1 00:00:07,132 --> 00:00:08,634 Pada tahun 1856, 2 00:00:08,717 --> 00:00:11,220 seorang ahli sains bernama Eunice Foote 3 00:00:11,303 --> 00:00:12,721 menjalankan eksperimen. 4 00:00:13,347 --> 00:00:17,935 Dia mengisi satu tiub dengan udara biasa dan satu lagi dengan karbon dioksida, 5 00:00:18,018 --> 00:00:21,271 pasangkan termometer, dan letakkan di bawah matahari. 6 00:00:21,355 --> 00:00:23,941 Dia perhatikan tiub karbon dioksida 7 00:00:24,024 --> 00:00:26,568 lebih panas dan panas lebih lama. 8 00:00:27,486 --> 00:00:29,029 Dia menerbitkan keputusan, 9 00:00:29,112 --> 00:00:31,615 memaklumkan bahawa "Atmosfera gas itu 10 00:00:31,698 --> 00:00:34,535 akan membuatkan suhu bumi tinggi." 11 00:00:35,369 --> 00:00:38,872 Tiga tahun kemudian, Edwin Drake menemukan minyak 12 00:00:38,956 --> 00:00:40,499 di Pennsylvania Barat. 13 00:00:41,625 --> 00:00:44,086 Seratus tahun selepas telaga minyak itu, 14 00:00:44,169 --> 00:00:47,839 industri minyak Amerika meraikan ulang tahunnya. 15 00:00:47,923 --> 00:00:50,425 Mereka menjemput ahli fizik Edward Teller, 16 00:00:50,509 --> 00:00:52,636 salah seorang pencipta bom atom, 17 00:00:52,719 --> 00:00:55,931 untuk berucap tentang masa depan tenaga. 18 00:00:56,014 --> 00:01:00,102 "Kita perlu cari bekalan bahan api tambahan," katanya kepada penonton. 19 00:01:00,185 --> 00:01:03,313 "Ini kerana karbon tambahan dibebaskan bahan api fosil 20 00:01:03,397 --> 00:01:05,232 menyebabkan kesan rumah hijau." 21 00:01:05,315 --> 00:01:08,026 Dia percaya sudah cukup untuk 22 00:01:08,110 --> 00:01:11,071 mencairkan litupan ais dan menenggelamkan New York. 23 00:01:12,197 --> 00:01:15,534 Menjelang tahun 1965, ahli sains sudah cukup yakin 24 00:01:15,617 --> 00:01:19,705 untuk beri amaran kepada Presiden Amerika, Lyndon B. Johnson. 25 00:01:20,455 --> 00:01:22,833 Sedekad kemudian, ahli sains Exxon 26 00:01:22,916 --> 00:01:24,751 membuat ramalan menggerunkan. 27 00:01:25,252 --> 00:01:27,921 Menjelang tahun 1988, ia jadi berita utama. 28 00:01:29,172 --> 00:01:30,549 Sejak itu, 29 00:01:30,632 --> 00:01:34,011 kita terus melepaskan karbon dioksida ke atmosfera 30 00:01:34,094 --> 00:01:35,762 pada kadar membimbangkan. 31 00:01:35,846 --> 00:01:37,973 Ekonomi dunia kita hari ini 32 00:01:38,056 --> 00:01:41,310 bergantung kepada bahan api untuk kebanyakan tenaga. 33 00:01:41,393 --> 00:01:43,228 Satu pertiga adalah minyak. 34 00:01:43,312 --> 00:01:46,940 Ia sangat ironi kerana bahan-bahan 35 00:01:47,024 --> 00:01:50,110 yang membantu kita capai tahap perkembangan hari ini 36 00:01:50,193 --> 00:01:54,489 adalah bahan yang membahayakan masa depan peradaban. 37 00:01:55,240 --> 00:01:57,284 Kerajaan mula bersetuju bahawa 38 00:01:57,367 --> 00:02:01,872 kita tak boleh biarkan dunia memanas lebih daripada 1.5 darjah celsius 39 00:02:01,955 --> 00:02:04,791 Kita akan melepasinya menjelang tahun 2030. 40 00:02:06,335 --> 00:02:09,171 Jadi, mengapa begitu sukar untuk menghentikannya? 41 00:02:10,297 --> 00:02:12,007 Kita sempat selamatkannya? 42 00:02:13,508 --> 00:02:17,304 Negara-negara perindustrian sangat bergantung kepada minyak. 43 00:02:17,387 --> 00:02:19,890 Ia menambah kebebasan baharu dalam hidup. 44 00:02:19,973 --> 00:02:22,976 Stok minyak yang tak ternilai di pulau eksotik ini. 45 00:02:23,060 --> 00:02:26,938 Kekayaan mereka telah mengubah kehidupan sebelum ini di Arab. 46 00:02:27,022 --> 00:02:31,360 Kerajaan Nigeria lebih mencintai minyak berbanding nyawa rakyat. 47 00:02:32,361 --> 00:02:35,781 Peningkatan jumlah karbon dioksida membelenggu kita. 48 00:02:35,864 --> 00:02:38,533 Jika manusia terus merosakkan persekitarannya, 49 00:02:39,076 --> 00:02:41,203 Bumi juga boleh menjadi tandus. 50 00:02:42,746 --> 00:02:47,542 PENGAKHIRAN MINYAK 51 00:02:48,418 --> 00:02:51,672 Kisah minyak ialah kisah pertembungan geopolitik, 52 00:02:51,755 --> 00:02:54,841 kemajuan teknologi dan persaingan sengit. 53 00:02:56,426 --> 00:02:59,221 Kisah minyak ialah kisah ketidaksamaan. 54 00:02:59,930 --> 00:03:01,640 Ia kisah dominasi. 55 00:03:02,307 --> 00:03:05,310 Di Nigeria tanah kelahiran saya, 56 00:03:05,394 --> 00:03:07,771 sewaktu beberapa tahun 57 00:03:07,854 --> 00:03:11,566 sebelum tamat pemerintahan kolonial British. 58 00:03:12,109 --> 00:03:15,028 Pada masa itu, ia merupakan ekonomi pertanian. 59 00:03:15,112 --> 00:03:16,655 Kapas dari utara, 60 00:03:16,738 --> 00:03:19,700 koko dari barat dan getah dari barat laut. 61 00:03:19,783 --> 00:03:22,911 Di kawasan Nnimmo membesar, menangkap ikan. 62 00:03:22,994 --> 00:03:25,747 Delta Niger ialah kawasan 63 00:03:25,831 --> 00:03:31,044 pertembungan air, caruk, arus, sungai, muara 64 00:03:31,128 --> 00:03:34,506 yang merupakan tempat pembiakan ikan di Teluk Guinea. 65 00:03:34,589 --> 00:03:38,844 Ia sangat subur, nelayan boleh tinggalkan perangkap ketika air pasang 66 00:03:38,927 --> 00:03:42,055 dan ambil ketika air surut. Pada waktu malam pula… 67 00:03:42,139 --> 00:03:46,017 Kanak-kanak duduk di bawah cahaya bulan dan orang tua bercerita. 68 00:03:46,101 --> 00:03:50,772 Mereka tak tahu mereka duduk di salah satu kawasan terkaya minyak di Bumi. 69 00:03:51,481 --> 00:03:56,987 Sehingga British beri permit eksklusif meneroka minyak kepada Shell dan BP. 70 00:03:58,405 --> 00:04:01,867 Mereka menemukan emas hitam pada tahun 1956. 71 00:04:02,534 --> 00:04:07,080 Orang Nigeria sangat berharap penemuan minyak dalam komuniti 72 00:04:07,164 --> 00:04:10,917 akan membawa perubahan positif dalam kesejahteraan ekonomi, 73 00:04:11,001 --> 00:04:14,796 tahap kesihatan rakyat, pekerjaan dan segalanya. 74 00:04:14,880 --> 00:04:18,341 Beberapa tahun kemudian, Nigeria memperolehi kemerdekaan. 75 00:04:19,217 --> 00:04:20,719 Masa depan nampak cerah. 76 00:04:23,013 --> 00:04:26,266 Lagipun, bahan api fosil telah mengubah negara lain. 77 00:04:27,017 --> 00:04:30,395 Negara paling kaya di dunia pernah lebih miskin. 78 00:04:30,479 --> 00:04:33,356 Jumlah kerja yang seseorang boleh buat 79 00:04:33,440 --> 00:04:36,193 adalah kerja yang boleh dibuat dengan tangan, 80 00:04:36,276 --> 00:04:38,612 mungkin dibantu oleh kuda atau keldai. 81 00:04:38,695 --> 00:04:41,990 Arang ialah penemuan pertama yang mengubah semua itu. 82 00:04:42,073 --> 00:04:44,951 Organisme purba di lautan dan paya 83 00:04:45,035 --> 00:04:47,287 telah menyerap kuasa matahari. 84 00:04:47,370 --> 00:04:51,374 Fosilnya termampat selama berjuta tahun menjadi arang. 85 00:04:51,458 --> 00:04:55,712 Beberapa batu ke bawah atau lebih, ia menjadi gas asli dan minyak mentah. 86 00:04:56,296 --> 00:05:00,300 Arang terbakar, kapsul masa tenaga matahari ini, 87 00:05:00,383 --> 00:05:03,720 membantu Britain menjadi negara perindustrian pertama 88 00:05:03,804 --> 00:05:05,639 dan empayar paling berkuasa 89 00:05:05,722 --> 00:05:07,432 yang pernah disaksikan dunia. 90 00:05:07,891 --> 00:05:09,601 Kemudian minyak muncul. 91 00:05:09,684 --> 00:05:11,686 Ia memulakan letusan. 92 00:05:13,396 --> 00:05:15,315 Satu penemuan di mana gasolin, 93 00:05:15,398 --> 00:05:18,777 yang merupakan bahan buangan ketika minyak ditapis, 94 00:05:18,860 --> 00:05:21,613 ialah bahan api yang sangat bagus untuk kereta. 95 00:05:21,696 --> 00:05:25,367 Minyak ialah sumber tenaga, 96 00:05:25,450 --> 00:05:29,371 sumber tenaga berbentuk cecair yang boleh digunakan. 97 00:05:29,454 --> 00:05:33,124 Sejak dahulu, ia sangat penting kepada Tentera Laut British 98 00:05:33,208 --> 00:05:37,003 yang mahu akses kepada minyak terkawal British. 99 00:05:37,087 --> 00:05:40,048 Ia bermula sebagai sindiket pelabur swasta, 100 00:05:40,632 --> 00:05:43,260 yang membuat perjalanan dan pengembaraan 101 00:05:43,343 --> 00:05:45,595 mencari minyak di kaki bukit 102 00:05:45,679 --> 00:05:48,390 Gunung Zagros di Parsi. 103 00:05:48,473 --> 00:05:52,602 Itu permulaan Syarikat Minyak Anglo-Parsi. 104 00:05:52,686 --> 00:05:55,480 Ia dinamakan semula sebagai British Petroleum. 105 00:05:55,564 --> 00:05:57,274 Tepat pada masanya. 106 00:05:59,192 --> 00:06:03,530 Perang Dunia Pertama bermula dengan tentera berkuda dan orang berkuda. 107 00:06:03,613 --> 00:06:05,574 Ia berakhir dengan kapal terbang, 108 00:06:05,657 --> 00:06:07,659 kereta kebal dan trak. 109 00:06:08,326 --> 00:06:11,913 Apabila tentera bersekutu gunakan minyak dan bukan arang, 110 00:06:11,997 --> 00:06:15,041 kapal itu pergi lebih jauh sebelum isian semula. 111 00:06:15,125 --> 00:06:16,459 JERMAN MENYERAH KALAH 112 00:06:16,543 --> 00:06:18,962 Minyak menggerakkan dunia. 113 00:06:20,380 --> 00:06:22,382 Orang menemukan kebebasan baharu, 114 00:06:22,465 --> 00:06:25,510 memandu dan terbang ke seluruh tempat. 115 00:06:25,594 --> 00:06:28,513 Ia membebaskan berjuta orang daripada kemiskinan. 116 00:06:29,097 --> 00:06:31,516 Minyak mencipta dunia moden. 117 00:06:31,600 --> 00:06:34,311 Talian paip dibina, jalan dibina, 118 00:06:34,394 --> 00:06:37,439 stesen minyak dan kilang penapisan minyak dibina. 119 00:06:37,522 --> 00:06:41,484 Semua orang mahukan pelaburan minyak dan gas. 120 00:06:41,568 --> 00:06:43,528 Namun untungnya berat sebelah. 121 00:06:43,612 --> 00:06:46,406 Lautan minyak mentah di bawah padang pasir Parsi 122 00:06:46,489 --> 00:06:49,200 membawa kepada letusan minyak di Timur Tengah. 123 00:06:49,284 --> 00:06:52,996 Iran mendapat sedikit keuntungan daripada minyak mereka sendiri, 124 00:06:53,079 --> 00:06:55,248 sementara pihak British mengaut selebihnya. 125 00:06:55,332 --> 00:06:58,084 Mereka tidak lagi bersetuju dengan urus niaga itu. 126 00:06:58,168 --> 00:07:02,005 Nasionalis Iran yang lama menyimpan amarah telah meluahkan niat 127 00:07:02,088 --> 00:07:05,634 untuk merampas industri minyak dan mengekspropriasi syarikat British. 128 00:07:06,593 --> 00:07:08,261 Jadi pada tahun 1953, 129 00:07:08,345 --> 00:07:11,097 Britain dan Amerika Syarikat menjalankan rampasan kuasa, 130 00:07:11,181 --> 00:07:15,310 menggulingkan pemimpin Iran secara demokratik untuk menaikkan Shah. 131 00:07:15,393 --> 00:07:19,105 Mereka merasakan dia lebih mudah dalam berunding 132 00:07:19,189 --> 00:07:22,442 untuk mempunyai hubungan yang baik dengan Barat. 133 00:07:22,525 --> 00:07:25,737 Begitulah caranya Lord Browne yang muda berada di sana. 134 00:07:25,820 --> 00:07:28,239 Sewaktu kanak-kanak, saya membesar di Iran 135 00:07:28,323 --> 00:07:31,576 semasa ayah saya bekerja dalam industri minyak. 136 00:07:31,660 --> 00:07:33,203 Ketika berumur 18 tahun, 137 00:07:33,286 --> 00:07:35,538 dia mula bekerja untuk BP. 138 00:07:35,622 --> 00:07:37,791 Saya sertai industri minyak 139 00:07:37,874 --> 00:07:42,879 kerana percaya ia boleh selesaikan masalah yang tiada siapa pernah selesaikan. 140 00:07:42,963 --> 00:07:46,216 Bagaimana minyak boleh digunakan untuk pergi lebih jauh? 141 00:07:46,299 --> 00:07:47,592 Pada masa itu, 142 00:07:47,676 --> 00:07:51,680 BP adalah salah satu daripada tujuh syarikat dari tiga negara 143 00:07:51,763 --> 00:07:55,850 yang mengawal 85 peratus daripada simpanan minyak dunia. 144 00:07:56,810 --> 00:07:58,603 Di Nigeria, 145 00:07:58,687 --> 00:08:00,772 mereka segera sedar bahawa minyak 146 00:08:00,855 --> 00:08:03,358 tidak bawa kemakmuran untuk semua orang. 147 00:08:04,442 --> 00:08:06,027 Di bawah pemerintahan kolonial, 148 00:08:06,111 --> 00:08:10,073 British menjadikan berbilang negeri satu tanah jajahan. 149 00:08:10,156 --> 00:08:12,993 Selepas kemerdekaan, kawasan asal Nnimmo 150 00:08:13,076 --> 00:08:14,953 mengumumkan ia mahu berpisah. 151 00:08:15,787 --> 00:08:18,081 Sebagai kanak-kanak, saya tak faham 152 00:08:18,748 --> 00:08:20,375 apa harga perpisahan itu. 153 00:08:20,458 --> 00:08:22,377 Perkara paling mengujakan bagi saya 154 00:08:22,460 --> 00:08:24,879 adalah ada negara baharu bernama Biafra. 155 00:08:25,588 --> 00:08:28,842 Namun tanah jajahan ini meliputi keseluruhan Delta Niger 156 00:08:28,925 --> 00:08:30,635 dan simpanan minyaknya. 157 00:08:30,719 --> 00:08:33,221 Apabila kerajaan Nigeria isytihar perang, 158 00:08:33,304 --> 00:08:35,515 British memberi sokongan. 159 00:08:35,598 --> 00:08:37,642 Kampung saya jadi medan tempur. 160 00:08:38,268 --> 00:08:40,562 Kerajaan menyekat kawasan ini. 161 00:08:40,645 --> 00:08:43,857 Dianggarkan lebih sejuta orang awam 162 00:08:43,940 --> 00:08:45,608 mati akibat kebuluran. 163 00:08:45,692 --> 00:08:48,445 Kadangkala saya masih terdengar suara 164 00:08:48,528 --> 00:08:51,197 orang minta bantuan, menangis untuk makanan. 165 00:08:51,281 --> 00:08:53,825 Ia bukan sesuatu yang boleh dilupakan. 166 00:08:54,451 --> 00:08:56,786 Biafra menyerah pada tahun 1970. 167 00:08:58,246 --> 00:09:00,957 Pada tahun berikutnya, Nigeria menyertai OPEC, 168 00:09:01,041 --> 00:09:03,334 sebuah gabungan negara-negara pengeluar minyak 169 00:09:03,418 --> 00:09:06,755 yang mahu mengawal semula sumber mereka. 170 00:09:07,338 --> 00:09:10,008 Pada era 70-an, mereka menggunakan kuasa, 171 00:09:10,091 --> 00:09:11,676 menaikkan harga minyak, 172 00:09:11,760 --> 00:09:15,346 sesetengah negara memboikot Amerika atas sokongan ketenteraan terhadap Israel. 173 00:09:15,430 --> 00:09:17,432 Tiba-tiba, ia menjadi krisis 174 00:09:17,515 --> 00:09:19,934 dan politik jadi kucar-kacir. 175 00:09:20,018 --> 00:09:22,270 Stesen kehabisan gasolin. 176 00:09:22,353 --> 00:09:24,481 Syarikat penerbangan mengurangkan penerbangan. 177 00:09:24,564 --> 00:09:26,399 Kilang terpaksa ditutup. 178 00:09:26,900 --> 00:09:30,737 Pada tahun 1979, ketika Iran menggulingkan Shah 179 00:09:30,820 --> 00:09:33,239 dan mengawal semula minyak mereka, 180 00:09:33,323 --> 00:09:35,700 harga melambung sekali lagi. 181 00:09:35,784 --> 00:09:38,203 Sementara ia menyukarkan pengguna minyak… 182 00:09:38,286 --> 00:09:41,790 Ia mengarut. Anda tak tahu bila ia akan tamat. 183 00:09:41,873 --> 00:09:44,542 Ia memberi faedah kepada pengeluar minyak. 184 00:09:44,626 --> 00:09:47,921 Nigeria menjadi salah satu negara paling kaya di Afrika. 185 00:09:48,505 --> 00:09:50,507 Namun selepas ledakan tahun 70-an, 186 00:09:50,590 --> 00:09:52,217 harga minyak menjunam 187 00:09:52,300 --> 00:09:54,219 dan begitu juga ekonomi Nigeria. 188 00:09:55,345 --> 00:09:57,597 Kata-kata sumpahan sumber 189 00:09:57,680 --> 00:10:01,101 ialah negara tak semestinya 190 00:10:01,184 --> 00:10:04,813 akan lebih baik kerana mereka ada banyak sumber semula jadi. 191 00:10:04,896 --> 00:10:08,233 Ia boleh menjatuhkan nilai mata wang, 192 00:10:08,316 --> 00:10:11,069 menjadikan industri lain kurang bersaing. 193 00:10:11,152 --> 00:10:14,239 Juga menyebabkan kemelut ekonomi dan korupsi. 194 00:10:14,322 --> 00:10:16,825 Sumber bukan masalahnya. 195 00:10:16,908 --> 00:10:19,244 Masalahnya ialah cara sumber itu dieksploitasi. 196 00:10:19,327 --> 00:10:22,330 Ia satu cara untuk sebuah negara mendapatkan pendapatan minyak. 197 00:10:22,413 --> 00:10:25,250 Persoalan lain, siapa dapat duit itu dan ke mana ia pergi. 198 00:10:25,333 --> 00:10:29,838 Sebahagian besar telah diambil oleh syarikat transnasional. 199 00:10:29,921 --> 00:10:31,506 Duit yang tinggal 200 00:10:31,589 --> 00:10:34,634 diperolehi Syarikat Petroleum Kebangsaan Nigeria. 201 00:10:34,717 --> 00:10:36,636 yang dimiliki oleh kerajaan 202 00:10:36,719 --> 00:10:40,682 dan juga yang menguruskan industri minyak negara. 203 00:10:40,765 --> 00:10:43,434 Jadi awak ada pengendali yang juga pengatur. 204 00:10:43,518 --> 00:10:45,270 Sejak merdeka, 205 00:10:45,353 --> 00:10:47,814 berbilion telah hilang. 206 00:10:49,607 --> 00:10:51,151 Tahap korupsi itu 207 00:10:51,234 --> 00:10:54,112 menjejaskan bukan saja ekonomi rakyat, 208 00:10:54,195 --> 00:10:56,114 bahkan sistem politik. 209 00:10:56,781 --> 00:10:58,741 Ada juga akibat lain. 210 00:10:59,534 --> 00:11:02,620 Di Delta Niger, tumpahan minyak selama lebih 50 tahun 211 00:11:02,704 --> 00:11:07,125 telah menghasilkan 27,000 batu paya minyak toksik. 212 00:11:07,834 --> 00:11:11,087 Kanak-kanak berenang dalam air diliputi minyak mentah. 213 00:11:11,171 --> 00:11:16,134 Jangka hayat adalah pada 41 tahun, mungkin antara yang terendah di dunia. 214 00:11:16,885 --> 00:11:21,055 Nelayan tidak lagi boleh meninggalkan perangkap mereka. 215 00:11:21,139 --> 00:11:23,683 Ada nelayan yang masuk ke dalam sungai 216 00:11:23,766 --> 00:11:26,769 dan bekerja keras sepanjang hari  namun tiada hasil. 217 00:11:26,853 --> 00:11:29,147 Tiada lagi malam cahaya bulan. 218 00:11:29,230 --> 00:11:31,858 Api gas yang dinyalakan oleh syarikat minyak 219 00:11:31,941 --> 00:11:34,944 membakar selama 24 jam, setiap hari. 220 00:11:35,028 --> 00:11:39,866 Selain itu, negara Nigeria ialah negara yang panas dan kering, 221 00:11:39,949 --> 00:11:43,661 menjadikan ia lebih sensitif terhadap peningkatan suhu. 222 00:11:44,829 --> 00:11:48,416 Sehingga tahun 2020, suhu purata global 223 00:11:48,499 --> 00:11:51,336 meningkat lebih daripada satu darjah celsius. 224 00:11:52,045 --> 00:11:55,632 Gelombang haba semakin kuat, lebih kerap dan lebih berbahaya. 225 00:11:55,715 --> 00:11:58,927 Ia menyebabkan taufan melanda dengan lebih buruk. 226 00:11:59,010 --> 00:12:02,180 Kebakaran liar membabitkan kawasan yang lebih besar. 227 00:12:02,972 --> 00:12:07,101 Perubahan iklim tidak disebabkan pelepasan tahunan, apa dikeluarkan, 228 00:12:07,185 --> 00:12:09,729 ia disebabkan oleh pelepasan terkumpul. 229 00:12:09,812 --> 00:12:12,482 Jadi, negara kaya menyebabkan masalah. 230 00:12:12,565 --> 00:12:16,402 Kita yang menghasilkan semua pelepasan karbon selama ini. 231 00:12:16,486 --> 00:12:20,448 Namun negara-negara sedang membangun sedang menghadapi kesannya. 232 00:12:21,032 --> 00:12:24,702 Ia telah memaksa berjuta orang untuk keluar dari rumah mereka. 233 00:12:24,786 --> 00:12:28,498 Masa semakin suntuk, dan kita tidak pasti jika ada harapan 234 00:12:28,581 --> 00:12:32,669 untuk mencari jalan keluar tanpa mengancam kemandirian manusia. 235 00:12:33,419 --> 00:12:35,922 Mangsanya? Bukan planet. Ia akan bertahan. 236 00:12:36,547 --> 00:12:37,924 Kita mangsanya. 237 00:12:38,841 --> 00:12:41,678 Dunia melepaskan kira-kira 50 bilion tan 238 00:12:41,761 --> 00:12:43,763 gas rumah hijau setahun, 239 00:12:43,846 --> 00:12:45,390 mengatasi sebelumnya. 240 00:12:45,473 --> 00:12:49,394 Pihak kerajaan bersetuju yang kita perlu mencapai sifar bersih 241 00:12:49,477 --> 00:12:50,812 menjelang tahun 2050. 242 00:12:50,895 --> 00:12:52,730 Mencapai tahap neutral karbon. 243 00:12:52,814 --> 00:12:55,358 Kita menuju sifar bersih dalam peralihan… 244 00:12:55,441 --> 00:12:57,277 Aspirasi mencapai sifar bersih. 245 00:12:57,360 --> 00:12:59,320 Mengurangkan jumlah pelepasan. 246 00:12:59,404 --> 00:13:01,406 Undang-undang bagi sifar bersih. 247 00:13:01,489 --> 00:13:05,118 Nigeria telah melancarkan rangka kerja institusi 248 00:13:05,201 --> 00:13:07,745 untuk mengurangkan pelepasan sebanyak 20 peratus. 249 00:13:07,829 --> 00:13:10,540 Isu ini bukan seperti koronavirus, 250 00:13:10,623 --> 00:13:13,626 satu vaksin untuk menangani satu virus 251 00:13:13,710 --> 00:13:15,211 dan variannya. 252 00:13:15,295 --> 00:13:19,215 Ini isu yang sangat luas yang perlukan banyak penyelesaian. 253 00:13:19,299 --> 00:13:24,095 Ia memerlukan banyak teknologi yang masih belum dibangunkan. 254 00:13:24,178 --> 00:13:26,806 Namun terdapat perubahan dramatik. 255 00:13:26,889 --> 00:13:29,559 Angin dan kuasa solar kini lebih murah daripada arang 256 00:13:29,642 --> 00:13:31,102 di banyak negara. 257 00:13:31,185 --> 00:13:33,813 Teknologi bateri semakin baik. 258 00:13:33,896 --> 00:13:37,400 Kerajaan melabur lebih banyak dalam tenaga hidro dan loji nuklear. 259 00:13:37,483 --> 00:13:40,361 Kereta elektrik semakin murah setiap tahun. 260 00:13:40,445 --> 00:13:42,322 Untuk kapal dan pesawat jarak jauh, 261 00:13:42,405 --> 00:13:45,575 jurutera sedang mengusahakan bahan api biologi dan hidrogen cecair. 262 00:13:45,658 --> 00:13:49,495 Orang juga sedang mencari penyelesaian untuk setiap bahagian pai ini. 263 00:13:49,579 --> 00:13:53,249 Matlamat sekarang bukan untuk sifar pelepasan karbon. 264 00:13:53,333 --> 00:13:58,004 Orang mensasarkan sifar bersih. 265 00:13:58,087 --> 00:14:01,924 Mereka kata, "Kami hasilkan karbon, tapi kami akan mengimbangi." 266 00:14:02,008 --> 00:14:04,385 Ia dengan memulihkan hutan, tanah basah. 267 00:14:04,469 --> 00:14:06,346 Teknik di lautan. 268 00:14:06,429 --> 00:14:08,765 Ia bantu menyerap lebih banyak karbon. 269 00:14:08,848 --> 00:14:12,560 Atau teknologi tangkapan karbon yang masih mahal. 270 00:14:13,686 --> 00:14:16,105 Itu masalah bagi banyak penyelesaian ini. 271 00:14:16,773 --> 00:14:19,859 Jadi, kerajaan cuba mengimbangi perkara ini. 272 00:14:19,942 --> 00:14:23,279 Lebih daripada 40 negara mempunyai harga karbon 273 00:14:23,363 --> 00:14:26,115 untuk membuat bahan api fosil lebih mahal. 274 00:14:26,199 --> 00:14:29,619 Sejak berdekad lalu, Amerika Syarikat beralih daripada arang 275 00:14:29,702 --> 00:14:32,663 kepada gas asli, hasil peretakan. 276 00:14:33,247 --> 00:14:37,043 Daripada pengimport minyak terbesar dunia, Amerika Syarikat 277 00:14:37,126 --> 00:14:39,921 menjadi penghasil minyak terbesar dunia. 278 00:14:40,004 --> 00:14:42,924 Loji gas asli yang dibina oleh Amerika Syarikat 279 00:14:43,007 --> 00:14:46,594 adalah pelaburan utama dalam masa depan bahan api fosil. 280 00:14:46,677 --> 00:14:50,098 Namun ia membantu negara mengurangkan jumlah pelepasan. 281 00:14:50,181 --> 00:14:54,685 Pelepasan juga berkurang di Eropah, namun tidak bagi pelepasan global. 282 00:14:55,228 --> 00:14:57,980 Melihat pelepasan meningkat kini, 283 00:14:58,064 --> 00:15:01,234 semuanya berlaku di dunia sedang membangun. 284 00:15:01,317 --> 00:15:05,405 Meski Amerika Syarikat dan Eropah bekerjasama selesaikan masalah itu, 285 00:15:05,488 --> 00:15:08,616 ia sia-sia tanpa penglibatan negara sedang membangun, 286 00:15:08,699 --> 00:15:11,994 kerana di situlah pelepasan di masa depan akan berlaku. 287 00:15:12,078 --> 00:15:14,288 Tanpa usaha mengurangkan pelepasan 288 00:15:14,372 --> 00:15:17,834 di dunia sedang membangun, kita akan terbakar. 289 00:15:17,917 --> 00:15:20,002 Sebagai rakyat Nigeria dan Afrika, 290 00:15:20,086 --> 00:15:23,923 sukar untuk melihat orang yang hidup dalam kemiskinan 291 00:15:24,006 --> 00:15:26,884 dan beritahu mereka, "Kita tunggu beberapa tahun 292 00:15:26,968 --> 00:15:30,054 sehingga kita jumpa penyelesaian terbaik." 293 00:15:30,638 --> 00:15:32,598 Kebanyakan orang muda di Afrika 294 00:15:32,682 --> 00:15:36,519 mahukan jumlah tenaga yang sama seperti orang muda di Amerika. 295 00:15:36,602 --> 00:15:38,563 Mereka mahukan peluang yang sama. 296 00:15:38,646 --> 00:15:41,023 Tenaga ialah bahan berharga 297 00:15:41,107 --> 00:15:44,026 yang menghalang orang mencapai potensi sepenuhnya. 298 00:15:44,610 --> 00:15:47,530 Walaupun Nigeria negara yang kaya bahan tenaga… 299 00:15:47,613 --> 00:15:51,451 Ia negara yang mempunyai defisit akses tenaga terbesar di dunia. 300 00:15:51,534 --> 00:15:55,037 Dengan rakyat sekitar 200 juta orang, 301 00:15:55,121 --> 00:15:57,957 hampir separuh daripadanya tiada akses elektrik. 302 00:15:58,458 --> 00:15:59,542 Bagi yang ada… 303 00:16:00,168 --> 00:16:02,879 Setiap hari pada pukul sembilan pagi, 304 00:16:02,962 --> 00:16:05,673 bekalan kuasa awam dimatikan di tempat saya. 305 00:16:05,756 --> 00:16:07,842 Ia dihidupkan semula pada 2 petang, 306 00:16:07,925 --> 00:16:10,636 dan dimatikan semula pada 8 malam. 307 00:16:11,179 --> 00:16:16,142 Kebanyakan perniagaan bergantung kepada penjana kuasa diesel untuk nyalakan lampu. 308 00:16:16,225 --> 00:16:20,354 Ada 800 juta orang di seluruh dunia tiada akses terhadap tenaga. 309 00:16:20,438 --> 00:16:24,567 Mereka tiada tenaga mencukupi untuk menjalani kehidupan yang sempurna. 310 00:16:24,650 --> 00:16:26,319 Ia bukan soal menyusahkan. 311 00:16:26,402 --> 00:16:28,988 Ia perbezaan antara hidup dan mati 312 00:16:29,071 --> 00:16:30,698 bagi ramai orang. 313 00:16:32,241 --> 00:16:36,162 Mereka perlukan elektrik dan prasekolah untuk maju seperti kita. 314 00:16:36,245 --> 00:16:38,748 Kita tahu ada cara yang lebih baik 315 00:16:38,831 --> 00:16:40,833 berbanding 200-300 tahun lalu. 316 00:16:40,917 --> 00:16:42,627 Anda tahu tentang anjakan, 317 00:16:42,710 --> 00:16:46,422 bahawa negara sedang membangun boleh menggunakan teknologi 318 00:16:46,506 --> 00:16:48,883 digunapakai negara kaya untuk jadi kaya. 319 00:16:48,966 --> 00:16:51,719 Bahan boleh diperbaharui boleh majukan mereka. 320 00:16:51,802 --> 00:16:55,056 Negara membangun menunjukkan sifat hipokrit 321 00:16:55,139 --> 00:16:57,099 apabila meminta negara 322 00:16:57,183 --> 00:17:00,019 yang tiada sumber kewangan yang banyak 323 00:17:00,102 --> 00:17:04,690 untuk membuat anjakan dan peralihan daripada sesuatu yang mereka masih buat. 324 00:17:05,358 --> 00:17:07,777 Katakan saya ada mak cik di Pulau Lagos, 325 00:17:07,860 --> 00:17:09,529 dan dia menggunakan bas awam 326 00:17:09,612 --> 00:17:12,698 dari rumah ke tempat kerja setiap hari. 327 00:17:12,782 --> 00:17:16,577 Dia menyimpan duit untuk beli kereta dua pintu, 328 00:17:16,661 --> 00:17:18,871 yang menggunakan diesel atau petrol. 329 00:17:18,955 --> 00:17:21,999 Dia kata, "Duit tak cukup beli kereta elektrik." 330 00:17:22,083 --> 00:17:26,087 Awak kata, "Naiklah bas hingga mampu beli kereta elektrik." 331 00:17:26,170 --> 00:17:29,549 Itulah rupa peralihan tenaga buat masa ini di Afrika. 332 00:17:30,007 --> 00:17:34,512 Sebelum beritahu dunia sedang membangun, "Jangan guna fosil, arang," 333 00:17:34,595 --> 00:17:36,889 ada kira-kira yang perlu dilakukan. 334 00:17:37,723 --> 00:17:40,226 Bagi Afrika untuk membuat peralihan, 335 00:17:40,309 --> 00:17:44,438 pakar kata ia memerlukan pelaburan sebanyak 70 bilion setiap tahun. 336 00:17:45,022 --> 00:17:47,733 Negara membangun patut membayar hutang iklim 337 00:17:47,817 --> 00:17:51,612 bagi eksploitasi yang dilakukan sejak bertahun-tahun. 338 00:17:52,280 --> 00:17:56,784 Mereka yang cipta masalah, bertanggungjawab melabur dalam hal ini. 339 00:17:57,952 --> 00:18:02,248 Apabila pemimpin global bertemu di Paris pada tahun 2015, mereka setuju. 340 00:18:02,832 --> 00:18:04,875 Antara isi utama Perjanjian Paris 341 00:18:04,959 --> 00:18:08,129 termasuk sesuatu yang disebut Dana Iklim Hijau, 342 00:18:08,212 --> 00:18:09,839 satu cara untuk negara kaya 343 00:18:09,922 --> 00:18:12,675 membantu peralihan negara sedang membangun. 344 00:18:12,758 --> 00:18:16,679 Mereka berikrar untuk berikan 100 bilion setahun menjelang 2020. 345 00:18:16,762 --> 00:18:18,848 Entah bila kami akan terimanya. 346 00:18:18,931 --> 00:18:20,433 Dana gagal capai sasaran, 347 00:18:21,058 --> 00:18:22,435 kurang 90 bilion dolar. 348 00:18:23,144 --> 00:18:25,563 Sesetengah negara kaya melabur berbilion 349 00:18:25,646 --> 00:18:28,274 dalam projek tenaga bersih di seluruh Afrika, 350 00:18:28,357 --> 00:18:31,736 namun mereka melabur lebih banyak dalam bahan api fosil. 351 00:18:32,320 --> 00:18:33,613 Pada tahun 2020, 352 00:18:33,696 --> 00:18:37,491 Perdana Menteri Britain berucap di persidangan Inggeris-Afrika. 353 00:18:37,575 --> 00:18:41,203 Tiada gunanya Inggeris mengurangkan jumlah arang yang dibakar, 354 00:18:41,287 --> 00:18:43,414 jika kami mempergunakan Afrika 355 00:18:43,497 --> 00:18:45,750 dan mengaut keuntungan 356 00:18:45,833 --> 00:18:50,379 dengan menggalakkan negara-negara Afrika guna dengan lebih banyak, bukan? 357 00:18:50,463 --> 00:18:53,549 Namun kemudian, 90% daripada urus niaga tenaga 358 00:18:53,633 --> 00:18:55,593 dimeterai Britain minggu itu 359 00:18:55,676 --> 00:18:57,595 adalah dalam projek bahan api. 360 00:18:58,179 --> 00:18:59,430 Corak itu berterusan. 361 00:19:00,014 --> 00:19:04,185 China telah menjadikan teknologi angin dan solar lebih murah, 362 00:19:04,268 --> 00:19:06,812 namun mereka masih melabur dalam loji arang batu. 363 00:19:06,896 --> 00:19:09,607 Baru-baru ini, Amerika Syarikat melabur 9 bilion 364 00:19:09,690 --> 00:19:11,734 bahan bakar fosil di seluruh dunia, 365 00:19:11,817 --> 00:19:14,195 kebanyakannya di sub-Sahara Afrika. 366 00:19:14,278 --> 00:19:17,990 Sementara jalan-jalan negara kaya semakin bersih, 367 00:19:18,074 --> 00:19:20,951 dengan kereta jimat bahan api atau elektrik, 368 00:19:21,035 --> 00:19:23,663 model-model lama pelahap bahan api ini 369 00:19:23,746 --> 00:19:26,207 masih bertebaran di muka bumi. 370 00:19:26,290 --> 00:19:29,251 Ia dieksport ke negara-negara seperti Nigeria, 371 00:19:29,335 --> 00:19:32,713 kerana itulah kereta yang mereka mampu gunakan. 372 00:19:32,797 --> 00:19:35,675 Afrika menjadi tempat pembuangan teknologi. 373 00:19:35,758 --> 00:19:39,261 Walaupun Nigeria pengeluar minyak terbesar di benua ini, 374 00:19:39,345 --> 00:19:42,890 beberapa kilang penapisan minyak ditutup atau tak berfungsi. 375 00:19:42,973 --> 00:19:46,227 Jadi mereka mengeksport minyak mentah mereka ke seluruh dunia 376 00:19:46,310 --> 00:19:50,231 dan mengimport kebanyakan bahan api dari Belanda dan Belgium. 377 00:19:50,815 --> 00:19:52,983 Namun bahan yang dibakar tidak sama. 378 00:19:53,067 --> 00:19:57,029 Penyiasat menemukan sampel diesel mengandungi kandungan sulfur 379 00:19:57,113 --> 00:19:59,657 204 kali ganda daripada yang dibenarkan 380 00:19:59,740 --> 00:20:01,826 mengikut piawai bahan api Eropah. 381 00:20:02,785 --> 00:20:05,746 Banyak yang dilaburkan dalam kemusnahan di dunia. 382 00:20:06,247 --> 00:20:11,043 Cabaran yang dihadapi dunia kini ialah berpindah dari sistem ketidaksamaan 383 00:20:11,127 --> 00:20:14,672 kepada sistem yang lebih adil dan saksama. 384 00:20:15,756 --> 00:20:17,425 Saya rasa bertanggungjawab 385 00:20:17,508 --> 00:20:20,553 atas faedah minyak dan gas 386 00:20:20,636 --> 00:20:23,681 juga isu-isu yang timbul termasuk perubahan iklim. 387 00:20:23,764 --> 00:20:25,099 Pada tahun 1997, 388 00:20:25,182 --> 00:20:27,184 Lord Browne membuat ucapan 389 00:20:27,268 --> 00:20:29,562 yang mengejutkan industri minyak. 390 00:20:29,645 --> 00:20:33,357 Terdapat pengaruh manusia terhadap iklim. 391 00:20:33,441 --> 00:20:35,651 Dunia minyak memberi reaksi buruk 392 00:20:35,735 --> 00:20:39,613 dan mengisytiharkan bahawa, dipetik, "saya bertukar pendirian." 393 00:20:40,114 --> 00:20:42,158 Namun kini gergasi minyak dunia 394 00:20:42,241 --> 00:20:45,619 juga mengakui yang kita perlu mencapai sifar bersih. 395 00:20:46,203 --> 00:20:49,123 Mereka nampak arah angin politik bertiup. 396 00:20:49,707 --> 00:20:52,126 Mereka mesti menyumbang penyelesaian, 397 00:20:52,209 --> 00:20:56,338 bukan berharap perkataan "maaf" boleh kekalkan kedudukan saham. 398 00:20:56,422 --> 00:20:58,299 Kebanyakan syarikat ada pilihan. 399 00:20:58,382 --> 00:21:01,886 Namun secara keseluruhannya, syarikat minyak ini memilih 400 00:21:01,969 --> 00:21:02,970 minyak. 401 00:21:03,053 --> 00:21:07,516 Sumber diperbaharu merangkumi kurang daripada 1% daripada pelaburan mereka. 402 00:21:07,600 --> 00:21:10,311 Satu laporan menganggarkan pada tahun 2030, 403 00:21:10,394 --> 00:21:12,480 kebanyakan gergasi minyak dunia 404 00:21:12,563 --> 00:21:16,525 akan mengeluarkan lebih banyak minyak berbanding hari ini. 405 00:21:17,443 --> 00:21:20,821 Sementara syarikat swasta pernah menguasai dunia minyak, 406 00:21:20,905 --> 00:21:24,617 syarikat milik kerajaan kini mengeluarkan separuh minyak dan gas dunia 407 00:21:24,700 --> 00:21:27,995 dan kebanyakan ekonomi mereka bergantung kepadanya. 408 00:21:28,496 --> 00:21:31,832 Negara yang ekonominya bergantung kepada minyak 409 00:21:31,916 --> 00:21:33,459 berdepan cabaran sebenar. 410 00:21:33,542 --> 00:21:36,378 Pengeluaran mereka lebih murah berbanding lain, 411 00:21:36,462 --> 00:21:39,089 jadi mereka mungkin jadi negara terakhir 412 00:21:39,173 --> 00:21:42,301 yang akan keluar daripada industri ini. 413 00:21:44,136 --> 00:21:47,389 Ekonomi dunia yang bernilai 88 trilion dolar 414 00:21:47,473 --> 00:21:49,600 adalah berdasarkan sistem tenaga 415 00:21:49,683 --> 00:21:52,269 dan minyak memainkan peranan utama. 416 00:21:52,853 --> 00:21:56,607 Peralihan tenaga lain ambil masa berabad. Ini sepatutnya berlaku dalam 30 tahun. 417 00:21:56,690 --> 00:21:59,860 Saya jangka minyak akan ada untuk masa yang lama, 418 00:21:59,944 --> 00:22:04,990 namun ia akan digunakan oleh orang yang terpaksa menggunakannya. 419 00:22:05,074 --> 00:22:07,368 Negara kaya yang bertanggungjawab 420 00:22:07,451 --> 00:22:09,620 melepaskan jumlah karbon tertinggi 421 00:22:09,703 --> 00:22:13,082 perlu menjadi negara pertama untuk bertindak. 422 00:22:13,165 --> 00:22:15,167 Jadi, ada isu keadilan 423 00:22:15,251 --> 00:22:18,671 dan semua orang ada di sini, namun ia tak penting. 424 00:22:18,754 --> 00:22:22,800 Kita semua perlu bekerjasama, sama ada adil atau tidak. 425 00:22:23,384 --> 00:22:26,637 Negara sedang membangun kata, "Kami mahu terlibat." 426 00:22:26,720 --> 00:22:29,557 "Kami mahu peralihan, tapi kami perlu bantuan." 427 00:22:30,516 --> 00:22:32,685 Kita tak boleh capai matlamat iklim 428 00:22:32,768 --> 00:22:35,312 jika tiada akses sejagat untuk semua. 429 00:22:35,396 --> 00:22:37,565 Kisah tenaga, perubahan iklim 430 00:22:37,648 --> 00:22:39,650 dan pembangunan mesti sama. 431 00:22:40,484 --> 00:22:43,571 30 tahun dari sekarang, dunia akan kelihatan berbeza. 432 00:22:43,654 --> 00:22:46,907 Berapa banyak akan berubah dan bagaimana perbezaannya, 433 00:22:46,991 --> 00:22:48,617 ia masih sukar dilihat. 434 00:22:49,660 --> 00:22:52,329 Kadangkala sukar bermimpi tentang masa depan 435 00:22:52,413 --> 00:22:54,123 dan cara untuk mencapainya. 436 00:22:54,665 --> 00:22:57,126 Namun sistem baharu boleh dimanfaatkan. 437 00:22:58,127 --> 00:22:59,795 Itulah harapan saya. 438 00:23:22,860 --> 00:23:27,865 Terjemahan sari kata oleh NF Ain