1 00:00:27,444 --> 00:00:29,655 Aku merasa arak yang tak dibru - 2 00:00:36,286 --> 00:00:38,789 Dari Koleh berisi Mutiara - 3 00:00:55,848 --> 00:00:58,475 Semua Beri Frankfort itu Tak mampu 4 00:01:26,253 --> 00:01:27,796 Membuatkan aku rasa lega. 5 00:01:27,880 --> 00:01:31,466 DARI AMHERST WAIN BULAN MEI - E.DICKINSON 6 00:01:46,190 --> 00:01:47,191 Keabadian. 7 00:01:49,234 --> 00:01:50,235 Biar betul. 8 00:01:55,115 --> 00:01:58,535 "Udara memabukkanku – Dan Embun tak pernah cukup bagiku – 9 00:01:58,952 --> 00:02:03,123 Berkhayal sepanjang musim panas – Dipayungi langit Biru – 10 00:02:03,207 --> 00:02:07,544 Apabila Lebah mabuk dihalau 'Tuan' Keluar dari Bunga Foxglove – 11 00:02:07,628 --> 00:02:10,214 Apabila si Rama-rama – Tak mampu 'meneguknya' lagi – 12 00:02:10,297 --> 00:02:12,216 Lagi banyak aku akan meminumnya!" 13 00:02:13,509 --> 00:02:14,510 Okey, hebat. 14 00:02:14,593 --> 00:02:16,595 Betul. Ia mengagumkan. 15 00:02:16,678 --> 00:02:19,014 Saya benar-benar rasa seperti saya difahami. 16 00:02:19,097 --> 00:02:21,308 Ia puisi yang indah. Siapa pengarangnya? 17 00:02:21,808 --> 00:02:22,935 Kakak Emily, mak. 18 00:02:23,352 --> 00:02:24,645 Siapa? 19 00:02:24,728 --> 00:02:26,396 Emily Dickinson, anak perempuan mak, 20 00:02:26,480 --> 00:02:30,692 tulis puisi yang berada di muka depan akhbar Springfield Republican hari ini. 21 00:02:30,776 --> 00:02:32,110 Ia tentang minum sampai mabuk. 22 00:02:33,237 --> 00:02:35,656 Ia bukan tentang itu, Ship. 23 00:02:35,739 --> 00:02:39,034 "Aku merasa arak yang tak dibru." Tolonglah! 24 00:02:39,117 --> 00:02:42,287 Ia tentang kemabukan disebabkan alam semula jadi yang menyeronokkan. 25 00:02:42,371 --> 00:02:44,540 Ia keseronokan yang alkohol tak dapat berikan. 26 00:02:44,623 --> 00:02:46,458 Jadi, ia bukan tentang mabuk akibat arak, 27 00:02:46,542 --> 00:02:48,544 tapi kemabukan akibat keseronokan yang melampau. 28 00:02:48,627 --> 00:02:49,628 Okey. 29 00:02:50,254 --> 00:02:51,463 Awak terlalu banyak membaca. 30 00:02:51,547 --> 00:02:53,090 Maaf, saya suka cabar diri sendiri. 31 00:02:53,173 --> 00:02:56,593 Awak terpaksa terima saya seadanya... 32 00:02:56,677 --> 00:02:58,053 - Tidak, Ship. - ...Lavinia. 33 00:02:58,136 --> 00:02:59,972 Kita perlu terima satu sama lain seadanya! 34 00:03:00,055 --> 00:03:01,849 - Tidak! - Mak tak faham. 35 00:03:01,932 --> 00:03:04,059 Puisi Emily. Bagaimana ini boleh berlaku? 36 00:03:04,142 --> 00:03:05,561 Adakah ia tak disengajakan? 37 00:03:05,644 --> 00:03:07,145 Austin sertai satu lagi pertandingan? 38 00:03:07,229 --> 00:03:09,982 Jadi, semua penduduk bandar ini ada salinan akhbar ini? 39 00:03:10,065 --> 00:03:11,233 Bukan semua orang. 40 00:03:11,316 --> 00:03:14,027 Ada lebih 12,000 pelanggan akhbar Springfield Republican. 41 00:03:14,778 --> 00:03:15,821 Ya Tuhan. 42 00:03:15,904 --> 00:03:18,407 Hebatnya. Kakak dah terkenal. 43 00:03:19,157 --> 00:03:21,618 Mak harap ayah awak tak mengamuk apabila dia baca akhbar ini. 44 00:03:21,702 --> 00:03:25,122 Terima kasih kerana bertanya, tapi saya tak mahu bersarapan. 45 00:03:25,205 --> 00:03:27,749 Saya tak lalu makan kerana terlalu teruja. 46 00:03:28,083 --> 00:03:30,252 Impian seumur hidup saya dah menjadi kenyataan. 47 00:03:30,335 --> 00:03:32,921 Saya hasilkan puisi ini kerana ini memang minat saya. 48 00:03:33,005 --> 00:03:34,423 Yang bertahun-tahun saya usahakan. 49 00:03:38,552 --> 00:03:39,636 Saya sibuk hari ini, 50 00:03:39,720 --> 00:03:42,472 tapi saya ada beberapa minit untuk kalian tanya sebarang soalan. 51 00:03:43,807 --> 00:03:48,687 Saya boleh ceritakan tema, corak suku kata dan terangkan proses penulisannya. 52 00:03:50,814 --> 00:03:51,982 Kalian? 53 00:03:52,065 --> 00:03:53,066 Mana Emily? 54 00:03:53,150 --> 00:03:54,318 Mungkin dia masih tidur. 55 00:03:54,401 --> 00:03:56,236 - Saya di sini. - Tidur? Tak mungkin. 56 00:03:57,029 --> 00:03:59,031 Dia tentu bersembunyi di bilik tidurnya. 57 00:03:59,114 --> 00:04:00,490 Mak akan buat begitu jika mak jadi dia. 58 00:04:00,574 --> 00:04:02,117 Kenapa dengan awak semua? Helo? 59 00:04:02,201 --> 00:04:05,579 Entah apa akan jadi kepadanya apabila ayahnya tengok akhbar ini. 60 00:04:05,662 --> 00:04:06,663 Ayah tengok apa? 61 00:04:08,290 --> 00:04:09,291 Apa? 62 00:04:10,042 --> 00:04:11,043 Apa yang awak sembunyikan? 63 00:04:12,044 --> 00:04:13,253 Sayang nak bersarapan? 64 00:04:14,046 --> 00:04:16,882 Nak minum teh yang menenangkan? 65 00:04:16,964 --> 00:04:18,591 Itu tak perlu. Saya baru bangun. 66 00:04:18,675 --> 00:04:20,636 Kenapa awak sembunyikan akhbar saya? 67 00:04:20,719 --> 00:04:22,387 Berikannya kepada saya. 68 00:04:22,471 --> 00:04:23,388 Tolonglah. 69 00:04:24,556 --> 00:04:25,974 Tengok, ia taklah sukar sangat. 70 00:04:26,892 --> 00:04:29,728 Saya takut kalau awak beritahu saya yang pasaran saham jatuh lagi. 71 00:04:29,811 --> 00:04:32,648 Puisi saya diterbitkan di muka depan akhbar. 72 00:04:32,731 --> 00:04:33,607 Terimalah hakikatnya! 73 00:04:34,775 --> 00:04:36,944 Tengok, ada jualan murah langsir berenda. 74 00:04:37,027 --> 00:04:39,446 Yakah? Saya tak perasan pula ketika saya tengok akhbar tadi. 75 00:04:39,530 --> 00:04:40,948 - Jangan terlalu teruja. - Saya nak tengok. 76 00:04:41,031 --> 00:04:42,824 Menurutnya, "murah daripada biasa." 77 00:04:42,908 --> 00:04:45,410 - Langsir? - Langsir kita masih elok. Tengoklah. 78 00:04:45,494 --> 00:04:47,120 Saya akan bawa akhbar ini ke bilik sebelah. 79 00:04:47,204 --> 00:04:49,456 Tolong pulangkan akhbar itu. 80 00:04:50,457 --> 00:04:53,752 "'Wain Bulan Mei' oleh E. Dickinson"? 81 00:04:53,836 --> 00:04:55,963 Inilah yang awak cuba sembunyikan daripada saya. 82 00:04:56,046 --> 00:04:57,172 Dia dah lakukannya. 83 00:04:57,256 --> 00:05:00,342 Tak adakah sesiapa yang mahu membincangkannya dengan saya? 84 00:05:00,425 --> 00:05:01,677 Dia dah tak boleh dihalang lagi. 85 00:05:01,760 --> 00:05:03,595 Maaf, Edward. Ini salah saya. 86 00:05:03,679 --> 00:05:05,639 Saya sepatutnya mengawasinya dengan lebih ketat. 87 00:05:05,722 --> 00:05:08,183 Sebenarnya, ia boleh tahan. 88 00:05:10,185 --> 00:05:12,312 "Apabila Lebah mabuk dihalau Tuan" - 89 00:05:12,396 --> 00:05:15,399 Okey, janganlah berpura-pura seperti saya tak wujud. Helo? 90 00:05:15,482 --> 00:05:17,484 Nampaknya dia akan membanggakan keluarga kita. 91 00:05:17,568 --> 00:05:19,027 Ya Tuhan, saya halimunankah? 92 00:05:25,117 --> 00:05:27,119 Aku Bukan Sesiapa! Siapakah engkau? 93 00:05:33,166 --> 00:05:36,753 Jadi tiada siapa yang nampak, dengar atau rasakan kehadiran saya. 94 00:05:36,837 --> 00:05:37,838 Maggie! 95 00:05:40,257 --> 00:05:41,383 Awak nampak saya. 96 00:05:41,466 --> 00:05:43,343 Saya terlupa pukul ambal hari ini. 97 00:05:46,471 --> 00:05:47,472 Tolonglah! 98 00:05:48,724 --> 00:05:51,518 Ship, hai! Helo. Awak nampak saya? 99 00:05:51,602 --> 00:05:53,228 Vinnie, saya tak sanggup meneruskannya. 100 00:05:53,604 --> 00:05:56,356 Saya usahawan yang bercita-cita tinggi 101 00:05:56,440 --> 00:05:58,317 dan memerlukan isteri yang menyokong saya. 102 00:05:58,400 --> 00:05:59,401 Ship, saya dengar suara awak. 103 00:05:59,484 --> 00:06:03,322 Saya ingat awak gadis yang sebegitu, tapi rupa-rupanya tidak, 104 00:06:03,739 --> 00:06:07,367 walau awak sangat cantik dan saya suka berasmara dengan awak. 105 00:06:07,451 --> 00:06:08,952 Awak maksudkan dia... Bukan, kucingnya. 106 00:06:09,036 --> 00:06:12,039 Saya perlu berani dan batalkan pertunangan ini. 107 00:06:13,165 --> 00:06:16,001 Saya akan tinggalkan awak, Lavinia. 108 00:06:18,921 --> 00:06:22,007 Ship, kami semua boleh dengar awak bercakap seorang diri. 109 00:06:22,090 --> 00:06:24,384 - Itu tak betul. - Ya, kerana kakak ada di sini. 110 00:06:24,468 --> 00:06:26,136 Saya nak batalkan pertunangan kita, Lavinia. 111 00:06:26,220 --> 00:06:29,556 Dah terlambat kerana saya nak batalkan pertunangan kita. 112 00:06:29,640 --> 00:06:31,183 - Apa? - Saya tak sanggup meneruskannya lagi. 113 00:06:31,266 --> 00:06:32,392 Pertunangan ini dibatalkan. 114 00:06:32,476 --> 00:06:33,435 - Kalian. - Baiklah. 115 00:06:33,519 --> 00:06:37,272 Awak akan tukar fikiran sekali lagi 26 jam daripada sekarang. 116 00:06:37,356 --> 00:06:38,982 Sehari cuma ada 24 jam, Ship. 117 00:06:39,066 --> 00:06:41,860 Maaf kerana saya gagal tamatkan pelajaran di kolej. 118 00:06:41,944 --> 00:06:43,237 Mungkin saya tak sesuai untuk awak. 119 00:06:43,320 --> 00:06:45,781 - Saya berdiri... - Awak kurang keyakinan. Saya dah bosan! 120 00:06:45,864 --> 00:06:47,533 - Awak menakutkan saya. - Apa? 121 00:06:47,616 --> 00:06:49,701 Awak ada idea-idea moden 122 00:06:49,785 --> 00:06:54,039 dan saya cuma mahukan isteri normal yang tradisional. 123 00:06:54,122 --> 00:06:55,290 Oh. 124 00:06:55,374 --> 00:06:58,502 Okey. Malangnya, saya tak normal. 125 00:06:58,585 --> 00:06:59,753 Okey? 126 00:06:59,837 --> 00:07:04,675 Saya wanita pelik, aneh, kreatif, bernafsu 127 00:07:04,758 --> 00:07:06,426 dan awak tak boleh terima hakikat itu. 128 00:07:06,510 --> 00:07:07,761 Awak tak nak terima saya seadanya! 129 00:07:07,845 --> 00:07:08,846 Apa yang sedang berlaku? 130 00:07:11,515 --> 00:07:13,267 Suasana di sini agak tak betul. 131 00:07:13,350 --> 00:07:14,852 Ia mungkin akibat upacara puja roh itu. 132 00:07:14,935 --> 00:07:16,562 Emily nampak roh. 133 00:07:16,645 --> 00:07:19,189 Ya Tuhan. Saya rohkah? 134 00:07:19,273 --> 00:07:22,067 Keluarga Dickinson semuanya tak waras. 135 00:07:23,068 --> 00:07:26,321 Lebih baik saya pergi ke Nevada dan disebat oleh Lola 136 00:07:26,405 --> 00:07:30,242 sampai hilang akal sambil melihat dia menari tarian lelabahnya yang erotik! 137 00:07:32,619 --> 00:07:34,121 Tarian lelabah. 138 00:07:34,788 --> 00:07:36,540 Lavinia, tolonglah kata yang awak nampak kakak! 139 00:07:39,751 --> 00:07:42,629 Satu, dua, tiga, empat, lima... 140 00:07:42,713 --> 00:07:44,506 - Mungkin tidak. Maksud saya... - enam, tujuh, lapan. 141 00:07:44,590 --> 00:07:46,884 Satu, dua, tiga, empat... 142 00:07:46,967 --> 00:07:49,136 - Vinnie, jangan sampai tercedera. - ...lima, enam, tujuh, lapan. 143 00:07:49,219 --> 00:07:50,596 Satu, dua, tiga. 144 00:07:54,600 --> 00:07:56,935 Lavinia? Vinnie? 145 00:07:57,477 --> 00:07:58,645 Vinnie! 146 00:07:58,729 --> 00:07:59,813 Saya dah cuba beri amaran. 147 00:08:01,148 --> 00:08:03,150 Apa yang sedang berlaku? 148 00:08:03,233 --> 00:08:04,401 Awak tak dengar cakap saya. 149 00:08:04,776 --> 00:08:06,862 Siapa awak dan apa awak buat di dapur saya? 150 00:08:06,945 --> 00:08:08,322 Saya Bukan Sesiapa? Siapakah awak? 151 00:08:08,405 --> 00:08:11,575 Okey, teka-teki itu lucu, tapi awak roh 152 00:08:11,658 --> 00:08:14,161 dan awak saja yang nampak saya, bermakna saya dah mati! 153 00:08:14,828 --> 00:08:17,039 Mungkin saya mati malam tadi. 154 00:08:18,248 --> 00:08:21,460 Okey. Tak apa. Saya tak kisah. 155 00:08:21,543 --> 00:08:23,128 Mungkin ia tak menyakitkan. 156 00:08:24,671 --> 00:08:26,715 Bila agaknya keluarga saya akan jumpa mayat saya? 157 00:08:27,382 --> 00:08:28,842 Mungkin mereka di atas sekarang 158 00:08:28,926 --> 00:08:31,762 dan sedang menyelak selimut dan mendedahkan mayat saya! 159 00:08:36,390 --> 00:08:38,769 Awak belum mati dan saya bukan roh. 160 00:08:38,852 --> 00:08:41,063 Betulkah? Cara awak macam awak dah mati. 161 00:08:41,855 --> 00:08:43,982 Awak muncul secara mengejut dan menghantui saya. 162 00:08:44,066 --> 00:08:46,401 Saya bukan roh. Saya hanya satu misteri. 163 00:08:46,818 --> 00:08:47,861 Misteri? 164 00:08:48,278 --> 00:08:49,488 Okey. 165 00:08:50,280 --> 00:08:51,615 Jadi, saya perlu selesaikan awak? 166 00:08:52,032 --> 00:08:53,033 Cubalah. 167 00:08:53,116 --> 00:08:55,285 Gelagat awak memang menarik, tapi lain kali sajalah. 168 00:08:55,369 --> 00:08:57,329 Saya agak sibuk sekarang. 169 00:08:57,412 --> 00:08:59,331 Ini hari paling penting dalam hidup saya 170 00:08:59,414 --> 00:09:02,835 dan saya mengharapkan sedikit penghargaan. 171 00:09:03,418 --> 00:09:04,837 Atau mungkin sedikit pujian. 172 00:09:04,920 --> 00:09:07,297 Sebaliknya, saya tak disedari 173 00:09:07,381 --> 00:09:10,384 pada hari saya sepatutnya menjadi tumpuan semua orang. 174 00:09:10,467 --> 00:09:12,261 Mungkin ada hikmah di sebaliknya. 175 00:09:12,344 --> 00:09:13,512 Apa maksud awak? 176 00:09:13,595 --> 00:09:16,515 Awak halimunan, bermakna awak boleh membongkar kebenaran. 177 00:09:17,349 --> 00:09:18,350 Kebenaran? 178 00:09:18,433 --> 00:09:21,061 Awak boleh dapatkan pendapat sebenar tentang puisi awak. 179 00:09:28,527 --> 00:09:29,570 Bagus juga. 180 00:09:33,574 --> 00:09:35,450 Mari beli akhbar! 181 00:09:40,205 --> 00:09:44,209 Mari dapatkan berita terkini! Springfield Republican! 182 00:09:45,043 --> 00:09:46,837 Terima kasih banyak. 183 00:09:46,920 --> 00:09:49,256 Puisi yang di muka depan itu 184 00:09:49,339 --> 00:09:51,717 hasil penulisan saya, Emily Dickinson. 185 00:09:52,092 --> 00:09:55,345 Terima kasih kerana menyokong karya saya. Terima kasih. Tengoklah. 186 00:09:55,804 --> 00:09:57,723 Tengoklah puisi ini. Awak dah membacanya? 187 00:09:57,806 --> 00:10:01,101 Sudah. Ia karya seorang wanita. Dia tentu berani. 188 00:10:01,185 --> 00:10:02,853 Saya rasa ia sangat bagus. 189 00:10:02,936 --> 00:10:05,272 Kita boleh tahu yang dia pintar. 190 00:10:05,355 --> 00:10:07,983 - Terima kasih. - Dan penuh berahi. 191 00:10:08,066 --> 00:10:10,611 - Ya, dia amat bernafsu. - Apa? 192 00:10:10,694 --> 00:10:12,571 Dia tinggal di bandar ini. Kita boleh cari dia. 193 00:10:12,654 --> 00:10:15,115 - Itu tak perlu. - Jom kita pergi ke rumahnya. 194 00:10:15,199 --> 00:10:18,410 Kita pergi ke rumahnya dan puaskan nafsu dalam semak. 195 00:10:18,493 --> 00:10:20,287 Saya akan lakukannya atas puisi ini. 196 00:10:22,623 --> 00:10:23,790 Kemasyhuran kadangkala menjelikkan. 197 00:10:33,091 --> 00:10:35,928 Sejujurnya, saya gembira untuknya. 198 00:10:36,011 --> 00:10:37,513 Ya, saya amat menyukai puisi ini. 199 00:10:37,596 --> 00:10:40,015 Terima kasih! Saya gembira mendengarnya. 200 00:10:40,349 --> 00:10:41,558 Saya rasa puisi itu bodoh. 201 00:10:42,184 --> 00:10:44,937 Pertama sekali, ia berima dan itu kebudak-budakan. 202 00:10:45,020 --> 00:10:47,523 Okey. Betul, tapi... 203 00:10:47,606 --> 00:10:49,608 Tolonglah. Rima? 204 00:10:50,359 --> 00:10:53,320 Itu sudah ketinggalan zaman. Bukankah sekarang kita guna gaya bebas? 205 00:10:53,403 --> 00:10:56,448 Rasanya awak perlu faham peraturannya dulu sebelum awak melanggarnya. 206 00:10:56,532 --> 00:10:58,200 Dia tak faham apa-apa langsung. 207 00:10:58,283 --> 00:11:01,119 Saya boleh tulis puisi begini dengan mudah dan ia membosankan. 208 00:11:01,203 --> 00:11:02,829 Sangat membosankan. 209 00:11:02,913 --> 00:11:04,957 Saya tak rasa ia membosankan... 210 00:11:05,040 --> 00:11:06,416 Macam itulah. 211 00:11:06,500 --> 00:11:08,168 ...kerana saya rasa ia menyakitkan hati. 212 00:11:08,752 --> 00:11:09,962 Menyakitkan hati? Kenapa? 213 00:11:10,045 --> 00:11:12,089 Ia tak sebut apa-apa pun yang menyakitkan hati. 214 00:11:12,172 --> 00:11:14,800 Sebab itulah ia menyakitkan hati. Ia perlu lebih tajam. 215 00:11:14,883 --> 00:11:17,135 Sentuh topik politik, jika tidak, ia sia-sia saja. 216 00:11:18,136 --> 00:11:20,347 Ya. Betul cakap awak. 217 00:11:20,430 --> 00:11:24,059 Puisi ini bodoh dan saya tak rasa kagum. 218 00:11:24,142 --> 00:11:26,520 Okey. Saya suka perbincangan ini, tapi... 219 00:11:26,603 --> 00:11:28,063 Mari kita teruskan kehidupan kita. 220 00:11:29,314 --> 00:11:30,315 Hattie. 221 00:11:32,401 --> 00:11:34,528 - Apa yang berlaku? - Kesan kemasyhuran. 222 00:11:34,611 --> 00:11:36,613 Dia dah lakukannya. 223 00:11:36,697 --> 00:11:37,948 Ya, karya Emily dah diterbitkan. 224 00:11:38,031 --> 00:11:39,950 Ini hari paling buruk dalam hidup saya. 225 00:11:40,033 --> 00:11:41,201 Saya menyukainya. 226 00:11:41,285 --> 00:11:44,204 - Ia relevan dengan zaman sekarang. - Betul. 227 00:11:44,288 --> 00:11:47,499 Saya tak faham langsung, dan sebab itulah saya menyukainya. 228 00:11:47,583 --> 00:11:49,418 Ia amat mendalam. 229 00:11:49,501 --> 00:11:51,170 Ia tentang alkohol. 230 00:11:51,253 --> 00:11:53,797 Dengar kata, Persatuan Hapus Arak dah marah. 231 00:11:53,881 --> 00:11:56,300 Ramai orang yang akan merungut. 232 00:11:56,383 --> 00:11:57,551 Dia tentu perlukan perlindungan. 233 00:11:57,634 --> 00:11:59,303 Dia pasti tak apa-apa. 234 00:12:02,055 --> 00:12:03,265 Awak tak nak akhbar ini? 235 00:12:07,102 --> 00:12:08,520 Kemasyhuran tak kekal. 236 00:12:19,573 --> 00:12:21,992 Menjadi terkenal bukan seperti yang awak jangkakan. 237 00:12:23,202 --> 00:12:27,289 Saya tak menjangkakan apa-apa, tapi ini sangat teruk. 238 00:12:27,372 --> 00:12:29,583 Sudahlah. Ia taklah begitu teruk. 239 00:12:31,210 --> 00:12:33,212 Semua orang berhak bercakap tentang saya 240 00:12:33,295 --> 00:12:35,756 tanpa mengira kesahihan kata-kata mereka itu? 241 00:12:35,839 --> 00:12:38,342 Awak takkan tahu bagaimana rasanya sehinggalah ia dah berlaku. 242 00:12:39,218 --> 00:12:41,428 Kemasyhuran terasa seperti kematian. 243 00:12:42,763 --> 00:12:44,223 Tapi saya belum mati, bukan? 244 00:12:44,306 --> 00:12:45,807 Tidak, awak cuma... 245 00:12:46,350 --> 00:12:47,476 Halimunan. 246 00:12:49,645 --> 00:12:51,480 Banyak benda indah yang halimunan. 247 00:12:51,563 --> 00:12:52,564 Apa maksud awak? 248 00:12:52,648 --> 00:12:53,815 Udara yang kita sedut. 249 00:12:54,566 --> 00:12:56,610 Bayu yang bertiup. Cinta. 250 00:13:00,572 --> 00:13:01,782 Saya faham maksud awak. 251 00:13:02,199 --> 00:13:04,785 Dunia berputar kerana unsur yang halimunan, Emily Dickinson. 252 00:13:07,746 --> 00:13:08,747 Sebenarnya... 253 00:13:10,457 --> 00:13:11,458 betul cakap awak. 254 00:13:13,836 --> 00:13:16,630 Saya bagaikan wangian yang indah. 255 00:13:17,297 --> 00:13:18,507 Not sebuah lagu. 256 00:13:19,132 --> 00:13:20,801 Perasaan kita pada penghujung musim panas. 257 00:13:20,884 --> 00:13:22,052 Menjadi halimunan... 258 00:13:23,679 --> 00:13:24,888 ialah sesuatu yang berkuasa. 259 00:13:34,982 --> 00:13:36,692 Kawan saya, Ben, dikebumikan di sini. 260 00:13:36,775 --> 00:13:38,110 Awak merinduinya. 261 00:13:38,193 --> 00:13:39,987 Ya. Betul. 262 00:13:40,070 --> 00:13:43,782 Tapi apabila saya berdiri di sini, dia seolah-olah halimunan. 263 00:13:45,450 --> 00:13:46,994 Apa yang terukir di batu nisan awak? 264 00:13:47,703 --> 00:13:49,329 Saya tak ada batu nisan. 265 00:13:51,206 --> 00:13:53,417 Tapi awak tentu ada nama. 266 00:13:54,084 --> 00:13:55,419 - Itu perlukah? - Sudah tentu. 267 00:13:56,211 --> 00:13:58,630 Saya pernah nampak awak dan kenal awak. 268 00:13:59,590 --> 00:14:01,842 Awak tentu tahu siapa diri awak. 269 00:14:02,217 --> 00:14:03,218 Saya tak ingat. 270 00:14:04,344 --> 00:14:05,345 Kenapa? 271 00:14:06,972 --> 00:14:08,307 Saya dah lupa segalanya kecuali... 272 00:14:10,642 --> 00:14:11,643 Kecuali... 273 00:14:12,394 --> 00:14:13,604 Imbasan... 274 00:14:16,607 --> 00:14:17,608 kesakitan yang amat perit. 275 00:14:18,650 --> 00:14:20,903 Ada satu pertempuran hebat, 276 00:14:20,986 --> 00:14:22,613 lelaki muda bergelimpangan... 277 00:14:24,323 --> 00:14:25,324 terpekik-pekik. 278 00:14:25,407 --> 00:14:28,535 Dengan bau logam yang sangat kuat. 279 00:14:31,288 --> 00:14:32,331 Serta letupan... 280 00:14:36,877 --> 00:14:37,878 terkena saya. 281 00:14:38,629 --> 00:14:40,714 Ia memanaskan dan menyejukkan saya, kemudian... 282 00:14:44,176 --> 00:14:45,177 saya tak rasa apa-apa. 283 00:15:22,297 --> 00:15:25,133 Saya dah terima berita baik dari selatan. 284 00:15:25,217 --> 00:15:26,426 - Ya! - Ya. 285 00:15:26,510 --> 00:15:28,720 Wang yang kita dapat daripada jualan akhbar kita 286 00:15:28,804 --> 00:15:31,139 telah diterima oleh John Brown dan orang-orangnya. 287 00:15:31,598 --> 00:15:34,351 - Ya! - Mereka sangat optimistik. 288 00:15:34,434 --> 00:15:36,353 Mereka ada segala yang diperlukan 289 00:15:36,436 --> 00:15:38,981 kerana kita dan orang seperti kita. 290 00:15:39,064 --> 00:15:40,816 Ya! 291 00:15:42,150 --> 00:15:44,778 Mereka akan laksanakan rancangan mereka tak lama lagi. 292 00:15:44,862 --> 00:15:46,488 Mereka akan serang... 293 00:15:46,572 --> 00:15:50,826 dan negara Amerika akan berubah. 294 00:15:51,285 --> 00:15:54,872 Kita akan mengalami revolusi. 295 00:15:54,955 --> 00:15:56,290 Ia semakin hampir! 296 00:15:56,373 --> 00:15:59,710 Akhbar The Constellation ialah sebahagian daripadanya. 297 00:16:00,169 --> 00:16:05,883 Wang kita membekalkan senjata dan kata-kata kita memberikan mereka kekuatan. 298 00:16:05,966 --> 00:16:07,009 Ya! 299 00:16:10,762 --> 00:16:13,390 Bukan kata-kata semua orang. Hattie. 300 00:16:13,849 --> 00:16:16,518 Kalau awak nak kata sesuatu kepada saya, cakaplah depan-depan. 301 00:16:16,602 --> 00:16:19,563 Saya cuma nak kata yang kisah hantu awak tak membebaskan sesiapa. 302 00:16:19,646 --> 00:16:23,567 "Kisah hantu" saya ada mesej tersembunyi. 303 00:16:23,650 --> 00:16:27,654 Saya guna genre Gothic untuk mengutarakan soalan tentang pengalaman wanita, 304 00:16:27,738 --> 00:16:29,281 dan saya bukannya keluar 305 00:16:29,364 --> 00:16:33,785 menjaja anekdot peribadi bodoh yang sama sepanjang sepuluh tahun ini! 306 00:16:33,869 --> 00:16:35,078 Saya melepaskan diri dengan kotak. 307 00:16:35,162 --> 00:16:36,622 Awak ahli silap mata jalanan. 308 00:16:36,705 --> 00:16:38,290 Wah. 309 00:16:38,373 --> 00:16:41,710 Awak terbiasa beritahu orang yang awak sembunyi dalam kotak untuk melarikan diri. 310 00:16:41,793 --> 00:16:43,921 Kami faham. Semua orang pun faham. 311 00:16:44,004 --> 00:16:46,548 Saya cuma menyebarkan tentang bahaya perhambaan. 312 00:16:46,632 --> 00:16:47,799 Awak terlalu kerap menyebarnya 313 00:16:47,883 --> 00:16:50,010 sehingga cara ini tidak lagi selamat. 314 00:16:50,093 --> 00:16:51,053 Hei, sudahlah! 315 00:16:51,136 --> 00:16:52,429 Betul. 316 00:16:52,513 --> 00:16:54,431 Jangan bergaduh tentang masalah remeh. 317 00:16:54,890 --> 00:16:57,309 Kita perlu ketepikannya. 318 00:16:57,392 --> 00:16:59,937 Usaha kita ini bukan berkenaan ego. 319 00:17:00,020 --> 00:17:02,606 Kita bukan berjuang untuk mendapatkan perhatian, 320 00:17:03,023 --> 00:17:05,317 wang atau menjadi terkenal. 321 00:17:05,400 --> 00:17:08,153 Bukan itu yang kita perjuangkan. 322 00:17:08,694 --> 00:17:09,988 - Yakah? - Tidak. 323 00:17:10,071 --> 00:17:11,490 - Yakah? - Tidak. 324 00:17:11,573 --> 00:17:12,491 Tidak. 325 00:17:13,242 --> 00:17:16,453 Apa yang kita buat di sini lebih penting daripada semua itu. 326 00:17:16,537 --> 00:17:21,791 Kita menuntut hak kewujudan kita. 327 00:17:21,875 --> 00:17:22,876 Ya. 328 00:17:22,960 --> 00:17:24,419 Penulisan kita? 329 00:17:24,502 --> 00:17:27,172 Akhbar kita mengubah dunia. 330 00:17:27,673 --> 00:17:31,093 Ia mengubah seluruh masa depan negara ini. 331 00:17:31,510 --> 00:17:37,683 Kita mungkin tak dikenali hari ini, tapi esok, kita akan dipedulikan. 332 00:17:37,766 --> 00:17:39,518 - Syabas. - Ya. 333 00:17:39,601 --> 00:17:41,478 - Adakah awak takkan dipedulikan? - Tidak. 334 00:17:41,812 --> 00:17:43,856 - Adakah awak takkan dipedulikan? - Tidak. 335 00:17:46,817 --> 00:17:47,985 Awak pula? 336 00:17:48,652 --> 00:17:52,030 - Ya, adakah awak takkan dipedulikan? - Tidak. 337 00:17:52,114 --> 00:17:53,031 Ya, betul. 338 00:17:53,115 --> 00:17:54,241 Betul cakap Henry. 339 00:17:55,325 --> 00:17:58,620 Kita perlu meraikannya, bukan bertengkar. 340 00:18:00,163 --> 00:18:01,164 Betul. 341 00:18:01,582 --> 00:18:02,875 Okey. Baiklah. 342 00:18:02,958 --> 00:18:05,210 Jumlah pelanggan kita sangat ramai. 343 00:18:05,294 --> 00:18:10,549 Kita membiayai revolusi minda, badan dan jiwa. 344 00:18:10,632 --> 00:18:13,302 Dunia untuk generasi masa depan akan lebih baik daripada sekarang 345 00:18:13,385 --> 00:18:15,095 kerana kita bangkit. 346 00:18:15,179 --> 00:18:17,181 Kita akan kuasai keadaan. 347 00:18:17,264 --> 00:18:19,183 Ya! 348 00:18:20,893 --> 00:18:24,855 Saya tak tahu apa awak nak buat sekarang tapi... 349 00:18:27,524 --> 00:18:28,734 saya mahu menari. 350 00:18:31,945 --> 00:18:34,698 Wah. Awak curi gaun itu? 351 00:18:35,115 --> 00:18:36,116 Buat saya kelihatan cantik. 352 00:18:36,533 --> 00:18:37,951 Saya bawa biola saya. 353 00:18:38,035 --> 00:18:39,453 Ya. 354 00:18:39,536 --> 00:18:41,663 Freddie dah buat semula perangai mengarutnya. 355 00:20:05,247 --> 00:20:06,331 Percepatkan temponya. 356 00:20:08,000 --> 00:20:10,127 Emily tentu akan tiba tak lama lagi. 357 00:20:11,044 --> 00:20:12,087 Apa-apalah. 358 00:20:13,297 --> 00:20:14,423 Dia di mana agaknya? 359 00:20:14,506 --> 00:20:18,468 Ini malam penting yang kita tunggu-tunggu dan dia menghilangkan diri. 360 00:20:22,014 --> 00:20:22,931 Austin. 361 00:20:26,935 --> 00:20:28,103 Awak ada nampak Emily? 362 00:20:28,687 --> 00:20:29,813 Saya tak nampak dia hari ini. 363 00:20:30,981 --> 00:20:33,275 Saya dah selongkar dapur. Tak ada banyak makanan di sana. 364 00:20:35,152 --> 00:20:36,695 Siapa tumpuan majlis ini? 365 00:20:36,778 --> 00:20:39,156 Tengoklah, En. Bowles dah sampai. 366 00:20:39,239 --> 00:20:40,240 Maaf, saya terlambat. 367 00:20:40,699 --> 00:20:42,034 Mana dia? 368 00:20:42,451 --> 00:20:45,120 - Emily? Dia hilang sepanjang hari. - Ya. 369 00:20:46,246 --> 00:20:48,874 Hilang? Dalam banyak-banyak hari, dia pilih hari ini? 370 00:20:49,666 --> 00:20:52,878 Saya fikir dia tentu akan merayau-rayau dan menikmati semua pujian. 371 00:20:57,549 --> 00:20:59,384 Hei. Apa khabar, kawan? 372 00:20:59,927 --> 00:21:02,137 Itu salinan yang cantik. Awak suruh orang melukisnya? 373 00:21:02,763 --> 00:21:05,182 Salinan? Apa maksud awak? 374 00:21:05,265 --> 00:21:07,809 Maksud saya, ia gambar tiruan yang sangat hebat. 375 00:21:07,893 --> 00:21:09,520 Ini gambar asli. 376 00:21:10,354 --> 00:21:11,980 Lukisan karyawan Eropah. 377 00:21:12,064 --> 00:21:13,774 Tidak. 378 00:21:13,857 --> 00:21:15,359 Saya kenal pelukis asalnya. 379 00:21:15,943 --> 00:21:17,569 Ya, lukisan rumputnya nampak tak asli. 380 00:21:18,153 --> 00:21:20,614 Coretannya tak cukup halus. 381 00:21:21,782 --> 00:21:23,992 Saya habiskan wang yang banyak untuk lukisan ini. 382 00:21:24,910 --> 00:21:27,079 Apa yang awak bualkan? 383 00:21:29,248 --> 00:21:30,499 Lukisan ini. 384 00:21:31,124 --> 00:21:32,251 Ia hasil semula. 385 00:21:32,334 --> 00:21:34,169 Mereka kata ia lukisan asal. 386 00:21:37,923 --> 00:21:43,136 Tak kisahlah kalau ia tak asli, asalkan ia nampak cantik, bukan? 387 00:21:46,765 --> 00:21:48,642 - Saya perlu pergi. - Austin, jangan pergi. 388 00:21:48,725 --> 00:21:50,519 - Saya perlu tenangkan fikiran. - Kita ada tetamu. 389 00:21:50,602 --> 00:21:53,981 Emily tiada di sini dan parti ini diadakan untuknya, 390 00:21:54,773 --> 00:21:55,899 jadi saya akan cari dia. 391 00:23:59,815 --> 00:24:00,816 Emily! 392 00:24:16,665 --> 00:24:18,709 Apa awak buat di sini? Mari. 393 00:24:20,210 --> 00:24:22,796 Wah, abang nampak saya? 394 00:24:22,880 --> 00:24:24,006 Awak mabukkah? 395 00:24:24,631 --> 00:24:26,383 Entahlah. Abang mabukkah? 396 00:24:27,759 --> 00:24:29,344 Kenapa awak tak datang ke rumah kami? 397 00:24:29,428 --> 00:24:33,557 Tiada siapa yang nampak saya. Saya halimunan. 398 00:24:33,974 --> 00:24:35,976 Jelas sekali, abang nampak awak. 399 00:24:36,685 --> 00:24:39,438 Abanglah orang pertama yang nampak saya hari ini. 400 00:24:39,521 --> 00:24:42,900 Adakah ini reaksi psikologi pelik kerana karya awak diterbitkan? 401 00:24:44,234 --> 00:24:45,903 Saya bukan sesiapa, abang. 402 00:24:48,405 --> 00:24:49,823 Awak penting bagi abang. 403 00:24:49,907 --> 00:24:51,658 Lelaki itu bercakap seorang diri? 404 00:24:51,742 --> 00:24:52,868 Ya, dia tuan saya. 405 00:24:52,951 --> 00:24:54,077 Apa masalahnya? 406 00:24:54,578 --> 00:24:57,039 Awak tentu terkejut dengan rahsia mereka yang saya simpan. 407 00:24:58,165 --> 00:24:59,458 Abang dah baca puisi saya? 408 00:24:59,541 --> 00:25:00,542 Sudah tentu. 409 00:25:01,460 --> 00:25:02,920 Abang bangga dengan awak. 410 00:25:03,253 --> 00:25:04,254 Betulkah? 411 00:25:04,338 --> 00:25:06,089 Ya. Betul. 412 00:25:06,715 --> 00:25:09,384 Awak sajalah orang yang membanggakan abang sekarang. 413 00:25:10,219 --> 00:25:11,386 Abang, apa masalahnya? 414 00:25:12,304 --> 00:25:14,515 Tak ada apa-apa, percayalah cakap abang. 415 00:25:15,098 --> 00:25:19,311 Puisi awak tak dibuat-buat. Ia datang dari hati. 416 00:25:19,394 --> 00:25:21,021 Kalau abang ada kebolehan itu... 417 00:25:22,689 --> 00:25:24,107 Abang tentu gembira. 418 00:25:24,691 --> 00:25:27,528 - Hei, En. Dickinson. - Austin. 419 00:25:28,904 --> 00:25:29,988 Tengoklah. Kenderaan saya dah sampai. 420 00:25:52,469 --> 00:25:53,470 Aduh. 421 00:25:57,099 --> 00:25:58,725 - Apa khabar, cik adik? - Hei. 422 00:25:59,685 --> 00:26:05,858 Memperkenalkan En. Edgar Allan Poe yang ulung dan baru meninggal dunia. 423 00:26:05,941 --> 00:26:08,235 Ya, saya. Awak nak autograf? 424 00:26:08,318 --> 00:26:10,070 Saya tak sangka awak berada di sini. 425 00:26:10,946 --> 00:26:12,322 Dia mati beberapa tahun yang lalu. 426 00:26:12,406 --> 00:26:15,742 Ya, saya roh Edgar Allan Poe. 427 00:26:16,243 --> 00:26:19,371 Punca kematian saya tak diketahui. Sesuai sangat dengan reputasi saya. 428 00:26:19,454 --> 00:26:21,540 Tidak, awak minum arak sampai mati. 429 00:26:22,249 --> 00:26:23,250 Baiklah. 430 00:26:24,001 --> 00:26:25,294 Awak datang berjumpa saya. 431 00:26:25,377 --> 00:26:27,087 Bagus. Saya suka berjumpa peminat saya. 432 00:26:27,171 --> 00:26:29,965 Angguk apabila saya sebut tajuk kegemaran awak. 433 00:26:30,048 --> 00:26:33,635 "The Raven," "Tell-Tale Heart," "Annabel Lee." 434 00:26:33,719 --> 00:26:35,137 Awak tak angguk pun. 435 00:26:35,512 --> 00:26:39,391 "The Fall of the House of Usher," "The Cask of Amontillado"... 436 00:26:39,474 --> 00:26:40,559 Saya cuma dah baca "The Raven." 437 00:26:40,642 --> 00:26:41,810 Baiklah. 438 00:26:42,644 --> 00:26:44,479 Saya tak berniat untuk buat awak marah, 439 00:26:44,563 --> 00:26:46,481 tapi saya ingat kita akan merayau-rayau 440 00:26:46,565 --> 00:26:48,609 dan cari peminat saya untuk saya tiduri. 441 00:26:49,651 --> 00:26:51,236 Dia peminat saya. 442 00:26:51,320 --> 00:26:52,321 Baik. 443 00:26:52,404 --> 00:26:54,114 Kematian seorang wanita yang cantik 444 00:26:54,198 --> 00:26:58,368 memanglah topik paling puitis di dunia. 445 00:27:02,414 --> 00:27:03,540 Hantar saya ke rumah Sue. 446 00:27:03,624 --> 00:27:05,000 Siapa Sue? Dia akan layan saya? 447 00:27:05,083 --> 00:27:07,544 Sue ialah rakan karib saya dan dia adakan parti untuk saya. 448 00:27:08,170 --> 00:27:10,005 Parti sastera. 449 00:27:10,088 --> 00:27:13,509 Untuk meraikan karya saya kerana saya juga penulis yang terkenal. 450 00:27:13,592 --> 00:27:16,136 Yakah? Siapa penerbit awak? Wiley and Putnam? 451 00:27:16,595 --> 00:27:19,932 Puisi saya baru diterbitkan dalam The Springfield Republican. 452 00:27:20,682 --> 00:27:22,392 Maaf, apa? Akhbar New-York Tribune? 453 00:27:22,809 --> 00:27:25,437 Bukan. Springfield... 454 00:27:25,521 --> 00:27:26,939 Dia dengar cakap awak tadi. 455 00:27:27,814 --> 00:27:29,024 Dia cuma berlaku biadab. 456 00:27:30,025 --> 00:27:32,736 Baru satu puisi dan awak fikir awak dah terkenal. 457 00:27:33,570 --> 00:27:35,572 Jangan ambil hati, 458 00:27:35,656 --> 00:27:39,243 tapi saya tak kenal awak dan sudah terlambat untuk saya mengenali awak. 459 00:27:39,326 --> 00:27:43,247 Cik adik, awak langsung tak faham erti kemasyhuran. 460 00:27:43,330 --> 00:27:45,582 Okey, ia bukan satu puisi saja. 461 00:27:46,166 --> 00:27:48,669 - Yakah? - Puisi yang lain pun akan diterbitkan. 462 00:27:51,255 --> 00:27:52,673 - Awak pun dah terperdaya. - Apa? 463 00:27:52,756 --> 00:27:56,301 Kemasyhuran akan buat awak ketagih. Sekali rasa, dan awak akan mahu lagi. 464 00:27:56,385 --> 00:27:58,929 Awak akan mahu lagi dan lagi. 465 00:27:59,012 --> 00:28:02,099 Miskin atau kaya. Terkenal atau tidak. 466 00:28:02,182 --> 00:28:04,434 Tapi ia takkan cukup. Tengoklah saya. 467 00:28:04,518 --> 00:28:08,397 Saya sangat terkenal, tapi saya dah mati. 468 00:28:09,231 --> 00:28:13,068 Dan saya merayau di dalam kereta kuda Malaikat Maut, 469 00:28:13,151 --> 00:28:17,155 dan mencari wanita yang akan buat saya menyayangi diri sendiri. 470 00:28:19,324 --> 00:28:20,325 Sehingga kiamat. 471 00:28:20,409 --> 00:28:21,994 Tidaklah sehingga kiamat. 472 00:28:22,953 --> 00:28:24,705 Akhirnya, awak perlu berhenti juga. 473 00:28:24,788 --> 00:28:26,874 Boleh bacakan notis obituari saya sekali lagi? 474 00:28:26,957 --> 00:28:28,625 Ya Tuhan. Lupakan saja tentangnya. 475 00:28:28,709 --> 00:28:32,296 Aduh. Saya amat merindui sepupu dan isteri muda saya, Virginia. 476 00:28:32,379 --> 00:28:34,381 Dia tentu akan bacakan notis obituari saya. 477 00:28:37,885 --> 00:28:38,886 Kemasyhuran... 478 00:28:42,139 --> 00:28:43,182 bagaikan lebah. 479 00:28:44,057 --> 00:28:45,475 - Apa? - Saya suka baris itu. 480 00:28:47,227 --> 00:28:48,353 Saya rasa mabuk. 481 00:28:50,147 --> 00:28:51,523 Patutkah kami turunkan awak? 482 00:28:52,316 --> 00:28:53,317 Tidak. 483 00:28:54,651 --> 00:28:56,778 Tidak, mari kita jalan-jalan lagi. 484 00:28:56,862 --> 00:28:58,280 Saya mahu sampai lambat. 485 00:28:59,072 --> 00:29:00,991 Awak bagaimana? Awak perlu pergi ke mana-mana? 486 00:29:01,074 --> 00:29:02,701 Tidak, kawan. Tidak lagi sekarang. 487 00:29:26,308 --> 00:29:27,309 Sue? 488 00:29:31,146 --> 00:29:32,397 Sue? 489 00:29:36,443 --> 00:29:37,736 Awak di mana? 490 00:30:03,220 --> 00:30:04,429 Ke situlah saya akan pergi. 491 00:30:07,975 --> 00:30:09,184 Itu kata-kata saya. 492 00:30:14,815 --> 00:30:15,816 Sue. 493 00:30:19,111 --> 00:30:21,446 Sue, segala yang awak katakan memang betul. 494 00:30:21,530 --> 00:30:24,116 Saya mahu dikenali oleh orang ramai. 495 00:30:24,199 --> 00:30:25,576 Saya mahu dikenali oleh awak. 496 00:30:26,535 --> 00:30:27,536 Sue? 497 00:30:27,911 --> 00:30:29,830 Tak apa. Tiada sesiapa di sini. 498 00:32:10,055 --> 00:32:12,057 Terjemahan sari kata oleh Noorsalwati Nordin