1 00:00:13,120 --> 00:00:17,200 Semasa saya kecil, datuk saya bawa pulang senapang patah. 2 00:00:21,400 --> 00:00:24,080 Saya ingat perkara pertama yang saya terfikir, 3 00:00:24,880 --> 00:00:27,800 "Celaka betul. Tentu hidup ini lebih mudah 4 00:00:27,800 --> 00:00:30,720 kalau aku bunuh perempuan itu dan selesaikannya." 5 00:00:33,480 --> 00:00:35,040 Tapi saya cuma terfikir. 6 00:00:35,640 --> 00:00:37,640 Saya cuma terfikir. 7 00:00:40,120 --> 00:00:46,560 LEBIH DARIPADA 160,000 PEMBUNUH SEDANG DIPENJARAKAN DI AMERIKA SYARIKAT 8 00:00:48,120 --> 00:00:51,640 DARIPADA JUMLAH INI, LEBIH 20,000 MASIH REMAJA 9 00:00:51,640 --> 00:00:54,160 SEMASA MELAKUKAN KESALAHAN PERTAMA 10 00:00:57,080 --> 00:00:59,640 Saya mahu undurkan masa dan tegah diri saya. 11 00:01:00,320 --> 00:01:03,120 Buatlah apa-apa saja melainkan itu. 12 00:01:04,640 --> 00:01:09,400 Saya kesal kerana ia memberi kesan negatif kepada ramai orang. 13 00:01:09,400 --> 00:01:11,040 Terutamanya Ashley. 14 00:01:12,600 --> 00:01:15,720 INI KISAH BANDUAN #02313973 15 00:01:15,720 --> 00:01:19,720 DAN BANDUAN #02097700 16 00:01:23,040 --> 00:01:26,560 Kehilangan nyawa mangsa kami amat membebankan hati saya. 17 00:01:29,720 --> 00:01:34,720 Saya rasa saya tak pernah pulih daripada kejadian itu hingga hari ini. 18 00:01:37,360 --> 00:01:39,560 Saya bukan pembunuh, 19 00:01:39,560 --> 00:01:44,320 tapi gelaran itu akan kekal bersama saya seumur hidup. 20 00:01:54,320 --> 00:01:57,000 Saya rasa semua orang boleh jadi berbahaya. 21 00:01:57,000 --> 00:01:59,480 Orang kata saya zalim. 22 00:02:00,480 --> 00:02:02,840 Saya tak cakap saya tak bersalah. 23 00:02:02,840 --> 00:02:05,320 Saya baru bunuh seseorang dengan kejam. 24 00:02:11,400 --> 00:02:15,800 KESUCIAN HATI YANG HILANG 25 00:02:29,000 --> 00:02:32,320 Kalau pintu anda diketuk selepas tengah malam, 26 00:02:33,280 --> 00:02:34,880 ada sesuatu yang tak kena. 27 00:02:36,840 --> 00:02:38,480 Isteri saya risau. 28 00:02:39,200 --> 00:02:42,120 {\an8}Kalau difikirkan balik, memang patut dia risau. 29 00:02:44,400 --> 00:02:47,880 Apabila saya buka pintu, ada pasangan muda berdiri di luar. 30 00:02:49,600 --> 00:02:53,000 Mereka sejuk dan basah. 31 00:02:54,080 --> 00:02:56,800 Mereka beritahu saya kereta mereka rosak. 32 00:02:59,800 --> 00:03:03,600 Jadi, saya cakap saya akan hantar mereka kira-kira tiga kilometer 33 00:03:03,600 --> 00:03:05,160 ke destinasi mereka. 34 00:03:10,120 --> 00:03:15,000 Kejadian yang berlaku selepas itu di luar jangkaan saya. 35 00:03:16,120 --> 00:03:18,800 {\an8}GAMBAR TEMPAT KEJADIAN JENAYAH 36 00:03:18,800 --> 00:03:23,120 {\an8}Saya tak dapat bayangkan mereka mampu melakukannya. 37 00:03:51,800 --> 00:03:56,360 Nama saya Ashley Morrison, dan saya dihukum 30 tahun penjara. 38 00:03:57,720 --> 00:03:59,960 Umur saya 17 tahun ketika ditangkap. 39 00:04:04,840 --> 00:04:06,440 Nama saya Christian Sims. 40 00:04:07,040 --> 00:04:09,720 Dihukum 35 tahun penjara untuk pembunuhan tahap pertama. 41 00:04:12,760 --> 00:04:14,600 Saya 16 tahun ketika ditangkap. 42 00:04:16,640 --> 00:04:20,080 CHRISTIAN SIMS DAN ASHLEY MORRISON DISABITKAN KESALAHAN 43 00:04:20,080 --> 00:04:23,120 ATAS PEMBUNUHAN ANNIE LOIS SIMS PADA TAHUN 2014 44 00:04:25,240 --> 00:04:27,360 {\an8}Banyak yang saya lalui dalam hidup. 45 00:04:28,320 --> 00:04:29,720 {\an8}Sampai tak tertanggung. 46 00:04:31,560 --> 00:04:33,480 Saya dah tak tahan lagi. 47 00:04:34,640 --> 00:04:37,880 Semua orang ada batasnya dan saya rasa itu batas saya. 48 00:04:42,080 --> 00:04:43,560 {\an8}Apabila dikenang kembali, 49 00:04:44,760 --> 00:04:47,800 {\an8}saya rasa satu kehilangan yang besar. 50 00:04:48,920 --> 00:04:51,760 Persoalan yang sama bermain di fikiran, 51 00:04:52,800 --> 00:04:54,120 "Apa mungkin terjadi?" 52 00:05:02,960 --> 00:05:08,360 PADA TAHUN 2008, ASHLEY MORRISON BERPINDAH BERSAMA KELUARGANYA KE PARIS, TEXAS 53 00:05:08,360 --> 00:05:12,800 SELAMAT DATANG KE PEKAN BERSEJARAH PARIS, TEXAS 54 00:05:13,600 --> 00:05:17,160 Kami pindah ke Texas semasa saya 11 tahun. 55 00:05:17,160 --> 00:05:20,080 TEATER KOMUNITI 56 00:05:21,360 --> 00:05:22,840 Ia sebuah pekan kecil. 57 00:05:24,920 --> 00:05:27,560 Beberapa generasi membesar di sana. 58 00:05:30,280 --> 00:05:32,920 Di sekolah kami, 59 00:05:33,480 --> 00:05:36,560 saya sangat pendiam dan pemalu. 60 00:05:38,400 --> 00:05:40,120 Saya tiada keyakinan diri. 61 00:05:41,240 --> 00:05:44,240 Ya, saya rasa saya nerda. 62 00:05:45,320 --> 00:05:46,760 Saya telah dibuli. 63 00:05:48,160 --> 00:05:50,480 Tapi pancaragam beri saya tujuan hidup. 64 00:05:51,000 --> 00:05:54,360 Saya berjaya menjadi ketua untuk seksyen saya. 65 00:05:55,160 --> 00:05:58,160 Hampir semua kawan saya ahli pancaragam. 66 00:06:00,160 --> 00:06:05,480 CHRISTIAN SIMS MENYERTAI PANCARAGAM SETAHUN SELEPAS ASHLEY 67 00:06:08,880 --> 00:06:12,040 Saya dan Christian bertemu sebab kami main klarinet. 68 00:06:12,040 --> 00:06:15,600 Pada mulanya, dia menyisihkan diri. 69 00:06:15,600 --> 00:06:18,760 Dia tak bercakap dengan sesiapa, dia tak ada kawan. 70 00:06:20,960 --> 00:06:23,800 Saya ingat yang suka misterinya, 71 00:06:23,800 --> 00:06:30,080 kerana dia nampak macam seseorang yang tidak... 72 00:06:30,080 --> 00:06:34,200 Macam tak boleh didekati kerana kami tak tahu apa-apa tentang dia. 73 00:06:36,160 --> 00:06:37,840 Ia membuatkan saya tertarik. 74 00:06:45,480 --> 00:06:49,560 {\an8}Semasa remaja, saya seorang yang introvert. 75 00:06:51,400 --> 00:06:55,560 Saya tinggal dengan datuk dan nenek saya dan sejujurnya, saya benci. 76 00:06:55,560 --> 00:06:57,440 Saya tak seronok. 77 00:06:57,920 --> 00:06:59,960 Nenek saya tak... 78 00:07:02,240 --> 00:07:03,560 Macam mana nak cakap? 79 00:07:04,360 --> 00:07:06,280 Dia suka menggunakan kekerasan. 80 00:07:07,240 --> 00:07:10,200 Sejujurnya, dia akan cuba sedaya upaya 81 00:07:10,200 --> 00:07:13,120 untuk memusnahkan persahabatan yang saya bina. 82 00:07:14,280 --> 00:07:17,080 Jadi, saya takkan rapat dengan orang lain 83 00:07:17,080 --> 00:07:20,040 sebab saya sengaja buat diri saya berbeza. 84 00:07:22,400 --> 00:07:26,240 Tapi Ashley membuatkan saya rasa diterima akhirnya. 85 00:07:28,000 --> 00:07:30,400 Saya kenal Ashley semasa gred enam. 86 00:07:30,400 --> 00:07:32,640 Dia pelajar gred tujuh. 87 00:07:36,400 --> 00:07:38,480 Dia gadis yang cantik. 88 00:07:39,120 --> 00:07:41,480 Saya tak pasti jika ia keserasian. 89 00:07:41,480 --> 00:07:44,400 Ia agak lucu. Kami sentiasa bersaing. 90 00:07:45,080 --> 00:07:48,040 Dia mesej saya dan hubungan kami bermula dari situ. 91 00:07:49,080 --> 00:07:51,640 {\an8}UNIT WILLIAM P. HOBBY JABATAN PENJARA TEXAS 92 00:07:51,640 --> 00:07:55,520 {\an8}Ketika saya mengenalinya, Christian beritahu saya 93 00:07:55,520 --> 00:08:00,880 yang dia dijadikan anak angkat oleh datuk dan neneknya 94 00:08:00,880 --> 00:08:03,720 kerana hidupnya di rumah tak begitu baik. 95 00:08:03,720 --> 00:08:05,640 Ibu bapanya tak mampu jaga dia. 96 00:08:07,440 --> 00:08:09,920 Sebab itulah dia tak pernah rasa diterima. 97 00:08:11,560 --> 00:08:14,040 Dia beritahu tentang datuk dan neneknya 98 00:08:14,040 --> 00:08:17,280 dan dia cakap dia tak gembira. 99 00:08:20,320 --> 00:08:23,840 Hubungan saya dan mak saya juga tidak begitu baik. 100 00:08:25,280 --> 00:08:29,400 Tapi dia buat saya rasa seperti ada seseorang yang memahami saya. 101 00:08:29,400 --> 00:08:36,360 Seronok rasanya untuk rasa difahami buat kali pertama dalam hidup saya. 102 00:08:37,080 --> 00:08:40,120 Saya rasa pada saat itu, 103 00:08:40,120 --> 00:08:43,040 saya telah jatuh cinta kepadanya. 104 00:08:46,680 --> 00:08:48,440 Kami saling mencintai. 105 00:08:49,640 --> 00:08:51,760 Ketika itu, saya bukan diri saya. 106 00:08:51,760 --> 00:08:54,800 Saya seperti tambahan kepada dirinya. 107 00:08:54,800 --> 00:08:57,360 Kemahuan dan fikiran saya tak penting. 108 00:08:57,360 --> 00:09:00,520 Apa-apa dan segalanya untuk dia dan saya tak kisah. 109 00:09:04,440 --> 00:09:06,800 Percintaan kami tercetus dengan cepat. 110 00:09:07,920 --> 00:09:09,720 Kami berjumpa setiap hari. 111 00:09:10,200 --> 00:09:13,360 Mungkin sebab saya jatuh cinta atau apa saja sebabnya, 112 00:09:13,360 --> 00:09:15,720 saya benarkan dia masuk dan menjadi rapat, 113 00:09:15,720 --> 00:09:19,680 memberitahu dia cerita yang saya sorok daripada orang lain. 114 00:09:21,960 --> 00:09:25,120 Kemungkinan besar, itulah yang lebih merapatkan kami. 115 00:09:25,120 --> 00:09:27,400 Kami mencari ketenangan sesama kami. 116 00:09:33,640 --> 00:09:36,920 Pada satu malam, saya dan mak saya bertengkar. 117 00:09:38,640 --> 00:09:43,240 Naluri pertama saya adalah untuk memberitahu Christian. 118 00:09:43,240 --> 00:09:45,520 Dia akan melindungi dan bantu saya. 119 00:09:46,120 --> 00:09:49,280 Kami berbincang dan kami reka cerita 120 00:09:49,280 --> 00:09:51,680 supaya dia boleh pindah ke rumah saya, 121 00:09:53,080 --> 00:09:55,840 sebab saya fikir dia boleh melindungi saya. 122 00:09:58,160 --> 00:09:59,640 PADA BULAN OKTOBER 2014, 123 00:09:59,640 --> 00:10:03,120 CHRISTIAN BERPINDAH KE RUMAH ASHLEY DAN IBU BAPANYA 124 00:10:03,120 --> 00:10:07,240 MEREKA BERUSIA 16 DAN 17 TAHUN 125 00:10:10,080 --> 00:10:12,080 Semuanya hebat pada mulanya. 126 00:10:13,520 --> 00:10:17,000 Tapi saya tak tahu tentang kesihatan mentalnya 127 00:10:17,000 --> 00:10:20,480 sehinggalah dia pindah ke rumah saya dan keluarga saya. 128 00:10:22,800 --> 00:10:25,560 Saya rasa saya tak faham sepenuhnya. 129 00:10:27,800 --> 00:10:30,840 Hal kecil akan buat dia naik angin. 130 00:10:32,360 --> 00:10:34,960 Dia marah kalau adik-adik saya ada, 131 00:10:34,960 --> 00:10:39,000 terutamanya adik bongsu saya yang baru berusia tiga tahun waktu itu. 132 00:10:39,560 --> 00:10:43,200 Dia juga bawa pistol semasa berpindah ke rumah kami. 133 00:10:43,720 --> 00:10:45,960 Ia menakutkan. 134 00:10:49,200 --> 00:10:50,640 Ia hebat pada mulanya. 135 00:10:51,280 --> 00:10:55,200 Tentu sekali nenek saya tak ada untuk menyeksa hidup saya. 136 00:10:57,000 --> 00:10:59,440 Tapi semakin lama masa berlalu, 137 00:10:59,440 --> 00:11:01,480 keadaan menjadi lebih sukar. 138 00:11:02,600 --> 00:11:06,440 Semuanya seperti mula hancur dan lama-kelamaan semakin buruk. 139 00:11:07,520 --> 00:11:09,280 Saya nak lari daripadanya. 140 00:11:10,160 --> 00:11:13,640 Tiba-tiba, saya fikir, "Lantaklah. Saya pergi saja." 141 00:11:15,200 --> 00:11:16,680 Saya beritahu Ashley, 142 00:11:16,680 --> 00:11:20,360 "Saya tak tahu jika awak nak ikut, tapi saya nak pergi." 143 00:11:20,880 --> 00:11:22,840 Dia kata, "Saya nak ikut awak." 144 00:11:22,840 --> 00:11:23,960 Saya cakap... 145 00:11:25,640 --> 00:11:26,640 Sebenarnya... 146 00:11:28,360 --> 00:11:31,640 Apa-apa pun, dia buat keputusan untuk ikut saya. 147 00:11:35,720 --> 00:11:38,440 Kami ada satu rancangan, iaitu lari bersama. 148 00:11:39,040 --> 00:11:42,160 Macam remaja biasa. 149 00:11:43,920 --> 00:11:46,520 Namun begitu, ia berubah. 150 00:11:48,400 --> 00:11:53,880 Dia kata dia nak bunuh datuk dan neneknya, curi segalanya daripada mereka 151 00:11:53,880 --> 00:11:57,320 dan memulakan hidup kami tanpa peraturan dan sekatan. 152 00:11:58,040 --> 00:11:59,160 Saya tak setuju. 153 00:12:01,360 --> 00:12:04,000 Saya percaya katanya? Tak juga. 154 00:12:05,160 --> 00:12:11,080 Tapi saya ingat ketika itu, saya tak rasa gembira lagi bersama dia. 155 00:12:12,600 --> 00:12:16,560 Tapi dia libatkan keluarga saya dan mengugut mereka. 156 00:12:18,800 --> 00:12:24,120 Apabila dia kata, "Jika saya singkirkan punca yang menghalang awak mengikut saya, 157 00:12:24,120 --> 00:12:28,280 awak akan ikut juga saya nanti sama ada awak mahu atau tidak." 158 00:12:29,520 --> 00:12:32,760 Ketika itu, tak kisahlah jika saya percaya atau tidak. 159 00:12:32,760 --> 00:12:35,480 Saya tak nak ambil risiko 160 00:12:35,480 --> 00:12:39,560 dan anggap dia tak mampu melakukannya, kemudian sedar saya salah. 161 00:12:45,520 --> 00:12:48,720 Sejujurnya, saya tak ingat permulaan hari itu. 162 00:12:51,120 --> 00:12:54,160 Saya ingat saya kemas beg... 163 00:12:56,480 --> 00:13:02,560 Mak saya masuk ke bilik tidur dan tanya apa yang sedang berlaku. 164 00:13:02,560 --> 00:13:05,680 Saya ingat saya menangis dan beritahu dia, 165 00:13:05,680 --> 00:13:10,000 "Saya perlu keluar dari rumah ini. Kami akan pindah. Kami akan pergi." 166 00:13:10,000 --> 00:13:12,560 Ketika keluar dari pintu, dia tolak saya. 167 00:13:12,560 --> 00:13:14,960 Dia ambil kunci dan telefon saya. 168 00:13:14,960 --> 00:13:19,160 Saya takkan kembali. Saya dihalau daripada keluarga itu. 169 00:13:24,880 --> 00:13:28,360 SELEPAS WAKTU TENGAH MALAM PADA 17 OKTOBER 2014, 170 00:13:28,360 --> 00:13:31,200 ASHLEY MENINGGALKAN RUMAHNYA DENGAN CHRISTIAN 171 00:13:33,480 --> 00:13:35,200 Jadi, kami mula berjalan. 172 00:13:35,720 --> 00:13:37,160 Ketika itu waktu malam. 173 00:13:39,320 --> 00:13:41,040 Lama kami berjalan. 174 00:13:44,600 --> 00:13:46,800 Akhirnya kami sampai di sebuah rumah. 175 00:13:48,560 --> 00:13:51,960 Kami ketuk pintunya dan minta untuk dihantar. 176 00:13:57,160 --> 00:13:58,920 Lelaki itu tumpangkan kami 177 00:13:58,920 --> 00:14:02,720 ke tempat yang dekat dengan rumah datuk dan nenek Christian. 178 00:14:13,240 --> 00:14:17,160 SEJURUS SELEPAS SUBUH, MEREKA MENGHAMPIRI RUMAH MAK CIK CHRISTIAN 179 00:14:17,160 --> 00:14:19,040 YANG JUGA TINGGAL BERDEKATAN 180 00:14:19,040 --> 00:14:22,080 MEREKA DAPATI TIADA SESIAPA DI RUMAH 181 00:14:25,320 --> 00:14:26,800 Kami ke rumah mak cik saya. 182 00:14:27,520 --> 00:14:28,760 Pintu berkunci. 183 00:14:28,760 --> 00:14:32,480 Saya cabut bidai dan buka tingkap. Kami pun masuk. 184 00:14:33,440 --> 00:14:36,400 Saya geledah rumah dan terjumpa senapang. 185 00:14:36,400 --> 00:14:39,600 Saya periksa semua peluru dan masukkan balik. 186 00:14:39,600 --> 00:14:44,240 Saya beritahu Ashley, "Saya datang balik 15 minit lagi. Tunggu di sini." 187 00:14:44,240 --> 00:14:45,280 Saya pun pergi. 188 00:14:51,240 --> 00:14:55,760 CHRISTIAN AMBIL SENAPANG ITU DAN BERJALAN KE RUMAH DATUK DAN NENEKNYA 189 00:14:55,760 --> 00:15:00,520 LALU MENINGGALKAN ASHLEY 190 00:15:03,400 --> 00:15:05,480 Saya ke rumah datuk dan nenek saya. 191 00:15:08,960 --> 00:15:11,200 Saya nampak nenek saya di dalam rumah. 192 00:15:12,240 --> 00:15:14,520 Saya ambil batu dari jalan masuk. 193 00:15:15,040 --> 00:15:20,080 Saya baling batu ke arah tab air di belakang untuk umpan dia keluar. 194 00:15:21,600 --> 00:15:23,480 Entahlah. Ini... 195 00:15:26,600 --> 00:15:27,680 Jadi, 196 00:15:28,240 --> 00:15:30,920 dia keluar. Dia pandang saya dan saya tembak. 197 00:15:38,760 --> 00:15:40,480 Saya berjalan ke arahnya. 198 00:15:41,320 --> 00:15:42,680 Dia masih menggigil. 199 00:15:43,320 --> 00:15:45,800 Saya fikir, "Dia mungkin masih hidup." 200 00:15:45,800 --> 00:15:47,920 Saya tembak belakang kepalanya. 201 00:15:54,320 --> 00:15:55,440 "Aku buat silap." 202 00:15:55,960 --> 00:15:58,720 Itulah fikiran pertama saya. "Aku buat silap. 203 00:15:59,240 --> 00:16:00,600 Apa aku dah buat?" 204 00:16:07,040 --> 00:16:11,800 SELEPAS MENEMBAK NENEKNYA, CHRISTIAN KEMBALI KEPADA ASHLEY 205 00:16:13,720 --> 00:16:17,640 Dia kembali dan macam naik gila. 206 00:16:18,160 --> 00:16:22,680 Saya tahu ada sesuatu yang tak kena dan ada sesuatu terjadi pada saat itu. 207 00:16:25,400 --> 00:16:29,200 Dia ayunkan pistol dan cakap, "Cepat ambil barang, masuk kereta." 208 00:16:30,000 --> 00:16:32,760 Dia tengking saya kerana saya tak cukup laju. 209 00:16:34,000 --> 00:16:35,480 Saya keliru. 210 00:16:37,920 --> 00:16:40,600 Dia beritahu saya dia baru bunuh neneknya. 211 00:16:43,680 --> 00:16:47,680 Saya rasa saya tak begitu faham selepas mula-mula mendengarnya 212 00:16:47,680 --> 00:16:49,560 mahupun selepas itu. 213 00:16:50,800 --> 00:16:56,160 Dia beritahu saya, tapi seperti saya kata, saya tak percaya katanya. 214 00:16:58,040 --> 00:17:01,600 Saya tak tahu waktunya otak saya enggan berfungsi lagi 215 00:17:01,600 --> 00:17:03,880 dalam semua proses itu. 216 00:17:05,320 --> 00:17:08,320 Ia seperti realiti yang saya tak mahu hadapi. 217 00:17:09,120 --> 00:17:12,240 Apa-apa yang dia suruh, saya ikut tanpa teragak-agak. 218 00:17:12,760 --> 00:17:15,240 Saya tak terfikir nak selamatkan diri saya. 219 00:17:17,880 --> 00:17:20,920 Saya tak tahu sebabnya saya tak terfikir. 220 00:17:29,160 --> 00:17:33,080 PASANGAN ITU MENCURI KERETA NENEK CHRISTIAN DAN LARI 221 00:17:33,080 --> 00:17:39,200 4 JAM KEMUDIAN, DATUK CHRISTIAN MENJUMPAI MAYAT ISTERINYA 222 00:17:49,040 --> 00:17:52,400 TIADA KEKOSONGAN 223 00:17:54,440 --> 00:17:57,480 ASHLEY DAN CHRISTIAN DITANGKAP KEESOKAN HARINYA 224 00:17:57,480 --> 00:18:03,600 MEREKA MEMANDU LEBIH 320 KILOMETER KE SEBUAH MOTEL DI OKLAHOMA 225 00:18:05,680 --> 00:18:09,400 Saya terus beritahu polis, saya yang bunuh. Ashley tak terbabit. 226 00:18:10,720 --> 00:18:15,240 Sejujurnya, dia cuma pemerhati yang tak bersalah dalam semua ini. 227 00:18:16,560 --> 00:18:17,520 Dia... 228 00:18:19,040 --> 00:18:23,480 Dia tak patut dipenjarakan atas kesilapan saya. 229 00:18:48,920 --> 00:18:53,520 Tiada perkataan yang boleh menggambarkan perasaan 230 00:18:53,520 --> 00:18:55,640 untuk bangun pada suatu pagi 231 00:18:55,640 --> 00:18:59,760 dan tahu kita duduk di sebelah pembunuh ketika menaiki bas sekolah. 232 00:19:01,640 --> 00:19:04,200 Saya masih tak percaya hingga ke hari ini. 233 00:19:05,920 --> 00:19:07,560 Tapi saya rasa 234 00:19:07,560 --> 00:19:11,160 jika Ashley tak terbabit, semua ini tidak akan berlaku. 235 00:19:12,800 --> 00:19:14,160 {\an8}Nama saya Eric Shelton. 236 00:19:14,160 --> 00:19:18,360 {\an8}Saya rakan sekolah Ashley Morrison dan Christian Sims. 237 00:19:24,880 --> 00:19:28,840 Saya kenal Christian selama 12 atau 13 tahun. 238 00:19:30,640 --> 00:19:34,840 Saya gambarkan Christian sebagai seorang yang pendiam. 239 00:19:36,040 --> 00:19:39,080 Kita boleh nampak, dia budak yang sangat bijak. 240 00:19:39,080 --> 00:19:41,160 Dia pandai dan rajin belajar. 241 00:19:42,320 --> 00:19:45,080 Dia cuma bukan seorang yang peramah. 242 00:19:47,800 --> 00:19:51,680 Tak dinafikan, Christian mempunyai masa silam yang gelap. 243 00:19:52,760 --> 00:19:56,320 Tapi markahnya bagus di sekolah. 244 00:19:56,840 --> 00:20:00,400 Jika bercakap dengannya, kita akan sedar masa depannya cerah, 245 00:20:00,400 --> 00:20:02,680 dia ada rancangan dan cita-cita. 246 00:20:06,360 --> 00:20:09,560 Ashley setahun lebih tua daripada saya dan Christian. 247 00:20:11,880 --> 00:20:15,720 Di sekolah menengah, jarak umur setahun sangat besar bezanya. 248 00:20:17,800 --> 00:20:21,280 Dinamik kuasa antara mereka adalah jika Ashley berjalan, 249 00:20:21,280 --> 00:20:23,360 Christian cium tanah yang dia pijak. 250 00:20:23,360 --> 00:20:25,680 Jika Ashley suruh terjun dari cenuram, 251 00:20:25,680 --> 00:20:30,160 bukan saja Christian akan buat, dia akan tanya baju yang patut dipakai. 252 00:20:33,200 --> 00:20:35,760 Susah nak cakap tentang hal di sebalik umum, 253 00:20:35,760 --> 00:20:38,040 jelas sekali saya tak tahu semuanya. 254 00:20:38,040 --> 00:20:40,840 Tapi saya nampak corak hubungan mereka. 255 00:20:41,760 --> 00:20:43,240 Ashley nak, Ashley dapat. 256 00:20:44,360 --> 00:20:48,280 Tapi tiba-tiba, apabila kejadian buruk seperti ini berlaku 257 00:20:48,280 --> 00:20:50,080 dan ia boleh dihukum, 258 00:20:50,760 --> 00:20:54,360 dia kata dia langsung tidak terlibat. 259 00:20:55,880 --> 00:20:57,640 Itu yang aneh bagi saya. 260 00:21:08,120 --> 00:21:10,200 MAHKAMAH DAERAH LAMAR 261 00:21:10,200 --> 00:21:14,680 Sejak awal lagi, kami melihatnya sebagai kes 262 00:21:15,720 --> 00:21:18,480 yang membabitkan dua individu. 263 00:21:19,760 --> 00:21:24,080 Tapi salah satu persoalan yang sukar bagi saya ialah, kenapa ini berlaku? 264 00:21:25,560 --> 00:21:28,560 Bagi saya, tiada motif yang jelas. 265 00:21:30,480 --> 00:21:31,840 {\an8}Nama saya Jill Drake, 266 00:21:31,840 --> 00:21:35,520 {\an8}dan saya pembantu pendakwa raya di Daerah Lamar, Texas, 267 00:21:35,520 --> 00:21:37,680 semasa pembunuhan ini dilakukan. 268 00:21:41,440 --> 00:21:44,320 Saya terlibat dalam kes ini dari mula. 269 00:21:45,640 --> 00:21:47,160 Apabila panggilan masuk 270 00:21:47,160 --> 00:21:50,800 dan kami dapat tahu ia melibatkan keluarga Sims, 271 00:21:51,640 --> 00:21:56,080 kami semua kata, "Oh, Tuhan. Christian Sims, dia mangsa kes dahulu." 272 00:21:56,080 --> 00:21:59,760 Memorinya mencurah-curah kembali. 273 00:22:02,160 --> 00:22:06,120 Christian pernah jadi mangsa dalam kes penderaan fizikal kanak-kanak 274 00:22:06,120 --> 00:22:08,160 pada tahun 2006. 275 00:22:09,720 --> 00:22:11,920 Kes itu agak dahsyat. 276 00:22:12,600 --> 00:22:19,240 Teman lelaki maknya mendera Christian Sims secara fizikal dan mungkin secara seksual 277 00:22:19,240 --> 00:22:21,600 ketika Christian berusia lapan tahun. 278 00:22:27,680 --> 00:22:30,400 Mak saya ada hubungan dengan seorang lelaki. 279 00:22:30,400 --> 00:22:33,480 Namanya Anthony Trenton Barbour. Saya ingat namanya. 280 00:22:34,600 --> 00:22:37,200 Entahlah. Susah nak cakap tentangnya. 281 00:22:37,200 --> 00:22:39,520 Dia boleh dikatakan tidak waras. 282 00:22:41,600 --> 00:22:44,000 Macam-macam perkara yang terjadi. 283 00:22:44,000 --> 00:22:46,960 Pukulan dan penderaan lain seperti itu. 284 00:22:46,960 --> 00:22:49,600 Saya takut sampai terkencing di katil. 285 00:22:49,600 --> 00:22:53,200 Salah satu ubatnya ialah dia akan ambil penyepit pakaian 286 00:22:53,200 --> 00:22:56,480 dan dia mengepitnya pada kemaluan saya. 287 00:22:57,560 --> 00:22:59,760 Itu mungkin bersifat seksual. 288 00:23:03,600 --> 00:23:08,280 Sebagai pendakwa penderaan kanak-kanak, sangat sukar untuk saya dengar 289 00:23:08,280 --> 00:23:12,920 perkara yang Christian dakwa dibuat kepadanya dan saya tahu ia benar. 290 00:23:13,480 --> 00:23:15,920 Sayu hati saya mendengarnya. 291 00:23:17,840 --> 00:23:23,520 Ia situasi yang dahsyat untuk kanak-kanak ini alami. 292 00:23:25,640 --> 00:23:30,320 PADA TAHUN 2007, PEJABAT JILL DRAKE MENDAKWA ANTHONY "TRENT" BARBOUR 293 00:23:30,320 --> 00:23:32,640 ATAS KESALAHAN PENDERAAN KANAK-KANAK 294 00:23:34,640 --> 00:23:38,080 DIA DIHUKUM PENJARA SELAMA 20 TAHUN 295 00:23:38,080 --> 00:23:43,440 DAN CHRISTIAN DISERAH KEPADA DATUK DAN NENEKNYA UNTUK DIJAGA 296 00:23:45,400 --> 00:23:50,200 Datuk dan neneknya sangat dikenali dan dihormati. 297 00:23:51,000 --> 00:23:55,000 Mereka buat yang terbaik dan memberi dia tempat tinggal. 298 00:23:55,000 --> 00:23:59,960 Tapi kanak-kanak ini pasti mengalami PTSD. 299 00:23:59,960 --> 00:24:03,320 Dia perlu cuba menyelesaikan isu ini 300 00:24:03,320 --> 00:24:06,160 sepanjang zaman remajanya. 301 00:24:06,160 --> 00:24:10,160 Kami harap dengan ditempatkan bersama keluarga Sims yang penyayang, 302 00:24:10,160 --> 00:24:11,840 dia akan dapat bantuan itu. 303 00:24:15,480 --> 00:24:18,200 Saya pindah ke rumah datuk dan nenek saya. 304 00:24:18,880 --> 00:24:23,520 Maaf kalau bunyinya kasar, tapi lantaklah. Lebih baik saya cakap saja. 305 00:24:25,120 --> 00:24:27,160 Kita tak patut cakap buruk, 306 00:24:27,160 --> 00:24:31,760 tapi nenek saya orang paling teruk dan busuk hati yang saya pernah jumpa. 307 00:24:32,800 --> 00:24:36,160 Nenek saya dera saya secara mental, fizikal dan seksual. 308 00:24:38,840 --> 00:24:40,680 Dia datang pada lewat malam. 309 00:24:40,680 --> 00:24:42,880 Dia buat perkara sama macam Trent. 310 00:24:42,880 --> 00:24:46,920 Cuma dia tak pukul saya, tapi dia sakiti saya dengan cara lain. 311 00:24:48,040 --> 00:24:51,600 Dia genggam kemaluan saya dan pulas. 312 00:24:51,600 --> 00:24:56,560 Entahlah, dia sangat sadis apabila dia melakukan sesuatu. 313 00:24:58,160 --> 00:24:59,480 Lebih teruk daripada Trent. 314 00:25:05,240 --> 00:25:07,600 Baiklah, menarik sungguh. 315 00:25:08,240 --> 00:25:12,960 Ini kali pertama saya dengar sebarang dakwaan seumpamanya. 316 00:25:13,560 --> 00:25:18,680 Saya tak suka mengetepikan seseorang apabila mereka kata mereka didera. 317 00:25:20,400 --> 00:25:23,800 Saya boleh katakan, saya tak pasti jika saya percaya. 318 00:25:23,800 --> 00:25:29,640 Jika neneknya buat sesuatu untuk mendorong Christian membunuhnya, 319 00:25:30,360 --> 00:25:34,120 dia patut beritahu peguamnya ketika perbicaraan berlangsung. 320 00:25:37,400 --> 00:25:41,640 KES CHRISTIAN SIMS TIDAK DIBICARAKAN 321 00:25:43,120 --> 00:25:48,680 SEBALIKNYA, DIA MENGAKU BERSALAH UNTUK HUKUMAN PENJARA 35 TAHUN 322 00:25:50,840 --> 00:25:57,600 Saya terkejut mendengar dakwaan Christian bahawa neneknya mendera dia. 323 00:25:58,560 --> 00:26:00,520 Jika ia didedahkan, 324 00:26:00,520 --> 00:26:05,280 kami pasti akan menyiasat lebih lanjut dan mengambil kira faktor itu. 325 00:26:05,280 --> 00:26:08,080 Itulah tugas kami. Pendakwa menuntut keadilan. 326 00:26:09,040 --> 00:26:12,040 Tapi dia acukan pistol dan tembak pipi neneknya, 327 00:26:12,040 --> 00:26:13,880 dia tembak tepat di mukanya. 328 00:26:14,360 --> 00:26:16,000 Bagi saya, 329 00:26:16,000 --> 00:26:21,400 itu cara dia untuk menebus dirinya 330 00:26:21,400 --> 00:26:24,080 apabila dipenjarakan kerana membunuhnya. 331 00:26:33,560 --> 00:26:38,080 DALAM INGATAN KASIH SAYANG ANNIE LOIS SIMS 332 00:26:43,160 --> 00:26:46,160 Mak saya mak terbaik yang sesiapa boleh miliki. 333 00:26:48,680 --> 00:26:51,840 Sangat pemurah dan penyayang. 334 00:26:54,920 --> 00:27:00,240 Christian berani mengatakan yang mak saya menganiaya dia, 335 00:27:00,240 --> 00:27:02,240 ia membuat saya marah. 336 00:27:03,800 --> 00:27:06,520 {\an8}Dakwaannya itu bagai menikam hati 337 00:27:07,320 --> 00:27:09,160 dan menikam kami dari belakang 338 00:27:09,760 --> 00:27:12,040 kerana mak dan ayah saya bantu kamu 339 00:27:12,560 --> 00:27:15,560 dan ini cara kamu membalasnya. 340 00:27:18,840 --> 00:27:20,040 Saya Laurie Geer, 341 00:27:21,120 --> 00:27:24,200 dan mak saya ialah Annie Lois Sims. 342 00:27:29,680 --> 00:27:32,440 Ini gambar mak dan ayah saya, 343 00:27:32,440 --> 00:27:36,000 ia mungkin diambil selepas mereka ke gereja. 344 00:27:36,000 --> 00:27:38,080 Gambar mak saya di dapur. 345 00:27:38,720 --> 00:27:39,600 Ya. 346 00:27:39,600 --> 00:27:43,080 Kalaulah saya boleh telefon dia hari ini dan tanya resipi. 347 00:27:44,960 --> 00:27:47,840 Semasa mak dan ayah saya ambil Christian, 348 00:27:47,840 --> 00:27:51,320 mereka yakin, "Ini sesuatu yang kita perlu buat." 349 00:27:52,040 --> 00:27:55,400 Tak mungkin sama sekali mak saya mendera dia. 350 00:27:55,400 --> 00:28:00,880 Mak saya bukan begitu dan dia takkan buat sesuatu seperti itu. 351 00:28:00,880 --> 00:28:04,640 Mereka besarkan dia sama seperti saya dan adik saya. 352 00:28:05,520 --> 00:28:08,720 Tapi dia telah melalui masa silam yang dahsyat. 353 00:28:08,720 --> 00:28:13,000 Jadi, mereka cuba dapatkan bantuan yang dia perlukan serta kaunseling, 354 00:28:13,000 --> 00:28:17,120 dan sediakan suasana yang stabil dan penyayang untuknya 355 00:28:17,120 --> 00:28:20,240 sebagai sokongan dari aspek itu. 356 00:28:22,320 --> 00:28:26,880 Jadi, dia dapat semua bantuan yang diperlukan. 357 00:28:31,840 --> 00:28:34,960 Kali pertama saya tahu tentang Ashley 358 00:28:34,960 --> 00:28:37,840 adalah ketika mereka ke majlis tari-menari 359 00:28:37,840 --> 00:28:39,800 dan saya lihat gambarnya. 360 00:28:40,560 --> 00:28:47,080 Jelas daripada gambar itu, Christian sangat menaruh hati kepadanya. 361 00:28:49,400 --> 00:28:54,040 Tapi apabila Ashley muncul, Christian berubah dengan drastik. 362 00:28:56,280 --> 00:29:00,320 Dia menjadi lebih memberontak, suka bertengkar, 363 00:29:00,320 --> 00:29:02,440 dan macam-macam lagi. 364 00:29:04,680 --> 00:29:09,680 Saya tak percaya Christian sanggup buat sesuatu seperti ini 365 00:29:09,680 --> 00:29:14,040 jika bukan kerana pertemuan dan hubungannya dengan Ashley. 366 00:29:17,480 --> 00:29:19,240 Saya benci Ashley Morrison. 367 00:29:20,600 --> 00:29:22,800 Itu salah, tapi saya benci dia. 368 00:29:25,160 --> 00:29:30,160 Saya percaya Ashley juga bersalah seperti Christian, semestinya. 369 00:29:32,600 --> 00:29:35,120 Dia fikir dia boleh buat sesuka hati 370 00:29:36,400 --> 00:29:40,400 dan dia tak perlu tanggung akibatnya. 371 00:29:42,760 --> 00:29:45,600 Saya tahu Ashley ubah ceritanya. 372 00:29:47,080 --> 00:29:49,320 Saya rasa dia sangat manipulatif. 373 00:29:58,320 --> 00:30:01,560 {\an8}JABATAN KESELAMATAN AWAM TEXAS 374 00:30:02,760 --> 00:30:09,000 EKORAN PENANGKAPANNYA, ASHLEY MORRISON DISOAL SIASAT BEBERAPA KALI OLEH POLIS 375 00:30:14,040 --> 00:30:17,800 Dalam soal siasat, kita sentiasa mengharapkan hasil terbaik. 376 00:30:20,240 --> 00:30:24,080 Semasa saya menyoal Ashley, saya harap dia akan beritahu saya 377 00:30:24,080 --> 00:30:26,800 perkara sebenar tentang semua yang berlaku 378 00:30:26,800 --> 00:30:29,640 dan jawab setiap soalan yang saya ajukan. 379 00:30:31,240 --> 00:30:34,400 Tapi adakah kemahuan saya tercapai? Tidak. 380 00:30:35,480 --> 00:30:36,960 {\an8}Nama saya Stacy McNeal. 381 00:30:36,960 --> 00:30:40,120 {\an8}Saya Renjer Texas yang ditugaskan di Paris, Texas. 382 00:30:43,480 --> 00:30:45,320 {\an8}Kali pertama saya jumpa Ashley, 383 00:30:46,520 --> 00:30:48,520 tanggapan awal saya ialah 384 00:30:48,520 --> 00:30:53,760 dia nampak macam pelajar sekolah menengah berusia 17 tahun yang tipikal, 385 00:30:53,760 --> 00:30:56,320 cuma mungkin agak kurang matang. 386 00:30:57,120 --> 00:30:59,800 Dia bercakap dengan bebas serta terbuka 387 00:30:59,800 --> 00:31:02,600 dan dia pilih untuk terus bercakap dengan saya 388 00:31:02,600 --> 00:31:04,920 tanpa kehadiran peguamnya. 389 00:31:06,640 --> 00:31:09,640 Pada waktu itu, dia menafikan dia mengetahui 390 00:31:09,640 --> 00:31:12,120 bahawa nenek Christian sudah mati. 391 00:31:13,520 --> 00:31:15,120 Dia juga buat kenyataan 392 00:31:15,120 --> 00:31:18,800 bahawa Christian tidak bawa senapang semasa keluar dari rumah. 393 00:31:19,920 --> 00:31:21,000 Ashley kata, 394 00:31:21,000 --> 00:31:23,760 "Saya cuma teman wanita malang dan ketakutan 395 00:31:23,760 --> 00:31:27,440 yang khuatir Christian akan buat sesuatu kepada keluarga saya 396 00:31:27,440 --> 00:31:30,080 jika saya tak ikut arahannya." 397 00:31:32,200 --> 00:31:37,000 2 MINGGU KEMUDIAN, STACY MCNEAL MENYOAL SIASAT ASHLEY UNTUK KALI KEDUA 398 00:31:39,080 --> 00:31:40,520 Dalam soal siasat kedua, 399 00:31:40,520 --> 00:31:45,360 dia cuba mengelak daripada melibatkan diri dalam kesalahan jenayah, 400 00:31:45,360 --> 00:31:48,040 tapi tindakan itu sebenarnya 401 00:31:48,040 --> 00:31:51,280 mengaitkan dirinya dengan lebih mendalam. 402 00:31:52,040 --> 00:31:56,040 Dalam soal siasat kedua, dia ubah banyak maklumat penting. 403 00:31:56,800 --> 00:32:01,920 Dia mengaku membantu Christian memasukkan peluru senapang. 404 00:32:03,440 --> 00:32:05,320 Ini kali pertama Ashley akui 405 00:32:05,320 --> 00:32:08,360 bahawa Christian membawa senjata semasa dia pergi. 406 00:32:10,440 --> 00:32:14,600 Kemudian, Ashley mengaku yang Christian beritahu dia 407 00:32:14,600 --> 00:32:17,200 tentang niatnya untuk pergi ke rumah itu 408 00:32:17,200 --> 00:32:19,400 dan bunuh Mike dan Annie Lois Sims. 409 00:32:21,320 --> 00:32:23,760 {\an8}Dia tak laporkannya atau ambil tindakan. 410 00:32:23,760 --> 00:32:26,320 {\an8}Dia tak buat apa-apa untuk menghalangnya. 411 00:32:27,160 --> 00:32:32,160 Mereka bersubahat dan bekerjasama untuk melakukan kesalahan ini. 412 00:32:33,560 --> 00:32:37,040 Mestilah kamu terlibat. Kamu defendan. Kamu pembunuh. 413 00:32:47,840 --> 00:32:52,400 PADA 12 MAC 2015, ASHLEY MORRISON DIDAKWA ATAS PEMBUNUHAN ANNIE LOIS SIMS 414 00:32:52,400 --> 00:32:55,920 DI BAWAH "UNDANG-UNDANG PIHAK TERBABIT" NEGERI TEXAS 415 00:32:59,240 --> 00:33:02,600 Anda mungkin fikir, "Okey, saya tak boleh didakwa membunuh 416 00:33:02,600 --> 00:33:04,960 melainkan jika saya penembaknya." 417 00:33:06,600 --> 00:33:11,280 Di Texas, jika anda membantu melakukan jenayah dalam apa-apa cara, 418 00:33:11,280 --> 00:33:12,880 anda juga pesalah utama. 419 00:33:12,880 --> 00:33:16,040 Anda juga pelakunya, sama ada anda tembak atau tidak. 420 00:33:17,680 --> 00:33:20,800 Kami percaya Ashley Morrison membantu Christian 421 00:33:20,800 --> 00:33:24,000 sebelum, semasa dan selepas jenayah itu. 422 00:33:26,600 --> 00:33:29,440 ASHLEY MORRISON MENAFIKAN PENGLIBATAN SECARA RELA 423 00:33:29,440 --> 00:33:32,240 DAN MENOLAK PERSETUJUAN PENGAKUAN BERSALAH 424 00:33:33,200 --> 00:33:37,920 PADA 24 JULAI 2017, KESNYA DIBICARAKAN 425 00:33:40,360 --> 00:33:43,240 Salah satu bukti penting dalam perbicaraan 426 00:33:43,240 --> 00:33:47,400 ialah pesanan teks antara Ashley Morrison dan Christian Sims. 427 00:33:48,040 --> 00:33:53,200 Ini pesanan teks yang dihantar pada 16 Disember 2014, 428 00:33:53,200 --> 00:33:55,320 iaitu dua hari sebelum pembunuhan. 429 00:33:55,920 --> 00:33:59,160 Christian hantar, "Saya nak rompak datuk dan nenek saya. 430 00:33:59,160 --> 00:34:01,280 Nampaknya kita perlu keluar awal." 431 00:34:01,280 --> 00:34:04,800 Ashley hantar, "Yalah, tanpa kereta atau wang." 432 00:34:04,800 --> 00:34:07,600 "Ya, datuk dan nenek saya ada semua itu." 433 00:34:07,600 --> 00:34:09,880 Ashley hantar, "Ya, betul juga." 434 00:34:09,880 --> 00:34:12,120 Christian, "Kita buat malam ini." 435 00:34:12,120 --> 00:34:15,280 Ashley, "Saya tak tahu jika mak benarkan saya keluar. 436 00:34:15,280 --> 00:34:17,360 Terutamanya kalau ayah terlibat." 437 00:34:17,360 --> 00:34:19,920 "Pergi jahanam. Saya akan bunuh ayah awak." 438 00:34:19,920 --> 00:34:21,120 "Okeylah." 439 00:34:23,200 --> 00:34:25,920 Disebabkan oleh pesanan teks ini, 440 00:34:25,920 --> 00:34:29,920 ia sangat jelas bagi kami yang mereka rancang untuk pergi, 441 00:34:29,920 --> 00:34:32,080 rompak datuk dan nenek Christian 442 00:34:32,080 --> 00:34:34,680 dan bunuh sesiapa saja yang perlu. 443 00:34:35,560 --> 00:34:37,240 Semuanya di situ. 444 00:34:37,240 --> 00:34:40,160 "Saya akan bunuh ayah awak." "Okeylah." 445 00:34:40,160 --> 00:34:41,400 Apa itu? 446 00:34:43,640 --> 00:34:45,200 Dia bersubahat. 447 00:34:52,640 --> 00:34:56,720 Saya mengaku tak bersalah, sebab saya rasa saya tak bersalah. 448 00:34:58,160 --> 00:35:01,440 Saya fikir kebenaran akan disampaikan, 449 00:35:01,440 --> 00:35:04,240 dan mereka akan nampak... 450 00:35:04,240 --> 00:35:06,480 Mereka akan nampak diri saya. 451 00:35:07,880 --> 00:35:14,360 Saya ingat semuanya akan okey dan saya dapat pulang. 452 00:35:15,920 --> 00:35:17,720 Tapi mereka kata, 453 00:35:17,720 --> 00:35:22,400 saya tak laporkannya sebelum ia berlaku atau selepas dia beritahu rancangannya, 454 00:35:22,400 --> 00:35:25,320 jadi saya juga bersalah seolah-olah saya menembak 455 00:35:25,320 --> 00:35:27,760 walaupun bukan saya yang menembak. 456 00:35:30,120 --> 00:35:35,200 Saya tak tahu dia benar-benar mampu membunuh neneknya. 457 00:35:36,400 --> 00:35:38,960 Memanglah dia beritahu saya, 458 00:35:39,720 --> 00:35:43,320 tapi macam saya cakap, saya tak percaya katanya. 459 00:35:44,760 --> 00:35:47,920 Saya faham perkara yang kami bincangkan dan semua itu, 460 00:35:47,920 --> 00:35:53,560 tapi ia cuma luahan seseorang yang marah dan terluka. 461 00:35:53,560 --> 00:35:58,280 Maksud saya, gadis 17 tahun mana yang akan fikir 462 00:35:58,280 --> 00:36:02,320 teman lelakinya yang berusia 16 tahun benar-benar akan melakukannya? 463 00:36:02,320 --> 00:36:05,080 Siapa yang boleh jangka? 464 00:36:07,720 --> 00:36:11,280 SELEPAS 2 HARI PERBICARAAN, ASHLEY MORRISON DIDAPATI BERSALAH 465 00:36:11,280 --> 00:36:13,440 DIA DIHUKUM PENJARA SELAMA 30 TAHUN 466 00:36:13,440 --> 00:36:18,720 HANYA LIMA TAHUN LEBIH PENDEK BERBANDING CHRISTIAN SIMS 467 00:36:19,880 --> 00:36:22,400 Sejujurnya, saya rasa ia tak adil. 468 00:36:23,400 --> 00:36:26,520 Sebab dalam fikiran saya, apabila saya ingat kembali, 469 00:36:27,760 --> 00:36:32,600 saya rasa saya tak boleh buat apa-apa untuk menyelamatkan dia. 470 00:36:37,040 --> 00:36:41,520 Saya dengar Ashley kata yang dia rasa ia tak adil. 471 00:36:43,320 --> 00:36:46,240 Tapi kami dakwa dia dan dia disabitkan bersalah. 472 00:36:47,000 --> 00:36:48,400 Itu saja. 473 00:36:51,840 --> 00:36:56,440 Ashley Morrison cuma menulis semula kejadian yang berlaku dalam fikirannya 474 00:36:56,440 --> 00:36:58,560 supaya dia boleh maafkan dirinya. 475 00:36:58,560 --> 00:37:00,080 Bagi saya, itu alasan. 476 00:37:00,080 --> 00:37:02,800 Ia cuma sesuatu yang dia katakan waktu ini 477 00:37:02,800 --> 00:37:07,360 untuk mengurangkan rasa bersalah kerana turut serta dengan rela hati. 478 00:37:15,200 --> 00:37:18,280 Semasa perbicaraan, pendakwa kata 479 00:37:18,280 --> 00:37:25,360 Ashley Morrison merupakan pihak terbabit tanpa sebarang keraguan. 480 00:37:28,720 --> 00:37:33,480 Tapi bukti utama yang merisaukan saya ialah kenyataan Christian Sims. 481 00:37:35,280 --> 00:37:38,160 "Semuanya saya. Dia tak ada kaitan dengannya." 482 00:37:42,360 --> 00:37:47,360 SEJURUS SELEPAS DIJATUHKAN HUKUMAN, ASHLEY MORRISON MEMBUAT RAYUAN 483 00:37:48,520 --> 00:37:50,080 Nama saya Roland Mosher, 484 00:37:50,080 --> 00:37:52,840 dan saya seorang peguam di negeri Texas. 485 00:37:53,480 --> 00:37:58,720 Saya peguam pembelaan jenayah dan bertanggungjawab untuk rayuan Ashley. 486 00:38:03,080 --> 00:38:09,520 {\an8}Saya rasa ada sedikit kaitan antara Ashley dengan tindakan Christian Sims. 487 00:38:09,520 --> 00:38:11,480 Dia tak telefon polis. 488 00:38:11,480 --> 00:38:14,280 Dia tak menolak untuk naik kereta bersamanya. 489 00:38:14,280 --> 00:38:15,760 Dia pergi bersamanya. 490 00:38:17,440 --> 00:38:23,640 Tapi ada cukup bukti dalam kes ini bahawa Ashley dipaksa. 491 00:38:25,200 --> 00:38:27,560 Dalam undang-undang pihak terbabit, 492 00:38:27,560 --> 00:38:29,600 anda perlu terbabit secara rela. 493 00:38:29,600 --> 00:38:32,720 Jika anda dipaksa, anda tidak terbabit secara rela. 494 00:38:34,680 --> 00:38:39,440 Pada dasarnya, pihak negeri menghujahkan bahawa Ashley, gadis berusia 17 tahun, 495 00:38:39,440 --> 00:38:46,160 tidak cuba bersungguh-sungguh untuk menolak atau menghalang 496 00:38:46,160 --> 00:38:51,440 teman lelakinya yang tidak stabil dan cenderung untuk membunuh. 497 00:38:54,320 --> 00:38:58,120 Tapi kalau teman lelaki anda yang gila datang ke rumah dan kata, 498 00:38:58,120 --> 00:39:02,360 "Saya nak pergi dan awak akan ikut. Saya akan bunuh orang hari ini," 499 00:39:02,360 --> 00:39:07,240 munasabah untuk anda fikir, jika anda buat sesuatu untuk melawan, 500 00:39:07,240 --> 00:39:09,640 atau jika keluarga anda buat dia marah, 501 00:39:09,640 --> 00:39:11,920 mereka akan jadi mangsa. 502 00:39:15,200 --> 00:39:17,840 DIASASKAN PADA TAHUN 1844 PARIS, TEXAS 503 00:39:18,520 --> 00:39:24,600 PADA BULAN MAC 2019, RAYUAN ASHLEY MORRISON BERJAYA 504 00:39:24,600 --> 00:39:29,120 DAN PERBICARAAN BAHARU DILULUSKAN 505 00:39:34,960 --> 00:39:38,160 Orang yang bersalah dalam jenayah ini ialah Chris, 506 00:39:39,080 --> 00:39:40,080 bukan Ashley. 507 00:39:43,280 --> 00:39:46,280 Saya rasa apabila orang kecam Ashley, 508 00:39:46,280 --> 00:39:50,680 mereka percaya dia ada niat untuk melakukannya 509 00:39:51,960 --> 00:39:55,080 dan saya rasa ia tidak tepat. 510 00:39:58,400 --> 00:40:02,120 {\an8}Nama saya Rycke Marshall. Saya ahli psikologi klinikal. 511 00:40:03,760 --> 00:40:07,040 Saya membuat penilaian ke atas Ashley Morrison, 512 00:40:07,840 --> 00:40:12,400 dan saya dapat kebenaran Ashley untuk membincangkan kes ini. 513 00:40:15,240 --> 00:40:19,760 Saya jumpa Ashley sebanyak empat kali selama 12 jam keseluruhannya. 514 00:40:21,400 --> 00:40:25,240 Dia peramah, tapi dia mengalami trauma. 515 00:40:26,120 --> 00:40:29,120 Hampir seperti kanak-kanak dalam beberapa aspek. 516 00:40:29,720 --> 00:40:34,280 Dia seseorang yang mudah dimanipulasi. 517 00:40:38,920 --> 00:40:44,920 {\an8}Apabila seorang remaja disoal siasat oleh polis tanpa kehadiran peguam, 518 00:40:45,680 --> 00:40:47,160 ia pasti menakutkan. 519 00:40:48,560 --> 00:40:50,840 Jurang kuasanya terlalu besar. 520 00:40:52,720 --> 00:40:56,920 Saya rasa ia tidak mengejutkan jika ceritanya berubah. 521 00:41:00,880 --> 00:41:02,240 Chris kata, 522 00:41:02,800 --> 00:41:04,960 "Saya boleh bunuh mak dan ayah awak 523 00:41:05,640 --> 00:41:08,520 dan jadikannya kes bunuh diri selepas membunuh." 524 00:41:10,440 --> 00:41:13,800 Ia kelihatan seperti ancaman sebenar baginya, 525 00:41:14,480 --> 00:41:16,960 jadi dia terpaksa pergi. 526 00:41:18,640 --> 00:41:21,080 Itu rancangan Chris. 527 00:41:21,080 --> 00:41:23,960 Itu tindakannya. Itu ideanya. 528 00:41:23,960 --> 00:41:25,800 Itu bukan kemahuan Ashley. 529 00:41:29,760 --> 00:41:33,720 Saya benci apabila seseorang diperlakukan secara tidak adil. 530 00:41:35,320 --> 00:41:40,080 Saya rasa dia ada peluang yang baik untuk mengubah keputusan 531 00:41:40,080 --> 00:41:41,720 jika dia dibicarakan lagi. 532 00:41:43,520 --> 00:41:46,600 Tapi malangnya, bukan itu yang berlaku. 533 00:41:49,920 --> 00:41:51,720 TUJUH BULAN SELEPAS RAYUANNYA, 534 00:41:51,720 --> 00:41:54,240 ASHLEY MORRISON MENOLAK PERBICARAAN KEDUA 535 00:41:54,240 --> 00:41:55,840 DAN MENGAKU BERSALAH 536 00:41:55,840 --> 00:42:00,880 PADA 4 MAC 2020, DIA DIJATUHKAN HUKUMAN 30 TAHUN PENJARA BUAT KALI KEDUA 537 00:42:08,760 --> 00:42:13,200 Jadi, saya tukar pengakuan kepada bersalah semasa perbicaraan kedua saya 538 00:42:14,120 --> 00:42:17,040 kerana memang saya bersalah. 539 00:42:17,040 --> 00:42:18,440 Saya masih bersalah. 540 00:42:21,640 --> 00:42:25,000 Tak kiralah apa-apa pun fikiran saya, 541 00:42:25,000 --> 00:42:30,280 tak kiralah jika keluarga saya diancam, 542 00:42:30,280 --> 00:42:33,680 tak kiralah apa-apa pun, saya ada pilihan. 543 00:42:33,680 --> 00:42:35,840 Saya boleh pilih untuk menghalang dia. 544 00:42:35,840 --> 00:42:38,600 Saya boleh pilih untuk mendapatkan bantuan. 545 00:42:40,560 --> 00:42:44,560 Saya bertanggungjawab atas pilihan saya. 546 00:42:47,160 --> 00:42:49,720 Saya tak tahu jika saya boleh menghalangnya, 547 00:42:50,920 --> 00:42:54,360 tapi sebahagian besar diri saya menyesal kerana tidak cuba. 548 00:42:57,160 --> 00:42:59,520 TIGA BULAN SELEPAS TEMU BUAL PERTAMANYA, 549 00:42:59,520 --> 00:43:03,080 ASHLEY MORRISON BERSETUJU UNTUK MENJAWAB SOALAN LANJUT 550 00:43:06,840 --> 00:43:11,200 Saya dijatuhkan hukuman 30 tahun penjara sekali lagi. 551 00:43:12,880 --> 00:43:19,600 Sejujurnya, saya rasa ia tak adil kerana saya tak melakukan pembunuhan itu. 552 00:43:21,840 --> 00:43:24,240 Saya bercakap dari sudut pandangan saya. 553 00:43:24,240 --> 00:43:29,920 Saya bercakap selepas melihat hidup saya terlepas dari genggaman. 554 00:43:31,280 --> 00:43:35,800 Tapi ini peluang saya untuk menceritakan perkara sebenar. 555 00:43:37,520 --> 00:43:41,040 Semasa soal siasat dengan polis, saya sangat takut. 556 00:43:43,160 --> 00:43:46,320 Tapi saya ingat saya berfikir sendiri, 557 00:43:47,320 --> 00:43:50,960 "Mereka takkan percaya kalau saya beritahu perkara sebenar." 558 00:43:51,600 --> 00:43:53,800 Saya tidak mahu disalah anggap. 559 00:43:54,880 --> 00:43:58,720 Tapi saya patut bercakap jujur sejak awal lagi, 560 00:43:58,720 --> 00:44:03,440 kerana persoalannya sekarang ialah, "Apa cerita yang sebenarnya?" 561 00:44:06,360 --> 00:44:08,720 Semasa saya menyoal Ashley, 562 00:44:08,720 --> 00:44:11,000 antara soal siasat pertama dan kedua, 563 00:44:11,000 --> 00:44:13,960 dia telah mengubah banyak maklumat penting. 564 00:44:14,680 --> 00:44:19,800 Dia mengaku membantu Christian memasukkan peluru senapang. 565 00:44:20,960 --> 00:44:25,080 Kemudian, Ashley mengaku yang Christian beritahu dia 566 00:44:25,080 --> 00:44:28,560 tentang niatnya untuk membunuh Mike dan Annie Lois Sims. 567 00:44:31,160 --> 00:44:34,480 Saya tak pergi ke rumah datuk dan neneknya. 568 00:44:35,120 --> 00:44:37,600 Saya tak melakukan pembunuhan itu. 569 00:44:38,720 --> 00:44:42,080 Dalam fikiran saya, saya tak tolong dia masukkan peluru. 570 00:44:43,400 --> 00:44:45,320 Ada banyak peluru di atas tanah. 571 00:44:45,320 --> 00:44:48,400 Dia suruh saya kutip dan kira semula untuknya. 572 00:44:48,400 --> 00:44:50,440 Itu saja yang saya buat. 573 00:44:51,680 --> 00:44:53,680 Tentunya apabila diingat kembali, 574 00:44:53,680 --> 00:44:57,560 mestilah saya terfikir dia akan mencederakan seseorang, bukan? 575 00:44:58,560 --> 00:45:01,800 Semua orang fikir begitu. Tapi pada masa yang sama, 576 00:45:01,800 --> 00:45:04,640 kita tak percaya sesiapa mampu membunuh, 577 00:45:04,640 --> 00:45:08,080 terutamanya orang yang kita sayang dan cintai. 578 00:45:11,280 --> 00:45:15,120 Jelas sekali, Ashley Morrison membantu Christian 579 00:45:15,120 --> 00:45:18,160 sebelum, semasa dan selepas jenayah itu. 580 00:45:19,040 --> 00:45:21,600 Mereka akan bunuh sesiapa yang perlu. 581 00:45:22,440 --> 00:45:25,160 Christian, "Saya akan bunuh ayah awak." 582 00:45:25,160 --> 00:45:26,840 Ashley, "Okeylah." 583 00:45:27,640 --> 00:45:30,320 "Saya akan bunuh ayah awak." "Okeylah." 584 00:45:30,320 --> 00:45:31,680 Apa itu? 585 00:45:32,200 --> 00:45:33,400 Dia bersubahat. 586 00:45:34,840 --> 00:45:38,160 Pesanan teks itu memang teruk bunyinya. Saya faham. 587 00:45:38,160 --> 00:45:42,880 Saya faham betapa teruk dan dahsyatnya ia dari pandangan luar. 588 00:45:42,880 --> 00:45:47,200 Tapi saya cakap begitu kerana saya tak anggap Christian serius. 589 00:45:47,200 --> 00:45:50,960 Setiap kali saya kata "okey" atau "okeylah," 590 00:45:50,960 --> 00:45:53,480 saya sebenarnya maksudkan "apa-apalah". 591 00:45:55,160 --> 00:45:57,920 Saya tak anggap dia serius. 592 00:45:58,640 --> 00:46:00,920 Tapi ia jadi serius. 593 00:46:04,640 --> 00:46:06,560 Saya sangat menyesal 594 00:46:08,120 --> 00:46:10,400 kerana tak cuba menghalangnya. 595 00:46:13,680 --> 00:46:17,160 Jika saya boleh cakap sesuatu kepada keluarga Sims, 596 00:46:17,160 --> 00:46:18,960 saya akan beritahu mereka, 597 00:46:20,040 --> 00:46:23,680 walaupun tak ada gunanya lagi, saya benar-benar minta maaf. 598 00:46:26,040 --> 00:46:27,920 Tapi pada masa yang sama, 599 00:46:27,920 --> 00:46:31,080 saya tak boleh bertanggungjawab atas perbuatannya. 600 00:46:33,400 --> 00:46:37,480 Saya percaya saya patut dipenjarakan atas penglibatan saya. 601 00:46:38,120 --> 00:46:39,000 Ya. 602 00:46:39,520 --> 00:46:43,640 Adakah saya percaya saya patut dipenjarakan 30 tahun untuknya? 603 00:46:43,640 --> 00:46:44,840 Tidak. 604 00:46:48,000 --> 00:46:50,760 Sebab orang yang menarik picu itu 605 00:46:51,960 --> 00:46:55,080 dan merancang semuanya dapat 35 tahun saja. 606 00:47:02,520 --> 00:47:07,520 CHRISTIAN SIMS JUGA BERSETUJU UNTUK MENJAWAB SOALAN LANJUT 607 00:47:09,840 --> 00:47:14,560 Saya tembak nenek saya kerana dia pukul dan cabul kehormatan saya semasa kecil. 608 00:47:15,200 --> 00:47:18,360 Sebab itu saja saya melakukannya. 609 00:47:19,640 --> 00:47:22,360 Tapi saya tak merancangnya dari awal. 610 00:47:23,400 --> 00:47:27,320 Sejujurnya, saya memiliki kepintaran yang tinggi. 611 00:47:27,320 --> 00:47:31,960 Saya tak cakap begini kerana nak berlagak atau apa-apa seperti itu, 612 00:47:31,960 --> 00:47:33,440 tapi jika saya rancang, 613 00:47:33,440 --> 00:47:36,560 ia akan dilaksanakan dengan cara yang berbeza. 614 00:47:38,280 --> 00:47:42,200 Saya tak sebut tentang penderaan itu 615 00:47:42,800 --> 00:47:45,760 kerana saya rasa orang takkan mempercayainya. 616 00:47:48,600 --> 00:47:53,960 Christian berani mengatakan yang mak saya menganiaya dia, 617 00:47:53,960 --> 00:47:56,360 ia membuat saya marah. 618 00:47:57,080 --> 00:48:00,240 Mak saya takkan buat sesuatu seperti itu. 619 00:48:01,320 --> 00:48:05,920 Dakwaannya itu bagai menikam hati dan menikam kami dari belakang 620 00:48:05,920 --> 00:48:09,320 kerana mak dan ayah saya bantu kamu 621 00:48:10,080 --> 00:48:13,080 dan ini cara kamu membalasnya. 622 00:48:14,920 --> 00:48:17,920 Saya tak boleh cakap atau buat apa-apa agar orang percaya. 623 00:48:17,920 --> 00:48:20,520 Mereka tak ada. Mereka tak mengalaminya. 624 00:48:21,360 --> 00:48:23,040 Sejujurnya, 625 00:48:23,040 --> 00:48:25,840 saya tak menyesal apabila dia mati seperti itu. 626 00:48:26,680 --> 00:48:31,240 Saya rasa dia patut mati dengan cara yang lebih dahsyat. 627 00:48:31,840 --> 00:48:35,400 Saya cuma benci kerana saya yang membunuhnya. 628 00:48:37,800 --> 00:48:40,400 Saya tak pasti tentang pendapat Ashley. 629 00:48:42,160 --> 00:48:46,600 Saya rasa dia mungkin beritahu kamu secubit cerita sebenar 630 00:48:46,600 --> 00:48:49,520 yang bercampur dengan cerita-cerita mengarut. 631 00:48:51,080 --> 00:48:54,520 Contohnya, dia kata dia takut akan saya dan lain-lain lagi. 632 00:48:54,520 --> 00:48:56,640 Saya layan dia macam puteri. 633 00:48:58,480 --> 00:49:02,640 Saya tak pernah sakiti dia. 634 00:49:03,920 --> 00:49:06,080 Saya tak paksa dia buat apa-apa. 635 00:49:37,120 --> 00:49:40,040 {\an8}Terjemahan sari kata oleh Liyana Osman