1 00:00:11,643 --> 00:00:13,423 - Lama tak jumpa. - Apa khabar? 2 00:00:13,423 --> 00:00:14,762 - Sihat. Awak? - Sihat. 3 00:00:15,663 --> 00:00:17,103 Sukan paling mengujakan. 4 00:00:17,103 --> 00:00:19,183 - Ia berkembang amat pesat. - Ya. 5 00:00:19,183 --> 00:00:21,223 Sebab ada dokumentari juga. 6 00:00:21,223 --> 00:00:23,863 - Ramai mula mengikutinya. - Awak tengok? 7 00:00:23,863 --> 00:00:25,443 - Setiap episod. - Okey. 8 00:00:25,443 --> 00:00:27,723 Anak-anak saya gelak sebab mereka kata 9 00:00:27,723 --> 00:00:30,162 "Ayah kata nak rehat tapi saya dengar..." 10 00:00:32,903 --> 00:00:34,782 Aduh. Ada musim baru nanti. 11 00:00:34,782 --> 00:00:35,983 - Bagus. - Mana mereka? 12 00:00:36,583 --> 00:00:38,943 - Awak akan muncul dalam siri Netflix. - Hai! 13 00:00:38,943 --> 00:00:40,563 - Akhirnya! - Akhirnya. 14 00:00:40,563 --> 00:00:42,383 Dokumentari orang lain. 15 00:00:46,363 --> 00:00:49,363 IBU PEJABAT ALPINE F1 16 00:00:51,102 --> 00:00:54,003 Pelakon Hollywood Ryan Reynolds dan Rob McElhenney 17 00:00:54,003 --> 00:00:55,742 menyertai kumpulan pelaburan 18 00:00:55,742 --> 00:00:58,683 bagi memiliki 24 peratus saham ekuiti 19 00:00:58,683 --> 00:01:00,203 dalam pasukan Alpine Racing. 20 00:01:03,903 --> 00:01:06,343 Ambil gambar dengan majalah Cosmopolitan. 21 00:01:06,343 --> 00:01:07,603 Wah. 22 00:01:07,603 --> 00:01:10,603 Nak sisi yang kacak atau sisi yang lebih kacak? 23 00:01:12,723 --> 00:01:16,823 {\an8}Apa-apa jumlah pelaburan besar yang dibuat terhadap pasukan kita 24 00:01:16,823 --> 00:01:17,923 {\an8}amat dialu-alukan. 25 00:01:17,923 --> 00:01:19,003 {\an8}BEKAS KETUA PASUKAN 26 00:01:19,003 --> 00:01:22,223 Tapi mereka melabur bukan sebab mereka minat sukan ini. 27 00:01:22,223 --> 00:01:24,783 Bukan sebab mereka minat pasukan kita. 28 00:01:25,283 --> 00:01:30,302 Mereka melabur kerana mereka mahu pulangan pelaburan yang lumayan. 29 00:01:31,662 --> 00:01:34,022 Itu memberi tekanan yang sangat hebat 30 00:01:34,022 --> 00:01:35,843 kepada ketua pasukan Formula 1 31 00:01:35,843 --> 00:01:37,942 agar memberi hasil serta-merta. 32 00:01:39,103 --> 00:01:40,783 Apa reaksi awak apabila dapat tahu 33 00:01:40,783 --> 00:01:43,283 akan ada penglibatan bintang Hollywood? 34 00:01:43,283 --> 00:01:46,983 Saya lebih arif tentang jentera dan prestasi berbanding artis Hollywood 35 00:01:46,983 --> 00:01:49,423 tapi mereka memang amat dialu-alukan. 36 00:01:52,003 --> 00:01:54,463 Pelabur sudah masuk, 37 00:01:54,463 --> 00:01:57,343 jadi kami mesti capai sasaran yang kami tetapkan. 38 00:01:57,343 --> 00:01:58,222 Macam mana? 39 00:01:58,222 --> 00:01:59,102 - Lawa! - Alpine. 40 00:01:59,102 --> 00:02:03,082 Tapi setakat ini, musim ini menghampakan buat kami. 41 00:02:04,662 --> 00:02:07,903 Esteban Ocon terkeluar daripada perlumbaan. 42 00:02:08,423 --> 00:02:10,622 Kalau ulang kesilapan yang sama, 43 00:02:10,622 --> 00:02:12,083 itu tak boleh diterima. 44 00:02:13,303 --> 00:02:15,823 Pierre Gasly tamat di tempat ke-19. 45 00:02:17,123 --> 00:02:19,782 Apa yang lebih teruk daripada ini? 46 00:02:19,782 --> 00:02:23,443 Nampaknya ada cara kerja dan pemikiran yang tak mampu mencapai 47 00:02:24,002 --> 00:02:27,243 tahap kejayaan yang pernah dinikmati pasukan ini dulu. 48 00:02:28,323 --> 00:02:29,703 Bergesel! 49 00:02:30,562 --> 00:02:32,203 - Celaka! - Tak guna! 50 00:02:32,203 --> 00:02:34,643 Kedua-dua Alpine tersingkir. 51 00:02:37,643 --> 00:02:41,562 Kami risau dan gusar. 52 00:02:45,263 --> 00:02:46,943 Saya boleh rasa tekanannya. 53 00:02:49,023 --> 00:02:51,703 {\an8}Jika kami tak capai matlamat, itu tak bagus. 54 00:02:53,643 --> 00:02:55,062 Saya mesti buat lebih baik. 55 00:02:56,303 --> 00:02:57,983 Saya yang bertanggungjawab. 56 00:03:05,663 --> 00:03:09,023 LUMRAH HIDUP 57 00:03:10,623 --> 00:03:14,483 SAN ANTONIO AMERIKA SYARIKAT 58 00:03:22,722 --> 00:03:27,663 {\an8}Hei, Tony. Kami baru sampai dan dah dapat tiket saya. 59 00:03:28,303 --> 00:03:32,123 Kami tunggu awak. Saya dah tak sabar lagi. Seronoknya! 60 00:03:38,162 --> 00:03:41,603 - Lama tak jumpa! - Hai, apa khabar? 61 00:03:42,342 --> 00:03:45,023 - Lama tak jumpa. Saya sihat. - Kali terakhir kita jumpa... 62 00:03:45,023 --> 00:03:46,243 {\an8}JUARA NBA EMPAT KALI 63 00:03:46,243 --> 00:03:48,983 - Dah lama. - Bila kali terakhir kita jumpa? 64 00:03:48,983 --> 00:03:51,122 Saya rasa saya datang jumpa awak di Miami. 65 00:03:51,122 --> 00:03:52,782 Ya, tapi kejap sangat! 66 00:04:03,043 --> 00:04:05,282 Macam mana musim awak setakat ini? 67 00:04:05,282 --> 00:04:06,483 Musim saya? 68 00:04:06,483 --> 00:04:09,703 Ada yang bagus dan ada yang kurang bagus. 69 00:04:10,382 --> 00:04:14,263 Ini bukan permulaan musim yang ideal. 70 00:04:14,263 --> 00:04:18,002 Pendek kata, kami tak cukup kuat. 71 00:04:18,543 --> 00:04:19,923 Kami sasarkan tempat keempat. 72 00:04:19,923 --> 00:04:23,703 Tapi buat masa ini, kami rasa mustahil untuk mencapainya. 73 00:04:24,623 --> 00:04:27,883 Demi kerjaya saya, keadaan perlu berubah pantas. 74 00:04:29,403 --> 00:04:30,823 Tapi bolehkah? 75 00:04:38,582 --> 00:04:40,703 Ada sesuatu yang tak kena. 76 00:04:41,563 --> 00:04:45,123 Yang pasti, tahap komunikasi pun bukan di tahap memuaskan. 77 00:04:45,123 --> 00:04:49,243 Pada saya, yang penting, seorang ketua pasukan 78 00:04:49,243 --> 00:04:52,383 mesti benar-benar memahami kemahuan pelumba mereka. 79 00:04:52,383 --> 00:04:53,443 Ayuh, semua. 80 00:04:54,403 --> 00:04:58,943 Jadi sekarang, kami cuma perlu berusaha keras dan tunjuk hasil. 81 00:04:59,923 --> 00:05:02,503 ST. TROPEZ PERANCIS 82 00:05:08,203 --> 00:05:10,303 {\an8}Bagaimana keadaan pasukan sekarang? 83 00:05:13,283 --> 00:05:16,082 {\an8}Saya di tengah-tengah saja. 84 00:05:17,803 --> 00:05:19,363 Macam mana awak fokus, Este? 85 00:05:19,363 --> 00:05:20,363 {\an8}EJEN ESTEBAN 86 00:05:20,363 --> 00:05:21,763 {\an8}Tentu sukar. 87 00:05:21,763 --> 00:05:24,462 {\an8}Ya, itu... Memang... 88 00:05:25,142 --> 00:05:27,343 Ada-ada saja yang jadi dalam pasukan. 89 00:05:28,163 --> 00:05:29,883 Saya fokus kepada peranan saya saja. 90 00:05:31,843 --> 00:05:34,703 Mesti ada kerjasama yang baik antara pasukan. 91 00:05:34,703 --> 00:05:37,683 Pendek kata, mesti ada hubungan yang rapat 92 00:05:37,683 --> 00:05:40,163 untuk berbincang isu-isu genting. 93 00:05:41,142 --> 00:05:43,923 Tapi buat masa ini, itu tak wujud. 94 00:05:44,803 --> 00:05:46,703 Tak ada siapa yang berpuas hati. 95 00:05:47,243 --> 00:05:49,703 Saya rasa Otmar perlu cari penyelesaian. 96 00:05:52,402 --> 00:05:54,823 Baru separuh musim berlalu 97 00:05:54,823 --> 00:05:56,843 {\an8}dan Otmar sudah ada dua pelumba... 98 00:05:56,843 --> 00:05:57,743 {\an8}WARTAWAN F1 99 00:05:57,743 --> 00:05:58,962 ...yang libang-libu. 100 00:05:59,863 --> 00:06:01,962 Dia perlu pulihkan musim ini. 101 00:06:11,902 --> 00:06:13,683 Selamat datang ke Silverstone. 102 00:06:13,683 --> 00:06:17,103 Walau dari mana anda menonton, kami membawakan yang terbaik dari Britain. 103 00:06:17,103 --> 00:06:18,142 Tak guna. 104 00:06:25,763 --> 00:06:27,623 - Daniel! - Daniel! 105 00:06:28,962 --> 00:06:31,123 Otmar, pelumba mana yang awak suka? 106 00:06:31,123 --> 00:06:32,183 Yang saya suka, 107 00:06:32,183 --> 00:06:34,823 dan ia berubah-ubah, 108 00:06:34,823 --> 00:06:36,462 mestilah yang lebih pantas. 109 00:06:36,462 --> 00:06:37,842 Betul tak? 110 00:06:39,022 --> 00:06:42,642 Kami mahu tempat keempat tapi sekarang kami di tempat kelima. 111 00:06:42,642 --> 00:06:45,883 {\an8}Masih jauh ketinggalan daripada segi mata dan prestasi. 112 00:06:45,883 --> 00:06:46,983 {\an8}PENGARAH EKSEKUTIF 113 00:06:48,043 --> 00:06:50,103 Bukan ini yang kami harapkan. 114 00:06:50,603 --> 00:06:53,402 Keadaan mesti dibetulkan secepat mungkin. 115 00:06:55,823 --> 00:06:56,943 - Apa khabar? - Sihat? 116 00:06:56,943 --> 00:06:58,043 Sihat, terima kasih. 117 00:06:59,363 --> 00:07:00,543 Dalam Formula 1, 118 00:07:01,043 --> 00:07:05,462 mengubah pasukan menjadi pesaing kejuaraan tentulah mengambil masa. 119 00:07:06,342 --> 00:07:08,003 - Tak ada yang sambut pun? - Otmar. 120 00:07:08,003 --> 00:07:09,402 Ya. Jalan terus. 121 00:07:10,163 --> 00:07:12,743 Kejayaan takkan tiba dalam sekelip mata. 122 00:07:13,642 --> 00:07:16,483 Kita perlu ada asas yang kukuh dahulu 123 00:07:16,483 --> 00:07:18,443 bagi mencapai kejayaan itu. 124 00:07:19,683 --> 00:07:20,743 Perlu masa. 125 00:07:21,563 --> 00:07:25,043 AHAD HARI PERLUMBAAN 126 00:07:26,202 --> 00:07:27,503 Hari ini kita berlumba 127 00:07:27,503 --> 00:07:30,022 dan ini juga hari perlumbaan yang istimewa. 128 00:07:30,022 --> 00:07:31,803 Inilah Grand Prix British. 129 00:07:32,342 --> 00:07:33,563 Kita kena jumpa dan... 130 00:07:33,563 --> 00:07:35,522 Untuk sarapan, makan tengah hari atau... 131 00:07:35,522 --> 00:07:37,323 - Semuanya. - Wain merah? 132 00:07:37,323 --> 00:07:38,402 Semuanya. 133 00:07:45,402 --> 00:07:46,303 Semoga berjaya. 134 00:07:46,303 --> 00:07:47,462 Okey, terima kasih. 135 00:07:49,163 --> 00:07:50,342 Pemain bola sepak? 136 00:07:50,342 --> 00:07:52,902 Bukan. Rancangan Selling Sunset apa entah. 137 00:07:59,243 --> 00:08:01,183 Kita bersedia untuk berlumba. 138 00:08:01,902 --> 00:08:03,282 {\an8}Pierre, periksa radio. 139 00:08:03,883 --> 00:08:04,722 {\an8}Ya, jelas. 140 00:08:05,522 --> 00:08:07,623 {\an8}Pierre Gasly bermula di tempat kesepuluh. 141 00:08:07,623 --> 00:08:10,043 Saya tahu prestasi yang diperlukan. 142 00:08:10,803 --> 00:08:13,303 Saya mesti berusaha sedaya upaya untuk mencapainya. 143 00:08:13,303 --> 00:08:17,762 {\an8}Esteban Ocon kecewa di tempat ke-13 tapi masih berpeluang mengutip mata. 144 00:08:17,762 --> 00:08:19,103 {\an8}Permulaan yang sukar. 145 00:08:19,103 --> 00:08:21,282 {\an8}Tapi saya mesti berusaha. 146 00:08:21,962 --> 00:08:23,323 Mesti capai sesuatu. 147 00:08:24,323 --> 00:08:26,923 {\an8}Fokus sepenuhnya. Pastikan dapat mata. 148 00:08:26,923 --> 00:08:27,962 {\an8}Ayuh. 149 00:08:27,962 --> 00:08:29,582 {\an8}Fokus saja, mesti boleh. 150 00:08:32,283 --> 00:08:34,183 Kita bersedia untuk berlumba. 151 00:08:41,202 --> 00:08:44,043 {\an8}Grand Prix kali ini bermula! 152 00:08:46,723 --> 00:08:49,343 {\an8}Lando Norris mendahului Grand Prix Britain! 153 00:08:50,143 --> 00:08:52,143 Stadium gegak gempita! 154 00:08:54,963 --> 00:08:57,543 {\an8}Hamilton membelok luas ke dalam selekoh. 155 00:08:58,183 --> 00:08:59,903 Gasly mendaki kedudukan. 156 00:09:02,463 --> 00:09:04,523 Hamilton 0.5 saat di belakang. 157 00:09:04,523 --> 00:09:06,043 Teruskan begini. 158 00:09:06,043 --> 00:09:07,923 Tayar masih rasa selesa. 159 00:09:08,463 --> 00:09:09,563 Baik, diterima. 160 00:09:15,742 --> 00:09:18,023 {\an8}Permulaan bagus. Sekarang P11. 161 00:09:19,382 --> 00:09:20,663 Kereta seterusnya, Stroll. 162 00:09:21,223 --> 00:09:23,043 - Baik. - Okey, tekan. 163 00:09:36,242 --> 00:09:37,483 Saya ada masalah. 164 00:09:38,382 --> 00:09:39,483 Tak guna betul. 165 00:09:41,303 --> 00:09:44,163 Masuk pit. Masuk. 166 00:09:46,023 --> 00:09:47,242 Okey, ada apa? 167 00:09:47,242 --> 00:09:50,703 Kami risau ia takkan bertahan satu pusingan lagi. 168 00:09:56,563 --> 00:09:58,903 Esteban, kami akan keluarkan kereta. 169 00:09:58,903 --> 00:10:02,463 Matikan enjin. Bersedia untuk keluar juga. 170 00:10:04,983 --> 00:10:06,103 Saya minta maaf. 171 00:10:12,183 --> 00:10:15,423 {\an8}Untuk maklumat, Esteban keluar dari perlumbaan. 172 00:10:15,423 --> 00:10:16,823 {\an8}Apa kedudukan kita? 173 00:10:16,823 --> 00:10:17,983 {\an8}P6. 174 00:10:19,403 --> 00:10:21,643 Piastri satu saat di belakang. 175 00:10:21,643 --> 00:10:23,563 Dia aktifkan DRS! 176 00:10:23,563 --> 00:10:25,903 Jadi kita perlu bertindak sekarang. 177 00:10:25,903 --> 00:10:29,563 Itu dia Oscar Piastri mengejar Pierre Gasly. 178 00:10:40,242 --> 00:10:42,423 Kita banyak rugi masa di jalan lurus. 179 00:10:43,103 --> 00:10:44,523 Okey. Kami usahakan. 180 00:10:45,903 --> 00:10:47,703 Masuk pit pusingan ini. 181 00:10:47,703 --> 00:10:50,943 Gasly masuk pit. Dia kini jauh ke kedudukan ke-11. 182 00:10:50,943 --> 00:10:53,823 Alpine harus kutip sebanyak mana mata yang boleh. 183 00:10:56,583 --> 00:10:58,023 Sekarang P11. 184 00:10:58,023 --> 00:10:59,023 Sehabis baik. 185 00:11:03,583 --> 00:11:05,343 Stroll di belakang. 186 00:11:06,083 --> 00:11:06,923 Baik. 187 00:11:09,583 --> 00:11:12,502 {\an8}Stroll cuba memintas Gasly. 188 00:11:16,183 --> 00:11:18,863 Stroll naik ke tempat ke-11. 189 00:11:20,343 --> 00:11:21,663 Dia keluar litar. 190 00:11:22,663 --> 00:11:25,303 Beri saya balik kedudukan saya! 191 00:11:25,303 --> 00:11:27,543 Ya, kami usahakan. Bertenang. 192 00:11:30,023 --> 00:11:32,863 Saya cuma fikir, "Okey, saya perlu lawan. 193 00:11:35,683 --> 00:11:36,923 Lapan pusingan lagi. 194 00:11:38,742 --> 00:11:39,823 Kita kejar dia. 195 00:11:39,823 --> 00:11:40,903 Pecut! 196 00:11:43,683 --> 00:11:46,583 Pierre Gasly mencari ruang dari lorong sebelah. 197 00:11:49,543 --> 00:11:50,603 Cantik. 198 00:11:52,203 --> 00:11:53,502 Naik ke tangga ke-11. 199 00:11:54,903 --> 00:11:57,063 Sainz satu saat di depan. 200 00:11:58,223 --> 00:11:59,382 Boleh memintas. 201 00:11:59,943 --> 00:12:00,923 Baik. 202 00:12:00,923 --> 00:12:03,663 Gasly kini mengejar Carlos Sainz! 203 00:12:08,683 --> 00:12:10,523 Gasly meluru di lorong luar. 204 00:12:11,382 --> 00:12:13,403 Pierre Gasly mengambil kedudukan kesepuluh. 205 00:12:17,803 --> 00:12:20,502 Carlos Sainz cuba merampas balik kedudukan! 206 00:12:22,502 --> 00:12:23,543 Lalu berjaya. 207 00:12:26,063 --> 00:12:27,543 Melampau betul. 208 00:12:28,043 --> 00:12:30,203 Kena lebih laju di jalan lurus. 209 00:12:30,203 --> 00:12:33,502 Saya baru potong dia tapi dia potong saya balik di jalan lurus tadi. 210 00:12:38,103 --> 00:12:39,382 Berapa pusingan lagi? 211 00:12:39,382 --> 00:12:40,923 Lapan pusingan lagi. 212 00:12:40,923 --> 00:12:42,622 Stroll 0.3 saat di belakang. 213 00:12:44,762 --> 00:12:46,122 Saya nak kuasa lagi! 214 00:12:55,823 --> 00:12:58,183 Dia himpit saya tadi! 215 00:13:01,403 --> 00:13:04,863 Habis. Stroll rosakkan sistem ampaian. 216 00:13:05,943 --> 00:13:07,762 Kedua-dua jentera Alpine 217 00:13:09,043 --> 00:13:11,823 gagal menamatkan perlumbaan di Silverstone. 218 00:13:15,303 --> 00:13:16,283 Minta maaf. 219 00:13:17,543 --> 00:13:18,683 {\an8}Bodoh betul. 220 00:13:31,223 --> 00:13:32,502 Jangan putus asa. 221 00:13:32,502 --> 00:13:34,303 Terima kasih kerana berusaha. 222 00:13:34,303 --> 00:13:38,262 Keputusan begini tak dapat dielakkan. 223 00:13:38,262 --> 00:13:40,762 Jangan risau. Kita pandang ke depan. 224 00:13:40,762 --> 00:13:44,142 Semua benda buruk berlaku serentak. 225 00:13:44,142 --> 00:13:47,823 Semuanya berlaku dalam perlumbaan yang sama. 226 00:13:47,823 --> 00:13:50,423 Jadi, tak usah risau. 227 00:13:51,262 --> 00:13:52,403 Teruskan berusaha. 228 00:13:52,403 --> 00:13:53,642 Jangan sedih sebab itu. 229 00:13:53,642 --> 00:13:55,103 Itu saja saya nak kata. 230 00:13:55,603 --> 00:13:56,443 Terima kasih lagi. 231 00:13:57,242 --> 00:13:58,363 Terima kasih lagi. 232 00:13:58,903 --> 00:13:59,803 - Baik. - Ya. 233 00:13:59,803 --> 00:14:00,903 Terima kasih, semua. 234 00:14:01,583 --> 00:14:03,443 Ini amat mengecewakan. 235 00:14:04,783 --> 00:14:06,742 Kita tak patut cari alasan. 236 00:14:06,742 --> 00:14:09,002 Kita cuma perlu bekerja lebih keras 237 00:14:09,002 --> 00:14:12,622 untuk perbaiki keadaan dan prestasi. 238 00:14:15,083 --> 00:14:18,022 Jadi bagi orang atasan Alpine, 239 00:14:18,022 --> 00:14:22,502 prestasi buruk bukan disebabkan nasib malang semata-mata. 240 00:14:23,303 --> 00:14:26,223 Tapi selalunya ia berpunca dari dalam pasukan. 241 00:14:27,882 --> 00:14:31,022 Kalau tidak, bagi pasukan yang asyik menang saja, 242 00:14:31,022 --> 00:14:33,242 adakah kita kata itu cuma sebab tuah? 243 00:14:35,603 --> 00:14:37,122 Saya bukan lagi pemandu baru. 244 00:14:37,903 --> 00:14:41,362 Saya nak kumpul pengalaman dan lihat hasilnya. 245 00:14:41,362 --> 00:14:46,002 Ini bukan musim yang kami harapkan di awal tahun yang lepas. 246 00:14:46,002 --> 00:14:48,043 Semua ketua pasukan pun tertekan. 247 00:14:48,762 --> 00:14:50,823 Sukan ini menitikberatkan hasil. 248 00:14:51,443 --> 00:14:54,482 GRAND PRIX HUNGARY 249 00:14:59,063 --> 00:15:00,683 Di sinilah kita 250 00:15:00,683 --> 00:15:03,783 untuk Kejuaraan Dunia ke-38 Grand Prix Hungary. 251 00:15:04,283 --> 00:15:06,783 Selepas kegagalan Alpine di Silverstone, 252 00:15:06,783 --> 00:15:09,223 mereka mesti kaut sebanyak mata yang boleh hari ini 253 00:15:09,223 --> 00:15:12,622 dalam perebutan tempat keempat Kejuaraan Pembina dengan McLaren. 254 00:15:12,622 --> 00:15:14,843 Tiada siapa mahu jentera tersingkir 255 00:15:14,843 --> 00:15:17,083 tapi cuba lihat hikmahnya juga. 256 00:15:17,923 --> 00:15:21,603 Prestasi dan rentak perlumbaan sebenarnya agak bagus. 257 00:15:21,603 --> 00:15:25,502 Jadi, ada juga hikmahnya. 258 00:15:25,502 --> 00:15:29,943 Namun, kegagalan mengutip mata memang negatif dan perlu diperbaiki. 259 00:15:32,803 --> 00:15:34,923 {\an8}- Periksa radio? - Ya, periksa radio. 260 00:15:36,703 --> 00:15:39,563 {\an8}Mari kita fokus dan cuba dapatkan mata. 261 00:15:49,502 --> 00:15:51,163 {\an8}Lampu padam, ayuh kita berlumba. 262 00:16:00,982 --> 00:16:03,142 Itu dia, meluru ke selekoh pertama! 263 00:16:07,343 --> 00:16:08,482 {\an8}Mereka bergesel! 264 00:16:16,043 --> 00:16:16,982 Celaka! 265 00:16:16,982 --> 00:16:18,103 Dia buat silap. 266 00:16:24,083 --> 00:16:26,382 {\an8}Tak guna. Saya kena langgar teruk. 267 00:16:31,002 --> 00:16:32,283 {\an8}Saya tak faham. 268 00:16:37,083 --> 00:16:38,163 {\an8}Rosak teruk. 269 00:16:42,522 --> 00:16:44,663 {\an8}Esteban, ini kerosakan besar. 270 00:16:45,163 --> 00:16:46,223 {\an8}Kita perlu keluar. 271 00:16:46,982 --> 00:16:51,463 Dua kali berturut-turut Alpine gagal menamatkan perlumbaan. 272 00:16:51,463 --> 00:16:52,982 Malang sekali bagi Otmar. 273 00:17:01,882 --> 00:17:03,543 Setiap kali lumba, ada bencana, 274 00:17:03,543 --> 00:17:05,723 kita ambil iktibar, teruskan hidup. 275 00:17:09,162 --> 00:17:14,103 Kita cuma perlu fokus kepada perkara yang kita boleh kawal. 276 00:17:16,162 --> 00:17:18,043 Kemenangan mesti konsisten. 277 00:17:18,923 --> 00:17:20,423 Yang penting, hasil. 278 00:17:20,923 --> 00:17:22,823 Penyingkiran dua kali itu 279 00:17:22,823 --> 00:17:25,723 mengorbankan jumlah mata yang banyak. 280 00:17:26,882 --> 00:17:28,843 Pasukan sedang terkapai-kapai. 281 00:17:29,783 --> 00:17:31,903 Seseorang perlu bertanggungjawab. 282 00:17:46,183 --> 00:17:48,683 Tiada siapa mahu ada penyingkiran. 283 00:17:49,942 --> 00:17:52,043 Kami bernasib malang tahun ini. 284 00:17:53,103 --> 00:17:55,442 Keputusan terlepas dari tangan kami 285 00:17:56,063 --> 00:17:58,543 akibat kejadian di luar kawalan kami... 286 00:17:59,303 --> 00:18:01,263 Tapi saya tak risau tentang itu. 287 00:18:04,363 --> 00:18:06,363 Saya tak suka cakap tentang nasib. 288 00:18:07,103 --> 00:18:10,483 Itu antara keburukan kalau prestasi kita tak cukup bagus. 289 00:18:11,583 --> 00:18:13,763 Kalau mula dari tengah grid, 290 00:18:13,763 --> 00:18:17,942 kita lebih berisiko terlibat dalam pelanggaran di selekoh awal. 291 00:18:18,783 --> 00:18:21,863 Kita mahu cuba merebut sebanyak mana mata yang boleh 292 00:18:21,863 --> 00:18:27,263 dan dua kali gagal tamat memang amat meresahkan. 293 00:18:29,183 --> 00:18:33,003 Sudah tentu Otmar yang paling tertekan sebab dia ketua pasukan. 294 00:18:34,643 --> 00:18:39,123 Dua kali berturut-turut kedua-dua jentera mereka gagal tamat. 295 00:18:39,123 --> 00:18:42,303 Itu tak pernah terjadi lagi dalam Formula 1. 296 00:18:46,843 --> 00:18:47,763 Ayuh. 297 00:18:57,043 --> 00:18:58,323 Semua orang merana. 298 00:18:59,083 --> 00:19:01,263 Baik di garaj, di pejabat, para pemandu. 299 00:19:01,263 --> 00:19:04,263 Jadi, macam mana mahu... memulihkannya? 300 00:19:05,722 --> 00:19:07,003 Kalau keadaan tak berubah, 301 00:19:07,003 --> 00:19:09,222 kita akan hadapi masalah sama, bukan? 302 00:19:11,683 --> 00:19:13,143 Selama ini, tumpuan kita 303 00:19:13,143 --> 00:19:14,962 serta permintaan dan keperluan kita 304 00:19:14,962 --> 00:19:18,523 hanyalah memperbaiki prestasi selama beberapa bulan lepas. 305 00:19:19,202 --> 00:19:22,543 Apabila kita merosot berbanding lawan, sudah tentu ia mengecewakan. 306 00:19:23,663 --> 00:19:26,163 Kita perlu bantu pulihkan pasukan. 307 00:19:26,843 --> 00:19:29,243 Kami tahu kami perlu buat perubahan. 308 00:19:39,243 --> 00:19:41,462 Selamat datang ke Spa-Francorchamps. 309 00:19:41,462 --> 00:19:43,763 Inilah Grand Prix Belgium. 310 00:19:43,763 --> 00:19:45,583 Dengan cuaca yang tak menentu, 311 00:19:45,583 --> 00:19:48,323 ini antara litar paling mencabar dalam F1. 312 00:20:01,222 --> 00:20:04,643 Berita tergempar meletus di padok semasa Grand Prix Belgium 313 00:20:04,643 --> 00:20:06,823 yang melibatkan pasukan Alpine F1. 314 00:20:06,823 --> 00:20:10,163 Kita sedang menunggu pengumuman rasmi 315 00:20:10,163 --> 00:20:11,363 daripada Alpine. 316 00:20:12,663 --> 00:20:15,743 Apa pula jadi ini? Peliknya. 317 00:20:16,942 --> 00:20:20,163 PASUKAN BWT ALPINE F1 DAN OTMAR SZAFNAUER BERPISAH SECARA BAIK 318 00:20:20,163 --> 00:20:22,383 DISURUH BERHENTI DAN BUKAN DIBUANG 319 00:20:22,383 --> 00:20:25,323 KENAPA TAK TUNGGU CUTI? KEJAM BETUL DENGAN OTMAR 320 00:20:26,163 --> 00:20:27,962 - Ada-ada saja. - Itulah. 321 00:20:27,962 --> 00:20:29,243 Gila betul. 322 00:20:29,243 --> 00:20:30,643 Memang... 323 00:20:35,363 --> 00:20:36,783 Habis tunggang terbalik. 324 00:20:40,263 --> 00:20:41,263 Saya dah agak. 325 00:20:41,263 --> 00:20:43,483 Saya tahu tapi saya tak boleh cakap. 326 00:20:43,983 --> 00:20:47,063 Kedudukan saya terancam. 327 00:20:47,563 --> 00:20:49,383 Maaflah jadi begini. 328 00:20:49,383 --> 00:20:50,603 - Ya. - Jangan risau. 329 00:20:50,603 --> 00:20:51,503 Tak apalah. 330 00:20:52,583 --> 00:20:53,583 Awak okey? 331 00:20:54,083 --> 00:20:56,222 Ini agak mendadak 332 00:20:56,222 --> 00:20:59,222 jadi saya tak ada apa-apa pelan sokongan. 333 00:21:02,702 --> 00:21:04,063 - Otmar. - Hai, semua. 334 00:21:05,303 --> 00:21:06,143 Tak percaya. 335 00:21:06,643 --> 00:21:09,123 Saya tak percaya awak berpisah dengan baik. 336 00:21:09,983 --> 00:21:11,863 Saya sedih awak terpaksa pergi. 337 00:21:11,863 --> 00:21:13,923 - Ini bukan kekal. - Saya tahu. 338 00:21:13,923 --> 00:21:17,183 Boleh dikatakan sekarang keadaan dah tunggang terbalik. 339 00:21:17,183 --> 00:21:19,083 Ada bagusnya awak berhenti. 340 00:21:21,063 --> 00:21:23,962 Ini tak pernah terjadi. 341 00:21:23,962 --> 00:21:27,243 Sepanjang sejarah Formula 1, tak ada sekali pun 342 00:21:27,243 --> 00:21:30,222 ketua pasukan dipecat 343 00:21:30,222 --> 00:21:32,202 di tengah-tengah perlumbaan. 344 00:21:32,202 --> 00:21:34,123 - Macam itulah. - Ya. 345 00:21:34,123 --> 00:21:36,383 Saya dah cuba. Tahun lepas, kami nombor empat. 346 00:21:36,383 --> 00:21:38,563 Ya, betul. Rasanya... 347 00:21:38,563 --> 00:21:41,523 Memang bukan sebab saya saja tapi saya banyak menyumbang. 348 00:21:42,962 --> 00:21:46,903 Apabila kami sedar kami masih jauh daripada matlamat prestasi kami, 349 00:21:47,442 --> 00:21:51,343 kami berbincang dengan Otmar dan pengurusan atasan, 350 00:21:51,343 --> 00:21:55,683 dan kami sedar kami tak sependapat 351 00:21:55,683 --> 00:21:59,462 tentang kaedah untuk memperbetulkan keadaan. 352 00:22:00,363 --> 00:22:03,323 Jadi kami rasa lebih baik berpisah di sini saja. 353 00:22:08,903 --> 00:22:09,942 Otmar! 354 00:22:09,942 --> 00:22:12,003 - Semoga berjaya! - Terima kasih. 355 00:22:12,003 --> 00:22:13,702 Awak mesti boleh. 356 00:22:13,702 --> 00:22:14,763 Semoga berjaya. 357 00:22:14,763 --> 00:22:16,343 Terima kasih. Tengoklah. 358 00:22:16,923 --> 00:22:18,903 Dah lumrah hidup. 359 00:22:18,903 --> 00:22:20,123 Semoga berjaya. 360 00:22:24,923 --> 00:22:28,503 Alpine sepatutnya lebih telus dan berterus terang. 361 00:22:31,423 --> 00:22:35,942 Kadang-kadang kita maju selangkah tapi terpaksa berundur dua langkah 362 00:22:35,942 --> 00:22:37,803 sebelum tiba ke destinasi. 363 00:22:39,043 --> 00:22:40,763 Siapa dengan Bruno? Christian Horner? 364 00:22:40,763 --> 00:22:43,523 Alunni Bravi, Christian Horner, dan Mike Krack. 365 00:22:44,363 --> 00:22:46,722 - Tahu Mike. - Alunni Bravi pandai bahasa Perancis? 366 00:22:46,722 --> 00:22:49,363 Ya, dia pandai berbahasa Perancis. 367 00:22:50,643 --> 00:22:51,702 Christian... 368 00:22:51,702 --> 00:22:54,283 - Saya waswas dengan Christian. - Ya. 369 00:22:57,462 --> 00:22:59,023 - Helo. - Helo. 370 00:22:59,023 --> 00:22:59,903 Apa khabar? 371 00:22:59,903 --> 00:23:00,843 Masih bertahan. 372 00:23:01,783 --> 00:23:03,243 - Helo. - Selamat pagi. 373 00:23:03,243 --> 00:23:04,323 Bagus. 374 00:23:05,222 --> 00:23:07,043 - Jadi, bos baru? - Ya. 375 00:23:08,982 --> 00:23:09,823 Ya. 376 00:23:10,783 --> 00:23:11,923 Ya. Okey. 377 00:23:14,023 --> 00:23:15,743 Ini keputusan yang mendadak. 378 00:23:15,743 --> 00:23:18,743 {\an8}Tapi cara kerja pasukan dan pengendalian Alpine 379 00:23:18,743 --> 00:23:20,283 {\an8}memang susah difahami. 380 00:23:20,283 --> 00:23:21,163 {\an8}KETUA PASUKAN 381 00:23:21,163 --> 00:23:23,083 Tengoklah apa jadi nanti. 382 00:23:24,083 --> 00:23:26,243 Bruno? Dia ada buat tawaran atau... 383 00:23:27,202 --> 00:23:28,462 Selepas Bruno masuk, 384 00:23:28,462 --> 00:23:31,683 {\an8}semua orang berminat tengok si orang baru bekerja. 385 00:23:34,083 --> 00:23:36,043 Sudahlah masuk tengah-tengah musim, 386 00:23:36,043 --> 00:23:38,883 dia tak pernah mengetuai pasukan Formula 1 juga. 387 00:23:38,883 --> 00:23:40,243 Itu tak mudah. 388 00:23:40,243 --> 00:23:43,962 Ini jawatan yang sukar untuk disandang. 389 00:23:45,423 --> 00:23:48,523 Pasukan itu kini cuma retak menanti belah. 390 00:23:50,363 --> 00:23:51,803 Antara fokus pertama Bruno 391 00:23:51,803 --> 00:23:54,482 adalah bagaimana mahu meniup semula semangat? 392 00:23:54,482 --> 00:23:58,863 Dia takkan dapat naikkan semangat cuma dengan prestasi di litar lumba. 393 00:23:58,863 --> 00:24:01,442 Ia perlu dilakukan dengan cara lain. 394 00:24:06,003 --> 00:24:08,823 IBU PEJABAT ALPINE F1 395 00:24:13,903 --> 00:24:15,543 Okey, mari. 396 00:24:16,063 --> 00:24:17,563 - Silakan. - Terima kasih. 397 00:24:19,283 --> 00:24:20,643 - Selamat pagi. - Pagi. 398 00:24:22,783 --> 00:24:24,423 - Selamat pagi. - Apa khabar, Bruno? 399 00:24:24,423 --> 00:24:25,863 - Okey. - Ya? 400 00:24:25,863 --> 00:24:26,743 Setakat ini. 401 00:24:28,863 --> 00:24:33,442 Matlamat saya adalah mengubah dinamik pasukan dan kekuatan semangatnya. 402 00:24:35,923 --> 00:24:38,143 Kepimpinan saya, cara kerja saya, 403 00:24:38,143 --> 00:24:41,942 saya mahu berada rapat dengan pekerja. 404 00:24:41,942 --> 00:24:44,263 Rapat dengan ahli pasukan, berkomunikasi. 405 00:24:47,603 --> 00:24:50,783 Saya perlu semua orang buat kerja di samping saya 406 00:24:50,783 --> 00:24:52,903 agar boleh kerja selancar mungkin. 407 00:24:55,103 --> 00:24:57,163 Selamat tengah hari, semua. 408 00:24:57,163 --> 00:24:58,503 Saya gembira ada di sini. 409 00:24:59,843 --> 00:25:02,323 Kita takkan mundur walau selangkah pun. 410 00:25:02,863 --> 00:25:05,863 Kita akan sentiasa maju. Kita akan pecut. 411 00:25:07,363 --> 00:25:12,202 Kita ada ramai orang berbakat dan bersemangat di sini 412 00:25:12,742 --> 00:25:14,803 dan kita perlu reka jentera terbaik 413 00:25:14,803 --> 00:25:17,763 dan berlumba selaju mungkin. 414 00:25:17,763 --> 00:25:21,222 Kita akan bekerja dan berlumba sebagai satu. 415 00:25:21,982 --> 00:25:23,982 Tapi saya sangat optimistik. 416 00:25:24,843 --> 00:25:26,003 Kita akan bekerjasama, 417 00:25:26,003 --> 00:25:28,623 sentiasa jadi lebih baik, 418 00:25:30,543 --> 00:25:32,123 tidak mudah berpuas hati, 419 00:25:32,123 --> 00:25:34,043 dan berjuang habis-habisan 420 00:25:34,043 --> 00:25:36,783 demi memperbaiki keputusan kita. 421 00:25:36,783 --> 00:25:37,783 Terima kasih. 422 00:25:45,343 --> 00:25:46,763 Okey. Mari. 423 00:25:48,143 --> 00:25:50,242 Dengan situasi antara Esteban dan Pierre, 424 00:25:51,823 --> 00:25:54,783 saya sedar saya perlu buat sesuatu. 425 00:25:57,202 --> 00:25:59,383 Helo. 426 00:26:05,603 --> 00:26:07,303 Kami berbincang. 427 00:26:08,063 --> 00:26:11,823 Kami bertiga duduk dan bercakap hati ke hati 428 00:26:12,663 --> 00:26:16,383 dan kini keadaan sudah jelas dan kami boleh teruskan hidup. 429 00:26:16,383 --> 00:26:19,583 Takkan ada masalah antara mereka lagi. 430 00:26:20,683 --> 00:26:23,163 Itu memberi dinamik yang sangat positif. 431 00:26:29,823 --> 00:26:33,543 Bruno Famin menggalas beban yang berat. 432 00:26:34,503 --> 00:26:35,343 Hai, semua. 433 00:26:36,543 --> 00:26:39,503 Lebih lama kita tak dapat mata dalam Formula 1, 434 00:26:39,503 --> 00:26:42,543 lebih tinggi tekanan yang diberi ke atas kita dan pasukan. 435 00:26:46,103 --> 00:26:49,742 Dia perlu rombak musim yang hampir mustahil dapat dipulihkan. 436 00:26:51,183 --> 00:26:54,242 Ada ramai orang dalam pasukan F1, 437 00:26:54,242 --> 00:26:57,783 tapi kita perlu kenal semua orang, 438 00:26:57,783 --> 00:27:02,283 perlu tahu keperluan mereka, skop kerja mereka, peranan mereka. 439 00:27:05,123 --> 00:27:07,763 Masalah mereka, bagaimana kita boleh bantu? 440 00:27:07,763 --> 00:27:12,702 Pastikan semua orang bekerjasama dengan baik. 441 00:27:14,103 --> 00:27:17,222 Kita ada pelan untuk dilaksanakan. 442 00:27:20,143 --> 00:27:22,962 Tapi kami tahu perlumbaan-perlumbaan selepas ini pasti sukar. 443 00:27:26,503 --> 00:27:29,383 ZANDVOORT KEPULAUAN NETHERLANDS 444 00:27:30,543 --> 00:27:33,982 Zandvoort umpama lautan warna untuk Grand Prix Belanda hari ini. 445 00:27:36,103 --> 00:27:39,183 Tapi kebanyakan mata cuma tertumpu kepada satu orang. 446 00:27:41,242 --> 00:27:45,523 Banyak mata juga melirik kepada ketua pasukan Alpine baru, Bruno Famin, 447 00:27:45,523 --> 00:27:48,163 yang berharap dapat mengutip sebanyak mata yang boleh 448 00:27:48,163 --> 00:27:51,103 di salah satu litar paling sukar arena ini. 449 00:27:55,643 --> 00:27:58,803 Gila betul tempat ini. 450 00:27:58,803 --> 00:28:00,982 Banyaknya warna jingga. 451 00:28:01,702 --> 00:28:03,503 Saya dah tak sabar. 452 00:28:06,283 --> 00:28:08,383 Ya, tak ada masalah. Jumpa lagi. 453 00:28:14,103 --> 00:28:16,523 Bruno datang dengan niat yang baik 454 00:28:16,523 --> 00:28:18,603 dan cara pemikiran yang bagus. 455 00:28:18,603 --> 00:28:21,183 Dia perkenalkan idea baru ke dalam pasukan. 456 00:28:22,663 --> 00:28:25,202 Keutamaan kami ialah pasukan 457 00:28:25,202 --> 00:28:27,543 dan kami bekerjasama dengan baik. 458 00:28:28,742 --> 00:28:31,903 Saya nak menang, jadi ayuh kita menang. 459 00:28:37,523 --> 00:28:38,702 - Sedia? - Ya. 460 00:28:38,702 --> 00:28:39,583 Mantap. 461 00:28:40,623 --> 00:28:42,323 Kita buat sampai jadi, ya? 462 00:28:42,323 --> 00:28:44,563 - Rasanya tempat ke berapa nanti? - Ya. 463 00:28:44,563 --> 00:28:46,222 Tempat ke berapa nanti? 464 00:28:50,422 --> 00:28:55,242 Saya suka mengetuai pasukan dan itu memang kemahiran saya. 465 00:28:56,442 --> 00:28:58,803 Projek Alpine satu tanggungjawab besar. 466 00:28:59,303 --> 00:29:00,922 Tekanannya amat terasa. 467 00:29:01,682 --> 00:29:04,083 Tapi saya yakin 468 00:29:04,083 --> 00:29:09,023 dengan kemampuan semua orang dalam Alpine 469 00:29:09,023 --> 00:29:12,383 untuk memberi usaha yang melangkaui batasan mereka 470 00:29:12,383 --> 00:29:16,323 bagi memajukan pasukan kami dalam jangka masa panjang. 471 00:29:28,482 --> 00:29:29,982 Untuk perlumbaan ini, 472 00:29:29,982 --> 00:29:33,363 saya cuma mahu keputusan sebaik mungkin demi pasukan. 473 00:29:35,442 --> 00:29:36,482 Matlamat saya jelas. 474 00:29:36,482 --> 00:29:40,163 Membawa Alpine ke kemuncak dan menjadi juara dunia suatu hari nanti. 475 00:29:44,803 --> 00:29:46,663 {\an8}Ocon bermula di petak ke-16. 476 00:29:48,442 --> 00:29:50,903 {\an8}- Periksa radio? - Radio jelas. 477 00:29:50,903 --> 00:29:52,303 {\an8}Gasly petak ke-12. 478 00:29:52,843 --> 00:29:54,442 {\an8}Kereta terakhir masuk grid. 479 00:30:08,982 --> 00:30:10,442 {\an8}Gasly bermula bagus. 480 00:30:10,442 --> 00:30:13,563 {\an8}Sudah naik satu tempat selepas memintas Williams. 481 00:30:13,563 --> 00:30:14,482 Bagus. 482 00:30:22,202 --> 00:30:23,903 Hujan lebat bermula. 483 00:30:25,363 --> 00:30:29,942 Tadi kering, sekarang hujan sudah lebat dan litar sudah kuyup. 484 00:30:29,942 --> 00:30:32,722 Banyak pasukan memberanikan diri dan memutuskan 485 00:30:32,722 --> 00:30:35,103 untuk teruskan perlumbaan. 486 00:30:35,763 --> 00:30:37,283 Masuk pit! 487 00:30:40,922 --> 00:30:41,843 {\an8}Masuk pit. 488 00:30:42,343 --> 00:30:43,242 {\an8}Baik. 489 00:30:44,543 --> 00:30:45,702 {\an8}Tukar tayar pertengahan. 490 00:30:45,702 --> 00:30:48,123 {\an8}Pierre Gasly masuk pit. 491 00:30:48,823 --> 00:30:50,883 Mereka membuat pertaruhan besar. 492 00:30:53,502 --> 00:30:55,583 - Okey, fokus sekarang. - Baiklah. 493 00:30:55,583 --> 00:30:58,283 Gasly keluar dari pit di tempat ke-16. 494 00:31:00,863 --> 00:31:01,883 {\an8}Boleh memintas. 495 00:31:08,222 --> 00:31:10,163 {\an8}Pecut lagi. Awak semakin naik. 496 00:31:13,942 --> 00:31:14,783 {\an8}Bagus. 497 00:31:15,543 --> 00:31:17,982 Gasly meroket dengan tayar hujannya. 498 00:31:17,982 --> 00:31:19,242 Dia kini tempat kelima. 499 00:31:19,242 --> 00:31:21,343 Pertaruhan Alpine membuahkan hasil. 500 00:31:30,242 --> 00:31:31,722 {\an8}Okey. Sekarang P4. 501 00:31:33,742 --> 00:31:35,982 - Macam itulah! - Syabas. 502 00:31:36,523 --> 00:31:37,803 {\an8}Litar macam mana? 503 00:31:37,803 --> 00:31:39,722 {\an8}- Agak kering. - Baik. 504 00:31:46,242 --> 00:31:47,803 {\an8}Okey, Esteban, pecut lagi. 505 00:31:48,583 --> 00:31:53,063 Esteban Ocon di tempat kesepuluh, baru dapat mencecah mata. 506 00:31:54,363 --> 00:31:55,583 {\an8}DRS diaktifkan. 507 00:31:56,462 --> 00:32:00,163 {\an8}Yuki dan Ocon galak berebut tempat kesembilan! 508 00:32:04,863 --> 00:32:06,922 {\an8}- Okey, teruskan. - Baik. 509 00:32:07,422 --> 00:32:12,002 {\an8}Bolehkah Ocon kekal dalam kedudukan sepuluh teratas dan mendapat mata? 510 00:32:15,283 --> 00:32:17,543 Hujan tiba lagi! 511 00:32:18,303 --> 00:32:22,182 {\an8}- Hujan kali ini mungkin lebat. - Apa kedudukan kita? 512 00:32:22,182 --> 00:32:24,343 {\an8}Sekarang, kita P4. 513 00:32:24,343 --> 00:32:25,803 {\an8}Pérez P3. 514 00:32:27,043 --> 00:32:30,422 {\an8}Checo, kita penalti lima saat sebab memecut di lorong pit. 515 00:32:30,422 --> 00:32:31,303 {\an8}Celaka! 516 00:32:32,143 --> 00:32:33,103 Teruskan! 517 00:32:34,603 --> 00:32:37,962 {\an8}Okey, Pérez dapat penalti lima saat. 518 00:32:37,962 --> 00:32:40,982 {\an8}Enam pusingan lagi. Cuba jangan lebih lima saat. 519 00:32:42,422 --> 00:32:45,063 {\an8}Kalau Gasly boleh tamat dalam lima saat 520 00:32:45,063 --> 00:32:47,403 di depan Pérez, ada harapan menaiki podium. 521 00:32:47,403 --> 00:32:48,922 Kejayaan bakal dicatat 522 00:32:48,922 --> 00:32:51,543 dalam perlumbaan pertama Bruno sebagai bos. 523 00:32:53,502 --> 00:32:55,303 Musim ini memang mencabar 524 00:32:55,303 --> 00:32:59,502 tapi semangat dan keinginan saya amat tinggi 525 00:33:00,883 --> 00:33:02,182 pada saat ini. 526 00:33:02,182 --> 00:33:03,663 Banyak pertaruhannya. 527 00:33:03,663 --> 00:33:06,462 Saya tahu ada peluang untuk podium. 528 00:33:07,442 --> 00:33:08,722 Saya mahukan itu. 529 00:33:12,182 --> 00:33:13,123 Fokus sepenuhnya. 530 00:33:15,982 --> 00:33:17,462 Jarak ke Gasly 2.6. 531 00:33:20,403 --> 00:33:23,083 Sekarang boleh kejar Pérez di selekoh. 532 00:33:23,682 --> 00:33:24,982 Berapa jarak? 533 00:33:26,222 --> 00:33:28,063 Jarak 3.1. saat. 534 00:33:28,063 --> 00:33:31,083 Pérez sudah mula ketinggalan. 535 00:33:31,083 --> 00:33:32,182 Pusingan terakhir. 536 00:33:32,942 --> 00:33:35,482 Dia lebih pantas daripada kita di sektor satu. 537 00:33:42,343 --> 00:33:44,462 Gasly melintas garis penamat! 538 00:33:52,422 --> 00:33:54,603 {\an8}Dapat P3! P3! 539 00:33:54,603 --> 00:33:56,262 {\an8}Bagus! 540 00:33:58,702 --> 00:34:00,442 {\an8}Akhirnya! 541 00:34:04,502 --> 00:34:06,063 {\an8}Hebat! Sangat hebat! 542 00:34:06,982 --> 00:34:09,382 Perlumbaan yang hebat! 543 00:34:11,943 --> 00:34:14,143 {\an8}Bendera penamat. P10. 544 00:34:14,663 --> 00:34:16,503 Kedua-dua jentera Alpine mengaut mata! 545 00:34:17,003 --> 00:34:19,103 {\an8}Pierre tempat ketiga, dia naik podium. 546 00:34:19,103 --> 00:34:20,282 {\an8}Bagusnya! 547 00:34:20,782 --> 00:34:21,823 Ya! 548 00:34:23,063 --> 00:34:25,362 {\an8}Bagus! Ini yang kita mahu! 549 00:34:25,362 --> 00:34:27,943 {\an8}Awak semua patut bangga. Sangat cemerlang. 550 00:34:28,623 --> 00:34:30,222 {\an8}Syabas. 551 00:34:30,222 --> 00:34:31,182 {\an8}Terima kasih. 552 00:34:31,182 --> 00:34:32,463 Hebatnya! 553 00:34:32,463 --> 00:34:33,342 Ayuh! 554 00:34:34,983 --> 00:34:36,123 Bagus! 555 00:34:36,123 --> 00:34:37,862 {\an8}Semuanya luar biasa, jadi... 556 00:34:38,643 --> 00:34:39,523 {\an8}Saya seronok. 557 00:34:39,523 --> 00:34:41,403 {\an8}Jentera pun bagus... 558 00:34:42,323 --> 00:34:44,163 {\an8}Saya pun gembira sekali. 559 00:34:52,742 --> 00:34:53,943 Bagus! 560 00:34:57,763 --> 00:35:00,842 Pierre Gasly. Syabas untuk dia. 561 00:35:01,882 --> 00:35:03,443 Podium ini merupakan hasil 562 00:35:03,443 --> 00:35:05,862 dan ganjaran untuk semua usaha keras 563 00:35:05,862 --> 00:35:08,323 yang kami lakukan bersama pasukan. 564 00:35:14,183 --> 00:35:18,382 Kami bulatkan tekad sepanjang perlumbaan dan berjaya menggenggam P3 565 00:35:18,382 --> 00:35:19,882 dan itu amat menggembirakan. 566 00:35:23,663 --> 00:35:27,203 Kami semua raikan kejayaan selepas perlumbaan itu 567 00:35:27,203 --> 00:35:29,463 jadi semua orang amat bersemangat. 568 00:35:29,463 --> 00:35:31,163 Ya. Tahniah. 569 00:35:33,842 --> 00:35:35,223 Seronok dapat piala? 570 00:35:35,223 --> 00:35:38,523 Mestilah seronok. Walaupun cuma plastik, tapi... 571 00:35:38,523 --> 00:35:41,983 - Boleh masuk ketuhar gelombang? - Ya. Boleh jadi gelas minuman gergasi. 572 00:35:44,483 --> 00:35:50,523 Bagi saya, keutamaan saya adalah mengubah cara pemikiran pasukan. 573 00:35:51,543 --> 00:35:53,882 Sekarang, kami akan berjaya apabila bersama-sama 574 00:35:53,882 --> 00:35:56,543 meningkatkan keputusan kami, 575 00:35:56,543 --> 00:35:59,203 maju ke depan dan mencapai kemenangan. 576 00:36:04,123 --> 00:36:06,083 {\an8}Ferrari mahu hala tuju baru 577 00:36:06,083 --> 00:36:07,583 {\an8}bermula dengan Fred. 578 00:36:09,183 --> 00:36:11,403 Sainz terkunci! Nyaris bergesel! 579 00:36:11,403 --> 00:36:13,763 Dua pelumba kita bercakaran di litar 580 00:36:13,763 --> 00:36:17,583 jadi ketua pasukan mesti masuk campur dan menasihat mereka. 581 00:36:17,583 --> 00:36:18,763 {\an8}DALAM MUSIM INI 582 00:36:18,763 --> 00:36:20,063 {\an8}Celaka! Tangan saya. 583 00:36:20,603 --> 00:36:23,543 Kecederaan separah itu tak boleh pulih cepat. 584 00:36:23,543 --> 00:36:25,263 Mereka terpaksa cari ganti. 585 00:36:25,263 --> 00:36:28,103 Saya Liam Lawson, pemandu simpanan AlphaTauri. 586 00:36:28,103 --> 00:36:31,362 Pusingan Kelayakan pertama bagi Liam Lawson! 587 00:36:31,923 --> 00:36:33,382 Apa nasib saya nanti? 588 00:36:57,382 --> 00:37:00,643 Terjemahan sari kata oleh Nursyazela