1 00:00:01,126 --> 00:00:04,086 Awak dengar apa yang Natalie kata. Tiada tindakan secara mengejut atau perubahan. 2 00:00:04,171 --> 00:00:06,965 Natalie bukan seorang doktor. Kakak saya perlukan rawatan profesional. 3 00:00:07,049 --> 00:00:08,509 Saya nampak dia berdoa. 4 00:00:08,592 --> 00:00:10,761 Siapa peduli jika dia berdoa dalam rumah kita? 5 00:00:10,844 --> 00:00:12,221 Awak rasa ini satu ugutan? 6 00:00:12,304 --> 00:00:14,056 - Awak mahu menjaganya, bukan? - Awak takkan buat begitu? 7 00:00:16,475 --> 00:00:17,643 Awak ada di sini? 8 00:00:17,726 --> 00:00:19,186 Awak ada nampak sesuatu? 9 00:00:20,229 --> 00:00:21,396 Helo, anak saudara. 10 00:00:21,480 --> 00:00:25,025 Pak cik. Jika berlaku tragedi, waktu itulah kita beri bantuan. 11 00:00:25,108 --> 00:00:26,527 Dia mahu ambil Leanne daripada kami. 12 00:00:26,610 --> 00:00:29,530 - Saya mahu tinggal. - Tiada agama di sini. 13 00:01:37,598 --> 00:01:38,599 Dorothy. 14 00:01:43,854 --> 00:01:44,855 Lihat... 15 00:01:48,901 --> 00:01:50,152 dia okey. 16 00:01:53,655 --> 00:01:54,656 Nampak? 17 00:01:57,326 --> 00:01:58,786 Jericho okey. 18 00:02:18,305 --> 00:02:21,141 Saya rasa fikiran saya okey sekarang. 19 00:02:22,559 --> 00:02:25,395 Saya rasa lebih stabil berbanding dulu. 20 00:02:27,106 --> 00:02:31,777 Apa yang penting ialah saya tak menyusukannya lagi. 21 00:02:31,860 --> 00:02:35,656 Saya tahu. Saya menderita. 22 00:02:35,739 --> 00:02:38,575 Tapi memang sukar untuk memerah susu ketika bekerja. 23 00:02:38,659 --> 00:02:41,412 Separuh daripadanya dibuang dan kembali ke air minuman. 24 00:02:41,495 --> 00:02:43,038 Sama-sama, Philadelphia. 25 00:02:43,664 --> 00:02:44,957 Cuba tahan. 26 00:02:46,792 --> 00:02:50,129 Kemudian masalah dengan Sean. Kami kekurangan sentuhan fizikal. 27 00:02:51,296 --> 00:02:54,508 Kadangkala saya mahu memeluk dia dan biar dia tahu saya ada di sini. 28 00:02:54,591 --> 00:02:56,051 Tapi apabila saya mula bermesra, 29 00:02:56,135 --> 00:02:58,178 saya selalu tertanya adakah saya perlu berasmara dengannya. 30 00:02:59,138 --> 00:03:00,139 Baiklah, Dorothy. 31 00:03:01,515 --> 00:03:06,895 Saya mahu awak fikirkan satu situasi yang membuatkan awak tertekan. 32 00:03:08,063 --> 00:03:09,064 Satu saja? 33 00:03:10,315 --> 00:03:12,067 Apa yang kita kata tentang jenaka, Dorothy? 34 00:03:13,110 --> 00:03:14,111 Okey. 35 00:03:17,239 --> 00:03:20,701 Saya mahu awak tumpukan bagaimana tekanan itu beri kesan kepada badan awak. 36 00:03:21,660 --> 00:03:24,538 Tarik nafas. Hembus. 37 00:03:26,957 --> 00:03:27,958 Tarik nafas. 38 00:03:32,254 --> 00:03:34,131 Ya Tuhan. Saya minta maaf. 39 00:03:36,675 --> 00:03:38,886 Rumah yang sibuk. 40 00:03:41,180 --> 00:03:42,765 Dulu ini lebih mudah. 41 00:03:43,182 --> 00:03:44,308 Awak mahu berehat sebentar? 42 00:03:44,391 --> 00:03:48,729 Tak, itu cuma Leanne. Biasanya dia sangat senyap. 43 00:03:49,146 --> 00:03:50,272 Leanne? 44 00:03:50,355 --> 00:03:53,484 Saya tak beritahu awak? Saya dan Sean mengupah pengasuh. 45 00:03:55,903 --> 00:03:58,280 Jericho sangat sukakan dia. 46 00:04:07,873 --> 00:04:11,001 Okey. Baringlah. 47 00:04:11,919 --> 00:04:15,130 Saya boleh jadualkan awak pada Jumaat depan. 48 00:04:15,798 --> 00:04:18,967 Buat masa ini, jangan tetapkannya. 49 00:04:20,469 --> 00:04:24,765 Saya bayar lebih untuk segala bantuan yang awak berikan. 50 00:04:25,849 --> 00:04:28,644 Kinesiologi memang bagus. 51 00:04:28,727 --> 00:04:30,854 Kehamilan itu mengubah segala-galanya, 52 00:04:30,938 --> 00:04:35,984 tapi saya rasa seperti memasuki fasa baru untuk menyembuhkan diri. 53 00:04:36,485 --> 00:04:39,363 Bertanggungjawab atas kesihatan diri saya. 54 00:04:39,863 --> 00:04:41,573 Awak faham, bukan? 55 00:04:42,408 --> 00:04:43,909 Itu kereta saya. 56 00:04:45,160 --> 00:04:50,373 Leanne! Boleh awak bawa dia turun untuk saya peluk? 57 00:04:50,457 --> 00:04:52,126 Dorothy, kita perlu berbincang tentang ini. 58 00:04:52,209 --> 00:04:54,211 Mungkin dia sedang tidurkannya. 59 00:04:54,294 --> 00:04:56,839 Sebagai kawan awak, saya tak boleh benarkan awak... 60 00:04:56,922 --> 00:04:59,007 Dia menghalang lalu lintas. Saya perlu pergi. 61 00:05:01,218 --> 00:05:04,555 Sean akan pulang tak lama lagi dan dia boleh bantu awak mengemas meja. 62 00:05:05,180 --> 00:05:07,391 Marilah makan malam bersama di sini nanti. 63 00:05:52,436 --> 00:05:53,562 Hei! 64 00:06:04,531 --> 00:06:06,784 Natalie! Awak buat apa di atas? 65 00:06:09,369 --> 00:06:11,663 Dia mengejutkan saya. 66 00:06:11,747 --> 00:06:13,248 Awak buat apa di atas? 67 00:06:13,332 --> 00:06:15,167 Saya ada terdengar bunyi. 68 00:06:16,627 --> 00:06:17,920 Itu Leanne? 69 00:06:20,923 --> 00:06:22,508 Dorothy dah beritahu awak tentang dia? 70 00:06:22,591 --> 00:06:25,719 Awak mengupah pengasuh untuk patung, Sean? 71 00:06:27,429 --> 00:06:31,892 Ya, Leanne menolong membuat kerja rumah. Dia turut berlakon sama. 72 00:06:31,975 --> 00:06:33,852 Kerana ia sebahagian daripada ilusi, bukan? 73 00:06:33,936 --> 00:06:35,145 Delusi. 74 00:06:35,854 --> 00:06:38,524 Patung itu hanya penyelesaian untuk sementara waktu. 75 00:06:39,024 --> 00:06:41,902 Saya dah jelaskan yang ia bukan satu penyelesaian. 76 00:06:41,985 --> 00:06:45,322 Tapi ia berkesan. Awak dah lihat Dorothy. Dia dalam keadaan lebih baik. 77 00:06:45,405 --> 00:06:47,908 Saya tahu awak tak mahu menerimanya, kita semua sama, 78 00:06:47,991 --> 00:06:50,119 tapi lebih lama kita biarkannya, ia akan menjadi lebih sukar. 79 00:06:59,002 --> 00:07:01,213 Saya tahu apa yang terbaik untuk isteri saya. 80 00:07:01,296 --> 00:07:02,548 Saya tak rasa begitu. 81 00:07:03,424 --> 00:07:06,885 Saya rasa awak gunakan patung itu sebagai satu sokongan emosi, seperti dia, 82 00:07:06,969 --> 00:07:09,763 dan awak mula rasakan yang ia benar. 83 00:07:10,848 --> 00:07:13,892 Kita buat apa yang kita rasa betul pada waktu itu. 84 00:07:14,726 --> 00:07:19,648 Tapi ini dah melampau. Kita perlu sedarkan Dorothy. 85 00:07:25,320 --> 00:07:26,321 Hei. 86 00:07:46,091 --> 00:07:47,092 Hei. 87 00:07:47,509 --> 00:07:49,845 Payudara saya seperti mahu meletup. 88 00:07:49,928 --> 00:07:51,555 Jangan meletup pada sotong. 89 00:07:55,184 --> 00:07:58,270 Tengoklah. Alam semula jadi memang indah, bukan? 90 00:07:58,353 --> 00:08:00,105 Ia bukan wain, bukan? 91 00:08:03,066 --> 00:08:06,361 Awak pernah dengar tentang terapi biomaklumbalas? 92 00:08:06,779 --> 00:08:09,323 Bukankah itu memerlukan najis awak untuk melihat jika awak ada kanser? 93 00:08:10,699 --> 00:08:13,118 Ia pemantauan elektronik untuk fungsi tubuh. 94 00:08:13,202 --> 00:08:15,788 Seorang wanita di tempat kerja ada migrain. Sekarang dia yakin dengannya. 95 00:08:16,872 --> 00:08:18,415 Sebab itu awak memecat Natalie? 96 00:08:19,333 --> 00:08:21,043 Saya tak memecat Natalie. 97 00:08:21,835 --> 00:08:23,754 Saya menilai semula keperluan saya. 98 00:08:23,837 --> 00:08:27,674 Mengawal semula badan saya yang cantik dan berparut. 99 00:08:27,758 --> 00:08:28,926 Baguslah. 100 00:08:29,009 --> 00:08:32,096 Orang seperti Natalie, mereka hanya cakap apa yang awak mahu dengar. 101 00:08:32,179 --> 00:08:34,264 Awak lebih kuat daripada yang dia fikirkan. 102 00:08:35,808 --> 00:08:36,850 Terima kasih. 103 00:08:39,061 --> 00:08:41,980 Tapi dia masih seorang kawan, jadi saya rasa teruk. 104 00:08:42,397 --> 00:08:44,191 Sebab itu saya mengajak dia makan malam esok. 105 00:08:44,274 --> 00:08:45,609 Awak mengajak dia ke sini? 106 00:08:46,944 --> 00:08:47,945 Adakah itu satu masalah? 107 00:08:48,028 --> 00:08:50,989 Tak. Sebenarnya, ada sebuah restoran baru yang cantik. 108 00:08:51,073 --> 00:08:53,242 Tak, saya tak mahu pergi ke salah satu restoran baru awak lagi. 109 00:08:53,325 --> 00:08:55,411 Restoran di mana kita makan dalam gelap, ia menakutkan. 110 00:08:55,494 --> 00:09:00,165 Saya mahu melayan tetamu di rumah kita seperti dulu. 111 00:09:02,292 --> 00:09:04,503 Marilah tonton berita saya. Ia sangat menyayat hati. 112 00:09:11,468 --> 00:09:12,469 KURUNGAN ANJING YANG SUGUL 113 00:09:12,552 --> 00:09:14,179 Tiada siapa dapat melawan godaan anak anjing yang comel. 114 00:09:14,263 --> 00:09:18,725 Tapi bilangan anjing liar yang berkeliaran di jalanan kita dah menjadi satu masalah. 115 00:09:18,809 --> 00:09:21,770 Pihak berkuasa tempatan mula mengambil tindakan. 116 00:09:21,854 --> 00:09:23,939 Saya Dorothy Turner, Berita 8. 117 00:10:11,445 --> 00:10:14,281 Apabila makanan sukar didapati, orang akan makan setiap bahagian, 118 00:10:14,364 --> 00:10:17,326 jantung, hati dan perut. 119 00:10:17,409 --> 00:10:20,829 Kini kita menternak dan menanam terlalu banyak, dan buang terlalu banyak. 120 00:10:20,913 --> 00:10:22,623 Orang dah lupa cara hidup yang lama. 121 00:10:24,249 --> 00:10:26,001 Saya rasa saya tak boleh makan itu. 122 00:10:26,668 --> 00:10:28,128 Bunyinya seperti satu cabaran. 123 00:10:29,296 --> 00:10:32,007 Kita ada tetamu untuk makan malam nanti. Saya boleh simpan sedikit untuk awak. 124 00:10:32,591 --> 00:10:33,675 Siapa yang akan datang? 125 00:10:33,759 --> 00:10:35,803 Natalie, ahli kinesiologi itu. 126 00:10:36,929 --> 00:10:39,139 Ya, awak berdua dah berjumpa. 127 00:10:39,223 --> 00:10:41,058 Saya ingat dia satu ancaman kepada Jericho. 128 00:10:41,141 --> 00:10:42,810 Ya, betul. 129 00:10:43,560 --> 00:10:46,688 Jika dia tahu ada bayi sebenar, habislah. 130 00:10:46,772 --> 00:10:48,232 Saya tak boleh merahsiakannya. 131 00:10:49,650 --> 00:10:50,734 Boleh saya bantu? 132 00:10:52,736 --> 00:10:55,572 Saya tak boleh tinggalkan Dorothy bersendirian dengan Natalie. 133 00:10:57,241 --> 00:10:59,243 Tapi kalau ada orang bantu saya menghidang, 134 00:10:59,326 --> 00:11:00,786 perhatikan dapur... 135 00:11:01,745 --> 00:11:03,080 Seperti pelayan? 136 00:11:03,622 --> 00:11:05,749 Ya, seperti pelayan. 137 00:11:08,627 --> 00:11:11,463 LIAR DAN GANAS BERITA 8 138 00:11:11,547 --> 00:11:14,007 Saya berada di Taman Fairmount, bahagian timur takungan, 139 00:11:14,091 --> 00:11:18,762 di mana dua orang yang berjoging diserang anjing liar pagi tadi, 140 00:11:18,846 --> 00:11:20,848 mengakibatkan beberapa kecederaan. 141 00:11:20,931 --> 00:11:22,808 Jabatan Haiwan telah ditugaskan 142 00:11:22,891 --> 00:11:25,894 untuk cuba menangani masalah haiwan liar 143 00:11:25,978 --> 00:11:27,521 yang melanda komuniti tempatan ini. 144 00:11:28,647 --> 00:11:31,191 Saya tak dapat sebarang maklumat tentang George Grayson. 145 00:11:31,275 --> 00:11:33,318 Ya, kerana itu bukan namanya yang sebenar, bukan? 146 00:11:35,904 --> 00:11:38,907 Tunggu, saya sedang meletak kereta secara automatik. Saya tak percayakannya. 147 00:11:40,576 --> 00:11:42,161 Dia kata dia datang menaiki kereta api. 148 00:11:43,036 --> 00:11:45,372 Tak bolehkah awak menggodam kamera keselamatan di 30th Street 149 00:11:45,456 --> 00:11:47,082 dan siasat dia datang dari mana? 150 00:11:47,166 --> 00:11:51,003 Tak boleh. Awak tahu saya akan caj semua ini kepada awak, bukan? 151 00:11:51,086 --> 00:11:54,798 Abang ipar saya akan tanggung semuanya. Buat apa saja untuk mencarinya. 152 00:11:56,925 --> 00:11:59,845 Saya mahu makan malam. Saya akan hubungi awak esok. 153 00:12:23,660 --> 00:12:26,038 Dua puluh ribu. Berapa yang awak ada? 154 00:12:27,247 --> 00:12:28,457 Lapan ribu. 155 00:12:28,540 --> 00:12:29,666 Lapan ribu saja? 156 00:12:29,750 --> 00:12:32,544 Saya perlu pindahkan wang dengan berhati-hati supaya Dorothy tak perasan. 157 00:12:32,628 --> 00:12:34,838 Keadaan menjadi rumit apabila awak dah berkahwin. 158 00:12:35,506 --> 00:12:36,965 Mungkin dia takkan kembali? 159 00:12:37,466 --> 00:12:39,843 Mungkin dia berada di seberang jalan dan memerhatikan kita sekarang? 160 00:12:39,927 --> 00:12:41,512 Dia tidur dalam katil bayi, Sean. 161 00:12:41,595 --> 00:12:42,930 Dia benar-benar menakutkan awak, ya? 162 00:12:43,013 --> 00:12:44,681 Dia datang untuk meninjau rumah ini. 163 00:12:44,765 --> 00:12:47,434 Setelah meninjau, dia akan minta lebih daripada 28 ribu. 164 00:12:47,518 --> 00:12:50,020 Kalau begitu saya akan jual koleksi wain saya. 165 00:12:50,104 --> 00:12:52,106 Jangan bereaksi secara keterlaluan. 166 00:12:56,610 --> 00:12:58,362 Jadi, siapa tetamu malam ini? 167 00:12:58,821 --> 00:13:01,949 Pelatih cantik yang dia benci itu? Isabelle, entah apa namanya? 168 00:13:03,575 --> 00:13:04,576 Ia Natalie. 169 00:13:05,244 --> 00:13:07,538 Natalie? Natalie yang kita kenal? 170 00:13:08,288 --> 00:13:10,040 Kenapa awak ajak dia ke sini? 171 00:13:10,124 --> 00:13:13,752 Dorothy memecat dia. Jadi Natalie percaya bahawa kita patut sedarkan dia. 172 00:13:14,169 --> 00:13:16,046 Biar dia lihat keadaan sebenar patung itu. 173 00:13:16,130 --> 00:13:17,756 Itu mungkin satu masalah. 174 00:13:18,507 --> 00:13:22,010 Kita boleh uruskan Natalie. Leanne kata dia akan bantu. 175 00:13:22,094 --> 00:13:23,887 Sejak bila kita mempercayainya? 176 00:13:23,971 --> 00:13:24,972 Semasa saya... 177 00:13:29,852 --> 00:13:31,937 Selamat malam, saya Leanne. 178 00:13:36,775 --> 00:13:39,653 Saya minta maaf tentang apa yang berlaku hari itu. 179 00:13:40,821 --> 00:13:42,948 Dorothy beritahu saya banyak kejadian rompakan 180 00:13:43,031 --> 00:13:44,283 berlaku di kejiranan ini 181 00:13:44,366 --> 00:13:46,910 dan saya ingat awak penceroboh. 182 00:13:47,870 --> 00:13:49,455 Apa tugas awak di sini? 183 00:13:50,247 --> 00:13:52,040 Apa saja yang pasangan Turner suruh. 184 00:14:00,382 --> 00:14:02,301 Itu pun awak. 185 00:14:02,718 --> 00:14:04,928 Awak nampak cantik. 186 00:14:05,721 --> 00:14:08,557 Saya suka gaya rambut awak. 187 00:14:09,016 --> 00:14:11,310 Kalaulah saya berkeyakinan seperti awak. 188 00:14:11,727 --> 00:14:12,811 Natalie. 189 00:14:14,062 --> 00:14:15,063 Julian. 190 00:14:16,023 --> 00:14:19,109 Kita akan berseronok malam ini, kalian. Saya dapat rasakannya. 191 00:14:48,764 --> 00:14:52,893 Bagaimana dengan kerja, Dorothy? Saya mahu tonton tapi selalu terlepas. 192 00:14:53,769 --> 00:14:58,232 Seronok dapat kembali. Tapi saya rasa sangat bersalah. 193 00:14:58,315 --> 00:14:59,900 Jericho masih perlukan saya. 194 00:14:59,983 --> 00:15:04,738 Rasa bersalah boleh menjadi pendorong untuk hentikan kelakuan yang merosakkan. 195 00:15:05,155 --> 00:15:07,991 Ya dan "Perjalanan jauh bermula dengan satu langkah," 196 00:15:08,075 --> 00:15:09,785 dan "Cinta mengatasi segala-galanya." 197 00:15:11,412 --> 00:15:14,915 Leanne akan memperkenalkan hidangan yang sedap ini kepada kita. Silakan... 198 00:15:16,166 --> 00:15:19,044 Hari ini awak akan makan hidangan tradisional Scotland 199 00:15:19,128 --> 00:15:21,296 iaitu haggis, kentang dan lobak putih. 200 00:15:21,839 --> 00:15:25,217 Haggis dimasak bersama bawang merah, organ biri-biri, 201 00:15:25,300 --> 00:15:27,678 oat dan prun yang telah dikaramelkan. 202 00:15:28,262 --> 00:15:30,556 Di dalam belon ialah bau heather, 203 00:15:30,639 --> 00:15:33,559 untuk menyerlahkan lagi warisan Scotland dalam hidangan ini. 204 00:15:49,324 --> 00:15:52,619 Berkatilah kami, Tuhan, dan makanan 205 00:15:52,703 --> 00:15:57,708 yang kami akan nikmati. Amin. 206 00:15:59,334 --> 00:16:00,335 Amin. 207 00:16:05,674 --> 00:16:08,135 Ada apa-apa lagi yang awak perlukan, En. dan Pn. Turner? 208 00:16:08,218 --> 00:16:10,345 Banyak wain. 209 00:16:11,555 --> 00:16:14,475 Ada sebotol grenache Australia di bilik bawah tanah. 210 00:16:14,558 --> 00:16:15,893 Boleh awak ambilnya? 211 00:16:15,976 --> 00:16:17,603 - Ya. - Terima kasih. 212 00:16:20,105 --> 00:16:21,982 Sejak bila awak beragama? 213 00:16:22,316 --> 00:16:24,943 Kami ada kepercayaan yang tersendiri. 214 00:16:25,027 --> 00:16:26,320 Betul tak, Sean? 215 00:16:54,598 --> 00:16:57,518 Sangat sedap, sayang. Penuh risiko. 216 00:16:57,601 --> 00:16:58,894 Saya percayakan awak. 217 00:17:00,020 --> 00:17:03,941 Sean tak boleh rasa apa-apa. Ia mengganggu kerjanya. 218 00:17:04,024 --> 00:17:07,111 Tekanan yang melampau boleh menyebabkan deria asas kita tak berfungsi. 219 00:17:07,820 --> 00:17:11,323 Salah seorang pesakit saya buta sejurus selepas pasangannya mati. 220 00:17:12,950 --> 00:17:15,119 - Ya, Tuhan. - Ini cuma satu virus. 221 00:17:15,202 --> 00:17:16,203 Yakah? 222 00:17:17,413 --> 00:17:19,415 Ini sungguh menyeronokkan. 223 00:17:20,082 --> 00:17:22,543 Rasanya dah lama kita tak bersama. 224 00:17:22,626 --> 00:17:24,503 Sebenarnya, Dorothy, ia tak begitu lama. 225 00:17:24,586 --> 00:17:26,922 - Mungkin awak tak ingat... - Natalie, saya harap awak masih merokok. 226 00:17:27,005 --> 00:17:28,841 Awak tahu kita tak boleh biarkan ini berlarutan. 227 00:17:28,924 --> 00:17:29,925 Biarkan apa berlarutan? 228 00:17:30,008 --> 00:17:32,302 Tak makan pencuci mulut. Kita ada Cranachan. Leanne? 229 00:17:32,386 --> 00:17:33,929 Kenapa awak berdua cuba halang saya? 230 00:17:34,012 --> 00:17:35,681 Kerana awak saja rasa ini idea yang bagus. 231 00:17:35,764 --> 00:17:36,974 Apa yang berlaku? 232 00:17:37,515 --> 00:17:39,601 Dorothy, kita perlu berbincang, okey? 233 00:17:39,685 --> 00:17:43,272 Saya mahu awak dengar apabila saya kata awak tak sihat. 234 00:17:50,320 --> 00:17:52,447 - Saya tahu apa sedang berlaku. - Awak tahu? 235 00:17:53,866 --> 00:17:55,784 Lihatlah awak semua. 236 00:17:56,577 --> 00:17:58,495 Lihat muka awak. 237 00:17:58,579 --> 00:18:01,874 Begitu bangga dapat mendesak saya. 238 00:18:02,291 --> 00:18:04,793 Saya sangat kecewa terutamanya dengan awak, Sean. 239 00:18:06,170 --> 00:18:07,921 Awak rasa apa yang saya buat? 240 00:18:08,922 --> 00:18:14,386 Saya cuba mengawal keadaan untuk kali ini dan inilah reaksi yang saya dapat? 241 00:18:14,970 --> 00:18:17,598 Awak semua ingat saya tak boleh menghadapinya. 242 00:18:18,766 --> 00:18:21,226 Dorothy yang kasihan. 243 00:18:21,310 --> 00:18:23,771 Tak mungkin dia tahu apa yang terbaik untuknya. 244 00:18:24,188 --> 00:18:27,858 Saya yang buat keputusan untuk pecat awak, Natalie dan itu tindakan yang betul. 245 00:18:28,400 --> 00:18:32,654 Saya seorang ibu sekarang. Saya wanita yang berkuasa dan dihormati. 246 00:18:32,738 --> 00:18:34,615 Saya berupaya untuk memulihkan diri saya sendiri. 247 00:18:34,698 --> 00:18:38,327 Saya tak perlukan kinesiologi, homeopati, 248 00:18:38,410 --> 00:18:41,371 atau orang tak dikenali melihat najis saya di bawah mikroskop. 249 00:18:41,455 --> 00:18:43,207 Saya ialah She-Ra. 250 00:18:43,290 --> 00:18:46,251 Saya lebih kuat daripada sesiapa saja yang awak kenal. 251 00:19:00,390 --> 00:19:01,600 Betul katanya. 252 00:19:03,185 --> 00:19:05,354 Bagaimana kita tahu apa yang terbaik untuk Dorothy? 253 00:19:05,813 --> 00:19:09,316 Kita dah mengakibatkan kerosakan yang tak dapat dipulihkan kepadanya. 254 00:19:09,942 --> 00:19:11,944 Dia kakak awak. Buatlah sesuatu. 255 00:19:12,027 --> 00:19:15,948 Awak nampak keadaan dia dulu. Saya lebih suka Dorothy kini. 256 00:19:16,990 --> 00:19:19,618 Saya minta diri. Saya mahu menjenguk isteri saya. 257 00:19:22,830 --> 00:19:23,831 Hai. 258 00:19:28,585 --> 00:19:29,586 Apa yang awak buat? 259 00:19:29,670 --> 00:19:33,257 Saya mahu bawa dia turun. Jangan halang saya. 260 00:19:33,340 --> 00:19:34,716 Awak dah mabuk. 261 00:19:34,800 --> 00:19:37,261 Awak memakai kasut tumit tinggi. Awak mahu turun tangga? 262 00:19:37,803 --> 00:19:39,513 Bagaimana kalau sesuatu terjadi kepadanya? 263 00:19:39,930 --> 00:19:41,515 Mari sini. Ya. 264 00:19:41,932 --> 00:19:43,851 Awak takkan maafkan diri awak. 265 00:19:43,934 --> 00:19:45,727 Dia dah mengantuk. Marilah. 266 00:19:48,730 --> 00:19:49,857 Ya. 267 00:19:50,607 --> 00:19:52,651 Saya cuma mahu menunjukkan dia. 268 00:19:53,318 --> 00:19:54,319 Kita akan buat begitu. 269 00:19:55,737 --> 00:19:57,322 Tak lama lagi. Marilah. 270 00:20:17,926 --> 00:20:20,345 Awak tentu rasa semua ini menghiburkan. 271 00:20:21,054 --> 00:20:22,181 Apa? 272 00:20:22,848 --> 00:20:25,768 Kadangkala dia agak panas baran, bukan? 273 00:20:26,977 --> 00:20:29,938 Tapi ia hanya satu lakonan. Dia agak rapuh. 274 00:20:32,441 --> 00:20:34,234 Saya rasa Dorothy sangat tabah. 275 00:20:35,736 --> 00:20:38,280 Berapa banyak mereka beritahu awak tentang apa yang berlaku? 276 00:20:39,615 --> 00:20:40,616 Tiada langsung? 277 00:20:41,700 --> 00:20:42,993 Patutlah. 278 00:20:43,952 --> 00:20:45,579 Mereka memanggil saya. 279 00:20:46,163 --> 00:20:48,415 Mereka sangat takut dan tak tahu apa perlu dibuat. 280 00:20:48,499 --> 00:20:52,002 Saya terpaksa bantu mereka bertenang dan tunjukkan penyelesaiannya. 281 00:20:54,046 --> 00:20:55,380 Apa yang mereka buat? 282 00:20:56,298 --> 00:20:57,382 Itu pun awak. 283 00:20:58,675 --> 00:21:00,594 Dorothy mahu kita main satu permainan. 284 00:21:03,430 --> 00:21:05,182 Kita tak patut mengecewakan Dorothy. 285 00:21:06,600 --> 00:21:09,561 Sayang, kalau saya jadi awak, saya akan cari kerja yang lebih stabil. 286 00:21:22,783 --> 00:21:23,951 Sebentar! 287 00:22:35,647 --> 00:22:36,690 Julian! 288 00:22:37,483 --> 00:22:38,484 Julian. 289 00:22:39,485 --> 00:22:40,486 Ya Tuhanku. 290 00:22:46,158 --> 00:22:47,326 Ya Tuhanku. 291 00:22:59,588 --> 00:23:02,966 Ya Tuhanku. Jericho. 292 00:23:03,050 --> 00:23:04,426 - Julian. - Biar saya uruskan. 293 00:23:08,847 --> 00:23:11,308 Rasanya kami tak makan pencuci mulut malam ini, Leanne. 294 00:23:24,530 --> 00:23:27,950 Dia nampak okey pada saya. Semua jarinya masih ada. 295 00:23:28,367 --> 00:23:29,576 Apa benda itu? 296 00:23:29,660 --> 00:23:30,661 Anjing liar. 297 00:23:30,744 --> 00:23:32,913 Tentu ia masuk melalui pagar tepi. Berkeliaran di jalanan. 298 00:23:32,996 --> 00:23:33,997 Awak sendiri yang kata. 299 00:23:34,081 --> 00:23:35,082 Adakah ia... 300 00:23:35,749 --> 00:23:38,252 Kita akan hubungi jabatan haiwan. Mereka akan uruskannya. 301 00:23:39,837 --> 00:23:42,506 Ya Tuhan. Jika sesuatu berlaku kepada dia. 302 00:23:44,007 --> 00:23:47,803 Tiada apa-apa akan berlaku selagi saya masih ada. 303 00:23:51,557 --> 00:23:52,558 Milik siapa? 304 00:23:54,017 --> 00:23:55,436 Saya tak nampak kolar. 305 00:23:55,519 --> 00:23:58,313 Bayi itu, Julian. Bayi siapa? 306 00:24:00,107 --> 00:24:01,567 Ya, kami... 307 00:24:02,443 --> 00:24:04,570 Kami mungkin patut beritahu awak apa yang berlaku lebih awal. 308 00:24:04,653 --> 00:24:07,614 Tapi percayalah, ia untuk kebaikan awak. 309 00:24:08,073 --> 00:24:09,700 Ia pengasuh itu. Gadis itu. 310 00:24:11,118 --> 00:24:14,997 Ya. Dia datang dengan bayi itu. 311 00:24:15,414 --> 00:24:18,625 Kes rogol sumbang mahram. 312 00:24:18,709 --> 00:24:19,877 Saya tak tahu butirannya 313 00:24:19,960 --> 00:24:25,340 tapi Sean dan Dottie ingin memberikan bayi itu tempat tinggal yang baik. 314 00:24:25,424 --> 00:24:27,426 Semuanya mengikut undang-undang. 315 00:24:30,512 --> 00:24:32,097 Dia anggap itu Jericho. 316 00:24:34,767 --> 00:24:37,269 Ada sedikit persamaan. 317 00:24:38,103 --> 00:24:39,480 Ini bukan apa yang Dorothy perlukan. 318 00:24:39,563 --> 00:24:41,148 Lupakan Dorothy! 319 00:24:41,565 --> 00:24:44,485 Apa yang kami perlukan? Kami ada di situ juga. 320 00:24:46,320 --> 00:24:47,946 Kenapa saya tak diberi patung? 321 00:24:50,991 --> 00:24:52,576 Awak ada bercakap dengan sesiapa? 322 00:24:52,659 --> 00:24:53,744 Tentang apa? 323 00:24:54,328 --> 00:24:56,163 Tentang apa yang awak nampak. 324 00:24:57,289 --> 00:24:58,499 Apa yang kita buat. 325 00:24:59,792 --> 00:25:01,001 Mana saya sanggup? 326 00:25:04,171 --> 00:25:05,547 Saya tak boleh tidur. 327 00:25:07,299 --> 00:25:08,467 Tak boleh makan. 328 00:25:10,344 --> 00:25:11,762 Saya tak bernafsu. 329 00:25:13,347 --> 00:25:15,641 Tiada apa-apa yang boleh jadikan ini lebih mudah. Saya cuma... 330 00:25:16,850 --> 00:25:18,811 Ia sentiasa bermain di fikiran saya... 331 00:25:19,812 --> 00:25:22,731 berulang kali. 332 00:25:25,192 --> 00:25:26,860 Biar saya jaga awak, Julian. 333 00:25:32,699 --> 00:25:34,368 Bila awak akan sampai? 334 00:25:36,036 --> 00:25:39,915 Ini tak melibatkan polis, bukan? Kami tiada pilihan dalam hal itu. 335 00:25:42,334 --> 00:25:43,335 Baik. 336 00:25:44,211 --> 00:25:47,381 Ya, okey, hebat. Tolong cepat. 337 00:25:48,424 --> 00:25:49,842 Okey. Terima kasih. 338 00:25:51,844 --> 00:25:53,262 Jabatan haiwan dalam perjalanan. 339 00:25:55,055 --> 00:25:56,807 Hei, tak mengapa. 340 00:25:59,810 --> 00:26:00,978 Peluk saya. 341 00:27:54,842 --> 00:27:59,096 Maaf, kalian. Saya rasa saya mahu berehat. 342 00:27:59,638 --> 00:28:01,723 Kami faham, Dorothy. Tak mengapa. 343 00:28:02,391 --> 00:28:04,017 Mahu saya panggil teksi untuk awak? 344 00:28:05,686 --> 00:28:08,856 Saya akan bawa Natalie bersama saya malam ini. 345 00:28:22,119 --> 00:28:24,872 Kot saya. Gadis itu letakkan... 346 00:28:24,955 --> 00:28:25,956 Ya. 347 00:28:33,464 --> 00:28:35,174 Saya takkan berputus asa dengan awak. 348 00:28:52,816 --> 00:28:53,817 Julian. 349 00:28:54,943 --> 00:28:57,613 Tapi jika Tuhan mencipta sesuatu yang baru, 350 00:28:58,238 --> 00:29:01,241 dan mereka ditimbus dengan tanah 351 00:29:01,325 --> 00:29:03,285 bersama semua harta mereka 352 00:29:03,702 --> 00:29:06,663 dan mereka ke neraka secara hidup-hidup, 353 00:29:07,456 --> 00:29:13,253 ketahuilah yang mereka ini telah mengkhianati Tuhan. 354 00:29:43,409 --> 00:29:45,327 Terjemahan sari kata oleh Nazri Yusof