1 00:00:20,020 --> 00:00:22,022 Sebelum ini dalam Manifest... 2 00:00:22,022 --> 00:00:25,775 Penerbangan 828 bukan kemalangan. Kita patut selamatkan penumpang bersama. 3 00:00:25,775 --> 00:00:28,903 Lamaran itu terlalu awal. Dia tak bersedia. 4 00:00:28,903 --> 00:00:32,032 Kayu hanyut ini memang sekeping kayu Bahtera Noah. 5 00:00:32,032 --> 00:00:33,992 Itu kesimpulan semua data. 6 00:00:33,992 --> 00:00:37,954 Gempa bumi hari ini di pusat semua keajaiban. 7 00:00:37,954 --> 00:00:40,290 Kita diarahkan untuk berhenti. 8 00:00:40,290 --> 00:00:41,875 Sanggup awak buat begitu? 9 00:00:41,875 --> 00:00:45,420 Saya tak suruh awak culik budak atau membunuh seseorang! 10 00:00:45,420 --> 00:00:47,213 - Saya ayahnya? - Secara biologi. 11 00:00:47,213 --> 00:00:50,300 Tapi sama ada awak nak jadi penjaganya... 12 00:00:50,300 --> 00:00:51,760 Itulah impian saya. 13 00:00:51,760 --> 00:00:55,555 - Terimalah, saya datang demi kamu. - Awak ancaman terbesar kami. 14 00:00:55,555 --> 00:00:57,891 Burung merak, dewi, Juno. 15 00:00:57,891 --> 00:01:01,436 Jun, Gemini, kembar, melambangkan nombor dua. 16 00:01:01,436 --> 00:01:04,647 Tahun naga kayu dalam zodiak Cina. 17 00:01:04,647 --> 00:01:06,024 Tarikh 2 Jun 2024. 18 00:01:07,317 --> 00:01:08,526 Semuanya ada kaitan. 19 00:01:16,951 --> 00:01:19,120 Michaela! Awak terlepas satu lagi. 20 00:01:19,120 --> 00:01:21,706 Awak tak perhatikan benda di depan mata! 21 00:01:21,706 --> 00:01:25,877 Awak taksub dengan benda di depan mata, dan tak nampak apa di sana! 22 00:01:25,877 --> 00:01:29,005 Kita sepatutnya kumpul kayu api, bukan pokok-pokok. 23 00:01:29,005 --> 00:01:32,008 Bagaimana jika ada magik di sana, macam Tuck Everlasting? 24 00:01:32,008 --> 00:01:36,221 Saya cuma nak s'more yang kita dapat jika kayu api kita yang terbanyak. 25 00:01:36,888 --> 00:01:39,224 Awak tak cakap apa-apa tentang s'more! 26 00:01:39,224 --> 00:01:42,519 Baiklah, kita buat begini. Awak ke kiri, saya ke kanan. 27 00:01:43,311 --> 00:01:45,563 Apa? Siapa lantik awak jadi kapten? 28 00:01:45,563 --> 00:01:47,982 Ini berdasarkan logik, okey? 29 00:01:47,982 --> 00:01:52,237 Saya lebih tua, lebih hebat merancang, dan saya dah memetakan kawasan ini. 30 00:01:52,862 --> 00:01:55,740 Lihat, kayu api saya lebih banyak daripada awak. 31 00:01:57,283 --> 00:01:59,702 Mak rasa kamu berdua patut jadi kapten. 32 00:01:59,702 --> 00:02:00,662 Mak! 33 00:02:01,162 --> 00:02:04,999 Bakat kamu berdua berbeza, bersatu teguh bercerai roboh. 34 00:02:04,999 --> 00:02:09,712 Memandangkan mak ada 35 gambar burung dan tiada kayu api, 35 00:02:10,255 --> 00:02:13,007 kamu berdua boleh menangi s'more itu. 36 00:02:14,509 --> 00:02:17,595 Marilah, mak nak tangkap gambar anak-anak burung mak. 37 00:02:21,432 --> 00:02:24,352 Jika kita berdua kapten, ia mesti dirasmikan. 38 00:02:24,352 --> 00:02:26,771 Saya tak faham maksud awak. 39 00:02:26,771 --> 00:02:28,022 Berikan pisau awak. 40 00:02:34,154 --> 00:02:35,155 Michaela? 41 00:02:44,330 --> 00:02:45,331 Tabiat lama? 42 00:02:50,336 --> 00:02:51,838 Selamat Malam Kemusnahan. 43 00:02:51,838 --> 00:02:54,549 Tolonglah. Jangan bergurau tentangnya. 44 00:02:54,549 --> 00:02:58,219 Dengar, orang panik kerana Seruan sudah hilang. 45 00:02:58,219 --> 00:03:01,347 Saya cakap begini agar semua orang di sini tenang. 46 00:03:01,347 --> 00:03:04,851 - Apa awak cakap? - Benda yang saya beritahu diri sendiri. 47 00:03:06,853 --> 00:03:08,521 Berusaha hingga akhir. 48 00:03:15,111 --> 00:03:15,945 Apa? 49 00:03:15,945 --> 00:03:18,656 Adakah itu minyak wangi, Benjamin Stone? 50 00:03:18,656 --> 00:03:20,825 Biar betul? Dunia akan kiamat, 51 00:03:20,825 --> 00:03:23,995 awak tiada kerja lain dan masih nak usik saya? 52 00:03:23,995 --> 00:03:26,289 Ada, tapi ini lebih menyeronokkan. 53 00:03:28,082 --> 00:03:30,210 - Berhenti! - Wangi. Sedap baunya. 54 00:03:31,836 --> 00:03:33,004 Tak percaya betul. 55 00:03:34,380 --> 00:03:35,673 - Ia berhasil! - Ya. 56 00:03:35,673 --> 00:03:39,636 Henry Kim keluar sekejap dan kembali, mereka semua sedar. 57 00:03:41,304 --> 00:03:42,138 Marko. 58 00:03:43,014 --> 00:03:46,434 Hai. Awak okey? Adakah awak ingat apa-apa? 59 00:03:52,565 --> 00:03:54,692 - Dia cuma berbahasa Bulgaria. - Saya tahu. 60 00:03:54,692 --> 00:03:58,029 - Terima kasih. Kami akan ambil alih, TJ. - Ya, sama-sama. 61 00:03:59,322 --> 00:04:02,617 Awak okey? Awak ingat apa-apa? Daripada cahaya itu? 62 00:04:04,035 --> 00:04:06,496 Kami berada di makmal, milik tentera. 63 00:04:06,496 --> 00:04:11,042 Ada orang buat uji kaji. Kemudian kami terjaga di sini. 64 00:04:11,668 --> 00:04:15,171 Mereka tak ingat waktu mereka bersama mejar hingga sekarang. 65 00:04:16,214 --> 00:04:18,675 Selama lima setengah tahun mereka dalam Seruan. 66 00:04:18,675 --> 00:04:22,887 Mungkin mereka bawa sesuatu untuk menyelamatkan kita dalam 24 jam ini. 67 00:04:22,887 --> 00:04:25,682 Jika mereka tahu sesuatu, kini ia sudah hilang. 68 00:04:32,355 --> 00:04:34,482 "Pilihan palsu melalui mata kamera." 69 00:04:36,901 --> 00:04:40,238 - Hemingway? - Tak. Kugiran Rage Against the Machine. 70 00:04:41,114 --> 00:04:43,908 Semalam saya pasang kamera untuk rakam uji kaji. 71 00:04:44,534 --> 00:04:48,246 - Saya terlupa untuk mematikannya. - Mari lihat apa yang kita terlepas. 72 00:05:02,844 --> 00:05:03,678 Hei. 73 00:05:04,929 --> 00:05:08,349 - Dari mana awak dapat benda itu? - Henry Kim. 74 00:05:08,349 --> 00:05:10,893 Ini naga yang paling berkuasa. 75 00:05:10,893 --> 00:05:12,603 Seperti raja ribut. 76 00:05:15,857 --> 00:05:17,817 Usah terlibat dalam masalah saya. 77 00:05:18,359 --> 00:05:21,362 Saya rasa bersalah awak masih tinggal dengan kami di sini. 78 00:05:22,030 --> 00:05:22,947 Tolonglah, Cal. 79 00:05:24,157 --> 00:05:27,327 Kita kembar Gemini yang asal. 80 00:05:27,952 --> 00:05:31,164 Pada mulanya kita bersama, akhirnya kita akan bersama. 81 00:05:32,415 --> 00:05:34,000 Kalaulah kita membesar bersama. 82 00:05:36,711 --> 00:05:40,298 Semasa pesawat itu hilang, saya rasa seperti 83 00:05:41,716 --> 00:05:43,801 ia merampas zaman kanak-kanak kita. 84 00:05:46,637 --> 00:05:51,642 Saya sangat merindui awak, tetapi saya tahu. 85 00:05:51,642 --> 00:05:53,144 Saya dapat merasakannya. 86 00:05:54,604 --> 00:05:57,940 Bahawa awak masih hidup. 87 00:06:01,027 --> 00:06:02,278 Kita kehilangan masa, 88 00:06:03,029 --> 00:06:05,406 tapi kita tak kehilangan satu sama lain. 89 00:06:08,368 --> 00:06:09,285 Jadi... 90 00:06:11,204 --> 00:06:13,414 ceritakan masalah kepada kembar awak. 91 00:06:16,834 --> 00:06:17,710 Ia... 92 00:06:19,337 --> 00:06:20,421 ia Seruan saya. 93 00:06:21,756 --> 00:06:26,719 Dua nilam bersatu dan menghasilkan bintang yang terang benderang sinarnya. 94 00:06:28,221 --> 00:06:30,681 Rasanya ini cara untuk saya selamatkan dunia. 95 00:06:31,849 --> 00:06:33,059 Apa yang ayah cakap? 96 00:06:34,769 --> 00:06:39,315 Saya belum beritahu dia kerana saya belum memahaminya lagi. 97 00:06:39,941 --> 00:06:40,817 Dengar sini. 98 00:06:42,693 --> 00:06:45,988 Kita semua menghadapi masalah ini bersama-sama. 99 00:06:47,615 --> 00:06:50,618 Itu cara kita akan memahaminya. 100 00:06:51,744 --> 00:06:52,620 Bersama-sama. 101 00:07:04,632 --> 00:07:07,885 - Kamu pasti itu maksudnya? - Dua nilam mesti berhubung. 102 00:07:08,386 --> 00:07:11,889 - Cal, maksudnya kamu dan Angelina. - Tentu ada cara lain. 103 00:07:11,889 --> 00:07:13,474 Takdir dunia ini tidak tentu. 104 00:07:13,474 --> 00:07:16,269 - Selain kamu, dia saja yang ada nilam. - Kenapa dia? 105 00:07:16,269 --> 00:07:20,982 Kenapa saya ditakdirkan untuk diuji dan perlu hubungi pemusnah keluarga saya? 106 00:07:20,982 --> 00:07:24,068 Kita masih bertahan walaupun Angelina buat macam-macam. 107 00:07:24,569 --> 00:07:26,279 Seruan nak kamu jumpa dia. 108 00:07:27,780 --> 00:07:28,990 Jadi, pergilah. 109 00:07:28,990 --> 00:07:31,659 - Ayah, saya tak pasti. - Cal. 110 00:07:33,369 --> 00:07:37,290 Ayah tahu dulu ayah kata kamu tak mampu melawan tipu daya Angelina, 111 00:07:37,999 --> 00:07:39,333 tapi ayah silap. 112 00:07:41,127 --> 00:07:43,504 Rasanya kamu terhubung dengan dia kerana 113 00:07:44,380 --> 00:07:48,050 kamu saja yang mampu meyakinkan dia agar buat benda betul. 114 00:07:49,886 --> 00:07:53,723 Jika ini ujian, hadapi ujian itu. Jika kamu takut, gunakan nilam itu. 115 00:07:55,349 --> 00:07:57,810 Jadi, sekarang macam mana? 116 00:08:00,229 --> 00:08:02,440 Saya perlu cari nilam milik seorang gadis. 117 00:08:08,237 --> 00:08:09,489 Selamat pagi, Adrian. 118 00:08:09,489 --> 00:08:11,657 Awak nak berbincang? Saya bersedia. 119 00:08:12,533 --> 00:08:15,286 Tapi saya nak tahu bagaimana awak cari kami? 120 00:08:16,871 --> 00:08:20,666 Kami terjumpa semasa saya cari bekalan. Saya lupa nak beritahu awak. 121 00:08:21,918 --> 00:08:22,919 Agaknya begitu. 122 00:08:24,754 --> 00:08:26,297 Jadi, kenapa awak di sini? 123 00:08:26,297 --> 00:08:30,468 Saya nak tebus kesalahan. Berbulan-bulan saya cari semua orang 124 00:08:30,468 --> 00:08:34,972 untuk minta maaf atas kesalahan saya. Keluarga mangsa kebakaran kelab malam, 125 00:08:34,972 --> 00:08:36,182 penduduk ladang itu. 126 00:08:36,182 --> 00:08:38,601 Awak tak takut ditangkap semasa keluar? 127 00:08:39,185 --> 00:08:41,729 Jika kita tak tebus diri, dunia akan kiamat. 128 00:08:41,729 --> 00:08:44,315 Saya sanggup ditahan demi umat manusia. 129 00:08:44,815 --> 00:08:47,944 Kini giliran awak. Saya suruh awak cari bidadari awak. 130 00:08:47,944 --> 00:08:49,195 Awak salah faham. 131 00:08:49,195 --> 00:08:51,239 Tak perlu minta maaf dengan saya. 132 00:08:51,864 --> 00:08:53,616 Saya malaikat utama tuhan. 133 00:08:57,370 --> 00:08:58,371 Awak serius? 134 00:09:00,122 --> 00:09:02,542 Tuhan serapkan nilam ke dalam tubuh saya. 135 00:09:03,417 --> 00:09:04,919 Kini saya ada kuasa 136 00:09:04,919 --> 00:09:07,004 pemusnahan dan penyelamatan. 137 00:09:07,004 --> 00:09:10,424 Beginilah, saya faham perasaan makan tipu daya sendiri. 138 00:09:10,424 --> 00:09:14,178 - Di Gereja Penganut... - Tindakan awak kufur. Nabi palsu. 139 00:09:14,178 --> 00:09:17,056 Awak nabi sebenar? Menduduki rumah keluarga stone? 140 00:09:17,056 --> 00:09:19,809 Keadilan setimpal. Keluarga itu mengusir saya. 141 00:09:19,809 --> 00:09:22,103 Jadi, saya bawa keluarga sendiri, 142 00:09:23,312 --> 00:09:24,772 termasuk suami saya. 143 00:09:26,816 --> 00:09:28,734 Angelina pelengkap hati saya. 144 00:09:29,694 --> 00:09:34,532 Penipu dan nabi palsu. Awak fikir awak bukan sasaran Tarikh Ajal? 145 00:09:34,532 --> 00:09:37,159 Tidak, saya sudah kata saya istimewa. 146 00:09:37,159 --> 00:09:41,080 Jadi, buktikannya. Boleh awak mengapungkan benda, 147 00:09:41,080 --> 00:09:42,707 atau baca fikiran saya? 148 00:09:43,708 --> 00:09:45,876 - Apa kuasa sebenar awak? - Jangan... 149 00:09:46,877 --> 00:09:47,712 Usah cabar dia. 150 00:09:49,338 --> 00:09:50,798 Angelina? 151 00:09:56,804 --> 00:09:57,638 Cal. 152 00:09:58,431 --> 00:09:59,807 Awak betul, Angelina. 153 00:09:59,807 --> 00:10:00,933 Tentang apa? 154 00:10:01,642 --> 00:10:03,436 Bahawa kita perlu bekerjasama. 155 00:10:04,312 --> 00:10:05,396 Saya dapat Seruan. 156 00:10:05,396 --> 00:10:06,897 Tentang kamu dan saya? 157 00:10:07,398 --> 00:10:08,482 Saya patut tahu. 158 00:10:09,233 --> 00:10:12,403 Perjalanan ini sentiasa menghubungkan kita berdua. 159 00:10:14,196 --> 00:10:17,783 Malah sebelum kita berjumpa. Saya tak tahu rupa awak. 160 00:10:17,783 --> 00:10:22,705 Saya tidak kenal suara awak, tetapi saya tahu awak ada keupayaan tinggi 161 00:10:22,705 --> 00:10:26,459 untuk berbuat baik dan jadi baik hati. Saya boleh merasakannya. 162 00:10:27,918 --> 00:10:30,588 Yang penting, saya masih boleh merasakannya. 163 00:10:38,304 --> 00:10:39,138 Cal! 164 00:10:39,639 --> 00:10:44,518 Sertai saya! Kita boleh menghentikan Tarikh Ajal bersama-sama. 165 00:10:45,102 --> 00:10:48,105 Awak boleh menebus semua benda buruk yang awak buat. 166 00:10:49,273 --> 00:10:50,733 Kejap, apa kamu cakap? 167 00:10:51,233 --> 00:10:53,319 Ini peluang untuk berbuat baik. 168 00:10:54,028 --> 00:10:57,448 Untuk seimbangkan kesengsaraan yang berpunca daripada awak. 169 00:10:58,074 --> 00:11:02,203 Kesengsaraan yang berpunca daripada saya? Bagaimana dengan kesengsaraan saya? 170 00:11:03,579 --> 00:11:06,540 Angelina, tak apa. Kini awak boleh tebus diri awak. 171 00:11:06,540 --> 00:11:09,502 Sayalah penebus. Tuhan memilih saya! 172 00:11:09,502 --> 00:11:12,713 Kita berdua dipilih, tapi kita tak kuat seorang diri. 173 00:11:12,713 --> 00:11:14,465 Saya tak bersendirian lagi. 174 00:11:14,465 --> 00:11:18,177 Saya ada pasangan, yang mencintai saya tanpa batasan. 175 00:11:18,177 --> 00:11:22,932 Tapi kita saja yang ada nilam. Kita ada pilihan dan boleh selamatkan semua orang. 176 00:11:22,932 --> 00:11:25,267 Saya tak mahu selamatkan semua orang. 177 00:11:25,267 --> 00:11:29,689 Tarikh Ajal satu pembersihan. Ia peluang untuk kita bermula dari awal. 178 00:11:29,689 --> 00:11:33,109 Jika awak kata kita mesti bekerjasama untuk menghalangnya, 179 00:11:33,109 --> 00:11:36,237 maka... malangnya kita mesti berpisah. 180 00:11:37,363 --> 00:11:39,699 Tolonglah. Ini pengakhiran dunia. 181 00:11:39,699 --> 00:11:41,617 Ya, betul. 182 00:11:42,118 --> 00:11:43,369 Angelina, jangan! 183 00:11:55,506 --> 00:11:57,091 {\an8}Hei, apa jadi? Kamu jumpa dia? 184 00:11:57,091 --> 00:12:00,261 {\an8}Nilam kami berhubung. Ini benda baru. 185 00:12:00,261 --> 00:12:02,638 {\an8}Kami mencipta cahaya bersama. 186 00:12:02,638 --> 00:12:04,849 {\an8}- Cal, hebatnya. - Tak. Saya gagal. 187 00:12:04,849 --> 00:12:07,893 {\an8}- Cal. - Mesti ada dua nilam, tapi dia menolak. 188 00:12:08,519 --> 00:12:10,813 {\an8}Dia nak dunia kiamat, bukan selamat. 189 00:12:10,813 --> 00:12:12,606 {\an8}Sejak dulu itu kemahuannya. 190 00:12:13,524 --> 00:12:17,153 {\an8}- Ya Tuhanku. - Bodohnya saya kerana cuba pujuk dia! 191 00:12:17,153 --> 00:12:20,364 {\an8}- Cal, tolonglah! - Biar dia bertenang. Saya akan pujuk dia. 192 00:12:22,491 --> 00:12:23,409 {\an8}Baiklah. 193 00:12:25,828 --> 00:12:27,037 {\an8}Saya akan cari Saanvi. 194 00:12:43,429 --> 00:12:46,640 {\an8}Ya Tuhanku. Awak dah sedar. Hei, Marko. 195 00:12:47,433 --> 00:12:49,143 {\an8}Saya tak rasa dia ingat awak. 196 00:12:49,143 --> 00:12:50,811 {\an8}Mereka tak ingat apa-apa. 197 00:12:50,811 --> 00:12:55,316 {\an8}Tapi, dengar sini. Kami nampak Marko cakap sesuatu dalam rakaman pengawasan. 198 00:13:07,036 --> 00:13:09,497 {\an8}Apa maksudnya, Marko? Kovcheg. 199 00:13:09,497 --> 00:13:12,792 {\an8}- Ada penutur bahasa Bulgaria? - Mungkin dia boleh lukis. 200 00:13:33,312 --> 00:13:34,146 {\an8}Keranda. 201 00:13:35,064 --> 00:13:39,068 {\an8}Marko pulang membawa pesanan daripada kesedaran ketuhanan, ia adalah... 202 00:13:41,070 --> 00:13:42,321 {\an8}kita semua akan mati. 203 00:13:46,450 --> 00:13:49,912 {\an8}Kenapa penumpang 828 menentukan takdir dunia? 204 00:13:51,080 --> 00:13:51,956 {\an8}Kenapa kita? 205 00:13:53,499 --> 00:13:54,583 {\an8}Apa salahnya? 206 00:13:55,084 --> 00:13:57,628 {\an8}Kita cukup baik sebagai contoh terbaik manusia. 207 00:14:02,508 --> 00:14:03,509 {\an8}Tunggu sekejap. 208 00:14:11,308 --> 00:14:16,063 {\an8}- Tentu awak benci saya. - Kamu sangka saya akan cakap begitu? 209 00:14:16,814 --> 00:14:21,193 {\an8}Dalam hati, tentu awak rasa geram terhadap saya kerana Zeke mati demi saya. 210 00:14:21,193 --> 00:14:22,152 {\an8}Cal... 211 00:14:25,114 --> 00:14:27,157 {\an8}Saya sangat merindui Zeke. 212 00:14:27,658 --> 00:14:31,078 {\an8}Saya takkan menafikannya, tapi dia tahu akibat pilihannya. 213 00:14:31,579 --> 00:14:34,248 {\an8}Dia mati menyangka saya penyelamat dunia, 214 00:14:34,248 --> 00:14:38,419 {\an8}tapi saya cuma budak bermasalah yang tak minta pun semua ini! 215 00:14:39,003 --> 00:14:40,588 Kita semua tak minta, 216 00:14:40,588 --> 00:14:43,215 tapi kita masih boleh menyahut cabaran ini. 217 00:14:44,174 --> 00:14:45,009 Zeke tahu. 218 00:14:46,468 --> 00:14:47,511 Beginilah. 219 00:14:49,305 --> 00:14:53,767 Kadangkala kita tak nampak kaitan kita dengan orang lain. 220 00:14:54,643 --> 00:14:57,146 Kematian Evie membolehkan orang lain hidup. 221 00:14:57,730 --> 00:15:02,526 Kematian Zeke membolehkan kamu hidup. Lepaskanlah perasaan bersalah, Cal. 222 00:15:03,319 --> 00:15:06,906 Hormati kaitan kalian dengan memanfaatkan pengorbanannya. 223 00:15:06,906 --> 00:15:08,240 Dia percayai kamu. 224 00:15:08,741 --> 00:15:12,036 Saya juga, tapi ia sia-sia melainkan kamu percayai diri. 225 00:15:13,871 --> 00:15:15,372 Hei, Cal. Awak terlupa... 226 00:15:18,292 --> 00:15:19,293 Kamu okey, Ol? 227 00:15:19,793 --> 00:15:21,045 Kalian... 228 00:15:22,171 --> 00:15:23,339 Burung merak! 229 00:15:24,131 --> 00:15:25,257 Gemini. 230 00:15:28,928 --> 00:15:30,888 Saya nak pulangkan naga kayu ini. 231 00:15:30,888 --> 00:15:32,348 Tiga simbol asal. 232 00:15:32,848 --> 00:15:34,767 Ia bukan kebetulan, bukan? 233 00:15:34,767 --> 00:15:37,811 Dah lama persoalan kebetulan tidak timbul. 234 00:15:38,395 --> 00:15:42,816 - Simbol petunjuk Tarikh Ajal... - Mengandungi cara untuk menghalangnya. 235 00:15:49,239 --> 00:15:52,409 - Hei! Biar saya bantu awak berdua! - Terima kasih. 236 00:15:52,993 --> 00:15:56,622 Saya malu tak dapat mengawal bahagian bawah tubuh. 237 00:15:56,622 --> 00:16:00,834 Yakah? Saya rasa awak hebat menguruskan bilik bekalan. 238 00:16:01,335 --> 00:16:05,005 Terutamanya kerana mungkin kita cuma perlukan bekalan sehari. 239 00:16:05,005 --> 00:16:08,050 Usah dengar cakap ayah kamu. Saya ada harapan. 240 00:16:10,302 --> 00:16:12,179 - Apa? - Hope. 241 00:16:12,763 --> 00:16:15,599 Nama itu sesuai untuk bayi perempuan kita, bukan? 242 00:16:17,142 --> 00:16:19,228 Maaf. Awak tak nak tahu jantinanya. 243 00:16:20,938 --> 00:16:22,147 Bayi perempuan? 244 00:16:22,982 --> 00:16:23,857 D... 245 00:16:24,984 --> 00:16:26,068 Hope. 246 00:16:26,902 --> 00:16:28,070 Esperanza. 247 00:16:30,114 --> 00:16:33,075 - Saya menyukainya. Itu anak kita. - Ya! 248 00:16:33,075 --> 00:16:36,912 Saya akan raikan awak dengan majlis bakal ibu secara spontan. 249 00:16:36,912 --> 00:16:37,997 - Tidak! - Ya. 250 00:16:37,997 --> 00:16:41,750 Awak tahu mak saya belikan saya seluruh inventori Kedai Anakku. 251 00:16:42,418 --> 00:16:43,419 Termasuk ini? 252 00:16:44,294 --> 00:16:46,380 Tidak. 253 00:16:47,089 --> 00:16:49,341 Dah berdekad saya menyimpannya 254 00:16:50,759 --> 00:16:53,470 untuk ajar anak saya bermain bola suatu hari nanti. 255 00:16:54,179 --> 00:16:56,849 - Comelnya, Vasquez. - Ada lagi. 256 00:16:59,727 --> 00:17:04,148 Hope, ayah kamu belajar berjalan sambil memakai kasut ini. 257 00:17:04,148 --> 00:17:05,274 Ya Tuhanku! 258 00:17:05,858 --> 00:17:06,692 Betul tak? 259 00:17:08,944 --> 00:17:10,070 Hormon, maaf! 260 00:17:12,072 --> 00:17:16,160 Saya takkan tunjukkan lagi baju monyet yang dikaitkan oleh nenek saya. 261 00:17:23,167 --> 00:17:24,752 Saanvi! Mari lihat. 262 00:17:25,252 --> 00:17:26,587 Simbol asal? 263 00:17:27,171 --> 00:17:28,338 Ia muncul semula. 264 00:17:28,922 --> 00:17:31,050 Burung merak, Jun, Gemini, 265 00:17:31,050 --> 00:17:34,136 kedua, naga kayu, 2024. Ya, ia klu Tarikh Ajal. 266 00:17:34,136 --> 00:17:36,138 Tapi ia muncul dalam Seruan baru 267 00:17:36,138 --> 00:17:38,390 jadi mungkin ada maklumat baru. 268 00:17:38,390 --> 00:17:41,101 - Mungkin, cara untuk selamat. - Tidak. 269 00:17:43,353 --> 00:17:45,105 Susahnya nak beritahu kalian. 270 00:17:47,399 --> 00:17:50,861 Marko dah bangun dan bawa pesanan daripada cahaya. 271 00:17:51,695 --> 00:17:54,114 Kovcheg. "Keranda" dalam bahasa Bulgaria. 272 00:17:54,114 --> 00:17:57,284 Semuanya menunjukkan kepada benda sama. 273 00:17:57,284 --> 00:17:59,870 Tarikh 2 Jun 2024. 274 00:18:01,455 --> 00:18:02,331 Esok... 275 00:18:04,124 --> 00:18:05,459 adalah hari kita mati. 276 00:18:10,589 --> 00:18:14,968 Awak suruh saya patuh dan setia agar saya terselamat. Saya dah buat semuanya. 277 00:18:14,968 --> 00:18:18,555 - Tolong katakan saya diterima! - Tapi saya boleh beranak! 278 00:18:19,056 --> 00:18:22,142 Umat manusia mesti bertahan. Saya akan buat apa saja. 279 00:18:22,768 --> 00:18:25,771 Tuhan akan bimbing saya. Saya tak bersedia untuk memilih, 280 00:18:25,771 --> 00:18:28,148 tapi saya akan pilih dengan berhati-hati. 281 00:18:28,148 --> 00:18:31,110 Tolonglah! Awak tak boleh pilih orang yang terselamat! 282 00:18:31,110 --> 00:18:34,530 Semua orang mesti selamat. Sejak 828 mendarat kita bersama. 283 00:18:34,530 --> 00:18:36,990 Kita mesti tamatkan perjalanan ini bersama! 284 00:18:37,491 --> 00:18:39,618 Awak tak berhak masuk campur. 285 00:18:39,618 --> 00:18:41,662 Saya yang dipilih! Macam Noah. 286 00:18:41,662 --> 00:18:43,705 Noah ada bahtera. 287 00:18:43,705 --> 00:18:46,708 Tuhan beritahu dia caranya melalui nilam. 288 00:18:46,708 --> 00:18:49,336 Beritahu saya dan kami semua, Angelina. 289 00:18:49,336 --> 00:18:50,796 Di mana bahtera awak? 290 00:18:50,796 --> 00:18:53,966 Tuhan akan tunjukkan tempat bahtera itu kepada saya. 291 00:18:57,928 --> 00:18:59,346 Saya akan makan snek. 292 00:19:13,110 --> 00:19:15,487 Kali ini ia muncul dengan cara berbeza, 293 00:19:15,487 --> 00:19:19,074 jadi mungkin kita perlu gunakan pandangan berbeza. 294 00:19:19,074 --> 00:19:22,578 Pertama, Seruan burung merak beritahu kita apa yang diperlukan. 295 00:19:23,078 --> 00:19:24,580 Dua nilam itu, bukan? 296 00:19:24,580 --> 00:19:27,916 Okey. Gemini menghubungkan kita merentasi ruang dan masa 297 00:19:27,916 --> 00:19:29,585 dengan cara misteri. 298 00:19:29,585 --> 00:19:31,795 Okey, mungkin itulah caranya. 299 00:19:31,795 --> 00:19:35,674 Kali ini perhubungan nilam mesti berbeza, dengan cara yang baru. 300 00:19:35,674 --> 00:19:38,886 Kini kita tahu apa dan bagaimana. Kita tahu kenapa. 301 00:19:39,386 --> 00:19:43,473 Mungkin ini tempatnya? Adakah ini klu kepada satu lokasi? 302 00:19:44,057 --> 00:19:46,852 Mungkin kuil atau tempat ia dijumpai oleh Henry Kim? 303 00:19:47,352 --> 00:19:49,396 Sekejap, ia naga jenis apa? 304 00:19:50,939 --> 00:19:52,608 Rasanya Henry kata Shenlong. 305 00:19:52,608 --> 00:19:55,068 Ya, dewa naga. Raja ribut. 306 00:19:55,068 --> 00:19:58,071 Yalah. Gunung Raja Ribut. 307 00:19:58,071 --> 00:20:02,034 Ia kedengaran penting, tapi kami tak faham maksud awak. 308 00:20:02,618 --> 00:20:05,954 Awak tak faham cakap saya, tapi makanlah satu lagi biskut. 309 00:20:06,455 --> 00:20:08,624 Hari ini awak patut menurutkan hati. 310 00:20:24,014 --> 00:20:25,098 Bahtera? 311 00:20:26,433 --> 00:20:28,769 - Boleh kamu temani dia? - Ya. Pergi. 312 00:20:30,646 --> 00:20:35,359 Kovcheg. Maksudnya bukan "keranda" saja. Maksudnya "bahtera" juga. 313 00:20:36,860 --> 00:20:37,694 Bahtera Noah. 314 00:20:38,654 --> 00:20:41,907 Saya baru nak kata saya buang sekeping kayu Bahtera Noah 315 00:20:41,907 --> 00:20:44,326 ke dalam rekahan di kaki Gunung Raja Ribut. 316 00:20:46,620 --> 00:20:48,038 - Ia ada apa? - Nilam! 317 00:20:48,038 --> 00:20:51,667 Seruan itu tak menyatakan nilam yang mana satu mesti berhubung. 318 00:20:51,667 --> 00:20:55,754 Kayu itu ditemukan di Gunung Ararat semasa pesawat itu kembali. 319 00:20:55,754 --> 00:20:57,631 Ia mesej berusia ribuan tahun. 320 00:20:57,631 --> 00:21:01,426 - Angelina bukan jawapan Seruan itu. - Saya perlukan kayu hanyut itu. 321 00:21:01,426 --> 00:21:04,137 Okey, mari kita beritahu Vance kita perlukan 322 00:21:04,137 --> 00:21:07,266 penyodok, beliung, lampu suluh, dan alat perkhemahan. 323 00:21:08,058 --> 00:21:09,685 Kita akan cari harta karun. 324 00:21:22,072 --> 00:21:24,992 GUNUNG RAJA RIBUT JALAN DITUTUP SECARA KEKAL 325 00:21:41,550 --> 00:21:47,014 - Nampak macam tempat yang betul. - Ya, tak sangka saya akan kembali. 326 00:21:49,599 --> 00:21:50,684 Ya Tuhanku. 327 00:21:52,227 --> 00:21:53,228 Cal. 328 00:21:55,772 --> 00:21:58,483 Bentuk rekahan ini sama dengan parut naga kamu? 329 00:22:00,027 --> 00:22:01,194 Ia bukan kebetulan. 330 00:22:04,197 --> 00:22:06,616 Baiklah. Mari kita mula menggali. 331 00:22:17,586 --> 00:22:19,129 Betulkah cara kita ini? 332 00:22:20,422 --> 00:22:21,715 Ini macam keluli. 333 00:22:24,301 --> 00:22:25,177 Berhenti. 334 00:22:27,012 --> 00:22:30,557 Masanya belum tiba. Kita patut tunggu. 335 00:22:31,099 --> 00:22:32,392 Untuk apa? 336 00:22:34,353 --> 00:22:39,149 - Saya akan tahu apabila ia berlaku. - Okey. Ayuh sediakan tapak perkhemahan. 337 00:22:40,108 --> 00:22:42,736 Hari akan gelap kelak. Kita perlu bersedia. 338 00:22:43,862 --> 00:22:44,863 Eden! 339 00:22:45,697 --> 00:22:46,531 Ayuh, sayang. 340 00:22:51,661 --> 00:22:55,082 Awak pergi awal. Saya rasa awak ragu-ragu tentang Angelina. 341 00:22:55,582 --> 00:22:57,584 Awak rasa perut saya berkeroncong. 342 00:23:00,087 --> 00:23:02,005 Sebenarnya awak baik. 343 00:23:02,964 --> 00:23:05,092 Walaupun tak perlu, awak bantu saya. 344 00:23:05,092 --> 00:23:09,513 Saya berbual dengan ibu bapa awak. Saya tahu kalian sudah berdamai. 345 00:23:10,180 --> 00:23:12,140 Malah, mak awak kirimkan sesuatu. 346 00:23:17,479 --> 00:23:19,022 Awak mampu menebus diri. 347 00:23:21,024 --> 00:23:23,193 Jika awak memilihnya. 348 00:23:26,279 --> 00:23:29,408 Tak guna. Tak sangka awak melibatkan ibu bapa. 349 00:23:29,408 --> 00:23:31,451 Dalam situasi penting, awak baik. 350 00:23:32,285 --> 00:23:36,289 Eagan, ini situasi penting. Beritahu saya kenapa awak takut. 351 00:23:39,000 --> 00:23:41,336 Awak tanya Angelina di mana bahteranya. 352 00:23:43,630 --> 00:23:45,048 Saya tahu tempatnya. 353 00:23:45,048 --> 00:23:46,258 Apa? Bagaimana? 354 00:23:47,300 --> 00:23:49,636 Ingat tak semasa mak Angie serang awak? 355 00:23:49,636 --> 00:23:50,929 Sudah tentu. 356 00:23:50,929 --> 00:23:55,183 Saanvi buat uji kaji terhadap saya untuk dapatkan Seruan dan cari awak. 357 00:23:55,183 --> 00:23:56,143 Ia berhasil? 358 00:23:56,685 --> 00:23:59,229 Itu tidak penting. Semasa saya di sana, 359 00:23:59,229 --> 00:24:02,774 saya dengar Saanvi dan Olive bercakap tentang sekeping kayu. 360 00:24:02,774 --> 00:24:06,236 Bukan sembarangan kayu. Kayu daripada Bahtera Noah. 361 00:24:06,236 --> 00:24:10,574 Ia dipenuhi nilam. Saya campak kayu itu ke dalam rekahan. 362 00:24:10,574 --> 00:24:15,454 - Awak takkan beritahu Angelina, bukan? - Saya patut. Dia ada nilam itu... 363 00:24:18,415 --> 00:24:19,833 Saya pernah memegangnya. 364 00:24:21,918 --> 00:24:24,212 Saya boleh merasakan kuasanya. 365 00:24:26,256 --> 00:24:29,134 Nilam itu tentu boleh menyelamatkan saya. 366 00:24:30,135 --> 00:24:33,221 Jika awak beritahu Angelina tentang kayu Bahtera Noah itu, 367 00:24:33,722 --> 00:24:37,976 awak boleh selamatkan diri. Tapi awak boleh mencelakakan orang lain. 368 00:24:38,477 --> 00:24:39,811 Masalahnya, Adrian... 369 00:24:42,898 --> 00:24:44,608 Saya amat suka diri sendiri. 370 00:25:00,916 --> 00:25:03,627 Saya sangka membuang bahtera itu kesilapan besar. 371 00:25:06,421 --> 00:25:10,842 Mungkin tindakan itu betul. Ia disimpan di sini sehingga kita bersedia. 372 00:25:15,055 --> 00:25:19,184 Awak tak pernah berputus asa dengan saya. Awak semua. 373 00:25:22,229 --> 00:25:23,480 Kalian keluarga saya. 374 00:25:24,314 --> 00:25:27,609 Entah bagaimana saya boleh lalui semua ini tanpa kalian. 375 00:25:36,993 --> 00:25:38,161 Apa jua demi 828. 376 00:25:40,205 --> 00:25:41,039 Sentiasa. 377 00:25:52,509 --> 00:25:54,844 Kenapa bentuk rekahan macam parut saya? 378 00:25:55,345 --> 00:25:57,847 Berdasarkan pengalaman ayah dengan Seruan, 379 00:25:57,847 --> 00:26:02,102 kita mesti percaya ia akan menunjukkan apa yang kita perlu tahu 380 00:26:03,144 --> 00:26:04,271 apabila perlu. 381 00:26:04,854 --> 00:26:07,816 Ya, saya harap ketika itu, saya dapat melakukannya. 382 00:26:08,692 --> 00:26:13,738 - Saya harap ia cukup. Saya mencukupi. - Kamu bukan naga. 383 00:26:14,948 --> 00:26:17,617 Atau penyelamat atau Cangkir Suci. 384 00:26:19,035 --> 00:26:19,953 Kamu Cal Stone. 385 00:26:22,664 --> 00:26:25,875 Totem tak perlu mengatakan bahawa kamu cukup. 386 00:26:28,503 --> 00:26:29,629 Diri kamu dah cukup. 387 00:26:35,218 --> 00:26:36,970 Saya takut, ayah. 388 00:26:38,096 --> 00:26:39,180 Ayah tahu, sayang. 389 00:26:41,433 --> 00:26:43,935 Ayah juga. Tapi kita ada satu sama lain. 390 00:26:53,653 --> 00:26:54,487 Hei. 391 00:26:55,155 --> 00:26:56,948 Hai. Boleh saya tanya sesuatu? 392 00:27:01,077 --> 00:27:03,788 - Kenapa awak di sini? - Menyelamatkan dunia. Awak? 393 00:27:03,788 --> 00:27:05,457 Awak perlu bercuti, bukan? 394 00:27:05,457 --> 00:27:06,833 Apa maksud awak? 395 00:27:06,833 --> 00:27:09,836 Pergi ke Florida. Jumpa Estelle dan anak-anak. 396 00:27:09,836 --> 00:27:13,048 Peluk mereka, terjun ke dalam kolam. Pergi bersama mereka. 397 00:27:13,548 --> 00:27:17,761 Cukuplah jasa awak kepada saya, keluarga saya, penumpang, seluruh dunia! 398 00:27:19,638 --> 00:27:21,014 Demi awak. Demi mereka. 399 00:27:26,436 --> 00:27:27,270 Pergi. 400 00:27:35,737 --> 00:27:37,113 Masa untuk kita berpisah. 401 00:27:40,742 --> 00:27:42,160 Kita akan berjumpa lagi. 402 00:28:02,263 --> 00:28:03,556 Saya perlu cakap sesuatu. 403 00:28:04,974 --> 00:28:06,017 Saya akan pergi. 404 00:28:07,060 --> 00:28:07,894 Apa? 405 00:28:07,894 --> 00:28:10,355 Maaf. Saya nak kata, "Salah saya, bukan awak." 406 00:28:10,355 --> 00:28:12,232 Tapi ini memang salah awak. 407 00:28:13,983 --> 00:28:16,403 Tidak! Eagan! Awak suami saya. 408 00:28:16,403 --> 00:28:20,740 Awak janji akan bersama saya. Saya boleh selamatkan awak. 409 00:28:24,911 --> 00:28:28,415 Rupa-rupanya saya sanggup ambil risiko untuk selamatkan diri 410 00:28:28,415 --> 00:28:30,458 dan mungkin beberapa orang lagi. 411 00:28:31,459 --> 00:28:34,629 - Perkahwinan ini dibatalkan. - Awak tak boleh tinggalkan saya! 412 00:28:35,964 --> 00:28:38,425 Saya yang dipilih dan saya memilih awak! 413 00:28:40,051 --> 00:28:44,472 Kali ini, saya tidak akan memilih jalan mudah. Maaf, Rambut Merah. 414 00:28:45,849 --> 00:28:47,600 Awak mengundang maut sendiri! 415 00:28:48,184 --> 00:28:51,104 Esok, awak akan mati dengan perlahan dan dahsyat! 416 00:28:59,237 --> 00:29:00,947 Kalian diterima. Saya bersumpah, 417 00:29:00,947 --> 00:29:04,159 tuhan akan tunjukkan bahtera itu dan hukum pembelot. 418 00:29:06,745 --> 00:29:10,999 - Nak berlumba mengumpul kayu api? - Awak orang paling suka bersaing. 419 00:29:10,999 --> 00:29:12,125 - Mula! - Penipu! 420 00:29:13,126 --> 00:29:14,627 TAPAK KHEMAH DENAI 421 00:29:17,422 --> 00:29:19,716 - Di situ agak menyeramkan. - Pengecut! 422 00:29:24,095 --> 00:29:24,929 Ben. 423 00:29:27,849 --> 00:29:29,017 Ya Tuhanku. 424 00:29:29,601 --> 00:29:31,770 Kita mengukirnya semasa kecil. 425 00:29:31,770 --> 00:29:36,775 Kita memerhatikan burung dengan ayah dan mak. Mak nak kita jadi kapten bersama. 426 00:29:38,651 --> 00:29:39,694 Macam dia tahu. 427 00:29:41,070 --> 00:29:45,617 Macam dia memastikan kita bersedia untuk perjalanan ini. Saat ini. 428 00:29:47,160 --> 00:29:48,828 Dia ajar kita jadi pemimpin. 429 00:29:51,372 --> 00:29:52,415 Bersama. 430 00:29:54,542 --> 00:29:55,543 Semua benda baik. 431 00:29:56,586 --> 00:29:57,587 Semua benda baik. 432 00:30:07,138 --> 00:30:09,140 Hebatnya, Drea. Banyaknya makanan. 433 00:30:09,724 --> 00:30:13,228 Mimpi ngeri mak saya kehabisan makanan di mana-mana majlis. 434 00:30:13,228 --> 00:30:14,646 Saya pun jadi begitu. 435 00:30:14,646 --> 00:30:17,774 Mimpi ngeri sebenar adalah Tarikh Ajal kita esok. 436 00:30:20,902 --> 00:30:23,112 TJ. Suasana serta-merta suram. 437 00:30:24,614 --> 00:30:28,493 - Saanvi. Isnin ini awak nak buat apa? - Isnin, iaitu lusa? 438 00:30:28,493 --> 00:30:30,829 Isnin, 3 Jun 2024? 439 00:30:30,829 --> 00:30:32,747 Betul. 440 00:30:33,331 --> 00:30:36,292 Aduhai. Saya tak terfikir, tapi saya terpaksa jawab. 441 00:30:36,292 --> 00:30:40,505 Agaknya saya nak menyiapkan disertasi saya tentang kanser pediatrik. 442 00:30:42,131 --> 00:30:45,176 Hebatnya. Saya nak habis baca The Shining pun dah susah. 443 00:30:47,136 --> 00:30:50,098 Akhirnya saya akan kalahkan Mick dalam Bananagrams. 444 00:30:50,098 --> 00:30:51,683 - Berangan! - Ya! Betul! 445 00:30:52,892 --> 00:30:54,894 Rasanya saya akan beranak. 446 00:30:56,020 --> 00:30:59,649 - Awak dah fikirkan nama? - Ya. Hope. Ia terjadi begitu saja. 447 00:31:00,149 --> 00:31:02,902 Berdasarkan genetik, 448 00:31:02,902 --> 00:31:05,572 bayi ini pasti sangat keras kepala. 449 00:31:06,531 --> 00:31:09,993 Selagi dia pandai membina perabot macam awak, saya gembira. 450 00:31:10,618 --> 00:31:13,788 Awak juga agak mahir mendengar. Itu satu kelebihan. 451 00:31:15,290 --> 00:31:16,666 Apatah lagi kekuatan, 452 00:31:17,333 --> 00:31:19,711 ketahanan dan kesetiaan awak. 453 00:31:22,964 --> 00:31:27,468 Baiklah, budak itu sangat bertuah kerana mempunyai kalian sebagai ibu bapa. 454 00:31:28,052 --> 00:31:28,928 Terima kasih. 455 00:31:30,597 --> 00:31:32,056 Saya akan berbaring. 456 00:31:32,807 --> 00:31:35,310 Saya perlu berehat. Esok hari yang penting. 457 00:31:44,694 --> 00:31:48,948 Saya telefon ayah dengan telefon Drea. Keadaan dia baik di rumah Vasquez. 458 00:31:53,244 --> 00:31:56,789 - Awak menyesal naik penerbangan kemudian? - Saya tak tahu. 459 00:31:58,166 --> 00:32:02,503 Kehidupan tentu lebih mudah. Tapi ia takkan menyedarkan saya. 460 00:32:04,339 --> 00:32:07,425 Saya takkan jumpa ramai orang. Saya takkan berjumpa... 461 00:32:07,425 --> 00:32:08,343 Zeke. 462 00:32:10,678 --> 00:32:11,512 Ya. 463 00:32:13,348 --> 00:32:14,390 Awak pula? 464 00:32:14,390 --> 00:32:15,808 Saya patut ikut Grace. 465 00:32:18,019 --> 00:32:19,103 Eden takkan lahir. 466 00:32:19,979 --> 00:32:22,774 Entah bagaimana Eden pasti akan dapat cari kami. 467 00:32:25,652 --> 00:32:27,820 Apa yang ditakdirkan akan berlaku. 468 00:32:30,531 --> 00:32:31,407 Ya. 469 00:32:35,161 --> 00:32:37,664 Eden Beden! Ayah sayang kamu. 470 00:32:49,926 --> 00:32:51,302 - Hei. - Hei. 471 00:32:54,055 --> 00:32:58,267 Kita tidak dapat peluang untuk berbincang tentang... 472 00:32:58,935 --> 00:33:00,561 - Ya. - Ya. 473 00:33:04,649 --> 00:33:05,483 Beginilah... 474 00:33:08,319 --> 00:33:13,616 Saya tak sangka saya akan rapat dengan sesiapa macam dengan keluarga saya. 475 00:33:17,412 --> 00:33:18,746 Tiba-tiba awak muncul. 476 00:33:21,165 --> 00:33:22,875 Walaupun semalam hebat... 477 00:33:25,628 --> 00:33:27,463 Saya takkan melupakan Grace. 478 00:33:32,677 --> 00:33:33,845 Tak adil bagi awak. 479 00:33:34,345 --> 00:33:36,389 Hati saya masih milik Alex. 480 00:33:38,433 --> 00:33:43,604 Walaupun kita dapat harungi Tarikh Ajal dan hubungan kami tak berubah, tapi... 481 00:33:46,649 --> 00:33:48,526 saya akan terus mencintainya. 482 00:33:51,446 --> 00:33:55,700 Jadi, Ben Stone, awak bukan buah hati pilihan saya, tapi... 483 00:34:00,163 --> 00:34:02,248 Saya akan sentiasa menyayangi awak. 484 00:34:04,000 --> 00:34:04,834 Saya juga. 485 00:34:24,979 --> 00:34:27,565 Baiklah, semoga kita dapat selamatkan dunia. 486 00:34:29,942 --> 00:34:33,196 Walaupun kita selamatkan dunia esok, ada orang tahu tak? 487 00:34:34,030 --> 00:34:35,990 Atau keadaan akan jadi macam dulu 488 00:34:36,532 --> 00:34:38,326 kita dikurung dan dibenci? 489 00:34:38,326 --> 00:34:41,621 Selepas semua tindakan kita selama lima setengah tahun... 490 00:34:43,623 --> 00:34:44,957 adakah ia cukup? 491 00:34:46,334 --> 00:34:47,168 Saya tak tahu. 492 00:34:47,752 --> 00:34:51,923 Saya tak tahu apa ada di atas penimbang atau apa tuhan mahu kita buat. 493 00:34:52,715 --> 00:34:55,927 Saya cuma harap amalan baik lebih berat daripada buruk. 494 00:35:00,640 --> 00:35:01,641 Tapi kenapa kita? 495 00:35:02,725 --> 00:35:04,352 Kenapa Penerbangan 828? 496 00:35:05,186 --> 00:35:07,522 Kenapa 827, 829 terlepas? 497 00:35:08,856 --> 00:35:13,194 Saya rasa kerana kita langsung tidak istimewa. 498 00:35:13,194 --> 00:35:17,740 Kita cuma sekumpulan orang yang rawak. Ada yang baik, ada yang jahat. 499 00:35:19,909 --> 00:35:21,369 Sampel statistik 500 00:35:22,161 --> 00:35:23,704 untuk uji kaji ketuhanan. 501 00:35:24,455 --> 00:35:27,583 Kita selalu kata semuanya berkaitan, tetapi sebenarnya 502 00:35:29,293 --> 00:35:32,547 kita semua ada kaitan antara satu sama lain. 503 00:35:33,548 --> 00:35:36,592 Semua orang di dalam pesawat itu dan dunia ini. 504 00:35:37,885 --> 00:35:38,803 Kita cuma lupa. 505 00:35:39,470 --> 00:35:43,891 Lebih mudah jika kita keluar dari pesawat dengan nota, "Berbaik atau habislah kita." 506 00:35:46,352 --> 00:35:50,064 Saya tak rasa Seruan paksa kita berbuat baik. 507 00:35:50,064 --> 00:35:52,650 Seruan beri kita peluang untuk memilihnya. 508 00:35:53,985 --> 00:35:58,072 Seruan itu cuba menjelaskannya sebaiknya agar kita boleh faham. 509 00:35:58,865 --> 00:36:02,368 Yang penting, kita semua cuma patut jalankan tugas sendiri. 510 00:36:07,331 --> 00:36:08,958 Kita berehat sekarang. 511 00:36:10,042 --> 00:36:10,960 Esok... 512 00:36:13,379 --> 00:36:14,505 siapa tahu? 513 00:37:07,808 --> 00:37:10,436 Hei, saya bawa minuman koko panas. 514 00:37:11,103 --> 00:37:13,731 Saya letak gula-gula marshmallow kesukaan awak. 515 00:37:27,787 --> 00:37:30,081 Awak tak tanya kenapa saya terbang lewat. 516 00:37:32,250 --> 00:37:34,210 Rasanya awak akan beritahu saya? 517 00:37:35,962 --> 00:37:37,296 Saya melengahkan masa. 518 00:37:39,382 --> 00:37:41,759 Sebenarnya saya tahu awak melamar 519 00:37:41,759 --> 00:37:44,303 kerana awak nak bantu saya atasi drama Evie. 520 00:37:46,430 --> 00:37:49,809 Tetapi saya masih mencintai awak. Sehingga sekarang. 521 00:37:51,560 --> 00:37:53,521 Lihat, apa jua yang berlaku esok... 522 00:37:56,274 --> 00:38:00,194 rasanya kita berdua tahu bayangan masa depan kita berbeza. 523 00:38:02,321 --> 00:38:03,906 Kita boleh bertolak ansur. 524 00:38:03,906 --> 00:38:07,285 Saya takkan minta awak korbankan kebahagiaan awak, Jared. 525 00:38:12,790 --> 00:38:15,835 Terutamanya jika apa yang awak perlukan di khemah sebelah. 526 00:38:17,962 --> 00:38:21,382 Saya ikut awak ke mana jua, faham tak? 527 00:38:21,382 --> 00:38:22,300 Okey? 528 00:38:25,094 --> 00:38:28,681 Kesetiaan awak ada baik dan buruknya. 529 00:38:30,391 --> 00:38:33,728 Saya gembira selama beberapa bulan ini, 530 00:38:34,478 --> 00:38:36,856 tapi semasa kita duduk dekat unggun api, 531 00:38:37,606 --> 00:38:40,109 saya nampak pandangan mata antara Drea dan awak. 532 00:38:41,277 --> 00:38:42,361 Saya terus tahu. 533 00:38:44,280 --> 00:38:46,824 Saya rasa jika awak jujur dengan diri awak, 534 00:38:48,117 --> 00:38:50,536 hati awak pun mahu dan perlu bersama dia. 535 00:38:53,080 --> 00:38:55,916 - Saya cintai awak, Mick. - Saya cintai awak. 536 00:38:58,169 --> 00:39:00,796 Saya tahu cinta awak kepada saya tak berkurangan 537 00:39:01,297 --> 00:39:03,799 jika awak lalui hidup awak yang sepatutnya. 538 00:39:04,717 --> 00:39:07,219 Hidup yang wajar dan yang awak perlukan. 539 00:39:08,721 --> 00:39:11,891 Hidup dengan bayi awak dan Drea, dengan keluarga awak. 540 00:39:40,586 --> 00:39:42,922 Hei, kamu buat apa? 541 00:39:43,506 --> 00:39:45,925 Saya cuma nak ucap selamat malam. 542 00:39:47,301 --> 00:39:48,677 Kamu tak tidur di sini? 543 00:39:51,555 --> 00:39:52,431 Ayah tahu. 544 00:39:53,557 --> 00:39:54,433 Ayah tahu. 545 00:39:57,395 --> 00:39:58,354 Ayah dengar tak? 546 00:39:59,855 --> 00:40:00,689 Dengar apa? 547 00:40:01,899 --> 00:40:02,733 Amannya. 548 00:40:11,951 --> 00:40:13,953 Tahu tak Mick dan ayah pernah ke sini? 549 00:40:15,538 --> 00:40:17,498 Ya. Semasa kami kecil. 550 00:40:18,374 --> 00:40:20,376 Dengan Nenek Karen dan Atuk Steve. 551 00:40:23,379 --> 00:40:25,589 Kenapa ayah beritahu saya sekarang? 552 00:40:25,589 --> 00:40:28,926 Ayah langsung terlupa sehingga kami pergi cari kayu api. 553 00:40:31,262 --> 00:40:34,432 Mak selalu bawa kami ke tapak perkhemahan 554 00:40:34,432 --> 00:40:37,893 semasa lawatan pemerhatian burung dia yang gila-gila. 555 00:40:38,394 --> 00:40:42,022 Tentu ada ratusan slaid yang tersorok di loteng Beverly. 556 00:40:42,523 --> 00:40:43,482 Kalaulah kita... 557 00:40:43,482 --> 00:40:44,400 Bukan kalau. 558 00:40:47,528 --> 00:40:48,404 Apabila. 559 00:40:49,280 --> 00:40:51,198 Apabila kita terselamat, 560 00:40:51,198 --> 00:40:53,784 kita akan lihat satu demi satu slaid itu. 561 00:40:55,286 --> 00:40:56,287 Bersama. 562 00:40:57,288 --> 00:40:58,539 Kita akan terselamat. 563 00:41:00,374 --> 00:41:01,208 Saya tahu. 564 00:41:02,918 --> 00:41:04,503 Optimis abadi ayah. 565 00:41:08,215 --> 00:41:09,592 Kamu sentiasa menemukan 566 00:41:10,801 --> 00:41:12,636 kemungkinan dan harapan, 567 00:41:12,636 --> 00:41:16,140 walaupun orang lain bersedia untuk berputus asa. 568 00:41:19,018 --> 00:41:22,521 - Bagaimana ayah nak balas budi kamu? - Ada caranya. 569 00:41:23,355 --> 00:41:27,359 Bawa saya ke Air Pancut Bethesda untuk menerbangkan pesawat peluncur. 570 00:41:33,282 --> 00:41:34,825 Ayah janji akan bawa kamu. 571 00:42:33,926 --> 00:42:35,052 Semuanya berkaitan. 572 00:42:38,472 --> 00:42:39,598 Cal, kamu buat apa? 573 00:42:41,767 --> 00:42:43,143 Saya mesti pergi, ayah. 574 00:42:43,644 --> 00:42:45,646 Ayah tak nak kehilangan kamu lagi. 575 00:42:46,939 --> 00:42:47,773 Tidak. 576 00:42:49,358 --> 00:42:50,192 Tak mengapa. 577 00:42:52,027 --> 00:42:53,362 Ayah sendiri dah kata. 578 00:42:54,196 --> 00:42:57,241 Kita semua mesti jalankan tugas, ini saya punya. 579 00:43:00,160 --> 00:43:04,206 Tugas saya untuk selamatkan penumpang dan memberatkan timbangan. 580 00:43:06,166 --> 00:43:07,376 Tentu ada cara lain. 581 00:43:08,836 --> 00:43:13,591 Tak mengapa, ayah. Kini saya tahu apa yang kita perlu buat. 582 00:43:15,175 --> 00:43:18,429 Tolong percayai saya dalam semua ini. 583 00:43:21,181 --> 00:43:22,474 Saya sayang ayah. 584 00:43:24,935 --> 00:43:27,146 Terima kasih kerana menjadi ayah saya. 585 00:43:32,776 --> 00:43:33,777 Ayah sayang kamu. 586 00:43:36,405 --> 00:43:40,409 Anak lelaki tersayangku. Ayah sentiasa sayang kamu. 587 00:44:54,274 --> 00:44:55,150 Cal... 588 00:44:57,152 --> 00:44:59,655 Ya Tuhanku, saya berdoa meminta bimbingan. 589 00:45:00,364 --> 00:45:02,783 Tolong beritahu saya langkah seterusnya. 590 00:46:51,099 --> 00:46:53,101 Terjemahan sari kata oleh Nur Mohd