1 00:00:08,049 --> 00:00:11,845 Kisah kehidupan manusia banyak melibatkan proses penyarian. 2 00:00:13,430 --> 00:00:18,184 Misalnya tembaga, yang dilombong dan dijadikan bajak dan peralatan, 3 00:00:18,268 --> 00:00:20,812 serta dicampurkan timah menghasilkan gangsa. 4 00:00:21,855 --> 00:00:23,648 Juga arang dan minyak mentah, 5 00:00:23,732 --> 00:00:26,067 yang membolehkan kita menjinakkan api. 6 00:00:26,985 --> 00:00:29,237 Namun untuk membentuk dunia, 7 00:00:29,320 --> 00:00:31,573 mula-mula kita perlu mempertahankannya 8 00:00:31,656 --> 00:00:35,452 dan untuk itu, sumber yang paling berharga ialah ini. 9 00:00:36,453 --> 00:00:37,620 Gula, 10 00:00:37,704 --> 00:00:40,540 sumber paling hampir sebagai tenaga tulen. 11 00:00:40,623 --> 00:00:43,877 Nenek moyang kita dahulunya pemburu dan pengumpul. 12 00:00:43,960 --> 00:00:47,422 Bagi mereka, gula adalah sumber tenaga terpantas. 13 00:00:47,505 --> 00:00:51,134 Sumber tenaga ini kemudian berubah menjadi suatu keinginan. 14 00:00:52,052 --> 00:00:54,679 Namun mereka tak makan gula begini. 15 00:00:54,763 --> 00:00:56,973 Ia ditemukan dalam makanan lain. 16 00:00:57,057 --> 00:01:00,143 Buah-buahan dan sayur-sayuran dan batang tebu. 17 00:01:00,226 --> 00:01:02,479 Lebih seribu tahun lalu, 18 00:01:02,562 --> 00:01:05,315 kelompok manusia yang berdaya usaha 19 00:01:05,398 --> 00:01:09,819 belajar mengekstrak gula daripada tebu, 20 00:01:09,903 --> 00:01:12,530 menyejatkan dan menghablurkannya. 21 00:01:13,156 --> 00:01:16,409 Gula dijadikan bahan yang boleh ditambah dalam apa saja. 22 00:01:16,993 --> 00:01:18,244 Itu yang berlaku. 23 00:01:18,328 --> 00:01:22,040 Sekarang kita boleh dapatkan bahan putih ini bila-bila masa. 24 00:01:22,123 --> 00:01:23,458 Masalahnya, 25 00:01:23,541 --> 00:01:27,295 kita masih mempunyai otak dan tubuh Neanderthal 26 00:01:27,378 --> 00:01:31,299 yang hidup dalam persekitaran teknologi versi 2.0 dan gula 5.0. 27 00:01:31,382 --> 00:01:34,177 Badan dan otak kita tak boleh bertahan. 28 00:01:34,260 --> 00:01:37,263 Kalori yang dulunya penting untuk kelangsungan hidup 29 00:01:37,347 --> 00:01:39,265 kini ancaman kesihatan umum. 30 00:01:39,349 --> 00:01:42,060 Gula melonjakkan kadar obesiti, 31 00:01:42,143 --> 00:01:45,563 kencing manis, sakit jantung, kanser serta patut dikawal. 32 00:01:45,647 --> 00:01:47,398 Pengambilan minuman bergula 33 00:01:47,482 --> 00:01:50,902 ialah punca utama penyakit obesiti di Amerika Syarikat. 34 00:01:50,985 --> 00:01:51,945 Gula buat ketagih. 35 00:01:52,028 --> 00:01:54,697 Kita meracuni diri dengan gula. 36 00:01:54,781 --> 00:01:57,325 Jadi, ahli sains berusaha mencipta 37 00:01:57,408 --> 00:02:00,203 sesuatu untuk menggantikan gula. 38 00:02:00,286 --> 00:02:02,580 Memberikan rasa manis dan keseronokan, 39 00:02:02,664 --> 00:02:05,500 tanpa kalori berlebihan yang tidak diperlukan. 40 00:02:05,583 --> 00:02:09,963 Kadangkala kita lupa bahawa gula bukan sekadar rasa manis. 41 00:02:10,046 --> 00:02:12,423 Gula ialah tenaga. 42 00:02:12,507 --> 00:02:15,260 Gula ialah kebahagiaan. 43 00:02:15,343 --> 00:02:17,345 Gula ialah pemanis mulut. 44 00:02:17,428 --> 00:02:20,765 Terdapat banyak gula dalam makanan. 45 00:02:20,849 --> 00:02:22,934 Untuk menggantikannya… 46 00:02:23,017 --> 00:02:25,436 Adakah anda boleh gantikan jantung? 47 00:02:26,521 --> 00:02:30,400 Adakah kita boleh memuaskan keinginan terhadap gula 48 00:02:30,483 --> 00:02:31,985 tanpa memudaratkan diri? 49 00:02:32,652 --> 00:02:35,738 Adakah kita sebenarnya boleh menikmati kek? 50 00:02:37,448 --> 00:02:39,576 SEBUAH SIRI DOKUMENTARI ASLI NETFLIX 51 00:02:40,076 --> 00:02:41,786 Ia bersalut gula perang. 52 00:02:41,870 --> 00:02:43,788 Terlalu bagus untuk leprechaun. 53 00:02:43,872 --> 00:02:45,623 Arnab dungu. Trix untuk kanak-kanak. 54 00:02:45,707 --> 00:02:48,251 Gula tiada nilai nutrisi. 55 00:02:48,334 --> 00:02:50,712 Ia tak layak pun dipanggil nutrisi. 56 00:02:50,795 --> 00:02:52,630 Ada gula ditukar menjadi lemak. 57 00:02:53,214 --> 00:02:57,385 Dia tak patut biarkan gula-gula dan manisan menggantikan makanan lain. 58 00:02:57,927 --> 00:02:59,429 Saya lapar makanan sedap. 59 00:03:04,267 --> 00:03:08,938 GULA 60 00:03:12,609 --> 00:03:14,819 Ini arca gula. 61 00:03:15,486 --> 00:03:18,990 Adegan rumit yang dibina sepenuhnya dengan gula, 62 00:03:19,073 --> 00:03:23,870 lebih 20 kaki tinggi, dipamerkan di jamuan diraja zaman pertengahan. 63 00:03:25,330 --> 00:03:27,165 Ia dikenali sebagai arca halus, 64 00:03:27,248 --> 00:03:30,627 kerana ia adalah simbol halus kekayaan dan kuasa. 65 00:03:31,711 --> 00:03:33,171 Tidaklah sehalus mana. 66 00:03:34,255 --> 00:03:37,091 Gula sangat mahal dan jarang ditemui. 67 00:03:38,468 --> 00:03:41,471 Semuanya berubah kira-kira 150 hingga 200 tahun lalu 68 00:03:41,554 --> 00:03:44,933 apabila kita mula menyuling gula bit dan gula tebu 69 00:03:45,016 --> 00:03:48,269 menjadi gula yang diproses dan sangat pekat. 70 00:03:48,353 --> 00:03:50,605 Ia bukan lagi simbol kuasa. 71 00:03:51,105 --> 00:03:54,943 Gula ialah makanan tenaga untuk kesihatan dan kekuatan. 72 00:03:56,236 --> 00:04:01,157 Pakar perubatan teruja melaporkan sifat rangsangannya yang tak dijangka. 73 00:04:01,241 --> 00:04:05,078 Wanita bergaya digalakkan minum kordial bergula, 74 00:04:05,161 --> 00:04:09,582 satu-satunya minuman sihat boleh diminum dengan selamat selepas berbasikal. 75 00:04:09,666 --> 00:04:12,835 Askar-askar kagum kerana ia bertindak seperti jampi 76 00:04:12,919 --> 00:04:15,296 melegakan letih dan menghilangkan dahaga. 77 00:04:16,047 --> 00:04:19,008 Tiada sesiapa mencari pengganti gula. 78 00:04:19,092 --> 00:04:21,552 Ia berlaku secara tak sengaja. 79 00:04:24,264 --> 00:04:26,391 Pada satu malam pada tahun 1978, 80 00:04:26,474 --> 00:04:28,685 seorang ahli kimia makan malam, 81 00:04:28,768 --> 00:04:32,397 makan roti dan rasa sesuatu yang manis. 82 00:04:32,480 --> 00:04:34,190 Ia bukan roti. 83 00:04:34,274 --> 00:04:35,692 Rasa itu dari jarinya. 84 00:04:35,775 --> 00:04:39,237 Dia menumpahkan penyelesaian pada tangannya awal hari itu. 85 00:04:40,571 --> 00:04:44,701 Ia adalah derivatif tar arang, yang kita kenali sebagai sakarin, 86 00:04:44,784 --> 00:04:48,621 300 kali lebih manis daripada gula dan sifar kalori 87 00:04:48,705 --> 00:04:52,208 yang mungkin mengisi paket merah jambu Sweet'N Low. 88 00:04:52,292 --> 00:04:54,919 Pada masa itu, pelanggan terbesarnya 89 00:04:55,003 --> 00:04:58,798 pesakit kencing manis dan pengetin yang mencari bahan awet murah. 90 00:04:59,924 --> 00:05:04,095 Kemudian, penggunaan gula Amerika mula meningkat. 91 00:05:04,178 --> 00:05:07,390 Catuan semasa perang dunia mengurangkan pengambilannya, 92 00:05:07,473 --> 00:05:09,058 kemudian meningkat semula. 93 00:05:09,517 --> 00:05:12,395 Begitu juga ukur lilit pinggang rakyat Amerika 94 00:05:12,478 --> 00:05:14,564 serta kes serangan jantung. 95 00:05:15,148 --> 00:05:16,566 Menjelang tahun 1960-an, 96 00:05:16,649 --> 00:05:20,820 satu pertiga daripada kematian di Amerika disebabkan sakit jantung. 97 00:05:22,405 --> 00:05:25,908 Doktor mula mengesyaki gula mungkin memainkan peranan. 98 00:05:25,992 --> 00:05:28,828 Ramai rakyat Amerika mahu kurangkan pengambilan. 99 00:05:29,370 --> 00:05:33,041 Mujur, keselamatan makmal masih belum begitu baik, 100 00:05:33,124 --> 00:05:37,545 jadi, ahli sains terus menemukan sumber baharu menggantikan gula. 101 00:05:37,628 --> 00:05:40,715 Era 1930-an, pengkaji ubat merokok ketika berehat, 102 00:05:40,798 --> 00:05:45,219 dan kebetulan merasai jarinya lalu menemukan siklamat 103 00:05:45,303 --> 00:05:48,598 kurang manis daripada sakarin, lebih manis daripada gula, 104 00:05:48,681 --> 00:05:51,726 lalu terhasillah soda tanpa kalori pertama. 105 00:05:51,809 --> 00:05:54,896 Benar, setiap botol No-Cal menjanjikan keseronokan, 106 00:05:54,979 --> 00:05:58,232 minuman berkarbonat bebas gula yang pertama. 107 00:05:59,192 --> 00:06:01,027 Kemudian, pada tahun 1960-an, 108 00:06:01,110 --> 00:06:05,531 seorang penyelidik ubat lain menjilat jarinya dan rasa sesuatu yang manis. 109 00:06:05,615 --> 00:06:07,492 Adakah ia selalu berlaku? 110 00:06:07,575 --> 00:06:10,995 Adakah ahli sains lupa mencuci tangan dan menjilatnya? 111 00:06:11,621 --> 00:06:12,747 Tidak lagi. 112 00:06:12,830 --> 00:06:14,415 Disebabkan ahli sains itu, 113 00:06:14,499 --> 00:06:17,752 kita menemukan aspartame, kalori yang sama seperti gula, 114 00:06:17,835 --> 00:06:20,755 namun 200 kali lebih manis, perlu diambil berpada. 115 00:06:21,923 --> 00:06:23,758 Kemudian, pada tahun 1970-an, 116 00:06:23,841 --> 00:06:27,345 seorang ahli sains bekerja dengan sebatian gula dan klorin 117 00:06:27,428 --> 00:06:30,223 dan dia dilaporkan perlu mengujinya. 118 00:06:30,306 --> 00:06:33,226 Dia tersalah dengar dan merasainya. 119 00:06:33,851 --> 00:06:37,480 Pengkaji itu terselamat dan kita menemukan sukralosa. 120 00:06:37,563 --> 00:06:39,816 Sifar kalori, sangat manis, 121 00:06:39,899 --> 00:06:42,527 dan dipasarkan sebagai pengganti terhebat. 122 00:06:42,610 --> 00:06:44,362 Pemanis jenama Splenda. 123 00:06:44,445 --> 00:06:47,365 Boleh dipanggil gula atau boleh dipanggil Splenda. 124 00:06:48,449 --> 00:06:51,327 Pemanis tiruan nampak seperti silap mata. 125 00:06:51,953 --> 00:06:53,704 Dek kerana keajaiban kimia… 126 00:06:53,788 --> 00:06:57,625 Anda boleh menikmati rasa manis tanpa kalori. 127 00:06:57,708 --> 00:06:59,419 Nikmat tanpa rasa bersalah. 128 00:06:59,502 --> 00:07:01,796 Ia terlalu sukar dipercayai. 129 00:07:03,464 --> 00:07:07,051 Bagi kebanyakan orang, ia memang sukar dipercayai. 130 00:07:07,635 --> 00:07:10,471 Dalam beberapa kajian pada tahun 60-an dan 70-an, 131 00:07:10,555 --> 00:07:12,473 tumor dikesan pada tikus. 132 00:07:12,557 --> 00:07:16,018 Ia menimbulkan panik bahawa pemanis menyebabkan kanser. 133 00:07:16,102 --> 00:07:18,604 Amerika Syarikat mengharamkan siklamat, 134 00:07:18,688 --> 00:07:20,606 berhenti meluluskan aspartame, 135 00:07:20,690 --> 00:07:23,359 dan mewajibkan label pada produk sakarin, 136 00:07:23,443 --> 00:07:25,987 sebagai amaran berbahaya kepada kesihatan. 137 00:07:26,654 --> 00:07:29,574 Ramai berpendapat gula pilihan lebih selamat. 138 00:07:30,366 --> 00:07:33,327 Industri gula pula giat menjernihkan reputasinya, 139 00:07:33,411 --> 00:07:35,705 mendakwa gula sebenarnya makanan diet, 140 00:07:35,788 --> 00:07:38,291 cara bijak untuk kekal kurus dan langsing. 141 00:07:38,916 --> 00:07:41,419 Bila-bila anda mahu makan dengan banyak, 142 00:07:41,502 --> 00:07:44,046 gula boleh mengekang selera anda 143 00:07:44,130 --> 00:07:46,799 kerana ia hanya ada 18 kalori dalam sesudu teh 144 00:07:46,883 --> 00:07:48,509 dan semuanya sumber tenaga. 145 00:07:49,093 --> 00:07:52,972 Iklan Domino ini juga mendakwa tiga sudu gula 146 00:07:53,055 --> 00:07:55,558 kurang menggemukkan berbanding sebiji epal. 147 00:07:55,641 --> 00:08:00,354 Namun, walaupun ia kurang kalori, bukan semua kalori dicipta sama. 148 00:08:01,772 --> 00:08:05,735 Apabila makan epal, paras gula dalam darah naik perlahan-lahan. 149 00:08:05,818 --> 00:08:08,070 Bukan sahaja gula, anda juga dapat 150 00:08:08,154 --> 00:08:11,491 serat dan air, serta segala kandungan makronutrien. 151 00:08:12,325 --> 00:08:14,619 Ia ambil masa untuk dicerna. 152 00:08:14,702 --> 00:08:18,998 Gula tulen bekalkan tenaga segera, diikuti penurunan mendadak 153 00:08:19,081 --> 00:08:22,126 jadi anda akan rasa lebih lapar daripada sebelumnya. 154 00:08:22,210 --> 00:08:24,128 Jika anda makan lebih banyak, 155 00:08:24,212 --> 00:08:27,131 semua tenaga segera tadi mula menekan badan anda. 156 00:08:27,215 --> 00:08:30,885 Insulin anda bertindak dengan kekal berada pada paras tinggi. 157 00:08:31,636 --> 00:08:35,306 Insulin sejenis hormon di dalam badan yang mengawal paras gula, 158 00:08:35,389 --> 00:08:38,309 menggerakkan sel untuk menggunakan tenaga. 159 00:08:38,392 --> 00:08:43,272 Jika ia cukup, anda kemudiannya menyimpan tenaga sebagai lemak. 160 00:08:43,356 --> 00:08:46,526 Namun, jika insulin berterusan dihasilkan tubuh, 161 00:08:46,609 --> 00:08:50,279 sel-sel tubuh mula lali kepadanya lalu mengakibatkan… 162 00:08:50,363 --> 00:08:55,034 Pankreas menghasilkan insulin dalam kadar yang banyak, 163 00:08:55,117 --> 00:08:57,787 namun ia tidak berfungsi. 164 00:08:58,329 --> 00:09:01,082 Ketika itulah anda mendapat diabetes tahap dua. 165 00:09:01,165 --> 00:09:03,876 Sel tidak mendapat tenaga yang diperlukan. 166 00:09:03,960 --> 00:09:07,672 Malangnya, tahap insulin yang tinggi ini 167 00:09:07,755 --> 00:09:12,802 masih menjalankan peranannya untuk tujuan lain di dalam badan kita. 168 00:09:12,885 --> 00:09:15,304 Salah satu fungsinya membentuk lemak. 169 00:09:15,888 --> 00:09:19,308 Lebih mudah menambah berat badan daripada menurunkannya. 170 00:09:19,392 --> 00:09:21,561 Peningkatan paras gula dalam darah 171 00:09:21,644 --> 00:09:24,855 juga boleh merosakkan organ tubuh seperti jantung. 172 00:09:26,941 --> 00:09:30,319 Pada tahun 60-an dan 70-an, fakta ini tidak diketahui. 173 00:09:30,403 --> 00:09:33,698 Kita dengar banyak desas-desus tentang gula, 174 00:09:33,781 --> 00:09:36,659 namun satu mesej jelas disampaikan kepada kita. 175 00:09:37,326 --> 00:09:41,414 Punca utama penyakit jantung ialah lemak tepu. 176 00:09:42,415 --> 00:09:44,792 Hal ini menyebabkan industri makanan 177 00:09:44,875 --> 00:09:48,337 mengeluarkan pelbagai jenis produk dilabel "bebas lemak" 178 00:09:48,421 --> 00:09:49,964 atau "baik untuk jantung." 179 00:09:50,047 --> 00:09:53,884 Namun apabila lemak diasingkan, anda kehilangan perisa. 180 00:09:53,968 --> 00:09:57,972 Jadi, kebiasannya, pengeluar menambah gula di dalam produk. 181 00:09:59,098 --> 00:10:02,685 Dalam pada itu, reputasi pemanis tiruan juga kian pulih. 182 00:10:03,269 --> 00:10:05,563 Kajian demi kajian 183 00:10:05,646 --> 00:10:08,983 tak menemukan bukti ia menyebabkan kanser pada manusia. 184 00:10:09,692 --> 00:10:11,944 Tikus di dalam kajian terdahulu? 185 00:10:12,028 --> 00:10:16,324 Ia diberi jumlah gula yang sama dengan ratusan tin soda diet sehari. 186 00:10:17,033 --> 00:10:18,034 Juga… 187 00:10:18,117 --> 00:10:20,328 Tikus bukan manusia. 188 00:10:20,411 --> 00:10:25,416 Apabila Coca-Cola mengeluarkan soda berasaskan aspartame pada tahun 1983, 189 00:10:25,499 --> 00:10:27,209 ia satu pencapaian penting. 190 00:10:27,293 --> 00:10:29,712 Tayangan perdana dunia Diet Coke. 191 00:10:30,463 --> 00:10:34,008 Anda akan minum Hanya demi rasanya 192 00:10:35,259 --> 00:10:39,722 Dalam masa sedekad, aspartame menggantikan berbilion kilogram gula 193 00:10:39,805 --> 00:10:42,016 dalam makanan dan minuman di Amerika. 194 00:10:42,099 --> 00:10:46,062 Namun pemanis tiruan tidak menggantikan gula dalam diet kita. 195 00:10:46,145 --> 00:10:49,273 Ia cuma alasan untuk pengambilan berlebihan, 196 00:10:49,357 --> 00:10:52,276 lalu cara lebih murah menghasilkannya ditemukan, 197 00:10:52,360 --> 00:10:53,861 misalnya daripada jagung. 198 00:10:53,944 --> 00:10:58,866 Gula kini dimasukkan ke dalam tiga suku makanan yang dibungkus di Amerika Syarikat 199 00:10:58,949 --> 00:11:01,911 dengan lebih 60 nama berbeza. 200 00:11:01,994 --> 00:11:03,996 Dekstrosa, fruktosa, sukrosa, 201 00:11:04,080 --> 00:11:07,750 sirap jagung fruktosa tinggi. Asal berakhir dengan "osa", gula. 202 00:11:07,833 --> 00:11:11,420 Salah satu eufemisme kegemaran saya untuk gula, 203 00:11:11,504 --> 00:11:13,756 jus tebu sejat. 204 00:11:13,839 --> 00:11:16,133 Tak mungkin pemanis tiruan 205 00:11:16,217 --> 00:11:18,803 akan gantikan gula dalam semua makanan ini. 206 00:11:18,886 --> 00:11:21,097 Bagi yang pernah cuba pemanis tiruan, 207 00:11:21,180 --> 00:11:23,724 kita takkan terpedaya dengannya. 208 00:11:23,808 --> 00:11:26,185 Ia tak rasa seperti gula. 209 00:11:26,268 --> 00:11:28,979 Tak, saya tak suka gula palsu itu, 210 00:11:29,063 --> 00:11:31,857 ia meninggalkan sejenis rasa dalam mulut. 211 00:11:31,941 --> 00:11:34,193 - Terukkah? - Pemanis kimia. 212 00:11:34,276 --> 00:11:36,737 Terlalu manis. Anda takkan suka. 213 00:11:38,322 --> 00:11:41,158 Saya bukan peminat pemanis tiruan. 214 00:11:41,242 --> 00:11:43,536 Saya minum sakarin dalam soda dan gula-gula getah. 215 00:11:43,619 --> 00:11:47,373 Mulut saya jadi berkapur, kering dan perlu minum banyak air. 216 00:11:48,040 --> 00:11:52,169 Kerjaya Pichet Ong memerlukannya mencipta pencuci mulut kurang gula, 217 00:11:52,253 --> 00:11:54,463 tanpa menjejaskan rasa. 218 00:11:54,547 --> 00:11:57,049 Semasa saya makan yang ada aspartame, 219 00:11:57,133 --> 00:11:59,218 kesan yang sama turut saya rasai. 220 00:11:59,301 --> 00:12:02,388 Ia tidak rasa semula jadi. 221 00:12:03,347 --> 00:12:06,392 Rasa gula banyak bergantung kepada masa. 222 00:12:06,475 --> 00:12:10,646 Masa yang diambil untuk rasa manis memuncak selepas gigitan pertama, 223 00:12:10,730 --> 00:12:13,983 berapa lama ia kekal dan berapa pantas ia hilang. 224 00:12:14,608 --> 00:12:17,903 Ia dipanggil profil kemanisan batas waktu. 225 00:12:17,987 --> 00:12:19,947 Begini rupanya untuk gula. 226 00:12:20,030 --> 00:12:24,285 Ia memuncak dan menghilang dengan pantas. 227 00:12:24,368 --> 00:12:27,204 Ini pula untuk sukralosa. 228 00:12:27,288 --> 00:12:29,623 Rasa manisnya datang dengan perlahan 229 00:12:29,707 --> 00:12:32,001 dan ambil masa untuk hilang. 230 00:12:32,710 --> 00:12:36,630 Rasa aspartame muncul lebih lambat dan kekal lebih lama. 231 00:12:37,381 --> 00:12:39,759 Perbezaannya masanya sangat kecil, 232 00:12:39,842 --> 00:12:42,845 namun untuk selera kita, ia selamanya. 233 00:12:43,637 --> 00:12:46,223 Gula lebih daripada sekadar kemanisan. 234 00:12:46,307 --> 00:12:48,100 Ia menjadikan aising berkilat 235 00:12:48,184 --> 00:12:50,853 dan kek lembap serta gebu. 236 00:12:50,936 --> 00:12:54,231 Jika anda keluarkan semua gula daripada kek, 237 00:12:54,315 --> 00:12:57,318 kek itu akan jadi seperti roti pita. 238 00:12:57,401 --> 00:13:00,780 Jadi, cabarannya besar. 239 00:13:00,863 --> 00:13:04,617 Pemanis yang bagus bagi saya dalam banyak resipi ialah stevia. 240 00:13:04,700 --> 00:13:07,703 Stevia ialah pemanis semula jadi bebas kalori. 241 00:13:07,787 --> 00:13:11,582 Ia berasal daripada pokok Amerika Selatan dan menyedapkan puding. 242 00:13:12,124 --> 00:13:15,628 Namun rasa manis datang lebih lambat daripada pemanis tiruan 243 00:13:15,711 --> 00:13:19,507 dan kekal lama, menampakkan ciri kepalsuannya. 244 00:13:20,549 --> 00:13:24,678 Ada satu pemanis yang rasanya tak ubah seperti gula, 245 00:13:24,762 --> 00:13:26,889 cuma rasanya tidak begitu kuat. 246 00:13:26,972 --> 00:13:28,224 Alulosa, 247 00:13:28,307 --> 00:13:31,310 pengganti gula yang semakin mendapat tempat. 248 00:13:32,228 --> 00:13:34,104 Secara teknikalnya, ia gula, 249 00:13:34,188 --> 00:13:38,192 sejenis jarang ditemui dan sedikit saja di dalam buah tin dan kismis, 250 00:13:39,109 --> 00:13:41,737 tapi ia tak seperti gula di dalam badan kita. 251 00:13:41,821 --> 00:13:45,825 Tubuh kita tidak dapat mengurai alulosa, jadi ia hampir bebas kalori. 252 00:13:46,408 --> 00:13:48,327 Ia bahan bagus di dapur, 253 00:13:48,410 --> 00:13:50,913 dan kajian awal mengatakan ia selamat. 254 00:13:50,996 --> 00:13:55,084 Namun pengeluarannya terhad. Kebanyakan negara belum meluluskannya. 255 00:13:56,293 --> 00:13:59,088 Harganya seperti makanan kesihatan gourmet. 256 00:14:00,172 --> 00:14:02,842 Tiada antara pemanis ini, malah alulosa 257 00:14:02,925 --> 00:14:05,678 boleh menggantikan perkara hebat tentang gula. 258 00:14:05,761 --> 00:14:06,595 KEPUASAN 259 00:14:07,513 --> 00:14:12,184 Gula bertindak di bahagian otak yang sama seperti seks dan dadah. 260 00:14:12,268 --> 00:14:14,103 Zon ganjaran otak anda. 261 00:14:14,186 --> 00:14:17,815 Anda makan gula, membebaskan dopamin, anda rasa lebih gembira. 262 00:14:17,898 --> 00:14:20,734 Bukan kelaparan saja yang buat kita makan gula. 263 00:14:21,443 --> 00:14:22,778 Keinginan puncanya. 264 00:14:23,320 --> 00:14:25,489 Sebab itu, walaupun kita kenyang, 265 00:14:25,573 --> 00:14:28,701 kita tetap makan apabila ada yang beri pemanis mulut. 266 00:14:28,784 --> 00:14:29,952 Kelakar, bukan? 267 00:14:30,035 --> 00:14:32,746 Kita ada ruang khas 268 00:14:32,830 --> 00:14:35,791 untuk menurut kemahuan nafsu 269 00:14:35,875 --> 00:14:37,668 di penghujung hidangan. 270 00:14:38,502 --> 00:14:41,922 Satu kajian mendapati zon ganjaran otak kita 271 00:14:42,006 --> 00:14:45,926 hanya diaktifkan apabila kemanisan datang dengan kalori. 272 00:14:46,927 --> 00:14:50,014 Jika mahu keseronokan, anda perlu tanggung akibatnya. 273 00:14:51,307 --> 00:14:54,268 Hakikatnya, kita tak mampu meniru rasa gula 274 00:14:54,351 --> 00:14:56,854 dengan menyingkirkan apa kita tak suka. 275 00:14:56,937 --> 00:14:59,565 Maka, ada yang mengambil pendekatan berbeza, 276 00:14:59,648 --> 00:15:02,943 cuba mencipta semula kristal gula itu sendiri. 277 00:15:06,155 --> 00:15:08,824 Pada tahun 2013, pada usia 95 tahun, 278 00:15:08,908 --> 00:15:12,494 Profesor Avraham Baniel merenung kembali hidupnya. 279 00:15:13,078 --> 00:15:17,791 Dia ahli kimia industri dan bekerja keras dalam kerjayanya. 280 00:15:17,875 --> 00:15:20,336 Mengekstrak tembaga dari pasir gurun, 281 00:15:20,419 --> 00:15:22,046 mineral dari Laut Mati, 282 00:15:22,129 --> 00:15:24,465 baja, biobahan api 283 00:15:24,548 --> 00:15:28,761 gentian permaidani, asid sitrik, dan bertugas sebagai profesor. 284 00:15:29,428 --> 00:15:32,681 Dia teringat sesuatu yang berlaku lama dulu 285 00:15:32,765 --> 00:15:34,850 semasa masih muda dan baru bermula. 286 00:15:36,018 --> 00:15:37,853 Dunia sedang berperang, 287 00:15:37,937 --> 00:15:40,397 dan gula dicatu dengan ketat. 288 00:15:40,481 --> 00:15:44,360 Tiada gula atau sukar mendapatkan gula untuk dimakan. 289 00:15:44,443 --> 00:15:46,904 Profesor Baniel ialah ayah Eran. 290 00:15:47,571 --> 00:15:51,992 Ketika itu, dia bekerja sekitar Haifa, menghasilkan bom untuk perang. 291 00:15:52,993 --> 00:15:55,621 Satu hari, seorang isteri kawannya datang 292 00:15:55,704 --> 00:15:57,998 yang bertanya jika dia ada kanji. 293 00:15:58,082 --> 00:16:00,834 Ayah saya kata, "Kenapa awak nak kanji?" 294 00:16:00,918 --> 00:16:02,503 Itu helah yang dia tahu. 295 00:16:02,586 --> 00:16:05,214 Jika anda buat puding melekit daripada kanji, 296 00:16:05,297 --> 00:16:07,758 dan tambahkan sedikit gula yang ada, 297 00:16:07,841 --> 00:16:12,179 ia akan rasa lebih manis, seolah-olah ada banyak gula di dalamnya. 298 00:16:12,262 --> 00:16:14,014 Jadi ayah saya fikir, 299 00:16:14,098 --> 00:16:16,558 "Lucu. Saya perlu ingat hal itu." 300 00:16:16,642 --> 00:16:19,019 Sudah tentulah dia terlupa. 301 00:16:19,103 --> 00:16:22,189 Sehingga hari yang ditakdirkan pada tahun 2013, 302 00:16:22,272 --> 00:16:24,566 apabila ilham muncul seperti wahyu. 303 00:16:24,650 --> 00:16:28,445 Ayah saya kata, "Satu-satunya cara untuk kurangkan gula 304 00:16:29,363 --> 00:16:32,241 adalah menggunakan gula dengan cara berbeza." 305 00:16:34,326 --> 00:16:36,495 Gula ada rahsia kotor. 306 00:16:37,079 --> 00:16:39,498 Anda tidak rasa semuanya. 307 00:16:40,082 --> 00:16:41,875 Apabila anda makan kek, 308 00:16:41,959 --> 00:16:44,461 kristal gula larut di dalam mulut, 309 00:16:44,545 --> 00:16:47,464 dan molekul gula berada di seluruh tempat. 310 00:16:47,548 --> 00:16:51,135 Hanya sebahagian daripadanya menyentuh tunas rasa anda. 311 00:16:51,218 --> 00:16:53,679 Selebihnya? Anda cuma telan saja. 312 00:16:53,762 --> 00:16:56,557 Ia pergi ke tempat yang anda tak mahu. 313 00:16:57,057 --> 00:17:00,019 Kanji membuat puding rasa lebih manis kerana 314 00:17:00,102 --> 00:17:03,063 ia menyaluti lidah lalu menjadikannya lebih melekit 315 00:17:03,147 --> 00:17:05,607 jadi lebih banyak gula menyentuh tunas rasa anda. 316 00:17:06,150 --> 00:17:09,611 Ayah Eran fikir dia ada penyelesaian yang lebih cekap, 317 00:17:09,695 --> 00:17:14,408 memasukkan sesuatu ke dalam kristal gula, yang akan bertindak seperti… 318 00:17:14,491 --> 00:17:17,911 Span untuk molekul gula. 319 00:17:17,995 --> 00:17:21,623 Merendamkannya dan mencipta kristal baharu 320 00:17:21,707 --> 00:17:24,543 yang mengandungi kelompok besar molekul gula. 321 00:17:25,753 --> 00:17:29,048 Jadi, apabila anda makan dan kristal larut, 322 00:17:29,131 --> 00:17:33,052 lebih banyak molekul berpeluang menyentuh reseptor manis kita. 323 00:17:34,219 --> 00:17:36,764 Eran sangat yakin dengan idea ayahnya, 324 00:17:36,847 --> 00:17:38,557 lalu dia memulakan syarikat. 325 00:17:38,640 --> 00:17:40,267 DouxMatok. 326 00:17:40,350 --> 00:17:44,813 "Doux", manis" dalam bahasa Perancis, "matok", "manis" dalam bahasa Ibrani. 327 00:17:44,897 --> 00:17:47,483 "Du" juga bermaksud "berganda" dalam bahasa Ibrani. 328 00:17:47,566 --> 00:17:49,318 Jadi, "manis manis" 329 00:17:49,401 --> 00:17:51,320 atau "dua kali ganda manis." 330 00:17:51,403 --> 00:17:53,363 Mereka menemui silika, 331 00:17:53,447 --> 00:17:56,283 makanan tambahan biasa, ialah span yang hebat. 332 00:17:56,867 --> 00:17:58,827 Ia menghasilkan Incredo, 333 00:17:58,911 --> 00:18:00,996 hampir 100% gula 334 00:18:01,080 --> 00:18:04,958 namun disebabkan rasa gula terserlah, kita tak perlu makan banyak. 335 00:18:05,459 --> 00:18:07,461 Ramai orang teruja. 336 00:18:07,544 --> 00:18:10,839 Time menamakannya sebagai ciptaan terbaik 2020. 337 00:18:11,423 --> 00:18:13,425 Namun ia ada batasannya, 338 00:18:13,509 --> 00:18:15,302 iaitu air. 339 00:18:16,011 --> 00:18:20,516 Dengan Incredo, gula dan silika larut sebaik saja ia basah. 340 00:18:20,599 --> 00:18:22,726 Boom! Ia mengurai. 341 00:18:22,810 --> 00:18:25,562 Gula di sebelah sini, pembawa di sebelah sana. 342 00:18:25,646 --> 00:18:27,106 Keajaiban itu hilang. 343 00:18:28,190 --> 00:18:30,818 Badan kita berkembang untuk sebatian ini 344 00:18:30,901 --> 00:18:33,362 jadi ia takkan mudah memperdaya kita. 345 00:18:34,154 --> 00:18:36,073 Kita masih tak faham sepenuhnya. 346 00:18:37,616 --> 00:18:39,868 Namun kita terus belajar tentang gula, 347 00:18:39,952 --> 00:18:43,330 dan andaian biasa perlu dikemas kini. 348 00:18:44,164 --> 00:18:45,332 Pada tahun 2000, 349 00:18:45,415 --> 00:18:49,336 sirap jagung fruktosa tinggi dianggap gula yang paling jahat. 350 00:18:50,003 --> 00:18:52,131 Ia digelar "gula-gula syaitan," 351 00:18:52,214 --> 00:18:55,509 "ciptaan jahat," dan "dadah pemanis." 352 00:18:56,093 --> 00:18:57,761 Namun pemanis ini 353 00:18:57,845 --> 00:19:01,014 berkongsi struktur molekular yang sama seperti gula. 354 00:19:01,098 --> 00:19:02,766 Sama saja. 355 00:19:03,600 --> 00:19:05,269 Nektar agave dan madu 356 00:19:05,352 --> 00:19:08,772 dilihat sebagai alternatif lebih sihat untuk gula, namun… 357 00:19:08,856 --> 00:19:13,068 Sebenarnya, sama ada fruktosa, sukrosa, glukosa atau bentuk lain, 358 00:19:13,152 --> 00:19:15,112 badan anda tetap menganggap gula. 359 00:19:15,195 --> 00:19:19,032 Gula perang mengandungi nutrisi yang tiada pada gula putih, 360 00:19:19,116 --> 00:19:21,160 tapi ia sangat sedikit. 361 00:19:22,161 --> 00:19:24,246 Gula mentah juga bukanlah baik. 362 00:19:24,329 --> 00:19:26,498 Ia bukanlah begitu mentah, 363 00:19:26,582 --> 00:19:28,500 cuma sedikit halus. 364 00:19:29,501 --> 00:19:31,003 Jelasnya, 365 00:19:31,086 --> 00:19:34,298 pemanis tiruan takkan menyebabkan kanser. 366 00:19:34,715 --> 00:19:36,592 Menjelang awal tahun 2000, 367 00:19:36,675 --> 00:19:40,846 produk sakarin tidak perlu lagi membawa label amaran. 368 00:19:40,929 --> 00:19:43,390 Berbanding minuman manis bergula, 369 00:19:43,473 --> 00:19:45,851 minuman manis aspartame 370 00:19:45,934 --> 00:19:48,812 lebih selamat, 371 00:19:48,896 --> 00:19:50,439 pilihan yang lebih sihat. 372 00:19:50,522 --> 00:19:51,565 Saya juga 373 00:19:52,649 --> 00:19:55,235 mungkin akan kata begitu sehingga saya mati. 374 00:19:55,819 --> 00:19:57,738 Kajian baru-baru ini menyatakan 375 00:19:57,821 --> 00:20:01,241 pemanis tiruan bukan cara elok untuk turunkan berat badan, 376 00:20:01,325 --> 00:20:05,495 mungkin kerana ia mengubah komposisi bakteria dalam perut kita. 377 00:20:08,123 --> 00:20:10,834 Rasa manis ada mudaratnya, 378 00:20:10,918 --> 00:20:12,753 namun ada berita baik. 379 00:20:13,420 --> 00:20:15,756 Gula sebenarnya tidaklah terlalu bahaya 380 00:20:15,839 --> 00:20:18,008 seperti yang dimomokkan. 381 00:20:18,842 --> 00:20:21,678 Anda mungkin pernah dengar gula buat kanak-kanak hiper, 382 00:20:21,762 --> 00:20:24,514 namun idea itu berdasarkan data yang lemah. 383 00:20:25,307 --> 00:20:27,559 Kajian susulan tidak menemukan bukti 384 00:20:27,643 --> 00:20:31,813 yang gula mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak atau fungsi kognitif. 385 00:20:31,897 --> 00:20:34,858 Kelazimannya hari ini, 386 00:20:34,942 --> 00:20:36,818 seseorang akan kata, 387 00:20:36,902 --> 00:20:39,696 "Gula ialah tembakau baharu, 388 00:20:40,280 --> 00:20:42,115 dan kita patut hapuskannya." 389 00:20:42,199 --> 00:20:45,244 Anda mungkin dengar gula menyebabkan ketagihan. 390 00:20:45,327 --> 00:20:47,829 Sains kini menyatakan bahawa 391 00:20:47,913 --> 00:20:51,083 gula menyebabkan lebih ketagihan berbanding kokain. 392 00:20:51,166 --> 00:20:52,751 Lapan kali lebih teruk. 393 00:20:52,834 --> 00:20:54,753 Ketagihan heroin, kokain batu. 394 00:20:54,836 --> 00:20:58,674 Namun bukti itu sekali lagi, datang daripada kajian tikus. 395 00:20:59,466 --> 00:21:02,010 Jika perlu pilih antara pemberhentian gula 396 00:21:02,094 --> 00:21:03,929 dan pemberhentian kokain, 397 00:21:04,012 --> 00:21:05,806 anda pilihlah gula. 398 00:21:05,889 --> 00:21:11,520 Jelas sekali, terdapat suatu tahap ketagihan tinggi 399 00:21:11,603 --> 00:21:16,316 dan kesan psikologi pada kokain berbanding gula. 400 00:21:20,862 --> 00:21:24,533 Seperti saya selalu kata, "Gula bukan racun, tapi kuantitinya." 401 00:21:24,616 --> 00:21:26,618 Sedikit gula bukan masalah. 402 00:21:26,702 --> 00:21:30,122 Masalah timbul disebabkan kuantiti yang tinggi dan kerap. 403 00:21:30,205 --> 00:21:35,627 Di Amerika Syarikat, penggunaan gula telah menurun selama dua dekad yang lalu. 404 00:21:35,711 --> 00:21:40,841 Tapi makanan segera dan makanan ringan tidak menunjukkan penurunan. 405 00:21:40,924 --> 00:21:44,052 Jadi kadar obesiti terus meningkat. 406 00:21:44,136 --> 00:21:49,683 Masyarakat masih sangat kurang mengambil 407 00:21:49,766 --> 00:21:51,768 buah dan sayur segar, 408 00:21:52,519 --> 00:21:54,896 gandum, kekacang. 409 00:21:54,980 --> 00:21:56,690 Tiada siapa makan kekacang. 410 00:21:57,983 --> 00:22:00,819 Kita mungkin tiada kek dan tak dapat makan juga. 411 00:22:01,528 --> 00:22:03,697 Bukan begitu caranya. 412 00:22:04,239 --> 00:22:07,492 Namun kita semakin berjaya membuat kek yang lebih sihat. 413 00:22:08,160 --> 00:22:15,042 Pada 27 November 2020, ayah Eran meraikan hari jadi ke-102. 414 00:22:15,125 --> 00:22:17,794 Dia makan brownie. 415 00:22:17,878 --> 00:22:20,922 Kandungan gulanya dikurangkan 35%. 416 00:22:21,006 --> 00:22:22,591 Dia sukakannya. 417 00:22:22,674 --> 00:22:26,303 Dia benar-benar gembira. 418 00:22:26,803 --> 00:22:29,181 Tahniah! 419 00:22:29,264 --> 00:22:32,684 Kita patut cari diet yang lebih seimbang 420 00:22:32,768 --> 00:22:34,936 tanpa terlalu banyak gula. 421 00:22:35,020 --> 00:22:37,481 Namun, memusuhi sesuatu bahan 422 00:22:37,564 --> 00:22:39,733 adalah resipi mengundang kekalahan. 423 00:22:39,816 --> 00:22:43,528 Anda takkan konsisten dengan diet yang buat anda sengsara. 424 00:22:44,279 --> 00:22:48,283 Coklat gelap, terutamanya bar coklat gelap dengan kacang di dalamnya. 425 00:22:48,367 --> 00:22:51,787 Tanpa keraguan, itulah yang saya paling suka. 426 00:22:52,621 --> 00:22:55,749 Ia buat saya rasa bertenaga dan gembira. 427 00:22:55,832 --> 00:22:59,795 Tidur malam, saya tak sabar nak bangun dan makan pencuci mulut. 428 00:23:00,754 --> 00:23:04,424 Kita perlu kurangkan pengambilan gula. 429 00:23:04,508 --> 00:23:06,009 Sudah tentu. 430 00:23:06,093 --> 00:23:07,928 Pengambilan berlebihan, 431 00:23:08,512 --> 00:23:12,099 bukan pengambilan gula yang diperlukan. 432 00:23:40,335 --> 00:23:45,340 Terjemahan sari kata oleh Nur Fatehatul Ain