1 00:00:06,000 --> 00:00:09,920 SEBUAH SIRI ANIME ASLI NETFLIX 2 00:00:29,125 --> 00:00:30,955 Helo? 3 00:00:31,041 --> 00:00:34,001 Saya buat tempahan pada pukul 7.30 malam. 4 00:00:34,958 --> 00:00:37,128 Ya, nama saya Haida. 5 00:00:37,708 --> 00:00:41,128 Malangnya, saya ada urusan lain. 6 00:00:42,416 --> 00:00:43,996 Bayaran pembatalan? 7 00:00:44,583 --> 00:00:46,633 Bayaran penuh untuk pembatalan hari yang sama? 8 00:00:46,708 --> 00:00:47,878 Begitu. 9 00:00:49,291 --> 00:00:51,291 Tidak. Tak apa. 10 00:00:51,375 --> 00:00:56,535 Kalau begitu, saya ada soalan. Bagaimana jika saya datang seorang diri? 11 00:01:07,458 --> 00:01:09,628 Apa? 12 00:01:12,916 --> 00:01:15,666 Maaf. Saya akan hubungi awak semula! 13 00:01:17,666 --> 00:01:19,706 Awak tak apa-apa? 14 00:01:27,750 --> 00:01:30,710 Presiden? 15 00:01:30,791 --> 00:01:32,001 BERANG 16 00:02:10,375 --> 00:02:12,825 HOSPITAL BESAR PUSAT 17 00:02:22,250 --> 00:02:23,830 Awak pekerja itu? 18 00:02:24,583 --> 00:02:26,213 Di mana presiden? 19 00:02:26,291 --> 00:02:29,331 Dia di tingkat tiga. Saya akan bawa awak. 20 00:02:29,416 --> 00:02:31,246 Tak apa. Tunggu di sini. 21 00:02:31,333 --> 00:02:32,793 Terima kasih. 22 00:02:36,666 --> 00:02:37,666 Haida. 23 00:02:37,750 --> 00:02:39,080 Awak dah sampai. 24 00:02:39,791 --> 00:02:40,961 Bagaimana? 25 00:02:41,041 --> 00:02:44,631 Saya dapat hubungi isterinya. Dia akan datang. 26 00:02:44,708 --> 00:02:47,458 Baguslah. 27 00:02:47,541 --> 00:02:50,331 Maaf kerana mengganggu awak pada hujung minggu. 28 00:02:50,416 --> 00:02:52,456 Mesti awak ada rancangan. 29 00:02:52,541 --> 00:02:54,381 Tiada masalah. 30 00:02:54,458 --> 00:02:56,208 Saya memang tak buat apa-apa. 31 00:02:56,291 --> 00:02:58,961 Siapa lelaki yang masuk tadi? 32 00:02:59,041 --> 00:03:01,631 Pengarah Bukan Eksekutif Himuro. 33 00:03:01,708 --> 00:03:03,288 Awak tak kenal dia. 34 00:03:06,708 --> 00:03:09,538 Begitu. Itu teruk, bukan? 35 00:03:10,041 --> 00:03:13,421 Dia akan daftar keluar dari hospital tak lama lagi? 36 00:03:13,500 --> 00:03:16,630 Mungkin agak lama juga kita akan jumpa dia semula. 37 00:03:17,166 --> 00:03:21,706 Dia bertuah kerana Haida ada di sana dan hubungi ambulans. 38 00:03:23,333 --> 00:03:28,793 Haida nampak presiden pengsan. Dia di hospital sehingga lewat malam. 39 00:03:29,333 --> 00:03:31,383 Ia berlaku pada hujung minggu? 40 00:03:31,458 --> 00:03:34,708 Haida kata dia merancang nak jumpa kawan. 41 00:03:34,791 --> 00:03:37,251 Dia kata dia tak buat apa-apa. 42 00:03:38,500 --> 00:03:40,540 Itu pun dia. 43 00:03:40,625 --> 00:03:43,125 Haida, terima kasih untuk tempoh hari. 44 00:03:43,208 --> 00:03:46,538 Apa? Sama-sama. 45 00:03:48,375 --> 00:03:50,415 Tiada masalah. 46 00:03:51,166 --> 00:03:54,326 Kebetulan, saya nampak dia pengsan. 47 00:03:54,416 --> 00:03:59,166 Saya tak pasti nak buat apa kerana saya merancang berjumpa kawan. 48 00:03:59,250 --> 00:04:01,420 Kemudian, sesuatu terjadi! 49 00:04:01,500 --> 00:04:06,210 Tiba-tiba kawan saya batalkan pertemuan pada saat akhir. 50 00:04:06,291 --> 00:04:09,671 Sebab itulah saya dapat tunggu… 51 00:04:11,708 --> 00:04:13,578 Ada apa-apa masalah tentang itu? 52 00:04:13,666 --> 00:04:18,206 Awak boleh utamakan presiden walaupun kawan awak tak batalkan pertemuan. 53 00:04:21,125 --> 00:04:22,705 Betul. 54 00:04:27,333 --> 00:04:31,293 Jadi, dia cuma menipu yang dia nak berjumpa kawannya. 55 00:04:34,583 --> 00:04:37,423 Saya gembira awak tak apa-apa. 56 00:04:37,500 --> 00:04:41,670 Saya dengar tendangan setiausaha itu buat tengkorak awak retak. 57 00:04:41,750 --> 00:04:44,210 Teruknya khabar angin itu. 58 00:04:44,291 --> 00:04:48,631 Mesti Kabae daripada bahagian awak yang mulakan khabar angin itu. 59 00:04:49,625 --> 00:04:53,375 Dia mulakan 90 peratus khabar angin di pejabat. 60 00:04:53,458 --> 00:04:57,328 Dia amat yakin awak dan Tsubone bercinta. 61 00:04:57,416 --> 00:05:01,246 Jangan cakap lagi! Itu langsung tak benar! 62 00:05:05,500 --> 00:05:06,540 Presiden? 63 00:05:07,250 --> 00:05:09,000 Perlukah saya panggil jururawat? 64 00:05:14,458 --> 00:05:17,628 Sejak akhir-akhir ini, saya cuma fikir tentang masa lalu. 65 00:05:17,708 --> 00:05:20,708 Dulu kita sangat muda. 66 00:05:20,791 --> 00:05:26,581 Masa itu sangat indah kerana kerja keras kita sentiasa dihargai. 67 00:05:27,875 --> 00:05:30,875 Namun, masa kita dah berakhir. 68 00:05:30,958 --> 00:05:33,748 Saya rasa saya dah patut jadi penasihat. 69 00:05:35,208 --> 00:05:39,578 Saya rasa Himuro boleh menggantikan saya. 70 00:05:46,500 --> 00:05:51,130 Kenapa bukan saya? Kenapa nak jadikan Himuro presiden? 71 00:05:51,208 --> 00:05:53,208 Kami pun tak suka! 72 00:05:53,291 --> 00:05:59,041 Sudah lama saya jadi pak turut presiden. Saya sentiasa bersetuju dengan dia. 73 00:05:59,125 --> 00:06:01,745 Semua itu untuk apa? 74 00:06:01,833 --> 00:06:03,423 Awak dikhianati! 75 00:06:03,958 --> 00:06:06,128 Orang luar itu tak akan menggantikan dia. 76 00:06:06,208 --> 00:06:10,038 Syarikat ini milik kita! 77 00:06:10,125 --> 00:06:11,745 BILIK PERSIDANGAN 78 00:06:11,833 --> 00:06:15,083 Kita beralih kepada agenda seterusnya. 79 00:06:15,166 --> 00:06:18,416 Bekas presiden mencadangkan 80 00:06:18,500 --> 00:06:21,630 Himuro sebagai penggantinya. 81 00:06:21,708 --> 00:06:25,168 Jika sesiapa membantah, angkat tangan. 82 00:06:26,333 --> 00:06:27,503 Saya membantah! 83 00:06:27,583 --> 00:06:28,583 Saya membantah! 84 00:06:30,333 --> 00:06:32,713 Lebih ramai yang membantah. 85 00:06:33,250 --> 00:06:34,920 Kalau begitu, 86 00:06:35,000 --> 00:06:36,750 kita boleh anggap ini… 87 00:06:36,833 --> 00:06:38,463 Tunggu dulu. 88 00:06:38,541 --> 00:06:40,961 Presiden baru sertai kita dalam talian. 89 00:06:41,458 --> 00:06:44,128 Hei, semua! Apa keputusannya? 90 00:06:45,500 --> 00:06:47,830 - Tiada bantahan! - Tiada bantahan! 91 00:06:53,375 --> 00:06:56,075 Saya dah cakap, tendangan Cik Washimi 92 00:06:56,166 --> 00:06:58,626 bukan penyebab presiden masuk hospital. 93 00:06:59,166 --> 00:07:01,956 Tolong berhenti sebar khabar angin pelik. 94 00:07:03,625 --> 00:07:05,285 Lihat ini, Retsuko. 95 00:07:06,666 --> 00:07:08,126 Ini minit mesyuarat 96 00:07:08,208 --> 00:07:11,828 tiga hari sebelum dia dimasukkan ke hospital. 97 00:07:11,916 --> 00:07:16,576 Lihat! Tendangan itu ditulis dalam minit. 98 00:07:16,666 --> 00:07:19,166 Lihat! Ini buktinya! 99 00:07:19,250 --> 00:07:21,750 Awak dengar apa saya cakap? 100 00:07:24,708 --> 00:07:26,878 Kabae mengalami delusi. 101 00:07:26,958 --> 00:07:30,708 Saya dah cakap. Wanita tua suka teori konspirasi. 102 00:07:32,791 --> 00:07:34,331 Hei, Haida! 103 00:07:35,041 --> 00:07:38,581 Kami nak pergi makan tengah hari. Awak nak ikut? 104 00:07:39,375 --> 00:07:42,035 Saya? Tidak. 105 00:07:44,166 --> 00:07:47,126 Saya sibuk. Saya akan makan nanti. 106 00:07:47,208 --> 00:07:48,418 Begitu. 107 00:07:49,041 --> 00:07:50,501 Jumpa lagi. 108 00:07:53,333 --> 00:07:55,173 Fenneko, marilah. 109 00:07:55,250 --> 00:07:56,830 Ya. 110 00:08:01,458 --> 00:08:03,288 PEJABAT PRESIDEN 111 00:08:14,541 --> 00:08:17,171 Presiden mahu minum teh? 112 00:08:17,833 --> 00:08:19,253 Terima kasih. 113 00:08:23,583 --> 00:08:25,173 Adakah ini Keemun? 114 00:08:25,250 --> 00:08:28,880 Masih terlalu awal untuk kualiti terbaik, tapi ia sangat berperisa. 115 00:08:29,416 --> 00:08:31,206 Mungkin kerana ia dibancuh dengan baik? 116 00:08:33,666 --> 00:08:37,206 Atau adakah saya silap? 117 00:08:37,291 --> 00:08:38,961 Awak betul. 118 00:08:39,583 --> 00:08:40,883 Bagus. 119 00:08:44,625 --> 00:08:47,205 Presiden! Kami datang untuk menyapa awak! 120 00:08:47,291 --> 00:08:50,631 Pejabat presiden sangat sesuai dengan awak! 121 00:08:50,708 --> 00:08:56,628 Sebagai pengarah, kami akan beri perkhidmatan terbaik untuk awak! 122 00:08:58,375 --> 00:09:02,705 Kamu banyak pengalaman, jadi saya hargainya. 123 00:09:06,000 --> 00:09:07,630 Maaf kerana mengganggu! 124 00:09:13,500 --> 00:09:18,630 Saya Ton! Tahniah atas pelantikan awak sebagai presiden. 125 00:09:20,000 --> 00:09:23,880 Saya berkhidmat selama 30 tahun dengan bekas presiden. 126 00:09:23,958 --> 00:09:26,918 Prestasi syarikat menurun beberapa tahun kebelakangan ini. 127 00:09:27,000 --> 00:09:30,750 Sebagai pengarah perakaunan, saya sedar tentang risiko ini. 128 00:09:31,250 --> 00:09:34,580 Di persimpangan yang bahaya ini, 129 00:09:34,666 --> 00:09:37,626 awak satu-satunya harapan kami. 130 00:09:43,291 --> 00:09:44,921 Syarikat kita 131 00:09:45,416 --> 00:09:47,206 terletak dalam tangan awak. 132 00:09:54,833 --> 00:09:56,003 Cik Washimi. 133 00:09:57,083 --> 00:09:58,083 Ya? 134 00:09:59,041 --> 00:10:03,751 Awak rasa apa paling penting sebagai ketua sesebuah organisasi? 135 00:10:06,000 --> 00:10:07,920 Saya tak tahu. Beritahulah saya. 136 00:10:10,125 --> 00:10:14,325 Kemahiran untuk mengenali orang yang akan patuh. 137 00:10:18,875 --> 00:10:19,915 Saya cuma bergurau. 138 00:10:31,041 --> 00:10:33,251 Cuaca sejuk pada malam ini. 139 00:10:34,125 --> 00:10:35,165 Ya. 140 00:10:42,666 --> 00:10:44,666 Okey, saya nak balik. 141 00:10:44,750 --> 00:10:46,290 Terima kasih. 142 00:10:46,375 --> 00:10:47,995 Berhati-hati. 143 00:10:48,083 --> 00:10:49,333 Baik. 144 00:10:51,500 --> 00:10:52,710 Hei. 145 00:10:52,791 --> 00:10:54,581 Tentang tempoh hari… 146 00:11:08,708 --> 00:11:11,498 SELESAI MENEMANI PUTERI AWAK? 147 00:11:12,875 --> 00:11:15,415 Awak tak bawa Retsuko keluar janji temu, bukan? 148 00:11:18,666 --> 00:11:20,416 Dia beritahu awak? 149 00:11:20,500 --> 00:11:25,460 Saya hubungi restoran itu. Mereka kata awak buat bayaran pembatalan. 150 00:11:27,166 --> 00:11:28,326 Berhenti menyibuk. 151 00:11:29,833 --> 00:11:30,833 Minumlah. 152 00:11:37,375 --> 00:11:39,125 Lima tahun! 153 00:11:39,208 --> 00:11:43,628 Saya letak jawatan untuk menjadi rakan sekerjanya selama lima tahun. 154 00:11:45,000 --> 00:11:48,630 Akhirnya, saya dalam situasi ini. 155 00:11:48,708 --> 00:11:51,078 Sebab itulah saya suruh awak bertindak. 156 00:11:51,166 --> 00:11:54,416 Awak nak bersama dia, bukan? Awak boleh! 157 00:11:55,083 --> 00:11:56,293 Mungkin. 158 00:11:57,083 --> 00:11:59,253 Namun, jika saya bersama dia, 159 00:11:59,333 --> 00:12:01,543 berapa lama ia akan bertahan? 160 00:12:03,625 --> 00:12:05,785 Enam bulan? Dua bulan? 161 00:12:05,875 --> 00:12:09,075 Mungkin tak sampai dua minggu! 162 00:12:09,625 --> 00:12:12,455 Kalau begitu, cukuplah sekadar kawan. 163 00:12:12,541 --> 00:12:16,881 Tunggu! Jangan fikir ia akan berakhir! Akhirnya, awak dapat peluang! 164 00:12:17,500 --> 00:12:19,750 Inui suka awak, bukan? 165 00:12:19,833 --> 00:12:21,133 Awak boleh buat! 166 00:12:22,916 --> 00:12:24,786 Inui dan Retsuko berbeza. 167 00:12:26,000 --> 00:12:28,290 Kenapa pula? 168 00:12:31,208 --> 00:12:32,668 Retsuko bukan gadis biasa. 169 00:12:32,750 --> 00:12:35,330 Apa? Dia memang gadis biasa. 170 00:12:35,416 --> 00:12:36,456 Tidak! 171 00:12:36,541 --> 00:12:37,671 Apa yang luar biasa? 172 00:12:37,750 --> 00:12:39,960 Ayuh! Fikirlah! 173 00:12:40,041 --> 00:12:42,631 Gadis ini meninggalkan Presiden Tadano! 174 00:12:42,708 --> 00:12:46,958 Beralih arah dan berjaya menjadi idola legenda! 175 00:12:47,458 --> 00:12:50,128 Dia bukan orang yang sederhana seperti saya! 176 00:12:50,916 --> 00:12:52,826 Saya cuma nak cakap… 177 00:12:52,916 --> 00:12:54,826 Diamlah, bodoh. 178 00:12:58,208 --> 00:13:00,748 Ya, awak orang yang sederhana. 179 00:13:00,833 --> 00:13:04,583 Awak buat kerja biasa dan tiada bakat istimewa. 180 00:13:04,666 --> 00:13:07,036 Awak tak guna. Busuk. Menjijikkan! 181 00:13:07,541 --> 00:13:13,081 Namun, jika awak bertindak, awak boleh capai kemahuan itu! 182 00:13:13,166 --> 00:13:15,956 Berhenti rasa takut dan mencari alasan! 183 00:13:16,041 --> 00:13:18,381 Awak memalukan! 184 00:13:18,458 --> 00:13:20,248 Saya tahu! 185 00:13:21,875 --> 00:13:23,375 Saya tahu… 186 00:13:25,291 --> 00:13:27,251 tapi saya asyik memikirkannya. 187 00:13:27,333 --> 00:13:31,543 Retsuko ada bakat istimewa untuk menarik perhatian orang lain. 188 00:13:31,625 --> 00:13:35,915 Dia dikelilingi ramai orang kerana tarikan itu. 189 00:13:36,000 --> 00:13:41,210 Saya cuma seorang lelaki tak penting dalam kalangan mereka. 190 00:13:42,500 --> 00:13:43,630 Saya… 191 00:13:45,625 --> 00:13:47,165 takut. 192 00:13:49,708 --> 00:13:50,918 Haida. 193 00:13:55,375 --> 00:13:58,205 Saya takut! 194 00:13:58,291 --> 00:14:03,501 Berhenti suruh saya bertindak! 195 00:14:04,916 --> 00:14:06,536 Apa pendapat awak? 196 00:14:06,625 --> 00:14:10,785 Masukkan dia dalam fail tak guna dan buang fail itu dalam tong sampah. 197 00:14:11,541 --> 00:14:13,501 Dengar itu? Awak sampah. 198 00:14:13,583 --> 00:14:15,963 Saya tak tahu awak buat rakaman. 199 00:14:19,958 --> 00:14:20,958 Siapa itu? 200 00:14:21,041 --> 00:14:24,961 - Adakah dia presiden baru? - Bukankah dia pengarah bukan eksekutif? 201 00:14:25,041 --> 00:14:27,831 Bahagian Sumber Manusia buat tindakan yang berani. 202 00:14:27,916 --> 00:14:30,746 Dia berkebolehan. Dia ada MBA. 203 00:14:31,541 --> 00:14:33,421 BAHAGIAN PERAKAUNAN 204 00:14:34,625 --> 00:14:38,035 Lihat, Retsuko! Dia presiden baru! 205 00:14:38,125 --> 00:14:41,825 - Dia kacak. - Ya. 206 00:14:42,583 --> 00:14:44,633 Dia nampak sangat berkebolehan. 207 00:14:45,458 --> 00:14:47,918 Dia nampak seperti tak mudah didekati. 208 00:14:48,000 --> 00:14:51,170 Dia bersubahat dengan setiausaha 209 00:14:51,250 --> 00:14:54,710 untuk membunuh bekas presiden dan rampas jawatannya! 210 00:14:55,625 --> 00:15:00,415 Itu teori saya, tapi dia kacak dan nampak seperti lelaki yang baik. 211 00:15:00,500 --> 00:15:02,670 Akhirnya awak berfikir dengan betul. 212 00:15:06,541 --> 00:15:07,921 Dia pandang kita! 213 00:15:08,000 --> 00:15:09,000 Betulkah? 214 00:15:16,625 --> 00:15:19,915 Apa? Dia menuju ke sini! 215 00:15:20,000 --> 00:15:22,250 Alamak! Apa kita patut buat? 216 00:15:22,333 --> 00:15:23,543 Kita perlu sapa dia! 217 00:15:30,791 --> 00:15:35,421 Saya dah agak awak orangnya. Kita bertemu di hospital. 218 00:15:35,500 --> 00:15:39,130 Saya Himuro, presiden baru. 219 00:15:44,000 --> 00:15:48,630 - Saya tak sabar bekerja bersama awak. - Saya pun begitu. 220 00:16:13,625 --> 00:16:18,625 Terjemahan sari kata oleh Bibi Ellyvine