila. 104 00:05:57,900 --> 00:06:01,695 Mungkin saya makin sedarinya 105 00:06:01,778 --> 00:06:04,114 sebab saya akan menjadi ibu, 106 00:06:04,198 --> 00:06:08,285 dan apabila bayi ini lahir, saya mahu dia tahu 107 00:06:08,368 --> 00:06:12,664 apa-apa saja berlaku, saya akan sayang dia sepenuh hati. 108 00:06:13,498 --> 00:06:14,917 Seperti saya cintakan awak. 109 00:06:21,381 --> 00:06:24,760 Saya sangat cintakan awak, Emily. 110 00:06:26,470 --> 00:06:29,681 Kalau saya yang buat keputusan, kita… 111 00:06:30,933 --> 00:06:34,603 kita akan lari daripada keluarga awak dan besarkan bayi ini berdua. 112 00:06:35,479 --> 00:06:36,813 Boleh awak bayangkannya? 113 00:06:37,397 --> 00:06:38,941 Kita boleh melarikan diri 114 00:06:39,691 --> 00:06:41,818 dan tak perlu jumpa mereka lagi. 115 00:06:44,488 --> 00:06:46,240 Saya akan rindukan mereka. 116 00:06:47,658 --> 00:06:48,659 Betulkah? 117 00:06:53,038 --> 00:06:55,415 Mana Austin? Saya perlu bercakap dengan dia. 118 00:06:55,499 --> 00:06:57,793 Saya tak nampak dia. Dia tak balik malam semalam. 119 00:06:57,876 --> 00:07:01,255 - Awak pasti awak tak mahu sosej? - Tidak. Maksud saya, ya. Saya pasti. 120 00:07:01,338 --> 00:07:02,339 Ia sangat sedap… 121 00:07:03,549 --> 00:07:04,967 - Apa? - Ya Tuhan! 122 00:07:05,050 --> 00:07:07,052 - Apa yang berlaku? - Ya Tuhan. Bayi akan lahir. 123 00:07:07,135 --> 00:07:08,428 - Awak bukan nak buang angin? - Tidak. 124 00:07:08,512 --> 00:07:10,597 - Apa saya perlu buat? - Boleh pergi minta bantuan? 125 00:07:10,681 --> 00:07:12,307 - Ya! Saya akan pergi! Awak okey… - Tolong! 126 00:07:12,391 --> 00:07:13,475 - Okey. - Pergi minta bantuan! 127 00:07:13,559 --> 00:07:15,227 - Mak! - Saya tak okey. 128 00:07:17,187 --> 00:07:20,190 Maafkan saya. Saya tak berniat untuk takutkan awak, Pn. Dickinson. 129 00:07:20,274 --> 00:07:22,276 Tak mengapa, Edward. Saya tahu awak tak mati. 130 00:07:22,359 --> 00:07:23,694 Awak tahu? Bagaimana? 131 00:07:23,777 --> 00:07:25,863 Sebab seorang isteri tahu semua ini. 132 00:07:25,946 --> 00:07:28,073 Lagipun, awak takkan tinggalkan kami secara tiba-tiba. 133 00:07:28,156 --> 00:07:29,992 Awak pasti akan panjangkannya. 134 00:07:30,576 --> 00:07:31,743 Ayah nak minum? 135 00:07:31,827 --> 00:07:33,871 Vinnie bawakan teh. Baiknya awak. 136 00:07:33,954 --> 00:07:38,250 Ya, apa lagi anak dara tua kesunyian boleh lakukan selain menjaga ayah sendiri? 137 00:07:38,333 --> 00:07:39,376 Letak di sana. 138 00:07:40,502 --> 00:07:43,005 Tolong! Sue akan bersalin! 139 00:07:43,088 --> 00:07:44,840 Bersalin? Awak pasti? 140 00:07:44,923 --> 00:07:48,135 Ya. Dia akan bersalin. Apa kita perlu buat? Saya perlu panggil doktor? 141 00:07:48,218 --> 00:07:50,429 Saya boleh menunggang kuda ke bandar seperti Paul Revere. 142 00:07:50,512 --> 00:07:52,890 Tidak. Tak perlu doktor. 143 00:07:52,973 --> 00:07:55,976 - Tak perlu? - Mak akan tolong dia bersalin. 144 00:07:56,059 --> 00:07:57,436 Sebentar. Apa? 145 00:07:57,519 --> 00:08:00,189 Ya, betul. Mak akan jadi bidan. 146 00:08:00,272 --> 00:08:03,609 Kami tak pernah perlukan bidan di ladang Norcross. 147 00:08:03,692 --> 00:08:07,487 Apabila bayi dilahirkan, kami singsing lengan baju dan uruskannya sendiri. 148 00:08:07,571 --> 00:08:09,823 - Begitu juga anak lembu dan anak kuda. - Okey. 149 00:08:10,490 --> 00:08:12,743 Mak sudah ingat semuanya. 150 00:08:12,826 --> 00:08:15,704 Bau bangsal semasa matahari terbit, 151 00:08:15,787 --> 00:08:20,334 mak dan Mak Cik Lavinia bersihkan kandang selepas menyambut anak kambing. 152 00:08:20,417 --> 00:08:24,755 - Anak Sue akan dilahirkan jadi… - Tidak, tunggu sebentar! 153 00:08:24,838 --> 00:08:27,341 - Siapa akan jaga saya? - Awak takkan apa-apa, Edward. 154 00:08:27,424 --> 00:08:31,386 - Awak cuma pening kepala. - Saya pasti saya kena serangan jantung. 155 00:08:31,470 --> 00:08:34,264 Awak cuma perlu berehat. Lagipun, Vinnie akan temankan awak. 156 00:08:34,347 --> 00:08:36,140 - Betul, Lavinia? - Ya. 157 00:08:36,225 --> 00:08:38,852 Ia mungkin agak janggal sebab saya sedang 158 00:08:38,936 --> 00:08:42,188 - menilai semula semua hubungan kita. - Bagus. 159 00:08:42,272 --> 00:08:43,941 Emily, pergi ambil cadar. 160 00:08:44,024 --> 00:08:47,819 - Cadar. - Maggie, pergi ambil baldi! 161 00:08:51,949 --> 00:08:53,951 Ada apa-apa kita boleh tolong dia? 162 00:08:54,535 --> 00:08:55,869 Awak fikir ini sakit? 163 00:08:55,953 --> 00:08:57,454 Kita baru saja bermula. 164 00:08:57,538 --> 00:09:00,374 Mungkin kloroform akan tenangkan dia. Saya dengar ia terkenal. 165 00:09:00,457 --> 00:09:02,793 - Ratu Victoria bergantung padanya. - Ya. Bagus. 166 00:09:02,876 --> 00:09:07,089 Mengarut. Kami tak pernah ada benda begitu di ladang Norcross. 167 00:09:07,172 --> 00:09:10,050 Sue akan bersalin secara semula jadi. Betul, Sue? 168 00:09:10,133 --> 00:09:11,593 Saya betul-betul kesakitan. 169 00:09:11,677 --> 00:09:12,761 Bagus. 170 00:09:12,845 --> 00:09:15,013 - Awak tahu awak masih hidup sebab sakit. - Mak! 171 00:09:15,097 --> 00:09:18,433 Jangan cakap begitu. Mak tahu ibu Sue meninggal semasa bersalin. 172 00:09:18,517 --> 00:09:20,018 Betulkah? 173 00:09:20,102 --> 00:09:23,272 - Itu cara terbaik untuk wanita mati. - Mak. 174 00:09:23,355 --> 00:09:24,898 - Pengorbanan terulung. - Ya Tuhan. 175 00:09:24,982 --> 00:09:26,942 Dia takkan apa-apa, bukan, Maggie? 176 00:09:27,025 --> 00:09:29,111 Entahlah. Pinggulnya langsing. 177 00:09:29,736 --> 00:09:32,573 - Paling penting, bayi itu selamat. - Ya Tuhan. 178 00:09:32,656 --> 00:09:34,116 Mari pastikan semua orang selamat. 179 00:09:34,199 --> 00:09:37,536 Emily? Emily, saya tak rasa saya boleh lakukannya. 180 00:09:37,619 --> 00:09:43,041 Bagaimana manusia boleh keluar dari lubang sekecil ini? 181 00:09:43,125 --> 00:09:45,961 Ia langsung tak masuk akal. Bagaimana ia boleh dilakukan? 182 00:09:46,044 --> 00:09:47,588 Cukup! 183 00:09:48,213 --> 00:09:49,965 Ini bukan lagi tentang awak, Susan. 184 00:09:50,048 --> 00:09:53,010 Ada nyawa berharga dalam diri awak yang perlukan awak jadi kuat. 185 00:09:53,093 --> 00:09:55,304 - Awak faham? - Ya. 186 00:09:55,387 --> 00:09:58,223 Bagus. Sesiapa tolong hulurkan pengetam kambing biri-biri. 187 00:09:58,307 --> 00:10:00,350 - Pengetam kambing biri-biri? - Mak mahu gunanya untuk apa? 188 00:10:00,434 --> 00:10:03,103 Mak akan guna banyak peralatan ladang. 189 00:10:05,731 --> 00:10:07,232 Kontraksi semakin cepat. 190 00:10:08,275 --> 00:10:09,359 Okey, dengar. 191 00:10:09,443 --> 00:10:11,945 Kalau bayi akan lahir, Austin patut ada di sini. Lebih baik saya… 192 00:10:12,029 --> 00:10:14,698 Emily Dickinson, jangan berani tinggalkan bilik ini. 193 00:10:14,781 --> 00:10:17,034 Tapi dia ayahnya. Dia patut ada di sini. 194 00:10:17,117 --> 00:10:19,077 Saya tak perlukan Austin, tapi awak. 195 00:10:19,161 --> 00:10:22,623 Okey. Aduhai! Bagaimana tangan kecil awak jadi sangat kuat? 196 00:10:22,706 --> 00:10:25,709 Sebab saya kesakitan. 197 00:10:25,792 --> 00:10:28,253 Minum ini seteguk, sayang. 198 00:10:28,337 --> 00:10:29,880 - Ia akan kurangkan kesakitan. - Okey. 199 00:10:29,963 --> 00:10:32,049 Saya curi-curi bawanya, manalah tahu ia diperlukan. 200 00:10:32,758 --> 00:10:35,594 Lupakan pengetam ini. Mak perlukan pengikis khinzir. 201 00:11:07,793 --> 00:11:10,712 - Inilah kelebihan menetap di New England. - Ya Tuhan. Tepat sekali. 202 00:11:10,796 --> 00:11:13,507 Sediakan gula mapel ialah aktiviti musim kegemaran saya. 203 00:11:13,590 --> 00:11:14,633 Ia kegemaran saya juga. 204 00:11:14,716 --> 00:11:16,844 Awak kata kegemaran awak mengukir labu. 205 00:11:16,927 --> 00:11:19,721 - Tak boleh ada dua kegemaran? - Abby. Tidak. 206 00:11:19,805 --> 00:11:23,809 Hei! Bukan salah saya. Ada banyak perkara menyeronokkan di New England. 207 00:11:23,892 --> 00:11:25,644 Pokok saya tak keluarkan apa-apa. 208 00:11:25,727 --> 00:11:28,564 Pokok mapel perlu berusia 45 tahun untuk hasilkan sap yang bagus. 209 00:11:28,647 --> 00:11:30,649 Lihatlah George dengan faktanya. 210 00:11:30,732 --> 00:11:32,901 Hei, mana Frazar? 211 00:11:32,985 --> 00:11:35,112 Ini parti perpisahan untuk dia. 212 00:11:35,195 --> 00:11:36,780 Saya tak sangka dia masuk tentera. 213 00:11:36,864 --> 00:11:39,116 Tekanan untuk masuk sangat kuat. 214 00:11:39,199 --> 00:11:41,994 Tak lama lagi kami semua perlu pergi. 215 00:11:42,077 --> 00:11:44,037 Bagaimana dengan awak? Awak akan pergi berperang? 216 00:11:44,121 --> 00:11:46,331 Saya tak rasa tentera mahukan saya. 217 00:11:46,415 --> 00:11:47,875 Kehidupan saya huru-hara kebelakangan ini. 218 00:11:47,958 --> 00:11:49,293 Lagipun, bayi awak akan lahir. 219 00:11:49,376 --> 00:11:51,795 Malangnya, ramai bapa muda dalam perang ini. 220 00:11:52,421 --> 00:11:56,258 Ya. Akhirnya, lelaki perlu jalankan tanggungjawabnya. 221 00:11:56,341 --> 00:11:57,801 Kenapa wanita tak boleh jadi tentera? 222 00:11:57,885 --> 00:12:00,470 - Bagaimana dengan kesamaan? - Abby. 223 00:12:00,554 --> 00:12:03,640 Mana saya boleh dapat manisan bola salji yang direnjis sirap mapel segar? 224 00:12:05,225 --> 00:12:07,561 - Hei. - Frazar! 225 00:12:07,644 --> 00:12:09,771 - Awak nampak segak. - Ya. 226 00:12:09,855 --> 00:12:11,690 Ibu saya baru saja selesai jahitkan kolar kot ini. 227 00:12:11,773 --> 00:12:14,484 - Bergaya. - Nampak seperti wira sebenar, Stearns. 228 00:12:14,568 --> 00:12:17,154 - Panggil saya Adjutant Stearns. - Betul. 229 00:12:17,237 --> 00:12:20,324 - Lelaki kebanggaan Amherst. - Kami sangat bangga dengan awak, Frazar. 230 00:12:20,407 --> 00:12:23,076 Terima kasih sebab ajak semua orang. 231 00:12:23,160 --> 00:12:25,162 Saya sangat terharu dapat jumpa kamu semua buat kali terakhir. 232 00:12:26,121 --> 00:12:27,956 Kali terakhir? Tolonglah. 233 00:12:28,040 --> 00:12:31,793 - Kami akan jumpa awak selepas perang. - Ya. Mungkin. 234 00:12:32,419 --> 00:12:35,047 Tolonglah. Mereka takkan tewaskan lelaki terbaik Amherst. 235 00:12:35,130 --> 00:12:37,591 Ya, awak bintang pasukan hoki padang, 236 00:12:37,674 --> 00:12:41,303 - anak presiden kolej… - Perang sama seperti hoki padang. 237 00:12:43,722 --> 00:12:45,849 Apa-apa pun, dah tak boleh mengelak. 238 00:12:45,933 --> 00:12:48,352 Tolonglah. Awak sentiasa yang terbaik di antara kita. 239 00:12:48,435 --> 00:12:50,604 - Awak wira sejati. - Hei, mana Emily? 240 00:12:50,687 --> 00:12:53,357 - Siapa? - Emily Dickinson. 241 00:12:53,440 --> 00:12:54,816 Adik awak? 242 00:12:54,900 --> 00:12:57,319 Saya mahu ucap selamat tinggal. Dia akan datang? 243 00:12:58,946 --> 00:12:59,947 Saya tak tahu. 244 00:13:00,739 --> 00:13:02,449 Saya tak bercakap dengan keluarga saya. 245 00:13:02,533 --> 00:13:05,327 - Austin, apa berlaku? - Kita akan cakap nanti. 246 00:13:05,410 --> 00:13:08,497 Baiklah, mari jadikan ini upacara selamat tinggal yang baik, okey? 247 00:13:08,580 --> 00:13:11,083 Tiga sorakan untuk Frazar Stearns. 248 00:13:14,711 --> 00:13:17,548 Adakah kita yang menunggu - cukup berbaloi - 249 00:13:18,674 --> 00:13:20,384 Sehingga Mutiara Sangat Besar 250 00:13:21,218 --> 00:13:24,221 Seperti kehidupan - lenyap - untuk Kita - 251 00:13:25,681 --> 00:13:27,516 Dalam Kejutan dahsyat - Peperangan? 252 00:13:32,896 --> 00:13:36,525 Maaf. Saya sangat mual. Saya tak suka keadaan ini. 253 00:13:50,330 --> 00:13:52,374 Boleh tolak sedikit… 254 00:13:52,457 --> 00:13:53,458 Ya. 255 00:13:55,252 --> 00:13:59,756 Saya tidak tahu yang melahirkan sangat perlahan. 256 00:13:59,840 --> 00:14:02,342 Anak akan keluar apabila anak itu sudah sedia. 257 00:14:02,426 --> 00:14:03,927 Sama seperti keldai. 258 00:14:04,595 --> 00:14:06,388 Awak tahu apa mak suka tentang kelahiran? 259 00:14:06,471 --> 00:14:09,474 Kejutan. Kita takkan tahu apa kita dapat. 260 00:14:10,058 --> 00:14:13,187 Ada sekali, sepupu saya dapat kembar siam. 261 00:14:13,270 --> 00:14:16,607 Tiga lengan, dua kepala. Mungkin Sue ada sepasang dalam perutnya. 262 00:14:18,275 --> 00:14:21,778 - Ini akan ambil masa berapa lama lagi? - Ia misteri, sayang. Tiada siapa tahu. 263 00:14:21,862 --> 00:14:25,199 Tapi mungkin mak boleh teka. Mari tengok. 264 00:14:25,282 --> 00:14:26,867 Ya Tuhan. Tidak. Saya tak… 265 00:14:29,077 --> 00:14:30,495 Bertahan, Susan. 266 00:14:30,579 --> 00:14:33,248 Masih ada lebih kurang tiga jam. Dia baru buka satu inci. 267 00:14:34,416 --> 00:14:36,168 Saya tak tahu kalau saya boleh bertahan tiga jam lagi. 268 00:14:36,251 --> 00:14:37,419 Awak tak boleh? Bagaimana dengan saya? 269 00:14:37,503 --> 00:14:40,589 Dengar, Emily. Sama seperti mak dan Mak Cik Lavinia pernah cakap. 270 00:14:40,672 --> 00:14:42,758 Kalau tak boleh uruskan kuda, keluar dari bangsal. 271 00:14:42,841 --> 00:14:44,801 Mungkin awak patut keluar. 272 00:14:44,885 --> 00:14:46,970 Pergilah berehat, sayang. Awak perlukannya. 273 00:14:49,306 --> 00:14:51,850 - Boleh kalau saya… - Pergilah. 274 00:14:54,436 --> 00:14:56,647 Dia mungkin boleh meneran lebih kuat dengan kaki belakang. 275 00:14:56,730 --> 00:15:00,359 - Teori yang menarik. - Mak nak awak terbalik dan naikkan badan. 276 00:15:05,822 --> 00:15:07,783 Siapa datang? Mungkin Austin. 277 00:15:09,910 --> 00:15:12,204 Frazar. Awak datang. 278 00:15:12,287 --> 00:15:15,290 Emily. Saya datang untuk ucap selamat tinggal. 279 00:15:16,458 --> 00:15:18,001 Selamat tinggal. 280 00:15:18,085 --> 00:15:20,879 Jadi awak akan pergi? 281 00:15:20,963 --> 00:15:23,757 Ya. Pergi ke Virginia esok. 282 00:15:23,841 --> 00:15:25,634 Kemudian berkawad ke North Carolina. 283 00:15:27,135 --> 00:15:30,222 - Maaf Austin tiada di rumah. - Tak, saya dah jumpa dia. 284 00:15:31,181 --> 00:15:32,933 Saya mahu ucap kepada awak. 285 00:15:34,226 --> 00:15:35,602 Awak tak sibuk, bukan? 286 00:15:35,686 --> 00:15:39,356 Tak. Saya sedang duduk saja, menunggu bayi Sue dilahirkan. 287 00:15:39,982 --> 00:15:41,525 Saya tak tahu. Saya tak mahu mengganggu. 288 00:15:41,608 --> 00:15:46,029 Tidak. Tak mengapa. Ia sangat lama dan saya mahu minum. 289 00:15:46,113 --> 00:15:47,114 Marilah masuk. 290 00:15:54,621 --> 00:15:55,622 Mahu pulang? 291 00:15:58,292 --> 00:15:59,459 Ambillah. 292 00:16:03,547 --> 00:16:04,548 Mari minum. 293 00:16:13,807 --> 00:16:15,684 Saya gembira awak datang berjumpa saya. 294 00:16:18,437 --> 00:16:21,565 Saya pasti sangat sedih jika kita tak berpeluang ucap selamat tinggal. 295 00:16:21,648 --> 00:16:24,276 Saya juga. Saya perlu jumpa awak sebelum pergi. 296 00:16:24,985 --> 00:16:28,739 Sebab saya mungkin takkan kembali. 297 00:16:32,201 --> 00:16:33,577 Sebab itu? 298 00:16:34,912 --> 00:16:38,207 Dengar, awak tak boleh anggap saya dapat bayangan 299 00:16:38,290 --> 00:16:40,375 tentang awak akan mati secara serius. 300 00:16:40,459 --> 00:16:43,003 Saya si pelik. Awak pun tahu. 301 00:16:43,086 --> 00:16:45,297 Saya si gila, bukan? 302 00:16:45,380 --> 00:16:48,634 - Saya pasti awak takkan apa-apa dan… - Tolong jangan buat begitu. 303 00:16:50,385 --> 00:16:51,678 Jangan buat apa? 304 00:16:52,387 --> 00:16:55,599 Jangan berpura-pura gembira seperti mereka semua. 305 00:16:57,226 --> 00:17:00,812 Awak saja yang jujur dengan saya tentang apa perang ini mungkin korbankan. 306 00:17:02,898 --> 00:17:05,442 Awak saja yang berani untuk hadapi kebenaran. 307 00:17:06,359 --> 00:17:08,654 Awak tak cuba berikan harapan palsu. 308 00:17:11,448 --> 00:17:13,867 Bagaimana jika kita hanya ada harapan? 309 00:17:18,038 --> 00:17:19,665 Kadangkala… 310 00:17:22,584 --> 00:17:24,502 harapan yang kita paling boleh lakukan 311 00:17:24,586 --> 00:17:28,632 ialah melihat terus kepada kegelapan. 312 00:17:32,553 --> 00:17:34,805 - Selain itu, saya tak fikir awak gila. - Betul? 313 00:17:34,888 --> 00:17:35,889 Tidak! 314 00:17:37,474 --> 00:17:38,934 Dunia yang tak waras. 315 00:17:40,310 --> 00:17:42,145 Satu perkara yang buat awak berbeza 316 00:17:42,229 --> 00:17:44,273 sebab awak tak takut berterus-terang. 317 00:17:46,608 --> 00:17:49,987 Itu yang jadikan awak penulis hebat. Awak tahu? 318 00:17:50,070 --> 00:17:53,740 Penulis hebat tidak takutkan kebenaran, walaupun ia tragik. 319 00:17:54,449 --> 00:17:55,909 Lihatlah Dante. 320 00:17:56,660 --> 00:17:57,870 Inferno. 321 00:17:59,746 --> 00:18:01,582 Dia masuk ke dalam neraka, 322 00:18:02,499 --> 00:18:04,376 kembali untuk menceritakannya. 323 00:18:05,502 --> 00:18:06,503 Tapi… 324 00:18:11,717 --> 00:18:13,719 Saya benar-benar harap awak kembali. 325 00:18:19,016 --> 00:18:22,436 "Satu lagi kejayaan bagi Jeneral Lee dengan 2,000 tentera Kesatuan terkorban 326 00:18:22,519 --> 00:18:24,146 dan 7,000 tercedera." 327 00:18:24,229 --> 00:18:27,774 Bagus. 2,000 lelaki lagi yang saya boleh kahwini. 328 00:18:27,858 --> 00:18:29,651 2,000 lagi yang terlepas. 329 00:18:29,735 --> 00:18:32,487 - Bagaimana dengan Gabungan? - Kenapa dengan mereka? 330 00:18:32,571 --> 00:18:34,281 Berapa ramai yang terbunuh dan tercedera? 331 00:18:34,364 --> 00:18:38,035 - Ada senarai nama? - Saya faham maksud ayah. 332 00:18:38,118 --> 00:18:42,039 Saya boleh kahwini mereka juga. Ya, memang ada perbezaan politik, 333 00:18:42,122 --> 00:18:45,959 tapi itu boleh jadi perbualan menarik semasa sarapan. 334 00:18:46,043 --> 00:18:48,921 Ayah cuma tertanya jika abang ayah terbabit. 335 00:18:49,671 --> 00:18:52,674 Pak Cik Sam awak di Savannah, dia berjuang bagi pihak mereka. 336 00:18:57,888 --> 00:19:01,517 Mereka tak senaraikan nama dari Selatan. 337 00:19:01,600 --> 00:19:03,977 Rasanya kita sudah tak anggap mereka manusia. 338 00:19:05,896 --> 00:19:08,190 Itulah kesan kebencian, Vinnie. 339 00:19:08,982 --> 00:19:10,817 Kebencian dan perpecahan. 340 00:19:12,319 --> 00:19:14,530 Memalukan untuk hidup masa ini. 341 00:19:16,490 --> 00:19:19,493 Mungkin lebih baik jika ayah mati semalam. 342 00:19:21,119 --> 00:19:23,038 Saya gembira ayah tak mati. 343 00:19:23,121 --> 00:19:24,414 Betul? 344 00:19:24,498 --> 00:19:25,707 Ya. 345 00:19:26,500 --> 00:19:29,711 Saya kehilangan semua calon teman sejiwa saya sebab perang ini. 346 00:19:30,671 --> 00:19:33,340 Ia pasti sukar jika saya kehilangan ayah sekali. 347 00:19:35,092 --> 00:19:37,469 Mungkin awak boleh bacakan bahagian sukan. 348 00:19:39,596 --> 00:19:40,597 Okey. 349 00:19:45,769 --> 00:19:49,106 Saya terkejut awak tak bawa Billy hari ini. 350 00:19:49,189 --> 00:19:51,191 Dia suka manisan bola salji sirap mapel. 351 00:19:51,984 --> 00:19:53,861 Dia tak tidur lena semalam. 352 00:19:55,112 --> 00:19:56,405 Saya juga. 353 00:19:56,488 --> 00:19:59,408 Saya tak pernah tidur lena tanpa awak. 354 00:20:03,036 --> 00:20:04,496 Awak selamatkan nyawa saya. 355 00:20:05,414 --> 00:20:07,416 Awak tahu, bukan? 356 00:20:08,750 --> 00:20:10,127 Bersama awak, 357 00:20:10,919 --> 00:20:12,921 dapat menjaga Billy, 358 00:20:14,047 --> 00:20:16,258 itu saya yang buat saya gembira. 359 00:20:17,384 --> 00:20:18,385 Itu segalanya bagi saya. 360 00:20:20,137 --> 00:20:21,763 Saya hanya ada awak. 361 00:20:22,890 --> 00:20:25,142 Saya sanggup buat apa-apa saja untuk awak, Jane. 362 00:20:25,225 --> 00:20:26,643 Austin, berhenti. 363 00:20:28,437 --> 00:20:30,772 Kita tak boleh terus begini. Saya dah beritahu awak. 364 00:20:31,356 --> 00:20:32,357 Kenapa pula? 365 00:20:33,317 --> 00:20:35,319 Sebab Sue akan bersalin. 366 00:20:36,278 --> 00:20:37,988 Itu tak ubah apa-apa. 367 00:20:38,071 --> 00:20:39,990 Ya. Sebab saya juga… 368 00:20:41,450 --> 00:20:43,118 Sebab saya akan kahwini orang lain. 369 00:20:44,077 --> 00:20:45,078 Awak… 370 00:20:46,914 --> 00:20:47,915 Apa? 371 00:20:48,498 --> 00:20:51,126 Ayah saya ada seorang rakan perniagaan. 372 00:20:51,210 --> 00:20:52,628 Seorang lelaki bernama Pierre. 373 00:20:53,921 --> 00:20:55,547 Dia melamar saya. 374 00:20:56,924 --> 00:20:59,468 Siapa Pierre? Saya kenal dia? 375 00:20:59,551 --> 00:21:01,762 Tidak. Dia bukan dari sini. 376 00:21:02,387 --> 00:21:05,390 Dia dari Perancis. Sebenarnya, Vietnam. 377 00:21:08,936 --> 00:21:10,395 Dia ada ladang padi. 378 00:21:11,188 --> 00:21:12,439 Dia… 379 00:21:13,815 --> 00:21:15,192 dia membangunkan pelabuhan 380 00:21:15,275 --> 00:21:18,278 supaya mereka boleh masuk ke perdagangan Perancis. 381 00:21:21,114 --> 00:21:22,783 Dia kedengaran seperti bermasalah. 382 00:21:23,325 --> 00:21:25,827 Saya cuma tahu dia ada duit 383 00:21:25,911 --> 00:21:28,163 dan boleh beri pendidikan yang baik kepada Billy. 384 00:21:28,247 --> 00:21:31,208 - Saya sanggup bayar persekolahannya. - Austin… 385 00:21:33,126 --> 00:21:37,172 Hubungan kita takkan berjaya. Okey? Bandar ini terlalu kecil. 386 00:21:37,256 --> 00:21:38,799 Awak minta saya jalani kehidupan memalukan, 387 00:21:38,882 --> 00:21:40,717 - saya takkan buat begitu. - Tidak. 388 00:21:40,801 --> 00:21:42,094 Jane. 389 00:21:42,803 --> 00:21:43,804 Tolonglah. 390 00:21:44,638 --> 00:21:47,558 Jangan pergi. Tolonglah. 391 00:21:48,725 --> 00:21:51,311 Tiket kami ke Vietnam sudah dibeli. 392 00:21:53,856 --> 00:21:55,482 Saya tidak ada pilihan. 393 00:21:56,650 --> 00:21:59,152 Satu hari nanti awak akan faham. 394 00:22:02,698 --> 00:22:03,866 Saya harap… 395 00:22:04,867 --> 00:22:08,370 Saya harap isteri awak belajar untuk jaga awak dengan lebih baik. 396 00:22:25,179 --> 00:22:26,763 Sudah makin lewat. 397 00:22:27,389 --> 00:22:28,807 Saya masih perlu berkemas. 398 00:22:30,475 --> 00:22:31,977 Saya harap awak tak perlu pergi. 399 00:22:33,312 --> 00:22:34,688 Takdir memanggil. 400 00:22:37,733 --> 00:22:40,235 Saya akan rindukan bandar ini. Amherst yang disayangi. 401 00:22:40,319 --> 00:22:43,197 Ya. Saya juga sayangkan tempat ini. 402 00:22:43,280 --> 00:22:47,284 Hei, saya mahu awak beri saya sesuatu untuk bawa ke medan perang. 403 00:22:47,367 --> 00:22:48,368 Apa-apa saja. 404 00:22:50,120 --> 00:22:51,121 Sebuah puisi. 405 00:22:54,291 --> 00:22:55,959 Saya akan simpannya di poket sebelah sini. 406 00:22:59,922 --> 00:23:01,673 Kata-kata awak akan beri saya harapan. 407 00:23:03,383 --> 00:23:04,635 Bukan harapan palsu? 408 00:23:04,718 --> 00:23:05,719 Bukan. 409 00:23:06,803 --> 00:23:08,013 Harapan sebenar. 410 00:23:10,140 --> 00:23:13,810 Kebenaran yang cukup berani untuk mengaku kadangkala keadaan takkan jadi lebih baik. 411 00:23:20,484 --> 00:23:22,152 Ambillah. Awak boleh ambil yang ini. 412 00:23:23,278 --> 00:23:24,696 Saya tulisnya hari ini. 413 00:23:28,158 --> 00:23:29,826 Awak tulisnya untuk siapa? 414 00:23:31,203 --> 00:23:32,204 Saya tulisnya… 415 00:23:33,914 --> 00:23:34,915 untuk Bukan Sesiapa. 416 00:23:44,424 --> 00:23:46,176 Berasa malu untuk Hidup - 417 00:23:47,010 --> 00:23:49,680 Apabila Lelaki sangat berani mati - 418 00:23:50,681 --> 00:23:52,599 Seseorang mencemburui debu unggul itu - 419 00:23:53,934 --> 00:23:56,562 Diberikan - Pemikiran begitu - 420 00:23:58,605 --> 00:23:59,815 Terima kasih, Emily. 421 00:24:14,413 --> 00:24:16,206 Kepala bayi sudah kelihatan. Emily, cepat. 422 00:24:21,837 --> 00:24:25,340 Puji-pujian, Hallelujah 423 00:24:26,508 --> 00:24:32,055 Kebenarannya terus berarak 424 00:24:33,473 --> 00:24:34,474 Ya Tuhan. 425 00:24:34,558 --> 00:24:35,726 Awak dah balik. 426 00:24:37,144 --> 00:24:38,145 Apa khabar, adik? 427 00:24:40,689 --> 00:24:42,149 Austin, awak terlepasnya. 428 00:24:42,232 --> 00:24:44,568 Saya sasarkan dengan baik. 429 00:24:44,651 --> 00:24:47,279 Bukan. Bayi itu. 430 00:24:47,905 --> 00:24:50,490 Anak awak baru dilahirkan. Austin, awak dah jadi bapa. 431 00:24:57,456 --> 00:24:58,874 Kenapa tiada siapa panggil saya? 432 00:24:59,458 --> 00:25:02,085 Saya mahu cari awak. Saya… 433 00:25:03,003 --> 00:25:05,088 Saya dah cakap saya mahu… Semuanya… 434 00:25:05,172 --> 00:25:07,424 Semuanya berlaku sangat pantas. 435 00:25:09,593 --> 00:25:12,179 Tunggu. Sekejap saja, saya mahu cakap tentang semalam. 436 00:25:12,262 --> 00:25:14,139 Saya tak mahu cakap tentang semalam. 437 00:25:14,806 --> 00:25:16,225 Saya mahu jumpa anak saya. 438 00:25:16,308 --> 00:25:17,643 Ya. Saya tahu. 439 00:25:17,726 --> 00:25:20,312 Tapi awak perlu minta maaf bagi sesetengah perkara awak cakap. 440 00:25:22,481 --> 00:25:24,942 Awak tak fikir penting bagi keluarga untuk bersatu, 441 00:25:25,025 --> 00:25:26,693 lebih-lebih lagi apabila ada bayi? 442 00:25:26,777 --> 00:25:28,445 Saya fikir ia sudah terlambat. 443 00:25:28,529 --> 00:25:31,448 Ia belum terlambat, Austin. 444 00:25:31,532 --> 00:25:34,159 Kita boleh perbaikinya. Awak cuma perlu minta maaf dengan ayah. 445 00:25:35,160 --> 00:25:39,039 Saya dah tak mahu bercakap dengan lelaki itu. 446 00:25:39,122 --> 00:25:40,123 Awak tak maksudkan begitu. 447 00:25:41,625 --> 00:25:42,626 Saya maksudkannya. 448 00:25:43,460 --> 00:25:45,671 Keluarga ini dah berpecah, Emily. 449 00:25:46,421 --> 00:25:49,842 Nanti awak perlu pilih untuk berada di pihak mana. 450 00:26:56,283 --> 00:26:58,285 Terjemahan sari kata oleh Nur Diyana Osman