1 00:00:18,184 --> 00:00:19,853 - Keindahan. - Cinta. 2 00:00:19,936 --> 00:00:21,563 - Kesatuan. - Keluarga. 3 00:00:21,646 --> 00:00:24,023 - Penerimaan. - Penyertaan dan kebebasan. 4 00:00:25,775 --> 00:00:27,569 Bendera ini membawa ketakutan. 5 00:00:27,652 --> 00:00:28,987 - Benci. - Kemarahan. 6 00:00:29,070 --> 00:00:30,864 - Penghapusan. - Barbarisme. 7 00:00:30,947 --> 00:00:31,906 Propaganda. 8 00:00:33,533 --> 00:00:35,035 Rasa bangga. 9 00:00:35,118 --> 00:00:38,413 - Impian dan kebahagiaan. - Ia buat saya rasa selamat. 10 00:00:38,496 --> 00:00:40,373 - Pembahagian. - Penindasan. 11 00:00:40,457 --> 00:00:43,334 Kadangkala, saya rasa keliru dan kecewa. 12 00:00:44,169 --> 00:00:46,796 Di samping menakutkan dan memisahkan kita, 13 00:00:46,880 --> 00:00:48,548 bendera menyatukan kita. 14 00:00:48,631 --> 00:00:52,469 Ia boleh menjelaskan siapa kita dan apa yang kita mahu. 15 00:00:52,552 --> 00:00:55,972 Bendera boleh membawa erti berbeza kepada orang berbeza 16 00:00:56,056 --> 00:00:58,641 dan ia boleh jadi alat yang paling berkuasa 17 00:00:58,725 --> 00:01:01,770 dan kadangkala berbahaya kepada dunia. 18 00:01:01,853 --> 00:01:05,815 Bagaimana sepotong kain boleh menyatukan dan membahagikan kita? 19 00:01:05,899 --> 00:01:08,276 Mengapa ia sangat berkuasa? 20 00:01:13,323 --> 00:01:15,075 Saya berjanji setia kepada bendera. 21 00:01:15,158 --> 00:01:18,661 Menunjukkan keunggulannya kepada dunia, lambang patriotisme. 22 00:01:18,745 --> 00:01:21,956 Bendera menimbulkan rasa semangat dalam hati. 23 00:01:22,040 --> 00:01:23,917 Kami berjuang demi bendera itu. 24 00:01:24,000 --> 00:01:27,337 Jika bendera boleh bercakap, ia boleh menulis buku. 25 00:01:27,420 --> 00:01:29,672 Bendera itu melambangkan kebencian bagi saya. 26 00:01:31,049 --> 00:01:35,095 Menukar bendera menunjukkan perubahan sikap. 27 00:01:36,012 --> 00:01:39,474 Tak boleh dibahagikan, dengan kebebasan dan keadilan. 28 00:01:39,557 --> 00:01:43,812 BENDERA 29 00:01:46,064 --> 00:01:49,400 Salah satu keperluan asas manusia adalah rasa kepunyaan. 30 00:01:50,360 --> 00:01:53,613 Itulah sebab kita membentuk suku, puak dan agama. 31 00:01:54,531 --> 00:01:58,618 Apabila kumpulan kita berjaya, kita merasakan kejayaan itu. 32 00:01:58,701 --> 00:02:00,411 Jika menang, kita bersorak. 33 00:02:00,495 --> 00:02:04,874 Jika pasukan kita kalah, kita sendiri merasakan trauma 34 00:02:04,958 --> 00:02:07,836 yang bukan kita sendiri lalui. 35 00:02:08,920 --> 00:02:12,799 Kita gabungkan identiti peribadi dengan entiti lebih menyeluruh. 36 00:02:12,882 --> 00:02:15,426 Keseluruhan itu diwakili oleh bendera. 37 00:02:16,010 --> 00:02:19,347 Bendera adalah salah satu penanda ideologi paling kuat 38 00:02:19,430 --> 00:02:21,182 dalam himpunan budaya kita. 39 00:02:21,766 --> 00:02:24,519 Sebelum itu, bendera hanya alat. 40 00:02:24,602 --> 00:02:27,856 Masyarakat awal menggunakannya sebagai isyarat dari jauh 41 00:02:27,939 --> 00:02:30,483 bahawa pemerintah atau penceroboh akan tiba. 42 00:02:31,025 --> 00:02:34,112 Kapal menggunakannya untuk menghantar pesanan. 43 00:02:34,195 --> 00:02:36,322 Ia sangat penting dalam peperangan. 44 00:02:37,991 --> 00:02:41,661 Anda perlu tahu di mana kawan dan di mana musuh anda. 45 00:02:41,744 --> 00:02:43,830 Bendera memainkan peranan. 46 00:02:43,913 --> 00:02:47,959 Bendera awal diperbuat daripada rambut haiwan hingga logam. 47 00:02:48,042 --> 00:02:51,838 Kemudian, kira-kira 6,000 tahun lalu, China mencipta sutera. 48 00:02:51,921 --> 00:02:54,841 Ia tersebar meluas sepanjang laluan perdagangan, 49 00:02:54,924 --> 00:02:56,342 Laluan Sutera. 50 00:02:56,426 --> 00:03:00,346 Sutera digunakan untuk menghasilkan bendera paling berprestij, 51 00:03:00,430 --> 00:03:03,975 bendera raja dan bendera ketua negara. 52 00:03:04,058 --> 00:03:06,561 Kemudian, kerajaan-kerajaan ini jatuh. 53 00:03:08,438 --> 00:03:11,357 Pada abad ke-19, dua revolusi berlaku. 54 00:03:11,441 --> 00:03:13,401 Disebabkan kewujudan teknologi, 55 00:03:13,484 --> 00:03:17,197 orang ramai lebih cakna apa yang berlaku di seluruh negara. 56 00:03:17,280 --> 00:03:21,284 Pada masa yang sama, mereka mengambil alih kuasa raja dan pemerintah. 57 00:03:21,367 --> 00:03:25,288 Ia mewujudkan entiti politik baharu 58 00:03:25,371 --> 00:03:27,874 dipanggil negara bangsa. 59 00:03:27,957 --> 00:03:32,045 Tanpa raja, negara-negara ini perlu identiti baharu untuk penyatuan. 60 00:03:32,128 --> 00:03:35,965 Untuk memupuk rasa kekitaan bersama sebagai negara bangsa, 61 00:03:36,049 --> 00:03:38,176 penjenamaan ialah cara yang baik. 62 00:03:38,259 --> 00:03:41,721 Kita memerlukan sistem kepercayaan bersama, 63 00:03:41,804 --> 00:03:44,641 dan bendera merealisasikan matlamat itu. 64 00:03:45,516 --> 00:03:48,728 Penulis legenda Jerman, Goethe berkata, 65 00:03:48,811 --> 00:03:51,940 "Sebuah negara bermula dengan nama dan bendera, 66 00:03:52,023 --> 00:03:53,942 dan ia menjadi mereka, 67 00:03:54,025 --> 00:03:56,527 sama seperti manusia mendepani takdirnya." 68 00:03:57,820 --> 00:03:59,989 Saya menghargai keunggulan 69 00:04:00,073 --> 00:04:02,617 demokrasi dan masyarakat bebas. 70 00:04:03,243 --> 00:04:07,455 Saya bersedia mati untuknya. 71 00:04:07,997 --> 00:04:10,250 Apabila Nelson Mandela berkata begitu, 72 00:04:10,333 --> 00:04:13,127 empat bendera Afrika Selatan menjadi satu. 73 00:04:14,254 --> 00:04:16,881 Union Jack dan dua bendera koloni Belanda, 74 00:04:16,965 --> 00:04:19,509 berada di atas bendera Belanda. 75 00:04:19,592 --> 00:04:21,761 Ia mewakili penjajah negara. 76 00:04:21,844 --> 00:04:25,807 Ia sebuah kesatuan yang menjejaskan orang kulit Hitam. 77 00:04:25,890 --> 00:04:30,186 Undang-undang memaksa saya untuk menghadiri sekolah 78 00:04:30,270 --> 00:04:32,981 khas untuk orang kulit Hitam. 79 00:04:33,523 --> 00:04:37,568 Saya tak boleh pergi ke bandar di mana orang kulit putih tinggal. 80 00:04:38,778 --> 00:04:42,991 Saya masih ingat diberi bendera itu semasa kecil. 81 00:04:43,574 --> 00:04:47,287 Kemudian, apabila saya faham yang saya dipaksa mengibarkan 82 00:04:47,370 --> 00:04:50,289 lambang penindasan diri saya sendiri, 83 00:04:50,373 --> 00:04:53,126 ia benar-benar sesuatu yang... 84 00:04:54,544 --> 00:04:55,837 menjelekkan. 85 00:04:55,920 --> 00:04:57,880 Anda mula sedar 86 00:04:57,964 --> 00:05:00,633 sesuatu perlu berubah di sini. 87 00:05:01,217 --> 00:05:05,888 Kongres Kebangsaan Afrika atau ANC, berjuang untuk perubahan itu. 88 00:05:05,972 --> 00:05:08,599 Namun dalam satu protes pada tahun 1960, 89 00:05:08,683 --> 00:05:12,770 tembakan polis mengorbankan 69 orang penunjuk perasaan tanpa senjata, 90 00:05:12,854 --> 00:05:15,940 yang dikenali sebagai pembunuhan Sharpeville. 91 00:05:16,816 --> 00:05:19,694 Akibatnya, kerajaan mengharamkan ANC. 92 00:05:20,695 --> 00:05:24,365 Beberapa tahun kemudian, salah seorang ketua, Nelson Mandela, 93 00:05:24,449 --> 00:05:25,992 dipenjara seumur hidup. 94 00:05:27,201 --> 00:05:30,038 Mereka juga mengharamkan bendera ANC. 95 00:05:30,121 --> 00:05:34,000 Rekaan bendera itu adalah kisah yang mengembara ke seluruh dunia. 96 00:05:34,584 --> 00:05:38,671 Bermula di Etiopia, satu-satunya negara Afrika yang tak pernah dijajah 97 00:05:38,755 --> 00:05:41,424 dan negara pertama menggunakan bendera negara. 98 00:05:41,924 --> 00:05:43,843 Saban tahun, benderanya berubah, 99 00:05:43,926 --> 00:05:46,888 apabila kuasa beralih tangan daripada seorang raja, 100 00:05:48,264 --> 00:05:50,016 kepada pemerintahan komunis, 101 00:05:50,099 --> 00:05:51,476 kepada sebuah republik. 102 00:05:52,393 --> 00:05:56,189 Namun di luar Etiopia, bendera mewakili pembebasan Afrika. 103 00:05:56,731 --> 00:05:59,567 Apabila negara Afrika bebas daripada kolonialisme 104 00:05:59,650 --> 00:06:03,780 dan mencipta bendera sendiri, mereka merujuk kepada bendera Etiopia. 105 00:06:04,364 --> 00:06:07,325 Etiopia mengilhamkan satu lagi bendera. 106 00:06:08,242 --> 00:06:11,287 Pada tahun 1920-an, di dunia seberang sana, 107 00:06:11,371 --> 00:06:12,789 ini lagu yang popular. 108 00:06:12,872 --> 00:06:18,086 Setiap bangsa ada bendera Kecuali orang Hitam 109 00:06:18,836 --> 00:06:23,633 Aktivis Jamaica, Marcus Garvey, berang mendengar liriknya yang rasis, 110 00:06:23,716 --> 00:06:25,802 lalu beliau menghasilkan bendera 111 00:06:25,885 --> 00:06:28,388 yang diinspirasikan daripada Etiopia 112 00:06:28,471 --> 00:06:32,016 dengan warna kuning ditukar hitam, mewakili rakyat Afrika 113 00:06:32,100 --> 00:06:35,269 yang diperdagangkan sebagai hamba di seluruh dunia. 114 00:06:35,353 --> 00:06:38,231 Beliau menggelarnya bendera Pan-Afrika. 115 00:06:38,314 --> 00:06:42,068 "Tunjukkan saya bangsa atau negara tanpa bendera," ujarnya, 116 00:06:42,151 --> 00:06:45,446 "Saya akan tunjuk sebuah bangsa yang tiada harga diri." 117 00:06:46,447 --> 00:06:49,784 Beberapa tahun kemudian, bendera Garvey memberi ANC ilham 118 00:06:49,867 --> 00:06:51,786 untuk mencipta bendera mereka. 119 00:06:54,080 --> 00:06:55,748 Pada tahun 1990, 120 00:06:55,832 --> 00:06:59,502 Mandela dibebaskan selepas 27 tahun di dalam penjara. 121 00:07:00,711 --> 00:07:03,131 Rundingan menamatkan aparteid bermula, 122 00:07:03,214 --> 00:07:06,342 dan pilihan raya adil dan bebas yang pertama diadakan. 123 00:07:07,385 --> 00:07:09,303 Pada hari pilihan raya, 124 00:07:09,387 --> 00:07:12,181 saya dapat mengundi 125 00:07:12,265 --> 00:07:14,851 buat kali pertama dalam hidup saya. 126 00:07:16,644 --> 00:07:21,649 Ia merupakan pengalaman yang penuh emosi dan menakjubkan. 127 00:07:23,693 --> 00:07:26,404 Pada hari kami dibenarkan mengundi, 128 00:07:26,487 --> 00:07:28,823 bendera ini juga dikibarkan. 129 00:07:30,867 --> 00:07:34,787 Bendera Afrika Selatan yang baharu ialah gabungan bendera lama 130 00:07:34,871 --> 00:07:36,706 dan bendera ANC. 131 00:07:36,789 --> 00:07:38,749 Ia lambang perpaduan. 132 00:07:38,833 --> 00:07:41,544 Bendera ini menjadi satu wadah untuk saya 133 00:07:41,627 --> 00:07:44,005 dikenali dengan negara saya sendiri. 134 00:07:46,465 --> 00:07:49,677 Bendera mempunyai kuasa dalam penyatuan dan kesetiaan, 135 00:07:49,760 --> 00:07:53,139 dan bagi kerajaan, ia alat yang sangat berkuasa. 136 00:07:53,222 --> 00:07:56,267 Maka, sesetengah negara mewajibkan bendera di sekolah. 137 00:07:56,350 --> 00:08:00,146 Di lebih 60 negara, jika anda mencemar bendera kebangsaan, 138 00:08:00,229 --> 00:08:02,899 anda boleh dikenakan denda atau penjara. 139 00:08:04,358 --> 00:08:08,905 Kod tertentu juga wujud untuk memperincikan pengendaliannya. 140 00:08:08,988 --> 00:08:12,617 Tatacara penuh hormat biasanya dikhaskan untuk upacara agama. 141 00:08:16,204 --> 00:08:17,955 Ia sejenis propaganda 142 00:08:18,039 --> 00:08:21,501 yang mempromosikan sesuatu agenda. 143 00:08:21,584 --> 00:08:25,213 Tiada sesiapa lebih memahaminya berbanding Adolf Hitler. 144 00:08:25,880 --> 00:08:27,256 Juga Führer Jerman. 145 00:08:31,010 --> 00:08:35,306 Kesohoran Adolf Hitler selepas Perang Dunia Pertama 146 00:08:35,389 --> 00:08:38,309 ditambah dengan kekecewaan rakyat Jerman 147 00:08:38,392 --> 00:08:41,354 menunjukkan bahawa bendera sebagai sebuah simbol 148 00:08:41,437 --> 00:08:44,440 mampu menghimpunkan rakyat demi satu matlamat 149 00:08:44,524 --> 00:08:47,818 dan visi masa depan yang lebih baik. 150 00:08:47,902 --> 00:08:50,655 Sebelum berkuasa, Hitler berkhidmat di jabatan pendidikan 151 00:08:50,738 --> 00:08:55,785 dan propaganda tentera di mana dia belajar seni mempengaruhi orang ramai. 152 00:08:55,868 --> 00:08:58,037 Dalam autobiografinya, Mein Kampf, 153 00:08:58,120 --> 00:09:00,540 Hitler menulis, "Lambang yang menarik 154 00:09:00,623 --> 00:09:04,293 boleh menjadi faktor pencetus dalam gerakan." 155 00:09:04,377 --> 00:09:08,798 Bendera Nazi mempunyai kuasa untuk menimbulkan ketakutan, 156 00:09:08,881 --> 00:09:13,177 juga kuasa untuk memberi inspirasi kegembiraan. 157 00:09:14,262 --> 00:09:18,849 Hitler juga mencipta buku panduan jenama setebal lebih daripada 500 halaman. 158 00:09:18,975 --> 00:09:21,185 Ketetapan pertamanya sebagai Canselor 159 00:09:21,269 --> 00:09:24,939 ialah mengharamkan bendera lama dan memperkenalkan bendera Nazi. 160 00:09:25,022 --> 00:09:27,733 Orang Yahudi diharamkan untuk mengibarkannya. 161 00:09:28,401 --> 00:09:30,486 Meskipun bendera bersifat "kita", 162 00:09:31,070 --> 00:09:33,114 ia juga boleh bersifat "mereka". 163 00:09:33,197 --> 00:09:36,200 Itulah peranan bendera dalam lipatan sejarah. 164 00:09:36,284 --> 00:09:38,828 Kita maklum, negara mencetuskan peperangan 165 00:09:38,911 --> 00:09:40,788 dan perang mewujudkan negara. 166 00:09:40,871 --> 00:09:44,792 Bendera menghimpunkan rakyat untuk menyertai tentera di seluruh dunia. 167 00:09:44,875 --> 00:09:48,546 Ia menjadi lambang suci pengorbanan tentera. 168 00:09:48,629 --> 00:09:51,257 Ia sudah tentu benar tentang bendera Amerika. 169 00:09:52,508 --> 00:09:56,929 Kultus bendera Amerika muncul pada abad ke-19 170 00:09:57,013 --> 00:10:00,600 untuk menggalakkan budaya patriotisme. 171 00:10:00,683 --> 00:10:03,311 Ia negara pertama yang mempunyai 172 00:10:03,394 --> 00:10:04,854 ikrar kepada bendera, 173 00:10:04,937 --> 00:10:06,981 hari bendera, minggu bendera. 174 00:10:09,275 --> 00:10:12,111 Namun perang Vietnam menjadi titik perubahan. 175 00:10:14,572 --> 00:10:17,825 Perkembangan gerakan anti-perang menyebabkan bendera dipolitikkan, 176 00:10:17,908 --> 00:10:20,828 mewakili dua visi Amerika yang berbeza. 177 00:10:20,911 --> 00:10:22,622 Setiap pihak adalah berbeza. 178 00:10:23,789 --> 00:10:27,376 Aktivis anti-perang, Abbie Hoffman, memakai baju bendera Amerika... 179 00:10:28,586 --> 00:10:30,546 dan didakwa atas kesalahan mencemar 180 00:10:30,630 --> 00:10:32,923 di bawah undang-undang perlindungan bendera baharu. 181 00:10:33,007 --> 00:10:35,718 Sementara Presiden Nixon yang memanjangkan perang Vietnam, 182 00:10:35,801 --> 00:10:37,678 juga mula memakai bendera. 183 00:10:38,137 --> 00:10:39,513 Sebagai pin. 184 00:10:39,597 --> 00:10:42,767 Walaupun undang-undang itu dimansuhkan, perpecahan kekal 185 00:10:42,850 --> 00:10:45,186 dan Amerika berdepan ancaman baharu. 186 00:10:45,269 --> 00:10:48,939 Fidel Castro mengeksport revolusi di laman kita sendiri. 187 00:10:49,023 --> 00:10:52,026 Patriotisme berilmu adalah apa yang kita mahu. 188 00:10:52,109 --> 00:10:54,153 Mari mula dengan perkara asas. 189 00:10:54,236 --> 00:10:56,489 Lebih tumpuan kepada sejarah Amerika 190 00:10:56,572 --> 00:10:59,367 dan penekanan lebih besar kepada ritual sivik. 191 00:10:59,450 --> 00:11:02,745 Tiba-tiba, Reagan kata semua orang mesti bersikap patriotik 192 00:11:02,828 --> 00:11:07,375 dan bersikap pro-Amerika, bersemangat dengan peperangan yang akan berlaku, 193 00:11:07,458 --> 00:11:10,795 sama ada awak setuju atau tidak. Saya tak setuju. 194 00:11:10,878 --> 00:11:14,423 Saya membesar sebagai budak Hitam kelas pertengahan di South Side, Chicago. 195 00:11:14,507 --> 00:11:16,801 Chicago ialah bandar yang terasing. 196 00:11:16,884 --> 00:11:20,513 Sejak kecil apabila negara beritahu tempat awak bukan di sini, 197 00:11:20,596 --> 00:11:24,725 pengasas negara tak pernah anggap awak rakyat negara ini, 198 00:11:24,809 --> 00:11:28,354 awak tak rasa awak sebahagian daripadanya dan begitulah saya. 199 00:11:28,813 --> 00:11:30,940 Pada tahun 1988, saya buat pameran. 200 00:11:31,023 --> 00:11:33,693 Apa cara sesuai memaparkan bendera Amerika? 201 00:11:33,776 --> 00:11:36,904 Ada bendera tiga kali lima kaki di atas tanah. 202 00:11:36,987 --> 00:11:41,033 Di atas bendera ada buku nota di mana pelawat boleh tinggalkan komen. 203 00:11:41,701 --> 00:11:44,036 Berdiri di sebelahnya atau di atasnya. 204 00:11:48,416 --> 00:11:51,544 "Buat malu Amerika letakkan bendera di lantai." 205 00:11:52,169 --> 00:11:54,171 "Inilah patriotisme terunggul." 206 00:11:54,797 --> 00:11:58,551 "Awak patut dihukum kerana penderhakaan." Ada beberapa lagi. 207 00:11:58,634 --> 00:12:02,346 "Saya gadis Jerman. Jika kami orang Jerman mengagumi bendera seperti kamu semua, 208 00:12:02,430 --> 00:12:04,432 kami akan digelar Nazi lagi." 209 00:12:04,515 --> 00:12:07,852 "Saya rasa awak terlalu bermasalah dengan bendera ini." 210 00:12:07,935 --> 00:12:10,563 Beribu-ribu membantah di depan pameran Scott. 211 00:12:11,188 --> 00:12:15,651 Senat juga beri respons dan undi untuk melarang paparan bendera di lantai. 212 00:12:15,735 --> 00:12:19,071 Pada tahun itu, Kongres meluluskan Akta Perlindungan Bendera baharu, 213 00:12:19,155 --> 00:12:22,908 menjadikan perbuatan mencemar bendera sebagai jenayah di Amerika. 214 00:12:22,992 --> 00:12:26,245 Sokongan untuk Pindaan Pertama tak perlu dipanjangkan 215 00:12:26,328 --> 00:12:28,289 bagi pencemaran bendera Amerika. 216 00:12:28,372 --> 00:12:32,209 Itu lambang perpaduan negara. 217 00:12:32,293 --> 00:12:36,714 Kita perlukan perpaduan di negara ini. 218 00:12:36,797 --> 00:12:39,133 Lambang adalah penting. 219 00:12:39,884 --> 00:12:42,720 Orang Amerika yang mahu bakar bendera Amerika 220 00:12:42,803 --> 00:12:46,307 patut pertimbangkan untuk berpindah ke Iran, China atau Cuba 221 00:12:46,390 --> 00:12:50,770 di mana membakar bendera Amerika bukan saja sah, tapi digalakkan. 222 00:12:50,853 --> 00:12:54,106 Kami merasakan ini adalah empayar yang kian mati 223 00:12:54,190 --> 00:12:56,817 dan terlalu taksub dengan lambang-lambangnya, 224 00:12:56,901 --> 00:12:59,028 dan mengekang kebebasan berucap. 225 00:12:59,612 --> 00:13:01,697 Sebaik undang-undang berkuat kuasa, 226 00:13:01,781 --> 00:13:05,493 Dread dan tiga orang rakannya pergi ke Capitol Amerika, 227 00:13:05,576 --> 00:13:08,454 mengambil bendera dan membakarnya. 228 00:13:09,038 --> 00:13:12,541 Kami ditangkap serta-merta dan dihadapkan ke Mahkamah Agung. 229 00:13:12,625 --> 00:13:14,335 Rusuhan boleh tercetus. 230 00:13:14,418 --> 00:13:17,880 Apabila bendera dicemari, rakyat akan marah. 231 00:13:17,963 --> 00:13:22,301 Hakim Scalia, apabila rakyat dipaksa menghormati lambang politik, 232 00:13:22,384 --> 00:13:26,055 rasa hormat mereka terhadap bendera itu tidak bermakna. 233 00:13:26,138 --> 00:13:28,057 Ia keputusan yang penting. 234 00:13:28,140 --> 00:13:30,976 Hari ini, Mahkamah Agung memutuskan membakar bendera... 235 00:13:31,060 --> 00:13:33,687 adalah hak yang dilindungi oleh Pindaan Pertama. 236 00:13:33,771 --> 00:13:37,191 Hak perlembagaan kebebasan bersuara. Keputusannya lima mengalahkan empat. 237 00:13:37,274 --> 00:13:39,360 Pembakaran bendera berkesan, 238 00:13:39,443 --> 00:13:42,321 kerana tidak kira bahasa yang dituturkan, 239 00:13:42,404 --> 00:13:44,949 sama ada di Korea Selatan, di China, 240 00:13:45,032 --> 00:13:47,993 mereka faham bahawa ini adalah penentangan politik. 241 00:13:50,120 --> 00:13:55,793 Sejak undang-undang ditarik balik, bendera Amerika jadi lebih berkuasa. 242 00:13:55,876 --> 00:13:58,921 Dalam satu kaji selidik, enam daripada sepuluh 243 00:13:59,004 --> 00:14:02,049 rakyat Amerika mempamerkan bendera di rumah, pejabat 244 00:14:02,132 --> 00:14:03,884 atau kereta. 245 00:14:03,968 --> 00:14:06,053 Budaya patriotisme 246 00:14:06,136 --> 00:14:08,973 boleh menjadi perisai perlindungan 247 00:14:09,056 --> 00:14:12,852 terhadap musuh di dalam selimut mahupun di depan mata. 248 00:14:22,403 --> 00:14:25,489 Selepas 9/11, tiga perkara berlaku. 249 00:14:25,573 --> 00:14:26,991 Orang pergi ke gereja, 250 00:14:27,658 --> 00:14:30,411 menderma darah dan membeli bendera. 251 00:14:31,036 --> 00:14:35,875 Walmart dilaporkan menjual 116,000 bendera pada 11 September 252 00:14:35,958 --> 00:14:38,627 dan 250,000 keesokan harinya, 253 00:14:38,711 --> 00:14:42,339 lebih 20 kali ganda jumlah yang dijual pada tahun sebelumnya. 254 00:14:42,965 --> 00:14:46,886 George W. Bush dan pembantunya memakai pin bendera. 255 00:14:46,969 --> 00:14:50,431 Sementara bendera kita dikibarkan selepas 9/11, 256 00:14:50,514 --> 00:14:52,725 negara mungkin mengambil tindakan 257 00:14:52,808 --> 00:14:55,686 yang bertentangan dengan nilai 258 00:14:55,769 --> 00:14:57,771 yang dibawa oleh bendera. 259 00:14:58,689 --> 00:15:02,026 Jenayah kebencian terhadap orang Islam meningkat pada 2011, 260 00:15:02,109 --> 00:15:05,070 16 kali ganda berbanding tahun sebelumnya. 261 00:15:05,154 --> 00:15:07,990 Kulit majalah The New Yorker November tahun itu 262 00:15:08,073 --> 00:15:11,994 menggambarkan banyak bendera sebagai perisai bagi golongan minoriti 263 00:15:12,077 --> 00:15:14,914 di negara yang mempersoalkan patriotisme mereka. 264 00:15:16,081 --> 00:15:19,335 Enam tahun kemudian, senator junior dari Illinois 265 00:15:19,418 --> 00:15:21,920 mengumumkan bertanding sebagai presiden. 266 00:15:22,004 --> 00:15:24,465 Saya berdiri hari ini untuk mengumumkan 267 00:15:25,132 --> 00:15:28,177 pencalonan saya untuk presiden... 268 00:15:28,260 --> 00:15:30,471 Beliau tidak memakai pin bendera. 269 00:15:30,554 --> 00:15:31,764 Saya buat keputusan 270 00:15:31,847 --> 00:15:34,934 untuk tidak memakai pin di dada saya. 271 00:15:35,017 --> 00:15:37,478 Sebaliknya, saya beritahu rakyat Amerika 272 00:15:37,561 --> 00:15:39,772 apa yang terbaik buat negara ini. 273 00:15:39,855 --> 00:15:42,566 Harapnya, ia testimoni patriotisme saya. 274 00:15:42,650 --> 00:15:44,026 Ia tak berjalan lancar. 275 00:15:44,109 --> 00:15:48,864 Jelasnya, suatu kontroversi timbul melibatkan Senator Demokrat Barack Obama. 276 00:15:48,948 --> 00:15:53,369 Semua orang, datuk bandar, ahli Kongres hinggalah presiden memakainya. 277 00:15:53,452 --> 00:15:56,330 Ia menimbulkan tanda tanya apabila ada yang enggan. 278 00:15:56,413 --> 00:16:00,250 Saya tak faham logik liberal. Mereka benci bendera. 279 00:16:00,334 --> 00:16:03,671 Lantaran kecaman, Obama mula memakai pin bendera. 280 00:16:05,047 --> 00:16:09,802 Namun Amerika boleh memilih presiden yang tiada masalah memeluk bendera. 281 00:16:09,885 --> 00:16:11,679 Kita sayang bendera Amerika? 282 00:16:11,762 --> 00:16:14,390 Kita percaya kanak-kanak patut diajar 283 00:16:14,473 --> 00:16:18,811 untuk sentiasa menghormati bendera Amerika. 284 00:16:18,894 --> 00:16:21,021 Jika anda bakar bendera Amerika, 285 00:16:21,105 --> 00:16:23,399 anda masuk penjara selama setahun. 286 00:16:23,482 --> 00:16:24,608 Setahun. 287 00:16:25,901 --> 00:16:29,905 Trump menghasut berjuta-juta rakyat kononnya Amerika sedang diserang. 288 00:16:29,988 --> 00:16:31,115 Dari luar... 289 00:16:31,198 --> 00:16:32,199 Bina dinding itu! 290 00:16:32,282 --> 00:16:33,367 dan dalam. 291 00:16:33,450 --> 00:16:35,911 Negara kita telah dicengkam 292 00:16:35,995 --> 00:16:37,913 oleh anarkis profesional, 293 00:16:37,997 --> 00:16:41,583 puak pelampau, perampas, penjenayah, perusuh, Antifa. 294 00:16:41,667 --> 00:16:44,878 Berjuang demi Trump! 295 00:16:44,962 --> 00:16:48,007 Ia memberi inspirasi untuk mengibarkan bendera lain. 296 00:16:49,591 --> 00:16:51,802 Pada bulan Januari 2021, 297 00:16:51,885 --> 00:16:54,388 perusuh menceroboh Capitol Amerika Syarikat 298 00:16:54,471 --> 00:16:57,016 dan bendera dikibarkan di merata-rata tempat. 299 00:16:57,099 --> 00:17:01,103 Ada banyak bendera Trump dan bendera militia kanan. 300 00:17:01,186 --> 00:17:02,730 Bendera Kekistan, 301 00:17:02,813 --> 00:17:06,483 sebuah negara alternatif kanan berdasarkan bendera perang Nazi. 302 00:17:06,567 --> 00:17:10,738 Juga bendera kuning, lambang protes daripada Revolusi Amerika. 303 00:17:11,321 --> 00:17:14,366 Serta bendera Negeri-Negeri Gabungan, mewakili negeri hamba selatan 304 00:17:14,450 --> 00:17:16,994 yang cuba keluar ketika Perang Saudara. 305 00:17:17,619 --> 00:17:20,497 Namun ini bukan bendera Gabungan. 306 00:17:21,123 --> 00:17:22,207 Ini. 307 00:17:22,708 --> 00:17:25,919 Ini hanya bendera pertempuran Tentera Virginia Utara, 308 00:17:26,003 --> 00:17:27,963 namun ia muncul sebagai lambang penting 309 00:17:28,047 --> 00:17:32,009 semasa gerakan hak sivil oleh penyokong dasar segregasi, KKK, 310 00:17:32,092 --> 00:17:35,721 malah ada negeri yang mendakwa ia mewakili warisan selatan. 311 00:17:36,805 --> 00:17:39,683 Namun kegunaan berterusan oleh golongan pelampau kulit putih 312 00:17:39,767 --> 00:17:43,520 mendorong organisasi untuk mengharamkan dan menjatuhkan mereka. 313 00:17:47,941 --> 00:17:51,945 Kemudian ada perusuh yang mengibarkan bendera baharu. 314 00:17:52,029 --> 00:17:54,615 Lambang garis biru nipis 315 00:17:54,698 --> 00:17:58,160 yang dulunya digunakan ketika Perang Krimea pada abad ke-19. 316 00:17:58,243 --> 00:18:02,956 Ia bermula dengan garisan merah askar British 317 00:18:03,040 --> 00:18:05,125 yang keluar untuk menentang musuh. 318 00:18:05,209 --> 00:18:07,961 Menjelang tahun 1920-an, polis Amerika 319 00:18:08,045 --> 00:18:11,131 telah menggunakan frasa itu pada warna uniform mereka 320 00:18:11,215 --> 00:18:12,966 dan menjadikannya lambang. 321 00:18:14,259 --> 00:18:17,346 Garisan biru yang memisahkan bahagian hitam. 322 00:18:17,429 --> 00:18:20,390 Maksudnya, ia sepatutnya melindungi rakyat. 323 00:18:20,474 --> 00:18:24,019 Jika awak keluarkan pegawai-pegawai dari barisan hadapan, pasti ada kekecohan. 324 00:18:24,686 --> 00:18:27,564 Namun di luar pasukan polis, lambang ini tidak terkenal. 325 00:18:27,648 --> 00:18:30,567 KAMI TAK BOLEH BERNAFAS 326 00:18:30,651 --> 00:18:32,653 - Apa yang kita mahu? - Keadilan! 327 00:18:33,278 --> 00:18:36,448 Pada tahun 2013, gerakan Black Lives Matter bermula. 328 00:18:36,990 --> 00:18:40,494 Ada kejadian melibatkan Trayvon Martin, Michael Brown, 329 00:18:40,577 --> 00:18:43,080 Eric Garner. Satu demi satu. 330 00:18:43,163 --> 00:18:45,332 Mari kita berdiam dan berdoa. 331 00:18:45,415 --> 00:18:50,045 Saya rasa pegawai polis letih dan bosan menghiasi dada akhbar saban hari, 332 00:18:50,129 --> 00:18:52,548 menerima kecaman tak putus-putus. 333 00:18:53,132 --> 00:18:57,136 Pada tahun 2014, pegawai Rafael Ramos dan Wenjian Liu dibunuh. 334 00:18:57,219 --> 00:19:00,180 Itulah motivasi mengapa kami mewujudkan 335 00:19:00,264 --> 00:19:01,890 Blue Lives Matter NYC. 336 00:19:01,974 --> 00:19:03,892 Lambang baharu muncul. 337 00:19:03,976 --> 00:19:07,563 Garisan biru nipis digabungkan dengan bendera Amerika. 338 00:19:07,646 --> 00:19:09,898 Bagi saya, bendera Amerika garis biru 339 00:19:09,982 --> 00:19:13,402 mengingatkan mengapa awak memakai uniform setiap hari. 340 00:19:14,444 --> 00:19:17,739 Namun ada yang menggunakan bendera itu untuk tujuan lain. 341 00:19:18,407 --> 00:19:19,908 Pada tahun 2017, 342 00:19:19,992 --> 00:19:22,744 pelampau sayap kanan merancang perhimpunan 343 00:19:22,828 --> 00:19:25,747 dan mereka ada ruang sembang untuk bendera yang bakal dikibarkan. 344 00:19:26,540 --> 00:19:29,251 Seorang mencadangkan bendera The Thin Blue Line 345 00:19:29,334 --> 00:19:31,128 dan seorang lagi setuju. 346 00:19:31,211 --> 00:19:34,214 "Tiada siapa boleh dakwa mereka tak patrotik," tulisnya. 347 00:19:34,298 --> 00:19:37,259 "Malah saya boleh letak di luar rumah atau bampar 348 00:19:37,342 --> 00:19:39,678 tanpa disiasat atas jenayah kebencian." 349 00:19:40,888 --> 00:19:44,016 Pada Ogos itu, ketika berhimpun di jalanan Charlottesville, 350 00:19:44,099 --> 00:19:45,934 imej itu mengejutkan negara. 351 00:19:48,770 --> 00:19:51,440 Tindakan pelampau kulit putih menyalahgunakan bendera 352 00:19:51,523 --> 00:19:53,150 adalah amat memalukan. 353 00:19:53,233 --> 00:19:56,945 Ia sesuatu yang mengingatkan tentang seseorang yang dibunuh, 354 00:19:57,029 --> 00:20:00,616 tak patut di situ, menjadi punca kecederaan atau kerosakan. 355 00:20:00,699 --> 00:20:02,951 Ia jauh lebih teruk berbanding rasisme. 356 00:20:04,536 --> 00:20:06,496 Bukan itu pandangan semua orang. 357 00:20:07,372 --> 00:20:10,208 Saya satu-satunya pelajar kulit Hitam di sekolah. 358 00:20:10,834 --> 00:20:13,712 Bagi saya, wujudnya bendera itu di sekolah beerti 359 00:20:13,795 --> 00:20:17,633 bahawa orang tak pedulikan nyawa yang terkorban di tangan polis. 360 00:20:18,216 --> 00:20:20,385 Itu buat saya rasa takut. 361 00:20:20,469 --> 00:20:22,846 Ia buat saya rasa tak selesa. 362 00:20:22,930 --> 00:20:24,890 Saya tak mahu ke sekolah. 363 00:20:25,515 --> 00:20:28,602 Sekolah di seluruh negara mengharamkan bendera The Thin Blue Line 364 00:20:28,685 --> 00:20:31,313 termasuk sekolah Maxwell di Upstate New York. 365 00:20:31,396 --> 00:20:35,108 Pelajar lihat ia sebagai "mengancam secara semula jadi." 366 00:20:35,192 --> 00:20:38,904 Penguasa polis percaya The Thin Blue Line itu bersifat politik. 367 00:20:38,987 --> 00:20:41,823 Apa yang berlaku selepas itu ialah komuniti 368 00:20:41,907 --> 00:20:45,786 dalam masa semalaman mula mengibarkan bendera Blue Lives Matter. 369 00:20:45,869 --> 00:20:49,331 Mereka letak di laman, di tingkap kedai mereka. 370 00:20:49,414 --> 00:20:50,832 Ia mengejutkan. 371 00:20:50,916 --> 00:20:53,001 Ia di sebelah kedai. 372 00:20:53,085 --> 00:20:57,047 Saya fikir saya takkan ke tempat itu lagi. Saya... 373 00:20:58,465 --> 00:20:59,675 Maafkan saya. 374 00:21:00,842 --> 00:21:02,844 Ini menyedihkan bagi saya. 375 00:21:03,595 --> 00:21:04,930 Sangat menyedihkan. 376 00:21:06,056 --> 00:21:09,351 Kami sokong pegawai yang terkorban, sokong polis. 377 00:21:09,434 --> 00:21:12,688 Namun ini yang saya dengar seumur hidup saya. 378 00:21:12,771 --> 00:21:17,234 "Bendera Gabungan tak bermaksud begitu." "Sekolah berasingan tak mengapa." 379 00:21:17,734 --> 00:21:19,152 Rasisme takkan hilang. 380 00:21:19,236 --> 00:21:21,571 Perlu menyesuaikan diri pada zaman ini. 381 00:21:21,655 --> 00:21:23,907 Dengan sesuatu seperti bendera, 382 00:21:23,991 --> 00:21:26,994 orang tak fikirkan makna pelbagai tahap. 383 00:21:27,077 --> 00:21:29,663 Mereka kata, "Ia bermaksud apa yang dimaksudkan." 384 00:21:29,746 --> 00:21:31,957 Kita patut fikir tentang bendera, 385 00:21:32,040 --> 00:21:34,876 bagaimana ia mencetuskan reaksi rakyat. 386 00:21:34,960 --> 00:21:40,382 Bendera ialah barometer yang menunjukkan di mana kita sebagai masyarakat. 387 00:21:40,465 --> 00:21:45,303 Apabila asas-asas demokrasi negara kita diserang, 388 00:21:45,387 --> 00:21:48,098 rakyat berdiri di sebalik lambang mereka. 389 00:21:49,016 --> 00:21:54,104 Apa yang mengejutkan ialah mengetahui lambang yang berada di hadapan rakyat. 390 00:21:54,855 --> 00:21:58,150 Di Afrika Selatan, ramai mengatakan perkara yang sama. 391 00:21:58,692 --> 00:22:01,028 Ada demonstrasi 392 00:22:01,111 --> 00:22:04,990 oleh pergerakan sayap kanan putih 393 00:22:05,073 --> 00:22:08,327 di mana bendera lama dikibarkan. 394 00:22:08,410 --> 00:22:10,245 Ia mencetuskan debat kebangsaan 395 00:22:10,329 --> 00:22:13,165 dan pada tahun 2019, ia menjadi kes mahkamah bersejarah. 396 00:22:13,248 --> 00:22:16,877 Yayasan Nelson Mandela telah meminta mahkamah mengharamkannya, 397 00:22:16,960 --> 00:22:20,005 mendakwa ia lambang kebencian dan diskriminasi kaum. 398 00:22:20,088 --> 00:22:24,301 Sukar untuk diterima bahawa bendera melambangkan ucapan kebencian. 399 00:22:24,384 --> 00:22:25,802 Namun akhirnya, 400 00:22:25,886 --> 00:22:28,221 keputusan Hakim Mojapelo jelas. 401 00:22:28,305 --> 00:22:31,600 Mana-mana paparan bendera lama 402 00:22:31,683 --> 00:22:33,685 dikira sebagai ucapan kebencian 403 00:22:33,769 --> 00:22:36,313 berdasarkan seksyen 10(1) 404 00:22:36,396 --> 00:22:38,065 Akta Kesamaan. 405 00:22:38,148 --> 00:22:40,442 Anak-anak kita boleh melawat muzium, 406 00:22:40,525 --> 00:22:43,236 belajar dan melihat bendera itu. 407 00:22:43,320 --> 00:22:46,907 Namun ia tak perlu dikibarkan di hadapan 408 00:22:46,990 --> 00:22:49,368 orang yang mungkin tidak menyenanginya. 409 00:22:52,287 --> 00:22:55,707 Bendera bukan sekadar sehelai kain yang tiada makna. 410 00:22:55,791 --> 00:22:58,335 Ia mencerminkan nilai kita. 411 00:22:58,418 --> 00:23:01,505 Ia mencerminkan aspirasi kita. 412 00:23:01,588 --> 00:23:03,298 Pada tahun 1995, 413 00:23:03,381 --> 00:23:06,468 Afrika Selatan menjadi tuan rumah Piala Dunia Ragbi. 414 00:23:06,551 --> 00:23:08,470 Ia acara sukan utama pertama 415 00:23:08,553 --> 00:23:11,264 di negara ini sejak tamatnya aparteid. 416 00:23:12,349 --> 00:23:14,142 Lebih menakjubkan, 417 00:23:14,226 --> 00:23:15,811 Afrika Selatan menang. 418 00:23:17,687 --> 00:23:21,566 Para pengulas juga tahu ia bukan sekadar perlawanan. 419 00:23:21,650 --> 00:23:24,945 Detik yang indah bagi seluruh Afrika Selatan. 420 00:23:25,779 --> 00:23:28,782 Nelson Mandela juga turut bersorak. 421 00:23:29,658 --> 00:23:31,034 Lautan bendera. 422 00:23:31,118 --> 00:23:35,288 Bersama bidang sukan yang dipelopori pasukan kulit putih, 423 00:23:35,372 --> 00:23:38,041 Nelson Mandela berjalan ke padang itu 424 00:23:38,125 --> 00:23:40,502 dan berkata di bawah kibaran bendera, 425 00:23:40,585 --> 00:23:42,462 kita semua boleh bersatu. 426 00:23:43,213 --> 00:23:45,340 Juga merangkumi semua 427 00:23:45,424 --> 00:23:48,343 sebagaimana bendera itu menyeru kita. 428 00:23:50,595 --> 00:23:53,056 Bendera itu ialah skrin kosong, 429 00:23:53,140 --> 00:23:55,308 yang semua orang boleh tunjukkan 430 00:23:55,392 --> 00:23:58,437 cita-cita, harapan dan ketakutan mereka. 431 00:23:58,520 --> 00:24:00,397 Milik siapa patriotisme itu? 432 00:24:00,480 --> 00:24:02,983 Siapa yang bercakap untuk negara? 433 00:24:03,066 --> 00:24:08,280 Siapa yang menentukan identiti kita dan dengan apa kita dikenali? 434 00:24:08,363 --> 00:24:10,073 Jalan siapa? Jalan kami! 435 00:24:10,157 --> 00:24:14,536 Kita menjadi masyarakat sama rata bukan dalam tempoh semalaman. 436 00:24:15,579 --> 00:24:19,457 Kita berkembang mengikut apa yang dilambangkan oleh bendera. 437 00:24:49,321 --> 00:24:54,326 Terjemahan sari kata oleh Nur Fatehatul Ain