1 00:00:07,298 --> 00:00:09,426 Pada September 2017, 2 00:00:09,509 --> 00:00:12,220 Taufan Maria berpusar-pusar melintasi Caribbean 3 00:00:12,303 --> 00:00:14,180 dan melanda Puerto Rico. 4 00:00:19,144 --> 00:00:23,064 Taufan itu kedengaran seperti raksasa. 5 00:00:24,024 --> 00:00:27,318 Seperti raksasa yang memburu dan menggeram, 6 00:00:28,028 --> 00:00:29,362 memusnahkan segalanya. 7 00:00:30,071 --> 00:00:33,616 Teruk rasanya berada dalam situasi yang anda tak boleh buat apa-apa. 8 00:00:33,700 --> 00:00:36,745 Saya lihat kerja saya selama 20 tahun 9 00:00:36,828 --> 00:00:37,787 musnah. 10 00:00:37,871 --> 00:00:40,707 Beritahu saya keadaan 24 jam yang lalu. 11 00:00:40,790 --> 00:00:44,377 Neraka. Ini sangat dahsyat. 12 00:00:46,546 --> 00:00:50,967 Saya tak pernah melalui hidup begini, 13 00:00:51,051 --> 00:00:53,553 dan saya harap saya takkan melaluinya lagi. 14 00:00:54,888 --> 00:00:58,558 Saya pergi ke San Juan dua hari selepas taufan berlalu. 15 00:00:58,641 --> 00:01:02,604 Tiada air, elektrik, sepanjang masa saya di sana. 16 00:01:02,687 --> 00:01:04,898 Saya boleh cakap melalui pengalaman 17 00:01:04,981 --> 00:01:07,650 saat anda berdepan taufan, 18 00:01:07,734 --> 00:01:11,821 sama ada anda bimbangkan rumah, atau orang tersayang, 19 00:01:11,905 --> 00:01:14,157 ia meninggalkan kesan 20 00:01:14,240 --> 00:01:16,785 kepada semangat anda seumur hidup. 21 00:01:19,662 --> 00:01:22,373 Semakin ramai orang hidup dalam laluan taufan, 22 00:01:22,457 --> 00:01:26,127 dan pemanasan planet menjadikan ribut ini lebih berbahaya. 23 00:01:26,211 --> 00:01:28,963 Walaupun tiada lagi taufan yang melanda, 24 00:01:29,047 --> 00:01:31,132 kejadian pada ketika ini 25 00:01:31,216 --> 00:01:33,468 lebih bahaya dan membinasakan. 26 00:01:33,551 --> 00:01:36,471 Jadi, apa yang boleh dilakukan supaya komuniti kita lebih selamat 27 00:01:36,554 --> 00:01:38,848 dalam menghadapi kuasa bencana ini? 28 00:01:41,643 --> 00:01:44,729 Bolehlah kita bertahan dengan ribut yang akan datang? 29 00:01:45,438 --> 00:01:48,024 Ribut besar di tengah-tengah pandangan. 30 00:01:48,525 --> 00:01:52,237 Taufan ini disertai dengan angin ganas yang memusnahkan, 31 00:01:52,320 --> 00:01:54,155 hujan lebat dan air pasang. 32 00:01:54,906 --> 00:01:57,867 Kapal tidak berdaya menentang kemarahan taufan. 33 00:01:57,951 --> 00:02:00,829 Penduduk dari barat New Orleans sangat bertuah, 34 00:02:00,912 --> 00:02:05,208 namun bagi ramai orang, memori ribut besar tahun 60-an itu terlalu nyata. 35 00:02:05,917 --> 00:02:07,460 Saya berusia 61 tahun, 36 00:02:07,544 --> 00:02:11,965 semuanya menakutkan. Ia patut dipandang serius. 37 00:02:13,508 --> 00:02:17,345 TAUFAN 38 00:02:20,306 --> 00:02:23,101 Pada tahun 1959, dengan berlalunya Perang Dingin 39 00:02:23,184 --> 00:02:27,897 ratusan saintis berkumpul di San Francisco untuk cuba menjawab satu soalan mudah. 40 00:02:28,356 --> 00:02:32,443 "Adakah kita boleh buat sesuatu yang baik dengan senjata nuklear ini?" 41 00:02:32,527 --> 00:02:34,070 Mereka ada banyak idea. 42 00:02:34,154 --> 00:02:37,323 Menukar siri kawah letupan menjadi terusan perkapalan. 43 00:02:37,824 --> 00:02:40,910 Menggunakan semula haba bom untuk menyuling air laut. 44 00:02:41,578 --> 00:02:44,831 {\an8}Juga meletupkan senjata nuklear di tengah-tengah taufan 45 00:02:44,914 --> 00:02:46,916 {\an8}untuk cuba menggelincirkan ribut. 46 00:02:50,003 --> 00:02:52,547 Idea itu kekal menarik, 47 00:02:52,630 --> 00:02:55,717 sehingga agensi Amerika yang mengkaji taufan 48 00:02:55,800 --> 00:02:58,052 memaparkan isu di halaman SKT. 49 00:02:58,136 --> 00:02:59,804 INI BUKAN IDEA YANG BAIK. 50 00:02:59,888 --> 00:03:03,266 Masalah utama ialah kita tiada bom yang cukup besar. 51 00:03:03,892 --> 00:03:07,812 Ini rakaman senjata nuklear paling berkuasa yang pernah diletupkan, 52 00:03:07,896 --> 00:03:10,315 Tsar Bomba Kesatuan Soviet. 53 00:03:15,069 --> 00:03:17,655 Ia letupan 50-megatan, 54 00:03:17,739 --> 00:03:19,991 pelepasan tenaga yang sangat kuat. 55 00:03:21,159 --> 00:03:22,869 Namun, taufan penuh 56 00:03:22,952 --> 00:03:25,830 boleh melepaskan jumlah tenaga itu setiap jam. 57 00:03:25,914 --> 00:03:29,209 Jika anda cuba memusnahkan taufan, kemungkinan besar ia menjadi 58 00:03:29,292 --> 00:03:31,002 taufan radioaktif. 59 00:03:32,503 --> 00:03:34,339 Ribut-ribut ini sangat kuat 60 00:03:34,422 --> 00:03:37,258 kerana ia bekerja pada skala yang berbeza. 61 00:03:37,342 --> 00:03:40,011 Ia dijana oleh jalur lautan yang sangat banyak 62 00:03:40,094 --> 00:03:42,013 dan putaran planet. 63 00:03:42,555 --> 00:03:45,808 {\an8}Sinaran matahari memanaskan air, yang menyejat ke atas, 64 00:03:45,892 --> 00:03:49,687 membentuk ribut petir yang menjulang tinggi dan di permukaan air, 65 00:03:49,771 --> 00:03:51,439 {\an8}membentuk ruang tekanan rendah. 66 00:03:52,023 --> 00:03:54,817 {\an8}Udara sekeliling dengan segera mengisi kekosongan ini, 67 00:03:54,901 --> 00:03:57,570 namun ia dipesongkan oleh Kesan Coriolis. 68 00:03:58,446 --> 00:04:02,492 Udara yang bergerak jauh di atas permukaan bumi melengkung. 69 00:04:03,243 --> 00:04:05,245 Itu menjadikan seluruh sistem berputar, 70 00:04:05,328 --> 00:04:09,332 arah lawan jam di hemisfera utara, mengikut arah jam di selatan. 71 00:04:10,208 --> 00:04:13,503 Kesan Coriolis terlalu lemah berhampiran khatulistiwa 72 00:04:13,586 --> 00:04:15,964 dan air terlalu sejuk berhampiran kutub. 73 00:04:16,047 --> 00:04:19,509 Namun di zon ini, keadaan sangat sesuai. 74 00:04:19,592 --> 00:04:23,346 Lebih daripada 100 juta orang terjejas oleh siklon setiap tahun, 75 00:04:23,429 --> 00:04:25,932 dan satu daripada lima orang di Bumi 76 00:04:26,015 --> 00:04:28,101 berada dalam laluan berpotensinya. 77 00:04:28,184 --> 00:04:31,271 Secara teknikalnya, ini semua adalah siklon tropika, 78 00:04:31,354 --> 00:04:33,439 namun di sini, ia digelar ribut taufan, 79 00:04:33,523 --> 00:04:35,608 dan di sini sebagai taufan. 80 00:04:35,692 --> 00:04:38,319 Salah satu laluan biasanya adalah melalui Carribean 81 00:04:38,403 --> 00:04:41,864 dan ia melanda Puerto Rico setiap beberapa tahun. 82 00:04:41,948 --> 00:04:44,701 Namun itu tak bermakna ia bersedia untuk serangan besar. 83 00:04:45,451 --> 00:04:49,872 Ini bulan September, 2017. Beberapa taufan sedang mengancam Carribean 84 00:04:49,956 --> 00:04:51,916 namun Maria hanyalah tiupan angin lemah 85 00:04:52,000 --> 00:04:54,585 di dalam limpahan angin di Pantai Afrika. 86 00:04:55,169 --> 00:04:57,797 Awan ribut terbentuk dan mula berputar 87 00:04:57,880 --> 00:05:00,675 dan pusatnya muncul, angin tenang menggerunkan 88 00:05:00,758 --> 00:05:03,803 yang dikelilingi angin sepantas kereta api kelajuan tinggi. 89 00:05:04,387 --> 00:05:06,639 Ia mencapai 173 batu sejam, 90 00:05:06,723 --> 00:05:09,642 menjadikan Maria ribut kategori lima. 91 00:05:09,726 --> 00:05:12,895 Ia kategori lima dan laluannya kelihatan seperti 92 00:05:12,979 --> 00:05:14,939 ia akan melanda Puerto Rico. 93 00:05:15,523 --> 00:05:17,859 Tanya menguruskan Taller Salud. 94 00:05:17,942 --> 00:05:20,069 Ia badan bukan keuntungan pemerkasaan wanita, 95 00:05:20,153 --> 00:05:22,989 beribu pejabat kurang 20 batu dari ibu negara 96 00:05:23,072 --> 00:05:25,074 di bandar pinggir pantai Loíza. 97 00:05:25,158 --> 00:05:28,536 Ia ditubuhkan sebagai kampung hamba yang lari. 98 00:05:29,037 --> 00:05:31,539 60 peratus orang di Loíza 99 00:05:31,622 --> 00:05:35,126 dikenali sebagai orang Puerto Rico Afro-Hitam. 100 00:05:35,710 --> 00:05:40,214 Bandar ini terletak di antara dua sungai, lautan dan paya yang luas, 101 00:05:40,298 --> 00:05:43,968 yang membantu penduduknya melindungi budaya Afro-Puerto Rico. 102 00:05:44,052 --> 00:05:46,012 Loízeños cipta bomba, 103 00:05:46,095 --> 00:05:48,681 gabungan muzik Sepanyol dan Afrika. 104 00:05:48,765 --> 00:05:52,101 Namun geografi Loíza juga mengasingkannya 105 00:05:52,185 --> 00:05:54,771 daripada kemajuan ekonomi San Juan. 106 00:05:54,854 --> 00:05:57,857 Ia agak ketinggalan dalam perancangan bandar 107 00:05:57,940 --> 00:05:59,609 pada tahun 50-an dan 60-an. 108 00:05:59,692 --> 00:06:01,944 Rasisme memainkan peranan penting. 109 00:06:02,028 --> 00:06:05,531 Tiada apa-apa dilakukan untuk memberi akses fizikal, akses konkrit 110 00:06:05,615 --> 00:06:09,619 kepada hospital, universiti dan infrastruktur amnya. 111 00:06:09,702 --> 00:06:12,038 Kemiskinan dan persekitaran air itu 112 00:06:12,121 --> 00:06:16,167 membuatkan Loíza sangat lemah apabila Maria melanda. 113 00:06:17,251 --> 00:06:19,796 Taufan menimbunkan air laut di depan mereka, 114 00:06:19,879 --> 00:06:21,631 mencipta gelombang setinggi gunung. 115 00:06:21,714 --> 00:06:25,051 {\an8}Luruan ribut ini menggerogot pantai Loíza. 116 00:06:25,134 --> 00:06:29,180 Pada masa yang sama, awan melepaskan timbunan air laut 117 00:06:29,263 --> 00:06:32,266 membuatkan sungai melimpah dan membanjiri kawasan kejiranan. 118 00:06:32,892 --> 00:06:37,480 Di beberapa tempat, banjir setinggi lima, enam kaki, 119 00:06:37,563 --> 00:06:39,148 jadi ia melitupi rumah. 120 00:06:39,232 --> 00:06:41,943 Air banjir itu juga bercampur sisa kumbahan. 121 00:06:42,026 --> 00:06:45,446 Loíza antara bandar paling teruk dilanda taufan di Puerto Rico. 122 00:06:45,530 --> 00:06:47,865 Tiga ribu rumah musnah. 123 00:06:49,617 --> 00:06:52,120 Loíza sebahagian daripada corak global. 124 00:06:52,203 --> 00:06:55,123 Masyarakat miskin sering berada di kawasan mudah dilanda banjir. 125 00:06:55,206 --> 00:06:59,252 Itu benar di bandar Vietnam dan di selatan barat daya Bangladesh. 126 00:06:59,794 --> 00:07:02,463 Atau ia lebih dekat dengan loji industri, 127 00:07:02,547 --> 00:07:04,424 seperti di Houston, Texas. 128 00:07:04,507 --> 00:07:08,469 Pada tahun 2017, Taufan Harvey menurunkan beberapa kaki hujan di rantau ini, 129 00:07:08,553 --> 00:07:10,888 memusnahkan tapak sisa toksik. 130 00:07:10,972 --> 00:07:14,851 Banjir taufan boleh membawa pencemaran kepada masyarakat sekitar. 131 00:07:15,435 --> 00:07:17,562 Kawasan miskin lebih terdedah 132 00:07:17,645 --> 00:07:19,981 dan tak mendapat bantuan segera. 133 00:07:20,064 --> 00:07:21,649 Puerto Rico contoh utama. 134 00:07:22,316 --> 00:07:27,029 Imej satelit menunjukkan lampu pulau itu sebelum ribut dan selepas. 135 00:07:27,113 --> 00:07:29,574 Setelah beberapa bulan dan San Juan dapat kuasa semula, 136 00:07:29,657 --> 00:07:33,453 kawasan terpencil, termasuk sebahagian besar Loíza, kekal dalam kegelapan. 137 00:07:34,036 --> 00:07:35,872 Bekas gabenor di Puerto Rico 138 00:07:35,955 --> 00:07:39,208 menciap gambar pembedahan yang dilakukan menggunakan lampu suluh. 139 00:07:39,292 --> 00:07:41,377 Pesakit buah pinggang terpaksa menaiki pesawat 140 00:07:41,461 --> 00:07:43,713 untuk sampai ke pusat dialisis yang beroperasi. 141 00:07:43,796 --> 00:07:46,799 Pesakit kencing manis tak boleh menyejukkan insulin mereka. 142 00:07:46,883 --> 00:07:51,721 Ia sukar dipercayai. Ia krisis yang menjejaskan seluruh negara. 143 00:07:51,804 --> 00:07:56,058 Beberapa minggu dan bulan selepas Maria, kematian terus meningkat. 144 00:07:56,684 --> 00:07:58,978 Ada nyawa yang hilang 145 00:07:59,061 --> 00:08:02,565 yang sepatutnya dilindungi. 146 00:08:02,648 --> 00:08:04,901 Peristiwa adalah perkara biasa, 147 00:08:04,984 --> 00:08:07,195 dan bencana adalah politik. 148 00:08:07,778 --> 00:08:09,947 Puerto Rico ialah kawasan Amerika Syarikat, 149 00:08:10,031 --> 00:08:12,742 jadi mereka minta bantuan kerajaan persekutuan. 150 00:08:12,825 --> 00:08:15,453 {\an8}Tanpa bantuan, krisis kemanusiaan yang berterusan 151 00:08:15,536 --> 00:08:17,747 {\an8}hanya akan jadi lebih teruk. 152 00:08:17,830 --> 00:08:20,500 {\an8}Penduduk di Puerto Rico ialah rakyat Amerika. 153 00:08:20,583 --> 00:08:22,585 Ini tugas kerajaan persekutuan. 154 00:08:22,668 --> 00:08:25,421 Namun kerajaan lambat menghantar bantuan 155 00:08:25,505 --> 00:08:28,299 dan kerajaan pulau itu menyalah urus pengedaran. 156 00:08:28,382 --> 00:08:30,134 {\an8}Sesetengah pihak 157 00:08:30,218 --> 00:08:32,887 {\an8}yang tak menghadapi risiko itu 158 00:08:32,970 --> 00:08:35,806 {\an8}menentukan bagi pihak komuniti 159 00:08:35,890 --> 00:08:38,851 {\an8}dengan kepakaran terkumpul 160 00:08:38,935 --> 00:08:41,103 {\an8}tentang kesediaan dan pengurusan bencana. 161 00:08:41,187 --> 00:08:44,106 {\an8}Ia sangat meninggi diri dan juga kejam. 162 00:08:44,815 --> 00:08:47,026 {\an8}Akibat Taufan Maria adalah tragedi, 163 00:08:47,610 --> 00:08:50,696 tapi sebelum ribut melanda, ada secebis kejayaan. 164 00:08:51,280 --> 00:08:53,533 Disebabkan kebijaksanaan manusia, 165 00:08:53,616 --> 00:08:56,327 penduduk Puerto Rico tahu ia akan berlaku. 166 00:08:57,328 --> 00:09:00,248 Penduduk asli Caribbean, seperti orang Taino, 167 00:09:00,331 --> 00:09:03,334 tahu cara mengenal pasti petanda awal ribut ini. 168 00:09:03,417 --> 00:09:04,794 Awan bulu balik tinggi 169 00:09:04,877 --> 00:09:08,798 dan burung simbang pulang untuk bertenggek pada waktu luar biasa. 170 00:09:09,423 --> 00:09:12,176 Pendatang baharu pulau itu tak endahkan amaran. 171 00:09:12,885 --> 00:09:15,721 Pada tahun 1780, taufan melanda Caribbean 172 00:09:15,805 --> 00:09:18,891 dan 22,000 orang terbunuh dalam beberapa hari. 173 00:09:19,850 --> 00:09:23,062 {\an8}Namun, pada tahun 1928, ketika ribut sama dahsyat 174 00:09:23,145 --> 00:09:26,607 {\an8}melanda kawasan biasa di Puerto Rico, barometer di San Juan 175 00:09:26,691 --> 00:09:30,778 mengesan penurunan tekanan atmosfera tanda bermulanya ribut besar. 176 00:09:30,861 --> 00:09:34,323 Kabel telegraf hantar amaran kepada semua daerah di pulau 177 00:09:34,407 --> 00:09:36,617 dan radio juga menyiarkan amaran. 178 00:09:36,701 --> 00:09:40,121 {\an8}Natijahnya, ribut itu tak meragut terlalu banyak nyawa. 179 00:09:40,204 --> 00:09:42,915 {\an8}Ramalan juga menjadi semakin baik. 180 00:09:42,999 --> 00:09:45,334 Dari setiap penjuru Caribbean, 181 00:09:45,418 --> 00:09:48,421 maklumat cuaca diterima 24 jam sehari 182 00:09:48,504 --> 00:09:50,214 daripada stesen cuaca pulau 183 00:09:50,298 --> 00:09:54,802 dan pesawat Tentera Udara serta skuadron tinjauan Tentera Laut. 184 00:09:55,845 --> 00:09:57,680 Kemudian, pada tahun 1961, 185 00:09:57,763 --> 00:10:00,933 datang laporan berita pertama tentang Taufan Carla. 186 00:10:01,017 --> 00:10:05,354 Buat kali pertama, penonton televisyen ditunjukkan imej radar taufan. 187 00:10:05,938 --> 00:10:08,691 Itulah pusat taufan ini. 188 00:10:08,774 --> 00:10:12,236 Hanya dengan melihat saiz ribut pada peta, 189 00:10:12,320 --> 00:10:14,822 ribuan penduduk keluar menyelamatkan diri. 190 00:10:14,905 --> 00:10:17,199 Pada hari yang sama juga, 191 00:10:17,283 --> 00:10:19,410 satu lagi berita tergempar datang. 192 00:10:19,493 --> 00:10:22,997 Satelit TIROS-3 mengesan taufan dari angkasa 193 00:10:23,080 --> 00:10:25,458 sebelum manusia di daratan tahu. 194 00:10:25,541 --> 00:10:29,754 Itu hanya penunjuk kepada ramalan cuaca yang lebih maju pada masa depan. 195 00:10:31,172 --> 00:10:35,718 Sedekad kemudian, ramalan cuaca tak tepat selama dua hari, lingkungan 300 batu 196 00:10:35,801 --> 00:10:39,847 dan nilai itu semakin menurun sehingga 50 batu hari ini. 197 00:10:39,930 --> 00:10:41,891 Jumlah kematian semakin kurang. 198 00:10:42,475 --> 00:10:45,144 Pada 1960-an, mungkin puluhan ribu mangsa 199 00:10:45,227 --> 00:10:46,896 lemas setiap tahun dalam air ribut. 200 00:10:46,979 --> 00:10:49,815 Sekarang, kebiasaannya hanya ratusan. 201 00:10:49,899 --> 00:10:53,611 Walau ramalan adalah tepat, semua langkah persediaan, 202 00:10:53,694 --> 00:10:56,364 bukan bermakna takkan ada kerosakan. 203 00:10:56,447 --> 00:10:59,283 {\an8}Craig Fugate adalah pentadbir FEMA, 204 00:10:59,367 --> 00:11:02,244 {\an8}agensi Amerika yang menguruskan bencana alam. 205 00:11:02,328 --> 00:11:05,748 Kita dapat lihat bahawa ramalan menjadi semakin baik. 206 00:11:05,831 --> 00:11:07,958 Berlaku pelambanan pada ramalan keamatan. 207 00:11:08,042 --> 00:11:11,379 Sesekali kekuatan taufan akan melonjak secara mengejut 208 00:11:11,462 --> 00:11:14,632 dan itu memeranjatkan ahli kaji cuaca. 209 00:11:14,715 --> 00:11:16,592 Semalam, ribut tropika berlaku. 210 00:11:16,676 --> 00:11:19,428 Ramalan keamatan menunjukkan perubahan besar. 211 00:11:19,512 --> 00:11:22,181 Tiada sesiapa sangka ia begitu kuat. 212 00:11:22,264 --> 00:11:25,893 Penguatan pesat ini sangat berbahaya 213 00:11:25,976 --> 00:11:28,604 {\an8}dari sudut pandangan orang awam bahawa, 214 00:11:28,688 --> 00:11:30,731 {\an8}"Ia hanyalah kategori satu." 215 00:11:30,815 --> 00:11:33,192 {\an8}Selepas 24 jam, ia menjadi kategori lima. 216 00:11:33,275 --> 00:11:36,195 {\an8}"Kalau saya tahu ia kategori lima, saya akan selamatkan diri." 217 00:11:36,278 --> 00:11:40,324 Para saintis berpendapat bahawa penguatan pesat ini semakin biasa, 218 00:11:40,950 --> 00:11:42,660 disebabkan perubahan iklim. 219 00:11:43,744 --> 00:11:47,164 Saya suka katakan bahawa perubahan iklim telah pun berlaku 220 00:11:47,248 --> 00:11:51,210 dan kami sudah pun mengukur peningkatan paras air. 221 00:11:51,293 --> 00:11:52,920 Hampir 26 cm. 222 00:11:53,003 --> 00:11:55,631 Banyak bandar besar menghampiri paras laut 223 00:11:55,715 --> 00:11:58,217 dan lautan mungkin meninggi 31 cm lagi, 224 00:11:58,300 --> 00:12:01,095 mungkin juga lebih lagi menjelang hujung abad. 225 00:12:01,178 --> 00:12:04,432 Setiap inci peningkatan menambah luruan ribut pada masa akan datang. 226 00:12:04,515 --> 00:12:07,727 Banjir melanda akibat ribut pantai, 227 00:12:07,810 --> 00:12:10,730 dan terutamanya taufan, ia akan jauh lebih membinasakan. 228 00:12:11,397 --> 00:12:14,942 Air laut yang lebih hangat akan menjadikan angin semakin laju 229 00:12:15,025 --> 00:12:17,027 dan hujan yang lebih lebat. 230 00:12:17,570 --> 00:12:19,780 Ketika air hangat semakin mendekati kutub, 231 00:12:19,864 --> 00:12:23,617 ada beberapa bukti bahawa zon siklon dunia akan meluas. 232 00:12:23,701 --> 00:12:27,371 Namun, ia belum pasti. Pemanasan global mungkin ada kesan aneh. 233 00:12:27,455 --> 00:12:31,417 {\an8}Contohnya, kelajuan taufan semakin perlahan. 234 00:12:31,500 --> 00:12:33,335 {\an8}Seperti Taufan Dorian 235 00:12:33,419 --> 00:12:36,881 {\an8}yang kekal di Grand Bahama beberapa hari 236 00:12:36,964 --> 00:12:38,841 {\an8}sebagai taufan besar. 237 00:12:38,924 --> 00:12:43,053 Siklon tropika telah menyebabkan semakin banyak kerosakan 238 00:12:43,137 --> 00:12:45,890 dan perubahan iklim akan mengeruhkan keadaan. 239 00:12:45,973 --> 00:12:48,601 Namun, trend yang dilihat setakat ini dipacu 240 00:12:48,684 --> 00:12:50,686 oleh pertambahan binaan manusia 241 00:12:50,770 --> 00:12:52,396 di laluan kemusnahan. 242 00:12:52,480 --> 00:12:54,815 Dari tahun 1970 hingga 2010, 243 00:12:54,899 --> 00:12:57,193 sementara populasi dunia meningkat dua kali ganda, 244 00:12:57,276 --> 00:13:01,113 populasi pinggir laut yang mudah terkena siklon meningkat hampir tiga kali ganda. 245 00:13:01,822 --> 00:13:04,450 Namun, tak semua orang mampu kekal di sana. 246 00:13:04,533 --> 00:13:08,287 Ramai orang perlu buat keputusan jika mereka akan pergi. 247 00:13:09,121 --> 00:13:11,499 Masyarakat barisan depan ini pragmatik. 248 00:13:11,582 --> 00:13:14,168 Mereka faham kesukaran untuk hidup di sana, 249 00:13:14,251 --> 00:13:17,588 tapi mereka juga mahu orang tahu 250 00:13:17,671 --> 00:13:19,673 nilai tempat itu bagi mereka. 251 00:13:19,757 --> 00:13:23,969 Loíza dipanggil sebagai ibu negeri tradisi di Puerto Rico 252 00:13:24,053 --> 00:13:27,848 dan ia benteng identiti bagi masyarakat Afrika-Puerto Rico. 253 00:13:27,932 --> 00:13:32,311 Ia hubungkan mereka dengan nenek moyang. Tempat itu bukan sekadar plot hartanah. 254 00:13:33,229 --> 00:13:38,025 Patutkah kita biar perubahan iklim memisahkan masyarakat kita? 255 00:13:38,108 --> 00:13:42,696 Di beberapa wilayah, pembinaan semula tak masuk akal. 256 00:13:42,780 --> 00:13:46,575 Di kawasan lain pula, mungkin itu penyelesaian kejuruteraan. 257 00:13:47,243 --> 00:13:49,787 Kita semakin mahir membina rumah kalis angin 258 00:13:49,870 --> 00:13:51,789 disebabkan uji kaji terkawal… 259 00:13:53,374 --> 00:13:55,376 dan pengalaman dunia sebenar. 260 00:13:56,126 --> 00:13:59,713 Ini Pantai Mexico, Florida, sebelum Taufan Michael melanda. 261 00:13:59,797 --> 00:14:01,507 Ini rupanya selepas bencana. 262 00:14:02,508 --> 00:14:04,718 Banyak rumah telah musnah, 263 00:14:04,802 --> 00:14:07,763 tapi yang ini terselamat dan tak terjejas. 264 00:14:07,847 --> 00:14:11,559 Dindingnya adalah konkrit yang disatukan dengan batang penulangan 265 00:14:11,642 --> 00:14:14,895 sehingga kos pembinaan bertambah 15 hingga 20 peratus. 266 00:14:15,479 --> 00:14:18,148 Di tepi jalan, ada rumah Habitat Kemanusiaan 267 00:14:18,232 --> 00:14:20,067 juga terselamat daripada ribut, 268 00:14:20,150 --> 00:14:22,862 disebabkan pengubuan yang lebih murah 269 00:14:22,945 --> 00:14:25,865 seperti ikatan besi, paku yang diletak pada titik tertentu 270 00:14:25,948 --> 00:14:27,449 dan penutup terkedap, 271 00:14:27,533 --> 00:14:31,245 yang hanya menambah sedikit sahaja kos pembinaan. 272 00:14:31,328 --> 00:14:35,916 Lebih rumit dan mahal untuk menaik taraf rumah lama 273 00:14:36,000 --> 00:14:40,212 dan sangat sukar untuk menaik taraf bandar lama. 274 00:14:40,963 --> 00:14:45,885 Beberapa kawasan bandar yang lebih kaya habiskan berbilion untuk bina pertahanan. 275 00:14:45,968 --> 00:14:48,512 Osaka meninggikan lapangan terbangnya 276 00:14:48,596 --> 00:14:51,098 dengan menambahkan lapisan turapan. 277 00:14:51,181 --> 00:14:54,560 Shanghai memutuskan untuk menjadi kota span, 278 00:14:54,643 --> 00:14:58,480 dipenuhi taman dan jalan air yang menyerap atau melencongkan banjir. 279 00:14:59,064 --> 00:15:01,901 Kota New York pula merancang sesuatu yang besar. 280 00:15:01,984 --> 00:15:06,280 {\an8}Kami akan mulakan usaha yang dijangka menelan kos sepuluh bilion dolar 281 00:15:06,363 --> 00:15:09,450 untuk memperbesar pesisir Lower Manhattan 282 00:15:09,533 --> 00:15:11,368 ke East River. 283 00:15:11,452 --> 00:15:15,247 {\an8}Ini tindakan yang berani, tapi ia perlu dilakukan. 284 00:15:15,331 --> 00:15:19,084 Kebanyakan bandar besar ini merancang untuk bina tembok besar 285 00:15:19,168 --> 00:15:23,047 bagi menghalang luruan ribut, usaha yang telah dilakukan lebih seabad. 286 00:15:23,672 --> 00:15:26,425 Namun, gelora yang dihasilkan tembok laut ini 287 00:15:26,508 --> 00:15:29,511 menyebabkan pantai di sekitar menolak air dengan lebih laju. 288 00:15:29,595 --> 00:15:34,058 Kos pembinaannya juga tinggi dan kerap memerlukan pembaikan yang mahal. 289 00:15:34,141 --> 00:15:38,812 Banyak usaha pintar dilakukan, tapi taufan tetap melanda. 290 00:15:38,896 --> 00:15:43,442 Satu cara yang tentunya lebih berkesan daripada membina tembok besar 291 00:15:43,525 --> 00:15:45,527 ialah pemulihan tanah basah. 292 00:15:45,611 --> 00:15:47,404 Pada tahun 1999, 293 00:15:47,488 --> 00:15:50,115 sebuah siklon telah melanda India Timur. 294 00:15:50,866 --> 00:15:54,787 {\an8}Rumah di kampung ini mengalami purata nilai kerosakan 7,000 rupi 295 00:15:54,870 --> 00:15:57,998 {\an8}hampir satu pertiga pendapatan tahunan keluarga biasa. 296 00:15:58,082 --> 00:16:01,043 {\an8}Namun, hanya satu perlima kerosakan dialami oleh kampung ini, 297 00:16:01,126 --> 00:16:04,254 {\an8}kerana ia dilindungi hutan bakau. 298 00:16:04,338 --> 00:16:09,343 Di seluruh dunia, paya bakau bertindak sebagai perisai dan span fizikal 299 00:16:09,426 --> 00:16:10,886 menyerap air banjir 300 00:16:10,970 --> 00:16:14,682 dan mencegah 65 bilion dolar kerosakan pada setiap tahun. 301 00:16:15,349 --> 00:16:17,851 Ya, siklon juga merosakkan paya bakau, 302 00:16:17,935 --> 00:16:21,981 tapi hutan sihat boleh pulih sendiri, tak seperti tembok laut manusia 303 00:16:22,064 --> 00:16:25,734 dan ia halang hakisan dengan memerangkap mendapan dalam akar. 304 00:16:26,318 --> 00:16:30,447 Tanah di sekitar paya bakau boleh meninggi sepuluh mm setiap tahun, 305 00:16:30,531 --> 00:16:32,408 melepasi kenaikan paras laut. 306 00:16:32,950 --> 00:16:36,495 Pesisir kita juga dikurniakan dengan penghalang semula jadi. 307 00:16:36,578 --> 00:16:40,290 Tanah basah, seperti bakau juga, boleh menakung jutaan gelen air 308 00:16:40,374 --> 00:16:44,044 dan terumbu yang menyerap hentakan luruan ribut. 309 00:16:44,128 --> 00:16:46,505 Gumuk juga boleh jadi pertahanan kita. 310 00:16:47,089 --> 00:16:49,800 Pantai Puerto Rico pernah ada gumuk yang tinggi 311 00:16:49,883 --> 00:16:53,095 tapi pada tahun 1950-an, ketika San Juan semakin maju, 312 00:16:53,178 --> 00:16:56,765 banyak pasir diambil untuk membina landasan kapal terbang. 313 00:16:56,849 --> 00:16:59,393 Sisanya telah usang dek kesesakan manusia 314 00:16:59,476 --> 00:17:02,146 dan mudah terjejas oleh luruan ribut Maria. 315 00:17:03,147 --> 00:17:05,441 Saintis Universiti Puerto Rico 316 00:17:05,524 --> 00:17:08,569 bekerjasama dengan masyarakat tempatan untuk menilai kerosakan 317 00:17:08,652 --> 00:17:10,446 dan memulihkan gumuk itu. 318 00:17:10,529 --> 00:17:13,240 Projek yang sama berlaku di merata tempat. 319 00:17:14,199 --> 00:17:18,370 Lebih ramai orang menganggap tanah basah sebagai tempat 320 00:17:18,454 --> 00:17:20,706 yang sama nilainya kepada kita 321 00:17:20,789 --> 00:17:22,833 seperti bangunan pencakar langit. 322 00:17:22,916 --> 00:17:24,460 Hal itu bakal menentukan 323 00:17:24,543 --> 00:17:28,088 kawasan timur dan tenggara Amerika yang boleh diselamatkan. 324 00:17:28,172 --> 00:17:29,757 Saya tak mahu lihat 325 00:17:29,840 --> 00:17:33,635 masyarakat yang miskin dan terpinggir 326 00:17:33,719 --> 00:17:36,055 menanggung kesusahan untuk dipindahkan, 327 00:17:36,138 --> 00:17:38,932 sementara masyarakat kaya akan ada tembok laut 328 00:17:39,016 --> 00:17:41,268 dan sistem pertahanan yang dibina untuk mereka. 329 00:17:41,977 --> 00:17:45,355 Hal itu masuk akal bagi kerajaan yang sumbernya terhad 330 00:17:45,439 --> 00:17:47,649 dan risau tentang kos perbelanjaan. 331 00:17:47,733 --> 00:17:51,862 {\an8}Katakan ada dua keluarga dalam dua rumah di dua kejiranan berbeza. 332 00:17:51,945 --> 00:17:54,490 {\an8}Rumah yang lebih murah mungkin lebih lemah, 333 00:17:54,573 --> 00:17:58,285 tapi jika kerajaan lindungi rumah itu dan rumah mahal terjejas, 334 00:17:58,368 --> 00:17:59,912 kos pembaikan lebih mahal. 335 00:17:59,995 --> 00:18:02,664 Mungkin kerajaan perlu berbelanja lebih 336 00:18:02,748 --> 00:18:05,918 dan jika keluarga itu berpindah, tiadalah pembayar cukai kaya. 337 00:18:06,001 --> 00:18:08,587 Pengiraannya mudah. 338 00:18:08,670 --> 00:18:11,006 Saya akan lebih berjimat jika melabur 339 00:18:11,090 --> 00:18:13,008 pada rumah yang mahal. 340 00:18:13,092 --> 00:18:15,886 Fasa yang paling tak setanding 341 00:18:15,969 --> 00:18:18,430 bagi mana-mana bencana ialah pemulihan. 342 00:18:19,014 --> 00:18:21,433 Satu kajian bencana alam besar menemukan 343 00:18:21,517 --> 00:18:25,062 {\an8}bahawa keluarga berkulit Hitam dan Latin akan lebih rugi. 344 00:18:25,145 --> 00:18:27,564 {\an8}Masuk akal. Namun, hal itu tak dijangka. 345 00:18:27,648 --> 00:18:29,608 {\an8}Orang kulit putih di zon bencana 346 00:18:29,691 --> 00:18:32,694 {\an8}akan menerima peningkatan nilai bersih. 347 00:18:33,237 --> 00:18:36,949 {\an8}Mereka dapat 126 ribu dolar secara purata. 348 00:18:38,075 --> 00:18:41,870 Keluarga kaya akan menerima insurans rumah untuk pembaikan, 349 00:18:41,954 --> 00:18:44,832 insurans kesihatan bagi pemulihan rohani dan jasmani 350 00:18:44,915 --> 00:18:48,502 dan kemudahan untuk mendapat kelulusan bantuan kerajaan. 351 00:18:48,585 --> 00:18:53,423 Mereka memperoleh kelebihan untuk kembali ke tempat yang semakin pulih. 352 00:18:54,591 --> 00:18:57,177 Bagi keluarga berpendapatan rendah pula, 353 00:18:57,261 --> 00:18:59,805 ada yang kehilangan seluruh rumah. 354 00:18:59,888 --> 00:19:01,640 Mungkin mereka memiliki 355 00:19:01,723 --> 00:19:04,351 rumah yang diwariskan oleh ahli keluarga, 356 00:19:04,434 --> 00:19:06,812 jadi tak semua ada dokumen. 357 00:19:06,895 --> 00:19:09,857 Mereka banyak melakukan perjanjian tak rasmi. 358 00:19:09,940 --> 00:19:13,443 Geran diperlukan untuk memohon bantuan tertentu. 359 00:19:13,527 --> 00:19:15,070 Ramai orang kehilangan 360 00:19:15,154 --> 00:19:18,073 rumah dan tanah dari zaman nenek moyang mereka 361 00:19:18,157 --> 00:19:21,827 kerana kerosakan bernilai ratusan dolar akibat taufan. Itu perkara biasa. 362 00:19:22,494 --> 00:19:24,621 {\an8}Keluarga yang tak mampu berpindah, 363 00:19:24,705 --> 00:19:26,623 {\an8}tidak mampu untuk terus tinggal. 364 00:19:27,166 --> 00:19:29,626 {\an8}Jika kita tak bantu mereka pada waktu ini, 365 00:19:29,710 --> 00:19:33,714 bagaimana kita akan yakin kerajaan akan berikan bantuan 366 00:19:33,797 --> 00:19:36,466 {\an8}apabila bencana melanda? Itu takkan berlaku. 367 00:19:36,550 --> 00:19:38,677 {\an8}Kami gembira anda datang 368 00:19:38,760 --> 00:19:42,931 {\an8}untuk membincangkan persediaan bagi musim taufan tahun ini. 369 00:19:43,015 --> 00:19:44,558 Pada tahun 2007, 370 00:19:44,641 --> 00:19:47,144 Craig Fugate beri keterangan di depan Kongres. 371 00:19:47,227 --> 00:19:49,229 {\an8}Inilah cabaran yang saya mahu bicarakan. 372 00:19:49,313 --> 00:19:51,690 {\an8}Taufan kategori lima melanda Selatan Florida 373 00:19:51,773 --> 00:19:54,902 {\an8}mirip Taufan Besar Miami yang melanda pada 1926. 374 00:19:54,985 --> 00:19:59,364 {\an8}Taufan itu meragut ratusan nyawa dan 40,000 mangsa kehilangan rumah, 375 00:19:59,448 --> 00:20:01,825 {\an8}hampir sepertiga populasi wilayah itu. 376 00:20:02,576 --> 00:20:04,578 Fugate telah menjalankan simulasi. 377 00:20:04,661 --> 00:20:08,332 Kami kata, "Jika berlaku hari ini, bagaimana dengan tindak balas itu?" 378 00:20:08,415 --> 00:20:10,417 Kami mula menganalisis keperluan 379 00:20:10,500 --> 00:20:13,921 dan kami tak dapat menampungnya. Kami kekurangan sumber. 380 00:20:14,588 --> 00:20:17,424 {\an8}Ada lebih enam juta orang di kawasan impak ini. 381 00:20:17,507 --> 00:20:20,344 {\an8}Ketika kami melakukannya, saya mula sedar 382 00:20:20,427 --> 00:20:23,472 {\an8}bahawa kami melayan mereka sebagai mangsa 383 00:20:23,555 --> 00:20:26,266 {\an8}yang menanti untuk diselamatkan. 384 00:20:26,350 --> 00:20:30,020 Namun, setiap bencana yang saya libatkan diri, tiada yang menunggu. 385 00:20:30,729 --> 00:20:33,440 Jiran yang paling cepat membantu jirannya. 386 00:20:33,523 --> 00:20:37,319 Ada beberapa wanita yang membuka dapur komuniti 387 00:20:37,402 --> 00:20:39,655 untuk masak bagi 30 hingga 60 orang. 388 00:20:39,738 --> 00:20:42,824 Kami tanya, "Jika kami bawa makanan dan gas lagi, 389 00:20:42,908 --> 00:20:46,495 kamu boleh masak untuk 300 orang dan bukan hanya 30?" 390 00:20:46,578 --> 00:20:47,746 Mereka kata boleh. 391 00:20:48,413 --> 00:20:50,916 Di Loíza dan seluruh Puerto Rico, 392 00:20:50,999 --> 00:20:54,544 jiran hantar makanan dan air, jaga keperluan sesama mereka, 393 00:20:54,628 --> 00:20:56,338 memasang panel solar 394 00:20:56,421 --> 00:20:59,258 dan cipta aplikasi telefon pintar untuk berkongsi bekalan. 395 00:20:59,925 --> 00:21:03,595 Mereka usahakan cara yang inovatif 396 00:21:03,679 --> 00:21:08,016 untuk bertahan walaupun tiada bantuan kerajaan. 397 00:21:08,100 --> 00:21:12,521 Cara kerajaan menyelesaikan masalah akan gagal sama sekali 398 00:21:12,604 --> 00:21:14,147 dalam peristiwa besar ini. 399 00:21:14,231 --> 00:21:16,566 Jika lebih ramai jiran membantu jiran, 400 00:21:16,650 --> 00:21:19,820 kita boleh tumpukan sumber kerajaan yang terhad 401 00:21:19,903 --> 00:21:21,947 kepada yang paling memerlukan. 402 00:21:22,030 --> 00:21:24,533 Kami dapat tahu bahawa pemulihan 403 00:21:24,616 --> 00:21:26,535 mempunyai beberapa dimensi. 404 00:21:26,618 --> 00:21:27,953 Kegembiraan 405 00:21:28,036 --> 00:21:30,956 dan kelucuan, 406 00:21:31,039 --> 00:21:34,209 itulah aspek paling utama dalam kebajikan awam. 407 00:21:35,502 --> 00:21:38,630 Muzik Loíza dihasilkan dalam komuniti. 408 00:21:38,714 --> 00:21:42,926 Hal ini menyatukan masyarakat untuk bermain muzik, 409 00:21:43,010 --> 00:21:44,761 menyanyi dan menari 410 00:21:44,845 --> 00:21:47,264 serta dapat bersama. 411 00:21:47,347 --> 00:21:49,850 Tempat yang terbaik menghadapi bencana 412 00:21:49,933 --> 00:21:53,228 ialah tempat di mana kita pupuk dan pelihara 413 00:21:53,312 --> 00:21:55,272 ikatan yang terbina sesama masyarakat. 414 00:21:55,355 --> 00:21:58,775 Mereka dapat semangat daripada sumber itu 415 00:21:58,859 --> 00:22:00,444 untuk teruskan perjuangan. 416 00:22:00,527 --> 00:22:03,238 Akan tetapi, setiap sumber ada hadnya. 417 00:22:03,322 --> 00:22:06,033 Empat tahun selepas Maria, banyak atap di Loíza 418 00:22:06,116 --> 00:22:07,993 masih diselubungi kebiruan. 419 00:22:08,076 --> 00:22:10,037 Di perairan Afrika pula, 420 00:22:10,120 --> 00:22:13,540 malapetaka baharu mungkin akan datang. 421 00:22:13,623 --> 00:22:18,211 Segalanya rapuh dan boleh musnah dengan mudah. 422 00:22:19,087 --> 00:22:21,673 Maksud saya, kita tak perlukan taufan lagi. 423 00:22:55,791 --> 00:22:57,709 Terjemahan sari kata oleh NF Ain