1 00:00:06,005 --> 00:00:07,507 ALKISAH 2 00:00:07,590 --> 00:00:12,095 Pada suatu masa dahulu, dunia diperintah oleh raja dan ratu. 3 00:00:12,721 --> 00:00:16,057 Dalam semua lapisan masyarakat, kedudukan mereka teratas, 4 00:00:16,141 --> 00:00:19,185 mendakwa kuasa mutlak mereka datang daripada Tuhan. 5 00:00:19,269 --> 00:00:21,688 Ia kekal begitu untuk beribu tahun. 6 00:00:22,605 --> 00:00:27,444 Namun pada tahun 1600-an, idea radikal tersebar dalam kalangan orang ramai. 7 00:00:27,527 --> 00:00:29,779 Andai semua orang dilahirkan sama 8 00:00:29,863 --> 00:00:33,366 dan orang berhak memilih siapa yang memerintah mereka? 9 00:00:33,450 --> 00:00:35,577 Ini adalah revolusi pemikiran, 10 00:00:35,660 --> 00:00:38,329 yang mengubah monarki di atas mereka 11 00:00:38,413 --> 00:00:41,207 dan mengilhamkan revolusi sebenar. 12 00:00:41,291 --> 00:00:45,587 Dunia berubah daripada pemerintahan beraja kepada ini. 13 00:00:46,254 --> 00:00:50,341 Hanya tinggal 43 monarki dengan kuasa tertentu. 14 00:00:50,425 --> 00:00:52,761 Ada yang masih berkuasa mutlak. 15 00:00:52,844 --> 00:00:55,513 Fungsi mereka berbeza, namun bagi setiap raja, 16 00:00:55,597 --> 00:00:57,432 tiada ratu berkuasa mutlak 17 00:00:57,515 --> 00:01:02,228 yang boleh buat keputusan bagi rakyat dan rakyat tak boleh menyingkirkan mereka. 18 00:01:02,312 --> 00:01:05,023 Begitulah sistem monarki secara tradisinya. 19 00:01:05,106 --> 00:01:08,610 Monarki yang lebih baharu, ganjil, berada di sini. 20 00:01:08,693 --> 00:01:10,945 Ada yang mempunyai perlindungan khas, 21 00:01:11,029 --> 00:01:14,824 namun semuanya pemerintah demokrasi secara simbolik. 22 00:01:14,908 --> 00:01:16,451 Tak lama dulu, 23 00:01:16,534 --> 00:01:19,621 kuasa pemerintahan mereka tidak dipersoalkan. 24 00:01:19,704 --> 00:01:21,873 Begitulah fungsi mereka wujud. 25 00:01:21,956 --> 00:01:23,833 Kebanyakannya negara Eropah 26 00:01:23,917 --> 00:01:27,086 atau bekas jajahan British, umpamanya Jamaica. 27 00:01:27,170 --> 00:01:30,423 Memiliki Ratu England sebagai ketua negara Jamaica 28 00:01:30,507 --> 00:01:33,635 sangatlah mengarut pada abad ke-21. 29 00:01:33,718 --> 00:01:35,929 Kami merupakan negara pasca kolonial, 30 00:01:36,012 --> 00:01:39,057 namun kami terikat dengan empayar vestij ini. 31 00:01:39,140 --> 00:01:41,518 Ratu sebagai ketua negara perlu tamat. 32 00:01:42,685 --> 00:01:45,772 Namun di Britain, kebanyakan orang menyokong monarki. 33 00:01:45,855 --> 00:01:49,234 Malah, setiap monarki istiadat kecuali satu 34 00:01:49,317 --> 00:01:52,112 dapat sokongan majoriti di negara asal mereka. 35 00:01:53,196 --> 00:01:56,533 Sebahagiannya kerana menjual kisah dongeng mereka. 36 00:01:56,616 --> 00:01:58,785 Kita membesar dengan cerita dongeng. 37 00:01:58,868 --> 00:02:02,330 Mencium katak dan katak bertukar menjadi putera. 38 00:02:02,413 --> 00:02:06,251 Ramai antara kita membesar dengan kisah begitu. 39 00:02:06,334 --> 00:02:09,504 Detik dongeng ini, majlis perkahwinan besar-besaran, 40 00:02:09,587 --> 00:02:11,506 paparan yang menakjubkan begini. 41 00:02:11,589 --> 00:02:13,883 Hal begini cuma angan-angan rakyat. 42 00:02:13,967 --> 00:02:16,970 Ia seperti filem Disney yang dipersonafikasikan. 43 00:02:17,512 --> 00:02:20,849 Fantasi ini disempurnakan oleh keluarga diraja British, 44 00:02:20,932 --> 00:02:25,186 memaparkan bagaimana sebahagian besar keluarga diraja di mana-mana hidup. 45 00:02:26,020 --> 00:02:29,983 Matlamat utama keluarga diraja adalah untuk hidup. 46 00:02:30,066 --> 00:02:31,985 Sebagai institusi elit, 47 00:02:32,068 --> 00:02:35,113 kebimbangan utama mereka ialah kesinambungan. 48 00:02:35,196 --> 00:02:37,740 Jadi, bagaimana mereka mengubahnya 49 00:02:37,824 --> 00:02:40,243 daripada pemerintah mutlak 50 00:02:40,326 --> 00:02:42,745 kepada selebriti dongeng? 51 00:02:42,829 --> 00:02:45,498 Berapa lama fantasi itu boleh bertahan? 52 00:02:47,208 --> 00:02:49,919 Permaisuri dipakaikan persalinan diraja. 53 00:02:51,754 --> 00:02:55,216 Rakyat Jepun memanggil baginda Tuhan Maharaja. 54 00:02:55,300 --> 00:02:59,304 Sejauh mana Britain mampu bertahan dengan struktur lemah ini 55 00:02:59,387 --> 00:03:02,098 pada penghujung peperangan amat penting untuk masa depan. 56 00:03:02,682 --> 00:03:05,935 Berpuluh ribu berbaris untuk melihat pasangan diraja. 57 00:03:06,644 --> 00:03:09,939 Ini adalah satu-satunya perkahwinan dongeng diraja. 58 00:03:12,066 --> 00:03:16,154 Hati kita memegang rasa hormat dan sayang terhadap keluarga diraja. 59 00:03:16,237 --> 00:03:18,364 Kebahagiaan mereka kebahagiaan kita. 60 00:03:20,700 --> 00:03:24,412 KERABAT DIRAJA 61 00:03:25,747 --> 00:03:28,958 Monarki istiadat ini sangat menarik untuk dilihat. 62 00:03:29,042 --> 00:03:32,962 Mereka ada istiadat diraja yang sama daripada raja dan ratu lama. 63 00:03:33,046 --> 00:03:36,633 Mahkota, takhta, istana. 64 00:03:36,716 --> 00:03:39,052 Namun mereka tak berkuasa. 65 00:03:39,135 --> 00:03:42,180 Monarki yang paling terkenal di dunia sekalipun, 66 00:03:42,263 --> 00:03:44,474 Ratu Elizabeth II Britain, 67 00:03:44,557 --> 00:03:46,017 hanya boneka. 68 00:03:46,601 --> 00:03:49,228 Baginda tiada apa-apa kuasa politik. 69 00:03:49,312 --> 00:03:52,148 Baginda tidak menggubal undang-undang. 70 00:03:52,232 --> 00:03:54,525 Baginda tidak boleh mempengaruhi 71 00:03:54,609 --> 00:03:58,112 polisi ahli politik yang berbeza atau parti politik. 72 00:03:58,196 --> 00:04:00,907 Sebaliknya, mereka menjalankan tugas simbolik 73 00:04:00,990 --> 00:04:03,701 seperti membuka Parlimen dengan ucapan, 74 00:04:04,535 --> 00:04:07,830 menjadi tuan rumah raja-raja dan presiden dari seluruh dunia, 75 00:04:08,373 --> 00:04:10,583 dan berdiri di balkoni 76 00:04:10,667 --> 00:04:12,627 dan melambai. 77 00:04:12,710 --> 00:04:15,672 Mereka suka buat begitu. 78 00:04:15,755 --> 00:04:17,757 KELUARGA DIRAJA SEPANYOL 79 00:04:17,840 --> 00:04:22,095 Tidak memiliki kuasa politik bermakna anda tak suka berbalah, 80 00:04:22,178 --> 00:04:26,641 anda tak boleh buat keputusan yang tak dipersetujui oleh orang awam. 81 00:04:26,724 --> 00:04:30,937 Menjadi adil adalah penting untuk monarki perlembagaan moden. 82 00:04:31,020 --> 00:04:34,983 Saya suka mereka bebas politik dan tak berpihak kepada sesiapa. 83 00:04:35,066 --> 00:04:37,860 Memiliki seseorang yang neutral 84 00:04:37,944 --> 00:04:39,821 terhadap hal remeh politik 85 00:04:39,904 --> 00:04:41,572 takkan dapat dicapai 86 00:04:41,656 --> 00:04:44,575 jika boneka itu, ketua negara, 87 00:04:44,659 --> 00:04:46,119 telah dipilih. 88 00:04:46,202 --> 00:04:49,956 Mereka juga ada kuasa hebat untuk menyatukan sebuah negara. 89 00:04:50,039 --> 00:04:53,376 Lihat saja ketika pandemik baru-baru ini, 90 00:04:53,459 --> 00:04:56,838 bagaimana ratu dapat menyatukan negara. 91 00:04:56,921 --> 00:05:01,676 Kita patut bertenang kerana walaupun cabaran masih banyak, 92 00:05:01,759 --> 00:05:03,594 hari lebih baik akan kembali. 93 00:05:03,678 --> 00:05:06,556 Ia juga boleh memberi kesinambungan yang selesa, 94 00:05:06,639 --> 00:05:10,727 melihat individu yang sama selama bertahun-tahun dan dekad. 95 00:05:11,394 --> 00:05:14,147 Juga keluarga yang sama selama berabad-abad. 96 00:05:14,230 --> 00:05:15,815 BAB DUA KETURUNAN 97 00:05:18,901 --> 00:05:22,113 MAHARAJA YANG AMAT MULIA ARCHDUKE AUSTRIA 98 00:05:22,196 --> 00:05:25,366 Itu moyang saya, 99 00:05:25,450 --> 00:05:28,661 Maharaja Franz Joseph dari Austria. 100 00:05:30,455 --> 00:05:34,083 Maharaja Franz Joseph ialah raja paling lama memerintah 101 00:05:34,167 --> 00:05:36,294 di Eropah ketika itu. 102 00:05:37,045 --> 00:05:40,173 Baginda mewakili garisan utama Habsburg. 103 00:05:40,256 --> 00:05:44,302 Habsburg adalah salah satu dinasti diraja Eropah tertua. 104 00:05:44,385 --> 00:05:48,306 Nenek moyang Géza memerintah lebih daripada 600 tahun. 105 00:05:49,390 --> 00:05:52,310 Hari ini, baginda menetap di Bronxville, New York. 106 00:05:53,186 --> 00:05:57,148 Di Amerika Syarikat, beta cuma orang biasa, 107 00:05:57,231 --> 00:06:00,234 namun di Eropah, kebanyakan daripada mereka 108 00:06:00,318 --> 00:06:04,697 berketurunan keluarga Habsburg masih dianggap golongan istimewa. 109 00:06:05,406 --> 00:06:08,076 Keluarga Habsburg lain tidak bernasib baik. 110 00:06:08,159 --> 00:06:11,996 Satu cabang keluarga yang berpisah pada abad ke-16, 111 00:06:12,080 --> 00:06:16,042 sangat bimbang untuk mengekalkan kuasa dalam keturunan mereka, 112 00:06:16,125 --> 00:06:19,629 lalu mereka berkahwin sesama mereka. Sangat ramai. 113 00:06:19,712 --> 00:06:22,548 Sesama sepupu, pak cik dan anak saudara, 114 00:06:22,632 --> 00:06:24,217 dan lebih ramai sepupu, 115 00:06:24,300 --> 00:06:27,095 dengan hasil yang tidak baik. 116 00:06:27,178 --> 00:06:30,807 Seperti garisan rahang tersembul Habsburg. 117 00:06:30,890 --> 00:06:32,725 Ia kelihatan sangat cacat, 118 00:06:32,809 --> 00:06:36,354 pelukis dan pengukir cuba mengurangkan 119 00:06:36,437 --> 00:06:38,815 rupa bentuk kecacatan ini. 120 00:06:38,898 --> 00:06:41,359 Disebabkan hubungan sumbang mahram ini, 121 00:06:41,442 --> 00:06:43,069 pada tahun 1700, 122 00:06:43,152 --> 00:06:45,780 kerana tiada lagi anak dilahirkan, 123 00:06:45,863 --> 00:06:47,907 keturunan diraja Sepanyol putus. 124 00:06:48,825 --> 00:06:52,912 Bagi Géza, rahmat terbesar dengan tidak menjadi raja memerintah, 125 00:06:52,995 --> 00:06:55,498 dia bebas berkahwin dengan pilihannya. 126 00:06:55,581 --> 00:06:58,668 Saya sangat bertuah 127 00:06:58,751 --> 00:07:02,088 kerana tak perlu mengahwini seorang kerabat diraja. 128 00:07:02,171 --> 00:07:04,924 Saya ada isteri yang paling hebat, 129 00:07:05,007 --> 00:07:09,470 yang mempunyai minat yang sama seperti saya. 130 00:07:09,554 --> 00:07:12,181 Saya memang lelaki yang bertuah. 131 00:07:12,849 --> 00:07:15,935 Kebanyakan kerabat tidak lagi ikut peraturan mereka. 132 00:07:16,018 --> 00:07:18,521 Ratu Elizabeth menikahi sepupu ketiganya. 133 00:07:18,604 --> 00:07:20,940 Keduanya berketurunan Ratu Victoria. 134 00:07:21,023 --> 00:07:24,819 Namun cucu baginda lebih bebas memilih pasangan masing-masing. 135 00:07:25,319 --> 00:07:28,823 Di hampir separuh negara dengan kerabat istiadat, 136 00:07:28,906 --> 00:07:31,701 raja seterusnya boleh jadi ratu. 137 00:07:31,784 --> 00:07:34,787 Pemodenan menjadi kunci kelestarian mereka. 138 00:07:35,955 --> 00:07:42,879 Monarki Jepun adalah keturunan paling lama dan berterusan di dunia. 139 00:07:43,379 --> 00:07:47,800 Maharaja sekarang ialah maharaja ke-126 Jepun. 140 00:07:48,384 --> 00:07:51,679 Maharani Masako berdepan tekanan yang hebat 141 00:07:51,762 --> 00:07:53,764 untuk melahirkan waris ke-127. 142 00:07:54,640 --> 00:07:57,393 Jadi, baginda menarik diri dari pandangan umum. 143 00:07:58,477 --> 00:08:01,689 Apabila baginda akhirnya melahirkan anak perempuan 144 00:08:01,772 --> 00:08:04,525 dan anak perempuan tidak boleh menaiki takhta. 145 00:08:05,067 --> 00:08:07,361 Walaupun baginda anak maharaja, 146 00:08:07,445 --> 00:08:09,780 masa depan dinasti beralaf lamanya ini 147 00:08:09,864 --> 00:08:12,617 terletak di bahu kanak-kanak ini. 148 00:08:12,700 --> 00:08:13,951 Sepupu lelakinya. 149 00:08:14,035 --> 00:08:18,831 Cabaran besar untuk Jepun ialah isu pewaris takhta. 150 00:08:18,915 --> 00:08:22,251 Kedudukan diraja mereka berisiko untuk lenyap. 151 00:08:22,335 --> 00:08:23,920 Dalam setiap monarki, 152 00:08:24,003 --> 00:08:26,130 peraturan asas tidak berubah. 153 00:08:26,214 --> 00:08:28,216 Kuasa diwariskan. 154 00:08:28,799 --> 00:08:30,718 Begitu juga dengan duit. 155 00:08:30,801 --> 00:08:32,595 BAB TIGA KEKAYAAN 156 00:08:38,518 --> 00:08:41,354 Kebanyakan monarki dibiayai pembayar cukai. 157 00:08:41,437 --> 00:08:43,523 Setiap negara berbeza pengiraannya, 158 00:08:43,606 --> 00:08:47,068 namun tiada yang mengatasi keluarga diraja British. 159 00:08:48,069 --> 00:08:50,404 Ada yang percaya pelaburan ini berbaloi 160 00:08:50,488 --> 00:08:53,282 kerana ia menjana banyak hasil pelancongan. 161 00:08:53,366 --> 00:08:57,870 Dengan anggaran lebih 700 juta dolar setiap tahun. 162 00:08:57,954 --> 00:09:00,248 Namun itu sukar untuk dihitung. 163 00:09:00,831 --> 00:09:04,585 Istana Buckingham menerima kira-kira 15 juta pelawat setahun, 164 00:09:05,169 --> 00:09:07,964 Istana Versailles menerima sepuluh juta orang 165 00:09:08,047 --> 00:09:11,676 dan Perancis sudah lama tiada keluarga diraja. 166 00:09:13,177 --> 00:09:16,514 Monarki British bukan hanya bergantung kepada wang cukai. 167 00:09:17,515 --> 00:09:20,017 Mereka memiliki hartanah yang menakjubkan 168 00:09:20,101 --> 00:09:22,019 yang dibeli dengan dana awam. 169 00:09:22,103 --> 00:09:24,355 Koleksi mewah. 170 00:09:25,022 --> 00:09:27,525 Pelaburan lain yang kita tak tahu, 171 00:09:28,067 --> 00:09:30,611 melainkan sekilas pandang pada tahun 2017. 172 00:09:30,695 --> 00:09:32,947 Kebocoran data terbesar dalam sejarah. 173 00:09:33,030 --> 00:09:36,450 Berjuta dokumen bocor mendedahkan betapa berkuasa dan kaya, 174 00:09:36,534 --> 00:09:40,788 termasuk ratu, melabur wang secara sulit di tempat perlindungan cukai. 175 00:09:40,871 --> 00:09:44,292 Lebih kurang sepuluh juta paun daripada harta peribadi ratu 176 00:09:44,375 --> 00:09:46,419 disimpan dalam dana di Bermuda. 177 00:09:46,502 --> 00:09:49,839 Perkara menarik bagi seorang sejarawan seperti saya 178 00:09:49,922 --> 00:09:54,427 ialah betapa sulitnya rekod kewangan diraja. 179 00:09:54,510 --> 00:09:58,848 Kita tak tahu apa mereka miliki. Kita tak tahu di mana duit itu. 180 00:09:59,557 --> 00:10:02,143 Namun kita tahu banyak modal permulaan 181 00:10:02,226 --> 00:10:06,606 datang daripada rakyat, ketika mereka memerintah dengan kuasa mutlak. 182 00:10:07,189 --> 00:10:09,734 Rakyat kelas bawahan perlu membayar cukai 183 00:10:09,817 --> 00:10:14,280 sebagai balasan untuk bantuan, tanah, perlindungan atau tiada pulangan. 184 00:10:14,363 --> 00:10:17,992 Kemahuan kerabat diraja dipenuhi. Lisan mereka undang-undang. 185 00:10:18,075 --> 00:10:21,120 Mereka gunakan wang itu untuk membina istana. 186 00:10:21,203 --> 00:10:26,167 Di Jepun dan Britain, istana mereka masih kekal didiami. 187 00:10:26,792 --> 00:10:29,629 Mereka juga membelanjakan wang itu untuk perang. 188 00:10:29,712 --> 00:10:31,839 Semakin banyak tempat ditakluki, 189 00:10:31,922 --> 00:10:36,260 semakin ramai rakyat kelas rendah dan kekayaan boleh dibolot mereka 190 00:10:36,344 --> 00:10:39,347 demi meraih lebih penaklukan dan lebih ramai rakyat. 191 00:10:39,430 --> 00:10:41,349 Begitulah seterusnya. 192 00:10:41,432 --> 00:10:44,518 Lalu wujud satu lagi lapisan di bawah piramid ini. 193 00:10:45,144 --> 00:10:46,312 Hamba abdi. 194 00:10:47,480 --> 00:10:49,231 Pada abad ke-15, 195 00:10:49,315 --> 00:10:53,402 kuasa Eropah mula menakluki tanah dan orang luar negara, 196 00:10:53,486 --> 00:10:56,697 lalu seluruh dunia dikuasai pemerintahan diraja Eropah. 197 00:10:57,365 --> 00:11:00,576 Jepun menurut langkah sama dengan menyerang jirannya 198 00:11:00,660 --> 00:11:02,703 dan membina empayarnya sendiri. 199 00:11:03,746 --> 00:11:07,792 Namun Empayar British merupakan empayar terbesar pernah disaksikan. 200 00:11:07,875 --> 00:11:10,002 Pada 1655, mereka menyerang Jamaica 201 00:11:10,086 --> 00:11:13,255 dan jadikannya permata terbaharu dalam empayar mereka. 202 00:11:13,839 --> 00:11:16,675 Mereka menubuhkan Syarikat Diraja Afrika, 203 00:11:16,759 --> 00:11:21,097 yang akan menghantar lebih ramai hamba Afrika ke Amerika 204 00:11:21,180 --> 00:11:24,558 berbanding institusi lain. 205 00:11:25,142 --> 00:11:28,479 Bermula dengan Charles II, sehinggalah Raja William III, 206 00:11:28,562 --> 00:11:32,650 keluarga diraja Britain memonopoli perdagangan hamba. 207 00:11:33,150 --> 00:11:35,986 Mereka kaut keuntungan dengan penculikan manusia, 208 00:11:36,070 --> 00:11:38,406 hantar mereka ke seluruh dunia 209 00:11:38,489 --> 00:11:41,867 dan jual hamba kepada pemilik ladang sebagai buruh bebas. 210 00:11:42,410 --> 00:11:47,623 Kolonialisme dan perhambaan berkait rapat dengan monarki. 211 00:11:47,707 --> 00:11:52,169 Sejenis ideologi penaklukan rasis. 212 00:11:52,253 --> 00:11:54,296 Seluruh perniagaan empayar 213 00:11:54,380 --> 00:11:57,717 berteraskan usaha mengumpulkan rakyat di seluruh dunia. 214 00:11:58,551 --> 00:12:02,680 Di bawah William III, Syarikat Diraja Afrika hilang kuasa monopoli. 215 00:12:03,180 --> 00:12:06,851 Keluarga diraja ialah pelabur awal dalam perdagangan hamba, 216 00:12:06,934 --> 00:12:09,603 namun berkembang menjadi industri terbesar Britain, 217 00:12:09,687 --> 00:12:12,648 memperdagangkan hampir tiga juta orang 218 00:12:13,649 --> 00:12:16,736 dan mengkayakan golongan yang terlibat. 219 00:12:16,819 --> 00:12:19,071 Duit menjadi semakin banyak. 220 00:12:19,155 --> 00:12:21,782 Satu kajian menganggarkan Britain berhutang dengan Jamaica 221 00:12:21,866 --> 00:12:24,869 duit pampasan sekurang-kurangnya tiga trilion dolar 222 00:12:24,952 --> 00:12:27,037 kebanyakannya kerana buruh hamba. 223 00:12:27,830 --> 00:12:31,584 Untuk seluruh Caribbean, nilai pampasannya 9.7 trilion dolar. 224 00:12:32,168 --> 00:12:35,087 Ikut jejak duit dan anda boleh lihat berapa banyak 225 00:12:35,171 --> 00:12:39,091 Empayar British meraih keuntungan daripada koloni di seluruh dunia. 226 00:12:39,175 --> 00:12:42,762 Kita mesti sedar ketidakadilan berat telah berlaku 227 00:12:42,845 --> 00:12:46,515 dan legasi ketidakadilan itu kekal. 228 00:12:46,599 --> 00:12:51,145 Kekayaan Britain dijana melalui perhambaan. 229 00:12:51,228 --> 00:12:54,607 Pemerdagangan hamba berakhir pada awal tahun 1800-an, 230 00:12:54,690 --> 00:12:58,694 namun empayar dunia kekal teguh sehingga abad seterusnya. 231 00:12:59,945 --> 00:13:02,948 Peperangan benua menjadi peperangan Eropah. 232 00:13:04,033 --> 00:13:06,994 Kejutan hebat abad ke-20, 233 00:13:07,077 --> 00:13:09,914 Perang Dunia Pertama, Perang Dunia Kedua. 234 00:13:09,997 --> 00:13:12,750 Peristiwa ini membawa kepada revolusi. 235 00:13:12,833 --> 00:13:14,877 Serata monarki lumpuh. 236 00:13:15,753 --> 00:13:17,630 Kami lari dari Hungary, 237 00:13:17,713 --> 00:13:19,381 meninggalkan segalanya, 238 00:13:19,465 --> 00:13:22,968 dan kami hidup pada tahun-tahun seterusnya 239 00:13:23,052 --> 00:13:25,471 sebagai pelarian. 240 00:13:25,554 --> 00:13:28,057 Jepun kalah pada Perang Dunia Kedua. 241 00:13:28,140 --> 00:13:33,145 Maharaja tidak lagi dianggap sebagai dewa suci, 242 00:13:33,229 --> 00:13:34,814 sebaliknya manusia biasa. 243 00:13:34,897 --> 00:13:37,858 Jepun juga kehilangan jajahan takluknya. 244 00:13:38,776 --> 00:13:42,571 Tidak bagi Britain dan memandangkan ia di pihak yang menang, 245 00:13:42,655 --> 00:13:44,698 ia menikmati manfaatnya. 246 00:13:44,782 --> 00:13:49,119 Monarki perlu memikirkan bagaimana untuk mengubah tingkah lakunya, 247 00:13:49,203 --> 00:13:50,913 mengubah imej umumnya, 248 00:13:50,996 --> 00:13:54,333 untuk terus hidup dalam era demokrasi. 249 00:13:54,416 --> 00:13:57,419 Jadi mereka tanggalkan mahkota dan jubah, 250 00:13:57,503 --> 00:13:59,672 dan keluar ke jalanan. 251 00:13:59,755 --> 00:14:01,465 Keluarga diraja dengan segera 252 00:14:01,549 --> 00:14:05,886 merintis strategi perhubungan awam secara halus. 253 00:14:05,970 --> 00:14:10,474 Mereka bertekad menjadikan musuh semula jadi, kelas pekerja, 254 00:14:10,558 --> 00:14:11,600 sekutu mereka. 255 00:14:12,184 --> 00:14:15,271 Penciptaan semula ini, sudut pandang baharu ini, 256 00:14:15,354 --> 00:14:17,857 kunci kelangsungan hidup mereka. 257 00:14:17,940 --> 00:14:19,358 Di mana-mana. 258 00:14:20,109 --> 00:14:22,403 Pada 6 Ogos 1962, 259 00:14:22,486 --> 00:14:25,197 Jamaica menjadi negara yang merdeka. 260 00:14:25,281 --> 00:14:29,118 Usia saya 11 tahun ketika kemerdekaan. 261 00:14:29,201 --> 00:14:31,662 Saat itu merupakan peristiwa penting. 262 00:14:31,745 --> 00:14:36,500 Kami berubah daripada sebuah negara yang dijajah kepada negara yang merdeka. 263 00:14:36,584 --> 00:14:38,752 Namun, ada kesannya. 264 00:14:39,378 --> 00:14:41,422 Salah satu paradoks kemerdekaan 265 00:14:41,505 --> 00:14:45,342 ialah apabila Puteri Margaret mencemar duli mewakili ratu. 266 00:14:45,426 --> 00:14:48,053 Ini berlaku di seluruh dunia. 267 00:14:48,679 --> 00:14:51,682 Kita melihat adegan yang diatur dengan teliti. 268 00:14:51,765 --> 00:14:57,021 Melalui imej yang dilihat dalam berita, mereka disambut oleh penduduk tempatan. 269 00:14:57,104 --> 00:15:01,025 Mereka mahu menonjolkan bahawa Empayar, kini merupakan Komanwel, 270 00:15:01,108 --> 00:15:05,529 ditunjangi idea harmoni, perpaduan, demokrasi dan kesaksamaan. 271 00:15:05,613 --> 00:15:07,906 Namun, sejak sekian lama, 272 00:15:07,990 --> 00:15:12,703 monarki mengekalkan kuasa empayar melalui penindasan dan keganasan. 273 00:15:13,412 --> 00:15:14,997 Daripada 63 koloni British 274 00:15:15,080 --> 00:15:17,875 yang memperoleh kemerdekaan pada abad ke-20, 275 00:15:17,958 --> 00:15:21,128 hampir separuh memilih untuk menjadi negara Komanwel 276 00:15:21,211 --> 00:15:23,672 dan 15 daripadanya kekal sehingga kini. 277 00:15:24,757 --> 00:15:28,886 Dalam erti kata lain, Ratu Elizabeth II ialah permaisuri mereka. 278 00:15:29,511 --> 00:15:33,641 Pada awal kemerdekaan, ada ramai individu 279 00:15:33,724 --> 00:15:37,227 yang mengenali Jamaica di bawah pemerintahan British. 280 00:15:37,311 --> 00:15:38,729 Kami pernah menyanyi, 281 00:15:38,812 --> 00:15:41,815 "Britain memerintah, Britain memerintah rakyat." 282 00:15:41,899 --> 00:15:44,109 "Orang Britain tak akan jadi hamba." 283 00:15:44,193 --> 00:15:48,113 Tak timbul isu kepada guru-guru bahawa kami anak kepada hamba. 284 00:15:48,197 --> 00:15:50,991 Bagaimana kita boleh menyanyi lagu bodoh begitu? 285 00:15:51,075 --> 00:15:54,286 Itu kerana kami dikenali sama dengan orang British. 286 00:15:54,370 --> 00:15:55,788 Kami orang Britain. 287 00:15:56,372 --> 00:15:59,458 Setiap tahun, parlimen Jamaica dibuka dengan ini. 288 00:15:59,541 --> 00:16:02,211 Lelaki berpakaian seragam tentera British, 289 00:16:02,294 --> 00:16:04,922 dan jubah serta rambut palsu British. 290 00:16:05,005 --> 00:16:07,549 Juga ucapan oleh Gabenor Jeneral Jamaica, 291 00:16:07,633 --> 00:16:10,886 yang dilantik oleh Ratu England untuk mewakili dia. 292 00:16:10,969 --> 00:16:15,140 Ratu juga mengurniakan tanda diraja, juga sebahagian pakaian seragamnya 293 00:16:15,224 --> 00:16:18,394 sehingga ia diteliti akhir-akhir ini. 294 00:16:18,477 --> 00:16:22,648 Imej pada tanda kebesaran St. Michael 295 00:16:22,731 --> 00:16:27,820 adalah penghulu malaikat dengan kaki di leher syaitan. 296 00:16:27,903 --> 00:16:31,824 Orang mula melihat kaitan simbolik 297 00:16:31,907 --> 00:16:35,452 antara ketuanan penjajah putih 298 00:16:35,536 --> 00:16:37,830 menindas rakyat berkulit Hitam. 299 00:16:37,913 --> 00:16:40,332 Anda terfikir, "Sebentar." 300 00:16:40,416 --> 00:16:44,586 Malah, gabenor juga mengatakan beliau akan meneliti semula. 301 00:16:45,212 --> 00:16:49,842 Secara teknikal, ratu memiliki semua tanah awam Jamaica 302 00:16:49,925 --> 00:16:53,887 dan ibu kota mempunyai patung terkenal Ratu Victoria. 303 00:16:53,971 --> 00:16:59,017 Hakikatnya, ini adalah perkara yang kekal 304 00:16:59,101 --> 00:17:01,645 yang kadangkala kita tak sedar, 305 00:17:01,729 --> 00:17:05,983 namun tanpa sedar, ia merencana semula minda kita. 306 00:17:06,066 --> 00:17:09,028 Memiliki ratu sebagai ketua negara 307 00:17:09,111 --> 00:17:11,739 ialah contoh klasik perhambaan mental. 308 00:17:11,822 --> 00:17:14,533 Bahawa kami perlu membebaskan diri 309 00:17:14,616 --> 00:17:18,454 daripada tradisi ini yang mengikat kami kepada masa lalu 310 00:17:18,537 --> 00:17:21,832 dan tak membolehkan kami menuntut kebebasan sepenuhnya. 311 00:17:22,541 --> 00:17:26,295 Namun sejarah itu bukanlah kisah yang monarki ingin ceritakan. 312 00:17:26,378 --> 00:17:28,964 Jenamanya bukan lagi politik. 313 00:17:29,048 --> 00:17:30,132 Ia peribadi. 314 00:17:30,799 --> 00:17:34,178 Ketua Komanwel terikat dengan lawatan panjang luar negara. 315 00:17:34,261 --> 00:17:37,097 Sebagai rakyat kita dapat melihat pengorbanan itu 316 00:17:37,181 --> 00:17:40,517 memberikan sinar kebahagiaan kepada keluarga diraja 317 00:17:40,601 --> 00:17:42,519 saat mereka di rumah bersama. 318 00:17:43,812 --> 00:17:48,484 Monarki telah mengubah idea kekeluargaan kepada sebuah perniagaan. 319 00:17:48,567 --> 00:17:52,279 Ia menjadi perniagaan yang sangat berjaya. Ini tentang emosi. 320 00:17:52,362 --> 00:17:56,366 Kita boleh merasakan keluarga diraja tidak jauh berbeza dengan kita. 321 00:17:56,450 --> 00:17:58,786 Kini kita lihat ini setiap hari. 322 00:17:58,869 --> 00:18:01,830 Ia salah satu genre televisyen paling popular, 323 00:18:01,914 --> 00:18:06,085 namun keluarga diraja merintis langkah ini sejak berabad-abad lamanya. 324 00:18:06,168 --> 00:18:10,339 Buat pertama kali, mereka mula meraikan majlis perkahwinan diraja, 325 00:18:10,422 --> 00:18:12,508 kelahiran diraja, pemakaman, 326 00:18:12,591 --> 00:18:14,092 sebagai acara kebangsaan. 327 00:18:14,802 --> 00:18:16,178 Juga global. 328 00:18:16,261 --> 00:18:19,348 Perkahwinan Putera William dan Putera Harry 329 00:18:19,431 --> 00:18:23,060 ditonton oleh lebih daripada seperempat orang di Bumi. 330 00:18:25,145 --> 00:18:29,733 Saya perlu mengaku yang saya tonton perkahwinan Putera Harry. 331 00:18:29,817 --> 00:18:31,610 Ia majlis yang hebat. 332 00:18:31,693 --> 00:18:35,489 Kami di Jamaica memberi perhatian kepada kerabat diraja ini, 333 00:18:35,572 --> 00:18:38,242 namun ia sama seperti perhatian 334 00:18:38,325 --> 00:18:40,244 yang anda beri kepada selebriti. 335 00:18:40,327 --> 00:18:42,704 Mengapa saya penonton yang setia? 336 00:18:42,788 --> 00:18:45,332 Pada usia seribu tahun, 337 00:18:45,415 --> 00:18:50,546 mereka adalah rancangan realiti keluarga yang paling lama dan berterusan di dunia. 338 00:18:50,629 --> 00:18:52,256 Drama yang tiada kesudahan. 339 00:18:52,339 --> 00:18:54,508 Memori kegemaran saya 340 00:18:54,591 --> 00:18:57,761 ialah ketika ratu berpakaian merah jambu 341 00:18:57,845 --> 00:19:02,516 dan Putera Harry dan Meghan berciuman. 342 00:19:02,599 --> 00:19:06,019 Agak hebat mempunyai tradisi begitu di sana, 343 00:19:06,103 --> 00:19:08,897 kerana saya anggap diri saya tradisional. 344 00:19:08,981 --> 00:19:10,649 Saya suka pengaruhnya. 345 00:19:11,191 --> 00:19:14,611 Dalam demokrasi, kita sangka kuasa berfungsi begini. 346 00:19:14,695 --> 00:19:16,780 Dari rakyat kepada kerajaan. 347 00:19:16,864 --> 00:19:19,992 Namun dalam budaya kita, ia masih piramid lama. 348 00:19:20,075 --> 00:19:21,577 Kerabat diraja teratas, 349 00:19:21,660 --> 00:19:25,581 namun bukan Tuhan yang beri mereka kuasa, tetapi media. 350 00:19:25,664 --> 00:19:29,209 Mereka menggunakannya dan kita percaya. 351 00:19:29,793 --> 00:19:33,088 Itulah strategi keluarga diraja di mana-mana. 352 00:19:34,131 --> 00:19:37,926 Semua perhatian media datang dengan banyak kuasa 353 00:19:38,010 --> 00:19:41,138 dan tiada siapa lebih tahu berbanding Puteri Diana. 354 00:19:42,764 --> 00:19:46,268 Baginda keluarga diraja pertama yang mengalihkan perhatian 355 00:19:46,351 --> 00:19:47,895 kepada isu lain. 356 00:19:47,978 --> 00:19:49,938 Puteri itu menjadi inspirasi. 357 00:19:50,022 --> 00:19:52,149 Dengan berinteraksi bersama pesakit, 358 00:19:52,232 --> 00:19:55,319 baginda kurangkan stigma dan ketakutan terhadap AIDS. 359 00:19:55,402 --> 00:19:59,865 Kunjungan ini meyakinkan beta bahawa beta perlu terus memainkan peranan 360 00:19:59,948 --> 00:20:03,660 dalam kempen seluruh dunia untuk mengharamkan periuk api. 361 00:20:03,744 --> 00:20:06,413 Baginda memainkan peranan baharu di sini. 362 00:20:06,496 --> 00:20:10,167 Baginda menunjukkan dirinya sebagai manusia berperikemanusiaan. 363 00:20:10,751 --> 00:20:14,963 Anak-anaknya mengikut jejak langkahnya dengan kerja amal sendiri. 364 00:20:15,047 --> 00:20:17,090 Selepas apa terjadi kepada kita, 365 00:20:17,174 --> 00:20:19,968 kamu perlu utamakan kesihatan mental kamu. 366 00:20:20,719 --> 00:20:22,221 Namun dalam isu tertentu, 367 00:20:22,304 --> 00:20:26,308 sukar untuk menjadi berperikemanusiaan dan kekal tanpa kontroversi. 368 00:20:26,391 --> 00:20:29,227 Kebangkitan gerakan Black Lives Matter 369 00:20:29,311 --> 00:20:31,939 merupakan sebuah saat penting. 370 00:20:32,022 --> 00:20:35,567 Disebabkan sejarah silam penakluk Inggeris, 371 00:20:35,651 --> 00:20:38,236 Komanwel dan keluarga diraja British, 372 00:20:38,320 --> 00:20:41,365 ia topik yang sukar untuk dibualkan. 373 00:20:41,448 --> 00:20:44,868 Kerja amal Kate dan William mendapat sokongan di Instagram, 374 00:20:44,952 --> 00:20:47,579 namun bukan atas nama mereka. 375 00:20:48,121 --> 00:20:52,084 Dua orang yang kami dengar ketika itu adalah Harry dan Meghan 376 00:20:52,167 --> 00:20:55,087 yang sudah keluar dari institusi itu. 377 00:20:55,170 --> 00:20:57,422 Putera Harry dalam misi perubahan sosial. 378 00:20:57,506 --> 00:20:59,466 Fokus baginda rasisme sistemik. 379 00:20:59,549 --> 00:21:02,761 Baginda sedar tentang isu dihadapi golongan minoriti. 380 00:21:02,844 --> 00:21:05,722 Kita tidak akan mampu pandang ke hadapan 381 00:21:05,806 --> 00:21:07,808 melainkan kita mengakui masa lalu. 382 00:21:07,891 --> 00:21:11,812 Dunia kemudian sedar betapa peribadinya isu itu. 383 00:21:11,895 --> 00:21:16,316 Pada tahun 2021, mereka membuat wawancara eksklusif bersama Oprah, 384 00:21:16,400 --> 00:21:20,529 dan mendakwa institusi diraja itu terlepas peluang. 385 00:21:20,612 --> 00:21:23,699 Saya tak faham bagaimana ia tak akan dilihat 386 00:21:24,533 --> 00:21:26,118 sebagai faedah tambahan, 387 00:21:26,201 --> 00:21:28,495 dan cerminan seluruh dunia. 388 00:21:28,578 --> 00:21:31,248 Pada setiap masa, terutamanya sekarang. 389 00:21:31,331 --> 00:21:34,876 Di sini kamu ada salah satu aset terbesar di Komanwel, 390 00:21:34,960 --> 00:21:36,586 impian setiap keluarga. 391 00:21:36,670 --> 00:21:39,756 Keluarga diraja menjawab dalam satu kenyataan. 392 00:21:40,257 --> 00:21:41,633 "Isu yang dibangkitkan, 393 00:21:41,717 --> 00:21:44,803 terutamanya berkaitan rasisme, adalah membimbangkan." 394 00:21:44,886 --> 00:21:46,596 "Ia dipandang sangat serius 395 00:21:46,680 --> 00:21:50,183 dan akan diselesaikan oleh keluarga secara tertutup." 396 00:21:51,184 --> 00:21:54,271 Namun bagi ramai orang di bawah lembayung Komanwel, 397 00:21:54,354 --> 00:21:57,024 isu ini bukan semata-semata masalah keluarga. 398 00:21:57,107 --> 00:21:59,192 Satu lagi perdebatan tercetus di Jamaica. 399 00:21:59,276 --> 00:22:02,654 Untuk seorang individu yang "memerintah" kami, 400 00:22:02,738 --> 00:22:05,115 rupa dan percakapannya tak seperti kami. 401 00:22:05,198 --> 00:22:07,492 Sebelum wawancara Oprah itu, 402 00:22:07,576 --> 00:22:10,662 serendah cuma 30 peratus rakyat Jamaica 403 00:22:10,746 --> 00:22:13,415 mahu mengekalkan ratu sebagai ketua negara. 404 00:22:14,041 --> 00:22:17,669 Barbados mengumumkan akan menyingkirkan ratu secara rasmi. 405 00:22:17,753 --> 00:22:19,755 Negara lain mungkin menyusul. 406 00:22:21,089 --> 00:22:23,216 Tak seperti keluarga diraja British, 407 00:22:23,300 --> 00:22:27,179 maharaja Jepun mula berdepan tamparan masa silam rakyatnya. 408 00:22:27,262 --> 00:22:31,266 Mengimbau masa silam dengan kesedihan mendalam disebabkan perang. 409 00:22:31,350 --> 00:22:34,770 Itu boleh dilihat sebagai tindakan politik, 410 00:22:34,853 --> 00:22:38,315 tapi pada masa yang sama, tindakat tersebut diterima 411 00:22:38,398 --> 00:22:41,360 dengan rasa hormat daripada orang Jepun sendiri. 412 00:22:43,236 --> 00:22:46,740 Kisah dongeng diraja sentiasa menutup sisi silam yang gelap. 413 00:22:47,366 --> 00:22:50,327 Cabaran sebenar monarki pada abad ke -21 414 00:22:50,410 --> 00:22:54,081 adalah cara untuk kekalkan ciri misteri dan aura itu. 415 00:22:54,623 --> 00:22:56,750 Jika pekungnya terlalu terbuka, 416 00:22:56,833 --> 00:22:59,002 auranya hilang, misterinya hilang, 417 00:22:59,086 --> 00:23:02,214 dan mereka sama sahaja seperti orang lain. 418 00:23:02,297 --> 00:23:06,093 Rakyat mahu merasa keajaiban monarki. 419 00:23:06,176 --> 00:23:07,761 Bagi beberapa kerabat, 420 00:23:07,844 --> 00:23:11,098 kisah dongeng mereka mungkin menjadi natijah 421 00:23:11,890 --> 00:23:14,226 kemusnahan pengakhiran bahagia mereka. 422 00:23:14,768 --> 00:23:18,563 Bagi kerabat lain, melepaskan gelaran jalan kebahagiaan mereka. 423 00:23:19,606 --> 00:23:22,984 Bagi kebanyakan kerabat diraja, kekalkan kisah dongeng 424 00:23:23,068 --> 00:23:26,696 mungkin bermakna berdepan kisah sebenar. 425 00:23:26,780 --> 00:23:31,201 Pepatah Afrika mengatakan, melainkan singa yang bercerita, 426 00:23:31,284 --> 00:23:33,036 kita tak tahu kisah sebenar, 427 00:23:33,120 --> 00:23:37,332 kerana kisah tradisional diceritakan oleh pemburu dan bukan singa. 428 00:23:37,416 --> 00:23:40,585 Saya rasa tiba masanya kisah singa itu diceritakan. 429 00:23:41,336 --> 00:23:43,171 EPILOG SISI LAIN KISAH ITU 430 00:24:08,196 --> 00:24:13,201 Terjemahan sari kata oleh NF Ain