1 00:00:07,841 --> 00:00:10,427 SEBUAH SIRI NETFLIX 2 00:00:21,021 --> 00:00:23,523 Hei! Saya dah suruh awak bangun. 3 00:00:23,606 --> 00:00:25,900 Mereka tunggu awak di makmal dalam sepuluh minit. 4 00:00:26,401 --> 00:00:27,485 Okey. 5 00:00:41,791 --> 00:00:44,252 Apa? Macam mana kamu masuk? 6 00:00:44,335 --> 00:00:46,129 Saya dalam kepala awak. 7 00:00:47,922 --> 00:00:50,300 - Siapa kamu? - Awak tak ingat saya? 8 00:00:53,428 --> 00:00:55,972 Kamu budak di sekolah Dion. 9 00:00:56,056 --> 00:00:56,890 Teruskan. 10 00:01:02,312 --> 00:01:04,647 Kita tak saling mengenali. 11 00:01:04,731 --> 00:01:07,192 Awak tak ingat saya, tapi saya ingat awak. 12 00:01:08,193 --> 00:01:09,444 Awak ambil ayah saya! 13 00:01:10,361 --> 00:01:11,362 Pergi! 14 00:01:30,006 --> 00:01:31,216 Tidak, berhati-hati! 15 00:01:31,299 --> 00:01:33,384 Benda itu makin dekat! 16 00:01:33,468 --> 00:01:34,427 Tidak! 17 00:01:34,928 --> 00:01:35,762 Ayah! 18 00:01:36,721 --> 00:01:37,639 Brayden! 19 00:01:37,722 --> 00:01:40,809 - Ayah! - Tidak! 20 00:01:40,892 --> 00:01:42,227 Tidak! 21 00:01:43,144 --> 00:01:44,521 Itu yang saya ingat. 22 00:01:47,357 --> 00:01:48,316 Itu bukan saya. 23 00:01:49,859 --> 00:01:51,111 Itu bukan diri saya. 24 00:01:51,194 --> 00:01:54,781 Orang selalu kata begitu selepas buat sesuatu yang teruk! 25 00:01:54,864 --> 00:01:56,074 Tapi memang awak! 26 00:01:56,699 --> 00:01:58,743 Awak bunuh ayah saya. Awak bunuh mak cik saya. 27 00:01:58,827 --> 00:02:00,203 Bukan itu saja. 28 00:02:04,374 --> 00:02:05,250 Oh, Tuhan. 29 00:02:10,296 --> 00:02:11,756 Kamu ada Tenaga Bengkok. 30 00:02:15,260 --> 00:02:18,263 Okey, tolonglah, 31 00:02:19,139 --> 00:02:20,431 jangan mengalah. 32 00:02:21,266 --> 00:02:23,017 Lawanlah, okey? 33 00:02:23,101 --> 00:02:27,188 Tenaga itu makan impuls yang paling gelap, cemburu dan kebencian kamu. 34 00:02:27,272 --> 00:02:30,191 Tenaga itu akan ambil alih hidup kamu dan kamu tak mahu itu. 35 00:02:31,067 --> 00:02:32,110 Awak yang mahu. 36 00:02:32,944 --> 00:02:33,903 Tidak. 37 00:02:33,987 --> 00:02:36,030 Saya boleh lihat dalam kepala awak! 38 00:02:36,114 --> 00:02:39,200 Tenaga Bengkok musnahkan hidup saya! Jangan dekat! 39 00:02:39,284 --> 00:02:41,619 Saya dah cakap, saya dalam kepala awak! 40 00:02:41,703 --> 00:02:43,163 Keluar! 41 00:02:43,246 --> 00:02:46,166 Okey. Saya perlu selesaikan tujuan kami datang ke sini. 42 00:02:46,249 --> 00:02:50,670 Jika awak beritahu sesiapa, saya akan kembali! 43 00:03:01,514 --> 00:03:04,851 KELUARAN #205 KAU LAWAN AKU 44 00:03:20,408 --> 00:03:21,826 Kita dah sampai! 45 00:03:23,453 --> 00:03:25,997 Pengasingan menyeluruh di hutan. 46 00:03:26,539 --> 00:03:27,373 Hore. 47 00:03:31,502 --> 00:03:32,921 Hei, Tevin, awak tahu tak? 48 00:03:33,004 --> 00:03:35,965 Datuk saya bina rumah ini dengan tangannya sendiri. 49 00:03:36,049 --> 00:03:37,884 Ya? Itu agak hebat. 50 00:03:38,468 --> 00:03:42,472 Sebab itulah nampak dah lama. Kecuali tingkap baru itu. 51 00:03:42,555 --> 00:03:43,556 Awak tahu memancing? 52 00:03:43,640 --> 00:03:46,059 Kita boleh makan hidupan liar yang segar. 53 00:03:47,310 --> 00:03:50,438 Kita juga boleh makan Tuna Bumblebee. Segar dalam tin. 54 00:03:50,521 --> 00:03:51,898 Tapi itu tak seronok. 55 00:03:51,981 --> 00:03:52,899 Ayuh, Tevin. 56 00:03:54,108 --> 00:03:56,486 Tevin, pastikan kamu tak terpisah. 57 00:03:56,569 --> 00:03:59,864 Jangan risau, Mak Cik Kat. Kami cuma di hutan. Jom lumba. 58 00:03:59,948 --> 00:04:03,201 Ya, dengan raksasa berkeliaran di sekitar Atlanta. 59 00:04:03,284 --> 00:04:05,620 Jangan risau. Saya akan tengokkan dia. 60 00:04:34,649 --> 00:04:37,026 Jadi, saya sedang lihat DNA Powered? 61 00:04:37,110 --> 00:04:38,069 Ya. 62 00:04:38,152 --> 00:04:41,739 Jadi, itulah animasi yang terhasil daripada slaid. 63 00:04:41,823 --> 00:04:46,536 Golongan Powered seperti Dion ada tiga heliks DNA. 64 00:04:46,619 --> 00:04:49,205 Tak seperti awak dan saya, yang mempunyai... 65 00:04:49,289 --> 00:04:52,667 Heliks berganda biasa. Awak ingat saya tak tahu? 66 00:04:53,626 --> 00:04:54,460 Maaf, ya. 67 00:04:56,129 --> 00:05:01,134 Jadi, saya ingin merungkai bebenang P-DNA Dion, 68 00:05:01,217 --> 00:05:04,637 dan gunakan untuk cipta terapi gen yang akan meneutralkan jangkitan awak. 69 00:05:04,721 --> 00:05:06,472 Ini mungkin berkesan. 70 00:05:06,556 --> 00:05:08,474 Ya, dengan cara yang pelik, 71 00:05:08,558 --> 00:05:11,352 inilah versi tindakan saya sebagai Lelaki Bengkok. 72 00:05:12,478 --> 00:05:13,563 Apa? 73 00:05:14,188 --> 00:05:16,357 Maksud saya, cara ini tak sama. 74 00:05:16,441 --> 00:05:17,275 Cuma… 75 00:05:17,984 --> 00:05:18,818 Bukan. 76 00:05:19,527 --> 00:05:22,780 Maksud saya, cuma selari 77 00:05:22,864 --> 00:05:26,451 sebab saya perlukan kuasa Dion dan sekarang awak perlukan… 78 00:05:26,534 --> 00:05:28,286 Jangan. 79 00:05:29,162 --> 00:05:31,706 Awak hampir bunuh seorang budak untuk selamatkan diri. 80 00:05:31,789 --> 00:05:35,126 Itu tak sama dengan menggunakan sampel DNAnya. 81 00:05:35,209 --> 00:05:37,545 Ya, okey. Saya tahu. Awak betul. 82 00:05:37,628 --> 00:05:40,298 - Saya bukan orang jahat. - Kita akan tahu nanti. 83 00:05:40,381 --> 00:05:42,592 - Kod Lima, cepat. - Kawal koridor. 84 00:05:42,675 --> 00:05:43,968 Cepat! 85 00:05:44,052 --> 00:05:46,429 Bawa makhluk itu ke makmal perubatan segera. 86 00:05:46,512 --> 00:05:49,432 - Guna ubat penenang nanti kita boleh uji. - Ke tepi! Gerak. 87 00:05:49,515 --> 00:05:50,350 Suzanne? 88 00:05:52,393 --> 00:05:54,979 Hei, awak. Masuk dalam makmal. 89 00:05:55,063 --> 00:05:56,731 Tempat pemeriksaan, selamat. 90 00:05:57,482 --> 00:05:58,775 Banduan ditahan. 91 00:06:00,234 --> 00:06:01,069 Suzanne? 92 00:06:01,152 --> 00:06:02,403 Kawal makhluk itu! 93 00:06:02,487 --> 00:06:04,906 Kosongkan laluan. Hati-hati. 94 00:06:04,989 --> 00:06:06,991 - Suzanne, apa yang berlaku? - Tunggu. 95 00:06:07,742 --> 00:06:10,870 Mereka tangkap makhluk ini dari lubang benam. 96 00:06:13,373 --> 00:06:14,916 Inikah yang serang awak? 97 00:06:17,001 --> 00:06:21,089 Nampak serupa, tapi yang serang saya lebih besar. 98 00:06:22,632 --> 00:06:24,342 Maksud awak, ada lebih daripada satu? 99 00:06:34,394 --> 00:06:36,896 - Cantiknya tempat ini. - Ya, apa-apalah. 100 00:06:36,979 --> 00:06:41,317 Ada sungai di bawah sana. Ada batu, pepijat dan kadangkala katak. 101 00:06:48,449 --> 00:06:50,535 Tevin, kenapa? 102 00:06:52,578 --> 00:06:53,538 Tak ada apa-apa. 103 00:06:54,664 --> 00:06:56,374 Mari kita balik. Sambung kerja. 104 00:06:56,958 --> 00:06:57,792 Okey. 105 00:07:02,380 --> 00:07:05,049 Baiklah Di, di sini garisan permulaan. 106 00:07:08,094 --> 00:07:09,679 Saya tak nak main kejar-kejar. 107 00:07:09,762 --> 00:07:11,264 Permainan itu untuk budak kecil. 108 00:07:11,347 --> 00:07:13,433 Ini sebahagian daripada latihan kamu, okey? 109 00:07:13,516 --> 00:07:16,769 Ayuh, berlumba dengan saya ke kabin secepat mungkin. 110 00:07:16,853 --> 00:07:19,772 - Awak mula dahulu. - Tak perlu. 111 00:07:20,731 --> 00:07:22,066 Yakin, ya? 112 00:07:22,150 --> 00:07:24,277 Kamu akan kalah nanti. 113 00:07:24,861 --> 00:07:27,196 Tiga, dua, satu. 114 00:07:27,280 --> 00:07:28,322 Mula! 115 00:07:34,120 --> 00:07:34,954 Awak kena tipu! 116 00:07:37,331 --> 00:07:38,708 Awak tak boleh tangkap saya! 117 00:07:40,793 --> 00:07:42,044 Kita tengoklah nanti. 118 00:07:46,048 --> 00:07:48,009 Tiada pusingan kemenangan sebelum pangkalan. 119 00:07:48,092 --> 00:07:49,677 - Di mana pangkalan? - Mak Cik Kat. 120 00:07:49,760 --> 00:07:51,137 Jaga-jaga, ada dinding. 121 00:07:52,513 --> 00:07:54,140 Dinding awak terlalu perlahan. 122 00:08:04,192 --> 00:08:05,193 Hei. 123 00:08:08,321 --> 00:08:09,572 Hei, berhati-hatilah. 124 00:08:10,781 --> 00:08:11,824 Kamu tak nampak kayu? 125 00:08:11,908 --> 00:08:14,660 - Saya cuba mengatasi awak. - Ini pelajaran nombor satu. 126 00:08:14,744 --> 00:08:17,663 Jangan biar saya atau orang lain kalahkan kamu. 127 00:08:18,623 --> 00:08:20,416 Kalau tak, kamu akan buat silap. 128 00:08:21,584 --> 00:08:22,793 - Faham? - Ya. 129 00:08:32,178 --> 00:08:34,055 Pasukan awak dah jumpa penawar? 130 00:08:34,138 --> 00:08:36,557 Saya nak periksa kerja Pat sekarang. 131 00:08:36,641 --> 00:08:39,227 Maafkan saya? Pat pun terlibat sama? 132 00:08:39,310 --> 00:08:40,728 Jangan kata awak percaya dia. 133 00:08:40,811 --> 00:08:43,523 Jangkitan Nicole ada kaitan dengan Tenaga Bengkok Pat 134 00:08:43,606 --> 00:08:46,025 dan entah bagaimana Pat dapat rasakannya. 135 00:08:46,108 --> 00:08:48,027 Itu tak menarik perhatian awak? 136 00:08:48,110 --> 00:08:49,195 Sudah tentu. 137 00:08:49,278 --> 00:08:52,323 Tapi dia boleh beritahu kita apa yang berfungsi dan apa yang tidak. 138 00:08:52,406 --> 00:08:53,366 Dia bukan doktor. 139 00:08:53,449 --> 00:08:56,661 Awak beritahu dia dari sudut perubatan, ada beberapa pilihan kuratif. 140 00:08:56,744 --> 00:09:00,122 Sama ada dia boleh neutralkan jangkitan dengan antibodi makhluk itu 141 00:09:00,206 --> 00:09:01,582 atau mungkin dia boleh guna... 142 00:09:01,666 --> 00:09:04,669 Sekejap, awak cakaplah sendiri dengan dia. 143 00:09:04,752 --> 00:09:07,421 Tak. Saya tak nak bercakap dengan lelaki itu. 144 00:09:08,172 --> 00:09:11,551 Ya, kami bekerja dalam serba kekurangan 145 00:09:11,634 --> 00:09:13,010 tapi ini untuk Nicole. 146 00:09:19,100 --> 00:09:21,686 - Dr. Neese. - Awak ada jumpa apa-apa? 147 00:09:22,520 --> 00:09:25,523 Gembira jumpa awak juga. Belum, saya masih berusaha. 148 00:09:25,606 --> 00:09:29,485 Menurut kajian saya sebagai pelatih, awak ada beberapa pilihan kuratif. 149 00:09:29,569 --> 00:09:31,070 Okey, terima kasih, Kat. 150 00:09:31,153 --> 00:09:33,406 Tapi saya mengkaji DNA Powered, 151 00:09:33,489 --> 00:09:36,742 lebih rumit dari apa yang awak belajar di sekolah perubatan. 152 00:09:36,826 --> 00:09:39,370 Tahu apa yang tak rumit? Ego rapuh awak. 153 00:09:39,453 --> 00:09:40,663 Kat. 154 00:09:41,247 --> 00:09:44,250 Pat, Nicole keluarga saya 155 00:09:44,333 --> 00:09:47,003 dan awaklah punca hidup dia huru-hara. 156 00:09:47,086 --> 00:09:50,006 Melainkan awak tahu cara untuk sembuhkan dia sekarang, 157 00:09:50,089 --> 00:09:51,841 saya sarankan awak diam dan dengar. 158 00:09:51,924 --> 00:09:54,594 Mungkin saya agak sukar memahami pendirian awak. 159 00:09:55,303 --> 00:09:57,805 Semua ini juga sukar bagi saya. 160 00:09:57,888 --> 00:10:02,977 Saya dirasuk, kehilangan kawan baik saya, saya ditolak, saya mati di sana... 161 00:10:03,060 --> 00:10:05,521 Kalau awak masih mengaku awaklah mangsa sebenar, 162 00:10:05,605 --> 00:10:08,441 dan saya akan keluar dari skrin dan bunuh awak. 163 00:10:09,025 --> 00:10:12,445 - Okey, apa kata kita cakap tentang sains? - Ya, boleh tak? 164 00:10:13,487 --> 00:10:16,824 Saya rasa kes ini perlukan pendekatan antibiotik. 165 00:10:17,575 --> 00:10:19,285 Tak boleh. Dah pernah buat. 166 00:10:19,368 --> 00:10:22,747 Idea saya ialah terapi sel batang menggunakan DNA Powered. 167 00:10:23,998 --> 00:10:24,832 Kuasa apa? 168 00:10:24,915 --> 00:10:26,834 Saya masih fikirkannya. 169 00:10:26,917 --> 00:10:30,087 Ada kajian terapi antibiotik menggunakan nikel. 170 00:10:31,005 --> 00:10:33,341 Awak cadangkan saya guna logam sebagai antibiotik? 171 00:10:33,424 --> 00:10:35,384 Logam berfungsi sebagai magnet dalam darah. 172 00:10:35,468 --> 00:10:39,180 Jika awak boleh cari orang Powered dengan kebolehan manipulasi logam, 173 00:10:39,263 --> 00:10:40,765 awak mungkin ada penawar. 174 00:10:41,641 --> 00:10:42,808 Itu agak bagus. 175 00:10:45,311 --> 00:10:47,480 Mak Cik Kat, saya lapar. 176 00:10:47,563 --> 00:10:50,232 Hubungi saya apabila ada perkembangan. Hai. 177 00:10:50,941 --> 00:10:53,653 - Bod... - Okey, kurang sopan. 178 00:10:54,695 --> 00:10:57,114 - Nampaknya awak dapat arahan. - Ya. 179 00:10:57,198 --> 00:10:59,492 Kita pun tahu dia suka mengarah. 180 00:11:04,455 --> 00:11:06,415 Benda itu dahulunya manusia? 181 00:11:07,583 --> 00:11:08,918 Ya, saya buat ujian darah. 182 00:11:09,001 --> 00:11:13,255 Imbasan jujukan menunjukkan makhluk itu ada DNA manusia. 183 00:11:13,756 --> 00:11:14,590 Manusia? 184 00:11:16,050 --> 00:11:16,967 Apa itu? 185 00:11:17,718 --> 00:11:21,514 Setahu saya, itu spora parasit yang menjangkiti perumah 186 00:11:21,597 --> 00:11:24,809 memakan jirim dan tenaga mereka serta membiak. 187 00:11:24,892 --> 00:11:28,020 Parasit itu bertanggungjawab mengubah lelaki ini daripada manusia 188 00:11:28,104 --> 00:11:29,730 kepada apa jua makhluk itu. 189 00:11:29,814 --> 00:11:31,065 Tepat sekali. 190 00:11:31,148 --> 00:11:32,900 Apa pun benda itu, 191 00:11:32,983 --> 00:11:35,945 lebih banyak sepertinya terhasil dengan penyebaran spora. 192 00:11:37,613 --> 00:11:39,407 Saya akan berubah seperti itu. 193 00:11:39,490 --> 00:11:41,325 - Awak perlu kurung saya. - Nicole. 194 00:11:41,909 --> 00:11:44,120 Saya tak nak buat orang lain sakit. 195 00:11:45,871 --> 00:11:46,706 Suzanne. 196 00:11:47,623 --> 00:11:49,041 Sediakan kuarantin. 197 00:11:49,125 --> 00:11:50,084 Okey. Baiklah. 198 00:12:00,469 --> 00:12:04,014 Dan aku memberitahu kamu 199 00:12:05,307 --> 00:12:08,144 Aku takkan pergi 200 00:12:08,227 --> 00:12:09,061 Berhenti. 201 00:12:10,479 --> 00:12:12,231 Kau lelaki terbaik 202 00:12:14,984 --> 00:12:16,610 Tak, tak, tak mungkin 203 00:12:16,694 --> 00:12:18,404 Saya cakap berhenti. 204 00:12:18,988 --> 00:12:22,032 Cik Bonnie, maksudnya hentikan iringan piano juga. 205 00:12:26,620 --> 00:12:28,289 Esperanza. 206 00:12:28,372 --> 00:12:29,373 Ya? 207 00:12:30,166 --> 00:12:32,501 Untuk memahami motivasi watak kamu, 208 00:12:32,585 --> 00:12:35,379 kamu mesti faham keadaan dia. 209 00:12:35,463 --> 00:12:36,297 Okey. 210 00:12:36,922 --> 00:12:38,883 Apa maksudnya? 211 00:12:40,968 --> 00:12:42,720 Kamu sebagai Effie. 212 00:12:42,803 --> 00:12:46,557 Salah satu bahagian paling ikonik pernah ditulis untuk pentas muzikal. 213 00:12:46,640 --> 00:12:48,476 Effie telah menderita. 214 00:12:48,559 --> 00:12:51,312 Dia lebih berbakat daripada orang lain. 215 00:12:51,812 --> 00:12:52,938 Dia istimewa. 216 00:12:54,064 --> 00:12:56,484 Dia dibelenggu rasa cemburu orang lain. 217 00:12:57,318 --> 00:12:58,986 Mereka panggil dia diva. 218 00:12:59,487 --> 00:13:00,988 Semua orang nak dia pergi 219 00:13:01,071 --> 00:13:04,366 supaya mereka tak perlu berurusan dengan keistimewaannya. 220 00:13:06,577 --> 00:13:07,953 Itu satu sumpahan. 221 00:13:08,913 --> 00:13:09,997 Selamatkan saya. 222 00:13:10,748 --> 00:13:11,582 Encik Kwame. 223 00:13:11,665 --> 00:13:16,128 Awak nak tengok lukisan pentas? Semua piroteknik sudah sedia. 224 00:13:16,212 --> 00:13:17,588 Apa itu? 225 00:13:17,671 --> 00:13:19,465 Itu penembak api. 226 00:13:19,548 --> 00:13:21,926 Awak takkan letak di sini, bukan? 227 00:13:22,676 --> 00:13:25,221 Karpet ini nampak mudah terbakar. 228 00:13:25,304 --> 00:13:27,097 Saya takkan persembahkan pusparagam ini 229 00:13:27,181 --> 00:13:31,060 dalam kurungan di pusat komuniti ini, Cik Bonnie. 230 00:13:31,143 --> 00:13:34,438 Harap-harap sekolah akan dibuka dan kita ada pentas yang sesuai 231 00:13:34,522 --> 00:13:35,689 untuk persembahan itu. 232 00:13:35,773 --> 00:13:38,692 - Masih ada kod kebakaran. - Tiada siapa peduli tentang itu. 233 00:13:38,776 --> 00:13:41,278 Mereka hanya ingin melihat persembahan yang hebat. 234 00:13:41,362 --> 00:13:43,030 Dan orang suka api. 235 00:13:43,697 --> 00:13:44,532 Diluluskan. 236 00:13:47,952 --> 00:13:49,119 Helo, di sana. 237 00:13:49,203 --> 00:13:51,497 Saya Effie. 238 00:13:51,580 --> 00:13:53,457 Awak bernasib baik. 239 00:13:53,541 --> 00:13:56,502 Saya hebat. Saya nak menyanyi untuk awak malam ini. 240 00:13:56,585 --> 00:13:58,087 Apa? 241 00:13:58,170 --> 00:14:00,089 Awak tak boleh tahan betapa istimewa saya? 242 00:14:00,172 --> 00:14:02,591 Nasib awak malang, kerana... 243 00:14:05,344 --> 00:14:07,137 saya hebat. 244 00:14:09,974 --> 00:14:12,393 Boleh saya beritahu sesuatu? Saya tak bagus. 245 00:14:12,893 --> 00:14:15,312 Saya menyanyi di rumah dan ayah saya suka, 246 00:14:15,396 --> 00:14:18,357 dan saya fikir dia suka saya sertai pusparagam itu, 247 00:14:18,440 --> 00:14:21,235 tapi dia tak boleh datang dan saya sangat takut, 248 00:14:21,318 --> 00:14:24,405 dan semua orang berharap saya akan buat perkara hebat ini... 249 00:14:24,488 --> 00:14:26,949 Esperanza, amaran lima minit. 250 00:14:30,160 --> 00:14:31,537 Saya cuma nak balik. 251 00:14:43,090 --> 00:14:44,633 Kami sedang berehat. 252 00:14:45,384 --> 00:14:47,136 Encik Kwame terlalu serius. 253 00:14:47,219 --> 00:14:51,473 Dion, saya nak lihat hasil daripada latihan di rumah awak. 254 00:14:51,557 --> 00:14:52,516 Okey. 255 00:14:54,602 --> 00:14:57,021 Saya tak rasa saya boleh buat, Dion. 256 00:14:57,646 --> 00:14:58,731 Awak boleh. 257 00:14:58,814 --> 00:15:00,024 Awak tak tahu. 258 00:15:00,900 --> 00:15:03,777 Ingat tak semasa awak tahu saya ada kuasa hebat? 259 00:15:04,278 --> 00:15:06,614 Inilah yang saya tahu. Awak boleh buat. 260 00:15:07,406 --> 00:15:08,908 - Okey. - Itulah yang kita mahu. 261 00:15:09,491 --> 00:15:11,201 Oh, dan juga tiket. 262 00:15:11,285 --> 00:15:14,830 En. Kwame kata kita dapat sekeping tiket percuma untuk persembahan itu. 263 00:15:14,914 --> 00:15:18,042 Hebat. Ayah awak boleh duduk di depan dengan ibu saya. 264 00:15:18,751 --> 00:15:20,753 Dia akan keluar bekerja. 265 00:15:20,836 --> 00:15:22,796 Apa? Tidak! Dia akan terlepas lagu awak? 266 00:15:22,880 --> 00:15:26,467 - Boleh awak jemput orang lain? - Tiada siapa yang peduli. 267 00:15:26,550 --> 00:15:29,929 Bagaimana dengan En. Gary? 268 00:15:30,012 --> 00:15:31,805 Ya. Saya akan tanya En. Gary. 269 00:15:31,889 --> 00:15:34,683 Dan kita akan mula semula. Mari bekerja. 270 00:15:34,767 --> 00:15:35,601 Terima kasih. 271 00:15:35,684 --> 00:15:39,063 Dion. Sandwic ini takkan makan sendiri. 272 00:15:39,146 --> 00:15:40,147 Saya datang. 273 00:15:47,821 --> 00:15:51,200 Kenapa orang kulit Hitam bercuti di kawasan luar bandar? 274 00:15:51,283 --> 00:15:53,744 Mungkin ada sesuatu di hutan. 275 00:15:54,411 --> 00:15:55,788 Kenapa? Awak nampak sesuatu? 276 00:15:56,455 --> 00:15:59,500 Tak. Maksud saya, filem seram telah mengajar kita, 277 00:15:59,583 --> 00:16:02,127 ada sesuatu yang jahat di dalam hutan. 278 00:16:02,211 --> 00:16:04,588 - Seperti zombi? - Atau orang kulit putih yang ganas. 279 00:16:05,673 --> 00:16:06,966 Rasanya kita selamat. 280 00:16:09,343 --> 00:16:14,390 Jadi, pelatih anak saudara saya lelaki kulit Hitam yang paling menawan? 281 00:16:16,600 --> 00:16:20,729 Saya tak rasa begitu. Saya bukan yang paling menawan. 282 00:16:20,813 --> 00:16:22,648 Awak merendah diri. 283 00:16:23,148 --> 00:16:25,818 Nicole kata kuasa hebat awak mendirikan dinding. 284 00:16:27,027 --> 00:16:30,572 - Saya tak suka cakap fasal diri sendiri. - Awak lelaki yang ada masa silam. 285 00:16:30,656 --> 00:16:31,824 Saya tahu kamu cakap apa. 286 00:16:33,575 --> 00:16:35,369 Saya sangka mak cik homoseksual. 287 00:16:36,161 --> 00:16:38,789 Saya tahu itu spektrum, tapi betul. 288 00:16:38,872 --> 00:16:41,917 Mak cik bukan tanya untuk diri mak cik, penyibuk. 289 00:16:42,001 --> 00:16:43,877 Mak cik cuma buat pemerhatian. 290 00:16:43,961 --> 00:16:45,963 Apa pun, kamu semua membosankan. 291 00:16:47,047 --> 00:16:48,007 Dion. 292 00:16:48,882 --> 00:16:49,800 Jangan pergi jauh. 293 00:16:53,053 --> 00:16:56,223 - Jadi, apa cerita awak? - Cerita? 294 00:16:58,684 --> 00:17:01,437 Sebenarnya saya tak ada apa-apa nak diceritakan sekarang. 295 00:17:01,520 --> 00:17:02,604 Sudah tentulah. 296 00:17:03,397 --> 00:17:05,816 Maksud saya, Nicole banyak masalah. 297 00:17:06,316 --> 00:17:08,986 Budak yang berkuasa, raksasa lubang benam. 298 00:17:09,069 --> 00:17:11,321 Dia tak ada masa nak bermain perasaan. 299 00:17:11,405 --> 00:17:15,200 Jadi, jika awak berminat dengan dia, jangan cakap saja, usahalah. 300 00:17:18,037 --> 00:17:19,621 - Faham. - Bagus. 301 00:17:27,129 --> 00:17:28,714 Zombi atau orang kulit putih ganas? 302 00:17:31,175 --> 00:17:35,054 Rasanya tak ada apa-apa. Tolong perhatikan Dion sekejap. 303 00:17:36,430 --> 00:17:39,099 Adakah saya seorang sahaja yang menonton filem seram? 304 00:17:40,059 --> 00:17:42,561 Orang kulit Hitam tak patut masuk ke hutan. 305 00:17:43,062 --> 00:17:49,068 LUNCUR UNTUK MENJAWAB 306 00:17:56,075 --> 00:17:57,493 Sila tinggalkan pesanan. 307 00:17:57,576 --> 00:17:58,702 Hai, ibu. 308 00:17:58,786 --> 00:18:02,372 Saya tahu ibu sibuk, jadi saya telefon untuk tanya khabar. 309 00:18:02,873 --> 00:18:05,125 Saya tak beritahu ibu tentang hari saya semalam. 310 00:18:05,793 --> 00:18:08,337 Ibu tahu, Brayden, budak yang saya lepak dengan saya? 311 00:18:08,420 --> 00:18:09,379 Dia macam, 312 00:18:11,090 --> 00:18:14,218 saya tak tahu, rumit dan… 313 00:18:16,011 --> 00:18:18,097 Kita sambung nanti apabila ibu telefon saya. 314 00:18:18,180 --> 00:18:19,223 Selamat tinggal. 315 00:18:19,306 --> 00:18:21,725 Dion. Mari sini, mak cik tak nampak awak. 316 00:18:21,809 --> 00:18:22,893 Okey. 317 00:18:25,854 --> 00:18:27,147 Jangkitan parasit? 318 00:18:28,148 --> 00:18:29,733 Lebih teruk daripada sangkaan saya. 319 00:18:29,817 --> 00:18:32,402 Siapa tahu berapa ramai orang yang dah dijangkiti. 320 00:18:32,486 --> 00:18:34,321 Sebab itulah kita perlu cepat, Pat. 321 00:18:34,404 --> 00:18:37,032 Awak dah dapat asingkan gen yang mengawal logam? 322 00:18:37,116 --> 00:18:38,075 Suzanne, saya... 323 00:18:39,701 --> 00:18:42,538 masih tak dapat pisahkan bebenang ketiga lagi. 324 00:18:42,621 --> 00:18:45,290 Sehingga saya buat begitu, kita tak ada apa-apa, okey? 325 00:18:54,842 --> 00:18:57,761 EN. GARY, INI TIKET DATANGLAH TENGOK PERSEMBAHAN SAYA ESOK 326 00:18:57,845 --> 00:19:00,180 Sayang, saya sangka kamu dah balik. 327 00:19:00,264 --> 00:19:03,183 Saya ambil biskut sebelum balik. Ada sedikit di dapur. 328 00:19:03,267 --> 00:19:04,685 - Kamu nak? - Tak, terima kasih. 329 00:19:04,768 --> 00:19:06,186 Saya siapkan kerja sedikit. 330 00:19:06,270 --> 00:19:07,688 Apa dia? 331 00:19:08,272 --> 00:19:11,942 Jemputan untuk En. Gary ke pusparagam itu. 332 00:19:14,486 --> 00:19:19,158 - En. Gary, pengawal keselamatan? - Kami berkawan, berbual tentang bunga. 333 00:19:19,241 --> 00:19:20,701 Sebab itu ada bunga. 334 00:19:21,743 --> 00:19:22,870 Bagusnya. 335 00:19:25,956 --> 00:19:28,208 Dah siap. 336 00:19:28,709 --> 00:19:32,129 Sekarang, saya cuma perlu hantar ke pejabat sekolah. 337 00:19:32,629 --> 00:19:35,340 Sayang, sekolah ditutup, ingat? 338 00:19:35,424 --> 00:19:36,842 Sebab itu kita di sini. 339 00:19:37,342 --> 00:19:39,303 Aduhai, saya terlupa. 340 00:19:39,928 --> 00:19:42,681 Macam mana saya nak sampaikan kepada En. Gary sekarang? 341 00:19:42,764 --> 00:19:47,060 Saya tak tahu nombor telefon, alamat e-melnya atau Instagram. 342 00:19:47,144 --> 00:19:48,687 Dia ada Instagram? 343 00:19:48,770 --> 00:19:49,897 Beri kepada saya. 344 00:19:49,980 --> 00:19:52,816 Saya akan hantar ke rumahnya dan masukkan dalam peti surat. 345 00:19:52,900 --> 00:19:54,776 Awak tahu di mana En. Gary tinggal? 346 00:19:56,820 --> 00:20:02,242 Kami kongsi kereta ke kelas tarian salsa setiap malam Rabu. 347 00:20:03,744 --> 00:20:04,578 Kenapa? 348 00:20:04,661 --> 00:20:07,039 Kami tak boleh ada kehidupan di luar sekolah? 349 00:20:08,749 --> 00:20:10,250 Berikan kepada saya. 350 00:20:13,212 --> 00:20:14,087 Terima kasih. 351 00:20:14,588 --> 00:20:15,631 Sama-sama. 352 00:20:20,135 --> 00:20:22,846 - Dia akan suka. - Betulkah? Awak fikir begitu? 353 00:20:27,100 --> 00:20:27,935 Dia agak, 354 00:20:28,977 --> 00:20:31,647 saya tak tahu, rumit. 355 00:20:32,314 --> 00:20:35,108 Kita sambung nanti apabila ibu telefon saya. Selamat tinggal. 356 00:20:35,192 --> 00:20:36,026 Itu pun dia. 357 00:20:37,152 --> 00:20:39,238 Hei. Apa khabar? 358 00:20:39,947 --> 00:20:40,781 Bertahan. 359 00:20:42,282 --> 00:20:43,659 Awak bawa makanan? 360 00:20:44,243 --> 00:20:45,494 {\an8}Tasilli? 361 00:20:46,536 --> 00:20:48,538 Janelle jumpa tempat itu di telefonnya. 362 00:20:48,622 --> 00:20:51,917 Dia kata, "Kita kena belikan Cik Warren makanan yang bagus." 363 00:20:52,000 --> 00:20:54,962 Saya kata, "Vegan?" Dia kata, "Afroisme, ibu." 364 00:20:56,213 --> 00:20:58,632 Aduhai, saya memang Balutan Dat Ish. 365 00:20:58,715 --> 00:21:02,552 Jadi, dah 12 jam Janelle tak pecahkan barang. 366 00:21:02,636 --> 00:21:04,346 Saya takkan pecahkan barang. 367 00:21:04,429 --> 00:21:06,265 Jangan mula, Janelle. 368 00:21:06,348 --> 00:21:08,100 Macamlah ibu tak nampak. 369 00:21:08,183 --> 00:21:12,062 Lebih cepat dia dapat mengawal kuasa ini, lebih cepat kami boleh pulang. 370 00:21:13,272 --> 00:21:17,484 Jangan risau, sayang. Apa pun yang berlaku, ibu faham. 371 00:21:17,567 --> 00:21:20,279 Ibu tak faham. Tiada siapa percaya. 372 00:21:22,447 --> 00:21:25,242 Kita tak boleh cakap begitu sebelum ini, bukan? 373 00:21:25,325 --> 00:21:26,910 Apa yang orang tak faham? 374 00:21:29,454 --> 00:21:30,289 Cakap, sayang. 375 00:21:32,416 --> 00:21:35,877 Mungkin apabila awak tahu apa yang awak boleh buat dengan kuasa itu... 376 00:21:36,920 --> 00:21:40,048 Nampaknya, saya hanya boleh meletupkan benda. 377 00:21:43,760 --> 00:21:49,057 Jika awak boleh buat sesuatu yang berbeza, bagaimana agaknya? 378 00:21:53,020 --> 00:21:56,023 Saya nampak, tapi saya tak boleh cakap. 379 00:21:56,106 --> 00:21:56,940 Cubalah. 380 00:22:01,278 --> 00:22:03,488 Seperti saya berada di dalamnya 381 00:22:03,572 --> 00:22:07,534 dan semuanya jelas dan unik, 382 00:22:08,035 --> 00:22:09,953 dan saya faham. 383 00:22:11,330 --> 00:22:12,831 Dan saya sebahagian daripadanya. 384 00:22:19,796 --> 00:22:21,381 Saya percayakan awak. 385 00:22:27,804 --> 00:22:31,391 Saya pasti ramai golongan Powered yang merasai perasaan itu. 386 00:22:32,059 --> 00:22:32,976 Salah faham. 387 00:22:36,438 --> 00:22:38,440 Mungkin awak boleh jadi suara mereka. 388 00:22:39,441 --> 00:22:40,484 Apa maksud awak? 389 00:22:41,109 --> 00:22:45,364 BIONA minta saya bercakap bagi golongan Powered di lembaga penasihat, 390 00:22:45,447 --> 00:22:48,325 tetapi mereka harus diwakili oleh golongan mereka sendiri. 391 00:22:50,243 --> 00:22:53,246 Keputusan dibuat dan siapa wakilnya amat penting. 392 00:22:55,707 --> 00:22:58,460 Awak setuju untuk mewakili mereka? 393 00:22:59,503 --> 00:23:01,630 Itu pun kalau ibu awak izinkan. 394 00:23:01,713 --> 00:23:02,839 Terpulang kepada dia. 395 00:23:05,759 --> 00:23:06,593 Ya. 396 00:23:07,302 --> 00:23:08,136 Bagus. 397 00:23:09,471 --> 00:23:10,680 Saya akan utarakan. 398 00:23:12,224 --> 00:23:14,309 Nicole. Maaf, saya nak... 399 00:23:15,227 --> 00:23:17,729 Saya dah cuba semuanya. 400 00:23:19,022 --> 00:23:22,109 Semuanya. Saya dah cuba pengempar sementara, 401 00:23:22,192 --> 00:23:25,404 untuk mengasingkan bebenang P-DNA pada tahap molekular, 402 00:23:25,487 --> 00:23:26,947 saya dah cuba dan, 403 00:23:28,573 --> 00:23:29,866 saya tak boleh buat. 404 00:23:31,159 --> 00:23:35,080 Sebab semua ini tak pernah dibuat lagi, jadi saya cuba, tapi... 405 00:23:35,789 --> 00:23:39,292 Mungkin saya boleh buat sesuatu dalam seminggu atau sebulan, tapi... 406 00:23:39,376 --> 00:23:42,254 Mungkin jika saya ada alatan, tapi… 407 00:23:42,337 --> 00:23:45,298 Oh Tuhan , jangkitan awak semakin teruk. 408 00:23:47,551 --> 00:23:49,678 Saya nak halang benda itu dari... 409 00:23:51,388 --> 00:23:53,140 Saya perlukan lebih masa. 410 00:24:01,398 --> 00:24:03,400 Saya tak boleh buat. Maafkan saya. 411 00:24:04,276 --> 00:24:05,569 Saya minta maaf. 412 00:24:17,456 --> 00:24:19,166 Janelle, kamu nak ke mana? 413 00:24:25,589 --> 00:24:26,882 Janelle, tunggu! 414 00:24:29,801 --> 00:24:32,262 - Janelle, berhenti! - Jangan sentuh apa-apa! 415 00:25:52,175 --> 00:25:53,134 MENGANALISIS 416 00:25:53,218 --> 00:25:54,386 KEPADUAN DICAPAI 417 00:26:02,185 --> 00:26:04,729 Dia berjaya. Dia pisahkan bebenang P-DNA. 418 00:26:04,813 --> 00:26:07,857 Saya dah ada bahan untuk penawar itu. 419 00:26:09,568 --> 00:26:11,653 Inikah yang awak cuba buat? 420 00:26:22,497 --> 00:26:24,583 Ayuh, tiada apa di luar sana. 421 00:26:27,002 --> 00:26:27,919 Okey Tevin, 422 00:26:29,754 --> 00:26:31,089 awak tahu apa ini. 423 00:26:32,215 --> 00:26:33,925 Cuma kerisauan awak, okey? 424 00:26:35,594 --> 00:26:36,595 Kuatkan semangat. 425 00:26:37,512 --> 00:26:40,098 Bunuh dia. Bunuh Dion. 426 00:26:40,181 --> 00:26:41,683 Dia berbahaya. 427 00:26:41,766 --> 00:26:44,561 Bunuh Dion sebelum dia bunuh awak. 428 00:26:44,644 --> 00:26:46,396 Dia bukan seperti yang awak fikir. 429 00:26:46,479 --> 00:26:47,314 Apa? 430 00:26:47,397 --> 00:26:49,691 Dion! Dia akan bunuh kita semua. 431 00:26:50,400 --> 00:26:53,528 Dia bukan seperti yang awak fikir. Kita perlu musnahkan dia. 432 00:26:53,612 --> 00:26:55,363 Tevin! 433 00:26:58,408 --> 00:26:59,367 Dion! 434 00:27:00,493 --> 00:27:02,787 Dia bukan seperti yang awak fikir. 435 00:27:02,871 --> 00:27:05,624 Tevin? Awak nak ikut? 436 00:27:07,375 --> 00:27:08,209 Tevin? 437 00:27:10,003 --> 00:27:11,504 Ya. Mari. 438 00:27:32,692 --> 00:27:34,903 Ibu, saya tak tahu ke mana ibu pergi. 439 00:27:36,112 --> 00:27:38,657 Jadi, mereka masih mencari penawar. 440 00:27:39,157 --> 00:27:40,784 Belum ada berita lagi. 441 00:27:43,203 --> 00:27:44,579 Apa ibu buat? 442 00:27:47,374 --> 00:27:50,085 Ayah ibu tak faham bagaimana dia dapat anak perempuan 443 00:27:50,168 --> 00:27:52,170 yang tak peduli tentang sains. 444 00:27:53,171 --> 00:27:57,467 Dia seorang jurutera dalam tentera laut, dia mengajar kimia sekolah tinggi. 445 00:27:59,094 --> 00:28:00,428 Kemudian ibu ada kamu. 446 00:28:01,012 --> 00:28:02,847 Kamu suka semua yang dia suka. 447 00:28:05,517 --> 00:28:08,728 Dia belikan kit sains kecil semasa saya empat tahun. 448 00:28:08,812 --> 00:28:12,732 Ada mikroskop dan segalanya. Ibu ingat tak? 449 00:28:13,441 --> 00:28:16,820 Dia tunjuk cara membuat gunung berapi dengan soda penaik. 450 00:28:16,903 --> 00:28:18,363 Mestilah ibu ingat. 451 00:28:18,446 --> 00:28:21,116 Ibu kena kemaskan berulang kali. 452 00:28:22,826 --> 00:28:24,202 Kamu berdua kawan baik. 453 00:28:25,745 --> 00:28:27,122 Dia bangga dengan kamu. 454 00:28:28,623 --> 00:28:30,333 Apabila dia tanya jika dia dan Mama 455 00:28:30,417 --> 00:28:33,128 boleh bawa kamu ke pangkalan tentera laut lamanya di Iceland 456 00:28:33,211 --> 00:28:34,713 untuk melihat Teja Utara, 457 00:28:34,796 --> 00:28:38,717 ibu kata, "Ya, bawalah anak saya ke Iceland." 458 00:28:40,343 --> 00:28:42,887 - Saya nak ibu pergi sekali. - Tak. 459 00:28:44,180 --> 00:28:45,515 Ibu tak suka kapal terbang. 460 00:28:47,517 --> 00:28:50,270 Ibu sangat takut sepanjang ketiadaan kamu. 461 00:28:50,895 --> 00:28:53,398 Tapi bukan hanya kerana kamu jauh, 462 00:28:55,024 --> 00:28:55,859 tapi 463 00:28:56,860 --> 00:29:01,030 kerana ibu rasa kamu akan berubah. 464 00:29:01,114 --> 00:29:02,365 Tidak. 465 00:29:02,449 --> 00:29:04,784 Ibu takut perjalanan itu akan mengubah kamu. 466 00:29:06,786 --> 00:29:08,204 Dan itulah yang terjadi. 467 00:29:22,343 --> 00:29:23,928 Malam hujan meteor 468 00:29:25,054 --> 00:29:27,390 sangat indah. 469 00:29:29,058 --> 00:29:30,685 Dan saya mula menangis. 470 00:29:31,269 --> 00:29:36,524 Datuk cakap jangan takut dan semuanya okey, tapi saya tak takut. 471 00:29:40,779 --> 00:29:43,823 Saya cuma nak ibu lihat apa yang saya lihat. 472 00:29:50,121 --> 00:29:52,165 Ibu tak faham apa yang berlaku. 473 00:29:52,749 --> 00:29:54,125 Ibu tak tahu nak buat apa. 474 00:29:54,209 --> 00:29:57,003 Buatlah apa yang ibu selalu buat. Awak ibu saya. 475 00:29:57,086 --> 00:29:58,922 Sayang, ibu tak boleh tolong awak. 476 00:30:00,131 --> 00:30:02,050 Jadi, tolong saya dengan benda lain. 477 00:30:02,133 --> 00:30:02,967 Seperti apa? 478 00:30:03,760 --> 00:30:06,429 Hantar kamu ke sana sini, membersihkan gunung berapi? 479 00:30:07,514 --> 00:30:09,140 Ada seorang budak lelaki... 480 00:30:09,224 --> 00:30:10,600 Aduhai, Janelle. 481 00:30:11,184 --> 00:30:13,645 - Apa? - Budak lelaki? Betulkah? 482 00:30:13,728 --> 00:30:14,979 Saya hampir 16 tahun. 483 00:30:15,063 --> 00:30:19,442 Ibu tahu, tapi boleh kita selesaikan satu perkara dahulu? 484 00:30:20,860 --> 00:30:23,738 Ibu baru tahu kamu memang genius. 485 00:30:23,822 --> 00:30:26,449 - Dan Nicole sakit... - Tak apalah. 486 00:30:27,283 --> 00:30:28,117 Tak apa. 487 00:30:29,869 --> 00:30:32,247 Kita cakap tentang itu lain kali, okey? 488 00:30:35,250 --> 00:30:36,709 Ibu nak tengok Nicole. 489 00:30:43,258 --> 00:30:44,217 Ibu sayang kamu. 490 00:30:53,518 --> 00:30:57,814 Okey, Dion, pelajaran keempat. Fokus pada unsur di sekeliling kamu. 491 00:30:58,398 --> 00:31:01,776 Jadi, jika awak tak boleh buat begini, baling macam ini sahaja. 492 00:31:03,361 --> 00:31:04,863 Apa gunanya? 493 00:31:06,239 --> 00:31:08,658 Kita panggil saja "kecerdasan ruang." 494 00:31:09,742 --> 00:31:12,328 Saya dah tengok The Karate Kid, okey? 495 00:31:12,412 --> 00:31:14,205 Awak patut latih sesuatu yang hebat. 496 00:31:14,873 --> 00:31:18,877 - Bukan semua kuasa besar luar biasa. - Ada yang tak bagus juga. 497 00:31:18,960 --> 00:31:19,961 Apa maksud awak? 498 00:31:21,129 --> 00:31:22,380 Tak ada apa-apa. 499 00:31:24,090 --> 00:31:26,009 Boleh beritahu apa yang terjadi? 500 00:31:31,848 --> 00:31:34,726 Saya nak jadi baik, tapi bagaimana kalau saya buat jahat? 501 00:31:37,562 --> 00:31:38,396 Okey. 502 00:31:40,899 --> 00:31:41,941 Saya dengar. 503 00:31:42,483 --> 00:31:45,486 Semalam, ada budak di sekolah buat saya langgar peraturan ibu saya. 504 00:31:47,280 --> 00:31:49,407 - Budak ini ada nama? - Brayden. 505 00:31:51,284 --> 00:31:54,495 Apa pun, saya nak beritahu ibu, tapi dia tak balik. 506 00:31:55,121 --> 00:31:57,665 Saya telefon dia, tapi dia belum hubungi saya lagi. 507 00:31:59,542 --> 00:32:02,462 Saya buat silap. 508 00:32:02,545 --> 00:32:04,088 Saya biar dia kuasai saya, 509 00:32:04,172 --> 00:32:06,925 sekarang ibu akan marah, dia akan pandang saya semacam. 510 00:32:07,550 --> 00:32:08,676 Semacam? 511 00:32:10,219 --> 00:32:11,054 Tak guna. 512 00:32:11,930 --> 00:32:12,847 Begitu rupanya. 513 00:32:13,473 --> 00:32:14,515 Betul. 514 00:32:17,226 --> 00:32:19,020 Semua orang buat silap, Dion. 515 00:32:19,520 --> 00:32:20,939 Bukan ayah saya. 516 00:32:21,022 --> 00:32:25,026 - Saya pasti dia ada buat... - Awak tak kenal dia. 517 00:32:27,654 --> 00:32:28,655 Betul cakap awak. 518 00:32:29,572 --> 00:32:32,283 Tapi daripada apa yang saya dengar, dia lelaki yang hebat. 519 00:32:34,827 --> 00:32:39,207 Jadi, biar saya cerita tentang diri saya. Saya dah buat banyak kesilapan. 520 00:32:40,249 --> 00:32:42,794 Tapi saya cuba belajar dan buat pilihan yang berbeza. 521 00:32:44,295 --> 00:32:45,588 Tak pernah terlambat. 522 00:32:46,589 --> 00:32:48,132 Bagaimana jika saya jahat? 523 00:32:50,176 --> 00:32:53,888 - Saya tak percaya orang jahat. - Apa? Mestilah ada orang jahat. 524 00:32:54,430 --> 00:32:55,348 Darth Vader? 525 00:32:57,183 --> 00:32:59,852 Darth Vader jadi baik sebelum dia mati 526 00:33:00,436 --> 00:33:03,022 yang menunjukkan dia sentiasa ada kuasa untuk jadi baik. 527 00:33:09,070 --> 00:33:11,030 Kenapa dengan budak itu? 528 00:33:12,448 --> 00:33:14,659 Dia ada dalam fikiran saya. 529 00:33:16,828 --> 00:33:18,329 Itu tekanan rakan sebaya. 530 00:33:22,458 --> 00:33:23,292 Mari duduk. 531 00:33:31,134 --> 00:33:33,970 Dengarlah, hanya kerana kamu bergaul dengan kawan yang salah 532 00:33:34,053 --> 00:33:35,471 tak bermakna kamu perlu ikut. 533 00:33:36,764 --> 00:33:37,974 Kamu boleh pilih. 534 00:33:38,057 --> 00:33:39,392 Tapi saya salah pilih. 535 00:33:40,059 --> 00:33:41,269 Kemudian pilih lagi. 536 00:33:43,187 --> 00:33:44,022 Bunuh dia. 537 00:33:44,105 --> 00:33:45,773 - Awak tak apa-apa? - Ya. 538 00:33:46,524 --> 00:33:47,817 Lakukannya, Tevin. 539 00:33:49,068 --> 00:33:49,902 Tevin? 540 00:33:50,486 --> 00:33:51,863 Dia jahat. 541 00:33:55,033 --> 00:33:55,950 Hapuskan dia. 542 00:33:56,034 --> 00:33:57,368 Apa awak buat? 543 00:33:57,452 --> 00:33:59,662 Sebelum dia hapuskan kita semua. 544 00:34:00,246 --> 00:34:02,165 Awak perlu buat sekarang! 545 00:34:02,248 --> 00:34:03,166 Tidak! 546 00:34:03,249 --> 00:34:05,418 Dia mahu awak mati, Tevin. 547 00:34:06,878 --> 00:34:08,129 Buat sekarang! 548 00:34:08,713 --> 00:34:09,881 Lari! 549 00:34:14,886 --> 00:34:15,720 Berhenti! 550 00:34:42,538 --> 00:34:45,208 Dos percubaan serum P-DNA sudah disuntik. 551 00:34:49,295 --> 00:34:51,130 Adakah itu sepatutnya berlaku? 552 00:34:51,964 --> 00:34:54,050 Maksud awak, dengan serum yang kita baharu buat 553 00:34:54,133 --> 00:34:56,511 yang tak pernah diuji sebelum ini? 554 00:35:01,682 --> 00:35:03,267 Tekanan darahnya stabil. 555 00:35:03,851 --> 00:35:04,936 Periksa C4. 556 00:35:05,019 --> 00:35:06,771 Kadar jantung stabil. Periksa vital. 557 00:35:06,854 --> 00:35:07,855 Jalankan vital. 558 00:35:07,939 --> 00:35:11,692 Kami nampak penurunan jangkitan. Awak nampak paras gas darah? 559 00:35:12,902 --> 00:35:16,614 Aduhai, saya rasa serum itu berhasil. Dia dah sedar. 560 00:35:20,618 --> 00:35:23,204 Tolong saya. 561 00:35:23,704 --> 00:35:25,581 Saya perlu beritahu awak… 562 00:35:34,382 --> 00:35:35,216 Dia dah mati. 563 00:35:38,928 --> 00:35:39,762 Tidak. 564 00:35:41,305 --> 00:35:42,140 Tidak. 565 00:35:44,267 --> 00:35:45,101 Tidak. 566 00:36:18,718 --> 00:36:20,887 Lepaskan saya! 567 00:37:48,683 --> 00:37:50,601 Terjemahan sari kata oleh Gina K