1 00:00:45,838 --> 00:00:47,214 Awak nak apa, Micah? 2 00:00:49,383 --> 00:00:50,843 Saya nak semua ini berakhir. 3 00:00:50,926 --> 00:00:52,553 Kalau begitu, beritahu kebenaran. 4 00:00:53,971 --> 00:00:55,764 Kita tak perlu bersengketa. 5 00:00:56,723 --> 00:00:58,433 Kita saling menyayangi sebelum ini. 6 00:00:59,810 --> 00:01:01,353 Awak beri saya inspirasi. 7 00:01:02,563 --> 00:01:04,397 Saya rela katakannya. 8 00:01:04,480 --> 00:01:07,234 Awak ilham di sebalik Discard. 9 00:01:08,402 --> 00:01:13,115 Rose, beritahu Poppy awak silap. 10 00:01:13,198 --> 00:01:14,199 Tipu. 11 00:01:15,325 --> 00:01:17,119 Itu yang awak maksudkan, bukan? Tipu. 12 00:01:17,786 --> 00:01:19,580 - Yakah? - Ya. 13 00:01:19,663 --> 00:01:23,292 Dah banyak kali awak ceritakan kisah itu, awak rasa ia kehidupan awak, 14 00:01:23,375 --> 00:01:25,252 tapi bukan. Ia kehidupan saya. 15 00:01:25,335 --> 00:01:26,336 Bukan semuanya. 16 00:01:27,004 --> 00:01:30,424 Serangan di kelab, tak berlaku kepada awak. 17 00:01:30,507 --> 00:01:31,800 Ia berlaku kepada saya. 18 00:01:32,551 --> 00:01:34,970 Awak cakap dia serang awak sebab awak orang luar. 19 00:01:35,053 --> 00:01:37,264 Dia serang saya sebab saya kulit Hitam. 20 00:01:38,015 --> 00:01:42,227 - Awak tak boleh lupakan itu. - Kisah itu tentang kelemahan. 21 00:01:42,311 --> 00:01:44,521 Pulang dari sekolah dan dapat tahu 22 00:01:44,605 --> 00:01:48,775 ibu bapa angkat awak berpindah dan tinggalkan awak. 23 00:01:48,859 --> 00:01:49,860 Tanpa amaran. 24 00:01:50,444 --> 00:01:51,820 Itu kisah siapa? 25 00:01:51,904 --> 00:01:53,030 - Rose, begini... - Kisah siapa? 26 00:01:53,614 --> 00:01:56,241 Beritahu saya kebenaran jika awak tak dapat beritahu diri awak. 27 00:01:57,743 --> 00:02:01,663 Kebenaran itu lebih penting daripada kita berdua. 28 00:02:03,332 --> 00:02:05,918 Ada ribuan gadis perlukan saya. 29 00:02:06,001 --> 00:02:07,544 Awak gunakan saya. 30 00:02:08,377 --> 00:02:09,755 Awak permainkan kesetiaan Holt. 31 00:02:09,838 --> 00:02:11,757 - Tidak. - Ia bukan penipuan. 32 00:02:12,758 --> 00:02:16,887 Personaliti Holt berubah selepas dia jatuh cinta dengan awak. 33 00:02:18,222 --> 00:02:20,474 Lelaki kecewa bertemu perempuan kecewa. 34 00:02:21,016 --> 00:02:23,519 Kisah silam awak melukakan Holt. 35 00:02:32,903 --> 00:02:35,614 Awak ingat lof yang kita huni di Minna? 36 00:02:37,324 --> 00:02:38,992 Awak boleh jalani kehidupan di sana. 37 00:02:42,996 --> 00:02:44,289 Ia milik awak. 38 00:02:45,123 --> 00:02:46,333 Kalau saya buat apa? 39 00:03:55,903 --> 00:03:57,112 Berhati-hati. 40 00:03:57,196 --> 00:03:59,114 Okey, saya akan berhati-hati. 41 00:04:03,368 --> 00:04:05,746 - Baiklah. Di sini. - Okey. 42 00:04:07,748 --> 00:04:09,041 Di sana? 43 00:04:09,124 --> 00:04:11,335 - Percayalah. Ini dia. - Dapat? 44 00:04:11,418 --> 00:04:13,962 Ya. Saya tak tahu kalau ia senget atau tak. Biar saya tengok. 45 00:04:19,927 --> 00:04:21,470 - Bagus. - Ya. 46 00:04:22,262 --> 00:04:28,477 James Baldwin pernah tulis, menerima kisah silam dan sejarah seseorang, 47 00:04:29,394 --> 00:04:31,939 tak sama seperti terbeban olehnya. 48 00:04:33,357 --> 00:04:35,150 Ia tentang belajar cara untuk gunakannya. 49 00:04:35,234 --> 00:04:39,238 Tapi kisah silam yang direka tak boleh digunakan. 50 00:04:39,321 --> 00:04:42,616 Ia akan hancur kerana tekanan hidup 51 00:04:42,699 --> 00:04:45,994 seperti tanah liat semasa musim kemarau. 52 00:04:46,578 --> 00:04:50,874 Kemarau dah bermula bagi Micah Keith. 53 00:04:50,958 --> 00:04:54,711 Pembalasan dahsyat untuk penipuan selama berdekad-dekad. 54 00:04:54,795 --> 00:04:55,921 BERHENTI MENYOKONG MICAH KEITH! 55 00:04:56,004 --> 00:04:57,673 Persoalannya ialah, apa yang berlaku sekarang? 56 00:04:57,756 --> 00:04:59,049 ADA PENIPU BERNAMA MICAH 57 00:04:59,633 --> 00:05:03,679 Penipuan Micah ialah jenayah emosi. 58 00:05:04,304 --> 00:05:08,684 Dia ambil kesempatan terhadap orang paling lemah antara kita 59 00:05:09,351 --> 00:05:14,398 dan gunakan kesakitan itu untuk keuntungannya sendiri. 60 00:05:14,982 --> 00:05:19,278 Hampir semua orang yang dilibatkannya terjejas. 61 00:05:21,029 --> 00:05:23,490 Pembalasan saya juga akan muncul. 62 00:05:24,366 --> 00:05:26,159 Untuk pilihan yang saya buat... 63 00:05:28,203 --> 00:05:30,539 orang yang saya sakiti semasa proses itu. 64 00:05:37,713 --> 00:05:42,676 Kisah ini memaksa saya mengakui kesilapan saya sendiri. 65 00:05:43,677 --> 00:05:45,012 Cerita yang saya laporkan. 66 00:05:45,721 --> 00:05:48,015 Saya tak merancang untuk dedahkan Micah. 67 00:05:48,932 --> 00:05:51,727 Matlamat saya hanyalah selesaikan 68 00:05:51,810 --> 00:05:57,774 pembunuhan Joshua Keith dan anaknya, Drew Turney. 69 00:06:02,696 --> 00:06:03,906 Baiklah. 70 00:06:04,489 --> 00:06:05,490 Rose. 71 00:06:07,993 --> 00:06:10,704 - Helo? - Saya dah keluar dari hospital. 72 00:06:10,787 --> 00:06:13,624 Jangan pergi dulu. Saya akan ke sana. 73 00:06:16,502 --> 00:06:18,545 Kenapa awak yang ambil Rose? 74 00:06:19,254 --> 00:06:20,464 Saya tiada pilihan. 75 00:06:20,547 --> 00:06:22,174 Dia tiada tempat untuk dituju. 76 00:06:22,257 --> 00:06:24,676 Kenapa awak nak sangat jumpa dia? 77 00:06:25,844 --> 00:06:28,430 Saya dengar temu bual saya bersama dia semalam, 78 00:06:28,514 --> 00:06:32,434 dan dia cakap Josh diugut kerana dokumentarinya. 79 00:06:32,518 --> 00:06:33,602 Kita tahu itu. 80 00:06:34,102 --> 00:06:37,314 - Tapi bagaimana dia tahu? - Entah. Mungkin Josh beritahu dia. 81 00:06:37,397 --> 00:06:39,650 Mungkin dia tahu lebih banyak. 82 00:06:39,733 --> 00:06:40,984 Ini tentang Micah? 83 00:06:41,068 --> 00:06:44,363 Kenapa awak masih pertahankan dia selepas dia khianati awak? 84 00:06:44,446 --> 00:06:47,282 Saya nak Micah bertanggungjawab. Saya tak nak dia mati. 85 00:06:47,783 --> 00:06:48,784 Baiklah. 86 00:06:52,704 --> 00:06:55,123 Khimat pelanggan boleh bantu dalam pengembalian produk. 87 00:06:55,207 --> 00:06:56,333 Saya akan sambungkan. 88 00:06:58,502 --> 00:07:00,796 Anda menghubungi Shelter. Boleh kami bantu? 89 00:07:00,879 --> 00:07:03,257 Jangan letak telefon. Apa yang berlaku? 90 00:07:04,007 --> 00:07:07,261 Semasa kami tiba di sini pagi tadi, ada orang sedang marah di luar. 91 00:07:07,344 --> 00:07:11,056 - Mereka menyerbu masuk, mengambil produk. - Tarik nafas dalam-dalam. 92 00:07:11,139 --> 00:07:13,934 Okey, paling penting, tiada orang cedera. 93 00:07:14,017 --> 00:07:15,185 Mana Ivy? 94 00:07:15,269 --> 00:07:17,312 Dia baru selesai dengan mesyuarat lembaga. 95 00:07:19,231 --> 00:07:21,483 Tiada mesyuarat lembaga dalam jadual saya. 96 00:07:23,235 --> 00:07:24,778 Ivy suruh saya padamkannya. 97 00:07:33,954 --> 00:07:34,955 Saya faham, 98 00:07:35,038 --> 00:07:38,125 tapi ramai orang batalkan langganan. Okey. 99 00:07:38,208 --> 00:07:40,502 Beri saya lima minit untuk uruskannya. Kita jumpa di pejabat awak nanti. 100 00:07:40,586 --> 00:07:44,798 Tak, sebab Nordstrom dan Bloomingdale batalkan kontrak untuk produk kulit itu. 101 00:07:44,882 --> 00:07:46,717 Saya tak tahu. Itulah yang saya kata. 102 00:07:46,800 --> 00:07:48,510 IVY BERMESYUARAT DENGAN LEMBAGA TANPA PENGETAHUAN MICAH 103 00:07:48,594 --> 00:07:50,512 Tidak. Saya akan telefon awak semula, okey? 104 00:08:04,651 --> 00:08:06,236 Apa rancangan awak? 105 00:08:08,488 --> 00:08:10,157 Lembaga mahu menggantikan awak. 106 00:08:11,033 --> 00:08:12,117 Siapa penggantinya? 107 00:08:12,993 --> 00:08:14,453 Lembaga nak saya. 108 00:08:20,501 --> 00:08:23,295 Awak cuba gantikan saya di syarikat saya sendiri? 109 00:08:23,879 --> 00:08:25,297 Awak tak beri saya pilihan. 110 00:08:26,131 --> 00:08:27,132 Okey. 111 00:08:28,592 --> 00:08:30,135 Kalau begitu, mari kita uji. 112 00:08:31,345 --> 00:08:34,181 Mari lihat orang lebih setia kepada siapa. Awak atau saya. 113 00:08:34,264 --> 00:08:36,099 Kita tak perlu bergaduh. 114 00:08:39,561 --> 00:08:41,020 Tidak. 115 00:08:52,324 --> 00:08:53,492 Maaf. 116 00:08:55,160 --> 00:08:57,496 PERKHIDMATAN POS AMERIKA SYARIKAT 117 00:09:03,710 --> 00:09:05,212 Hei, Rose. 118 00:09:06,171 --> 00:09:07,589 Saya gembira awak hubungi saya. 119 00:09:07,673 --> 00:09:10,425 Mereka perlukan katil saya, jadi saya dibenarkan keluar. 120 00:09:11,593 --> 00:09:13,595 Saya bawa beberapa barang untuk awak. 121 00:09:13,679 --> 00:09:17,683 Pakaian, kasut, produk kebersihan diri, sedikit duit untuk awak mulakan kehidupan. 122 00:09:19,017 --> 00:09:20,227 Terima kasih. 123 00:09:20,310 --> 00:09:23,522 Boleh awak jawab beberapa soalan saya? 124 00:09:25,274 --> 00:09:31,238 Awak cakap Josh diugut kerana dokumentarinya. 125 00:09:31,321 --> 00:09:33,073 Apa maksud awak? 126 00:09:33,156 --> 00:09:37,494 Saya hadiri tayangan filemnya beberapa bulan lalu dan nampak dia bertengkar. 127 00:09:37,578 --> 00:09:39,371 Lelaki itu mengugut nak bunuh dia. 128 00:09:39,454 --> 00:09:40,914 Awak tahu namanya? 129 00:09:43,000 --> 00:09:45,294 Tapi dia nampak seperti orang yang berpengaruh. 130 00:09:46,503 --> 00:09:47,838 Berpengaruh? 131 00:09:57,139 --> 00:09:58,432 Awak cam muka-muka ini? 132 00:10:04,521 --> 00:10:05,731 GALERI 133 00:10:07,441 --> 00:10:09,735 Dialah orangnya. 134 00:10:11,945 --> 00:10:14,489 Hantar kepada Aames. Mungkin dia kenal orang itu. 135 00:10:14,573 --> 00:10:17,201 - Awak pasti dia ugut Josh? - Ya, saya nampak dia. 136 00:10:17,951 --> 00:10:19,203 Dia tak nampak saya. 137 00:10:21,455 --> 00:10:22,915 Micah ada ke sini. 138 00:10:23,790 --> 00:10:27,419 Dia tawarkan tempat tinggal supaya saya berdiam diri. 139 00:10:28,504 --> 00:10:30,881 Saya takkan tipu tentang kehidupan saya. 140 00:10:30,964 --> 00:10:32,925 Hanya itu yang saya ada. Baik atau buruk. 141 00:10:33,717 --> 00:10:35,802 Kalau awak perlukan tempat untuk dituju, saya boleh bantu awak. 142 00:10:35,886 --> 00:10:37,012 Bagaimana? 143 00:10:37,095 --> 00:10:39,348 Adik saya lihat beberapa tempat perlindungan. 144 00:10:39,431 --> 00:10:41,934 Ada satu di Albany, satu di El Cerrito. 145 00:10:42,017 --> 00:10:44,937 Saya boleh bawa awak ke situ. Bantu awak tinggal di sana. 146 00:10:45,020 --> 00:10:46,897 Awak nak halau saya? 147 00:10:47,731 --> 00:10:51,026 Bukan begitu. Saya cuma nak membantu. 148 00:10:51,109 --> 00:10:53,862 Kedua-dua tempat elok dan bersih. 149 00:10:57,491 --> 00:10:58,492 Awak nak ke mana? 150 00:11:01,119 --> 00:11:03,664 Micah ke sini untuk suruh saya diam. 151 00:11:04,331 --> 00:11:06,208 - Awak ke sini untuk gunakan saya. - Tidak. 152 00:11:06,291 --> 00:11:08,210 Lebih baik saya jaga diri sendiri. 153 00:11:13,423 --> 00:11:15,050 Okey. Ada khabar daripada Aames. 154 00:11:15,133 --> 00:11:17,636 Lelaki yang Rose cam ialah Martin Haywood. 155 00:11:18,178 --> 00:11:21,014 Dia polis San Francisco sehinggalah beberapa minggu lalu. 156 00:11:21,098 --> 00:11:22,391 - Awak serius? - Ya. 157 00:11:22,474 --> 00:11:24,142 Aames nak jumpa kita pada waktu pagi. 158 00:11:24,726 --> 00:11:27,396 Okey. Hubungi dia dan saya akan sambung nanti. 159 00:11:31,316 --> 00:11:34,945 Hei, ayah. Ini saya. Saya dalam perjalanan ke sana. 160 00:11:35,028 --> 00:11:37,823 Saya nak kongsi keseluruhan cerita tentang Cik Shirley. 161 00:11:37,906 --> 00:11:39,908 Bukan cerita yang saya siarkan di audio siar saja. 162 00:11:45,497 --> 00:11:49,168 Kalau ayah awak betul-betul sayang awak, dia takkan dipenjara. 163 00:11:52,504 --> 00:11:55,465 Dia tak pernah buat sesuatu yang orang dapat lihat. 164 00:11:56,300 --> 00:12:00,179 Dia buat saya rasa tak diingini, beban. 165 00:12:02,556 --> 00:12:05,267 Kemudian dengan kata-kata dia. 166 00:12:07,352 --> 00:12:09,730 Dia sangat pandai melukakan saya dengan kata-kata dia. 167 00:12:11,023 --> 00:12:12,774 Semakin dia kenal saya, 168 00:12:13,942 --> 00:12:17,821 cara dia menyakiti saya semakin kreatif. 169 00:12:19,114 --> 00:12:20,741 Sebulan saya di sana, 170 00:12:21,408 --> 00:12:24,578 menunggu khabar daripada ayah, tertunggu-tunggu surat daripada ayah, 171 00:12:26,163 --> 00:12:27,956 dan saya nampak sepucuk surat di atas meja. 172 00:12:30,083 --> 00:12:34,338 Cik Shirley tak benarkan saya membaca, membuka atau menyentuh surat itu. 173 00:12:35,589 --> 00:12:39,510 Saya merayu dan menangis. 174 00:12:41,261 --> 00:12:42,679 Dia ketawakan saya. 175 00:12:45,390 --> 00:12:47,392 Surat itu di atas meja selama seminggu. 176 00:12:50,812 --> 00:12:52,689 Akhirnya saya ambil surat itu dan lari. 177 00:12:54,483 --> 00:13:00,030 Apabila dia tangkap saya, saya menjerit sekuat hati. 178 00:13:01,532 --> 00:13:04,993 Walaupun dia tak sentuh saya, saya terus menjerit. 179 00:13:07,246 --> 00:13:08,497 Dia... 180 00:13:09,498 --> 00:13:11,792 Dia rampas dan bakar surat itu. 181 00:13:13,544 --> 00:13:17,881 Sebaik saja bahagian tepi surat itu dijilat api, 182 00:13:19,508 --> 00:13:21,134 saya terdiam. 183 00:13:22,177 --> 00:13:27,307 Suara saya seperti dirampas. 184 00:13:28,559 --> 00:13:29,560 Selamanya. 185 00:13:32,813 --> 00:13:34,940 Saya langsung tak bercakap selepas itu. 186 00:13:35,816 --> 00:13:39,069 Awak pendam perkara ini selama ini? 187 00:13:39,152 --> 00:13:41,280 Kenapa awak tak cakap apa-apa? 188 00:13:46,201 --> 00:13:48,453 Ingat, awak mesti kuat. 189 00:13:52,708 --> 00:13:53,709 Jangan menangis. 190 00:13:55,544 --> 00:13:57,963 Tiada orang peduli tangisan budak kulit Hitam. 191 00:14:04,636 --> 00:14:07,097 Awak buat apa yang perlu untuk bertahan. 192 00:14:09,516 --> 00:14:10,517 Saya bersimpati. 193 00:14:12,603 --> 00:14:13,604 Untuk apa? 194 00:14:14,104 --> 00:14:16,273 Selama ini, saya pandang remeh perkara yang awak lalui. 195 00:14:16,356 --> 00:14:18,108 Tak, bukan salah awak. 196 00:14:20,068 --> 00:14:21,570 Jadi salah siapa? 197 00:14:22,070 --> 00:14:23,071 Ayah. 198 00:14:25,657 --> 00:14:27,075 Saya akan cakap dengan dia. 199 00:14:42,674 --> 00:14:43,842 Awak buat apa di sini? 200 00:14:43,926 --> 00:14:48,388 Ayah awak beri saya kuncinya, tapi saya tak nak jadi biadab. 201 00:14:48,472 --> 00:14:52,351 - Awak pula tak nak ditembak. - Ya, betul. 202 00:14:52,851 --> 00:14:55,646 - Awak nak minum? - Ya, boleh juga. 203 00:14:57,189 --> 00:14:58,190 Wiski? 204 00:14:58,273 --> 00:15:01,443 Minuman kegemaran. Pasti sedap. 205 00:15:03,237 --> 00:15:04,238 Jadi? 206 00:15:05,489 --> 00:15:09,034 Cakaplah sesuatu. Awak benci saya? 207 00:15:12,454 --> 00:15:13,997 Itu tak perlu dijawab. 208 00:15:17,876 --> 00:15:21,839 Saya tanya sebab awak akan dibicarakan kerana sikap awak 209 00:15:21,922 --> 00:15:24,508 yang berkaitan dengan kematian Owen Cave. 210 00:15:25,092 --> 00:15:26,802 Kematian yang berlaku di bilik itu. 211 00:15:29,137 --> 00:15:31,473 Sekarang awak dedahkan yang awak biarkan orang lain mati. 212 00:15:31,557 --> 00:15:33,976 Awak nak saya buat apa? Ia dah diketahui. 213 00:15:35,018 --> 00:15:39,106 Kita boleh buat orang percaya Cik Shirley dera awak. 214 00:15:39,690 --> 00:15:40,691 Mencipta simpati. 215 00:15:41,316 --> 00:15:44,278 Tapi kita perlu siasat lebih dalam, saya nak tahu kalau awak boleh lakukannya. 216 00:15:46,697 --> 00:15:47,990 Saya ada pilihan? 217 00:15:50,117 --> 00:15:54,788 Kita semua ada pilihan, tapi tidak kalau awak mahu rumah ini. 218 00:15:57,791 --> 00:15:59,877 Salah seorang jiran saya mahu beli rumah ini. 219 00:16:01,003 --> 00:16:02,880 Saya dah hantar barang-barang Ingram. 220 00:16:04,423 --> 00:16:05,966 Ini bukan rumah lagi. 221 00:16:07,467 --> 00:16:10,137 Bukan rumah sejak Owen Cave... 222 00:16:12,055 --> 00:16:13,182 bunuh diri di sini. 223 00:16:16,310 --> 00:16:17,519 Banyak kesukaran yang awak lalui. 224 00:16:17,603 --> 00:16:19,563 Tapi awak wanita hebat. 225 00:16:20,814 --> 00:16:23,901 Awak buat banyak kebaikan walaupun awak kesakitan. 226 00:16:25,402 --> 00:16:26,403 Ia berharga. 227 00:16:29,323 --> 00:16:32,284 Awak siapa? 228 00:16:32,951 --> 00:16:34,828 Lucu kerana awak tanya begitu. 229 00:16:34,912 --> 00:16:36,163 Saya, beberapa tahun lalu, 230 00:16:36,246 --> 00:16:38,999 saya jalankan kajian keturunan. 231 00:16:39,082 --> 00:16:44,004 Saya nak tahu tentang sejarah saya. Siapa yang cipta kegemilangan ini? 232 00:16:50,385 --> 00:16:54,765 Martin Haywood ialah pentaasub dalam Sons of Ivar. 233 00:16:54,848 --> 00:16:59,228 Dulu saya suruh dia menyamar, dan sikap sebenarnya terdedah. 234 00:16:59,311 --> 00:17:02,231 Saya andaikan inilah sebabnya dia tak lagi jadi polis? 235 00:17:02,314 --> 00:17:04,983 - Bukan sekadar itu. Saya pecat dia. - Biar betul! 236 00:17:05,067 --> 00:17:07,486 Ya. Dia perdaya kedua-dua pihak, 237 00:17:07,569 --> 00:17:08,779 tapi dia terpengaruh. 238 00:17:08,862 --> 00:17:12,782 Dia gunakan nama samaran dalam Parler untuk sokong Ivar. 239 00:17:12,866 --> 00:17:15,953 Dia juga menyumbang duit kepada National Chapter. 240 00:17:16,036 --> 00:17:17,996 Sebab itulah Hal Ehwal Dalaman siasat dia. 241 00:17:18,789 --> 00:17:19,830 Bagaimana ia berlaku? 242 00:17:19,915 --> 00:17:21,333 Perkara teruk seperti biasa. 243 00:17:21,415 --> 00:17:25,087 Perceraian yang teruk. Si isteri ambil anak-anak. Samalah seperti ahli lain. 244 00:17:25,170 --> 00:17:27,506 Ya. Dia benci Josh sebab Josh menolak Sons. 245 00:17:27,589 --> 00:17:29,091 Jadi Haywood ada motif. 246 00:17:29,174 --> 00:17:31,552 Itu dah cukup untuk pendakwa raya. Ia permulaan. 247 00:17:31,635 --> 00:17:34,096 Kita perlu bukti atau saksi. 248 00:17:34,179 --> 00:17:37,474 Okey, jawab ini. Awak rasa dia pembunuh yang dicari? 249 00:17:37,975 --> 00:17:40,477 Sukar untuk dikatakan. Dia ada alibi. 250 00:17:40,561 --> 00:17:43,564 Dia bersama Sons Of Ivar di upacara inisiasi 251 00:17:43,647 --> 00:17:45,691 pada malam Joshua dan Drew dibunuh. 252 00:17:45,774 --> 00:17:47,109 Dia ada kenyataan bersumpah. 253 00:17:48,193 --> 00:17:49,486 Mungkin penipuan. 254 00:17:50,070 --> 00:17:52,114 Awak boleh siasat siapa yang diinisiasi 255 00:17:52,197 --> 00:17:53,949 atau sepatutnya diinisiasi malam itu? 256 00:17:54,032 --> 00:17:55,409 Itu mungkin petunjuk untuk kita. 257 00:17:55,492 --> 00:17:57,995 Siasatan tak rasmi agak sukar, 258 00:17:59,079 --> 00:18:00,914 tapi saya akan cuba membantu. 259 00:18:02,541 --> 00:18:04,334 Kamu berdua berhati-hati. 260 00:18:04,835 --> 00:18:07,713 Haywood dah hilang akal. Saya tak percayakan dia. 261 00:18:07,796 --> 00:18:12,009 Jadi kalau dia guna polis untuk sembunyi, mungkin dia tinggalkan jejak. 262 00:18:14,094 --> 00:18:16,847 Jadi, saya perlu mencari masalah? 263 00:18:16,930 --> 00:18:18,432 Selamat datang ke kehidupan saya. 264 00:18:21,143 --> 00:18:23,228 - Baiklah. - Terima kasih, kawan. 265 00:18:34,156 --> 00:18:35,365 Saya keluar dengan polis? 266 00:18:36,325 --> 00:18:39,745 Polis yang kacak, tapi biasanya saya tak begini. 267 00:18:40,954 --> 00:18:42,247 Nak saya tuang minuman lagi? 268 00:18:42,331 --> 00:18:43,665 - Apa salahnya, bukan? - Ya. 269 00:18:50,464 --> 00:18:52,925 - Markus Killebrew. - Desiree. Apa yang terjadi? 270 00:18:55,552 --> 00:18:56,845 Markus. 271 00:18:56,929 --> 00:18:57,930 Hei. 272 00:18:58,514 --> 00:19:00,432 - Saya gembira awak di sini. - Saya dapat mesej awak. 273 00:19:00,516 --> 00:19:01,892 Mana Capstone? 274 00:19:06,396 --> 00:19:09,274 Elk. Kawan-kawan, apa berlaku? Awak... 275 00:19:16,198 --> 00:19:17,199 Drea? 276 00:19:25,832 --> 00:19:27,209 Sayang, awak okey? 277 00:19:27,292 --> 00:19:29,545 Nando, hubungi polis dan paramedik. 278 00:19:31,046 --> 00:19:33,215 Desiree, boleh bawa dia keluar dari sini? 279 00:19:33,298 --> 00:19:36,927 Ya, boleh hantar polis ke The Knock? Shattuck Avenue dan 54th. 280 00:19:37,010 --> 00:19:41,223 - Drea. Hai, saya Desiree. Ini Markus. - Hei, sayang. 281 00:19:41,306 --> 00:19:42,724 Kami kawan ibu awak. 282 00:19:43,350 --> 00:19:45,435 Apa kata kita ke atas dan tunggu dia 283 00:19:45,519 --> 00:19:47,479 sementara Markus cuba hubungi dia? Okey? 284 00:19:48,355 --> 00:19:51,483 - Tak apa. - Mari, sayang. Tak apa. Di sini. 285 00:20:00,450 --> 00:20:02,911 HILANG DREA SPIVEY 286 00:20:08,959 --> 00:20:10,669 Mari bercakap di luar. 287 00:20:27,144 --> 00:20:29,479 Inilah lelaki yang sepatutnya diinisiasi 288 00:20:29,563 --> 00:20:30,939 pada malam pembunuhan Josh. 289 00:20:31,023 --> 00:20:33,358 Mari lihat jika dia sokong alibi Haywood. 290 00:20:42,367 --> 00:20:43,577 Kyle Richter? 291 00:20:45,120 --> 00:20:48,415 Nama saya Poppy. Saya wartawan yang sedang siasat sebuah kisah. 292 00:20:48,999 --> 00:20:50,792 Saya nak bercakap dengan awak sekejap. 293 00:20:52,002 --> 00:20:53,003 Tentang? 294 00:20:53,712 --> 00:20:55,130 Sons of Ivar. 295 00:20:57,549 --> 00:21:01,345 Tiada yang perlu dibincangkan. Saya dah tiada kaitan dengan kumpulan itu. 296 00:21:03,347 --> 00:21:06,266 Maaf, itu M40A5? 297 00:21:06,850 --> 00:21:09,728 Dulu saya ada masalah tikus di Texas. 298 00:21:09,811 --> 00:21:12,898 Itu cara terbaik dan cara paling seronok untuk uruskannya. 299 00:21:12,981 --> 00:21:15,442 Apa lagi yang ada di belakang sana? Boleh saya tengok? 300 00:21:18,320 --> 00:21:20,364 Ini Marlin 336A 301 00:21:20,447 --> 00:21:22,950 dan Remington 540XR. 302 00:21:23,033 --> 00:21:24,034 Boleh tahan. 303 00:21:25,494 --> 00:21:26,745 Itu ayah awak? 304 00:21:27,329 --> 00:21:28,372 Tentera? 305 00:21:30,249 --> 00:21:31,959 Nampak namanya pada peti surat. 306 00:21:32,876 --> 00:21:33,877 Dia dah mati. 307 00:21:34,545 --> 00:21:35,838 Maafkan saya. 308 00:21:35,921 --> 00:21:37,589 Ya, pasti sukar. 309 00:21:38,173 --> 00:21:39,341 Kamu patut pulang. 310 00:21:40,592 --> 00:21:43,804 Ayah saya bekas Renjer Texas dan tentera. Vietnam. 311 00:21:44,930 --> 00:21:47,766 Saya hanya boleh bayangkan bagaimana rasanya menjadi lelaki. 312 00:21:49,768 --> 00:21:53,063 Apa berlaku pada malam inisiasi awak bersama Martin Haywood? 313 00:21:56,066 --> 00:21:57,776 - Dia tahu awak di sini? - Tak. 314 00:21:58,485 --> 00:22:00,237 Dia tak perlu tahu. 315 00:22:01,071 --> 00:22:02,614 Apa berlaku malam itu? 316 00:22:03,448 --> 00:22:06,535 Martin tak muncul. Dia terlepas majlis itu. 317 00:22:15,294 --> 00:22:17,838 Jadi Martin Haywood tiada alibi. 318 00:22:17,921 --> 00:22:19,256 Tiada. Penipuan. 319 00:22:19,339 --> 00:22:21,925 Dia minta semua orang di upacara inisiasi untuk bersubahat. 320 00:22:23,093 --> 00:22:25,220 Banyak e-mel diterima daripada Shelter. 321 00:22:25,304 --> 00:22:29,683 Nampaknya kawan awak cuba bersihkan namanya. 322 00:22:29,766 --> 00:22:32,477 Tuduhan yang dibuat terhadap awak telah... 323 00:22:32,561 --> 00:22:36,815 Memusnahkan semua perkara yang saya cuba capai 324 00:22:36,899 --> 00:22:38,233 dan bina di Shelter. 325 00:22:38,317 --> 00:22:39,401 BERDEPAN DENGAN MUSUH 326 00:22:39,484 --> 00:22:44,781 Matlamat kami adalah pemerkasaan, pemerkasaan wanita, dari awal lagi. 327 00:22:45,282 --> 00:22:49,870 Tapi wanita lain pula menjadi ketua kempen pemusnahan ini. 328 00:22:49,953 --> 00:22:54,082 Saya kehilangan semua kerja saya. 329 00:22:54,166 --> 00:22:57,794 Saya tak minta berada dalam kedudukan ini. Saya tulis sebuah buku. 330 00:22:58,462 --> 00:23:00,547 Ia mempunyai maksud yang mendalam. 331 00:23:00,631 --> 00:23:01,715 Ia beri saya platform 332 00:23:01,798 --> 00:23:06,428 untuk tunjukkan kepada orang lain cara mengubah kesusahan kepada kekuatan. 333 00:23:06,512 --> 00:23:08,514 Saya katakannya sebab saya percayakannya. 334 00:23:10,265 --> 00:23:13,393 - Seterusnya apa? - Kembali kepada tujuan asal. 335 00:23:13,477 --> 00:23:18,524 Sebab itulah saya teruja untuk seminar kesihatan hujung minggu saya 336 00:23:18,607 --> 00:23:20,150 di Taman Daerah Tilden. 337 00:23:20,234 --> 00:23:23,779 Saya harap sesiapa yang menonton dapat hadir. 338 00:23:40,671 --> 00:23:42,798 Sayang? Dah sedia? 339 00:23:42,881 --> 00:23:45,801 Lalu lintas agak teruk di jambatan pada waktu begini, 340 00:23:45,884 --> 00:23:47,219 jadi kita mesti keluar sekarang. 341 00:23:48,512 --> 00:23:49,805 Saya tak nak pergi. 342 00:23:51,640 --> 00:23:54,977 Saya tak nak dengar itu, Shreve. Mari pergi. 343 00:24:02,860 --> 00:24:04,152 Saya serius. 344 00:24:05,863 --> 00:24:07,406 Elk beritahu saya lokasi mereka jumpa Drea 345 00:24:07,489 --> 00:24:09,992 dan perkara yang mereka nampak semasa mereka selamatkan dia. 346 00:24:11,326 --> 00:24:13,495 Bagaimana perkara begini boleh terjadi di kejiranan saya 347 00:24:13,579 --> 00:24:15,289 dan saya tak tahu tentangnya? 348 00:24:16,039 --> 00:24:19,126 Dulu tiada sesiapa boleh buat apa-apa selagi Capstone tak benarkan. 349 00:24:19,209 --> 00:24:21,628 Ini bukan salah awak, Shreve. 350 00:24:21,712 --> 00:24:24,047 Janji temu ini mengganggu. 351 00:24:24,131 --> 00:24:27,718 Jangan cakap begitu. Tak baik. 352 00:24:29,553 --> 00:24:31,388 Saya takkan pergi lagi. 353 00:24:33,849 --> 00:24:37,728 Sayang, saya tahu awak sedih sebab sakit. 354 00:24:37,811 --> 00:24:41,190 Tapi awak sebenarnya sangat kecewa tentang Poppy 355 00:24:42,816 --> 00:24:44,484 dan perkara yang dia beritahu keluarga. 356 00:24:47,070 --> 00:24:49,114 Kamu berdua sangat banyak persamaan. 357 00:24:50,490 --> 00:24:53,577 Dia betul-betul seperti awak. 358 00:24:54,453 --> 00:24:59,958 Kongsi kesakitan awak dengan dia supaya dia juga kongsi kesakitannya dengan awak. 359 00:25:06,173 --> 00:25:09,384 Martin Haywood. Lelaki menakutkan yang kedua. 360 00:25:09,885 --> 00:25:13,805 Kita pernah ke tempat lebih menakutkan dan menemu bual orang lebih menakutkan. 361 00:25:14,348 --> 00:25:17,476 Ya, tapi waktu itu kita bersama Times. Sekarang... 362 00:25:18,435 --> 00:25:21,939 Saya cuma nak menemu bual. Tanya dia beberapa soalan. 363 00:25:22,022 --> 00:25:25,442 Tak guna. Baiklah, mari lakukannya. 364 00:25:39,248 --> 00:25:42,334 Haywood ada makmal dadah di sini? 365 00:25:55,472 --> 00:25:57,266 Tempat ini buat saya seram. 366 00:25:57,349 --> 00:25:58,600 Mari pergi. 367 00:26:00,602 --> 00:26:01,812 - Okey. - Mari. 368 00:26:07,317 --> 00:26:09,319 Wah! 369 00:26:12,281 --> 00:26:14,700 Apa dia buat dengan berkotak-kotak produk Shelter? 370 00:26:16,410 --> 00:26:17,619 Apa? 371 00:26:42,936 --> 00:26:44,104 - Hai. - Hei. 372 00:26:45,063 --> 00:26:47,149 Ini idea buruk. 373 00:26:48,817 --> 00:26:49,943 Kenapa pula? 374 00:26:50,861 --> 00:26:52,821 Sebab ia berbahaya. 375 00:26:52,905 --> 00:26:54,907 Semua peserta yang hadir belum diperiksa. 376 00:26:55,490 --> 00:26:57,034 Mereka sayang saya. 377 00:26:57,784 --> 00:26:59,369 Saya panggil dan mereka datang. 378 00:27:03,165 --> 00:27:05,501 Shelter akan musnah kalau awak terus buat begini. 379 00:27:15,886 --> 00:27:18,055 Minta perhatian, semua. 380 00:27:18,639 --> 00:27:20,390 - Hai. Selamat datang. - Hai, Micah. 381 00:27:21,183 --> 00:27:24,019 Kita ada penceramah baru petang ini, 382 00:27:25,020 --> 00:27:26,021 Ivy Abbott. 383 00:27:29,316 --> 00:27:31,360 Dia akan mulakan majlis hari ini. 384 00:27:33,237 --> 00:27:35,948 Silakan. Awak boleh mulakan. 385 00:27:38,492 --> 00:27:40,953 Apa kata awak ketuai upacara membakar? 386 00:27:45,707 --> 00:27:48,877 Idea yang hebat. 387 00:27:49,878 --> 00:27:50,879 Terima kasih. 388 00:28:00,430 --> 00:28:04,268 Kamu boleh keluarkan apa-apa saja benda yang kamu bawa ke sini. 389 00:28:12,317 --> 00:28:15,988 Upacara membakar melambangkan... 390 00:28:18,073 --> 00:28:19,074 pembersihan. 391 00:28:23,537 --> 00:28:26,999 Ada api dalam pembaharuan. 392 00:28:32,504 --> 00:28:37,926 Bertenang dan fikir tentang maksud benda anda kepada anda. 393 00:28:39,261 --> 00:28:40,721 Bagaimana ia jadi penghalang anda? 394 00:28:41,889 --> 00:28:44,349 Bagaimana ia melambangkan kesakitan anda? 395 00:28:46,351 --> 00:28:47,644 Had anda? 396 00:28:48,896 --> 00:28:51,940 Kegagalan dan kekecewaan anda? 397 00:28:53,400 --> 00:28:54,401 Tutup mata anda. 398 00:28:56,195 --> 00:28:57,946 Silakan, tutup mata. 399 00:28:58,030 --> 00:28:59,823 Saya betul-betul nak anda fokus 400 00:28:59,907 --> 00:29:02,492 pada benda yang anda pegang. 401 00:29:03,869 --> 00:29:10,125 Kita terperangkap dalam pekerjaan, hubungan dan kehidupan yang tak sihat. 402 00:29:10,626 --> 00:29:13,837 Tapi kita sentiasa ada pilihan. 403 00:29:15,797 --> 00:29:16,882 Kekuatan dalaman. 404 00:29:16,965 --> 00:29:20,969 Kekuatan dalaman itu, membakar dalam diri kita seperti api ini. 405 00:29:21,553 --> 00:29:25,933 Ia cuma perlu sedikit nafas untuk menyala. 406 00:29:27,434 --> 00:29:29,645 Siapa mahu mulakan dulu? 407 00:29:31,605 --> 00:29:33,190 Kami nak Micah. 408 00:29:33,273 --> 00:29:35,275 Ya, Micah. 409 00:29:37,611 --> 00:29:38,612 Baiklah. 410 00:29:39,905 --> 00:29:41,323 Terima kasih, Ivy. 411 00:29:43,283 --> 00:29:44,326 Terima kasih. 412 00:29:47,454 --> 00:29:48,455 Ini surat ugutan. 413 00:29:48,539 --> 00:29:49,957 KHIDMAT POS AMERIKA SYARIKAT KOTAK SURAT PANJANG 414 00:29:51,792 --> 00:29:52,793 Semuanya. 415 00:29:54,294 --> 00:29:55,629 Ugutan bunuh, 416 00:29:56,755 --> 00:29:59,925 hanya kerana saya berani bersuara. 417 00:30:02,594 --> 00:30:04,346 Inilah masa untuk bebaskan semuanya. 418 00:30:04,930 --> 00:30:05,931 Apa-apa saja... 419 00:30:08,183 --> 00:30:09,476 dan semuanya... 420 00:30:11,603 --> 00:30:13,313 yang menghalang kita. 421 00:30:37,504 --> 00:30:38,714 Awak ingat minuman kebiasaan saya? 422 00:30:40,465 --> 00:30:42,342 Terima kasih kerana benarkan saya datang jumpa awak. 423 00:30:43,510 --> 00:30:45,596 Setiap hari saya fikir tentang perkara yang menimpa awak. 424 00:30:47,472 --> 00:30:50,517 Bermain-main dalam fikiran saya. 425 00:30:51,310 --> 00:30:53,520 Saya juga tapi ia bukan salah awak. 426 00:31:00,402 --> 00:31:03,155 Awak ingat budak perempuan yang hilang itu, Drea Spivey? 427 00:31:03,238 --> 00:31:04,489 Ya. 428 00:31:05,073 --> 00:31:06,825 Ya, Capstone temui dia. 429 00:31:08,827 --> 00:31:10,037 Dan... 430 00:31:13,165 --> 00:31:14,791 ...ia mengganggu saya. 431 00:31:17,085 --> 00:31:18,587 Apa perkara baik saya buat, Pop? 432 00:31:18,670 --> 00:31:22,466 Semasa saya jadi polis, saya ada tujuan. 433 00:31:23,759 --> 00:31:27,679 Saya rasa seperti setiap hari saya buat kebaikan untuk dunia. 434 00:31:29,139 --> 00:31:30,349 Tapi sekarang saya... 435 00:31:31,683 --> 00:31:35,437 menjadi pengawal selebriti sementara perkara begini berlaku. 436 00:31:36,730 --> 00:31:39,691 Budak perempuan seperti Drea dieksploitasi. 437 00:31:40,359 --> 00:31:44,363 - Awak perlu jadi wira semula. - Lebih kurang begitu. 438 00:31:46,573 --> 00:31:50,827 Memandangkan kita saling jujur... 439 00:31:54,164 --> 00:31:55,958 Ingram dan saya akan bercerai. 440 00:32:00,420 --> 00:32:01,630 Awak tahu? 441 00:32:05,425 --> 00:32:06,677 Zarina beritahu saya. 442 00:32:06,760 --> 00:32:08,303 - Bagaimana Zarina tahu? - Micah. 443 00:32:10,514 --> 00:32:11,598 Betul. 444 00:32:13,517 --> 00:32:15,561 Sepatutnya saya tak terkejut tapi... 445 00:32:17,271 --> 00:32:18,897 maaf saya libatkan awak dalam hal ini. 446 00:32:20,566 --> 00:32:22,651 Tolonglah. Saya lelaki dewasa. 447 00:32:23,443 --> 00:32:24,862 Saya boleh saja menolak. 448 00:32:25,737 --> 00:32:27,030 Dia pernah tipu awak? 449 00:32:27,114 --> 00:32:29,116 Tak pernah. 450 00:32:30,242 --> 00:32:32,160 Tapi saya tak percayakan Micah 451 00:32:32,244 --> 00:32:37,124 sebab tindakannya tak sama dengan cara saya nampak beberapa perkara. 452 00:32:37,708 --> 00:32:39,710 Tapi saya tak curiga terhadap dia. 453 00:32:39,793 --> 00:32:42,129 Saya cuma tak percaya produk yang dia jual. 454 00:32:48,135 --> 00:32:50,762 Awak tahu kenapa saya sentiasa rasa berhubung dengan awak? 455 00:32:51,847 --> 00:32:58,353 Sebab awak tahu perasaan takut jika berhenti berlari. 456 00:33:00,063 --> 00:33:03,942 Kalau awak berhenti, ia dapat menghantui awak. 457 00:33:05,652 --> 00:33:07,946 Membuat awak terperangkap. 458 00:33:10,699 --> 00:33:12,409 Saman ini... 459 00:33:14,703 --> 00:33:16,705 Ia menjejaskan perniagaan saya. 460 00:33:17,706 --> 00:33:19,708 Jelas sekali saya tak bekerja di Shelter. 461 00:33:20,667 --> 00:33:25,506 Beberapa kerja saya buat dapat bayar gaji pekerja saya, itu saja. 462 00:33:27,466 --> 00:33:32,137 Trini, dia akan masuk kolej. 463 00:33:32,221 --> 00:33:35,182 Saya bakal menimang bayi. 464 00:33:36,934 --> 00:33:38,727 Markus, apa kata saya tolong awak? 465 00:33:39,394 --> 00:33:41,396 Memandangkan saya libatkan awak dalam hal ini. 466 00:33:42,397 --> 00:33:46,485 Saya akan hubungi awak kalau saya perlu bantuan awak, okey? 467 00:33:47,110 --> 00:33:49,112 Untuk bantu saya cari kerja lain. 468 00:33:50,405 --> 00:33:54,284 Jadi, ada cakap dengan Micah baru-baru ini? 469 00:33:54,368 --> 00:33:58,539 Tak tapi saya perlu cakap dengan dia. 470 00:33:59,540 --> 00:34:00,916 Jadi? Awak perlu pengawal? 471 00:34:01,917 --> 00:34:05,587 Dengan kemungkinan isteri awak pukul saya menggunakan raket tenisnya? 472 00:34:05,671 --> 00:34:06,672 Tak. 473 00:34:08,340 --> 00:34:10,007 Hormon dan semuanya. 474 00:34:11,844 --> 00:34:12,969 Itu bukan hormon. 475 00:34:13,053 --> 00:34:16,306 Itu ialah "bekas teman wanita awak buat saya marah." 476 00:34:27,234 --> 00:34:31,112 Ia lebih mudah kalau saya yang jahat. 477 00:34:32,281 --> 00:34:33,322 Penjahat. 478 00:34:34,408 --> 00:34:36,493 Adakah cerita saya melebih-lebih? 479 00:34:38,911 --> 00:34:41,873 Ya, betul. 480 00:34:43,917 --> 00:34:49,672 Adakah saya beri tempat tinggal kepada lebih 300 kanak-kanak gelandangan? 481 00:34:51,382 --> 00:34:55,596 Adakah saya bina perumahan di San Francisco, 482 00:34:55,679 --> 00:34:59,183 salah satu bandar paling mahal di negara ini, 483 00:35:00,184 --> 00:35:05,189 dan memberinya kepada 80 keluarga gelandangan? 484 00:35:06,273 --> 00:35:07,691 Saya khianati kawan saya. 485 00:35:09,735 --> 00:35:12,946 Saya tak jujur tentang keseluruhan hati saya. 486 00:35:13,030 --> 00:35:15,240 Apa itu wanita? 487 00:35:17,284 --> 00:35:18,577 Tapi saya cintakan suami saya. 488 00:35:20,746 --> 00:35:23,332 Saya sangat cintakan dia dan merindui dia setiap hari. 489 00:35:23,415 --> 00:35:27,920 Entah bagaimana kehilangan sebenar dilupakan begitu saja. 490 00:35:28,003 --> 00:35:29,046 Poppy. 491 00:35:29,630 --> 00:35:31,215 Poppy Parnell. 492 00:35:31,298 --> 00:35:33,675 Kita semua manusia tak sempurna. 493 00:35:33,759 --> 00:35:35,594 Apa dia buat di sini? 494 00:35:35,677 --> 00:35:37,513 Audio siar tentang Micah itu. 495 00:35:37,596 --> 00:35:39,431 Awak tak dialu-alukan di sini. 496 00:35:40,182 --> 00:35:41,975 - Tak apa. - Awak patut pergi. 497 00:35:42,059 --> 00:35:43,268 Tak apa. 498 00:35:51,944 --> 00:35:53,403 Awak datang untuk sertai kami? 499 00:35:53,487 --> 00:35:56,907 Tidak. Saya datang untuk pastikan tiada sesiapa cedera. 500 00:35:59,409 --> 00:36:01,828 Mereka sendiri yang mahu datang. Saya tak paksa. 501 00:36:01,912 --> 00:36:06,792 Tapi awak paksa saya dedahkan salah satu saat paling menyakitkan dalam hidup saya. 502 00:36:06,875 --> 00:36:09,461 Apa pula maksud kesakitan saya? 503 00:36:09,545 --> 00:36:10,921 Saya tak tahu. 504 00:36:11,547 --> 00:36:14,341 Sebab saya tak tahu jika awak ada perasaan. 505 00:36:17,386 --> 00:36:19,596 Siapa awak untuk menilai itu? 506 00:36:20,597 --> 00:36:23,433 Awak bekerjasama dengan Martin Haywood untuk bunuh Josh? 507 00:36:23,517 --> 00:36:24,643 Sudah tentu tidak. 508 00:36:25,978 --> 00:36:28,063 Awak dah tiada sekutu. 509 00:36:28,772 --> 00:36:33,485 Tiada sesiapa yang kenal awak sebelum ini masih ada dalam kehidupan awak. 510 00:36:35,445 --> 00:36:37,114 Awak rasa selamat? 511 00:36:49,168 --> 00:36:50,252 Awak percayakan saya? 512 00:36:51,461 --> 00:36:52,754 Ya. 513 00:36:53,589 --> 00:36:56,133 - Awak percayakan saya? - Ya. 514 00:36:56,216 --> 00:36:57,509 Terima kasih. 515 00:37:04,933 --> 00:37:07,436 - Awak percayakan saya? - Ya. 516 00:37:11,481 --> 00:37:12,900 Saya percayakan awak, Micah. 517 00:37:14,860 --> 00:37:16,778 Saya percayakan awak. 518 00:37:16,862 --> 00:37:18,488 - Saya percayakan awak. - Saya percayakan awak. 519 00:37:18,572 --> 00:37:20,324 - Saya percayakan awak. - Saya percayakan awak. 520 00:37:24,995 --> 00:37:26,246 Saya percayakan awak, Micah. 521 00:37:41,428 --> 00:37:46,225 CIK SHIRLEY TAHU KEBENARAN TENTANG AYAH SAYA 522 00:37:56,235 --> 00:37:57,236 Hei, ayah. 523 00:37:58,529 --> 00:38:01,490 Hei, sayang. Saya gembira awak datang. 524 00:38:03,367 --> 00:38:04,576 Ayah sedia untuk cakap dengan saya? 525 00:38:05,744 --> 00:38:08,080 Ayah cuma tak nak cakap dengan diri sendiri. 526 00:38:11,291 --> 00:38:13,502 Ayah benci setiap perkataan yang awak katakan. 527 00:38:14,920 --> 00:38:18,048 Ayah kecewakan kamu semua. 528 00:38:19,675 --> 00:38:20,968 Dalam pelbagai cara. 529 00:38:21,051 --> 00:38:23,136 Bukan itu sebabnya saya ceritakan kisah itu. 530 00:38:27,558 --> 00:38:32,020 Sebelum dia mati, Cik Shirley kata ayah bukan bapa saya. 531 00:38:35,816 --> 00:38:38,485 Satu malam dia minum, 532 00:38:38,569 --> 00:38:41,864 dan saya terdengar dia bercakap dengan salah seorang pemanggilnya. 533 00:38:44,825 --> 00:38:46,743 Dia tahu saya mencuri dengar. 534 00:38:47,494 --> 00:38:52,833 Kemudian dia beritahu saya yang mak hamil semasa dia jumpa ayah. 535 00:39:04,970 --> 00:39:07,181 Awak percaya ayah bapa awak? 536 00:39:10,726 --> 00:39:12,227 Ayah menjadi bapa awak? 537 00:39:16,315 --> 00:39:18,150 Sebab itu awak berhenti bercakap, sayang? 538 00:39:21,612 --> 00:39:22,613 Betul? 539 00:39:27,284 --> 00:39:29,995 Siapa Cik Shirley bagi ayah? 540 00:39:30,829 --> 00:39:33,332 Ayah pernah bersama dia sebelum jumpa Elinor. 541 00:39:34,082 --> 00:39:35,751 Lama baru ayah sedar 542 00:39:35,834 --> 00:39:38,545 yang dia cintakan ayah seperti ayah cintakan ibu awak. 543 00:39:39,963 --> 00:39:42,132 Dia tak pernah maafkan ayah apabila ayah putuskan hubungan. 544 00:39:44,259 --> 00:39:48,096 - Sebab itu dia marah pada saya? - Dia tak pernah tunjuk pada ayah. 545 00:39:48,180 --> 00:39:49,473 Langsung tak pernah. 546 00:39:50,015 --> 00:39:52,643 Dia jiran. Dia masih datang ke bar, 547 00:39:52,726 --> 00:39:55,562 bermain kad bersama ayah dan mak. 548 00:39:55,646 --> 00:39:57,606 Dia cuma tunjukkan satu personaliti. 549 00:39:57,689 --> 00:40:00,692 Ayah takkan serahkan awak kepada dia kalau ayah tahu begitu. 550 00:40:02,277 --> 00:40:03,737 Awak percayakan ayah? 551 00:40:07,491 --> 00:40:08,492 Tengok ini. 552 00:40:16,875 --> 00:40:19,211 Saya tak pernah nampak gambar ayah dan mak ini. 553 00:40:20,462 --> 00:40:22,172 Awak serupa mak. 554 00:40:22,256 --> 00:40:24,216 Ayah sangat sayangkan awak, sayang. 555 00:40:24,299 --> 00:40:28,262 Ayah sangat bangga dengan awak, ketabahan awak 556 00:40:28,345 --> 00:40:30,264 dan kejayaan awak. 557 00:40:32,850 --> 00:40:35,060 Ibu awak pun pasti bangga, tapi tak terkejut. 558 00:40:36,478 --> 00:40:39,147 Dia panggil awak "Milky Way" semasa awak bayi. 559 00:40:39,815 --> 00:40:40,816 Mustahil. 560 00:40:40,899 --> 00:40:42,276 Dia panggil awak begitu. 561 00:40:42,359 --> 00:40:46,655 Semua orang fikir kepingan coklat atau kulit perang awak yang cantik. 562 00:40:47,990 --> 00:40:51,034 Ia kerana awak burujnya. 563 00:40:51,118 --> 00:40:53,954 Galaksinya. Bima Sakti kecilnya. 564 00:40:54,037 --> 00:40:55,163 Saya tak tahu pula. 565 00:40:56,164 --> 00:40:59,543 Ayah pernah usik dia tentangnya, tapi ayah juga suka mendengarnya. 566 00:41:04,631 --> 00:41:06,842 Awak anak kami. 567 00:41:07,968 --> 00:41:11,430 Awak anak Elinor. Awak anak ayah. 568 00:41:17,477 --> 00:41:18,729 Ya. 569 00:42:34,471 --> 00:42:36,515 Mitri, ini saya. 570 00:42:36,598 --> 00:42:39,643 Panggilan lewat malam. Saya tertanya-tanya. Kenapa? 571 00:42:40,727 --> 00:42:42,229 Saya tak nak dibicarakan. 572 00:42:42,896 --> 00:42:46,483 Saya nak bersara di Fiji. Kenapa? Awak gementar? 573 00:42:46,567 --> 00:42:47,609 Tak. 574 00:42:48,986 --> 00:42:50,237 Kejelasan. 575 00:42:52,072 --> 00:42:53,824 Selesaikan saman itu. 576 00:42:53,907 --> 00:42:57,202 Penuhi semua kemahuan Alana. 577 00:42:57,286 --> 00:42:59,288 Awak dipukul di kepala lagi? 578 00:42:59,371 --> 00:43:00,664 Saya serius. 579 00:43:01,748 --> 00:43:06,044 Bukan semua orang layak mendapat kedamaian dan kata putus tapi... 580 00:43:08,088 --> 00:43:09,214 dia layak. 581 00:43:18,056 --> 00:43:20,893 - Poppy! Awak ada di rumah? - Saya di sini. 582 00:43:32,529 --> 00:43:34,865 Saya dah suruh Mitri selesaikan saman itu. 583 00:43:36,533 --> 00:43:37,826 Saya nak jual rumah ini. 584 00:43:45,000 --> 00:43:46,710 Kita nak ke mana? 585 00:43:47,503 --> 00:43:50,172 - Awak nak tinggal dengan saya? - Sehingga tak boleh. 586 00:43:53,675 --> 00:43:55,427 Bagaimana perbualan awak dengan ayah? 587 00:43:56,428 --> 00:43:57,846 Sangat baik. 588 00:43:59,431 --> 00:44:00,891 Saya gembira. 589 00:44:02,559 --> 00:44:04,811 Cik Shirley beritahu saya ayah bukan bapa saya. 590 00:44:05,395 --> 00:44:07,981 Dia cakap mak dah hamil semasa mereka bertemu. 591 00:44:08,065 --> 00:44:09,274 Biar betul? 592 00:44:10,484 --> 00:44:11,818 Apa ayah cakap? 593 00:44:12,402 --> 00:44:13,654 Saya anaknya. 594 00:44:13,737 --> 00:44:14,738 Bagus. 595 00:44:14,821 --> 00:44:17,658 Memburukkan mak begitu, "dah hamil." 596 00:44:21,119 --> 00:44:23,247 Pasti ayah segera nafikan penipuan itu. 597 00:44:26,834 --> 00:44:28,919 Awak percaya ayah bapa awak? 598 00:44:35,551 --> 00:44:37,010 Awak nak ke mana? 599 00:44:40,806 --> 00:44:42,015 Ayah? 600 00:44:49,773 --> 00:44:51,441 Ayah ada di sini? 601 00:45:26,768 --> 00:45:28,395 Jangan bergerak. 602 00:45:33,775 --> 00:45:37,279 Berhenti cakap tentang saya dan Sons dalam audio siar awak. 603 00:45:37,362 --> 00:45:39,364 Mengkritik kami. 604 00:45:39,448 --> 00:45:40,449 Kalau tidak... 605 00:45:41,408 --> 00:45:44,369 Saya boleh pastikan ayah awak masuk penjara seumur hidup. 606 00:45:44,453 --> 00:45:46,246 Awak tak dapat lakukannya sebab awak bukan polis lagi. 607 00:45:46,330 --> 00:45:47,706 Saya cakap jangan bergerak! 608 00:45:50,167 --> 00:45:51,251 Hei. 609 00:45:52,461 --> 00:45:54,254 - Mari. Hei. - Tolong! 610 00:45:54,338 --> 00:45:57,216 - Diam. - Tolong saya! 611 00:46:02,930 --> 00:46:05,015 Lepaskan anak saya. 612 00:46:22,199 --> 00:46:24,243 Oh Tuhan. 613 00:46:24,326 --> 00:46:25,327 Tak apa. Ayah ada di sini. 614 00:46:25,410 --> 00:46:27,621 Mereka akan penjarakan ayah dan saya yang salah. 615 00:46:27,704 --> 00:46:29,331 Tak apa. 616 00:46:29,414 --> 00:46:32,501 - Dia dah mati, ayah. - Jangan risau. 617 00:46:33,001 --> 00:46:36,004 - Ayah tak boleh dipenjarakan semula. - Ayah takkan ke mana-mana. 618 00:46:36,713 --> 00:46:37,714 Ayah janji. 619 00:46:39,049 --> 00:46:40,717 - Tak apa. Sudahlah. - Okey. 620 00:46:41,677 --> 00:46:43,178 Sudahlah, tak apa. 621 00:46:45,889 --> 00:46:46,890 Tak apa. 622 00:47:44,865 --> 00:47:46,867 Terjemahan sari kata oleh Nur Ezzati Karim