1 00:00:14,160 --> 00:00:17,640 Mereka cuba buat macam saya bunuh seseorang dengan kejam. 2 00:00:17,640 --> 00:00:21,360 Bukan begitu. Saya mangsa jenayah benci. 3 00:00:23,360 --> 00:00:29,840 LEBIH DARIPADA 12,000 JENAYAH BENCI DILAKUKAN SETIAP TAHUN DI AMERIKA SYARIKAT 4 00:00:30,360 --> 00:00:33,800 KEMUNGKINAN ORANG ASLI AMERIKA MENJADI MANGSA JENAYAH GANAS 5 00:00:33,800 --> 00:00:36,600 ADALAH DUA KALI GANDA BERBANDING WARGA AS LAIN 6 00:00:40,360 --> 00:00:42,760 Hati saya hancur apabila tahu dia mati. 7 00:00:46,640 --> 00:00:49,160 Sebab dia juga orang asli Amerika. 8 00:00:54,760 --> 00:00:58,200 Ia seperti membunuh abang kandung saya. Itu yang saya rasa. 9 00:01:04,040 --> 00:01:09,320 INI KISAH BANDUAN #3015941 10 00:01:11,360 --> 00:01:13,960 Saya rasa semua orang boleh jadi berbahaya. 11 00:01:13,960 --> 00:01:16,440 Orang kata saya zalim. 12 00:01:17,560 --> 00:01:19,840 Saya tak cakap saya tak bersalah. 13 00:01:19,840 --> 00:01:22,240 Saya baru bunuh seseorang dengan kejam. 14 00:01:28,080 --> 00:01:33,240 KESUDAHAN YANG KEJAM 15 00:01:33,880 --> 00:01:37,480 LADANG PENJARA NEGERI MONTANA 16 00:01:41,400 --> 00:01:46,360 PADA TAHUN 2013, MAKUEEYAPEE WHITFORD DIDAKWA MELAKUKAN HOMISID SECARA SENGAJA 17 00:01:46,360 --> 00:01:49,840 SELEPAS MENIKAM JOHN PIERRE, JR. SEHINGGA MATI. 18 00:01:52,160 --> 00:01:54,120 Saya dilahirkan di Montana. 19 00:01:54,120 --> 00:01:56,920 1980. 13 November 1980. 20 00:01:59,320 --> 00:02:02,600 Saya balik di dalam kotak kadbod ke Tanah Rizab Blackfeet 21 00:02:02,600 --> 00:02:07,160 sebab kami tak ada duit dan tak mampu beli kerusi bayi. 22 00:02:08,720 --> 00:02:11,760 Semua orang fikir Amerika ialah tempat yang kaya. 23 00:02:13,280 --> 00:02:16,560 Tapi mereka tak faham, tanah rizab orang asli Amerika 24 00:02:16,560 --> 00:02:18,480 bagaikan negara dunia ketiga. 25 00:02:24,080 --> 00:02:25,640 ESPRESO 26 00:02:25,640 --> 00:02:28,200 Datuk saya ialah Ketua Running Crane, 27 00:02:28,200 --> 00:02:31,240 iaitu ketua terakhir puak orang asli Blackfeet. 28 00:02:34,840 --> 00:02:36,840 Ayah saya orang asli Amerika jati. 29 00:02:37,960 --> 00:02:40,600 Itu sebahagian daripada warisan saya. 30 00:02:42,720 --> 00:02:45,000 Tapi keluarga mak saya berkulit putih. 31 00:02:46,400 --> 00:02:49,320 Zaman kanak-kanak saya tidak stabil langsung. Ya. 32 00:02:51,720 --> 00:02:58,040 IBU BAPA WHITFORD BERPISAH SEMASA USIANYA KURANG DARIPADA SETAHUN 33 00:02:58,720 --> 00:03:01,640 DIA DIBESARKAN OLEH IBUNYA 34 00:03:01,640 --> 00:03:06,520 DAN TINGGAL JAUH DARI TANAH RIZAB SEPANJANG ZAMAN KANAK-KANAKNYA 35 00:03:08,920 --> 00:03:12,880 Mak saya ada tujuh orang anak dan semuanya berlainan ayah. 36 00:03:14,360 --> 00:03:17,240 Dia berpindah dari satu tempat ke tempat lain. 37 00:03:19,160 --> 00:03:22,000 Saya pernah tinggal di Montana, tinggal di Idaho, 38 00:03:22,000 --> 00:03:27,200 Washington, California, Oregon dan di seluruh barat laut. 39 00:03:30,440 --> 00:03:34,080 Masa paling gembira adalah ketika saya berusia lapan tahun 40 00:03:34,080 --> 00:03:36,680 semasa tinggal di Idaho dengan ayah tiri saya. 41 00:03:38,880 --> 00:03:40,400 Dia tinggal di ladang. 42 00:03:40,400 --> 00:03:43,320 Saya tolong dia bina pagar dan macam-macam lagi. 43 00:03:43,320 --> 00:03:44,920 Kami halau koyote. 44 00:03:50,400 --> 00:03:55,360 Tapi dia mula pukul mak saya dan sebab itulah mak saya akhirnya lari. 45 00:03:58,320 --> 00:04:03,120 Jadi, saya lari dengan mak saya dan tinggal dengan pak cik-pak cik saya. 46 00:04:04,080 --> 00:04:08,080 PADA USIA AWAL REMAJA, WHITFORD BERPINDAH KE TACOMA, WASHINGTON 47 00:04:08,080 --> 00:04:11,960 UNTUK TINGGAL DENGAN SAUDARA MARA SEBELAH AYAHNYA 48 00:04:13,000 --> 00:04:14,160 Ia huru-hara. 49 00:04:14,920 --> 00:04:19,000 Bahagian timur Tacoma ialah sektor paling teruk di Washington. 50 00:04:19,000 --> 00:04:20,800 Kadar pembunuhan tertinggi. 51 00:04:20,800 --> 00:04:22,840 Ia penuh dengan keganasan geng. 52 00:04:25,280 --> 00:04:27,640 Saya terlibat dalam gaya hidup jenayah. 53 00:04:29,160 --> 00:04:31,000 Pak cik-pak cik saya bekerja 54 00:04:31,000 --> 00:04:34,200 dan mereka tak kisah tentang aktiviti luar saya. 55 00:04:37,320 --> 00:04:39,920 Saya bangun dan bergerak dari rumah ke rumah. 56 00:04:39,920 --> 00:04:43,080 Ya, aktiviti jenayah sangat berleluasa. 57 00:04:44,320 --> 00:04:50,360 APABILA WHITFORD 18 TAHUN, DIA MENERIMA WANG DARIPADA PUAK BLACKFOOT 58 00:04:52,200 --> 00:04:56,720 Saya dapat duit semasa saya 18 tahun, beli kereta dan macam-macam lagi. 59 00:04:57,600 --> 00:04:59,680 Saya mula membelanjakan wang, 60 00:04:59,680 --> 00:05:03,920 minum, ambil dadah, apa-apa sajalah. Saya cuma berparti. 61 00:05:03,920 --> 00:05:08,080 Kemudian, saya kehabisan duit dan 62 00:05:09,400 --> 00:05:10,520 saya jadi buntu. 63 00:05:10,520 --> 00:05:11,720 BUKA 64 00:05:11,720 --> 00:05:13,880 Jadi, saya rompak hotel. 65 00:05:13,880 --> 00:05:16,120 Sebenarnya, ia agak lucu. 66 00:05:17,200 --> 00:05:18,800 Rompakan itu tak ada hasil. 67 00:05:19,680 --> 00:05:21,160 Ada wanita tua. 68 00:05:21,160 --> 00:05:23,640 Saya fikir, "Saya takkan rompak dia." 69 00:05:23,640 --> 00:05:27,800 Tapi saya dah masuk, keluarkan pistol dan acu kepada dia. 70 00:05:27,800 --> 00:05:29,920 Saya pandang dia dan fikir, 71 00:05:29,920 --> 00:05:31,200 "Saya takkan buat." 72 00:05:31,200 --> 00:05:34,280 WHITFORD LARI DARI HOTEL, 73 00:05:34,280 --> 00:05:39,120 TAPI DIBURU POLIS DAN DITANGKAP SELEPAS KERETANYA DIKEJAR 74 00:05:43,200 --> 00:05:45,160 Saya didakwa atas rompakan tahap pertama, 75 00:05:45,160 --> 00:05:47,320 tiga serangan tahap kedua, 76 00:05:47,320 --> 00:05:49,880 lari daripada polis dan memiliki senjata berbahaya 77 00:05:49,880 --> 00:05:51,880 kerana tiga serangan tahap kedua 78 00:05:51,880 --> 00:05:55,920 adalah kerana saya memandu di luar jalan. 79 00:05:59,720 --> 00:06:02,800 PADA DISEMBER 1998, WHITFORD DIHUKUM 10 TAHUN PENJARA 80 00:06:02,800 --> 00:06:06,760 DIA BERUSIA 18 TAHUN 81 00:06:09,200 --> 00:06:12,760 Ayah saya kata, "Anggap penjara macam pengalaman kolej." 82 00:06:12,760 --> 00:06:15,920 Itu yang saya buat. Saya belajar bersungguh-sungguh. 83 00:06:15,920 --> 00:06:18,720 Saya tak memiliki pendidikan pada masa itu, 84 00:06:18,720 --> 00:06:21,320 saya berhenti sekolah semasa gred tujuh. 85 00:06:22,360 --> 00:06:24,880 Tapi saya baca buku, satu demi satu. 86 00:06:24,880 --> 00:06:26,800 Sebab itu penulisan saya bagus. 87 00:06:27,440 --> 00:06:32,640 SELEPAS ENAM BULAN PENJARA, WHITFORD MENERIMA SIJIL SEKOLAH MENENGAH 88 00:06:32,640 --> 00:06:35,920 DIA TURUT MENYERTAI KUMPULAN BANDUAN ORANG ASLI AMERIKA 89 00:06:35,920 --> 00:06:39,240 DAN MENGENALI WARISAN NENEK MOYANGNYA BUAT KALI PERTAMA 90 00:06:40,760 --> 00:06:44,040 Apabila tiba di penjara, saya banduan yang paling muda. 91 00:06:44,720 --> 00:06:47,640 Saudara sekaum nampak dan mereka mula ajar saya 92 00:06:47,640 --> 00:06:50,040 tentang cara hidup tradisional kita. 93 00:06:51,680 --> 00:06:53,760 Ia dipanggil Indians of All Tribes. 94 00:06:54,840 --> 00:06:56,840 Ia tentang kemegahan orang asli. 95 00:06:57,720 --> 00:07:00,200 Tindakan pertama mereka ialah mereka beri gendang 96 00:07:00,200 --> 00:07:02,080 dan saya jadi pembawa gendang. 97 00:07:05,440 --> 00:07:07,320 Sebab ia nadi orang asli. 98 00:07:11,280 --> 00:07:12,760 Saya jumpa diri saya. 99 00:07:18,480 --> 00:07:23,240 PADA USIA 28 TAHUN, SELEPAS 10 TAHUN DI PENJARA, 100 00:07:23,240 --> 00:07:25,200 WHITFORD TELAH DIBEBASKAN 101 00:07:30,640 --> 00:07:36,080 DIA KEMUDIANNYA MENETAP DI TANAH RIZAB BLACKFEET DI MONTANA 102 00:07:37,400 --> 00:07:38,640 Mulai saat itu, 103 00:07:38,640 --> 00:07:41,600 saya dapat teruskan hidup dengan sangat baik. 104 00:07:44,120 --> 00:07:47,400 Dalam dua bulan, saya bertemu dengan ibu anak saya 105 00:07:47,400 --> 00:07:49,680 dan kami terus serasi. 106 00:07:51,800 --> 00:07:55,000 Sebulan selepas itu, dia hamil dengan anak lelaki saya. 107 00:07:56,560 --> 00:08:01,360 Dia hamil pula dengan anak perempuan saya 10 bulan selepas anak lelaki saya lahir. 108 00:08:03,800 --> 00:08:04,880 Saya suka. 109 00:08:05,440 --> 00:08:07,280 Anak-anak saya kebanggaan saya. 110 00:08:08,960 --> 00:08:10,880 Saya belajar sepenuh masa 111 00:08:10,880 --> 00:08:14,000 dan saya cemerlang di kolej. Saya pelajar 4.0 GPA. 112 00:08:14,000 --> 00:08:17,720 Saya memasuki senarai dekan di Kolej Komuniti Blackfeet. 113 00:08:17,720 --> 00:08:22,040 Saya nak dapatkan PhD dalam pengajian undang-undang orang asli Amerika. 114 00:08:22,040 --> 00:08:25,720 {\an8}Terutamanya hak perjanjian dan hak kasino. 115 00:08:26,960 --> 00:08:29,600 IMPIAN WHITFORD ADALAH UNTUK MEMPERJUANGKAN 116 00:08:29,600 --> 00:08:32,640 HAK SEMUA PUAK ORANG ASLI AMERIKA 117 00:08:33,160 --> 00:08:35,440 {\an8}SELAMAT DATANG KE TANAH BLACKFEET 118 00:08:35,440 --> 00:08:37,920 {\an8}Cara hidup saya ialah cara hidup puak Blackfeet. 119 00:08:39,560 --> 00:08:42,600 Tapi saya juga yakin akan perpaduan orang asli. 120 00:08:43,200 --> 00:08:45,480 Saya tahu lagu-lagu pelbagai puak. 121 00:08:45,480 --> 00:08:47,280 Saya nyanyi lagu semua orang. 122 00:08:48,080 --> 00:08:51,600 Bagi orang lain, ia tentang puak mereka lawan puak saya, 123 00:08:51,600 --> 00:08:53,640 atau puak ini lawan puak itu. 124 00:08:53,640 --> 00:08:57,680 Kita patut galakkan perpaduan orang asli, bukan perpecahan. 125 00:08:57,680 --> 00:08:59,680 Fahaman berpuak, 126 00:08:59,680 --> 00:09:03,520 itu salah satu perkara yang berlaku dalam pembunuhan ini. 127 00:09:05,480 --> 00:09:09,320 WHITFORD MEMPUNYAI KAWAN RAPAT DARI TANAH RIZAB BLACKFEET 128 00:09:09,320 --> 00:09:13,120 YANG BERKAHWIN DENGAN WANITA DARIPADA PUAK SALISH 129 00:09:14,680 --> 00:09:16,760 Kawan saya Adrian After Buffalo, 130 00:09:17,360 --> 00:09:19,600 dia dan isterinya ada masalah 131 00:09:20,360 --> 00:09:22,720 dan dia mahu berbaik semula isterinya. 132 00:09:23,400 --> 00:09:25,960 Isterinya di Polson, Montana. 133 00:09:28,160 --> 00:09:31,480 Dia minta tumpang. Saya kata, "Aku hantar kau ke Polson 134 00:09:31,480 --> 00:09:33,840 untuk kau cari isteri dan anak-anak." 135 00:09:36,320 --> 00:09:38,520 Jadi, kami ke sana. 136 00:09:45,520 --> 00:09:49,680 POLSON TERLETAK DI TANAH RIZAB ORANG ASLI FLATHEAD, 137 00:09:49,680 --> 00:09:52,760 TEMPAT TINGGAL PUAK SALISH DAN KOOTENAI 138 00:09:56,920 --> 00:09:58,600 Kami sewa hotel. 139 00:10:00,920 --> 00:10:02,760 Saya beli 30 tin Budweiser. 140 00:10:04,960 --> 00:10:08,640 Saya beritahu dia, "Kau boleh memandu dan aku akan relaks." 141 00:10:08,640 --> 00:10:09,920 Itu yang kami buat. 142 00:10:10,600 --> 00:10:14,880 Kami mula memandu dari satu tempat ke tempat seterusnya. 143 00:10:16,000 --> 00:10:17,560 Kami periksa beberapa bar. 144 00:10:18,680 --> 00:10:19,680 BUKA 145 00:10:19,680 --> 00:10:21,080 Sebelum bar tutup, 146 00:10:21,960 --> 00:10:24,080 kami dijemput ke parti di rumah. 147 00:10:34,160 --> 00:10:36,480 Kami sampai ke rumah itu dan saya kata, 148 00:10:36,480 --> 00:10:40,560 "Letak kereta, kita buka but dan dengar muzik." 149 00:10:45,840 --> 00:10:47,120 Saya rasa bagus. 150 00:10:49,280 --> 00:10:53,400 Tapi parti itu di dalam rumah, bukannya di luar. 151 00:10:53,400 --> 00:10:57,600 Jadi, saya fikir, "Mungkin aku patut masuk ke dalam." 152 00:11:00,960 --> 00:11:06,720 Semasa saya masuk, saya buat lawak untuk cuba berkawan dengan mereka. 153 00:11:06,720 --> 00:11:09,280 Saya kata, "Hei, mana ahli puak Blackfeet?" 154 00:11:09,280 --> 00:11:10,800 Saya tengok begini, 155 00:11:10,800 --> 00:11:13,480 kerana jelas sekali ini Tanah Rizab Flathead. 156 00:11:13,480 --> 00:11:15,640 Bukan Tanah Rizab Blackfeet. 157 00:11:17,320 --> 00:11:22,160 Saya nak buat lawak untuk kenalkan diri kepada kumpulan ini. 158 00:11:23,000 --> 00:11:26,120 Seorang lelaki yang berdiri di sebelah saya 159 00:11:27,800 --> 00:11:32,280 pandang saya dan dia kata, "Celaka. Orang boleh 160 00:11:33,280 --> 00:11:36,560 kena serang kalau cakap macam itu di sini." 161 00:11:39,120 --> 00:11:43,360 Mereka ada masalah kerana puak Blackfeet dan Salish Kootenai 162 00:11:44,600 --> 00:11:49,040 bermusuhan sejak tahun 1800-an. 163 00:11:49,840 --> 00:11:52,160 Tapi saya tak tahu semua itu. 164 00:11:52,640 --> 00:11:56,600 Saya tak tahu kami ada permusuhan dengan Salish dan Kootenai. 165 00:11:56,600 --> 00:11:59,240 Secara automatik, saya kata, "Tunggu." 166 00:11:59,240 --> 00:12:03,240 Saya di sebuah rumah, berdiri di sebelah sekumpulan orang 167 00:12:04,000 --> 00:12:07,080 yang saya tak kenal dan mereka cakap nak serang saya? 168 00:12:07,080 --> 00:12:08,760 Saya tak cakap apa-apa pun 169 00:12:10,160 --> 00:12:11,560 yang saya rasa 170 00:12:12,720 --> 00:12:15,040 berbunyi seperti penghinaan. 171 00:12:16,240 --> 00:12:19,280 Saya belajar di penjara, jangan tunjuk rasa takut. 172 00:12:19,280 --> 00:12:23,160 Jangan tunjukkan ketakutan, kerana apabila kita tunjuk ketakutan, 173 00:12:23,160 --> 00:12:24,800 mereka akan serang kita. 174 00:12:24,800 --> 00:12:29,440 Saya ada pisau sebab itu yang kami guna untuk melindungi diri di tanah rizab. 175 00:12:29,440 --> 00:12:32,360 Saya keluarkan pisau dan kata, 176 00:12:32,360 --> 00:12:36,840 "Kalau sesiapa cuba serang aku, aku akan pertahankan diri." 177 00:12:39,240 --> 00:12:41,880 Seorang lelaki lain berpaling dan dia kata, 178 00:12:41,880 --> 00:12:44,360 "Semua orang ada pisau di sini." 179 00:12:46,760 --> 00:12:47,960 Dia keluarkan pisau. 180 00:12:47,960 --> 00:12:50,760 Pisaunya begitu. Itu cuma bilahnya. 181 00:12:52,760 --> 00:12:54,560 Saya pandang mereka dan kata, 182 00:12:56,360 --> 00:12:59,760 "Baiklah. Semua orang ada pisau. Mari bertenang." 183 00:13:01,320 --> 00:13:03,440 Saya patah balik dan keluar. 184 00:13:04,920 --> 00:13:07,880 Saya tarik nafas sebab saya di luar. Saya kata, 185 00:13:07,880 --> 00:13:09,240 "Okey, aku di luar. 186 00:13:10,480 --> 00:13:11,480 Aku okey." 187 00:13:17,920 --> 00:13:21,200 Lelaki ini, John Pierre Jr., keluar dari kegelapan, 188 00:13:21,200 --> 00:13:24,120 datang ke arah saya macam dia nak lawan saya. 189 00:13:25,480 --> 00:13:27,160 Dia kata, "Hei, tahu tak? 190 00:13:27,160 --> 00:13:30,320 Blackfeet dan Salish Kootenai musuh ketat." 191 00:13:31,840 --> 00:13:35,040 Saya kata, "Aku tak kisah, aku pentingkan kemegahan orang asli. 192 00:13:35,040 --> 00:13:36,640 Aku tak kisah tentang puak." 193 00:13:37,320 --> 00:13:38,880 Dia pandang saya. 194 00:13:40,120 --> 00:13:42,760 Saya mula berjalan ke arah kereta saya. 195 00:13:43,880 --> 00:13:46,240 Kemudian, semua orang mula keluar... 196 00:13:49,880 --> 00:13:51,120 dan mengelilingi saya. 197 00:13:53,960 --> 00:13:56,320 John Pierre, Jr. serang saya. 198 00:13:57,920 --> 00:13:59,560 Saya pun keluarkan pisau 199 00:14:00,840 --> 00:14:02,400 dan tikam lelaki ini. 200 00:14:07,000 --> 00:14:09,600 SELEPAS WHITFORD TIKAM JOHN PIERRE, JR., 201 00:14:09,600 --> 00:14:13,000 DIA DAN KAWANNYA MEMASUKI KERETA DAN LARI 202 00:14:14,920 --> 00:14:17,760 Saya mempertahankan diri daripada jenayah benci. 203 00:14:19,240 --> 00:14:21,840 Saya tikam dia sekali. Itu saja. 204 00:14:25,440 --> 00:14:27,360 Saya tahu mereka ada pisau. 205 00:14:28,880 --> 00:14:31,080 Saya rasa mereka akan serang saya. 206 00:14:32,520 --> 00:14:34,640 Kenapa mereka sasarkan saya? 207 00:14:34,640 --> 00:14:36,560 Sebab saya ahli puak Blackfeet. 208 00:14:36,560 --> 00:14:37,880 Itu jenayah benci. 209 00:14:39,440 --> 00:14:41,120 Itulah yang terjadi. 210 00:14:51,360 --> 00:14:56,920 BEBERAPA MINIT SELEPAS WHITFORD LARI, POLIS TIBA DI TEMPAT KEJADIAN 211 00:15:04,800 --> 00:15:06,240 Saya buat rondaan. 212 00:15:09,520 --> 00:15:13,080 {\an8}Saya dan seorang lagi pegawai dihantar 213 00:15:13,080 --> 00:15:16,920 {\an8}kerana ada laporan parti yang bising. 214 00:15:17,840 --> 00:15:19,840 Kami cuma nak suruh mereka senyap. 215 00:15:21,520 --> 00:15:26,040 Kami sampai lebih kurang dua atau tiga blok dari alamat, 216 00:15:26,560 --> 00:15:30,160 dan kami diberitahu ada kejadian tikaman. 217 00:15:32,960 --> 00:15:36,720 SYERIF LAKE COUNTY 218 00:15:36,720 --> 00:15:38,280 Inilah tempatnya. 219 00:15:39,200 --> 00:15:44,400 Ada lelaki dan wanita muda yang berlari dari tempat kejadian melalui jalan masuk, 220 00:15:44,400 --> 00:15:46,480 berlari di sekitar kenderaan kami. 221 00:15:51,080 --> 00:15:52,720 Apabila saya semakin dekat, 222 00:15:52,720 --> 00:15:57,400 saya nampak sekumpulan orang mengelilingi lelaki yang duduk di sini. 223 00:15:59,920 --> 00:16:01,400 Lelaki itu John Pierre. 224 00:16:03,080 --> 00:16:05,960 Saya dah lama kenal dia dan juga keluarga ini. 225 00:16:06,480 --> 00:16:10,680 Apabila saya bercakap dengan John, 226 00:16:10,680 --> 00:16:13,600 dia tak menjawab balik. 227 00:16:15,200 --> 00:16:18,200 Saya rasa dia sudah dalam keadaan terkejut. 228 00:16:18,720 --> 00:16:24,200 Darah yang keluar dan meresap ke bajunya cuma sedikit saja, 229 00:16:24,720 --> 00:16:29,720 jadi saya percaya dia mengalami pendarahan dalaman. 230 00:16:30,560 --> 00:16:35,320 Saya bercakap dengannya sehingga dia tak sedarkan diri. 231 00:16:35,320 --> 00:16:39,040 Kemudian, kami baringkan dia, periksa nadi 232 00:16:39,040 --> 00:16:40,880 dan kami memulakan CPR. 233 00:16:46,600 --> 00:16:51,960 JOHN PIERRE JR. MENGALAMI KECEDERAAN PADA AORTA DAN ARTERI PULMONARI 234 00:16:51,960 --> 00:16:54,920 LALU MATI DALAM BEBERAPA MINIT 235 00:16:55,400 --> 00:17:01,200 DIA BERUSIA 26 TAHUN 236 00:17:09,360 --> 00:17:11,800 Kami uruskan banyak perkara buruk 237 00:17:12,320 --> 00:17:14,960 dan ia memang sukar apabila 238 00:17:14,960 --> 00:17:19,120 seseorang daripada komuniti mati dengan sia-sia begini. Jadi... 239 00:17:31,000 --> 00:17:36,440 SAKSI-SAKSI MEMBERIKAN GAMBARAN KENDERAAN WHITFORD KEPADA POLIS 240 00:17:39,960 --> 00:17:45,320 DALAM BEBERAPA JAM SELEPAS TIKAMAN, TRAKNYA DIJUMPAI DI MOTEL KAWASAN ITU 241 00:17:46,000 --> 00:17:48,080 Kami mengepung motel itu. 242 00:17:54,480 --> 00:17:56,200 Kami ketuk pintu 243 00:17:56,200 --> 00:17:59,680 dan orang yang membuka pintu ialah Encik Whitford. 244 00:18:02,800 --> 00:18:04,520 Biliknya agak kucar-kacir. 245 00:18:04,520 --> 00:18:07,600 Sampah di atas lantai. Selimut di atas lantai. 246 00:18:08,120 --> 00:18:11,560 Mula-mula dia nafikan berada di parti itu. 247 00:18:13,280 --> 00:18:19,960 Kemudian, dia mengaku dia ke sana, tapi menafikan sebarang perbalahan. 248 00:18:23,360 --> 00:18:27,520 Apabila kami menyoal seseorang dan mereka asyik mengubah cerita, 249 00:18:27,520 --> 00:18:29,960 apa dia nak sorok? Kenapa ubah cerita? 250 00:18:29,960 --> 00:18:31,840 Orang biasa tak sorok apa-apa. 251 00:18:34,680 --> 00:18:39,120 Tapi itulah cara sesetengah orang apabila mereka cuba lari daripada masalah. 252 00:18:50,360 --> 00:18:54,520 Polis datang ke bilik saya dan saya cuba tipu mereka. Awak tahu? 253 00:18:54,520 --> 00:18:59,120 Saya mengaku, saya terlalu takut untuk cakap apa-apa. 254 00:19:00,000 --> 00:19:02,240 Itu sebahagian daripada didikan saya. 255 00:19:02,240 --> 00:19:04,920 Jangan cakap dengan polis. Jangan cakap apa-apa. 256 00:19:05,400 --> 00:19:08,720 Kami ada kesangsian yang mendalam terhadap polis. 257 00:19:08,720 --> 00:19:13,720 Pak cik saya, David, ditembak dan dibunuh oleh pegawai Jabatan Polis Tacoma. 258 00:19:14,920 --> 00:19:16,840 Kami tak mempercayai polis. 259 00:19:21,920 --> 00:19:24,920 Hanya kerana seseorang di tempat lain 260 00:19:24,920 --> 00:19:27,760 dilayan dengan tidak baik oleh pihak berkuasa, 261 00:19:29,320 --> 00:19:33,760 tak bermakna kami tak boleh dipercayai untuk melaksanakan tugas di sini. 262 00:19:33,760 --> 00:19:36,120 Jadi, saya rasa itu motivasinya, 263 00:19:36,120 --> 00:19:39,000 untuk menipu untuk cuba lari 264 00:19:39,000 --> 00:19:41,720 daripada akibat tindakannya malam itu. 265 00:19:45,080 --> 00:19:47,600 Bagi saya, dia tak menunjukkan penyesalan. 266 00:19:48,800 --> 00:19:51,520 Dia tak gembira apabila dia ditangkap 267 00:19:51,520 --> 00:19:56,320 dan dia tak mahu bertanggungjawab atas perbuatannya. 268 00:20:05,800 --> 00:20:11,240 PADA DISEMBER 2014, WHITFORD DIBICARAKAN ATAS TUDUHAN HOMISID SECARA SENGAJA 269 00:20:20,440 --> 00:20:24,160 Versi kejadian oleh pihak negeri menggambarkan Whitford 270 00:20:24,160 --> 00:20:27,520 sebagai satu-satunya penyerang pada malam itu. 271 00:20:29,360 --> 00:20:32,720 Tapi konsep itu tak masuk akal. 272 00:20:34,600 --> 00:20:36,720 Sama ada ia wajar atau tidak, 273 00:20:36,720 --> 00:20:40,160 {\an8}sebarang pertikaian atau pergaduhan perlu ada 274 00:20:40,160 --> 00:20:42,560 {\an8}dua pihak yang terlibat. 275 00:20:42,560 --> 00:20:45,120 {\an8}Mesti ada apa-apa interaksi. 276 00:20:46,760 --> 00:20:51,000 Jadi, saya berpendapat bahawa versi kejadian Mak boleh dipercayai. 277 00:20:54,840 --> 00:20:59,000 Nama saya Jennifer Streano. Saya peguam perbicaraan Encik Whitford. 278 00:21:03,120 --> 00:21:05,520 PADA 22 DISEMBER 2014, SELEPAS 6 HARI PERBICARAAN, 279 00:21:05,520 --> 00:21:07,440 MAKUEEYAPEE WHITFORD DIDAPATI BERSALAH 280 00:21:07,440 --> 00:21:10,040 DIA DIHUKUM 60 TAHUN PENJARA 281 00:21:11,000 --> 00:21:13,720 Anda layak untuk parol selepas menjalani suku hukuman. 282 00:21:13,720 --> 00:21:15,840 Dia dihukum 60 tahun penjara, 283 00:21:15,840 --> 00:21:19,080 jadi dia patut layak untuk parol selepas 15 tahun. 284 00:21:19,840 --> 00:21:22,840 Hakim menetapkan sekatan parol selama 25 tahun, 285 00:21:22,840 --> 00:21:26,320 seperti dia menerima hukuman penjara selama 100 tahun. 286 00:21:27,360 --> 00:21:29,360 Ia keputusan yang kejam. 287 00:21:31,400 --> 00:21:36,440 Semua yang dia usahakan semasa dewasa untuk cuba baiki hidupnya 288 00:21:36,440 --> 00:21:37,880 musnah begitu saja. 289 00:21:39,640 --> 00:21:43,400 Semua itu kerana keputusan yang dibuat dalam dua atau tiga saat. 290 00:21:43,400 --> 00:21:45,240 Ia sangat menyedihkan. 291 00:22:02,680 --> 00:22:06,280 Dari segi undang-undang, Mak telah melakukan homisid. 292 00:22:06,880 --> 00:22:09,120 Tak ada persoalan tentang itu. 293 00:22:10,000 --> 00:22:12,880 Saya pasti dia menyesali keputusan itu. 294 00:22:12,880 --> 00:22:16,520 Satu nyawa melayang dan itu satu tragedi. 295 00:22:20,000 --> 00:22:24,160 Tapi ia dibenarkan di sisi undang-undang untuk melakukan homisid 296 00:22:24,160 --> 00:22:25,840 jika nyawa anda diancam. 297 00:22:26,640 --> 00:22:30,640 Jadi, itulah persoalannya dalam kes ini. 298 00:22:30,640 --> 00:22:36,600 Mak buat keputusan sekelip mata kerana dia takut nyawanya dalam bahaya, 299 00:22:37,360 --> 00:22:40,880 atau kerana dia marah atau mempertahankan diri, 300 00:22:40,880 --> 00:22:44,200 atau dia cuma bertindak keterlaluan? 301 00:22:52,160 --> 00:22:55,200 Memang wajar kalau Mak memberi reaksi 302 00:22:55,200 --> 00:22:58,320 yang impulsif dalam keadaan begitu. 303 00:22:59,880 --> 00:23:03,400 Dia dibesarkan dalam keadaan tidak stabil, 304 00:23:04,160 --> 00:23:09,280 dan jelas sekali traumanya mempengaruhi reaksinya malam itu. 305 00:23:29,040 --> 00:23:31,480 Kadangkala keganasan sangat mengejutkan 306 00:23:31,480 --> 00:23:36,520 sehingga saya rasa ia membayangi semua kebaikan. 307 00:23:41,120 --> 00:23:44,000 Selepas Mak keluar dari penjara di Washington, 308 00:23:44,960 --> 00:23:47,960 hidupnya menghala ke arah yang lebih baik. 309 00:23:52,120 --> 00:23:56,760 {\an8}Dia cuba sedaya upaya untuk pastikan hidupnya stabil 310 00:23:56,760 --> 00:24:01,920 {\an8}dan benar-benar memperjuangkan hak orang asli. 311 00:24:01,920 --> 00:24:05,800 Itu sangat penting baginya. Itu sangat besar. 312 00:24:10,000 --> 00:24:12,880 Ia satu tragedi bagi saya kerana ia tak berhasil. 313 00:24:13,640 --> 00:24:17,200 Tapi saya rasa Mak bertindak 314 00:24:17,200 --> 00:24:20,520 dengan satu-satunya cara yang dia tahu ketika itu. 315 00:24:23,280 --> 00:24:26,640 Nama saya Amie dan saya adik Makueeyapee. 316 00:24:31,000 --> 00:24:36,320 Ayah Mak ialah ahli puak Blackfeet, manakala ayah saya puak Cherokee. 317 00:24:37,960 --> 00:24:39,520 Tapi kami sama mak. 318 00:24:41,600 --> 00:24:47,000 Dia datang dari latar belakang yang teruk dan ganas. 319 00:24:51,440 --> 00:24:54,280 Dia dapat anak semasa sangat muda, pada usia 12 tahun. 320 00:24:54,280 --> 00:24:56,480 Dia 16 tahun ketika melahirkan saya. 321 00:24:58,880 --> 00:25:02,720 IBU AMIE DAN MAKUEEYAPEE TERPAKSA MENYERAHKAN AMIE 322 00:25:02,720 --> 00:25:06,120 UNTUK DIJADIKAN ANAK ANGKAT SEMASA DIA 2 TAHUN 323 00:25:08,240 --> 00:25:12,440 Pada masa itu, kerajaan boleh datang dan rampas kanak-kanak, 324 00:25:12,440 --> 00:25:14,560 dan ia sah di sisi undang-undang. 325 00:25:17,960 --> 00:25:21,640 Kehilangan kami menghancurkan mental mak kami 326 00:25:22,600 --> 00:25:25,880 sehingga dia tak dapat pulih daripadanya. 327 00:25:25,880 --> 00:25:30,040 Ia meninggalkan kesan, seperti lubang yang tak dapat dia isi. 328 00:25:30,720 --> 00:25:34,080 Tiada apa-apa yang stabil atau normal. 329 00:25:35,560 --> 00:25:40,000 Dia buat pilihan yang sangat teruk apabila melibatkan lelaki. 330 00:25:40,560 --> 00:25:43,000 Banyak alkohol, dadah, 331 00:25:43,600 --> 00:25:47,400 banyak penderaan fizikal dan cercaan. 332 00:25:51,120 --> 00:25:52,760 Mak membesar begitu. 333 00:26:05,720 --> 00:26:09,080 Insiden keganasan pertama saya ketika berusia tiga tahun. 334 00:26:09,840 --> 00:26:12,920 Dua budak yang tinggal di seberang jalan, 335 00:26:12,920 --> 00:26:16,160 kami selalu main dalam lopak lumpur dan sebagainya. 336 00:26:22,960 --> 00:26:24,160 Ia sukar. 337 00:26:25,360 --> 00:26:27,080 Sukar untuk cakap tentangnya. 338 00:26:32,000 --> 00:26:36,560 Ia berakhir dengan jiran sebelah rumah kami, 339 00:26:36,560 --> 00:26:40,280 yang ada hubungan sulit dengan mak saya tapi saya tak tahu. 340 00:26:41,680 --> 00:26:43,760 Mak bawa saya dan adik saya ke sana 341 00:26:43,760 --> 00:26:45,680 dan ada pertengkaran di rumah itu. 342 00:26:47,640 --> 00:26:52,320 Akhirnya dia tembak isterinya lima kali di dada 343 00:26:52,320 --> 00:26:54,720 menggunakan Magnum .357. 344 00:26:57,080 --> 00:26:59,600 Wanita itu mati dalam dakapan mak saya. 345 00:27:00,720 --> 00:27:04,080 Saya tak ingat dia lari, tapi apabila polis menangkapnya, 346 00:27:04,080 --> 00:27:08,080 dia tembak anak-anaknya sekali di perut, mereka berdua terbunuh 347 00:27:08,760 --> 00:27:10,440 dan dia tembak kepalanya. 348 00:27:10,440 --> 00:27:12,080 Dia tembak kepala sendiri 349 00:27:12,840 --> 00:27:14,280 dan... 350 00:27:14,280 --> 00:27:18,800 Saya cuma boleh pegang adik saya dan lindungi dia, dan... 351 00:27:20,880 --> 00:27:23,160 Saya boleh beritahu banyak keganasan lain. 352 00:27:23,160 --> 00:27:25,240 Tapi itulah permulaan hidup saya. 353 00:27:27,520 --> 00:27:29,960 Itu memori yang sangat mendalam. 354 00:27:38,520 --> 00:27:43,160 Saya bersimpati kepada Mak sewaktu kecil kerana pengalaman itu, 355 00:27:44,240 --> 00:27:46,040 saya pasti, amatlah dahsyat. 356 00:27:48,800 --> 00:27:53,880 Sejak dia kecil lagi, dia terpaksa berdepan dengan realiti 357 00:27:53,880 --> 00:27:56,720 bahawa mereka boleh bunuh dia. 358 00:27:56,720 --> 00:28:01,600 Itu pengajaran hidup yang saya rasa kekal dalam dirinya. 359 00:28:02,240 --> 00:28:05,840 Saya rasa ia memainkan peranan 360 00:28:05,840 --> 00:28:09,600 dalam punca dia bertindak dengan ganas 361 00:28:09,600 --> 00:28:13,640 apabila dia berada dalam situasi yang membuatkan dia rasa terancam. 362 00:28:15,760 --> 00:28:17,760 Ada orang cuba sakiti dia, 363 00:28:17,760 --> 00:28:22,520 dia mengingati zaman kanak-kanak dan cuba melindungi diri sendiri. 364 00:28:27,160 --> 00:28:30,520 Keluarga Pierre berhak rasa marah terhadap Mak. 365 00:28:31,400 --> 00:28:33,480 John Pierre tak patut mati. 366 00:28:35,920 --> 00:28:38,880 Tapi saya rasa Mak tak berniat untuk bunuh dia. 367 00:28:39,680 --> 00:28:43,160 Saya rasa dia cuma nak larikan diri sebelum dia dicederakan. 368 00:28:51,120 --> 00:28:56,520 {\an8}TANAH RIZAB ORANG ASLI FLATHEAD PABLO, MONTANA 369 00:28:56,520 --> 00:28:59,320 {\an8}Dalam lagi macam itu. 370 00:29:00,160 --> 00:29:02,440 - Ya. Campak masuk. - Itu dia! 371 00:29:02,440 --> 00:29:05,600 Bagus. Kemudian, tanam. Sedia? Cepat. 372 00:29:05,600 --> 00:29:11,400 KELUARGA JOHN PIERRE, JR. TIDAK MAHU TERLIBAT DALAM RANCANGAN INI 373 00:29:11,400 --> 00:29:14,480 Sangat bagus. Ya. 374 00:29:15,960 --> 00:29:19,440 MAGNUS HALLOW IALAH KAWAN KEPADA JOHN PIERRE, JR. 375 00:29:19,440 --> 00:29:25,400 DAN BERADA DI PARTI ITU PADA MALAM KEMATIANNYA 376 00:29:28,120 --> 00:29:31,600 Saya pergi ke parti itu kira-kira pukul tiga pagi. 377 00:29:33,760 --> 00:29:36,160 Semua orang berparti di luar. 378 00:29:36,160 --> 00:29:38,440 Semua orang ketawa. 379 00:29:40,360 --> 00:29:44,000 Semasa masuk ke dalam rumah, saya terserempak dengan Whitford. 380 00:29:44,560 --> 00:29:46,960 MAGNUS TIDAK KENAL WHITFORD 381 00:29:46,960 --> 00:29:50,640 TAPI MEREKA BERINTERAKSI SEBENTAR 382 00:29:51,560 --> 00:29:54,800 Whitford agak tegang. 383 00:29:58,440 --> 00:30:00,760 Tanah Rizab Blackfoot dan tanah rizab ini 384 00:30:01,640 --> 00:30:05,200 {\an8}adalah dua tanah 385 00:30:06,920 --> 00:30:08,520 yang sangat berbeza. 386 00:30:09,560 --> 00:30:13,920 Masih ada rasa tak percaya antara dua puak kami? 387 00:30:16,880 --> 00:30:17,840 Ya. 388 00:30:19,920 --> 00:30:24,520 Kami mula berbual dan dia kata, "Hei, kau kenal semua orang di sini?" 389 00:30:25,000 --> 00:30:28,240 Saya kata, "Ya, aku kenal mereka semua." 390 00:30:30,160 --> 00:30:35,640 Tiba-tiba saja, dia berhenti di tengah-tengah perbualan kami, 391 00:30:37,000 --> 00:30:40,640 dan dia memutuskan untuk berkongsi dengan saya, 392 00:30:40,640 --> 00:30:42,520 "Aku rasa terancam." 393 00:30:46,480 --> 00:30:47,560 Ia seperti 394 00:30:48,280 --> 00:30:49,680 bertukar tiba-tiba. 395 00:30:51,360 --> 00:30:53,000 Dia kata... 396 00:30:53,000 --> 00:30:56,920 Dia keluarkan pisau dari poketnya, pisau potong sayur 397 00:30:56,920 --> 00:31:01,360 yang ada pita putih atau pita pelekat pada pemegangnya. 398 00:31:02,000 --> 00:31:05,720 Dia kata, "Ini untuk sesiapa yang mahu 399 00:31:05,720 --> 00:31:08,400 cakap besar atau memulakan sesuatu." 400 00:31:08,880 --> 00:31:11,840 Saya kata, "Simpan pisau itu! 401 00:31:11,840 --> 00:31:14,760 Mereka semua keluarga dan kawan-kawan aku." 402 00:31:15,520 --> 00:31:17,800 Saya kata, "Semua orang okey di sini." 403 00:31:19,160 --> 00:31:22,000 Entah apa yang bermain dalam fikirannya. 404 00:31:22,760 --> 00:31:25,080 Dia macam nampak benda menakutkan. 405 00:31:27,440 --> 00:31:33,000 TAK LAMA KEMUDIAN, MAGNUS DAN WHITFORD KELUAR 406 00:31:33,000 --> 00:31:35,720 MEREKA SERTAI SATU KUMPULAN 407 00:31:35,720 --> 00:31:38,600 TERMASUK KAWAN WHITFORD, ADRIAN AFTER BUFFALO, 408 00:31:38,600 --> 00:31:39,920 DAN JOHN PIERRE, JR. 409 00:31:41,640 --> 00:31:43,880 Kami mula berbual. 410 00:31:44,720 --> 00:31:48,560 Whitford atau Adrian kata, "Piikani." 411 00:31:49,640 --> 00:31:54,040 Saya ingat, muka John berubah macam dia ditumbuk. 412 00:31:58,480 --> 00:32:01,000 Piikani bermaksud saudara dalam bahasa Blackfeet. 413 00:32:01,520 --> 00:32:04,320 John kata, 414 00:32:05,160 --> 00:32:06,880 "Jadi, kau puak Blackfeet?" 415 00:32:07,480 --> 00:32:08,560 Dia jawab, "Ya." 416 00:32:08,560 --> 00:32:11,320 John kata, "Aku puak Kootenai." 417 00:32:11,320 --> 00:32:16,120 Dah beratus-ratus tahun Kootenai dan Blackfeet bermusuh ketat. 418 00:32:17,440 --> 00:32:22,800 Saya rasa John mahu menunjukkan kuasa di situ. 419 00:32:23,320 --> 00:32:26,120 "Ini tanah rizab tempahan aku. 420 00:32:27,040 --> 00:32:29,760 Kalau kau ada masalah, kami boleh uruskannya." 421 00:32:31,040 --> 00:32:34,360 Pergaduhan berlaku. Kadangkala orang dipukul. 422 00:32:34,360 --> 00:32:39,360 Jadi, fikiran pertama saya ialah, "Jangan biar perkara lebih buruk berlaku." 423 00:32:41,320 --> 00:32:43,520 Saya cuba meredakan keadaan. 424 00:32:43,520 --> 00:32:47,640 "Tak, itu beratus-ratus tahun lalu. Zaman dah berubah." 425 00:32:48,240 --> 00:32:54,320 MEMIKIRKAN KETEGANGAN TELAH REDA, MAGNUS MASUK KE RUMAH SEMULA 426 00:32:55,960 --> 00:32:58,880 Saya masuk dalam seminit setengah 427 00:32:59,840 --> 00:33:00,920 atau dua minit. 428 00:33:01,960 --> 00:33:06,080 Kawan saya lari ke dalam rumah dan kata, "Mereka tikam John. 429 00:33:06,080 --> 00:33:09,160 Mereka tikam John! Keluar sekarang!" 430 00:33:10,080 --> 00:33:12,600 Jadi, saya lari keluar. 431 00:33:14,600 --> 00:33:16,600 John terbaring di tanah. 432 00:33:17,120 --> 00:33:19,680 Dia tak beri apa-apa tindak balas. 433 00:33:19,680 --> 00:33:22,520 Dia masih bernafas dan... 434 00:33:28,120 --> 00:33:30,120 Kami tak boleh buat apa-apa. 435 00:33:42,120 --> 00:33:44,640 John suka bergaduh. 436 00:33:44,640 --> 00:33:49,440 Mungkin dia mahu bertumbuk. Mungkin itu yang dia mahu. 437 00:33:51,200 --> 00:33:54,480 Tapi dia tak patut mati. 438 00:33:57,400 --> 00:33:59,240 John berkeluarga. 439 00:34:00,640 --> 00:34:02,800 Dia jaga dua anak lelakinya. 440 00:34:04,480 --> 00:34:06,680 Merekalah tumpuan hidupnya. 441 00:34:07,400 --> 00:34:11,880 Dia sepatutnya masih ada bersama keluarga dan orang tersayang. 442 00:34:13,120 --> 00:34:14,200 Tapi tak boleh. 443 00:34:18,120 --> 00:34:19,960 Saya rasa Whitford paranoid. 444 00:34:22,240 --> 00:34:26,680 Saya jumpa dia selama 15 minit dan dia rampas lelaki yang bergelar kawan, 445 00:34:26,680 --> 00:34:29,200 saudara, ayah dan pak cik. 446 00:34:30,240 --> 00:34:33,400 Jadi, saya tak peduli tentang Whitford. 447 00:34:47,720 --> 00:34:52,640 {\an8}MAHKAMAH LAKE COUNTY 448 00:34:52,640 --> 00:34:55,160 SELEPAS PENANGKAPANNYA, 449 00:34:55,160 --> 00:34:59,920 LEBIH 18 BULAN WHITFORD MENUNGGU PERBICARAAN 450 00:34:59,920 --> 00:35:01,920 DI PENJARA LAKE COUNTY 451 00:35:01,920 --> 00:35:07,440 BLOK A 452 00:35:09,000 --> 00:35:14,200 Saya percaya Encik Whitford yakin yang dia tak buat salah, 453 00:35:14,920 --> 00:35:18,640 dan orang lain mahu ganggu dia atau cederakan dia. 454 00:35:19,840 --> 00:35:23,520 Keadaannya memaksa dia berfikir begitu sejak kecil. 455 00:35:23,520 --> 00:35:25,280 KURUNGAN ASING 1 456 00:35:28,920 --> 00:35:30,040 {\an8}KOMANDER JOHN TODD 457 00:35:30,040 --> 00:35:32,440 {\an8}Saya John Todd, salah seorang komander penjara 458 00:35:32,440 --> 00:35:35,080 {\an8}untuk Pejabat Syerif Lake County di Polson, Montana. 459 00:35:36,880 --> 00:35:41,720 Saya salah seorang pegawai senior ketika En. Whitford dipenjarakan di sini. 460 00:35:42,760 --> 00:35:45,080 Encik Whitford boleh bertindak ganas, 461 00:35:46,160 --> 00:35:47,520 dan ia selalu terjadi. 462 00:35:48,560 --> 00:35:52,040 Jika kemahuannya tak tercapai, dia terus bertindak ganas. 463 00:35:52,640 --> 00:35:56,080 Kami tak dapat agak jika kami akan bergaduh dengan dia, 464 00:35:56,080 --> 00:35:59,520 berguling di lantai atau jika dia akan bekerjasama. 465 00:36:03,720 --> 00:36:06,120 Saya boleh katakan dia seorang pembuli. 466 00:36:07,480 --> 00:36:10,080 Dia kacau lelaki yang lebih kecil dan lemah 467 00:36:10,080 --> 00:36:13,960 dan terus kacau sehingga mereka meradang. 468 00:36:14,760 --> 00:36:17,200 Kemudian, dia akan sakiti atau cuba sakiti mereka. 469 00:36:17,200 --> 00:36:19,280 Dia tak pernah salah. 470 00:36:19,280 --> 00:36:22,080 "Mereka buat. Mereka mula. Itu salah mereka." 471 00:36:22,080 --> 00:36:25,640 Walaupun dia yang mengacau dan mengganggu. 472 00:36:25,640 --> 00:36:28,880 MAHKAMAH LAKE COUNTY 473 00:36:28,880 --> 00:36:31,240 Dia selalu kata, "Aku Blackfeet. 474 00:36:32,160 --> 00:36:35,240 Kita berada di tanah rizab Salish dan Kootenai." 475 00:36:36,640 --> 00:36:42,680 Dia akan terus bergaduh dengan sesiapa saja. 476 00:36:45,880 --> 00:36:50,680 Dia pilih untuk terus percaya yang dia ditindas dan dibuli, 477 00:36:50,680 --> 00:36:54,240 jadi reaksinya adalah untuk berlawan. 478 00:36:56,040 --> 00:36:57,720 Itulah Encik Whitford. 479 00:37:03,240 --> 00:37:06,360 EMPAT BULAN SELEPAS TEMU BUAL PERTAMANYA, 480 00:37:06,360 --> 00:37:09,080 MAKUEEYAPEE WHITFORD TIDAK DIBERI KEBENARAN 481 00:37:09,080 --> 00:37:11,800 UNTUK TERLIBAT DALAM TEMU BUAL KEDUA 482 00:37:12,360 --> 00:37:17,360 DIA DITEMPATKAN DALAM KURUNGAN DISIPLIN 483 00:37:17,360 --> 00:37:21,560 DISEBABKAN MASALAH TINGKAH LAKU YANG BERTERUSAN 484 00:37:33,880 --> 00:37:39,040 Pendirian Whitford ialah dia mangsa jenayah benci. 485 00:37:39,920 --> 00:37:44,600 Tapi tak ada banyak bukti yang menyokong ceritanya. 486 00:37:46,640 --> 00:37:50,000 Semua saksi lain, semua bukti lain dan sebagainya 487 00:37:50,000 --> 00:37:55,080 bertentangan dengan dakwaannya yang dia mempertahankan diri. 488 00:37:56,520 --> 00:37:59,880 JAMES MANLEY IALAH HAKIM DALAM PERBICARAAN WHITFORD 489 00:37:59,880 --> 00:38:02,360 DAN TELAH MEMUTUSKAN HUKUMANNYA 490 00:38:05,640 --> 00:38:09,400 {\an8}Blackfeet dan Salish pernah berperang pada waktu dulu. 491 00:38:09,400 --> 00:38:11,800 {\an8}Tapi itu 170 tahun lalu. 492 00:38:11,800 --> 00:38:16,800 Walaupun kadangkala masih ada persaingan atau ketegangan, 493 00:38:16,800 --> 00:38:19,920 mereka telah berkahwin campur dan berinteraksi. 494 00:38:19,920 --> 00:38:22,600 Malah, ramai puak Blackfeet datang ke sini 495 00:38:22,600 --> 00:38:25,440 untuk belajar di kolej atau mencari kerja. 496 00:38:25,440 --> 00:38:26,880 {\an8}BILIK MAHKAMAH MONTANA 497 00:38:26,880 --> 00:38:31,160 {\an8}Jadi, keterangan Whitford bahawa dia dikelilingi oleh puak Salish, 498 00:38:31,160 --> 00:38:34,120 maka ia jenayah benci dan dia perlu mempertahankan diri, 499 00:38:34,120 --> 00:38:36,880 itu bukan hujah yang meyakinkan. 500 00:38:37,520 --> 00:38:39,760 Tiada sebab untuk semua ini terjadi. 501 00:38:43,280 --> 00:38:46,440 Saya jatuhkan hukuman 60 tahun penjara 502 00:38:47,160 --> 00:38:53,240 dengan 25 tahun minimum sebelum layak dipertimbangkan untuk parol. 503 00:38:54,400 --> 00:38:57,360 Saya rasa itu hukuman yang adil. 504 00:38:59,680 --> 00:39:03,240 Kesan tindakannya kepada John Pierre juga sangat serius. 505 00:39:21,960 --> 00:39:24,840 Pada pendapat saya, saya tak patut dihukum. 506 00:39:24,840 --> 00:39:27,600 Saya sepatutnya keluar dari mahkamah itu. 507 00:39:28,120 --> 00:39:29,800 Ini kes mempertahankan diri. 508 00:39:30,960 --> 00:39:35,440 Mereka tak suka apabila saya sebut tentang Blackfeet. 509 00:39:37,560 --> 00:39:40,240 Ia jenayah benci disebabkan puak saya. 510 00:39:40,240 --> 00:39:43,720 Bangsa mereka sebagai puak Kootenai 511 00:39:43,720 --> 00:39:46,280 dan bangsa saya sebagai puak Blackfeet. 512 00:39:47,160 --> 00:39:48,720 Itulah sebabnya. 513 00:39:55,640 --> 00:40:00,280 Sebenarnya, ia merisaukan saya untuk dengar dia cakap begitu, 514 00:40:00,280 --> 00:40:03,280 kerana dalam fikirannya, dia tak buat salah. 515 00:40:05,240 --> 00:40:07,920 Kebanyakan orang, termasuk orang yang jujur, 516 00:40:08,640 --> 00:40:12,680 mencipta semula kejadian dalam minda mereka tanpa sedar 517 00:40:12,680 --> 00:40:17,000 agar ia konsisten dengan keperluan psikologi mereka. 518 00:40:17,680 --> 00:40:20,320 Saya syak itulah yang terjadi. 519 00:40:22,560 --> 00:40:25,160 Encik Whitford dan kawan yang bersamanya itu 520 00:40:25,160 --> 00:40:30,000 sudah minum lebih kurang 30 tin bir sebelum pergi ke parti ini. 521 00:40:30,880 --> 00:40:35,760 Sama ada dia ingat emosi, motif atau punca perbuatannya dengan tepat, 522 00:40:35,760 --> 00:40:38,080 saya rasa ia meragukan. 523 00:40:44,680 --> 00:40:47,600 Daripada pemahaman saya tentang kelakuan En. Whitford 524 00:40:47,600 --> 00:40:49,440 di penjara sejak itu, 525 00:40:49,440 --> 00:40:50,880 dia tak berubah. 526 00:40:52,080 --> 00:40:54,800 Deminya sendiri, saya harap dia akan berubah 527 00:40:54,800 --> 00:40:58,240 kerana jika tidak, dia akan berada di penjara seluruh hidup. 528 00:41:01,560 --> 00:41:04,920 Jika saya boleh tanya dia satu soalan, saya nak tanya, 529 00:41:04,920 --> 00:41:07,400 "Selepas semua ini, awak tak belajar apa-apa? 530 00:41:07,400 --> 00:41:10,640 Awak tak ambil pengajaran daripada tragedi ini?" 531 00:41:11,720 --> 00:41:15,840 Dia telah bunuh seorang dan itu tidak mengganggunya. 532 00:41:15,840 --> 00:41:18,360 Dia cuma kasihankan diri sendiri. 533 00:41:26,200 --> 00:41:32,400 WHITFORD TERUS MENGEKALKAN PENDIRIAN BAHAWA DIA MEMPERTAHANKAN DIRI 534 00:41:32,400 --> 00:41:37,680 DAN DIA MERUPAKAN MANGSA JENAYAH BENCI 535 00:42:08,040 --> 00:42:10,960 {\an8}Terjemahan sari kata oleh Liyana Osman