1 00:00:15,923 --> 00:00:19,203 Kali pertama saya cuba lepaskan diri daripada dia, 2 00:00:20,323 --> 00:00:22,283 dia cuma pegang leher saya, 3 00:00:23,683 --> 00:00:25,563 picit kuat-kuat 4 00:00:27,123 --> 00:00:28,603 dan saya takut. 5 00:00:30,283 --> 00:00:33,443 JABATAN PEMULIHAN MISSOURI 6 00:00:33,523 --> 00:00:37,083 Saya tahu ada satu cara saja untuk hentikannya. 7 00:00:39,363 --> 00:00:40,403 Dan… 8 00:00:41,163 --> 00:00:44,483 Saya tak sanggup biarkan diri saya mati. 9 00:00:46,803 --> 00:00:49,683 SETIAP TAHUN DI AMERIKA SYARIKAT 10 00:00:49,763 --> 00:00:53,883 LEBIH DARIPADA 8,000 ORANG DISABITKAN ATAS PEMBUNUHAN 11 00:00:55,163 --> 00:01:00,843 DARIPADA JUMLAH INI, KURANG DARIPADA 12 PERATUS IALAH WANITA 12 00:01:06,003 --> 00:01:08,043 Saya cuma tahu saya perlu… 13 00:01:09,043 --> 00:01:10,403 Saya perlu lawan balik. 14 00:01:14,643 --> 00:01:20,323 INI KISAH BANDUAN #1335965 15 00:01:20,843 --> 00:01:22,443 SEBUAH SIRI NETFLIX 16 00:01:33,083 --> 00:01:37,723 KASIH IBU 17 00:01:39,363 --> 00:01:43,523 HARTANAH PENJARA NEGERI DILARANG MENCEROBOH 18 00:01:45,563 --> 00:01:48,723 JABATAN PEMULIHAN MISSOURI PUSAT PEMULIHAN CHILLICOTHE 19 00:01:49,763 --> 00:01:55,603 PADA 2017, JEMA DONAHUE MENEMBAK DAN MEMBUNUH SUAMINYA, JAVON DONAHUE 20 00:02:00,883 --> 00:02:02,003 DALAM PERBICARAAN, 21 00:02:02,083 --> 00:02:07,723 DIA MENGAKU TIDAK BERSALAH ATAS PEMATIAN ORANG VOLUNTARI 22 00:02:16,483 --> 00:02:19,523 Ibu bapa saya selalu saling menyayangi. 23 00:02:22,603 --> 00:02:28,163 Saya boleh ingat ayah saya cium ibu saya sewaktu pagi di dapur dan… 24 00:02:29,203 --> 00:02:30,443 Saya selalu mahukan itu. 25 00:02:34,803 --> 00:02:36,243 Nama saya Jema Donahue. 26 00:02:37,243 --> 00:02:40,843 Saya dijatuhkan hukuman penjara sepuluh tahun di Jabatan Pemulihan. 27 00:02:44,283 --> 00:02:46,283 Saya dilahirkan di Berlin, Jerman. 28 00:02:47,443 --> 00:02:49,243 Ayah saya dalam tentera dulu. 29 00:02:50,683 --> 00:02:52,563 Saya anak bongsu keluarga. 30 00:02:54,643 --> 00:02:59,323 Semua orang kata anak bongsu dimanjakan, tapi keluarga saya bukan begitu. 31 00:02:59,403 --> 00:03:01,363 Saya tak terlepas daripada apa-apa. 32 00:03:01,443 --> 00:03:04,283 Saya hampir dihukum sebelum sesuatu berlaku. 33 00:03:06,363 --> 00:03:10,523 Kami tiada ramai kawan kerana kami pindah setiap lima tahun. 34 00:03:10,603 --> 00:03:14,683 Jadi, kami sekeluarga saling menyayangi. 35 00:03:19,323 --> 00:03:23,603 PADA 1990, KELUARGA JEMA PULANG KE AS, 36 00:03:23,683 --> 00:03:28,683 PERTAMA KE MISSISSIPPI, SEBELUM TINGGAL DI MISSOURI 37 00:03:31,923 --> 00:03:35,643 Saya bersekolah di rumah daripada gred kedua hingga gred keenam. 38 00:03:37,563 --> 00:03:42,363 Kemudian, ibu saya putuskan untuk masukkan saya dan abang saya ke sekolah awam. 39 00:03:45,243 --> 00:03:47,763 Kanak-kanak lain jauh lebih maju daripada saya. 40 00:03:47,843 --> 00:03:51,803 Mereka cuma tahu lebih banyak tentang dunia di sekeliling mereka, 41 00:03:53,163 --> 00:03:57,083 sementara saya rasa kami tak diberikan pendedahan. 42 00:04:00,603 --> 00:04:03,843 Tahun terakhir saya di sekolah pertengahan sangat sukar. 43 00:04:06,843 --> 00:04:09,163 SEMASA JEMA BERUSIA 13 TAHUN, 44 00:04:09,243 --> 00:04:13,043 DIA DISERANG SECARA SEKSUAL OLEH SEORANG LELAKI DALAM USIA 20-AN 45 00:04:15,643 --> 00:04:21,283 Selepas serangan itu, saya merayu kepada mak saya untuk tidak telefon polis 46 00:04:21,363 --> 00:04:23,803 sebab saya mahu cuma berlagak seolah-olah 47 00:04:24,603 --> 00:04:26,283 tiada apa berlaku. 48 00:04:26,363 --> 00:04:30,123 Dia janji untuk tak telefon, kemudian dia telefon. 49 00:04:30,203 --> 00:04:32,723 POLIS 50 00:04:32,803 --> 00:04:33,843 Saya ingat lagi 51 00:04:33,923 --> 00:04:36,363 penguatkuasaan undang-undang cuba halang mak saya 52 00:04:36,443 --> 00:04:38,243 daripada membuat tuduhan. 53 00:04:38,323 --> 00:04:41,683 Memandangkan mak saya terlalu melindungi anaknya, 54 00:04:41,763 --> 00:04:45,443 dia kata dia akan terus buat tuduhan. 55 00:04:49,523 --> 00:04:56,043 PENYERANG JEMA AKHIRNYA DISABITKAN DAN DIJATUHKAN HUKUMAN PENJARA 120 HARI 56 00:05:01,883 --> 00:05:03,443 NAMUN BUTIRAN SERANGAN ITU 57 00:05:03,523 --> 00:05:07,043 TIDAK LAMA KEMUDIAN MENJADI PENGETAHUAN UMUM 58 00:05:09,523 --> 00:05:11,963 Saya sering dibuli. 59 00:05:12,843 --> 00:05:15,403 Saya perlu tinggalkan kawasan sekolah. 60 00:05:17,683 --> 00:05:19,003 Saya salahkan mak saya 61 00:05:21,203 --> 00:05:25,403 atas banyak perkara yang berlaku semasa saya remaja. 62 00:05:27,123 --> 00:05:28,883 Dia menjadi terlalu melindungi saya. 63 00:05:29,403 --> 00:05:32,403 Saya tak dibenarkan mempunyai kawan. 64 00:05:33,443 --> 00:05:36,163 Mak saya periksa latar belakang semua orang. 65 00:05:37,083 --> 00:05:39,323 Jadi, saya selalu duduk di rumah. 66 00:05:46,483 --> 00:05:51,923 SEMASA BERUSIA 16 TAHUN DALAM TAHUN SENIORNYA, JEMA HAMIL 67 00:05:55,123 --> 00:05:59,963 Semua orang di sekeliling saya kata saya rosakkan hidup saya. 68 00:06:00,043 --> 00:06:02,403 Pada hari saya lahirkan anak lelaki saya 69 00:06:03,083 --> 00:06:04,443 dan melihat matanya, 70 00:06:05,403 --> 00:06:06,643 saya tahu 71 00:06:08,363 --> 00:06:10,523 tiada apa-apa yang saya takkan buat 72 00:06:11,563 --> 00:06:12,563 demi anak saya. 73 00:06:14,083 --> 00:06:17,003 SEMASA ANAK LELAKINYA BENJAMIN BERUSIA TIGA TAHUN, 74 00:06:17,083 --> 00:06:21,083 JEMA MELAHIRKAN SEORANG ANAK PEREMPUAN, CARMELLA 75 00:06:24,403 --> 00:06:29,163 Tiada perkara lain yang sehebat pulang ke rumah selepas kerja dan… 76 00:06:30,843 --> 00:06:32,003 berjalan ke pintu itu 77 00:06:32,083 --> 00:06:36,123 dan anak-anak berlari ke arah anda dan memeluk anda. 78 00:06:43,043 --> 00:06:44,283 Maafkan saya. 79 00:06:52,083 --> 00:06:54,243 PADA 2007, JEMA MEMBUJANG 80 00:06:54,323 --> 00:06:59,283 DAN BERPINDAH KE WARRENSBURG, MISSOURI BERSAMA KEDUA-DUA ANAKNYA 81 00:07:05,283 --> 00:07:10,123 SEMASA DIA BELAJAR DI KOLEJ, DIA BERTEMU JAVON DONAHUE 82 00:07:12,563 --> 00:07:15,243 Kami diperkenalkan oleh seorang kawan bersama. 83 00:07:16,763 --> 00:07:20,723 Jason dipenjara sebelum itu, jadi dia telah dibebaskan dari penjara. 84 00:07:20,803 --> 00:07:23,683 Kawan bersama itu tanya saya 85 00:07:23,763 --> 00:07:26,923 jika saya boleh izinkan dia guna alamat saya untuk pelan telefon. 86 00:07:27,443 --> 00:07:28,283 Saya kata ya. 87 00:07:33,963 --> 00:07:39,803 Saya ingat lagi saya amat ingin tahu tentang zaman kanak-kanaknya 88 00:07:39,883 --> 00:07:42,123 kerana ia berbeza daripada zaman kanak-kanak saya. 89 00:07:43,843 --> 00:07:46,483 Dia sering berpindah-randah dan… 90 00:07:47,443 --> 00:07:49,683 hal itu sangat baharu bagi saya 91 00:07:50,163 --> 00:07:51,683 dan sangat tragik. 92 00:07:53,283 --> 00:07:55,763 Dia pernah dipenjarakan 93 00:07:55,843 --> 00:07:59,043 kerana membuat dan mengedar dadah. 94 00:07:59,603 --> 00:08:02,243 Tapi, saya percaya dia telah jalani pemulihan 95 00:08:02,323 --> 00:08:04,563 dan mengubah hidupnya. 96 00:08:04,643 --> 00:08:08,323 Jadi, sejak awal lagi, saya cuma ada… 97 00:08:09,563 --> 00:08:13,323 keinginan untuk melindungi dia. 98 00:08:15,483 --> 00:08:19,243 Kami tak pernah kata kami akan bersama. 99 00:08:19,323 --> 00:08:21,283 Ia cuma berlaku begitu saja. 100 00:08:28,883 --> 00:08:32,163 Saya belajar di Universiti Central Missouri. 101 00:08:35,003 --> 00:08:37,923 Dia akan duduk di rumah bersama anak-anak. 102 00:08:40,043 --> 00:08:42,123 Perkara itu membuktikan 103 00:08:42,203 --> 00:08:45,643 bahawa dia boleh dipercayai dengan anak-anak saya. 104 00:08:48,243 --> 00:08:51,043 EMPAT BULAN SELEPAS MENJALINKAN HUBUNGAN, 105 00:08:51,123 --> 00:08:54,963 POLIS TIBA DI RUMAH MEREKA DENGAN WARAN GELEDAH 106 00:08:58,203 --> 00:09:00,683 Pegawai ketika itu beritahu saya 107 00:09:00,763 --> 00:09:05,323 Javon penjual kokaina yang terkenal di daerah itu. 108 00:09:06,163 --> 00:09:07,843 Saya cuma terkejut 109 00:09:07,923 --> 00:09:13,883 kerana saya tak pernah dengar atau lihat perkara sebegitu. 110 00:09:14,683 --> 00:09:16,563 Itu kali pertama 111 00:09:17,883 --> 00:09:22,043 saya sedar yang mungkin ada perkara yang berlaku di belakang saya 112 00:09:22,123 --> 00:09:24,243 yang saya tak tahu. 113 00:09:29,603 --> 00:09:31,283 Saya marah dengan Javon. 114 00:09:31,803 --> 00:09:34,963 Saya kata, "Awak perlu pergi. Tinggalkan kami." 115 00:09:35,563 --> 00:09:40,003 Dia cuma pegang leher saya, picit kuat-kuat 116 00:09:40,083 --> 00:09:42,363 dan cekik saya 117 00:09:42,443 --> 00:09:45,883 Saya ingat lagi saya tak boleh bernafas dan saya takut. 118 00:09:45,963 --> 00:09:49,403 Dia beritahu saya, "Awak takkan tinggalkan saya." 119 00:09:49,483 --> 00:09:54,163 "Satu-satunya cara awak tinggalkan saya adalah jika saya bunuh awak, betina." 120 00:09:57,203 --> 00:10:00,523 Saya ingat lagi saya beritahu dia, "Saya cintai awak." 121 00:10:00,603 --> 00:10:02,443 "Kenapa awak buat begini kepada saya?" 122 00:10:03,763 --> 00:10:05,003 Dia kata, 123 00:10:06,403 --> 00:10:10,403 "Ketakutan tahan lebih lama daripada cinta." Dia tak nak dengar 124 00:10:11,963 --> 00:10:13,203 yang saya cintai dia. 125 00:10:19,323 --> 00:10:22,403 JEMA KEKAL BERSAMA JAVON 126 00:10:22,483 --> 00:10:28,323 PADA 2011, DIA BERSETUJU MENGAHWININYA DAN BERPINDAH KE PENNSYLVANIA 127 00:10:30,843 --> 00:10:34,043 Saya beritahu diri saya jika saya boleh bantu dia 128 00:10:34,123 --> 00:10:35,723 atau jauhkan dia dari tempat dadah, 129 00:10:35,803 --> 00:10:38,003 perkahwinan kami akan bertambah baik. 130 00:10:41,163 --> 00:10:45,723 Tapi, penderaan oleh Javon berterusan sepanjang perkahwinan kami. 131 00:10:47,163 --> 00:10:49,683 Awal-awal lagi saya pelajari 132 00:10:49,763 --> 00:10:54,163 bahawa semakin kurang saya bergelut semasa dicekik, 133 00:10:54,243 --> 00:10:56,163 semakin cepat saya akan pengsan. 134 00:10:56,923 --> 00:10:58,643 Perkara menjadi lebih mudah. 135 00:11:00,563 --> 00:11:02,003 Saya benar-benar percaya 136 00:11:03,563 --> 00:11:06,283 Javon cintai saya. 137 00:11:08,083 --> 00:11:12,043 Tapi satu-satunya cara untuk dia tunjuk adalah melalui keganasan. 138 00:11:13,883 --> 00:11:15,003 Keganasan itu cuma… 139 00:11:16,083 --> 00:11:17,083 satu mimpi ngeri, 140 00:11:17,163 --> 00:11:19,603 tapi saya rasa perkara itu juga yang buat 141 00:11:20,523 --> 00:11:24,483 saat gembira kami sangat gembira kerana saat-saat itu jarang berlaku 142 00:11:25,003 --> 00:11:26,243 dan kami hargainya. 143 00:11:35,963 --> 00:11:41,403 SELEPAS LIMA TAHUN BERKAHWIN, JEMA AKHIRNYA MENINGGALKAN JAVON 144 00:11:46,643 --> 00:11:51,403 DIA BERPINDAH SEMULA DENGAN ANAK-ANAKNYA KE RUMAH IBU BAPANYA DI MISSOURI 145 00:11:57,363 --> 00:11:59,963 NAMUN JAVON MENGIKUTNYA 146 00:12:00,043 --> 00:12:05,003 DAN MEMUJUKNYA UNTUK MENGEKALKAN HUBUNGAN ITU. 147 00:12:07,723 --> 00:12:11,643 Saya benar-benar tak mahu sesiapa tahu tentang keterukannya, 148 00:12:11,723 --> 00:12:15,923 jadi saya cuba rahsiakannya dan gembirakan dia. 149 00:12:17,603 --> 00:12:20,883 Tapi, dia menjadi lebih rapat dengan kawan-kawan lamanya 150 00:12:20,963 --> 00:12:22,963 dan mula guna dadah semula. 151 00:12:24,163 --> 00:12:25,803 Keadaan menjadi teruk. 152 00:12:28,323 --> 00:12:30,723 Dia kurung saya di dalam bilik. 153 00:12:32,483 --> 00:12:34,403 Pukul saya dengan tali pinggang. 154 00:12:36,563 --> 00:12:42,083 Acukan pisau dan pemutar skru di leher saya sementara dia mencabul saya. 155 00:12:44,283 --> 00:12:46,043 Dia cuma akan beritahu saya, 156 00:12:46,123 --> 00:12:49,203 "Saya akan bunuh semua orang. Saya tak rugi apa-apa." 157 00:12:49,283 --> 00:12:50,483 Saya percayakan dia. 158 00:12:53,003 --> 00:12:54,963 Saya tahu, ketika ini… 159 00:12:57,523 --> 00:12:58,883 sesuatu perlu berubah 160 00:12:59,763 --> 00:13:01,603 kerana hal ini bukan tentang saya lagi. 161 00:13:01,683 --> 00:13:05,403 Dia bukan saja sakiti saya. Dia ugut untuk sakiti semua orang. 162 00:13:07,603 --> 00:13:11,803 PADA MAC 2017, IBU JEMA MEMBANTU DIA MENDAPATKAN 163 00:13:11,883 --> 00:13:15,803 PERINTAH PEMBATAS TERHADAP JAVON 164 00:13:22,043 --> 00:13:28,803 PERINTAH ITU MELARANG JAVON DARIPADA MENDEKATI JEMA ATAU KELUARGANYA 165 00:13:30,723 --> 00:13:32,643 Yang membawa kita ke Hari Good Friday, 166 00:13:33,283 --> 00:13:36,483 pada 14 April 2017. 167 00:13:39,283 --> 00:13:41,683 Saya ingat lagi saya sangat cemas 168 00:13:42,843 --> 00:13:47,683 kerana sejak mendapat perintah pembatas, itu kali pertama 169 00:13:47,763 --> 00:13:51,443 saya akan bersendirian di rumah. 170 00:13:55,483 --> 00:13:57,243 BERKATILAH DAPUR INI 171 00:13:57,323 --> 00:13:59,003 Saya turun ke bawah. 172 00:14:00,963 --> 00:14:03,443 Apabila saya buka pintu bilik keluarga… 173 00:14:06,203 --> 00:14:08,003 Javon berdiri di sana. 174 00:14:10,083 --> 00:14:14,763 Dia meluru ke arah saya, memegang leher saya. 175 00:14:14,843 --> 00:14:17,443 Dia mula heret saya naik ke atas 176 00:14:20,763 --> 00:14:21,603 dengan leher saya. 177 00:14:22,363 --> 00:14:25,523 Perkara paling menakutkan di dunia ialah tahu ada orang lain 178 00:14:26,363 --> 00:14:28,563 yang sedang memegang nyawa anda. 179 00:14:31,403 --> 00:14:34,163 Dia mula periksa tingkap dan pintu 180 00:14:34,243 --> 00:14:35,923 untuk pastikan ia dikunci. 181 00:14:37,963 --> 00:14:40,803 Dia turun ke bawah semula. 182 00:14:42,723 --> 00:14:43,603 Kemudian, 183 00:14:44,523 --> 00:14:46,323 saya dengar dia panggil nama saya. 184 00:14:47,483 --> 00:14:50,643 Saya turun ke bawah. 185 00:14:54,043 --> 00:14:57,043 Apabila saya masuk ke bilik tidur itu, 186 00:14:58,923 --> 00:15:00,403 dia sedang pegang pistol. 187 00:15:01,363 --> 00:15:03,003 Dia tarik picunya. 188 00:15:05,323 --> 00:15:07,243 Pistol itu tersekat. Tiada tembakan dibuat. 189 00:15:08,803 --> 00:15:12,603 Jadi, dia naik marah sebab pistol itu tersekat 190 00:15:12,683 --> 00:15:15,043 dan dia pukul kepala saya dengannya. 191 00:15:15,123 --> 00:15:16,723 Setiap kali dia pukul saya, 192 00:15:17,723 --> 00:15:19,283 pistol itu jatuh ke tanah. 193 00:15:19,923 --> 00:15:23,083 Saya kutipnya dan saya cuma ingat… 194 00:15:24,963 --> 00:15:27,643 saya acukan pistol padanya dan… 195 00:15:28,563 --> 00:15:32,203 saya beritahu dia, "Pergi. Berambus." 196 00:15:33,523 --> 00:15:35,683 Dia enggan pergi. 197 00:15:35,763 --> 00:15:37,403 Jadi, dia mara ke depan 198 00:15:37,483 --> 00:15:40,523 dan setiap kali dia mara, saya tarik picu. 199 00:15:44,963 --> 00:15:47,803 Saya tembak bahu kirinya. 200 00:15:48,843 --> 00:15:51,523 Kemudian dia menjerit, 201 00:15:51,603 --> 00:15:53,083 "Awak tembak saya!" 202 00:15:53,923 --> 00:15:57,923 Kemudian, dia meluru sekali lagi, pegang pergelangan tangan saya. 203 00:15:59,003 --> 00:16:01,123 Tangan saya diangkat sebegini. 204 00:16:01,203 --> 00:16:05,163 Dia pegang kedua-dua pergelangan tangan dan saya tembak sekali lagi. 205 00:16:05,243 --> 00:16:08,843 Dia memusing-musingkan saya dan tolak saya ke tanah. 206 00:16:08,923 --> 00:16:11,523 Ketika terbaring, saya tembak sekali lagi. 207 00:16:13,763 --> 00:16:16,883 Apabila dia terbaring di atas saya, 208 00:16:17,603 --> 00:16:20,203 saat kami berdua jatuh ke atas tanah, 209 00:16:20,283 --> 00:16:23,763 dia kata, "Baiklah. Kita akan mati bersama-sama, betina." 210 00:16:24,923 --> 00:16:28,443 Dia letak kepalanya di sisi kepala saya. 211 00:16:28,523 --> 00:16:33,323 Dia pegang pemegang belakang pistol itu 212 00:16:33,403 --> 00:16:35,683 dan acukan pada telinga kirinya. 213 00:16:35,763 --> 00:16:40,003 Saya kawal pemegang itu dengan jari saya 214 00:16:40,643 --> 00:16:42,243 dan tarik picu itu. 215 00:16:42,323 --> 00:16:43,683 Dan… 216 00:16:45,443 --> 00:16:48,443 Saya cuma ingat tembakan terakhir itu. 217 00:16:48,523 --> 00:16:52,203 Rasakan keberatan badan dia di atas badan saya. 218 00:16:52,843 --> 00:16:54,403 Semuanya kelam. 219 00:16:59,443 --> 00:17:01,763 Saya tak sedar mata saya tertutup. 220 00:17:02,603 --> 00:17:05,443 Saya sangka semuanya kelam sebab saya dah mati. 221 00:17:05,523 --> 00:17:06,563 Saya sangka ia… 222 00:17:09,443 --> 00:17:10,523 Kemudian, 223 00:17:11,483 --> 00:17:16,203 saya merangkak pergi dari bawah badannya dan sedar, 224 00:17:16,283 --> 00:17:19,603 "Okay, semuanya tamat. Saya tak mati." 225 00:17:25,603 --> 00:17:27,563 Mak saya balik dari tempat kerja… 226 00:17:29,683 --> 00:17:31,283 dan telefon berdering. 227 00:17:33,323 --> 00:17:36,563 ID pemanggilnya ialah Daerah Johnson. 228 00:17:39,363 --> 00:17:43,803 Saya tak pasti jika saya telefon 911, tapi saya ingat lagi saya telefon 911. 229 00:17:45,163 --> 00:17:46,883 Saya berikan dia telefon itu. 230 00:17:48,123 --> 00:17:50,283 Saya geleng kepala. 231 00:17:50,363 --> 00:17:51,723 Saya kata, "Tolonglah." 232 00:17:52,403 --> 00:17:56,003 Saya cuma rasa, pada saat itu, 233 00:17:56,083 --> 00:18:00,283 keputusan terbaik saya untuk melindungi keluarga saya dan anak-anak saya 234 00:18:00,363 --> 00:18:01,763 adalah untuk tidak… 235 00:18:04,203 --> 00:18:05,363 beritahu sesiapa. 236 00:18:08,083 --> 00:18:09,803 Mak saya jawab panggilan itu. 237 00:18:12,723 --> 00:18:17,083 Dia kata kami buat silap. "Kami tak bermaksud untuk telefon." 238 00:18:18,643 --> 00:18:20,523 Pengirim itu kata kepadanya, 239 00:18:23,123 --> 00:18:25,603 "Kami akan hantar seseorang untuk periksa." 240 00:18:25,683 --> 00:18:27,123 Jadi, saya duduk di luar 241 00:18:28,243 --> 00:18:30,523 dan tunggu polis datang. 242 00:18:33,443 --> 00:18:38,123 Saya ingat lagi mak saya keluar ke tangga depan, 243 00:18:38,203 --> 00:18:41,283 mengusap bahu saya dan kata, 244 00:18:41,843 --> 00:18:44,523 "Masuklah, Jem. Tiada siapa akan datang." 245 00:18:48,683 --> 00:18:51,683 TUJUH HARI SELEPAS TEMBAKAN ITU, 246 00:18:51,763 --> 00:18:56,923 JEMA DITANGKAP DAN DITUDUH ATAS PEMBUNUHAN JAVON 247 00:19:16,243 --> 00:19:18,363 KEDAI KOPI WAKTU OPERASI HARI CUTI 248 00:19:24,443 --> 00:19:26,243 Nama saya Margaret Heffernan, 249 00:19:26,803 --> 00:19:29,243 dan saya ibu kepada Jema Donahue. 250 00:19:37,843 --> 00:19:41,203 Jema anak bongsu daripada tiga orang anak saya. 251 00:19:44,003 --> 00:19:48,443 Saya boleh ingat semasa dia masih bayi yang duduk di riba saya, 252 00:19:48,523 --> 00:19:50,643 saya kata, "Duduk di riba mak selamanya." 253 00:19:53,643 --> 00:19:55,683 Dia cemerlang di sekolah. 254 00:19:59,323 --> 00:20:03,603 Semuanya berjalan lancar sehinggalah dia diserang secara seksual 255 00:20:03,683 --> 00:20:07,123 pada usia 13 tahun oleh seorang lelaki 21 tahun. 256 00:20:11,803 --> 00:20:18,283 SEMINGGU SELEPAS SERANGAN SEKSUAL 1998 JEMA, PENYERANGNYA BELUM DITUDUH 257 00:20:21,683 --> 00:20:24,883 Saya diberikan alasan yang mereka tak boleh menemuinya. 258 00:20:27,003 --> 00:20:28,763 Saya sangat terkejut. 259 00:20:31,923 --> 00:20:36,763 MARGARET MEMUTUSKAN UNTUK MENYELESAIKAN PERKARA ITU SENDIRI 260 00:20:38,723 --> 00:20:41,523 Jadi, saya suruh anak lelaki saya ke sekolah. 261 00:20:42,563 --> 00:20:45,003 Orang pertama yang boleh beritahu saya di mana dia 262 00:20:45,043 --> 00:20:45,883 IBU JEMA 263 00:20:45,963 --> 00:20:47,963 …akan diberi seratus dolar. 264 00:20:48,483 --> 00:20:51,403 Dalam 15 minit, telefon berbunyi 265 00:20:51,483 --> 00:20:53,603 dan saya diberitahu di mana dia. 266 00:20:53,683 --> 00:20:54,843 Saya keluar 267 00:20:55,803 --> 00:20:57,883 dan duduk di dalam kereta. 268 00:20:57,963 --> 00:21:00,363 Saya tunggu dia keluar 269 00:21:00,443 --> 00:21:01,523 dan ikut dia. 270 00:21:04,683 --> 00:21:08,523 Dia mula menuju ke arah saya dan menyumpah saya. 271 00:21:09,963 --> 00:21:12,003 Saya mula naik marah. 272 00:21:13,563 --> 00:21:16,043 Saya memandu ke arahnya. 273 00:21:17,203 --> 00:21:19,523 Saya nak langgar dia. 274 00:21:22,523 --> 00:21:25,243 Individu itu lompat melepasi pagar pokok renek. 275 00:21:30,203 --> 00:21:32,723 Mungkin saya hilang akal budi. 276 00:21:35,243 --> 00:21:38,563 Jabatan syerif datang ke rumah saya. 277 00:21:40,083 --> 00:21:41,883 SYERIF 278 00:21:41,963 --> 00:21:43,403 Mereka kata, 279 00:21:43,483 --> 00:21:46,763 mungkin jika saya tak tuduh dia, 280 00:21:47,443 --> 00:21:49,643 mereka takkan tuduh saya. 281 00:21:50,163 --> 00:21:52,283 Saya kata saya takkan tarik tuduhan. 282 00:21:54,843 --> 00:21:56,803 Jema sangat marah dengan saya 283 00:21:57,443 --> 00:22:01,683 kerana menghubungi polis. 284 00:22:02,283 --> 00:22:04,363 Dia rasa saya khianati dia 285 00:22:04,443 --> 00:22:08,763 dan sejujurnya, hubungan kami rosak 286 00:22:08,843 --> 00:22:11,723 sepanjang keremajaannya disebabkan itu. 287 00:22:14,803 --> 00:22:17,283 Anda nak lindungi anak anda. 288 00:22:19,203 --> 00:22:22,643 Anda nak hadapi suatu situasi dengan baik. 289 00:22:23,963 --> 00:22:25,803 Situasi itu jadi tak terkawal. 290 00:22:34,723 --> 00:22:36,963 SEPANJANG PERKAHWINANNYA DENGAN JAVON, 291 00:22:37,043 --> 00:22:41,723 JEMA MENYEMBUNYIKAN PENDERAANNYA DARIPADA IBUNYA 292 00:22:43,123 --> 00:22:45,203 NAMUN PADA 2014, MARGARET BERSEMUKA 293 00:22:45,283 --> 00:22:50,123 DENGAN JAVON KERANA MENGESYAKI DIA MENDERA JEMA 294 00:22:53,563 --> 00:22:54,843 Saya persoal dia 295 00:22:55,763 --> 00:22:58,883 dan saya kata, "Adakah awak dera anak perempuan saya?" 296 00:22:59,403 --> 00:23:01,163 Dia tak jawab. 297 00:23:01,243 --> 00:23:04,963 Saya beritahu dia, "Awak telah jawab dengan tak kata apa-apa." 298 00:23:05,043 --> 00:23:08,883 Saya kata, "Janji kepada saya awak takkan sentuh dia lagi." 299 00:23:09,643 --> 00:23:11,603 Dia tak cakap apa-apa. 300 00:23:14,883 --> 00:23:18,483 Saya marah kerana dia sakiti anak perempuan saya berkali-kali. 301 00:23:21,603 --> 00:23:25,843 Terutamanya apabila saya suruh dia, "Tolong jangan lakukannya." 302 00:23:31,003 --> 00:23:33,723 Dia terselamat daripada keganasan rumah tangga. 303 00:23:34,923 --> 00:23:36,283 Dia pertahankan diri. 304 00:23:38,843 --> 00:23:45,283 Tiada siapa tahu apa yang mereka akan buat sehingga mereka dalam situasi itu dan… 305 00:23:47,723 --> 00:23:48,763 Ia dibuat. 306 00:23:59,883 --> 00:24:05,923 JEMA DAN MARGARET TIDAK MELAPORKAN KEMATIAN JAVON 307 00:24:12,963 --> 00:24:16,883 POLIS HANYA MULA MENCARI JAVON ENAM HARI KEMUDIAN, 308 00:24:16,963 --> 00:24:19,283 BERIKUTAN MAKLUMAT OLEH ORANG TANPA NAMA 309 00:24:21,203 --> 00:24:23,083 PEJABAT SYERIF DAN PENJARA DAERAH JOHNSON 310 00:24:23,123 --> 00:24:25,123 Nama saya Aaron Brown dan saya mejar 311 00:24:25,203 --> 00:24:27,643 di Pejabat Syerif Daerah Johnson, Missouri. 312 00:24:30,163 --> 00:24:32,283 Saya dapat panggilan daripada satu sumber. 313 00:24:37,003 --> 00:24:39,723 Mereka mengatakan Javon Donahue 314 00:24:40,563 --> 00:24:44,203 sebenarnya ditembak dan dibunuh oleh isterinya, Jema. 315 00:24:44,243 --> 00:24:45,243 MEJAR AARON BROWN 316 00:24:45,323 --> 00:24:47,923 Semasa proses itu, 317 00:24:48,003 --> 00:24:51,563 mayatnya dibawa ke satu ladang dan ditanam di ladang itu. 318 00:24:52,763 --> 00:24:55,403 "LADANG" ITU SATU TEMPAT DADAH TERKENAL 319 00:24:55,483 --> 00:24:59,803 KURANG DARIPADA 20 BATU DARI TEMPAT TINGGAL MARGARET DAN JEMA 320 00:25:01,483 --> 00:25:03,883 Kami ke kediaman itu, ke ladang itu. 321 00:25:04,923 --> 00:25:07,163 Tapi Daerah Johnson daerah pedalaman. 322 00:25:08,163 --> 00:25:11,123 Kawasan itu kawasan padang ragut lembu. 323 00:25:11,803 --> 00:25:13,723 Anda takkan nampak macam-macam 324 00:25:13,803 --> 00:25:16,883 dengan memandu di atas jalan. Cuma rumah saja. 325 00:25:24,003 --> 00:25:27,643 Kami perlukan helikopter atau pesawat untuk periksa hartanah ini dari atas. 326 00:25:32,803 --> 00:25:37,603 PENERBANGAN DI ATAS LADANG ITU MENDEDAHKAN BEBERAPA TAPAK YANG BARU DIGALI 327 00:25:44,083 --> 00:25:46,203 Ketika itu, ladang itu tempat kejadian jenayah. 328 00:25:46,923 --> 00:25:47,883 Jadi, kami sekatnya. 329 00:25:47,963 --> 00:25:51,723 Kami mula mengatur temu bual dengan semua orang di hartanah itu 330 00:25:51,803 --> 00:25:52,643 atau di rumah. 331 00:25:54,403 --> 00:25:57,683 Semasa berbual dengan salah satu individu di ladang itu, 332 00:25:58,203 --> 00:26:01,843 mereka kata mereka tahu lokasi Javon ditanam di hartanah itu. 333 00:26:03,563 --> 00:26:05,083 Mereka bawa kami ke tempat Javon. 334 00:26:09,323 --> 00:26:11,283 Kami gali mayatnya, 335 00:26:12,363 --> 00:26:16,043 dibalut dengan tarpaulin putih dengan tali di sekelilingnya. 336 00:26:18,283 --> 00:26:22,603 PEJABAT SYERIF DAN PENJARA DAERAH JOHNSON 337 00:26:23,283 --> 00:26:26,923 SEMASA TEMU BUAL POLIS, MEJAR BROWN DIBERIKAN 338 00:26:27,003 --> 00:26:30,363 NAMA-NAMA ORANG YANG MENANAM JAVON 339 00:26:32,163 --> 00:26:36,123 Kami perlu cari individu-individu ini dan menemu bual mereka segera. 340 00:26:38,563 --> 00:26:41,043 Salah satu individu ini ialah ibu Jema. 341 00:26:47,283 --> 00:26:52,923 PADA 22 APRIL 2017, MARGARET DISOAL SIASAT OLEH POLIS 342 00:26:54,843 --> 00:26:55,963 Matikannya saja. 343 00:26:57,003 --> 00:26:59,523 Matikannya dan saya akan cakap dengan awak. 344 00:27:13,883 --> 00:27:17,083 MARGARET MEMBERITAHU POLIS PERKARA YANG BERLAKU 345 00:27:17,163 --> 00:27:21,563 APABILA DIA TIBA DI RUMAHNYA PADA HARI TEMBAKAN 346 00:27:25,243 --> 00:27:30,643 Saya beritahu mereka saya nampak Jema berdiri di luar, keliru. 347 00:27:32,483 --> 00:27:37,523 Dia kata, "Javon di dalam rumah." Saya kata, "Kita perlu telefon polis." 348 00:27:37,603 --> 00:27:39,563 "Tak, dia dah mati." 349 00:27:40,203 --> 00:27:42,123 Saya kata, "Kamu pasti dia dah mati?" 350 00:27:42,643 --> 00:27:44,163 Dia kata, "Dia dah mati." 351 00:27:52,523 --> 00:27:56,923 Dia hubungi 911 dan letak telefon. 352 00:27:59,483 --> 00:28:01,163 911 telefon semula. 353 00:28:03,043 --> 00:28:06,483 Dia baling telefon itu kepada saya. Dia geleng kepala, 354 00:28:06,563 --> 00:28:08,403 berkali-kali, tapi tak cakap apa-apa. 355 00:28:10,163 --> 00:28:13,043 Saya beritahu mereka, "Maaf sebab ganggu awak," 356 00:28:13,123 --> 00:28:14,563 yang saya buat silap. 357 00:28:16,523 --> 00:28:20,723 Dia kata, "Malangnya, kami masih perlu hantar seseorang." 358 00:28:20,803 --> 00:28:22,523 Saya kata, "Saya faham." 359 00:28:26,203 --> 00:28:28,203 Saya ingat lagi saya beritahu dia, 360 00:28:28,723 --> 00:28:30,403 "Jema, apabila polis datang, 361 00:28:31,203 --> 00:28:33,443 tolong biar mak kata mak yang tembak." 362 00:28:35,883 --> 00:28:37,243 "Mak sudah puas hidup." 363 00:28:38,723 --> 00:28:40,443 "Kamu ada anak untuk dibesarkan." 364 00:28:44,843 --> 00:28:48,043 Dia kata, "Tak, mak. Saya takkan." 365 00:28:52,043 --> 00:28:53,763 Tapi saya nak buat begitu. 366 00:28:58,523 --> 00:29:01,003 Saya kecewakan Jema semasa usianya 13 tahun 367 00:29:01,563 --> 00:29:02,603 dan saya rasa 368 00:29:03,963 --> 00:29:05,883 saya tak boleh buat begitu lagi kepadanya. 369 00:29:06,603 --> 00:29:12,243 Saya ingat lagi hubungan kami terus musnah 370 00:29:13,323 --> 00:29:14,643 serta-merta. 371 00:29:14,723 --> 00:29:17,043 Saya tak mahu lalui perkara itu lagi. 372 00:29:18,723 --> 00:29:23,483 MARGARET DAN JEMA MENUNGGU DI LUAR UNTUK POLIS TIBA 373 00:29:26,643 --> 00:29:30,483 Kami tunggu selama mungkin 45 minit dan mereka tak datang. 374 00:29:32,083 --> 00:29:37,003 Saya beritahu diri saya mungkin inilah takdir kami. 375 00:29:41,443 --> 00:29:44,763 Apabila polis tak muncul di rumah kami, 376 00:29:44,843 --> 00:29:47,843 ketika itulah kami selesaikan perkara ini sendiri. 377 00:29:48,803 --> 00:29:52,163 Saya fikir, "Okey, kami boleh buat ini." 378 00:29:52,963 --> 00:29:54,763 "Kami boleh terlepas." 379 00:30:01,723 --> 00:30:03,403 SEORANG KAWAN JEMA BERSETUJU 380 00:30:03,483 --> 00:30:07,323 MEMBANTU MARGARET MENANAM MAYAT ITU DI LADANG ITU 381 00:30:09,683 --> 00:30:11,523 Kami letak mayat Javon 382 00:30:12,083 --> 00:30:14,203 di sebuah kawasan yang dia gali. 383 00:30:14,283 --> 00:30:17,243 Dia kata, "Saya tak mahu awak tahu tempat saya tanam dia." 384 00:30:17,323 --> 00:30:19,323 "Saya sudah gali dua lubang lagi." 385 00:30:20,283 --> 00:30:23,443 Saya fikir, "Baguslah saya tak tahu." 386 00:30:24,803 --> 00:30:29,243 JEMA TIADA SEMASA PENGEBUMIAN ITU 387 00:30:31,523 --> 00:30:35,723 Saya berdoa supaya Jema cukup kuat 388 00:30:35,803 --> 00:30:38,603 untuk rahsiakan hal itu 389 00:30:39,363 --> 00:30:41,683 dan tak beritahu sesiapa. 390 00:30:41,763 --> 00:30:44,923 Yang kami perlu rahsiakan sampai kami mati 391 00:30:45,843 --> 00:30:47,363 tentang perbuatan kami. 392 00:30:53,123 --> 00:30:59,203 BERIKUTAN PENGAKUANNYA, MARGARET DITUDUH ATAS PEMBUANGAN SEBUJUR MAYAT 393 00:31:05,923 --> 00:31:10,523 DIA MENERIMA PENANGGUHAN HUKUMAN PENJARA LIMA TAHUN 394 00:31:10,603 --> 00:31:15,403 DAN DIPENJARAKAN SELAMA 30 HARI 395 00:31:23,003 --> 00:31:26,803 PADA HARI YANG SAMA, JEMA MENGAKU MENEMBAK 396 00:31:26,883 --> 00:31:29,283 DAN DITUDUH ATAS PEMBUNUHAN 397 00:31:38,003 --> 00:31:41,523 JEMA MENGAKU TIDAK BERSALAH ATAS PEMATIAN ORANG VOLUNTARI 398 00:31:41,603 --> 00:31:44,723 DENGAN PEMBELAAN PASANGAN BERSINDROM DISERANG SENTUH 399 00:31:46,243 --> 00:31:50,683 BANDAR RAYA KANSAS 400 00:31:57,043 --> 00:31:59,883 STESEN UNION 401 00:31:59,963 --> 00:32:03,363 PELITUP MUKA 402 00:32:04,443 --> 00:32:06,203 Nama saya Dr. Lisa Witcher. 403 00:32:09,483 --> 00:32:14,003 Saya pemeriksa forensik yang dilantik kerajaan untuk kes Jema. 404 00:32:14,083 --> 00:32:15,443 AHLI PSIKOLOGI KLINIKAL 405 00:32:19,883 --> 00:32:22,883 DR WITCHER DITUGASKAN UNTUK MENILAI JEMA 406 00:32:22,963 --> 00:32:27,003 DAN MENGKAJI SEMULA SEJARAH PENDERAANNYA OLEH JAVON 407 00:32:29,523 --> 00:32:32,483 Apabila kita kaji sindrom pasangan diserang sentuh, 408 00:32:33,763 --> 00:32:36,323 kita kaji kitaran keganasannya. 409 00:32:38,323 --> 00:32:40,443 WARAN 410 00:32:40,523 --> 00:32:43,203 Bahagian satu ialah fasa pembinaan ketegangan. 411 00:32:43,963 --> 00:32:45,763 JABATAN POLIS CAMERON MISSOURI 412 00:32:45,843 --> 00:32:50,403 Fasa di mana anda mula nampak pelaku penderaan itu 413 00:32:50,483 --> 00:32:55,123 rasa berang disebabkan anda atau persekitaran mereka. 414 00:32:58,443 --> 00:33:02,403 Fasa kedua ialah fasa krisis atau fasa akut. 415 00:33:02,483 --> 00:33:03,923 SUSPEK MENOLAK ISTERINYA 416 00:33:04,003 --> 00:33:06,083 Ketika itulah keganasan berlaku. 417 00:33:08,003 --> 00:33:09,643 MENGHEMPAS TUBUHNYA PADA PETI SEJUK. 418 00:33:09,683 --> 00:33:11,803 Selepas itu, fasa bulan madu, 419 00:33:12,883 --> 00:33:16,243 di mana penyerang sentuh berjanji 420 00:33:16,323 --> 00:33:18,163 untuk tidak melakukannya lagi. 421 00:33:20,123 --> 00:33:22,323 Kemudian, kitaran itu bermula sekali lagi. 422 00:33:28,923 --> 00:33:32,083 Ada satu insiden. Kami di sebuah bilik motel. 423 00:33:34,083 --> 00:33:37,203 Javon rogol saya, liwat saya. 424 00:33:37,283 --> 00:33:39,803 Kemudian, dia telefon kawannya, 425 00:33:40,563 --> 00:33:43,283 ketawa, bergurau 426 00:33:43,363 --> 00:33:48,843 dan berkata, "Berapa lama dia perlu tunggu sebelum darahnya berhenti keluar?" 427 00:33:48,923 --> 00:33:50,963 Daripada dubur saya dan… 428 00:33:52,243 --> 00:33:55,323 Apa-apa saja untuk malukan saya dan hina saya. 429 00:33:58,043 --> 00:34:01,723 Menelefon dan berlagak kerana memukul seorang wanita… 430 00:34:04,083 --> 00:34:09,243 Panggilan itu adalah untuk minta seseorang terlibat 431 00:34:09,323 --> 00:34:13,403 atau perbuatan itu benar-benar keji. 432 00:34:14,643 --> 00:34:18,763 Perbuatan seseorang yang benar-benar percaya 433 00:34:19,803 --> 00:34:21,123 perbuatan mereka betul 434 00:34:21,643 --> 00:34:25,283 dan ambil hak mereka. 435 00:34:28,923 --> 00:34:32,043 Saya tak sangka Jema bertahan dengan sangat lama. 436 00:34:33,843 --> 00:34:36,763 Tak sangka Jema hidup di pengakhiran cerita ini. 437 00:34:39,123 --> 00:34:41,363 Jika dia tak datang ke rumah itu hari itu, 438 00:34:42,043 --> 00:34:45,083 saya tak rasa dia akan berhenti mengejarnya. 439 00:34:47,843 --> 00:34:50,883 Dia menepati semua faktor 440 00:34:50,963 --> 00:34:52,363 yang kami cari 441 00:34:52,963 --> 00:34:56,923 dan kajian menunjukkan faktor-faktor itu berkaitan dengan wanita yang menjadi 442 00:34:57,883 --> 00:34:59,243 pasangan diserang sentuh. 443 00:35:05,683 --> 00:35:10,523 PERBICARAAN JEMA BERMULA PADA 13 NOVEMBER 2018 444 00:35:19,643 --> 00:35:20,763 Setahu saya, 445 00:35:22,403 --> 00:35:25,723 alasan pasangan diserang sentuh sebagai pertahanan diri 446 00:35:25,803 --> 00:35:28,163 belum pernah berjaya di Missouri. 447 00:35:28,683 --> 00:35:32,923 Pembelaan itu sudah lama wujud, tapi belum pernah berjaya. 448 00:35:35,043 --> 00:35:35,883 Okey, ayuh. 449 00:35:37,003 --> 00:35:39,523 Tapi persoalannya bukan sama ada 450 00:35:39,603 --> 00:35:42,363 dia mengalami sindrom pasangan diserang sentuh atau tidak. 451 00:35:42,443 --> 00:35:46,363 Persoalannya sama ada dia guna kekerasan yang membawa maut atau tak 452 00:35:46,443 --> 00:35:48,803 dengan sewajarnya dalam situasi genting. 453 00:35:48,883 --> 00:35:50,283 MAHKAMAH DAERAH JOHNSON 454 00:35:50,363 --> 00:35:55,643 Satu tamparan di muka tak mewajarkan seseorang tembak seseorang. 455 00:35:57,923 --> 00:36:00,083 Nama saya Rob Russell 456 00:36:00,763 --> 00:36:04,723 dan saya peguam yang mendakwa Cik Jema Donahue 457 00:36:04,803 --> 00:36:06,843 bagi homisid Javon Donahue. 458 00:36:09,523 --> 00:36:13,123 Saat kami berdua jatuh ke atas tanah, dia kata, 459 00:36:13,203 --> 00:36:15,563 "Baiklah. Kita akan mati bersama-sama, betina." 460 00:36:15,643 --> 00:36:19,163 Dia letak kepalanya di sisi kepala saya, 461 00:36:19,243 --> 00:36:21,203 dia pegang belakang pistol itu 462 00:36:21,283 --> 00:36:23,843 dan acukan pada telinga kirinya. 463 00:36:23,923 --> 00:36:26,483 Saya kawal pemegang itu dengan jari saya 464 00:36:26,563 --> 00:36:27,883 dan tarik picu itu. 465 00:36:28,603 --> 00:36:34,243 Saya cuma ingat tembakan terakhir itu. Cuma… 466 00:36:34,323 --> 00:36:37,123 rasakan keberatan badan dia di atas badan saya. 467 00:36:38,683 --> 00:36:39,523 Baiklah, 468 00:36:40,483 --> 00:36:45,523 ceritanya tak sepadan dengan kecederaan yang dialami En. Donahue. 469 00:36:49,123 --> 00:36:51,203 Ada empat peluru dalam badannya. 470 00:36:53,083 --> 00:36:55,483 Satu dalam bahunya. 471 00:36:56,363 --> 00:37:00,323 Satu dalam rahangnya. 472 00:37:00,403 --> 00:37:02,883 Satu di belakang kepalanya. 473 00:37:02,963 --> 00:37:05,403 Satu di bawah dagunya, menghala ke atas. 474 00:37:05,483 --> 00:37:06,563 PANDANGAN ANTERIOR 475 00:37:07,203 --> 00:37:10,683 Tembakan di belakang kepalanya tembakan yang membawa maut. 476 00:37:10,763 --> 00:37:14,243 Tembakan di bawah dagunya tembakan yang membawa maut. 477 00:37:14,323 --> 00:37:17,203 Rahangnya akan patah 478 00:37:17,283 --> 00:37:21,603 sehinggakan dia tak boleh bercakap dengannya, 479 00:37:21,683 --> 00:37:23,363 kata dia cintainya 480 00:37:23,443 --> 00:37:26,803 dalam detik Romeo and Juliet ini, yang mereka akan mati bersama. 481 00:37:26,883 --> 00:37:29,803 Hal itu tak berlaku kerana dia tak boleh bercakap. 482 00:37:31,803 --> 00:37:34,843 Jadi, saya tak rasa juri 483 00:37:35,803 --> 00:37:39,763 percaya yang dia bertindak untuk pertahankan diri. 484 00:37:43,123 --> 00:37:45,883 Sudah tentu, apabila orang cuba… 485 00:37:46,523 --> 00:37:49,043 sembunyikan bukti homisid 486 00:37:49,123 --> 00:37:50,843 dan sembunyikan mayat itu 487 00:37:52,123 --> 00:37:54,123 memberikan kita tanggapan 488 00:37:54,203 --> 00:37:57,603 bahawa orang yang melakukan itu rasa bersalah. 489 00:37:59,363 --> 00:38:06,163 SELEPAS BUKTI DIBENTANGKAN SELAMA TIGA HARI, JURI MEMBUAT KEPUTUSAN 490 00:38:09,043 --> 00:38:14,123 Jika mereka terima hujah pertahanan diri daripada Cik Donahue, 491 00:38:14,723 --> 00:38:16,883 dia pasti didapati tidak bersalah langsung. 492 00:38:17,923 --> 00:38:22,123 Tapi sebaliknya, mereka dapati dia bersalah atas pematian orang. 493 00:38:27,443 --> 00:38:34,443 PADA 29 JANUARI 2019, JEMA DONAHUE DIJATUHKAN HUKUMAN PENJARA SEPULUH TAHUN 494 00:38:36,403 --> 00:38:40,843 BANDAR RAYA KANSAS 495 00:38:45,043 --> 00:38:50,323 Saya rasa keputusan-keputusan yang dibuat selepas Javon dibunuh 496 00:38:50,403 --> 00:38:52,083 menyebabkan dia dipenjara. 497 00:38:54,763 --> 00:38:57,683 Dedikasi dalam menanam mayat itu 498 00:38:58,323 --> 00:39:03,203 buat ramai ahli juri benar-benar marah. 499 00:39:03,283 --> 00:39:05,363 PASAR BANDAR RAYA BERSEJARAH 500 00:39:09,563 --> 00:39:12,563 Mak dia boleh bertindak secara berbeza. 501 00:39:14,363 --> 00:39:20,123 Saya tak tahu jika mak dia fikir bahawa hal itu benar-benar satu pilihan, 502 00:39:23,283 --> 00:39:26,203 tapi penyembunyian mayat Javon 503 00:39:26,283 --> 00:39:28,683 buat keadaan lebih teruk untuk Jema. 504 00:39:33,203 --> 00:39:34,523 Saya salahkan mak saya 505 00:39:36,643 --> 00:39:40,843 atas banyak perkara yang berlaku semasa saya remaja. 506 00:39:42,043 --> 00:39:44,923 Saya tak dibenarkan mempunyai kawan. 507 00:39:45,443 --> 00:39:48,243 Mak saya periksa latar belakang semua orang. 508 00:39:48,803 --> 00:39:50,923 Jadi, saya selalu duduk di rumah. 509 00:39:53,323 --> 00:39:56,843 Sebenarnya, dia disisihkan orang 510 00:39:57,443 --> 00:40:01,163 pada usia sangat muda bagi serangan seksual yang bukan salahnya. 511 00:40:02,323 --> 00:40:03,323 Kemudian… 512 00:40:04,003 --> 00:40:08,643 dia dihalang menjalin sebarang jenis hubungan sosial. 513 00:40:09,163 --> 00:40:13,443 Pada dasarnya, maknya mengurungnya. 514 00:40:14,363 --> 00:40:19,403 Mengurungnya di tempat selamat 515 00:40:20,963 --> 00:40:26,123 yang menjadi keterlaluan. Sejujurnya, hal itu keterlaluan hingga menyebabkan 516 00:40:26,203 --> 00:40:27,763 penderaan emosi. 517 00:40:28,523 --> 00:40:30,923 Tidak membenarkan anak anda keluar rumah langsung. 518 00:40:31,003 --> 00:40:36,003 Tidak membenarkan dia bersosial secara normal 519 00:40:36,083 --> 00:40:40,203 sudah tentu membentuk perasaan ketidakupayaan. 520 00:40:41,723 --> 00:40:44,643 Saya tak rasa ada niat jahat tentang hal itu. 521 00:40:45,603 --> 00:40:49,723 Saya cuma tak percaya hubungan mereka pernah sihat. 522 00:40:53,163 --> 00:40:54,723 MENJELANG PERBICARAAN ITU, 523 00:40:54,803 --> 00:41:00,003 JEMA TELAH MEMFAILKAN PERINTAH PEMBATAS TERHADAP IBUNYA 524 00:41:02,043 --> 00:41:07,003 Jema menggambarkan ibunya sebagai "wanita yang jahat dan kejam 525 00:41:07,083 --> 00:41:09,763 yang suka mengawal dan membalas dendam." 526 00:41:09,843 --> 00:41:13,723 "Jika dia ada peluang, dia akan bunuh saya. Saya pasti." 527 00:41:14,723 --> 00:41:18,123 "Dia akan tanam saya sebagaimana dia tanam suami saya." 528 00:41:20,243 --> 00:41:26,363 Mungkin ayat "Dia akan tanam saya sebagaimana dia tanam suami saya" 529 00:41:26,443 --> 00:41:29,443 ialah pengakuan Jema 530 00:41:29,523 --> 00:41:34,443 bagi "Situasi saya lebih berbahaya kini disebabkan penglibatan dia." 531 00:41:41,643 --> 00:41:43,083 Semasa perbicaraan saya, 532 00:41:44,443 --> 00:41:47,163 hubungan saya dengan ibu bapa saya tegang. 533 00:41:49,163 --> 00:41:50,843 Saya minum arak. 534 00:41:50,923 --> 00:41:54,443 Saya salah guna dadah. 535 00:41:56,603 --> 00:42:01,243 Adakah hari ini saya rasa mak saya akan bunuh saya atau tanam saya di padang? 536 00:42:02,003 --> 00:42:02,843 Tak. 537 00:42:05,123 --> 00:42:07,363 Kami dah lalui macam-macam. 538 00:42:08,803 --> 00:42:10,483 Hubungan kami tak sama. 539 00:42:10,563 --> 00:42:12,523 Kami bukan orang yang sama. 540 00:42:13,523 --> 00:42:16,883 Saya sudah banyak berubah dan dia sudah banyak berubah. 541 00:42:21,923 --> 00:42:24,123 Saya berubah sebagai seorang ibu, 542 00:42:24,203 --> 00:42:26,643 menyedari bahawa 543 00:42:28,203 --> 00:42:32,323 cara saya sebagai ibu yang mengawal seorang dewasa salah. 544 00:42:34,123 --> 00:42:37,443 Itu hidup mereka, pilihan mereka, keputusan mereka 545 00:42:37,523 --> 00:42:39,603 dan akibat mereka. 546 00:42:42,563 --> 00:42:46,443 Saya sentiasa mahu mengawal dan menyelesaikan masalah. 547 00:42:47,403 --> 00:42:50,603 Kenapa berikan diri sendiri masalah sedangkan saya sudah bermasalah? 548 00:42:50,683 --> 00:42:54,363 Hal itu bukan masalah saya. Saya tak perlu selesaikannya. 549 00:42:57,603 --> 00:43:00,203 Sudah tentu saya akan tangani perkara secara berbeza. 550 00:43:02,163 --> 00:43:04,243 Saya salahkan polis kerana mereka tak datang. 551 00:43:04,963 --> 00:43:08,843 Tapi akhirnya, saya beritahu mereka, "Awak tak perlu datang." 552 00:43:09,763 --> 00:43:10,963 "Saya buat silap." 553 00:43:12,803 --> 00:43:15,563 Jadi, saya yang mulakan masalah itu. 554 00:43:16,523 --> 00:43:19,603 Saya mulakannya dengan satu penipuan. 555 00:43:22,323 --> 00:43:25,443 Harinya akhirnya tiba di mana saya perlu mengakuinya. 556 00:43:29,603 --> 00:43:32,243 Saya sudah pelajari macam-macam tentang… 557 00:43:33,203 --> 00:43:34,403 kebertanggungjawaban 558 00:43:35,243 --> 00:43:36,363 dan kepentingannya 559 00:43:36,443 --> 00:43:39,123 bagi seseorang untuk pelajari kesilapannya. 560 00:43:42,243 --> 00:43:44,683 Saya sudah nampak kemajuan Jema 561 00:43:46,283 --> 00:43:48,243 sejak dia dipenjarakan. 562 00:43:50,723 --> 00:43:53,843 Dia gembira apabila saya jumpa dia dan melawat dia. 563 00:43:54,883 --> 00:43:58,203 Dia peluk saya dan cium pipi saya. 564 00:44:00,923 --> 00:44:04,643 Itu anak perempuan saya. Itu anak saya dahulu. 565 00:44:21,683 --> 00:44:24,123 EMPAT BULAN SELEPAS TEMU BUAL PERTAMANYA, 566 00:44:24,203 --> 00:44:28,203 JEMA BERSETUJU UNTUK MENJAWAB SOALAN LANJUT 567 00:44:29,123 --> 00:44:31,203 HARTANAH PENJARA NEGERI DILARANG MENCEROBOH 568 00:44:31,283 --> 00:44:32,963 Apabila saya baru dipenjara, 569 00:44:34,363 --> 00:44:37,043 hidup saya menderita. 570 00:44:38,243 --> 00:44:40,563 Tapi sebaik saya mula memanfaatkan 571 00:44:40,643 --> 00:44:44,003 beberapa program berbeza seperti pemerkasaan wanita… 572 00:44:45,003 --> 00:44:49,523 saya boleh lihat kehidupan penjara saya dengan pandangan yang berbeza. 573 00:44:50,883 --> 00:44:53,603 Pemenjaraan bukan pengutukan, 574 00:44:53,683 --> 00:44:56,043 tapi satu pemulihan. 575 00:44:58,443 --> 00:45:00,843 Tambahan lagi, di sini, 576 00:45:01,483 --> 00:45:03,443 saya belajar kebertanggungjawaban 577 00:45:03,523 --> 00:45:07,563 kerana hakikatnya saya masih buat pilihan yang saya buat. 578 00:45:10,723 --> 00:45:14,003 Tembakan di belakang kepalanya tembakan yang membawa maut. 579 00:45:14,083 --> 00:45:17,403 Tembakan di bawah dagunya tembakan yang membawa maut. 580 00:45:18,763 --> 00:45:23,843 Dia tak boleh bercakap dengannya dan kata dia cintainya 581 00:45:23,923 --> 00:45:27,443 dalam detik Romeo and Juliet ini, yang mereka akan mati bersama. 582 00:45:27,523 --> 00:45:29,043 Hal itu tak berlaku. 583 00:45:30,803 --> 00:45:35,083 Tiada detik Romeo and Juliet, di mana Javon kata, "Awak cintai saya?" 584 00:45:35,163 --> 00:45:39,363 Dia kata, "Kita akan mati bersama, betina. Hanya kematian memisahkan kita." 585 00:45:39,443 --> 00:45:40,403 Itu kata-katanya 586 00:45:40,483 --> 00:45:43,483 saat dia memusing-musingkan saya dan tolak saya ke tanah. 587 00:45:44,883 --> 00:45:47,363 Sukar untuk saya putuskan dalam situasi itu 588 00:45:48,763 --> 00:45:50,683 nyawa siapa lebih penting. 589 00:45:50,763 --> 00:45:53,763 Atau perlukah saya ambil peluang untuk berjuang demi nyawa saya? 590 00:45:56,003 --> 00:46:00,963 Saya benci hakikat bahawa saya perlu bangun setiap hari 591 00:46:02,603 --> 00:46:04,923 dan tahu saya merampas nyawa seseorang. 592 00:46:05,003 --> 00:46:09,643 Lebih-lebih lagi nyawa seseorang yang saya cintai. 593 00:46:12,483 --> 00:46:14,203 Saya ingat lagi saya beritahu dia, 594 00:46:14,883 --> 00:46:16,563 "Jema, apabila polis datang, 595 00:46:17,083 --> 00:46:19,523 tolong biar mak kata mak yang tembak." 596 00:46:22,763 --> 00:46:24,243 Dia kata, "Tak, mak." 597 00:46:25,083 --> 00:46:26,163 "Saya takkan." 598 00:46:28,963 --> 00:46:31,403 Saya sanjungi 599 00:46:34,363 --> 00:46:36,923 perkara yang mak saya pertaruhkan dalam… 600 00:46:37,923 --> 00:46:40,403 membantu saya dan cuba menyelamatkan saya. 601 00:46:41,723 --> 00:46:44,803 Dia buang semuanya. 602 00:46:45,883 --> 00:46:47,883 Sejujurnya, 603 00:46:48,843 --> 00:46:51,483 saya juga mungkin akan buat begitu demi anak-anak saya. 604 00:46:54,123 --> 00:46:57,003 Bukan buat dengan cara itu, tapi… 605 00:46:57,803 --> 00:47:02,083 kita buat apa yang perlu untuk lindungi dan selamatkan anak-anak kita. 606 00:47:04,683 --> 00:47:09,723 JEMA DONAHUE LAYAK UNTUK PAROL PADA 2024 607 00:47:12,123 --> 00:47:14,923 Waktu dalam kehidupan kami ini hampir tamat dan… 608 00:47:17,123 --> 00:47:19,203 hari-hari gembira menunggu kami. 609 00:47:50,403 --> 00:47:53,323 Terjemahan sari kata oleh Siti Salmi