1 00:00:07,841 --> 00:00:12,387 Pada tahun 2004, Carolina Panther berdepan dengan Patriots New England. 2 00:00:13,013 --> 00:00:16,600 Ia dianggap antara perlawanan Super Bowl terbaik, 3 00:00:17,267 --> 00:00:20,062 namun ia terpahat dalam sejarah atas sebab lain. 4 00:00:20,729 --> 00:00:24,316 Penonton perlawanan di CBS menyaksikan sesuatu tak dijangka 5 00:00:24,399 --> 00:00:28,362 semasa persembahan di mana dada penyanyi Janet Jackson terdedah. 6 00:00:28,445 --> 00:00:30,781 Kemalangan atau kejutan terancang, 7 00:00:30,864 --> 00:00:33,283 atau isu pakaian. Apa-apa pun ia… 8 00:00:33,367 --> 00:00:35,244 Viacom, pemilik CBS, 9 00:00:35,327 --> 00:00:38,622 perlu membayar 550,000 dolar. 10 00:00:38,705 --> 00:00:42,251 Keesokan harinya, Janet Jackson meminta maaf. 11 00:00:42,334 --> 00:00:44,920 Saya benar-benar minta maaf 12 00:00:45,003 --> 00:00:48,131 jika saya menyinggung sesiapa. Itu bukan niat saya. 13 00:00:48,882 --> 00:00:51,385 Namun, media tidak berpuas hati. 14 00:00:51,468 --> 00:00:54,304 Memetik kenyataan "rakan' Justin Timberlake, 15 00:00:54,388 --> 00:00:56,473 yang memberitahu tabloid, 16 00:00:56,557 --> 00:00:59,601 Janet menipu dan memanfaatkan Justin 17 00:00:59,685 --> 00:01:01,353 demi mengekalkan kerjayanya. 18 00:01:01,979 --> 00:01:06,066 Itu sebahagian daripada tuduhan bahawa Janet Jackson bersalah. 19 00:01:06,149 --> 00:01:07,985 ITULAH JANET JACKSON 20 00:01:08,068 --> 00:01:11,113 Minggu seterusnya, apabila Justin minta maaf, 21 00:01:11,196 --> 00:01:13,240 dia membuka bicara dengan jenaka. 22 00:01:13,323 --> 00:01:16,493 Begini, saya tahu ia minggu yang sukar bagi semua… 23 00:01:16,577 --> 00:01:18,704 Juga tak mampu menahan senyuman. 24 00:01:18,787 --> 00:01:20,789 Apa yang berlaku tak disengajakan, 25 00:01:21,373 --> 00:01:25,252 sangat dikesali dan saya minta maaf jika kamu semua tersinggung. 26 00:01:25,877 --> 00:01:28,547 Permohonan maaf sebegitu takkan laku hari ini. 27 00:01:29,339 --> 00:01:31,133 Kita di era permohonan maaf. 28 00:01:31,216 --> 00:01:33,302 Kita tak boleh baca berita 29 00:01:33,385 --> 00:01:36,054 tanpa permohonan maaf baharu. 30 00:01:36,138 --> 00:01:37,973 Daripada ahli politik, 31 00:01:38,056 --> 00:01:39,433 selebriti, 32 00:01:39,516 --> 00:01:43,103 malah kerajaan meminta maaf atas jenayah silam. 33 00:01:43,186 --> 00:01:45,772 Saya rasa salah satu kebimbangan orang 34 00:01:45,856 --> 00:01:49,318 adalah terlalu banyak permohonan maaf di luar sana 35 00:01:49,401 --> 00:01:51,153 sehingga ia kurang berkesan. 36 00:01:51,236 --> 00:01:53,530 Ia dipanggil pencairan normatif. 37 00:01:53,614 --> 00:01:58,118 Lebih ramai orang meminta maaf, semakin kita mengharapkan permintaan maaf, 38 00:01:58,201 --> 00:02:01,330 namun kita tidak rela memaafkan. 39 00:02:01,413 --> 00:02:03,123 Semakin sofistikated 40 00:02:03,206 --> 00:02:06,501 dan lebih banyak permohonan maaf, orang harap lebih lagi. 41 00:02:06,585 --> 00:02:09,630 Mereka berharap ia datang dari hati seseorang. 42 00:02:09,713 --> 00:02:14,509 Jadi, apa ciri permohonan maaf yang baik, dan apakah kuasanya? 43 00:02:17,137 --> 00:02:18,972 Saya sangat menyesal. 44 00:02:19,640 --> 00:02:23,560 Dia mungkin ada penjelasan yang baik mengapa dia terlambat. 45 00:02:23,644 --> 00:02:26,104 - Kemudian dia mohon maaf. - Mohon maaf! 46 00:02:27,147 --> 00:02:30,776 Kita berkumpul hari ini kerana negara kami ingin memohon maaf. 47 00:02:30,859 --> 00:02:33,487 Saya bertanggungjawab atas tindakan saya. 48 00:02:34,071 --> 00:02:36,073 Saya tak datang untuk minta maaf. 49 00:02:36,156 --> 00:02:39,242 Saya takkan ubah fikiran dan saya takkan minta maaf. 50 00:02:40,911 --> 00:02:43,038 Ini adalah peluang 51 00:02:43,121 --> 00:02:46,333 untuk melupakan masa lalu. 52 00:02:47,459 --> 00:02:52,172 PERMOHONAN MAAF 53 00:02:54,257 --> 00:02:56,760 "Maafkan aku, Tuhan, aku berdosa." 54 00:02:56,843 --> 00:02:59,554 Selama berkurun di dunia berbahasa Inggeris, 55 00:02:59,638 --> 00:03:03,016 setakat yang kita tahu, ini saja bentuk permohonan maaf. 56 00:03:03,600 --> 00:03:06,311 Permohonan maaf kepada kuasa yang lebih tinggi. 57 00:03:06,395 --> 00:03:10,565 Seorang penyelidik menganalisis semua teks dalam bahasa Inggeris kuno 58 00:03:10,649 --> 00:03:14,403 dan tidak menemukan sebarang contoh permohonan maaf. 59 00:03:15,237 --> 00:03:17,572 Namun pada 1590-an, 60 00:03:17,656 --> 00:03:19,991 Shakespeare menulis kata-kata ini. 61 00:03:20,075 --> 00:03:22,994 "Tuanku, tak perlu memohon maaf." 62 00:03:23,078 --> 00:03:25,789 "Patik merayu untuk dimaafkan." 63 00:03:26,707 --> 00:03:30,711 Ia penggunaan "permohonan maaf" pertama dalam dunia moden 64 00:03:30,794 --> 00:03:32,546 dan upacara baharu 65 00:03:32,629 --> 00:03:35,966 menunjukkan keinsafan kepada rakan-rakan. 66 00:03:36,800 --> 00:03:38,593 Sukar untuk memohon maaf, 67 00:03:38,677 --> 00:03:41,763 dan sukar memohon maaf dengan cara yang ikhlas. 68 00:03:42,347 --> 00:03:45,308 Namun biasanya ada beberapa elemen penting. 69 00:03:45,934 --> 00:03:48,562 Pertama, luahan penyesalan. 70 00:03:48,645 --> 00:03:51,732 Ini apa kita fikirkan tentang luahan permohonan maaf. 71 00:03:51,815 --> 00:03:55,902 "Maafkan saya. Saya minta maaf. Saya rasa teruk." Kenyataan begitu. 72 00:03:55,986 --> 00:03:57,529 Nombor dua. 73 00:03:57,612 --> 00:04:00,449 Mengakui penderitaan yang dialami mangsa 74 00:04:00,532 --> 00:04:03,952 akibat tindakan kita. Itu membantu mereka rasa difahami. 75 00:04:04,619 --> 00:04:07,289 Anda juga perlu bertanggungjawab. 76 00:04:07,372 --> 00:04:10,292 Dari sudut psikologi, mangsa perlu mendengarnya. 77 00:04:10,375 --> 00:04:13,628 Menjelaskan kelakuan anda boleh membantu. 78 00:04:14,212 --> 00:04:15,630 Memandang ke hadapan, 79 00:04:15,714 --> 00:04:18,550 tawaran memperbaiki atau komitmen untuk berubah. 80 00:04:19,050 --> 00:04:22,053 Akhir sekali, permintaan untuk dimaafkan. 81 00:04:23,138 --> 00:04:26,975 Dalam kajian Karina, orang kata mereka memasukkan empat atau lima 82 00:04:27,058 --> 00:04:29,853 elemen ini dalam permohonan maaf. 83 00:04:29,936 --> 00:04:32,689 Namun sebenarnya, biasanya cuma dua elemen. 84 00:04:33,231 --> 00:04:38,361 Anda berdepan dengan dorongan ini antara melakukan perkara yang betul, 85 00:04:38,445 --> 00:04:42,824 mahu memperbaiki hubungan, buat orang lain rasa lebih baik, 86 00:04:42,908 --> 00:04:46,161 juga melindungi identiti diri sebagai orang yang baik, 87 00:04:46,244 --> 00:04:48,872 bukan kepada orang lain, bahkan diri sendiri. 88 00:04:48,955 --> 00:04:50,499 Ia memang merimaskan. 89 00:04:51,082 --> 00:04:54,878 Permohonan maaf secara umum boleh jadi sesuatu yang lebih rumit. 90 00:04:54,961 --> 00:04:58,131 Sukar untuk memuaskan hati berjuta-juta orang. 91 00:04:58,215 --> 00:05:02,177 Banyak pertimbangan perlu dibuat saat melakukan memohon maaf. 92 00:05:02,260 --> 00:05:05,597 Salah satu aspek terpenting ialah penonton. 93 00:05:05,680 --> 00:05:08,308 Matthew Hiltzik ialah pengurus krisis 94 00:05:08,391 --> 00:05:10,435 dengan ramai pelanggan bintang. 95 00:05:10,519 --> 00:05:12,562 Ia perniagaan berkembang maju. 96 00:05:12,646 --> 00:05:16,900 Saya akan jawab. Saya perlu jawab panggilan telefon sebentar. 97 00:05:16,983 --> 00:05:19,277 Biar saya jawab dan saya akan kembali. 98 00:05:19,361 --> 00:05:22,197 Sekejap boleh? Saya mohon maaf. Saya cuma perlu… 99 00:05:22,280 --> 00:05:24,991 Maaf untuk waktu rehat ini. Ia takkan lama. 100 00:05:25,075 --> 00:05:28,537 Lebih sibuk daripada yang disangka. Ya, macam biasalah. 101 00:05:28,620 --> 00:05:30,288 Maaf saya dahulukan. 102 00:05:30,705 --> 00:05:35,377 Anda nampak penurunan besar dalam temu bual, 103 00:05:35,460 --> 00:05:37,838 di mana ada selebriti duduk di sofa. 104 00:05:37,921 --> 00:05:42,092 Saya duduk di sini hari ini untuk mengakuinya dan memohon maaf. 105 00:05:42,175 --> 00:05:43,760 Saya cuma nak mohon maaf. 106 00:05:43,844 --> 00:05:48,515 Maaf, saya tak layak dan tak boleh mengharapkan kemaafan dari anda. 107 00:05:48,598 --> 00:05:52,561 Mereka tak menjadikan diri mereka subjek proses temu bual. 108 00:05:52,644 --> 00:05:56,147 Mereka berpeluang untuk bercakap dengan penonton 109 00:05:56,231 --> 00:05:58,400 dengan cara yang tak pernah berlaku. 110 00:05:58,483 --> 00:06:03,321 Ia berbeza dengan video langsung-kamera. 111 00:06:03,405 --> 00:06:07,158 Saya mohon maaf kepada sesiapa yang tersinggung. 112 00:06:07,242 --> 00:06:10,996 - Maaf kepada semua yang disakiti. - Saya mohon maaf. 113 00:06:11,079 --> 00:06:16,042 Juga kenyataan dengan sentuhan peribadi dengan menulisnya di aplikasi Nota iPhone, 114 00:06:16,126 --> 00:06:19,504 tangkap layar dan muat naik ke media sosial. 115 00:06:20,130 --> 00:06:23,008 Bagi satu pihak, ia bagus kerana lebih mudah. 116 00:06:23,091 --> 00:06:26,136 Anda boleh cakap apa anda mahu mengikut cara anda. 117 00:06:26,219 --> 00:06:28,430 Meskipun dengan kawalan tambahan itu, 118 00:06:28,513 --> 00:06:31,641 masih ramai yang bergelut untuk menguasai elemen ini. 119 00:06:32,434 --> 00:06:36,313 Kesilapan terbesar orang apabila memohon maaf adalah menambah 120 00:06:36,396 --> 00:06:38,690 komponen mempertahankan diri dalamnya 121 00:06:38,773 --> 00:06:42,110 untuk jaga air muka, membantu mereka lindungi imej diri. 122 00:06:42,193 --> 00:06:46,323 Ungkapan penyesalan yang tak kedengaran acuh tak acuh. 123 00:06:46,406 --> 00:06:48,992 Saya benar-benar mohon maaf. Saya pelawak. 124 00:06:49,075 --> 00:06:50,285 MEMPERTAHANKAN DIRI 125 00:06:50,368 --> 00:06:52,287 Saya melampaui batas. 126 00:06:52,370 --> 00:06:53,538 MATA BERGULUNG 127 00:06:53,622 --> 00:06:56,666 Atau kedengaran terlalu menyesal. 128 00:06:56,750 --> 00:06:58,126 Saya mohon maaf. 129 00:06:58,209 --> 00:06:59,502 PENGGIAT BLOG KECANTIKAN 130 00:06:59,586 --> 00:07:01,796 Saya harap satu hari nanti anda… 131 00:07:01,880 --> 00:07:03,340 AIR MATA BERLEBIHAN 132 00:07:03,423 --> 00:07:05,967 boleh menerima saya seadanya. 133 00:07:06,051 --> 00:07:07,469 FOKUS PADA DIRI SENDIRI 134 00:07:07,552 --> 00:07:11,181 Laura Lee kemudian memohon maaf atas permohonan maafnya itu. 135 00:07:11,264 --> 00:07:13,767 Dalam video itu, saya nampak macam mangsa. 136 00:07:13,850 --> 00:07:16,686 Saya bukan mangsa dalam apa jua keadaan 137 00:07:16,770 --> 00:07:18,688 dalam situasi ini. 138 00:07:19,439 --> 00:07:22,442 Ada juga kecenderungan untuk melencongkan kesalahan, 139 00:07:22,525 --> 00:07:25,946 seperti mencadangkan reaksi itulah masalah sebenar. 140 00:07:26,029 --> 00:07:27,822 Saya tak nak dengar jeritan 141 00:07:27,906 --> 00:07:29,908 dan pekikan tentang perjalanan ini 142 00:07:29,991 --> 00:07:33,370 mengalih perhatian walaupun sesaat daripada isu sebenar 143 00:07:33,453 --> 00:07:35,080 yang penduduk Texas peduli. 144 00:07:35,163 --> 00:07:37,791 Atau mengelak kenyataan "saya". 145 00:07:37,874 --> 00:07:41,044 Saya mohon maaf kerana dia dilayan seperti itu. 146 00:07:41,127 --> 00:07:43,046 Atau dalam kes Ja Rule, 147 00:07:43,129 --> 00:07:45,966 penerbit bersama Festival Fyre yang teruk, 148 00:07:46,049 --> 00:07:47,550 peralihannya lebih jelas. 149 00:07:47,634 --> 00:07:49,386 BUKAN SALAH SAYA TAPI SAYA MOHON MAAF 150 00:07:49,469 --> 00:07:53,264 Bertegas dan berkata, "Saya tetap dengan tindakan saya." 151 00:07:53,348 --> 00:07:56,267 "Saya enggan memohon maaf." 152 00:07:56,351 --> 00:07:59,145 Ini datang dengan rangsangan kuasa dan keyakinan 153 00:07:59,229 --> 00:08:04,317 kerana orang rasa mereka mengawal semula situasi ini. 154 00:08:04,901 --> 00:08:06,569 Itu dorongan semula jadi, 155 00:08:06,653 --> 00:08:09,781 terutamanya apabila keadaan tak begitu jelas. 156 00:08:10,323 --> 00:08:13,910 Selalunya, kita semua merasakan kita adalah mangsa. 157 00:08:14,577 --> 00:08:17,122 Juga merasakan seperti kitalah layak 158 00:08:17,205 --> 00:08:19,708 terima permohonan maaf daripada orang lain. 159 00:08:19,791 --> 00:08:21,668 Justeru pakar berpendapat 160 00:08:21,751 --> 00:08:24,629 permohonan maaf yang baik bukanlah persembahan, 161 00:08:24,713 --> 00:08:26,965 tetapi sebuah perbualan. 162 00:08:28,049 --> 00:08:31,052 Nama saya Donnell Penny dari Brooklyn, New York. 163 00:08:31,136 --> 00:08:33,263 Lafayette Gardens, tak jauh dari sini. 164 00:08:33,847 --> 00:08:37,934 Pada musim panas tahun 2011, Danial menjalani rutin hariannya, 165 00:08:38,018 --> 00:08:40,770 sehinggalah abangnya menerjah ke dalam bilik. 166 00:08:40,854 --> 00:08:43,565 Matanya bengkak, hidungnya berdarah. 167 00:08:43,648 --> 00:08:46,443 Dia nampak teruk. Saya kata, "Apa yang berlaku?" 168 00:08:46,526 --> 00:08:49,738 Dia beritahu saya dia diserang di stesen bas. 169 00:08:49,821 --> 00:08:54,159 Kalau anda nak tahu, ada banyak pengaruh buruk di situ 170 00:08:54,242 --> 00:08:58,204 kerana ia kejiranan di mana dua geng bermusuhan. 171 00:08:58,288 --> 00:09:01,541 Abang Donnell seorang yang pendiam, ulat buku. 172 00:09:01,624 --> 00:09:05,754 Jadi, saya kata, "Biar saya keluar dan mereka boleh lihat siapa saya, 173 00:09:05,837 --> 00:09:08,256 dan kita boleh selesaikannya." 174 00:09:08,757 --> 00:09:13,178 Semasa Donnell dan abangnya kembali ke situ, mereka menarik perhatian ramai. 175 00:09:13,261 --> 00:09:15,972 Setibanya di situ, mereka berdepan lelaki 176 00:09:16,056 --> 00:09:18,266 yang mereka sangka terlibat. 177 00:09:18,349 --> 00:09:21,311 Mereka mula membentuk bulatan 178 00:09:21,394 --> 00:09:22,687 dan mereka tanya 179 00:09:22,771 --> 00:09:25,565 kenapa saya memukul kawan mereka 180 00:09:25,648 --> 00:09:27,567 di atas bas awal tadi. 181 00:09:27,650 --> 00:09:29,235 Saya beritahu mereka, 182 00:09:29,319 --> 00:09:33,156 "Tidak. Saya tak faham apa awak cakap. Bukan saya mulakan." 183 00:09:33,239 --> 00:09:35,492 Mereka asyik kata saya yang mulakan. 184 00:09:35,575 --> 00:09:37,327 Saya jadi panas. 185 00:09:37,410 --> 00:09:39,662 Lalu Brandon keluarkan pisau cukur 186 00:09:39,746 --> 00:09:43,041 dan dia toreh wajah abang Donnell sebelum melarikan diri. 187 00:09:43,124 --> 00:09:45,001 Saya jadi meradang. 188 00:09:45,085 --> 00:09:47,420 Mereka kejar Brandon ke kedai roti. 189 00:09:47,504 --> 00:09:48,755 Kami mula berlawan. 190 00:09:48,838 --> 00:09:50,840 Seorang lelaki yang bersama kami 191 00:09:50,924 --> 00:09:54,594 mengambil pisau dari kaunter dan menikamnya. 192 00:09:54,677 --> 00:09:58,681 Ia hampir menembusi paru-paru saya. Saya terima 160 jahitan. 193 00:09:59,265 --> 00:10:03,478 Kedua-dua Donnell dan Brandon ditangkap dan dipenjarakan bertahun-tahun. 194 00:10:05,396 --> 00:10:07,065 Nama saya Danielle Sered. 195 00:10:07,148 --> 00:10:09,901 Saya Pengarah Eksekutif Keadilan Umum. 196 00:10:09,984 --> 00:10:12,987 Peguam daerah dan mahkamah akan bersetuju 197 00:10:13,071 --> 00:10:16,491 selagi seseorang menyertai Keadilan Umum sepenuhnya, 198 00:10:16,574 --> 00:10:18,701 pada penghujung proses, mereka rela 199 00:10:18,785 --> 00:10:21,371 menolak tuduhan jenayah terhadap orang itu. 200 00:10:21,454 --> 00:10:26,417 Teras kerja kami ialah alternatif pemulihan keadilan selain penjara. 201 00:10:27,001 --> 00:10:28,920 Istilah "keadilan pemulihan" 202 00:10:29,003 --> 00:10:33,174 menjadi popular di Amerika Syarikat pada tahun 70-an 203 00:10:33,258 --> 00:10:37,178 walaupun ia wujud daripada tradisi lama sebelum itu. 204 00:10:37,720 --> 00:10:40,306 Idea utama ialah kelompok. 205 00:10:40,390 --> 00:10:43,268 Termasuk orang yang bertanggungjawab atas bahaya, 206 00:10:43,351 --> 00:10:44,978 orang yang dicederakan, 207 00:10:45,061 --> 00:10:47,564 orang yang menyokong, orang tersayang. 208 00:10:47,647 --> 00:10:50,024 Salah seorangnya ibu dan mak cik saya. 209 00:10:50,108 --> 00:10:53,695 Saya datang ke sini dengan ibu dan teman wanita saya. 210 00:10:53,778 --> 00:10:55,488 Juga seorang pemudah cara. 211 00:10:55,572 --> 00:10:58,908 Proses ini melalui banyak langkah memohon maaf, 212 00:10:58,992 --> 00:11:01,119 tanpa perlu menyebut kata-kata maaf. 213 00:11:01,202 --> 00:11:03,496 Mereka bermula dengan penjelasan. 214 00:11:03,580 --> 00:11:05,540 Kami perlu menghubungkan cerita 215 00:11:05,623 --> 00:11:08,251 untuk memahami kenapa kami bertindak begitu. 216 00:11:08,334 --> 00:11:11,921 Ada beberapa bahagian yang mereka sendiri tak tahu. 217 00:11:12,505 --> 00:11:16,176 Pada satu ketika sebelum saya menoreh abang Penny, 218 00:11:16,259 --> 00:11:18,094 sepucuk pistol dikeluarkan. 219 00:11:18,178 --> 00:11:19,387 Pistol itu. 220 00:11:19,971 --> 00:11:23,808 Donnell tak tahu ada orang dalam kumpulannya mengeluarkan pistol. 221 00:11:23,892 --> 00:11:27,812 Pada saat itu saya tahu, "Sudah tentu awak akan marah." 222 00:11:27,896 --> 00:11:29,439 Kemarahan saya berpindah 223 00:11:29,522 --> 00:11:31,858 kepada lelaki di belakang saya 224 00:11:31,941 --> 00:11:34,861 dan saya pun terasa tempiasnya kerana mereka. 225 00:11:34,944 --> 00:11:37,488 Saya mula memohon maaf dan saya kata, 226 00:11:37,572 --> 00:11:40,658 "Maafkan saya." Saya asyik mengucapkannya. 227 00:11:40,742 --> 00:11:43,661 Saya keluar untuk melindungi abang saya 228 00:11:43,745 --> 00:11:45,622 dan saya menyakiti dia. 229 00:11:45,705 --> 00:11:47,707 Saya kesal kerana menyakiti dia. 230 00:11:48,291 --> 00:11:51,753 Maaf yang tak diperlukan itu dilakukan dengan sukarela. 231 00:11:52,295 --> 00:11:56,049 Saya masih ingat permohonan maaf Penny yang sangat ikhlas. 232 00:11:56,132 --> 00:11:58,092 Ia terasa alami. 233 00:11:58,176 --> 00:11:59,802 Saya juga memohon maaf, 234 00:11:59,886 --> 00:12:03,306 dan saya merasakan seolah-olah kami dah lama kenal. 235 00:12:03,389 --> 00:12:05,225 Dalam banyak cara, 236 00:12:05,308 --> 00:12:08,728 trauma membawa kepada rasa tidak berkuasa, 237 00:12:08,811 --> 00:12:12,023 yang menunjukkan trauma tidak membantu. 238 00:12:12,106 --> 00:12:14,567 Lawan trauma ialah kuasa. 239 00:12:14,651 --> 00:12:17,070 Itulah cara mereka memperbaikinya. 240 00:12:17,153 --> 00:12:18,988 Kelompok itu membincangkan 241 00:12:19,072 --> 00:12:21,991 tindakan yang boleh membantu memperbaiki keadaan 242 00:12:22,075 --> 00:12:25,787 dan membentuk perjanjian yang boleh dilihat oleh mahkamah. 243 00:12:25,870 --> 00:12:28,957 Saya disuruh menulis surat kepada anak saya, 244 00:12:29,040 --> 00:12:30,833 menjelaskan apa yang terjadi 245 00:12:30,917 --> 00:12:34,295 dan minta dia mengambil iktibar daripada kejadian itu. 246 00:12:34,879 --> 00:12:38,424 Donnell dan Brandon kembali ke tempat kejadian bersama. 247 00:12:38,508 --> 00:12:40,301 Kami kembali ke perhentian bas 248 00:12:40,385 --> 00:12:43,388 pada awal pagi ketika tiada sesiapa di luar sana. 249 00:12:43,471 --> 00:12:45,974 Mereka membawa bunga dan beruang teddy. 250 00:12:46,057 --> 00:12:49,060 Juga belon yang kami lepaskan ke udara. 251 00:12:49,143 --> 00:12:50,520 Seperti peringatan. 252 00:12:50,603 --> 00:12:53,690 Apabila nampak peringatan di kejiranan, maksudnya, 253 00:12:53,773 --> 00:12:57,902 "Orang ini dah pergi ke tempat yang lebih baik, namun ia dah terjadi." 254 00:12:59,404 --> 00:13:02,532 Kerajaan juga menerima model pemulihan keadilan. 255 00:13:02,615 --> 00:13:05,910 Suruhanjaya Kebenaran dan Penyatuan Semula Afrika Selatan 256 00:13:05,994 --> 00:13:08,871 atau TRC ialah contoh paling terkenal. 257 00:13:09,497 --> 00:13:12,000 Dipengerusikan Ketua Biskop Desmond Tutu, 258 00:13:12,083 --> 00:13:14,627 ia usaha untuk pulih selepas aparteid 259 00:13:14,711 --> 00:13:19,173 dengan mengumpul keterangan daripada mangsa tentang jenayah yang berlaku 260 00:13:19,257 --> 00:13:21,801 dan memberi pengampunan kepada pelaku 261 00:13:21,884 --> 00:13:24,387 yang tampil mendedahkan kebenaran. 262 00:13:25,638 --> 00:13:29,017 Kira-kira 40 peratus orang Afrika Selatan menyaksikan 263 00:13:29,100 --> 00:13:31,060 mangsa pertama beri keterangan, 264 00:13:31,644 --> 00:13:34,814 termasuk seorang wanita bernama Nomonde. 265 00:13:35,356 --> 00:13:38,776 Saya dah lama tahu 266 00:13:38,860 --> 00:13:43,740 yang suami saya telah dibunuh oleh Polis Keselamatan Negara. 267 00:13:43,823 --> 00:13:46,951 Saya sangat mahu mengatakannya di khalayak ramai. 268 00:13:47,035 --> 00:13:48,619 Pada tahun 1985, 269 00:13:48,703 --> 00:13:51,039 suami Nomonde, Fort Calata, 270 00:13:51,122 --> 00:13:54,208 bersama tiga lagi aktivis anti-aparteid, 271 00:13:54,792 --> 00:13:57,211 telah dipukul, ditikam, 272 00:13:57,295 --> 00:13:59,964 dan ditinggalkan di dalam kereta terbakar. 273 00:14:00,048 --> 00:14:02,425 Tiada sesiapa diminta bertanggungjawab. 274 00:14:07,180 --> 00:14:08,931 Ketua Biskop Desmond Tutu 275 00:14:09,015 --> 00:14:13,019 mengatakan tangisannya ialah "bunyi yang menggambarkan TRC." 276 00:14:13,561 --> 00:14:15,813 Saya tak dapat tahan lagi. 277 00:14:16,939 --> 00:14:18,941 Saya tak pernah berkesempatan 278 00:14:19,025 --> 00:14:21,944 meluangkan masa dengan suami saya 279 00:14:22,653 --> 00:14:24,447 sepanjang perkahwinan kami. 280 00:14:24,530 --> 00:14:27,200 Ia terlalu cepat dan terlalu pendek. 281 00:14:27,283 --> 00:14:31,371 Setiap hari, ia terasa seperti baru berlaku semalam. 282 00:14:31,454 --> 00:14:33,706 Ibu saya mewakili 283 00:14:33,790 --> 00:14:36,459 setiap seorang wanita 284 00:14:36,542 --> 00:14:40,046 yang tidak pernah merasakan detik yang melegakan emosi. 285 00:14:40,129 --> 00:14:44,592 Beberapa bulan kemudian, TRC menghubungi Nomonde. 286 00:14:44,675 --> 00:14:46,427 Seseorang tampil ke depan. 287 00:14:46,511 --> 00:14:49,263 Dengan nama Eric Taylor. 288 00:14:49,347 --> 00:14:52,642 Dia bertanggungjawab sepenuhnya 289 00:14:52,725 --> 00:14:54,894 kerana membunuh Ford Calata. 290 00:14:55,478 --> 00:14:59,607 Nomonde memerhati semasa Eric Taylor memberi keterangan. 291 00:15:00,149 --> 00:15:02,443 Saya pukul Encik Calata dari belakang 292 00:15:02,527 --> 00:15:04,904 dengan objek besi berat, 293 00:15:04,987 --> 00:15:08,074 dan saya bakar mayat-mayat ini. 294 00:15:10,368 --> 00:15:13,037 Dia diarahkan untuk melakukan pembunuhan itu, 295 00:15:13,121 --> 00:15:15,415 namun enggan beritahu siapa. 296 00:15:15,998 --> 00:15:19,168 Dia tanya adakah saya akan memaafkan dia. 297 00:15:19,752 --> 00:15:23,047 Saya seorang yang berlapang dada untuk memaafkan, 298 00:15:23,131 --> 00:15:26,759 namun bagaimana mungkin saya boleh memaafkan kamu 299 00:15:26,843 --> 00:15:29,929 yang masih tidak bercakap benar? 300 00:15:30,513 --> 00:15:33,599 TRC menolak permohonan pengampunan Eric Taylor, 301 00:15:33,683 --> 00:15:36,102 namun dia tidak pernah didakwa. 302 00:15:36,686 --> 00:15:39,730 Andai kata kamu muncul dan beritahu perkara sebenar 303 00:15:39,814 --> 00:15:41,649 di depan semua orang, 304 00:15:41,732 --> 00:15:45,278 dan kamu dihukum kerana membunuh suami saya, 305 00:15:45,361 --> 00:15:49,073 ketika itu saya akan pertimbangkan semula untuk memaafkan kamu. 306 00:15:50,366 --> 00:15:53,744 Saya takkan menyatakan bahawa 307 00:15:54,579 --> 00:15:58,875 setiap orang perlukan kemaafan untuk pulih. 308 00:15:58,958 --> 00:16:01,627 Ada orang mungkin pulih dengan membalas dendam 309 00:16:01,711 --> 00:16:06,549 dan ada sesetengah orang mungkin pulih dengan mengelaknya dan menolaknya 310 00:16:06,632 --> 00:16:11,554 jauh daripada ingatan dan kehidupan harian mereka. 311 00:16:12,597 --> 00:16:14,807 Asas kebenaran ialah penyembuhan. 312 00:16:14,891 --> 00:16:17,643 Sesiapa yang bertanggungjawab 313 00:16:17,727 --> 00:16:20,855 menyembunyikan kebenaran itu daripada kami 314 00:16:22,190 --> 00:16:25,151 menyebabkan trauma itu berparut dalam hidup kami. 315 00:16:25,234 --> 00:16:27,778 Apa yang membantu kami mengatasi trauma 316 00:16:27,862 --> 00:16:30,239 ialah pembentukan naratif yang koheren. 317 00:16:30,323 --> 00:16:32,742 Seperti kisah tentang kejadian 318 00:16:32,825 --> 00:16:36,412 yang menggambarkan dunia yang kita boleh hidup di dalamnya. 319 00:16:36,496 --> 00:16:40,124 Bercakap tentang cerita itu, saya menerangkannya kepada Don 320 00:16:40,208 --> 00:16:43,794 dan mereka menerangkan kepada saya menurut perspektif mereka. 321 00:16:43,878 --> 00:16:45,838 Ketika itu saya tahu ia benar. 322 00:16:45,922 --> 00:16:48,925 Ia bukan selalunya naratif menyeluruh. 323 00:16:49,008 --> 00:16:51,302 Kadangkala wujud jurang dalamnya, 324 00:16:51,385 --> 00:16:55,765 bahkan ketegangan, namun benar, ia meringankan beban di bahu. 325 00:16:55,848 --> 00:16:57,099 BEBASKAN AFRIKA SELATAN 326 00:16:57,183 --> 00:17:01,312 Sebagai masyarakat, kisah yang diceritakan tentang siapa yang dianiaya 327 00:17:01,395 --> 00:17:04,273 dan hak perlu ditegakkan, berubah sepanjang masa. 328 00:17:05,191 --> 00:17:06,859 Kebelakangan ini, 329 00:17:06,943 --> 00:17:10,863 gangguan seksual wanita diiktiraf secara meluas 330 00:17:10,947 --> 00:17:13,658 sebagai masalah besar dan serius. 331 00:17:13,741 --> 00:17:17,453 Pembunuhan George Floyd oleh polis pada musim panas 2020, 332 00:17:17,537 --> 00:17:20,873 dan bantahan dan perbualan di seluruh dunia, 333 00:17:20,957 --> 00:17:23,709 meyakinkan jutaan rakyat Amerika 334 00:17:23,793 --> 00:17:27,463 bahawa diskriminasi kaum adalah masalah besar di negara mereka. 335 00:17:28,130 --> 00:17:30,758 Orang mungkin anggap ini zaman memohon maaf, 336 00:17:30,841 --> 00:17:34,679 namun pada tahun 2020, jumlah permohonan maaf yang hampir sama 337 00:17:34,762 --> 00:17:38,015 dilaporkan dalam The New York Times pada tahun 2010. 338 00:17:38,099 --> 00:17:42,019 Perubahan sebenar ialah orang memohon maaf 339 00:17:42,103 --> 00:17:46,107 termasuk perkara yang dilihat tidak salah pada masa lalu. 340 00:17:46,190 --> 00:17:49,610 Saya tak anggap ia tindakan rasis ketika itu, 341 00:17:49,694 --> 00:17:53,489 tapi kini kita lebih faham, dan ia tak boleh diterima dan rasis. 342 00:17:53,573 --> 00:17:56,284 Saya muhasabah cara saya bercakap secara santai 343 00:17:56,367 --> 00:17:59,662 tentang orang, identiti jantina dan orientasi seksual, 344 00:17:59,745 --> 00:18:01,289 dan tertanya-tanya siapa dia. 345 00:18:01,372 --> 00:18:05,167 Sekarang saya nampak kita patut bertindak lebih awal 346 00:18:05,251 --> 00:18:08,045 dan bertindak pantas untuk menghentikannya. 347 00:18:08,129 --> 00:18:10,381 Saya kesal kerana kami terlambat. 348 00:18:10,464 --> 00:18:13,467 Harapannya ialah apabila anda berhadapan 349 00:18:13,551 --> 00:18:18,139 dengan situasi yang teruk dan bermasalah 350 00:18:18,222 --> 00:18:21,225 di mana perbuatan dan kata-kata menyakitkan, 351 00:18:21,309 --> 00:18:23,644 ada cara untuk memperbaikinya 352 00:18:23,728 --> 00:18:27,607 di mana klien malah diri anda sendiri boleh belajar sesuatu. 353 00:18:28,566 --> 00:18:31,485 Permohonan maaf secara umum mungkin sebuah wayang, 354 00:18:31,569 --> 00:18:34,488 namun ia juga kayu pengukur nilai kita 355 00:18:34,572 --> 00:18:37,325 dan membantu menyebarkan nilai itu. 356 00:18:37,867 --> 00:18:40,411 Tujuh belas tahun selepas Justin Timberlake 357 00:18:40,494 --> 00:18:43,164 dan Janet Jackson memohon maaf kepada Amerika, 358 00:18:43,748 --> 00:18:47,209 Justin Timberlake memohon maaf kepada Janet Jackson 359 00:18:47,293 --> 00:18:49,086 kerana menunggang sistem 360 00:18:49,170 --> 00:18:52,465 yang membenarkan kebencian terhadap wanita dan perkauman. 361 00:18:53,549 --> 00:18:55,760 Permohonan maaf boleh memakan masa. 362 00:18:55,843 --> 00:18:59,221 Mungkin anda belum bersedia untuk membuat permohonan maaf, 363 00:18:59,305 --> 00:19:02,808 kerana ia lebih daripada sekadar kotak yang perlu ditanda. 364 00:19:02,892 --> 00:19:07,063 Saya mahu galakkan orang ramai untuk anggap ia tindakan 365 00:19:07,146 --> 00:19:10,191 yang membolehkan anda merencara hidup sendiri. 366 00:19:10,274 --> 00:19:12,401 Ia perkara berani untuk dilakukan. 367 00:19:12,485 --> 00:19:15,613 Saya rasa perlu memohon maaf disebabkan saya sedar 368 00:19:15,696 --> 00:19:17,823 dia manusia yang mahu disayangi 369 00:19:17,907 --> 00:19:20,660 dan bercita-cita tinggi seperti saya. 370 00:19:20,743 --> 00:19:22,995 Saya memahaminya dan memohon maaf. 371 00:19:23,079 --> 00:19:25,873 Saya mohon maaf atas segala tindakan saya 372 00:19:25,956 --> 00:19:28,709 dan kesannya ke atas keluarga awak. 373 00:19:28,793 --> 00:19:31,295 Saya terima kerana saya mahukannya. 374 00:19:31,379 --> 00:19:33,798 Saya bersedia dan ikhlas. 375 00:19:33,881 --> 00:19:36,342 Hari itu umpama rahmat dan sumpahan 376 00:19:36,425 --> 00:19:39,804 kerana saya mungkin berdepan dengan orang lain, 377 00:19:39,887 --> 00:19:44,350 dan ia takkan berakhir begini. Ia banyak mematangkan saya. 378 00:19:44,433 --> 00:19:45,935 Dia saudara saya kini. 379 00:19:46,018 --> 00:19:49,021 Situasi itu menyatukan dua orang asing. 380 00:19:49,605 --> 00:19:50,856 Terbaik. 381 00:20:14,463 --> 00:20:19,468 Terjemahan sari kata oleh NF Ain