1 00:00:17,963 --> 00:00:19,723 Ini tempat tinggal saya. 2 00:00:20,563 --> 00:00:22,123 Ini tempat saya hidup. 3 00:00:24,963 --> 00:00:26,923 Tiada apa yang penting bagi saya. 4 00:00:29,803 --> 00:00:32,003 Tiada apa lagi bermakna bagi saya. 5 00:00:33,403 --> 00:00:34,563 Saya diri saya. 6 00:00:37,923 --> 00:00:39,003 Hanya seorang pembunuh. 7 00:00:44,363 --> 00:00:49,603 SEJAK HUKUMAN MATI DIPERKENAL SEMULA DI A.S. PADA 1976, 8 00:00:50,043 --> 00:00:55,683 LEBIH DARIPADA 8,000 ORANG DIJATUHKAN HUKUMAN MATI 9 00:00:56,083 --> 00:01:01,363 INI KISAH BANDUAN PENJARA MAUT #31018 10 00:01:11,123 --> 00:01:12,963 Pengawal-pengawal ini akan beritahu anda 11 00:01:13,483 --> 00:01:16,403 yang saya tinggal di unit pengasingan pentadbiran. 12 00:01:19,123 --> 00:01:22,483 Sehingga enam bulan lalu, saya diasingkan 13 00:01:22,563 --> 00:01:25,483 di dalam sel satu orang selama hampir dua tahun. 14 00:01:29,483 --> 00:01:31,363 Apakah bahaya saya sekarang? 15 00:01:31,443 --> 00:01:33,483 Apakah bahaya seorang lelaki 16 00:01:33,563 --> 00:01:36,803 berusia 70 tahun yang berkerusi roda kepada masyarakat? 17 00:01:38,643 --> 00:01:41,243 Mereka tak tahu apa nak buat dengan saya di sini. 18 00:01:41,323 --> 00:01:44,563 Betul. Mereka tak tahu apa nak buat dengan saya di sini. 19 00:01:46,563 --> 00:01:48,283 Saya tak peduli pun. 20 00:01:50,803 --> 00:01:52,563 SEBUAH SIRI NETFLIX 21 00:02:05,723 --> 00:02:12,563 BOGEYMAN 22 00:02:18,563 --> 00:02:22,843 PUSAT PEMULIHAN SOUTH CENTRAL, MISSOURI 23 00:02:23,163 --> 00:02:27,523 PADA DISEMBER 1999, GARY BLACK DIDAPATI BERSALAH ATAS PEMBUNUHAN TAHAP PERTAMA 24 00:02:27,603 --> 00:02:30,843 BERIKUTAN SATU KEJADIAN MENIKAM YANG MEMBAWA MAUT DI JOPLIN, MISSOURI 25 00:02:35,403 --> 00:02:37,963 Mereka kata jika tiada kemarahan terlibat, 26 00:02:38,043 --> 00:02:42,003 jika anda ada satu saat untuk fikir perkara yang anda sedang buat, 27 00:02:42,083 --> 00:02:44,283 ia pembunuhan tahap pertama di negeri ini. 28 00:02:46,283 --> 00:02:52,283 DIA PERNAH DIJATUHKAN HUKUMAN MATI 29 00:02:52,843 --> 00:02:55,603 - Mikrofon awak okey? Bagaimana bunyinya? - Bagus. 30 00:02:55,683 --> 00:02:56,523 Ya? 31 00:02:58,763 --> 00:03:02,123 Jika ini pembunuhan tahap kedua seperti yang sepatutnya, 32 00:03:02,643 --> 00:03:05,563 saya mungkin berada di rumah pemulihan sekarang, 33 00:03:05,643 --> 00:03:07,763 dalam perjalanan ke rumah penjagaan. 34 00:03:21,723 --> 00:03:24,603 Saya dilahirkan di Daerah McDonald, Missouri. 35 00:03:27,803 --> 00:03:31,803 Saya membesar dua kilometer selatan dari Noel di sebuah ladang kecil. 36 00:03:34,283 --> 00:03:37,483 Kebanyakannya yang saya ingat pada masa itu 37 00:03:38,803 --> 00:03:41,883 hanyalah dapur hangat dan bau biskut yang dimasak. 38 00:03:43,683 --> 00:03:46,403 Kadangkala hanya seekor anjing. 39 00:03:51,163 --> 00:03:55,483 Saya berusia lima tahun setengah ketika ibu, ayah dan nenek saya 40 00:03:55,563 --> 00:03:57,523 terbunuh dalam kemalangan kereta. 41 00:04:04,363 --> 00:04:06,043 Saya sahaja yang terselamat. 42 00:04:11,003 --> 00:04:12,083 Saya tak tahu 43 00:04:12,163 --> 00:04:14,803 kesan kehilangan ibu bapa saya kepada saya. 44 00:04:19,043 --> 00:04:24,763 GARY DIAMBIL SEBAGAI ANAK ANGKAT OLEH KELUARGA BLACK 45 00:04:34,523 --> 00:04:40,203 DIA BERPINDAH KE RUMAH MEREKA DI JOPLIN 46 00:04:45,323 --> 00:04:48,003 Keluarga itu prihatin pada mulanya, 47 00:04:48,803 --> 00:04:51,523 tapi dalam masa lima atau enam tahun, 48 00:04:52,083 --> 00:04:53,843 ibu saya mula minum. 49 00:04:54,483 --> 00:04:56,403 Semakin banyak dia minum, 50 00:04:56,483 --> 00:04:58,963 semakin kurang penglibatannya dalam keluarga dia. 51 00:04:59,843 --> 00:05:03,563 Kemabukan ibu saya sudah sampai ke tahap… 52 00:05:04,243 --> 00:05:07,963 Saya ingat lagi dia baling botol vodka pada saya pada satu hari 53 00:05:08,043 --> 00:05:11,083 dan saya berpindah dari rumah semasa saya kira-kira… 54 00:05:11,163 --> 00:05:13,323 Sebelum hari jadi ke-17 saya. 55 00:05:13,403 --> 00:05:16,923 Saya mula tinggal di Inapan Redings Mill ketika itu. 56 00:05:19,123 --> 00:05:24,963 MASA UNTUK MILLER 57 00:05:25,043 --> 00:05:31,083 Tingkat bawah Inapan Redings Mill sebuah tavern yang sah, 58 00:05:31,163 --> 00:05:32,643 dan di sebelahnya, 59 00:05:34,043 --> 00:05:36,123 ada lapan wanita pada satu masa. 60 00:05:37,803 --> 00:05:39,283 Mereka pelacur. 61 00:05:42,243 --> 00:05:44,363 Mereka selalu berjenaka dengan saya, 62 00:05:44,443 --> 00:05:46,883 tapi setiap malam, 63 00:05:46,963 --> 00:05:50,643 wanita yang tiada aksi melacur akan bawa saya ke bilik dia. 64 00:05:52,363 --> 00:05:55,443 Saya mula rasa saya perlu melindungi mereka. 65 00:05:55,523 --> 00:05:56,963 Saya perlu jaga mereka. 66 00:05:57,043 --> 00:05:58,603 Ini sebahagian kerja saya. 67 00:05:59,123 --> 00:06:01,763 Mereka keluarga saya. 68 00:06:05,683 --> 00:06:08,763 Pada hari jadi ke-17 saya, 69 00:06:08,843 --> 00:06:10,723 saya jadi bapa ayam 70 00:06:10,803 --> 00:06:13,403 untuk enam daripada wanita-wanita yang bekerja di sana. 71 00:06:30,003 --> 00:06:31,963 Apa yang diperlukan untuk jadi bapa ayam 72 00:06:32,923 --> 00:06:36,923 ialah memahami tanggungjawab pertama anda adalah untuk menjaga wanita itu. 73 00:06:39,563 --> 00:06:43,203 Saya pungut beberapa wanita di tempat letak lori. 74 00:06:44,003 --> 00:06:49,163 Cara saya jaga mereka lebih baik daripada cara mereka dijaga sebelum ini. 75 00:06:51,843 --> 00:06:56,523 Saya percaya, disebabkan saya jaga mereka dengan baik, 76 00:06:56,603 --> 00:06:59,723 mereka mula jaga saya dengan lebih baik. 77 00:07:00,523 --> 00:07:03,763 Sesetengah orang mungkin tak gelar itu cinta. 78 00:07:04,763 --> 00:07:06,963 Sesetengah orang mungkin gelarnya 79 00:07:07,843 --> 00:07:08,963 cintasentara, 80 00:07:09,603 --> 00:07:13,803 tapi mereka jaga saya sebagaimana saya jaga mereka. 81 00:07:26,923 --> 00:07:32,803 PADA 1998, PADA USIA 43 TAHUN, GARY BLACK MASIH BEKERJA SEBAGAI BAPA AYAM DI JOPLIN 82 00:07:39,443 --> 00:07:42,003 PADA 2 OKTOBER, DIA MEMANDU KE PUSAT BANDAR 83 00:07:42,083 --> 00:07:46,323 DENGAN SEORANG WANITA BERNAMA TAMMY 84 00:07:49,723 --> 00:07:54,083 Tammy ialah calon pelacur. 85 00:07:54,163 --> 00:07:57,803 Pada kira-kira pukul 7:30 malam hari itu, 86 00:07:57,883 --> 00:08:00,563 dia tawarkan untuk tunjukkan saya 87 00:08:00,643 --> 00:08:03,003 apa yang dia boleh buat pada malam Ahad yang baik. 88 00:08:11,043 --> 00:08:12,523 Kami masuk kereta. 89 00:08:13,763 --> 00:08:17,963 Ketika itu, Tammy sedar, "Alamak. Saya tak ada rokok." 90 00:08:20,843 --> 00:08:23,763 "Berhenti di kedai serbaneka ini 91 00:08:23,843 --> 00:08:25,683 dan saya akan ke sana dan belinya." 92 00:08:26,163 --> 00:08:29,043 Di situlah semuanya bermula pada malam itu. 93 00:08:31,163 --> 00:08:33,163 Dia kembali dengan sangat cepat. 94 00:08:34,683 --> 00:08:37,523 Saya tahu apabila dia datang ke sudut pandangan saya, 95 00:08:37,603 --> 00:08:41,203 dia marah tentang sesuatu. Dia sangat marah tentang sesuatu. 96 00:08:41,283 --> 00:08:43,363 Saya mula turunkan tingkap saya 97 00:08:43,443 --> 00:08:46,283 dan sebelum tingkap terbuka sepenuhnya, dia kata, 98 00:08:46,363 --> 00:08:49,603 "Gary, si tak guna ini dekati saya." 99 00:08:49,683 --> 00:08:52,403 "Dia tolak bendanya ke punggung saya." 100 00:08:52,483 --> 00:08:55,163 Apabila saya berpaling untuk suruh dia pergi, 101 00:08:55,243 --> 00:08:58,723 dia pegang tangan saya dan tolak saya ke kaunter." 102 00:09:03,403 --> 00:09:05,883 Disebabkan apa yang Tammy kata kepada saya, 103 00:09:06,403 --> 00:09:09,083 saya rasa lelaki itu tahu dia pelacur 104 00:09:09,683 --> 00:09:12,443 dan dia mahu mengupahnya sebagai pelacur dia. 105 00:09:14,323 --> 00:09:16,963 Perkara itu tak boleh diterima bagi saya. 106 00:09:21,763 --> 00:09:23,323 Ia buat saya sangat marah. 107 00:09:24,723 --> 00:09:29,683 Apabila saya nampak dia di depan kedai, saya kata, "Saya nak cakap dengan awak." 108 00:09:29,763 --> 00:09:30,963 Dia pusing dan lari. 109 00:09:32,443 --> 00:09:35,683 Dia masuk trak Ranger baharu. 110 00:09:37,643 --> 00:09:41,083 Saya pandang Tammy dan kata, "Masuk kereta." 111 00:09:45,683 --> 00:09:48,723 Sekejap saja kami dapat kejar dia. 112 00:09:54,483 --> 00:09:59,203 Semasa kami berhenti di Fifth and Joplin, kereta saya di sebelah traknya. 113 00:10:03,043 --> 00:10:07,003 Saya ingat lagi Tammy kata, "Oh Tuhan, jangan buat begini." 114 00:10:07,083 --> 00:10:11,323 Saya kata, "Jangan risau, sayang. Saya akan belasah si Hitam itu." 115 00:10:12,003 --> 00:10:14,803 Lelaki Hitam itu nampak saya keluar dari kereta. 116 00:10:15,563 --> 00:10:18,363 Ketika itu, dia keluar dari trak 117 00:10:18,923 --> 00:10:22,203 dan mempunyai sebuah botol 118 00:10:22,283 --> 00:10:24,203 yang dibalut beg kertas perang. 119 00:10:25,163 --> 00:10:27,883 Dia kata, "Awak nak saya, orang tua?" 120 00:10:29,523 --> 00:10:32,363 Saya kata, "Saya cuma nak pukul awak, budak." 121 00:10:38,083 --> 00:10:39,683 Dia baling botol bir itu. 122 00:10:40,963 --> 00:10:43,123 Botol itu terkena lutut kanan saya. 123 00:10:45,523 --> 00:10:48,203 Apabila saya bangun, saya keluarkan pisau itu. 124 00:10:48,763 --> 00:10:53,083 Saya serang dari atas bahunya ke lehernya dengan pisau itu. 125 00:10:53,483 --> 00:10:58,643 PISAU BLACK MENCEDERAKAN ARTERI LELAKI ITU 126 00:11:03,203 --> 00:11:08,803 Darah dari arterinya mungkin terpancut sejauh empat hingga enam kaki. 127 00:11:08,883 --> 00:11:12,083 Umpama air yang terpancut keluar dari hos. 128 00:11:12,723 --> 00:11:15,323 Dia kata, "Oh Tuhan." 129 00:11:15,403 --> 00:11:17,323 Saya berundur daripada dia 130 00:11:17,403 --> 00:11:21,323 dan lihat dia menuju ke arah trak itu. Saya kembali ke kereta saya. 131 00:11:21,403 --> 00:11:24,283 Semasa saya masuk, saya baling pisau pada papan pemuka, 132 00:11:24,363 --> 00:11:25,843 saya tutup pintu. 133 00:11:25,923 --> 00:11:29,203 Tammy kata, "Oh Tuhan, apa yang berlaku?" 134 00:11:29,283 --> 00:11:32,843 Saya kata, "Tiada apa-apa, sayang. Satu lagi si Hitam mati." 135 00:11:41,323 --> 00:11:48,323 SEJURUS SELEPAS KEJADIAN MENIKAM ITU, BLACK LARI DARI TEMPAT KEJADIAN 136 00:11:54,043 --> 00:11:57,163 Kami kembali ke rumah, kemas pakaian. 137 00:11:58,203 --> 00:11:59,963 Saya ada kunci treler, 138 00:12:00,043 --> 00:12:03,403 sebuah rumah mudah alih, kira-kira 45 batu jauhnya. 139 00:12:03,483 --> 00:12:07,723 Kami ke sana untuk luangkan hujung minggu dan lihat apa akan berlaku. 140 00:12:25,683 --> 00:12:29,443 MANGSA BLACK IALAH JASON JOHNSON YANG BERUSIA 28 TAHUN 141 00:12:29,523 --> 00:12:35,083 BERIKUTAN KEJADIAN MENIKAM ITU, DIA DIKEJARKAN KE HOSPITAL 142 00:12:53,763 --> 00:12:55,923 Ini gambar kegemaran saya sepanjang masa. Yang ini. 143 00:12:56,003 --> 00:12:57,083 Cantiknya. 144 00:12:57,963 --> 00:12:59,643 Aduhai, dia nampak bahagia. 145 00:13:00,723 --> 00:13:03,283 Di tengah-tengah dua-dua abangnya. 146 00:13:06,083 --> 00:13:07,923 Nama saya Charley Kibby Johnson 147 00:13:08,003 --> 00:13:10,843 dan saya ibu kepada Jason Oscar Johnson. 148 00:13:11,363 --> 00:13:14,363 Saya Oscar B., bapa kepada Jason Oscar. 149 00:13:14,443 --> 00:13:15,923 - Yang itu. - Siapa itu? 150 00:13:20,243 --> 00:13:22,643 Semua orang kenal dia, termasuk semasa membesar. 151 00:13:22,723 --> 00:13:25,843 Ketika dia membesar, mereka kenal dia dengan senyuman dia 152 00:13:25,923 --> 00:13:27,883 kerana dia individu yang gembira. 153 00:13:29,843 --> 00:13:32,203 Dalam sukan, dia sentiasa di kedudukan tertinggi. 154 00:13:33,043 --> 00:13:36,603 Universiti Cincinnati Wildcats. 155 00:13:36,683 --> 00:13:37,523 Ya. 156 00:13:37,603 --> 00:13:39,483 Ayuh, Jason. 157 00:13:42,523 --> 00:13:48,123 Mereka akan bandingkan dia dengan sesetengah atlet profesional. 158 00:13:48,203 --> 00:13:51,603 - Dia bagus. - Dia hebat. Dia sangat hebat. 159 00:13:54,043 --> 00:13:56,483 Ini teman wanita Jason. 160 00:13:56,563 --> 00:13:58,363 Itulah cinta hatinya. 161 00:13:59,723 --> 00:14:04,363 Saya pasti jika perkara tidak berubah, 162 00:14:04,443 --> 00:14:07,003 mereka akan jadi suami isteri hari ini. 163 00:14:25,323 --> 00:14:26,723 Kami memandu ke Joplin. 164 00:14:28,323 --> 00:14:31,963 Kami tiba di sana kira-kira pukul lima pagi. 165 00:14:33,443 --> 00:14:37,443 Mereka terangkan kepada kami yang dia telah kehilangan banyak darah, 166 00:14:37,523 --> 00:14:40,683 yang menyebabkan beberapa strok. 167 00:14:49,723 --> 00:14:56,723 JASON MENGALAMI KECEDERAAN OTAK YANG TERUK DAN MENDAPAT SOKONGAN HIDUP 168 00:15:05,883 --> 00:15:07,683 Kami perlu hadiri persidangan. 169 00:15:08,683 --> 00:15:10,163 Perlu buat keputusan. 170 00:15:18,083 --> 00:15:19,883 Saya dan Oscar memutuskan, 171 00:15:19,963 --> 00:15:22,603 "Apa gunanya hidup dengan kecederaan otak?" 172 00:15:23,163 --> 00:15:26,643 Jika anda tak tahu siapa anda, tak tahu di mana anda. 173 00:15:27,283 --> 00:15:28,763 Dia bukan anak lelaki kami. 174 00:15:28,843 --> 00:15:34,923 Anak kami individu yang bersemangat, bijak, pengasih dan penyayang. 175 00:15:43,203 --> 00:15:46,883 Kami buat keputusan untuk buang sokongan hidup itu. 176 00:16:00,483 --> 00:16:04,363 Saya ingat lagi saya kata, "Jesus menunggu kamu." 177 00:16:04,923 --> 00:16:07,603 "Dia tunggu kamu dan semuanya akan selamat." 178 00:16:07,683 --> 00:16:09,523 Dia hembuskan nafas terakhir. 179 00:16:10,923 --> 00:16:15,083 Saya ada ketika anak saya tarik nafas pertama 180 00:16:15,843 --> 00:16:20,403 dan malangnya, saya ada ketika anak saya hembus nafas terakhirnya. 181 00:16:31,163 --> 00:16:37,803 PADA 5 OKTOBER 1998, JASON JOHNSON DISAHKAN MENINGGAL DUNIA 182 00:16:48,283 --> 00:16:53,843 GARY BLACK DITANGKAP PADA HARI ITU 183 00:17:03,443 --> 00:17:08,043 Seseorang boleh cakap dengan mudah bahawa ini kes baik lawan jahat. 184 00:17:10,803 --> 00:17:15,363 Tiada apa yang boleh menggambarkan Jason Johnson selain baik. 185 00:17:17,203 --> 00:17:22,123 Tiada apa yang boleh menggambarkan Gary Black selain jahat. 186 00:17:25,443 --> 00:17:27,083 Nama saya Darren Gallup 187 00:17:27,163 --> 00:17:30,923 dan pada tahun 1998, saya detektif utama dalam kes ini. 188 00:17:34,323 --> 00:17:38,243 Ramai orang menggelar kes ini kes Gary Black, 189 00:17:38,323 --> 00:17:42,083 tapi sebenarnya, kes ini tentang Jason Johnson. 190 00:17:42,163 --> 00:17:44,123 Dia mangsanya, 191 00:17:45,123 --> 00:17:47,563 jadi, kes itu benar-benar tentang dia. 192 00:17:49,763 --> 00:17:52,043 Tempat ini Jabatan Polis Joplin. 193 00:17:59,123 --> 00:18:03,643 APABILA DITEMU BUAL, BLACK MENGAKU MENIKAM JASON 194 00:18:03,723 --> 00:18:07,363 TAPI MENDAKWA DIA MEMPERTAHANKAN DIRI 195 00:18:15,723 --> 00:18:19,483 Gary perlu sahkan kes ini sebagai pergaduhan jalanan. 196 00:18:20,083 --> 00:18:23,603 Jadi, ia sesuai untuk teori pertahanan diri. 197 00:18:23,683 --> 00:18:26,203 Tiada niat atau perancangan. 198 00:18:27,123 --> 00:18:29,923 Tapi, itu bukan perkara yang buktinya tunjukkan. 199 00:18:30,003 --> 00:18:32,043 JABATAN POLIS JOPLIN SUSPEK SATU 200 00:18:32,123 --> 00:18:35,643 Mustahil kes ini boleh dianggap sebagai pergaduhan jalanan, 201 00:18:35,723 --> 00:18:39,403 yang kemudian menyebabkan Gary keluarkan pisau untuk mempertahankan diri. 202 00:18:39,443 --> 00:18:40,403 DETEKTIF BERSARA 203 00:18:40,483 --> 00:18:44,123 Tiada bukti yang mencadangkan semua perkara itu. 204 00:18:45,083 --> 00:18:51,683 SAKSI MENYATAKAN JASON DITIKAM SEMASA MASIH DI DALAM TRAKNYA 205 00:18:53,723 --> 00:18:56,723 Bukti yang kami ada mengatakan Gary Black 206 00:18:56,803 --> 00:19:01,043 berhenti di sebelah Jason Johnson semasa dia duduk di dalam kenderaannya, 207 00:19:01,643 --> 00:19:06,323 keluar, tarik pisau keluar dan tikam leher Jason Johnson. 208 00:19:07,923 --> 00:19:12,763 Anda boleh lihat di sini dan jelas sekali dia duduk di dalam trak 209 00:19:12,843 --> 00:19:14,523 ketika leher dia ditikam. 210 00:19:16,163 --> 00:19:18,403 Darah takkan masuk ke dalam trak ini 211 00:19:18,483 --> 00:19:21,403 jika perbalahan berlaku di luar trak. 212 00:19:24,003 --> 00:19:28,523 Pisau ini digunakan sebagai senjata pembunuhan. 213 00:19:28,603 --> 00:19:29,523 BUKTI KERAJAAN 214 00:19:30,403 --> 00:19:35,203 Apabila seseorang keluarkan pisau, terutamanya pisau sebegini, 215 00:19:36,243 --> 00:19:40,963 dan tikam leher seseorang yang duduk di dalam sebuah kenderaan, 216 00:19:42,123 --> 00:19:46,443 keputusan yang mereka boleh jangkakan hanyalah untuk membunuh. 217 00:19:46,523 --> 00:19:48,563 Itu pembunuhan tahap pertama. 218 00:19:48,643 --> 00:19:50,243 Itu pembunuhan terancang. 219 00:19:51,643 --> 00:19:53,763 BANDAR JOPLIN BERKHIDMAT DENGAN BANGGA 220 00:20:01,403 --> 00:20:05,123 Saya tak menyesal dengan kematian Jason Oscar Johnson. 221 00:20:05,883 --> 00:20:08,443 Dia pemain yang palsu. 222 00:20:08,963 --> 00:20:12,843 Dia memasuki permainan yang dia tak tahu. 223 00:20:12,923 --> 00:20:17,483 Jason Oscar Johnson tahu dia pelacur, 224 00:20:17,563 --> 00:20:20,523 tahu dia pelacur terbuka, pelacur bebas 225 00:20:21,963 --> 00:20:24,643 dan dia cuba mengupahnya sebagai pelacur dia. 226 00:20:25,163 --> 00:20:27,123 Saya tengok video itu. 227 00:20:27,203 --> 00:20:29,283 Video kedai serbaneka itu. 228 00:20:29,363 --> 00:20:33,203 Saya nampak dia meletakkan bendanya pada punggungnya dari belakang 229 00:20:33,283 --> 00:20:36,523 di kaunter itu. Saya nampak Tammy berpaling untuk bersemuka dengannya 230 00:20:36,603 --> 00:20:41,283 dan saya nampak dia pegang tangannya, tolak dia ke kaunter itu 231 00:20:41,363 --> 00:20:43,043 dan cakap sesuatu kepadanya. 232 00:20:43,123 --> 00:20:47,683 Dia nak main "Saya boleh jaga awak lebih baik daripada orang lain." 233 00:20:47,763 --> 00:20:49,843 Dia nak main "Saya bapa ayam." 234 00:20:51,523 --> 00:20:53,643 Habuan yang dia dapat ialah mati. 235 00:21:04,763 --> 00:21:07,763 Sebenarnya, semua itu penipuan. 236 00:21:10,923 --> 00:21:15,083 Itu hanya menunjukkan perangai sebenar Gary. 237 00:21:15,163 --> 00:21:16,123 Dia… 238 00:21:18,283 --> 00:21:21,363 akan reka cerita untuk buat dirinya nampak lebih baik 239 00:21:21,443 --> 00:21:26,723 dan dia terus menjadikan Jason mangsa. 240 00:21:27,803 --> 00:21:30,403 Jason Johnson bukan bapa ayam. 241 00:21:31,483 --> 00:21:33,483 Tiada bukti untuk menyokongnya 242 00:21:34,003 --> 00:21:38,283 dan anda boleh dengar naluri hati anda untuk tahu hal itu tak benar. 243 00:21:44,963 --> 00:21:47,603 Ia hanya rakam satu bingkai pada satu masa. 244 00:21:47,683 --> 00:21:49,883 MAIN 245 00:21:51,643 --> 00:21:55,203 Jason berdiri di kaunter sambil membeli apa yang dia beli 246 00:21:55,283 --> 00:21:57,283 dan Tammy di sini. 247 00:21:58,963 --> 00:22:04,643 Di sinilah pergeseran atau apa saja yang didakwa berlaku. 248 00:22:04,723 --> 00:22:08,083 Ini Tammy dan ini Jason. 249 00:22:11,803 --> 00:22:12,803 Itu saja. 250 00:22:13,763 --> 00:22:19,203 Interaksi itu berlaku selama satu setengah saat. 251 00:22:20,563 --> 00:22:25,843 Jadi, apa-apa dakwaan bahawa Jason cuba menyerang secara seksual 252 00:22:25,923 --> 00:22:28,083 atau buat perkara tak senonoh terhadap Tammy 253 00:22:28,163 --> 00:22:31,403 jelas sekali tidak berlaku dalam video itu. 254 00:22:33,003 --> 00:22:35,003 Walaupun Jason mungkin cakap sesuatu, 255 00:22:35,083 --> 00:22:39,843 kenapa seseorang boleh fikir menikam leher seseorang dibenarkan 256 00:22:39,923 --> 00:22:42,523 hanya kerana anda terkena tubuh kekasih atau isteri anda, 257 00:22:42,603 --> 00:22:45,723 atau seperti Gary katakan, pelacurnya. 258 00:22:47,723 --> 00:22:51,243 Semua ini tatu Gary Black 259 00:22:51,323 --> 00:22:53,483 pada hari saya bercakap dengannya 260 00:22:53,563 --> 00:22:56,363 dan tatu ini tatu Nazi Jerman SS. 261 00:22:58,403 --> 00:23:04,083 Saya percaya Gary tikam leher Jason dan bunuh dia 262 00:23:04,163 --> 00:23:08,043 sebab dia cuba selamatkan air mukanya. 263 00:23:09,043 --> 00:23:11,003 Jason juga seorang Hitam 264 00:23:12,203 --> 00:23:14,843 dan Tammy beri keterangan bahawa apabila… 265 00:23:16,123 --> 00:23:19,643 Gary keluar dari kereta dan tikam Jason, 266 00:23:19,723 --> 00:23:22,003 kemudian dia kembali ke dalam kereta, 267 00:23:22,083 --> 00:23:27,523 dia menoleh kepada Tammy dan kata, "Satu si Hitam mati." 268 00:23:27,603 --> 00:23:31,683 Hakikat itu membuktikan jenayah itu jenayah bermotifkan kaum itu. 269 00:23:32,203 --> 00:23:35,643 BUKTI 270 00:23:35,723 --> 00:23:37,443 Melalui siasatan kami, 271 00:23:37,523 --> 00:23:41,003 kami rasa ini pembunuhan tahap pertama 272 00:23:41,083 --> 00:23:43,203 dan hukuman mati patut dijatuhkan. 273 00:23:43,283 --> 00:23:47,003 Persoalannya hanyalah jika juri setuju atau tidak. 274 00:23:49,043 --> 00:23:53,203 Faktor penambah burukan tertentu diperlukan di Missouri untuk hukuman mati. 275 00:23:53,723 --> 00:23:58,603 Salah satu faktor penambah burukan itu ialah sejarah silam. 276 00:24:01,603 --> 00:24:05,043 Kes ini bukan jenayah ganas pertama yang Gary pernah buat. 277 00:24:06,043 --> 00:24:09,523 JABATAN POLIS JOPLIN 278 00:24:18,923 --> 00:24:25,083 REKOD GARY BLACK MENUNJUKKAN SEJARAH TINGKAH LAKU GANAS YANG PANJANG 279 00:24:26,283 --> 00:24:30,523 PADA 1976, DIA DIDAKWA ATAS SERANGAN HAMPIR MAUT 280 00:24:30,603 --> 00:24:34,043 YANG DILAKUKAN DI PINGGIR JOPLIN 281 00:24:46,843 --> 00:24:49,283 Anda pernah mimpi tentang Bogeyman? 282 00:24:51,363 --> 00:24:53,203 Gary Black ialah Bogeyman saya. 283 00:24:55,923 --> 00:24:58,123 Di sinilah saya sepatutnya mati dulu. 284 00:25:07,763 --> 00:25:11,123 Tapi, saya tak pergi ke sini sejak mungkin 35 tahun lalu. 285 00:25:13,403 --> 00:25:16,683 Saya pasti akan bermimpi ngeri tentangnya malam ini. 286 00:25:21,243 --> 00:25:24,443 Pada Mac 1976, malam itu malam Sabtu, 287 00:25:24,483 --> 00:25:25,843 JABATAN BOMBA WEBB CITY 288 00:25:25,883 --> 00:25:28,723 …dan saya jemput teman wanita saya 289 00:25:28,803 --> 00:25:31,723 untuk bawa dia keluar. 290 00:25:31,803 --> 00:25:33,763 Saya bawa dia ke sini. 291 00:25:33,843 --> 00:25:35,323 Kami nampak sebuah kereta 292 00:25:36,883 --> 00:25:38,123 naik bukit. 293 00:25:38,203 --> 00:25:41,483 Mereka berhenti di belakang saya. Mereka halang saya. 294 00:25:42,283 --> 00:25:46,163 Gary Black muncul di tingkap ini, 295 00:25:47,043 --> 00:25:50,323 di sisi pemandu dengan senapang patah yang dipotong larasnya. 296 00:25:50,923 --> 00:25:52,683 Dia kata mereka polis. 297 00:25:52,763 --> 00:25:56,443 Suruh saya keluar dari kereta, jadi saya keluar dari kereta. 298 00:25:56,523 --> 00:25:58,603 Dia dirikan saya di depan kereta. 299 00:25:58,683 --> 00:26:01,003 Mereka ambil duit saya dan kunci saya, 300 00:26:01,763 --> 00:26:03,123 kemudian tembak saya. 301 00:26:04,243 --> 00:26:06,083 GARY BLACK DAN RAKAN SUBAHATNYA 302 00:26:06,163 --> 00:26:09,883 MENCURI DOMPET JACKIE YANG MENGANDUNGI TUJUH DOLAR 303 00:26:09,963 --> 00:26:15,203 JACKIE DIBIARKAN UNTUK MATI 304 00:26:17,603 --> 00:26:20,963 Saya ingat lagi saya rasakan darah mengalir di sisi saya 305 00:26:21,683 --> 00:26:24,363 dan saya dapat rasakan lengan saya jadi sejuk. 306 00:26:24,443 --> 00:26:28,483 Sejuk saja. Macam kebas, tapi sejuk. Saya sedang berdarah sampai mati. 307 00:26:33,163 --> 00:26:38,723 PARAMEDIK TIBA DAN BERJAYA MENYELAMATKAN NYAWA JACKIE 308 00:26:42,283 --> 00:26:44,963 Ada lebih 40 peluru penabur dalam tubuh saya. 309 00:26:45,043 --> 00:26:46,643 Ada dua dalam jantung saya. 310 00:26:48,203 --> 00:26:50,203 Mereka terpaksa buang separuh paru-paru saya, 311 00:26:50,723 --> 00:26:52,283 terpaksa buang limpa saya. 312 00:26:55,483 --> 00:27:00,643 BLACK DITANGKAP DAN DIJATUHKAN HUKUMAN 25 TAHUN ATAS TEMBAKAN ITU 313 00:27:00,723 --> 00:27:05,963 TAPI DIBEBASKAN DENGAN PAROL SELEPAS HANYA MENJALANI 12 TAHUN HUKUMAN 314 00:27:13,003 --> 00:27:16,083 Kalau Gary Black tak dibebaskan seawal itu 315 00:27:16,163 --> 00:27:19,003 dan diletakkan semula di jalanan, 316 00:27:19,603 --> 00:27:21,603 dia takkan berpeluang 317 00:27:22,363 --> 00:27:25,003 untuk buat apa yang dia buat semasa membunuh lelaki lain. 318 00:27:26,403 --> 00:27:27,963 Saya cuma sangat terkejut. 319 00:27:30,923 --> 00:27:32,763 Dia patut kekal di penjara. 320 00:27:36,283 --> 00:27:40,363 Saya simpati dengan keluarga mangsa itu. 321 00:27:41,243 --> 00:27:44,163 Hal itu sangat menyedihkan dan boleh dicegah. 322 00:27:48,923 --> 00:27:53,603 BUTIRAN JENAYAH SILAM BLACK DIBENTANGKAN DI PERBICARAANNYA 323 00:27:53,683 --> 00:27:56,123 ATAS PEMBUNUHAN JASON JOHNSON 324 00:28:05,163 --> 00:28:08,203 PADA 9 DISEMBER 1999, BLACK DIDAPATI BERSALAH 325 00:28:08,283 --> 00:28:10,763 KEMUDIAN DIJATUHKAN HUKUMAN MATI 326 00:28:10,843 --> 00:28:16,043 DIA SERTA-MERTA MEMULAKAN RAYUAN 327 00:28:16,763 --> 00:28:20,603 KILANG BIR 328 00:28:31,243 --> 00:28:37,083 Apa gunanya membunuh seseorang yang bunuh orang lain? 329 00:28:39,163 --> 00:28:43,163 SELEPAS SEPULUH TAHUN MENJALANKAN BEBERAPA PERBICARAAN SEMULA DAN RAYUAN, 330 00:28:43,243 --> 00:28:45,683 BLACK AKHIRNYA BERSETUJU MENGAKU BERSALAH 331 00:28:47,123 --> 00:28:48,363 PEJABAT UNDANG-UNDANG 332 00:28:48,403 --> 00:28:53,643 Jika kerja anda hanya bunuh orang lain, kematian orang itu akan jadi tak bermakna. 333 00:28:55,643 --> 00:28:57,763 SEBAGAI BALASAN, HUKUMAN DIA DITUKAR 334 00:28:57,843 --> 00:29:02,643 MENJADI HUKUMAN PENJARA SEUMUR HIDUP TANPA KEMUNGKINAN PAROL 335 00:29:09,723 --> 00:29:15,683 WILLIAM FLEISCHAKER MEWAKILI BLACK SEMASA PERINGKAT TERAKHIR PROSES ITU 336 00:29:19,043 --> 00:29:23,563 Jadi, Gary berhak dapat belas kasihan. Setiap manusia berhak dapat belas kasihan. 337 00:29:24,243 --> 00:29:27,643 Jika anda fikir sesetengah orang memang sangat teruk… 338 00:29:27,723 --> 00:29:30,203 mungkin anda tak dapat berikan mereka belas kasihan, 339 00:29:30,283 --> 00:29:33,203 dan itu pegangan anda, tapi mereka manusia. 340 00:29:33,283 --> 00:29:34,123 PEGUAM BELA 341 00:29:34,203 --> 00:29:35,763 Walau apa pun mereka buat, 342 00:29:35,843 --> 00:29:38,723 mereka berhak menerima sistem keadilan jenayah 343 00:29:38,803 --> 00:29:40,243 yang layan mereka dengan adil. 344 00:29:42,443 --> 00:29:46,683 Jika anda lihat semula hukuman 1976 Gary, 345 00:29:46,763 --> 00:29:50,203 berkenaan jika Gary layak dapat peluang kedua 346 00:29:50,283 --> 00:29:51,523 apabila dia diparol, 347 00:29:52,523 --> 00:29:53,723 saya rasa dia dapat. 348 00:29:54,643 --> 00:29:57,843 Kita tiada kompas ajaib untuk tahu 349 00:29:57,923 --> 00:30:01,923 sama ada orang ini akan melakukan kesalahan lain atau tidak. 350 00:30:02,923 --> 00:30:06,763 Menganggap dia akan berubah itu betul. Tiada cara lain untuk tahu. 351 00:30:09,723 --> 00:30:12,003 Anda boleh kata, "bagaimana jika". 352 00:30:12,083 --> 00:30:15,003 Jika dia kekal dipenjarakan, mungkin dia takkan keluar 353 00:30:15,083 --> 00:30:17,043 dan mungkin takkan bunuh En. Johnson. 354 00:30:18,763 --> 00:30:21,123 Semuanya tentang "bagaimana jika". 355 00:30:23,963 --> 00:30:26,803 GARY BLACK KINI TELAH MENJALANI 23 TAHUN HUKUMAN 356 00:30:26,883 --> 00:30:30,963 ATAS PEMBUNUHAN JASON JOHNSON 357 00:30:35,003 --> 00:30:39,483 Saya rasa banyak kemarahan Gary, 358 00:30:39,563 --> 00:30:43,003 yang buat dia jadi orang yang berbahaya semasa dia muda, telah pudar. 359 00:30:43,083 --> 00:30:45,483 Saya tak rasa masyarakat dapat manfaat 360 00:30:45,563 --> 00:30:47,923 dengan memenjarakan Gary ketika ini. 361 00:30:51,483 --> 00:30:53,603 Tujuan pemenjaraan itu 362 00:30:53,683 --> 00:30:56,883 ialah menjauhkan mereka daripada masyarakat lain, 363 00:30:56,963 --> 00:31:00,803 di mana mereka boleh cederakan orang, ambil harta orang atau sebagainya. 364 00:31:03,203 --> 00:31:05,323 Tak banyak yang boleh dicapai. 365 00:31:08,443 --> 00:31:13,123 Saya tak rasa ada banyak alasan 366 00:31:13,203 --> 00:31:15,563 untuk terus memenjarakan dia. 367 00:31:18,203 --> 00:31:19,883 Gary tak berbahaya sekarang. 368 00:31:32,963 --> 00:31:35,763 DISEBABKAN PELBAGAI JENAYAH, 369 00:31:35,843 --> 00:31:40,363 BLACK TELAH MENGHABISKAN LEBIH 80 PERATUS KEHIDUPAN DEWASANYA DI PENJARA 370 00:31:40,763 --> 00:31:42,363 SYERIF 371 00:31:44,403 --> 00:31:47,563 PUSAT PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG DAERAH JASPER 372 00:31:53,083 --> 00:31:58,923 HUKUMAN INI MERANGKUMI ENAM TAHUN DI PENJARA DAERAH JASPER 373 00:32:04,243 --> 00:32:07,563 Saya rasa Gary Black akan sentiasa jadi ancaman kepada masyarakat 374 00:32:07,643 --> 00:32:10,003 atau mana-mana institusi yang didiaminya. 375 00:32:14,883 --> 00:32:20,403 Kami ada banduan yang sangat manipulatif, tapi tiada yang sejahat Gary. 376 00:32:22,723 --> 00:32:24,323 Nama saya Becky Stevens. 377 00:32:25,163 --> 00:32:29,363 Peranan saya sekarang di Pejabat Syerif Daerah Jasper ialah kapten. 378 00:32:31,283 --> 00:32:35,323 PUSAT PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG DAERAH JASPER 379 00:32:35,403 --> 00:32:38,123 Saya belajar tentang Gary Black sebelum mula bekerja di sini. 380 00:32:38,203 --> 00:32:41,323 Saya belajar tentang dia di akademi polis di universiti tempatan. 381 00:32:41,403 --> 00:32:42,683 KAPTEN PENJARA DAERAH JASPER 382 00:32:42,763 --> 00:32:44,923 Mereka mengajar kursus 383 00:32:45,003 --> 00:32:47,963 dan dia akan jadi contoh untuk kursus mereka. 384 00:32:48,043 --> 00:32:50,363 TINGKAH LAKU PENJENAYAH AKTIVITI JENAYAH 385 00:32:50,443 --> 00:32:52,763 Dia agak dikenali sebagai… 386 00:32:53,523 --> 00:32:56,003 Saya tak tahu cara menggambarkannya, tapi… 387 00:32:56,803 --> 00:32:59,603 Dia bahaya. Itu cara terbaik untuk gambarkannya. 388 00:33:01,843 --> 00:33:04,363 Kami ada beberapa teknik pengubahsuaian tingkah laku, 389 00:33:04,443 --> 00:33:06,323 iaitu hilang keistimewaan 390 00:33:06,403 --> 00:33:09,643 atau tak keluarkan mereka dari sel selama berjam-jam. 391 00:33:10,763 --> 00:33:13,883 Gary tak peduli. Tiada apa yang penting bagi dia. 392 00:33:13,963 --> 00:33:18,523 Tiada siapa datang melawat dia. Tiada sebab untuk dia jaga tingkah laku. 393 00:33:21,083 --> 00:33:23,643 Dia bersikap agresif terhadap pegawai. 394 00:33:24,243 --> 00:33:27,563 Dia boleh serang anda walaupun dia dikurung di dalam sel. 395 00:33:28,963 --> 00:33:30,323 Anda masih boleh jerit, 396 00:33:30,403 --> 00:33:34,483 kemudian dia akan suruh banduan lain buat macam-macam untuknya. 397 00:33:34,563 --> 00:33:36,243 Itulah caranya. 398 00:33:37,003 --> 00:33:39,523 Dia hidup atas penderitaan orang lain. 399 00:33:39,603 --> 00:33:41,763 BORANG TANGKAPAN/TUDUHAN 400 00:33:41,843 --> 00:33:45,763 Saya tak tahu jika saya boleh ungkap betapa rasisnya Gary Black. 401 00:33:46,683 --> 00:33:52,123 Jika kami masukkan banduan berwarna di unit rumah di mana Gary diletakkan, 402 00:33:52,203 --> 00:33:54,003 dia akan buat mereka menderita. 403 00:33:58,003 --> 00:34:01,083 Setiap hari, sepanjang hari, serangan mental, 404 00:34:01,163 --> 00:34:03,243 perang psikologi. 405 00:34:07,043 --> 00:34:11,123 Saya percaya Gary Black masih mengancam masyarakat, walaupun di penjara. 406 00:34:11,203 --> 00:34:16,763 Individu seperti Gary yang tak pedulikan nyawa manusia 407 00:34:16,843 --> 00:34:19,603 sangat berbahaya walau di mana dia berada. 408 00:34:46,403 --> 00:34:48,723 Apa anda buat dengan orang seperti Gary Black? 409 00:34:50,163 --> 00:34:53,403 Dia orang paling berbahaya yang saya pernah dakwa. 410 00:34:57,563 --> 00:35:00,403 Nama saya Norman Rouse dan saya pendakwa utama 411 00:35:00,483 --> 00:35:02,003 dalam perbicaraan Gary Black. 412 00:35:05,403 --> 00:35:07,723 Dia dipenjarakan seumur hidup tanpa parol. 413 00:35:08,243 --> 00:35:11,403 Adakala itulah prosesnya dan caranya, 414 00:35:11,483 --> 00:35:13,283 tapi ia sangat sukar diterima. 415 00:35:29,763 --> 00:35:32,923 Hukuman penjara seumur hidup tanpa parol buat saya marah. 416 00:35:33,483 --> 00:35:36,803 Jika saya tiada hukuman penjara seumur hidup tanpa parol, 417 00:35:37,883 --> 00:35:41,603 saya akan jalani 22 tahun hukuman atas sabitan ini. 418 00:35:42,363 --> 00:35:45,283 Saya juga akan hampir dapat parol 419 00:35:45,363 --> 00:35:50,203 dengan hukuman penjara seumur hidup biasa, yang mana di Missouri, dianggap 30 tahun 420 00:35:50,283 --> 00:35:51,643 untuk tujuan parol. 421 00:35:52,563 --> 00:35:55,123 Tiada insentif untuk berkelakuan baik. 422 00:35:55,763 --> 00:35:57,723 Tiada apa yang anda dapat. 423 00:35:57,803 --> 00:35:59,603 Tiada insentif 424 00:35:59,683 --> 00:36:02,683 untuk lelaki yang dipenjarakan seumur hidup tanpa parol 425 00:36:02,763 --> 00:36:04,323 untuk hidup dengan cara lain. 426 00:36:11,523 --> 00:36:13,003 Berkenaan dakwaan Gary Black, 427 00:36:13,083 --> 00:36:15,683 "Tapi bagi penjara seumur hidup tanpa parol, 428 00:36:16,923 --> 00:36:18,043 saya takkan jadi ganas," 429 00:36:19,763 --> 00:36:21,763 kita boleh lihat semula rekod penjara 430 00:36:21,843 --> 00:36:24,403 sebelum dia dipenjara seumur hidup tanpa parol. 431 00:36:25,443 --> 00:36:30,563 Pada 1993, ada laporan di mana dia menikam seorang lagi banduan. 432 00:36:31,283 --> 00:36:37,763 Pada 1999 pula, dia menyerang seorang pegawai penjara 433 00:36:37,843 --> 00:36:42,003 dan menyebabkan kerosakan pada mata kirinya. 434 00:36:43,203 --> 00:36:47,683 Jadi, ini hanya kejadian jelas bagi keganasannya yang berterusan, 435 00:36:47,763 --> 00:36:51,083 apabila hukuman penjara seumur hidup tanpa parol bukan satu isu. 436 00:36:51,923 --> 00:36:55,003 Ingat, kami cuma ada rekod keganasannya semasa dia di penjara. 437 00:36:55,083 --> 00:36:58,843 Ada banyak rekod jenayah di luar sana yang kami belum lihat. 438 00:36:58,923 --> 00:37:02,643 Jadi, ini cuma sedikit keganasan 439 00:37:02,723 --> 00:37:04,443 dalam sistem penjara sahaja. 440 00:37:07,523 --> 00:37:12,363 Memenjarakan dia seumur hidup tanpa parol, yang ramai percaya sesuai 441 00:37:12,443 --> 00:37:14,003 berbanding hukuman mati, 442 00:37:14,083 --> 00:37:17,683 seperti yang anda boleh lihat daripada semua rekod ini, 443 00:37:17,763 --> 00:37:20,083 tak menghalang dia menjadi ganas. 444 00:37:21,523 --> 00:37:23,683 Dia bertuah kerana masih hidup. 445 00:37:23,763 --> 00:37:29,363 Malah, semua rekod ini mengesahkan dan membuktikan 446 00:37:30,043 --> 00:37:32,003 bahawa dia layak dihukum mati. 447 00:37:57,683 --> 00:38:00,523 9-29-70 MATAHARI TERBIT, 10-5-98 MATAHARI TERBENAM 448 00:38:00,603 --> 00:38:02,763 KAMU SEDIA PERGI, TAPI HATIKU BELUM BERSEDIA 449 00:38:09,683 --> 00:38:12,523 BERIKUTAN KEMATIAN ANAK LELAKINYA, 450 00:38:12,603 --> 00:38:16,723 CHARLEY JOHNSON MEMULAKAN JEMAAH SEMBAHYANGNYA SENDIRI 451 00:38:19,083 --> 00:38:20,603 Selamat pagi, semua. 452 00:38:22,763 --> 00:38:25,283 Kita bersyukur kepada Tuhan kerana hari ini hari lain 453 00:38:25,363 --> 00:38:27,963 yang Tuhan pilih untuk kejutkan kita. 454 00:38:31,003 --> 00:38:34,603 Saya buat upacara sembahyang setiap pagi, Isnin hingga Jumaat. 455 00:38:35,403 --> 00:38:38,923 Sekarang, kami ada kira-kira 67 orang yang sertainya. 456 00:38:41,523 --> 00:38:45,483 Saya percaya tugas saya selepas kematian anak lelaki saya 457 00:38:45,563 --> 00:38:47,443 adalah untuk bantu orang lain 458 00:38:47,523 --> 00:38:52,803 yang pernah mengalami keadaan dan situasi yang sama. 459 00:38:54,563 --> 00:38:58,563 Untuk bantu orang sedar bahawa hidup masih diteruskan. 460 00:38:59,363 --> 00:39:01,963 Tapi Tuhan sentiasa menjadi pelindung kita. 461 00:39:02,043 --> 00:39:03,923 Dia sentiasa kekuatan kita. 462 00:39:04,003 --> 00:39:06,723 Kemarahan yang saya ada telah berubah. 463 00:39:07,483 --> 00:39:09,363 Ya, betul. Kita bersyukur kepada Tuhan… 464 00:39:09,443 --> 00:39:12,563 Sebagai penganut Kristian, saya perlu memaafkan orang. 465 00:39:14,283 --> 00:39:16,203 Hal itu ambil masa yang lama, 466 00:39:16,283 --> 00:39:21,043 tapi saya boleh beritahu anda sejujurnya yang saya dah maafkan dia. 467 00:39:21,123 --> 00:39:22,403 Saya dah maafkan dia. 468 00:39:26,683 --> 00:39:28,963 Saya tak sokong hukuman mati. 469 00:39:32,123 --> 00:39:37,763 Tiada tujuan sebenar dan tiada manfaat. 470 00:39:40,283 --> 00:39:46,283 Jika dia dibunuh, dia takkan sempat rasa menyesal. 471 00:39:49,123 --> 00:39:50,843 Saya mahu dia fikirkannya. 472 00:39:52,723 --> 00:39:56,643 Saya mahu Gary Black menghabiskan seumur hidupnya 473 00:39:57,163 --> 00:39:59,483 melihat wajah Jason Johnson. 474 00:40:21,363 --> 00:40:24,323 EMPAT BULAN SELEPAS TEMU BUAL PERTAMANYA, 475 00:40:24,403 --> 00:40:28,003 GARY BLACK BERSETUJU UNTUK MENJAWAB SOALAN LANJUT 476 00:40:33,563 --> 00:40:36,963 Ada serangan jantung, pergi ke Jeff City untuk strok 477 00:40:37,043 --> 00:40:39,563 dan terus hidup. 478 00:40:42,243 --> 00:40:44,763 Saya diberi sejenis ubat yang mencairkan darah saya 479 00:40:44,843 --> 00:40:46,803 untuk halang saya diserang strok 480 00:40:46,883 --> 00:40:50,603 dan ia menyebabkan mata saya lebam dengan mudah. 481 00:40:51,243 --> 00:40:54,283 Mereka kata mereka memantau dan mengawalnya. 482 00:40:54,363 --> 00:40:55,203 Saya tak tahu. 483 00:40:58,363 --> 00:41:00,843 SEBALIKNYA, REKOD PENJARA MENGESAHKAN 484 00:41:00,923 --> 00:41:03,403 BAHAWA BLACK TERLIBAT DALAM SATU PERGADUHAN 485 00:41:03,483 --> 00:41:05,123 DENGAN SEORANG BANDUAN LAIN 486 00:41:10,643 --> 00:41:12,643 Sepatutnya ia pembunuhan tahap kedua. 487 00:41:13,683 --> 00:41:16,443 Jason Johnson keluar dari trak itu. 488 00:41:16,523 --> 00:41:19,883 Dia serang saya dengan botol dan saya tikam lehernya, 489 00:41:19,963 --> 00:41:21,483 sepantas dan secepat itu. 490 00:41:21,563 --> 00:41:24,443 Semasa dia serang saya, saya tikam dia. Tamat. 491 00:41:31,043 --> 00:41:34,483 Mustahil kes ini boleh dianggap sebagai pergaduhan jalanan. 492 00:41:36,043 --> 00:41:39,523 Testimoni saksi dan semua perkara yang kami kumpulkan 493 00:41:39,603 --> 00:41:41,123 mencadangkan Gary Black 494 00:41:41,203 --> 00:41:45,083 berhenti di sebelah Jason Johnson semasa dia duduk di dalam kenderaannya, 495 00:41:46,003 --> 00:41:50,043 keluar, tarik pisau keluar dan tikam leher Jason Johnson. 496 00:41:51,563 --> 00:41:54,923 Itu pembunuhan tahap pertama. Itu pembunuhan terancang. 497 00:41:57,483 --> 00:41:59,043 Saya tak pedulikan kata dia. 498 00:41:59,643 --> 00:42:01,483 Saya percaya tindakan saya betul. 499 00:42:04,083 --> 00:42:07,883 Saya rasa CCTV itu menunjukkan seorang lelaki Hitam 500 00:42:07,963 --> 00:42:11,643 meletakkan bendanya di belakang seorang punggung wanita putih 501 00:42:11,723 --> 00:42:14,563 dan apa-apa yang berlaku selepas itu betul. 502 00:42:18,403 --> 00:42:21,883 Saya mahu bunuh dia sebaik trak itu berhenti di Fifth and Joplin. 503 00:42:21,963 --> 00:42:24,283 Saya tahu dia tak boleh lari. Ia lalu lintas rentas. 504 00:42:24,363 --> 00:42:27,683 Saya tahu dia tak boleh pergi jauh. "Sekarang, saya dan awak." 505 00:42:27,763 --> 00:42:30,883 "Awak nak lihat betapa kuatnya dan betapa besarnya awak? Mari lihat." 506 00:42:30,963 --> 00:42:34,563 "Mari lihat jika awak nak main dalam permainan sebenar." 507 00:42:36,683 --> 00:42:39,523 Ketika itu, saya tahu dia dah mati 508 00:42:39,603 --> 00:42:40,483 dan dia mati. 509 00:42:47,963 --> 00:42:49,403 Adakah awak rasis? 510 00:42:49,483 --> 00:42:50,483 Sudah tentu. 511 00:42:50,563 --> 00:42:52,163 Saya memang rasis. 512 00:42:52,923 --> 00:42:55,483 Saya membesar dalam Klan. Saya membesar di sekelilingnya. 513 00:43:09,723 --> 00:43:13,923 Gary Black unik dalam cara dia tak mengendahkan manusia 514 00:43:14,003 --> 00:43:15,723 dan cara dia melayan manusia. 515 00:43:17,563 --> 00:43:22,363 Memenjarakan dia seumur hidup tanpa parol, yang ramai percaya sesuai 516 00:43:22,443 --> 00:43:24,003 berbanding hukuman mati, 517 00:43:24,083 --> 00:43:26,403 tak menghalang dia menjadi ganas. 518 00:43:28,243 --> 00:43:32,443 Saya selalu fikir, "Apa saya nak buat dengan orang seperti Gary Black?" 519 00:43:33,683 --> 00:43:35,723 Duduk di sini dan belanjakan duit Missouri. 520 00:43:35,803 --> 00:43:37,323 Itu yang saya buat dengan diri saya. 521 00:43:37,403 --> 00:43:40,003 Saya duduk di sini dan belanjakan setiap sen duit Missouri 522 00:43:40,083 --> 00:43:42,763 yang saya boleh untuk seumur hidup saya. 523 00:43:42,843 --> 00:43:46,443 Mati, walaupun mati, kalian akan bayar untuk saya. 524 00:44:20,043 --> 00:44:22,963 Terjemahan sari kata oleh Siti Salmi