1 00:00:01,585 --> 00:00:03,253 Jaraknya beberapa hari dari sini. 2 00:00:03,337 --> 00:00:06,215 Abang. Kita akan meneroka dunia. 3 00:00:06,673 --> 00:00:10,177 Saksikanlah! Kita bakar ahli sihir. 4 00:00:10,260 --> 00:00:14,348 Pemburu Ahli Sihir gagal tangkap kita, tapi mesejnya tersebar luas. 5 00:00:14,848 --> 00:00:15,849 Mana Kofun? 6 00:00:15,933 --> 00:00:18,519 Tolong! Haniwa! 7 00:00:18,602 --> 00:00:19,603 SAYA MASIH HIDUP IKUT LALUAN 8 00:00:19,686 --> 00:00:22,022 - Abang tinggalkan pesanan. - Bagaimana awak tahu perkataan itu? 9 00:00:22,105 --> 00:00:23,690 Ia ilmu pengetahuan daripada kotak itu, mak. 10 00:00:23,774 --> 00:00:26,318 Kami dah membukanya. Kami belajar membaca dan menulis. 11 00:00:26,401 --> 00:00:27,778 Dan kami baca semua buku yang dia tinggalkan. 12 00:00:29,571 --> 00:00:31,031 Anak awak! 13 00:00:35,285 --> 00:00:36,286 Satu pesanan. 14 00:00:36,370 --> 00:00:39,456 Ia akan dihanyutkan ke hilir melalui lembah-lembah yang berbeza. 15 00:00:39,540 --> 00:00:41,917 Ada berita dari Makam Suria, tuanku. 16 00:00:42,000 --> 00:00:43,418 Ia belum berakhir. 17 00:02:50,003 --> 00:02:52,339 Akhirnya, mereka datang untuk memburu ahli sihir itu! 18 00:02:52,756 --> 00:02:54,550 Sebelum kita datang ke sini, 19 00:02:54,633 --> 00:02:57,720 kita berpeluang untuk menyerahkan mereka, 20 00:02:58,137 --> 00:02:59,972 tapi mereka telah menjampi awak semua. 21 00:03:00,389 --> 00:03:02,558 Inilah masa untuk awak bertaubat. 22 00:03:02,641 --> 00:03:04,393 Mari kita nyah mereka dari sini! 23 00:03:04,852 --> 00:03:08,439 Kerana merekalah, hidup kita dalam bahaya 24 00:03:08,522 --> 00:03:10,816 dan mereka harus bertanggungjawab atas dosa ini! 25 00:03:10,899 --> 00:03:12,818 Semua orang tahu... 26 00:03:12,901 --> 00:03:13,902 Pergi ke sungai... 27 00:03:13,986 --> 00:03:16,572 ...yang awaklah musuh sebenar kami selama ini! 28 00:03:17,448 --> 00:03:19,241 Tahan mereka! Jangan lepaskan mereka! 29 00:03:19,825 --> 00:03:21,493 Jangan biar mereka pergi! 30 00:03:21,577 --> 00:03:24,246 Kita akan guna mereka sebagai cagaran hidup kita. 31 00:03:24,329 --> 00:03:25,914 Saya dah menangkapnya! 32 00:03:25,998 --> 00:03:30,210 Berundur! Ahli sihir ini mengacukan pisau pada leher saya. 33 00:03:30,294 --> 00:03:31,503 Kita perlu pergi sekarang. 34 00:03:31,587 --> 00:03:32,963 Bawa mereka ke sungai. 35 00:03:33,881 --> 00:03:35,883 - Biar syaitan itu lalu! - Arca! 36 00:03:35,966 --> 00:03:37,634 Kita akan halau mereka tak lama lagi! 37 00:03:37,718 --> 00:03:38,719 Matal! 38 00:03:40,304 --> 00:03:41,347 Pergi. 39 00:03:42,848 --> 00:03:45,100 Ikut mereka. Hidup. 40 00:03:45,184 --> 00:03:46,185 Saya sayang mak. 41 00:04:02,576 --> 00:04:03,619 Matal. 42 00:04:08,707 --> 00:04:09,875 Apa yang dia buat? 43 00:04:11,418 --> 00:04:12,628 Bow? 44 00:04:12,711 --> 00:04:13,962 Saya mahu ikut awak. 45 00:04:14,463 --> 00:04:15,881 Ikut saya! Cepat! 46 00:04:17,424 --> 00:04:18,425 Kofun. 47 00:04:20,886 --> 00:04:22,554 Saya dah tak berguna untuk awak. 48 00:04:23,472 --> 00:04:24,515 Lepaskan saya. 49 00:04:25,265 --> 00:04:26,517 Dia patut mati. 50 00:04:27,351 --> 00:04:28,352 Tidak. 51 00:04:30,646 --> 00:04:31,647 Tidak. 52 00:04:34,942 --> 00:04:38,487 Jika saya syaitan, saya tentu seronok membunuh awak. 53 00:04:44,910 --> 00:04:46,662 Tapi kita bukan begitu. 54 00:05:45,220 --> 00:05:47,264 Saya Tamacti Jun. 55 00:05:49,141 --> 00:05:55,105 Jeneral Pemburu Ahli Sihir untuk Ratu Kane dan Pelindung Suci Payan. 56 00:05:55,189 --> 00:05:59,651 Pemburu Ahli Sihir, akhirnya awak datang untuk menyelamatkan kami. 57 00:06:00,319 --> 00:06:01,779 Melutut. 58 00:06:02,363 --> 00:06:03,364 Apa? 59 00:06:05,949 --> 00:06:06,950 Semuanya sekali. 60 00:06:20,839 --> 00:06:22,299 Untuk terus hidup... 61 00:06:23,550 --> 00:06:26,261 serahkan anak-anak Jerlamarel. 62 00:06:28,806 --> 00:06:30,683 Orang Alkenny ialah kaum yang baik. 63 00:06:32,768 --> 00:06:34,144 Kami hidup aman damai. 64 00:06:35,979 --> 00:06:37,231 Tolonglah. 65 00:06:38,732 --> 00:06:41,735 Pemburu Ahli Sihir, tolonglah. 66 00:06:43,195 --> 00:06:45,155 Ahli-ahli sihir itu dah tiada. 67 00:06:51,453 --> 00:06:53,288 Selagi belum terbukti salah... 68 00:06:54,957 --> 00:06:56,500 awak semua ahli sihir. 69 00:06:58,043 --> 00:06:59,503 Pelindung Suci! 70 00:07:00,796 --> 00:07:02,464 Ini Gether Bax! 71 00:07:03,340 --> 00:07:05,634 Ahli-ahli sihir itu dah melarikan diri! 72 00:07:06,677 --> 00:07:07,845 Ikut saya! 73 00:07:13,892 --> 00:07:15,019 Tunggu. Ia jalan mati. 74 00:07:15,436 --> 00:07:18,480 Tidak, nak. Kita akan turun di sini. 75 00:07:23,777 --> 00:07:24,778 Tengok. 76 00:07:28,240 --> 00:07:29,241 Ayah. 77 00:07:30,784 --> 00:07:32,953 Ayah bina sendiri? Seorang diri? 78 00:07:33,495 --> 00:07:36,081 Apa Jerlamarel boleh buat, Ayah boleh buat dengan lebih hebat. 79 00:07:36,165 --> 00:07:38,167 Apa dia? Apa yang di bawah sana? 80 00:07:38,584 --> 00:07:40,002 Kebebasan, mak. 81 00:07:43,297 --> 00:07:44,631 Ayah bina sebuah rakit. 82 00:07:48,427 --> 00:07:49,428 Anak. 83 00:07:51,972 --> 00:07:53,223 Bila ayah bina? 84 00:07:53,807 --> 00:07:55,017 Apabila ayah ada masa. 85 00:07:55,100 --> 00:07:56,727 Banyak yang kita boleh buat 86 00:07:56,810 --> 00:07:58,771 sebelum mata awak terbuka pada waktu pagi. 87 00:07:59,938 --> 00:08:00,939 Kenapa? 88 00:08:02,232 --> 00:08:04,777 Seperti awak, saya juga berharap hari ini takkan tiba. 89 00:08:05,986 --> 00:08:07,529 Tapi awak buat persediaan untuknya? 90 00:08:08,697 --> 00:08:12,034 Ya, benar. Dan kerananya, kita boleh terus hidup. 91 00:08:52,700 --> 00:08:54,201 Mereka yang telah lari itu... 92 00:08:55,327 --> 00:08:57,037 salah seorang daripadanya mahir membina? 93 00:08:57,454 --> 00:08:59,998 Ya, dia amat mahir. 94 00:09:04,002 --> 00:09:05,212 Pergi ke seberang. 95 00:10:14,281 --> 00:10:17,034 - Ayah. - Ayah tahu. Ayah boleh dengar. 96 00:10:19,370 --> 00:10:20,954 Beri ayah pedang. 97 00:10:40,683 --> 00:10:44,687 Mereka ada di depan sana. Di kedua-dua belah. 98 00:10:46,522 --> 00:10:49,692 Kita akan bergerak dengan senyap. 99 00:11:32,609 --> 00:11:34,737 Saya telah mencari awak... 100 00:11:36,822 --> 00:11:38,490 seumur hidup saya. 101 00:11:43,620 --> 00:11:46,331 Saya ada di sana semasa awak dilahirkan. 102 00:11:52,671 --> 00:11:54,715 Saya dengar tangisan pertama awak. 103 00:11:57,968 --> 00:12:03,557 Sejak itu, saya mengabdikan hidup saya untuk mencari awak semula. 104 00:12:08,312 --> 00:12:14,234 Saya telah mengorbankan banyak nyawa demi awak. 105 00:12:16,653 --> 00:12:17,905 Dan sekarang... 106 00:12:20,324 --> 00:12:21,825 apa pula seterusnya? 107 00:12:23,786 --> 00:12:27,122 Ada sebuah kampung berdekatan yang dipenuhi kaum keluarga awak 108 00:12:27,206 --> 00:12:31,001 yang sedang melutut dan merayu meminta ampun. 109 00:12:33,879 --> 00:12:36,673 Mungkin awak boleh mendapatkan keampunan untuk mereka. 110 00:12:40,177 --> 00:12:41,428 Cakap. 111 00:12:44,640 --> 00:12:46,934 Saya mahu dengar suara awak 112 00:12:47,017 --> 00:12:50,062 buat kali pertama sejak mereka dilahirkan. 113 00:12:53,107 --> 00:12:54,900 Umumkan kehadiran awak. 114 00:12:57,236 --> 00:13:00,280 Dan biar saya iring awak untuk menemui ratu awak. 115 00:13:03,826 --> 00:13:05,202 Lakukannya... 116 00:13:06,995 --> 00:13:08,872 dan penduduk kampung itu boleh terus hidup. 117 00:13:19,299 --> 00:13:20,342 Tak mahu? 118 00:14:37,294 --> 00:14:38,295 Tolong! 119 00:14:45,427 --> 00:14:46,428 Tidak! 120 00:15:00,442 --> 00:15:02,152 - Baba! - Maghra. 121 00:15:15,749 --> 00:15:16,750 Tunggu, mak. 122 00:15:32,391 --> 00:15:33,434 Tidak! 123 00:15:36,437 --> 00:15:37,479 Mak! 124 00:15:57,750 --> 00:15:58,751 Pergi! 125 00:16:07,134 --> 00:16:08,343 Arca! 126 00:16:36,622 --> 00:16:38,290 Apa yang ada di depan sana? 127 00:16:39,249 --> 00:16:40,501 Bolehkah kita kejar mereka? 128 00:16:41,835 --> 00:16:43,337 Saya cedera. 129 00:16:46,465 --> 00:16:48,092 Apa ada di hadapan sana? 130 00:16:50,010 --> 00:16:52,971 Mungkin awak boleh diselamatkan. 131 00:16:53,931 --> 00:16:55,974 Perairan terbuka, air dalam. 132 00:16:56,684 --> 00:16:57,851 Mereka akan bergerak laju. 133 00:16:58,519 --> 00:17:00,688 Awak takkan dapat kejar mereka. 134 00:17:02,314 --> 00:17:03,482 Tolong. 135 00:17:15,327 --> 00:17:17,413 Itu dia. Sekarang awak dah ada masa. 136 00:17:20,916 --> 00:17:23,919 Kembali ke kampung itu. Bunuh mereka semua. 137 00:17:27,089 --> 00:17:28,090 Utusan. 138 00:17:31,677 --> 00:17:33,262 Pesanan untuk Ratu Kane. 139 00:17:34,888 --> 00:17:36,640 Ahli sihir itu telah melepaskan diri. 140 00:18:36,408 --> 00:18:37,868 Tamacti Jun hantar berita. 141 00:18:39,203 --> 00:18:40,662 Dia berjaya kesan ahli-ahli sihir itu? 142 00:18:40,746 --> 00:18:43,374 Ya. Tapi mereka telah berjaya meloloskan diri. 143 00:18:44,375 --> 00:18:45,918 Sekali lagi? 144 00:18:47,628 --> 00:18:49,630 - Bagaimana? - Dia tak terangkan. 145 00:18:51,048 --> 00:18:52,758 Jadi kita perlu agak-agak saja 146 00:18:53,175 --> 00:18:55,719 atau reka cerita kita sendiri. 147 00:18:55,803 --> 00:18:57,137 Lady An, 148 00:18:57,888 --> 00:19:02,976 apabila Dewa Api membakar kulit kita, awak salahkan dewa atau diri sendiri? 149 00:19:04,311 --> 00:19:05,813 Kedua-duanya pun tidak, ratuku. 150 00:19:06,897 --> 00:19:09,274 Saya salahkan pembantu saya kerana tidak melindungi saya. 151 00:19:10,609 --> 00:19:14,029 Dewa-dewa tak bersalah. Tiada siapa yang salahkan tuanku. 152 00:19:15,572 --> 00:19:18,742 Tapi dengan berita ini bermakna Tamacti Jun harus pulang. 153 00:19:19,410 --> 00:19:21,161 Tidak. 154 00:19:21,453 --> 00:19:25,457 Tapi untuk mengejar mereka, Tamacti Jun perlukan lebih ramai askar. 155 00:19:25,791 --> 00:19:27,042 Tuanku, tolonglah... 156 00:19:27,126 --> 00:19:29,795 Hantar lagi askar. Hantar semuanya. 157 00:19:29,878 --> 00:19:32,172 Ada ayah dan ibu, 158 00:19:32,256 --> 00:19:33,799 suami dan isteri, 159 00:19:34,258 --> 00:19:35,801 anak-anak. 160 00:19:36,593 --> 00:19:39,471 Keluarga mereka menderita apabila mereka tiada. 161 00:19:39,555 --> 00:19:43,600 Mereka sudah bosan dengan perjuangan yang sia-sia ini. 162 00:19:43,684 --> 00:19:45,686 Mereka tak memahaminya. 163 00:19:46,770 --> 00:19:49,940 Mesin suci itu pun dah mengerang, tuanku. 164 00:19:51,275 --> 00:19:53,527 Para dewa pun tak memahaminya. 165 00:19:53,610 --> 00:19:56,613 Tapi awak faham pula apa yang dewa-dewa katakan? 166 00:19:56,697 --> 00:20:00,492 Ya! Mereka berkata "cukup"! Cukup! 167 00:20:05,122 --> 00:20:06,123 Nah... 168 00:20:08,459 --> 00:20:10,544 dalam perlembagaan purba kita. 169 00:20:16,341 --> 00:20:18,927 "Dan keturunan diraja akan mengetuai parlimen, 170 00:20:20,679 --> 00:20:22,723 dan akan terus memerintah sehingga baginda mangkat." 171 00:20:22,806 --> 00:20:24,308 Beta masih sihat. 172 00:20:24,391 --> 00:20:28,979 Tuanku, ini kata warga Payan. 173 00:20:29,063 --> 00:20:31,523 Sementara awak jarah mereka habis-habisan. 174 00:20:31,607 --> 00:20:35,819 Kesimpulannya, tuanku telah memburu mereka selama satu generasi. 175 00:20:35,903 --> 00:20:37,738 Namun, tiada seorang pun yang ditemui. 176 00:20:38,280 --> 00:20:40,199 Tuanku telah mengorbankan askar kita, 177 00:20:40,699 --> 00:20:42,659 menghabiskan harta kita. 178 00:20:42,743 --> 00:20:47,247 Tapi masih tiada bukti kewujudan kuasa jahat. 179 00:20:49,166 --> 00:20:50,167 Yang ada hanya... 180 00:20:51,919 --> 00:20:55,130 bekas kekasih yang telah meninggalkan tuanku. 181 00:20:59,009 --> 00:21:05,140 Mereka kata, kerajaan kita ditadbir atas dasar kekecewaan. 182 00:22:26,472 --> 00:22:28,182 Pesanan daripada Jerlamarel. 183 00:22:30,559 --> 00:22:35,356 Untuk diberikan kepada anak-anaknya apabila mereka bersedia meninggalkan kita. 184 00:22:36,732 --> 00:22:37,983 Ia untuk mata yang melihat. 185 00:22:41,028 --> 00:22:42,988 Ada lagi kejutan daripada Jerlamarel? 186 00:22:46,075 --> 00:22:47,785 Saya dah berjanji dengannya. 187 00:22:47,868 --> 00:22:51,663 Saya akan menyerahkannya hanya apabila mereka sudah bersedia. 188 00:22:52,873 --> 00:22:55,250 Itu pesanan terakhirnya. 189 00:22:56,335 --> 00:22:59,421 Janji terakhir saya kepadanya. 190 00:22:59,922 --> 00:23:01,006 Kita pasti? 191 00:23:02,800 --> 00:23:04,134 Ya. 192 00:23:05,886 --> 00:23:06,887 Teruskanlah. 193 00:23:12,810 --> 00:23:14,561 "Anak-anakku yang dikasihi... 194 00:23:17,481 --> 00:23:19,316 sungai ini ialah satu permulaan. 195 00:23:20,693 --> 00:23:23,779 Langkah pertama awak untuk kembali kepada ayah. 196 00:23:24,655 --> 00:23:27,866 Susuri sungai ini sehingga tiba di lavender itu. 197 00:23:28,367 --> 00:23:30,244 Jalan lavender yang hebat itu." 198 00:23:30,953 --> 00:23:32,621 Jalan lavender itu memang wujud. 199 00:23:33,372 --> 00:23:37,292 "Berjalanlah di sepanjang jalan lavender sehingga tiba di Rumah Kesedaran. 200 00:23:39,336 --> 00:23:41,880 Di sana, ayah akan bina sebuah kerajaan baru. 201 00:23:42,756 --> 00:23:45,384 Cahaya yang terang bersinar di dunia yang kelam. 202 00:23:45,843 --> 00:23:49,096 Satu hari nanti, awak akan datang kepada ayah dan berkongsi pengetahuan ayah. 203 00:23:49,888 --> 00:23:53,559 Dan berkongsi pengetahuan ini di setiap sudut dunia." 204 00:23:56,186 --> 00:23:58,313 - "Mereka yang melihat, ikutlah saya." - "...ikutlah saya." 205 00:23:58,397 --> 00:24:01,191 MEREKA YANG MELIHAT IKUTLAH SAYA 206 00:24:03,652 --> 00:24:07,406 Jadi, bagaimana? Kita susuri sungai? Sampai bila? 207 00:24:09,158 --> 00:24:10,492 Dia akan tinggalkan petunjuk. 208 00:24:13,495 --> 00:24:15,414 - Kita pasti berjaya. - Benarkah? 209 00:24:15,831 --> 00:24:17,332 Apa lagi pilihan kita? 210 00:24:17,416 --> 00:24:18,751 Kita ada pilihan. 211 00:24:22,421 --> 00:24:23,505 Dengar sini. 212 00:24:25,758 --> 00:24:27,009 Tengok sini. 213 00:24:38,604 --> 00:24:40,439 Semakin jauh perjalanan ini, 214 00:24:41,273 --> 00:24:44,234 lebih sukarlah cabarannya, 215 00:24:44,735 --> 00:24:48,113 dan lebih hebatlah perubahan mereka yang mengharunginya. 216 00:24:51,033 --> 00:24:52,743 Perjalanan seperti ini... 217 00:24:57,456 --> 00:24:58,999 Mereka yang berjaya melepasinya, 218 00:24:59,083 --> 00:25:03,295 malangnya, mungkin tak sama seperti sekarang apabila ia tamat nanti. 219 00:25:20,145 --> 00:25:22,940 Jawapan apakah yang Rumah Kesedaran akan beri 220 00:25:23,023 --> 00:25:26,985 kepada kita jika kita bukan lagi orang yang sama? 221 00:25:34,118 --> 00:25:38,956 Mak akan ikut undi majoriti, tapi dengar dulu cakap mak. 222 00:25:40,833 --> 00:25:45,421 Kita boleh pilih untuk hidup seperti sediakala. 223 00:25:45,879 --> 00:25:47,756 Kita boleh sentiasa mendahului Pemburu Ahli Sihir 224 00:25:47,840 --> 00:25:50,759 yang pasti sedang meneruskan pemburuannya. 225 00:25:52,177 --> 00:25:55,723 Kita juga boleh pergi jauh ke tempat yang dia takkan dapat kesan... 226 00:25:57,141 --> 00:26:02,521 dan hidup secara sederhana dan tenang 227 00:26:03,313 --> 00:26:04,565 bersama-sama. 228 00:26:12,448 --> 00:26:19,204 Mak, saya mungkin takkan mengenali diri sendiri 229 00:26:19,955 --> 00:26:21,915 jika saya tak tahu asal usul saya. 230 00:26:25,127 --> 00:26:29,506 Dan itu mustahil jika saya tak kenal Jerlamarel. 231 00:26:35,763 --> 00:26:36,847 Awak pula bagaimana? 232 00:26:39,975 --> 00:26:44,146 Saya rasa saya tak ditakdirkan untuk bersembunyi di dunia ini. 233 00:26:45,189 --> 00:26:47,858 Saya tak mahu menjadi orang yang tak mempedulikan kebenaran 234 00:26:47,941 --> 00:26:49,860 kerana takut akan makna di sebaliknya. 235 00:26:54,615 --> 00:26:55,616 Baik. 236 00:27:00,079 --> 00:27:01,497 Boleh kita buat undian sekarang? 237 00:27:03,791 --> 00:27:06,377 Siapa mahu tinggalkan sungai ini dan mencari tempat berlindung? 238 00:27:06,794 --> 00:27:07,795 Chet-chet. 239 00:27:08,796 --> 00:27:09,797 Chet-chet. 240 00:27:12,591 --> 00:27:15,594 Siapa mahu mengikut jejak Jerlamarel? 241 00:27:15,677 --> 00:27:17,221 - Chet-chet. - Chet-chet. 242 00:27:18,681 --> 00:27:19,765 Chet-chet. 243 00:27:24,019 --> 00:27:26,021 Ada seorang saja lagi yang belum mengundi. 244 00:27:30,943 --> 00:27:33,070 - Tidak. - Kita satu puak, Haniwa. 245 00:27:33,153 --> 00:27:34,780 Kita satu puak. 246 00:27:35,656 --> 00:27:36,657 Kita. 247 00:27:37,574 --> 00:27:40,494 Kita sama-sama mengharungi semua ini sejak mula lagi. 248 00:27:40,911 --> 00:27:42,329 Saya setuju dengan Paris. 249 00:27:42,746 --> 00:27:45,165 Sekarang, kita sajalah saki-baki kaum Alkenny 250 00:27:45,249 --> 00:27:47,334 dan Bow Lion sebahagian daripada kita. 251 00:27:47,418 --> 00:27:50,045 Kaum Alkenny sanggup serahkan kami kepada Pemburu Ahli Sihir 252 00:27:50,129 --> 00:27:51,588 demi nyawa mereka. 253 00:27:52,005 --> 00:27:53,924 Mereka buat kerana terpaksa. 254 00:27:54,675 --> 00:27:57,594 Tapi mereka ajar awak, beri awak makan, 255 00:27:58,053 --> 00:27:59,888 sayang awak dan berkawan dengan awak. 256 00:28:01,223 --> 00:28:03,851 Mereka tinggalkan kediaman mereka untuk menyelamatkan awak. 257 00:28:03,934 --> 00:28:06,603 Namun, sebaik saja ada peluang, mereka khianati kita semua. 258 00:28:08,313 --> 00:28:10,649 Ada enam orang di atas rakit ini dan semua undi penting. 259 00:28:10,733 --> 00:28:11,734 Tidak. 260 00:28:13,902 --> 00:28:16,739 Dia tiada kaitan dengan semua ini. 261 00:28:16,822 --> 00:28:17,906 Haniwa. 262 00:28:19,783 --> 00:28:21,493 Saya mahu menyusuri sungai ini. 263 00:28:25,706 --> 00:28:27,875 Saya setuju dengan Haniwa dan Kofun. 264 00:28:29,126 --> 00:28:32,629 Arca, Matal, ibu saya... 265 00:28:34,715 --> 00:28:37,176 Pengorbanan kami sia-sia jika kami mengalah sekarang. 266 00:28:39,303 --> 00:28:41,430 Jadi keputusan dah muktamad. 267 00:28:53,233 --> 00:28:54,234 Jeneral! 268 00:28:54,735 --> 00:28:55,861 Berikan laporan. 269 00:28:56,320 --> 00:28:57,571 Ada berita baik, Jeneral. 270 00:28:57,988 --> 00:29:00,574 Kami percaya laluan di hadapan berbahaya, tapi boleh dilalui. 271 00:29:00,657 --> 00:29:04,036 Kita tak perlu berkhemah lebih daripada separuh hari untuk meninjau kawasan ini. 272 00:29:04,119 --> 00:29:07,456 Kita takkan berhenti selagi kita belum mati 273 00:29:07,539 --> 00:29:11,126 atau menemui anak-anak Jerlamarel. Faham? 274 00:29:12,002 --> 00:29:13,754 - Faham. - Bagus. 275 00:29:14,296 --> 00:29:15,714 Jalan! 276 00:29:22,888 --> 00:29:24,973 - Ia harus dibuat. - Bunuh ratu? 277 00:29:25,057 --> 00:29:26,058 Seorang dewa? 278 00:29:26,141 --> 00:29:27,685 Siapa antara kita yang masih percaya? 279 00:29:27,768 --> 00:29:29,687 Apa yang kita percaya tak penting. 280 00:29:29,770 --> 00:29:32,231 Ramai rakyat jelata yang masih percaya yang dia dewa. 281 00:29:32,314 --> 00:29:37,111 - Jika kita menggulingkan... - Dewa mereka, mereka akan memberontak. 282 00:29:37,194 --> 00:29:39,279 - Kita ada tentera. - Mereka tak ramai. 283 00:29:39,363 --> 00:29:42,074 Jika begitu, kita tak boleh menggulingnya sendiri. 284 00:29:42,157 --> 00:29:45,577 Jika kita takut untuk melakukannya, siapa lagi yang berani melakukannya? 285 00:29:46,578 --> 00:29:48,997 Hanya dewa saja yang boleh membunuh seorang dewa. 286 00:29:50,416 --> 00:29:54,169 Kemangkatannya tak boleh melibatkan pergelutan, kematian atau senjata. 287 00:29:54,586 --> 00:29:57,673 Tak boleh ada bukti penglibatan manusia langsung. 288 00:29:58,966 --> 00:30:00,843 Kemudian, rakyat jelata 289 00:30:00,926 --> 00:30:05,848 akan mendapat tahu yang ratu mereka ditimpa musibat akibat kuasa dewa. 290 00:30:07,016 --> 00:30:10,769 Dan mereka akan kata, "Inilah namanya keadilan." 291 00:30:30,414 --> 00:30:31,832 Beta terlalu mengasihani. 292 00:30:39,798 --> 00:30:41,133 Kita boleh berdoa. 293 00:30:44,928 --> 00:30:46,722 Beta hanya mendoakan kebenaran. 294 00:30:49,016 --> 00:30:50,434 Apa yang awak dengar? 295 00:30:52,394 --> 00:30:54,355 Bisikan tentang tuanku. 296 00:30:56,065 --> 00:30:59,193 Siapa yang berbisik? Lady An? Lord Dune? 297 00:31:00,569 --> 00:31:02,196 Ya, dan lain-lain. 298 00:31:04,823 --> 00:31:06,033 Beritahu beta nama mereka. 299 00:31:09,453 --> 00:31:12,122 Mereka semua, tuanku. 300 00:31:19,963 --> 00:31:22,758 MEREKA YANG MELIHAT IKUTLAH SAYA 301 00:31:48,409 --> 00:31:51,203 - Kenapa awak buat begitu? - Buat apa? 302 00:31:52,329 --> 00:31:54,540 Awak tak ada sebab untuk pergi bersama kami. 303 00:31:54,623 --> 00:31:56,792 Jika awak undi untuk menentang kami, awak tak perlu pergi. 304 00:31:58,919 --> 00:31:59,962 Mereka dah tiada. 305 00:32:01,922 --> 00:32:03,590 Semua orang dah tiada. 306 00:32:05,175 --> 00:32:07,010 Ke mana lagi saya boleh pergi? 307 00:32:10,222 --> 00:32:14,059 Tapi awak masih buat pilihan yang lebih sukar. 308 00:32:14,476 --> 00:32:17,980 Pilihan yang lebih berbahaya. Kenapa? 309 00:32:20,357 --> 00:32:22,609 Saya kurang mengenali awak dan adik awak. 310 00:32:23,569 --> 00:32:26,030 Tak seperti penduduk kampung yang lain. 311 00:32:27,656 --> 00:32:30,242 Kerana hanya kami berdua saja yang awak tak boleh intip. 312 00:32:31,326 --> 00:32:33,245 Saya tahu awak seorang lembaga. 313 00:32:35,414 --> 00:32:37,416 Saya mungkin tak tahu semua rahsia awak... 314 00:32:38,917 --> 00:32:41,712 tapi semua orang tahu tentang kemarahan adik awak. 315 00:32:43,922 --> 00:32:45,674 Saya buat pilihan itu kerana... 316 00:32:47,092 --> 00:32:50,804 semuanya sama saja bagi saya dan saya tak mahu bergaduh lagi hari ini. 317 00:32:53,432 --> 00:32:55,726 Dia tak marah. 318 00:32:56,268 --> 00:32:58,312 Maksud saya, dia tak marahkan awak. 319 00:32:59,980 --> 00:33:05,152 Semua ini terlalu berat baginya dan dia cuma buat yang terbaik. 320 00:33:05,235 --> 00:33:07,738 Kadangkala, usahanya itu buat dia nampak seperti dia marah. 321 00:33:13,660 --> 00:33:15,287 Tidakkah ia juga sukar bagi awak? 322 00:33:26,590 --> 00:33:29,885 Terima kasih kerana cuba bercakap dengan saya. 323 00:33:32,680 --> 00:33:34,515 Sekarang, saya ingin bersendirian. 324 00:33:47,861 --> 00:33:49,238 Hei, ayah perlukan bantuan? 325 00:33:49,863 --> 00:33:52,241 Ya. Ayah buat benda ini. 326 00:33:52,866 --> 00:33:54,868 - Berikannya kepada Bow. - Okey. 327 00:33:55,285 --> 00:33:56,537 Ini untuk awak dan Haniwa. 328 00:33:57,955 --> 00:33:59,581 Kita perlu berehat untuk malam ini. 329 00:34:00,582 --> 00:34:02,751 Dia perlu berehat berdekatan api. 330 00:34:08,257 --> 00:34:09,258 Baik. 331 00:34:13,887 --> 00:34:15,097 Awak tak apa-apa? 332 00:34:22,271 --> 00:34:24,314 Dia tak pernah bercakap seperti itu dengan saya. 333 00:34:25,566 --> 00:34:27,317 Dia pernah bertengkar dengan saya. 334 00:34:27,401 --> 00:34:30,154 Banyak kali lawan cakap saya, tapi... 335 00:34:33,490 --> 00:34:35,951 ini sesuatu yang amat berbeza. 336 00:34:40,456 --> 00:34:44,585 Jika undian itu seri dan saya menentang undiannya, 337 00:34:45,169 --> 00:34:47,379 entah apa yang dia akan buat. 338 00:34:52,593 --> 00:34:55,804 Kita suruh mereka sembunyikan rahsia mereka seumur hidup mereka. 339 00:34:57,681 --> 00:35:01,352 Yang mereka tak selamat jika rahsia mereka diketahui. 340 00:35:03,812 --> 00:35:08,067 Kita tak pernah tahu siapa mereka yang sepatutnya. 341 00:35:09,902 --> 00:35:11,527 Mana mungkin mereka tahu? 342 00:35:14,156 --> 00:35:17,117 Mungkin apabila perjalanan kita semakin jauh, 343 00:35:18,243 --> 00:35:21,121 mereka akan lebih bebas untuk mengetahuinya. 344 00:35:57,658 --> 00:36:02,663 Tuanku? Dayang tuanku dah serahkan undangan saya? 345 00:36:03,163 --> 00:36:05,290 Sudah, Lady An. 346 00:36:05,374 --> 00:36:08,085 Tuanku, silakan. 347 00:36:22,141 --> 00:36:25,019 Haruman seks dan nyanyian burung. 348 00:36:25,686 --> 00:36:27,229 Ia gabungan yang indah. 349 00:36:27,896 --> 00:36:29,440 Seperti yang saya terangkan dalam undangan saya, 350 00:36:29,523 --> 00:36:32,109 saya dah sediakan sesuatu yang istimewa untuk tuanku. 351 00:36:35,404 --> 00:36:37,239 Mereka yang tak diundang, tolong keluar. 352 00:36:46,081 --> 00:36:49,293 Ada lagu baru. Burung baru. 353 00:36:50,294 --> 00:36:52,921 Tuanku akan menjadi orang pertama di istana ini yang mendengarnya. 354 00:36:55,299 --> 00:36:57,384 Siapa yang akan berkongsi keseronokan ini bersama beta? 355 00:36:59,053 --> 00:37:00,846 Saya, tuanku. 356 00:37:02,014 --> 00:37:03,015 Dengan izin tuanku. 357 00:37:03,098 --> 00:37:06,060 Sudah tentu, Lord Dune. Beta memang dah agak. 358 00:37:06,977 --> 00:37:12,358 Kami rasa burung baru itu tersasar daripada haluannya kerana ditiup ribut. 359 00:37:13,692 --> 00:37:18,364 Pemikat burung saya terdengar ia menyanyi di pokok epal dan dapat menangkapnya. 360 00:37:19,948 --> 00:37:21,867 Jika begitu, dia akan diberikan ganjaran. 361 00:37:22,493 --> 00:37:25,412 Begitu juga dengan Lady An, dan Lord Dune, kerana teringatkan saya. 362 00:37:26,497 --> 00:37:28,082 Ini tetamu terbaru kita. 363 00:37:38,801 --> 00:37:40,344 Beta tak dengar sebarang lagu. 364 00:37:40,427 --> 00:37:46,016 Saya diberitahu yang burung ini hanya menyanyi jika dipegang dengan tangan. 365 00:37:47,685 --> 00:37:49,937 Tuanku boleh menjadi orang pertama yang memegangnya. 366 00:37:52,189 --> 00:37:53,357 Baiklah... 367 00:37:53,440 --> 00:37:56,568 bukalah pintu sangkarnya, Lord Dune. 368 00:38:09,790 --> 00:38:12,876 Burung biasanya menggeletar apabila bersama manusia, tapi burung ini tak pula. 369 00:38:13,168 --> 00:38:16,380 Mungkin ia tak berasa takut. 370 00:38:25,681 --> 00:38:27,307 Dan beta pun tak berasa takut. 371 00:38:27,391 --> 00:38:31,270 Seluruh ahli parlimen beta mahu beta mangkat, 372 00:38:31,353 --> 00:38:33,605 seluruh bandar ini pun mahu beta mangkat. 373 00:38:33,689 --> 00:38:38,360 Beta tak mahu mangkat untuk kota ini. Sebaliknya, ia akan mati untuk beta. 374 00:38:41,864 --> 00:38:43,073 Awak boleh mati dulu. 375 00:38:58,005 --> 00:38:59,006 Okey. 376 00:39:08,140 --> 00:39:09,641 Kita dah berjalan jauh. 377 00:39:10,225 --> 00:39:13,687 Selagi kita bergerak pada waktu siang, kita akan selamat. 378 00:39:13,771 --> 00:39:17,775 Tapi seseorang perlu berjaga pada waktu malam dan menjaga api ini. 379 00:39:22,488 --> 00:39:23,697 Mari duduk dengan mak. 380 00:39:38,670 --> 00:39:39,713 Mak... 381 00:39:39,797 --> 00:39:43,592 Jadi, bagaimana awak bayangkan tempat itu? 382 00:39:51,600 --> 00:39:53,060 Bagaimana keadaannya? 383 00:39:53,769 --> 00:39:56,939 "Di sana, ayah akan bina sebuah kerajaan baru," katanya. 384 00:39:59,316 --> 00:40:02,653 Kita akan mempertaruhkan nyawa dan keselamatan untuk ke sana. 385 00:40:03,404 --> 00:40:04,697 Beritahulah mak. 386 00:40:05,864 --> 00:40:08,617 Bagaimana awak bayangkan kerajaan itu? 387 00:40:14,289 --> 00:40:15,457 Baiklah... 388 00:40:22,464 --> 00:40:23,882 Saya bayangkan... 389 00:40:26,051 --> 00:40:31,557 sebuah tempat di mana kita ingat pelbagai benda. 390 00:40:33,642 --> 00:40:36,186 Bagaimana keadaan segala-galanya bagi kita dulu. 391 00:40:38,313 --> 00:40:40,065 Dan bagaimana diri kita dulu. 392 00:40:42,484 --> 00:40:43,527 Tentang... 393 00:40:45,362 --> 00:40:48,323 cara menggunakan ilmu itu untuk memperbaiki keadaan sekarang. 394 00:40:52,369 --> 00:40:53,787 Saya bayangkan... 395 00:40:55,414 --> 00:40:57,541 sebuah tempat di mana... 396 00:40:59,334 --> 00:41:01,545 saya tidak lagi dianggap pelik. 397 00:41:04,381 --> 00:41:07,259 Di mana saya boleh membantu membina sesuatu yang penting... 398 00:41:08,302 --> 00:41:10,971 dan melakukannya tanpa menyembunyikan diri saya yang sebenar. 399 00:41:14,725 --> 00:41:17,978 Jika ayah awak telah bina sebuah kerajaan, maka, awak puterinya. 400 00:41:22,691 --> 00:41:24,234 Ia bukan begitu. 401 00:41:25,069 --> 00:41:28,113 Saya akan ikut cakapnya Apa cara saja untuk membantunya. 402 00:41:28,197 --> 00:41:30,783 Siapakah mak dalam kerajaan itu nanti? 403 00:41:32,493 --> 00:41:33,994 Mak akan jadi permaisurinya. 404 00:41:38,457 --> 00:41:39,917 Mak tak rasa begitu. 405 00:41:41,543 --> 00:41:43,462 Seorang raja yang berpenglihatan, 406 00:41:44,630 --> 00:41:47,383 puteri dan putera yang berpenglihatan. 407 00:41:48,759 --> 00:41:50,427 Mak seorang saja yang buta. 408 00:41:52,930 --> 00:41:54,807 Mak pula yang akan dianggap pelik. 409 00:41:56,392 --> 00:41:58,102 Yang orang kata lemah. 410 00:41:58,185 --> 00:42:00,270 Saya takkan biar sesiapa kata mak lemah. 411 00:42:00,604 --> 00:42:02,064 Mak tahu. 412 00:42:06,610 --> 00:42:11,407 Ia amat penting untuk saya pergi ke tempat itu. 413 00:42:12,491 --> 00:42:14,410 Tapi ia bukan untuk saya. 414 00:42:15,494 --> 00:42:17,121 Ia untuk kita semua. 415 00:42:19,707 --> 00:42:23,001 Hidup kita tentu lebih baik di sana. Saya amat yakin sekali. 416 00:42:32,678 --> 00:42:34,263 Kita patut berehat sebentar. 417 00:42:36,390 --> 00:42:37,433 Okey. 418 00:44:23,455 --> 00:44:25,749 Kofun, pedang ayah dah hilang. 419 00:44:25,833 --> 00:44:27,167 Busur saya pun dah hilang juga. 420 00:44:27,751 --> 00:44:29,545 - Maghra. - Bow, periksa rakit. 421 00:44:29,628 --> 00:44:31,046 - Chet-chet. - Maghra. 422 00:44:31,130 --> 00:44:33,298 - Ayah ingat ada orang yang berjaga. - Bangun. 423 00:44:33,382 --> 00:44:34,591 - Memang kami berjaga. - Bangun. 424 00:44:34,675 --> 00:44:36,051 Bagaimana ini boleh berlaku? 425 00:44:36,510 --> 00:44:38,887 Seseorang datang ke sini, kami tak terjaga 426 00:44:38,971 --> 00:44:41,181 - dan awak berdua langsung tak sedar? - Saya tak tahu. 427 00:44:42,307 --> 00:44:44,018 Semuanya dah hilang, bukan? 428 00:44:45,019 --> 00:44:47,396 - Tolong ayah. Kita perlu beredar. - Okey. Mari. 429 00:44:47,479 --> 00:44:48,605 Kita tak boleh pergi. 430 00:44:48,689 --> 00:44:49,940 Kita harus pergi. 431 00:44:50,983 --> 00:44:54,445 Hanya senjata saja yang hilang. Ia boleh diganti. 432 00:44:54,528 --> 00:44:56,321 - Saya hilang sesuatu. - Mari. 433 00:44:57,114 --> 00:44:58,198 Apa yang hilang? 434 00:44:58,282 --> 00:45:02,202 Sebuah kantung kecil. Ia lembut. Sebesar penumbuk. 435 00:45:02,286 --> 00:45:03,662 Apa kandungannya? 436 00:45:03,746 --> 00:45:07,332 Sesuatu yang amat penting bagi saya. Satu-satunya peninggalan ayah saya. 437 00:45:07,416 --> 00:45:10,085 - Ia saja warisan ayah saya. Ia... - Okey. 438 00:45:10,169 --> 00:45:13,881 Ia tak dapat diganti! Kita perlu mencari dan mendapatkannya semula. 439 00:45:13,964 --> 00:45:16,550 - Tapi, mak, apa bendanya? - Ia penting. 440 00:45:18,093 --> 00:45:19,803 Maghra, dengar... 441 00:45:19,887 --> 00:45:21,347 Boleh awak tolong... 442 00:45:21,430 --> 00:45:24,516 Jangan banyak soal. Tolong saya mencarinya. 443 00:45:26,143 --> 00:45:28,979 Sayang, kita tak bersenjata. 444 00:45:29,688 --> 00:45:32,483 Orang yang datang malam tadi mungkin kembali. 445 00:45:32,566 --> 00:45:34,943 Dan Pemburu Ahli Sihir ada di luar sana. 446 00:45:35,027 --> 00:45:36,779 Jika kita tunggu lebih lama, dia akan menemui kita. 447 00:45:36,862 --> 00:45:38,447 Jika begitu, kita perlu cari cepat. 448 00:45:40,407 --> 00:45:44,745 Saya tak tahu bagaimana untuk menjelaskan hubungan saya dengan ayah saya. 449 00:45:44,828 --> 00:45:46,080 Ia rumit. 450 00:45:46,538 --> 00:45:49,041 Dan saya fikir awak akan memahaminya. 451 00:45:56,548 --> 00:46:00,761 Segala yang saya rahsiakan daripada awak adalah demi keselamatan kita semua. 452 00:46:01,303 --> 00:46:04,682 Segala yang awak rahsiakan daripada saya adalah demi keselamatan kita semua. 453 00:46:06,475 --> 00:46:08,102 Tolonglah bantu saya memahaminya. 454 00:46:08,769 --> 00:46:13,023 Jelaskan sebab kita perlu membahayakan nyawa anak-anak kita. 455 00:46:14,566 --> 00:46:15,776 Saya tahu. 456 00:46:17,820 --> 00:46:20,864 Apa yang penting sangat sehingga awak masih merahsiakannya? 457 00:46:22,449 --> 00:46:23,659 - Saya akan cari. - Jangan. 458 00:46:24,743 --> 00:46:25,828 Haniwa. 459 00:46:26,412 --> 00:46:28,497 Dia faham permintaan ayah. 460 00:46:29,248 --> 00:46:30,457 Saya akan carikan untuk mak. 461 00:46:31,458 --> 00:46:34,044 Jika ia perompak sungai, mereka separuh hari perjalanan dari sini. 462 00:46:34,128 --> 00:46:35,754 Jika ia Opayol, mereka mungkin beratus-ratus. 463 00:46:35,838 --> 00:46:37,589 Mereka semua takkan nampak saya. 464 00:46:37,673 --> 00:46:40,426 Awak sedarkah yang kita amat bernasib baik kerana berjaya elak Pemburu Ahli Sihir? 465 00:46:41,051 --> 00:46:42,636 Sangat bernasib baik. 466 00:46:42,720 --> 00:46:44,638 Satu lagi pertarungan dan tanpa senjata? 467 00:46:44,722 --> 00:46:47,141 Saya tak suruh kita bertarung, ayah. 468 00:46:48,017 --> 00:46:49,143 Orang yang mencurinya... 469 00:46:49,810 --> 00:46:52,021 tak boleh berlawan dengan saya jika mereka tak sedar kewujudan saya. 470 00:46:52,104 --> 00:46:55,649 Lagipun, kita tak tahu siapa mereka. Sekurang-kurangnya, kita perlu cuma... 471 00:46:55,733 --> 00:46:57,192 Rasanya saya tahu. 472 00:46:59,278 --> 00:47:02,448 - Apa? - Saya tahu siapa yang curi barang kita. 473 00:47:04,158 --> 00:47:06,535 - Apa maksud awak? - Tengoklah. 474 00:47:09,246 --> 00:47:12,082 Ada apa? Apa yang awak nampak? 475 00:47:26,638 --> 00:47:28,599 Beritahu ayah. Apa dia? 476 00:47:32,269 --> 00:47:33,312 Beritahu ayah. 477 00:47:47,242 --> 00:47:48,786 Masanya dah tiba, tuanku. 478 00:47:49,411 --> 00:47:51,538 Berita kematian Lady An telah tersebar. 479 00:47:51,622 --> 00:47:54,625 Tunjuk perasaan yang membantah tindakan tuanku membunuh para bangsawan 480 00:47:54,708 --> 00:47:56,418 sudah bermula dalam kalangan rakyat. 481 00:47:57,211 --> 00:48:00,339 Pengawal istana sedang menghalang mereka, tapi entah sampai bila. 482 00:48:07,554 --> 00:48:08,847 Tuanku? 483 00:48:11,684 --> 00:48:13,060 Apa akan berlaku selepas ini? 484 00:48:15,020 --> 00:48:17,147 Para bangsawan yang lain sedang bersidang. 485 00:48:17,231 --> 00:48:20,526 Jika mereka dapat sokongan pembantah, entah apa mereka akan buat. 486 00:49:38,562 --> 00:49:43,359 Dewa, dengan kuasa yang kami rasai, namun tak dapat disentuh... 487 00:49:46,987 --> 00:49:48,530 Aku terima takdirku. 488 00:49:50,074 --> 00:49:52,368 Aku bersyukur kepadamu kerana boleh memilih saat ini. 489 00:51:51,403 --> 00:51:55,199 Jerlamarel, sayangku, awak tak datang kepada saya. 490 00:51:56,533 --> 00:51:58,243 Jadi, saya akan pergi menemui awak. 491 00:53:26,040 --> 00:53:27,958 Terjemahan sari kata oleh Noorsalwati Nordin