1 00:00:06,125 --> 00:00:08,833 SEBUAH SIRI NETFLIX 2 00:00:11,125 --> 00:00:12,958 Menurut kepercayaan purba, 3 00:00:13,041 --> 00:00:17,333 burung menerbangkan roh, kepercayaan dan harapan kita kepada Tuhan. 4 00:00:18,166 --> 00:00:22,250 Burung ialah utusan gelap yang membelah langit senja, 5 00:00:22,333 --> 00:00:25,583 membentuk formasi berubah-ubah yang dipanggil "gericau". 6 00:00:26,583 --> 00:00:28,250 Bagaimanapun, perkataan itu… 7 00:00:28,875 --> 00:00:31,750 Perkataan itu turut bermaksud suara, 8 00:00:31,833 --> 00:00:32,916 bisikan, 9 00:00:33,000 --> 00:00:37,375 doa yang dititipkan di kala kita menemui jalan buntu. 10 00:00:38,125 --> 00:00:41,000 Tajuk cerita kita hari ini ialah Rungutan 11 00:00:41,083 --> 00:00:44,125 yang diarahkan oleh Jennifer Kent. 12 00:00:44,208 --> 00:00:46,458 KEBEBASAN 13 00:00:46,541 --> 00:00:49,750 RUNGUTAN 14 00:01:53,625 --> 00:01:56,375 Bagi orang yang tak kenal burung kedidi dunlin, 15 00:01:56,458 --> 00:01:59,250 ia tak ubah macam burung biasa saja. 16 00:02:00,458 --> 00:02:03,541 Bagi orang yang pernah tengok formasi kawanannya, 17 00:02:03,625 --> 00:02:05,250 dikenali sebagai gericau, 18 00:02:06,166 --> 00:02:08,833 spesies ini ialah salah satu keajaiban alam 19 00:02:09,500 --> 00:02:11,708 dan misteri yang tak dapat dirungkai. 20 00:02:12,875 --> 00:02:16,833 Dalam kes ini, seekor falko belalang sedang memburu. 21 00:02:16,916 --> 00:02:19,000 Anda boleh lihat di hujung bingkai. 22 00:02:20,625 --> 00:02:21,916 Dalam sekelip mata, 23 00:02:22,000 --> 00:02:24,833 kawanan kedidi dunlin terbang serentak, 24 00:02:25,916 --> 00:02:28,041 membentuk formasi jam pasir 25 00:02:29,958 --> 00:02:31,041 dan sfera. 26 00:02:32,041 --> 00:02:34,250 Kemudian, formasi berbentuk awan. 27 00:02:35,750 --> 00:02:38,416 Akhir sekali, paling menakjubkan, 28 00:02:39,250 --> 00:02:40,875 bentuk burung terbang. 29 00:02:44,583 --> 00:02:47,083 Tiada seekor pun kedidi dunlin ditangkap 30 00:02:47,166 --> 00:02:49,375 dan falko belalang itu berputih mata. 31 00:02:49,458 --> 00:02:52,041 BERDASARKAN CERPEN OLEH GUILLERMO DEL TORO 32 00:02:56,958 --> 00:03:00,333 Formasi ini tak terbentuk kerana serangan pemangsa. 33 00:03:00,416 --> 00:03:03,708 Kedidi dunlin terbang dalam formasi secara rutin. 34 00:03:04,291 --> 00:03:10,500 Kenapa sesetengah spesies burung saja yang memiliki kelebihan ini, 35 00:03:11,125 --> 00:03:14,375 membentuk variasi formasi yang sempurna dengan ratusan, 36 00:03:14,458 --> 00:03:15,375 ribuan, 37 00:03:15,458 --> 00:03:19,875 malah jutaan ekor secara serentak dan harmoni? 38 00:03:20,583 --> 00:03:24,916 Selama berdekad-dekad, saintis dan ahli ornitologi cuba cari jawapannya. 39 00:03:25,791 --> 00:03:30,750 Baru-baru ini, muncul teori yang kononnya ia telepati semula jadi. 40 00:03:32,166 --> 00:03:38,000 Kami menolak teori yang burung boleh baca fikiran kawanannya. 41 00:03:39,833 --> 00:03:43,333 Namun, kami komited untuk rungkai misteri ini. 42 00:03:45,791 --> 00:03:48,958 Jutaan penghargaan kepada Encik Montague dan isteri, 43 00:03:49,041 --> 00:03:51,333 penaja kami yang sudi hadir malam ini. 44 00:03:56,458 --> 00:03:58,625 Terima kasih atas sumbangan awak. 45 00:03:59,291 --> 00:04:01,625 Terutamanya untuk kamera gerak itu. 46 00:04:02,208 --> 00:04:04,875 Kami takkan mampu memilikinya. 47 00:04:04,958 --> 00:04:07,458 Ia pasti menambah baik dapatan kajian kami. 48 00:04:09,500 --> 00:04:11,375 Sebagai tanda penghargaan, 49 00:04:11,958 --> 00:04:15,583 saksikan cuitan burung perling yang Edgar rakam baru-baru ini, 50 00:04:15,666 --> 00:04:17,041 sebagai mukadimah. 51 00:04:48,833 --> 00:04:52,458 Kamu patut ucap tahniah kepada Nancy. Semua ini idea dia. 52 00:04:54,875 --> 00:04:57,791 - Di mana awak rakam itu? - Utara New York. 53 00:04:57,875 --> 00:05:01,000 - Awak pernah guna kamera? - Kamera lain. 54 00:05:02,458 --> 00:05:05,625 Ia antara spesies yang hidup pada zaman prasejarah. 55 00:05:05,708 --> 00:05:09,291 Saiznya lebih kecil, tapi fisiologinya masih sama, 56 00:05:09,375 --> 00:05:11,125 jadi saya rasa sangat kagum. 57 00:05:11,708 --> 00:05:13,750 Saya suka penyelidikan. 58 00:05:13,833 --> 00:05:16,583 Saya tak kisah duduk baca buku di dalam bilik. 59 00:05:17,375 --> 00:05:18,958 Awak pula, Puan Bradley? 60 00:05:19,916 --> 00:05:22,166 Apa awak paling suka tentang burung? 61 00:05:24,666 --> 00:05:25,625 Kebebasannya. 62 00:05:28,166 --> 00:05:31,791 Siapa tak mahu terbang daripada realiti buat seketika? 63 00:05:35,625 --> 00:05:38,291 Saya teruja dapat tahu tentang ekspedisi awak. 64 00:05:38,375 --> 00:05:41,166 Tak sabar rasanya. Berbulan-bulan kami rancang. 65 00:05:41,250 --> 00:05:43,000 Baguslah untuk kamu berdua. 66 00:05:44,458 --> 00:05:46,083 Selepas semua yang berlaku. 67 00:05:54,916 --> 00:05:56,208 Maafkan saya, Edgar. 68 00:05:57,625 --> 00:05:59,750 Saya memang nak telefon awak, tapi… 69 00:06:03,583 --> 00:06:06,000 Takdir Tuhan memang kejam. 70 00:06:30,916 --> 00:06:33,750 Kamu datang pada musim sejuk dan angin kuat. 71 00:06:33,833 --> 00:06:37,666 - Kedidi dunlin suka iklim macam ini. - Ia ada di seluruh pulau. 72 00:06:37,750 --> 00:06:39,208 Kamu tak payah cari. 73 00:06:39,291 --> 00:06:42,125 Rumah itu di teluk. Banyak kedidi dunlin di sana. 74 00:06:42,208 --> 00:06:43,291 Ada rumah di sana? 75 00:06:43,375 --> 00:06:45,708 Isteri saya dah kemas rumah itu. 76 00:06:45,791 --> 00:06:48,375 Dah lama rumah itu kosong. 77 00:06:48,458 --> 00:06:50,750 Taklah mewah, tapi masih selesa. 78 00:06:50,833 --> 00:06:52,541 Susah-susah saja. 79 00:06:52,625 --> 00:06:56,375 Kami tak boleh biar kamu tidur di dalam khemah dalam cuaca ini. 80 00:06:56,875 --> 00:06:59,541 - Kami dah biasa. - Saya dah pasang generator. 81 00:06:59,625 --> 00:07:04,041 Ada elektrik, air paip dan bumbung untuk berteduh. 82 00:07:04,125 --> 00:07:05,708 Baik betul hati awak. 83 00:07:06,333 --> 00:07:07,375 Saya nak tanya. 84 00:07:07,458 --> 00:07:12,875 Kenapa kedidi dunlin terbang dalam formasi secara serentak? 85 00:07:27,708 --> 00:07:30,208 Saya tak sangka rumahnya sebesar ini. 86 00:07:31,166 --> 00:07:35,083 Kenapalah pemiliknya bina rumah agam ini di sini? 87 00:07:35,166 --> 00:07:36,500 Tiada apa-apa di sini. 88 00:07:37,291 --> 00:07:40,916 Sayangnya, pemilik rumah ini jualnya kepada kerajaan. 89 00:07:41,000 --> 00:07:42,708 Ada sesiapa tinggal di sini? 90 00:07:43,291 --> 00:07:46,791 Pemiliknya bina rumah ini untuk anak dia. Boleh kita masuk? 91 00:07:54,333 --> 00:07:58,125 Maaf, rumah ini terlalu besar. Kami tak larat nak kemas semuanya. 92 00:07:58,208 --> 00:08:00,291 Ini dah cukup selesa untuk kami. 93 00:08:01,000 --> 00:08:03,375 Kayu api untuk pendiangan ada di sini. 94 00:08:04,125 --> 00:08:05,791 Bilik tidur di atas pun ada. 95 00:08:06,458 --> 00:08:08,541 Dapurnya pakai kayu api. 96 00:08:09,208 --> 00:08:13,583 Saya akan tunjuk kayu lain di luar dan lokasi generator sebelum balik. 97 00:08:29,833 --> 00:08:32,332 UNTUK SAYANGKU 98 00:08:37,041 --> 00:08:40,082 Saya akan datang Ahad depan untuk hantar bekalan. 99 00:08:41,125 --> 00:08:42,000 Terima kasih. 100 00:08:43,082 --> 00:08:44,500 Selamat mengkaji burung. 101 00:09:05,250 --> 00:09:07,250 Percubaan. 102 00:09:07,833 --> 00:09:12,416 Tanggal 5 Oktober 1951. Hari pertama di Pulau Big Harbour. 103 00:09:46,916 --> 00:09:49,541 Ada sekawanan besar berkumpul di beting pasir 104 00:09:49,625 --> 00:09:51,625 dan saya nampak falko belalang. 105 00:09:52,208 --> 00:09:53,291 Saya datang. 106 00:10:03,041 --> 00:10:04,333 Itu pun ia. 107 00:10:04,416 --> 00:10:05,708 Kedidi dunlin. 108 00:10:55,125 --> 00:10:56,541 Bertimbang rasa betul. 109 00:10:58,166 --> 00:11:00,666 Tuala bersih, cadar pun bersih. 110 00:11:01,666 --> 00:11:03,083 Susah-susah saja. 111 00:11:03,166 --> 00:11:05,416 Universiti Cornell patut bayar mereka. 112 00:11:05,500 --> 00:11:07,041 Mereka orang baik-baik. 113 00:11:10,166 --> 00:11:11,958 Saya gembira kita datang sini. 114 00:11:31,208 --> 00:11:32,333 Saya penat. 115 00:11:36,916 --> 00:11:39,041 Esok hari pertama kita. 116 00:11:39,833 --> 00:11:40,708 Saya tahu. 117 00:11:42,958 --> 00:11:44,208 Saya mengantuk. 118 00:11:45,166 --> 00:11:46,041 Saya faham. 119 00:13:43,583 --> 00:13:48,291 Tanggal 5 Oktober 1951, jam 6.00 petang, Pulau Big Harbour. 120 00:13:48,875 --> 00:13:51,916 Sekawanan besar kedidi dunlin berkumpul di teluk. 121 00:13:52,583 --> 00:13:54,333 Lebih kurang 30 ribu ekor… 122 00:13:58,416 --> 00:14:00,125 - Apa masalahnya? - Entahlah. 123 00:14:01,625 --> 00:14:03,625 Biar saya periksa. Awak tidurlah. 124 00:14:05,166 --> 00:14:06,041 Naiklah dulu. 125 00:14:24,125 --> 00:14:25,541 Saya buatkan sandwic. 126 00:14:26,250 --> 00:14:27,125 Terima kasih. 127 00:14:27,791 --> 00:14:29,416 - Jangan lupa makan. - Okey. 128 00:15:42,083 --> 00:15:43,666 Dah makan sandwic? 129 00:15:46,250 --> 00:15:47,916 Dah. Sedap. 130 00:15:49,208 --> 00:15:50,208 Jumpa nanti. 131 00:15:50,291 --> 00:15:54,500 Boleh saya balik awal petang ini? Saya nak pasang sistem pengkatalogan. 132 00:15:56,208 --> 00:15:58,166 Awak boleh guna mikrofon saya. 133 00:15:58,250 --> 00:15:59,791 Julatnya lebar. 134 00:16:00,583 --> 00:16:01,625 Baiklah. 135 00:16:01,708 --> 00:16:03,416 Saya boleh masak makan malam. 136 00:17:01,625 --> 00:17:02,458 Helo? 137 00:17:04,500 --> 00:17:05,333 Helo. 138 00:17:07,290 --> 00:17:08,165 Saya di sini! 139 00:17:10,375 --> 00:17:12,290 Apa awak buat dalam gelap? 140 00:17:13,083 --> 00:17:14,500 Rabun mata nanti. 141 00:17:15,915 --> 00:17:17,333 Saya memang rabun. 142 00:17:20,208 --> 00:17:24,125 Awak terlepas formasi yang menakjubkan. Mungkin yang paling cantik. 143 00:17:24,208 --> 00:17:26,625 Awak selalu cakap macam itu apabila saya tiada. 144 00:17:26,708 --> 00:17:27,540 Taklah. 145 00:17:28,333 --> 00:17:29,166 Yakah? 146 00:17:32,625 --> 00:17:35,125 - Saya rasa audionya bagus. - Terima kasih. 147 00:17:35,208 --> 00:17:37,791 - Ia sangat bising. - Baguslah. 148 00:17:39,791 --> 00:17:41,041 Saya buat kaserol. 149 00:17:41,125 --> 00:17:42,291 Awak memang hebat. 150 00:17:43,583 --> 00:17:44,916 Saya nak nyalakan api. 151 00:17:54,541 --> 00:17:57,416 Brontë Sisters, Madame Bovary 152 00:17:58,041 --> 00:17:59,625 Jenayah dan Hukuman. 153 00:17:59,708 --> 00:18:03,041 - Tess of the d'Urbervilles… - Berat koleksinya. 154 00:18:03,125 --> 00:18:04,625 Awak baca buku apa? 155 00:18:05,833 --> 00:18:09,166 "Tabiat Mengawan Kedidi Dunlin di Kawasan Tundra Kanada." 156 00:18:10,000 --> 00:18:11,375 Provokatif. 157 00:18:11,458 --> 00:18:12,583 Betul itu. 158 00:18:13,125 --> 00:18:15,791 Kita tak perlu kajinya semasa musim mengawan. 159 00:18:15,875 --> 00:18:18,708 Setiap aspek tingkah lakunya boleh beri petunjuk. 160 00:18:18,791 --> 00:18:22,250 Cara ia mengawan, bersarang dan mencari makan. 161 00:18:22,833 --> 00:18:26,583 Misalnya, kenapa ia tak bergericau semasa musim mengawan? 162 00:18:26,666 --> 00:18:28,458 Sebab ia sibuk mengawan. 163 00:18:59,000 --> 00:19:00,125 Gaya kedidi dunlin 164 00:19:07,333 --> 00:19:08,333 Jomlah. 165 00:19:09,041 --> 00:19:11,541 - Tak nak. Saya nak baca buku. - Tolonglah. 166 00:19:11,625 --> 00:19:12,458 Jomlah. 167 00:19:13,708 --> 00:19:14,541 Tolonglah. 168 00:19:29,125 --> 00:19:30,166 Jangan, Edgar. 169 00:19:31,166 --> 00:19:32,375 Angin saya tak baik. 170 00:19:39,125 --> 00:19:40,458 Bila angin awak baik? 171 00:20:57,000 --> 00:20:57,833 Edgar. 172 00:21:02,208 --> 00:21:03,041 Edgar. 173 00:22:39,833 --> 00:22:41,375 - Edgar! - Apa? 174 00:22:49,166 --> 00:22:51,791 Apa ia buat di sini? 175 00:22:52,666 --> 00:22:55,416 Ia sakit? Cuaca di luar terlalu sejuk? 176 00:22:55,500 --> 00:22:57,041 Ia burung beriklim sejuk. 177 00:22:58,416 --> 00:23:01,750 Saya tak tahu kedidi dunlin bertenggek setinggi ini, 178 00:23:01,833 --> 00:23:03,541 apatah lagi di loteng. 179 00:23:14,000 --> 00:23:16,041 Kedidi dunlin. 180 00:23:17,041 --> 00:23:18,250 Apa kamu semua buat? 181 00:24:09,750 --> 00:24:11,125 Saya sedang merakam. 182 00:24:36,625 --> 00:24:37,458 Edgar? 183 00:25:03,166 --> 00:25:04,375 BUKA/TUTUP 184 00:26:01,833 --> 00:26:03,791 Saya sejuk. 185 00:26:10,708 --> 00:26:11,541 Macam mana? 186 00:26:12,291 --> 00:26:14,833 Kicauannya berbeza dan lebih melankolik. 187 00:26:16,750 --> 00:26:17,833 Awak tak dengar? 188 00:26:17,916 --> 00:26:18,958 Dengar apa? 189 00:26:19,958 --> 00:26:21,083 Biar saya dengar. 190 00:26:40,333 --> 00:26:41,666 Apa yang awak dengar? 191 00:26:52,250 --> 00:26:54,791 Dah berhari-hari awak tak tidur. Awak penat. 192 00:26:55,958 --> 00:26:58,166 Berkali-kali saya ulang. 193 00:27:00,125 --> 00:27:03,375 - Saya bingung. - Awak tak guna pita lama, bukan? 194 00:27:03,458 --> 00:27:06,458 Sejak bila saya guna semula pita? Saya bukan bodoh. 195 00:27:06,541 --> 00:27:08,500 Okey, saya tanya saja. 196 00:27:08,583 --> 00:27:11,458 Apa kata awak beritahu apa yang awak dengar? 197 00:27:39,333 --> 00:27:40,375 Oh, Tuhan. 198 00:27:41,333 --> 00:27:43,083 Ia dah pergi. 199 00:28:06,708 --> 00:28:10,041 "Ia bergericau bak gulungan ombak di laut lepas." 200 00:28:15,291 --> 00:28:16,333 Richard Wilbur. 201 00:28:16,833 --> 00:28:18,583 Dia bercakap tentang gericau. 202 00:28:19,333 --> 00:28:20,416 Puisi yang indah. 203 00:28:26,583 --> 00:28:27,416 Apa? 204 00:28:29,125 --> 00:28:32,291 "Ia bergericau bak gulungan ombak di laut lepas." 205 00:28:32,791 --> 00:28:33,750 Apa? 206 00:28:34,958 --> 00:28:35,916 Gericau. 207 00:28:38,416 --> 00:28:39,500 Baguslah. 208 00:28:42,708 --> 00:28:45,791 Saya tak jumpa walau satu catatan pun 209 00:28:45,875 --> 00:28:48,791 yang kedidi dunlin bertenggek di struktur binaan manusia. 210 00:28:50,791 --> 00:28:52,375 Awak tak rasa pelikkah? 211 00:28:52,458 --> 00:28:56,166 Kita perlukan masa bertahun-tahun untuk dapat jawapannya. 212 00:28:57,083 --> 00:28:59,708 Ia seolah-olah tertarik pada rumah ini. 213 00:28:59,791 --> 00:29:02,375 Tertarik pada rumah ini? 214 00:29:02,875 --> 00:29:03,833 Mustahillah. 215 00:29:04,750 --> 00:29:08,625 Dalam banyak-banyak tempat, kenapa ia bertenggek di rumah ini? 216 00:29:09,375 --> 00:29:10,666 Kita tak tahu. 217 00:29:17,125 --> 00:29:19,000 Rumah ini buat saya takut. 218 00:29:19,083 --> 00:29:22,000 Rumah lama memang menakutkan. 219 00:29:22,666 --> 00:29:24,416 Awak nak saya baca lagi? 220 00:29:25,375 --> 00:29:27,291 Apa keluarga ini buat di sini? 221 00:29:28,500 --> 00:29:31,208 - Keluarga dalam gambar itu. - Entahlah. 222 00:29:31,791 --> 00:29:36,875 Kenapa mereka tinggalkan semua perabot dan barang mereka di sini? 223 00:29:37,833 --> 00:29:39,208 Berdekad-dekad lamanya? 224 00:29:40,791 --> 00:29:42,541 Dahi awak berkedut 225 00:29:43,708 --> 00:29:45,416 setiap kali awak kebingungan. 226 00:29:47,916 --> 00:29:51,125 - Saya tak patut berkerut. - Saya suka. Nampak seksi. 227 00:29:54,958 --> 00:29:55,791 Awak seksi. 228 00:29:56,375 --> 00:29:58,791 Jangan merepek. 229 00:30:07,125 --> 00:30:09,625 Saya sayang awak, pentaasub burung. 230 00:30:13,458 --> 00:30:14,458 Awak sayang saya? 231 00:30:30,375 --> 00:30:31,541 Saya sakit kepala. 232 00:30:38,000 --> 00:30:38,833 Edgar. 233 00:30:41,541 --> 00:30:43,375 - Jangan sentuh saya! - Kenapa? 234 00:30:43,458 --> 00:30:44,541 Apa gunanya? 235 00:30:49,208 --> 00:30:50,708 Sebab saya sayang awak. 236 00:30:51,958 --> 00:30:52,875 Maafkan saya. 237 00:30:57,166 --> 00:30:59,541 - Saya perlukan… - Lebih banyak masa. 238 00:31:00,833 --> 00:31:01,666 Saya tahu. 239 00:31:06,833 --> 00:31:08,833 Saya tak berniat buat awak marah. 240 00:31:11,166 --> 00:31:12,250 Saya naik dulu. 241 00:31:15,250 --> 00:31:16,291 Edgar. 242 00:31:49,291 --> 00:31:50,875 Saya sejuk. 243 00:31:50,958 --> 00:31:53,083 - Siapa itu? - Kenapa? 244 00:31:58,083 --> 00:31:59,333 Saya mimpi buruk. 245 00:32:00,708 --> 00:32:01,541 Maafkan saya. 246 00:32:02,625 --> 00:32:04,833 Pendiangan itu buat saya sesak nafas. 247 00:32:05,666 --> 00:32:07,708 Boleh saya buka tingkap? 248 00:32:08,250 --> 00:32:09,083 Ya. 249 00:32:14,958 --> 00:32:16,833 Boleh kita tukar tempat? 250 00:32:18,250 --> 00:32:19,208 Okey. 251 00:34:51,500 --> 00:34:52,833 KEBEBASAN 252 00:34:52,916 --> 00:34:54,041 Cantiknya. 253 00:34:55,041 --> 00:34:56,708 Awak tak rasa pelikkah? 254 00:34:57,750 --> 00:34:59,166 Apa yang pelik? 255 00:34:59,250 --> 00:35:04,166 Apa saya jawab setiap kali orang tanya kenapa saya suka burung? 256 00:35:04,250 --> 00:35:05,583 Awak gelakkannya. 257 00:35:07,208 --> 00:35:10,166 - Awak suka akan kebebasannya. - Ya, betul. 258 00:35:11,083 --> 00:35:11,958 Kebebasan. 259 00:35:12,708 --> 00:35:16,166 Semua orang macam itu apabila tengok burung bergericau. 260 00:35:17,375 --> 00:35:18,791 Saya faham perasaan dia. 261 00:35:19,291 --> 00:35:20,375 Apa maksud awak? 262 00:35:20,875 --> 00:35:23,000 Entahlah, tapi saya boleh faham dia. 263 00:35:25,208 --> 00:35:27,583 Dia tinggal di rumah agam ini sendirian. 264 00:35:28,125 --> 00:35:31,625 Dia tinggal bersama suami dan anaknya. Dia tak keseorangan. 265 00:35:36,791 --> 00:35:41,166 Sulamannya sempurna. Saya yakin dia suka tengok burung. 266 00:35:43,583 --> 00:35:45,083 Apa lagi salah saya? 267 00:35:48,208 --> 00:35:51,000 - Apa awak nak? - Saya tak nak apa-apa. 268 00:35:53,625 --> 00:35:54,541 Entahlah. 269 00:35:56,208 --> 00:35:57,041 Lupakan saja. 270 00:35:59,916 --> 00:36:03,833 - Kerja awak hari ini dah siap? - Hidup bukan untuk bekerja saja. 271 00:36:03,916 --> 00:36:06,000 Saya tahu, tapi kita datang untuk bekerja. 272 00:36:06,083 --> 00:36:09,583 - Awak yang suruh saya berehat. - Ya… 273 00:36:18,583 --> 00:36:19,750 Sulaman ini cantik, 274 00:36:21,500 --> 00:36:22,750 tapi saya rasa sedih 275 00:36:23,875 --> 00:36:25,416 setiap kali melihatnya. 276 00:36:26,000 --> 00:36:28,333 Dia hulurkan tangannya. 277 00:36:29,416 --> 00:36:31,458 Dia rasa terpenjara di sini. 278 00:36:36,958 --> 00:36:38,375 Saya faham perasaan dia. 279 00:37:11,166 --> 00:37:12,041 Ava. 280 00:38:49,958 --> 00:38:53,750 UNTUK SAYANGKU 281 00:39:06,083 --> 00:39:11,833 SAYA TAK SABAR NAK JUMPA AWAK. JANGAN RISAU TENTANG ISTERI SAYA. 282 00:39:17,833 --> 00:39:20,791 Dia janji nak tinggalkan isterinya selepas perang tamat, 283 00:39:20,875 --> 00:39:25,208 tapi dia terus pulang ke pangkuan isterinya dan cakap, 284 00:39:25,291 --> 00:39:28,875 "Kita tak boleh bersama, sayang. Maafkan saya. 285 00:39:29,583 --> 00:39:32,208 Saya tak boleh tinggalkan isteri saya." 286 00:39:32,791 --> 00:39:36,750 Mungkin lelaki itu tahu dia mengandung. Dia ada sebut pasal nafkah. 287 00:39:36,833 --> 00:39:39,750 Daripada surat pertama saya tahu dia lelaki dayus. 288 00:39:40,375 --> 00:39:43,375 Mungkin perempuan itu tak tahu kerana terlalu cinta… 289 00:39:43,958 --> 00:39:45,708 Jangan bising! 290 00:39:47,291 --> 00:39:50,458 Mereka tak pernah kahwin dan tinggal di rumah ini 291 00:39:50,541 --> 00:39:52,333 walaupun gambarnya ada. 292 00:39:52,416 --> 00:39:54,875 Kenapa awak berminat dengan kisah mereka? 293 00:39:55,458 --> 00:39:56,291 Kenapa? 294 00:39:58,583 --> 00:40:01,791 Saya nak tahu sebab mereka hidup terasing di pulau ini. 295 00:40:03,166 --> 00:40:04,125 Menyedihkan. 296 00:40:05,083 --> 00:40:06,625 Kita tumpang rumah mereka. 297 00:40:07,583 --> 00:40:11,125 Sebab itu awak rasa berhak untuk baca surat-surat mereka? 298 00:40:12,000 --> 00:40:14,458 Salahkah baca surat orang yang dah mati? 299 00:40:14,541 --> 00:40:15,750 Salah. 300 00:40:16,875 --> 00:40:18,583 Awak yakin mereka dah mati? 301 00:40:20,958 --> 00:40:21,916 Saya boleh rasa. 302 00:40:22,000 --> 00:40:23,875 Awak saintis. 303 00:40:23,958 --> 00:40:27,708 Sejak bila awak bergantung pada perasaan berbanding fakta? 304 00:40:27,791 --> 00:40:30,791 Ya, Edgar! Saya tak patut ada perasaan. 305 00:40:30,875 --> 00:40:35,291 Ada orang mula nampak hantu sebaik melangkah masuk ke rumah lama. 306 00:40:37,125 --> 00:40:38,125 Orang? 307 00:40:40,291 --> 00:40:41,875 Saya bukan "orang" itu. 308 00:40:42,708 --> 00:40:44,375 Saya tak percaya hantu. 309 00:40:44,458 --> 00:40:47,916 Awak lebih berminat dengan mereka berbanding kerja awak. 310 00:40:48,583 --> 00:40:51,708 - Saya abdikan hidup saya untuk kerja. - Saya tahu. 311 00:40:51,791 --> 00:40:54,583 Saya lebih gigih daripada lelaki di luar sana 312 00:40:54,666 --> 00:40:57,916 yang dipuja-puja di Cornell kononnya mereka genius. 313 00:40:58,000 --> 00:40:59,625 Saya tahu, maafkan saya. 314 00:41:02,041 --> 00:41:06,125 Maaflah kerana bazirkan lima minit untuk fikir hal lain selain burung. 315 00:41:25,000 --> 00:41:25,833 Edgar. 316 00:41:29,666 --> 00:41:30,500 Edgar. 317 00:41:34,875 --> 00:41:35,708 Ya? 318 00:41:35,791 --> 00:41:37,333 Kawanan itu datang balik. 319 00:41:38,416 --> 00:41:39,875 Saya akan datang nanti. 320 00:41:41,625 --> 00:41:43,333 Situasi semakin menarik. 321 00:41:43,416 --> 00:41:45,375 Saya akan datang secepat mungkin. 322 00:42:10,250 --> 00:42:12,375 Ibu marah saya. 323 00:42:13,958 --> 00:42:15,708 Apa aku dah buat? 324 00:43:45,375 --> 00:43:47,333 - Awak pergi mana? - Kerja. 325 00:43:48,000 --> 00:43:51,750 - Awak kata nak datang secepat mungkin. - Saya ada kerja. 326 00:43:54,250 --> 00:43:55,458 Buka pintu. 327 00:44:14,291 --> 00:44:16,958 Pegang perlahan-lahan. Ia pengsan. Mati nanti. 328 00:44:17,041 --> 00:44:19,083 - Nancy. - Edgar, letak burung itu. 329 00:44:19,166 --> 00:44:21,791 Sayang, lehernya patah. 330 00:44:25,291 --> 00:44:26,291 Kasihan. 331 00:44:27,416 --> 00:44:30,916 Tak apalah. Kita boleh hantarnya ke muzium. 332 00:44:33,833 --> 00:44:35,000 Awak okey? 333 00:44:36,708 --> 00:44:37,583 Ya. 334 00:44:38,875 --> 00:44:39,791 Saya okey. 335 00:45:25,541 --> 00:45:27,250 Saya sejuk. 336 00:45:41,333 --> 00:45:43,625 Apa aku dah buat? 337 00:45:54,791 --> 00:45:55,708 Nancy. 338 00:45:56,916 --> 00:45:57,750 Nance! 339 00:45:59,125 --> 00:46:00,083 Jangan takut. 340 00:46:02,041 --> 00:46:03,708 Jangan takut, sayang. 341 00:46:08,750 --> 00:46:10,625 Pintu itu terbuka sendiri. 342 00:46:11,125 --> 00:46:12,625 Kemudian, ada sesuatu… 343 00:46:15,750 --> 00:46:16,583 Sesuatu… 344 00:46:18,250 --> 00:46:21,916 Ini rumah lama. Semuanya dah reput dan berkerik-kerik. 345 00:46:26,625 --> 00:46:27,833 Menangislah, Nance. 346 00:46:29,958 --> 00:46:32,125 Awak tak pernah menangis sejak… 347 00:46:35,000 --> 00:46:36,208 insiden itu. 348 00:46:37,958 --> 00:46:39,875 Awak akan lega selepas menangis. 349 00:46:43,791 --> 00:46:46,875 Baru semalam awak kata saya tak patut ikut perasaan. 350 00:46:48,333 --> 00:46:51,333 - Bukan itu maksud saya. - Kononnya saya ikut emosi. 351 00:46:51,416 --> 00:46:52,916 Bergantung pada perasaan. 352 00:46:53,000 --> 00:46:55,958 Tak, saya cuma tak sangka awak ikut perasaan. 353 00:46:56,041 --> 00:46:58,541 Sebab saya tak patut ikut perasaan, bukan? 354 00:46:58,625 --> 00:47:01,041 Tak, Nance. Saya tak tahu apa… 355 00:47:01,125 --> 00:47:03,333 Awak nak saya buat apa, Edgar? 356 00:47:04,166 --> 00:47:06,875 Ikut perasaan atau sebaliknya? 357 00:47:08,875 --> 00:47:10,916 Maaf, Nance. Saya tak sempurna. 358 00:47:12,541 --> 00:47:13,625 Saya cuba. 359 00:47:14,708 --> 00:47:15,916 Cuba konon. 360 00:47:22,166 --> 00:47:23,583 Saya tak nak cakap lagi. 361 00:47:25,083 --> 00:47:26,166 Saya nak tidur. 362 00:48:11,208 --> 00:48:12,041 Helo! 363 00:48:13,333 --> 00:48:14,166 Helo. 364 00:48:14,791 --> 00:48:17,208 - Saya bawa semuanya. - Bagus. 365 00:48:28,625 --> 00:48:29,833 Encik Grieves? 366 00:48:32,625 --> 00:48:35,125 Siapa yang tinggal di rumah ini dulu? 367 00:48:35,208 --> 00:48:37,333 Dah berdekad-dekad rumah ini kosong. 368 00:48:37,416 --> 00:48:41,541 Saya tahu, tapi gambar siapa di dinding itu? 369 00:48:43,083 --> 00:48:46,541 Mungkin awak tak percaya, tapi saya alami kejadian aneh 370 00:48:47,708 --> 00:48:48,541 di sini. 371 00:48:49,708 --> 00:48:52,875 Itu saja. Kejadian yang tak masuk akal. 372 00:48:53,875 --> 00:48:54,875 Apa maksud awak? 373 00:49:02,958 --> 00:49:06,875 Kenapa dia tinggal berdua saja dengan anaknya di sini? 374 00:49:09,333 --> 00:49:10,916 Keluarganya hantar dia ke sini. 375 00:49:12,208 --> 00:49:15,541 Tempat ini terlalu terpencil dan mereka ada masalah. 376 00:49:16,333 --> 00:49:18,083 Masalah apa? 377 00:49:19,291 --> 00:49:20,208 Anak dia mati. 378 00:49:21,208 --> 00:49:22,041 Macam mana? 379 00:49:24,500 --> 00:49:27,208 Tolonglah, Encik Grieves. Macam mana dia mati? 380 00:49:28,416 --> 00:49:29,333 Dia mati lemas. 381 00:49:32,458 --> 00:49:34,166 Ibunya yang lemaskan dia. 382 00:49:36,958 --> 00:49:38,458 Di mana ibu dia sekarang? 383 00:49:39,708 --> 00:49:41,583 Tolonglah, Encik Grieves. 384 00:49:43,750 --> 00:49:45,208 Dia bunuh diri. 385 00:49:51,875 --> 00:49:55,625 Semua itu berlaku 30 tahun lalu. Kenapa saya perlu cerita? 386 00:49:56,458 --> 00:49:57,791 Saya nak tahu. 387 00:49:57,875 --> 00:50:00,666 Kami bersusah payah sediakan tempat tinggal 388 00:50:00,750 --> 00:50:02,583 dalam cuaca sejuk ini. 389 00:50:02,666 --> 00:50:04,833 Kami nak kamu berdua selesa. 390 00:50:04,916 --> 00:50:07,333 Saya tahu dan kami hargainya. 391 00:50:07,416 --> 00:50:10,791 Orang kata rumah ini berhantu, tapi ia cuma ketaasuban 392 00:50:10,875 --> 00:50:12,791 terhadap penderitaan orang lain. 393 00:50:15,833 --> 00:50:18,541 - Semua itu cuma khayalan awak. - Betul itu. 394 00:50:18,625 --> 00:50:20,541 Semua itu cuma ilusi. 395 00:50:21,750 --> 00:50:23,166 Saya tak percaya hantu. 396 00:50:32,291 --> 00:50:34,708 - Apa halnya itu? - Apa maksud awak? 397 00:50:35,500 --> 00:50:38,833 Kenapa perbualan awak dan Encik Grieves nampak tegang? 398 00:50:39,666 --> 00:50:40,625 Tiada apa-apa. 399 00:50:40,708 --> 00:50:42,791 Jangan tipu saya. 400 00:50:48,666 --> 00:50:52,583 Macam mana saya nak tolong kalau awak tak nak berterus terang? 401 00:50:52,666 --> 00:50:55,875 Sebab awak takkan percaya semua yang saya beritahu. 402 00:50:55,958 --> 00:50:57,416 Beritahu sajalah. 403 00:51:00,458 --> 00:51:01,333 Saya nak tahu. 404 00:51:05,625 --> 00:51:08,083 Saya tanya tentang penghuni rumah ini. 405 00:51:09,958 --> 00:51:11,208 Si ibu dan anaknya. 406 00:51:12,333 --> 00:51:13,208 Okey. 407 00:51:18,208 --> 00:51:21,833 Saya nampak kelibat dan dengar suara mereka sejak kita sampai. 408 00:51:22,666 --> 00:51:24,041 Apa maksud awak? 409 00:51:24,125 --> 00:51:26,541 Saya nampak dan dengar suara mereka. 410 00:51:28,041 --> 00:51:29,166 Di dalam rumah ini. 411 00:51:30,291 --> 00:51:33,500 Suara dan kelibat mereka. 412 00:51:36,291 --> 00:51:42,375 Saya betul-betul harap awak percaya cerita saya, Edgar. 413 00:51:43,875 --> 00:51:46,250 Dah setahun awak tak boleh tidur lena. 414 00:51:47,708 --> 00:51:53,500 Orang yang waras dan rasional pun akan berhalusinasi kalau tak cukup tidur. 415 00:51:53,583 --> 00:51:56,333 - Tolonglah, Edgar… - Saya tak nampak apa-apa. 416 00:51:56,416 --> 00:51:59,208 Tiada hantu, cuma rumah agam yang usang. 417 00:51:59,291 --> 00:52:01,958 Maafkan saya, tapi saya cuba faham. 418 00:52:02,041 --> 00:52:05,666 Jangan cakap awak cuba faham dan layan saya macam orang gila. 419 00:52:05,750 --> 00:52:08,291 Saya tak cakap awak gila! 420 00:52:08,375 --> 00:52:12,250 Saya cuma tahu awak ibu yang kematian anaknya 421 00:52:12,333 --> 00:52:14,041 dan saya risau akan awak. 422 00:52:14,125 --> 00:52:16,166 Kenapa nak risau tentang saya? 423 00:52:16,708 --> 00:52:18,416 Dia anak kita, Edgar. 424 00:52:18,500 --> 00:52:21,000 Apa kata awak beritahu perasaan awak? 425 00:52:21,083 --> 00:52:22,916 Baiklah! Saya hilang arah. 426 00:52:23,708 --> 00:52:25,583 Saya rasa marah. 427 00:52:25,666 --> 00:52:28,625 Saya rasa sangat sedih. 428 00:52:30,166 --> 00:52:31,625 Saya tak faham awak. 429 00:52:31,708 --> 00:52:35,333 Saya tak faham kenapa awak tak pernah menangis 430 00:52:35,416 --> 00:52:39,041 walaupun dah setahun Ava meninggal dunia? 431 00:52:39,125 --> 00:52:40,750 Awak nak saya menangis? 432 00:52:41,416 --> 00:52:43,541 - Baru puas hati awak? - Tak. 433 00:52:43,625 --> 00:52:46,500 Bukankah semua ibu menangisi kematian anaknya? 434 00:52:48,791 --> 00:52:52,208 Kita ikut ekspedisi ini untuk jernihkan keadaan, tapi awak… 435 00:52:52,791 --> 00:52:57,416 Awak lebih berminat dengan mereka berbanding anak awak sendiri. 436 00:53:00,541 --> 00:53:02,041 Awak tanya perasaan saya. 437 00:53:05,541 --> 00:53:07,125 Itulah yang saya rasa. 438 00:53:11,791 --> 00:53:17,125 Awak tak pernah buka hati awak untuk saya walaupun sekali sepanjang setahun ini. 439 00:53:18,083 --> 00:53:19,083 Saya dah cuba. 440 00:53:19,583 --> 00:53:23,458 Saya dah cuba, tapi awak semakin menjauh. 441 00:53:26,166 --> 00:53:31,250 Saya betul-betul nak hidup bahagia dengan awak, tapi saya tak… 442 00:53:38,500 --> 00:53:40,375 Saya tidur di bawah malam ini. 443 00:53:41,833 --> 00:53:45,125 Saya akan keluar ke stesen saya sebelum subuh. 444 00:53:46,625 --> 00:53:48,250 Melainkan awak tak nak saya pergi. 445 00:53:52,250 --> 00:53:53,083 Tolonglah… 446 00:53:54,375 --> 00:53:57,708 Beritahu saya, Nance, dan saya takkan pergi. 447 00:54:07,708 --> 00:54:09,166 Beritahu saya kalau ada apa-apa. 448 00:54:59,375 --> 00:55:00,208 Edgar. 449 00:55:12,791 --> 00:55:15,500 Tidurlah 450 00:55:16,041 --> 00:55:18,250 Tidurlah 451 00:55:18,333 --> 00:55:22,833 Tidurlah, sayangku 452 00:55:24,000 --> 00:55:25,666 Tidurlah 453 00:55:48,000 --> 00:55:49,625 Ibu marah saya. 454 00:55:59,791 --> 00:56:04,500 Apa aku dah buat? 455 00:56:05,291 --> 00:56:09,708 Apa aku dah buat? 456 00:56:24,375 --> 00:56:25,500 Berhenti! 457 00:56:32,583 --> 00:56:33,666 Jangan ganggu dia! 458 00:56:36,583 --> 00:56:39,916 Jangan ganggu dia! 459 00:56:58,916 --> 00:57:00,833 Ibu marah saya. 460 00:57:06,708 --> 00:57:09,375 Saya tak tahu sebabnya. 461 00:57:11,666 --> 00:57:12,708 Sayang. 462 00:57:16,833 --> 00:57:19,000 Ibu kamu dah sakiti kamu. 463 00:57:23,041 --> 00:57:24,083 Kamu teraniaya… 464 00:57:27,833 --> 00:57:29,458 dan kamu dah mati. 465 00:57:37,041 --> 00:57:40,208 Kamu tak bersalah. 466 00:57:43,333 --> 00:57:44,916 Kamu anak yang baik. 467 00:57:45,666 --> 00:57:48,208 Saya sejuk. 468 00:57:48,875 --> 00:57:51,166 Tempat ini gelap. 469 00:57:53,541 --> 00:57:55,500 Keluar ke tempat terang, sayang, 470 00:57:57,041 --> 00:57:58,916 ke tempat yang hangat. Boleh? 471 00:58:02,833 --> 00:58:03,958 Sambut tangan saya. 472 00:58:06,416 --> 00:58:08,916 Kamu takkan takut dan kesejukan lagi. 473 00:58:17,958 --> 00:58:19,625 Lari ke arah cahaya, sayang. 474 00:58:21,250 --> 00:58:22,083 Kamu selamat. 475 00:58:23,333 --> 00:58:24,666 Lari ke arah cahaya. 476 00:58:25,916 --> 00:58:27,333 Lari ke arah cahaya! 477 00:59:01,791 --> 00:59:06,708 Apa aku dah buat? 478 00:59:28,333 --> 00:59:29,333 Tidak! 479 01:00:47,625 --> 01:00:48,583 Nancy? 480 01:00:51,708 --> 01:00:52,541 Nance? 481 01:01:00,208 --> 01:01:01,041 Edgar. 482 01:01:04,083 --> 01:01:04,916 Ya. 483 01:01:06,291 --> 01:01:07,416 Awak okey? 484 01:01:13,000 --> 01:01:14,166 Maafkan saya. 485 01:01:18,875 --> 01:01:20,125 Saya minta maaf. 486 01:01:25,500 --> 01:01:27,250 Saya rasa buntu. 487 01:01:30,375 --> 01:01:33,125 Tak apa, sayang. Saya faham. 488 01:01:36,208 --> 01:01:37,208 Saya sayang awak. 489 01:01:39,500 --> 01:01:41,041 Saya pun sayang awak. 490 01:01:42,625 --> 01:01:43,791 Sepenuh hati saya. 491 01:01:50,250 --> 01:01:52,125 Saya nak cakap tentang Ava. 492 01:02:56,541 --> 01:02:59,708 Terjemahan sari kata oleh Saffura