1 00:00:06,043 --> 00:00:09,959 SEBUAH SIRI ANIME ASLI NETFLIX 2 00:00:49,126 --> 00:00:51,626 Masa untuk balik. 3 00:00:52,459 --> 00:00:53,501 BERANG 4 00:01:35,543 --> 00:01:36,751 SILA AMBIL 5 00:01:36,834 --> 00:01:39,626 Itu pai kastard Sapporo yang gebu! 6 00:01:40,334 --> 00:01:42,084 Ada orang melawat Hokkaido? 7 00:01:42,584 --> 00:01:44,501 Sayalah orangnya. Ambillah. 8 00:01:44,584 --> 00:01:45,584 Terima kasih. 9 00:01:46,084 --> 00:01:47,584 Satu untuk saya. 10 00:01:47,668 --> 00:01:48,959 Saya juga. 11 00:01:50,001 --> 00:01:51,168 Kabae. 12 00:01:53,001 --> 00:01:55,293 Awak dah ambil pai kastard gebu? 13 00:01:55,376 --> 00:01:57,501 Biasanya ia cepat habis. 14 00:02:00,084 --> 00:02:01,293 Terima kasih, tapi… 15 00:02:03,584 --> 00:02:05,001 Saya akan ambil nanti. 16 00:02:10,251 --> 00:02:14,001 Kabae kata dia digalakkan untuk meletakkan jawatan. 17 00:02:15,001 --> 00:02:17,751 Saya suruh dia menolak. 18 00:02:17,834 --> 00:02:22,418 Dia risau orang lain akan diberhentikan jika dia menolaknya. 19 00:02:23,834 --> 00:02:25,376 Itulah sebabnya. 20 00:02:26,168 --> 00:02:28,543 Apa agaknya sebab dia dipilih? 21 00:02:28,626 --> 00:02:30,209 Dia terlalu banyak bercakap. 22 00:02:30,293 --> 00:02:32,376 Namun, dia buat kerja. 23 00:02:33,209 --> 00:02:35,959 Saya rasa suaminya seorang doktor. 24 00:02:37,168 --> 00:02:41,959 Mungkin mereka fikir dia akan bersetuju memandangkan hidup dia senang. 25 00:02:42,043 --> 00:02:45,709 Jadi, mereka buat pilihan yang mudah dulu. 26 00:02:46,834 --> 00:02:50,418 Bulan lepas, ada tawaran untuk persaraan sukarela. 27 00:02:50,501 --> 00:02:54,126 Ia untuk pekerja di 45 tahun dan ke atas, jadi kita tak terlibat. 28 00:02:55,293 --> 00:02:57,293 Itu bermaksud… 29 00:02:58,376 --> 00:03:00,959 Pemberhentian kerja akan menyusul. 30 00:03:03,293 --> 00:03:06,251 Sebuah bot belajar di laut yang bergelora. 31 00:03:06,334 --> 00:03:09,584 Jika bot itu terlebih muatan, 32 00:03:10,126 --> 00:03:12,209 secara semula jadi, ia akan karam. 33 00:03:14,501 --> 00:03:17,834 Sama ada kita terus berpaut pada kegemilangan masa lalu dan karam, 34 00:03:17,918 --> 00:03:20,418 atau kita berubah dan kekal terapung. 35 00:03:21,126 --> 00:03:22,584 Apa yang kamu pilih? 36 00:03:24,126 --> 00:03:28,209 Ini perjuangan untuk terus bertahan. 37 00:03:32,084 --> 00:03:35,543 Awak dengar tak? Terada diminta untuk berhenti kerja. 38 00:03:35,626 --> 00:03:37,501 Saya lega bukan saya yang dipilih. 39 00:03:37,584 --> 00:03:38,751 DAPUR KECIL 40 00:03:38,834 --> 00:03:41,459 Apa saya patut buat? Mungkin saya orang seterusnya. 41 00:03:41,543 --> 00:03:45,043 Berapa agaknya gaji pemberhentian? 42 00:03:45,709 --> 00:03:47,376 Esok mungkin kita. 43 00:03:47,459 --> 00:03:48,459 Tepat sekali. 44 00:03:48,959 --> 00:03:52,043 Apa berlaku jika semua orang menolak? 45 00:03:52,126 --> 00:03:56,084 Jika prestasi syarikat tak meningkat, mereka akan beralih ke tahap seterusnya. 46 00:03:57,209 --> 00:04:00,001 Pemberhentian kerja atas sebab munasabah. 47 00:04:01,459 --> 00:04:04,376 Jika kita tak jadi pekerja yang diperlukan, 48 00:04:05,001 --> 00:04:07,584 kita akan digantikan. 49 00:04:10,418 --> 00:04:12,751 Ada perkembangan, tuan. 50 00:04:13,418 --> 00:04:15,418 Ini tentang Ketua Ton. 51 00:04:15,501 --> 00:04:20,876 Disebabkan dia semakin kerap tak hadir, saya beri dia amaran lisan. 52 00:04:21,668 --> 00:04:25,459 Dia menyatakan niat untuk berhenti kerja 53 00:04:25,543 --> 00:04:28,001 dan saya terima kerana menghormati kemahuannya. 54 00:04:29,251 --> 00:04:32,418 Dia akan berhenti kerja bermula hari ini. 55 00:04:38,001 --> 00:04:42,293 Saya baca dalam talian tentang pemberhentian di tempat kerja. 56 00:04:42,376 --> 00:04:46,251 Inilah yang berlaku apabila presiden berubah. 57 00:04:46,834 --> 00:04:50,418 Tempoh hari, awak kata takkan pecat sesiapa. 58 00:04:50,501 --> 00:04:51,834 Semuanya okey? 59 00:04:53,084 --> 00:04:55,834 Semuanya okey. Saya akan balik nanti. 60 00:04:55,918 --> 00:04:57,543 Boleh awak balik awal? 61 00:04:57,626 --> 00:05:01,168 - Saya balik seperti biasa. - Tunggu dulu. 62 00:05:01,251 --> 00:05:03,001 Apa lagi? 63 00:05:03,959 --> 00:05:05,251 Ambil ini. 64 00:05:05,876 --> 00:05:07,584 Makanan tengah hari awak. 65 00:05:23,584 --> 00:05:26,251 JANGAN MENYERAH 66 00:05:32,543 --> 00:05:33,751 Begitu. 67 00:05:34,501 --> 00:05:37,459 Sila beritahu mereka dengan serta-merta. 68 00:05:37,543 --> 00:05:39,168 Baiklah. 69 00:05:39,251 --> 00:05:43,543 Tentang akaun Ushigaeru Sangyo… 70 00:05:45,209 --> 00:05:47,751 - Maaf. - Apa? 71 00:05:47,834 --> 00:05:48,959 Panggilan telefon? 72 00:05:49,043 --> 00:05:51,334 Maaf. Saya akan kembali! 73 00:05:51,418 --> 00:05:52,584 Tunggu. 74 00:05:58,001 --> 00:06:01,876 Ya. Maaf, saya sedang bekerja. 75 00:06:02,376 --> 00:06:06,209 Tidak. Terima kasih kerana hubungi saya. Ya. 76 00:06:06,293 --> 00:06:08,334 Saya akan datang secepat mungkin. 77 00:06:09,876 --> 00:06:13,584 Begitu. Anak bongsu awak demam. 78 00:06:13,668 --> 00:06:15,876 Ya, betul. 79 00:06:15,959 --> 00:06:19,793 Malangnya. Semoga dia cepat sembuh. 80 00:06:21,251 --> 00:06:24,793 Terima kasih. Saya balik dulu. 81 00:06:24,876 --> 00:06:29,001 Tentang akaun Ushigaeru Sangyo… 82 00:06:29,084 --> 00:06:30,209 Apa? 83 00:06:30,293 --> 00:06:31,668 Kenapa "Apa"? 84 00:06:31,751 --> 00:06:35,793 Saya perlu bawa anak saya ke hospital. 85 00:06:35,876 --> 00:06:37,918 Awak nak balik? 86 00:06:38,001 --> 00:06:39,126 Begitukah? 87 00:06:39,209 --> 00:06:41,001 Maafkan saya. 88 00:06:41,084 --> 00:06:45,126 Boleh awak minta orang lain buat? 89 00:06:45,209 --> 00:06:46,418 Apa? 90 00:06:46,501 --> 00:06:48,834 Datuk atau nenek budak itu? 91 00:06:48,918 --> 00:06:50,543 Mustahil. 92 00:06:50,626 --> 00:06:53,001 Awak ada adik-beradik tinggal berhampiran? 93 00:06:53,084 --> 00:06:55,209 Malangnya… 94 00:06:55,293 --> 00:06:58,959 Bagaimana dengan jiran yang sangat baik? 95 00:06:59,043 --> 00:07:01,751 Kami akan ambil alih kerjanya! 96 00:07:03,709 --> 00:07:05,043 Betulkah? 97 00:07:10,543 --> 00:07:13,751 Kabasuke, ibu awak dah sampai. 98 00:07:13,834 --> 00:07:15,751 Ibu! 99 00:07:16,751 --> 00:07:19,001 Apa? Dia nampak sihat. 100 00:07:19,084 --> 00:07:23,334 Demamnya kebah semasa menunggu. Kami sedang baca buku. 101 00:07:23,918 --> 00:07:25,126 Ya. 102 00:07:26,709 --> 00:07:28,376 Terima kasih. 103 00:07:28,459 --> 00:07:30,459 Maaf kerana menyusahkan. 104 00:07:51,793 --> 00:07:53,543 DEMAM KABASUKE DAH KEBAH! DIA TAK APA-APA! 105 00:07:53,626 --> 00:07:56,043 Deman Kabasuke dah kebah. 106 00:07:56,126 --> 00:07:59,084 Benarkah? Baguslah. 107 00:08:00,001 --> 00:08:02,501 Kenapa dengan Pengarah Yagyu tadi? 108 00:08:02,584 --> 00:08:05,334 Saya hampir pukul kepalanya dengan gagang telefon. 109 00:08:06,168 --> 00:08:08,251 Dia agak lembab. 110 00:08:08,334 --> 00:08:10,668 Niatnya baik, tapi nampak agak janggal. 111 00:08:12,334 --> 00:08:16,501 Pengarah Ton lebih baik dari segi itu. 112 00:08:18,001 --> 00:08:19,001 Ya. 113 00:08:19,751 --> 00:08:23,168 Pengalaman kerjaya… Apa namanya? 114 00:08:23,251 --> 00:08:26,834 Pejabat Eksperimen Kerjaya? 115 00:08:26,918 --> 00:08:28,709 Apa-apalah. 116 00:08:29,376 --> 00:08:31,584 Apa agaknya dia sedang buat? 117 00:08:31,668 --> 00:08:33,501 Ya, saya pun fikir begitu. 118 00:08:39,584 --> 00:08:42,376 EDISI BARU 119 00:08:46,168 --> 00:08:48,834 Helo! Boleh saya bantu awak cari sesuatu? 120 00:08:51,584 --> 00:08:54,209 Awak ada jual MyPad Pros? 121 00:08:54,293 --> 00:08:56,751 Ikut saya, encik. 122 00:09:02,126 --> 00:09:03,376 Mahalnya. 123 00:09:03,459 --> 00:09:05,251 Ini model premium. 124 00:09:06,501 --> 00:09:09,418 Ini hadiah Krismas untuk anak saya. 125 00:09:09,501 --> 00:09:13,418 Awak rasa dia boleh terima jika saya beli yang mudah itu? 126 00:09:13,501 --> 00:09:15,043 Saya pasti 127 00:09:15,668 --> 00:09:17,084 dia akan rasa sedih. 128 00:09:17,168 --> 00:09:19,334 Apa? Seteruk itu? 129 00:09:20,084 --> 00:09:24,043 Dia takkan bercakap dengan awak sehingga tahun depan. Hari cuti awak mesti teruk. 130 00:09:24,126 --> 00:09:28,709 Namun, MyPad Pro terbaru ini memiliki antara muka pengguna intuitif 131 00:09:28,793 --> 00:09:32,459 menjanjikan pengalaman kreatif terbaik… 132 00:10:00,376 --> 00:10:02,043 Kabae tak datang hari ini. 133 00:10:03,376 --> 00:10:04,376 Ya. 134 00:10:07,376 --> 00:10:09,001 Ya. 135 00:10:09,084 --> 00:10:12,418 Dia baru selesai dirawat. Ya. 136 00:10:12,501 --> 00:10:15,126 Dia demam lagi pagi ini. 137 00:10:15,959 --> 00:10:18,876 Begitukah? Semoga dia cepat sembuh. 138 00:10:19,543 --> 00:10:21,668 Maaf kerana menyusahkan awak. 139 00:10:23,168 --> 00:10:26,501 Jadi, pukul berapa awak masuk kerja? 140 00:10:29,376 --> 00:10:30,751 Maaf, tapi… 141 00:10:31,376 --> 00:10:33,126 Malangnya hari ini… 142 00:10:34,084 --> 00:10:36,209 - Apa? Awak nak ambil cuti? - Ya. 143 00:10:36,293 --> 00:10:38,209 Demamnya tak kebah. 144 00:10:39,043 --> 00:10:40,459 Begitukah? 145 00:10:42,834 --> 00:10:47,084 Kabae, saya tahu keadaan awak sukar, 146 00:10:48,043 --> 00:10:52,001 tapi kita semua ada masalah yang perlu dihadapi. 147 00:10:52,084 --> 00:10:57,168 Suami awak doktor, bukan? Dia tak boleh buat sesuatu? 148 00:10:57,876 --> 00:10:59,251 Malangnya, tidak. 149 00:11:00,959 --> 00:11:02,251 Kabae. 150 00:11:02,876 --> 00:11:06,459 Apa kata ambil peluang ini untuk memikirkannya semula? 151 00:11:07,084 --> 00:11:08,709 Tolong fikir dulu. 152 00:11:11,668 --> 00:11:14,043 Jawapannya jelas. 153 00:11:14,584 --> 00:11:17,751 Awak boleh bekerja semula lain kali. 154 00:11:17,834 --> 00:11:22,834 Saya pasti anak awak lebih suka awak berada di rumah. 155 00:11:24,709 --> 00:11:25,793 Apa yang awak buat? 156 00:11:25,876 --> 00:11:28,168 Kabae, tak apa. 157 00:11:28,751 --> 00:11:30,668 Kami akan buat kerja awak. 158 00:11:31,459 --> 00:11:32,543 Hentikan! 159 00:11:35,043 --> 00:11:38,126 Budak-budak akan demam, tahu tak? 160 00:11:38,876 --> 00:11:40,918 Berikan telefon itu! 161 00:11:55,668 --> 00:11:57,126 Kabasuke. 162 00:11:59,543 --> 00:12:02,501 Kamu mahu ibu berada di rumah sepanjang hari? 163 00:12:04,209 --> 00:12:05,626 Ya. 164 00:12:12,918 --> 00:12:14,834 Semuanya dah lengkap. 165 00:12:14,918 --> 00:12:19,918 Peletakan jawatan atas syor awak dah selesai. 166 00:12:22,043 --> 00:12:25,459 Cantiknya. Terima kasih. 167 00:12:41,334 --> 00:12:43,709 Jadi, inilah polisi syarikat. 168 00:12:44,959 --> 00:12:49,959 Si Himuro itu benar-benar tak mengendahkan kita. 169 00:12:50,876 --> 00:12:53,043 Saya akan buat aduan ke Jabatan Tenaga Kerja. 170 00:12:53,126 --> 00:12:57,043 Kabae memilih untuk berhenti kerja. Awak takkan menang. 171 00:12:59,126 --> 00:13:02,418 Dia dipaksa untuk berhenti kerja! 172 00:13:05,751 --> 00:13:08,168 Kenapa awak bersikap seperti itu bukan urusan awak? 173 00:13:08,918 --> 00:13:12,501 Awak yang cakap, "Esok mungkin kita." 174 00:13:12,584 --> 00:13:14,793 Apa? Awak takut? 175 00:13:15,876 --> 00:13:17,168 Ya, betul. 176 00:13:17,918 --> 00:13:21,959 Sebab itu saya suruh awak fikir tentang diri sendiri sekarang, bodoh! 177 00:13:22,043 --> 00:13:23,376 Sudahlah. 178 00:13:24,084 --> 00:13:26,834 Tiada apa-apa yang kita boleh buat. 179 00:13:28,293 --> 00:13:29,709 Tak perlu jadi wira. 180 00:13:32,751 --> 00:13:34,501 Tak guna! 181 00:13:35,168 --> 00:13:36,668 Saya sangat marah. 182 00:13:37,668 --> 00:13:38,793 Saya sangat marah. 183 00:13:40,168 --> 00:13:41,459 Tak guna. 184 00:13:53,543 --> 00:13:55,418 BAHAGIAN PERAKAUNAN 185 00:13:55,501 --> 00:13:58,668 Boleh awak siapkan hari ini? 186 00:13:58,751 --> 00:14:00,334 Ya, tiada masalah. 187 00:14:19,334 --> 00:14:22,751 Presiden. Ada apa? 188 00:14:23,751 --> 00:14:26,501 Saya memeriksa persekitaran kerja. 189 00:14:26,584 --> 00:14:29,501 Boleh saya melihat sekeliling? 190 00:14:29,584 --> 00:14:33,001 Boleh. Silakan. 191 00:14:33,084 --> 00:14:34,209 Terima kasih. 192 00:14:35,751 --> 00:14:37,293 Pemeriksaan? 193 00:14:38,168 --> 00:14:40,793 Kenapa perlu datang ke sini? 194 00:14:42,501 --> 00:14:46,709 Sudah tentu. Dia nak tengok pekerja yang senang untuk dipecat. 195 00:14:46,793 --> 00:14:48,793 Anai, riak muka awak nampak sangat. 196 00:14:52,084 --> 00:14:53,543 Pengarah, saya dah siapkan. 197 00:14:53,626 --> 00:14:55,209 Okey. 198 00:14:56,084 --> 00:14:58,043 Cepatnya. 199 00:14:58,126 --> 00:14:59,918 Saya baru beri kerja itu. 200 00:15:00,001 --> 00:15:02,626 Saya buat seperti biasa. 201 00:15:02,709 --> 00:15:04,709 Itu terlalu cepat. 202 00:15:04,793 --> 00:15:07,543 Bekerja dengan cepat itu tak bagus? 203 00:15:07,626 --> 00:15:12,751 Bukan begitu. Saya tak mahu kamu buat kerja sambil lewa. 204 00:15:14,126 --> 00:15:18,584 Apa? Periksalah dokumen itu. Saya dah siapkan kerja. 205 00:15:19,168 --> 00:15:22,626 Saya kata, sekadar menyiapkannya tak cukup. 206 00:15:22,709 --> 00:15:25,043 Saya tahu awak bersemangat sejak akhir-akhir ini, 207 00:15:25,126 --> 00:15:28,418 tapi itu tak penting jika kerja awak teruk. 208 00:15:28,501 --> 00:15:31,709 Ya, tapi kerja saya tak teruk. Awak tengoklah… 209 00:15:31,793 --> 00:15:33,418 Saya tak rasa kagum. 210 00:15:34,459 --> 00:15:35,584 Apa? 211 00:15:38,751 --> 00:15:41,751 Cara bekerja itu tak berkesan. 212 00:16:18,001 --> 00:16:20,001 Terjemahan sari kata oleh Bibi Ellyvine