1 00:00:06,043 --> 00:00:08,643 HUJAN 2 00:00:15,843 --> 00:00:18,563 Formula 1 bukan sekolah seni lengkap diri. 3 00:00:19,203 --> 00:00:21,603 Pelumba muda perlu beraksi hebat serta-merta. 4 00:00:22,523 --> 00:00:23,803 Tak ada pilihan lain. 5 00:00:26,963 --> 00:00:30,123 Formula 1 impian saya sejak berusia empat tahun. 6 00:00:30,883 --> 00:00:32,883 Tekanannya amat hebat. 7 00:00:33,403 --> 00:00:35,443 Kita perlu cemerlang setiap masa. 8 00:00:39,043 --> 00:00:42,523 Ada ribuan pemandu yang mendambakan kedudukan kita. 9 00:00:47,123 --> 00:00:49,203 Peluang boleh hilang sekelip mata. 10 00:00:53,963 --> 00:00:55,523 SEBUAH SIRI NETFLIX 11 00:00:55,563 --> 00:00:57,243 Itu kerosakan besar. 12 00:00:57,323 --> 00:00:58,443 Alamak! Tak guna! 13 00:00:59,963 --> 00:01:01,323 Dahsyat betul! 14 00:01:05,523 --> 00:01:07,083 Apa yang berlaku? 15 00:01:08,683 --> 00:01:10,323 Tekan habis. 16 00:01:13,883 --> 00:01:15,483 Awak mendahului Grand Prix. 17 00:01:19,443 --> 00:01:23,723 CABARAN MEMBESAR 18 00:01:31,403 --> 00:01:33,123 Nama saya Yuki Tsunoda. 19 00:01:33,203 --> 00:01:34,283 Saya datang dari Jepun, 20 00:01:34,803 --> 00:01:36,763 berlumba dengan Scuderia AlphaTauri. 21 00:01:37,803 --> 00:01:39,523 {\an8}- Itu boleh? - Ya. Bagus. 22 00:01:39,583 --> 00:01:40,563 {\an8}PEMANDU 23 00:01:43,763 --> 00:01:45,683 {\an8}Yuki kecil-kecil cili padi. 24 00:01:45,763 --> 00:01:49,403 Peningkatannya dalam dunia F1 amat luar biasa. 25 00:01:51,203 --> 00:01:54,323 Kemunculannya sudah cukup sengit dan empat tahun kemudian 26 00:01:54,403 --> 00:01:55,563 dia berlumba dalam F1. 27 00:01:56,563 --> 00:01:58,463 {\an8}Tsunoda bakat yang mengujakan. 28 00:01:58,483 --> 00:01:59,343 {\an8}KETUA PASUKAN 29 00:01:59,403 --> 00:02:03,483 {\an8}Mungkin pelumba terbaik Jepun dalam 10 tahun atau mungkin lebih. 30 00:02:04,083 --> 00:02:07,083 Seluruh Jepun sedang menyaksikan bintang baru ini, 31 00:02:07,163 --> 00:02:08,443 Yuki Tsunoda. 32 00:02:09,283 --> 00:02:12,043 Berada dalam F1 umpama mimpi menjadi kenyataan. 33 00:02:12,123 --> 00:02:14,083 Saya selalu perbaiki pemanduan. 34 00:02:14,163 --> 00:02:15,803 Walaupun di luar litar, 35 00:02:15,883 --> 00:02:18,243 kita masih boleh tajamkan kemahiran 36 00:02:18,323 --> 00:02:19,523 di banyak bulatan. 37 00:02:22,523 --> 00:02:23,443 Bagus! 38 00:02:25,123 --> 00:02:27,563 Harap-harap saya bakal jadi juara dunia. 39 00:02:29,723 --> 00:02:35,563 Yuki Tsunoda berlumba untuk AlphaTauri, pasukan junior Red Bull Racing. 40 00:02:35,643 --> 00:02:38,283 Seperti semua junior Red Bull lain, 41 00:02:38,363 --> 00:02:41,443 dia tinggal di Milton Keynes di UK. 42 00:02:47,563 --> 00:02:49,083 Tengok bilik awak ini. 43 00:02:49,163 --> 00:02:50,003 {\an8}PEMANDU F2 44 00:02:50,063 --> 00:02:52,203 {\an8}Biliknya selerak tapi dia paksa saya buka kasut. 45 00:02:53,243 --> 00:02:55,163 - Ini kotor tak? - Kotor sikit. 46 00:02:55,243 --> 00:02:57,243 Sikit? Kotor atau tak? 47 00:02:58,803 --> 00:03:02,443 Bila kali terakhir awak basuh baju? 48 00:03:02,923 --> 00:03:03,963 Teruknya! 49 00:03:05,163 --> 00:03:08,283 Dia berpindah jauh dari rumah pada usia amat muda, 50 00:03:08,363 --> 00:03:10,003 sudah tentu ada kejutan budaya. 51 00:03:10,723 --> 00:03:13,763 Orang yang tinggal di Milton Keynes pun tak mahu tinggal di sini. 52 00:03:15,323 --> 00:03:19,523 Ia tempat paling membosankan di seluruh dunia. 53 00:03:20,403 --> 00:03:21,283 Ya. 54 00:03:23,163 --> 00:03:24,123 Helo. 55 00:03:24,203 --> 00:03:26,163 Ini pai ayam dan cendawan encik. 56 00:03:26,243 --> 00:03:27,403 Terima kasih. 57 00:03:27,483 --> 00:03:28,443 Terima kasih. 58 00:03:28,523 --> 00:03:30,443 Saya sangat rindu makanan Jepun. 59 00:03:30,963 --> 00:03:32,243 Tengok itu. 60 00:03:32,323 --> 00:03:34,803 Ya, perlu sesuaikan diri dengan UK. 61 00:03:36,123 --> 00:03:39,443 - Saya tak pernah makan ikan dan kentang. - Tak pernah? 62 00:03:39,523 --> 00:03:41,843 Menggemukkan, bukan? Ikan dan kentang. 63 00:03:41,923 --> 00:03:44,583 {\an8}Janganlah makan setiap hari sebagai hidangan utama. 64 00:03:44,663 --> 00:03:45,523 {\an8}PELATIH 65 00:03:46,243 --> 00:03:47,123 Apa ini? 66 00:03:47,203 --> 00:03:48,683 Kacang pis lenyek. 67 00:03:48,763 --> 00:03:49,843 Sedap. 68 00:03:55,043 --> 00:03:55,963 Sedap. 69 00:04:00,003 --> 00:04:01,003 Bagus. 70 00:04:01,083 --> 00:04:02,283 Sangat bagus. 71 00:04:03,603 --> 00:04:06,203 Tahun ini, kami ada barisan pemandu mantap. 72 00:04:06,283 --> 00:04:08,723 {\an8}Yuki Tsunoda ialah bakat baru 73 00:04:08,803 --> 00:04:09,863 {\an8}yang berpotensi. 74 00:04:09,883 --> 00:04:10,723 KETUA PASUKAN 75 00:04:11,483 --> 00:04:14,083 Pierre Gasly pula pemandu berpengalaman. 76 00:04:15,463 --> 00:04:16,743 {\an8}Saya yakin… 77 00:04:16,803 --> 00:04:17,643 {\an8}PEMANDU 78 00:04:17,743 --> 00:04:19,343 …kami ada kerjasama kuat 79 00:04:19,403 --> 00:04:20,403 dalam pasukan 80 00:04:20,483 --> 00:04:22,043 bagi memajukannya lagi. 81 00:04:22,723 --> 00:04:26,003 Sudah 2,000 orang minta autograf awak. 82 00:04:26,083 --> 00:04:27,203 - Awak dan Pierre. - Ya? 83 00:04:27,283 --> 00:04:28,123 Ya. 84 00:04:28,203 --> 00:04:29,523 Siapa lebih? 85 00:04:29,603 --> 00:04:30,723 Saya tak tahu! 86 00:04:31,843 --> 00:04:33,603 Awak asyik nak menang saja. 87 00:04:33,683 --> 00:04:36,523 - Orang nak saya atau dia? - Mestilah awak. 88 00:04:38,763 --> 00:04:40,683 Saya memang suka bersaing. 89 00:04:40,763 --> 00:04:42,763 Tapi saya pun nak berseronok juga. 90 00:04:43,563 --> 00:04:45,323 Saya kentut tadi. Ingatkan awak… 91 00:04:47,403 --> 00:04:49,643 Yuki cakap tak berlapik langsung. 92 00:04:49,723 --> 00:04:52,243 Dia akan terus cakap saja. 93 00:04:52,323 --> 00:04:55,003 - Nak buat video lucah, ya? - Sudahlah! 94 00:04:55,083 --> 00:04:56,923 Dia memang menarik. 95 00:04:57,003 --> 00:04:58,763 Sangat menghiburkan. 96 00:05:00,883 --> 00:05:01,723 Bagusnya. 97 00:05:01,803 --> 00:05:02,723 Boleh tahan. 98 00:05:03,243 --> 00:05:04,643 Saya cakap kepada pemandu, 99 00:05:04,723 --> 00:05:06,563 masuk Formula 1 sudah satu hal. 100 00:05:06,643 --> 00:05:09,763 Tapi mahu kekal dalam Formula 1, lain ceritanya. 101 00:05:09,843 --> 00:05:13,883 Jadi sekarang Yuki perlu bekerja keras 102 00:05:13,963 --> 00:05:15,563 bagi mencapai matlamat ini. 103 00:05:16,203 --> 00:05:18,563 Apa awak harapkan daripada Yuki tahun ini? 104 00:05:19,163 --> 00:05:20,803 Tekan pedal minyak. 105 00:05:21,603 --> 00:05:23,843 Itu saja. Pecut selaju mungkin. 106 00:05:23,923 --> 00:05:25,563 Tak lebih, tak kurang. 107 00:05:29,603 --> 00:05:31,083 Helo, hadirin sekalian! 108 00:05:31,163 --> 00:05:33,363 Kami mengalu-alukan anda ke… 109 00:05:33,443 --> 00:05:34,603 Selamat datang, semua. 110 00:05:34,623 --> 00:05:35,463 PERANCIS 111 00:05:35,483 --> 00:05:38,483 Kita di selatan Perancis untuk Grand Prix Perancis ke-61. 112 00:05:41,443 --> 00:05:42,963 - Yuki. - Selamat pagi. 113 00:05:43,043 --> 00:05:44,683 Kenapa dengan rambut awak? 114 00:05:45,723 --> 00:05:47,443 - Sudah panjang, ya? - Ya. 115 00:05:48,243 --> 00:05:49,083 Mari sini. 116 00:05:51,163 --> 00:05:53,123 Awak tak boleh mencarut sekarang. 117 00:05:53,203 --> 00:05:54,483 Saya tak boleh mencarut? 118 00:05:54,563 --> 00:05:57,843 - Tak, tak boleh. Sebab… - Babi! 119 00:06:00,963 --> 00:06:02,483 Mereka beri, saya pakai saja. 120 00:06:02,563 --> 00:06:04,763 - Nampak macam Nico Rosberg. - Ya! 121 00:06:05,403 --> 00:06:07,203 Itu pujian atau apa? 122 00:06:08,803 --> 00:06:12,523 Tahun ini AlphaTauri ada peluang 123 00:06:12,603 --> 00:06:16,403 untuk beraksi pada tahap yang tidak pernah mereka alami. 124 00:06:18,003 --> 00:06:19,563 Matlamat kami jelas. 125 00:06:19,643 --> 00:06:23,043 Kami mahu dapat tempat kelima dalam Kejuaraan Pembina. 126 00:06:23,123 --> 00:06:26,923 Itu bakal jadi pencapaian tertinggi dalam sejarah AlphaTauri. 127 00:06:28,703 --> 00:06:30,363 Pasukan senarai tengah amat bersaing 128 00:06:30,963 --> 00:06:33,403 dan pesaing utama kami ialah Alpine. 129 00:06:38,603 --> 00:06:42,963 Helo! 130 00:06:43,603 --> 00:06:46,763 Sebagai orang Perancis dalam Grand Prix Perancis… 131 00:06:46,843 --> 00:06:49,243 Helo. Apa khabar? Terima kasih. 132 00:06:49,323 --> 00:06:51,843 Ia memang istimewa. Saya amat bangga. 133 00:06:51,963 --> 00:06:53,443 {\an8}Bendera Perancis atas jentera… 134 00:06:54,363 --> 00:06:56,843 Menara Eiffel di atas topi keledar saya… 135 00:06:56,923 --> 00:06:58,843 - Awak sumber impian. - Terima kasih. 136 00:06:58,923 --> 00:07:00,363 Itu perasaan terhebat. 137 00:07:00,443 --> 00:07:02,523 - Juara masa depan. - Terima kasih. 138 00:07:02,603 --> 00:07:05,803 Tahun ini, saya mahu kekal mengutip mata setiap perlumbaan. 139 00:07:05,883 --> 00:07:07,403 Itu yang saya ingin capai. 140 00:07:07,483 --> 00:07:09,283 - Jantung berdegup kencang. - Ya? 141 00:07:09,363 --> 00:07:12,163 Saya dapati jika kita kekalkan prestasi, 142 00:07:12,243 --> 00:07:14,803 peluang akan datang mencurah-curah dan… 143 00:07:14,883 --> 00:07:15,803 Terima kasih banyak. 144 00:07:15,883 --> 00:07:18,803 …jika kita tidak boleh memenuhi jangkaan orang, 145 00:07:18,883 --> 00:07:20,683 keadaan akan jadi rumit. 146 00:07:23,563 --> 00:07:26,643 {\an8}Itu dia Esteban Ocon dalam jentera Force India. 147 00:07:28,043 --> 00:07:30,123 {\an8}Semasa Esteban Ocon tiba dalam F1, 148 00:07:30,203 --> 00:07:33,603 {\an8}dia mendapat reputasi sebagai seseorang yang panas baran. 149 00:07:34,203 --> 00:07:37,483 Kedua-dua Force India berentap lagi. Mereka berlaga! 150 00:07:37,563 --> 00:07:38,923 Apa? 151 00:07:40,123 --> 00:07:41,843 Tak guna. Bodoh betul. 152 00:07:43,283 --> 00:07:45,003 Verstappen terbabas! 153 00:07:45,083 --> 00:07:46,503 Bodoh betul. 154 00:07:49,483 --> 00:07:52,483 Pada hujung tahun 2018, Esteban sudah tiada pasukan. 155 00:07:53,683 --> 00:07:56,043 Dia dipinggirkan selama setahun. 156 00:07:56,683 --> 00:07:59,683 Namun Renault tiba untuk menyelamatkan keadaan. 157 00:07:59,763 --> 00:08:03,163 Saya yakin Esteban boleh bawa kami ke tiga tempat teratas. 158 00:08:03,243 --> 00:08:05,883 Cyril Abiteboul melihat potensi Esteban. 159 00:08:05,963 --> 00:08:07,483 Bagus, Esteban. Syabas. 160 00:08:09,083 --> 00:08:11,763 Cyril banyak berjasa dalam kerjaya saya. 161 00:08:11,843 --> 00:08:14,643 Dialah yang bawa saya kembali ke Formula 1. 162 00:08:15,163 --> 00:08:18,363 Tapi tiba-tiba, Cyril sudah tiada. 163 00:08:19,843 --> 00:08:20,683 Itu saja? 164 00:08:21,763 --> 00:08:25,323 CYRIL ABITEBOUL KELUAR RENAULT SEBELUM PENJENAMAAN SEMULA MENJADI ALPINE 165 00:08:26,063 --> 00:08:29,123 Bagi 2021, Renault dijenamakan semula sebagai Alpine. 166 00:08:29,763 --> 00:08:31,443 Mereka sudah ada bos baru. 167 00:08:34,003 --> 00:08:34,963 Sudah sampai. 168 00:08:35,843 --> 00:08:37,503 - Selamat datang. - Terima kasih. 169 00:08:39,323 --> 00:08:41,403 Saya Laurent Rossi, CEO Alpine. 170 00:08:42,083 --> 00:08:44,603 - Ketua pasukan terdahulu ialah Cyril. - Ya. 171 00:08:44,683 --> 00:08:46,643 Dia sudah keluar. Apa komen awak? 172 00:08:46,723 --> 00:08:48,523 {\an8}Saya tak boleh komen tentang itu… 173 00:08:48,563 --> 00:08:49,923 {\an8}KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF 174 00:08:49,963 --> 00:08:52,003 {\an8}…sebab saya datang setelah semuanya selesai 175 00:08:52,083 --> 00:08:54,283 {\an8}jadi sekarang kami hanya teruskan 176 00:08:54,363 --> 00:08:55,923 {\an8}perjalanan baru kami. 177 00:08:57,383 --> 00:08:59,123 Yang penting, perlu majukan diri. 178 00:08:59,203 --> 00:09:00,803 Kami perlu tingkatkan tahap 179 00:09:00,883 --> 00:09:04,083 jika mahu jadi sebahagian daripada yang terbaik. 180 00:09:04,683 --> 00:09:08,403 Esteban berada dalam posisi sukar. Ada pihak pengurusan baru, 181 00:09:08,483 --> 00:09:11,603 orang atasan baru yang perlu lihat kemampuannya 182 00:09:11,683 --> 00:09:14,483 jadi dia perlu sentiasa beri yang terbaik. 183 00:09:17,403 --> 00:09:21,523 Alpine menyimpan harapan untuk mengungguli Formula 1 sekali lagi 184 00:09:21,603 --> 00:09:23,163 dan mereka ada senjata rahsia, 185 00:09:23,243 --> 00:09:26,603 Juara Dunia Formula 1 sebanyak dua kali, Fernando Alonso. 186 00:09:26,683 --> 00:09:27,683 Kanan atau kiri? 187 00:09:31,923 --> 00:09:33,843 Jadi itulah cita-cita kami. 188 00:09:33,923 --> 00:09:37,643 Fernando boleh dikatakan antara pelumba terhandal. 189 00:09:37,723 --> 00:09:39,523 Memandangkan dia dengan kami, 190 00:09:39,603 --> 00:09:41,363 jangkaan pasti akan meningkat 191 00:09:41,443 --> 00:09:43,363 dan tekanan juga semakin hebat. 192 00:09:44,123 --> 00:09:46,363 Dia umpama legenda. Saya terpesona. 193 00:09:46,443 --> 00:09:49,763 Saya baru berusia sembilan tahun semasa saya menonton dia 194 00:09:49,843 --> 00:09:51,323 dengan Renault dahulu. 195 00:09:52,163 --> 00:09:55,923 Dengan rakan sepasukan sebegitu, saya tak boleh berpeluk tubuh. 196 00:09:59,083 --> 00:10:01,123 Kini saya berada di kemuncak hidup. 197 00:10:01,203 --> 00:10:02,523 Kita akan main lama. 198 00:10:02,603 --> 00:10:04,243 Semuanya lancar dengan Esteban. 199 00:10:04,323 --> 00:10:07,163 Kita mesti bantu pemandu muda. 200 00:10:07,243 --> 00:10:09,723 Alamak, kita memang akan main lama di sini! 201 00:10:10,603 --> 00:10:14,423 {\an8}Kita kongsi ilmu tentang jentera atau tentang pengalaman lepas. 202 00:10:14,463 --> 00:10:15,643 {\an8}PEMANDU 203 00:10:16,323 --> 00:10:19,243 Tahun ini, kami bekerjasama rapat dalam satu pasukan. 204 00:10:19,323 --> 00:10:20,483 Baik, terima kasih. 205 00:10:21,003 --> 00:10:22,683 Kami bukan ke sini untuk 206 00:10:23,203 --> 00:10:26,203 main-main dan berada di tempat tercorot. 207 00:10:27,643 --> 00:10:29,723 Alpine menyasarkan tempat kelima musim ini 208 00:10:29,803 --> 00:10:32,043 jadi kami dan AlphaTauri 209 00:10:32,563 --> 00:10:33,523 akan bersemuka. 210 00:10:34,643 --> 00:10:37,563 Sudah jelas Alpine ada kelebihan berbanding kami 211 00:10:37,643 --> 00:10:39,803 sebab mereka memang pengeluar besar. 212 00:10:40,883 --> 00:10:42,763 Seperti Alpine dengan Alonso, 213 00:10:42,843 --> 00:10:46,323 AlphaTauri juga ada pelumba yang pernah menjadi jaguh, Pierre Gasly. 214 00:10:47,123 --> 00:10:49,563 Banyak bezanya di pusingan pertama. 215 00:10:50,083 --> 00:10:53,883 Mereka juga ada Yuki, pelumba muda dengan potensi yang besar. 216 00:10:54,803 --> 00:10:56,003 Mahu urut? 217 00:10:56,083 --> 00:10:57,643 Ya, boleh saja. 218 00:10:57,723 --> 00:10:59,243 Tapi saya nak berak dulu. 219 00:11:00,643 --> 00:11:03,283 Cuma dia ibarat permata yang belum digilap. 220 00:11:09,163 --> 00:11:10,723 Dia buat apa? 221 00:11:10,803 --> 00:11:11,883 Sial! Maaf! 222 00:11:12,803 --> 00:11:15,523 Ya, permulaan musim ini sangat teruk. 223 00:11:16,803 --> 00:11:18,443 Saya rasa saya pemandu ganas. 224 00:11:19,603 --> 00:11:21,283 Banyaknya kereta! 225 00:11:21,363 --> 00:11:23,083 Sial, saya tak boleh buat apa pun! 226 00:11:23,163 --> 00:11:25,763 Saya jadi garang semasa memandu. 227 00:11:26,643 --> 00:11:29,283 Pérez celaka! Dia tak tengok pun! 228 00:11:29,363 --> 00:11:30,603 Mungkin terlalu garang. 229 00:11:31,203 --> 00:11:32,043 Berambus! 230 00:11:32,123 --> 00:11:33,363 Babi tak guna. 231 00:11:35,763 --> 00:11:39,523 Saya rasa dia tak bermaksud mahu mencarut dalam radio. 232 00:11:39,603 --> 00:11:40,883 Sangat tak stabil. 233 00:11:40,963 --> 00:11:45,043 Dia budak yang membesar dalam dunia sukan permotoran 234 00:11:45,123 --> 00:11:47,003 dan belajar bahasa Inggeris 235 00:11:47,083 --> 00:11:49,603 daripada jurutera dan mekanik. 236 00:11:49,683 --> 00:11:51,483 Sial, kereta ini tak guna! 237 00:11:52,803 --> 00:11:53,923 Celaka. 238 00:11:54,963 --> 00:11:56,843 Saya terkejut dengan reaksi itu. 239 00:11:56,923 --> 00:11:58,483 Sangat mengecewakan. 240 00:12:01,143 --> 00:12:02,443 Leganya selepas berak. 241 00:12:02,963 --> 00:12:05,883 Yuki pelumba hebat. Semua orang pun tahu. 242 00:12:06,483 --> 00:12:10,203 Tapi dia perlu perbaiki kesilapan dan mula kutip mata. 243 00:12:10,723 --> 00:12:14,203 SABTU PUSINGAN KELAYAKAN 244 00:12:14,283 --> 00:12:17,323 Masa untuk pusingan kelayakan Grand Prix Perancis. 245 00:12:17,403 --> 00:12:21,763 Pusingan ketujuh bagi Kejuaraan Dunia Formula 1 2021. 246 00:12:22,683 --> 00:12:24,683 Kita bakal menyaksikan pecutan hebat. 247 00:12:24,763 --> 00:12:28,243 Semakin cepat masa mereka, mereka boleh mula di petak depan. 248 00:12:28,763 --> 00:12:32,243 Seterusnya ialah Yuki Tsunoda, pemandu muda AlphaTauri 249 00:12:32,323 --> 00:12:34,123 dan selepas permulaan musim yang getir, 250 00:12:34,203 --> 00:12:37,523 dia perlu buktikan kepada pasukan dia layak berada dalam F1. 251 00:12:38,003 --> 00:12:39,203 Mana lubangnya? 252 00:12:39,763 --> 00:12:44,003 Tugas saya tahun ini, kutip sebanyak mata yang boleh 253 00:12:44,083 --> 00:12:46,563 untuk dapatkan tempat kelima dalam kejuaraan. 254 00:12:46,643 --> 00:12:48,443 Baik, semua. 255 00:12:48,523 --> 00:12:51,443 Alpine belakang kita. Setiap mata amat penting. 256 00:12:51,523 --> 00:12:53,603 Tolong dengar cakap kami. 257 00:12:53,683 --> 00:12:56,843 Kami perlu komunikasi daripada awak, para pemandu. 258 00:12:59,483 --> 00:13:00,443 Okey, ayuh. 259 00:13:05,483 --> 00:13:08,003 Okey, Yuki, fokus kepada tayar dan brek. 260 00:13:09,163 --> 00:13:10,003 {\an8}Baik. 261 00:13:25,203 --> 00:13:26,443 Tsunoda terbabas. 262 00:13:27,123 --> 00:13:28,323 Tak guna! Maaf! 263 00:13:29,083 --> 00:13:30,643 Awak okey? 264 00:13:31,243 --> 00:13:32,323 Saya okey. 265 00:13:33,163 --> 00:13:35,923 Yuki terlalu banyak buat kesilapan. 266 00:13:36,003 --> 00:13:38,283 Dia selalu terlebih memaksa diri 267 00:13:38,363 --> 00:13:40,523 tapi mungkin dia nak cari keseimbangan. 268 00:13:41,043 --> 00:13:42,283 Boleh hidupkan enjin? 269 00:13:42,363 --> 00:13:46,243 Tak ada gear. Tak boleh masuk gear satu. 270 00:13:46,323 --> 00:13:49,043 Tarik klac, naik ke gear satu. 271 00:13:49,563 --> 00:13:51,283 - Tak masuk. - Okey. Berhenti. 272 00:13:51,363 --> 00:13:52,603 Enjin mati. 273 00:13:54,723 --> 00:13:57,243 Dia tak patut brek sekuat itu. 274 00:13:57,323 --> 00:13:58,923 Dia melampaui batas sini. 275 00:13:59,003 --> 00:14:01,563 Dia terlepas sekali lagi. Dia patut fokus. 276 00:14:01,643 --> 00:14:02,483 Ya. 277 00:14:02,563 --> 00:14:04,243 - Ini mesti diperbetulkan. - Ya. 278 00:14:04,923 --> 00:14:08,843 Tsunoda seperti sudah biasa terbabas dalam kelayakan, bukan? 279 00:14:08,923 --> 00:14:11,963 Sampai bila Tsunoda mahu ambil lewa seperti ini? 280 00:14:12,043 --> 00:14:15,763 Red Bull memang tiada tolak ansur dengan pemandu muda. 281 00:14:15,843 --> 00:14:17,603 Kita sudah kerap lihat sebelum ini. 282 00:14:17,683 --> 00:14:19,523 Kosnya juga tinggi 283 00:14:19,603 --> 00:14:22,803 sebab dia dah hancurkan beberapa jentera. 284 00:14:24,263 --> 00:14:25,963 {\an8}Pada saya, itu pelanggaran. 285 00:14:26,043 --> 00:14:29,723 Dia hilang kawalan dan melanggar tembok semasa kelayakan. 286 00:14:29,803 --> 00:14:31,083 Saya selalu cakap, 287 00:14:31,163 --> 00:14:34,483 "Yuki, hati-hati. Awak dah sampai had. Tak boleh pecut lagi." 288 00:14:34,563 --> 00:14:37,163 Tapi tentu dia fikir, "Orang tua ini." 289 00:14:37,243 --> 00:14:39,603 "Biar saya tunjuk kemahiran saya pula" 290 00:14:39,683 --> 00:14:41,003 tapi dia langgar juga. 291 00:14:44,603 --> 00:14:45,683 Esteban Ocon. 292 00:14:48,163 --> 00:14:50,883 {\an8}Pemandu Perancis berlumba untuk pasukan milik Perancis 293 00:14:50,963 --> 00:14:52,363 {\an8}dalam Grand Prix Perancis. 294 00:14:52,963 --> 00:14:56,023 Tentu hebat kalau dapat masuk sepuluh tempat teratas. 295 00:14:57,043 --> 00:14:58,443 Grand Prix Perancis 296 00:14:58,523 --> 00:15:01,883 memberi kami tekanan hebat kerana jangkaannya tinggi. 297 00:15:02,643 --> 00:15:05,123 Perancis memang suka berlumba. 298 00:15:07,363 --> 00:15:09,783 Apa agaknya kedudukan Esteban Ocon nanti? 299 00:15:14,243 --> 00:15:16,163 Maaf, sikit saja lagi. P11. 300 00:15:16,243 --> 00:15:17,163 Ya, baik. 301 00:15:17,803 --> 00:15:18,923 Kita bincang nanti. 302 00:15:20,323 --> 00:15:23,243 Itu bukan hasil yang dimahukan Alpine. 303 00:15:25,003 --> 00:15:28,763 Dalam persaingan sengit merebut tempat kelima Kejuaraan Pembina, 304 00:15:28,843 --> 00:15:30,823 Alpine dan AlphaTauri 305 00:15:30,903 --> 00:15:32,963 perlu kedua-dua pemandu muda mereka 306 00:15:33,043 --> 00:15:35,463 membawa pulang mata setiap hujung minggu. 307 00:15:36,083 --> 00:15:38,803 AHAD HARI PERLUMBAAN 308 00:15:39,643 --> 00:15:42,003 Ini Grand Prix Perancis yang bersejarah. 309 00:15:42,843 --> 00:15:45,403 Lima puluh tiga pusingan penuh kelajuan. 310 00:15:47,403 --> 00:15:49,843 Lampu padam, perlumbaan bermula! 311 00:15:59,363 --> 00:16:01,003 Sepuluh pusingan lagi. 312 00:16:01,523 --> 00:16:04,123 Hamilton bertarung untuk kekal di hadapan 313 00:16:04,963 --> 00:16:06,483 manakala di kedudukan tengah, 314 00:16:06,563 --> 00:16:09,723 {\an8}Esteban Ocon berjuang untuk mengekalkan kedudukannya. 315 00:16:10,923 --> 00:16:12,403 Esteban, Ricciardo di belakang. 316 00:16:14,003 --> 00:16:17,043 Daniel Ricciardo sedang mengasak Esteban Ocon. 317 00:16:17,883 --> 00:16:19,203 Saya tak boleh buat apa-apa. 318 00:16:19,283 --> 00:16:21,043 Ya, diterima, Esteban. 319 00:16:21,643 --> 00:16:24,203 Ocon sudah jatuh ke tempat ke-14. 320 00:16:24,723 --> 00:16:28,123 Dia tidak begitu selesa sepanjang perlumbaan ini. 321 00:16:29,003 --> 00:16:31,323 Kita mesti kejar lagi. 322 00:16:32,083 --> 00:16:33,923 Betul. Saya dah tak tahan. 323 00:16:35,163 --> 00:16:39,323 Yuki Tsunoda dalam AlphaTauri di hadapan Esteban Ocon di tempat ke-13. 324 00:16:40,483 --> 00:16:43,083 {\an8}Yuki, awak boleh pecut lagi. 325 00:16:43,163 --> 00:16:44,763 Ocon satu saat di belakang. 326 00:16:45,483 --> 00:16:46,643 Ya, saya sedang cuba. 327 00:16:47,683 --> 00:16:48,723 Tak guna. 328 00:16:50,243 --> 00:16:51,563 Dia berhempas-pulas. 329 00:16:52,083 --> 00:16:55,203 Okey, Tsunoda bergelut, satu saat lebih lambat. 330 00:16:55,283 --> 00:16:56,403 Kita kejar dia. 331 00:16:57,043 --> 00:16:57,883 Baiklah. 332 00:17:01,283 --> 00:17:02,883 Cepat sikit. Ayuh. 333 00:17:03,923 --> 00:17:06,483 Dua pusingan lagi, Yuki. Cuba teruskan. 334 00:17:06,563 --> 00:17:08,003 Awak boleh pecut lagi. 335 00:17:08,083 --> 00:17:09,563 Saya tahulah! Diam! 336 00:17:10,803 --> 00:17:13,163 Yuki, bertenang, okey? 337 00:17:13,243 --> 00:17:16,363 Esteban Ocon dan Yuki Tsunoda bergasak. 338 00:17:17,323 --> 00:17:19,043 Jika salah seorang mendapat mata, 339 00:17:19,123 --> 00:17:21,563 itu amat membantu pasukan mereka. 340 00:17:22,083 --> 00:17:23,363 Ayuh, Esteban. 341 00:17:23,883 --> 00:17:25,323 Mesti ambil peluang sekarang. 342 00:17:27,283 --> 00:17:28,763 Pusingan terakhir. 343 00:17:30,403 --> 00:17:32,163 Gasly merebut tempat ketujuh 344 00:17:32,803 --> 00:17:35,643 dan Alonso menyusul di tempat kelapan. 345 00:17:37,003 --> 00:17:39,483 Tempat ke-14 untuk Esteban Ocon. 346 00:17:39,563 --> 00:17:41,083 Keputusan mengecewakan. 347 00:17:41,883 --> 00:17:42,923 Tak guna. 348 00:17:43,483 --> 00:17:44,403 Tak guna! 349 00:17:44,963 --> 00:17:47,323 Tempat ke-13, Yuki. Ke-13. 350 00:17:48,243 --> 00:17:49,083 Ya. 351 00:17:50,123 --> 00:17:52,163 Saya tak puas hati dengan kereta ini. 352 00:17:52,243 --> 00:17:53,283 Ia tak stabil. 353 00:17:53,363 --> 00:17:55,603 Saya sangat marah. Benci betul. 354 00:17:57,283 --> 00:17:58,323 Okey, Yuki. 355 00:17:58,403 --> 00:18:00,283 Tempat ke-13 dan ke-14 356 00:18:00,363 --> 00:18:04,203 bermaksud Tsunoda dan Ocon gagal mengutip mata hari ini. 357 00:18:04,283 --> 00:18:06,163 Hei. Saya tumpang simpati. 358 00:18:06,683 --> 00:18:08,123 Tapi perlumbaan masih hebat. 359 00:18:10,043 --> 00:18:11,483 Dia masih melalak lagi? 360 00:18:11,523 --> 00:18:12,843 Dia dah berhenti. 361 00:18:14,243 --> 00:18:15,323 Tak guna. 362 00:18:16,483 --> 00:18:17,963 Pemandu ialah atlet. 363 00:18:18,043 --> 00:18:22,003 Kalau keyakinan mereka terusik sikit saja, habislah prestasi mereka. 364 00:18:22,603 --> 00:18:24,043 Tak boleh buat apa lagi. 365 00:18:24,883 --> 00:18:25,763 Dahsyat betul. 366 00:18:25,843 --> 00:18:29,523 Yang penting, Esteban tak boleh hilang keyakinan. 367 00:18:30,163 --> 00:18:32,243 Tolong jangan kacau, boleh tak? 368 00:18:33,783 --> 00:18:37,283 Bagi Esteban, tahun baru ini membawa pasukan dan pegangan baru. 369 00:18:37,363 --> 00:18:39,643 Dalam Formula 1, kita hadapi macam-macam. 370 00:18:39,723 --> 00:18:42,003 Mungkin kita berbakat di litar 371 00:18:42,083 --> 00:18:45,923 tapi kita masih tak dapat memenuhi jangkaan orang terhadap kita. 372 00:18:48,643 --> 00:18:52,123 Saya benci kalah. Saya tak boleh terima. Saya rasa malu. 373 00:18:52,643 --> 00:18:56,203 Memang mudah untuk melayan kesedihan sendiri 374 00:18:56,283 --> 00:18:59,443 sekiranya semua usaha kita tidak membuahkan hasil. 375 00:19:02,083 --> 00:19:05,923 Tekanannya amat dahsyat dibandingkan dengan kategori lain 376 00:19:06,003 --> 00:19:09,843 dan saya memang perlu banyak belajar lagi. 377 00:19:13,203 --> 00:19:14,083 {\an8}PENGARAH LUMBA 378 00:19:14,123 --> 00:19:16,403 {\an8}Esteban patut buat lebih baik. 379 00:19:16,483 --> 00:19:19,083 Asyik seorang pemandu saja yang kutip mata. 380 00:19:19,163 --> 00:19:20,203 Itu masalahnya. 381 00:19:20,763 --> 00:19:24,403 Tiap-tiap perlumbaan, asyik kelemahan yang sama saja. 382 00:19:27,083 --> 00:19:29,563 Saya perlu pastikan setiap kali saya nampak kelemahan, 383 00:19:29,643 --> 00:19:30,963 sesuatu yang tak berkesan 384 00:19:31,043 --> 00:19:35,643 dan tak membantu kami mencapai matlamat, 385 00:19:35,723 --> 00:19:36,923 saya perlu betulkan. 386 00:19:36,963 --> 00:19:39,243 Kita perlu ada kemajuan. 387 00:19:41,163 --> 00:19:42,963 Itu tugas saya. 388 00:19:46,203 --> 00:19:48,883 Pendekatannya mesti lebih baik. 389 00:19:49,403 --> 00:19:50,683 Perlu lebih berusaha. 390 00:19:51,643 --> 00:19:53,883 Apa maksud awak? Secara fizikal? 391 00:19:54,403 --> 00:19:57,443 Secara keseluruhannya. 392 00:19:58,403 --> 00:20:00,763 Dia perlu ada hidup lebih seimbang. 393 00:20:00,843 --> 00:20:02,363 Kalau tak, dia akan leka. 394 00:20:03,323 --> 00:20:06,083 Dia perlu dikerah buat kali pertama dalam hidupnya. 395 00:20:08,363 --> 00:20:12,363 Dia hanya perlu didisiplinkan. 396 00:20:13,763 --> 00:20:16,563 Dia orang yang baik, kita nampak dia berbakat. 397 00:20:16,643 --> 00:20:17,923 Dia memang berbakat. 398 00:20:18,003 --> 00:20:20,203 Dia cuma perlu digilap oleh Franz. 399 00:20:20,723 --> 00:20:21,723 Awak semua pun. 400 00:20:24,643 --> 00:20:26,043 BERITA F1 401 00:20:26,123 --> 00:20:28,523 TSUNODA KE ITALI SELEPAS PERMULAAN GOYAH 402 00:20:32,523 --> 00:20:33,483 Saya boleh. 403 00:20:38,003 --> 00:20:41,363 Oh, Tuhan. Lebatnya hujan. 404 00:20:46,083 --> 00:20:48,523 - But awak tak cukup besar. - Ya. 405 00:20:49,443 --> 00:20:51,283 Masuk ikut pintu penumpang. 406 00:20:51,883 --> 00:20:54,443 Franz kata dia mahu saya tinggal di Itali. 407 00:20:54,523 --> 00:20:57,123 Gaya pemanduan saya terlalu ganas, 408 00:20:57,203 --> 00:20:58,723 saya kerap terbabas 409 00:20:58,803 --> 00:21:02,843 dan saya agak hilang keyakinan untuk berlumba lagi. 410 00:21:03,763 --> 00:21:05,443 - Oh, Tuhan. - Bagus. 411 00:21:05,963 --> 00:21:07,483 - Dapat masuk. - Ya. 412 00:21:07,563 --> 00:21:09,643 Kita tengoklah apa akan jadi nanti. 413 00:21:10,723 --> 00:21:12,803 - Terima kasih. - Semoga berjaya di Faenza. 414 00:21:12,883 --> 00:21:14,043 - Jumpa lagi. - Ya, Yuki. 415 00:21:14,123 --> 00:21:14,963 Selamat tinggal. 416 00:21:20,843 --> 00:21:23,523 ÉVREUX PERANCIS 417 00:21:28,923 --> 00:21:31,003 Ini kucing hitam bertuah. 418 00:21:32,923 --> 00:21:36,043 Saya cuba balik ke rumah keluarga sekerap yang boleh. 419 00:21:36,643 --> 00:21:40,443 Permulaan saya dalam 2021 tidak begitu memberangsangkan 420 00:21:40,523 --> 00:21:43,003 tapi mereka tetap menyokong saya. 421 00:21:43,523 --> 00:21:45,563 Pada hari selepas perlumbaan, 422 00:21:45,643 --> 00:21:47,643 mak mesti rasa lenguh. 423 00:21:47,723 --> 00:21:50,803 Dia kata dia sakit leher selepas perlumbaan! 424 00:21:50,883 --> 00:21:53,163 Mak asyik julur kepala semasa setiap selekoh. 425 00:21:53,243 --> 00:21:54,163 Yakah? 426 00:21:54,243 --> 00:21:56,563 - Mak ikut gerakan saya? - Ya, mak ikut. 427 00:21:56,643 --> 00:22:01,643 Saya kerja keras untuk capai matlamat saya dan hidup saya hanya berkisarkan F1 jadi… 428 00:22:01,723 --> 00:22:02,563 ya. 429 00:22:03,163 --> 00:22:04,363 Sudah bakar? 430 00:22:04,443 --> 00:22:05,363 Panasnya. 431 00:22:07,203 --> 00:22:09,523 Saya suka bersama keluarga saya. 432 00:22:12,923 --> 00:22:15,883 Mengikut pengalaman saya, kita mesti ada asas kukuh 433 00:22:15,963 --> 00:22:17,763 sebagai seorang ahli sukan. 434 00:22:17,843 --> 00:22:19,243 Apabila saya balik ke sana, 435 00:22:19,323 --> 00:22:23,243 saya mendapat semangat kembali untuk berlumba, itu saja. 436 00:22:31,323 --> 00:22:32,483 Selamat pagi. 437 00:22:32,563 --> 00:22:33,923 Selamat pagi, Yuki-san. 438 00:22:34,003 --> 00:22:34,843 Atau "buongiorno." 439 00:22:34,923 --> 00:22:36,723 - Apa khabar? - Sihat. 440 00:22:36,803 --> 00:22:38,443 - Saya dah tak sabar. - Saya tak. 441 00:22:38,523 --> 00:22:39,763 - Awak tak teruja? - Tak. 442 00:22:40,283 --> 00:22:41,243 Kita akan berlatih. 443 00:22:41,323 --> 00:22:42,923 - Pasti hebat. - Bagus. 444 00:22:43,003 --> 00:22:45,443 Apabila saya berlatih, terutamanya pada waktu pagi, 445 00:22:46,703 --> 00:22:48,363 itu akan rosakkan hari saya. 446 00:22:48,883 --> 00:22:49,803 Marilah. 447 00:22:51,903 --> 00:22:53,443 Otot-otot saya rasa letih, 448 00:22:53,963 --> 00:22:55,483 saya banyak berpeluh. 449 00:22:56,003 --> 00:22:59,043 Badan saya sakit-sakit jadi saya tak boleh habiskan latihan. 450 00:23:00,483 --> 00:23:02,963 Yuki berpindah dari Milton Keynes ke Faenza 451 00:23:03,043 --> 00:23:06,523 sebab kami mahu beri dia rutin harian. 452 00:23:08,163 --> 00:23:09,683 Saya mahu pergi tandas. 453 00:23:09,763 --> 00:23:10,723 Tak boleh. 454 00:23:11,263 --> 00:23:13,923 Saya kata kepada dia, "Awak dah dalam Formula 1 455 00:23:14,003 --> 00:23:15,883 tapi awak tak capai apa-apa pun." 456 00:23:15,963 --> 00:23:18,083 "Untuk menjadi pemandu yang berjaya, 457 00:23:18,603 --> 00:23:21,843 mereka perlu berlatih setiap hari, minimum dua hingga empat jam." 458 00:23:24,003 --> 00:23:26,563 Franz sangat baik. Saya suka dia 459 00:23:26,643 --> 00:23:29,163 tapi pada masa yang sama, dia sangat tegas. 460 00:23:31,083 --> 00:23:32,443 Saya tak suka berlatih, 461 00:23:32,523 --> 00:23:34,123 tapi saya terpaksa, jadi… 462 00:23:34,803 --> 00:23:37,043 saya perlu harunginya saja. 463 00:23:41,683 --> 00:23:42,843 Dia mesti berlatih. 464 00:23:42,923 --> 00:23:47,203 Dia mesti banyak berlatih daripada segi fizikal, 465 00:23:47,283 --> 00:23:48,483 daripada segi mental 466 00:23:48,563 --> 00:23:52,483 dan daripada segi teknikal, menilai perlumbaan bersama jurutera. 467 00:23:54,683 --> 00:23:55,723 - Hai. - Hai. 468 00:23:56,923 --> 00:24:00,323 Di Hungary nanti, ada banyak selekoh berkelajuan rendah 469 00:24:00,403 --> 00:24:02,323 jadi perlu banyak putaran. 470 00:24:02,403 --> 00:24:04,523 Selekoh satu dan dua adalah selekoh panjang. 471 00:24:04,603 --> 00:24:06,163 Selekoh 13 sangat panjang. 472 00:24:06,683 --> 00:24:09,003 Rasa macam kembali semula ke sekolah. 473 00:24:09,523 --> 00:24:14,363 Saya tak suka itu tapi saya perlu belajar banyak benda 474 00:24:14,443 --> 00:24:16,363 jadi memang sangat sukar. 475 00:24:16,443 --> 00:24:18,443 Boleh buat satu hentian pit saja. 476 00:24:19,483 --> 00:24:22,563 Kalau kita malas, kalau kita tak pedulikan apa-apa, 477 00:24:22,643 --> 00:24:24,683 kita tidak akan berjaya 478 00:24:24,763 --> 00:24:26,723 dan kerjaya kita akan musnah. 479 00:24:26,803 --> 00:24:27,763 Tengoklah nanti. 480 00:24:29,963 --> 00:24:32,003 Selamat datang ke Budapest yang indah, 481 00:24:32,083 --> 00:24:35,043 pusingan ke-11 bagi Kejuaraan Dunia Formula 1. 482 00:24:35,123 --> 00:24:38,643 Akhirnya Ahad menjelang tiba dan kita boleh mula berlumba. 483 00:24:39,243 --> 00:24:40,363 Selamat pagi. 484 00:24:40,443 --> 00:24:42,043 Awak sampai awal. Ada apa? 485 00:24:42,123 --> 00:24:43,003 Saya tak tahu! 486 00:24:43,083 --> 00:24:44,163 Tak boleh tidur? 487 00:24:48,563 --> 00:24:49,963 Saya nak kencing. 488 00:24:50,483 --> 00:24:51,923 - Yakah? - Ya. 489 00:24:53,483 --> 00:24:54,403 Hai, Checo. 490 00:24:54,483 --> 00:24:55,963 - Sihat? - Ya, terima kasih. 491 00:25:00,563 --> 00:25:02,603 Bila boleh naik podium lagi? 492 00:25:03,123 --> 00:25:03,963 Sini! 493 00:25:05,283 --> 00:25:06,843 Hai, apa khabar? 494 00:25:06,923 --> 00:25:08,363 Saya bertaruh dengan awak lagi. 495 00:25:08,443 --> 00:25:09,643 Jangan buat saya kalah. 496 00:25:11,323 --> 00:25:13,003 Boleh makan tak? 497 00:25:14,883 --> 00:25:17,283 Nanti orang ingat awak kena tembak! 498 00:25:21,323 --> 00:25:22,883 Apa kata ramalan? 499 00:25:22,963 --> 00:25:23,963 Hujan. 500 00:25:24,883 --> 00:25:27,483 Keadaan boleh jadi sukar dengan litar licin 501 00:25:27,563 --> 00:25:28,923 kerana hujan sudah tiba 502 00:25:29,003 --> 00:25:31,003 bagi menambah lagi dugaan 503 00:25:31,083 --> 00:25:34,603 ke perlumbaan yang boleh jadi mencabar dan mengujakan ini. 504 00:25:36,083 --> 00:25:39,123 Yuki cuma perlu tenang dan fokus 505 00:25:39,203 --> 00:25:42,643 dan buktikan dia boleh habiskan perlumbaan dengan keputusan baik. 506 00:25:43,163 --> 00:25:46,843 Selepas musim yang sukar, Esteban pula 507 00:25:46,923 --> 00:25:49,963 perlu giat berusaha untuk mengutip mata 508 00:25:50,563 --> 00:25:52,123 bagi memperbaiki musimnya. 509 00:25:53,403 --> 00:25:56,123 Kadang-kadang kita tak sedar untung nasib kita. 510 00:25:57,123 --> 00:25:59,083 Saya pernah terima balasannya dulu. 511 00:26:00,203 --> 00:26:01,523 Memang tak mudah. 512 00:26:02,883 --> 00:26:04,083 Tapi saya bangkit semula. 513 00:26:04,163 --> 00:26:07,483 Saya seratus peratus serius dan sedia melaksanakannya. 514 00:26:09,483 --> 00:26:13,603 Semua kereta sudah berbaris, bersedia untuk mulakan Grand Prix Hungary. 515 00:26:15,123 --> 00:26:17,963 Menjadi pemain baru dalam Formula 1 sangat sukar. 516 00:26:18,923 --> 00:26:21,163 {\an8}Okey, Yuki, kita perlu komunikasi yang baik. 517 00:26:21,243 --> 00:26:22,443 Ya, sudah tentu. 518 00:26:22,523 --> 00:26:24,563 Saya sentiasa rasa tertekan 519 00:26:24,643 --> 00:26:26,923 tapi saya tahu matlamat saya. 520 00:26:27,763 --> 00:26:29,523 Sudah bersedia untuk melihat aksi? 521 00:26:29,603 --> 00:26:32,043 {\an8}Semua orang sudah berhenti bercakap. 522 00:26:36,723 --> 00:26:38,283 {\an8}Lampu padam, perlumbaan bermula! 523 00:26:38,363 --> 00:26:40,563 Lando Norris terus ke lorong dalam. 524 00:26:46,723 --> 00:26:48,123 {\an8}Bottas langgar Norris! 525 00:26:48,883 --> 00:26:50,163 Norris langgar Verstappen! 526 00:26:52,163 --> 00:26:53,323 {\an8}Bodoh betul! 527 00:26:53,403 --> 00:26:55,483 {\an8}Pérez terlibat dengan tidak semena-mena. 528 00:26:57,963 --> 00:26:59,483 {\an8}Tak guna! Bodoh! 529 00:26:59,563 --> 00:27:00,963 {\an8}Kekecohan di belakang! 530 00:27:01,043 --> 00:27:02,803 {\an8}Apa yang berlaku tadi? 531 00:27:02,883 --> 00:27:04,123 {\an8}Maaf, semua. 532 00:27:05,443 --> 00:27:09,563 Empat pelumba sekali gus terkeluar dari Grand Prix Hungary 533 00:27:09,643 --> 00:27:12,203 dalam jarak hanya 600 meter sahaja. 534 00:27:12,723 --> 00:27:14,203 Sila lapor bila boleh, Esteban. 535 00:27:18,003 --> 00:27:20,803 Semasa kemalangan, semuanya jadi perlahan. 536 00:27:21,403 --> 00:27:24,563 Kita perlu guna mata, guna akal untuk menjangka. 537 00:27:24,643 --> 00:27:26,363 Kita perlu kekal tenang. 538 00:27:26,403 --> 00:27:30,203 Jika kita berfikir dengan tenang, semuanya dalam kawalan kita. 539 00:27:36,203 --> 00:27:40,083 {\an8}Esteban Ocon kekal tenang dan berjaya mengelak daripada kekecohan tadi. 540 00:27:41,963 --> 00:27:44,003 Sekarang kita tempat kedua. Bagus. 541 00:27:44,763 --> 00:27:46,003 {\an8}Apa terjadi tadi? 542 00:27:46,883 --> 00:27:49,363 Yuki, ada kemalangan di selekoh satu dan dua. 543 00:27:49,963 --> 00:27:51,323 Awak buat dengan bagus. 544 00:27:52,923 --> 00:27:55,323 Bendera merah. 545 00:27:55,403 --> 00:27:59,923 Perlumbaan dihentikan seketika sementara marsyal membersihkan serpihan. 546 00:28:00,003 --> 00:28:02,283 {\an8}Okey, Esteban. Bagus setakat ini. 547 00:28:02,363 --> 00:28:03,283 {\an8}Kawalan bagus. 548 00:28:03,363 --> 00:28:04,203 {\an8}Baik. 549 00:28:04,283 --> 00:28:07,243 {\an8}Ini situasi unik. Ada kemalangan. 550 00:28:08,123 --> 00:28:10,643 {\an8}Dalam perlumbaan, apa saja boleh terjadi. 551 00:28:11,163 --> 00:28:15,763 {\an8}Sekiranya ada peluang muncul, kita mesti merebutnya serta-merta. 552 00:28:16,283 --> 00:28:18,643 {\an8}Jadi, Yuki, sekarang kita tempat kelima. 553 00:28:19,163 --> 00:28:20,163 {\an8}Baik. 554 00:28:20,683 --> 00:28:22,443 Permulaan yang huru-hara. 555 00:28:22,523 --> 00:28:25,403 Di tempat kedua sekarang ialah Esteban Ocon, 556 00:28:25,483 --> 00:28:27,803 dan Yuki Tsunoda di tempat kelima. 557 00:28:28,603 --> 00:28:29,723 Tak sangka betul. 558 00:28:29,803 --> 00:28:31,563 Pencapaian kita tak kekal selamanya. 559 00:28:31,643 --> 00:28:33,443 Hanya satu keputusan bagus 560 00:28:33,523 --> 00:28:38,283 sudah cukup untuk melonjakkan kita dari kedudukan corot ke kedudukan teratas. 561 00:28:38,923 --> 00:28:41,003 Sekarang sesiapa pun boleh menang. 562 00:28:41,083 --> 00:28:41,923 Ya. 563 00:28:43,363 --> 00:28:46,283 Lewis Hamilton akan mengetuai pusingan formasi 564 00:28:46,363 --> 00:28:48,043 sehingga ke permulaan pegun. 565 00:28:48,883 --> 00:28:51,123 Semua jentera masih guna tayar cuaca basah. 566 00:28:51,203 --> 00:28:53,203 {\an8}Okey, Yuki, matahari sudah keluar. 567 00:28:53,263 --> 00:28:55,603 {\an8}- Litar semakin kering. - Baik. 568 00:28:56,643 --> 00:28:57,883 Kering sepenuhnya. 569 00:28:58,483 --> 00:29:00,883 {\an8}Saya mahu masuk pit kalau boleh. 570 00:29:00,963 --> 00:29:03,443 Awak boleh masuk hujung pusingan ini kalau mahu. 571 00:29:03,963 --> 00:29:07,003 Lewis Hamilton membawa mereka dalam selekoh-selekoh terakhir. 572 00:29:07,083 --> 00:29:09,163 Adakah dia akan masuk lorong pit? 573 00:29:09,763 --> 00:29:11,443 {\an8}Kawal kelajuan sekarang, ya? 574 00:29:12,723 --> 00:29:13,683 {\an8}Ya, betul. 575 00:29:13,763 --> 00:29:16,323 {\an8}Kita akan buat permulaan pegun. 576 00:29:17,283 --> 00:29:19,683 {\an8}Okey, Esteban, masuk pit. 577 00:29:20,603 --> 00:29:23,323 {\an8}Esteban di tempat kedua sudah masuk pit. 578 00:29:26,163 --> 00:29:29,723 Di belakang Ocon, pelumba lain turut masuk pit. 579 00:29:30,483 --> 00:29:34,523 {\an8}Lewis Hamilton satu-satunya pelumba dengan tayar cuaca basah 580 00:29:34,603 --> 00:29:36,923 {\an8}di atas litar kering. 581 00:29:36,983 --> 00:29:39,763 {\an8}- Sudah ramai masuk pit? - Ya, betul. 582 00:29:40,283 --> 00:29:43,563 Semua pelumba lain perlu menunggu dalam lorong pit 583 00:29:43,643 --> 00:29:46,243 sementara Hamilton ke petak depan semula. 584 00:29:50,323 --> 00:29:52,403 - Ya, jalan kering. - Baik, Lewis. 585 00:29:53,963 --> 00:29:56,923 Hamilton tidak masuk ke lorong pit. 586 00:29:57,003 --> 00:30:00,403 Kini dia perlu habiskan pusingan sebelum menukar tayar. 587 00:30:01,443 --> 00:30:02,363 Masuk pit. 588 00:30:02,443 --> 00:30:05,083 Mercedes sudah buat silap besar. 589 00:30:06,123 --> 00:30:08,323 - Saya yang terakhir? - Ya. 590 00:30:08,403 --> 00:30:10,763 {\an8}Mesti terus fokus untuk baki perlumbaan. 591 00:30:11,483 --> 00:30:13,723 Enam puluh lima pusingan lagi. 592 00:30:13,803 --> 00:30:15,563 Hamilton kini di belakang 593 00:30:15,643 --> 00:30:18,283 {\an8}dan buat kali pertama dalam kerjayanya, 594 00:30:18,363 --> 00:30:21,163 {\an8}Esteban Ocon mendahului. 595 00:30:21,243 --> 00:30:23,643 Esteban, awak mendahului Grand Prix. 596 00:30:24,883 --> 00:30:26,283 Kita kerah lagi. 597 00:30:27,163 --> 00:30:28,403 Ya, kita fokus. 598 00:30:29,823 --> 00:30:31,483 Vettel 1.1 saat di belakang. 599 00:30:32,003 --> 00:30:33,483 Kekalkan rentak kalau boleh. 600 00:30:34,003 --> 00:30:37,163 Pasti sukar untuk Ocon kekal di depan Vettel. 601 00:30:37,763 --> 00:30:40,123 Vettel mahu menyerang dan semakin menghampiri. 602 00:30:40,203 --> 00:30:41,643 Sesiapa saja boleh menang. 603 00:30:45,883 --> 00:30:47,323 {\an8}Bagaimana keseimbangannya? 604 00:30:47,403 --> 00:30:49,283 {\an8}Tayar belakang agak cengkam kuat. 605 00:30:49,363 --> 00:30:51,043 {\an8}Yuki, awak buat dengan baik. 606 00:30:51,563 --> 00:30:53,403 Sekarang tumpukan perhatian. 607 00:30:53,483 --> 00:30:54,363 Baik. 608 00:30:55,523 --> 00:30:58,803 Hamilton sudah menukar tayar dan kini semakin memecut. 609 00:30:59,563 --> 00:31:04,483 Dia memotong Max Verstappen. Bolehkah dia pintas Danny Ricciardo juga? 610 00:31:05,123 --> 00:31:08,083 Berjaya! Dengan baki 49 pusingan lagi, 611 00:31:08,163 --> 00:31:10,483 nampaknya kini dia sedang menyasarkan Esteban Ocon. 612 00:31:10,563 --> 00:31:13,563 {\an8}Esteban, Hamilton lapan setengah saat di belakang. 613 00:31:13,643 --> 00:31:15,203 {\an8}Apa kelajuan Hamilton? 614 00:31:15,283 --> 00:31:17,283 {\an8}Dalam 220, jadi awak pecut lagi. 615 00:31:18,203 --> 00:31:19,723 Esteban Ocon mendahului 616 00:31:19,803 --> 00:31:23,923 tetapi dia kini dikejar dua juara dunia, Vettel dan Hamilton. 617 00:31:24,003 --> 00:31:25,643 Berapa lama dia boleh bertahan? 618 00:31:27,043 --> 00:31:28,603 Jarak dengan Vettel, satu saat. 619 00:31:29,643 --> 00:31:30,523 Baiklah. 620 00:31:31,283 --> 00:31:34,203 AlphaTauri juga bakal membolot banyak mata. 621 00:31:34,283 --> 00:31:36,443 Yuki Tsunoda di tempat keenam, 622 00:31:36,523 --> 00:31:38,323 memandu secara konsisten. 623 00:31:40,043 --> 00:31:41,323 {\an8}Berapa pusingan lagi? 624 00:31:41,403 --> 00:31:42,763 Enam pusingan. 625 00:31:43,283 --> 00:31:46,663 Ini mungkin kedudukan penamatnya yang tertinggi di Formula 1. 626 00:31:47,203 --> 00:31:48,203 Saya mesti pecut. 627 00:31:54,923 --> 00:31:56,923 Dia terbabas? 628 00:31:59,203 --> 00:32:00,043 Yuki? 629 00:32:01,043 --> 00:32:02,043 Awak perlu bantuan? 630 00:32:05,083 --> 00:32:05,923 Tidak. 631 00:32:08,483 --> 00:32:09,883 Bagus. Syabas. 632 00:32:10,443 --> 00:32:11,923 Okey. Bagus. 633 00:32:12,403 --> 00:32:13,243 Ya, saya okey. 634 00:32:14,083 --> 00:32:16,563 Di depan, Vettel berada di tempat kedua, 635 00:32:16,643 --> 00:32:18,203 masih di belakang Ocon. 636 00:32:20,283 --> 00:32:21,763 Vettel 0.9 saat di belakang. 637 00:32:21,843 --> 00:32:25,723 Keadaan tegang bagi pelumba yang mahu cuba menang F1 buat kali pertama. 638 00:32:26,243 --> 00:32:28,243 Kita lihat kemampuan Este. 639 00:32:28,323 --> 00:32:29,363 Saya yakin dengan dia. 640 00:32:31,243 --> 00:32:34,643 Vettel sudah semakin dekat. Dia akan cuba memintas. 641 00:32:35,603 --> 00:32:37,963 Ocon sempat menghalangnya. Nyaris lagi. 642 00:32:39,123 --> 00:32:41,523 Ocon masih mendahului. 643 00:32:42,043 --> 00:32:44,683 Syabas. Hamilton 2.3 saat di belakang. 644 00:32:44,763 --> 00:32:45,723 Baik. 645 00:32:45,803 --> 00:32:48,123 Hamilton turut menyertai pertarungan. 646 00:32:48,203 --> 00:32:50,283 Tiga jentera berebut ke garis akhir. 647 00:32:50,883 --> 00:32:53,363 {\an8}Fokus saja, Lewis. Kita mesti boleh. 648 00:32:54,123 --> 00:32:56,523 {\an8}Ocon begitu tenang sampai kini. 649 00:32:56,603 --> 00:33:00,683 {\an8}Bolehkah dia beroleh kemenangan pertama dalam Grand Prix Formula 1? 650 00:33:01,203 --> 00:33:04,723 {\an8}Pusingan terakhir. Pecut maksimum. 651 00:33:05,243 --> 00:33:06,883 Pusingan terakhir, Yuki. 652 00:33:06,963 --> 00:33:09,003 {\an8}- Kekalkan rentak. - Baik. 653 00:33:09,083 --> 00:33:11,003 Tinggal dua selekoh lagi. 654 00:33:11,523 --> 00:33:13,683 Ocon tak boleh salah langkah sekarang. 655 00:33:17,203 --> 00:33:22,323 Esteban Ocon bakal menjadi pemenang Grand Prix dalam Formula 1! 656 00:33:23,603 --> 00:33:26,683 Ocon memenangi Grand Prix Hungary! 657 00:33:26,763 --> 00:33:28,123 Ya! 658 00:33:29,683 --> 00:33:30,643 Bagus, semua! 659 00:33:34,043 --> 00:33:36,563 Hidup Alpine! Hidup Perancis! Ya! 660 00:33:37,163 --> 00:33:38,923 Kemenangan pertama, dan banyak lagi. 661 00:33:39,603 --> 00:33:44,763 Yuki Tsunoda, tempat keenam. Lapan mata. Kedudukan penamatnya yang tertinggi. 662 00:33:44,843 --> 00:33:46,203 AlphaTauri cukup puas hati. 663 00:33:46,283 --> 00:33:47,723 Tempat keenam, Yuki. 664 00:33:48,323 --> 00:33:49,643 Mata membantu, bukan? 665 00:33:50,163 --> 00:33:51,523 Ya, cukup membantu. 666 00:33:51,603 --> 00:33:54,843 Perlumbaan terbaik awak tahun ini, kita tingkatkan dari sana. 667 00:33:54,923 --> 00:33:55,763 Ya. 668 00:33:55,843 --> 00:33:58,763 Syabas, semua. Terima kasih. Saya gembira. 669 00:33:58,843 --> 00:33:59,883 Ya, memang patut pun. 670 00:34:01,123 --> 00:34:04,163 Sejak tinggal di Faenza, saya rasa saya jadi pemandu lebih baik 671 00:34:04,243 --> 00:34:08,163 dan saya sedar komunikasi sangat penting dalam Formula 1. 672 00:34:08,723 --> 00:34:11,643 Yuki melakukan semuanya dengan betul. 673 00:34:12,163 --> 00:34:14,923 Tempat keenam, kami dapat mata, 674 00:34:15,523 --> 00:34:21,283 dan saya rasa dia ada masa depan yang cerah dalam Formula 1. 675 00:34:21,803 --> 00:34:23,603 Yuki, syabas! 676 00:34:23,683 --> 00:34:25,403 Ini baru permulaan. 677 00:34:29,363 --> 00:34:30,923 Apabila melintas garisan, 678 00:34:31,003 --> 00:34:34,363 saya terbayang semua saat-saat sukar yang saya hadapi 679 00:34:34,443 --> 00:34:35,803 dalam kerjaya saya. 680 00:34:36,763 --> 00:34:38,883 Semua pengorbanan keluarga saya. 681 00:34:38,963 --> 00:34:43,523 Pemenang kita dari Perancis, Esteban Ocon! 682 00:34:47,203 --> 00:34:50,683 Tidak dinafikan lagi, Esteban ada bakat yang besar. 683 00:34:50,763 --> 00:34:54,043 Selama 20 tahun kita berusaha untuk mencapai itu 684 00:34:54,123 --> 00:34:55,643 dan akhirnya kita mengecapinya. 685 00:34:56,363 --> 00:34:59,763 Saya amat bangga dan harap ini permulaan baru untuk saya. 686 00:34:59,843 --> 00:35:03,683 Ocon! 687 00:35:04,323 --> 00:35:05,183 {\an8}SETERUSNYA 688 00:35:05,263 --> 00:35:08,523 {\an8}- Sini? Tapi ini topi Mercedes. - Itu tahun depan, bukan? 689 00:35:08,563 --> 00:35:10,843 Tak boleh pandang rendah kepada George. 690 00:35:10,883 --> 00:35:12,723 Saya perlu tunjuk saya calon sempurna. 691 00:35:13,723 --> 00:35:15,443 - Dia tiba-tiba ke kanan. - Dia salah. 692 00:35:17,503 --> 00:35:19,363 Toto sudah mula meragui George. 693 00:35:20,963 --> 00:35:21,803 {\an8}DALAM MUSIM INI 694 00:35:21,843 --> 00:35:22,683 {\an8}Banyak nak cakap. 695 00:35:22,723 --> 00:35:24,243 {\an8}Max Verstappen sedang disiasat. 696 00:35:25,043 --> 00:35:26,643 Jadi dia didenda? 697 00:35:26,683 --> 00:35:28,963 Lima petak? Tak masuk akal. 698 00:35:29,003 --> 00:35:31,003 - Kita buat habis. - Perlumbaan terakhir. 699 00:35:31,523 --> 00:35:32,803 - Verstappen dekat. - Aduh. 700 00:35:32,843 --> 00:35:34,263 Dia belakang saya? 701 00:35:58,563 --> 00:36:01,303 Terjemahan sari kata oleh Nursyazela