1 00:00:25,526 --> 00:00:26,527 Aduhai. 2 00:00:30,822 --> 00:00:31,823 Wah. 3 00:00:37,162 --> 00:00:38,747 Kita dah sampai! 4 00:00:44,837 --> 00:00:46,839 Belahlah sang burung lark 5 00:00:53,929 --> 00:00:56,765 Baiklah. Mari kita tengok apa yang hebat sangat tentang opera ini. 6 00:00:57,266 --> 00:01:00,435 Semua orang nampak anggun. Saya sepatutnya pakai mantel. 7 00:01:00,519 --> 00:01:03,105 Saya lapar. Agak-agaknya mereka ada jual bertih jagung? 8 00:01:03,689 --> 00:01:06,191 Mana ada bertih jagung di dewan opera, Ship. 9 00:01:06,817 --> 00:01:09,069 Terujanya saya dapat datang juga akhirnya. 10 00:01:09,570 --> 00:01:12,155 Saya dah baca semua ulasan tentang pementasan Itali ini. 11 00:01:12,531 --> 00:01:13,615 Saya rasa gelisah. 12 00:01:13,699 --> 00:01:15,409 Kenapa awak selalu guna perkataan rumit? 13 00:01:15,951 --> 00:01:18,787 Saya harap ia menghiburkan. Tiketnya sangat mahal. 14 00:01:18,871 --> 00:01:21,456 - Saya harap tempat duduk kita bagus. - Tengok, itu Sue dan Austin. 15 00:01:21,540 --> 00:01:22,749 Hei! 16 00:01:22,833 --> 00:01:25,377 Sudah tentu dia pakai mantelnya. 17 00:01:25,460 --> 00:01:26,837 - Hai. - Wah. 18 00:01:28,463 --> 00:01:30,465 Sue, awak nampak cantik. 19 00:01:30,549 --> 00:01:31,758 Begitu juga awak semua. 20 00:01:31,842 --> 00:01:34,136 - Bagaimana rumah Mak Cik Lavinia? - Ada tikus di rumahnya. 21 00:01:34,219 --> 00:01:35,846 Bagaimana hotel itu? 22 00:01:35,929 --> 00:01:36,972 Ia okey. 23 00:01:37,055 --> 00:01:40,392 Ia cukup bagus untuk semalam dua, tapi saya takkan tidur di sana lebih lama. 24 00:01:40,475 --> 00:01:43,020 Ya, ayah tak rasa awak mampu tidur di sana lebih lama. 25 00:01:43,937 --> 00:01:45,856 Semua orang rasa teruja? 26 00:01:46,273 --> 00:01:47,774 Kita datang pada malam pembukaan, 27 00:01:47,858 --> 00:01:50,194 dan seluruh Boston teruja dengan penyanyi utamanya. 28 00:01:50,277 --> 00:01:52,654 Ya. Adelaide May yang mengagumkan. 29 00:01:52,738 --> 00:01:55,949 Dia baru tiba dari Itali di mana dia dilatih oleh Verdi. 30 00:01:56,575 --> 00:01:58,744 Dia sebenarnya berasal dari Philadelphia. 31 00:01:58,827 --> 00:02:01,163 Kebanyakan orang Amerika tak boleh menyanyi opera, 32 00:02:01,246 --> 00:02:03,707 tapi Adelaide telah mempesonakan penduduk Eropah dengan suaranya. 33 00:02:03,790 --> 00:02:06,877 Orang kata dia pernah pecahkan cermin mata pengulas dengan suaranya. 34 00:02:06,960 --> 00:02:07,961 Tak mungkin! 35 00:02:08,044 --> 00:02:10,047 Mengarutlah. Itu tentu tak benar. 36 00:02:12,424 --> 00:02:13,425 Dia datang. 37 00:02:19,848 --> 00:02:21,058 Keluarga Dickinson. 38 00:02:21,141 --> 00:02:22,851 - Hei. - Selamat datang ke opera. 39 00:02:22,935 --> 00:02:24,520 Kami gembira dapat berada di sini. 40 00:02:24,603 --> 00:02:27,189 Rasanya saya nampak seorang kawan lama di bawah. 41 00:02:27,272 --> 00:02:28,857 Saya minta diri sebentar. 42 00:02:31,235 --> 00:02:32,402 Tiba-tiba saja dia pergi. 43 00:02:32,486 --> 00:02:34,821 Sam, terima kasih kerana dapatkan tiket itu untuk kami. 44 00:02:34,905 --> 00:02:36,657 Kami gembira dapat duduk di anjung. 45 00:02:36,740 --> 00:02:37,950 Nanti dulu. 46 00:02:38,033 --> 00:02:39,326 Di mana tempat duduk kita? 47 00:02:39,743 --> 00:02:41,620 Orkestra. Barisan belakang. 48 00:02:42,496 --> 00:02:43,747 Kenapa awak tak beli tiket anjung? 49 00:02:43,830 --> 00:02:47,167 Awak dah biarkan saya dalam lubang. Sekarang, awak nak kurung saya di anjung. 50 00:02:47,251 --> 00:02:48,877 Tempat duduk orkestra pun bagus juga. 51 00:02:48,961 --> 00:02:50,170 Sudah tentu. 52 00:02:50,587 --> 00:02:52,798 Edward, mari kita pergi cari barisan belakang. 53 00:02:53,632 --> 00:02:54,675 Okey, mari. 54 00:02:54,758 --> 00:02:56,176 Emily, awak nak ikut kami? 55 00:02:56,885 --> 00:02:58,720 Saya nak berbual dengan Sue sebentar. 56 00:02:58,804 --> 00:03:00,722 - Selamat tinggal. - Ya. Selamat tinggal. 57 00:03:01,682 --> 00:03:03,851 Okey. Kita jumpa lagi selepas pertunjukan? 58 00:03:03,934 --> 00:03:05,561 Sam, tunggu. Jangan pergi. 59 00:03:06,228 --> 00:03:07,771 Saya ingat awak nak berbual. 60 00:03:10,315 --> 00:03:13,151 Sebenarnya tidak. Saya nak berbual dengan awak. 61 00:03:13,777 --> 00:03:14,736 Okey. 62 00:03:15,612 --> 00:03:16,613 Sudah tentu. 63 00:03:17,281 --> 00:03:19,449 Penyajak perlu bercakap dengan editornya. 64 00:03:19,533 --> 00:03:20,701 Okey. 65 00:03:21,702 --> 00:03:24,037 Sam, awak tak datang bersendirian, bukan? Mana Mary? 66 00:03:24,121 --> 00:03:26,331 Dia tak dapat datang. 67 00:03:26,415 --> 00:03:28,542 Malang sekali. Saya teringin berjumpa dengannya. 68 00:03:28,625 --> 00:03:31,628 Ya. Dia kurang sihat. 69 00:03:32,129 --> 00:03:33,130 Sekali lagi. 70 00:03:33,630 --> 00:03:36,550 Nampaknya ini peluang baik untuk Emily. 71 00:03:37,718 --> 00:03:38,719 Untuk saya? 72 00:03:38,802 --> 00:03:41,013 Ya, kerana sekarang awak dapat duduk bersama Sam. 73 00:03:41,555 --> 00:03:44,266 - Saya rasa... - Sam, dia perlu merasainya. 74 00:03:44,349 --> 00:03:47,811 Ini kali pertamanya di pertunjukan opera dan Adelaide May akan menyanyi. 75 00:03:47,895 --> 00:03:49,563 Ia peluang keemasan. 76 00:03:49,646 --> 00:03:51,982 Terutamanya bagi pengkarya yang sensitif seperti Emily. 77 00:03:53,692 --> 00:03:56,278 Kalau awak tak kisah, saya ingin duduk dengan awak. 78 00:03:56,361 --> 00:03:58,572 Awak perlu duduk di situ! 79 00:03:58,655 --> 00:04:00,908 Sam, sopanlah sikit. Biarlah dia duduk dengan awak. 80 00:04:01,408 --> 00:04:03,368 Kalau dia duduk di belakang sana, 81 00:04:03,452 --> 00:04:05,078 dia takkan nampak pentas. 82 00:04:05,787 --> 00:04:07,247 Ingat, matanya bermasalah. 83 00:04:07,706 --> 00:04:08,874 Iritis. 84 00:04:10,292 --> 00:04:13,212 Baiklah, lagipun, tak ada gunanya kita biarkan kerusi itu kosong. 85 00:04:13,295 --> 00:04:14,296 Mari. 86 00:04:32,231 --> 00:04:33,357 Hei. 87 00:04:37,069 --> 00:04:38,570 Siapa yang di sebelah Sam Bowles itu? 88 00:04:38,654 --> 00:04:40,197 Gadis baru. 89 00:04:46,495 --> 00:04:48,830 Saya tak sabar mendengar Adelaide May menyanyi malam ini. 90 00:04:49,456 --> 00:04:51,542 Semua orang kata dia pandai menyanyi. 91 00:04:52,125 --> 00:04:53,877 Mereka kata nyanyiannya semerdu burung lark. 92 00:04:53,961 --> 00:04:55,003 Tak sabar saya mendengarnya. 93 00:04:55,796 --> 00:04:59,800 Di posternya tertulis, "Penyanyi sensasi antarabangsa." 94 00:04:59,883 --> 00:05:02,845 Dia juga seorang yang baik. 95 00:05:02,928 --> 00:05:03,929 Ya? 96 00:05:06,557 --> 00:05:08,809 Saya perlu menemubualnya selepas pertunjukan ini. 97 00:05:10,352 --> 00:05:13,355 - Awak dapat pergi ke belakang pentas? - Sudah tentu. 98 00:05:13,814 --> 00:05:16,942 Ini dewan opera baru. Mereka perlukan liputan media. 99 00:05:18,151 --> 00:05:20,028 Ini sangat mengagumkan. 100 00:05:26,827 --> 00:05:27,828 Lihatlah. 101 00:05:28,704 --> 00:05:29,705 Hei, mak! 102 00:05:35,002 --> 00:05:36,211 Kenapa awak lambat sangat? 103 00:05:37,212 --> 00:05:39,298 Awak tentu tak sangka siapa yang saya jumpa. 104 00:05:39,756 --> 00:05:40,966 Siapa? 105 00:05:41,341 --> 00:05:42,593 Frazar Stearns. 106 00:05:44,011 --> 00:05:45,012 Siapa dia? 107 00:05:45,095 --> 00:05:47,431 Frazar. Kawan saya semasa di sekolah. 108 00:05:47,514 --> 00:05:49,516 Baik orangnya. Dia anak presiden kolej. 109 00:05:50,851 --> 00:05:51,935 Awak tentu ingat dia. 110 00:05:52,895 --> 00:05:54,521 Ya. Rasanya. 111 00:05:54,605 --> 00:05:57,065 Tolonglah. Frazar Stearns. 112 00:05:58,108 --> 00:05:59,568 Dia sangat baik. 113 00:06:01,486 --> 00:06:03,447 Kami tak berjumpa sejak tamat sekolah. 114 00:06:03,947 --> 00:06:05,199 Dia di West Point sekarang. 115 00:06:05,991 --> 00:06:07,159 Dan pakai pakaian seragamnya. 116 00:06:07,784 --> 00:06:09,203 Dia nampak seperti askar sebenar. 117 00:06:11,038 --> 00:06:12,664 Aduh, saya rindukan geng kami dulu. 118 00:06:14,124 --> 00:06:15,792 Saya patut anjurkan majlis pertemuan semula. 119 00:06:19,171 --> 00:06:20,797 Indahnya zaman dulu-dulu. 120 00:06:22,674 --> 00:06:24,301 Kami seronok betul dulu. 121 00:06:24,927 --> 00:06:27,763 Awak masih seronok sekarang, bukan? 122 00:06:48,075 --> 00:06:50,827 "La traviata." Ia bermaksud "mereka yang hina". 123 00:06:50,911 --> 00:06:52,162 Ya, saya tahu. 124 00:06:52,955 --> 00:06:56,041 - Yakah? - Saya belajar bahasa Itali di kolej. 125 00:06:56,124 --> 00:06:57,960 Ya, tapi awak berhenti belajar. 126 00:06:58,877 --> 00:07:01,380 Okey. Apa-apalah. 127 00:07:02,256 --> 00:07:07,719 Reaksi penonton sangat dramatik pada kali pertama mereka menonton opera. 128 00:07:08,428 --> 00:07:10,264 Mereka mungkin menyukainya atau membencinya. 129 00:07:10,722 --> 00:07:12,850 Kalau mereka suka, mereka akan sentiasa menyukainya. 130 00:07:12,933 --> 00:07:15,477 Kalau tidak, mereka mungkin boleh belajar menghargainya, 131 00:07:15,561 --> 00:07:18,188 tapi ia takkan sebati dengan jiwa mereka. 132 00:07:20,274 --> 00:07:21,275 Bagus. 133 00:07:22,150 --> 00:07:23,569 Saya nak pergi kencing. 134 00:07:25,487 --> 00:07:26,488 Awak baru saja kencing. 135 00:07:27,030 --> 00:07:28,949 Lavinia, saya tahu. 136 00:07:35,455 --> 00:07:37,583 Takkanlah dia nak pakai topi ini sepanjang pertunjukan? 137 00:07:37,666 --> 00:07:38,917 Cekik darah betul. 138 00:07:39,001 --> 00:07:40,878 Kita langsung tak nampak apa-apa. 139 00:07:41,461 --> 00:07:42,629 Semua orang ini sangat... 140 00:07:43,380 --> 00:07:46,425 Ya. Sudah tentu. 141 00:07:47,176 --> 00:07:48,260 ...berlagak bagus. 142 00:07:51,180 --> 00:07:53,056 Adakah ia dalam bahasa Itali? 143 00:07:53,932 --> 00:07:55,392 Ya Tuhan. 144 00:07:56,059 --> 00:07:57,477 Itali. 145 00:07:59,688 --> 00:08:01,899 Saya harap ini pertunjukan aneka ragam. 146 00:08:02,900 --> 00:08:03,901 Ya. 147 00:08:07,487 --> 00:08:09,198 Awak tak pernah tonton pertunjukan opera? 148 00:08:09,281 --> 00:08:12,117 Tidak, saya cuma pernah mengimpikannya. 149 00:08:13,869 --> 00:08:15,746 Nampaknya impian awak dah menjadi kenyataan. 150 00:08:17,289 --> 00:08:20,000 Banyak impian saya menjadi kenyataan sejak saya mengenali awak. 151 00:08:22,461 --> 00:08:24,421 - Emily... - Sam, terima kasih. 152 00:08:24,505 --> 00:08:27,633 Tiada masalah. Saya tak beli pun tiket tempat duduk ini. 153 00:08:27,716 --> 00:08:29,134 Bukan untuk itu. 154 00:08:29,718 --> 00:08:31,136 Bukan saja untuk itu. 155 00:08:31,220 --> 00:08:33,138 - Maksud saya, segalanya. - Emily, tolonglah... 156 00:08:33,222 --> 00:08:35,557 - Atas apa yang awak berikan. - Ia benda kecil saja. 157 00:08:36,225 --> 00:08:37,226 Ia segala-galanya. 158 00:08:38,559 --> 00:08:41,772 Awak ubah hidup saya. Sebelum kita bertemu, saya bukan sesiapa. 159 00:08:43,065 --> 00:08:44,107 Sekarang... 160 00:08:45,108 --> 00:08:46,735 Puisi saya akan diterbitkan. 161 00:08:55,118 --> 00:08:56,370 Emily, kita ada masalah. 162 00:08:59,289 --> 00:09:00,457 Yakah? 163 00:09:00,541 --> 00:09:01,542 Ya. 164 00:09:02,376 --> 00:09:03,377 Awak... 165 00:09:04,962 --> 00:09:06,380 Awak tulis surat kepada Mary. 166 00:09:09,591 --> 00:09:10,592 Ya. 167 00:09:11,844 --> 00:09:12,845 Betul. 168 00:09:14,221 --> 00:09:17,307 Itu bukan tindakan yang bijak. 169 00:09:20,727 --> 00:09:23,397 Apa maksud awak? 170 00:09:23,480 --> 00:09:28,110 Awak tulis surat kepadanya dan buat dia rasa kurang senang. 171 00:09:29,278 --> 00:09:30,571 Kami berdua sebenarnya. 172 00:09:30,654 --> 00:09:32,614 Ia buat kami berdua kurang senang. 173 00:09:33,532 --> 00:09:35,158 Surat awak buat Mary sangat sedih. 174 00:09:36,326 --> 00:09:38,537 Sebab itulah dia tak datang malam ini. 175 00:09:40,080 --> 00:09:44,459 Dia enggan datang kerana surat awak buat dia rasa terganggu. 176 00:09:48,338 --> 00:09:49,381 Saya tak faham. 177 00:09:49,464 --> 00:09:51,466 Awak tulis benda pelik-pelik dalam surat itu. 178 00:09:52,718 --> 00:09:54,219 Awak kata saya bagaikan matahari. 179 00:09:54,636 --> 00:09:56,555 Seolah-olah awak kesejukan jika saya tiada. 180 00:09:57,514 --> 00:10:00,517 Dan musim sejuk melanda setiap kali saya meninggalkan Amherst. 181 00:10:01,435 --> 00:10:04,104 - Kenapa awak tulis benda begitu? - Kerana itulah perasaan saya. 182 00:10:04,188 --> 00:10:05,606 Terhadap suami orang? 183 00:10:06,982 --> 00:10:08,192 Kepada isterinya? 184 00:10:09,943 --> 00:10:11,528 Saya tak berniat untuk menyakiti hatinya. 185 00:10:11,904 --> 00:10:13,030 Saya hanya cuba meluahkan 186 00:10:13,113 --> 00:10:14,573 - rasa terima kasih, hormat... - Ya. 187 00:10:14,656 --> 00:10:16,533 Dengar sini, awak dah melampau kali ini. 188 00:10:16,617 --> 00:10:17,618 Maafkan saya. 189 00:10:19,453 --> 00:10:22,748 Kadangkala semasa menulis... saya lupa diri. 190 00:10:27,794 --> 00:10:30,631 Saya tahu. Itu antara sebab yang menjadikan awak penulis yang hebat. 191 00:10:33,091 --> 00:10:35,260 Tapi awak tentu tahu tentang khabar angin itu. 192 00:10:37,304 --> 00:10:39,389 - Khabar angin apa? - Awak tentu dah dengar. 193 00:10:40,682 --> 00:10:43,310 Setiap kali saya beri sokongan kepada pengkarya wanita, 194 00:10:43,393 --> 00:10:46,772 kaki gosip di sebelah Pantai Timur fikir yang saya ada niat tersembunyi. 195 00:10:48,398 --> 00:10:50,234 Mary dengar khabar-khabar angin itu 196 00:10:51,568 --> 00:10:52,778 dan ia buat dia susah hati. 197 00:10:53,612 --> 00:10:54,821 Ia buat dia sedih, 198 00:10:55,739 --> 00:10:59,159 walaupun dia tahu yang saya akan sentiasa setia kepadanya. 199 00:11:01,453 --> 00:11:03,872 Saya dah cuba menjelaskan kedudukan saya. 200 00:11:05,165 --> 00:11:07,167 Minat saya terhadap awak ini? 201 00:11:08,377 --> 00:11:10,212 Ini bersifat profesional. 202 00:11:12,548 --> 00:11:14,383 Awak faham, bukan? 203 00:11:16,260 --> 00:11:17,261 Sudah tentu. 204 00:11:20,639 --> 00:11:22,641 Hanya Mary seorang saja wanita untuk saya. 205 00:11:25,060 --> 00:11:26,186 Saya takkan mengkhianatinya. 206 00:11:26,270 --> 00:11:27,479 Sam, maafkan saya. 207 00:11:28,605 --> 00:11:30,190 Saya tak berniat untuk buat begitu. 208 00:11:30,274 --> 00:11:32,484 Saya amat menghormati perkahwinan awak. 209 00:11:33,735 --> 00:11:36,613 Kesetiaan awak kepada isteri awak adalah antara sebab 210 00:11:36,697 --> 00:11:38,448 yang menjadikan awak lelaki yang hebat. 211 00:11:45,747 --> 00:11:47,207 Saya tahu ia terasa romantis 212 00:11:48,834 --> 00:11:50,460 apabila puisi awak diterbitkan, 213 00:11:51,211 --> 00:11:53,547 apatah lagi setelah lama menunggunya. 214 00:11:55,299 --> 00:11:56,925 Tapi awak perlu ingat, Emily, 215 00:11:58,594 --> 00:11:59,803 perasaan romantis itu... 216 00:12:01,680 --> 00:12:04,892 ia hanya dalam fikiran awak saja. 217 00:12:42,930 --> 00:12:44,515 Ia nampak seperti majlis awak. 218 00:13:22,886 --> 00:13:23,887 Maaf. 219 00:13:39,194 --> 00:13:40,404 Ini sangat membosankan. 220 00:13:40,487 --> 00:13:45,158 Ya. Entah berapa lama lagi saya boleh bertahan. 221 00:14:06,847 --> 00:14:08,932 Dia menghidap batuk kering. 222 00:14:17,774 --> 00:14:19,818 Ship, bukan di pertunjukan opera. 223 00:14:24,448 --> 00:14:26,825 Cepat. 224 00:14:27,743 --> 00:14:30,621 Kita bebas! 225 00:14:30,704 --> 00:14:33,290 Ya Tuhan, teruknya! 226 00:14:33,373 --> 00:14:35,751 Oh, bebas. Pertunjukan mengarut. 227 00:14:35,834 --> 00:14:37,461 Pertunjukan mengarut! 228 00:14:37,544 --> 00:14:39,880 Mari kita pergi dari sini! 229 00:14:39,963 --> 00:14:41,590 - Syabas! - Ya Tuhan. 230 00:14:41,673 --> 00:14:43,050 Tolonglah! Mari kita pergi. 231 00:14:43,509 --> 00:14:45,177 Ayuh. 232 00:15:15,249 --> 00:15:16,875 Dia menakjubkan, bukan? 233 00:15:20,504 --> 00:15:23,131 Hati saya terasa seperti sangat pilu. 234 00:15:33,642 --> 00:15:34,643 Saya perlu pergi. 235 00:15:34,726 --> 00:15:36,061 Sekarang? 236 00:15:36,144 --> 00:15:37,145 Saya tak sepatutnya datang. 237 00:15:37,229 --> 00:15:38,772 Mary perlukan saya. Saya perlu pulang. 238 00:15:38,856 --> 00:15:39,690 Sam, tunggu! 239 00:15:44,945 --> 00:15:46,363 Saya tulis sesuatu untuk awak. 240 00:15:51,785 --> 00:15:52,786 Simpanlah. 241 00:16:56,266 --> 00:16:57,100 BELAHLAH SANG BURUNG LARK - DAN KAU AKAN MENEMUI LAGUNYA - 242 00:16:57,184 --> 00:16:58,018 KETULAN DEMI KETULAN, BERURATKAN PERAK. 243 00:16:58,101 --> 00:16:58,977 HANYA SEKETIKA PADA AWAL PAGI - SEBAGAI HALWA TELINGA APABILA KECAPI SUDAH TIADA. 244 00:17:06,609 --> 00:17:12,574 Belahlah sang burung lark 245 00:17:14,576 --> 00:17:19,414 Dan kau akan menemui lagunya 246 00:17:21,458 --> 00:17:28,464 Ketulan demi Ketulan Beruratkan Perak 247 00:17:28,882 --> 00:17:29,883 Sue... 248 00:17:31,426 --> 00:17:37,224 Hanya seketika Pada awal pagi musim panas 249 00:17:38,141 --> 00:17:40,269 Sebagai halwa Telinga 250 00:17:40,352 --> 00:17:44,815 Apabila Kecapi sudah tiada 251 00:17:48,443 --> 00:17:54,241 Bebaskan Darahnya Kau akan menemuinya rahsianya 252 00:17:55,242 --> 00:18:01,415 Pancutan demi Pancutan Hanya untukmu 253 00:18:02,165 --> 00:18:08,088 Uji kaji Berdarah! Thomas Skeptikal! 254 00:18:09,047 --> 00:18:11,091 Masihkah kau meragui 255 00:18:11,175 --> 00:18:17,723 Keaslian burungmu? 256 00:18:18,932 --> 00:18:25,189 Belahlah sang Burung Lark Dan kau akan menemui lagunya 257 00:18:26,315 --> 00:18:33,238 Ketulan demi Ketulan Beruratkan Perak 258 00:18:42,623 --> 00:18:43,832 Syabas! 259 00:19:17,449 --> 00:19:19,284 Awak nak pergi dapatkan kereta kuda? 260 00:19:20,327 --> 00:19:22,162 Tidak, saya nak pergi berjumpa Frazar. 261 00:19:22,246 --> 00:19:24,706 Dia ajak saya minum selepas pertunjukan ini. 262 00:19:25,666 --> 00:19:27,501 Jadi, apa? 263 00:19:27,584 --> 00:19:28,836 Awak nak tinggalkan saya di sini? 264 00:19:29,753 --> 00:19:31,922 Awak boleh pulang ke hotel dengan kereta kuda. 265 00:19:32,297 --> 00:19:35,676 - Berseorangan? - Atau dengan sesiapa saja yang awak suka. 266 00:19:54,278 --> 00:19:55,988 PANGGUNG OPERA BOSTON PAS BELAKANG PENTAS UNTUK PIHAK MEDIA 267 00:20:01,785 --> 00:20:03,871 Beri laluan! Tumpang lalu. 268 00:20:15,716 --> 00:20:17,342 Awak mencari seseorang? 269 00:20:17,968 --> 00:20:20,220 Ya, saya nak jumpa Adelaide May. 270 00:20:20,888 --> 00:20:22,014 Sudah tentu. 271 00:20:22,097 --> 00:20:24,850 Dia di bilik persalinannya, tapi lebih baik kalau awak tak kacau dia. 272 00:20:24,933 --> 00:20:26,977 Siapa awak? Kawannya? 273 00:20:27,060 --> 00:20:29,062 Tidak, saya seorang penulis. 274 00:20:30,397 --> 00:20:31,732 Penulis apa? 275 00:20:32,608 --> 00:20:34,443 Wartawan suratkhabar. 276 00:20:35,194 --> 00:20:36,320 Tengoklah, saya dari pihak media. 277 00:20:37,154 --> 00:20:40,407 Wartawan wanita? Ini kali pertama saya mendengarnya. 278 00:20:40,490 --> 00:20:42,284 Ya, untuk akhbar The Springfield Republican. 279 00:20:42,367 --> 00:20:45,287 Massachusetts memang mengikuti perkembangan semasa. 280 00:20:45,370 --> 00:20:46,455 Saya perlukan minuman. 281 00:20:46,538 --> 00:20:47,539 Saya pun sama. 282 00:20:47,623 --> 00:20:50,042 Cik wartawan nak ikut kami? 283 00:20:50,125 --> 00:20:52,753 Ya! Awak boleh tulis tentang kami. Kami menarik juga. 284 00:20:53,337 --> 00:20:55,339 Tak apalah, saya perlu temu bual Adelaide May. 285 00:20:55,422 --> 00:20:58,050 Adelaide tak suka ditemu bual. 286 00:20:58,133 --> 00:20:59,635 Dia dah terkenal. 287 00:20:59,718 --> 00:21:03,305 Betul. Temu bual hanya untuk karyawan picisan seperti kami. 288 00:21:03,388 --> 00:21:06,725 Bintang terkenal boleh bersembunyi. 289 00:21:31,375 --> 00:21:32,417 Siapa itu? 290 00:21:34,169 --> 00:21:35,170 Ini... 291 00:21:36,630 --> 00:21:37,631 saya. 292 00:21:38,006 --> 00:21:39,216 Kalau begitu, masuklah. 293 00:21:39,883 --> 00:21:42,427 Masuklah kalau awak nak masuk. Tutup pintu rapat. 294 00:21:44,388 --> 00:21:46,932 Saya tak mahu diganggu malam ini. 295 00:21:47,558 --> 00:21:49,977 Tekak saya sakit, saya tak mahu tandatangan autograf. 296 00:21:50,060 --> 00:21:53,230 Ia memang tak elok, tapi saya betul-betul tak larat. 297 00:21:53,939 --> 00:21:55,566 Peminat saya amat keterlaluan. 298 00:21:56,316 --> 00:21:58,777 Mereka sayangkan saya sehingga seolah-olah ingin membunuh saya. 299 00:21:59,278 --> 00:22:01,905 Ia amat meletihkan. Saya tak mampu layan mereka malam ini. 300 00:22:02,865 --> 00:22:04,074 Maaf kerana mengganggu. 301 00:22:04,157 --> 00:22:06,034 Tidak, awak cuma menjalankan tugas awak. 302 00:22:06,118 --> 00:22:09,121 Awak uruskan pakaian, bukan? Saya dah bersedia untuk tukar pakaian. 303 00:22:12,082 --> 00:22:13,625 Saya sebenarnya... 304 00:22:14,293 --> 00:22:15,502 Saya cuma... 305 00:22:17,629 --> 00:22:20,257 Saya datang untuk puji awak. 306 00:22:20,340 --> 00:22:21,758 Awak peminat juga. 307 00:22:23,719 --> 00:22:25,304 Saya penonton malam ini. 308 00:22:25,387 --> 00:22:26,471 Nyanyian awak... 309 00:22:26,555 --> 00:22:28,473 Saya belum pernah dengar nyanyian seperti itu. 310 00:22:28,557 --> 00:22:31,310 Ia sangat indah dan memilukan. 311 00:22:32,269 --> 00:22:33,937 Ya, semua orang pun kata begitu? 312 00:22:34,021 --> 00:22:35,230 Tidak, saya serius. 313 00:22:36,315 --> 00:22:40,527 Nyanyian awak menimbulkan perasaan yang saya tak pernah rasa. 314 00:22:40,611 --> 00:22:42,029 Ya? Bagaimanakah perasaannya? 315 00:22:42,696 --> 00:22:43,697 Apa? 316 00:22:43,780 --> 00:22:44,990 Perasaan itu. 317 00:22:47,242 --> 00:22:49,077 Awak tentu tahu perasaan itu. 318 00:22:50,204 --> 00:22:52,706 Awak menghidupkannya dengan sempurna. 319 00:22:53,916 --> 00:22:56,835 Awak membolehkan saya merasai perasaan Violetta. 320 00:22:56,919 --> 00:22:58,921 Itu hanya satu persembahan. 321 00:22:59,963 --> 00:23:04,051 Saya terlalu kerap melakonkannya sehingga boleh melakukannya tanpa berjaga. 322 00:23:05,177 --> 00:23:09,139 Awak tonton persembahan yang menyentuh perasaan, namun, saya tak rasa apa-apa. 323 00:23:11,183 --> 00:23:14,937 Duduklah. Saya tak suka orang terdiri-diri berdekatan saya. 324 00:23:15,020 --> 00:23:17,356 Itu mustahil. Awak menangis. 325 00:23:18,440 --> 00:23:20,234 Itu tangisan sebenar. 326 00:23:20,317 --> 00:23:21,318 Yakah? 327 00:23:21,985 --> 00:23:23,445 Saya dah tak tahu apa yang benar. 328 00:23:23,529 --> 00:23:26,865 Saya pun tak tahu di mana saya berada? Ini Pariskah? Atau Rom? 329 00:23:28,742 --> 00:23:31,828 Itu tak penting. Setiap malam sama saja. 330 00:23:32,955 --> 00:23:35,249 Ia samar-samar. Seperti mimpi. 331 00:23:36,166 --> 00:23:41,213 Seorang lagi jatuh cinta pada saya, segelas lagi minuman, sekali lagi tepukan. 332 00:23:41,880 --> 00:23:44,216 Ramai orang dah jatuh cinta pada saya. 333 00:23:44,299 --> 00:23:45,425 Tak terkira jumlahnya. 334 00:23:46,343 --> 00:23:48,053 Saya dah tak ikut perkembangan realiti. 335 00:23:48,136 --> 00:23:49,346 Apa itu realiti? 336 00:23:50,013 --> 00:23:51,306 Siapakah saya? 337 00:23:51,390 --> 00:23:52,808 Awak Adelaide May. 338 00:23:54,017 --> 00:23:55,769 Penyanyi soprano terhebat di dunia. 339 00:23:57,312 --> 00:23:58,522 Itu bukan nama sebenar saya. 340 00:23:58,605 --> 00:24:00,023 Itu cuma nama pentas. 341 00:24:01,817 --> 00:24:07,281 Tak kira apa nama awak, awak dah ubah hidup saya malam ini. 342 00:24:11,201 --> 00:24:14,413 Suara awak akan menghantui saya selama-lamanya. 343 00:24:18,417 --> 00:24:20,085 Tiada benda kekal selama-lamanya. 344 00:24:21,003 --> 00:24:22,629 Takkanlah awak tak tahu, sayang? 345 00:24:24,047 --> 00:24:27,092 Suara akan hilang. Ingatan akan pudar. 346 00:24:28,051 --> 00:24:29,887 Orang yang terkenal bersilih ganti. 347 00:24:29,970 --> 00:24:33,182 Masa berlalu dan kita semua akhirnya akan dilupakan. 348 00:24:34,975 --> 00:24:38,395 Saya takkan melupakan awak. 349 00:24:42,816 --> 00:24:44,443 Awak nak tengok pentas? 350 00:24:45,485 --> 00:24:46,486 Bolehkah? 351 00:24:48,947 --> 00:24:49,948 Ikut saya. 352 00:24:52,868 --> 00:24:56,079 Kita tak boleh berada di pentas selepas lampu ditutup, tapi saya tak peduli. 353 00:24:56,997 --> 00:24:58,207 Ia seronok. 354 00:25:03,337 --> 00:25:04,922 Ia indah. 355 00:25:05,005 --> 00:25:07,925 Ya. Saya lebih menyukainya apabila tiada sesiapa di sini. 356 00:25:31,240 --> 00:25:32,491 Syabas! 357 00:25:39,414 --> 00:25:40,415 Emily! 358 00:25:41,834 --> 00:25:43,836 Hebat, Emily! 359 00:25:58,308 --> 00:25:59,518 Saya mahu jadi terkenal. 360 00:26:01,019 --> 00:26:02,187 Betul? 361 00:26:02,271 --> 00:26:03,647 Ya. Bukankah semua orang pun sama? 362 00:26:04,273 --> 00:26:05,941 Kenapa awak mahu jadi terkenal? 363 00:26:07,401 --> 00:26:08,861 Kerana saya seorang penulis. 364 00:26:09,778 --> 00:26:13,740 Saya dah tulis banyak puisi dan semuanya disimpan dalam laci 365 00:26:14,283 --> 00:26:18,537 dan dalam gelap tanpa disinari cahaya. 366 00:26:20,414 --> 00:26:21,790 Itu tak mencukupi. 367 00:26:22,207 --> 00:26:23,208 Bukan? 368 00:26:24,543 --> 00:26:26,962 Tidakkah ia patut dilihat? Tidakkah saya patut... 369 00:26:27,880 --> 00:26:28,881 dikenali? 370 00:26:30,883 --> 00:26:31,884 Entahlah. 371 00:26:31,967 --> 00:26:33,802 Jika awak dikenali, awak akan terdedah. 372 00:26:34,678 --> 00:26:38,599 Segala yang terdedah, akhirnya akan busuk. 373 00:26:40,142 --> 00:26:41,268 Bukan segala-galanya. 374 00:26:41,351 --> 00:26:42,978 Ya, segala-galanya. 375 00:26:43,395 --> 00:26:46,732 Para pengkritik mula-mula puji kita, kemudian, mereka akan menjatuhkan kita. 376 00:26:48,066 --> 00:26:50,485 Apabila dah bosan dengan kita, mereka musnahkan kita. 377 00:26:52,070 --> 00:26:54,698 Mereka benci awak kerana awak buat mereka menyukai awak. 378 00:26:56,575 --> 00:27:00,829 Awak seorang gundik dan mereka tertawan oleh awak. 379 00:27:02,539 --> 00:27:05,459 Siapa peduli dengan pendapat mereka? 380 00:27:06,126 --> 00:27:07,127 Tepat sekali. 381 00:27:07,961 --> 00:27:10,797 Lebih baik duduk di bilik bersendirian tanpa diperhati. 382 00:27:15,344 --> 00:27:16,553 Bagaimana awak melakukannya? 383 00:27:17,846 --> 00:27:22,351 Bagaimana awak memberanikan diri untuk menyanyi di hadapan penonton? 384 00:27:22,976 --> 00:27:25,395 Saya anggap saja yang mereka tiada di situ. 385 00:27:27,481 --> 00:27:29,483 Tapi saya ada di sini malam ini. 386 00:27:31,360 --> 00:27:32,444 Betul. 387 00:27:35,072 --> 00:27:37,741 Jika begitu, saya menyanyi untuk awak. 388 00:27:44,873 --> 00:27:46,416 Apakah yang awak inginkan? 389 00:27:47,292 --> 00:27:48,961 Apakah yang awak benar-benar idamkan? 390 00:27:49,044 --> 00:27:51,463 Sue. Apa maksud awak? 391 00:27:51,547 --> 00:27:57,719 Awak kononnya ingin masyhur, tapi apa sebenarnya yang awak idamkan? 392 00:27:59,805 --> 00:28:01,014 Awak idamkan pengertian. 393 00:28:02,015 --> 00:28:03,225 Awak idamkan keindahan. 394 00:28:05,811 --> 00:28:07,020 Awak idamkan cinta. 395 00:28:09,273 --> 00:28:15,737 Belahlah sang Burung Lark 396 00:28:16,780 --> 00:28:23,370 Dan kau akan menemui Lagunya 397 00:28:42,347 --> 00:28:44,558 Hei, apa awak buat di situ? 398 00:28:45,934 --> 00:28:47,144 Turun dari pentas. 399 00:28:49,521 --> 00:28:52,608 Turun sekarang, kalau tak, saya akan laporkan tentang awak. 400 00:28:55,652 --> 00:28:57,279 Awak tak kenal pun saya siapa. 401 00:29:52,835 --> 00:29:54,837 Terjemahan sari kata oleh Noorsalwati Nordin